بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
أَمَّا بَعْـدُ
وَقِيلَ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا مَاذَا أَنْزَلَ رَبُّكُمْ قَالُوا خَيْرًا لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَلَدَارُ الآخِرَةِ خَيْرٌ وَلَنِعْمَ دَارُ الْمُتَّقِينَ
"Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa:'Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?' Mereka menjawab: '(Allah telah menurunkan) kebaikan'. Orang-orng yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa."
[Al-Quran surah سورة النحل An-Nahl : 30]
***************************************
وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَادَى كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَتَرَكْتُمْ مَا خَوَّلْنَاكُمْ وَرَاءَ ظُهُورِكُمْ وَمَا نَرَى مَعَكُمْ شُفَعَاءَكُمُ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاءُ لَقَدْ تَقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنْكُمْ مَا كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ
" Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami kurniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat bersertamu pemberi syafa'at yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah)."
[Al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam : 94]
وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لا يَضُرُّهُمْ وَلا يَنْفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلاءِ شُفَعَاؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ
"Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata : 'Mereka itu adalah pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah.' Katakanlah :'Apakah kamu mengkhabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak ( pula ) di bumi?' Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)."
[ Al-Quran surah سورة يونس Yunus :18 ] ****************************************
Bagi golongan manusia yang tidak mempercayai tentang wujudnya roh pada setiap diri manusia beranggapan bahawa jasad manusia sama seperti haiwan. Golongan manusia yang berfahaman seperti ini mempercayai bahawa apabila seseorang itu mengalami kematian maka tamatlah selama-lamanya perihal kehiupannya di dunia sama seperti haiwan. Justeru persoalan ini tidak menjadi satu kemusykilan besar bagi mereka. Bagi golongan ini erti kehidupan manusia hanya bagi memenuhi keperluan kehidupan di dunia ini sahaja. Persoalan hidup selepas mati hanya satu persepsi kepercayaan atau andaian sahaja tanpa sebarang bukti saintik yang logik, nyata dan boleh dijadikan pegangan.
Kebanyakan manusia mempercayai memang roh itu wujud pada diri setiap orang manusia. Namun mereka mempunyai berbagai-bagai kepercayaan dan kefahaman tentang roh manusia dan perihal roh manusia apabila jasadnya mengalami kematian. Pemahaman mereka adalah berpandukan apa yang mereka lihat, alami melalui pemujaan dan ritual serta pengajaran daripada orang yang dianggap mempunyai kuasa 'magis' kebatinan yang 'luar biasa'.
" .......mereka yang mendapat ijazah dan mengamalkan Aurad ini mendapat satu faedah lagi yang besar, iaitu apabila mereka di dalam kecemasan berilah salam kepada yang mempunyai Aurad ini dengan berkata, 'Assalamualaikum Ya Saidi Al Syeikh Muhammad Al-Suhaimi,( 3 kali satu nafas) dan kemudian nyatakanlah segala hajat dan akhir sekali katakanlah dengan izin Allah'; seperti kata kita , "Asslamualaikum Ya Saidi Al-Syeikh Muhammad Al-Suhaimi (3 kali satu nafas ) , Saya mintalah supaya diubatkan orang sakit ini dengan izin Allah.... ."
"..menyeru Rijal-al-Ghaib, (yang dimaksudkannya ialah roh Syeikh Abdul Qadir Jailani) iaitu Assalamualaikum Ya Rijal-al-Ghaib , Dasturi Ya Rijal-al-Ghaib , Dasturi Ya Rijal-al-Ghaib , Dasturi Ya Ahlal Waqati , Dasturi Ya Ahla Naubati , Dasturi Ya Saidi Al Syeikh 'Abdul Qadir al-Jailani Mahbubillah, Ghautillah, Aghithni (tolonglah aku) biiznillah (dengan izin Allah)."
" Bahawasanya roh Penghulu kita yang amat suci Sallallahi Alaihi Wassalam itu hadir pada ketika orang berdiri membaca Maulud, demikian juga hadiri pada sekalian Maulud Diba'i......adalah yang demikian kehadiran roh Penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. itu kelebihan kepada Allah Subhanahu Watalla didatangkan-Nya orang yang dikehendaki-Nya."
Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada memperjelaskan :
اِذَا مَاتَ اِبنُ آدَمِ اِنْقَـطَعَ عَـنْهُ عَمَـلـُهُ إلاّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَـة ٌجَـارِيـَةٌ أوْ عـِلمٌ يُـنْـتَـفَـعُ بـِهِ أو وَلَـــدٌ صَالِحٌ يَدعُـو لَـهُ
Maksudnya :
i.“Jika mati anak Adam itu, terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu (agama) yang dapat dimanfaatkan atau anak yang soleh, berdoa untuknya.”
يَتْبَعُ الْمَيِّتَ ثَلَاثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
ii."Tiga perkara yang mengikuti orang yang telah meninggal dunia, yang dua akan kembali dan tersisa satu yang akan terus mengikutinya. (Ketiga perkara itu) yang akan mengikutinya ialah keluarga, harta dan amalnya. Keluarga dan hartanya akan kembali, sementara amalnya akan terus mengikutinya." [HR. Bukhari]
"...Ketahui olehmu aku memberi khabaran sukacita kepada engkau wahai Jabir, yang adalah bapanya itu telah mati syahid pada hari Perang Uhud. Maka katanya: Bahkan. Allah SWT memberi khabar sukacita kepada engkau dengan kebajikan. Maka sabdanya : Bahawasanya Allah Azawajalla telah menghidupkan bapa engkau dan mendudukkan akan dia 'di hadapan-Nya' dan Firman-Nya : Citailah ( pintalah) ke atas Aku wahai hamba-Ku barang apa yang engkau kehendaki nescaya Aku memberikan kepada engkau akan dia.
Maka katanya : Wahai Tuhan tiada aku berbuat ibadat kepada engkau sebenar-benar ibadat kepada engkau, aku bercita-cita (berharap) kepada engkau bahawa engkau kembalikan balik akan daku hidup di dunia supaya aku akan berperang fisabillillah bersama Nabi engkau, maka dengan sebab itu aku mati terbunuh pada agama engkau pada satu kali yang lain. Firman Allah SWT kepadanya : Bahawasanya telah pun terdahulu janjian daripada-Ku bahawasanya engkau kepadanya itu tidak kembali..." [yakni tidak kembali balik ke dunia]."
قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا جَابِرُ، أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ أَحْيَا أَبَاكَ، فَقَالَ لَهُ: تَمَنَّ عَلَيَّ، فَقَالَ: أُرَدُّ إِلَى الدُّنْيَا، فَأُقْتَلُ مَرَّةً أُخْرَى، فَقَالَ: إِنِّي قَضَيْتُ، أَنَّهُمْ إِلَيْهَا لَا يُرْجَعُونَMaksudnya :
" Telah berkata kepadaku Rasulullah s.a.w. :'Wahai Jabir!, adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah 'azza wa jala telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: 'Mohonlah kepada-Ku. Lantas ayahmu berkata: 'Kembalikanlah diriku ke dunia hingga aku terbunuh (dalam jihad fi sabilillah) sekali lagi.' Maka Allah berfirman: 'Aku telah memutuskan bahawa mereka ( jasad yang telah mati) tidak akan kembali lagi ke dunia'."
" Dan kata Abu Umar : Tukang air melalui dengan kami Ibnu Umar dan kami masih budak-budak lagi. Maka ia memandang kepada satu kubur, tiba-tiba terzahir satu tengkorak kepala, maka ia menyuruh seorang lelaki memperlihatkannya, kemudian ia berkata : Bahawasanya badan-badan ini tidak memudaratkannya oleh tanah ini suatu apa pun, hanya roh-roh itulah yang diseksai dan diberi pahala nikmat kesenangan hingga Hari Kiamat.
Dan ditanya Abdullah bin Amru bin Al-'As : Daripada roh-roh orang mukminin apabila mereka mati ke mana ia? Katanya: Pada temolok-temolok burung yang putih pada naungan al-'Arasy dan roh-roh orang kafirin itu pada (bawah) bumi yang ke tujuh."
"Diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawasanya ia bersabda: Bahawasanya diri orang mukmin (roh orang mukmin) itu apabila diambil (dicabut), datang kepadanya untuk menemuinya oleh orang-orang Ahli Al-Rahmat (orang-orang ahli kebahagian) daripada sisi Allah sebagaimana datang menemui orang-orang yang memberi perkhabaran baik di dalam dunia.
Kata mereka : Lihatlah kepada saudara kamu hingga ia berehat, maka bahawasanya adalah ia dalam kesusahan yang sangat kuat. Maka bertanya mereka kepadanya : Apa dia perbuat si-polan dan apa dia perbuat si-polanah (perempuan) itu, adakah dia telah berkahwin?.Maka apabila mereka bertanya kepadanya daripada si-polan yang telah mati dahulunya dan ia berkata : Telah mati sebelumku. Kata mereka : Inna lillahi wa inna illaihi rajiun, telah pergi dengannya dibawa kepada ibunya Neraka Hawiyah....."
".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib : Tatkala sakit kehadiran wafat Abu Bakar r.a. datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata: 'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w. , perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'. Maka kata Abu Bakar r.a.: 'Barangsiapa berkata (berdo'a) dengan kalimah-kalimah ini kemudian ia mati nescaya dijadikan oleh Allah SWT akan rohnya itu pada Al-Ufukil Mubin.' Mereka berkata: 'Apa dia Al-Ufukil Mubin itu ?' Katanya: 'Ialah satu tempat di hadapan al-'Arasy, ada padanya taman-taman yang disediakan Allah SWT dan sungai-sungai serta pokok-pokok, turun padanya tiap-tiap hari seratus (100) rahmat. Barangsiapa berkata (berdo'a) dengan perkataan-perkataan (kalimah-kalimah) ini nescaya dijadikan oleh Allah SWT akan rohnya itu pada tempat ini'...."
وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ (171`) الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ (172
Maksudnya :
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup 'di sisi' Tuhannya dengan mendapat rezeki, (169)
mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak dia kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (170)
Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman. (171)
(Iaitu) orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan yang bertaqwa ada pahala yang besar." (172)
وَلا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَكِنْ لا تَشْعُرُونَ
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya."
[Lihat : Masalah Roh ]
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة المؤمنون Al-Mu'minun ayat 99-100 memperjelaskan hal keadaan orang-orang kafir munafik dan ahli maksiat apabila berhadapan dengan kematian mereka bermohon kepada Allah untuk kembali ke dunia untuk berbuat amalan soleh yang ditinggalkannya dahulu :
حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100
Maksudnya :
"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata : 'Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), (99)
Firman Allah dalam surah سُوۡرَةُ السَّجدَة As-Sajadah ayat 12 mengandungi maksud dan pengertian yang hampir sama :agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan'. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding"Barzakh"بَرْزَخٌ sampai hari mereka dibangkitkan."(100)
وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَMaksudnya :
" Dan (alangkah ngerinya ), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya 'dihadapan' Tuhannya, (mereka berkata): 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin'."
Demikian juga hal keadaan mereka apabila berada di dalam neraka sebagimana Firman Allah dalam surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 27-28 :
وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلا نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (27) بَلْ بَدَا لَهُمْ مَا كَانُوا يُخْفُونَ مِنْ قَبْلُ وَلَوْ رُدُّوا لَعَادُوا لِمَا نُهُوا عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ (28
Maksudnya :
" Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata : 'Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman', (tentulah kamu melihat suatu peristiwa yang mengharukan). ( 27)
Tetapi (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesunguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka." ( 28)
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (107) قُلْ إِنَّمَا يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (108) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ آذَنْتُكُمْ عَلَى سَوَاءٍ وَإِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ أَمْ بَعِيدٌ مَا تُوعَدُونَ (109)
" Dan tiadalah Kami mengutus kamu ( wahai Muhammad) , melainkan untuk ( menjadi) rahmat bagi semesta alam. ( 107 )Katakanlah : 'Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah : ' Bahawasanya Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu berserah diri ( kepada-Nya )'. (108 )Jika mereka berpaling, maka katakanlah : ' Aku telah menyampaikan kepada kamu sekalian ( ajaran) yang sama ( antara kita) dan aku tidak mengetahui apakah yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh'?. " ( 109)
[Lihat : Isra' Mikraj dan Fardhu Solat ]
i."...bahawasanya orang mukmin yang soleh itu dibukakan hijab baginya pada mengiringi mati itu dengan diberi lihat keluasan rahmat Allah dengan pengurniaan Allah yang amat mempunyai kebesaran dan kemuliaan bahawa dunia ini seperti tempat penjara dan tempat sempit dimisalkan seperti orang yang dikurung dalam rumah yang gelap gelita dibukakan baginya satu pintu kepada satu taman teramat luas yang tiada sampai (dilihat) sejauh pemandangan matanya (sangat luas). Di dalamnya terdapat berbagai jenis pokok, bunga-bungaan, buah-buahan, burung-burung serta berbagai keindahan yang amat luar biasa, hingga dia tidak ingin hendak balik kepada tempat penjara yang gelap itu."
ii.Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang kira-kira maksudnya:
"Bahawa seseorang hamba Allah, apabila dihantar ke dalam kuburnya hingga ia mendengar jejak-jejak langkah kasut sekelian sahabat-sahabatnya yang pulang, datanglah dua malaikat mendudukkan dia dan menanya: 'Apa engkau kata pada lelaki ini (Nabi Muhammad s.a.w.)?'. Orang mukmin akan jawab: 'Aku menaik saksi bahawasanya ia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya (Pesuruh-Nya)'. Kemudiannya diperkatakan: 'Lihatlah tempat kedudukan engkau daripada api neraka, sesungguhnya Allah Taala telah tukarkan tempat engkau itu dengan suatu tempat daripada syurga. Maka ia melihat kedua-dua tempat itu, diluaskan baginya di dalam kuburnya itu tujuh puluh hasta, dipenuhi di atasnya tanaman-tanaman yang menghijau hingga hari dibangkitkan sekelian ahli isi kubur daripada kubur mereka'.
Rasullullah s.a.w. memperjelaskan apabila seseorang (mukmin soleh ) itu mati dia berpindah daripada dunia meninggalkan kaum keluarganya. Sekiranya dia diredai Allah maka dia:Bagi orang kafir atau munafik (yang menzahirkan rupa Islam di luarnya dan menyimpan iktikad kufur dan sesat pada agama di dalam hatinya) maka ditanyakan kepadanya: Apa engkau kata pada lelaki ini?Jawabnya: Tidak aku tahu, aku kata ikut apa orang kata.Maka diperkatakan kepadanya: Tidaklah engkau tahukah? Kemudian ia pun dipukul dengan pemukul besi, satu pukulan yang kuat yang mengenainya di antara dua telinganya. Ia pun menjerit dengan jeritan yang dapat didengari suaranya itu oleh yang lainnya selain dari jin dan manusia, disempitkan kuburnya sehingga terselisih segala tulang rusuknya itu."
"tidak menyukai balik ke dunia sebagaimana tidak menyukai seseorang itu balik ke dalam kandungan perut ibunya."
Kepercayaan seumpama ini boleh memberi erti "tidak percayakan [mengingkari] adanya balasan azab dan kesenangan kubur Alam Barzakh yang termasuk sebagai alam akhirat". Justeru dengan sekaligus mendustakan perkhabaran al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Sekiranya dia orang Islam maka rosaklah akidah keimanan dan gugurlah keislamannya.
"Bahawasanya orang Mukmin itu apabila hampir ajal matinya datang kepadanya malaikat-malaikat dengan membawakan kain sutera yang adanya bahu harum kasturi dan dahan-dahan pokok Raihan ( daripada syurga). Maka ditarikkan rohnya itu sebagaimana ditarik satu helai rambut daripada tepung beruli dan diperkatakan : Wahai diri yang Mutmainnah (bertetap dalam iman dan taat ), keluarlah olehmu yang sedang meredai lagi yang diredakan ke atas engkau kepada tempat rahmat Allah dan kemuliaan-Nya. Apabila dikeluarkan rohnya diletakkan ke atas sedemikian itu kasturi dan Raihan dan dilipatkan ke atasnya sutera itu di bawa ke tempat yang tinggi.
Bahawasanya orang yang kafir itu apabila hampir ajal matinya datang kepadanya malaikat-malaikat dengan membawakan suatu tempat yang ada padanya bara api (neraka). Maka direntapkan rohnya dengan rentapan yang sangat kuat dan diperkatakan : Wahai diri yang keji, keluarlah olehmu sedang dalam keadaan marah lagi dimurkai ke atas engkau kepada tempat kehinaan yang disediakan Allah dan azabnya. Apabila dikeluarkan rohnya diletakkan ke atas bara api itu dan bahawasanya ada baginya bunyi suara mendidih menggelegak dan dilipatkan ke atasnya penempatan itu dibawakan dengannya kepada api neraka."
ii. "Bahawasanya apabila Allah SWT meredai seseorang hamba Ia berfirman: Wahai Malaikat Maut pergilah oleh mu kepada si polan, engkau 'bawakanlah kepada Ku' dengan rohnya supaya Aku memberi kerehatannya, memadai Aku daripada amalan itu. Sesungguhnya Aku telah datangkan ujian kepadanya maka Aku dapati akan dia barang apa yang Aku kasihi. Maka turun Malaikat Maut dan bersertanya 500 orang daripada malaikat-malaikat dan berserta mereka dahan-dahan pokok Raihan yang wangi dan pangkal-pangkal Za'faran, tiap-tiap seorang daripada mereka memberi khabaran sukacita kepadanya dengan khabaran yang berlainan daripada taulan-taulan yang lain. Berdiri malaikat-malaikat itu dua barisan kerana keluaran rohnya berserta mereka dahan-dahan pokok Raihan.
Apabila dilihati oleh Iblis ia pun meletakkan tangannya ke atas kepalanya kemudian dia mengeluh dukacita. Sabdanya (Rasulullah s.a.w.) : Maka berkata tentera-tenteranya kepadanya : Kenapakah engkau wahai tuan penghulu kami? Maka ia (Iblis) berkata : Adakah engkau sekalian tidak lihati barang apa yang diberikan kepada hamba ini dengan kemuliaannya, di manakah engkau sekalian daripada orang ini? Kata mereka : Sesungguhnya telah bersungguh-sungguh kami dengannya (menggoda dan menipu daya terhadapnya), maka dia ini termaksum (terpelihara)."
إِنَّمَا القَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النَّارِ
Maksudnya :
[HR At-Tirmizi ]“Kubur itu sama ada salah satu lubang api neraka atau salah satu taman syurga."
“Apabila mati seseorang kamu, dia diperlihatkan tempat duduknya, pagi-petang, jika dia ahli syurga maka syurgalah (baginya), jika ia ahli neraka maka nerakalah (baginya) dan diperkatakan (kepadanya): Inilah tempat kedudukan engkau hingga engkau dibangkitkan (dibawakan kepadanya) pada Hari Kiamat kelak.”
مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ حَتَّى يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya:
"Allah tidak sesekali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin).Dan Allah tidak sesekali akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara Rasul-rasul-Nya. Oleh sebab itu berimanlah kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar."
i. "....Kemudian ia (Syaitan/Iblis)berkata kepadanya : Wahai Musa bahawasanya bagi engkau di atasku hak dengan sebab barang apa yang telah engkau syafaatkan bagiku kepada Tuhan engkau.
Hendaklah engkau ingatkan akan daku pada tiga (3) perkara nescaya aku tidak membinasakan engkau padanya iaitu : Engkau ingatkan akan daku pada ketika engkau marah, bahawasanya roh aku pada hati engkau dan mata aku pada mata kau dan aku berjalan daripada engkau sebagaimana perjalanan darah. Ingatkanlah akan daku apabila engkau marah, maka bahawasanya apabila marah manusia itu nescaya aku tiupkan pada hidungnya. Maka tidak ia tahu akan barang apa yang ia perbuat. Dan engkau ingatkan akan daku pada ketika engkau menemui pertempuran, maka bahawasanya aku datang kepada anak Adam pada ketika itu mengingatkan akan isterinya, anak-anaknya dan ahli-ahlinya hingga ia berpaling. Dan engkau peliharai daripada duduk kepada perempuan yang bukan mempunyai mahram, bahawasanya aku ialah jadi pesuruhnya kepada engkau kepadanya hingga aku memfitnahkan engkau dengannya dan aku memfitnahkan akan dia dengan engkau.."[hingga akhir Hadis.]
ii. "Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Noh Alaihisalam tatkala menaiki bahtera iapun menghitungkan ke dalamnya daripada tiap-tiap dua kelamin itu dua sebagaimana disuruhkannya oleh Allah Taala. Maka ia melihat dalam bahtera itu seorang tua yang dia tidak mengenalinya. Maka kata Noh kepadanya : 'Apakah sebab yang memasukkan engkau'. Maka jawabnya : 'Aku masuk supaya aku dapat mengenai hati-hati sahabat-sahabat engkau supaya jadilah hati-hati mereka bersertaku dan badan-badan mereka berserta engkau'. Maka kata Noh a.s. kepadanya : 'Keluarlah olehmu daripadanya wahai seteru Allah yang dilaknati'. Maka kata Iblis kepadanya : 'Ada lima (5) perkara aku binasakan dengannya manusia, dan aku khabarkan kepada engkau daripadanya dengan tiga (3) perkara dan tiada aku khabarkan kepada engkau dengan dua (2) perkara lagi'. Maka Allah mewahyukan kepada Noh bahawasanya tiada berhajat bagi engkau dengan tiga (3) perkara itu. Hendaklah ia mengkhabarkan kepada engkau dengan dua (2) perkara itu....[hingga akhir Hadis...]
روي أن إبليس لعنة الله تمثل لعيسى ابن مريم صلى الله عليه وسلم فقال له قل: "لا إله إلا الله". فقال كلمة حق ولا أقولها بقولك لأن له أيضا تحت الخير تلبيسات وتلبيسات الشيطان من هذا الجنس لا تتناهى وبها يهلك العلماء والعباد والزهاد والفقراء والاغنياء وأصناف الخلق ممن يكرهون ظاهر الشر ولا يرضون لأنفسهم الخوض في المعاصي المكشوفةMaksudnya :
Diriwayatkan bahawa Iblis (laknatullah) telah muncul seperti rupa manusia kepada (Nabi) Isa Bin Maryam Alaihisalam maka ia berkata kepadanya:
قل:'لا إله إلا الله'
Sebutlah (wahai Isa) : لا إله إلا الله .
Jawab Nabi Isa Alaihisalam:
"Itu adalah kalimah hak dan aku tidak akan menyebutnya dengan (suruhan) kata-kata engkau."
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil..."
i. Adakah Benar Imam Mahadi Akan Muncul?
ii. Fatwa Mufti Johor Mengenai Kitab Sesat (1948)]
وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ (14) يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّينِ (15) وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَائِبِينَ (16) وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ (17) ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ (18) يَوْمَ لا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِنَفْسٍ شَيْئًا وَالأمْرُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ (19
Maksudnya:
" Dan sesungguhnya orang-orang yang derhaka benar-benar berada dalam neraka. (14)
Mereka masuk ke dalamnya pada Hari Pembalasan.(15)
Dan mereka tidak sesekali dapat keluar dari neraka itu.(16)
Tahukah kamu apakah Hari Pembalasan itu? Sekali lagi, tahukah kamu apakah Hari Pembalasan itu?(17)
(Iaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah."(19)
i. Memberi Kemanfaatan
ii. Memberi Kemudaratan
iii. Memberi Kematian
iv. Memberi Kehidupan
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة الأعراف Al-A'raaf ayat 188 ada menyatakan :v. Menolak daripada dibangkitkan hidup semula kemudian daripada mati.
Maksudnya:
" Katakanlah : 'Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan kecuali yang dikehendki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman."
أَمِ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ شُفَعَاءَ قُلْ أَوَلَوْ كَانُوا لا يَمْلِكُونَ شَيْئًا وَلا يَعْقِلُونَ (43) قُلْ لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (44)
Maksudnya :
i." Bahkan mereka mengambil pemberi syafa'at selain Allah. Katakanlah : 'Demi apakah (kamu mengambilnya juga) meskipun mereka tidak memiliki sesuatu pun dan tidak berakal?'(43)
Katakanlah :' Hanya kepunyaan Allah syafa'at itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerjaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan.'"(44)
[Surah سورة الزمر Az-Zumar : 43-44 ]
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
[ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 255 (Ayat Al-Kursi) ]ii."Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
اللَّهُ الصَّمَدُMaksudnya :
iii." Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu."
[Surah الإخلاص Al-Ikhlas : 2 ]
اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي
اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ
Maksudnya:
Do'a Imam As-Syafi'e Rahimullah ini amat bertepatan dan selaras dengan Firman Allah dalam surah سورة التغابن At-Taghabun ayat 11 :"Ya Allah!, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada ku dan tiada dapat aku memelihara melainkan barang apa yang telah Engkau pelihara akan daku. Ya Allah!, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redai daripada perbuatan dan amalan dalam 'afiat."
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌMaksudnya :
" Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengethui segala sesuatu."
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ " بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَيَضُرَّهُ شَيْءٌ".( رواه الترمذي
Maksudnya :
[Lihat : Mukh Ad- Do'a Fil Iman ]" ...........Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatupun yang dapat memberi kemudaratan di bumi dan di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui......"
Dari al-Hasan (الحسن) diriwayatkan:
ان رسول الله صلى الله عليه وسلم كان رأسه في حجر عائشة رضي الله عنها فنعس فذكرت الآخرة فبكت حتى سال دمعها فنقط على خد رسول الله صلى الله عليه وسلم فانتبه فقال ما يبكيك يا عائشة؟ قالت ذكرت الآخرة هل تذكرون أهليكم يوم القيامة قال والذي نفسي بيده في ثلاث مواطن فإن أحدا لا يذكر إلا نفسه اذا وضعت الموازين ووزنت الاعمال حتى ينظر ابن آدم أيخف ميزانه أم يثقل وعند الصحف حتى ينظر أبيمينه يأخذ كتابه أو بشماله وعند الصراط
"Pada ketika kepala Rasulullah s.a.w berada pada ribaan 'Aisyah r.a. lalu ia mengantuk. Maka ia pun mengingati tentang hal akhirat lalu menangis hingga menitis air matanya ke atas pipi Rasulullah s.a.w lalu ia terjaga, sabdanya: 'Apakah yang membuat engkau menangis wahai Aisyah'?Kata Aisyah: 'Aku mengingati hal akhirat, adakah engkau kalian mengingati ahli keluarga engkau kalian pada hari kiamat'. Sabdanya: 'Demi yang diriku di bawah kuasa-Nya, (terdapat) pada tiga (3) tempat maka (pertamanya) seseorang itu tidak mengingati (apa-apa) selain dari dirinya sendiri (iaitu) ketikanya diletakkan penimbang-penimbang dan ditimbang segala amalannya sehinggalah anak Adam itu melihat apakah penimbangnya ringan atau berat dan (keduanya) pada ketika (dibentangkan) segala surat amalan sehingga ia melihat adakah dengan tangan kanannya ia menerima kitabnya (surat amalannya itu) atau dengan tangan kirinya, dan (ketiganya) pada ketika meniti di atas titian 'Sirat'."
"يؤتى بإبن آدم يوم القيامة حتى يوقف بين كفتي الميزان ويوكل به ملك فإن ثقل ميزانه نادى الملك بصوت يسمع الخلائق سعد فلان سعادة لا يشقى بعدها أبدا وعند خفة الحسنات تقبل الزبانية وبأيديهم مقامع من حديد عليهم ثياب من نار فيأخذون نصيب النار الى النار"
"....'Telah bahagia si polan kebahagian yang tidak celaka kemudiannya selama-lamanya'. Jika ringan timbangannya menyeru malaikat itu dengan suara yang didengari oleh semua makhluk : 'Telah celaka si polan dengan kecelakaan yang tidak ada bahagia kemudiannya selama-lamanya'. Pada ketika ringan daun neraca penimbangan pihak kebajikan datang berhadap Malaikat Az-Zabaniah dan di tangan mereka ada pemukul-pemukul daripada besi, mereka berpakaian daripada api neraka dan mereka mengambil akan manusia yang menjadi ahli neraka untuk menghumbankan mereka ke dalam api neraka."
"Allahumma Sallim Allahumma Sallim اللهم سلم اللهم سلم."
Yang bermaksud :
"Ya Allah selamatkanlah oleh Mu."
"Sabda Rasulullah s.a.w. : Dibentangkan titian di antara tengah-tengah api neraka Jahanam, maka adalah aku awal-awal orang yang melaluinya dengan umatnya daripada Rasul-rasul. Dan tiada berkata-kata pada hari itu melainkan Rasul-rasul. Perdo'aan Rasul-rasul pada hari itu : Allahuma Salam, Allahuma Salam, اللهم سلم اللهم سلم[Ya Allah selamatkanlah oleh Mu Ya Allah, Selamatkanlah oleh Mu].
Hadis tersebut amat bertepatan dengan Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah البقرة(ayat al-Kursi) ayat 255 yang tersebut di atas dan :Dalam Neraka Jahanam itu ada beberapa penyangkuk besi seperti duri pokok Sa'dan (سعدان) , adakah engkau sekalian melihat duri pokok Sa'dan?Kata mereka : Bahkan, wahai Rasulullah. Sabdanya : Bahawasanya seumpama duri Sa'dan selain daripada bahawasanya tiada mengetahui kadar besarnya itu melainkan Allah Taala, menyambari manusia dengan amalan-amalan mereka, maka ada yang binasa dengan amalannya dan ada yang susah dan terlambat kemudian ia terlepas."
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
" ........ Tiada seorang pun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada keizinan-Nya. (Zat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka beribadatlah kepada Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?"
بِرٌّ وَلَاْ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ الأَرْضِ وَمَا
يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ
فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ
Maksudnya:اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَن
" Aku meminta peliharakan [perlindungan] dengan segala kalimah yang sempurna yang tiada melampaui oleh orang yang baik dan tiada melampauinya oleh orang yang jahat daripada kejahatan barang apa yang masuk pada bumi dan barang apa yang keluar daripadanya, dan barang apa yang turun daripada langit dan barang apa yang naik kepadanya, dan daripada segala fitnah malam dan siang, dan daripada segala yang datang malam dan siang melainkan yang datang mendatangkan dengan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah."
Apabila ia [Rasulullah s.a.w. ] mengatakan [ berdo'a] yang demikian itu maka padam sepotongan nyalaan api itu jatuh ke atas muka syiatan tersebut.
"Apabila engkau meminta, maka mintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu dengan suatu mudarat, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."
Hadis-hadis di atas amat bersesuaian dan selaras dengan Firman Allah dalam al-Quran surah سورة سبأ Saba' ayat 1-2 yang berbunyi :[ Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. ]
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (1) يَعْلَمُ مَاا يَلِجُ فِي الأرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنََ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ الرَّحِيمُ الْغَفُورُ (2)
Maksudnya :
." Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dia juga Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (1)
Dia Mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi, apa yang keluar daripadanya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun." (2)
وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ (97) وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ (98
" Dan katakanlah : 'Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. (97)
Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku." (98)
"Yang Amat Berkemurahan yang tiada meluputkan orang yang berwasilah (berbuat ta'at kepada-Nya) dan tiada membiarkan dan tiada meninggalkan orang yang berlindung meminta peliharaan kepada-Nya."
Dia juga memiliki sifat :
"Yang Amat Besar pemberian dan penganugerahan Yang Amat Banyak memberi nikmat dan murah Pengurniaan-Nya. [atau ] Yang Maha Besar Taufik dan Pemeliharaan-Nya dan Amat Pengasih dengan tidak payah memohon dan tiada memutuskan Pemberian-Nya kepada hamba-hambaNya sama sekali ."
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya :
"Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah 'Asma' Ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut 'Asma' Ul Husna' itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut ) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة الحشر Al-Hasyr ayat 22-24 memperingatkan lagi:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22)هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24Maksudnya :
" Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia. Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.(22)
Dialah Allah Yang tiada sah diibadatkan selain Dia, Raja Pemerintah Yang Maha Suci. Yang Maha Sejahtera. Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.(23)
Dialah Allah Yang Menjadikan, Yang Mengadakan (daripada semata-mata tiada kepada ada) Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Indah (Asma' Ul Husna). Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."(24)
" Dan daripada Annas ia berkata : Telah wafat Zainab binti Rasulullah s.a.w. dan adalah ianya perempuan yang sentiasa mengidap sakit. Maka mengikutinya Rasulullah s.a.w. dan mendukacitakan kami halnya. Maka manakala sampai kami kepada kubur ia memasukinya dan berubah mukanya pucat. Tatkala ia keluar berubah mukanya.
Maka kami berkata: Wahai Rasulullah, kami lihat daripada engkau ada perkara, maka daripada kerana apakah itu? Maka ia bersabda: Aku teringat himpitan anak perempuanku dan bersangatan azab kubur. Maka aku datang dan khabarkan bahawa Allah telah meringankan daripadanya. Sesungguhnya dihimpiti satu himpitan yang didengari suaranya barang yang ada di antara masyriq dan maghrib."
"Aisyah r.a. berkata bahawa Rasuluillah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya setiap kubur memiliki himpitan. Seandainya seseorang selamat daripadanya, pastilah Sa'ad bin Mu'adz akan selamat...".
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42
" Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39)
kecuali hamba-hamba Engkau yang MUKHLIS di antara mereka. (40)
Allah berfirman : Ini adalah jalan yang lurus; kewajipan Aku-lah (menjaganya).(41)
Demikian juga dengan peringatan Firman Allah dalam surah سُوۡرَةُ الکهف Al-Kahfi ayat 103-104 ini:Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat."(42)
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأخْسَرِينَ أَعْمَالا (103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (104Maksudnya :
" Katakanlah : 'Apakah akan Kami beritahukan kepada mu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?' (103)
Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatnnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya."(104)
[Lihat :
i. Kitab Tipu Daya Syaitan
ii. Tipu Daya Syaitan Iblis Bhg 2
iii. Adab Hati Ketika Sakit Tenat Membawa Maut
iv. Bilakah Kiamat Dunia Akan Berlaku?
v. Polemik Wujudiah, Nuur Muhammad dan Awal Makhluk
vi. Pembinaan Iktiqad Ahli Sunnah
************************************************************
وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ
[Al- Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam : 111 ]" Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu ke hadapan mereka, nescaya mereka tidak (juga) akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (jahil)."
*******************************
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ
Maksudnya :
“Sesungguhnya syaitan itu dapat berjalan pada tubuh anak cucu Adam (manusia) melalui aliran darah.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim ]
Upacara tradisi " Ritual Ma'nene", pemujaan terhadap mayat dengan mayat dikatakan pulang ke rumah melalaui proses ritual khusus adalah budaya dan kepercayaan tradisi masyarakat Toraja di Sulawesi Selatan yang berpegang kepada fahaman berunsur anamisme.