Selasa, 30 Ogos 2011

AJARAN TASAWWUF MENYESATKAN dan MEMUDARATKAN UMAT ?

 

[Lihat : PEMBINAAN IKTIQAD AHLI AS-SUNNAH ]



 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

 أَمَّا بَعْـدُ 

   أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ لا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (64

          Maksudnya: 
"Ingatlah, Aulia Allah itu, tidak ada rasa kekhawtiran pada mereka, dan tidak pula mereka  bersedih hati. (62) 

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa.(63) 

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji Allah). Yang demikian itu adalah kemenangan yang agung."(64) 
        [Al-Quran surah سورة يونس‎‎ Yunus : 62-64 ]

                                 **********************************
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِالۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ الۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوۡ آمَنَ أَهۡلُ الۡكِتَابِ لَكَانَ خَيۡرًا لَّهُم مِّنۡهُمُ الۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ الۡفَاسِقُونَ 
                          Maksudnya : 
" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
                     [Al-Quran surah سورة آل عمران Ali-'Imran : 110 ]

                                       ********************************

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ 

بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

                              Maksudnya :
“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menguatkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”
                        [ Al-Quran surah سورة الأعراف‎‎ Al-A'raf : 205] 

                                         ************************************************************

Masjid Agung Demak Di Jawa Tengah yang dibina oleh 'Wali Sembilan' 

Sejak keruntuhan kerajaan-kerajaan khalifah yang berpusat di Baghdad, Iraq, di Istanbul, Turki, di Damshiq, Syria, Cordova dan Granada di Andalusia (Sepanyol), kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tengah dan Asia Selatan dan kerajaan-kerajaan Islam lain yang terkenal di  di seluruh dunia berbagai analisis dan tanggapan telah dihasilkan untuk mengenal pasti punca-punca keruntuhan kerajaan-kerajaan yang berkurun-kurun lamanya mengukir zaman kegemilangan dan keagungan pemerintahan Islam. 
Sehingga kini punca-punca keruntuhan ini masih diperkatakan oleh semua golongan cendekiawan dan para ilmuan seluruh dunia dari berbagai perspektif khususnya dalam konteks agama, politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi, ketenteraan dan ketamadunan kesuluruhannya. 

Terdapat berbagai-bagai kajian telah dihasilkan dalam bidang agama untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan juga penyelewengan terhadap pemahaman sesuatu pengajaran agama yang tidak begitu jelas atau pun ketiadaan nas-nas yang boleh dipertanggungjawabkan bagi mengekang sesuatu ajaran yang boleh menjurus kepada fahaman-fahaman yang tidak berteraskan al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w.

Antara pengajaran yang sering disalah ertikan atau kurang difahami oleh sebilangan besar umat Islam dan juga bukan Islam ialah pengajaran ilmu yang berkaitan dengan "Ikhsan" atau lebih dikenali sebagai Ilmu Tasawwuf. Ramai yang berpendapat pengajaran dan amalan Ilmu Tasawwuf ini adalah salah satu punca yang menjadi penyebab kesesatan beragama dan memundurkan negara dan umat Islam. 

Jika dilihat secara kasar dari perspektif ekstrinsik keilmuan tanggapan ini ada kebenarannya tetapi jika dihalusi dengan lebih mendalam  secara intrinsik dan forensik akan menemukan berbagai-bagai kontroversi ilmiah yang berpunca daripada tersalah faham atau pentafsiran yang mengelirukan terhadap kefahaman Ilmu Tasawwuf itu sendiri kerana ketandusan ulama yang benar-benar arif dan menghayati dalam bidang ini.

Pengajaran Ilmu Tasawwuf pada prinsipnya bergerak seiring dengan kebangkitan para Nabi dan Rasul dan diperkukuhkan lagi apabila dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi Rasulullah dan menjadikan agama Islam itu sebagai jalan beragama yang diredhai Allah hingga kiamat dunia sebagai penyambung muktamad untuk meneruskan agama wahyu yang diturunkan sebelumnya melalui utusan para Rasul Alaihisalam yang dibangkitkan dan kitabullah At-Taurat,  Al-Injil dan  Az-Zabur.  

Al-Quran adalah kitab suci wahyu dan Kalam Allah terakhir bagi melengkapkan kitab-kitab suci yang terdahulu untuk  dijadikan  pedoman kehidupan yang benar, terbaik, paling sempurna dan selamat bagi kesejahteraan hidup umat manusia dan jin di dunia dan kebahagian berkekalan di akhirat.
Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda adalah berteraskan aqidah keimanan, hukum-hakam agama dan "Ikhsan" yang dimaksudkan sebagai penghayatan Ilmu Tasawwuf.  Kesemua para sahabat Rasullullah s.a.w. mengikuti, beriman, melaksanakan dan menghayati sepenuhnya keseluruhan perjalanan tasawwuf ini. Para "SAHABAT" adalah golongan manusia pada zaman Rasulullah s.a.w. yang bertemu, mempelajari, beriman serta sama-sama 'berjihad' dan berkorban dengan baginda menegakkan syi'ar Islam. Pemahaman,pegangan  dan penghayatan "Ilmu Tasawwuf" atau "Ikhsan" mereka adalah sebagimana yang diperjelaskan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. :
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ, لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ, حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم, فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ, وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ, وَ قَالَ : يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ, فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَإِ لَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ, وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ, وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ, وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ, وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ : صَدَقْتُ. فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْئَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ, قَالَ : أَنْ بِاللهِ, وَمَلاَئِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَرُسُلِهِ, وَالْيَوْمِ الآخِرِ, وَ تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ, قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ : مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِهَا, قَالَ : أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا, وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِيْ الْبُنْيَانِ, ثم اَنْطَلَقَ, فَلَبِثْتُ مَلِيًّا, ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرُ, أَتَدْرِيْ مَنِ السَّائِل؟ قُلْتُ : اللهُ وَ رَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ : فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ
      ( رَوَاهُ مُسْلِمٌ)
                   Sebahagian daripada maksudnya ialah: 
" Daripada Umar bin Al Khatab Radhiallahu Anhu, katanya : Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki; putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan [sebagai seorang pengembara], dan tidak ada seorang pun daripada kami mengenalinya, sehinggalah ia duduk mengadap Nabi Muhammad s.a.w., lalu ia menemukan lututnya kepada kedua lutut baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata : Wahai Muhammad! berilah tahu kepada aku tentang Islam? Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan: ..............Berilah tahu kepada aku tentang Iman? Nabi Sallallahalaihiwasalam menerangkan :..............Kemudian ia bertanya lagi : Berilah tahu kepada aku tentang Ikhsan? Nabi menerangkan: [Ikhsan itu ialah] engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala 'seolah-olah' engkau 'melihat-Nya', sekiranya engkau tidak dapat melakukan demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap melihat  kamu."
 [Maksud ringkasan Hadis daripada riwayat Muslim. Orang yang bertanyakan kepada Rasullah s.a.w. itu ialah Malaikat Jibril Alaihisalam yang menyamar sebagai manusia]
Mereka juga adalah terdiri daripada berbagai-bagai golongan yang mempunyai profesion dan kemahiran tersendiri dalam pelbagai bidang kehidupan duniawi seperti ahli perniagaan,ahli politik, petani, ahli seni, kemahiran bermain senjata, mempunyai ilmu perperangan,  ahli bahasa persuratan dan kesusasteraan Arab serta ramai juga dari golongan fakir miskin. Perjalanan hidup para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah semata-mata untuk agama dan mereka diibaratkan, "seperti bintang-bintang di langit." Kasih dan kecintaan mereka terhadap Allah, Rasul-Nya dan kehidupan di akhirat mengatasi segala-galanya yang sukar digambarkan jika dibandingkan dengan kancah pola pemikiran untuk kehidupan manusia di zaman sekarang.

Antara para sahabat yang hidup dalam kemiskinan ialah Abu Hurairah r.a.yang kehidupan sepenuh masanya lebih tertumpu dan beri'ktiqaf di masjid dan mengamalkan cara hidup yang paling sederhana dari segi berpakaian dan amat terhad makan minumnya, malahan 'kelaparan' adalah 'makanan' harian di sepanjang hayatnya.  
Namun dia adalah di antara sahabat-sahabat besar yang paling rapat dengan Rasullullah s.a.w. sama ada dalam kehidupan seharian, mempelajari ilmu dan peperangan fisabillillah. Beliau adalah salah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan Hadis-hadis termasyhur Rasulullah s.a.w. yang sehingga kini mutiara ilmunya terus menyinari dunia dan umat Islam sejagat. 
 
Beliau dan rakan-rakan yang sehaluan dengannya gemar memakai pakaian berkain kasar yang disebut sebagai 'suf' dan tinggal di satu sudut Masjid Nabawi yang didirikan seperti pangkin yang dipanggil 'suffah'. Justeru mereka dikenali juga sebagai golongan Ahli Suffah (أهل الصفة ). Kedudukan 'suffah' di dalam Masjid Nabawi dan berhampiran dengan 'Ar Raudah' dan kamar/tempat kediaman Rasulullah s.a.w amat memudahkan mereka berhubung dalam apa jua hal dengan Rasulullah s.a.w khususnya dalam majlis-majlis ilmu  yang disampaikan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di 'Ar Raudah' di samping turut menyaksikan turunnya wahyu dan ada juga di kalangan mereka yang menjadi penyebab turunnya wahyu bagi menjelaskan sesatu perkara dan hukum-hakam yang berbangkit atau menjadi kemusykilan. 
Daripada sinilah dikatakan terbitnya perkataan 'al-sufi' yang merujuk kepada golongan insan mukmin soleh yang hidup paling sederhana dan lebih menumpukan kepada penghayatan ilmu dan peribadatan sahaja. Bersama beliau terdapat ramai juga para sahabat golongan 'ahli suffah' yang dimuliakan Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah :  

Abu Hurairah, Abu Dzarr al-Ghaafiri, Abu Said al-Khudri, Kaab al-Harith, Salman al-Faarisi, Abu Barzah al-Aslami, Suhaib San’am, Ammar bin Yaaser, Abdullah bin Mas’ud, Saad bin Abi Waqqas, Uqbah bin Amir, Wabisah bin Ma’bad al-Juhani, Bilal bin Rabah, Tamin ad-Daari, Handzalah bin Abi Amir dan lain-lain lagi. Jumlah mereka sekitar 70-400 orang dan silih berganti. 

         Lokasi ' Suffah' yang terdapat  di antara Pintu Jibril dan Pintu An Nisa' belakang Maqam Rasulullah s.a.w di  Masjid Nabawi

Mereka tidak mempunyai profesion khusus dan kerap menjadi 'tetamu' kepada para sahabat lain dari kalangan orang Ansar yang berkemampuan. Golongan para sahabat Ahli Suffah ini tidak menjadikan kehidupan dunia itu sebagai matlamat utama hidup mereka tetapi hanya untuk menjadikannya sebagai medan untuk persediaan menuju ke akhirat yang kekal abadi. Allah memuji mereka sebagaimana wahyu-Nya  dalam al-Quran :
لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ 
                   Maksudnya :
i. "(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri  dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu  nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
                  [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 273]
 وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا 
                         Maksudnya :
ii. " Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi da senja hari dengan mengharap keredaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."
                                 [ Surah سورة الكهف Al-Kahfi : 28
 وَلا تَطْرُدِ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ مَا عَلَيْكَ مِنْ حِسَابِهِمْ مِنْ شَيْءٍ وَمَا مِنْ حِسَابِكَ عَلَيْهِمْ مِنْ شَيْءٍ فَتَطْرُدَهُمْ فَتَكُونَ مِنَ الظَّالِمِينَ
                   Maksudnya :
iii. " Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhanmya pada pagi dan petang hari, sedang mereka menghendaki kerdaan-Nya. Kamu tidak memikul tenggungjawab sedikit pun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggungjawab sedikitpun terhadap perbuatannu, yang menyebabkan  kamu ( berhak) mengusir mereka, sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim." 
                            [ Surah سورة الأنعام Al An'aam: 52 ]

Walau sesukar atau semiskin mana sekalipun hidup mereka di dunia namun barkat kesabaran, kesyukuran dan tawakkal kepada Allah di samping penghayatan sepenuhnya ilmu agama di bawah bimbingan terus daripada Rasulullah s.a.w. mereka mengatasi segala-galanya. Mereka juga sentiasa berada di barisan hadapan apabila turun wahyu memerintahkan memerangi musuh-musuh Islam yang mengancam keselamatan negeri, umat dan agama Islam.

Demikian juga sahabat-sahabat yang berharta dan mempunyai kekayaan tidak menjadikan kekayaan mereka itu sebagai satu kemegahan tetapi menerimanya semata-mata sebagai amanah dan ujian Allah kepada setiap orang makhluk-Nya ketika hidup di dunia yang akan dipertanggungjawabkan pada hari dibangkitkan kelak. Justeru mereka mengorbankan seluruh jiwa raga dan harta kekayaan mereka demi untuk menegakkan syiar agama Islam dan memperolehi keredaan Allah. Hal ini dapat dicontohi daripada pengorbanan besar Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan,  Ali bin Abi Talib,  Abdul Rahman Auf dan ramai lagi. 

Mereka sangat menghormati dan memuliakan Rasulullah s.a.w. dengan menjaga hati dan segala adab sopan ketika menemui baginda. Mereka amat takut dan bimbang sekiranya mereka menjadi penyebab turunnya wahyu yang mencerca mereka seperti yang berlaku terhadap Abu Jahal, Abu Lahab, Al 'As bin Wa'il dan golongan orang munafik yang tidak disebu namanya secara khusus. Mereka juga amat menjaga hati kerana sangat takut sekiranya ibadat-ibadat yang dilakukan tidak diterima Allah seperti yang disebut di dalam Hadis Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Al-Mubarak daripada Mu'az bin Jabal r.a. yang panjang itu.

Jelasnya para sahabat menghayati sepenuhnya tanpa tolak ansur pemahaman Ilmu Tasawwuf Islam atau Ikhsan di bawah bimbingan secara langsung daripada Rasullullah s.a.w. walaupun pada penilaian manusia sekarang dianggap sebagai perkara remeh sahaja dan tidak diambil kira apabila membuat analisis dan membicarakan sejarah kebangkitan Islam zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa Rasyideen. Puji-pujian dan janji Allah SWT terhadap setiap detik pengorbanan ikhlas mereka termaktub di dalam al-Quran surah سورة التوبة At-Taubah ayat 100 :
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ 
                             Maksudnya :
" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama mula beriman memeluk agama Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka juga reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." 
Hakikat ini begitu jelas terpahat di bumi Makkah dan Madinah yang sehingga kini menyaksikan tidak terdapat walau satu pun warisan tamadun material yang hebat dan gah yang dapat dikaitkan dengan warisan zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa Ar Rasyideen. Warisan material yang mereka tinggalkan adalah terlalu sedikit sahaja seperti kesan-kesan peristiwa perang Khandak, Badar dan Uhud serta kawasan permakaman para syuhada dan beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. 

Tamadun yang mereka tinggalkan adalah tamadun ilmu berteraskan al-Quran Kalam Allah dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang membina dan memperkukuhkan ketaqwaan, mencintai Allah, Rasul dan hari akhirat. Mereka membina dan menghayati sepenuhnya akhlak sebenar insan mukmin salih untuk dicontohi umat selepas zaman mereka. Faktor inilah yang sebenarnya mendaulatkan keagungan mereka sebagai barisan 'tentera-tentera ' langit yang menyinari bumi dan menjadikan mereka amat digeruni musuh-musuh Allah.
Rasulullah s.a.w amat menyanjung tinggi para sahabat baginda dalam segala aspek penghayatan agama Islam mereka. Baginda mengibaratkan perbezaan ketinggian martabat kemuliaan para sahabat baginda dengan golongan insan mukmin lain adalah seperti sabda baginda:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَتَسُبُّوا أَصْحَابِيْ فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَابَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ 
          (صحيح البخاري)
                          Maksudnya :
"Sabda Rasulullah s.a.w. :' Janganlah kalian mencaci para sahabatku, jika di antara kalian menginfakkan emas sebesar Gunung Uhud, maka belum menyamai segenggam dari mereka tidak pula setengah genggam dari mereka'. "  [Shahih Bukhari]   
Pegangan iktiqad dan  pendirian Ahli Sunnah wal Jamaah tehadap para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumuddin :

 وأي يعتقد فضل الصحابة رضي الله عنهم وترتيبهم وأن أفضل الناس بعد النبي صلى الله عليه وسلم: أبو بكر ثم عمر ثم عثمان ثم علي رضي الله عنهم. وأن يحسن الظن بجميع الصحابة ويثنى علـيـهم كما اثنى الله عز وجل ورسوله صلى الله عليه وسلم عليهم أجمعين. 
         Yang bererti :
"Hendaklah diiktiqadkan kelebihan martabat sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. itu dan tertib-tertibnya kelebihan mereka itu. Adalah seafdhal-afdhal manusia kemudian daripada Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah Abu Bakar, kemudian Omar, kemudian Usman dan kemudian Ali Radziallahu Anhum.Hendaklah menaruh baik sangkaan kepada kesemua sahabat Rasullullah s.a.w. dengan memuji mereka itu sebagaimana Allah SWT dan Rasul-Nya memuji mereka sekalian. Semuanya itu ada tersebut menunjukkan puji-pujian itu di dalam al-Quran al-'Azim dan beberapa Hadis Nabi Muhammad s.a.w.." 
Sayangnya faktor hidup 'bertaqwa' para sahabat Rasulullah s.a.w. dengan menghayati secara mutlak dan holistik segala petunjuk ilmu dan amal yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang hidup bersama mereka dipandang sepi atau 'ditenggelamkan' begitu sahaja dari pentafsiran kaca mata sejarah 'sekular' hari ini. Para sahabat Rasulullah s.a.w. dilihat atau dikategorikan sama seperti ahli-ahli politik dan panglima-panglima ketenteraan yang didokong oleh generasi manusia yang wujud pada hari ini dalam pelbagai konteks pemikiran, kepemimpinan dan pemahaman agamanya. 
Dalam hal ini maka Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan di dalam Hadis yang bermaksud :
"Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang kurun mengikuti mereka itu,kemudian kurun yang mengikuti kurun itu, kemudian akan meluaslah kedustaan, maka janganlah kamu pegang kata-kata mereka dan amalan mereka."
Keruntuhan satu demi satu empayar-empayar Islam dan kebangkitan kuasa-kuasa kolonial Eropah menguasai dunia menyebabkan negara-negara Islam 'tenggelam dan hanyut' begitu lama dalam arus sosio-politik dunia yang dikuasainya begitu lama.  Negara-negara Eropah muncul sebagai kuasa penakluk yang menguasai sistem politik, ekonomi dan sosial sebilangan besar negara Islam. Kebangkitan golongan fundamentalis agama di kalangan umat Islam yang melakukan reformasi atau gerakan islah sosio-politik dan agama telah mencetuskan senario baru dalam kancah pergolakan di kebanyakan negara Islam.

Dalam masa yang sama bangkit juga golongan nasionalis yang berorientasikan sekular barat telah membangkitkan kesedaran berpolitik di kalangan umat Islam di beberapa buah negara yang  memberi pukulan hebat terhadap pemerintahan kolonial Eropah yang akhirnya terpaksa berundur dan memberikan kemerdekaan. 

Semasa pergolakan ini berlaku gerakan-gerakan keagamaan bercorak kesufian dengan identiti aliran 'tareqah sufi' tertentu turut bergerak sama ada secara berterang-terangan atau secara sulit. Pada zaman penjajahan kuasa kolonial Inggeris di Malaysia/Tanah Melayu tidak timbul isu ketara yang mengaitkan dengan ajaran bercorak aliran tareqah sufi ini kecuali beberapa kes terpencil seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan di beberapa lokasi lagi dengan kemunculan kumpulan-kumpulan yang disifatkan atau dikategorikan sebagai ajaran sesat. 

     Persepsi umum di Nusantara tentang identiti ahli sufi aliran tareqah tertentu 

Pada zahirnya sukar untuk dipastikan apakah rahsia ilmu yang diamalkan oleh kumpulan-kumpulan yang dianggap sebagai kumpulan zikir dan penghayatan ajaran ilmu mengikut sunnah dengan identiti lahiriah yang dikaitkan dengan watak ulama tersohor zaman dahulu. 
Terdapat berbagai jenis amalan zikirullah yang menjadi  amalan mereka sama ada secara keseorangan atau berjemaah. Biasanya kalimah zikirullah yang dilafazkan dengan nyata ialah kalimah "ALLAH" dan "LAILLAHA ILLALLAH". Hujah mereka terhadap amalan ini adalah berpandukan ayat al-Quran surah Al-A'raaf سورة الأعراف‎‎   ayat 205:     
 وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ 
                   Maksudnya :
"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu, dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
Pada dasarnya objektif  Ilmu Tasawwuf yang bercirikan kesufian ini  adalah untuk 'mengubati' dan membersihkan hati seseorang daripada penyakit-penyakit batin seperti yang dimaksudkan dalam sifat-sifat mazmumah yang berpunca daripada keinginan hawa nafsu.  Menurut sesetengah ahli tasawwuf yang berorientasikan aliran tareqah sufi, nafsu manusia dibahagikan kepada Nafsu Amarah, Nafsu Lawwa-mah,  Nafsu Mulhamah,  Nafsu Mutma-innah, Nafsu Radhiah, Nafsu Mardhiyyah
Nafsu Amarah  dikatakan sebagai tabi'at hati manusia yang terendah sekali kerana menyimpan perangai-perangai buruk seperti yang dimaksudkan dalam sifat mazmumah dan seterusnya mencapai ke darjat makam makrifat kepada Allah atau makam Al-Baqa' U-Billah atau Al-Fana' U-Billah. 

Jika seseorang hendak 'membersihkan' dirinya hendaklah bermujahadah atau berjuang melawan godaan nafsu syaitan untuk menghapuskan sifat-sifat mazmumah yang tercela itu dalam dirinya dengan 'bersuluk' dan mengamalkan zikir-zikir tareqah. Zikir-zikir ini mengandungi bermacam-macam jenis mengikut susunan dan amalan 'guru/syeikh mursyid' yang dibahasakan sebagai 'kasyaf'  yang mengijazahkanya secara 'bai'at'.




Pada mulanya pengamal-pengamal wirid dan zikir tareqah ini hanya berada di peringkat zikir lisan tetapi bagi mereka yang telah berjaya dalam perjalanan 'suluk' dan 'mujahadahnya' akan sampai kepada peringkat 'zikir qalbu' iaitu di dalam hati sahaja. Dikatakan zikir-zikir tareqat sufi boleh menembusi hati batin manusia yang dihijab kegelapan berlapis-lapis seperti kulit tiram. 

Terdapat juga amalan zikir yang dinamakan Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah. Zikir ini berteraskan pada konsep Wahdat al-wujud atau wujud yang satu berdasarkan kepada fahaman bahawa awal makhluk itu ialah Nuur Muhammad yang terbit daripada Zat Allah. Dikatakan juga bahawa daripada Nuur Muhammad ini dijadikan pula semua makhluk seperti malaikat, syurga, neraka, arasy, kursi dan lain-lain lagi. Ini bermakna ketika berzikir Nafi Ithbat semua yang ada adalah Allah belaka. 

Ahli-ahli tareqat dikatakan akan hanya sampai kepada Allah dengan tiga syarat iaitu melalui :
i. Amalan zikir khafi iaitu zikir dengan pemikiran supaya tidak mengingatkan yang lain selain daripada Allah. 
ii. Muraqabah yang diertikan sebagai mengintai-intai hati kepada Allah seperti kucing mengintai-intai tikus yang masuk dalam lubang. 
iii. Melazimkan hadir untuk memberi khidmat kepada 'syeikh' atau khalifah guru tareqah.
Ketiga-tiga cara ini dilakukan oleh ahli-ahli tareqah melalui 'bersuluk'. Ahli-ahli tareqah juga perlu melalui 20 peringkat Muraqabah untuk menuju ke jalan Allah dan seterusnya memperolehi rahsia 'zuk' atau 'syuhud' dalam dirinya. Langkah pertama bagi seseorang untuk memasuki alam tareqah hendaklah melalui proses perjalanan syariat, tareqat, hakikat dan makrifat serta mendapat ijazah dan bai'ah daripada 'syeikh', khalifah atau guru tareqah yang dipandang atau diiktiraf sebagai 'mursyid' dan 'kasyaf'  yang dikatakan mempunyai pertalian salasilah tareqahnya hingga sampai kepada Rasullullah s.a.w. Orang yang 'bersuluk' atau 'salik' mengamalkan wirid-wirid/zikir tareqah yang diijazahkan oleh guru mursyid untuk mencapai makam terakhir yang tertinggi iaitu makrifat kepada Allah. 
Golongan ini menganggapkan ibadat orang Islam yang tidak mengamalkan zikir tareqah dan menjadi ahli di dalam sesuatu kumpulah tareqat adalah dianggap sebagai orang syari'at sahaja. Mereka beranggapan dan memperkecilkan ilmu dan amalan ibadat orang syari'at hanya kulit sahaja, sedangkan ibadat golongan ahli tareqah adalah menikmati kelazatan cita rasa isinya. Kononnya hakikat ini boleh diibaratkan
".....orang syariat hanya memakan kulit pisang sahaja sedangkan ahli-ahli tareqah menikmati kelazatan keseluruhan isinya....." 
Terdapat juga berbagai-bagai kefahaman dan amalan lain yang telah sekian lama menjadi kontroversi ulamak dan meragukan orang awam terhadap kebenaran amalan tareqah ini. Antara yang paling ketara ialah fahaman dan amalan bertawasul atau berwasilah atau berrabitah yang begitu lumrah diamalkan kumpulan-kumpulan tareqat. 

Amalan bertawasul   ini dikatakan meminta pertolongan 'kuasa ghaib' daripada 'roh guru' pengasas amalan tareqah yang dianggap konon 'tidak mati' tetapi hanya 'ghaib' sahaja dari pemandangan mata kepala manusia sahaja. Sekiranya pengamal tareqah dalam kesusahan mereka boleh menyeru nama guru tareqah tersebut untuk datang membantu seperti dikatakan :
"....Assalamualaikum Ya Saidi .......... ( 3 kali satu nafas), saya mintalah supaya diubatkan orang sakit ini dengan izin Allah ......."
Guru, syeikh atau khalifah mursyid tareqah adalah dianggap 'kasyaf' kerana melalui amalan kebatinannya dia dapat melihat atau mengetahui latar belakang hidup dan hajat di hati seseorang yang menemuinya. Oleh itu dia dihormati, disanjung atau dimuliakan sebagai 'Wali Allah'. Segala kata-katanya mesti dita'ati dan tidak boleh dibantah seperti menta'ati perintah Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang membantah/ingkar akan terkena 'tulah' guru yang 'memudaratkan' dan amat sukar diubati. 

Segala amalan dan pegangan iktiqad ahli-ahli tareqat tidak diketahui sepenuhnya oleh orang awam yang bukan menjadi ahli sesuatu perkumpulan tareqat kerana ia tergolong dalam kategori 'Ilmu Sirr' atau 'Ilmu Rahsia' yang mesti disembunyikan daripada pengetahuan umum yang hanya boleh dibicarakan di kalangan ahli dan syeikh tariqat yang sudah mencapai martabat darjat ketinggian tahap 'makrifat'  sahaja.

Sekiranya terdapat sebarang penerbitan sama ada dalam bentuk penerbitan buku/kitab untuk diedarkan kepada masyarakat umum,kandungannya tidak menyentuh secara langsung pegangan dan amalan 'Ilmu Sirr' yang diamalkan kumpulan tareqat tersebut tetapi hanya mengaitkanya dengan nas-nas al-Quran, Hadis-hadis Rasulullah, amalan-amalan kesufian di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan ulama'-ulama' terkenal di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dianggap boleh menyokong 'Ilmu Sirr' dan amalan tareqat mereka.

Imam al-Ghazali yang amat terkenal dengan perjalanan hidup dan alam sufinya itu sering dikaitkan dengan fahaman dan amalan-amalan perkumpulan tareqat sufi yang wujud pada hari ini. Kata-kata al-Ghazali berbentuk kesufian dan falsafah itu sering menjadi rujukan dan sebut-sebutan para ulamak dan guru agama di Nusantara. Namun demikian pengajaran Aqidah At-Tawhid al-Ghazali yang terkandung di dalam bab awal juzuk pertama Kitab Ihya' Ulumuddin dan kitab-kitab beliau yang lain adalah terlalu asing dan tidak pernah dirujuk atau disebut-sebut oleh kebanyakan ulama' dan guru agama khususnya di Malaysia.  

Besar kemungkinan pengajaran al-Ghazali mengenai pengertian Tawhid dan Syahdat At-Tawhid dan Syahdat Ar-Rasul dan Asma' Ul Husna tidak pernah dibicarakan dengan teliti dan mendalam di dalam pengajian ilmu agama Islam negara ini kerana sama ada ianya tidak pernah diajarkan di institusi-institusi pendidikan agama Islam atau dianggap bertentangan dengan pemahaman ilmu "Sifat 20" yang sudah lama sebati berakar umbi pemahaman dan pengajarannya di negara ini atau menganggapkannya sebagai perkara remeh dan memadai dengan pengertian ilmu sedia ada sahaja. 


Dalam konteks agama Islam, sesuatu ilmu dan amalan mestilah bersandarkan kepada ilmu pengetahuan yang hak dan sangat luas bahasannya mengenai hukum-hakam seperti yang terkandung dalam Ilmu Fiqh, Ilmu Tasawwuf dan Ilmu At-Tawhid/Usuluddin. Kesemuanya mesti berjalan seiring bagi menentukan apa juga yang dilakukan adalah berpandukan kaifiat dan hukum-hakam yang sahih kebenarannya kerana sesuatu ibadat itu akan hanya sah diterima Allah sekiranya seseorang itu berpegang kepada fahaman ilmu aqidah keimanan yang hak, mematuhi kaifiat hukum-hukum syarak yang ditetapkan dan mempunyai keikhlasan hati yang bersih daripada segala adab perangai sifat mazmumah
Dalam pada itu seseorang itu hendaklah memperkukuhkan penghayatan agamanya dengan melakukan apa juga perkara yang boleh memberi kelebihan pahala daripada Allah serta menjadi bertambah warak, zuhud dan taqwa kepada Allah melalui penghayatan muraqabah.

Pengertian muraqabah yang dimaksudkan di sini ialah; "sangat malu/takut mengerjakan maksiat kepada Allah dengan cara memuji kebesaran dan kemuliaan Allah melaui amalan berzikirullah, bertasbih,  bertahlil, bertahmid dan mentakbirkan-Nya". Hatinya sentiasa mengingati dan memuliakan Allah sahaja dengan melupakan atau tidak mahu mengingati langsung sesuatu yang lain daripada Allah. Asas ilmu muraqabah ini adalah berdasarkan Hadis Rasullullah s.a.w. yang bermaksud: 
"........Sabda Nabi Muhammad s.a.w., beribadatlah oleh mu kepada Allah seolah-olah engkau melihat Dia,  jika engkau tidak melihat akan Dia maka bahawasanya Dia melihat akan kau ."
 Dalam Hadis yang lain Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
" تفكروا في خلق الله ولا تفكروا في ذات الله "
                      Maksudnya :
"Berfikirlah kamu sekalian pada makhluk Allah dan jangan sekali-kali kamu sekalian berfikir pada (hakikat) Zat Allah."
Hadis-hadis ini mengingatkan supaya jangan sekali-kali memikirkan akan hakikat Zat Allah kerana Zat Allah yang Qadim itu tidak dapat diketahui sama sekali akan  hakikatnya oleh sekalian makhluk Allah sama ada Nabi-nabi, Rasul-rasul atau para malaikat yang maksum. Hanya Allah sendiri yang lebih mengetahui akan hakikat Zat-Nya yang Qadim. 

Dalam al-Quran surah سورة الأعراف‎‎  Al-A'Raaf : 143 ada menjelaskan bahawa Allah SWT tidak dapat dilihat sama sekali dengan pemandangan mata kepala (di dunia) berdasarkan ayat al-Quran :"...Lan Tara Ni.."     (لن تراني....)
  yang bermaksud : 
"... tiada sekali-kali engkau melihati akan Aku (yakni di dunia )." 
Ini menunjukkan muraqabah itu bukanlah bererti "mengintai-intai seperti kucing mengintai tikus dalam lubang." Apabila hati seseorang itu telah beriktiqad bahawa Allah SWT Amat Melihat segala perbuatan setiap orang hamba-Nya sama ada perbuatan-perbuatan zahir yang terbit daripada anggota-anggota badannya atau perbuatan-perbuatan dan lintasan-lintasan yang terbit di hatinya/qalbunya menjadikan dia amat takut dan malu melakukan sebarang maksiat, mengingkari perintah Allah. Sebaliknya dia sentiasa menta'ati dan mengingati Allah sahaja pada setiap detik di sepanjang hayatnya.

Dia juga memahami bahawa setiap perbuatan itu pula akan dibalasi di akhirat; jika melakukan kejahatan mendapat dosa. Sekiranya dosanya itu tidak diampunakan Allah walaupun dianggap 'kecil' pada ukuran atau pemahaman manusia biasa dia akan dihukum dengan setimpalnya dan dimasukkan dalam api neraka semata-mata kerana keadilan dan hak Allah. Segala perbuatannya yang baik pula akan diberi ganjaran pahala yang setimpal dan dengan rahmat Allah dia dimasukkan ke syurga. Apabila pegangan iktiqad ini menusuk di dalam hati 'qalbu' maka dengan sendirinya hati merasa malu dan takut melanggar perintah dan hukum-hukum Allah .

Ahli-ahli sufi golongan  Ahli Assunnah Wal Jamaah berpegang kepada satu Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 
"........bahawasanya dibentangkan bagi seseorang hamba itu pada tiap gerak daripada segala gerak-gerak itu walaupun sekecil mana sekalipun akan ditanya [pada Hari Pembalasan] melalui tiga dewan iaitu melalui dewan pertama 'Lima ' yang menanyakan kenapa? Dewan kedua 'Kaifa' yang bertanyakan bagaimana ? Dewan ketiga 'Liman' bertanyakan kerana siapa ........"[hingga akhir Hadis ].
Ahli-ahli sufi dari golongan As-Sunnah yang telah mencapai martabat muraqabah terjumlah sebagai orang muqarrabun yang terbahagi kepada As-Siddiqin dan Ashabulyamin. Mereka inilah yang akan menerima surat amalan di akhirat kelak dengan tangan kanan. 

Muraqabah juga mempunyai pengertian yang sama dengan kalimah-kalimah; Basirah, Musyahadah, Muaiyanah dan Mukasyafah. Pengertian Al-Fana' U Billah dan Al-Baqa' U Billah ialah atas makna :
 "  melupakan langsung  ingatan kepada makhluk Allah atas sebab mengingatkan Allah sahaja dan bukanlah bermaksud kekal kepada Allah atau menyatukan Zat Allah dengan dirinya/makhluk-Nya."
Pengertian ini merujuk kepada kefahaman dan penghayatan ilmu mengenal Allah seperti yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al Husna dan Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pada Makna Dua Kalimah Syahdah.

Orang yang berada dalam muraqabah ini karam dengan penghayatan ilmu tersebut hingga dia tidak ingatkan makhluk Allah lagi. Terdapat riwayat menjelaskan bahawa Nabi Allah Yahya bin Zakaria AS apabila dia bertembung dengan seorang perempuan lalu ia menolaknya hingga terjatuh perempuan itu atas mukanya. Apabila ditanya kenapakah Nabi Yahya berbuat demikian. Dijawabnya bahawa dia menyangkakan dia berhadapan dengan dinding.

Riwayat ini dapat difahami bahawa Nabi Yahya AS telah berada di martabat Baqa' U Fibillah atau mengekalkan ingatan kepada Allah sahaja dengan lidah menyebutkan zikirullah dan hati mengekalkan ingatan pada Allah sahaja [menghayati sepenuhnya kefahaman ilmu mengenal Allah] hingga menjadikan mata kepala zahirnya tidak 'nampak' perempuan sebagai perempuan tetapi sebagai dinding yang menghalangnya.

Pengertian ini boleh difahami melalui contoh sesama manusia. Misalnya jika seorang raja pemerintah sebuah negara yang amat termasyhur dijadual akan datang bertandang sebagai tetamu di rumah seorang penduduk desa di sebuah negeri. Penduduk desa tersebut sudah pasti membuat dan menyediakan segala persiapan secukup-cukupnya bagi menyambut tetamu diraja tersebut. 

Pemikirannya sudah pasti akan hanya tertumpu sepenuhnya kepada apa sahaja yang sewajarnya disediakan agar dia dapat memberikan layanan istimewa yang terbaik terhadap tetamunya itu dan tidak melakukan apa juga perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan raja tersebut. Pada setiap detik dia hanya mengingati perihal raja yang akan disambutnya sebagai tetamu khas paling istimewa itu. Pada ketika ini fikirannya hanya terhala pada raja tersebut sahaja dan dia 'melupakan' hal-hal lain yang tidak berkaitan
Demikianlah juga hal keadaan orang mukmin yang mengingati dan menghayati segala ilmu pengetahuan khusus mengenai Allah. Dia karam dengan ilmunya dan melupakan ingatannya kepada makhluk.

ii.  Tipu Daya Syiatan (Bhg 2) 
iii. Pembinaan Iktiqad Ahli As-Sunnah]

Ahli-ahli sufi golongan Ahli As-Sunnah juga sangat memahami maksud Hadis Nabi s.a.w.yang mengatakan bahawa setiap diri manusia itu dilahirkan dengan dua kembaran iaitu malaikat dan syaitan. Kembaran malaikat akan hanya menerbitkan lintasan-lintasan hati yang baik sahaja,sementara kembaran syaitan pula akan hanya menerbitkan lintasan-lintasan hati untuk melakukan kejahatan walaupun pada zahirnya seolah-olah dianggap boleh memberi kebaikan. 

Apabila terbit lintasan-lintasan di hati seseorang ahli sufi yang benar-benar luas dan mendalam kefahaman Ilmu Tawhidnya dia akan memohon pertunjuk Allah terlebih dahulu sama ada lintasan hati itu terbit daripada malaikat atau syaitan.

Sekiranya dia mendapat pertunjuk bahawa lintasan hati itu terbit daripada malaikat yang menyuruh membuat kebaikan dia akan bersungguh-sungguh melakukannya. Andainya dia mendapati pertunjuk lintasan hati itu adalah terbit daripada syaitan dia bersegera memohon ampun dan bertaubat kepada Allah sebelum melakukannya lagi. 
Dia juga cukup memahami dan berhati-hati menjaga perbuatan hatinya daripada sifat-sifat mazmumah apabila membaca Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal yang  panjang itu. Antara lain maksud intipati Hadis tersebut menjelaskan setiap pahala amal ibadat yang dilakukan oleh hamba-hamba mukmin berbunyi seperti guruh dan bercahaya seperti cahaya matahari itu akan dibawa ke tujuh lapisan langit oleh Malaikat Hafazah untuk ditapisi oleh tujuh orang malaikat penjaga langit daripada sifat-sifat mazmumah sebelum diterima Allah. 

Cahaya pahala ibadat inilah yang berkekalan menjadi bekalan setiap orang mukmin hingga ke akhirat. Sekiranya ibadat-ibadat mereka tidak diterima Allah atas sebab-sebab yang termaklum, maka sia-sialah sahaja ibadat yang dilakukan dan apabila berada ke akhirat kelak tanpa mempunyai sandaran bekalan cahaya pahala ibadat yang akan menjadi penentu nasib untung ruginya.


Adapun yang dimaksudkan denganialah apabila seseorang itu melafazkan zikir La Illahaillallah dia hendaklah beriktiqadkan bahawa semua makhluk yang ada hendaklah dinafikan atau dinyahkan atau dihilangkan daripada ingatan di hati kerana  pada asalnya kesemua makhluk tidak ada sama sekali, kemudian Allah mengadakannya dengan Qadrat-Nya yang Qadim daripada semata-mata tidak ada kepada ada berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali.

Ini bermakna masa, tempat, malaikat, syurga, neraka, Arasy , Qursi, huruf, suara, sunyi sepi dan apa juga yang dinamakan alam atau makhluk daripada yang paling kecil hingga paling besar sama ada yang zahir atau yang ghaib adalah pada asalnya tiada atau belum dijadikan Allah. Kemudian hendaklah diithbatkan atau dimasukkan/ditanam ke dalam hati bahawa sebelum diadakan semua makhluk, yang ADA  hanya Allah SWT sahaja sebagaimana Dia ADA itu juga penuh dengan kemuliaan dan ketinggian martabat Asma' Ullah Al-Husna. 
Adanya Allah itu sama sekali tidak sama dengan adanya makhluk. Allah itu ADA, sentiasa ADA, selama-lamanya ADA dan tidak berkeputusan ADA-Nya.  Dialah yang awal yang tiada berawal bagi-Nya, Dialah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya. Sebelum dijadikan masa dan tempat dan semua makhluk, hanya Allah sahaja yang ADA. 

Pegangan iktiqad ini memberi pengertian bahawa Zat Allah itu TIDAK berjuzuk dan TIDAK bersatu hakikat dengan zat makhluk yang diadakan Allah daripada semata-mata tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim. Maka tertolaklah sekiranya terdapat pemahaman yang mengatakan bahawa "Zikir Nafi Ithbat La Illaha Illallah " ini bererti berzikir bagi mengingati bahawa  Zat Allah yang Qadim  itu bersatu-padu dengan zat makhluk menjadikannya 'Wahdat-al- Wujud' atau wujud yang satu.

Di samping mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Syahdah At-Tawhid tersebut ahli-ahli zikir juga amat memahami dan menghayati sepenuhnya maksud Hadis Rasulullah s.a.w. berikut: 
 " .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan  itu ditimbang pada hari kiamat melainkan syahadat La Illahaillallah. Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar [benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ] dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah La Illahaillallah lebih berat daripada demikian itu .
[ Peringatan : Asas pemahaman 'Wahdat-al-Wujud'  mengiktiqadkan bahawa Allah mengadakan sesuatu dengan Zat-Nya, berkata-kata dengan Zat-Nya, mendengar dan melihat dengan Zat-Nya dan berkehendak dengan Zat-Nya. Pemahaman ini bertentangan sama sekali dengan asas pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah yang menegaskan bahawa Allah mengadakan sesuatu daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya yang Qadim, berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim, melihat dengan Penglihatan-Nya/Pemandangan-Nya yang Qadim, mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim, mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim dan bukan semata-mata dengan Zat-Nya (Diri-Nya). 

Kalimah Qadim yang dimaksudkan dalam bab Ilmu At-Tawhid adalah dikhususkan dan dimaksudkan kepada Zat dan Sifat-sifat Allah sahaja yang bererti tidak menyamai sama sekali dengan segala zat dan sifat makhluk tanpa misal, ibarat dan tanpa umpama walau dalam apa jua cara/hal sekalipun. Zat (Diri) dan segala sifat Allah yang Qadim adalah berlawanan sama sekali dengan zat dan sifat-sifat makhluk yang hadis/baharu. Oleh itu kalimah "Qadim" ini ditegah sama sekali digunakan kepada makhluk yang hadis/baharu.]


             
Setiap amal ibadat yang mempunyai sifat-sifat mazmumah tidak akan diterima dan dilaknat Allah dan dipukul kepada orang yang melakukan ibadat tersebut. Oleh itu bagi mengelakkan daripada perkara yang sangat ditakuti ini ahli-ahli sufi yang hak sentiasa menjaga dirinya daripada melakukan sebarang dosa maksiat dan lintasan hati yang jahat dengan membanyakkan amal ibadat, membaca al-Quran, berzikirullah, bersedekah, puasa dan apa jua perbuatan yang diredai Allah dan boleh mendatangkan pahala kebajikan. Inilah perjalanan ahli-ahli sufi dari golongan Ahli As-Sunnah yang hak berteraskan perjalanan hidup kenabian dan diamalkan oleh para sahabat Rasullullah s.a.w. dan ulama'-ulama' yang hak.

Adalah sukar untuk mengenal pasti secara zahir apakah ciri-ciri ahli sufi dari golongan Ahli As-Sunnah yang hak ini tanpa membuat penelitian mendalam terhadap pegangan kefahaman ilmu dan amalan-amalan ibadat yang mereka lakukan. Orang-orang awam khususnya mereka yang terdorong hati untuk mengikuti kumpulan-kumpulan yang bercirikan atau mendakwa sebagai ahli tareqah sufi tertentu adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dan jangan sekali-kali mudah terpengaruh dengan amalan ibadat dan zikirullah serta identiti lahiriah mereka yang kelihatan zuhud dan 'hebat' yang dianggap bercirikan 'sunnah'. 

Dalam konteks ini mudah-mudahan pengertian Hadis Rasulullah s.a.w. berikut dapat dijadikan pedoman bagai memahami, membuat penilaian dan ukuran terhadap sesuatu ilmu dan amalan yang dikatakan sebagai penghayatan ilmu sufi yang murni :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                         Maksudnya :
Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azzawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya:  'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwataala."  
Demikian juga pengajaran Luqman al-Hakim kepada anaknya sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة لقمان Luqman ayat 18-19 yang berbunyi :
وَلا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (18) وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الأصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ (19)
              Maksudnya : 
" Dan janganlah kamu memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (18)  
Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai." (19) 
Semoga  panduan-panduan Ilmu At-Tawhid yang dibicarakan di dalam blog ini, merujuk kitab-kitab agama dan ulama'-ulama' muktabar yang sahih kebenaran ilmunya dapat dijadikan sumber rujukan di samping mendalami pemahaman ilmu-ilmu Fardhu 'Ain yang disyaratkan.  
Perlu diingatkan juga jangan sekali-kali mengangkat 'sumpah bai'at' dan merahsiakan ajaran agama yang disampaikan oleh seseorang  guru tareqah tyang didakwa sebagai guru yang mursyid dan kasyaf. Jangan sekali-kali mudah tergoda dengan kata-kata kalimah kesufian agama dan pujuk rayu mereka tetapi hendaklah sentiasa berwaspada dan menaruh syak wasangka terhadap mereka. 
Terdapat satu Hadis Rasullullah s.a.w. yang ringkasan intipatinya bermaksud bahawa:
"..pada akhir zaman kelak akan terdapat umatnya yang diberi martabat sama dengan 70 orang siddiqin (para sahabat besar Rasullullah s.a.w.). Apabila para sahabat [yang merasa takjub terhadap mereka] bertanya adakah mereka ini sangat banyak melakukan ibadat sunnat dan apakah tanda-tanda mereka ? Rasullullah menjawab kelebihan mereka bukan kerana mereka banyak melakukan ibadat-ibadat sunat tetapi mereka ini berbuat baik kepada manusia (atas jalan agama)."
Berdasarkan penjelasan ini mudah-mudahan dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan perjalanan ahli sufi yang hak dan yang batil yang terus berkembang sehingga kini. Sebelum sesuatu ukuran dan keputusan dibuat terhadap implikasi pengajaran Ilmu Tasawwuf dan pergerakan aliran tareqah sufi dalam kehidupan umat Islam di dunia, penelitian yang mendalam secara ilmiah perlu dilakukan oleh para ilmuan dan cendekiawan Islam.

           Tarian Sufi atau 'Whirling Dervihes' yang mula berkembang di Turki pada kurun ke-13 M ini dikatakan satu penghayatan  seni tarian berunsr  sufism yang mendalam

Adalah sangat sukar bagi seseorang yang membuat penyelidikan ilmiah terhadap ilmu ini sekiranya tidak turut sama mengamalkan dan menghayati Ilmu Tasawwuf dan mengikuti jejak langkah perjalanan ahli-ahli sufi yang hak dalam kehidupan sehariannya kerana implikasinya adalah amat berbeza di antara orang yang mengamalkan dan hanya membuat penilaian secara lahiriah dan akademik sahaja.  
Kemunculan golongan-golongan yang mengamalkan bermacam-macam aliran tareqah sufi pada hari ini dan mungkin akan berterusan hingga akan datang perlu dipantau dan diberikan jalan pertunjuk yang wajar agar masalah yang berbangkit pada hari ini tidak akan berterusan pada masa akan datang.

Pemahaman ilmu dan penghayatan ajaran tasawwuf yang hak tidak akan menjadi penyebab kemunduran umat Islam malah mereka sentiasa dilimpahi rahmat Allah menjadikan mereka lebih berwibawa, digeruni dan dihormati manusia kerana kemuliaan akhlak, keperibadian dan kemurniaan adab perangai mereka yang berteraskan al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w.
Hakikat ini begitu ketara apabila dinilai secara mendalam terhadap perjalanan hidup semua para sahabat Rasullullah s.a.w. , ulama'-ulama' tersohor zaman tabi'en dan tabi'en- tabi'en serta para mukmin salih yang muncul pada setiap zaman. Persoalannya, di manakah ulama'-ulama' pewaris sunnah dan ilmu Rasullullah s.a.w. yang sewajarnya dapat memberi pertunjuk jalan keagamaan yang hak kepada umat agar hidup dirahmati dan diredhai Allah ?

Umat tidak sewajarnya dibiarkan membuat pilihan atau pentafsiran sendiri terhadap isu-isu ilmu agama berdasarkan tahap keilmuan yang terbatas. Pergerakan 'golongan munafik' berwajah 'ulama' sufi' yang amat bijak berbicara dan mempunyai 'tauliah' sebagai permit kebebasan menggunakan berbagi-bagai saluran media dan institusi agama Islam. Perkembangan ini sangat sukar dibenteras dengan berkesan sekiranya wadah ilmu yang hak tidak diwacana dan dimantapkan kefahaman dan penghayatannya di kalangan umat sejak di awal usia lagi. 

Kebangkitan umat Islam di sepanjang kurun ke-20 dan 21 Masehi untuk melakukan "ISLAH" memperlihatkan banyak perubahan dalam pelbagai aspek yang dianggap menjurus kepada penghayatan pengajaran Islam mengikut perjalanan As-Sunnah yang hakiki.  Namun penelitian dan perbandingan wajar diberikan terhadap pengertian, pemahaman dan penghayatan ayat al-Quran yang terpapar dalam surah سورة النور‎‎  An-Nuur ayat 55 seperti berikut  : 
 وَعَدَ اللهُ الَّذينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَ لَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دينَهُمُ الَّذِي ارْتَضى‏ لَهُمْ وَ لَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَني‏ لا يُشْرِكُونَ بي‏ شَيْئاً وَ مَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذلِكَ فَأُولئِكَ هُمُ الْفاسِقُونَ
                        Maksudnya :
" Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap beribadat kepada Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."


Mudah-mudahan sesiapa juga di kalangan umat Islam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usha menghidupkan Islam ketika dalam "dagang" dapat memahami peringatan Allah yang terkandung di dalam ayat ini.
Justeru adalah menjadi kewajipan serta keperluan utama bagi umat Islam merujuk permasalahan keilmuan dan amalan yang menjadi fitnah umum kepada para ulamak yang hak untuk mendapat petunjuk yang benar. Dalam konteks ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

              Maksudnya :

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” [Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi ]


Wallahu 'alam. 

Lihat : 

           ii.  Khutbah Terakhnir Rasulullah s.a.w.
          iii.  PENGERTIAN AL-MURAQABAH DAN AHLI AL-MUQARRABIN
          iv.   Ajaran Sesat di Malaysia

اللهم اجعلنا هادين مهتدين غير الضالين ولا مضلين حربا لأعدائك سلما لأوليائك نحب بحبك من أطاعك من خلقك ونعادي بعداوتك من خالفك من خلقك. اللهم هذا الدعاء وعليك الاجابة وهذا الجهد وعليك التكلان وإنا لله وإنا إليه راجعون. ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ذي الحبل الشديد والأمر الرشيد أسألك الأمن يوم الدين والجنة يوم الخلود مع المقربين الشهود والركع السجود الموفين بالعهود إنك رحيم ودود وانت تفعل ما تريد             
                  Maksudnya :
"Ya Allah!, jadikanlah akan kami orang-orang yang memberi pertunjuk lagi yang mendapat pertunjuk lain daripada orang-orang yang sesat dan tiada  orang-orang yang menyesatkan perseteruan bagi seteru-seteru Engkau dan perdamaian bagi Aulia-aulia Engkau. Kami kasihi dengan sebab kasihkan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau. Kami memusuhi dengan sebab permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau.
"Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau kami berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak. 
"Aku memohonkan kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan berserta orang-orang yang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji-janji-Nya. Bahawasanya Engkau Yang Amat Mengasihani lagi Yang Amat Menyayangi dan Engkau berbuat apa yang Engkau kehendaki."
                                      *************************************

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (10)

              Maksudnya :
" sesunguhnya beruntunglah orang yang mensucikan hatinya (kalbunya) (9) 
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (10)

                            [ Al-Quran surah سورة الشمس Asy Syams : 9-10

                    **************************************
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى قَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَا شَيْءٌ أَنْجَى مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ
             Maksudnya : 
"Dari Abu Ad Darda` radliallahu ‘anhu ia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang terbaik, dan yang paling suci di sisi  Allah kalian, paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: Ya. Beliau berkata: 'Berzikir kepada Allah Ta’ala.' Mu’az bin Jabal radliallahu ‘anhu berkata: 'Tidak ada sesuatu yang lebih dapat menyelamatkan dari azab Allah daripada zikir kepada Allah'." [HR Tarmidzi ]


Gambaran Rumah Rasulullah s.a.w https://www.youtube.com/watch?v=Iwuz0S7tBIQ


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...