[Sambungan daripada : Bhg 6: Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin ]
************************************************
Maksudnya :
*******************************************
***********************************************************
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
يا الله يارحمن يا رحيم
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya :
[ Al-Quran surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 180]"Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah 'Asma' Ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut 'Asma' Ul Husna' itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
************************************************
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
[ Al-Quran سورة الحشر surah Al-Hasyr : 24 ]"Dia-lah Allah Yang Menjadikan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling baik dan amat indah 'Asma' Ul Husna'. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
*******************************************
وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنْتُمْ لا تَشْعُرُونَ (55) أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَا عَلَى مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللَّهِ وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ (56
Maksudnya :
" Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepada mu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya.(55)
Supaya jangan ada orang yang mengatakan :'Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)'."(56)[Al-Quran الزمر سورة surah Az-Zumar : 55-56 ]
***********************************************************
Di bawah ini adalah segala ASMA’ Ullah AL-HUSNA sebanyak 99 nama sebagaimana diriwayatkan oleh At-Tarmizi dan
disahihkan oleh Ibnu Haban.
(أسماء الله الحسنى)
الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم الملك القدوس. السلام. المؤمن. المهيمن. العزيز. الجبار. المتكبر. الخالق. البارئ. المصور. الغفار. القهار. الوهاب. الرزاق. الفتاح. العليم. القابض. الباسط. الخافض. الرافع. المعز. المذل. السميع. البصير. الحكم. العدل. اللطيف. الخبير. الحليم. العظيم. الغفور. الشكور. العلي. الكبير. الحفيظ. المقيت. الحسيب. الجليل. الكريم. الرقيب. المجيب. الواسع. الحكيم. الودود. المجيد. الباعث. الشهيد. الحق. الوكيل. القوي. المتين. الولي. الحميد. المحصي. المبدئ. المعيد. المحيي. المميت. الحي. القيوم. الواجد. الماجد. الواحد. الأحد. الصمد. القادر. المقتدر. المقدم. المؤخر. الأول. الآخر. الظاهر. الباطن. الوالي. المتعالي. البر. التواب. المنتقم. العفو. الرؤوف. مالك الملك ذو الجلال والاكرام. المقسط. الجامع. الغني. المغني. المانع. الضار. النافع. النور. الهادي. البديع. الباقي. الوارث. الرشيد. الصبور.
Setakat membaca sahaja ASMA’ ULLAH
AL-HUSNA ini adalah tidak memadai, selagi tidak diambil faham segala kehendak
makna dan tidak beriman pula kepadanya.
Berikut diturunkan maknanya bagi setiap
satu daripada ASMA’ ULLAH AL-HUSNA:
ٱللَّهَ
ALLAH اللَّهِ:
هو أعظم الأسماء لدلالته على الذات العلية الجامعة لكل صفات الألوهية
Maksudnya:
"Lafaz 'ALLAH' اللَّهِ: Sebesar-besar nama (Allah) bagi menunjukkan Zat-Nya Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan, terhimpunnya segala sifat ketuhanan."
Maksudnya:
"Lafaz 'ALLAH' اللَّهِ: Sebesar-besar nama (Allah) bagi menunjukkan Zat-Nya Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan, terhimpunnya segala sifat ketuhanan."
AR-RAHMAN الرحمن : Yang Maha Pemurah dengan apa Ia tutupi segala dosa
dalam dunia.
AR-RAHIM الرحيم: Yang Maha Pengasih dengan apa Ia Ampuni dosa-dosa di negeri akhirat.
AR-RAHIM الرحيم: Yang Maha Pengasih dengan apa Ia Ampuni dosa-dosa di negeri akhirat.
AL-MALIK الملك: Yang Amat Mempunyai Pemilikan, Kebesaran dan Kesultanan.
AL-QUDDUS القدوس:
Maksudnya :
AL-QUDDUS القدوس:
المُقَدَّسُ المُطَهَّرُ مِنْ جَمِيْعِ النَّقَائِصِ وَسُمَاتِ الحُدُوْثِ وَمِنْهَا الزَّمَانُ وَالْـمَكَانُ فَلَا يُقَارِنُهُ زَمَانٌ وَلَا يَحْوِيْهِ مَكَانٌ اِذْ هُوَ الخَالِقُ لَـهُمَا فَكَيْفَ يَحْـــتَاجُ اِلَيْهِمَا.
Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan daripada segala barang yang baharu, antaranya masa dan tempat, maka tiada menyertai-Nya (tiada mengenai-Nya) masa dan tempat kerana Dia-lah yang mengadakan kedua-duanya itu, maka bagaimanakah Ia berhajat kepada kedua-duanya itu.
السلام AL-SALAM :
ذو السلامة من جميع الآفات والنقائص
Maksudnya:
"Yang sejahtera daripada segala kecederaan dan kekurangan. Yakni, setiap perkara yang menyamai makhluk maka Allah Taala tidak mengenai atau menyamainya. (Itulah makna dari segala kekurangan)."
AL-MUKMIN المؤمن: Yang Amat Membenari akan Diri-Nya, Rasul-Rasul-Nya dan Kitab-kitab-Nya (atau) Yang Mengamankan hamba-hamba-Nya daripada segala
ketakutan.
AL-MUHAIMIN المهيمن: Yang Amat Bersangatan pada penjagaan dan pemeliharaan
(atau) Yang Amat Mengetahui yang tidak terselindung dan tidak
tersembunyi daripada Ilmu-Nya walau sekadar satu biji debu jua pun.
AL-'AZIZ العزيز: Yang Amat Bersangatan Kuat dan Kekerasan.
AL-JABBAR الجبار : Yang Mengerasi hamba-hamba-Nya di atas barang apa yang Ia kehendaki.
AL-MUTAKABBIR المتكبر : Yang Maha Tinggi Martabat lagi Yang Amat Mempunyai
kebesaran (atau) Yang Maha Tinggi daripada mengenai segala sifat sekalian
makhluk.
AL-KAHLIQ الخالق: Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan Qudrat-Nya,
menurut ilmu dan Kehendak-Nya (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua
barang yang ada dengan Qudrat-Nya dan Mentakdirkan (Menentukan) tiap-tiap
suatu daripadanya dengan kadar tertentu dengan Kehendak-Nya, menurut Hikmah-Nya.
(على مقتضى حكمته)
AL-BARIU' البارئ: Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan ketiadaan
misal (contoh) yang lalu.
AL-MUSAUWIR المصور: Yang Mengadakan, bagi segala rupa makhluk, Yang Memperelokkan dan Yang Menyusunkan baginya.
AL-MUSAUWIR المصور: Yang Mengadakan, bagi segala rupa makhluk, Yang Memperelokkan dan Yang Menyusunkan baginya.
AL-GHAFFAR الغفار: Yang Menurunkan dinding penutup ke atas segala dosa hamba-hamba-Nya di
dunia dan Memaafkan tanpa balasan seksa di negeri akhirat.
AL-QAHAR القهار : Yang Mengalahkan, bagi semua makhluk (atau) Yang
Memecahkan segala belakang orang-orang sombong zalim dengan memati, menghina
dan membinasakan mereka.
AL-WAHHABالوهاب : Yang Amat Banyak Pemberian dan Pengurniaan lagi
Yang Amat Banyak Memberi nikmat dan limpah murah pengurniaan lagi Yang
Amat Besar pemberian taufik dan hidayah dengan tidak payah diminta, tidak
memutuskan pemberian-Nya daripada hamba-hamba-Nya sama sekali.
AL-RAZAK الرزاق : Yang Memerintahi Mengadakan (المتوالي خلق الرزق )rezeki, Yang Amat Murah pengurniaan-Nya
dengan menyampaikannya kepada hamba.
AL-FATTAH الفتاح: Yang Amat Menghukumi antara sekalian makhluk (atau) Yang
Membukakan segala khazanah rahmat kepada berbagai jenis makhluk.
AL-'ALIM العليم : Yang Mempunyai ilmu yang Azali (dan Ia dengan
tiap-tiap suatu Amat Mengetahui). Ia Mengetahui pada azal akan tiap-tiap
suatu, sama ada yang wajib atau yang harus atau yang mustahil, atas jalan
menghabisi tahu-Nya, tidak ada apa-apa pun yang tersembunyi daripada ilmu-Nya.
AL-QABIDH القابض : Yang Menyempitkan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.
AL-BASITH الباسط : Yang Meluaskan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.
AL-KHAFIDH الخافض : Yang Merendahkan ke bawah martabat orang yang berbuat
maksiat kepada-Nya.
AL-RAFIQ الرافع : Yang Mengangkatkan martabat orang yang berbuat taat kepada-Nya.
AL-MU'EIZ المعز : Yang Memuliakan orang-orang yang berbuat taat kepada-Nya,
semata-mata murah pengurniaan-Nya.
AL-MUZIL المذل: Yang Menghinakan seteru-Nya, semata-mata kerana keadilan-Nya.
AS-SAMI-OU السميع, AL-BASHIR البصير
Yang Amat Mendengar lagi Yang Amat Melihat pada Azal, bagi semua yang ada, bukan dengan pancaindera dan bukan dengan alat kerana Maha Suci Allah Taala itu dari menyamai segala barang yang baharu. Maka tiada terselindung dari Penglihatan-Nya itu sebarang apa yang dilintaskan oleh hati dan sebarang apa yang disembunyikan oleh sangkaan dan pemikiran, dan tiada terselindung dari Pendengaran-Nya oleh perjalanan semut hitam pada malam yang gelap di atas batu pejal yang hitam. “Tidak seperti seumpamanya, suatu apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat.”
Yang Amat Mendengar lagi Yang Amat Melihat pada Azal, bagi semua yang ada, bukan dengan pancaindera dan bukan dengan alat kerana Maha Suci Allah Taala itu dari menyamai segala barang yang baharu. Maka tiada terselindung dari Penglihatan-Nya itu sebarang apa yang dilintaskan oleh hati dan sebarang apa yang disembunyikan oleh sangkaan dan pemikiran, dan tiada terselindung dari Pendengaran-Nya oleh perjalanan semut hitam pada malam yang gelap di atas batu pejal yang hitam. “Tidak seperti seumpamanya, suatu apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat.”
AL-HAKAM الحكم: Yang Amat Menghakimi yang tidak ada suatu apa pun
yang (dapat) menolak, bagi hukuman-Nya dan tidak ada sesiapa pun (dapat) mengubah,
bagi hukuman-Nya.
AL-'ADLU العدل : Yang Amat Adil yang tiada berbuat
melainkan apa yang selayak bagi-Nya memperbuatnya.
AL-LATIFF اللطيف: Yang Amat Mempunyai kasih sayang dan Yang Amat Latiff (mempunyai kelembutan dan amat halus) dan elok (pada)
segala perbuatan-Nya. (الذي لطفت أفعاله وحسنت) (atau) Yang
Amat Mengetahui, dengan segala perkara yang tersembunyi dan perkara-perkara yang
sehalus-halusnya.
AL-KHABIR الخبير : Yang Amat Mengetahui, bagi segala perkara yang tersembunyi di
sebalik daripada perkara yang terzahir.
AL-'AZIM العظيم : Yang Amat Mempunyai kebesaran, yang tidak dapat
diketahui hakikat Zat-Nya oleh akal dan
mati hati.
AL-GHAFUR الغفور: Yang Banyak Mengampuni dan Yang Menutupi, bagi segala dosa hamba-hamba-Nya.
AL-GHAFUR الغفور: Yang Banyak Mengampuni dan Yang Menutupi, bagi segala dosa hamba-hamba-Nya.
AS-SYAKUR الشكور: Yang Amat Memuji ke atas orang-orang yang berbuat taat daripada
hamba-hamba-Nya.
AL-'ALIY العلي: Yang Maha Tinggi, Sehabis-Habis Tinggi pada
martabat (atau) Yang Maha Tinggi Martabat-Nya pada Zat-Nya dan pada
sifat-sifat-Nya daripada dapat diketahui hakikat Zat-Nya dan hakikat Sifat-sifat-Nya
oleh sekalian makhluk.
AL-KABIR الكبير: Yang Mengatasi Pujian orang-orang yang memuji dan
mengatasi sifat (deskripsi) orang-orang yang menyifati (الذي فاق مدح المادحين ووصف الواصفين) (atau) Yang Amat Mempunya kebesaran
(ذو الكبرياء)
AL-HAFIZ الحفيظ: Yang Sehabis-Habis Tinggi pada pemeliharaan (المبالغ في الحفظ), bagi barang apa Ia kehendaki memeliharainya.
AL-MUQIT المقيت: Yang Amat Mencukupi, dengan memberi rezeki kepada
hamba-hamba-Nya dan memberikan mereka itu mata pencarian mereka.
AL-HASIB الحسيب : Yang Amat Mencukupkan (الكافي) dan setiap kecukupan itu hanya daripadanya Allah Ta'ala jua.
AL-HASIB الحسيب : Yang Amat Mencukupkan (الكافي) dan setiap kecukupan itu hanya daripadanya Allah Ta'ala jua.
AL-KARIM الكريم: Yang Amat Berikhsan Dan Bermurah, Yang Tidak Meluputkan orang
yang berwasilah kepada-Nya, dan Yang Tidak Meninggalkan dan Membiarkan
orang yang berlindung meminta pertolongn kepada-Nya.
AL-RAQIB الرقيب: Yang Amat Mengawasi (Memelihara), tiada Ia lupa, “dan adalah Allah atas setiap sesuatu Maha Mengawasi”.
AL-RAQIB الرقيب: Yang Amat Mengawasi (Memelihara), tiada Ia lupa, “dan adalah Allah atas setiap sesuatu Maha Mengawasi”.
AL-MUJIB المجيب: Yang Amat Menerima perdoaan (permintaan) orang yang
berdoa apabila ia berdoa kepada-Nya.
AL-WASI'K الواسع: Yang Amat Sempurna dan Murah segala pengurniaan-Nya dan pemberian-Nya (الذي افضاله ونواله كامل) (atau) Yang Amat Luas Ilmu-Nya dan Qudrat-Nya.
AL-HAKIM الحكيم : Yang Membetuli Pada Takdir. Yang Mempereloki Pada Tadbir (المصيب في التقدير. المحسن في التدبير) (atau) Yang Amat Mempunyai Hikmah iaitu
kesempurnaan ilmu dan keelokan perbuatan (ذو الحكمة وهي كمال العلم واحسان العمل).
AL-WADUD الودود: Yang Amat Kasih kepada orang-orang yang berbuat taat di kalangan hamba-hamba-Nya,
Yang Sangat Kasih kepada mereka itu dengan memberikan nikmat-nikmat-Nya.
AL-MAJID المجيد : Yang Sehabis-Habis Tinggi pada kemuliaan (atau) Yang Amat Mulia
Zat-Nya, Yang Amat Elok Segala Perbuatan-Nya, Yang Amat Banyak
Pemberian-Nya (الشريفة
ذاته، الجميلة افعاله الجزيل نواله).
AL-BA'EITH الباعث : Yang Membangkitkan Rasul-Rasul dan Membangkitkan Orang-Orang
Yang Mati (Hidup Semula) daripada Kubur dan Membangkitkn Segala hemah
cita-cita kepada perkara-perkara yang tinggi-tinggi (باعث الهمم الى معالي الامور).
AS-SYAHID الشهيد : Yang Sehabis-Habis Mengetahui, pada Ilmu-Nya berserta tidak ada yang
tersembunyi.
AL-HAQ الحق : Yang Sentiasa Ada-Nya dan selama-lamanya Ia ada, tiada
berkeputusan Ada-Nya. Ialah Yang Awal Yang Tiada Berawal Bagi-Nya dan Ialah
Yang Akhir Yang Tiada Berakhir Bagi-Nya yakni Yang Sabit Ada-nya pada Azal dan selama-lamanya, (atau) Yang Berhak diibadatkan oleh hamba-hamba-Nya
kepada-Nya.
AL-WAKIL الوكيل: Yang Amat Memerintahi, pada tiap-tiap suatu sebagaimana Ia kehendaki (المتصرف في كل شئ كيف يشاء)(atau) Yang Amat Memelihara ke atasnya yakni ke atas tiap-tiap suatu (atau) Yang Amat Mengetahu .شهيد
AL-QAUWI القوي: Yang Amat Sempurna pada kekuatan. Maka tiada mengenai lemah
sama-sekali.
AL-MATTIN المتين : Yang Bersangatan Kuat, maka tidak mengenai lemah.
AL-WALIY الولي : Yang Amat Menyanggupi, dengan segala perkara
makhluk-makhluk-Nya.
AL-HAMID الحميد: Yang Dipuji di atas setiap hal.
AL-MUBDI'U المبدئ: Yang Mengadakan permulaan sesuatu.
AL-MU'ID المعيد: Yang Mengadakan kesudahan sesuatu.
AL-MUHIYI المحيي: Yang Menghidupkan makhluk dengan mengadakan roh-roh.
AL-MUMMIT المميت: Yang Mematikan dengan mencabutkannya (roh-roh).
AL-HAYI الحي: Yang Bersifat dengan sifat al-Hayat yang Qadim, Yang Hidup, Yang sentiasanya
Ia Hidup dan selama-lamanya Ia Hidup, Yang Berkekalan Hidup tiada
sekali-kali mengenai mati, Yang Hidup tiada bagi-Nya permulaan dan tiada
bagi-Nya kesudahan. Ialah Yang Awal yang tiada berawal bagi-Nya dan Ialah
Yang Akhir yang tiada berakhir bagi-Nya (Ia hidup bukan dengan roh dan bukan
menyamai segala hidup makhluk sebagaimana Ilmu-Nya tiada menyamai segala ilmu
makhluk-Nya.)
.
.
AL-QAYIUM القيوم: Yang Sangat Besar Pendirian, dengan mentadbirkan makhluk-Nya (عظيم القيام بتدبير خلقه).
AL-WAJID الواجد : Yang Amat Terkaya atau Yang Amat Mengetahui atau
Yang Dapat tiap-tiap apa yang Ia Menuntutinya dan Mengkehendakinya, dan
tiada sesuatu apa pun yang melindungi-Nya.
AL-MAJID الماجد: Yang Sehabis-Habis Mulia atau Yang Amat Mulia pada Zat-Nya, Yang Amat Elok segala Perbuatan-Nya, Yang Amat Banyak
Pemberian-Nya.
AL-WAHID ( الواحد) , AL-AHAD ( الاحد): Yang Ia Sahaja Mempunyai Sifat Ketuhanan dan Pemilikan pada semua perkara. Tidak Ada Sekutu Bagi-Nya pada kedua-keduanya (ketuhanan dan pemilikan) itu, atau dengan makna: Tiada Juzuk Bagi-Nya, tiada
menerima bahagi, tiada menerima sukatan, besar, kecil, panjang, lebar atau
dengan makna: Tiada bandingan bagi-Nya pada martabat-Nya.
AL-SAMAD الصمد: Yang Dipinta Pada Segala Hajat Kepada-Nya selama-lamanya kerana
kesempurnaan Qudrat-Nya.
AL-QADIR dan AL-MUQTADIR القادر المقتدر: Yang Amat Berkuasa, Yang Mempunyai Qudrat Yang Amat Sempurna.
AL-MUQADIM dan AL-MUHAWHIR المقدم المؤخر : Yang Mendahulukan Sesiapa Ia Kehendaki dan Mengkemudiankan Sesiapa Ia Kehendaki daripada bab (pintu) Taufik Hidayat-Nya, amalan taat dan bertakwa kepada-Nya (الذي يقدم من يشاء ويؤخر من يشاء عن بابه وجنابه).
AL-AWAAL الأول: Yang Awal Yang Tiada Berawal Bagi-Nya, sebelum ada suatu, yakni
sebelum ada masa dan tempat. Yang Ada Hanya Allah Taala sahaja yang ada.
AL-AKHIR الآخر: Yang Akhir Daripada Tiap-Tiap Suatu, yakni Yang Akhir Yang
Tiada Berakhir Bagi-Nya.
AL-ZAHIR الظاهر: Yang Zahir Dengan Segala Tanda-Nya, Dalil-Nya Dan Segala Perbuatan-Nya yakni segala barang pertukangan-Nya.
AL-BATHIN الباطن : Yang Batin Dengan Hakikat Zat-Nya Dan Hakikat Segala Sifat-nya yakni yang tiada dapat
diketahui sama sekali oleh sekalian makhluk Allah, sama ada Nabi-Nabi,
Rasul-Rasul dan Malaikat-malaikat akan hakikat Zat-Nya dan hakikat segala Sifat-Nya.
AL-WALIY الوالي: Yang Memiliki, bagi segala sesuatu, lagi Yang Memerintahi
padanya (المالك للاشياء المتصرف
فيها)
AL-MUT'ALIY المتعالي : Yang Sehabis Tinggi Pada Martabat Dan Sehabis Tinggi daripada mengenai sebarang kekurangan(البالغ الغاية في العلو
والارتفاع عن النقائص) (yakni sebarang apa sahaja dituduhkan menyamai makhluk. Maka tertolaklah
Allah Taala daripada segala kekurangan).
AL-BARIU' البر: Yang Amat Berikhsan, dengan memberikan kebajikan.
AL-TAWWAB التواب: Yang Amat Menerima Taubat, daripada hamba-hamba-Nya dan Yang
Amat Memaafi, daripada segala kesalahan.
AL MUNTAQIM المنتقم: Yang Amat Membalas seksa ke atas orang-orang yang melakukan perbuatan-perbuatan yang dibenci oleh Allah.
AL-'AFUW العفو: Yang Amat Memaafi, iaitu meninggalkan mengambil balasan
ke atas dosaذو العفو وهو ترك المؤاخذة على الذنب)
AL-RAAUF الرؤوف : Yang Amat Mempunyai kasih sayang dan rahmat.
MALIK AL-MULK مالك الملك: Yang Mempunyai Pemilikan, Yang Amat Lulus Kehendak-Nya pada Pemilikan-Nya, dan berjalan Hukuman-Nya ke atas apa Ia kehendaki. (الذي تنفذ مشيئته في ملكه ويجري حكمه على ما يشاء)
DZULJALALI WAL IKRAM ذو الجلال والإكرام: Yang Mempunyai Kemuliaan
dan Kebesaran yang hanya bagi Allah Taala sahajalah Kemuliaan, Kebesaran dan Kesempurnaan dan tiada kemuliaan (الكرامة) melainkan daripada-Nya jua.
AL-MUQSITH المقسط: Yang Amat Adil pada hukuman-Nya.
AL-JAMI' الجامع: Yang Menghimpunkan segala juzuk makhluk Allah, sesudah bercerai-berai
pada ketika kebangkitan hidup semula daripada kubur.
AL GHANI الغني: Yang Amat Terkaya ( tidak memerlukan sebarang apa) daripada sebarang apa jua pun selain daripada-Nya ( yakni Allah tidak sesekali sebarang hajat kepada sekalian makhluk-Nya , kerana Dia-lah yang mengadakan sekalian makhluk-Nya daripada semata-mata tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya.)
AL-MUGHNI المغني: Yang Mengkayakan sesiapa juga yang Ia kehendaki daripada yang selain daripada-Nya
(yakni Allah Taala mengkurniakan kepada sesiapa di kalangan hamba-hamba-Nya dengan tiada
berharap pertolongan daripada mana-mana makhluk-Nya).
AL MANI'K المانع: Yang Tidak Memberikan daripada limpah murah Kurniaan-Nya kepda sesiapa yang berhak untuk tidak diberikan. (الذي يمنع من فضله من استحق المنع)
AL-DHAR AN dan NAFI'K الضار النافع: Yang Mengadakan kemudaratan dan Dia juga Yang Mengadakan kemanfaatan.
AN-NUUR النور : Yang Menzahirkan, bagi setiap yang tersembunyi dengan mengeluarkannya kepada ada. Yakni Yang Mengadakan, bagi setiap suatu yang tidak ada daripada semata-mata tiada wujudnya sama-sekali kepada ada dengan tiada berasal daripada sesuatu apa pun.
[ Lihat : Pengertian Kalimah "An-Nuur ]
AL HADIY الهادي: Yang Memberi Petunjuk kepada hati-hati ( manusia) kelpada segala kebaikannya ( faedah manusia) (الذي يهدي القلوب الى مصالحها).
AL-BADI'K البديع : Yang Mengadakan dan Menerbitkan, bagi segala barang sesuatu dengan tiada contoh ikutan dan misal yang lalu.
AL-WARITH الوارث : Yang Kekal Selepas daripada fana’ sekalian makhluk,
yakni Yang Kekal selepas daripada mati sekalian makhluk. (Yakni
dimatikan semua makhluk selepas tiupan sangkakala yang pertama dan dibangkitkan hidup
semula pada tiupan kedua).
AR RASYID الرشيد: Yang Memberi Ajaran Baik kepada hamba-hambaNya dan Memberi mereka petunjuk kepada segala pekara kebaikan mereka.
AS-SYABUR الصبور: Yang Mentakhirkan (Menangguhkan) balasan seksa kepada masa yang
tertentu.
Dengan ini, tamatlah segala Asma’ Ullah
Al-Husna yang 99 itu. Mudah-mudahan kita dapat membaca, menghafaz, memahami dan beriman sepenuhnya kepada-Nya. Amin.
[ Lihat :
i. Kekeliruan Pemahaman Terhadap Asma' Ullah Al-Husna
ii. Do'a Saidina Ali bin Abi Talib
iii. JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH
iv. Nashid Asma' Ullah al Husna
v. Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya Yang Qadim
vi. "MASA" dan "TEMPAT" Makhluk Allah
vii. Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim
viii. Kitab اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى ]
*****************************************************
[ Lihat :
i. Kekeliruan Pemahaman Terhadap Asma' Ullah Al-Husna
ii. Do'a Saidina Ali bin Abi Talib
iii. JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH
iv. Nashid Asma' Ullah al Husna
v. Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya Yang Qadim
vi. "MASA" dan "TEMPAT" Makhluk Allah
vii. Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim
viii. Kitab اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى ]
*****************************************************
وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَMaksudnya :
[Al-Quran سورة الأنعام surah Al-An'aam : 153]" dan bahawa ( yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan