بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَاللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌأَمَّا بَعْـدُ
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
“Sehingga jika telah datang (kepada) seorang dari mereka kematian, dia berkata Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku, berbuat yang baik pada apa yang telah aku tinggalkan, sama-sekali tidak, sesungguhnya ia (adalah) perkataan/dalih (yang) dia (hanya) mengatakannya dan dari belakang mereka Alam Barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.”
*******************************************
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ (26) وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ (27) فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (28) يَسْأَلُهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ (29) فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (30)
Maksudnya :
" Semua (setiap sesuatu) yang ada di bumi itu akan binasa. (26)
Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (27)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (28)
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan. (29)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (30)
[ Al-Quran surah سورة الرحمن Ar-Rahman : 26-30]
*****************************************************
“Apabila engkau berada pada waktu pagi, janganlah engkau ingatkan adanya diri engkau itu pada waktu petang, apabila engkau berada di waktu petang, janganlah engkau ingatkan adanya diri engkau itu pada waktu paginya, dan ambillah (persediaan/peluang) semasa hidup engkau untuk mati engkau dan semasa sihat engkau bagi persediaan sakit engkau, sesungguhnya engkau wahai Abdullah tidaklah engkau tahu apa nama engkau pada esoknya.”
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
i." Sesungguhnya agama ( yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir (ingkar) terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya."
[ Surah آل عمران Ali-'Imran : 19 ]
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya :
ii." Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan ) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan ( diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku, dan telah Ku redai Islam itu mejadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya :
iii."Dan janganlah kamu menghina/mencerca sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan mencerca Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan jualah mereka kembali, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan dahulu."
[ Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 108 ]
اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۗ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ
Maksudnya :
iv." Serulah ( manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan mu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk."
[ Surah سورة النحل An-Nahl : 125 ]
Adalah sesuatu yang amat menarik dan amat luar biasa bahawa Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah memperjelaskan juga apa yang akan berlaku apabila seseorang hamba-Nya itu mengalami sakit yang boleh membawa maut dan membuat persediaan yang betul untuk menghadapinya. Walaupun manusia tidak menggemari kematian tetapi sebagai makhluk Allah setiap diri manusia pasti dan tetap akan merasai kematian dan kematian akan datang menjemput manusia ke 'Barzakh' di alam akhirat pada bila-bila masa dengan bermacam-macam cara sama ada dapat dijangka atau tidak sesekali dapat dijangkakan.
Justeru mereka menjaga adab hati dan dirinya daripada sebarang gangguan yang datang sebagaimana yang jelas terkandung di dalam Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Pada waktu sakit tenat hendaklah dipelihara niat-niat di dalam hati supaya dilindungi Allah daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada Su-ulkhatimah(سوء الخاتمة) iaitu'kesuduhan yang buruk' dan dikurniakan Husnul-khatimah(حسن الخاتمة ) iaitu 'kesudahan yang baik', jika ditakdirkan sakit itu membawa maut ke atas dirinya.
"ما منكم من أحد إلا وله شيطان قالوا وأنت يا رسول الله قال وأنا إلا أن الله أعانني عليه فأسلم فلا يأمر إلا بخير".
“Tiada seorang daripada kamu sekalian melainkan ada baginya kembaran syaitan " قرين ".Kata mereka: Dan engkau (juga), wahai Rasulullah? Sabdanya: “Dan aku (juga) melainkan Allah menolong aku ke atasnya, maka ia (kembaran syaitan) jadi Muslim; tiada ia menyuruh melainkan dengan kebajikan.”
"في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم أنه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم."
“Pada hati (qalbu) itu ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat yang menjanjikan dengan kebajikan (yakni menyuruh berbuat kebajikan) dan membenarkan dengan (apa yang) hak. Barangsiapa mendapati akan yang demikian itu, maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah SWT dan hendaklah ia memuji Allah. Dan satu lintasan daripada seteru (syaitan) iaitu menjanjikan dengan kejahatan (yakni menyuruh dengan kejahatan) dan mendustakan perkara yang hak dan menegah daripada kebajikan. Maka barangsiapa mendapati yang demikian, ia hendaklah minta dilindungi dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat.”
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلإنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ (16) فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ (17)
"(Pujukan orang munafik itu adalah) seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: 'Kafirlah kamu', maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata: 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam'. (16)
Dalam surah سورة الزخرف Az- Zukhruf ayat 36 pula Allah memperingatkan juga peri hal yang hampir sama :Maka adalah kesudahan keduanya bahawa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka keksl di dalamnya. Demikian balasan orang-orang yang zalim. (17)
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌMaksudnya :
" Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya."
" إن الشيطان يأتي احدكم فيقول من خلقك فيقول: الله تبارك وتعالى فيقول: فمن خلق الله. فاذا وجد أحدكم ذلك فليقل : آمنت بالله ورسوله فإن ذلك يذهب عنه ".
i.“Bahawa syaitan datang kepada seseorang kamu maka ia berkata: 'Siapakah mengadakan engkau'?Maka ia mejawab: 'Allah Tabaraka Wa Taala اَللہ تَبارَک و تَعالیٰ .' Maka ia berkata: 'Maka siapakah mengadakan Allah?'.Maka apabila seseorang kamu mendapati akan hal yang demikian, maka hendaklah ia katakan :
" آمنت بالله ورسله"
“Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.”Maka sesungguhnya yang demikian itu (akan) membuatnya ia pergi daripadanya.”
"وكل بالمؤمن مائة وستون ملكا يذبون عنه مالم يقدر عليه من ذلك للبصر سبعة املاك يذبون عنه كما يذب الذباب عن قصعة العسل في اليوم الصائف وما لو بدا لكم لرأيتموه على كل سهل وجبل كل باسط يده فاغر فاه ولو وكل العبد الى نفسه طرفة عين لاختطفته الشياطين".
ii. "Seorang mukmin itu diwakilkan oleh seratus enam puluh (160) orang malaikat. Mereka melindunginya dari apa yang ia tidak berupaya ke atasnya; daripada (bilangan) itu, untuk mata tujuh (7) orang malaikat. Mereka melindunginya umpama melindungi lalat daripada pinggan berisi madu pada hari musim panas; andainya ia zahir bagi kamu kalian nescaya kalian (dapat) melihatnya di atas tiap-tiap tanah rata dan bukit, semuanya membentang (menadah) tangannya dan membuka mulutnya.Dan jika diwakilkan hamba itu kepada dirinya sendiri (untuk menolak syaitan itu) sekadar sekerlipan mata sahaja, nescaya syaitan-syaitan itu menyambarnya.”
لا إله إلا الله
"Wahai Abu Hurairah ajarkanlah olehmu akan orang-orang yang hampir mati itu syahdat La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) kerana ia dapat merobohkan segala dosa sehabis-habis robohan........"
"...tiada yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah...(hingga selesai)"
"Ilmu, dan rahmat pertolongan Allah itu lebih hampir daripada urat leher dan bukan Zat (Diri) Allah SWT yang lebih hampir daripada urat leher."
[** Peringatan : Penjelasan yang lebih mendalam mengenai Zat Allah SWT ini ada diterangkan di dalam kitab: Terjemah Aqidah Ahli Al-Sunnah Pada Makna Dua Kalimah Syahadat Al-Tawhid dan Syahadat Ar-Rasul pada bab 'At Tanzihu' dan juga pengertian Jirim, Jisim, Jauhar dan 'Aradh.]
إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
Maksudnya:
“Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik sahaja. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” [Riwayat Muslim ]
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِDi dalam hatinya pula hendaklah mengingatkan segala ilmu yang terkandung di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah yang panjang tafsilnya itu.
Antara Firman Allah di dalam al-Quran mengenai tuntutan, kebesaran, kelebihan dan fadilat membaca kalimah zikirullah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) adalah :
Maksudnya :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)
i." Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama-nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. (41)
Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. (42)
Dia-lah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." (43)
[ Surah سورة الأحزاب Al-Ahzab : 41-43 ]
Maksudnya :فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
[ Surah سورة النساء An-Nisaa' : 103]ii. Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ
Maksudnya :[ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 152]
iii."Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku."
Maksudnya :وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
iv." Dan sebutlah (nama) Tuhan-mu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai ."
[ Surah سورة الأعراف Al-A'Raaf : 205 ]
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (191
Maksudnya :
v." Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. (190)
[ Surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 190-191 ](Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata) : 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau mengadakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab seksa neraka'." (191).
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
[Surah سورة الرعد Ar-Ra'd : 28 ]vi."(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
Selain daripada itu terdapat banyak Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan keutamaan, kelebihan dan fadilat zikirullah. Antaranya ialah seperti yang dimaksudkan seperti berikut :
"..., yakni pada malam dan siang , pada daratan dan lautan , pada perjalanan dan kehadiran, pada waktu kaya dan miskin, pada kesakitan dan kesihatan, dengan perlahan dan baring..."
"Maka sabdanya: Bahawa kau mati dan lidah engkau basah menyebutkan Allah Aza Wajalla."
" Barangsiapa gemar bersuka-suka dan bersenang-senang pada taman-taman syurga maka dia hendaklah membanyakkan menyebut Allah Aza Wajalla."
"Berpagi-pagilah dan berpetang-petanglah oleh mu dengan lidah engkau basah menyebutkan Allah nescaya tiada dosa dan kesalahan ke atas engkau pada sepanjang hari ."
vi. Sabda Nabi s.a.w. :".... menyebutkan Allah Aza Wajalla pada pagi dan petang itu lebih afdhal daripada memecahkan pedang pada perang fisabillillah dan daripada memberikan wang sedekah yang banyak."
إذا احتضر الميت فلقنوه لا إله إلا الله ، فإنه ما من عبد يختم له بها عند موته إلا كانت زاده إلى الجنة
Maksudnya:
vii. Rasulullah bersabda :“Apabila seseorang itu sedang nazak dengan kematian, maka hendaklah kamu ajarkan (talqinkan) kepadanya: La Ilaha Illa Allah (لا إله إلا الله ). Ini kerana, mana-mana hamba yang mengakhiri dengannya (kalimah tauhid) ketika kematiannya, melainkan Allah akan memberi bekalannya ke syurga.”
“Barangsiapa meninggal dunia dan ia mengetahui bahwa tidak ada yang lain yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, maka ia masuk syurga.” [HR. Muslim]
وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَيضًا لِأَبِي هُرَيْرَةَ: "يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوزَنُ يَومَ القِيَامَةِ اِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لاَ تُوضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّموَاتُ السَّبْعُ وَالاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ اَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ".
i. " .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan itu ditimbang pada Hari Kiamat melainkan syahadat La Illahaillallah (لا إله إلا الله ). Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar (benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ) dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah La Illahaillallah (لا إله إلا الله ) lebih berat daripada demikian itu' ."
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْوَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِوَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْوَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى قَالَ مُعَاذُبْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَا شَيْءٌ أَنْجَى مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْذِكْرِ اللَّهِ
ii."Dari Abu Ad Darda` radliallahu ‘anhu ia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yangterbaik danyang paling suci di sisi Allah kalian, paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: Ya. Beliau berkata: 'Berzikir kepada Allah Ta’ala.' Mu’az bin Jabal radliallahu ‘anhu berkata: 'Tidak ada sesuatu yang lebih dapat menyelamatkan dari azab Allah daripada zikir kepada Allah'." [HR Tirmizi ]
iii."Dari Abu Darda' r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Mahukah aku beritahukan sebaik-baik perbuatan, lebih bersih dan suci di hadapan Tuhan kalian dan labih tinggi darajatnya, dan lebih baik dari berinfaq dengan emas dan perak, bahkan lebih baik dari kalian berjumpa dengan musuh lalu kalian penggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian (syahid) ?' Mereka berkata : Tentu. Nabi bersabda : 'Zikir kepada Allah'." [HR: Tirmizi dan Ibnu Majah]
"..Tidak berdukacita ahli syurga di atas sesuatu melainkan di atas satu saat yang dilaluinya mereka tidak menyebutkan Allah SWT kepadanya."
" ...Segala kepujian itu bagi Allah yang menghilangkan daripada kami kedukacitaan dan bahawasanya Tuhan kami Yang Amat Mengampuni lagi Yang Amat Memuji di atas mereka yang membuat taat."
"Wahai Abu Hurairah ajarkanlah olehmu akan orang-orang yang hampir mati itu syahdat La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) kerana ia dapat merobohkan segala dosa sehabis-habis robohan. Kata ku: Wahai Rasullullah ini bagi orang-orang yang hampir mati, maka bagaimanakah orang-orang yang hidup? Sabda Nabi Muhammad s.a.w., iaitulah lebih merobohkan dan lebih merobohkan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud barangsiapa berkata La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) dengan penuh ikhlas nescaya masuk syurga ."
ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﺘﺪﺧﻠﻦ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻛﻠﻜﻢ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺃﺑﻰ ﻭﺷﺮﺩ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﺷﺮﺍﺩ ﺍﻟﺒﻌﻴﺮ ﻋﻦ ﺃﻫﻠﻪ ﻓﻘﻴﻞ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺄﺑﻰ ﻭﻳﺸﺮﺩ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻗﺎﻝ ﻣﻦ ﻟﻢ ﻳﻘﻞ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ
"Nabi s.a.w. bersabda: 'Masing-masing kamu masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan dan lari dari Allah ‘Azza Wa Jalla seperti larinya unta dari pemiliknya'. Maka ditanyakan: 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan dan lari dari Allah?'. Beliau bersabda: 'Orang yang tidak mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAAHU ( ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ)'." [HR. Bukhari dari hadis Abu Hurairah ]
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8
Maksudnya :
i." Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). (7)
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (8)
هَلْ جَزَاءُ الإحْسَانِ إِلا الإحْسَانُ[ Surah الزلزلة Az-Zalzalah : 7-8 ]
[ Surah سورة الرحمن Ar-Rahman : 60 ]ii."Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula."
Dalam Hadis-hadis yang lain ada menjelaskan:".. Hadirilah olehmu orang-orang mati dan ingatkanlah kepada mereka kerana bahawasanya mereka melihat barang yang kamu tiada melihat dan ajarkanlah mereka La Ilaha Illallah(لا إله إلا الله )."
i.“Talqinkanlah orang-orang kamu yang sedang sakit mati dengan: "لا اله الا الله "
[Diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Tarmizi daripada Abu Huraira]
" مَـا مِــنْ عَبْـــدٍ قَـالَ لاَ إلَــــهَ إلاَّ اللهَ ثُـمَّ مـَاتَ إلاَّ دَخـَــلَ الجَـنَّـة َ"Maksudnya:ii.“Tidak ada seorang hamba yang menuturkan:لا اله الا اللهkemudian ia mati, melainkan ia masuk syurga.”"مـَنْ كَـانَ أخِـــرُ كَـلاَ مِهِ لاَ إلَــهَ إلاّ اللهُ دَخـَـلَ الجَنـَّـــةَ"Maksudnya:iii.“Siapa jua yang mengakhiri kalamnya dengan:
لا اله الا الله
Dalam Hadis-hadis lain yang memperjelaskan lagi kelebihan dan keutamaan zikirullah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) ialah :nescaya masuklah ia syurga.”[Diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Tarmizi daripada Abu Hurairah]
i. Diriwayatkan dari Ali r.a.: “Suatu ketika aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah, apakah jalan paling 'hampir' kepada Allah dan paling mudah bagi hamba-hamba Allah dan paling utama di sisi Allah Ta’ala?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wahai Ali, hendaklah engkau sentiasa tetap zikrullah”.
Ali r.a.bertanya lagi: “Semua manusia menyebut Allah”. Jawab Rasulullah s.a.w. “Tidak akan berlaku kiamat sehingga tiada tinggal lagi di atas muka bumi ini orang yang menyebut “Allah”.
Kemudian Ali r.a. bertanya lagi: “Bagaimanakah kaifiat (cara) untuk berzikir wahai Rasulullah?” Maka jawab Rasulullah s.a.w.: “Pejamkan kedua matamu dan dengarlah daripadaku tiga kali, kemudian katakanlah seumpamanya sambil aku mendengar”. Maka Rasulullah s.a.w. pun mengucapkan لاإله إلا الله sebanyak tiga kali dalam memejamkan kedua matanya, kemudian Ali r.a mengucapkannya pula.”
ii.“Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ dengan hati yang ikhlas”.(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
iii.Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang beramaksud :
“Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ
dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Lalu ditanya kepada Baginda : Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”.(Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani).
iv.Dari Umar Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu Lailahaillallah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ."
[Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim].
حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100)
" (Demikianlah hal keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: 'Ya Tuhanku kembalikanlah aku ( ke dunia), (99)agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan'. Tidak sesekali. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja." (100)
Diriwayatkan oleh Jabir r.a., sabda Nabi s.a.w:
لاَ يَمُوْتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَ بِاللهِ
Maksudnya:
“Janganlah seseorang di antara kamu (menginginkan) kematian, kecuali dalam keadaan bersangka baik terhadap Allah.”[ Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud ]
Semoga dengan bersangka baik terhadap Allah pada akhir kalam ini Allah Yang Maha Pemurah mengurniakan keampunan sepenuhnya tanpa sebarang dosa kepada kita apabila kembali ke rahmat-Nya di Alam Barzakah dan tergolong sebagai insan mukmin soleh. Adalah amat mudah bagi kita memahami, memperkata, memberi nasihat dan yang seumpama dengannya sesama kita di kala kita masih banyak kelapangan masa dan berkeadan sihat walafiat. Namun untuk beriman dan menghayati sepenuhnya di sepanjang hayat adalah sesuatu yang mungkin amat berat yang memerlukan latihan serta pengorbanan masa dan tenaga yang berterusan di bawah bimbingan keilmuan yang tepat lagi benar dari para ilmuan yang diredai Allah.
i. Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT?
iv. "WASIAT" Pengukuh Silaturrahim, Keimanan dan Ketaqwaan ]
Maksudnya :
" Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.( 55 )
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan." (56)
[ Al-Quran surah سورة يونس Yunus : 55-56 ]
Maksudnya :ذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
“Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal.” Para sahabat bertanya; 'Bagaimana membuatnya beramal?'. Beliau menjawab: 'Allah akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal dunia.” [HR. Ahmad dan Tirmidzi]
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda:
حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ: مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ؟، قَالَ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ، وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Maksudnya:
“Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. Jika dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah 'alhamdalah' serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” [Riwayat Muslim ].
Perkuburan Jannatul Baqi' Madinah
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." [Riwayat Muslim, al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud ]



Tiada ulasan:
Catat Ulasan