
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
يا الله يارحمن يا رحيم
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya :
[ Al-Quran surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 180]"Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah 'Asma' Ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut 'Asma' Ul Husna' itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
************************************************
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
[ Al-Quran surah سورة الحشر Al-Hasyr : 24 ]"Dia-lah Allah Yang Menjadikan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling baik dan amat indah 'Asma' Ul Husna'. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
*******************************************
وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنْتُمْ لا تَشْعُرُونَ (55) أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَا عَلَى مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللَّهِ وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ (56
Maksudnya :
" Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepada mu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya.(55)
[ Al-Quran Surah الزمر سورة Az-Zumar : 55-56 ]Supaya jangan ada orang yang mengatakan :'Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)'."(56)
******************************************************************
(أسماء الله الحسنى)
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، الْمَلِكُ، الْقُدُّوسُ، السَّلَامُ، الْمُؤْمِنُ، الْمُهَيْمِنُ، الْعَزِيزُ، الْجَبَّارُ، الْمُتَكَبِّرُ، الْخَالِقُ، الْبَارِئُ، الْمُصَوِّرُ، الْغَفَّارُ، الْقَهَّارُ، الْوَهَّابُ، الرَّزَّاقُ، الْفَتَّاحُ، الْعَلِيمُ، الْقَابِضُ، الْبَاسِطُ، الْخَافِضُ، الرَّافِعُ، الْمُعِزُّ، الْمُذِلُّ، السَّمِيعُ، الْبَصِيرُ، الْحَكَمُ، الْعَدْلُ، اللَّطِيفُ، الْخَبِيرُ، الْحَلِيمُ، الْعَظِيمُ، الْغَفُورُ، الشَّكُورُ، الْعَلِيُّ، الْكَبِيرُ، الْحَفِيظُ، الْمَقِيتُ، الْحَسِيبُ، الْجَلِيلُ، الْكَرِيمُ، الرَّقِيبُ، الْمُجِيبُ، الْوَاسِعُ، الْحَكِيمُ، الْوَدُودُ، الْمَجِيدُ، الْبَاعِثُ، الشَّهِيدُ، الْحَقُّ، الْوَكِيلُ، الْقَوِيُّ، الْمَتِينُ، الْوَلِيُّ، الْحَمِيدُ، الْمُحْصِي، الْمُبْدِئُ، الْمُعِيدُ، الْمُحْيِي، الْمُمِيتُ، الْحَيُّ، الْقَيُّومُ، الْوَاجِدُ، الْمَاجِدُ، الْوَاحِدُ، الْأَحَدُ، الْفَرْدُ، الصَّمَدُ، الْقَادِرُ، الْمُقْتَدِرُ، الْمُقَدِّمُ، الْمُؤَخِّرُ، الْأَوَّلُ، الْآخِرُ، الظاهر، الْبَاطِنُ، الْوَالِي، الْمُتَعَالِي، الْبَرُّ، التَّوَّابُ، الْمُنْتَقِمُ، الْعَفُوُّ، الرَّءُوفُ، مَالِكُ الْمُلْكِ، ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، الْمُقْسِطُ، الْجَامِعُ، الْغَنِيُّ، الْمُغْنِي، الْمَانِعُ، الضَّارُّ، النَّافِعُ، النُّورُ، الْهَادِي، الْبَدِيعُ، الْبَاقِي، الْوَارِثُ، الرَّشِيدُ، الصَّبُورُ
ٱللَّهَ
ALLAH اللَّهِ:
هو أعظم الأسماء لدلالته على الذات العلية الجامعة لكل صفات الألوهية
Maksudnya:
"Lafaz 'ALLAH' اللَّهِ: Sebesar-besar nama (Allah) bagi menunjukkan Zat-Nya Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan, terhimpunnya segala sifat ketuhanan."
Maksudnya:
"Lafaz 'ALLAH' اللَّهِ: Sebesar-besar nama (Allah) bagi menunjukkan Zat-Nya Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan, terhimpunnya segala sifat ketuhanan."
AR-RAHIM الرحيم: Yang Maha Pengasih dengan apa Ia Ampuni dosa-dosa di negeri akhirat.
AL-QUDDUS القدوس:
المُقَدَّسُ المُطَهَّرُ مِنْ جَمِيْعِ النَّقَائِصِ وَسُمَاتِ الحُدُوْثِ وَمِنْهَا الزَّمَانُ وَالْـمَكَانُ فَلَا يُقَارِنُهُ زَمَانٌ وَلَا يَحْوِيْهِ مَكَانٌ اِذْ هُوَ الخَالِقُ لَـهُمَا فَكَيْفَ يَحْـــتَاجُ اِلَيْهِمَا.
Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan daripada segala barang yang baharu, antaranya masa dan tempat, maka tiada menyertai-Nya (tiada mengenai-Nya) masa dan tempat kerana Dia-lah yang mengadakan kedua-duanya itu, maka bagaimanakah Ia berhajat kepada kedua-duanya itu.
السلام AL-SALAM :
ذو السلامة من جميع الآفات والنقائص
"Yang sejahtera daripada segala kecederaan dan kekurangan. Yakni, setiap perkara yang menyamai makhluk maka Allah Taala tidak mengenai atau menyamainya. (Itulah makna dari segala kekurangan)."
AL-'AZIZ العزيز: Yang Amat Bersangatan Kuat dan Kekerasan.
AL-JABBAR الجبار : Yang Mengerasi hamba-hamba-Nya di atas barang apa yang Ia kehendaki.AL-MUSAUWIR المصور: Yang Mengadakan, bagi segala rupa makhluk, Yang Memperelokkan dan Yang Menyusunkan baginya.
AL-QABIDH القابض : Yang Menyempitkan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.
Yang Amat Mendengar lagi Yang Amat Melihat pada Azal, bagi semua yang ada, bukan dengan pancaindera dan bukan dengan alat kerana Maha Suci Allah Taala itu dari menyamai segala barang yang baharu. Maka tiada terselindung dari Penglihatan-Nya itu sebarang apa yang dilintaskan oleh hati dan sebarang apa yang disembunyikan oleh sangkaan dan pemikiran, dan tiada terselindung dari Pendengaran-Nya oleh perjalanan semut hitam pada malam yang gelap di atas batu pejal yang hitam. “Tidak seperti seumpamanya, suatu apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat.”
AL-GHAFUR الغفور: Yang Banyak Mengampuni dan Yang Menutupi, bagi segala dosa hamba-hamba-Nya.
AL-HASIB الحسيب : Yang Amat Mencukupkan (الكافي) dan setiap kecukupan itu hanya daripadanya Allah Ta'ala jua.
AL-RAQIB الرقيب: Yang Amat Mengawasi (Memelihara), tiada Ia lupa, “dan adalah Allah atas setiap sesuatu Maha Mengawasi”.
AL-WAKIL الوكيل: Yang Amat Memerintahi, pada tiap-tiap suatu sebagaimana Ia kehendaki (المتصرف في كل شئ كيف يشاء)(atau) Yang Amat Memelihara ke atasnya yakni ke atas tiap-tiap suatu (atau) Yang Amat Mengetahu .شهيد
AL-MATTIN المتين : Yang Bersangatan Kuat, maka tidak mengenai lemah.
AL-HAMID الحميد: Yang Dipuji di atas setiap hal.
AL-MUBDI'U المبدئ: Yang Mengadakan permulaan sesuatu.
AL-MUHIYI المحيي: Yang Menghidupkan makhluk dengan mengadakan roh-roh.
.
AL-QAYIUM القيوم: Yang Sangat Besar Pendirian, dengan mentadbirkan makhluk-Nya (عظيم القيام بتدبير خلقه).
AL-MUQADIM dan AL-MUHAWHIR المقدم المؤخر : Yang Mendahulukan Sesiapa Ia Kehendaki dan Mengkemudiankan Sesiapa Ia Kehendaki daripada bab (pintu) Taufik Hidayat-Nya, amalan taat dan bertakwa kepada-Nya (الذي يقدم من يشاء ويؤخر من يشاء عن بابه وجنابه).
AL-ZAHIR الظاهر: Yang Zahir Dengan Segala Tanda-Nya, Dalil-Nya Dan Segala Perbuatan-Nya yakni segala barang pertukangan-Nya.
AL MUNTAQIM المنتقم: Yang Amat Membalas seksa ke atas orang-orang yang melakukan perbuatan-perbuatan yang dibenci oleh Allah.
MALIK AL-MULK مالك الملك: Yang Mempunyai Pemilikan, Yang Amat Lulus Kehendak-Nya pada Pemilikan-Nya, dan berjalan Hukuman-Nya ke atas apa Ia kehendaki. (الذي تنفذ مشيئته في ملكه ويجري حكمه على ما يشاء)
AL GHANI الغني: Yang Amat Terkaya ( tidak memerlukan sebarang apa) daripada sebarang apa jua pun selain daripada-Nya ( yakni Allah tidak sesekali sebarang hajat kepada sekalian makhluk-Nya , kerana Dia-lah yang mengadakan sekalian makhluk-Nya daripada semata-mata tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya.)
AL MANI'K المانع: Yang Tidak Memberikan daripada limpah murah Kurniaan-Nya kepda sesiapa yang berhak untuk tidak diberikan. (الذي يمنع من فضله من استحق المنع)
AL-DHAR AN dan NAFI'K الضار النافع: Yang Mengadakan kemudaratan dan Dia juga Yang Mengadakan kemanfaatan.
AN-NUUR النور : Yang Menzahirkan, bagi setiap yang tersembunyi dengan mengeluarkannya kepada ada. Yakni Yang Mengadakan, bagi setiap suatu yang tidak ada daripada semata-mata tiada wujudnya sama-sekali kepada ada dengan tiada berasal daripada sesuatu apa pun.
[ Lihat : Pengertian Kalimah "An-Nuur ]
AL HADIY الهادي: Yang Memberi Petunjuk kepada hati-hati ( manusia) kelpada segala kebaikannya ( faedah manusia) (الذي يهدي القلوب الى مصالحها).
AL-BADI'K البديع : Yang Mengadakan dan Menerbitkan, bagi segala barang sesuatu dengan tiada contoh ikutan dan misal yang lalu.
AR RASYID الرشيد: Yang Memberi Ajaran Baik kepada hamba-hambaNya dan Memberi mereka petunjuk kepada segala pekara kebaikan mereka.
"مَا أَصَابَ أَحَدًا قَطُّ هَمٌّ وَلَا حُزْنٌ فَقَالَ: اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكِ، ابْنُ أَمَتِكِ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَعْلَمْتَهُ أَحَدًا مَنْ خَلْقِكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي، إِلَّا أَذْهَبَ اللَّهُ هَمَّهُ وَحُزْنَهُ وَأَبْدَلَهُ مَكَانَهُ فَرَحًا". فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَلَا نَتَعَلَّمُهَا؟ فَقَالَ: "بَلَى، يَنْبَغِي لِكُلٍّ مِنْ سَمِعَهَا أَنْ يَتَعَلَّمَهَا".
Maksudnya :
"Tidak sesekali seseorang yang tertimpa kesusahan, tidak pula kesedihan lalu ia mengucapkan doa berikut: ' Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba, dan amat (hamba perempuan)-Mu, ubun-ubun (roh) ku berada di dalam kekuasaan-Mu, aku berada di dalam keputusan-Mu, keadilan belakalah yang Engkau tetapkan atas diriku. Aku memohonkan kepada Engkau dengan menyebut semua nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan denganya Diri-Mu, atau yang Engkau turunkan di dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu, atau Engkau menyimpannya di dalam ghaib di sisi-Mu, jadikanlah al-Quran yang agung sebagai penghibur kalbuku- cahaya dadaku, pelenyap dukaku, dan penghapus kesusahanku', melainkan Allah menghapus darinya kesedihan dan kesusahannya, dan menggantikannya dengan kegembiraan. Ketika ada yang bertanya : ' Wahai Rasulullah, apakah kami boleh mempelajarinya?' Rasulullah s.a.w menjawab : 'Benar, dianjurkan bagi setiap orang yang mendengarnya ( Asma' Ul Husna) mempelajarinya'. "
[ Lihat :
i. Kekeliruan Pemahaman Terhadap Asma' Ullah Al-Husna
ii. Do'a Saidina Ali bin Abi Talib
iii. JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH
iv. Nashid Asma' Ullah al Husna
v. Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya Yang Qadim
vi. "MASA" dan "TEMPAT" Makhluk Allah
vii. Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim
viii. Kitab اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى
*****************************************************
وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَMaksudnya :
[Al-Quran سورة الأنعام surah Al-An'aam : 153]" dan bahawa ( yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa."