Selasa, 6 Oktober 2026

SURAT KHALIFAH ALI BIN ABI THALIB R.A. KEPADA GABENUR MESIR

                 



               بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

 أَمَّا بَعْـدُ 


قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنزعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27) 

              Maksudnya :

" Katakanlah : ' Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. 'Di tangan' Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (26) 
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam, Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab'." (27)

                  [ Surah  سورۃ آل عمرن Ali 'Imran : 26-27 ]

         ************************************************

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ 

      Maksudnya :

" Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat : ' Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi'. Mereka berkata : ' Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau'? Tuhan berfirman : 'Sesungguhnya Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'." 

            [ Surah  سورة البقرة‎ Al-Baqarah : 30 ]

*****************************************************************

Salinan surat Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a. kepda Malik bin al-Haris yang ditulis semula pada tahun  1149 M  yang terkandung dalam kitab Naj al-Balagah

Pembunuhan tragis Khalifah Rasydeen Ketiga,  Uthman bin Affan r.a. pada hari Khamis 18 Zulkhijjah tahun 35 Hijrah ( 656 M) di rumahnya di Madinah al-Munawarah telah mencetuskan pergolakan hebat berpanjangan dalam dunia Islam yang semakin meluas di seluruh jazirah Arab. Sayidina Ali bin Abi Thalib r.a., seorang sahabat besar yang juga sepupu dan menantu kepada Rasulullah s.a.w telah dibai'ah sebagai Khalifah Rasydeen Keempat pada 25 Zulhijjah tahun 35 Hijrah ( 24 Jun 656 M), 7 hari selepas pengebumian jenazah Khalifah Uthman Affan.  

Terdapat penentangan dari berbagi pihak yang dipelopori golongan munafiqin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba' terhadap lantikan beliau sebagai Khalifah yang cuba mengambil kesempatan dengan mengadu domba di kalangan para sahabat yang tidak setuju dengan cara Khalifah Ali menangguhkan mengambil tindakan  terhadap golongan yang membunuh Khalifah Uthman Affan. Namun dengan kebijaksanaannya, Khalifah Ali tetatap berdiri teguh menghadapi berbagai cabaran hebat dengan mengatur berbagai pelan strategi untuk menyatukan umat dan memperkukuhkan sistem pemerintahan dan pertahanan dalam sebuah negara yang semakin pesat berkembang di seluruh rantau. Antara strategi utama beliau ialah memindahkan pusat pemerintahan di Madinah al-Munawarah ke Kufah (sekarang di Iraq) dengan ijtihad dan rasional menjaga kesucian kota Madinah dan Makkah dari pertumpahan darah dan perkembangan geopolitik yang semakin ketara. 

Dalam usha untuk mentadbir wilayah-wilayah Islam yang semakin tersebar luas  Khalifah Ali telah menyediakan garis panduan lantikan Gabenur Wilayah agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh ketaqwaan, berkesan, berintegriti, adil dan berwibawa yang boleh  memperkukukah sistem pemerintahan Islam yang  berteraskan al-Quran dan Sunnah. Antara intipati pemikiran, dan daya kepimpinan Khalifah Ali bin Abi Thalib dapat ditelusuri melalui pembacaan dan penilaian sepucuk surah beliau kepada Malik bin al-Haris al-Ashtar yang terpilih untuk menjadi Gabenur Mesir pada tahun 34 Hijrah setelah penilaian teliti dilakukan oleh Khalifah Ali terhadap latar belakang, kewibawaan, keilmuan, kepimpinan, ketaqwaan  dan sumbangan besar beliau dalam beberapa medan perang utama hingga menyebabkan matanya luka dan ia digelar al-Ashtar.

Berikut adalah sebahagian daripada  intipati terjemahan surat Khalifah Ali bin Abi Thalib kepada Malik bin Al-Haris al-Ashtar yang mudah-mudahan dapat memberikan sedikit pemahaman kepada kita untuk menilai tahap keilmauan kepimpinan dan wawasan pemikiran Khalfah Ali dalam konteks memimpin umat dan pengurusan pentadbiran negara. 

 

SURAT KHALIFAH ISLAM YANG KEEMPAT, ALI BIN ABI THALIB, KEPADA MALIK BIN AL-HARIS AL-ASHTAR SEMPENA PERLANTIKANNYA SEBAGAI GABENOR MESIR PADA TAHUN 34 HIJRAH 

"KETAHUILAH kamu wahai Malik bahawa aku mengutuskan engkau sebagai pemerintah di negeri yang pada masa lalu pernah mengalami pemerintahan yang adil dan tidak adil. Penduduknya akan memerhatikan tindakan-tindakan kamu dengan pemandangan mata yang tidak menyenangkan, walaupun sebelum ini kamu pernah meneliti tindak-tanduk orang-orang yang kamu pimpin. Mereka juga akan membicarakan mengenai kamu seperti apa yang pernah kamu membicarakan mengenai mereka. Hakikatnya, masyarakat hanya memuji mereka yang melakukan perkara yang terbaik sahaja. Merekalah yang akan membuktikan kebenaran tindak-tanduk kamu. Oleh itu harta yang paling berharga yang amat dicari ialah amalan-amalan yang terbaik. Perkukuhkan keimanan kamu dan jauhi sama sekali perkara-perkara yang dilarang, nescaya kamu akan dapat mengenal antara yang baik atau sebaliknya.

Semaikan dan semarakkan di hati kamu perasaan kasih kepada rakyat kamu dan biarkan ia menjadi sumber kebaikan dan rahmat kepada mereka. Jangan percaya dan tanggapan bahawa mereka seperti orang yang tidak bertamadun dan janganlah merampas apa yang mereka miliki. Ingatlah bahawa rakyat negara itu terbahagi kepada dua. Mereka sama ada saudara seagama dengan kamu atau sebangsa. Mereka mempunyai kelemahan dan boleh melakukan kesilapan, malah sesetengahnya memang melakukan kesalahan. Maafkan mereka seperti kamu sangat berhajat agar Allah mengampunkan kamu. Ingatlah bahawa kamu diletakkan di atas mereka, begitu juga saya diletakkan di atas kamu. Sesungguhnya ingatlah bahawa Tuhan mengatasi orang yang melantik kamu sebagai pemimpin bagi membolehkan kamu menjaga kebajikan orang-orang bawahan kamu. Kamu akan diadili atas apa yang sudah kamu lakukan terhadap mereka.

Janganlah sesekali kamu melanggar perintah Allah kerana kamu bukan sahaja tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi diri kamu daripada kemurkaan-Nya, tetapi kamu juga tidak boleh meletakkan diri kamu di luar belas kasihan-Nya dan keampunan-Nya. Jangan berasa bersalah atas tindakan kamu memberi maaf atau bergembira atas sesuatu hukuman yang kamu jatuhkan terhadap mereka. Janganlah biarkan diri kamu dalam kemarahan kerana ia tidak akan membawa sebarang keuntungan.

Jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan berasa megah atau sombong, ingatlah kuasa dan keagungan Yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamu langsung tidak mempunyai sebarang kawalan. Ini akan mengembalikan kepada kamu unsur-unsur keseimbangan dan akan meletakkan kamu dalam ketenteraman dan ketenangan. Berhati-hatilah dan janganlah menentang keagungan dan kebesaran Tuhan dan jangan meniru kekuasaan-Nya: kerana Allah boleh membinasakan orang-orang yang menentang-Nya dan orang yang zalim.


ORANG BIASA/AWAM

Biarkan fikiran kamu menghormati, melalui tindak-tanduk kamu, akan kuasa dan hak Tuhan serta juga hak-hak manusia. Oleh itu pujuklah rakan-rakan kamu dan saudara-saudara kamu supaya turut sama berbuat demikian. Jika tidak, kamu akan bersikap tidak adil bukan sahaja kepada diri kamu sendiri bahkan terhadap kemanusiaan. Sesungguhnya insan manusia dan Allah SWT akan menjadi musuh kamu. Tidak pernah diketahui ada orang yang menjadikan Allah musuhnya dan jika ini berlaku dia akan dianggap “berperang” dengan Allah sehingga dia mohon keampunan-Nya. Tidak ada yang boleh menafikan manusia daripada menerima rahmat atau membangkitkan kemurkaan-Nya kecuali kekejaman. Itulah sebabnya Allah mendengar doa mereka yang tertindas dan dizalimi dan menghukum mereka yang melakukan penindasan dan kezaliman tersebut. 

Kekalkan keadilan dalam pentadbiran dan semaikan semangat ini dalam jiwa raga kamu dan dapatkan persetujuan orang ramai kerana rasa tidak puas hati rakyat jelata mengatasi rasa puas hati segelintir masyarakat yang menikmati keistimewaan. Ingatlah bahwa mereka yang mempunyai keistimewaan itu amat kecil bilangannya dan mereka tidak akan membantu kamu ketika dalam kesusahan. Mereka akan cuba memesongkan keadilan dan akan meminta lebih daripada yang mereka sepatutnya menerima. Mereka juga tidak akan bersyukur dengan apa yang sudah diberikan kepada mereka. Mereka akan gelisah menghadapi dugaan dan tidak berasa kesal akan kelemahan-kelemahan mereka. Sesungguhnya, golongan rakyat biasalah yang menjadi kekuatan sesebuah negara dan agama.

Jauhilah mereka yang cuba mendedahkan kelemahan orang lain dan rakyat jelata tidak terkecuali daripada kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melindungi mereka. Jangan mendedahkan sesuatu yang tersembunyi, tetapi cuba hilangkan kelemahan ketara yang sudah nyata dan diketahui umum. Allah sentiasa melihat segala yang terselindung daripada kamu, dan Dia sahaja yang akan mengendalikan perkara itu. Kamu hendaklah, sebaik mungkin, menutup kelemahan rakyat kamu dan Allah akan menutup kelemahan-kelemahan yang kamu cuba sembunyikan daripada pengetahuan mereka.

Hapuskan kekusutan perasaan benci membenci antara rakyat dan pentadbiran dan hapuskan segala perkara yang menyebabkan ketegangan dalam hubungan mereka. Lindungi diri kamu daripada melakukan perkara-perkara yang tidak adil bagi kamu. Jangan tergesa-gesa mencari kebenaran fitnah yang diceritakan kepada kamu kerana orang itu adalah manusia yang tidak jujur serta cuma berpura-pura menjadi sahabat kamu.

Janganlah menerima nasihat daripada orang yang bakhil kerana dia akan melemahkan semangat dan menakutkan kamu sehingga menjadi miskin. Janganlah terima nasihat daripada orang yang pengecut kerana dia akan melemahkan semangat kamu. Di samping itu janganlah sesekali kamu menerima nasihat daripada orang yang tamak kerana dia akan menanamkan sifat tamaknya kepada kamu yang akhirnya mendorong kamu berbuat zalim. Sikap bakhil, pengecut dan tamak akan menghakiskan keyakinan seseorang terhadap Allah.

Penasihat yang buruk adalah mereka yang pernah berkhidmat kepada pemimpin yang tidak adil dan berkongsi jenayah yang dilakukan. Jadi janganlah sesekali menerima orang-orang seumpama ini sebagai penasihat kamu. Kamu boleh mendapat nasihat daripada orang-orang yang lebih baik daripada mereka iaitu orang- orang yang dianugerahkan kepintaran dan berpandangan jauh serta tidak dinodai oleh dosa dan tidak pernah bersubahat dengan orang yang zalim melakukan kezalimannya atau penjenayah dalam melakukan jenayahnya. Orang seperti ini tidak akan membebankan kamu. Mereka sebaliknya akan menjadi sumber pertolongan dan kekuatan kepada kamu pada setiap masa. Dia akan menjadi kawan kamu dan orang yang asing kepada musuh-musuh kamu. Gunakanlah kebijaksanaan kamu untuk mencari dan memilih orang-orang seperti ini sebagai rakan baik dalam perjuangan mahupun ketika bekerja. Di kalangan mereka itu juga, tunjukkan minat kamu terhadap mereka yang jujur, walaupun kadangkala amar sukar dilakukan.

Dekatilah mereka yang jujur dan takutkan Allah dan beritahu mereka bahawa mereka tidak boleh cuba memuji kamu atas sebarang perkara kebaikan yang mungkin kamu belum lakukan. Ini kerana sikap tolak ansur dan toleransi terhadap kata-kata pujian akan hanya memupuk sikap megah dalam jiwa manusia dan ini akan menjadikannya sombong dan angkuh. Jangan beri layanan yang sama kepada orang-orang yang baik dan yang jahat. Ini akan menghalang mereka yang baik daripada terus mlakukan perkara yang baik dan akan menggalakkan mereka yang jahat supaya terus melakukan kejahatan mereka. Berilah pujian kepada mereka yang berhak diberi pujian. Ingatlah bahawa kepercayaan dan muhibah antara pemimpin dan rakyat hanya dapat dipupuk melalui kebaikan, keadilan dan perkhidmatan. Oleh itu pupuklah muhibah silaturrahim di kalangan rakyat kerana hanya hubungan ini sahaja akan menyelamatkan kamu daripada bencana. Mereka akan membalas sikap kebaikan dan murah hati kamu dengan memberi kepercayaan penuh kepada kamu.

KUMPULAN MANUSIA YANG BERBEZA

Jangan mengabaikan tradisi – tradisi murni lagi mulia yang diwarisi daripada nenek moyang kita yang memupuk semangat keharmonian di kalangan penduduk, dan jangan melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan daya usaha seperti itu. Mereka yang meletakkan asas tradisi ini sudah medapat ganjaran mereka, tetapi jika tradisi itu diganggu gugat, ia akan menjadi tanggungjawab kamu. Justeru berusahalah agara kamu sentiasa belajar daripada mereka yang berpengetahuan dan bijak dan mintalah nasihat mereka mengenai urusan-urusan negara supaya kamu dapat mengekalkan keamanan dan keharmonia yang sudah terbina. Ingatlah bahawa masyarakat dianggotai oleh pelbagai jenis manusia. Kemajuan sesuatu kumpulan itu bergantung kepada kemajuan yang lain, dan tidak ada yang boleh bergerak secara persendirian tanpa bantuan orang lain. Kita mempunyai bala tentera, kakitngan awam, badan kehakiman, pemungut cukai dan pegawai perhubungan awam. Masyarakat umum pula dianggotai oleh mereka yang beragama Islam dan zimmi. Di kalangan mereka pula ada ahli perniagaan dan ahli pertukangan, penganggur dan orang yang degil. Allah sudah menentukan hak, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Bala tentera dengan rahmat Allah adalah sebagai benteng kepada manusia dan lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Ia adalah tonggak keimanan dan mengekalkan keamanan negara. Tanpanya sesebuah negara itu akan tergugat. Bala tentera pula tidak dapat bertahan tanpa sokongan negara, kerjaan dan rakyat biasa. Bala tentera kita sudah terbukti amat kuat kerana mereka berjuang kerana Allah, tetapi mereka memerlukan bantuan material yang terpaksa  bergantung kepada hasil pendapatan negara. Anggota tentera dan orang awam yang membayar cukai, kedua-duanya perlu bantu membantu antara satu sama lain. Begitu juga hakim, pegawai kerajaan dan kakitangannya. Hakim (Kadi) bertanggungjawab dalam pentadbiran awam dan undang-undang jenayah, pegawai kerajaan memungut cukai dan mentadbir negara dengan bantuan kakitangannya. Seterusnya golongan ahli perniagaan dan pedagang juga menyumbang pendapatan mereka untuk negara. Mereka adalah orang yang menjalankan pasaran dan berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada mereka yang menolak kehendak sosial. Allah memberi peluang yang adil pada semua orang, ada hak dalam semua kelas dalam pentadbiran di mana pentabdbir perlu memenuhinya. Mencari yang baik untuk penduduknya, satu tanggungjawab yang tidak boleh dipenuhi dengan sempurna kecuali dia mempunyai minat untuk  melaksanakannya dan meminta pertolongan Allah. Sesungguhnya, itu adalah kewajipan mereka menjalankan tugas dan bersabar ketika berhadapan dengan berbagai cabaran dan kesusahan dalam menjalankan tugas.

Berikan perhatian khusus kepada kebajikan mereka yang berkhidmat dalam angkatan tentera yang pada pendapat kamu mereka itu taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan taat kepada ketua agar mereka boleh bersabar dan menahan diri jika dipengaruhi nafsu. Mereka yang mendengar dengan tenang kepada nasihat yang berguna, dan mereka yang boleh membantu orang miskin dan membinasakan yang kuat dan  tidak bertindak ganas apabila dihasut dan sentiasa tetap pendirian.

Hendaklah kamu menjaga mereka dengan kebijaksanaan dan kelembutan sebagaimana kamu melayani anak-anak kamu. Jangan kamu mendabik dada mengenai kebaikan yang telah kamu lakukan kepada mereka dan jangan pula memandang ringan kemesraan yang mereka tunjukkan kepada kamu. Sikap seperti ini akan menimbulkan rasa ketaatan, kesetiaan dan baik sangka antara kamu dan mereka. Kamu hendaklah melayan kehendak mereka walau sekecil mana sekalipun. Janganlah kamu berpuashati dengan pertolongan yang sudah diberikan kepada mereka, kerana kadangkala, permintaan yang kecil jika diberi perhatian akan mendatangkan kelegaan yang amat besar kepada mereka. Sudah tentu mereka ini tidak akan lupa jasa-jasa kamu dan ketika kamu memerlukan pertolongan mereka.

Adalah berfaedah jika kamu memilih Ketua Turus Angkatan Tentera daripada mereka yang sanggup menunaikan tugas dan bertanggungjawab membantu anggota tentera di bawah pemerintahannya. Mereka yang mengatasi pegawai –pegawai lain dalam memberi kebaikan kepada anggota tenteranya dan menjaga keluarga mereka apabila mereka pergi menunaikan tanggungjawab di lokasi-lokasi perbatasan negara. Dengan cara ini seluruh anggota tentera akan sentiasa bersiap siaga, bersatu padu dan akan memberi  kekuatan apabila berhadapan menentang musuh. Kekalkan sikap lemah-lembut terhadap mereka supaya mereka terasa sentiasa bersama kamu. Hakikatnya kegembiraan sebenar seseorang pentadbir dan keselesaan yang memuaskan terletak kepada usahanya menegakkan keadilan dalam negera dan mengekalkan hubungan mesra dengan rakyat. Kejujuran perasaan mereka dicurahkan melalui kecintaan dan penghormatan yang mereka tunjukkan kepada kamu, dan ini dapat mengekalkan keselamatan negara. Nasihat kamu kepada bala tentera tidak memberi impak yang berkesan sehingga kamu menunjukkan sikap kasih sayang kepada anggota tentera dan pegawai-pegawainya supaya mereka tidak menganggap kerajaan dan tanggungjawab menjaga keselamatan dan pertahanan negara sebagai beban yang menindas yang boleh membawa kepada kejatuhannya.

Teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpamanya itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani dan mengalakkan yang penakut menjadi berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya.

Berhati-hatilah ketika memilih pegawai bagi badan kehakiman kerana ia adalah badan tertinggi yang mungkin dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, untuk kepentingan sendiri. Sahkan jawatan mereka setelah mereka menjalani latihan dan ujian. Jangan memilih mereka untuk jawatan yang memerlukan amanah yang tinggi kerana hubungan peribadi atau dipengaruhi oleh orang lain. Ini membawa kepada ketidakadilan, salah guna kuasa dan rasuah.

Pilihlah mereka yang berpengalaman, tegas, kuat imannya dan daripada keluarga yang baik-baik untuk menduduki jawatan-jawatan tertinggi. Mereka yang seumpama itu tidak mudah mengalah dengan godaan nafsu dan akan menjalankan tugas mereka dengan baik. Naikkanlah gaji mereka supaya mereka dapat hidup lebih selesa. Taraf hidup yang lebih baik dapat membersihkan diri daripada kejahatan. Mereka tidak akan terdorong untuk mencukai pendapatan orang bawahan bagi kesenangan mereka sendiri. Dengan itu, mereka tidak mempunyai sebab sama ada untuk melanggar arahan kamu atau menyalahgunakan kewangan negara. Awasilah mereka dengan orang yang setia dan mulia tanpa pengetahuan mereka. Carilah orang yang jujur dan setia untuk mengawasi pegawai-pegawai ini tanpa pengetahuan mereka. Melalui cara ini, mereka dapat membentuk kejujuran dan memberi perhatian yang sebenar kepada kebajikan orang ramai. Jika ada antara mereka dituduh tidak amanah dan siasatan Jabatan Perisikan kamu memdapatinya bersalah, anggaplah bukti ini sudah memadai untuk menghukum mereka. Biarlah hukuman itu berat dan dijalankan di khalayak ramai.


PENTADBIRAN KEWANGAN 

Pentadbiran kewangan perlu diberi perhatian berat, bagi menjamin kemakmuran mereka yang membayar cukai kepada negara. Kemakmuran orang lain, khususnya rakyat bergantung kepada kemakmuran pembayar cukai. Sebenarnya sesebuah negara itu wujud kerana adanya hasil pendapatan. Kamu mesti menganggap perniagaan tanah pertanian yang diusahakan lebih penting daripada memungut cukai, kerana cukai tidak dapat dikutip jika tanah tidak produktif. Mereka yang meminta hasil tanpa membantu petani memajukan tanahnya, menimbulkan kesukaran yang tak diingini kepada petani dan menghancurkan negara. Kaedah pemerintahan seperti itu tidak akan berkekalan. Orang seumpama itu tidak lama jadi pemerintah.

Jika petani meminta dikurangkan cukai tanah kerana tanamannya musnah diserang serangga, kemarau, banjir atau tanah tidak subur, maka kurangkan cukai mengikut kadar yang sepatutnya. Dengan itu keadaan hidup mereka akan bertambah baik. Jangan dibimbangkan soal kekurangan pendapatan kepada negara kerana satu hari nanti tanah itu akan mendatangkan kemakmuran yang berlipat ganda dan membolehkan kamu memperbaiki keadaan bandar kamu dan menaikkan imej negeri kamu. Rakyat akan percaya kepada keadilan yang kamu tegakkan itu. Keyakinan yang diberikan kepada kamu ini akan menambahkan kekuatan kamu kerana mereka akan bersedia pula untuk berkongsi beban bersama kamu.

Kamu mungkin dapat menempatkan sebanyak manusia di tanah pertanian, tetapi perasaan tidak puas hati akan menyelubungi mereka jika tanah tidak dimajukan. Punca petani menjadi binasa adalah kerana pemimpin yang tamak, cuba mengaut kekayaan berlipat ganda kerana bimbang dia tidak kekal lama. Mereka yang sedemikian adalah orang yang tidak belajar dari pengalaman dan teladan masa lalu.


GOLONGAN PENGURUSAN PENTDBIRAN

Sentiasa awasi kakitangan kamu dan pilihlah yang terbaik di kalangan mereka untuk mengendalikan urusan surat menyurat sulit kamu. Mereka yang berakhlak tinggi dan yang kamu percayai. Mereka yang tidak akan mengambil kesempatan mempergunakan kedudukan istimewa untuk menentang kamu dan mereka yang apabila menulis perjanjian, tidak terpangaruh dengan nafsunya dan menjejaskan kepentingan kamu atau gagal menjelesaikan masalah kamu. Pilihlah mereka yang apabila menjalankan tugas sedar betapa beratnya tanggungjawap mereka. Mereka yang tidak sedar tanggung jawabnya sendiri sukar menghargai tanggung jawab orang lain.

Janganlah memilih semata-mata berasaskan kekuatan pandangan pertama, kecintaan dan keikhlasan kamu. Sesungguhnya lakonan dan kepura-puraan boleh menipu pemerintah yang pintar. Pemilihan hendaklah dibuat setelah menjalani tempoh percubaan yang akan menguji kesesuian mereka. Dalam membuat perlantikan terus, pastikan mereka yang dipilih itu mempunyai pengaruh di kalangan rakyat dan mempunyai nama baik di setiap jabatan pentadbiran. Ingatlah sebarang kelemahan di kalangan kakitangan kamu, jurutulis yang kamu tidak mengambil berat terhadapnya akan menulis menentang kamu.


PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN

Amalkan skim-skim yang berguna bagi mereka yang terbabit dalam perdagangan dan perindustrian dan bantulah mereka dengan nasihat yang bijaksana. Sesetengah daripada mereka tinggal di bandar dan sesetengahnya pula berpindah dari setempat ke setempat dengan kemahiran masing-masing dan hidup dengan menjadi buruh harian. Perdagangan dan perindustrian adalah sumber keuntungan kepada negara. Kebanyakan rakyat tidak cenderung untuk memikul tanggungjawab berat itu. Sebaliknya mereka yang menyertai profesion ini sanggup bersusah payah memungut barang-barang perniagaan dari jauh dan dekat, dari daratan dan laut, gunung dan hutan untuk mendapatkan faedah daripadanya.

Inilah golongan yang cintakan kedamaian dan bagi mereka kekacauan tidak perlu ditakutkan kerana mereka akur dan setia  menurut perintah. Tentu sekali mereka tidak mahu menimbulkan keadaan huru-hara. Lawatilah ke seluruh pelusuk negeri dan jalinkan hubungan peribadi dengan golongan ini serta bertanyakan masalah mereka. Namun perlu diingati, ramai juga di kalangan mereka yang tamak dan terdorong dengan urusan menipu. Mereka menyorok hasil tanaman untuk dijual dengan harga yang mahal, dan ini menyusahkan rakyat. Perkara-perkara ini akan menjatuhkan maruah pemerintah jika perbuatan buruk itu tidak dihalang. Halang mereka daripada menyembunyikan hasil. Nabi Muhammad s.a.w. melarang perbuatan ini. Dan beri perhatian, supaya perdagangan berjalan dengan mudah, timbangannya betul dan harganya ditetapkan supaya golongan yang berurusan jual-beli tidak mengalami kerugian. Jika ada yang tidak menghiraukan amaran kamu dan menyorok hasil tanaman, bertindak dan hukumlah mereka sewajarnya dengan penuh keadilan.


ORANG MISKIN

Takutkan Allah apabila berurusan dengan masalah orang miskin yang tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung, terbiar, susah dan tidak bermaya dan yang terganggu fikirannya kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku. Antara mereka ada yang tidak mempersoalkan nasib mereka dan sanggup menanggung kesusahan daripada meminta sedekah. Demi Allah, peliharalah hak mereka, kerana kamu bertanggung-jawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian daripada wang simpanan Baitul-mal untuk membaiki kedudukan mereka, tanpa megambil kira di mana mereka berada, dekat atau jauh dari kamu. Mereka hendaklah diberikan hak yang sama-rata dan adil. Jangan sesekali menjadikan kesibukan sebagai alasan kamu mengabaikan tanggungjawab kamu terhadap mereka hingga menyebabkan mereka mengalami kesusahan. Jangan kamu anggap bahawa kepentingan mereka adalah kurang daripada kepentingan kamu, dan jangan mengenepikan mereka dalam perkiraan kamu. Awasilah orang-orang yang memandang rendah dan membiarkan kamu melupai akan nasib orang miskin.

Pilihlah antara pegawai-pegawai kamu mereka yang rendah diri dan bertaqwa kepada Allah, yang akan memberi nasihat serta sentiasa mengingatkan kamu mengenai orang miskin. Sediakan peruntukan bagi mereka supaya kamu tidak payah memberi alasan kepada Allah di hari pengadilan, kerana mereka inilah orang yang patut menerima layanan baik daripada kamu. Carilah ganjaran daripada Allah dengan memberikan apa yang menjadi hak mereka. Inilah tanggungjawab suci kamu untuk memenuhi kehendak orang-orang tua di kalangan mereka yang tidak mempunyai tempat pergantungan hidup dan tidak mahu meminta bantuan kewangan. Tanggungjawab seumpama itulah biasanya sukar dilakukan oleh pemerintah, tetapi ia sangat dialu-alukan oleh masyarakat yang berpandangan jauh. Hanya masyarakat dan negara yang benar-benar menunaikan tanggungjawab dan perjanjian mereka dengan Allah sahaja dapat memenuhi keperluan orang miskin.


MUSYAWRAH TERBUKA 

Temui mereka yang tertindas dan rakyat berpendapatan rendah dalam musyawarah-musyawarah terbuka. Ingatlah Allah Maha Mengetahui dan rahmat-Nya sentasa bersama hamba-hambaNya. Adakan perbincangan dari hati ke hati dengan mereka dan janganlah membenarkan pengawal, pegawai-pegawai kerajaan atau anggota polis dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perisikan berada di situ, supaya mereka yang mewakili rakyat miskin dapat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara jujur berterang-terangan tanpa perasaan takut dan bimbang.

Tabahkanlah hati dan bertenang menghadapi bahasa yang keras, yang mungkin digunakan oleh mereka, dan janganlah mudah naik berang jika mereka tidak dapat menyatakan alasan mereka dengan jelas. Allah akan membuka pintu rahmat dan memberi ganjaran kepada kamu. Apa sahaja yang kamu boleh berikan kepada mereka, berikanlah tanpa merungut,  dan apa sahaja yang kamu tidak mampu untuk berikannya beritahulah mereka dengan berterus-terang dan penuh kejujuran.

Ada beberapa perkara yang memerlukan tindakan segara. Terimalah cadangan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kamu bagi membaiki sungutan kakitangan pentadbiran. Pastikan supaya bantahan dan permohonan yang dikemukakan untuk pertimbangan kamu sampai kepada pengetahuan kamu di hari ia dikemukakan, walaupun pegawai-pegawai kamu cuba bertindak sebagai orang tengah. Selesaikan sesuatu kerja pada hari itu juga, kerana keesokan hari akan membawa kerja dan tanggungjawab yang lain pula.


MUNAJAT KEPADA ALLAH

Jangan lupa mengasingkan masa kamu yang paling baik untuk bermunajat dengan Allah, walaupun setiap ketika kamu adalah untuk-Nya (jika ia digunakan dengan jujur untuk berkhidmat kepada rakyat kamu). Masa yang kamu peruntukkan bagi mengerjakan solat hendaklah digunakan sepenuhnya untuk menunaikan solat lima waktu. Lakukanlah kewajipan badat solat pada waktu siang hari dan pada waktu malam. Bagi mendapatkan hubungan langsung yang sempurna dengan Allah, seboleh-bolehnya janganlah kamu memanjangkan solat hinggga ia memenatkan kamu. Apabila kamu menjadi imam dalam solat, jangan kamu membenarkan solat itu berpanjangan hingga menyebabkan kesulitan kepada makmum atau menyebabkan mereka tidak suka melakukan solat berjemaah, atau setidak-tidaknya mengurangkan kesannya, kerana dalam jemaah solat itu ada yang cacat dan juga mempunyai urusan penting yang mesti diuruskan.

Ketika saya diarah pergi ke Yaman saya bertanya kepada Nabi Muhamamad s.a.w. bagaimana harus saya mengimamkan solat. Rasulullah bersabda: 

“Kerjakanlah solat kamu seperti mana orang yang paling lemah di antara kamu melakukannya, dan jadikanlah contoh bertimbang rasa terhadap mereka yang taqwa.”

Selain daripada perkara yang sudah saya sebutkan di atas, se perkara lagi yang patut diperhatikan oleh kamu ialah jangan sesekali memisahkan diri kamu daripada rakyat, kerana jika kamu berbuat demikian kamu tidak akan tahu hal-ehwal mereka. Ia akan menyebabkan seseorang pemerintah itu mempunyai perspektif yang salah, selain menyebabkan dia tidak boleh membezakan mana yang penting dan yang tidak penting, yang mana betul dan yang mana salah, dan di antara yang benar dan palsu. Pemerintah adalah manusia biasa. Dia tidak mampu mengeluarkan pandangan yang betul untuk semua perkara, apatah lagi bagi perkara-perkara yang di luar jangkauan dan pengetahuannya. Tidak ada tanda-tanda khusus untuk kebenaran bagi membolehkan seseorang itu membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan. Sebenarnya dua perkara yang boleh berlaku kepada kamu, iaitu sama ada kamu berlaku adil atau zalim.

Jika kamu berlaku adil, kamu tidak boleh memisahkan diri kamu daripada rakyat, tetapi mendengar aduan mereka dan memenuhi kemahuan mereka. Jika kamu tidak berlaku adil, rakyat kamu sendiri akan menghindari kamu. Jadi apakah kebaikannya jika kamu menjauhkan diri daripada mereka? Dalam semua hal, menjauhkan diri daripada rakyat adalah tidak diingini, terutama apabila tugas kamu menuntut kamu menunaikan kehendak rakyat. Aduan mengenai penindasan daripada pegawai-pegawai untuk keadilan tidak sepatutnya menjemukan kamu.

Hendaklah kamu sentiasa berwaspada dengan ingatan bahawa mereka yang di keliling kamu akan mengambil peluang mempergunakan kedudukan mereka untuk merampas apa yang menjadi hak orang lain dan melakukan ketidakadilan. Hapuskan kecenderungan seumpama itu. Kamu sendiri janganlah memberi walau seinci tanah pun kepada saudara mara kamu. Amalan ini akan menghalang pegawai-pegawai di sekeliling kamu daripada menyusahkan orang lain dan menyelamatkan kamu daripada penghinaan Allah dan manusia.

Laksanakanlah keadilan secara sama rata tanpa mengira sama ada seseorang itu bersaudara dengan kamu atau tidak. Jika ada saudara mara atau kawan-kawan kamu yang melanggar undang-undang, laksanakanlah hukuman yang ditentukan walaupun ia pahit kepada kamu, kerana ia adalah untuk kebaikan negara. Jika pada sebarang waktu orang mengesyaki bahawa kamu tidak berlaku adil kepada mereka dalam apa jua urusan, jelaskanlah pendirian kamu kepada mereka supaya sebarang syak wasangka terhadap kamu dapat dihapuskan. Cara ini akan menyebabkan mereka menghormati dan menyayangi kamu. Ini juga akan memenuhi keinginan kamu kerana rakyat yakin dengan pemerintahan kamu.


PERDAMAIAN DAN PERJANJIAN 

Ingatlah bahawa kamu tidak akan menolak tawaran perdamaian yang dibuat oleh musuh kamu. Terimalah kerana ia disukai oleh Allah. Keamanan adalah punca keselesaan kepada angkatan tentera, ia mengurangkan kebimbangan kamu dan meningkatkan kedamaian dan kententeraman dalam negara. Namun kamu hendaklah  berhati-hati selepas perjanjian perdamaian ditandatangani. Sesetengah musuh menawarkan perdamaian untuk memperdayakan kamu. Mereka menawarkan perdamaian dengan harapan kamu akan berasa lebih selamat, sebaliknya mereka akan menyerang kamu apabila kamu tidak bersedia.

Justeru, kamu hendaklah sentiasa berwaspada dan jangan meletakkan keyakinan terhadap bantahan mereka. Jika mengikut perjanjian perdamaian itu kamu menerima kewajipan, maka hendaklah kamu melaksanakan kewajipan itu bersungguh-sungguh. Ia adalah amanah dan mesti dipertahankan seikhlas-ikhlasnya dan apabila kamu menjanjikan sesuatu hendaklah kamu tunaikan dangan segala keupayaan yang ada pada kamu, walaupun wujudnya perbezaan pendapat dalam hal lain. Tidak ada kemuliaan yang lebih mulia daripada menunaikan janji. Ini juga diakui oleh orang bukan Islam kerana mereka tahu padah melanggar perjanjian. Oleh itu, jangan membuat alasan dalam melaksanakan kewajipan kamu dan jangan sekali-kali memungkiri janji atau menipu musuh kamu. Perbuatan memungkiri janji adalah satu kesalahan di sisi Allah.

Sesungguhnya janji rahmat Allah untuk semua manusia. Janji Allah adalah pelindungan yang dicari, termasuk oleh manusia yang berkuasa di bumi ini kerana Allah tidak sesekali memungkiri janji-Nya. Oleh itu, jangan membuat janji yang kamu tidak mungkin dapat menunaikannya. Jangan cabuli janji yang kamu buat walaupun ia menyakitkan hati. Adalah lebih baik menunggu dengan sabar akibat daripadanya daripada melanggarnya kerana kebimbangan. Awas! Jangan menumpahkan darah tanpa sebab yang sah.

Di Hari Kiamat akan ditanya jenayah yang dilakukan. Oleh itu, berhati-hatilah, jangan membina kekuatan negara kamu dengan darah kerana darah itulah yang akan melemahkan negara dan menyebabkan negara bertukar tangan. Di hadapanku dan di hadapan Allah tidak ada alasan akan diterima bagi pembunuhan yang disengajakan.

Pembunuhan adalah jenayah yang boleh dihukum mati. Jika dalam melaksanakan hukuman rotan terhadap kesalahan jenayah ringan yang menyebabkan kematian, janganlah berbangga dengan martabat negara sehingga menghalang keluarga si mati menuntut ganjaran ganti rugi.


ARAHAN TERAKHIR 

Jangan tergopoh-gopoh melakukan sesuatu sebelum masanya, atau melengah-lengahkannya apabila masanya tiba. Jangan mendesak melakukan perkara yang salah, atau berlengah-lengah membetulkan kesalahan. Lakukan segala sesuatu dalam tempohnya, dan biarkan segala sesuatu mendapat tempat yang sewajarnya. Apabila semua orang bersetuju dengan sesuatu, jangan memaksa mereka menurut pandangan kamu dan jangan cuai dalam menjalankan tanggung-jawab kamu. Mata rakyat sentiasa memerhatikan kamu dan kamu bertanggung-jawab terhadap apa jua yang kamu lakukan kepada mereka. Kecuaian yang kecil akan memberi kesan buruknya. Kawallah kemarahan dan jagalah tangan dan lidah kamu. Apa jua yang menimpa, cubalah bersabar, jika tidak ia akan menambahkan kebimbangan kamu.

Adalah amat penting bagi kamu mempelajari prinsip-prinsip yang telah mengilhamkan orang yang adil dan pemerintah yang saksama sebelum kamu. Berikan perhatian yang teliti terhadap contoh teladan Nabi Muhammad s.a.w., hadisnya dan perintah Kitab Allah dan apa jua yang kamu telah pelajari daripada urusan kamu. Berusahalah dengan segala kemampuan kamu untuk menjalankan arahan yang saya berikan dan yang kamu telah bersumpah setia untuk mengikutinya. Melalui arahan ini, saya memerintahkan kamu supaya jangan tunduk kepada hasutan bisikan hati kamu atau berpaling daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kamu.

Saya mencari perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa dan Rahmat-Nya yang tidak terbatas, dan menyeru kamu berdoa bersama saya supaya Dia memberi rahmat kepada kita menerusi penyerahan qudrat kita kepada kemahuan-Nya agar manusia sejagat menghargai kita dan kerja kita beroleh kejayaan. Saya mencari puncak rahmat Allah dan berdoa agar Dia memberi kepada kita kesyahidan di jalan-Nya. Sesungguhnya, kita akan kembali kepada-Nya. Saya melafazkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan Ahlul Bait." 

Sudah lebih seribu tahun lamanya warkah Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a. ini diabadikan dalam persuratan untuk ditatapi, diselami dan menjadi ingatan kepada sekalian umat manusia dan seluruh umat Islam sejagat di sepanjang zaman. Amat jelas kepada kita bahawa inilah hamba Allah yang bernama Ali bin Abi Thalib yang dilahirkan ke dunia untuk hidup dan bergerak mendampingi Rasulullah s.a.w hingga ke akhir hayatnya menyampaikan amanat Allah kepada seluruh umat manusia. Walaupun zaman telah lama berlalu meninggalkan warisan  yang tidak ternilai dan terhingga banyaknya, namun warisan keilmuan berteraskan kitabullah dan sunnah yang ditinggalkan sentiasa bersinar di sepanjang zaman. Hanya mereka yang dikurniakan Allah dengan taufik dan hidayah sahaja yang dapat meneguk dan menikmatinya untuk bekalan hari akhirat yang berkekalan. 

Wallahu'alam.

[ Lihat : DO'A SAIDINA ALI BIN ABI THALIB ]


[ Catatatan Ringkas Latar Belakang Malik al-Haris al-Ashtar :

Nama penuhnya ialah Malik bin al-Harits bin Hisyam al-Makhzumi ( مالك بن الحارث بن هشام المخزومي). Beliau dilahirkan di Yaman pada sekitar tahun 586 Masehi. Dia berasal dari suku Arab Bani Nakha' dari Yaman dan beriman memeluk Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah seorang panglima tentera yang yang handal dan berani yang  terlibat dalam Perang Yarmuk. Dalam Perang Yarmuk ( 15H/636M) menentang tentera Rom Byzantium beliau mengalami cedera parah pada matanya. Justeru beliau diberi gelaran AL-ASHTAR. Apabila  Sayidina Ali bin Abi Thalib dibai'ah sebagai Amirul Mukminin Khalifah Ar-Rasydeen Keempat, Malik adalah salah seorang yang turut memberi bai'ah dan terus setia bersamanya. Beliau turut bersama barisan tentera Khalifah Ali dalam Perang Jamal (36H/656M), Perang Siffin (37H) dan peperangan menentang golongan pemberontak. Atas sahsiah peribadi dan kewibawaan daya kepimpinann beliau yang luar biasa kehebatannya  Khalifah Ali telah melantik Malik sebgai Gabenur Mesir pada tahun 38H menggantikan Gabenur Qais bi Sa'ad. Namun Allah telah mentakdirkan Malik al-Haris mati keracunan apabila sampai di Fustat untuk memulakan tugas sebagai Gabenur Mesir. Dia kembali ke ramatullah pada 38 H dan jenazahnya dikebumikan di Desa Qalaj, al-Khankh, Kota Qalyubiyah di timur laut Kaherah, 


                                     Makam Malik al-Haris 



*****************************************************************

 وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170)

   Maksudnya :

" Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki, (169)

mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka dan  mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum meyusul mereka, bahawa tidak ada kekhwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (170)

           [Al-Quran surah  سورۃ آل عمرن Ali 'Imran : 169-170 ]

     *********************************************************

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«خَيْرُكُمْ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ» قَالَ عِمْرَانُ: لاَ أَدْرِي أَذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدُ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثَةً، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَنْذِرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ».

[صحيح متفق عليه - صحيح البخاري ]

           Maksudnya :

'Imrān bin Ḥuṣain -raḍiyallāhu 'anhumā- meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sebaik-baik kalian adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya. 'Imrān berkata: Aku tidak tahu apakah Nabi s.a.w mengucapkannya dua atau tiga kali. Nabi s.a.w bersabda: Akan datang sepeninggal kalian orang-orang yang berkhianat dan tidak dapat dipercayai, memberi kesaksian padahal tidak diminta menjadi saksi, bernazar tapi tidak menunaikannya, dan tampak pada mereka kegemukan." [ Sahih al-Bukhari]
Masjid  Saydina Amr al-As (Gabenur Islam pertama di Mesir) di Fustat, Mesir, masjid tertua di Afrika yang dibina pada tahun 21 Hijrah (641 Masehi) pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Khatab r.a.






Khamis, 1 Oktober 2026

APABILA SANGKAKALA DITIUP.......



[ Sambungan daripada :PENGERTIAN ZALIM DALAM AGAMA ISLAM] 

 

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ 

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم

                                          أَمَّا بَعْـدُ    

  لَيْسَ الْبِرَّ اَنْ تُوَلُّوْا وُجُوْهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَالْمَلٰۤىِٕكَةِ وَالْكِتٰبِ وَالنَّبِيّٖنَۚ وَاٰتَى الْمَالَ عَلٰى حُبِّهٖ ذَوِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنَ وَابْنَ السَّبِيْلِۙ وَالسَّاۤىِٕلِيْنَ وَفىِ الرِّقَابِۚ وَاَقَامَ الصَّلٰوةَ وَاٰتَى الزَّكٰوةَۚ وَالْمُوْفُوْنَ بِعَهْدِهِمْ اِذَا عَاهَدُوْاۚ وَالصّٰبِرِيْنَ فِى الْبَأْسَاۤءِ وَالضَّرَّاۤءِ وَحِيْنَ الْبَأْسِۗ اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ صَدَقُوْاۗ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُتَّقُوْنَ

                  Maksudnya :

" Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu bukti kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian (akhirat), malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta, dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa."

                     [ Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 177 ]

         **********************************************

الْحَاقَّةُ (1) مَا الْحَاقَّةُ (2) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحَاقَّةُ (3) كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالْقَارِعَةِ (4) فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ (5) وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ (6) سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ (7) 

                    Maksudnya :

Hari Kiamat, (1)

apakah Hari Kiamat itu? (2)

Dan tahukah kamu apakah Hari Kiamat itu? (3)

Kaum Tsamud dan 'Aad telah mendustakan Hari Kiamat. (4)

Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang amat luar biasa. (5)

Adapun kaum 'Aad maka mereka dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, (6)

yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus (tanpa henti), maka kamu lihat kaum 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan tunggul pohon kurma yag telah kosong (buruk/lapuk)."(7)

                    [ Al-Quran surah  سورة الحاقة Al-Haaqqah : 1-7]

***************************************************************


                                         Hanya ilustrasi imaginasi pelukis sebagai hiasan sahaja 

Setiap orang yang beriman wajib mempercayai dan beriman dengan keyakinan penuh terhadap kewujudan hari akhirat. Maka akan terbatal dan rosaklah keimanan seseoarang muslim jika mengingkarinya, was-was atau berpegang kepada iktiqad yang bertentangan/bercanggah dengan kandungan ilmu yang diperjelaskan mengenainya sebagaimana yang diperjelaskan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.  

Hari Kiamat adalah termasuk dalam himpunan hari akhirat yang amat luas skop tafsil bahasannya yang merujuk kepada perkara-perkara ghaib yang hanya diwahyukan Allah Subhanahu wataala di dalam Kitab-Nya kepada para Rasul yang dibangkitkan melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihisalam. Tidak ada sesiapa di kalangan hamba makhluk Allah yang mengetahui apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku di seluruh alam ini jika Allah SWT  tidak mengkhabarkanya sendiri melalui cara yang telah ditakdirkan-Nya sebelum dijadikan langit, bumi dan sekalian makhluk-Nya. 

Sebahagian daripada perkara mengenai hari akhirat belum lagi berlaku tetapi Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui,  Maha Adil lagi Maha Bijaksana telah mengkhabarkannya terlebih dahulu kepada sekalian hamba-Nya supaya mereka mengetahui dan bersiap sedia untuk berhadapan dengannya. Sesungguhnya Allah tidak sesekali menzalimi setiap orang hamba makhluk-Nya walaupun sebesar zarrah, sebaliknya hamba-Nya yang menzalimi diri mereka sendiri.

Sebahagian daripada wacana perbahasan mengenai Hari Kiamat telah dibicarakan secara umum dalam artikel berkaitan dalam konten blog ini sebagaimana termaklum. Salah satu peringatan Allah dalam al-Quran yang wajib diketahui berkaitan bermulanya Hari Kiamat ialah bunyi tiupan SANGKAKALA (الصور) oleh Malaikat Israfil Alaihisalam atas perintah  Allah pada hari dan detik yang telah ditakdirkan pada Qadha dan Qadar-Nya berbentulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali, dengan tiada terdahulu dan tiada terkemudian dan tiada bertukar dan tiada berubah. Firman Allah dalam al-Quran :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
                 Maksudnya :
i." Mereka menanyakan kepadamu tentang Hari Kiamat : 'Bilakah terjadinya?'. Katakanlah: ' Sesungguhynya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatanganya selain Dia. Kiamat itu amat berat ( huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.' Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'."

                       [ Surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 187 ]

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى (15) فَلا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى (16)
                    Maksudnya :
ii." Sesunguhnya Hari Kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang diusahakan. (15)
Maka janganlah sesekali kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa."(16)

                        [ Surah سورة طه Thaahaa : 15-16 ] 

Jika ditelusuri beberapa surah di dalam al-Quran seperti surah Al-Qiyammah سورة القيمة ,surah Al-Haaqqah  سورة الحاقة surah An-Nabaa' سورة النبأ, surah Yaa-Sinn سورة يس,  surah Al-Waaqiah ٱلۡوَاقِعَةُ, surah Ar-Ra'd سورة الرعد dan beberapa surah lagi di samping Hadis-hadis Rasulullah s.a.w, nescaya akan tersua kalimah/ayat khusus mengenai bunyi tiupan SANGKAKALA yang amat kuat lagi amat dahsyat bagi menandakan bermulanya Hari Kiamat. 

Apabila Allah memperjelaskan berulang-ulang kali dalam Kitabullah khususnya al-Quran dan disusuli pula penjelasannya dalam  hadis-hadis Rasulullah s.a.w serta para ulamak tersohor di dunia  bererti tiupan SANGKAKALA dan yangt berkaitan dengannya ini adalah salah suatu peringatan besar yang amat penting yang wajib diketahui oleh sekalian makhluk-Nya yang berada di langit (para malaikat) dan di bumi yang tidak terhingga banyaknya sejak Allah mengadakannya daripada semata-mata tiada kepada ada. Bunyi tiupan SANGKAKALA yang didengari oleh sekalian makhluk Allah yang berada di bumi dan di langit (para malaikat) juga menandakan berakhirnya pola kehidupan biasa di dunia sejak Allah mula mengadakannya yang tidak sesekali diketahui permulaannya oleh sekalian makhluk Allah dan bermulanya kehidupan akhirat yang berkekalan selama-lamanya tanpa noktah.

  

Apa itu SANGKAKALA ?

Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w, SANGKAKALA atau al-Sur الصُّور hanya diperjelaskan secara ringkas sahaja iaitu sesuatu seumpama tanduk besar menyerupai terompet atau serunai yang ditiup oleh malaikat atas perintah Allah bagi menandakan berlakunya Hari Kiamat besar yang dijanjikan Allah. Bermakna perkara SANGKAKALA adalah termasuk perkara ghaib yang wajib dipercayai sebagai antara hal yang berkaitan dengan Hari Kiamat dan Malaikat juga.  Menurut maksud hadis SANGKAKALA dijadikan Allah daripada cahaya. Ini bererti hal keadaan SANGKAKALA adalah  seperti malaikat juga yang terhijab dari pemandangan mata dan pancaindera manusia walaupun ia tersangat besar, bahkah lebih besar daripada  langit dan bumi.

Dalam suatu hadis yang mempunyai maksud yang hampir sama menjelaskan bahawa bentuk SANGKAKALA adalah seperti tanduk haiwan yang digunakan sebagai alat tiupan. Hal ini dijelaskan maksudnya melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr' r.a. 
 

جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ مَا الصُّورُ قَالَ ‏: ‏ قَرْنٌ يُنْفَخُ فِيهِ ‏‏

    Maksudnya: 

“Telah datang seorang Badwi kepada Nabi s.a.w, lalu berkata: “Apakah al-Sur?” Jawab Baginda: “(Seperti) tanduk yang digunakan untuk meniup.” [Riwayat al-Tirmizi ]

Dari sudut bahasa, SANGKAKALA (الصور) berasal daripada perkataan ‘صار-يصور-الصور’ yang bermaksud suara yang kuat. Ia  juga bermaksud sebagai tanduk yang dibuat untuk ditiup, atau terompet, serta (sesuatu) yang memiliki suara yang kuat.

Rupa Bentuk dan Sifat SANGKAKALA
Sebagaimana yang dimaksudkan di dalam hadis Rasulullah s.a.w di atas SANGKAKALA berbentuk seperti tanduk atau terompet yang biasa digunakan manusia sebagai tiupan yang kuat bunyinya bagi maksud memberi peringatan kepada kaum dan masyarakat setempat mengenai sesuatu upacara atau berkaitan dengan ritual keagamaan yang menjadi resam budaya atau bagi menandakan bermulanya sesuatu upacara khusus yang melibatkan seluruh masyarakat setempat.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w ada menjelaskan bahawa ukuran diameter lubang peniup pada Sangkakala adalah seluas langit dan bumi. Jika lubang peniupnya sahaja sudah sedemikian besar, betapa pula ukuran corong permukaanya? Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui hakikatnya. Inilah salah satu Perbuatan Ijadi Allah yang amat ajaib yang tidak sesekali dapat difikir atau digambarkan secara logik akal atau menggunakan alat saintifik tercanggih ciptaan manusia.   
Sami Buddha sedang meniup Trompet Dungchen dalam ritual agama Buddha 
Siapakah Yang Meniup SANGKAKALA?
Sungguhpun Allah Maha Berkuasa mengadakan setiap sesuatu yang dikehandaki-Nya berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim, tetapi Allah yang menjadikan para malaikat yang berada di langit dan bumi menugaskan para malaikat untuk melakukan apa sahaja dalam pelbagai urusan duniawi dan ukrawi sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran:
وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا (1) وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا (2) وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا (3) فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا (4) فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا (5) يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ (6) تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ (7) قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ (8) أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ (9)
        Maksudnya :
i." Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa/roh) dengan keras, (1)
dan (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa/roh) dengan kelembutan, (2)
dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat,(3)
dan (malaikat-malaikat ) yang mendahului dengan kencang, (4)
dan (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan (dunia). (5)
(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan)pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam, (6)
tiupan pertama itu diiringi pula oleh tipuan kedua. (7)
Hati manusia pada waktu itu sangat gementar ketakutan, (8)
pandangannya tunduk." (9) 
       [ Surah  سورة النازعات An-Naazi'aat: 1-9 ]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ 
          Maksudnya :
ii." Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
           [Surah  سورة التحريم  At-Tahrim : 06 ]

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ جَاعِلِ الْمَلائِكَةِ رُسُلا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

            Maksudnya :

iii." Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk menguruskan berbagai macam perkara dan urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

    [ Surah  سورة فاطر Faathir : 01 ]

Sungguhpun di dalam al-Quran tidak dinyatakan secara spesifik siapakah yang diamanahkan Allah SWT untuk meniup SANGKAKALA Hari Kiamat, tetapi berpandukan Firman Allah dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w serta pendapat yang termasyhur para ulama, peniup SANGKAKALA ialah Malaikat Israfil Alaihissalam tepat pada detik dan ketika yang Allah sahaja Yang Maha Mengetahui, tidak terdahulu, tidak terkemudian dan tidak berubah hal keadaannya sebagaimana yang ditakdirkan-Nya pada Azal. 

[ Lihat : KEMULIAAN dan KEAJAIBAN MALAIKAT ]

Sebesar Manakah Malaikat Israfil ?

Untuk mengethui ukuran saiz dan sifat Malaikat Israfil AS, adalah wajar diketahui terlebih dahulu rupa dan ukuran sebenar Malaikat Jibril AS yang kerap berada di sisi Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan wahyu Kalamullah kepada baginda atau membantu tentera muslimin di bawah kepimpimpinan Rasulullah s.a.w dalam peperangan fisabillah dan ketika Rasulullah s.a.w menyampaikan ilmu dalam majlis-majlis ilmu kepada para sahabat walaupun dia tidak dikenali oleh para sahabat jika dia memperlihatkan dirinya sebagai manusia.  

Adapun ukuran dan rupa asal yang sebenar Malaikat Jibril AS adalah begitu besar hingga menutupi seluruh ufuk langit. Rasullullah s.a.w. jatuh pengsan disebabkan sangat terkejut kerana tidak terlintas di hatinya ada makhluk Allah yang sebesar ini seperti yang dimaksudkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Maka tiada melihat Nabi Muhammad s.a.w. akan Jibril AS pada rupanya yang benar-benar rupanya melainkan dua kali dan yang demikian itu ialah ianya meminta kepadanya supaya menunjukkan rupa dirinya Jibril itu atas rupanya yang benar-benar rupanya. Maka ia menjanjikannya di Baqi', Madinah dan ia zahirkan baginya di Hira', maka ia menutupi al-ufuk segala pihak langit daripada pihak matahari terbit hingga pihak matahari jatuh dan ia melihat pada kali yang lain di atas rupanya itu pada malam Al-Mikraj pada ketika di Sidratil Muntaha dan sesungguhnya adalah ia pada ghalibnya melihatnya pada rupa seorang manusia, maka ia melihatnya seperti Dahyatul Qalbi [sahabat Rasulullah]yang kacak [tampan] rupa wajahnya."

Selepas sedar dari pengsannya Jibril AS memberitahu Rasullullah s.a.w. bahawa Malaikat Israfil AS jauh lebih besar lagi rupa asalnya hinggakan al-'Arasy yang lebih besar daripada al-Kursi, langit dan bumi itu berada di atas bahunya, namun apabila dia bertasbih bertahmid, memuji, memulia dan mengagungkan kebesaran Allah dia menjadi kecil seperti burung "pipit" sahaja ukurannya. 

Ketika mengalami peristiwa mukjizat besar malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w melihat sendiri dengan mata kepalanya rupa dan ukuran sebenar Malaikat Jibril AS sebagaimana yang diperjelaskan Allah dalam al-Quran surah سورة An-Najm ayat 13-18 :
 وَلَقَدْ رَآهُ نزلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (16) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (17) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (18) 
            Maksudnya :
" Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu ( dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (13)
(iaitu) di Sidratil Muntaha. (14)
Berhampiran dengannya ada syurga tempat tinggal, (15)
(Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. (16)
Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampuinya. (17)
Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar. (18)
Terdapat juga hadis yang menyatakan :
و حَدَّثَنِي أَبُو الرَّبِيعِ الزَّهْرَانِيُّ حَدَّثَنَا عَبَّادٌ وَهُوَ ابْنُ الْعَوَّامِ حَدَّثَنَا الشَّيْبَانِيُّ قَالَ سَأَلْتُ زِرَّ بْنَ حُبَيْشٍ عَنْ قَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ { فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى } قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ مَسْعُودٍ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى جِبْرِيلَ لَهُ سِتُّ مِائَةِ جَنَاحٍ
           Maksudnya : 
"Dari Mas’ud berkata : “Sesungguhya Rasulullah s.a.w melihat Malaikat Jibril, dia mempunyai 600 sayap.” [HR. Muslim]

Dalam riwayat tidak sahih ada menyebut bahawa  Malaikat Israfil mempunyai empat sayap: dua sayap di timur dan dua sayap di barat. Ada juga yang mengatakan Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap (600 di sebelah kiri dan 600 di sebelah kanan).

               Hanya Ilustrasi Imaginasi Pelukis Untuk Hiasan 

Firman Allah dalam surah سورة فاطر Faathir ayat 1 ada memperjelaskan secara umum mengenai sayap para malaikat: 

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَاعِلِ الْمَلائِكَةِ رُسُلا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلاثَ 
وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya :
"Segala puji bagi Allah Yang menjadikan langit dan bumi, Yang Menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambah pada penciptaan-Nya  apa yang dikehandaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الحاقة Al-Haaqqah ayat 17 menjelaskan terdapat lapan (8) malaikat yang menjunjung al-'Arasy:
وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ 
                          Maksudnya :
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhan mu di atas (kepala) mereka."
Apabila membicarakan hal ukuran saiz dan ketaqwaan para malaikat pemikul 'Arasy seperti yang disebut di atas rujukan hendaklah dilakukan juga kandungan maksud yang tertera dalam surah سورة المؤمن Al-Mu'min ayat 7-9 mengenai doa para malaikat yang menjunjung al-'Arasy kepada golongan insan mukmin.    

Sebagaimana yang dimaklumi al-'Arasy dijadikan Allah jauh lebih luas dan besar berbanding kejadian al-Kursi, langit, bumi dan alam-alam lain. 
Di dalam beberapa Hadis Rasulullah s.a.w. ada juga menyebut tentang perbezaan keluasan al-'Arasy dengan kejadian-kajadian alam yang lain. Antaranya berbunyi:

مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ وَالأَرْضُوْنَ السَبْعُ وَمَا بَيْنَهُنَّ وَمَا فَيْهِنَّ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَإِنَّ الكُرْسِي بِمَا فِيْهِ بِالنِسْبَةِ إلَىالْعَرْشِ عَلَى كتِلْكَ الحَلَقَةِعَلَىتِلْكَ الفلاَةِ
                                   Maksudnya : 
i.“Tidak langit yang tujuh dan bumi yang tujuh dan apa yang ada di antara dan di dalamnya dibandingkan dengan al-Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilempar ke tanah lapang, dan al-Kursi dengan apa yang ada di dalamnya dibandingkan dengan al-'Arasy seperti lingkaran (gelang) tersebut pada tanah lapang tersebut.” [Silsilah Ahadits al-Shahihah No.109]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu:
يَاأَبَا ذَرٍّ مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَفَضْلُ الْعَرْشِ عَلَى الكُرْسِي كَفَضْل الفلاَةِ عَلَى الحَلَقَةِ
            Maksudnya :
ii.“Wahai Abu Zar tidaklah langit yang tujuh dibanding al-Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilemparkan ke tanah lapang, dan besarnya al-‘Arasy dibandingkan dengan al-Kursi seperti lebih besarnya tanah lapang dari lingkaran (gelang).”
مَا السَمَوَاتُ السَبْعُ وَالأَرْضُوْنَ السَبْعُ وَمَا بَيْنَهُنَّ وَمَا فَيْهِنَّ فِيْ الكُرْسِي إِلاَ كَحَلَقَةِ مُلْقَاةٌ بِأَرْضِ فَلاَة وَإِنَّ الكُرْسِي بِمَا فِيْهِ بِالنِسْبَةِ إلَىالْعَرْشِ عَلَى كتِلْكَ الحَلَقَةِ عَلَىتِلْكَ الفلاَةِ
                         Maksudnya : 
iii.“Tidak langit yang tujuh dan bumi yang tujuh dan apa yang ada di antara dan di dalamnya dibandingkan dengan al-Kursi kecuali seperti lingkaran (gelang) yang dilempar ke tanah lapang, dan al-Kursi dengan apa yang ada di dalamnya dibandingkan dengan al-‘Arasy seperti lingkaran (gelang) tersebut pada tanah lapang tersebut.” 
Nas-nas yang diperjelaskan di atas dapat memberikan gambaran bahawa jika al-'Arasy dan al-Kursi yang sebegitu besar dan teramat luas kejadiannya pun dipikul/ditanggung oleh malaikat tanpa merasa berat, letih, penat dan jemu dengan perintah Allah, maka sudah semestinya para malaikat yang diamanahkan Allah untuk memikulnya pun adalah jauh lebih besar ukuran saiznya yang tidak dapat diketahui, dibayangkan dan difikirkan sama sekali oleh tahap pemikiran manusia.  
Terdapat di dalam Hadis yang menjelaskan kadar ukuran besarnya malaikat pemikul 'Arasy :
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 
أُذِنَ لِي أَنْ أُحَدِّثَ عَنْ مَلَكٍ مِنْ مَلاَئِكَةِ اللهِ مِنْ حَمَلَةِ الْعَرْشِ إِنَّ مَا بَيْنَ شَحْمَةِ أُذُنِهِ إِلَى عَاتِقِهِ مَسِيْرَةُ سَبْعِ مِائَةِ عَامٍ
                         Maksudnya : 
“Telah diizinkan bagiku untuk bercerita tentang sosok malaikat dari Malaikat-malaikat Allah Azza wa Jalla yang bertugas sebagai pemikul ‘Arsy, bahwa jarak antara daun telinganya sampai ke bahunya adalah sejauh perjalanan 700 tahun.” 

Mungkin akan terbit pertanyaan di hati mengapa Allah menjadikan Malaikat Jibril AS Penghulu ke semua malaikat yang berada di langit dan bumi itu lebih kecil berbanding  ukuran saiz Malaikat Israfil dan 8 orang malaikat yang memikul al-'Arasy. Dalam hal ini perlu difahami bahawa darjat dan martabat kemuliaan seseorang hamba Allah itu adalah milik Allah. Dia Maha Mengetahui setiap diri hamba-hambaNya walaupun sebesar zarrah. Justeru Allah memartabatkan kemuliaan Malikat Jibril AS sebagai Penghulu para malaikat kerana hanya Dia sahaja Yang  Maha Mengetahui bahawa ketaqwaan,  keilmuan dan segala rahsia kemuliaan yang terdapat  pada diri Malaikat Jibril AS mengatasi setiap diri malaikat yang berada di langit dan bumi.

Hal keadaannya samalah seperti darjat kemuliaan yang dikurniakan Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang Rasul yang dimulia dan dimartabatkan kedudukannya di sisi Allah sebagai Penghulu sekalian Nabi yang dibangkitkan, manusia dan jin yang berada di bumi dan menjadi rahmat kepada sekalian alam.

Peringkat Tiupan SANGKAKALA
Ada pendapat yang mengatakan tiupan SANGKAKALA adalah dua kali. Terdapat juga hadis menjelaskan yang bermaksud : 

"Aku (Abu Hurairah) berkata; "Wahai Rasulullah, apakah sangkakala itu?", Baginda menjawab, "Tanduk". Aku bertanya lagi, "Bagaimanakah bentuknya?", Baginda menjawab, "Sangat besar".

Kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Demi zat (Allah) yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya garis tengah sangkakala itu seluas langit dan bumi, yang akan ditiup dengan 3 kali tiupan. Yang pertama tiupan mengejutkan, yang kedua tiupan mematikan dan yang ketiga tiupan kebangkitan untuk menghadap Tuhan semesta alam."

Namun berdasarkan hadis tersebut para ulama tersohor merumuskan tiupan sangkakala adalah tiga kali yang terbahagi kepada beberapa fasa utama iaitu:

  • Tiupan Pertama (Nafkhat al-Faza' نفخة الفزع / Keterkejutan): Tiupan yang mengejutkan dan menggegarkan seluruh makhluk di langit (para malaikat) dan di bumi sehingga mereka merasa amat gerun dan ketakutan. 
  • Tiupan Kedua (Nafkhat al-Sa'iq نَفْخَةُ الصَّاعِقْ/ Kematian): Tiupan yang mematikan, menyebabkan semua makhluk yang berada di langit (para malaikat) dan di bumi mati seketika, melainkan sesiapa yang dikecualikan oleh Allah SWT. 
  • Tiupan Ketiga (Nafkhat al-Ba'ath نفخة البعث  / Kebangkitan):  Malaikat Israfil meniupkan semula sangkakala  atas perintah Allah SWT, menjadikan kesemua roh yang berada di Alam Barzakh dipertemukan semula dengan jasad ‘Ajb al-Zanab# di dalam kubur atau di mana juga mereka berada untuk bangkit hidup semula dengan serta merta dalam keadaan yang dijanjikan Allah dan diiringi munuju ke Padang Mahsyar untuk dihisab/diadili dan akhirnya menerima pembalasan Allah sama ada dikurniakan kenikmatan dan kebahagian berkekalan di dalam syurga atau dilaknat menerima azab seksa di dalam neraka.

[# ‘Ajb al-Zanab عَجْبُ الذَّنَبِ- Sebahagian tulang halus di penghujug tulang belakang manusia atau dikenali juga sebagai tulang ekor atau tulang tongkeng. Tulang ini sangat halus dan tidak hancur binasa dimakan bumi. Rasulullah s.a.w menjelaskan daripadanya manusia diciptakan dan daripadanya juga manusia akan disusun kembali (dibangkitkan) pada hari kiamat kelak.]


Dalam hal ini terdapat beberapa ayat al-Quran yang memperjelaskan hal tiupan SANGKAKALA. Antaranya menyebut:  

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الأرْضِ إِلا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ 

              Maksudnya :

i." Dan ditiuplah sangkakala الصور, maka matilah yang di langit  ( malaikat) dan di bumi kecuali siapa yang dikehandaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi , maka tiba-tiba mereka (hidup) berdiri menunggu ( putusannya masing-masing)."

         [ Surah سورة الزمر AZ-Zumar : 68 ]

يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ (6) تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ (7) قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ (8) أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ (9) يَقُولُونَ أَإِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ (10) أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا نَخِرَةً (11) قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ (12) فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ (13) فَإِذَا هُمْ بِالسَّاهِرَةِ (14)

             aksudsnya :

ii." ( Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama mengoncangkan alam, (6)

tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua. (7)

Hati manusia pada waktu itu sangat ketakutan, (8)

pandangannya tunduk. (9)

(Orang-orang kafir) berkata: 'Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang semula? (10)

Apakah (akan dibangkitakan juga) apabila kami telah menjadi 

tulang belulang yang hancur lumat?' (11)

Mereka berkata: 'Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan'. (12)

Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah dengan satu kali tiupan sahaja, (13)

maka dengan serta merta hidup kembali di permukaan bumi." (14)

           [ Surah سورة النازعات  An-Naazi'aat : 6-14 ]

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الأجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ (51) قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ (52) إِنْ كَانَتْ إِلا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ (53) فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (54) 

    Maksudnya : 

iii." Dan ditiuplah sangkakala الصور , maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. (51)

Mereka berkata : 'Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?'. Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasulNya. (52)

Tidak adalah teriakan itu selain sekali teriakan sahaja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami. (53)

Maka pada hari itu setiap orang tidak akan dirugikan sedikit pun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan."(54)

            [ Surah سورۃ یس Yaa Siin : 51-54]

وَيَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الأرْضِ إِلا مَنْ شَاءَ اللَّهُ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ

                 Maksudnya :

iv." Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala الصور,maka terkejutlah segala yang berada di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang 'mengadap-Nya' dengan merendah diri."

              [ Surah  سورة النّمل  An-Naml : 87 ]

  فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8) فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10)

           Maksudnya :

v. Apabila ditiup sangkakala, (8)

maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang amat sulit/sukar, (9)

bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah. (10)

          [Surah سورة ٱلْمُدَّثِّر  Al-Muddarstsir : 08-10 ]

                 Hanya ilustrasi imaginasi pelukis sebagai hiasan sahaja

Peringatan Allah juga memberi gambaran bahawa bunyi tiupan SANGKAKALA  adalah bermulanya Hari Kiamat yang dijanjikan yang memberi impak kebinasaan total yang amat menggerunkan dan teramat dahsyat kepada seluruh alam di langit dan bumi sebagaimana yang Firman-Nya dalam al-Quran yang antaranya menyebut:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ (1) يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ (2)

          Maksudnya :

i."Hai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar lagi amat dahsyat. (1)

(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusu anaknya dari anak yang disusukannya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan 'mabuk', pada hal sebenarnya mereka tidak 'mabuk', akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya."(2)

            [ Surah سورة الحج  Al-Hajj : 01-02 ]

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ (13) وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً (14) فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ (15) وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ (16) وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ (17) يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ (18)

           Maksudnya :

ii." Maka apabila sangkakala ditiup dengan sekali tiup,(13)

dan diangkatlah bumi dan gunung-ganang lalu dibenturkan (berlanggaran) keduanya dengan sekali bentur (hentakan).(14)

Maka pada hari itu terjadilah Hari Kiamat, (15)

dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. (16)

Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan (8) orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. (17)

Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi ( bagi Allah). (18)

             [ Surah سورة الحاقة Al-Haaqqah : 13-18 ]

إِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ (1) وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انْتَثَرَتْ (2) وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ (3) وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ (4) عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ (5) يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ (6) الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ (7) فِي أَيِّ صُورَةٍ مَا شَاءَ رَكَّبَكَ (8) كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ (9)

       Maksudnya :

iii." Apabila langit terbelah, (1)

dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, (2)

dan apabila lautan dijadikan meluap, (3)

dan apabila kuburan-kuburan terbongkar, (4) 

maka tiap-tiap yang hidup bernyawa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. (5)

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (6)

Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan ( struktur tubuh) mu seimbang,(7)

dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun struktur dan bentuk tubuhmu. (8)

Bukan hanya durhaka sahaja, bahkan kamu mendustakan Hari Pembalasan." (9)

            [ Surah سورة الإنفطار Al-Infithaar : 01-09 ]

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (1) وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ (2) وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ (3) وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ (4) وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ (5) وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ (6) وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ (7)

            Maksudnya :

iv." Apabila matahari digulung, (1)

dan apabila bintang-bintang berjatuhan, (2)

dan apabila gunung-ganang dihancurkan, (3)

dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedulikan), (4) 

dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, (5)

dan apabila lautan dijadikan meluap, (6)

dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan jasad)." (7)

            [ Surah سورة التكوير At-Takwiir : 01-07 ]

فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ (33) يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ (34) وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ (35) وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ (36) لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ (37) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ (38) ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ (39) وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ (40) تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ (41) أُولَئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ (42)

          Maksudnya :

v."Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua ), (33)

pada hari itu manusia lari dari saudara-maranya, (34)

dari ibu dan bapanya, (35)

dari isteri dan anak-anaknya. (36)

setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. (37)

Banyak wajah muka pada hari itu berseri-seri, (38)

tertawa dan gembira, (39)

dan banyak (pula) muka  pada hari itu tertutup debu, (40)

dan ditutup lagi oleh kegelapan. (41)

Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka." (42)

          [ Surah سورة عبس 'Abasa : 33-42 ]

الْقَارِعَةُ (1) مَا الْقَارِعَةُ (2) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ (3) يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ (4) وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ (5)

            Maksudnya :

vi." Hari Kiamat, (1)

apakah Hari Kiamat itu? (2)

Tahukah kamu apakah Hari Kiamat itu? (3)

Pada hari titu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran, (4)

dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan." (5)

         [ Surah  سورة القارعة Al-Qaari'ah : 1-5 ]

Dalam hal ini terdapat sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang memberikan gambaran :

"Demi Allah, kiamat akan berlaku (ketika sangkakala ditiup) sedangkan dua orang lelaki sedang membentangkan pakaian untuk berjual beli, namun mereka tidak sempat berjual beli dan tidak sempat melipatnya semula. Dan demi Allah, kiamat akan berlaku ketika seorang lelaki pulang membawa susu perahannya, namun dia tidak sempat meminumnya. Dan demi Allah, kiamat akan berlaku ketika seseorang sedang memperbaiki kolam airnya, namun dia tidak sempat memberi minum ternakannya. Dan demi Allah, kiamat akan berlaku ketika seseorang sedang mengangkat suapan makanan ke mulutnya, namun dia tidak sempat memakannya."[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jarak Masa Tiupan SANGKAKALA Pertama dan Kedua 

Di dalam al-Quran tidak menjelaskan secara spesifik jarak masa tiupan SANGKAKALA yang pertama dan seterusnya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w pula terdapat penjelasan sebagaimana berkut: 

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: 

«مَا بَيْنَ النَّفْخَتَيْنِ أَرْبَعُونَ» قَالَ: أَرْبَعُونَ يَوْمًا؟ قَالَ: أَبَيْتُ، قَالَ: أَرْبَعُونَ شَهْرًا؟ قَالَ: أَبَيْتُ، قَالَ: أَرْبَعُونَ سَنَةً؟ قَالَ: أَبَيْتُ، قَالَ: «ثُمَّ يُنْزِلُ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيَنْبُتُونَ كَمَا يَنْبُتُ الْبَقْلُ، لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلاَّ يَبْلَى، إِلاَّ عَظْمًا وَاحِدًا وَهْوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الْخَلْقُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»
  Maksudnya: 
“Antara dua tiupan (sangkakala) adalah empat puluh.” Para sahabat bertanya: “Adakah 40 hari?” Abu Hurairah menjawab: “Aku enggan menjawab (kerana tidak tahu).” Mereka bertanya lagi: “Adakah 40 bulan?” Beliau menjawab: “Aku enggan menjawab.” Mereka bertanya lagi: “Adakah 40 tahun?” Beliau menjawab: “Aku enggan menjawab.”
(Abu Hurairah menyambung): “Kemudian Allah menurunkan air hujan dari langit, lalu jasad-jasad manusia tumbuh (hidup semula) seumpama tumbuhnya sayur-sayuran. Tiada satu pun bahagian jasad manusia melainkan semuanya akan reput, kecuali satu tulang iaitu tulang tongkeng (tulang ekor). Daripada tulang itulah jasad manusia akan disusun dan dibangkitkan semula pada hari kiamat.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Berdasaran hadis ini para ulamak tafsir bersepakat dan memutuskan bahawa jarak masa  tiupan SANGKAKALA yang pertama dan yang kedua/ketiga ialah 40 tahun.

[ Lihat : MASA dan TEMPAT MAKHLUK ALLAH]

                       Hanya ilustrtasi imaginasi pelukis sahaja 

 Bagaimanakah Hal Keadaan Malaikat Israfil Sekarang ?

Sesungguhnya MASA itu adalah makhluk milik Allah yang mempunyai tafsiran yang subjektif tertakluk kepada kehendak Allah. Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan satu tempoh MASA itu terlalu pantas, lebih pantas dari kerdipan mata atau gerak lintasan di hati. Atau Dia boleh juga menjadikan sesuatu tempoh MASA yang dikatakan 'hampir' itu mengambil satu tempoh waktu yang terlalu lama seperti 100, 1000 atau beribu-ribu tahun lamanya pada kiraan biasa. Firman Allah dalam al-Quran surah سورة القمر  Al-Qamar ayat 1-2  ada memberikan sedikit petunjuk: 

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ (1) وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ (2)

                  Maksudnya : 

"Telah dekat (datangnya) saat itu ( Hari Kiamat) dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: ' ( Ini adalah) sihir yang terus menerus'." 

Dalam konteks masa tiupan SANGKAKALA ini Rasulullah s.a.w  memperjelaskan yang bermaksud :

" - Daripada Abu Sa'di al-Khudri, semoga Tuhan meredainya, yang berkata: Rasulullah s.a.w berkata: "Bagaimana aku boleh tenang sedangkan orang yang memegang sangkakala telah meletakkannya di bibirnya, dan sedang mendengar untuk meminta izin untuk meniupnya apabila diperintahkan?" Ini seolah-olah membebankan para Sahabat Rasulullah s.a.w, jadi baginda berkata kepada mereka, "Katakanlah: 'Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung'. 
Daripada Abu Sa’di al-Khudri, semoga Tuhan meredainya, yang berkata: Rasulullah, semoga doa dan kesejahteraan dilimpahkan kepadanya, berkata: “Bagaimana aku boleh tenang sedangkan orang yang memegang sangkakala telah meletakkannya di bibirnya, dan sedang mendengar untuk meminta izin untuk meniupnya? Setiap kali dia diperintahkan untuk meniupnya, dia akan meniupnya.” Ini seolah-olah membebankan para Sahabat Rasulullah, semoga doa dan kesejahteraan dilimpahkan kepadanya, lalu dia berkata kepada mereka, “Katakanlah: Allah mencukupi untuk kami, dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung.” [Diriwayatkan oleh al-Tirmizi]

Berdasarkan hadis ini dapatlah dirumuskan bahawa hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui bilakah tiupan SANGKAKALA Hari Kiamat itu akan berlaku. Setiap hamba Allah yang beriman dikehendaki membuat persediaan yang mencukupi untuk bekalan hidup di akhirat yang berkekalan selama-lamanya tanpa noktah. Yang pasti dan boleh dijangka bahawa 'Kiamat Kecil' iaitu maut adalah terlalu hampir bagi setiap diri manusia berdasarkan petunjuk-petunjuk tertentu seperti usia, sakit, kemalangan atau bencana di luar jangka yang boleh berlaku pada bila-bila masa yang tidak sesekali diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah SWT. 

Dikatakan 'Kiamat Kecil' kerana apa yang berlaku ketika berhadapan dengan sakaratulmaut dan apabila roh sudah berada di halkum dan pintu taubat sudah ditutup dan ketika berada di dalam kubur Alam Barzakah yang tidak dapat diketahui oleh manusia dan jin. Segala peringatan yang terkandung dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w mengenai hal ini adalah benar-benar berlaku dan akan dihadapi oleh setiap 'si mati'.  

Untuk memahami segala aspek mengenai SANGKAKALA ini adalah bermanfaat juga jika membuat rujukan terhadap nama-nama Allah yang amat indah lagi mulia yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna  (اَسْمَاءُ اللهِ الْحُسْنَى)yang ada kaitan dengan berlakunya Hari Kiamat dan  Qudrat( Kuasa) Allah yang Qadim seperti :

i. Al-Khalik : الخالق

Yang Mengadakan segala barang yang ada daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan Qadrat-Nya, dan sesungguhnya Ia mentakdirkan tiap-tiap satu daripadanya itu dengan sukatan yang tertentu dengan Kehendak-Nya menurut Hikmat-Nya “atau” yang mentakdirkan bagi segala sesuatu.

ii. Al-Mua'id : المعيد

Yang Mengadakan Kesudahan sesuatu.

iii. Al-Baiths:  الباعث

Yang Membangkitkan Rasul-rasul  dan Yang Membangkitkan orang-orang yang mati hidup semula daripada kubur dan membangkitkan segala hemat-hemat cita-cita mulia kepada perkara-perkara yang tinggi.

iv. Al-Muhyi dan v. Al-Mumid :  المحيي. المميت

Yang Menghidupkan makhluk dengan mengadakan roh-roh dan mematikan dengan mencabutkannya.

vi. Al-Jamik :الجامع

Yang Menghimpunkan segala juzuk makhluk Allah kemudian daripada bercerai-berainya (berselerakkan) pada ketika bangkit hidup semula.

                                  Hanya ilustrasi imaginasi pelukis sahaja 

Nukilan yang dipaparkan di dalam artikel ini hanya satu perspektif sepintas lalu secara umum sahaja yang tidak mungkin dapat memberikan jawapan terhadap persolan salah satu aspek Hari Akhirat yang amat luas yang sukar diberikan jawapan yang tepat lagi menyeluruh. Namun mudah-mudahan paparan ini sekurang-kurangya dapat menyumbang sedikit maklumat yang boleh dijadikan panduan untuk dikongsi dan dibincangkan bersama dengan sesiapa juga yang bertanyakannya.

Akhir sekali kita fikir dan renungkan seketika Firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran surah سورة النسآء An-Nisaa' ayat 136 berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلى رَسُولِهِ وَالْكِتابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالاً بَعِيداً 

                  Maksudnya :

" Wahai orang-oang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan Hari Kemudian (Akhirat), maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."

              

Wallahu'alam.

****************************************************************

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ (34) يَا بَنِي آدَمَ إِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي فَمَنِ اتَّقَى وَأَصْلَحَ فَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (35) 

            Maksudnya :

" Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya. (34)

Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu Rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat Ku, maka barangsiapa yang bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."(35)

           [ Al-Quran surah سورة الأعراف Al-A'raaf: 34-35 ]

     ******************************************************

وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِي الْمُنَادِ مِنْ مَكَانٍ قَرِيبٍ (41) يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ (42) إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ (43) يَوْمَ تَشَقَّقُ الأرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ذَلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ (44) نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِجَبَّارٍ فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَنْ يَخَافُ وَعِيدِ (45)

            Maksudnya :

" Dan dengrkanlah (seruan) pada hari penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat.(41)

(Iaitu) pada hari mereka mendengar terikan dengn sebenar-benarnya itulah hari keluar (dari kubur). (42)

Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada Kami-lah juga tempat kembali (semua makhluk). (43)

(Iaitu) pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka ( lalu mereka keluar) dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami. (44)

Kami telah mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan kamu bukanlah sesekali seorang pemaksa terhadap mereka. Maka beri peringatkanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancaman Ku." (45)

              [ Al-Quran surah سورة ق  Qaaf : 41-45 ] 





          


















          




















         











SURAT KHALIFAH ALI BIN ABI THALIB R.A. KEPADA GABENUR MESIR

                                  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  ...