Halaman

Selasa, 29 Mei 2012

Tipu Daya Syaitan Iblis [Bhg. 2]

                     [Sambungan : Tipu Daya Syiatan Iblis (Bhg 1) ]

                                                  

                     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ              

   الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا   محمد وعلى آله 
              وصحبه أجمعين
 "Wahai manusia,.....Berwaspadalah terhadap syiatan dan keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil...." 
 [Sebahagian daripada maksud, " Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w. pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah  di Lembah Uranah, Gunung Arafah]
                       ************************************************* 
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ
فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ(16)  
فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا ۚ
وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ(17)
     Maksudnya :
 "[Pujukan] orang-orang munafik itu adalah seperti [pujukan syiatan] ketika dia berkata kepada manusia : 'Kafirlah kamu'. Maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata : 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam.'  
Maka adalah kesudahan keduanya, bahawa sesungguhnya kedua-duanya [masuk] ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim."
                                  [  al-Quran surah Al-Hasyr : 16-17]

***********************************************
             اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Peringatan dan amaran Allah Subanahuwataala kepada anak cucu Adam iaitu umat manusia di dalam al-Quran amat jelas supaya sentiasa menjauhkan dan berjaga  diri daripada tipu daya syiatan seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-A'raaf ayat 27-28 :

يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (27
وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّهَ لا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ (28
                     Maksudnya :
" Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syiatan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu [Nabi Adam a.s. dan Hawa] dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syiatan-syiatan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman." 
Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: " Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya."  Katakanlah : "Sesungguhnya Allah TIDAK menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji."  Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui?." 
 Dalam surah Yaa Siin ayat 60-62 manusia diperingatkan supaya jangan sekali-kali menyemabh syaitan seperti yang dimaksudkan:
         أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يبَنِى ءَادَمَ أَن لاَّ تَعْبُدُواْ الشَّيطَـنَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ. (60
(61) وَأَنِ اعْبُدُونِى هَـذَا صِرَطٌ مُّسْتَقِيمٌ
 وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلاًّ كَثِيراً أَفَلَمْ تَكُونُواْ تَعْقِلُونَ.(62

                     Maksudnya :
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada mu hai Bani Adam supaya tidak menyembah syiatan? Sesungguhnya syiatan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu,  
dan hendaklah kamu menyembah (beribadat) Ku. Inilah jalan yang lurus.  
Sesungguhnya syiatan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?"
Sesungguhnya permusuhan syiatan Iblis laknatullah adalah berterusan sehingga Hari Kiamat dunia seperti yang diperjelaskan di dalam ayat-ayat al-Quran sebelum ini. Mereka akan melakukan apa jua cara untuk merosak dan menyesatkan manusia.  Di dalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang bermaksud :
" Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Iblis menzahirkan dirinya bagi [Nabi Allah] Yahya bin Zakaria Alaihisalam, maka ia melihat di atasnya itu ada penyangkut-penyangkut daripada tiap-tiap suatu. 
Maka katanya kepada Iblis : Apa dia penyangkut-penyangkut ini?.
Jawab Iblis : Inilah segala keinginan nafsu yang aku dapat mengenakannya akan anak Adam. 
Kata Yahya : Adakah padanya itu daripada sesuatu?.
Kata Iblis : Barangkali sekiranya engkau kenyang maka kami memberatkan engkau daripada sembahyang dan daripada menyebutkan Allah.
Berkata Yahya : Adakah lain daripada yang demikian itu?. 
Jawab iblis : Tidak.
Maka berkata Yahya : Demi Allah di atasku, bahawa tidak aku memenuhi perutku daripada makanan sama sekali selama-lamanya. 
Maka kata Iblis : Demi Allah di atasku bahawa tiada aku memberi nasihat seseorang Muslim sama sekali selama-lamanya."
 Hadis yang lain pula ada menyebut yang bererti :
"Dan diriwayatkan bahawasanya Iblis yang dilaknat Allah menzahirkan diri bagi Isa bin Maryam Alaihisalam lalu berkata kepadanya : Katakanlah olehmu Laillaha Ilallah. 
Kata Isa kepadanya : Itu adalah kalimah hak dan tiada aku menuturkannya dengan sebab perkataan engkau."
Pada setiap diri manusia itu mempunyai kembaran syiatan yang menerbitkan lintasan-lintasan hati supaya melakukan kejahatan dan kembaran malaikat yang menerbitkan lintasan-lintasan hati supaya melakukan kebaikan.  Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut yang bermaksud :
1. "Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Tiada daripada seseorang engkau sekalian itu melainkan ada baginya syiatan.Kata mereka: Dan engkau juga wahai Rasulullah?. Ia bersabda : 'Dan aku juga melainkan bahawasanya Allah menolongi aku ke atasnya maka ia [syiatan] jadi Muslim, ia tiada menyuruh melainkan dengan kebajikan."
2.  "Dan sesungguhnya sabda Nabi Muhammad s.a.w. :  Di dalam hati itu ada DUA  lintasan iaitu satu lintasan daripada malaikat menyuruh dan menjanjikan dengan kebajikan dan membenarkan dengan perkara yang hak.  Maka barangsiapa dapati akan yang demikian itu maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah Subahanahu wa Taala dan hendaklah ia memuji Allah.  
Dan satu lintasan daripada seteru (syiatan) menyuruh dan menjanjikan dengan kejahatan dan mendustakan dengan perkara yang hak dan menegahkan daripada yang berkebajikan. Maka barangsiapa dapati akan yang demikian itu hendaklah ia minta peliharaan dengan pertolongan Allah daripada syiatan yang kena laknat itu.  Kemudian ia membaca Firman-Nya yang bermaksud: Bermula syiatan itu menjanjikan dan menakutkan kamu kepapaan dan menyuruh kamu memperbuat segala kejahatan."
Mampukah kita mengenali, memahami dan membezakan di antara bisikan atau lintasan-lintasan hati yang terbit daripada malaikat dan syaitan?  Hanya mereka yang  mempunyai keluasan keilmuan yang hak, bertaqwa dan mendapat petunjuk Allah sahaja dapat memahami dan membezakannya. Sebagaimana yang dijelaskan syaitan langsung tidak dapat menipu atau menggoda para Nabi dan Rasul dan apa tah lagi membisikkan sebarang lintasan di hati mereka kerana Allah membantu dengan mengislamkan kembaran syaitan mereka yang hanya menerbitkan lintasan-lintasan kebaikan dan kebajikan sahaja sama seperti kembaran malaikat.

Dalam satu Hadis yang lain pula ada menerangkan hal syaitan seperti yang bermaksud :
"Kata Abu Hurairah : Berjumpa syaitan [kembaran] orang mukmin dan syaitan [kembaran] orang kafir, maka tiba-tiba syaitan [kembaran]orang kafir itu berminyak rambut, gemuk, berpakaian, dan syaitan [kembaran] orang mukmin itu pula kurus berkusutan dan berdebu rambut dan tiada berpakaian.  Maka berkata syaitan [kembaran] orang kafir kepada syaitan [kembaran] orang mukmin : Kenapakah engkau kurus? Jawabnya : Aku berserta seorang lelaki apabila ia makan ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku lapar, dan apabila dia minum menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku dahaga. Apabila dia memakai pakaian ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku tiada berpakaian dan apabila dia berminyak rambut ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku berkusutan rambut.  
Maka berkata pula syaitan [ orang kafir] : Tetapi aku berserta lelaki yang tiada berbuat sesuatu apa pun daripada yang demikian itu, maka aku menyertainya pada makananya, minumannya dan pakaiannya."
Daripada satu Hadis Rasulullah s.a.w. yang lain pula diperjelaskan usaha dan cara syaitan merosak dan memperdayakan manusia seperti yang bermaksud : 
  " Dan kata Wahib bin al-Warid, telah sampai kepada kami bahawasanya Iblis menzahirkan diri bagi Yahya bin Zakaria Alaihisalam dan ia berkata : Bahawasanya aku hendak memberi nasihat kepada engkau.  Kata [Yahya]: Tidak ada hajat bagiku pada nasihat engkau, tetapi kau khabarkanlah kepada aku daripada hal anak Adam.  Iblis berkata:  [anak Adam atau manusia] pada sisi kami ada tiga [3] bahagian.  Satu [1] bahagian daripada mereka ialah yang lebih-lebih kuat daripada segala bahagian ke atas kami.  Kami berhadap ke atas seorang daripada mereka hingga kami memfitnahkan dia dan kami dapat mengerasi daripadanya. Maka ia bersegera beristigfar dan bertaubat [kepada Allah] maka rosak di atas kami tiap-tiap suatu yang telah kami perolehi daripadanya. Kemudian kami kembali balik ke atasnya [memfitnahkannya], tetapi dia kembali seperti itu [bertaubat] . Maka tiada kami berputus harap daripadanya, tetapi dalam begitu tiada kami mendapati daripadanya akan hajat kami. Maka daripadanya kami mendapat penat dan susah sahaja.
Adapun bahagian yang kedua [2] mereka berada pada tangan-tangan kami dengan menepati seperti bola pada tangan anak-anak mereka.  Kami membalik-balikkan mereka barang apa sahaja yang kami kehendaki, sesungguhnya memadai mereka mencukupi akan diri mereka. 
Adapun bahagian yang ketiga [3] pula mereka seumpama engkau terpelihara mereka dan tiada terdaya kami daripada mereka di atas sesuatu apa pun."
Berpandukankan Hadis-hadis ini banyak pengajaran yang dapat difahami akan hal karenah syaitan terhadap manusia yang tidak pernah mengenal jemu atau penat atau berputus asa untuk menggoda dan memperdayakan manusia supaya mengingkari perintah Allah semasa hidup di dunia.  Umat manusia yang paling mudah dipermainkan syiatan ialah seperti golongan kedua [2] yang syaitan mengibaratkan mereka seperti bola permainan kanak-kanak yang menurut sahaja apa juga kemahuan syiatan.

Golongan manusia seperti inilah yang paling ramai di dunia ini yang menjadi alat syaitan berseronok-seronok dan akhirnya masuk neraka bersamanya.  Orang mukmin yang jahil, cuai dan tidak mengambil berat untuk memperdalami dan beristiqamah melakukan amal ibadat berteraskan ilmu agma Islam yang hak juga akan termasuk bersama golongan manusia yang mudah dipermainkan syaitan.

[ Lihat : Tingkatan Otak Manusia dan Akhlak Mukmin].


Di samping itu dapat difahami juga bahawa syaitan kembaran setiap diri manusia akan turut bersama-sama makan, minum, berpakaian dan berminyak rambut sekiranya seseorang itu tidak beriman dan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut tidak menyebut nama Allah. Maka menjadi gemuk sihat walafiat syaitan-syaitan kembaran manusia yang tidak beriman dan tidak menyebut nama Allah ketika melakukan perbuatan mereka bahkan hingga beristeri pun syiatan turut bercampur sama jika tidak membaca nama Allah.


Syiatan sangat bermusuh kepada al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. kerana jika seseorang itu beriman, bertaqwa dan menjadi mukmin yang salih maka syaitan kembarannya terpaksa hidup dalam kesusahan tidak berpeluang makan, minum, berpakaian dan beristeri bersama seperti yang dimaksudkan dalam satu Hadis:

"Dan kata Ayub bin Yunus bin Yazid, telah sampai perkhabaran Hadis kepada kami bahawasanya diperanakkan berserta anak-anak manusia itu daripada anak-anak jin kemudian mereka hidup bersama-sama mereka."
Seramai manakah jumlah syaitan itu?  Hadis Rasulullah s.a.w.  ada menyebut yang bermaksud:
" Dan sesungguhnya kata Abu Umammah al-Bahili sabda Rasulullah s.a.w.:  Diwakilkan bagi seorang mukmin itu seratus enam puluh [ 160 ]orang malaikat , mereka menolakkan daripadanya barang yang tiada berupaya ia ke atasnya [menolakkannya] yang setengah daripada yang demikian itu untuk pemandangan mata ialah tujuh [7] orang yang menolakkan daripadanya sebagaimana menolakkan lalat-lalat dari  pinggan bekasan madu pada hari musim panas.  
Jikalau sekiranya terzahir bagi kamu sekalian nescaya kamu melihatnya 'syaitan itu' di atas tiap-tiap tanah rata dan bukit semua membentangkan tangannya membukakan mulutnya.  Sekiranya diwakilkan seorang hamba itu kepada menjaga dirinya sendiri dengan sekerlipan mata sahaja nescaya menyambarinya oleh syaitan-syaitan."
Hadis ini dengan jelas mengkhabarkan betapa ramainya makhluk syaitan berada di dunia ini mengelilingi hidup setiap diri manusia dan hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk menganggu atau merosakkan manusia dengan izin Allah. Hinggakan pada saat hendak melakukan ibadat seperti sembahyang, puasa, haji, jihad dan lain-lain lagi syiatan akan mengganggu dengan berbagai cara untuk menggagalkan atau merosakkan ibadat-ibadat yang dilakukan.


Namun dengan pertolongan rahmat dan kemurahanNya, Allah mengutuskan 160 orang Malaikat Rahmat untuk memberi perlindungan dan mendo'akan kesejahteraan  orang-orang mukmin.  Adalah mustahil sama sekali manusia dapat mengatasi atau dibiarkan bersendirian tanpa pertolongan Allah berhadapan dengan syaitan-syaitan ini.  Jika berlaku demikian, besar kemungkinan dengan sekadar sekerlipan pemandangan mata sahaja dia disambar syaitan.  Oleh itu nyata salahnya jika ada orang yang mendakwa kononnya dia mampu bersandar dengan kekuatan dirinya sendiri dan jauh sekali dia dapat menolak bahaya kemudaratan syaitan itu tanpa pertolongan Allah.


Terdapat dua kandungan Hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan lagi betapa jahat dan mudaratnya syaitan terhadap manusia seperti yang bermaksud :

1.  "Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. :  Sesungguhnya datang kepada aku syaitan, maka ia menarikkan akan daku kemudian dia menarikkan akan daku.  Maka aku ambil dengan memegang tengkuknya.  Demi yang membangkitkan akan daku menjadi Rasul dengan sebenarnya, tiada aku melepaskannya hingga aku dapati kesejukan air lidahnya ke atas tangan aku.  Jikalau sekiranya tidak ada perdoa'an saudaraku Sulaiman Alaihisalam nescaya akau berpagi-pagi terlantar di dalam masjid."
 2.   "Dan daripada Abdul Rahman bin Abi Laili katanya: Adalah syaitan datang kepada Nabi Muhammad s.a.w., pada tangannya ada sepotong nyalaan daripada api.  Ia berdiri di hadapannya ketika ia sedang sembahyang.  Maka ia [Rasulullah ] membaca dan berta'uz membaca "A'uzubillahi Minasyiatanirrajim" tetapi dia tidak pergi.  Lalu datang kepadanya Jibrael Alaihisalam dan berkata kapadanya : Katakan olehmu :  
 أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَاْ يُجَاوِزُهَنَّ
بِرٌّ وَلَاْ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ الأَرْضِ وَمَا
يَخْرُجُ  مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ
فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ
اللَّيْلِ  وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَن 
                  Maksudnya
"Aku meminta peliharakan [perlindungan] dengan segala kalimah yang sempurna yang tiada melampaui oleh orang yang baik dan tiada melampaui oleh orang jahat daripada kejahatan barang apa yang masuk pada bumi dan barang apa  yang keluar daripadanya, dan barang apa yang turun daripada langit dan barang apa yang naik kepadanya, dan daripada segala fitnah malam dan siang, dan daripada segala yang datang malam dan siang melainkan yang datang mendatangkan dengan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah"
Apabila ia [Rasulullah s.a.w. ] mengatakan yang demikian itu maka padam sepotongan nyalaan api itu jatuh ke atas mukanya [syaitan]."
Sama-sama kita manfaatkan dan fahami hikmah pengajaran kedua-dua Hadis ini.  Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum, Penghulu sekalian Nabi, Rasul, manusia dan jin dan sentiasa terpelihara daripada sebarang gangguan syaitan pun masih dicuba syaitan untuk mengganggu dan merosakkannya, betapa pula manusia lain yang tidak maksum dan langsung tidak mengenali dan terdedah seluas-luasnya kepada syaitan?  
Perlu difahami juga ketika Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan gangguan syaitan, Malaikat Jibrael AS berada berhampiran dengannya tetapi Rasulullah s.a.w. tidak meminta sebarang pertolongan daripadanya.


Malaikat Jibrael AS adalah Penghulu sekalain malaikat yang berada di langit dan bumi dijadikan Allah mempunyai diri sebegitu besar, paling bertaqwa, amat bijaksana dan mempunyai lautan ilmu mengalahkan semua makhluk Allah. Dia dikurniakan kekuatan luar biasa yang dengan mudah boleh mengatasi dan membinasakan syaitan itu juga tidak melakukan apa-apa tindakan, sebaliknya dia hanya mengajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya berdo'a kepada Allah agar syaitan tersebut pergi segera.  

Peristiwa ini adalah satu pengajaran yang sewajarnya dapat difahami bahawa kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah dan berdo'a kepada Allah SWT untuk meminta rahmat pertolongan-Nya supaya dijauhkan daripada segala gangguan dan kejahatan syaitan, jin, manusia dan kesusahan-kesusahan lain.


[**Makluman : Amalkanlah berdo'a dengan kalimah-kalimah do'a seperti yang terkandung di atas ketika berzikir dan wirid selepas mendirikan solat lima waktu khususnya apabila berhadapan dengan sa'at-sa'at kritikal yang dirasakan diganggu oleh jin syaitan]


Hadis ini juga memperingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan sekali-kali meminta pertolongan atau bantuan daripada jin, syaitan dan makhluk-makhluk lain lebih-lebih lagi daripada kayu, batu, api, bulan, matahari dan lain-lain.  Hendaklah sentisa diingati dan fahami bahawa semua makhluk Allah seperti syaitan, jin, malaikat, manusia dan makhluk-makhluk lain mempunyai kelemahan dalam lima [5] perkara iaitu :


1.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kemanfaatan

2.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kemudaratan
3.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kematian
4.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kehidupan
5.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kebangiktan hidup semula kemudian daripada mati.

Daripada sini dapatlah difahami bahawa Malaikat Jibrael AS yang memiliki lima [5] kelemahan tersebut tidak diwahyukan bertindak terhadap syaitan tersebut untuk menolong Nabi Muhammad s.a.w. melainkan mengajarkan supaya berdo'a kepada Allah yang menjadikan, menguasai dan memiliki sekalian makhluk-Nya. Maha Suci Allah yang tidak memiliki sebarang kelemahan dan kekurangan.


Dalam al-Quran surah Al-Jin ada disebut :


            وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
                  Maksudnya :
i."Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan". 
                              [ayat 6]       
  قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا (20) قُلْ إِنِّي لا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلا رَشَدًا (21) قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا (22)
                 Maksudnya :
ii."Katakanlah : Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhan ku  dan aku tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. 
Katakanlah : Sesungguhnya aku tiada kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan. 
Katakanlah : Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorang pun yang dapat melindungiku daripada (azab) Allah dan sekali-kali aku tiada akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya." 
                            [ayat 20-22]
Kebijaksanaan syaitan memperdayakan manusia termasuk orang yang beriman sangat halus dan tidak disedari oleh orang yang jahil Ilmu Tawhid khususnya dalam bab ketuhanan seperti yang dimaksudkan di dalam Hadis :
 " Kata Aisyah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. : Bahawasanya syaitan datang kepada seseorang engkau sekalian, maka ia berkata : Siapa mengadakan engkau ?. Maka ia berkata : Ialah Allah Tabaraka Wataala.  Maka ia berkata:  Siapa mengadakan Allah?   
Apabila didapati oleh seseorang daripada engkau sekalian akan yang demikian itu hendaklah dikatakan :  Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.  Bahawasanya dengan yang demikian itu ia pun pergi daripadanya.
Sekiranya seseorang itu tidak mendalami, memahami, menghayati serta berpegang teguh kepada Ilmu Tawhid yang hak adalah amat sukar mencari jalan keluar untuk menjawab dan menolak hujjah-hujjah syaitan yang sangat halus ini. Bayangkanlah apa yang berlaku kepada roh seseorang yang jahil Ilmu Tawhid yang sedang nazak Sakaratul-maut berhadapan seorang diri menerima hujjah ilmu dan berbagai-bagai tipu daya terakhir tentera-tentera syaitan untuk menyesatkannya supaya mati dalam kekafiran?

[ Lihat : Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT?]
[ Lihat juga : Roh Orang Mati Boleh Balik Ke Dunia ? ]


[Peringatan: Apabila Rasulullah s.a.w.  mengatakan yang bermaksud : "Aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya," bererti memahami dan beriman kepada Ilmu Tawhid yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahdah Tauhid dan Syahdah Rasul dan juga Asma' Allah Al Husna dan bukan mengikut akal fikiran sendiri.]

Apakah panduan yang dapat membantu seseorang mukmin mempunyai kekuatan dan mendapat rahmat pertolongan Allah daripada terkena mudarat gangguan syaitan dan jin ?  

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang boleh dijadikan pegangan dan panduan amalan bagi mengatasi masalah yang berterusan daripada gangguan makhluk syaitan dan jin terhadap manusia. Keyakinan yang kukuh terhadap peringatan dan janji Allah seperti yang ditegaskan berulang-ulang kali di dalam al-Quran sebagai pelindung dan penjaga terhadap hamba-hamba-Nya adalah amat benar dan hendaklah dijadikan pegangan iktiqad. Allah tidak pernah dan tidak sekali-kali memungkiri janji-janji-Nya.


Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Hijr 39-42 hendaklah diulang-ulang peringatan :

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ   (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42
                     Maksudnya :
" Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, 
kecuali hamba-hamba Engkau yang MUKHLIS di antara mereka. 
Allah berfirman : Ini adalah jalan yang lurus; kewajipan Aku-lah (menjaganya). 
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat."
Demikian juga Firman Allah dalam surah Al-An 'Aam ayat 142 :
وَمِنَ الأنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشًا كُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ  
                               Maksudnya :
" dan di antara binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Di dalam surah Az-Zukhruf ayat 36 pula Allah memperingatkan implikasi yang akan menimpa ke atas mereka yang berpaling atau enggan mematuhi pengajaran-Nya di dalam al-Quran :

          وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَاناً فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

            Maksudnya :
" Barangsiapa yang berpaling dari mengingat pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [al-Quran], Kami adakan baginya syiatan. Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya." 
Maksud yang hampir sama juga terkandung di dalam Firman Allah surah An-Nisaa' ayat 118-121:
لَعَنَهُ اللَّهُ وَقَالَ لأتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا (118)وَلأضِلَّنَّهُمْ وَلأمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا (119) يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (120) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَلا يَجِدُونَ عَنْهَا مَحِيصًا (121

           Maksudnya :

“yang dilakanati Allah dan syaitan itu mengatakan :'Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku)'.

'dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), dan akan aku suruh mereka (merobah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merobahnya'. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.
Mereka itu tempatnya Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya."     
Kepada manusia yang suka minum khamar [arak] dan berjudi, Allah memperingatkan kesan daripada perbuatan tersebut sebagaimana Firman-Nya di dalam surah Al-Maaidah ayat 91 :
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ  
                 Maksudnya :
 "Sersungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran [meminum] khamar dan berjudi itu, dan menghalangi dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu [dari mengerjakan pekerjaan yang keji itu atau masih berdegil]."
Berpandukan kalimah peringatan yang terkandung di dalam ayat-ayat tersebut perkara pokok yang mesti tertanam di dalam diri setiap orang mukmin itu ialah sifat MUKHLIS yang boleh diertikan sebagai mentaati segala perintah dan suruhan Allah dengan benar-benar IKHLAS semata-mata kerana Allah dan agama sahaja serta tidak sedikit pun mempunyai tujuan-tujuan lain sama ada diucapkan, tersimpan sebagai niat dalam hati Al Basirah atau dengan perbuatan yang nyata.


Persoalan IKHLAS yang menjadi penyebab utama untuk mendapat perlindungan dan rahmat Allah ini mudah diucapkan tetapi sangat sukar dilaksanakan kerana apa yang berlaku di dalam hati tidak dapat diukur dan dilihat dengan nyata. Malahan tidak ada seorang makhluk pun yang mengetahuinya dan boleh memberikan ukuran atau penilaian. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui segala gerak dan lintasan niat di hati setiap orang hamba-Nya.

[Sila lihat  :  Kemuliaan Manusia dan Kemuliaan Ibadat ]


Persoalan kedua ialah kalimah
"...kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang SESAT." 
Pengertian SESAT di sini ialah kesesatan beragama iaitu mereka yang ingkar dan enggan beriman kepada Allah, Rasul dan segala perkara yang berkaitan dengan hal Rukun Iman enam [6] perkara. Perbahasan mengenai ilmu-ilmu Rukun Iman ini sangat rumit dan luas tafsilnya. 

Setiap orang yang mengaku beriman hendaklah berpegang teguh kepada ilmu-ilmu yang hak mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak boleh mempunyai kefahaman yang salah walaupun dianggap atau kelihatan "kecil" sekalipun kerana kesalahan fahaman ilmu walaupiun dianggap atau nampak "kecil" sahaja akan berjangkitan dan merosakkan pula  hal-hal yang lebih besar yang kesudahannya membawa kefahaman musyrik dan ingkarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w..

Apabila rosak kefahaman dan pegangan iktiqad yang terkandung di dalam ilmu Rukun Iman enam [6] perkara ini maka seseorang itu termasuk dalam golongan ahli bida'ah sesat dan terkeluar daripada keimanannya dan
"...menjadi orang-orang yang mengikut kamu [syiatan]." 
Ini bererti jika sekiranya seseorang itu pada zahirnya beriman, taat melakukan ibadat-ibadat yang difardukan, berbuat baik sesama manusia dan mempunyai sifat-sifat terpuji yang lain tetapi jika sekiranya pegangan ilmu akidah keimanannya rosak maka di sisi Allah dia termasuk dalam golongan orang sesat yang tidak beriman dan segala ibadatnya terbatal dan tidak diterima Allah.
Sebagai pedoman untuk mengatasi masalah gangguan dan tipu daya syaitan dan bala tentera mereka yang sangat ramai ini adalah diperingatkan kepada setiap orang mukmin agar sentiasa mentaati segala perintah Allah serta beristiqamah melakukan ibadat dan perbuatan mahmudah serta membaca, memahami, beriman serta menghayati sepenuhnya setiap ilmu yang terkandung di dalam :
 2.  Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Saidina Ali bin Abi Talib yang dijadikan doa menerangkan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri dan kandungan maksud hadis Allah Memuji Diri-Nya Sendiri.
3.   Doa Rasulullah s.a.w. selepas menunaikan solat sunat subuh.
 4.   Doa Khalifah Abu Bakar As Siddiq ketika menghadapi sakit membawa maut yang menjelaskan Qada dan Qadar Allah.
5.  Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa yang terkandung di dalam kitab MUKH AD-DOA FIL IMAN.
 6.  Membaca, memahami dan beriman kepada  Asma ' Ullah Al Husna.
7.  Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu menambah baik diri  membersihkan diri daripada sifat-sifat 'mazmumah' dan menanamkan sifat-sifat 'mahmudah' dengan beristiqamah melakukan segala ibadat yang difardhukan dan digalakkan syarak hingga ke akhir hayat.
[Sila lihat : Tingkatan Otak Manusia dan Akhlak Mukmin].


Kesemua paparan kandungan ilmu yang tersaji di dalam kitab-kitab yang berkaitan dengan perkara di atas terdapat di dalam blog ini.  Penjelasan yang diserlahkan dalam blog ini hanya sebagai asas kefahaman akidah keimanan sahaja yang mudah-mudahan boleh dijadikan panduan untuk meneroka dan menjelajah lebih jauh lautan ilmu keislaman yang sangat luas.


Sungguhpun adalah sangat digalakkan agar mencari pedoman dan bimbingan ilmu dan amalan beragama daripada ulama'-ulama' atau guru-guru agama yang hak tetapi sebagai peringatan setiap orang mukmin hendaklah berhati-hati dan sentiasa berwaspada apabila bertemu atau hendak berguru dengan 'ulama' atau 'guru' agama tertentu yang di anggap atau digelar; "mursyid", "kasyaf", "al-hafiz"  dan sebagainya berdasarkan ukuran personaliti dan sahsiah zahir sahaja seperti : watak ulama', berpakaian mengikut sunnah, ramai pengikut, bijak berhujah dan petah berbicara dengan tutur kata mereka.


Persoalan-persoalan ilmu akidah keimanan yang terdapat di dalam blog ini mudah-mudahan dapat membantu atau boleh dijadikan pedoman untuk menilai mereka. Seseorang ilmuan agama kebiasaannya mempunyai fikiran terbuka dan rasional untuk mendengar sebarang teguran, komen, hujjah atau persoalan ilmu dan pandangan daripada orang awam yang menghadapi kemuskilan ilmu agama khususnya yang menyentuh hal-hal keimanan yang boleh merosakkan akidah keimanan seseorang.


 [PeringatanDalam maksud Hadis Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan yang intipatinya bermaksud bahawa:

 "Seorang  yang berilmu [orang yang mempunyai dan kefahaman yang luas dan mendalam terhadap ilmu agama  dan beramal dengannya] lebih ditakuti syiatan daripada 1000 orang 'abid [ahli ibadah yang jahil]."
Maksud Hadis ini memberi peringatan betapa mudahnya syaitan iblis menipu orang-orang yang jahil walaupun mereka sudah beriman dan ramai jumlahnya tetapi tidak berusaha mendalami, dan menghayati kefahaman ilmu agama Islam yang sangat luas itu. Malahan syaitan tidak langsung gentar atau takut kepada ahli-ahli ibadah yang jahil.]

Biarlah kita bersusah payah menghadapi berbagai kesukaran, berkorban tenaga, fikiran dan wang ringgit ketika masih hidup di dunia untuk mencari kebenaran beragama agar dapat mengelakkan diri daripada penyesalan berpanjangan apabila berada di akhirat kelak. Hendaklah sentiasa dijadikan ingatan bahawa syaitan iblis laknatullah amat pintar menipu, luas ilmu tipu dayanya, lunak tutur katanya serta indah bak syurga wawasan dan angan-angannya tetapi mereka adalah musuh sebenar orang mukmin dan setiap diri umat manusia.

[Lihat sambungannya : Tipu Daya Syaitan Iblis (Bhg 3)]


















".



Tiada ulasan:

Catat Ulasan