Isnin, 22 Ogos 2011

DO'A/WASIAT KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ أبو بكر الصديق‎ R.A. KETIKA SAKIT

                             
 ( Sambungan daripada : Do'a Saidina Ali bin Abi Talib r.a.)




 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
 أَمَّا بَعْـدُ

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 
                        Maksudnya :
" (Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
                           [ Al-Quran surah  سورة الملك Al-Mulk : 2 ]

                                   *************************************

            ".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib : 
Tatkala Khalifah Abu Bakar أبو بكر r.a. sakit datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata: 'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w. , perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'.   
فقال ابو بكر: من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله  
  روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال
قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار يغشاه كل 
يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا المكان 
                     Maksudnya: 
" Maka kata Abu Bakr: 'Barangsiapa membaca do'a ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين)Maka berkata mereka: 'Apa dia al-Ufukil Mubi(الافق المبين)?' Jawabnya: 'Satu tempat di hadapan 'Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa membaca do'a ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini'.” 
                [ Catatan: Lihat al-Quran surah At-Takwir ayat 23 yang berbunyi:
           وَلَقَدْ رَآهُ بِالأفُقِ الْمُبِينِ 
                       Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di Ufukil Mubin ."] 
                               ******************************************
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Maksudnya :
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)   
*****************************************

 

اللَّهُمَّ اِنَّكَ اِبْتَدَأْتَ الْخَلْقَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ بِكَ اِلَيْهِمْ ثُمَّ جَعَلْتَهُمْ فَرِيْقَيْنِ فَرِيْقًا لِلنَّعِيمِ وَفَرِيْقًا لِلسَّعِيرِ فَاجْعَلْنِي لِلنَّعِيْمِ وَلَا تَجْعَلْنِي لِلسَّعِيْرِ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَلْقَ فَرِقًا وَمَيَّزْتَهُمْ قَبْلَ اَنْ تَخْلُقَهَمْ فَجَعَلْتَ مِنْهُمْ شَقِيًّا وَسَعِيْدًا وَغَوِيًّا وَرَشِيْدًا فَلَا تُشْقِنِي بِمَعَاصِيْكَ.

اَللَّهُمَّ  اِنَّكَ عَلِمْتَ مَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ قَبْلَ اَنْ تَخْلُقَهَا فَلَا مَحِيْصَ لَهَا مِمَّا عَلِمْتَ فَاجْعَلْنِي مِمَّنْ تَسْتَعْمِلُ بِطَاعَتِكَ.

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ قَدْ قَدَّرْتَ حَرَكَاتَ العِبَادِ فَلَا يَتَحَرَّكُ شَيءٌ اِلَّا بِإِذْنِكَ فَاجْعَلْ حَرَكَاتِي فِي تَقْوَاكَ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَيْرَ وَالشَّرَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَامِلًا َيَعْمَلُ بِهِ فَاجْعَلْنِي مِنْ خَيْرِ القِسْمَيْنِ. 

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الجَنَّةَ وَالنَّارَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا اَهْلًا فَاجْعَلْنِي مِنْ سُكَّانِ جَنَّتِكَ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ اَرَدْتَ  بِقَوْمٍ الضَّلَالَ وَضَيَّقْتَ بِهِمْ صُدُوْرَهُمْ فَاشْرَحْ صَدْرِي لِلْاِيمَانِ وَزَيِّنْهُ فِي قَلْبِي.

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ دَبَّرْتَ الاُمُورَ وَجَعَلْتَ مَصِيْرَهَا اِلَيْكَ فَاَحْيِنِي بَعْدَ المَوْتِ حَيَاةً طَيْبَةً وَقَرِّبْنِي اِلَيْكَ زُلْفَى.

 اَللَّهُمَّ مَنْ اَصْبَحَ وَاَمْسَى ثِقَتُهُ وَرَجَاؤُهُ غَيْرَكَ فَأَنْتَ ثِقَتِي وَرَجَائِي وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ .  


       Maksudnya:

"Ya Allah!, bahawasanya Engkau telah mengadakan permulaan makhluk daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan Engkau kepada mereka itu, kemudian Engkau jadikan mereka itu dua puak, satu puak untuk syurga dan satu puak untuk neraka. Maka,  Engkau jadikanlah akan daku untuk syurga dan jangan Engkau jadikan daku untuk api neraka. 

Ya Allah !, Engkau telah mengadakan makhluk beberapa puak dan Engkau telah memperbezakan mereka itu lebih dahulu sebelum Engkau mengadakan mereka itu. Maka Engkau jadikan daripada mereka itu ada yang celaka dan ada yang bahagia, ada yang sesat dan ada yang mendapat petunjuk. Maka, janganlah Engkau celakakan akan daku dengan sebab berbuat maksiat kepada Engkau.  

Ya Allah !, bahawasanya Engkau telah mengetahui akan barang apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri seseorang sebelum Engkau mengadakannya, maka tidak dapat lari baginya daripada barang apa yang telah Engkau ketahui.  Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang Engkau jadikan dia dengan berbuat amalan ta'at kepada Engkau.

Ya Allah!, bahawasanya seseorang itu tiada dapat barang apa yang dia kehendaki hingga Engkau kehendaki, maka Engkau jadikanlah kehendak Engkau itu bahawa aku mengkehendaki barang gerak-gerak hamba-hamba.  Sesungguhnya tidak bergerak sesuatu melainkan dengan izin Engkau. Maka, jadikanlah segala gerak-gerak aku pada takutkan Engkau.

Ya Allah!,  sesungguhnya Engkau telah mengadakan kebaikan dan kejahatan dan telah Engkau jadikan tiap-tiap satu daripada keduanya itu ada orang yang mengerjakan dengannya. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang sebaik-baik daripada dua bahagian itu.

Ya Allah !, sesungguhnya Engkau telah mengadakan syurga dan neraka dan telah Engkau jadikan bagi tiap-tiap sesuatu daripada keduanya itu ahli [yakni ahli syurga dan ahli neraka]. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada penduduk syurga Engkau.

Ya Allah !, bahawasanya Engkau mengkehendaki dengan sesuatu kaum itu kesesatan dan Engkau sempitkan dengannya dada mereka itu, maka, cerahkanlah dadaku bagi keimanan dan perhiaskanlah akan dia pada hati ku.

Ya Allah !, bahawasanya Engkau telah mentadbirkan segala perkara dan telah Engkau jadikan kembalikannya [segala perkara itu] kepada Engkau, maka, hidupkanlah akan daku kepada Engkau pangkat martabat ketaatan.  

Ya Allah!, barangsiapa berpagi-pagi dan berpetang-petang kepercayaannnya dan harapannya lain daripada Engkau, maka, Engkau ialah kepercayaan ku dan harapan ku, dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat, dan tiada berupaya meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan Allah. "
"Kata Abu Bakarأبو بكر ‎ r.a. sesungguhnya seluruh (kandungan maksud) do'a ini semuanya dalam kitab Allah Azza Wajalla." Demikian ertinya. 



[ Lihat : 

i.   Kandungan Do'a/Hadis Rasulullah s.a.w

ii.  Qadha dan Qadar Allah  dan Had Batasan Akal Manusia 
iii.  Api Neraka dan Azab Seksa Di Dalamnya 
iv.  Kenikmatan dan Kebahagiaan Hidup Di Syurga
v.   Adab Hati Ketika Sakit Tenat Membawa Maut  

Betapa indah dan eloknya jika kita semua dapat beristiqamah mengamalkan membaca do'a ini seperti membaca surah Al-Fatihah pada setiap masa khususnya selepas selesai mendirikan ibadat fardhu solat lima waktu dan solat-solat sunnat pada akhir malam hingga menjadikannya sebagai salah satu amalan yang sebati dalam kehidupan kita beragama hingga ke akhir hayat.
Adalah terlebih afdal dan sangat besar hikmah dan fadilatnya jika do'a ini dapat diajarkan kepada orang yang sedang sakit tenat yang amat berat keadaannya atau dalam keadaan sakit biasa.

Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,Maha Pengampun  lagi Maha Pemurah memakbulkan dan menerima do'a kita dengan mengurniakan fadilat seperti yang dikahabarkan oleh Khalifah Abu Bakr As-Siddiq أبو بكر الصديق r.a. di atas. Semoga Allah melimpahkan rahmat pertolongan-Nya ketika kita berhadapan dengan saat-saat terakhir yang teramat kritikal dan paling genting dalam hidup di dunia ini iaitu ketika berada dalam Sakaratul-maut yang boleh datang pada bila-bila masa sama ada tanpa dijangka atau sudah dapat diduga kerana mengidap sakit yang lama.

Ajarkan dan perpanjangkanlah do'a dan maksud pengertiannya ini kepada anak-anak, keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai dan sesiapa juga yang berhajat kerana kandungan do'a ini begitu indah dan sangat besar ertinya serta luas lagi mendalam ilmunya dalam hal mengukuhkan ilmu keimanan kita bagi memahami Qadha dan Qadar Allah yang termasuk dalam Rukun Iman yang enam (6) perkara.

Alangkah  malang dan  ruginya kita sekiranya mengambil mudah, mengabaikan atau tidak menghiraukan langsung peringatan terakhir dan wasiat amat penting Khalifah Rasulullah Abu Bakar As-Siddiq  أبو بكر الصديق r.a., seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang sudah termaklum kemuliaan dan kedudukan martabatnya di sisi Allah berbanding sekalian manusia lain selepas Rasulullah s.a.w. 
[##Catatan : Khalifah Abu Bakr As-Siddiq 
أبو بكر الصديق r.a. dilahirkan di Mekah pada bulan Oktober, 573 dan kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 2 Ogos, 634 Masehi bersamaan dengan 22 Jamadil Akhir 13 Hijrah di Madinah ketika berusia 63 tahun.  Nama lengkapnya adalah 'Abdullah bin 'Utsman bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Quraisy.  Ibunya pula ialah Ummu al-Khair Salma binti Shakhr bin Amir bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim. ] 


   Masjid Nabawi  Madinah,  Tempat Dimaqamkan Rasulullah s.a.w, Khalifah  Abu Bakar                                        dan Khalifah Umar al-Khatab ( Di Bawah Kubah Hijau ).


Pemandangan Di luar Maqam Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Di Masjid Nabawi , Madinah.
                            والله أعلمُ بالـصـواب 

[Lihat : 

           i. Do'a/Hadis  Rasulullah s.a.w. 
           ii.  https://www.youtube.com/watch?v=_HEOzxtbzBE
   
**************************************************

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا صُمٌّ وَبُكْمٌ فِي الظُّلُمَاتِ مَنْ يَشَأِ اللَّهُ يُضْلِلْهُ وَمَنْ يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
                       Maksudnya :
" Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gelita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), nescaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk), nescaya Dia menjadikannya berada di atas jalan yang lurus."                 
                      [Al-Quran surah  سورة الأنعام  Al-An'aam : 39]

                                       ******************************

Kelebihan Solat Malam Sama Seperti Sedekah Secara Sembunyi - Islam ...


Do'a Imam Syafi'i Rahimullah ketika dia dalam kesusahan :

        اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا 
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا  
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ  خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي  
 اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا  
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ
 Maksudnya:  
"Ya Allah, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada ku dan tiada dapat aku memelihara melainkan barang apa yang telah Engkau pelihara akan aku. Ya Allah, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redai daripada perbuatan dan amalan dalam 'afiat."
                                  *****************************


 
      
                                           








1 ulasan:

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...