Halaman

Jumaat, 1 Mei 2015

ALLAH MENGETAHUI DENGAN ILMU-NYA YANG QADIM


[ Lihat : Persaudaraan Insan Mukmin ]



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ          

الحمد رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ 
            Maksudnya :
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi,'. Mereka berkata : 'Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.' Tuhan berfirman : 'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'."
                     [ Al-Quran surah al-Baqarah : 30
                         ********************************************************** 
  وَلَوْ أَنَّمَا فِي الأرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ  
              Maksudnya : 
 "Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) sesudah (keringnya), nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
                                 [Al-Quran surah Luqman : 27 ]
               
*************************************************************** 
Apabila membicara ilmu Allah  mungkin kebanyakan manusia sama ada mereka beriman kepada Allah atau tidak mempercayai atau mengakui mengikut kefahaman masing-masing tentang kewujudan Allah sebagai Tuhan sekalian alam. Kebanyakan mereka juga mungkin mempercayai Allah itu mempunyai ilmu dan berkuasa mengadakan sesuatu apa yang ada di langit dan bumi. Namun tanpa bimbingan keimanan berteraskan pemahaman ilmu at-tauhid yang sahih benarnya sebagai asas keimanan besar kemungkinan mereka amat sukar memahami, mempercayai dan apa tah lagi berkeyakinan penuh untuk beriman bahawa Allah itu mempunyai Ilmu yang Qadim lagi Azali. 

Tahap pemikiran manusia biasa yang amat mudah dipengaruhi berbagai elemen kepercayaan beragama dan hubungannya dengah hal duniawi mungkin akan menjadi keliru atau amat sukar memahami dan mempercayai bahawa Allah itu bukan makhluk dan tidak menyamai makhluk-makhluk-Nya dalam segala-galanya termasuk Ilmu-Nya yang Qadim walaupun pada asas pemahamannya mempercayai adanya Allah sebagai Tuhan  yang menjadikan sekalain alam. Kebiasaannya kebanykan mereka akan memikirkan atau mengandaikan Allah itu mempunyai zat dan sifat sama seperti makhluk kerana mereka menggunakan pancaindera yang lima untuk memahaminya.

Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika sekiranya terdapat berbagai-bagai kepercayaan dan pemahaman dalam bab ketuhanan di kalangan umat Islam sendiri. Masing-masing mendakwa pemahamannya adalah yang paling benar dan tepat kerana jumlah pengikutnya begitu besar dan 'ulamaknya' masyhur mendapat sanjungan umum di sesebuah daerah atau negeri. 

Mungkin amat merumitkan pemikiran manusia termasuk orang yang sudah beriman  untuk memahami  bahawa Ilmu Allah yang Qadim itu bermaksud bahawa Ilmu Allah itu tidak mempunyai had batasan, tidak mempuyai ukuran, tidak berbilang-bilang, bertambah, berkurangan dan yang seumpamanya dengannya seperti ilmu yang dikurniakan dan dimiliki oleh sekalian makhluk-Nya . Allah yang mengadakan segala-galanya apa yang ada di langit dan bumi dan  Dia Maha Mengetahui walaupun sebiji debu pasir atau setiap ekor kuman yang terdapat di dalamnya. Bahkan Allah juga Maha Mengetahui setiap niat yang terlintas di hati setiap orang hamba-Nya. 

Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jemaah terhadap Allah dan Rasul-Nya adalah sebagaimana yang diperjelaskan di dalam kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jemaah Pada Makna Syahdat At-Tauhid dan Shahdat Ar-Rasul. Ringkasan daripada pemahaman ilmu bab mengenal Allah adalah seperti berikut :
"Apabila Allah SWT itu sedemikian keadaan-Nya maka Allah SWT itu Ia-Nya yang hidup, yang berilmu, yang berkuasa, yang berkehendak, yang mendengar, yang melihat, yang berkata-kata. Dia Hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim, Dia Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Dia Berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Dia Berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim, Dia Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Dia Melihat dengan penglihatan-Nya yang Qadim dan Dia Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim dan tidaklah semata-mata Zat-Nya sahaja...."

Inilah yang menjadi asas pegangan iktiqad keimanan Ahli Sunnah wal Jemaah sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Ihya' Ulumuddin dalam bab :
 كتاب قواعد العقائد
في ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة التي هي أحد مباني الاسلامفنقول وبالله :التوفيق 
العــــلم :وأنه  عالم بجميع المعلومات محيط بما يجري من تخوم الأرضين إلى أعلى السموات وأنه عالم لا يعزب عن علمه مثقال ذرة في الأرض ولا في السماء بل يعلم دبيب النملة السوداء على الصخرة الصماء في الليلة الظلماء ويدرك حركة الذرة في جو الهواء ويعلم السر وأخفى ويطلع على هواجس الضمائر وحركات الخواطر وخفيات السرائر بعلم قديم أزلى لم يزل موصوفا به في ازل الآزال لا بعلم متجدد حاصل في ذاته بالحلول والانتقال

Terjemahan kepada maksud paparan ilmu ini adalah seperti berikut :

        AL-ILMU  ( العلم)

Bahawasanya Allah SWT itu Amat Mengetahui akan semua barang yang di bawah Ilmu Allah yang tiada terhingga banyaknya itu. Allah SWT Amat Mengetahui segala apa juga barang yang berlaku di bawah tujuh lapis bumi hingga terkeatas daripada tujuh lapis langit, dan tidak ada satu barang pun yang tersembunyi daripada ilmu Allah itu walaupun sekadar sebiji debu yang ada pada bumi dan langit melainkan semuanya itu diketahui-Nya belaka.
Bahkan Allah SWT Amat Mengetahui perjalanan semut hitam binatang-binatang yang halus di atas batu pejal yang hitam pada waktu malam yang sangat gelap gelita itu dan mengetahui gerak setiap biji debu yang berterbangan di udara. Dia Amat  Mengetahui segala rahsia dan segala barang yang lebih tersembunyi dan Dia Amat Mengetahui sebarang apa juga gerak-gerak tujuan  dan cadangan-cadangan hati sekalian hamba-Nya dan segala apa juga barang yang terlintas di hati mereka itu. Allah SWT Amat Mengetahui segala pati kemahuan-kemahuan hati dari rahsia-rahsia yang disembunyikan oleh mereka itu.
Allah SWT Amat Mengetahui akan segala hal yang demikian itu semuanya dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali dan sentiasalah Allah itu Mengetahuinya pada Azalul-Aazal (ازل الآزال ), dan Ilmu Allah SWT itu tidak berdatang-datang, tidak menerimai berbilang-bilang, tidak menerimai berubah-ubah dan tidak berpindah-pindah.

Huraian yang dipaparkan di dalam pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jemaah ini adalah pati rumusan maksud ilmu yang terkandung di dalam al-Quran al-Karim, Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. serta ijtihad ulamak Mujtahid Ahli Sunnah yang menyusunnya agar mudah dijadikan panduan dan pedoman iktiqad keimanan umat di sepanjang zaman. Sekalian makhluk Allah tidak mungkin dapat mengetahui dan mengenali Allah Azawajala sebagai Tuhan yang mengadakan sekalian alam jika Dia sendiri tidak menyampaikan wahyu-Nya untuk mengkhabar dan memperjelaskan hal Zat-Nya (Diri-Nya) dan Sifat-Nya yang Qadim lagi Azali melalui hamba-hamba pilihan-Nya iaitu Malaikat Jibrael Alaihissaalam dan para Nabi yang dibangkitkan menjadi Rasul Utusan-Nya untuk dikhabarakan kepada umat manusia dan jin. 

Antara rumusan yang diperjelaskan di atas adalah bersesuaian dengan maksud kandungan pemahaman ilmu yang terdapat di dalam Asma' Ullah Ul Husna iaitu :

i. AL-MUHAIMIN  المهيمن: Yang bererti :Yang Amat Bersangatan pada penjagaan dan pemeliharaan (atau) Yang Amat Mengetahui yang tidak terselindung dan tidak tersembunyi daripada ilmu-Nya walau sekadar satu biji debu jua pun.
ii. AL-KAHLIQ الخالق: Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan Qudrat-Nya, menurut ilmu dan Kehendak-Nya (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua barang yang ada dengan Qudrat-Nya dan Mentakdirkan (Menentukan) tiap-tiap suatu daripadanya dengan kadar tertentu dengan Kehendak-Nya, menurut Hikmah-Nya. (على مقتضى حكمته)
iii.  AL-'ALIM  العليم : Yang Mempunyai ilmu yang Azali (dan Ia dengan tiap-tiap suatu Amat Mengetahui). Ia Mengetahui pada azal akan tiap-tiap suatu, sama ada yang wajib atau yang harus atau yang mustahil, atas jalan menghabisi tahu-Nya, tidak ada apa-apa pun yang tersembunyi daripada ilmu-Nya.
iv. AL-LATIFF اللطيفYang Amat Mempunyai kasih sayang dan Yang Amat Latiff (halus) dan elok (pada)segala perbuatan-Nya (الذي لطفت أفعاله وحسنت,(Yang Amat Mengetahui, dengan segala  perkara yang tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.
 v. AL-KHABIR  الخبير Yang Amat Mengetahui, bagi segala perkara yang tersembunyi di sebalik daripada perkara yang terzahir.
 vi.     AL-WASI'K  الواسع: Yang Amat Sempurna dan Murah segala  pengurniaan-Nya dan pemberian-Nya , (atau) Yang Amat Luas Ilmu-Nya dan Qudrat-Nya.
  vi.   AS-SYAHID الشهيد : Yang Sehabis-Habis Mengetahui, pada  Ilmu-Nya berserta tidak ada yang tersembunyi.
 vii. AL-MUHSI  المحصيYang Ia dengan perkara yang zahir Amat Melihat, dan dengan perkara yang batin Amat Mengetahui.
 viii. AL-WAJID الواجد : Yang Amat Terkaya atau Yang Amat Mengetahui (atau) Yang dapat tiap-tiap apa yang Ia Menuntutinya dan Mengkehendakinya, dan tiada sesuatu apa pun yang  melindungi-Nya.
  ix.  AL-HAKIM الحكيم : Yang Membetuli Pada Takdir. Yang Mempereloki Pada Tadbir(المصيب في التقدير. المحسن في التدبير) (atau) Yang Amat Mempunyai Hikmah iaitu kesempurnaan ilmu dan keelokan perbuatan (ذو الحكمة وهي كمال العلم واحسان العمل).
Demikianlah betapa luasnya pemahaman terhadap Allah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu seperti yang terkandung di dalam Asma' Ullah Ul-Husna iaitu 99 nama Allah yang amat indah yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim . Tafsiran ilmu At-Tauhid yang terhimpun di dalam Asma' Ullah Ul-Husna ini secara langsung memberi kefahaman tentang  Qadimnya  Ilmu Allah yang tidak mempunyai had batasan berbanding ilmu yang dikurniakan kepada sekalian makhluk-Nya yang amat terbatas bersesuaian untuk keperluan dan tujuan mereka diwujud dan dihidupkan sebagai makhluk Allah yang lemah. Justeru ia menjadi salah satu sebab mengapa Allah SWT amat menekankan agar bertasbih dan berdo'a dengan kalimah-kalimah Asma' Ul Husna seperti Firman-Nya di dalam Quran:
و لله الأسماء الحسنى فادعوه بها وذرواالذين يلحدون في أسمئه سيجزون ما كانوا يعملون 
                   Maksudnya :
i."Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah 'Asma' Ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut 'Asma' Ul Husna' itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam [menyebut] nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
                        [ Al-Quran surah al-A'raaf : 180]

    هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 

                           Maksudnya : 
ii."Dia-lah Allah Yang Menjadikan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling  baik dan amat indah 'Asma' Ul Husna'. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."   
                               [  Al-Quran surah Al-Hasyr : 24 ]

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang berulang-ulang kali menjelaskan dan memperingatkan bahawa Allah itu Maha Mengetahui dalam semua perkara dan makhluk yang dijadikan-Nya daripada sekecil-kecil benda/kejadian hinggalah kepada yang teramat besar yang tidak termampu difikirkan otak manusia. Antara ayat-ayat al-Quran yang memperjelaskan hal ini ialah :
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ      
                         Maksudnya :
i.  "Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).
                                        [Surah al-An'Aam : 59] 
                 هُوَ الَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى الاٌّرْضِ جَمِيعاً ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَآءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَـوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
                    Maksudnya :
ii. "Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (mengadakan) langit, lalu dijdikan-Nya tujuh langit ! Dan Dia Maha Mengetahui  segala sesuatu."
                                              [Surah al-Baqarah : 29 ]


                قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا 
                Maksudnya :  
iii." Katakanlah : 'Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhan-ku,   sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis)   kalimat-kalimat Tuhan-ku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." 
                        [Surah al-Kahfi : 109]
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ 
:Maksudnya                      
iv." Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
                                                  [Surah al-Hasyr : 22 ]       
          عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ                                     Maksudnya :              
v." Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
                                                [Surah At-Taghaabun : 18

كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا
                      Maksudnya :
vi "demikianlah. Dan sesungguhnya Ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya." 
                                                    [Surah al-Kahfi : 91 ]
    اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
                Maksudnya :
vii." Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup kekal (tiada mengenai mati) dengan Hayat-Nya yang Qadim, yang sangat besar pendirian-Nya menguruskan sekalian makhluk-Nya; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah Mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari Ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. 'Kursi' Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
                                    [Surah al-Baqarah :255 (ayat Kursi) ] 

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ        
                Maksudnya : 
viii." Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan Mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
                                  [Surah Luqman : 34]   


وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآنٍ وَلا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَلا أَصْغَرَ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرَ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ 
                  Maksudnya :
ix." Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhan mu biarpun sebesar zarrah di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)."
                                  [Surah Yunus : 61] 
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8
                           Maksudnya :
x." Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya akan melihat (balasan)nya. (7) 
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(8)
                                 [Surah Az-Zalzalah : 7-8 ] 

Terdapat banyak lagi ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa "Allah Maha Mengetahui" lagi "Maha Bijaksana". Namun melalui pembacaan secara sepintas lalu sahaja daripada sembilan (9) contoh ayat al-Quran ini sewajarnya kita dapat memahami apakah yang dimaksudkan dengan pengertian bahawa "Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya Yang Qadim." Jika seseorang itu membaca, memahami dan menghayati pentafsiran yang lebih luas dan mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran bagi menghurai dan menyelami maksud ayat-ayat berkaitan yang disokong pula dengan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. nescaya menjadi bertambah insaf dan takutlah dia betapa Ilmu Allah yang Qadim itu tidak setitik pun dapat disama dan dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang dikurniakan-Nya kepada hamba-hamba dan sekalian makhluk-Nya.
Sebagai contoh otak pemikiran manusia tidak mungkin dapat membayangkan betapa luasnya Ilmu Allah jika hanya membaca dan cuba memahami maksud ayat al-Quran surah Luqman ayat 27 dan surah al-Kahfi ayat 109 di atas. Melalui dua (2) ayat ini sahaja yang menjelaskan bahawa :
"....sekiranya kesemua pohon kayu yang terdapat di dunia ini digunakan sebagai pena dan seluruh air lautan digunakan sebagai tinta dan ditambah lagi sebanyak itu atau sebanyak mana sekalipun masih belum mencukupi untuk menulis "kalimat-kalimat" atau "Ilmu Allah" yang Qadim',
nescaya lemah bagi sesiapa juga di kalangan manusia untuk memikirkan seluas manakah Ilmu Allah itu.  
Jika untuk menulis sahaja sudah amat menyulitkan betapa  pula untuk membacanya ? Sudah pasti adalah teramat mustahil akan dapat diselesaikan walau mengambil masa beribu-ribu juta tahun lamanya atau selama-lamanya. 
Bagi seseorang insan mukmin salih yang membaca dan memahami maksud kandungan surah Al-An'aam ayat 59 di atas sudah pasti merasa amat takut bila memahami bahawa :
"........dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).
Maksud yang hampir sama terdapat juga dalam surah Yunus ayat 61 seperti termaklum di atas. 
Sifat "...Dia Mengetahui.." bukanlah bererti hanya setakat mengetahui ala kadar luaran kewujudan atau berlakunya sesuatu hal sahaja seperti "sehelai daun yang gugur" tetapi Dia Maha Mengetahui segala-galanya dari perkara yang paling besar yang tersergam nyata hinggalah kepada perkara-perkara yang paling halus tersembunyi yang tidak diketahui sama sekali oleh manusia dan para malaikat walaupun menggunakan apa juga teknik dan peralatan teknologi tercanggih yang mampu diwujudkan manusia. 

Maksud ayat ini juga dapat memberikan pencerahan dan kenapa disebut bahawa :
" Semua barang Perbuatan Allah itu adalah atas keadaan yang sehabis-habis elok sempurnanya, sangat-sangat berbetulan pada tempat letaknya, susunannya, dan timbangannya. Adalah Allah SWT itu Amat Mempunyai Hikmat pada segala barang Perbuatan-Nya itu lagi Dia sangat Adil-Nya pada Hukuman-Nya.Maka tidaklah sekali-kali dapat dikiaskan Keadilan Allah itu dengan keadilan sekalian hamba-Nya kerana hamba Allah itu boleh berlaku kezaliman, terbit daripadanya dengan sebab memerintah pada hak milik orang lain, tetapi tidak sekali-kali boleh berlaku kezaliman daripada Allah SWT oleh sebab tidak ada satu barang pun yang tidak dimiliki oleh Allah SWT melainkan semuanya itu dimiliki oleh Allah SWT belaka...." 
Maka terjawablah pegangan iktiqad keimanan dan maksud Hadis Rasulullah s.a.w. bahawa apa juga yang dilakukan setiap orang hamba ketika hidup di dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak apabila dilakukan pengadilan untuk 'menghisab' segala amalan perbuatan mereka yang akan disoal dan diadili melalui Tiga Dewan iaitu: 
 i.   Dewan "Lima" yang akan menanyakan "Kenapa."
ii.   Dewan "Kaifa" yang akan menanyakan  "Bagaimana." 
iii. Dewan "Liman" yang akan menyakan " Kerana Siapa." 
Adalah teramat sukar bagi seseorang jika dikehendaki Allah untuk memberikan jawapan daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara-perkara besar yang dilakukannya pada setiap detik di sepanjang hayatnya di dunia hingga dia meninggal dunia. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud:         
“Bahawasanya seseorang lelaki itu akan ditanya mengenai sebab ia mencelak dua matanya dan mengenai (sebab kenapa) ia memecah tanah liat dengan dua anak jarinya dan mengenai (kenapa) ia menyentuhi baju saudaranya.”

Hadis Rasulullah s.a.w. ini amat bersesuaian dengan maksud Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Isra' ayat 36 : 
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا 
                        Maksudnya : 
" Dan janganlah kamu mengikuti yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya."

Pengadilan hakiki ini bersaksikan anggota badan mereka sendiri serta 'buku rekod' catatan amalan baik dan jahat oleh dua orang malaikat yang sentiasa ada bersamanya di sepanjang hayat untuk merekodkan perbuatannya. Adalah terlalu sukar atau tidak mungkin bagi kita manusia dapat memikirkan bagaimana urusan timbangan amal dan pengadilan ini dilakukan dengan seadil-adilnya terhadap setiap diri manusia dan jin yang pernah wujud di dunia ini sejak Nabi Adam Alaihisalam memulakan kehidupan di dunia ini hingga berlakunya kiamat dunia.  Kesemua urusan ini adalah terlalu mudah bagi Allah atas Kebijaksanaan-Nya, Qadrat-Nya dan Yang Maha Mengetahui segala-galanya dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali.

Demikian juga segala bakti kebajikan dan amalan salih hamba-hamba Allah tersimpan dalam kitab khas bernama  Illiyyun sebagaimana Firman-Nya dalam surah Al-Muthaffifin ayat 18-21 :
كَلا إِنَّ كِتَابَ الأبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ (18) وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ (19) كِتَابٌ مَرْقُومٌ (20) يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ (21 
                        Maksudnya :
" Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam Illiyyun. (18) 
Tahukah kamu apakan Illiyyun itu? (19) 
(Iaitu) kitab yang bertulis, (20) 
yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang 'al-muqarrabun'. (21)
[Lihat :
         Pembinaan Iktiqad Ahli As-Sunnah]

Allah berfirman di dalam al-Quran bagi menceritakan perihal keadaan amat dahsyat dan amat menghuru-harakan yang kesemuanya berlaku di luar tabi'e kehidupan di dunia yang akan menimpa setiap diri makhluk :

   يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
                          Maksudnya :
i." Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang mereka kerjakan."
            [ Surah An-Nuur: 24 ]

                 إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ (7) مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ (8      
                  Maksudnya :  
ii. Sesungguhnya azab Tuhan mu pasti terjadi,     
     tidak seorang pun yang dapat menolaknya..."  
                    [Surah Ath-Thuur : 7-8 ]                                         
Para Nabi dan Rasul Allah di samping para malaikat yang maksum amat memahami maksud "Allah Maha Mengetahui Dengan Ilmu-Nya yang Qadim" ini. Mereka sentiasa melafazkan puji-pujian bertasbih, beristigfar dan berdoa kepada Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam melalui do'anya seperti Firman Allah berikut :
             رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاء
                   Maksudnya :
" Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau mengatahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit." 
               [Al-Quran surah Ibrahim : 38] 
Kandungan  Do'a Nabi Allah Khidzir Alhisalam pun mempunyai pengertian yang hampir serupa seperti yang bermaksud:
"Ya Allah! , sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau dan Engkau Amat Mengetahui barang apa yang di bawah bumi Engkau sebagaimana Engkau Amat Mengetahui dengan barang apa di atas Arasy Engkau, dan segala uas-uas dalam dada adalah seperti terdedah di sisi Engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada Ilmu Engkau dan patuh setiap sesuatu kepada kebesaran Engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan Engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasaan Engkau, jadikanlah bagi ku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan...."
Ketika sedang  mengalami sakit tenat yang membawa kepada kewafatannya Khalifah Abu Bakr As-Siddiq melafazkan do'anya yang antara lain mengandungi ungkapan-ungkapan kalimah yang menjurus puji-pujian terhadap Allah SWT yang Maha Mengetahui seperti yang bermaksud :
"......Ya Allah!,  bahawasanya Engkau telah mengetahui akan barang apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri seseorang sebelum Engkau mengadakannya, maka tidak dapat lari baginya daripada barang apa yang telah Engkau ketahui. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang Engkau jadikan dia dengan berbuat amalan ta'at kepada Engkau......."
Kandungan sebahagian daripada maksud sebuah Hadis Qudsi seperti berikut memberikan sedikit penjelasan mengenai sifat Allah Yang Maha Mengetahui:  
"Dan ertinya meriwayatkan oleh Ali Bin Ali Talib r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. , bahawasanya ia bersabda:
Bahawasanya Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri tiap-tiap hari dan Ia berfirman yang (sebahagian daripadanya) bermaksud :
'......Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan yang membenarkan Diri-Nya dan Rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada ilmu-Nya kadar sebesar debu jua pun...,
'.........(Aku)Yang Amat Mengetahui segala perkara yang ghaib dan segala perkara yang tiada ghaib,.......... Aku Mengetahui perkara yang tersembunyi dan barang yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna, yang mengadakan rezeki hamba-hamba-Nya dan segala makhluk......"
Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w.  panjang yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Mubarak yang  intipatinya bermaksud bahawa para Malaikat Hafazah membawa "cahaya ibadat" setiap orang hamba mukmin untuk ditapis oleh tujuh [7] orang malaikat yang berada di tujuh [7] lapisan langit yang diamanahkan Allah khusus untuk menapis "cahaya ibadat" hamba-hamba mukmin daripada tanda-tanda sifat mazmumah yang keji sebelum ibadat tersebut diterima atau dilaknat Allah. Antara maksud Hadis panjang yang disandarkan kepada seorang lelaki ini ialah baginda berkata kepada Mu'az bin Jabal :
"..........."Dan naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawa amalan-amalan hamba daripada sembahyang, puasa, haji, umrah dan kelakuan adab perangai baik, diam tiada berkata-kata pada perkara yang sia-sia dan membaca zikirrullah.  Memuliakannya oleh malaikat-malaikat segala lapisan langit hingga memutuskan [melalui] mereka dengan amalannya itu segala hijab [rintangan] semuanya kepada Allah Azawajalla.  Maka berdiri Malaikat-malaikat Hafazah "di hadapan-Nya" dan menaik saksi baginya dengan amalan salih yang berikhlas kerana mentaati Allah.  Maka Firman Allah kepada mereka : " Kamu Malaikat-malaikat Hafazah penjaga di atas amalan zahir hamba-Ku dan Aku ialah Yang Amat Mengetahui lagi Yang Amat Melihat di atas dirinya [hatinya].  Bahawasanya ia tiada mengkehendaki dengannya lain daripada Aku.  Maka di atasnya kelaknatan-Ku".  Maka kata malaikat-malaikat sekalian:  "Di atasnya kelaknatan kami dan melaknatkannya oleh segala tujuh lapis langit dan bumi dan sekalian mereka yang ada padanya."
Keseluruhan kandungan maksud Hadis ini ialah untuk menjelaskan bahawa kemuliaan seseorang hamba di sisi Allah itu ialah kerana ketaqwaannya dan keikhlasannya beribadat semata-mata kerana Allah. Para malaikat yang membawa dan menapis "cahaya ibadat" seseorang hamba mukmin itu hanya dapat menilai pada perbuatan zahirnya sahaja berdasarkan ketetapan hukum syari'at tetapi hakikat sebenar keikhlasan hatinya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Hakikat ini menunjukkan bahawa hanya Allah yang menjadikan dan mengadakan setiap diri makhluk-Nya sahaja yang Amat Mengetahui segala detik rahsia hati setiap orang hamba-Nya.

Para Malaikat adalah hamba-hamba dan makhluk Allah yang maksum, bertaqwa amat luar biasa dan ajaib kejadiannya. Mereka dijadikan Allah semata-mata untuk beribadat dan mentaati segala suruhan-Nya tanpa melakukan sebarang kesilapan (walaupun kelihatan atau dianggap kecil] yang boleh membawa erti kepada maksud mengingkar-Nya.  Mereka dikurniakan Allah dengan ilmu bagi maksud menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai Malaikat. Namun demikian tahap keilmuan yang dikurniakan kepada mereka mempunyai tahap had batasan tertentu. Hakikat ini dapat dilihat apabila Allah menjadikan Nabi Allah Adam sebagaimana Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 30**:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ
      Maksudnya :  
"Ingatlah ketika Tuhan-mu berfirman kepada para Malaikat : 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.' Mereka berkata : 'Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?' Tuhan berfirman : 'Sesungguhnya Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'." 
Seterusnya apabila Nabi Allah Adam Alaihissalam telah diwujudkan seperti yang dikehendaki Allah dia telah dikurniakan ilmu mengenali benda-benda yang terdapat di persekitaran yang tidak diajarkan Allah kepada para Malaikat. Apabila para Malaikat gagal memberikan jawapan seperti yang dikehendaki Allah mereka mengatakan :
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
                    Maksudnya :
" Mereka menjawab** : Maha Suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
                              [Surah al-Baqarah : 32

Jawapan para Malaikat ini dijawab pula oleh Allah melalui Firman-Nya :
قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ 
                 Maksudnya:  
" Allah berfirman** : 'Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.' Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu Allah berfirman : 'Bukankah sudah Aku katakan kepada mu, bahawa sesungguhnya Aku Mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?' "
                               [Al-Quran surah al-Baqarah : 33 ]

[** PERINGATAN: Adalah amat penting difahami bahawa Firman Allah, jawapan kata-kata daripada para Malaikat dan Nabi Adam Alaihissalam yang terkandung di dalam ayat-ayat ini tidak sama sekali bererti bahawa Allah SWT ada bertempat bersama-sama mereka di lokasi yang dimaksudkan dan berkata-kata seperti manusia/makhluk Allah yang mempunyai suara dan berhuruf. Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jemaah menegaskan bahawa : 
".....Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap dan sebelum ada arasy, qursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan......Apabila Dia mengadakan "Masa" dan "Tempat" daripada semata-mata tidak ada kepada ada maka Allah SWT begitu juga Ada-Nya tidak berada di mana-mana tempat dan tidak memerlukan "Masa" dan "Tempat" untuk ADA.
Allah berkata-kata dengan para Malaikat dan Nabi Adam Alaihissalam yang terdapat di dalam ayat-ayat tersebut adalah memberi maksud : " Allah Berkata-kata secara wahyu dengan Kalam-Nya yang Qadim ( tanpa huruf dan tanpa suara ) sama seperti apa yang berlaku kepada Nabi Musa Alaihissalam yang terkandung  di dalam al-Quran surah Al-A'raaf : 143." 
        Untuk penjelasan lanjut sila lihat : 
        i.  ALLAH BERKATA-KATA DENGAN KALAM-NYA YANG QADIM 
              ii.   "MASA" dan "TEMPAT" Makhluk Allah
             iii.   SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah Subhanahu Wataala
              iv.   Pembinaan Iktiqad Ahli As-Sunnah

Tanpa pedoman dan bimbingan wahyu Allah di dalam kitabullah yang diturunkan kepada Nabi-Nabi yang dibangkitkan menjadi Rasul Utusan-Nya kebanyakan manusia sudah pasti memahami dan beranggapan bahawa hanya manusia sahaja yang dinamakan makhluk Allah dengan cara hidup dan pola pemikiran mereka sebagai manusia. Mungkin tidak ramai manusia yang memikirkan, menyedari dan dapat memahami bahawa terdapat pelbagai kategori dan jenis makhluk Allah yang lain sama ada yang boleh diketahui oleh lima pancaindera yang ada pada manusia atau yang terhijab dari pengetahuan mereka yang dijadikan Allah bagi sesuatu tujuan yang Allah sahaja Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmatnya.  

Ada di antara makhluk-makhluk ini yang dijadikan Allah sentiasa bertasbih memuji kebesaran Allah dengan cara mereka sendiri yang tidak difahami langsung oleh manusia biasa. Hakikat ini ada diperjelaskan Allah melalui wahyu Firman-Nya di dalam al-Quran seperti :
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 
         Maksudnya:
 i." Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." 
                            [Surah Israa' : 44 ]
                 أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالطَّيْرُ صَآفَّـتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاَتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ           
               Maksudnya : 
ii." Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masingnya telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." 
                                [Surah An-Nuur : 41 ]   
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ -  
                        Maksudnya :
iii." Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan puji-pujian terhadap kebesaran Allah). Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
                                           [Surah al-Hadid : 1]
            
 وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلْـئِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ
وَيُرْسِلُ الصَّوَعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَآءُ وَهُمْ يُجَـدِلُونَ فِى اللَّهِ
وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ 
               Maksudnya : 
iv."Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para Malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia-lah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya."
                                               [Surah Ar-Ra'd : 1] 
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ   
                Maksudnya : 
v. "Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Raja Pemerintah Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
                                                   [Surah al-Jumu'ah : 1 ] 

Bagi golongan insan mukmin salih yang dikurniakan pemahaman ilmu yang luas lagi mendalam, mendapat petunjuk dan hidayah  Allah amat mudah memahami dan menghayati segala Firman Allah mengkhabarkan perkara yang tidak mungkin difahami atau dipercayai dengan penuh keyakinan oleh golongan manusia biasa. Golongan insan mukmin salih sudah pasti bertambah kukuh keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah. Mereka juga merasa takut dan malu kepada makhluk-makhluk lain apabila berpijak di bumi Allah kerana mengetahui mereka sentiasa bertasbih dengan cara masing-masing memuji kebesaran dan kemuliaan Allah serta mendoakan kesejahteraan para insan mukmin yang salih.  
Dalam satu riwayat ada menceritakan betapa batu-batan dan pokok-pokok memberi ucapan salam kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda berjalan seorang diri di tanah lembah jauh dari pemandangan manusia dan kawasan perkampungan orang  untuk 'qadha hajat'.  Maka tidak ia melalui sesuatu batu atau pokok melainkan ia mendengar (ucapan):

"الصلاة والسلام عليك يا رسول الله"

                      Maksudnya: 
“Salawat dan salam ke atas engkau wahai Rasulullah.” 
Lalu baginda berpaling ke kanan, ke kiri dan ke belakang. Perkara  sebegini bukanlah sesuatu yang dimusykilkan kerana Allah Taala telah pun mempermudahkan akan segala  jamadat, seperti  kayu, batu dan lain-lainnya bagi para Nabi terdahulu sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah s.a.w. terakhir. Antara mereka yang sering dirujuk dan disebut melalui Firman Allah dalam al-Quran ialah Nabi Allah Sulaiman Alaihisalam yang dikurniakan Allah dengan mukjizat boleh mendengar, memahami, berkomunikasi dan berinteraksi dangan haiwan dan alam. 

Allah memperingatkan melalui Firman-Nya di dalam al-Quran bahawa jika sekiranya ayat-ayat al-Quran itu diturunkan kepada sebuah gunung nescaya hancur berderai gunung tersebut kerana amat takutnya kepada Allah seperti Firman-Nya dalam surah al-Hasyr ayat 21 :
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 
                      Maksudnya :
" Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."
Wahyu peringtan Allah yang termaktub di dalam al-Quran ini dapat memberi iktibar yang gunung adalah makhluk Allah yang dijadikan dengan hikmah dan rahsianya tersendiri yang berbeza daripada kejadian makhluk-makhluk lain khususnya manusia, jin dan malaikat. Walaupun gunung-ganang dan bukit-bukau itu tidak dikurniakan akal untuk memahami maksud ilmu wahyu Allah seperti manusia tetapi sebagai makhluk Allah ia dikurniakan pemahaman dengan caranya tersendiri yang Allah sahaja yang lebih Mengetahi. Ia memahami bahawa amanah Allah untuk menerima wahyu al-Quran yang kesemuanya mengandungi maksud Ilmu Allah yang Qadim adalah terlalu berat dan tidak layak sama sekali baginya sebagai gunung menanggung bebanan amanah yang terdapat di dalamnya. 

Sekiranya gunung yang tidak dikurniakan akal dan tidak akan ditimbang dan disoal segala amalannya di akhirat kelak seperti manusia pun teramat takut kepada Allah yang menjadikan sekalian alam, bagaimana pula dengan manusia yang dikurniakan akal dan berbagai nikmat kemudahan yang tidak terhingga banyaknya?
Wahyu Allah dalam al-Quran surah Al-'Imran ayat 7 memberikan peringatan bahawa ilmu-ilmu yang terkandung di dalam al-Quran ada yang jelas dan nyata yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang membacanya. Namun terdapat juga ayat-ayat yang kesamaran maksudnya yang memerlukan penjelasan, huraian dan takwil daripada para ilmuan yang hak agar tidak menimbulkan kekeliruan yang boleh menjerumuskan kepada kesesatan beragama :
هُوَ الَّذِى أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَـبَ مِنْهُ آيَـتٌ مُّحْكَمَـتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَـبِ وَأُخَرُ مُتَشَـبِهَـتٌفَأَمَّا الَّذِينَ فى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُوَالرَسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَـبِ     
                        Maksudnya :
"Dia-lah yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat (terang dan tegas), itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihaat (kesamaran maksud pengertiannya).
Adapun orang-orang yang di dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, pada hal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: 'Kami beriman dengannya semuanya itu dari sisi Tuhan Kami.' Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orng yang berakal."

                                          [Al-Quran surah al-'Imran : 7]
               
 Di dalam ayat selanjutnya (surah Al-'Imran ayat 8 ) Allah memperingatkan lagi bahawa golongan ilmuan yang amat mendalam ilmu mereka ini sentiasa bermohon do'a kepada-Nya agar diberi taufik hidayah serta petujuk supaya tidak cenderung kepada kesesatan seperti yang dimaksudkan :
رَبَّنَا لاَ تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً 
إِنَّكَ أَنتَ الۡوَهَّابُ 
                  Maksudnya : 
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya'."
Firman  Allah ini  adalah satu peringatan kepada manusia walaupun al-Quran itu adalah Kalam-Nya untuk dijadikan pedoman hidup manusia ke jalan yang benar tetapi kaedah membaca, memahami dan pembelajaran Ilmu-Nya hendaklah di bawah bimbingan orang yang mempunyai ilmu yang hak dalam pelbagai bidang disiplin keilmuan yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk menghidarkan dari salah faham yang boleh mencetuskan kekeliruan yang akhirnya mendorong kepada kesesatan jalan beragama yang mempunyai implikasi dan risiko yang amat berat.
Di dalam al-Quran Allah menjelaskan juga bahawa hanya golongan manusia tertentu dari kalangan para ilmuan sahaja yang dapat memahami kalimah-kalimah kiasan dan perumpamaan-perumpamaan yang terkandung di dalam Firman-firman-Nya. Antara ayat-ayat yang menjelaskan maksud ini ialah :
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مِنْ شَيْءٍ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (42) وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ (43      
                        Maksudnya :
i. " Sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang mereka seru selain Allah, dan dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(42)
Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia; dan tiada  yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu."(43)
                                       [Surah al-Ankabut : 42-43] 


وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالأنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 
                 Maksudnya : 
ii. "Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warna (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (para ilmuan mukmin salih yang hak dan bertaqwa). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pemgampun."
                                            [Surah Al-Fathir :28] 

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَالْمَلائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
                      Maksudnya : 
iii. " Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu), tidak ada Tuhan melainkan dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." 
                                  [Surah Al-Imran : 18]  
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الألْبَابِ
                           Maksudnya :
iv. " (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah : 'Adakah sama orang-orng yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?'. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
                                         [Surah Az-Zumar : 9]

Banyak lagi contoh ayat yang mempunyai maksud yang hampir sama iaitu Allah menetapkan bahawa di kalangan umat manusia hanya golongan ilmuan atau ulamak yang hak sahaja dapat memahami sebahagian daripada ilmu-ilmu yang terkandung di dalam kitabullah al-Quran dan kitabullah-kitabulah terawal yang diturunkan kepada para Nabi terdahulu sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam hal yang sama Allah memberikan peringatan supaya merujuk kepada mereka yang berilmu apabila berhadapan dengan persoalan-persoalan yang sukar mendapat kepastian jawapannya sebagaimana Firman-Nya :
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِى إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنْتُم لاَ تَعْلَمُونَ
                   Maksudnya :
 "Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu,  kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka : maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."
                                                  [Surah An-Nahl : 43 ] 

Allah juga amat menuntut agar orang mukmin memperdalam ilmu agama dan menyibarkannya kepda umat. Usaha menuntut ilmu agama yang hak dengan mendalam adalah sama pentingnya sebagaimana pergi berjihad dalam perang fisabilillah. Hal ini diperjelaskan dalam Firman-Nya :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
                          Maksudnya :
 " Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya."
                                           [Surah At-Taubah : 122 ] 

Jika kita dapat memahami maksud ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah menekankan bahawa  pemahaman ilmu yang hak adalah salah satu syarat mutlak untuk menjadi insan mukmin salih yang benar-benar beriman, bertaqwa dan takut kepada-Nya. Golongan manusia 'jahiliah' tidak dapat atau terlalu sukar memahami segala ilmu berkaitan dengan-Nya yang amat sukar untuk difahami oleh pemikiran otak manusia biasa kecuali golongan tertentu yang diberi pertunjuk dan hidayah-Nya. 

Antara sifat-sifat golongan ini adalah sebagaimana Firman Allah dalam al-Quran surah al-Anfaal ayat 2 :
           إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
                     Maksudnya :
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."                                   
Golongan mukmin salih seperti ini adalah insan istimewa yang mendapat puji-pujian  Allah sebagaimana yang terpapar dalam al-Quran surah Yunus ayat 62-63:
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63   
                        Maksudnya :
" Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(62) 
( Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa."(63)
Para ilmuan atau ulamak yang hak adalah pewaris Nabi. Tanpa mereka menjadikan umat hidup dalam kegelapan beragama yang akhirnya mendorong mereka ke jalan kesesatan dan kemusnahan. Namun takdir dan kehendak Allah boleh berlaku dengan pupusnya golongan ulmak pewaris Nabi dari sesebuah negeri sebagai penyuluh jalan akidah keimanan yang hak. 
Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abdullah bin 'Amr Ibn 'Ash, katanya:

                Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا مِنَ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوسًا جُهَلَاءَ، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ الْعِلْمِ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
                                  Maksudnya :
Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba-Nya. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulamak sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari dan  Muslim. )
Semoga peringatan awal yang terakam dalam sabda Rasulullah s.a.w. ini tidak berlaku pada zaman sekarang kerana Allah masih melimpahkan rahmat-Nya dengan terus membangkitkan para ulamak yang hak untuk memberikan bimbingan jalan beragama dengan penuh keikhlasan kepada umat Islam negara ini. Marilah kita memanjatkan syukur dan do'a kepada Allah semoga para ulamak pewaris Nabi yang terdapat di negara ini diberikan kekuatan dan hidayah untuk memperkukuhkan lagi kefahaman kita terhadap ilmu At-Tauhid yang menjadi teras keimanan dan punca utama yang menjurus kepada kesesatan beragama.

Lihat :   
i. Allah Mengadakan Sesuatu Dengan Qadrat-Nya
ii. Kaedah Mudah Untuk Memahami Asas Ilmu Aqidah Pada Makna Dua Kalimah Syahdat
iii.  Qadha dan Qadar Allah dan Had Batasan Akal Manusia
iv.   Pengertian "HAMPIR" Allah
v.   Pengertian Al-Muraqabah dan Golongan Ahli Al-Muqarrabin


*****************************************************************************************************************
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 
             Maksudnya :
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a) : 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir'."
                             [Al-Quran surah al-Baqarah : 286]

                      ************************************
 أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّما خَلَقْناكُمْ عَبَثاً وَ أَنَّكُمْ إِلَيْنا لا تُرْجَعُونَ
                                    Maksudnya : 
" Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
                               [Al-Quran surah Al-Mu'minun : 115 ]

                        *************************************
قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ 
                     Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
                                      [Al-Quran surah Al-Mujaadilah : 1] 















































     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan