بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَاللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌأَمَّا بَعْـدُ
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ لا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (64
Maksudnya:"Ingatlah, Aulia Allah itu, tidak ada rasa kekhawtiran pada mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati. (62)
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa.(63)
**********************************
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji Allah). Yang demikian itu adalah kemenangan yang agung."(64)[Al-Quran surah سورة يونس Yunus : 62-64 ]
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِالۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ الۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوۡ آمَنَ أَهۡلُ الۡكِتَابِ لَكَانَ خَيۡرًا لَّهُم مِّنۡهُمُ الۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ الۡفَاسِقُونَMaksudnya :
" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
********************************
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ
بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
[ Al-Quran surah سورة الأعراف Al-A'raf : 205]“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menguatkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ, لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ, حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم, فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ, وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ, وَ قَالَ : يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ, فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَإِ لَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ, وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ, وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ, وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ, وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ : صَدَقْتُ. فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْئَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ, قَالَ : أَنْ بِاللهِ, وَمَلاَئِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَرُسُلِهِ, وَالْيَوْمِ الآخِرِ, وَ تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ, قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ : مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِهَا, قَالَ : أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا, وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِيْ الْبُنْيَانِ, ثم اَنْطَلَقَ, فَلَبِثْتُ مَلِيًّا, ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرُ, أَتَدْرِيْ مَنِ السَّائِل؟ قُلْتُ : اللهُ وَ رَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ : فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ
Sebahagian daripada maksudnya ialah:( رَوَاهُ مُسْلِمٌ)
" Daripada Umar bin Al Khatab Radhiallahu Anhu, katanya : Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki; putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan [sebagai seorang pengembara], dan tidak ada seorang pun daripada kami mengenalinya, sehinggalah ia duduk mengadap Nabi Muhammad s.a.w., lalu ia menemukan lututnya kepada kedua lutut baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata : Wahai Muhammad! berilah tahu kepada aku tentang Islam? Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan: ..............Berilah tahu kepada aku tentang Iman? Nabi Sallallahalaihiwasalam menerangkan :..............Kemudian ia bertanya lagi : Berilah tahu kepada aku tentang Ikhsan? Nabi menerangkan: [Ikhsan itu ialah] engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala 'seolah-olah' engkau 'melihat-Nya', sekiranya engkau tidak dapat melakukan demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap melihat kamu."
[Maksud ringkasan Hadis daripada riwayat Muslim. Orang yang bertanyakan kepada Rasullah s.a.w. itu ialah Malaikat Jibril Alaihisalam yang menyamar sebagai manusia]
Abu Hurairah, Abu Dzarr al-Ghaafiri, Abu Said al-Khudri, Kaab al-Harith, Salman al-Faarisi, Abu Barzah al-Aslami, Suhaib San’am, Ammar bin Yaaser, Abdullah bin Mas’ud, Saad bin Abi Waqqas, Uqbah bin Amir, Wabisah bin Ma’bad al-Juhani, Bilal bin Rabah, Tamin ad-Daari, Handzalah bin Abi Amir dan lain-lain lagi. Jumlah mereka sekitar 70-400 orang dan silih berganti.
لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Maksudnya :
i. "(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
[ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 273]
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًاMaksudnya :
[ Surah سورة الكهف Al-Kahfi : 28 ]ii. " Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi da senja hari dengan mengharap keredaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."
وَلا تَطْرُدِ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ مَا عَلَيْكَ مِنْ حِسَابِهِمْ مِنْ شَيْءٍ وَمَا مِنْ حِسَابِكَ عَلَيْهِمْ مِنْ شَيْءٍ فَتَطْرُدَهُمْ فَتَكُونَ مِنَ الظَّالِمِينَ
iii. " Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhanmya pada pagi dan petang hari, sedang mereka menghendaki keredaan-Nya. Kamu tidak memikul tenggungjawab sedikit pun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggungjawab sedikitpun terhadap perbuatannu, yang menyebabkan kamu ( berhak) mengusir mereka, sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim."
Jelasnya para sahabat menghayati sepenuhnya tanpa tolak ansur pemahaman Ilmu Tasawwuf Islam atau Ikhsan di bawah bimbingan secara langsung daripada Rasullullah s.a.w. walaupun pada penilaian manusia sekarang dianggap sebagai perkara remeh sahaja dan tidak diambil kira apabila membuat analisis dan membicarakan sejarah kebangkitan Islam zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa Rasyideen. Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah memberi puji-pujian terhadap setiap detik pengorbanan ikhlas mereka sebagaimana termaktub pada Firman-Nya di dalam al-Quran surah سورة التوبة At-Taubah ayat 100 :
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُMaksudnya :
" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama mula beriman memeluk agama Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka juga reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar."
Rasulullah s.a.w amat menyanjung tinggi para sahabat baginda dalam segala aspek penghayatan agama Islam mereka. Baginda mengibaratkan perbezaan ketinggian martabat kemuliaan para sahabat baginda dengan golongan insan mukmin lain adalah seperti sabda baginda:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَتَسُبُّوا أَصْحَابِيْ فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَابَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ
(صحيح البخاري)
Pegangan iktiqad dan pendirian Ahli Sunnah wal Jamaah tehadap para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumuddin :"Sabda Rasulullah s.a.w. :' Janganlah kalian mencaci para sahabatku, jika di antara kalian menginfakkan emas sebesar Gunung Uhud, maka belum menyamai segenggam dari mereka tidak pula setengah genggam dari mereka'. " [Shahih Bukhari]
وأي يعتقد فضل الصحابة رضي الله عنهم وترتيبهم وأن أفضل الناس بعد النبي صلى الله عليه وسلم: أبو بكر ثم عمر ثم عثمان ثم علي رضي الله عنهم. وأن يحسن الظن بجميع الصحابة ويثنى علـيـهم كما اثنى الله عز وجل ورسوله صلى الله عليه وسلم عليهم أجمعين.
Yang bererti :
"Hendaklah diiktiqadkan kelebihan martabat sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. itu dan tertib-tertibnya kelebihan mereka itu. Adalah seafdhal-afdhal manusia kemudian daripada Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah Abu Bakar, kemudian Omar, kemudian Usman dan kemudian Ali Radziallahu Anhum.Hendaklah menaruh baik sangkaan kepada kesemua sahabat Rasullullah s.a.w. dengan memuji mereka itu sebagaimana Allah SWT dan Rasul-Nya memuji mereka sekalian. Semuanya itu ada tersebut menunjukkan puji-pujian itu di dalam al-Quran al-'Azim dan beberapa Hadis Nabi Muhammad s.a.w.."
"Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang kurun mengikuti mereka itu,kemudian kurun yang mengikuti kurun itu, kemudian akan meluaslah kedustaan, maka janganlah kamu pegang kata-kata mereka dan amalan mereka."
Terdapat berbagai jenis amalan zikirullah yang menjadi amalan mereka sama ada secara keseorangan atau berjemaah. Biasanya kalimah zikirullah yang dilafazkan dengan nyata ialah kalimah "ALLAH" dan "LAILLAHA ILLALLAH لاَ إِلَهَ إِلَّاالله"
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Maksudnya :
"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu, dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
Terdapat beberapa Hadis Rasulullah s.a.w yang menggalakkan umatnya melakukan ibadat zikirullah khususnya selepas selesai menunaikan solat. Antaranya menyebut :
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya:
“Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan ‘لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير, maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.” [HR Muslim]
i. Amalan zikir khafi iaitu zikir dengan pemikiran supaya tidak mengingatkan yang lain selain daripada Allah.
ii. Muraqabah yang diertikan sebagai mengintai-intai hati kepada Allah seperti kucing mengintai-intai tikus yang masuk dalam lubang.
iii. Melazimkan hadir untuk memberi khidmat kepada 'syeikh' atau khalifah guru tareqah.
".....orang syariat hanya memakan kulit pisang sahaja sedangkan ahli-ahli tareqah menikmati kelazatan keseluruhan isinya....."
"....Assalamualaikum Ya Saidi .......... ( 3 kali satu nafas), saya mintalah supaya diubatkan orang sakit ini dengan izin Allah ......."
"........Sabda Nabi Muhammad s.a.w., beribadatlah oleh mu kepada Allah seolah-olah engkau melihat Dia, jika engkau tidak melihat akan Dia maka bahawasanya Dia melihat akan kau ."
" تفكروا في خلق الله ولا تفكروا في ذات الله "
"Berfikirlah kamu sekalian pada makhluk Allah dan jangan sekali-kali kamu sekalian berfikir pada (hakikat) Zat Allah."
yang bermaksud :
"... tiada sekali-kali engkau melihati akan Aku (yakni di dunia )."
إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5) يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6) فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8
i." Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan ( yang amat dahsyat), (1)
dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat ( yang dikandung)nya, (2)
dan manusia bertanya : ' Mengapa bumi (jadi begini)?, (3)
pada hari itu bumi menceritakan beritanya, (4)
kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan ( yang sedemikian itu) kepadanya. (5)
Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka!.(6)
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. (7)
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (8)
[ Surah سورة الزلزلة Az-Aalzalah : 1-8 ]
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً إِلا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
Maksudnya :
ii."Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang ( tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: ' Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada ( tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun'."
[ Surah سورة الكهف Al Kahfi : 49 ]
"........bahawasanya dibentangkan bagi seseorang hamba itu pada tiap gerak daripada segala gerak-gerak itu walaupun sekecil mana sekalipun akan ditanya [pada Hari Pembalasan] melalui tiga dewan iaitu melalui dewan pertama 'Lima ' yang menanyakan kenapa? Dewan kedua 'Kaifa' yang bertanyakan bagaimana ? Dewan ketiga 'Liman' bertanyakan kerana siapa ........"[hingga akhir Hadis ].
" melupakan langsung ingatan kepada makhluk Allah atas sebab mengingatkan Allah sahaja dan bukanlah bermaksud kekal kepada Allah atau menyatukan Zat Allah dengan dirinya/makhluk-Nya."
"....Allah SWT berbuat sesuatu itu adalah semata-mata limpah murah kurniaan-Nya dan nikmat pemberian-Nya dan bukan terwajib ke atas Allah itu berbuat sesuatu dan termestinya serta tidak termustahak ke atas-Nya kerana Allah SWT itu Amat Berkuasa menurunkan berbagai azab ke atas sekalian hamba-Nya dan mengazabkan mereka itu semuanya dengan bermacam-macam jenis azab kesakitan dan penderitaan.Walaupun demikian Allah SWT itu berbuat ke atas hamba-hambaNya hingga sedemikian rupa adalah atas Keadilan Allah SWT juga dan tidak ada daripada-Nya itu kezaliman dan tidak ada daripada-Nya itu kekejian.Bahawasanya Allah SWT Jalla Wa 'Azza itu memberi pahala kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin di atas ketaatan mereka itu ialah semata-mata atas hukuman kemurahan dan janji-Nya, bukan dengan hukuman termestinya, terwajibnya dan termustahknya bagi Allah itu berbuat demikian.Ini adalah disebabkan tiada terwajib ke atas Allah itu berbuat sesuatu bagi hamba-hambaNya dan tidak ada sama sekali daripada Allah itu kezaliman, dan tiada wajib bagi hamba itu hak ke atas Allah dan haknya itu adalah pada ketaatan.Maka wajiblah ke atas hamba Allah itu berbuat taat kepada Allah SWT dengan sebab pekerjaan taat itu adalah yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya berbuat demikian atas perkhabaran dan daripada lidah Nabi-nabiNya Alaihimussalam dan bukan semata-mata dengan akal.Adalah hal yang demikian itu ialah Allah SWT telah membangkitkan Rasul-rasul dan telah menzahirkan kebenaran mereka itu dengan beberapa banyak mukjizat yang terang dan nyata. Maka berkerjalah mereka itu untuk menyampaikan segala suruhan Allah dan barang-barang tegahan-Nya dan janji-janjian balasan pahala dan balasan azab-Nya....."
i. Pengertian "HAMPIR' Allah
iii. Pembinaan Iktiqad Ahli As-Sunnah]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)
Maksudnya :
i." Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah ( dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknnya. ( 41)
Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. ( 42)
Dia-lah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya ( yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. ( 43 )
[ Surah سورة الأحزاب Al- Ahzab: 41-43 ]
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهسَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya :
ii. " Allah mempunyai Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
[ Surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 180 ]
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Maksudnya :
iii. " Dan sebutlah ( nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meniggikan suara di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. "
[ Surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 205 ]
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya :
iv. "( Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( seraya berkata) : ' Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka'."
[ Surah آل عمران Ali 'Imran : 191 ]
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maksudnya :
v. "Maka apabaila kamu telah menyelesaikan solat ( mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu ( sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."
[ Surah سورة النساء An- Nisaa' : 103 ]
اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ اِذَا ذُكِرَ اللّٰهُ وَجِلَتْ قُلُوْبُهُمْ وَاِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ اٰيٰتُهٗ زَادَتْهُمْ اِيْمَانًا وَّعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوْنَۙ
Maksudnya :
vi." Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."
[ Surah سورة الأنفال Al-Anfaal : 2 ]
وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Maksudnya :
vii." Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun ( Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitkannya ( menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap : ' Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim'."
[ Surah سورة الأنبياء Al Anbiya' : 87 ]
Peringatan Allah terhadap peristiwa yang menimpa Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa yang ditakdirkan Allah sebagaimana termaklum hingga menyebabkan mereka diperintahkan turun kebumi dan mereka bertaubat/berdoa kepada Allah supaya dikurniakan keampunan sebagaimana yang terkandung dalam surah سورة الأعراف Al A'raaf ayat 23 menjadi pedoman serta ingatan kepada setiap orang yang beriman dan beramal soleh supaya sentiasa mengingati Allah dan segera bertaubat apabila melakukan keslahan:
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ
Maksudnya :
" Keduanya berkata : 'Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi."
Demikian juga penjelasan yang terkandung di dalam Hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang antaranya menyebut:
Maksudnya :i.Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Sa'id, dari Abdullah ibnu Sa'id, telah menceritakan kepadaku maula ibnu Iyasy, dari Abu Bahriyyah, dari Abu Darda r.a. yang menceritakan bahwa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:'Maukah aku ceritakan kepada kalian tentang amal perbuatan yang terbaik bagi kalian dan tersuci di sisi Tuhan kalian serta menghantarkan kalian kepada kedudukan yang tertinggi, dan lebih baik bagi kalian daripada menyedekahkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada kalian berperang melawan musuh kalian, lalu kalian tebas batang leher mereka dan mereka menebas batang leher kalian?'. Mereka bertanya, 'Wahai Rasulullah, amalan apakah itu?' Rasulullah s.a.w. menjawab: 'Zikrullah (banyak menyebut nama Allah)'.”
ii." .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan itu ditimbang pada hari kiamat melainkan syahadat La Illahaillallah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله .Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar [benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ] dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah La Illahaillallah lebih berat daripada demikian itu' ."
Dalam konteks ini mudah-mudahan pengertian Hadis Rasulullah s.a.w. berikut dapat dijadikan pedoman bagai memahami, membuat penilaian dan ukuran terhadap sesuatu ilmu dan amalan yang dikatakan sebagai penghayatan ilmu sufi yang murni :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ: اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
Demikian juga pengajaran Luqman al-Hakim kepada anaknya sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة لقمان Luqman ayat 18-19 yang berbunyi :" Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: 'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azzawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya: 'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwataala."
وَلا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (18) وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الأصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ (19)
Maksudnya :
" Dan janganlah kamu memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (18)
Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai." (19)
"..pada akhir zaman kelak akan terdapat umatnya yang diberi martabat sama dengan 70 orang siddiqin (para sahabat besar Rasullullah s.a.w.). Apabila para sahabat [yang merasa takjub terhadap mereka] bertanya adakah mereka ini sangat banyak melakukan ibadat sunnat dan apakah tanda-tanda mereka ? Rasullullah menjawab kelebihan mereka bukan kerana mereka banyak melakukan ibadat-ibadat sunat tetapi mereka ini berbuat baik kepada manusia (atas jalan agama)."
Kebangkitan umat Islam di sepanjang kurun ke-20 dan 21 Masehi untuk melakukan "ISLAH" memperlihatkan banyak perubahan dalam pelbagai aspek yang dianggap menjurus kepada penghayatan pengajaran Islam mengikut perjalanan As-Sunnah yang hakiki. Namun penelitian dan perbandingan wajar diberikan terhadap pengertian, pemahaman dan penghayatan ayat al-Quran yang terpapar dalam surah سورة النور An-Nuur ayat 55 seperti berikut :
وَعَدَ اللهُ الَّذينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَ لَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دينَهُمُ الَّذِي ارْتَضى لَهُمْ وَ لَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَني لا يُشْرِكُونَ بي شَيْئاً وَ مَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذلِكَ فَأُولئِكَ هُمُ الْفاسِقُونَMaksudnya :
" Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap beribadat kepada Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."
Mudah-mudahan sesiapa juga di kalangan umat Islam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usha menghidupkan Islam ketika dalam "dagang" dapat memahami peringatan Allah yang terkandung di dalam ayat ini.
إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya :
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” [Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi ]
iii. PENGERTIAN AL-MURAQABAH DAN AHLI AL-MUQARRABIN
iv. Ajaran Sesat di Malaysia
اللهم اجعلنا هادين مهتدين غير الضالين ولا مضلين حربا لأعدائك سلما لأوليائك نحب بحبك من أطاعك من خلقك ونعادي بعداوتك من خالفك من خلقك. اللهم هذا الدعاء وعليك الاجابة وهذا الجهد وعليك التكلان وإنا لله وإنا إليه راجعون. ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ذي الحبل الشديد والأمر الرشيد أسألك الأمن يوم الدين والجنة يوم الخلود مع المقربين الشهود والركع السجود الموفين بالعهود إنك رحيم ودود وانت تفعل ما تريدMaksudnya :
"Ya Allah!, jadikanlah akan kami orang-orang yang memberi pertunjuk lagi yang mendapat pertunjuk lain daripada orang-orang yang sesat dan tiada orang-orang yang menyesatkan perseteruan bagi seteru-seteru Engkau dan perdamaian bagi Aulia-aulia Engkau. Kami kasihi dengan sebab kasihkan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau. Kami memusuhi dengan sebab permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau.
"Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau kami berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak.
*****************************************************************"Aku memohonkan kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan berserta orang-orang yang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji-janji-Nya. Bahawasanya Engkau Yang Amat Mengasihani lagi Yang Amat Menyayangi dan Engkau berbuat apa yang Engkau kehendaki." [ Sebahagian daripada kandungan Do'a Rasulullah s.a.w selepas solat sunat subuh. ]
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (10)
" sesunguhnya beruntunglah orang yang mensucikan hatinya (kalbunya) (9)
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (10)
[ Al-Quran surah سورة الشمس Asy Syams : 9-10 )
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى قَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَا شَيْءٌ أَنْجَى مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ
"Dari Abu Ad Darda` radliallahu ‘anhu ia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang terbaik, dan yang paling suci di sisi Allah kalian, paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: Ya. Beliau berkata: 'Berzikir kepada Allah Ta’ala.' Mu’az bin Jabal radliallahu ‘anhu berkata: 'Tidak ada sesuatu yang lebih dapat menyelamatkan dari azab Allah daripada zikir kepada Allah'." [HR Tarmidzi ]
Gambaran Rumah Rasulullah s.a.w https://www.youtube.com/watch?v=Iwuz0S7tBIQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan