Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Sabtu, 10 September 2011

KANDUNGAN HADIS/ DO'A RASULULLAH S.A.W.


       
[Lihat : Kandungan Do'a
 Nabi Allah Khidzir Alaihisalam]


                                                            بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 أَمَّا بَعْـدُ


  قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلا (110) وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا (111)

           Maksudnya :

" Katakanlah : ' Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan nama yang mana sahaja kamu seru, Dia mempunyai al-Asmaul Husna (nama-nama yang indah lagi terbaik) dan janganlan kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu'.

dan katakanlah : ' Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan tidak mempunyai penolong (untuk menjaga-Nya)dari kehinaan dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya."

        [Al-Quran surah سورة الإسر Al-Israa' : 110-111  ] 
                       ***********************************************
 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ 
                         Maksudnya :
" Dan Tuhanmu berfirman: 'Berdo'alah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadat kepada Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina'." 
     [Al-Quran surah سورة المؤمن  Al-Mu'min : 60 ] 

                     **************************************************

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

            Maksudnya : 

" Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya 'bersalawat' untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, besalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

           [ Al-Quran surah سورۃالاحزاب Al-Ahzab : 56 ]

*****************************************************************           
  بِسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِياَءِ  وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِناَ وَمَوْلَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

Kandungan Hadis dalam bentuk Do'a Rasullullah s.a.w. yang dibaca selepas solat sunat subuh ini adalah seperti berikut :

اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِي بِهَا قَلْبِي وَتَجْمَعُ بِهَا شَمْلِي وَتَلُمُّ بِهَا شَعْثِي وَتَرُدُّ بِهَا الفِتَنَ عَنِّي وَتُصْلِحُ بِهَا دِينِي وَتَحْفَظُ بِهَا غَائِبِي وَتَرْفَعُ بِهَا شَاهِدِي وَتُزَكِّي بِهَا عَمَلِي وَتُبَيِّضُ بِهَا وَجْهِي وَتُلْهِمُنِي بِهَا رُشْدِي وَتَعْصِمُنِى بِهَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ.
 اللهم اعْطِنِي اِيْمِانًا صَادِقًا وَيقِينًا لَيْسَ بَعْدَهُ كُفْرٌ وَرَحْمَةً أَنَالُ بِهَا شَرَفَ  كَرَامَتِكَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ الْفَوْزَ عِنْدَ الْقَضَاءِ وِمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَعَيْشَ السُّعَدَاءِ وَالنَّصْرَ عَلَى الاَعْدَاءِ وَمُرَافَقَةَ الاَنْبِيَاءِ. 
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَنْزِلُ بِكَ حَاجَتِي وَاِنْ ضَعُفَ رَأْيِي وَقَلَّتْ حِيلَتِي وَقَصُرَ عَمَلِي وَافْتَقَرْتُ اِلَى رَحْمَتِكَ فَأَسْأَلُكَ يَا كَافِيَ الاُموْرِ وَيَا شَافِيَ الصُّدُورِ كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ.
 اللَّهُمَّ مَا قَصُرَ عَنْهُ رِأْيِي وَضَعُفَ عَنْهُ عَمَلِي وَلَمْ تُبْلِغْهُ نِيَّتِي وَاَمَنِيَّتِي مِنْ خَيْرٍ وَعَدْتَهُ اَحَدًا مِنْ عِبَادِكَ اَوْ خَيْرٍ اَنْتَ مُعْطِيهِ اَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ فَاِنِّي أَرْغَبُ اِلَيْكَ فِيهِ وَأَسْأَلُكَهُ يَا رَبَّ العَالَمِينَ.
 اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا هَادِينَ مُهْتَدِينَ غَيرَ ضَالِّينَ وَلاَ مُضِلِّينَ حَرْبًا لِأَعْدَائِكَ وَسَلَمًا لِاَوْلِيَائِكَ نُحِبُّ بِحُبِّكَ مَنْ أَطَاعَكَ مِنْ خَلْقِكَ وَنُعَادِي بِعَدَاوَتِكَ مَنْ خَالَفَكَ مِنْ خَلْقِكَ.
 اللَّهُمَّ  هَذَا الدُّعَاءُ وَعَلَيكَ الِاجَابَةُ وَهَذَا الجُهْدُ وَعَلَيْكَ التُّكْلاَنُ وَاِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ ذِي الحَبْلِ الشَّدِيدِ وَالاَمْرِ الرَّشِيدِ أَسْأَلُكَ الاَمْنَ يَومَ الوَعِيدِ وَالجَنَّةَ يَومَ الخُلُودِ مَعَ المُقَرَّبِينَ الشُّهُودِ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ المُوفِينَ بِالعُهُودِ اِنَّكَ رَحِيمٌ وَدُودٌ وَأَنْتَ تَفْعَلُ مَا تُرِيدُ.
 سُبْحَانَ الذِّي لَبِسَ العِزَّ وَقَالَ بِهِ سُبْحَانَ الذِّي تَعَطَّفَ بِالمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ سُبْحَانَ الذِّي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ اِلَّا لَهُ سُبْحَانَ ذِي الفَضْلِ وَالنِّعَمِ سُبْحَانَ ذِي العِزَّةِ وَالْكَرَمِ سُبْحَانَ الذِّي اَحْصَى كُلَّ شَئٍ بِعِلْمِهِ.
 الَّلهُمَّ اجْعَلْ لِي نُورًا فِي قَلْبِي وَنُورًا فِي قَبْرِي وَنُورًا فِي سَمْعِي وَنُورًا فِي بَصَرِي وَنُورًا فِي شَعْرِي وَنُورًا فِي بَشَرِي وَنُورًا فِي لَحْمِي وَنُورًا فِي دَمِي وَنُورًا فِي عِظَامِي وَنُورًا مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَنُورًا مِنْ خَلْفِي وَنُورًا عَنْ يَمِينِي وَنُورًا عَنْ شِمَالِي وَنُورًا مِنْ فَوقِي وَنُورًا مِنْ تَحْتِي  الَّلهُمَّ زِدْنِي نُورًا وَاعْطِنِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا.

          Maksudnya :
"Ya Allah!, aku memohon kepada Engkau rahmat di sisi Engkau, rahmat yang Engkau berikan petunjuk dengannya hati ku. Engkau himpunkan dengannya segala perkara pekerjaan dan Engkau tolakkan dengannya segala fitnah daripada mengenai ku dan Kau baiki dengannya agama ku. Engkau peliharai dengannya barang yang ghaib daripada ku, dan Engkau angkatkan dengannya barang yang zahir daripada ku, dan Engkau bersihkan dengannya amalan ku dan Engkau putihkan dengannya muka ku dan Engkau beri ilhamkan akan daku dengannya jalan petunjuk ku dan Engkau peliharakan akan daku dengannya daripada tiap-tiap kejahatan.

Ya Allah!, kurniakanlah pada ku keimanan yang benar dan keyakinan yang tidak ada kemudiannya kekafiran, dan rahmat yang aku mendapati dengannya kemuliaan pemberian Engkau dalam dunia dan negeri akhirat.

Ya Allah!, bahawasanya aku memohonkan kepada Engkau kelepasan pada ketika qadha  (menjatuhkan hukuman ) dan dapat martabat orang yang mati syahid dan kehidupan orang yang sebahagia-bahagia dan kemenangan di atas seteru-seteru dan menyamai Nabi-nabi.

Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekali pun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatan ku dan singkat amalan ku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada Fitnah Kubur.

Ya Allah!, barang apa yang telah singkat daripadanya fikiran ku dan telah daif daripadanya amalan ku dan tidak menyampaikannya niat ku dan cita-cita hati ku daripada kebajikan yang telah Engkau menjadikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau atau kebajikan yang Engkau memberikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau, maka bahawasanya aku kasih kepada Engkau padanya itu. Aku memohonkan kepada Engkau mendapatinya itu wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.

Ya Allah!, jadikanlah akan kami orang-orang yang memberi petunjuk lagi yang mendapat petunjuk lain daripada orang-orang yang sesat dan tiada orang-orang yang menyesatkan perseteruan bagi seteru-seteru Engkau dan perdamaian bagi Aulia-aulia Engkau. Kami kasihi dengan sebab kasihkan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau. Kami memusuhi dengan sebab permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau.

Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak. 

Aku memohonkan kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan berserta orang-orang yang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji-janji-Nya. Bahawasanya Engkau Yang Amat Mengasihani lagi Yang Amat Menyayangi dan Engkau berbuat apa yang Engkau kehendaki.

Maha Suci Allah yang mempunyai kekuatan dan Ia berkata dengannya. 
Maha Suci Allah yang menyayangi dengan kemuliaan dan Ia bermurah dengannya. Maha Suci Allah yang tiada segia ditasbihkan melainkan bagi-Nya sahaja. Maha Suci Allah yang mempunyai kemurahan dan segala nikmat-nikmat. Maha Suci Allah yang mempunyai kekuatan dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mengirakan tiap-tiap sesuatu dengan Ilmu-Nya.

Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hati ku, 
cahaya pada kubur ku, 
cahaya pada pendengaran ku, 
cahaya pada penglihatan ku, 
cahaya pada rambut ku, 
cahaya pada kulit ku, 
cahaya pada daging ku, 
cahaya pada darah ku, 
cahaya pada tulang ku, 
cahaya di hadapan ku, 
cahaya di belakang ku, 
cahaya di kanan ku, 
cahaya di kiri ku, 
cahaya di atas ku dan 
cahaya di bawah ku. 
Ya Allah!, tambahilah oleh Mu akan daku cahaya dan  
kurniakanlah akan daku cahaya dan jadikanlah bagi ku cahaya."


[Sila lihat : Pengertian Kalimah An-Nuur  ]

(## Peringatan : Kandungan do'a ini sangat halus dan amat luas serta mendalam ilmunya yang menyentuh hal-hal akidah keimanan serta merendah diri ke hadrat Allah SWT. Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada sesiapa juga yang beriman beristiqamah mengamlakannya sebagai do'a harian khusunya selepas melaksanakan ibadat solat lima waktu di samping memahami serta menjiwai tafsil ilmu yang terkandung di dalamnya. Bermohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan tanpa jemu-jemu. Mudah-mudahan segala permohonan yang terkandung di dalam do'a ini dimakbulkan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya yang mukmin. Insya-Allah. Amin.)

                          والله أعلمُ بالـصـواب

[Lihat : 
              i.  Do'a Khalifah Abu Bakr As Siddiq r.a.
             ii.  Do'a Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
              iii.  A Very Special Dream  
             iv.  Pengertian al-Muraqabah dan Golongan Ahli al-Muqarrabin ]

              v.https://www.youtube.com/watch?v=_HEOzxtbzBE

                  (Maqam Nabi di Masjid Nabawi)

    

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53) وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ (54) وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنزلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ (55) أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَى عَلَى مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللَّهِ وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ (56) أَوْ تَقُولَ لَوْ أَنَّ اللَّهَ هَدَانِي لَكُنْتُ مِنَ الْمُتَّقِينَ (57)

        Maksudnya :

" Katakanlah : ' Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah sesekali kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(53)

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). (54)

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah dirturunkan kepadamu dari Tuhan-mu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tiada menyedarinya, (55)

supaya jangan ada orang yang mengatakan: ' Amat besar penyelesan ku atas kelalaian ku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokan (agama Allah)', (56)

atau supaya jangan ada yang berkata: 'Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertaqwa'. (57)

                [ Surah سورة الزمر Az-Zumar : 53-57 ]

          ****************************************************

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (128) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (129)

            Maksudnya :

" Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kamumu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan ( keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min. (128)

Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: ' Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadanya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki al-'Arasy yang agung'." (129)

          [ Surah سورة التوبة   At-Taubah : 128-129 ]

              *****************************************************

Dalam hadis Rasulullah s.a.w.menjelaskan: 
عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَتَتَّخِذُوْا قَبْرِي عِيْدًا وَلا تَجْعَلُوا بُيُوْتَكُمْ قُبُوْرًا وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَصَلُّوْا عَلَيَّ فَاِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي
                          Maksudnya :
"Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan, dan janganlah kamu jadikan rumahmu sebagai kuburan. Maka bacalah salawat kepadaku. Kerana sesungguhnya salawat yang kamu baca akan sampai kepadaku walau di mana saja kamu berada'.” [Musnad Ahmad bin Hanbal]




DO'A SAIDINA ALI BIN ABI THALIB RADHIALLAHU'ANH خلافه علي بن ابي طالب رضي الله عنه




   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَ إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ  وَنَسْتَوْدِعُكَ دِيْنَنَا  وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَنَا وَأَمْوَالَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا  اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِى كَنَفِكَ  وَأَمَانِكَ وَجِوَارِكَ  وَعِيَاذِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ  وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ  وَذِى عَيْنٍ وَذِى بَغْيٍ  وَشَرِّ كُلِّ ذِى شَرٍّ  إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

"اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ رَبُّ العَالَمِينَ.
 اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ الحَيُّ القَيُّومُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ العَلِيُّ العَظِيمُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلهَ اِلَّا اَنْتَ لَمْ تَلِدْ وَلَمْ تُولَدْ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ إلَّا اَنْتَ العَفُوُّ الغَفُورُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ إِلَّا اَنْتَ مُبْدِئُ كُلِّ شَيْئٍ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ العَزِيْزُ الحَكِيْمُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ مَالِكُ يَوْمِ الدِّيْنِ خَالِقُ الخَيْرِ وَالشَّرِّ خَالِقُ الجَنَّةِ وَالنَّارِ الوَاحِدُ الاَحَدُ الفَرْدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا الفَرْدُ الوِتْرُ عَالِمُ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ المَلِكُ القُدُّوْسُ السَّلَامُ المُؤْمِنُ المُهَيْمِنُ العَزِيْزُ الجَبَّارُ المُتَكَبِّرُ الخَالِقُ البَارِئُ المُصَوِّرُ الْكَبِيْرُ المُتَعَالِي المُقْتَدِرُ القَهَّارُ الحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ اَهْلُ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدُ تَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى القَادِرُ الرَّزَّاقُ فَوْقَ الخَلْقِ وَالْخَلِيْقَةِ."
وَصَلَّى اللّٰهُ عَلٰى سَيِّدِنَامُحَمَّدٍوَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


      Maksud Do'a ini ialah :

"Bahawasanya Engkau ialah Allah Tuhan yang memiliki sekalian alam. 
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau yang hidup lagi sentiasa ADA dan selama-lamanya ADA. Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau, Yang Maha Tinggi martabat lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran.
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau, Engkau tidak beranak dan tidak diperanakkan. 
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Yang Amat Memaafi lagi Yang Amat Mengampuni. 
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, yang mengadakan permulaan tiap-tiap sesuatu dan di bawah pentadbiran milik Engkau ia kembali.

Engkau Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Hikmat, Yang Amat Pemurah lagi Yang Amat Mengasihani, Yang Memiliki Hari Agama ( hari kiamat besar),  yang mengadakan kebajikan dan kejahatan, yang mengadakan syurga dan neraka, yang tiada menyamai sesuatu lagi tiada mempunyai juzuk, lagi hanya Engkau sahaja yang ada mempunyai sifat Ketuhanan, yang berhajat semua makhluk kepada Engkau kerana kesempurnaan Qadrat Engkau, lagi yang tiada menjadikan bagi Engkau isteri dan anak, yang tiada mempunyai lawanan, yang tiada mempunyai pasangan, 

Yang Amat Mengetahui segala perkara yang ghaib dan segala perkara yang tiada ghaib yang amat mempunyai pemilikan dan kesultanan, lagi Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala ketandaan baru (seperti masa dan tempat), Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan, lagi yang membenarkan diri Engkau, Rasul dan kitab-kitab Engkau, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada Ilmu Engkau walau kadar sebesar debu jua pun, Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan, lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada ada dengan Qadrat Engkau.

Engkau juga yang mengadakan segala barang sesuatu dengan tidak ada contoh misal yang lalu lagi yang mengadakan segala rupa sekalian makhluk dan memperelokkan baginya. Engkau Yang Amat Mempunyai Kebesaran Yang Maha Suci daripada segala sifat-sifat makhluk, Yang Amat Tinggi Martabat, Yang Tiada Mengenai sama sekali sebarang kekurangan, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna lagi yang mengalahkan bagi semua makhluk, yang tiada bersegera membalasi seksa di atas kesalahan lagi Yang Amat Baik, ahli kepercayaan dan kemuliaan. Engkau Amat Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan barang apa yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat yang amat sempurna, yang mengadakan rezeki-rezeki mengatasi hamba-hamba dan sekalian makhluk Engkau."




[**Peringatan (1) :  Apabila membaca, melafazkan atau berzikir dengan kalimah "Laillaha Illailllah" ( لا إله إلا الله ) atau menyebut  nama ALLAH (الله )hendaklah dibuang/dinyahkan sama sekali kesemua lintasan di dalam hati atau ingatan yang mengaitkan Allah itu dengan apa juga rupa sekalipun dan hendaklah mengingatkan serta memahami maksud kalimah tersebut seperti yang terkandung di dalam "Terjemah Aqidah Ahli Sunnah" dan " Asma' Ullah Al Husna." Oleh itu perkataan “disembah” itu lebih menepati jika diertikan atau ditukar  kepada yang “diibadatkan” .
Kalimah asalnya ialah seperti yang disebut pada kalimah Arabnya : “LA M’ABUDA BIHAQQIN ILLALLAH” (لامعبود بحق إلا الله) yang bererti : "Tiada yang sah "diibadatkan" dengan sebenarnya melainkan Allah".] 

[**Peringatan (2)  : Amalkanlah membaca Do'a ini berserta memahami kandungan maksud ilmunya pada setiap masa khususnya selepas menunaikan solat kerana ia dapat mengukuhkan lagi kefahaman ilmu mengenali Allah. Antara fadhilat besar yang diperolehi oleh sesiapa yang berdo'a dengannya ialah dia dituliskan daripada jumlah perhimpunan orang-orang sujud yang khusuk hati, dapat berjiran dengan Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Ibrahim a.s. ,Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan sekalian Nabi-nabi Sallalah Alaihi Wassalam dalam negeri kemuliaan (yakni di syurga) dan baginya pahala sebagaimana pahala sekalian orang-orang yang berbuat ibadat pada segala lapisan langit dan bumi. Amin.] 

Sesungguhnya telah menshalawatkan oleh Allah SWT ke atas Nabi Muhammad s.a.w.[yakni telah 'memberi rahmat' oleh Allah SWT ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ] dan ke atas tiap-tiap hamba yang terpilih. Ketika membaca Do'a ini hendaklah difahami juga pengertian "At Tanzihu" التـنـزيــه  yang terkandung di dalam : Terjemah Akidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahdat At Tauhid.


Bunyi Hadis Allah SWT Memuji Diri-Nya Sendiri :

رواه عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قال إن الله تعالى يمجد نفسه كل يوم ويقول: إني أنا الله رب العالمين إني أنا الله لا إله إلا أنا الحي القيوم إني أنا الله لا إله إلا أنا العلي العظيم إني أنا الله لا إله إلا أنا لم ألد ولم أولد إني أنا الله لا إله إلا أنا العفو الغفور إني أنا الله لا إله إلا أنا مبدىء كل شيء وإلي يعود العزيز الحكيم الرحمن الرحيم مالك يوم الدين خالق الخير والشر خالق الجنة والنار الواحد الأحد الفرد الصمد الذي لم يتخذ صاحبة ولا ولداً الفرد الوتر عالم الغيب والشهادة الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ المتكبر الخالق البارىء المصور الكبير المتعال المقتدر القهار الحليم الكريم أهل الثناء والمجد أعلم السر وأخفى القادر الرزاق فوق الخلق والخليقة



[Catatan* : Khalifah 'Ali bin Abi Thalib 
خلافه علي بن ابي طالب رضي الله عنه dilahirkan di Mekah pada 15 September, 601 Masehi bersamaan 13 Rejab, Sebelum Hijrah. Dia kembali ke rahmatullah pada 29 Januari, 661 Masehi bersamaan 21 Ramadan 40 Hijrah di Kufah dibunuh oleh Abdurrahman bin Muljam, seorang Khariji/Khawarij dan dimakamkan di Najaf, Iraq.]

Sahih Ibnu Hibban. Beliau berkata :

أخبرنا أبو خليفة حدثنا الحوضي عن شعبة عن الحر بن الصياح : عن عبد الرحمن بن الأخنس أنه كان في المسجد فذكر المغيرة عليا فنال منه فقام سعيد بن زيد فقال : أشهد على رسول الله صلى الله عليه و سلم أني سمعته يقول عشرة في الجنة : النبي صلى الله عليه و سلم في الجنة و ابو بكر في الجنة و عمر في الجنة و عثمان في الجنة و علي في الجنة و طلحة بن عبيد الله في الجنة و الزبير بن العوام في الجنة و سعد بن مالك في الجنة و عبد الرحمن بن عوف في الجنة  ولو شئت لسميت العاشر قالوا  من هو  فسكت فقالوا  من هو  فقال : سعيد بن زيد

             Maksudnya :

“ Abu Al-Khalifah mengkhabarkan kepada kami daripada Syu’bah daripada Al-Hurr Bin Al-Siyah daripada Abdurrahman Bin Al-Akhnas bahawa ada satu ketika beliau berada di Masjid. Maka Mughirah menyebut tentang Ali dan beliau mencela Ali. Lalu Sa’id Bin Zaid bangun dan berkata : 'Aku bersaksi dengan nama Rasulullah s.a.w bahawa aku mendengar Baginda bersabda tentang sepuluh (10) orang yang berada di dalam syurga : Nabi berada di syurga, Abu Bakar berada di syurga,  Umar berada di syurga, Uthman  berada di syurga, Ali berada di syurga, Talhah Bin Ubaidullah berada di syurga, Zubair Bin Al-‘Awwam berada di syurga, Sa’ad Bin Malik berada di syurga, Abdurrahman Bin ‘Auf berada di syurga. Kalau kamu mahu akan aku namakan orang yang kesepuluh'. Para sahabat bertanya siapakah dia lalu Nabi s.a.w diam. Para sahabat bertanya lagi : siapakah dia?. Maka Nabi s.a.w. menjawab : 'Sa’id Bin Za’id'.”

                  [   Hadis Riwayat Ibnu Hibban ]

           
                                    Maqam Saidina Ali r.a. di Masjid Khalifah Ali r.a., di Najaf, Iraq.
         
[Lihat kandungan doa ini di dalam kitab : MUKH  AD DO'A FIL IMAN]

Antara Firman Allah dalam al-Quran yang membawa maksud  bahawasanya Allah Ta'ala Memuji Diri-Nya Sendiri :
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ (1) هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ طِينٍ ثُمَّ قَضَى أَجَلًا وَأَجَلٌ مُسَمًّى عِنْدَهُ ثُمَّ أَنْتُمْ تَمْتَرُونَ (2) وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ (3)
              Maksudnya :
i. " Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka. (1)
Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi satu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya ( yang Dia sendirilah Mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu  (tentang berbangkit itu). (2)
Dan Dia-lah ( Yang disembah), baik di langit mahupun di bumi. Dia Maha Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan dan Mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan." (3)
          [ Surah  سورة الأنعام Al-An'aam : 1-3 ]
وَإِنْ كَانَ طَائِفَةٌ مِنْكُمْ آمَنُوا بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ وَطَائِفَةٌ لَمْ يُؤْمِنُوا فَاصْبِرُوا حَتَّى يَحْكُمَ اللَّهُ بَيْنَنَا وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ (87)
قَالَ الْمَلأ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَكَ مِنْ قَرْيَتِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ (88)

             Maksudnya : 

ii." Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: 'Bilakah terjadinya?'. Katakanlah : 'Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Tuhan-ku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi sekalian makhluk-Nya) yang berada di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang (berlaku) kepadamu melainkan dengan tiba-tiba'. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengethuinya. Katakanlah : ' Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.' (87)

Katakanlah : ' Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman'." (88)

                   [Surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 87-88 ]

وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

             Maksudnya :

iii." Allah mempunyai Asma' Ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma' Ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."

                   [Surah سورة الأعراف Al-A'raaf :180  ]

تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُنِيرًا (61) وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا (62) 

             Maksudnya :

iv." Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya. (61)

Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur." (62)

                 [ Surah  سورة الفرقان  Al-Furqan : 61-62 ] 

وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ (68) وَرَبُّكَ يَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ (69) وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الأولَى وَالآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (70)

             Maksudnya :

v." Dan Tuhanmu menciptakan/mengadakan apa yang Dia kehendaki dan memilih-Nya. Tidak sesekali ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan  (dengan Dia). (68)

Dan Tuhanmu Maha Mengetahui apa yang disembunyikan (dalam) dada (hati) mereka dan apa yang dinyatakan (zahirkan).(69)

Dan Dia-lah Allah, tidak ada Tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Dia,  segala puji bagi-Nya di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan." (70)

                  [ Surah سورة القصص Al-Qashash : 68-70 ] 

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ (17) وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ (18) يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ (19) 

            Maksudnya :

vi." Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan ketika kamu berada pada waktu subuh, (17)

dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan ketika kamu berada pada petang hari dan ketika kamu berada di waktu zuhur. (18)

Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan ( dari kubur). (19)

                [ Surah سورة الرّوم Ar-Ruum : 17-19 ] 

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24)
           Maksudnya :
vii." Dia-lah Allah Yang Tiada Sah diibadatkan dengan sebenarnya selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (22)

Dia-lah Allah Yang Tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya selain Dia, Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (23)

Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik lagi Paling Indah, (Asma' Ul Husna). Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (24)

           [ Surah سورة الحشر Al-Hasyr : 22-24 ]
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَى (11) إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى (12) وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَى (13) إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي (14) إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى (15) فَلا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى (16) 
                 Maksudnya :
vii." Maka ketika ia datang ke tempat api itu ia dipanggil: 'Hai Musa. (11)
Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa. (12)
Dan Aku telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan (kepadamu). (13)
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka ibadatkanlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku. (14)
Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang. Aku merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan. (15)
Maka janganlah sesekali kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa'."(16)
             [  Surah  سورة طه Thaahaa : 12-16 ]

 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Muhammad, isteri-isterinya dan zuriatnya.” [HR : Bukhari]

Wallahu'alam.



الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ 
                           Maksudnya : 
" (Malaikat-malaikat ) yang memikul al-'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): 'Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala'."
                  [Al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min  : 7 ]

                      *********************************************                        

 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ 

                    Maksudnya : 

"Dan Tuhanmu berfirman : ' Berdo'alah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadat kepada Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina'."

                        [ Al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min : 60 ]

            **************************************************

سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا (43) تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (44) 
             Maksudnya : 
" Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang sebesar-besarnya. (43)

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan mumuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesunguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (44)

                    [ Surah سورة الإسراء Al-Isra' : 43-44  ]



PENGERTIAN ZALIM DALAM AGAMA ISLAM

[ Sambungan daripada : HADIS SAHIH PERISTIWA ISRAK dan MIKRAJ ]            بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   السَّلاَمُ عَ...