Sabtu, 24 September 2011

BILAKAH HARI KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU?



 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
              أَمَّا بَعْـدُ       
'

  لا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ (1) وَلا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ (2) أَيَحْسَبُ الإنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ (3) بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ   (4)
                                                  Maksudnya :
      "Aku bersumpah dengan Hari Kiamat,(1)
dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (2) 
Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulang?(3) 
Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."(4)
 [Al-Quran سورة القيامة  surah al-Qiyaamah : 1-4 ]
************************************  
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَخْسَرُ الْمُبْطِلُونَ
                        Maksudnya :  
"Dan hanya kepunyaan Allah kerjaan langit dan bumi. Dan pada hari terjadinya kebangkitan, akan rugilah pada hari itu orang-orang yang mengerjakan kebatilan."
                              [Al-Quran سورة الجاثية surah Al-Jaatsiyah : 27

********************************

 بَلِ ٱلسَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَٱلسَّاعَةُ أَدْهَىٰ وَأَمَرُّ

                                     Maksudnya :
"Sebenarnya Hari Kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan Kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit." 
      [Al-Quran سورة القمر surah al-Qamar : 46 ]
***********************************
وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِنْ مَكَانٍ قَرِيبٍ (41) يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ (42) إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ (43) يَوْمَ تَشَقَّقُ الأرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ذَلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ (44
               Maksudnya : 
"Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat. (41) 
(Iaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya itulah hari keluar (dari kubur). (42) 
Sesungguhnya Kami menghidupklan dan mematikan dan hanya kepada Kami tempat kembali (semua makhluk). (43) 
(Iaitu) pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka (lalu mereka keluar) dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi kami." (44)
                             [Al-Quran  سورة ق‎‎ surah Qaaf : 41-44 ] 

********************************
Jemaah Haji Melakukan Wukuf di Padang Arafah

Walaupun seseorang manusia itu beriman atau tidak beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya namun di dalam hati kecilnya sentiasa berkata-kata dan tertanya-tanya kebenaran agama tawhid  yang wahyunya terpancar melalui kitabullah-kitabullah Az-Zabur, At-Taurah, Al-Injil, dan Al-Quran yang di turunkan kepada Nabi-nabi pilihan yang dibangkitkan menjadi Rasul iaitu Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. untuk membimbing, mengkhabar dan memperingatkan manusia ke jalan yang benar dalam segala hal mengenai kehidupan di dunia dan akhirat.
Di antara perkara terpenting yang dikhabarkan ialah mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Hari Akhirat yang tidak seorang pun manusia yang masih hidup di dunia dapat melihat dan menceritakan hal keadaannya yang sebenar kecuali Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat bimbingan wahyu Allah dan ditakdirkan Allah mengalami dan melihat sendiri dengan mata kepalanya dalam keadaan jaga [bukan mimpi] ketika berlaku peristiwa mukjizat besar malam Isra' dan Mikraj yang kita semua sedia maklum.

Berdasarkan penjelasan dan peringatan-peringatan yang diperingatkan berulang-ulang kali di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. terdapat banyak hal yang tersedia di alam akhirat selain daripada padang mahsyar, Alam Barzakh, hari dihisab segala amalan, titian sirat, 'Arasy, Qursi, 'haudh' kolam Nabi Muhammad, Sungai Al-Kauthar,neraka dan syurga. Apa yang berlaku di akhirat adalah di luar kemampuan batasan pemikiran dan logik akal manusia untuk mengetahuinya dan jauh sekali dapat melihat atau menguji kewujudannya ketika masih hidup di dunia.

Setiap orang yang beriman wajib mempercayai dan beriman dengan penuh keyakinan kepada hari akhirat. Maka akan gugur dan rosaklah iman seseoarang Muslim sekiranya mengingkarinya atau berpegang kepada iktiqad yang bertentangan dengan al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. terhadapnya.

Hari Kiamat adalah termasuk dalam himpunan hari akhirat yang wajib diimani dan pasti akan berlaku sebagaimana yang diperingatkan berulang-ulang kali  di dalam beberapa ayat al- Quran dan terdapat pula satu surah khas mengenainya iaitu Surah Al-Qiyammah dan Surah Al-Haaqqah selain daripada hal-hal mengenai peristiwa amat dahsyat terbesar dan terpenting yang menimpa seluruh alam ini seperti yang terdapat di dalam surah An-Nabaa', surah Yaa-Sinn, surah Al-Waaqiah, surah Al-Haaqqah, surah Ar-Ra'd dan beberapa surah lagi.  Penjelasan yang lebih luas dan mendalam mengenai Hari Kiamat dunia boleh diteliti daripada keterangan-keterangan Hadis Rasulullah s.a.w. 
Firman Allah di dalam al-Quran سورة سبأ surah Saba' ayat 3 memperjelaskan betapa keingkaran orang-orang kafir tentang berlakunya Hari Kiamat besar dunia dan ketegasan Allah terhadap kewujudannya yang pasti datang :
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لا تَأْتِينَا السَّاعَةُ قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ 
                         Maksudnya :
"Dan orang-orang yang kafir berkata : 'Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami.' Katakanlah : 'Pasti datang, demi Tuhan-ku Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya seberat zarrah pun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)."
Persoalanya bilakah berlakunya Hari Kiamat ini? 

Di dalam  سورة القيامة  surah Al-Qiyammah ayat 6 juga ada menyebut hal ini  :
       يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ
                         Maksudnya :

                  "Ia bertanya: "Bilakah Hari Kiamat itu?"

Demikian juga  di dalam سورة الأحزاب‎‎ surah al-Ahzab ayat 63 :
يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا
                Maksudnya:
" Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah : 'Sesungguhnya pengetahuan terntang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah.' Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya."

Rasulullah s.a.w. dicabar oleh kaum kuffar Quraisy untuk  membuktikan kebenarannya dengan membelah bulan, lalu bulan terbelah dua seperti yang diperjelaskan dalam سورة القمر surah al-Qamar ayat 1:

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ.
                 Maksudnya : 
"Telah hampir sa'at (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan."
Sunguhpun سورة القمر surah al-Qamar ini diturunkan untuk membuktikan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang Rasul sebagaimana yang dicabar oleh orang kafir Qurasy tetapi ayat pertama surah ini  juga  mengkhabarkan dan mengingatklan bahawa saat berlakunya hari kiamat sudah hampir dan terbelahnya bulan menjadi dua adalah pertandanya.  
Firman Allah dalam سورة الحاقة surah Al-Haaqqah: 1-8 pula memperjelaskan bahawa :
  الْحَاقَّةُ (1) مَا الْحَاقَّةُ (2) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحَاقَّةُ (3) كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالْقَارِعَةِ (4) فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ (5) وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ (6) سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ   (7) فَهَلْ تَرَى لَهُمْ مِنْ بَاقِيَةٍ (8) 
                     Maksudnya : 


" Hari Kiamat,(1) 
apakah Hari Kiamat itu?(2)  
Dan tahukah kamu apakah Hari Kiamat itu? (3) 
Kaum Tsamud dan 'Aad telah mendustakan Hari Kiamat. (4)
Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa. (5) 
Adapun kaum 'Aad, maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang,(6)  
yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon kurma yang telah kosong. (7) 
Maka kamu tidak melihat seorang pun yang tinggal di antara mereka."(8)   
Hasil carian imej untuk mayat-mayat manusia bergelimpangan dan menjadi busuk

Pada ayat 13-18 surah yang sama diperjelaskan lagi seperti berikut : 
  فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ (13) وَحُمِلَتِ الأرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً (14) فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ (15) وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ (16) وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ (17) يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ (18)
                                     Maksudnya :
"Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup,(13)  
dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung lalu dibentur keduanya sekali bentur.(14)  
Maka pada hari itu terjadilah Hari Kiamat,(15) 
dan terbelah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. (16) 
Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas mereka.(17)   
Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaan mu yang tersembunyi (bagi Allah)."(18)
Pertanyaan yang hampir sama juga diperjelaskan dalam سورة الملك surah Al-Mulk ayat 25-26 :
         (25) وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
           (26) قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِنْدَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُبِينٌ

                                    Maksudnya :
"Dan mereka berkata : Bilakah datangnya ancaman (Hari Kiamat) itu jika kamu adalah orang-orang yang benar? (25) 
Katakanlah : Sesungguhnya ilmu (tentang Hari Kiamat itu) hanya pada Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan."(26)
Demikian juga sejak di zaman Rasulullah s.a.w. terdapat ramai manusia yang masih ragu-ragu mengenai Hari Kiamat ini. Peringatan mengenai Hari Kiamat yang belum lagi berlaku ini  sentiasa berlegar-legar di dalam pemikiran mereka hingga menimbulkan banyak persoalan mengenai kebenaran wujudnya lalu membangkitkan pertanyaan seperti yang dimaksudkan di dalamسورة النبأ‎‎ surah An-Nabaa' ayat 1-5 :
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ (1) عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ (2) ٱلَّذِى هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ (3) كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ (4) ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ (5
                                Maksudnya :
"Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?(1)
Tentang berita yang besar!  (2)
yang mereka perselisihkan tentang ini.(3)  
Sekali-kali tidak!, kelak mereka mengetahui,(4)  
kemudian tidak sesekali, kelak mereka mengetahui."(5)
Di dalam ayat yang lain diperjelaskan lagi tentang Hari Kiamat yang tidak seorang makhluk Allah pun yang mengetahui tentang ketika berlakunya peristiwa besar yang tersangat dahsyat itu: 
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
                               Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui  di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."                   
   [  Al-Quran surah سورة لقمان Luqman : 34 ]
Perkara yang sama juga diperjelaskan sebagaimana  ayat berikut:
يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ 
              Maksudnya:
"Mereka akan bertanya kepada engkau tentang Hari Kiamat :" Bilakah terjadinya?". Katakanlah : "Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Tuhan-ku tidak seoarang pun yang dapat menerangkan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-hara bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka akan bertanya kepada mu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya.Katakanlah:"Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
                  [  Al-Quran  سورة الأعراف‎‎ surah Al-A'raf: 187  ]

Maksud yang hampir sama terkandung di dalam سورة النحل‎‎ surah An-Nahl : 77 :
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
                      Maksudnya :
" Dan kepunyaan Allah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Tidak adalah kejadian Kiamat itu melainkan seperti sekejap mata atau lebih cepat (lagi). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Di dalam satu Hadis Rasullah s.a.w. juga ada menjelaskan ketika Malaikat Jibrael a.s. menemui Rasullah s.a.w. di hadapan para sahabat (tetapi tidak dikenali para sahabat) menanyakan erti Iman, Islam dan Ikhsan dan dia juga turut menanyakan bilakah berlakunya Hari Kiamat seperti yang bermaksud: 
".......Kemudian orang itu (Malaikat Jibrael a.s.)bertanya lagi:  (selain itu) maka berilah tahu kepada aku tentang (masa berlakunya) Hari Kiamat?. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang lebih mengetahui dari yang bertanya. Orang itu bertanya lagi: Jika demikian maka berilah tahu kepada aku tentang tanda-tanda kedatangan Hari Kiamat itu?..........." (hingga akhir Hadis).
Dalam Hadis yang lain Rasulullah s.a.w. ditanya bilakah Hari Kiamat akan berlaku. Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa Hari Kiamat itu 'sangat hampir' seperti yang dimaksudkan :
 " Sabda Rasulullah s.a.w. bagaimanakah aku hendak bersedap-sedap dengan nikmat, kerana  tuan peniup Al-Suur itu telah pun meletakkan mulutnya pada Al-Qurn itu dan telah mendongakkan dahi, dan mendengarkan telinga menunggu bilakah diperintahkan menyuruh tiup, maka ia tiup. Kata Muqtal : Al-Suur itu ialah Al-Qurn dan yang demikian itu bahawasanya (Malaikat) Israfil Alaihisalam meletakkan mulutnya ke atas Al-Qurn yang ia seperti keadaan trompet yakni kecil pada kepala dan besar di hujung dan besar lubang peniup kepala Al-Qurn itu seperti sebesar segala lapisan langit dan bumi, dan dia menumpukan pemandangan matanya kepada pihak 'Arasy menunggu bilakah diperintah. 
Apabila ia tiup pada kali pertama maka matilah semua yang ada yakni mati semuanya kerana bersangatan terkejut dan takut melainkan mereka yang dikehendaki oleh Allah iaitu (Malaikat)  Jibrael, Mikael, Israfil dan Malaikat Maut. Kemudian disuruh Malaikat Maut mangambil roh Jibrael, kemudian roh Mikael,  Israfil dan kemudian Malaikat Maut. Dan kemudian semua makhluk Allah hidup kemudian daripada tiupan kali pertama itu di Alam Barzakh selama empat puluh dua (42) tahun. Kemudian dihidupkan oleh Allah akan Israfil Alaihisalam, maka Ia menyuruhnya meniupkan kali kedua,  maka yang demikian itu seperti yang dimaksudkan pada Firman Allah: Kemudian ia tiupkan padanya  kali yang lain, maka tiba-tiba mereka bangkit berdiri menunggu untuk pergi ke bumi Mahsyar."
Penjelasan sebahagian daripada nas-nas ini dapat memberi gambaran bahawa tidak terdapat seorang makhluk Allah pun yang mengetahui sama sekali bilakah masa yang pasti berlaku Hari Kiamat dunia yang sangat dahsyat dan penuh huru-hara yang tidak dapat digambarkan oleh jangkauan otak pemikiran manusia. 
Apa yang diterangkan dengan jelas di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasullah s.a.w. ialah tanda-tanda kedatangan Hari Kiamat "sudah hampir" dan suasana keadaan yang akan berlaku pada Hari Kiamat dunia supaya manusia khususnya orang yang beriman bersiap sedia menghadapinya dengan ilmu dan keimanan yang kukuh dan amalan-amalan salih yang dituntut oleh syarak. 
Ayat al-Quran surah سورة الزمر Az-Zumar ayat 67-68 menjelaskan:
وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ (67) 
                Maksudnya :
" Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, pada hal bumi seluruhnya dalam 'genggaman-Nya' pada Hari Kiamat dan langit digulung dengan 'tangan kanan-Nya'. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka sekutukan."
                       وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الأرْضِ إِلا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ (68
                         Maksudnya :
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing)."
 Firman Allah dalam surah  سورة يس Yaa-Siin ayat 48-53 pula memperjelaskan lagi:
وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (48) مَا يَنْظُرُونَ إِلا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ (49) فَلا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً وَلا إِلَى أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ (50) وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الأجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ (51) قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ (52) إِنْ كَانَتْ إِلا صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ (53
                       Maksudnya :
" Dan mereka bertanya : Bilakah datangnya (hari dibangkitkan) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar ? (48) 
Mereka tidak menunggu melainkan pekikan sahaja yang akan membinasakan mereka dalam keadaan bertengkar.  (49) 
Maka dengan itu mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan wasiat pun dan mereka tidak sempat kembali kepada keluarga mereka. (50)  
Dan ditiupkan sangkakala, maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhan mereka. (51)  
(Pada ketika itu) mereka (yang tidak percayakan hidup semula) berkata : Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami kami?. (Lalu dikatakan kepada mereka ) : Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasulNya. (52)  
Tidak  adalah pekikan itu selain pekikan sahaja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami." (53)
 Perkara yang hampir sama ada diperjelaskan juga dalam سورة عبس surah Absaa  ayat 33-42:
فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ (33) يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ (34) وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ (35) وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ (36) لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ (37) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ (38) ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ (39وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ (40) تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ (41) أُولَئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ (42
                                   Maksudnya : 
"Dan apabila datang suara yang memekakkan   (tiupan  sangkakala).(33) 
Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya,(34)  
dan ibu dan bapanya,(35)  
dan isteri dan anak-anaknya. (36)  
Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.(37)   
Banyak muka pada hari itu berseri-seri, (38)   
tertawa gembira, (39)  
dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu,(40)   
dan ditutup lagi oleh kegelapan.(41) 
Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka."(42)
 Sepantas manakah berlakunya kejadian kiamat dunia? Persoalan ini dijawab Allah dalam Firman-Nya dalam surah سورة النحل An-Nahl ayat 77 :
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
                 Maksudnya :  
" Dan kepunyaan Allah-lah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Tidak adalah kejadian kiamat itu, melainkan seperti sekejap mata atau lebih cepat (lagi). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
  Dalam  سورة الواقعة  surah Al-Waaqi'ah : 1-6 Allah memberi peringatan :
           إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ (1) لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ (2) خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ (3) إِذَا رُجَّتِ الأرْضُ رَجًّا (4) وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا (5) فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا (6 
                               Maksudnya :
" Apabila terjadi Hari Kiamat,(1)   
tidak seorang pun dapat berdusta tentang kejadiannya.(2)   
(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain).(3)  
Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,(4)  
dan gunung-gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya,(5)   
maka jadilah dia debu yang berterbangan,(6) 
 Antara huru-hara dan peristiwa yang amat dahsyat  berlaku pada Hari Kiamat ialah seperti yang dimaksudkan dalam سورة التكوير‎‎  surah At-Takwir ayat 1-14 :
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (1) وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ (2) وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ (3) وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ (4) وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ (5) وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ (6) وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ (7) وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ (8) بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ (9) وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ (10) وَإِذَا السَّمَاءُ كُشِطَتْ (11) وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ (12) وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ (13) عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا أَحْضَرَتْ (14
                                    Maksudnya :
 " Apabila matahari digulung,(1)  
dan apabila bintang-bintang berjatuhan,(2)  
dan apabila gunung-gunung dihancurkan,(3)  
dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dihiraukan),(4) 
dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, (5) 
dan apabila lautan dijadikan meluap,(6) 
dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh jasad), (7) 
apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup  ditanya,(8) 
kerana dosa apakah dia dibunuh,(9)
dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,(10) 
 dan apabila langit dilenyapkan,(11) 
 dan apabila Neraka Jahim dinyalakan,(12) 
 dan apabila syurga didekatkan,(13) 
maka setiap diri akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya."(14)
Dalam surahسورة النمل  An-Naml ayat 87 diperingatkan juga suasana Hari Kiamat seperti yang dimaksudkan:
وَيَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ  
                                        Maksudnya :
"Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala,maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang ada di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang 'mengadap-Nya' dengan merendahkan diri." 
Peringatan Allah terhadap dahsyatnya suasana Hari Kiamat  terkandung juga di dalam surah الزلزلة Az-Zalzalah ayat 1-8 : 
إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5) يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6) فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8 
                       Maksudnya :
"Apabila bumi digoncang dengan goncangannya (yang dahsyat). (1)
Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikeluarkannya).(2)
Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (jadi begini?).(3) 
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.(4) 
Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya.(5) 
Pada hari itu manusia keluar dari kubur-kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaannya.(6) 
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya.(7) 
Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya akan melihat (balasan)nya."(8)
Firman Allah di dalam  سورة المعارج  surah Al-Ma'aarij ayat 8-18 diperjelaskan lagi : 

Nasa Membenarkan Matahari Akan Terbit dari Barat, Subhanallah Benar Sabda Rasululah Muhammad SAW
  يَوْمَ تَكُونُ السَّمَاءُ كَالْمُهْلِ (8) وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ (9) وَلا يَسْأَلُ حَمِيمٌ حَمِيمًا (10) يُبَصَّرُونَهُمْ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ (11) وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ (12) وَفَصِيلَتِهِ الَّتِي تُؤْوِيهِ (13) وَمَنْ فِي الأرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنْجِيهِ (14) كَلا إِنَّهَا لَظَى (15) نَزَّاعَةً لِلشَّوَى (16) تَدْعُو مَنْ أَدْبَرَ وَتَوَلَّى (17) وَجَمَعَ فَأَوْعَى (18)
                            Maksudnya : 
"Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak. (8)  
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu (yang berterbangan). (9) 
Dan tidak ada seorang teman akrab pun menanyakan temannya. (10) 
Sedang mereka  saling melihat. Orang kafir ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya (11) 
Dan isterinya dan saudaranya. (12)  
Dan kaum familinya yang melindunginya (di dunia). (13)  
Dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya. (14) 
Sekali-kali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak.(15) 
Yang mengelupaskan kulit kepala. (16) 
Yang memanggil orang yang membelakang dan yang berpaling  (dari agama). (17)  
Serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya. (18)
Apakah nilai makhluk Allah pada Hari Kiamat? Firman Allah dalam al-Quran     surah  سورة القارعة Al-Qaaqri'ah ayat 1-11 memberikan sedikit penjelsaan:
الْقَارِعَةُ (1) مَا الْقَارِعَةُ (2) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ (3) يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ (4) وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ (5) فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ (6) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ (7) وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ (8) فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ (9) وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ (10) نَارٌ حَامِيَةٌ (11
                        Maksudnya :
"Hari Kiamat, (1) 
apakah Hari Kiamat itu? (2) 
Tahukah kamu apakah Hari Kiamat itu? (3) 
Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran,(4) 
dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan. (5) 
Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikannya), (6) 
maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.(7) 
Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikannya), (8) 
maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.(9) 
Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (10) 
(Iaitu) api yang sangat panas. (11)
Oleh sebab begitu dahsyatnya huru-hara yang akan berlaku pada Hari Kiamat besar dunia ini kelak Allah mengingatkan berulang-ulang kali di dalam al-Quran supaya manusia bersiap sedia untuk berhadapan dengannya dengan berusaha bersungguh-sungguh mencari ilmu yang hak, beramal soleh dengan melakukan amal ibadat dan perkara-perkara yang sewajarnya dilakukan oleh orang yang beriman ketika masih hidup di dunia. 

Apabila berlaku Hari Kiamat kelak setiap diri manusia akan lebih mengutamakan dirinya sendiri ketika berhadapan dengan segala perkara yang tidak dapat diduga. Hal ini ada disebut di dalam سورة البقرة surah Al-Baqarah ayat 48 Allah berfirman: 
وَاتَّقُوا يَوْمًا لا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلا هُمْ يُنْصَرُونَ 
                                    Maksudnya :
" Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (Kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa'at dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong." 
Firman Allah di dalam سورة المؤمن surah al-Mu'min ayat 59 Allah menegaskan lagi bahawa Hari Kiamat pasti akan datang sebagaimana yang dimaksudkan:
إِنَّ السَّاعَةَ لآتِيَةٌ لا رَيْبَ فِيهَا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يُؤْمِنُونَ 
                                     Maksudnya :
"Sesungguhnya Hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman."
Ketegasan Allah yang berulang-ulang kali menyebut di dalam al-Quran di samping banyak lagi huraian lebih lanjut yang terdapat dalam Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. adalah untuk memberi peringatan demi peringatan kepada umat manusia supaya bersiap sedia berhadapan dengan hari yang tidak ada tolok banding dahsyatnya yang akan menimpa seluruh alam semesta. Namun golongan manusia yang ingkar akan terus tertutup mata hatinya dan masih tetap tidak beriman serta memandang ringan terhadapnya. 
                                 
Terdapat banyak lagi ayat al-Quran yang menceritakan betapa dahsyat dan huru-haranya keadaan yang berlaku pada Hari Kiamat dunia yang dapat dirumuskan bahawa bumi akan digegar dengan goncangan yang amat kuat lagi amat dahsyat, gunung-ganang dan bukit-bukau hancur lebur menjadi debu berterbangan, langit terbelah dan segala bintang dibinasakan dan bermacam-macam hal lagi yang tidak dapat digambarkan melalui pemandangan mata dan akal fikiran logik manusia.

Berasaskan penjelasan ringkas ini setiap orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah menolak sekeras-kerasnya jika terdapat sebarang ramalan daripada golongan atau beberapa orang manusia yang mendakwa diri mereka sebagai saintis tersohor dunia, pakar metamatik, pakar astronomi dan apa juga dakwaan-dakwaan lain yang mengatakan konon Hari Kiamat dunia akan berlakau pada hari, bulan dan tahun khusus.

Ramalan atau teori-teori mereka kononnya adalah bersandarkan pentafsiran simbul yang tertera dalam manuskrip lama, pentafsiran sejarah, formula sains dan perkiraan-perkiraan hasil ciptaan mereka menggunakan kod-kod komputer dan sebagainya. Sekiranya ada di antara orang Islam yang yakin dan percaya kepada ramalan-ramalan ini akan rosaklah aqidah keimanannya kerana menafikan apa yang diterangkan di dalam al- Quran dan Hadis- hadis Rasulullah s.a.w.. 

[ # Catatan: Pada satu ketika dahulu wujud ramalan-ramalan berdasarkan kod-kod komputer bahawa dunia akan berhadapan dengan keadaan " kacau bilau" apabila menyambut tahun  baru 2000. Maka diwujudkan pula kod yang dikenali sebagai sistem Y2K oleh pereka pakar ramalan ini bagi mengatasi sebarang kemungkinan. Seluruh dunia berebut-rebut dan terpukau dengan sistem Y2K dengan mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar untuk memperolehinya dengan tanggapan "tidak sanggup mengambil risiko" sekiranya ramalan-ramalan tersebut menjadi kenyataan. 

Ternyata semua ramalan tersebut meleset.  Siapakah yang meraih keuntungan besar dan siapa pula yang kerugian dan tertipu? Sekiranya hal duniawi pun manusia mudah tertipu bagaimana pula hal akhirat yang langsung di luar jangkauan ilmu pengetahuan manusia ?

Apabila Hari Kiamat dunia tidak juga berlaku seperti yang heboh diwarwarkan seluruh dunia oleh golongan pakar ramalan tersebut, akan diberikan pula alasan-alasan yang munasabah dan logik pada akal manusia.

Maka senyaplah seketika kisah ramalan Hari Kiamat dunia ini setelah golongan tertentu yang mengambil kesempatan meraih keuntungan lumayan dalam pelbagai bidang perniagaan yang bersesuaian. Ataupun cerita mengenai Hari Kiamat ini menjadi bahan sindiran dan ejekan sebagai cerita lawak atau dongeng sahaja. Akhirnya golongan yang ingkar dan tidak beriman kepada hari akhirat akan terus mengingkari wujudnya Hari Kiamat dunia seperti yang diperjelaskan di dalam kitabullah dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.]
  
Hendaklah sentiasa difahami dan ingati mempercayai Hari Kiamat adalah termasuk sebagai Hari Akhirat dan salah satu daripada dalam Rukun Iman yang enam perkara. Namun kepercayaan ini hendaklah bersandarkan kepada nas-nas yang sahih dan bukan daripada rekaan otak manusia yang mengingkari kebenaran al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Membicarakan Hari Kiamat adalah merujuk kepada apa yang disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan tidak boleh sekali-kali disamakan dengan membuat ramalan cuaca yang menggunakan kaedah saintifik yang dibantu oleh peralatan teknologi hasil ciptaan manusia yang dianggp tercanggih.

Sungguhpun di dalam nas ada menyebut bahawa Hari Kiamat dunia sudah 'sangat hampir' berdasarkan tanda-tanda yang disebutkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.  tetapi kalimah "sudah sangat hampir" itu ialah persoalan MASA yang sangat subjektif untuk dipastikan kerana MASA adalah termasuk sebagai 'sesuatu' yang dijadikan Allah dan tertakluk kepada perintah dan kehendak Allah yang Qadim. 
Tidak ada sesiapa di kalangan makhluk Allah yang mengetahui sama sekali segala rahsia yang tertulis di Loh Mahfuz  melainkan Allah sahaja Yang Maha Mengetahui segala rahsia yang mengandungi hikmah amat tersembunyi.[ Hal ini ada di bicarakan dalam blog ini di bawah tajuk : Masa dan Tempat  Makhluk Allah.]
لَا تَقُوْمُ السَّاعَةُ عَلى أَحَدٍ يَقُوْلُ: لَا إلهَ إِلّا اللهُ
                        Maksudnya:
"Tidak akan berlaku kiamat ke atas seseorang yang mengucapkan لَا إلهَ إِلّا اللهُ La Ilah Illa Allah." [ HR Muslim, al-Tirmizi, Ibn Hibban, Ahmad]
Dalam Hadis yang lain ada menyebut : 
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ: اللهُ، اللهُ
                          Maksudnya : 
"Tidak akan terjadi kiamat, hingga tidak ada lagi orang yang di muka bumi ini menyebut: Allah… Allah.." [HR. Ahmad , Muslim dan, Tirmidzi ].
Apakah persiapan untuk menghadapi Hari Kiamat dunia? Adakah wajar menghimpunkan barang-barang makanan dan segala keperluan hidup dan berusaha mencari tempat tinggal yang baru di bumi atau dunia lain seperti yang di lakukan oleh orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul? 

Kesemuanya ini adalah persangka dan tanggapan logik akal golongan manusia yang tidak beriman sahaja kerana hakikat sebenar yang akan berlaku pada Hari Kiamat dunia adalah tersangat dahsyat yang langsung tidak dapat difikir dan digambarkan oleh otak manusia kerana ia berlaku di luar hukum alam tabi'e.  Untuk memahami hal ini sila baca dan fahami apa yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan jangan sekali-kali dikhayalkan oleh andaian dan fantasi golongan manusia yang tidak beriman dan mengikut munasabah akal fikiran logik mereka.

Mencontohi apa yang berlaku kepada Nabi Noh a.s. yang berdo'a kepada Allah agar diselamatkan daripada ancaman, ejekan-ejekan dan penghinaan daripada kaumnya yang mengingkari seruannya, Allah telah mewahyukan bahawa kaumnya yang ingkar akan dibinasakan melalui banjir besar yang menenggelamkan semua bumi hingga setinggi gunung dan Nabi Noh telah diwahyukan agar membina kapal bahtera bagi menghadapi bencana besar ini.

Maka terselamatlah Nabi Noh a.s. dan pengikut-pengikutnya dari kalangan orang-orang mukmin yang beriman dan pasangan haiwan yang bersamanya dalam kapal bahtera dan binasalah semua kaumnya yang ingkar. Peristiwa ini adalah hal yang berlaku di dunia dan Allah Amat Memuliakan dan Mengasihi orang-orang mukmin dengan memberi perkhabaran awal sebelum berlakunya peristiwa besar tersebut dan menunjukkan cara terbaik untuk menyelamatkan diri ketika menghadapinya. 

Hal yang hampir serupa juga telah dikahbarkan terlebih awal mengenai Hari Kiamat dunia yang sangat dahsyat itu agar orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya membuat persiapan awal menghadapinya.

Mudah-mudahan kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. yang ditakdirkan Allah hidup pada abad akhir zaman ini dapat mengambil iktibar daripada peristiwa Khalifah Umar al-Khatab r.a. yang  jatuh sakit selama sebulan apabila pada suatu malam ketika dia sedang melakukan tinjauan rondaan malam di kota Madinah mendengar dan menghayati seorang sedang membaca al-Quran di dalam rumahnya surah سورة الطور Ath-Thuur pada ayat :
إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ (7) مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ (8) يَوْمَ تَمُورُ السَّمَاءُ مَوْرًا  (9) وَتَسِيرُ الْجِبَالُ سَيْرًا (10) فَوَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (11الَّذِينَ هُمْ فِي خَوْضٍ يَلْعَبُونَ (12 
                               Maksudnya :
" Sesunguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi,(7)  
tidak seoang pun yang dapat menolaknya, (8) 
pada hari ketika langit benar-benar bergoncang, (9) 
dan gunung benar-benar berjalan, (10) 
Maka kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan, (11)  
(iaitu) orang-orang yang bermain-main dalam kebatilan."(12)  
[Al-Quran سورة الطور  surah Ath-Thuur : 7-12]      

                    


Apakah persiapan yang wajar dilakukan?

Persiapan yang sewajarnya dilakukan oleh setiap diri orang mukmin dan mukminat ialah persediaan berhadapan dengan kiamat kecil yang pasti dihadapi oleh setiap diri manusia pada bila-bila masa iaitu Sakaratul-maut yang juga sangat dahsyat seperti yang dijelaskan dalam blog ini di bawah tajuk: [Bersediakah Anda Menghadapi Sakaratul-Maut? ].

Sakaratul-maut pasti menemui dan dialami setiap diri manusia sebagaimana pasti datangnya hari esok dan kedatangan waktu siang dan malam. Terlalu banyak ilmu yang wajar difahami mengenai Sakaratul-maut ini kerana ia menjadi penentu di manakah seseoarang itu akan ditempatkan apabila berada di permulaan alam akhirat iaitu di dalam kubur Alam Barzakh  dan apakah bentuk ujian dan balasan yang akan diterima apabila berhadapan dengan Fitnah Kubur yang amat menggerunkan kelak.

Memahami hal yang berlaku pada saat Sakaratul-maut ini jauh lebih bermanfaat daripada terpaut hati dan tergoda dengan ramalan-ramalan songsang daripada golongan yang tidak beriman dan mempersendakan kebenaran al-Quran dan Rasulullah s.a.w yang diutuskan untuk menyampaikan peringatan kepada sekalian manusia dan jin. Saat Sakaratul-maut adalah pintu pertama bermulanya hari akhirat seseorang.

Kedatangannya "tersangat hampir" kerana setiap diri manusia dapat menghitung tarikh usianya dengan perkiraan jari masing-masing, tidak termasuk berbagai kemalangan maut atau terkena wabak jangkitan penyakit membawa maut di luar jangka yang boleh menimpanya pada bila-bila masa. Pada detik dan ketika ini pun ramai manusia sedang berjuang dengan "huru-hara" Sakaratul-maut apabila rohnya sudah sampai ke halkum tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali diri dia sendiri.

Pada saat-saat terakhir yang paling genting dan kritikal ini jugalah tentera-tentera syiatan berusaha memperdayakan setiap diri manusia agar mati dalam kesesatan  mensyirikkan Allah dan mati di dalam kemaksiatan dan kekafiran.

Sudah pasti si mati tidak dapat menceritakan kepada sesiapa pun akan perihal dirinya berhadapan dengan Malaikat Maut dan keadaan yang amat dahsyat semasa Sakaratul-maut ini. Mudah-mudahan penjelasan ini dapat mencerahkan pemahaman kita mengenai berlakunya Hari Kiamat dunia dan terselamat daripada pemahaman-pemahaman yang boleh merosakkan aqidah keimanan.
                ******************************************
وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا فَتِلْكَ مَسَاكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَنْ مِنْ بَعْدِهِمْ إِلا قَلِيلا وَكُنَّا نَحْنُ الْوَارِثِينَ    
             Masudnya : 
"Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang telah Kami binasakan, yang sudah bersenang-senang dalam kehidupannya; maka itulah tempat kediaman mereka yang tiada didiami (lagi) sesudah mereka, kecuali sebahagian kecil. Dan Kami adalah Pewaris (nya)."
                     [Al-Quran سورة القصص surah al-Qashash : 58]

                                             ***************************************
وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الأرْضَ بَارِزَةً وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا 
                            Maksudnya : 
"Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-ganang dan kamu akan melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka."
                       [Al-Quran surah سُوۡرَةُ الکهف  Al-Kahfi : 47 ]

                                      **************************************
       مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى
                        Maksudnya :
" Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain."    
                         [Al-Quran surah  سورة طه Thaahaa : 55 ] 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...