بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
أَمَّا بَعْـدُ
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي
مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata : 'Sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri (Muslim)'."
[Al-Quran surah سورة فصلت Fush Shilat : 33] *****************************************
يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ ءَامِنُواْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَـبِوَالْكِتَـبِ الَّذِى نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَـبِ الَّذِى أَنَزلَ مِن قَبْلُ وَمَن يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَـئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَـلاً بَعِيداً
Maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya Rasul-RasulNya dan hari kemudian (akhirat), maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."
[Al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' : 136 ]
************************************************
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (161) خَالِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ (162)
i." Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya. (161 )Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak akan diringankan seksa dari mereka dan tidak ( pula) mereka diberi tangguh." (162)
[ Surah سورة ٱلْبَقَرَة Al-Baqarah : 161-162 ]
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (67) وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا هِيَ حَسْبُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ (68)
Maksudnya :
ii."Orang-orang munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka mengenggamkan tangannya (kikir) . Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang fasik. ( 67)
Allah mengancam oran-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-oreang kafir dengan Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka; dan Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yang kekal." (68)
[ Surah سورة التوبة At-Taubah : 67-68 ]
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا
Maksudnya :
iii." Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hambaKu menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan Neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir."
[Surah سورة الكهف Al-Kahfi : 102 ]
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا (145)
إِلا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا (146)
Maksudnya :
iv." Sesungguhnya orang-orang munafik itu ( ditempatkan) pada tingkatan yang paling terkebawah dari neraka, dan kamu tidak sesekali akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (145 )
Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan (melakukan) pekerjaan-pekerjaan yang baik dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) mengerjakan agama mereka semata-mata kerana Allah sahaja (meninggalkan yang buruk/keji). Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar. (146)
[ Surah سورة النساء An-Nisaa': 145-146 ]
وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
Maksudnya:
i.“Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan (millah). Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu golongan sahaja. Sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah mereka?' Nabi s.a.w menjawab: 'Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku'.” [Riwayat At-Tirmizi ]
Daripada Mu’awiyah bin Abi Sufian r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ: ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
Maksudnya:
ii.“Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan.Dua golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jamaah.” [Riwayat Abu Daud ]
i. Wujudnya Allah Itu Antara Ada Dengan Tiada?
"cahaya di qalbu, cahaya di mata, cahaya di telinga, cahaya pada tulang, darah, daging dan cahaya di hadapan, di kanan, di kiri..."
dan juga kerendahan hati baginda bermohon doa kepada Allah.
".... ada, sentiasa ada, selama-lamanya ada dan tidak berkeputusan ada-Nya. Sebelum diadakan masa, tempat, alam, arasy, qursi,sunyi sepi,suara, gelap, cahaya, lapang, kosong, gerak, diam dan apa sahaja yang terlintas dalam hati maka yang ada hanyalah Allah SWT sahaja yang ada penuh dengan kesempurnaan, ketinggian martabat dan kemuliaan Asma' Ullah Al-Husna. Sekiranya tidak diadakan alam sama sekali pun Allah tetap ada, sentiasa ada, selama-lamanya ada dan tidak berkeputusan ada-Nya, sentiasa tetap dengan kemuliaan dan ketinggian martabat-Nya. Dia-lah yang awal yang tiada berawal bagi-Nya dan Dia-lah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya. Apabila dijadikan sekalian makhluk-Nya Dia tetap dengan Sifat-Nya dengan tiada berkurangan atau bertambah."
"Adalah diketahui bahawa orang yang jahil dalam ilmu mengenai Allah itu tidak memberikan apa-apa faedah pun daripada amalan-amalan soleh yang dilakukannya, malahan ia terdedah kepada pintu kesesatan dalam agama. Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal? Maka sabdanya : Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azawajalla. Maka ditanya: Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu? Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT. Maka ditanya kepadanya: Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu. Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwatalla."
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
i." Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan hati mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiramnya, maka hujan gerimis ( pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat."
[ Surah الْبَقَرَة Al-Baqarah : 265 ]
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
ii."Maka tetaplah (istiqamah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan ( juga) orang yang taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
[ Surah سورة هود Hud : 112 ]
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأمُورِ
Maksudnya :
iii." Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah sahaja kesudahan segala urusan."
[ Surah سورة لقمان Luqman : 22 ]
Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda:
وَأَنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ أَدْوَمُهَا إِلَى اللَّهِ، وَإِنْ قَلَّ
i.“Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah yang berterusan (istiqamah) walaupun ia sedikit.” [HR Al-Bukhari dan Muslim ]
ii. "Dari Aisyah r.a. bahawa dia berkata: Nabi Shallallhu 'alaihiwassalam pernah ditanya: Amalan apakah yang paling dikasihi Allah SWT? Dia menjawab : (Amal kebajikan/kebaikan) yang dikerjakan terus menerus (beristiqamah) walaupun sedikit, lalu bersabda: Beramallah sesuai dengan kemampuan kamu kalian."
[Maksud Hadis Rasululllah s.a.w. Sahih al-Bukhari].
Adalah menjadi kewajipan fardhu 'ain bagi setiap orang untuk menuntut ilmu yang boleh memberi panduan ke haluan perjalanan hidup yang lurus yang boleh menyelamatkan diri dari kesesatan beragama yang menjurus ke neraka. Berbagai cara dan kaedah menuntut ilmu boleh dilakukan walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai halangan yang mencabar. Perjuangan menuntut ilmu yang hak adalah satu jihad yang amat besar pahalanya yang memerlukan pengorbanan, kebijaksanaan berfikir dan do'a yang berterusan kepada Allah agar sentiasa dilimpahi hidayah dan rahmat-Nya. Konsep menuntut ilmu dalam Islam adalah tanggungjawab "pembelajaran di sepanjang hayat" yang akan hanya tamat apabila Malaikat Maut datang 'menjemputnya' berpindah hidup di Alam Barzakh.
Dalam pada itu beberapa peringatan Allah dalam al-Quran seharusnya sentiasa menjadi garis panduan yang antaranya menjelaskan:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ (116) إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ مَنْ يَضِلُّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (117)
Maksudnya :
i." Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) (116)
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui tentang orang-orang yang mendapat petunjuk." (117)
[ Surah سورۃ الانعام Al-An'aam: 116-117 ]
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ
Maksudnya :
ii." Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka berwaspadalah terhadap mereka: semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?
[ Surah سورة المنافقون Al-Munaafiquun : 04 ]
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
i. Maksudnya:
"Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, sesungguhnya ganjaran baginya sebagaimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).” [Riwayat Muslim ]
Ketika Rasulullah s.a.w menghantar Saidina Muaz bin Jabal r.a. ke Yaman, baginda bertanyakan kepadanya beberapa soalan kepada Muaz berdasarkan sabdanya yang berikut:
كَيْفَ تَقْضِي فَقَالَ أَقْضِي بِمَا فِي كِتَابِ اللَّهِ . قَالَ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ اللَّهِ قَالَ فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم . قَالَ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ أَجْتَهِدُ رَأْيِي قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Maksudnya:
ii."Dengan apakah kamu akan berhukum? Maka Muaz menjawab: 'Aku akan berhukum dengan apa yang terdapat di dalam Kitabullah'. Baginda bersabda: 'Sekiranya ia tidak terdapat di dalam Kitabullah ?'. Maka jawab Muaz: 'Aku akan berhukum dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.'. Baginda bertanya lagi: 'Sekiranya tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w ?' Jawab Muaz: 'Aku akan berijtihad dengan pendapatku'. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: 'Segala puji bagi Allah yang telah memberikan taufiq kepada utusan Rasulullah s.a.w'." [ HR At-Tirmizi]
iii."Dan dari apa yang diriwayatkan, maka sabda Rasulullah s.a.w. apabila mengutuskan Mu'az ke Yaman : 'Satu orang yang Allah berikan hidayat-Nya melalui engkau adalah lebih baik dari dunia dan barang apa yang ada di dalamnya'. Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sebaik-baik pemberian dan sebaik-baik hadiah ialah sepatah perkataan hikmat yang engkau dengar dan engkau pelihara akan ia kemudian engkau membawanya kepada salah seorang saudaramu yang Muslim, lalu engkau mengajarnya akan dia adalah sama dengan ibadat satu tahun'."
Larangan berputus asa dari rahmat pertolongan Allah dan kewajipan bertaubat adalah antara aspek-aspek penting yang berulang-ulang kali diperingatkan Allah di dalam al-Quran agar hamba-hambaNya setiasa bersabar dan kukuh mantap keimanan mereka apabila berhadapan dengan berbagai yang ditakdirkan pada Qadha dan Qadar-Nya. Antara peringatan yang disampaikan ialah :
قَالُوا لَا تَوْجَلْ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلامٍ عَلِيمٍ (53) قَالَ أَبَشَّرْتُمُونِي عَلَى أَنْ مَسَّنِيَ الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُون (54) قَالُوا بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ فَلا تَكُنْ مِنَ الْقَانِطِينَ (55) قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَحْمَةِ رَبِّهِ إِلا الضَّالُّونَ (56)
Maksudnya :
i." Mereka berkata : 'Janganlah kamu merasa takut, sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadamu dengan (kelahiran seorang) anak lelaki ( yang akan menjadi) orang yang alim'. (53)
Berkata Ibrahim : 'Apakah kamu memberi khabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu khabarkan itu?' (54)
Mereka menjawab: 'Kami menyampaikan khabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa'. (55)
Ibrahim berkata: ' Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang-orang yang sesat'." (56)
[ Surah سورة الحجر Al-Hijr : 53-56 ]
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53) وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ (54)
Maksudnya :
ii." Katakanlah : ' Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (53)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)'." (54)
[ Surah سورة الزمر Az-Zumar : 53-54 ]
يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Maksudnya :
iii." Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu perputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'."
[ Surah سورة يوسف Yusuf : 87 ]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya :
iv." Hai orang-orang yang beriman, betaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan : ' Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'.
[ Surah سورة التحريم At-Tahrim : 08 ]
إِلا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (70) وَمَنْ تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا (71) وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا (72)
Maksudnya :
v." Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (70)
Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. (71)
Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya." (72)
[ Surah سورة الفرقان Al-Furqan : 70-72 ]
Mudah-mudahan Allah mengurniakan taufik dan hidayah-Nya kepada kita untuk merenungi, memahami dan menghayati bebarapa Firman Allah dalam surah-surah berikut yang amat luas lagi mendalam pengertiannya dalam memahami berbagai aspek erti kehidupan sebagai seorang insan yang beriman kepada-Nya, insya-Allah:
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Maksudnya :
i." Sesungguhnya agama ( yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi al-Kitab (Kitabullah yang diturunkan sebelum al-Quran), kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir (ingkar) terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya."
[ Surah سورة آل عمران Ali-'Imran : 19 ]
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya :
ii."Diharamkan bagimu ( memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain daripada Allah, yang tercekek,yang dipukul;, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah (mengundi nasib dengan anak itu) adalah kefasikan.
Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam ini menjadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[ Surah سورة المائدة Al-Maidah : 3 ]
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ
i. Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya yang Qadim
ii. SOAL dan JAWAB Mengenai "ADA " Allah SWT
iii. Asma' Ullah Al Husna

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ
[Al-Quran surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 96 ]"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia."
****************************************
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الإنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلاMaksudnya :
[Al-Quran surah سُوۡرَةُ الکهف Al-Kahfi : 54 ]" Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah."
**************************************
Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ
وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
:Maksudnya
“Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu: 'Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ' (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung)."
[HR. Bukhari dan Muslim ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan