Selasa, 21 April 2026

KEUTAMAAN DAN HIKMAH ZIKIR DAN DO'A


               بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ 
وَبَعْدَ الْمَمَاتِ 
 
 أَمَّا بَعْـدُ

                   
وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلا أُنزلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِنْ رَبِّهِ قُلْ إِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ أَنَابَ (27) الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28) الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ (29) 

                   Maksudnya :
" Orang-orang kafir berkata : 'Mengapa tidak diturunkan kepadanya ( Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?'. Katakanlah : ' Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertaubat kepada-Nya', (27)
(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahaja hati menjadi tenteram. " (28)
                   [ Al-Quran surah سورة الرعد Ar-Ra'd : 27-28 ]

                   ****************************************************
فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا (62) قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا (63)

             Maksudnya :

" Maka tatkala mereka berjalan labih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: 'Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan ini'.

Muridnya menjawab: 'Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali'." 

                        [  Al-Quran surah سورة الكهف Al-Kahfi: 62-63 ]

          **************************************************

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
      Maksudnya : 

“Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: 'Apakah dia taman-taman syurga tersebut?' Rasulullah berkata: 'Majlis-majlis ilmu/zikir (mengingati Allah)' . [Hadis riwayat at-Tirmizi].
************************************************************


MUQADDIMAH
ZIKIR ذكر adalah antara amal ibadat yang disyariatkan dalam Islam. Walaupun ibadat zikir tidak difardhukan secara khusus sebagaimana ibadat-ibadat fardu yang wajib dilakukan mengikut rukun dan kafiat hukum syarak yang termaklum. Namun  peringatan-peringatan Allah yang berulang-ulang kali disebut di dalam al-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah s.a.w dapatlah difahami bahawa ibadat zikir dan doa yang saling berkait itu amat dituntut oleh syarak sebagai ibadat mengingati Allah seperti ibadat solat dan ibadat-ibadat lain yang difardukan kerana setiap ibadat yang dilakukan adalah untuk memperingati dan memulikan Allah yang menjadikan sekalian makhluk yang terdapat di seluruh alam,di langit dan bumi.  Malahan sebagai Kalam Allah kitabullah al-Quran itu sendiri dinamakan juga sebagai 'Al-Zikir' ('الذِّكْرَ' ) sebagaimana Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الحجر Al-Hijr ayat 9 :
                 إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
                        Maksudnya :
"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan peringtan 'الذِّكْرَ' (al-Quran) dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." 
Firman Allah ini boleh diertikan bahawa orang mukmin yang membaca al-Quran  adalah melakukan ibadat zikir memeperingti Allah juga. 
Ibadat ZIKIRULLAH yang disertakan dengan DO'A adalah antara amalan-amalan harian di sepanjang hayat yang disuruh supaya diperbanyakkan tanpa ada had masa, tempat dan tidak terikat dan tertakluk secara khusus dengan syarat-syarat seperti rukun dan kafiat tertentu untuk diamalkan sebagaimana ibadah-ibadah khusus lain seperti solat, puasa, zakat, haji dan umrah, dan sebagainya. Ia adalah rahsia dan penghubung secara terus antara hamba dengan Allah Al-Khaliq, Tuhan yang mengadakan sekalian alam dan segala sesuatu yang tidak terhingga banyaknya sama ada yang ghaib atau yang nyata. Adalah amat ditakuti mereka yang enggan berzikir dengan bertasbih memuji keagungan, kebesaran dan kemuliaan Allah serta enggan berdoa kepada-Nya akan termasuk sebagai golongan hamba-Nya yang sombong takbur dan boleh terjumlah sebagai golongan yang mengingkari Allah.
Amalan berzikir, bertasbih, bertahmid atau membaca al-Quran adalah antara amalan ibadat harian yang amat dituntut dalam Islam sejak seseorang bayi itu masih dalam kandungan ibunya,  dilahirkan ke dunia, kehidupan seharian (berkeluarga dan bermasyarakat) dan akhir sekali ketika berada dalam keadaan nazak  (sakit tenat) berhadapan dengan sakaratul-maut.

Ternyata bahawa amalan zikir yang disertakan atau dipadukan dengan do'a bukan hanya sekadar ibadah, tetapi ia juga adalah antara amalan yang boleh membersih dan mensucikan jiwa hati nurani seseorang hamba Allah yang semestinya tidak terhindar daripada melakukan dosa kesalahan kepada Allah dalam pelbagai aspek sama ada ketara lagi nyata atau tidak disedarinya kerana hanya terbit di dalam hatinya sahaja terhadap Allah SWT. Di samping itu amalan zikir juga adalah untuk melafazkan setinggi-tinggi pujian terhadap Allah bagi mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhingga dan berkesudahan banyaknya kepada sekalian hamba makhluk-Nya yang terdapat di seluruh alam.
Mudah-mudahan dengan amalan ibadat zikirullah serta do'a yang dilakukan berterusan secara istiqmah dengan penuh keikhlasan berteraskan kemantapan  penghayatan dan pemahaman Ilmu A-Tauhid yang hak di atas landasan pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah dapat mendekatkan diri seseorang hamba Allah yang beriman itu kepada rahmat dan pertolongan Allah di sepanjang hayatnya hingga ke akhir kalam dan hidup yang kekal abadi di akhirat. 
"Barangsiapa yang mengucap (dengan penuh ikhlas)‘Laa ilaaha illallah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk syurga.  [Maksud Hadis Riwayat Ahmad ]


Sesungguhnya Rahmat Allah itu 'amat hampir' kepada setiap orang hamba makhluk-Nya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar terhadap setiap sesuatu walau di mana sekalipun mereka berada pada setiap detik masa. Bahkan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segala bisikan atau lintasan yang terbit di dalam hati (qalbu) setiap orang hamba-Nya walaupun amat disembunyi dan dirahsiakan sebagaimana Firman-Nya di dalam al-Quran yang antaranya memperjelaskan:
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ 
            Maksudnya :
i." Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagiterus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah Mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa Ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak sesekali merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
               [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 255 (Ayat Al-Kursi) 
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّماواتِ وَما فِي الْأَرْضِ وَكانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُحِيطاً 
             Maksudnya :
ii." Kepunyaan Allah jua apa sahaja yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah (pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu ."

               [ Surah سورة النساء An-Nisaa' : 126 ]

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

          Maksudnya :

iii." Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang didaratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata ( Lauh Mahffuz)."

                 [ Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 59 ]

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الأرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنزلُ الأمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا 

     Maksudnya :

iv." Allah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesunguhnya Allah, Ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu." 

                    [ Surah سورة الطلاق Ath-Thalaaq : 12 ]

 قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيم (16) يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُلْ لَا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلامَكُمْ بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (17) إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (18)

                    Maksudnya :    

v." Katakanlah ( kepada mereka): ' Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu (keyakinanmu), pada hal Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu'. (16)

Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: 'Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dia-lah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar'. (17)

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (18)

 [ Surah سورة الحجرات Al-Hujuraat : 16-18 ]

Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baiknya dengan cukup sempurna segala sifatnya sebagai makhluk manusia supaya mereka berbahagia sebagai hamba Allah yang ta'at kepada-Nya dalam satu tempoh masa tertentu ketika hidup di dunia. Namun demikian Allah telah mentakdirkan bahawa manusia akan berhadapan dengan berbagai ujian untuk menilai ketaqwaan dan keimanan mereka sebelum dimatikan pada masa yang telah ditakdirkan untuk berpindah hidup di Alam Barzakah hingga dibangkitkan semula pada Hari Kiamat besar dunia.   Martabat kemuliaan seseorang manusia dan sekalian makhluk di sisi Allah adalah ketaqwaan mereka yang berkekalan mentaati-Nya dalam segala perkara yang diperintahkan-Nya. 

Allah tidak sesekali berhajat dan mengambil apa juga faedah dari setiap sesuatu yang dijadikan-Nya. Antara Firman Alah dalam al-Quran yang menjelaskan hal ialah: 

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طِينٍ (12) ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ (13) ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ (14) ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ (15) ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ (16)

   Maksudnya :

i." Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. (12)

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh ( rahim). (13)

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang beluang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (14)

Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. (15)

Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di Hari Kiamat." (16)

           [ Surah سورة ٱلْمُؤْمِنُون  Al-Mu'minun : 12-16 ]

          لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ 

            Maksudnya :

ii." Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

                [Surah سورة التين  At-Tiin : 04 ]

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلْنَٰهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلْنَٰهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلً

                   Maksudnya :

iii." Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami jadikan." 

            [  Surah سورة الإسراء Al-Israa' : 70 ]

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
           Maksudnya :
iv." Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ' Sujudlah kamu kepada Adam', maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."

                  [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 34 ]

Keutamaan dan kepentingan mengingati Allah melalui berbagai kaedah dan cara beribadat secara nyata melalui perbuatan/ lisan dan niat di dalam hati semoga  sekalian hamba-Nya dapat dinilai melalui begitu banyak Firman Allah yang berulang-ulang memberi peringatan demi peringatan serta berbagai perumpamaan sebagaimana yang termaktub dalam kitabullah khususnya al-Quran dan disusuli pula banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang memberikan huraian lebih  lanjut dan meluas terhadap ayat-ayat al-Quran berkenaan. Antara Firman Allah yang menjelaskan hal ini ialah: 

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7) رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (8) وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (9) 
        Maksudnya :
i." (Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat-malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta keampunan bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): ' Ya Tuhan kami, rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala. (7) 
Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, (8) 
dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar'." (9)
                   [Surah سورة المؤمن Al-Mu'min : 7-9 
كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ (151) فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ (152)

            Maksudnya :

ii." Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.(151)

Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat ( pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari ( nikmat) Ku." (152)

                     [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 151-152  ]

                               Jemaah Haji Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah 

 فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ  (200) وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (201) أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (202) وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (203

                 Maksudnya :

iii." Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji mu, maka berzikirlah (dengan menyebut) Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan ) nenek moyang mu, atau (bahkan) berzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa : 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia', dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan ) di akhirat. (200) 
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ' Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah  kami dari seksa neraka'. (201) 
Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. (202) 
Dan berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dalam beberapa hari yang berbilang. Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya. Dan barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), maka tidak ada dosa pula baginya bagi orang yang bertaqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, dan ketahuilah, bahawa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya." (203)

                     [Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 200-203 ] 

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّماواتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهارِ لَآياتٍ لِأُولِي الْأَلْبابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِياماً وَقُعُوداً وَعَلى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّماواتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنا مَا خَلَقْتَ هَذَا باطِلاً سُبْحانَكَ فَقِنا عَذابَ النَّارِ (191) رَبَّنا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَما لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصارٍ (192) رَبَّنا إِنَّنا سَمِعْنا مُنادِياً يُنادِي لِلْإِيمانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنا فَاغْفِرْ لَنا ذُنُوبَنا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئاتِنا وَتَوَفَّنا مَعَ الْأَبْرارِ (193) رَبَّنا وَآتِنا مَا وَعَدْتَنا عَلى رُسُلِكَ وَلا تُخْزِنا يَوْمَ الْقِيامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعادَ (194)

          Maksudnya :

iv." Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (190)  
( Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( seraya berkata) : ' Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.(191)

Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun. (192)

Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): 'Berimanlah kamu kepada Tuhanmu'., maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbuat bakti. (193)

Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak sesekali menyalahi janji'." (194) 

                  [  Surah سورۃ آل عمرن Ali 'Imran : 190-194 ] 

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3)

             Maksudnya :

v." Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,  (1)

dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, ( 2)

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat. " ( 3)

                 [   Surah سورة النصر An-Nashr : 1-3 ] 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

              Maksudnya : 

vi." Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesekali harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

              [ Surah سورة المنافقون Al Munaafiquun : 9 

وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 

            Maksudnya :

vii." Allah mempunyai Asma'-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma'-ul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."

                   [  Surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 180 ] 

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

            Maksudnya :

viii." Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadat kepada Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina'."

               [  Surah سورة المؤمن/سورة غافر  Al-Mu'min/Al-Ghafir  : 60]         

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)

     Maksudnya : 

ix." Hai orang-orang yang beriman,  berzikirlah ( dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (41)  

Dan  bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. (42)    
Dia-lah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (mohonkan ampun untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari  kegelapan kepada cahaya  (keimanan). Dan Dia adalah Yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."(43)

                        [Surah سورة الأحزاب Al-Ahzab : 41-43 ]

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلا 
              Maksudnya :
x.." Katakanlah : 'Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan nama yang mana sahaja kamu seru. Dia mempunyai Al-Asma' Ul Husna (nama-nama yang terindah dan terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suara mu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan pertengahan di antara kedua itu'."
                       [Surah سورة الإسرا  Al-Israa' : 110 ] 
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (55) وَلا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ بَعْدَ إِصْلاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَةَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (56
             Maksudnya :
xi." Berdo'alah kepada Tuhan mu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (55 )  
Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo'alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya Rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (56)
                     [Surah  سورة الأعراف  Al-A'raaf : 55-56 
فَإِذا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِياماً وَقُعُوداً وَعَلى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ كانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتاباً مَوْقُوتاً 

            Maksudnya :    

xii." Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu ( sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman." 

                      [Surah سورة النساء An-Nisaa' : 103 ]

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ (48) وَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَإِدْبَارَ النُّجُومِ (49) 
          Maksudnya :

xiii." Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri, (48)
dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-blntang ( di waktu fajar).(49)

                      [ Surah سورة الطور Ath-Thuur : 48-49 ]

Antara hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan kepentingan dan keutamaan melakukan ibadat zikir dan mengingati Allah ialah :

i. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang mengucapkan :
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
maka baginya pahala seperti: Membebaskan 10 orang hamba, dicatat baginya 100 kebaikan, dihapus baginya 100 kejahatan, pelindung dari syaitan pada hari itu hingga petang.
Dan tidak ada seorang pun yang dapat menandinginya melainkan yang mengamalkan lebih dari itu."
[HR al-Bukhari dan Muslim]

كَانَ عِكْرِمَةُ بْنُ أَبِي جَهْلٍ يَأْخُذُ الْمُصْحَفَ فَيَضَعُهُ عَلَى وَجْهِهِ وَيَبْكِي وَيَقُولُ: كَلَامُ رَبِّي كِتَابُ رَبِّي

  Maksudnya:

ii.“Adapun Ikrimah bin Abi Jahal ( 'Amr bin Hisyam) r.a. mengambil mushaf (al-Quran), lalu meletakkannya di wajahnya dan menangis sambil berkata: 'Ini adalah wahyu Tuhanku, ini kitab Tuhanku....!!   

.... هذا كلام ربي . . هذا كلام ربي 
Ertinya: “Ini kalam Tuhanku.. Ini kalam Tuhanku.” 

” [Riwayat al-Thabarni dan al-Baihaqi ]

قَالَ ابْنُ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَيْ بِالَّليلِ وَالنَّهَارِ فِي البَرِّ وَالْبَحْرِ وَالسَّفَرِ وَالحَضَرِ وَالْغِنَى وَالفَقْرِ وَالمَرَضِ وَالصِّحَةِ وَالسِّرِ وَالعَلاَنِيَّةِ.

             Kata Ibnu Abbas r.a yang bererti: 
iii."Yakni di waktu malam dan siang; di darat dan lautan; dalam perjalanan dan semasa menetap (bukan dalam perjalanan) ; di waktu kaya dan miskin; (semasa) sihat dan sakit; dan (semasa) sunyi dan terbuka."
Dan apabila Rasulullah s.a.w ditanya: Apa dia amalan-amalan yang lebih afdal. Maka sabdanya:
"اَنْ تَمُوتَ وَلِسَانُكَ رَطبٌ بِذِكْرِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ".

               Maksudnya :
iv.“Bahawa engkau mati sedangkan lidah engkau basah dengan zikrullah Azza Wajalla”.
Nabi s.a.w bersabda:

"مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْتَعَ فِي رِيَاضِ الجَنَّةِ فَلْيُكْثِرْ ذِكْرَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ".

                     Maksudnya :
v.“Barangsiapa gemar bersuka-suka, bersenang-senang di taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan sebutan zikrullah Azza Wajalla."

Sabdanya lagi:

"أَصْبِحْ وَأَمْسِ وَلِسَانُكً رَطِبٌ بِذِكْرِ اللهِ تُصْبِحُ وَتُمْسِيِ وَلَيْسَ عَلَيكَ خَطِيئَةً ".
                   Maksudnya:
vi.“Berpagi-pagi dan berpetang-petanglah kamu kalian dalam keadaan lidah kamu basah dengan menyebut Allah, nescaya kamu berada (sepanjang) pagi dan (sepanjang) petang tanpa ada ke atas kamu apa-apa kesalahan.”
Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"لَذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِالْغَدَاةِ والعَشِيِّ اَفضلُ مِنْ حَطمِ السيوفِ فِي سَبِيلِ اللهِ
وَمِنْ اِعْطَاءِ المَالِ سَحًّا".

                 Maksudnya :
vii.“Sesungguhnya zikrullah itu (iaitu menyebut Allah Azza Wajalla) di waktu pagi dan petang adalah lebih afdal dari memecahkan pedang-pedang pada (perang) sabilillah (jalan Allah) dan dari memberi wang (sedekah) secara berterusan."
 Sabdanya lagi : 

"مَا عَمِلَ ابْنُ آدَم مِنْ عَمَلٍ أَنْجَى لَهُ مِنْ عَذَابِ اللهِ مِنْ ذِكْرِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ قَالَ وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ اِلاَّ اَنْ تَضْرِبَ بِسَيْفِكَ حَتَّى يَنْقَطِعَ ثُمَّ تَضْرِبَ بِهِ حَتَّى يَنْقَطِعَ ثُمَّ تَضْرِبَ بِهِ حَتَّى يَنْقَطِعَ".

           Maksudnya :
viii."Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh anak Adam itu lebih selamat baginya dari azab Allah, selain dari zikrullah Azzal Wajalla. Kata mereka: Wahai Rasulullah, walaupun berjihad pada sabilillah (jalan Allah)? Sabdanya: 'Sekalipun berjihad pada sabilillah melainkan engkau memukulkan dengan pedang engkau hingga terputus, kemudian engkau memukulkan dengannya hingga terputus, kemudiannya engkau memukulnya hingga terputus'."

Bagi seseorang yang beriman dan mempunyai kefahaman dan penghayatan yang mendalam terhadap Ilmu Mengenal Allah amat memahami bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu yang terdapat di seluruh alam walaupun hanya sebesar debu zarrah atau lebih halus lagi sama ada yang ghaib atau yang nyata. Inilah yang menjadi teras pegangan iktiqad keimanan Ahli Sunnah wal Jemaah yang antara lain menjelaskan bahawa : 

          AL-ILMU  ( العلم)

"Bahawasanya Allah SWT itu Amat Mengetahui akan semua barang yang di bawah Ilmu Allah yang tiada terhingga banyaknya itu. Allah SWT Amat Mengetahui segala apa juga barang yang berlaku di bawah tujuh lapis bumi hingga paling teratas daripada tujuh lapis langit, dan tidak ada satu barang pun yang tersembunyi daripada Ilmu Allah itu walaupun sekadar sebiji debu yang ada pada bumi dan langit melainkan semuanya itu diketahui-Nya belaka.

Bahkan Allah SWT Amat Mengetahui perjalanan semut hitam binatang-binatang (serangga) yang halus di atas batu pejal yang hitam pada waktu malam yang sangat gelap gelita itu dan mengetahui gerak setiap biji debu yang berterbangan di udara.    Dia Amat Mengetahui segala rahsia dan segala barang yang lebih tersembunyi dan Dia Amat Mengetahui sebarang apa juga gerak-gerak tujuan dan cadangan-cadangan hati sekalian hamba-Nya dan segala apa juga barang yang terlintas di hati mereka itu. Allah SWT Amat Mengetahui segala pati kemahuan-kemahuan hati dari rahsia-rahsia yang disembunyikan oleh mereka itu.
Allah SWT Amat Mengetahui akan segala hal yang demikian itu semuanya dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali dan sentiasalah Allah itMengetahuinya pada Azalul-Aazal (ازل الآزال )dan Ilmu Allah SWT itu tidak berdatang-datang, tidak menerimai berbilang-bilang, tidak menerimai berubah-ubah dan tidak berpindah-pindah."

 Allah Maha Mengetahui segala doa, hajat dan gerak-gerak lintasan yang tersimpan di dalam hati setiap orang hamba makhluk-Nya walaupun amat dirahsia dan disembuyikan. 

Apabila dia memahami, menjiwai serta menghayati teras pemahaman akidah keimanan ini,  nescaya dia amat berasa takut dan malu kepada Allah. Lantas dia segera bertaubat mohon keampunan dan rahmat pertolongan Allah agar terpelihara dari melakukan dosa kesalahan dan balasan azab seksa yang dijanjikan. Di samping itu adalah amat mudah baginya mentaati segala suruhan Allah walaupun secara beransur-ansur mengikut keupayaannya. Adalah sesuatu yang teramat sukar bagi orang yang jahil dan melakukan maksiat terhadap Allah untuk kembali bertaubat dan mohon keampunan dari-Nya tanpa ilmu dan penghayatannya.  

Sesungguhnya Allah yang mengadakan segala sesuatu dengan Perbuatan-Nya  dengan limpah murah daripada Keadilan-Nya dan mempunyai hikmat pada segala Perbuatan-Nya lagi sangat Adil-Nya kerana menzahirkan bagi Kuasa-Nya  terhadap apa yang telah terdahulu atas kehendak-Nya dan membenarkan segala pekara yang ada pada Azal-Nya. Sesungguhnya Allah tidak sesekali mengambil faedah dan mempunyai sesuatu hajat kepada setiapa sesuatu yang diadakan-Nya kerana Allah itu amat terkaya dalam segala-galanya dan Dia mempunyai kelebihan dan kemurahan dan sentiasa memberi rahmat kepada setiap makhluk-Nya yang tiada terhingga. 

Justeru Allah menjadikan manusia dan jin bukan sia-sia tanpa sebab atau tujuan tetapi adalah semata-mata untuk mentaati-Nya. Allah tidak sesekali mempunyai sebarang hajat atau mengambil faedah terhadap kejadian jin dan manusia sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة الذاريات  Az-Zaariyaat ayat 56-57 :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (56) مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (57)

                 Maksudnya : 

"Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya berbahagia mereka (dengan sebab) berbuat IBADAT kepada Ku. (56 ) 

Aku tidak sesekali menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak sesekali menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. (57)              

SEMUA MAKHLUK ALLAH BERTASBIH DAN BERZIKIR MUMUJI ALLAH 

Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah sewajarnya merasa malu kepada makhluk-makhluk lain yang terdapat di langit dan bumi yang sentiasa bertasbih dan bezikir memuji kemuliaan dan kebesaran Allah walaupun kejadian mereka adalah amat jauh berbeza atau berlainan daripada makhluk manusia yang dikurniakan akal dan berbagai kenikmatan bagi membolehkan kita hidup sebagai manusia yang beriman dan bertaqwa kepada-Nya di sepanjang hayat.  Atas Sifat-Nya Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah Allah telah membangkitkan para Nabi dan Rasul yang maksum lagi mulia di kalangan manusia serta diturunkan wahyu al-Kitab untuk dijadikan pedoman dan rujukan supaya hidup berbahagia menikmati kesejahteraan kehidupan di dunia yang berkekalan hingga akhirat. Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menjelaskan hal ini :

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 

                Maksudnya :

i." Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguynya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

IBADAT SOLAT DAN BACAAN ZIKIRULLAH

Ibadat solat adalah 'tiang agama' dan tunggak segala amal ibadat yang difardhukan kepada orang yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan hari akhirat. Ibadat solat juga adalah ibadat khusus paling utama untuk memberikan tumpuan sepenuhnya mengingati Allah sahaja yang juga menjadi rumusan intipati  penghayatan ilmu yang dipelajarinya.  Jika dilakukan dengan sempurna mengikut Rukun dan Kaifiatnya dengan penuh ikhlas, memahami serta menjiwai dan menghayati setiap kalimah yang dilafazkan nescaya Allah menerimanya dan dikurniakan ganjaran pahala yang besar. Di samping itu ibadat solatnya juga dapat mencegah diri seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan kemungkaran. Antara Firman Allah  dalam al-Quran mengenai kepentingan dan keutamaan ibadat solat ialah : 

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ 

            Maksudnya :

i." Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab  (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungghnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat lain). Dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

                 [ Surah سورة العنكبوت  Al-Ankabut : 45 ]

وَلا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (42) وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ (43) 

             Maksudnya :

ii." Dan jaganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui.Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk. 

                    [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah 42-43 ] 

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ(45) الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُوا رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ(46)

              Maksudnya :
iii." Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (45) 
(iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." (46)
                [ Surah سورة البقرة  Al-Baqarah 45-46 ] 
أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا (78) وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا (79
              Maksudnya : 
iv." Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan  (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat itu disaksikan ( oleh para malaikat)(78) 
Dan pada sebahagian malam hari lakukanlah solat tahajud kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (79)

                  [ Surah سورة ٱلْإِسْرَاء Al-Israa' : 78-79 ] 

وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (115) 

             Maksudnya :  

v." Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang ( pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (114) 

Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.(115)

                  [ Surah  سورة هود  Hud : 114-115 ] 

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي

               Maksudnya :  

vi." Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya selain Aku, maka ibadatkanlah  Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."

                  [ Surah سورة طه Thaahaa : 14 ] 

Sebagaimana termaklum fardhu solat diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w di Sidratil Muntaha ketika baginda mengalami peristiwa mukjizat besar Isra' dan Mikraj. Ketika berada  di Baitul Makmur baginda melihat sendiri para malaikat melakukan ibadat solat tanpa henti mengikut cara masing-masing. Sesungguhnya kafiat solat yang diajarkan oleh Malikat Jibril AS kepada Rasulullah s.a.w adalah atas perintah Allah dengan mencontohi ibadat para malaikat di Baitul Makmur. Jika disemak 13 Rukun Solat yang wajib difahami dan dilakukan ketika mendirikan ibadat solat mengandungi bacaaan kalimah-kalimah zikir daripada ayat-ayat al-Quran khusus memuji kebesaran dan keagungan Allah sahaja selain daripada bacaan doa bermohon rahmat pertolongan Allah. Bahkan ayat-ayat al-Quran dan kalimah takbir wajib dibaca dan jika tertinggal boleh menyebabkan solatnya terbatal.

Allah menjanjikan setiap ibadat walaupun dengan kalimah sebutan yang kelihatan  sedikit sahaja sebagaimana yang disyariatkan kepada orang yang beriman necaya akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda banyaknya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana lebih Mengetahui akan rahsia dan hakikat di sebalik segala suruhan yang diperintahkan atau digalakkan kepada setiap orang hamba-Nya.  

Sebagai contoh, adalah sesuatu yang amat luar biasa bahawasanya setiap sebutan zikirullah memuji kemuliaan dan keagungan Allah dicatatkan ganjaran pahalanya oleh para malaikat sebagaimana hadis berikut :

i. Hadis daripada Rifa’ah bin Rafi’ berkata:

كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ: "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ"، قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ: رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ: "مَنِ المُتَكَلِّمُ" قَالَ: أَنَا، قَالَ: رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ

               Maksudnya: 

“Kami pernah solat bersama Rasulullah s.a.w. Ketika baginda s.a.w bangun daripada ruku’ baginda s.a.w membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ (MaksudnyaAllah mendengar dan memperkenankan/memberi pahala bagi sesiapa yang memuji-Nya). Tiba-tiba salah seorang daripada sahabat  membaca (ketika iktidal): 

                                “رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ”              

Maksudnya :Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan kebarakatan). 
Selepas selesai solat, Rasulullah s.a.w bertanya: 'Siapa yang mengucapkan kalimah itu?' Sahabat itu berkata: 'Saya.' Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: 'Aku melihat lebih tiga puluh (30) malaikat berebut untuk menjadi yang pertama pada mencatatnya (pahalanya)'.” [Riwayat al-Bukhari ]

Dalam hadis yang lain diperjelaskan juga tentang kurniaan rahmat Allah kepada hamba-Nya yang membaca al-Quran walaupun hanya satu huruf sahaja :

 ii. Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.m Nabi s.a.w bersabda :

 إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ تَعَالَى فَتَعَلَّمُوا مِنْ مَأْدُبَتِهِ مَا اسْتَطَعْتُمْ، إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَهُوَ النُّورُ الْمُبِينُ، وَالشِّفَاءُ النَّافِعُ، عِصْمَةُ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ، وَنَجَاةٌ لِمَنْ تَبِعَهُ، لاَ يَعْوَجُّ فَيُقَوَّمُ، لاَ يَزِيغُ فَيُسْتَعْتَبُ، وَلاَ تَنْقَضِي عَجَائِبُهُ، وَلاَ يَخْلَق عَنْ كَثْرَةِ الرَّدِّ فَاتْلُوهُ، فَإِنَّ اللهَ يَأْجُرَكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرَ حَسَنَاتٍ، أَمَا إِنِّي لاَ أَقُولُ لَكُمْ الم حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ عَشْرٌ، وَلاَمٌ عَشْرٌ، وَمِيمٌ عَشْرٌ

         Maksudnya: 

Al-Quran ini adalah 'hidangan' dari Allah SWT. Oleh itu hadapilah 'hidangan' Allah itu sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah 'tali Allah' (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat وَالشِّفَاءُ yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutinya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, maka akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh (10) ganjaran. Saya tidak katakan 'Alif Laam Miim' الم sebagai satu huruf tetapi 'Alif' sepuluh (ganjaran) dan 'Laam' sepuluh dan 'Miim' sepuluh. [Riwayat al-Hakim ]

Demikian juga Firman Allah dalam al-Quran memperjelaskan lagi akan rahmat dan kemurahan-Nya mengurniakan hamba-hambaNya yang mukmin yang bertaqwa dan beramal soleh dengan balasan yang berlipat kali ganda terhadap setiap kebaikan /kebajikan yang dilakukan:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

             Maksudnya: 

i."Perumpamaan (nafkah/infak yang dikeluarkan oleh  ) orang yang menafkahkan hartnya  di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Sesungguhnya Allah melipat gandakan ( ganjaran pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan kurniaan Allah Maha Luas dan Dia Maha Mngetahui .

                 [ Surah  سورة البقرة Al-Baqarah: 261]

 يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6) فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)

       Maksudnya :

ii."Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. (6)

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)(7)

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula." (8) 

             [ Surah سورة الزلزلة Az-Zalzalah: 6-8 ]             

 Demikianlah betapa pemurah dan kasihnya Allah kepada orang-orang mukminin dan mukminat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh yang beristiqamah mentaati segala suruhan-Nya. Dia pasti melipatgandakan balasan pahala kebajikan setiap orang hamba-Nya yang mukmin walaupn kebajikan dan kebaikannya hanya terlalu sedikit/kecil sebesar zarrah sahaja. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah itu tidak sesekali mengingkari segala janji-Nya kepada setiap orang hamba-Nya.

IBADAT KETIKA DALAM DARURAT/PEPERANGAN  

Firman Allah dalam al-Quran ada menjelaskan yang bermaksud bahawa agama Islam itu mudah dan tidak membebankan. Justeru terdapat segelintir umat Islam yang mengambil mudah terhadap suruhan beribadat apabila berlaku sesuatu hal yang mencabar seperti ketika melakukan perjalanan yang jauh (musafir), sakit yang menyebabkan kesukaran mendapat bekalan makanan dan minuman, tempat tinggal dan sebagainya.  Antara ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan hal ini ialah: 

  •           "...يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ..."
    Maksudnya :"...Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu..." [Surah al-Baqarah: 185].

  •           "...وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى الدِّيْنِ مِنْ حَرَجٍۗ..."
     Maksudnya :"...dan Dia (Allah) tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama..." [Surah al-Hajj: 78].

  •                "لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا..."
    Maksudnaya : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya/kemampuannya..." [Surah al-Baqarah: 286].

Dalam hadis Rasulullah s.a.w pun ada melakarkan hal ini seperti:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ

          Maksudnya : 

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya agama itu mudah, dan tidaklah seseorang mempersulitkan urusan agama melainkan dia akan tewas (semakin berat dan sulit). Maka hendaklah kamu lurus dan bersederhana serta hendaklah kamu bergembira. Hendaklah kamu mendapatkan pertolongan pada waktu pagi dan petang serta sebahagian dari waktu malam yang berlalu.” [HR al-Bukhari]

Dalam hadis yang lain  Rasulullah s.a.w memperjelaskan lagi betapa pentingnya melakukan ibadat solat sebagai ibu segala ibadat yang difardukah Allah: 

“إِنَّ أوَّلَ مَا يُحاَسَبَ به العبدُ يومَ القيامةِ مِنْ عملِهِ صلاتُهُ، فإنْ صَلُحَتْ فقدْ أفلحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فقدْ خَابَ وَخَسَرَ” -رواه الترمذي

          Maksudnya:

Sesungguhnya perkara yang pertama dihisab bagi seseorang hamba itu pada hari kiamat ialah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung. Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang yang kecewa dan rugi.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)

 Berpandukan nas ini terdapat segelintir di kalangan umat Islam yang mengambil mudah/ringan dengan mengabaikan/meninggalkan solat apabila berada dalam keadaan tersebut dengan andaian atau alasan bahawa Islam itu mudah dan tidak memberatkan. Walaupun dalam hukum syarak memberi kemudahan bagi mereka yang berada dalam musafir dengan melakukan solat jamak qasar sebagaimana termaklum, namun mereka tidak mengqadhakannya atau bertaubat kepada Allah apabila mereka sudah berada dalam keadaan aman seperti sedia kala. 

Sedangkan dalam hukum syarak mengingati Allah seperti melakukan ibadat solat adalah diwajibkan kepada hamba-Nya yang beriman tanpa pengecualian walaupun berada dalam keadaan sukar seperti ketika dalam peperangan, bermusafir dan sebagainya. Antara Firman Allah dalam Quran yang menjelaskan hal ini ialah:

                                     Mengerjakan Solat Khauf صلاة الخوف

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَ‌ائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَ‌ىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَ‌هُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ‌ أَوْ كُنتُم مَّرْ‌ضَىٰ أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا حِذْرَ‌كُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِ‌ينَ عَذَابًا مُّهِينًا

              Maksudnya :

i.“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah satu kumpulan dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.”  

 حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ (238) فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالا أَوْ رُكْبَانًا فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ (239)

              Maksudnya :

ii.“Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk. (238) 
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (239)

              [Surah سورة البقرة Al-Baqarah :  238-239]

"...وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ..."
     Maksudnya: 

iii."...dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir (maka bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain..."

                   [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 185

Berpandukan hukuman dan nas tersebut para ulama fiqah telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai solat khauf  صلاة الخوف  ini:

Khauf صلاة الخوف bagi mereka bukan semata-mata takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut) dari ancaman kebakaran dan juga binatang-binatang buas dan lain-lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran.”




Saidina Ali r.a. pernah meriwayatkan yang bermaksud : 
" Apabila tiba waktu perang Badar, dan ketika kami berhadapan dengan musuh, kami bimbang terhadap Rasulullah s.a.w kerana baginda adalah orang yang paling berani, dan tiada di antara kami yang lebih dekat dengan musuh melainkan baginda."

Allah juga memperingatkan kepada bala tentera muslimin agar sentiasa berzikir dan mengingati Allah apabila berada di medan peperangan fisabillah berbekalkan keimanan dan ketaqwaan yang hak,  penuh semangat keberanian dan kesabaran yang tuntas serta mempunyai ilmu dan kebijaksanaan mengatur pelan strategi peperangan terbaik berteraskan keikhlasan dan penuh tawakkal kepada Allah agar mencapai kemenangan dan jika terkorban dikurniakan martabat tertinggi sebagai syuhadak:   

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (45) وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (46) وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ  (47)

              Maksudnya : 

i." Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuhmaka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. (45)

Dan taatlah kepda Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gementar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya ( rahmat/pertolongan) Allah berserta orang-orang yang sabar." (46) 

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (Ilmu) Allah itu meliputi apa yang mereka kerjakan."  (47)

         [ Surah سورة الأنفال Al-Anfaal : 45-47 ]


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

             Maksudnya :
ii." Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

                      [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 216 

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

                      Maksudnya :

iii." Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah sesekali kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

                       [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 190 

إِنَّ اللَّهَ عَالِمُ غَيْبِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (38) هُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلائِفَ فِي الأرْضِ فَمَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَلا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِلا مَقْتًا وَلا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلا خَسَارًا (39)

                   Maksudnya :

iv. Sesungguhnya Allah Mengetahui yang tersembunyi di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati. (38)

Dia-lah yang menjadikan kamu 'khalifah-khalifah' di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (39)

               [ Surahسورة فاطر Faathir : 38-39 ]

 قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيم (16) يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُلْ لَا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلامَكُمْ بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (17) إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (18)

                    Maksudnya :    

vi." Katakanlah ( kepada mereka): ' Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu (keyakinanmu), pada hal Allah Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu'. (16)

Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: 'Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dia-lah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar'. (17)

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (18)

 [ Surah سورة الحجرات Al-Hujuraat : 16-18 ]

CONTOH AMALAN ZIKIR HARIAN, BERKALA dan KETIKA BERHADAPAN DENGAN BERBAGAI CABARAN dan UJIAN-UJIAN ALLAH

Terdapat berbagai bentuk amalan zikir yang diamalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga kini yang disusun secara bersepadu yang mengandungi ayat-ayat al-Quran tertentu dan kalimah-kalimah yang terkandung dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Biasanya amalan zikirullah ini dilakukan selepas solat fardhu atau berbagai kategori solat sunat dalam keadaan biasa atau ketika menghadapi ujian yang getir yang memberatkan, ketika mengalami sakit tenat, atau pada hari-hari tertentu seperti hari Jumaat, sesuatu hari kebesaran dalam Islam pada bulan-bulan hijrah tertentu seperti yang termaklum atau pada setiap masa yang dilakukan secara berterusan dalam hati sahaja. Antara hadis-hadi Rasulullah s.a.w yang menjelaskan bacaan zikirullah ini ialah :

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

       Maksudnya: 

i.“Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan :** الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ ,maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.” [ HR Muslim]

         Dari Ubadah bin Shomit radhiyallahu ’anhu, Nabi bersabda: 

مَنْ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَابْنُ أَمَتِهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَأَنَّ الْجَنَّةَ حَقٌّ وَأَنَّ النَّارَ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةِ شَاءَ 

            Maksudnya: 

ii."Barangsiapa mengucapkan (dengan kalimah yang bermaksud): ’Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan lain yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, Muhammad adalah hamba-Nya dan Utusan-Nya, dan aku (bersaksi) bahwa ’Isa adalah hamba Allah dan anak dari hamba-Nya, dan Kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam serta Roh dari-Nya, dan (bersaksi pula) bahwa syurga adalah benar adanya dan neraka pun benar adanya, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga dari delapan pintu syurga yang mana saja yang dia kehendaki." [HR. Muslim ]

عن عمران بن الحصين, ما يستطيعُ أحدُكُم أن يعملَ كلَّ يومٍ مثلَ أُحُدٍ عملًا؟ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ومَن يستطيعُ أن يعملَ كلَّ يومٍ عملًا مثلَ أُحُدٍ؟ قال: كلُّكُم يستطيعُهُ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ماذا قال: سبحانَ اللهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، ولا إلهَ إلّا اللهُ أعظمُ مِن أُحُدٍ، والحمدُ للهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، واللهُ أكبرُ أعظمُ مِن أُحُدٍ

Maksudnya :
iii."Dari Imran bin Hussain r.a., Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
'Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud'?. Para sahabat menjawab : 'Ya Rasulullah siapa yang mempu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud'?. Baginda bersabda : ' Kamu semua mampu'. Mereka bertanya : 'Bagaimana caranya?'. Baginda bersabda: ' Ucapan kalimah Subhanallah (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ ) lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La Illa ha Illallah ( لا اله الا الله ) lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan kalimah Alhamdulillah ( ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ ) lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) lebih besar daripada Gunung Uhud." [ HR at-Thabarani]

iv."Dan meriwayatkan oleh Annas bin Malik daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawasanya dia bersabda : 'Barangsiapa sembahyang pada hari Isnin 12 rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah dan ayat Al-Kursi satu kali, apabila telah selesai dia membaca 12 kali surah al-Ikhlas Qul Huallah Hu Ahad ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) dan beristigfar 12 kali , nescaya diserukan pada Hari Kiamat : di mana si polan bin/binti  si polan.... hendaklah dia berdiri mengambil pahalanya daripada Allah Azawajalla, maka awal-awal barang yang dikurniakan daripada pahala itu ialah seribu pakaian perhiasan dan dimahkotakan lalu dikatakan padanya : masuklah oleh mu akan syurga. Maka menerimai sambutan kedatangannya oleh 100,000 orang malaikat yang berserta tiap-tiap seorang malaikat itu satu hadiah yang mereka memuliakannnya hingga mengelilingi di atas 1000 buah istana yang diperbuat daripada jenis cahaya yang bergermelapan'.

Daripada al-Harith al-Asy’ari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

وَآمُرُكُمْ أَنْ تَذْكُرُوا اللَّهَ فَإِنَّ مَثَلَ ذَلِكَ كَمَثَلِ رَجُلٍ خَرَجَ العَدُوُّ فِي أَثَرِهِ سِرَاعًا حَتَّى إِذَا أَتَى عَلَى حِصْنٍ حَصِينٍ فَأَحْرَزَ نَفْسَهُ مِنْهُمْ، كَذَلِكَ العَبْدُ لَا يُحْرِزُ نَفْسَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ إِلَّا بِذِكْرِ اللَّهِ

              Maksudnya: 

iv."Dan aku menyuruh kalian agar berzikir kepada Allah kerana sesungguhnya itu seumpama seorang lelaki yang dikejar musuh-musuh melalui jejaknya dengan laju sampailah lelaki itu mendapatkan kubu pertahanan yang kukuh dan berjaya mempertahankan dirinya daripada musuh-musuhnya. Begitulah seseorang hamba Allah tidak akan mendapat perlindungan diri daripada syaitan kecuali dengan zikir kepada Allah." [Hadis Riwayat Imam at-Tirmidzi ]
 ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺯُﻫَﻴْﺮُ ﺑْﻦُ ﺣَﺮْﺏٍ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺟَﺮِﻳﺮٌ ﻋَﻦْ ﺳُﻬَﻴْﻞٍ ﻋَﻦْ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑْﻦِ ﺩِﻳﻨَﺎﺭٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺻَﺎﻟِﺢٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﻗَﺎﻝَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺍﻟْﺈِﻳﻤَﺎﻥُ ﺑِﻀْﻊٌ ﻭَﺳَﺒْﻌُﻮﻥَ ﺃَﻭْ ﺑِﻀْﻊٌ ﻭَﺳِﺘُّﻮﻥَ ﺷُﻌْﺒَﺔً ﻓَﺄَﻓْﻀَﻠُﻬَﺎ ﻗَﻮْﻝُ ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺃَﺩْﻧَﺎﻫَﺎ ﺇِﻣَﺎﻃَﺔُ ﺍﻟْﺄَﺫَﻯ ﻋَﻦْ ﺍﻟﻄَّﺮِﻳﻖِ ﻭَﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺀُ ﺷُﻌْﺒَﺔٌ ﻣِﻦْ ﺍﻟْﺈِﻳﻤَﺎﻥِ 

            Maksudnya :
v."Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Jarir dari Suhail dari Abdullah bin Dinar dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dia berkata: 'Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah kalimah , LAA ILAAHA ILLALLAHU (ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ )Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan. Dan malu itu adalah sebagian dari iman'.” [HR. Muslim] 

 

PENGERTIAN ZIKIR 

Dari segi bahasa 'Zikir' ذكر  berasal daripada kata 'zakara', 'yazakuru dan 'zikran' (ذَكَرَ-يَذْكُرُ-ذِكْرًاyang diertikan sebagai menyebut atau melafazkan sesuatu kalimah khusus secara lisan berulang-ulang kali dalam keadaan sedar bertujuan untuk mengingati, memelihara dan memohon kehadiran atau menghadirkan sesuatu yang tersimpan atau berlegar di dalam minda dan hati (qalbu)
Pengertian 'Zikirullah' ذكر الله dalam konteks Ilmu At-Tauhid ialah melafazkan dengan lidah secara sedar yang disertakan dengan ingatan dan penghayatan  kukuh di hati tentang kalimah-kalimah khusus yang merujuk kepada kemuliaan, kebesaran Allah sahaja berteraskan Ilmu At-Tauhid yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasululullah s.a.w sebagaimana yang terkandung dan dirumuskan di dalam al-Quran mengenai Zat dan Sifat Allah yang Qadim lagi Azali. Apabila seseorang ahli zikir itu melafazkan kalimah-kalimah zikirullah dia seharusnya dapat memahami, menghayati dan beriman sepenuhnya kepada teras akidah keimanan yang terkandung dalam Asma' Ul Husna اَلاسْمَاءُ الْحُسناى dan tafsil ilmu yang terkandung dalam Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Dua Kalimah Syahdah At-Tauhid dan Syahdah Ar-Rasul : 
      أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Dalam erti kata lain seseorang insan mukmin itu boleh dinamakan sebagai seorang ahli zikir yang hak apabila dia melafazkan zikirullah dengan menyebut nama-nama Allah dan dalam masa yang sama dia mengingati dan beriman  sepenuhnya di dalam hati dan mindanya mafhum pengertian ilmu yang terkandung di dalam nama-nama Allah yang dilafazkannya berpandukan Ilmu At-Tauhid yang hak secara berulang-ulang kali yang dipadukan pula dengan pengertian ilmu mengenai Zat dan Sifat Allah yang Qadim lagi Azali yang tidak sesekali menyamai sekalian makhluk-Nya tanpa bandingan, umpama, cara, jalan, mislan dan ibarat walau dalam apa jua cara, jalan dan hal sekalipun. 
Hati dan mindanya hendaklah memahami rumusan atau kesimpulan Ilmu At-Tauhid sebagaiamana berikut:
" Manakalah Allah Taala itu sedemikian keadaan-Nya, maka Allah Taala itu ialah yang Hidup, yang Berkuasa, yang Berilmu, yang Berkehendak, yang Melihat, yang Berkata-kata. Adapun yang demikian itu Ia hidup dengan hayat-Nya yang Qadim; dan Ia Berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim; dan Ia Berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim; dan Ia Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim; dan Ia Melihat dengan Penglihatan-Nya yang Qadim; dan Ia berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim, tidaklah dengan semata-mata Zat sahaja.
Dengan cara ini pemikirannya dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada maksud kalimah yang dilafazkannya dan terhindar daripada pemikiran yang berserabut kacau-bilau mengingati makhluk Allah atau segala sesuatu atau pemahaman-pemahaman duniawi yang boleh membawa maksud kepada  fahaman yang membawa maksud 'mensyrikkan/menyekutukan/menyamakan' Allah dengan sekalian makhluk-Nya yang bertentangan dan amat ditegah oleh syarak. 
Justeri orang yang berzikir dengan tujuan untuk menjadi ahli zikir amat dituntut agar mempelajari, memahami, beriman dan menghayati dengan mendalam segala perkara dan hal yang berkaitan dengan Ilmu At-Tauhid dan perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah keimanan yang hak. Dia juga hendaklah mempelajari serta memahami perbezaan dan garis sempadan di antara Ilmu At-Tauhid dan Ilmu Tasawwuf yang bermaksud  dia cukup memahami bahawa Ilmu At-Tauhid yang merujuk mengenai Sifat dan Zat Allah yang Qadim lagi Azali yang tidak sesekali menyamai zat dan sifat makhluk/sesuatu yang baharu. Manakala Ilmu Tasawwuf pula adalah merujuk segala perkara mengenai hal hati (qalbu) dan membersihkan kekotoran di hati dari sifat-sifat mazmumah yang keji di sisi Allah seperti mengumpat, mencerca, ujub, riak, hasad, dengki, kasihkan dunia danyang seumpama dengannya sama ada secara nyata atau hanya tersimpan di dalam hati. 
Menurut kajian terdapat 267 kali kalimah 'Zikir' yang disebut di dalam al-Quran. Peringatan yang berulang-ulang kali ini memperjelaskan bahawa melakukan ibadat zikir dan doa bukanlah perkara kecil atau remeh-temeh sahaja yang tidak memberi apa-apa pengertian yang besar kepada setiap diri hamba Allah yang tidak perlu diambil tahu yang wajar diberikan perhatian serius untuk dijadikan amalan harian.
Terdapt beberapa jenis 'Zikir' yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir, tahlil, membaca al-Qur’an dan sebagainya. Namun hakikat yang menjadi intipati dari kesemua jenis dan kategori zikir ini ialah mengingati Allah (Zikrullah) berteraskan ilmu mengenali Allah yang hak mengikut hukum syarak. Oleh itu dapat dikatakan bahawa zikir merangkumi dua perkara iaitu sebutan (zikir lisan) dan ingatan di dalam hati (zikir hati/qalbu) terhadap Allah dan perkara yang berkaitan dengannya. Ingatan ( di hati/qalbu) adalah hakikat zikir manakala sebutan pada lidah itu pula adalah laluan untuk mencapai ingatan tersebut. 
Zikirullah boleh dibahagikan/dikategorikan sebagaimana berikut:
i. ZIKIR JALI- Iaitu perbuatan mengingat Allah SWT dalam bentuk ucapan-ucapan lisan yang mengandung erti pujian, rasa syukur, dan doa kepada-Nya. Zikir ini memiliki ciri-ciri dengan menzahirkan suara yang jelas untuk meruntun gerak hati (qalbu). Contohnya ketika mengucapkan kalimah-kalimah tahlil, tasbih, tahmid, takbir, membaca al-Quran, dan berdoa.
ii. ZIKIR KHAFI - Iaitu zikir yang dilakukan secara khusyuk oleh ingatan di minda dan hati yang disertai dengan ucapan lisan atau tidak. Kebiasaannya zikir ini  hanya berlegar dalam fikiran dan hati saja tetapi ada juga orang yang melakukannya dengan  disertai oleh lisan supaya fikiran dan hati menjadi tergerak dan memberi fokus yang khusus lagi mendalam kepada tafsiran ilmu yang terkandung dalam kalimah zikir tersebut.  
iii. ZIKIR HAQIQI-  Iaitu zikir yang dilakukan dengan seluruh jiwa dan raga, secara lahiriah  ataupun batiniah. Tidak semua orang boleh/mampu melakukan zikir ini kerana setiap nafas yang dikeluarkan dari suara dan rongga hidung serta denyutan nadinya penuh dengan zikir kepada Allah sahaja. Walau di mana sekalipun berada dan setiap detik yang dilaluinya ahli zikir tersebut sentiasa mengingat Allah sahaja. Justeru  dia dapat melaksanakan segala perintah Allah dengan sempurna dan menjauhi segala larangan-Nya.

Terdapat kalimah-kalimah bercirikan amalan zikirullah ahli sufi yang kerap disalaherti atau di salahfaham oleh orang awam adalah sebagaimana penjelasan berikut :

i. MURAQABAH ( مراقبة) Muraqabah mempunyai pengertian dan maksud yang seerti dengan kalimah-kalimah Basirah( بصيرة), Musyahadah, (مشاهدة) Mu-aayanah ( معاينة ) dan Mukasyafah ( مكاشفة) yang membawa maksud seseorang yang hati dan jiwa raganya sentiasa mengingati Allah sahaja. Mereka yang terjumlah dalam golongan ini teramat malu dan takut kepada Allah apabila membaca, memahami dan beriman dengan segala kandungan ilmu yang terdapat dalam Asma' Ul Husna. Golongan ini dikenali juga sebagai golongan AL-MUQARRABIN (الموقرربين) yang sentiasa mengingati Allah dan berusaha memiliki hati mahmudah yang dimuliakan Allah dan mengikis sifat-sifat mazmumah yang keji di sisi Allah.
ii. ZIKIR NAFI ITHBAT LA ILLAHA ILLALLAH ( ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) Bagi golongan ahli sufi yang sudah mencapai ke tahap yang tinggi amalan zikirullah adalah 'santapan' kerohanian mereka pada setiap detik hayatnya sama ada secara lisan atau di dalam hatinya (qalbu). Hati dan fikirannya karam mengingati dan memuliakan kebesaran Allah SWT sahaja hingga dia melupakan hal-hal yang lain daripada Allah. Maka terbitlah amalan zikir yang dinamakan Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) yang sering disalah faham atau disalah ertikan oleh golongan yang tidak memahami Ilmu At-Tauhid Ahli Sunnah Wal Jammah hingga membawa kepada maksud menyatukan Zat(Diri) Allah yang Qadim dengan zat makhluk yang baharu yang akhirnya memberi erti kepada pegangan dan fahaman "mensyrikkan/menyekutukan" Allah.

Adapun yang dimaksudkan dengan Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) ialah ketika seseorang itu melafazkan zikir La Illahaillallah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله dia beriktiqadkan bahawa semua makhluk yang ada hendaklah 'dinyahkan' atau 'dinafikan' atau dihilangkan terus daripada ingatan di dalam minda dan hati (qalbu) kerana pada asalnya kesemua makhluk dan setiap sesuatu yang dijadikan Allah itu adalah baharu belaka yang tidak wujud/ada sama sekali atau belum diadakan, kemudian Allah mengadakannya dengan Qadrat-Nya yang Qadim daripada semata-mata tidak ada kepada ada berbetulan dengan Ilmu dan KehendakNya yang Qadim lagi Azali.

Ini bermakna segala sesuatu yang diadakan Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada seperti masa, tempat, malaikat, jin, manusia, roh,syurga, neraka, 'Arasy, Kursi, gerak, diam, huruf, warna, rupa, suara, sunyi-senyap dan apa juga 'sesuatu' yang baharu yang dinamakan alam atau makhluk Allah daripada yang sehabis kecil yang tidak boleh dibahagi/dipecahkan (Jauhar Firid) lagi hinggalah kepada yang paling besar sama ada yang zahir nyata atau yang tidak kelihatan (ghaib) pada pemandangan mata kepala manusia atau menggunakan peralatan khas, pada asalnya adalah tidak ada/tidak wujud atau belum dijadikan/diadakan Allah sama sekali. Kemudian hendaklah 'diithbatkan' atau dimasukkan ke dalam minda dan pemahaman di hati bahawa sebelum diadakan semua makhluk, maka yang ADA hanya Allah SWT sahaja yang ADA sebagaimana Dia ADA itu juga penuh dengan kemuliaan, kebesaran dan ketinggian martabat Asma' Ullah Al-Husna.

Adanya Allah itu tidak sesekali menyamai dengan adanya makhluk. Allah itu ada, sentiasa ada, selama-lamanya ada dan tidak berkeputusan adanya. Dia-lah yang awal yang tiada berwal bagi-Nya, Dia-lah yang akhir yang tiada berakhir bagi-Nya. SEBELUM diadakan masa dan tempat dan setiap sesuatu yang diadakan Allah, maka hanya Allah sahaja yang ada dan tidak ada 'sesuatu' pun yang ada bersama Allah. 
Adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar dari segi pegangan iktiqad dan pegangan akidah keimanan kepada Allah sekiranya maksud Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) ini diertikan atau diiktiqadkan bahawa yang wujud hanya Zat (Diri) Allah belaka dan Zat Allah itu bersatu hakikat atau bersatu-padu dengan zat (diri) makhluk kerana makhluk itu dikatakan tidak wujud. Salah fahaman terhadap pengertian kalimah "Nafi Ithbat"( نفی اثبات ) ini memberi erti bahawa segala makhluk yang dijadikan Allah ini tidak wujud sama sekali dan semua makhluk (segala sesuatu) yang wujud ini kesemuanya Allah belaka.

Ahli sufi dari golongan Ahli As-Sunnah yang hak amat memahami pengertian ini bersandarkan kepada maksud Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan bahawa membaca dan memahami kandungan Ilmu At-Tauhid yang terdapat pada maksud kalimah Illahaillallah La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) yang sangat luas tafsilnya itu dan beriman kepadanya adalah tersangat besar fadilat dan hikmahnya kerana kalimah Syahadah At-Tawhid ini adalah teras yang menjadi asas pegangan akidah keimanan seseorang muslim yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.
Berdasarkan kepada kategori dan huraian di atas dapatlah difahami bahawa tahap keupayaan seseorang mengingati Allah itu adalah berbeza-beza mengikut tahap ketinggian, kedalaman dean kemantapan kefahaman ilmu mengenali Allah yang difahami dan  dihayatinya. Golongan insan mukmin soleh yang dirahmati dan diredai Allah sebagai golongan insan mukmin soleh yang terjumlah sebagai golongan ahli al-muqarabbin ( الموقرربين) yang benar-benar bertaqwa kepada Allah boleh mencapai ke tahap 'lupa' kepada sesuatu yang lain daripada Allah sebagaimana yang dilafazkannya dalam kalimah-kalimah zikirullah. Maka inilah yang dimaksudkan sebagai hakikat sebenar zikirullah. 'Lupa' yang dimaksudkan dan merujuk kepada ahli zikir golongan al-muqarabbin (الموقرربين) tersebut bukanlah bererti mereka menjadi 'majzub' hingga tidak sedarkan diri hingga melakukan sesuatu seperti kena rasukan jin /syaitan sebagaimana yang dikatakan kerap berlaku di kalangan sesetengah kumpulan yang mendakwa sebagai ahli tareqah saufi.
Apabila membicarakan hakikat zikir ini, terdapat golongan ilmuan menyatakan bahawa ia adalah 'melupakan' sesuatu yang lain daripada apa yang dizikirkan dalam kalimah-kalimah zikirullah tersebut tanpa mengira waktu dan tempat, walaupun dia dalam keadaan sibuk menguruskan sesuatu urusan duniawi (yang boleh dianggap urusan kecil lagi mudah sahaja) atau dalam keadaan susah/sukar atau dalam menikmati kesenangan dalam kehidupan seharian. Hal ini merujuk kepada Firman Allah dalam al-Quran yang antaranya menyebut: 

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 

          Maksudnya :

i." ( Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( seraya berkata) : ' Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab seksa neraka'."

                     [ Surah آل عمران Ali 'Imran : 191 ] 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43)

     Maksudnya :

ii." Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (41) 
Dan  bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. (42)  
Dia-lah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (mohonkan ampun untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari  kegelapan kepada cahaya  (keimanan). Dan Dia adalah Yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."(43)

               [Surah سورة الأحزاب Al-Ahzab : 41-43 ]

 فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (142) فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (144)

                  Maksudnya :

iii."Maka ia (Yunus) ditelan oleh ikan besar dalam keadaan 'tercela'. (142)  
Maka jika sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang  banyak mengingat Allah, ( 143) 
nescaya dia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari  berbangkit (Hari Kiamat)( 144)

              [ Surah سورة الصافات Ash-Shaffat : 142-144 ]

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (2) الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) أُولَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (4                                     

     Maksudnya : 

iv." Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal. (2 )

(Iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3)

Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia." (4 )  

                         [ Surah سورة الأنفال Al-Anfaal : 2-4 ]

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 

                          Maksudnya :

v." Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah (berzikir), maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar."

                [Surah سورة الأحزاب  Al-Ahzab : 35 ] 

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53) وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ (54) وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنزلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ (55) 

    Maksudnya :

vi." Katakanlah : ' Hai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (53)

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)(54)

Dan ikutlah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepdamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepdamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedarinya." (55)

               [   Surah سورة الزمر Az-Zumar: 53-55 ]

Di dalam beberapa Hadis Rasulullah s.a.w  pula ada menjelaskan hal yang sama yang antaranya ialah: 

قَالَ ابْنُ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَيْ بِالَّليلِ وَالنَّهَارِ فِي البَرِّ وَالْبَحْرِ وَالسَّفَرِ وَالحَضَرِ وَالْغِنَى وَالفَقْرِ وَالمَرَضِ وَالصِّحَةِ وَالسِّرِ وَالعَلاَنِيَّةِ.
              Maksudnya :
             Kata Ibnu Abbas r.a yang bererti: 
i."Yakni di waktu malam dan siang; di darat dan lautan; dalam perjalanan dan semasa (bukan dalam perjalanan) menetap; di waktu kaya dan miskin; (semasa) sihat dan sakit; dan (semasa) sunyi dan terbuka."

iiNabi s.a.w bersabda:

 Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

     إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا. قَالُوا: وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: حِلَقُ الذِّكْرِ

          Maksudnya :

iii.“Apabila kalian melintasi taman-taman syurga, maka singgahlah ia.” Para sahabat bertanya: “Apakah taman-taman syurga itu?” Baginda menjawab: Majlis-majlis zikir.”


      Sabdanya lagi:

"أَصْبِحْ وَأَمْسِ وَلِسَانُكً رَطِبٌ بِذِكْرِ اللهِ تُصْبِحُ وَتُمْسِيِ وَلَيْسَ عَلَيكَ خَطِيئَةً ".
                  Maksudnya :
iv.“Berpagi-pagi dan berpetang-petanglah kamu kalian dalam keadaan lidah kamu basah dengan menyebut Allah, nescaya kamu berada (sepanjang) pagi dan (sepanjang) petang tanpa ada ke atas kamu apa-apa kesalahan.”

Daripada Abu Musa r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda:

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ

            Maksudnya: 

v.“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah SWT dan orang yang tidak berzikir kepada Allah SWT adalah seperti orang yang hidup dan mati.” [Sahih al-Bukhari ]

Firman Allah dalam al-Quran berulang-ulang kali memperingatkan hamba-Nya supaya sentiasa berzikir, berdo'a kepada-Nya, bersabar dan jangan sesekali berputus asa/kecewa apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau ujian yang memberatkan. Antaranya Allah SWT memperingatkan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

            Maksudnya :

i." Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

                 [ Surah  سورة البقرة Al-Baqarah: 153 ]

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157) 

            Maksudnya :

ii." Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (155)

(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : 'Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un'. (156)

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (157)

                  [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah: 153 ]

           إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ   

                          Maksudnya :
iii." Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada 'di sisi' Tuhan-mu tidaklah merasa enggan beribadat kepada Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya mereka bersujud."
                        [ Surah سورة الأعراف‎‎ Al-A'Raaf : 206 ]
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28) الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ (29
                        Maksudnya :
iv." (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (28)  
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (29)
              [Al-Quran surah سورة الرعد Ar-Ra'd : 28-29 ] 
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 
                          Maksudnya :
v." Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah (berzikir), maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar."
                          [Surah سورة الأحزاب  Al-Ahzab : 35 ] 
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ 

               Maksudnya :

vi." Dan Tuhanmu berfirman : ' Berdo'alah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadat kepada Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina'."

         [ Surah  سورة المؤمن Al-Mu'min/سورة غافر Ghafir : 60  ]

Di samping itu terdapat banayak hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan keutamaan dan kelebihan amalan berzikir dan berdo'a kepada Allah. Antaranya : 

"لَذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِالْغَدَاةِ والعَشِيِّ اَفضلُ مِنْ حَطمِ السيوفِ فِي سَبِيلِ اللهِ
وَمِنْ اِعْطَاءِ المَالِ سَحًّا".

                     Maksudnya :
i.“Sesungguhnya zikirullah itu (iaitu menyebut Allah Azza Wajalla)pada waktu pagi dan petang adalah lebih afdal dari memecahkan pedang-pedang pada (perang) fisabilillah (jalan Allah) dan dari memberi wang (sedekah) secara berterusan."

          Sabdanya lagi : 
"مَا عَمِلَ ابْنُ آدَم مِنْ عَمَلٍ أَنْجَى لَهُ مِنْ عَذَابِ اللهِ مِنْ ذِكْرِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ قَالَ وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ اِلاَّ اَنْ تَضْرِبَ بِسَيْفِكَ حَتَّى يَنْقَطِعَ ثُمَّ تَضْرِبَ بِهِ حَتَّى يَنْقَطِعَ ثُمَّ تَضْرِبَ بِهِ حَتَّى يَنْقَطِعَ".

                       Maksudnya :
ii."Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh anak Adam (manusia) itu lebih selamat baginya dari azab Allah, selain dari zikirullah Azzal Wajalla. Kata mereka : 'Wahai Rasulullah', walaupun berjihad pada fisabilillah (jalan Allah)? Sabdanya : 'Sekalipun berjihad pada fisabilillah melainkan engkau memukulkan dengan pedang engkau hingga terputus, kemudian engkau memukulkan dengannya hingga terputus, kemudiannya engkau memukulkannya hingga terputus'."
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
                         Maksudnya : 
iii."Tidaklah sekelompok orang yang berzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kecuali malaikat mengelilingi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah 'menyebut-nyebut' mereka di kalangan (para malaikat) 'di hadapan-Nya'. [HR Muslim, ].
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ  « ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ  قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ  تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا  أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ». قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ  قَالَ «اللَّهُ أَكْثَرُ»
                    Maksudnya :
iv.“Abu Sa’id radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Tidak ada seorangpun yang berdo'a dengan sebuah do'a yang tidak ada dosa di dalamnya dan memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan mengabulkan salah satu dari tiga perkara, baik dengan disegerakan baginya (pengabulan do'anya) di dunia atau dengan disimpan baginya (pengabulan do'anya) di akhirat atau dengan dijauhkan dari keburukan semisalnya.” Para shahabat berkata: 'Wahai Rasulullah, kalau begitu kami akan memperbanyak do'a?'.Beliau menjawab: 'Allah lebih banyak (pengabulan do'anya)'. " [HR. Ahmad ]
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لَيْسَ شَىْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ»
                          Maksudnya : 
v.“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah dibandingkan do'a'.” [HR. At Tirmidzi].

FADILAT DAN HIKMAH ZIKIRULLAH 

Setiap ibadat yang disyariatkan dalam Islam mempunyai fadilat dan hikmah yang nyata atau tersembunyi yang Allah sahaja Yang Maha Mengetahui hakikatnya. Hanya para Nabi,  Rasul dan orang-orang yang dikurniakan Allah dengan ilmu diberikan sedikit pencerahan dan kefahaman mengenainya untuk disampaikan kepada umat. Berpandukan nas-nas yang terkandung dalam al-Quran, hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w dan para ulama' mujadid tersohor di dunia umat yang cintakan ilmu dapat memahami dan menghayati serba sedikit berbagai fadilat dan hikmah yang terkandung di dalam kalimah-kalimah zikir dan ayat-ayat mengingati Allah dalam usaha untuk mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan-Nya. 

Antara Firman Allah dalam al-Quran yang menjelaskan hal ini ialah: 

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ (151) فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ (152) 

     Maksudnya : 

i." Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (151)

Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepda-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku." (152)

                   [ Surah سورة البقرة Al-Baqarah: 151-152 ]

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ 

            Maksudnya :

ii." Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab ( al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

                 [ Surah سورۃالعنکبوت   Al-Ankabut : 45 ]

 مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ 

   Maksudnya :

iii." Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya. Kepada-Nya-lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras. Dan rencana jahat mereka akan hancur." 

                  [Surah سورة فاطر  Faathir : 10 ]

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28) الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ (29) 

    Maksudnya :

iv." (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (28)

Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagian dan tempat kembali yang baik." (29)

     [ Surah سورة الرعد Ar-Ra'd : 28-29 ]

TIPU DAYA IBLIS/SYAITAN LAKNATULLAH

Salah satu halangan paling besar dan utama bagi setiap manusia untuk mentaati segala perintah Allah dan bersyukur kepada-Nya dengan  berbuat baik terhadap diri sendiri dan sesama manusia ialah gangguan dan tipu daya syaitan iblis yang telah ditakdirkan Allah menjadi salah satu ujian kepada manusia sejak dijadikan Nabi Adam a.s. hingga kiamat dunia. Namun Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyang lagi Maha Pemurah memberi peringatan dan petujuk agar manusia tidak mudah diganggu dan ditipu syaitan laknatullah. Perihal iblis/syaitan ini diperingatkan berulang kali di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasululah s.a.w agar manusia terhindar dari fitnah tipu daya mereka yang amat lecek lagi halus. Antara ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan hal ini ialah: 

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42)

           Maksudnya :

i." Iblis berkata :' Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39)

kecuali hamba-hamba Engkau yang  MUKHLIS di antara mereka'. (40)

Allah berfirman : ' Ini adalah jalan yang lurus; kewajipan Aku-lah ( menjaganya)(41)

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat." (42)

                [ Surah سورة الحجر  Al-Hijr : 39-42 ]

قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لأحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلا قَلِيلا

             Maksudnya :

ii." Dan (Iblis) berkata : ' Terangkanlah kepadaku inikah orangnya (Adam) yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai Hari Kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil'."

             [ Surah سورة الإسراء Al-Israa' : 62 ]

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)

             Maksudnya :

iii." Iblis menjawab : : ' Oleh kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, akau benar-benar akan (menghalang-halang) mereka dari jalan Engkau yang lurus, (16)

kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." (17)

            [ Surah سورة الأعراف  Al-A'raf : 16-17 ]

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (60) وَأَنِ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (61) وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ (62)

            Maksudnya :

iv." Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu', (60)

dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. (61)

Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?"  (62)

              [ Surah سورة يس Yaa Sin : 60-62 ]

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (199) وَإِمَّا يَنزغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نزغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (200إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ (201) وَإِخْوَانُهُمْ يَمُدُّونَهُمْ فِي الْغَيِّ ثُمَّ لَا يُقْصِرُونَ (202)

    Maksudnya :

v." Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. (199)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (200)

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (201)

Dan teman-teman mereka (orang-orang yang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan)." (202 )

                [ Surah  سورة الأعراف  Al-A'raaf : 199-202 ]

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ (60) وَأَنِ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (61) وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ (62)

             Maksudnya :

vi." Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu', (60)

dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. (61)

Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?"  (62)

              [ Surah سورة يس Yaa Sin : 60-62 ]

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

             Maksudnya :

vii." Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: ' Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesunguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia'.

          [ Surah سورة الإسراء Al-Israa' : 53 ]

Segala peringatan Allah SWT khusus terhadap makhluk iblis syaitan ini sewajarnya memberi panduan kepada orang-orang yang beriman agar sentiasa berwaspada agar setiap gerak dan tindakan mereka melakukan apa juga pekerjaaan termasuk ketika melakukan ibadat mentaati Allah terhindar dari gangguan syaitan. Justeru pemahaman dan penghayatan ilmu yang mendalam perlu diperkukuh dan dipertingkatkan secara beristiqamah hingga ke akhir hayat dengan berbagai cara dan pendekatan.  

Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah s.a.w yang memperjelaskan beberapa fadilat besar dan hikmah yang terkandung di sebalik kalimah-kalimah La Illahaillallah  yang disediakan Allah dengan ganjaran pahala yang besar kepada mereka yang beriman dan beristiqamah mengamalkannya. Antaranya ialah: 

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَيضًا لِأَبِي هُرَيْرَةَ: "يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوزَنُ يَومَ القِيَامَةِ اِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لاَ تُوضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّموَاتُ السَّبْعُ وَالاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ اَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ".
                     Maksudnya :
i. " .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan  itu ditimbang pada Hari Kiamat melainkan syahadat La Illahaillallah (لا إله إلا الله ). Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar (benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ) dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah La Illahaillallah (لا إله إلا الله ) lebih berat daripada demikian itu' ."
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ
وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ
وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ
وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى قَالَ مُعَاذُ
بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَا شَيْءٌ أَنْجَى مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ
ذِكْرِ اللَّهِ
Maksudnya :
ii."Dari Abu Ad Darda` radliallahu ‘anhu ia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang
terbaik dan
yang paling suci di sisi Allah kalian, paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: Ya. Beliau berkata: 'Berzikir kepada Allah Ta’ala.' Mu’az bin Jabal radliallahu ‘anhu berkata: 'Tidak ada sesuatu yang lebih dapat menyelamatkan dari azab Allah daripada zikir kepada Allah'." [HR Tirmidzi ]
وَعَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيْكِكُمْ ، وَأَرْفَعَهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرَقِ ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تُلْقُوا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ ؟ قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : ذِكْرُ اللهِ تَعَالَى » . رواه الترمذي وابن ماجه. الْوَرَقُ الْفِضَّةُ
Maksudnya :
iii."Dari Abu Darda' r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Mahukah aku beritahukan sebaik-baik perbuatan, lebih bersih dan suci di hadapan Tuhan kalian dan labih tinggi darajatnya, dan lebih baik dari berinfaq dengan emas dan perak, bahkan lebih baik dari kalian berjumpa dengan musuh lalu kalian penggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian (syahid) ?' Mereka berkata : Tentu. Nabi bersabda : 'Zikir kepada Allah'."
[HR: Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Ada diriwayatkan juga bahawasanya tiap-tiap diri (roh) yang keluar daripada dunia ini merasa amat dahaga melainkan orang yang menyebut zikir Allah Aza Wajalla. Berkata Mu'az bin Jabal r.a. yang bermaksud bahawa:
"..Tidak berdukacita ahli syurga di atas sesuatu melainkan di atas satu saat yang dilaluinya mereka tidak menyebutkan Allah SWT kepadanya." 
Di dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebutkan bahawa : tidak ada ahli La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) itu berdukacita di dalam kubur mereka dan tidak ada dukacita apabila dibangkitkan hidup semula kelak seolah-olah aku melihat kepada mereka pada ketika tiupan sangkakala itu mereka membersihkan kepala-kepala mereka daripada tanah dan mereka berkata:
" ...Segala kepujian itu bagi Allah yang menghilangkan daripada kami kedukacitaan dan bahawasanya Tuhan kami Yang Amat Mengampuni lagi Yang Amat Memuji di atas mereka yang membuat taat." 
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
 "Wahai Abu Hurairah ajarkanlah olehmu akan orang-orang yang hampir mati itu syahdat La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) kerana ia dapat merobohkan segala dosa sehabis-habis robohan. Kata ku:  Wahai Rasullullah ini bagi orang-orang yang hampir mati,  maka bagaimanakah orang-orang yang hidup? Sabda Nabi Muhammad s.a.w., iaitulah lebih merobohkan dan lebih merobohkan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud barangsiapa berkata  La Ilaha Illallah (لا إله إلا الله ) dengan penuh ikhlas nescaya masuk syurga ."
 Sabdanya lagi: 
 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻟﺘﺪﺧﻠﻦ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻛﻠﻜﻢ ﺇﻻ ﻣﻦ ﺃﺑﻰ ﻭﺷﺮﺩ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﺷﺮﺍﺩ ﺍﻟﺒﻌﻴﺮ ﻋﻦ ﺃﻫﻠﻪ ﻓﻘﻴﻞ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺄﺑﻰ ﻭﻳﺸﺮﺩ ﻋﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﻗﺎﻝ ﻣﻦ ﻟﻢ ﻳﻘﻞ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ 
                     Maksudnya :
"Nabi s.a.w. bersabda: 'Masing-masing kamu masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan dan lari dari Allah ‘Azza Wa Jalla seperti larinya unta dari pemiliknya'. Maka ditanyakan: 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan dan lari dari Allah?'. Beliau bersabda: 'Orang yang tidak mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAAHU (  ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ)'." [HR. Bukhari dari hadis Abu Hurairah ]

Mengamalkan sesuatu ibadah seperti berzikir secara beristiqamah adalah amat sukar lagi berat yang memerlukan keazaman yang kuat, ketekunan, kesabaran dan bimbingan keilmuan yang bersesuaian yang biasanya dilakukan secara bertahap mengikut kemampuan. Namun ia tidak boleh ditangguh atau diberhentikandengan alasan-alasan tertentu. Orang yang beramal berteraskan ilmu yang hak tidak sesekali akn melakukan ibadat mereka bagi maksud duniawi atau dengan sentimen ujub, riak, takbur dan sifat-sifat mazmumah yang hina keji di sisi Allah. Jika terbit sentimen atau perasaan sedemikan rupa  dia akan terus bertaubat dan memperbetulkan niatnya. Antara hadis Rasulullah s.a.w yang memperingatkan hal ini ialah :

Daripada 'Aisyah radhiyallahu 'anha, bahawa Nabi s.a.w bersabda :
يا أيها الناسُ! عَلَيْكم مِنَ الأعْمالِ ما تُطِيقون. فإنَّ اللهَ لا يَمَلُّ حتى تَمَلُّوا. وإنَّ أحبَّ الأعمالِ إلى اللهِ ما دُووِمَ عَلَيْهِ وإنْ قَلّ

Maksudnya : 

i.“Wahai sekalian manusia, hendaklah kalian beramal menurut kemampuan kamu kerana Allah tidak akan pernah bosan sehingga kalian sendiri yang bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan meskipun sedikit.”[HR. Muslim] 
ii. "Dari Aisyah r.a. bahawa dia berkata: Nabi Shallallhu 'alaihiwassalam pernah ditanya: Amalan apakah yang paling dikasihi Allah SWT? Dia menjawab : (Amal kebajikan/kebaikan) yang dikerjakan terus menerus (beristiqamah) walaupun sedikit, lalu bersabda: 'Beramallah sesuai dengan kemampuan kamu kalian'."  
[Maksud Hadis Rasululllah s.a.w. Sahih al-Bukhari]

         iii.   Daripada Jundub r.a., bahawa Nabi s.a.w bersabda:

 

مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ، وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللَّهُ بِهِ

            Maksudnya: 

Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah SWT akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah SWT menjadikannya (amalan) sebagai riyak”. [Riwayat al-Bukhari ]

Semoga papran yang disajikan ini memberi manfaat untuk dikongsi bersama demi untuk memerkukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah hinga ke akhirat. Amin.

*******************************************************************

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (1) قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا (2) نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا (3) أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا (4) إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا (5) إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا (6) إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا (7) وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا (8) رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا (9)

            Maksudnya :

" Hai orang yang berselimut ( Muhammad)(1)

bangunlah (untuk melakukan ibadat solat) di malam hari, kecuali sedikit ( daripadanya)(2)

(iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua yang sedikit, (3)

atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. (4)

        Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang                   berat. (5)

Sesungguhnya bagun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (6)

Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak)(7)

Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (8)

( Dia-lah) Tuhan masyrik dan maghrib, tiada Tuhan melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung." (9)

           [ Surah سورة المزمل Al-Muzzamil : 1-9 ]


KEUTAMAAN DAN HIKMAH ZIKIR DAN DO'A

               بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَ...