Selasa, 10 Januari 2012

FATWA MUFTI JOHOR MENGENAI KITAB-KITAB SESAT [1948]





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ 
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله 
وصحبه أجمعين
اما بعد 

PENDAHULUAN

Bunyi surat daripada Kukup, Johor minta dimasukkan dalam kitab "Perbandingan Iktiqad Orang-orang Melayu" iaitu:

Kepada Sekalian Pembaca Al-Muhtaramin المحترم

Apabila saya membaca akhbar harian Majlis yang cemerlang tertarik benar saya membaca Perbandingan Iktiqad Orang-Orang Melayu terlebih dahulu daripada membaca berita-berita yang lain, tambahan pula segala keterangan yang disiarkan itu amat mudah dan senang difahami dengan cukup nas-nas dan ayat-ayat al-Quran yang menerangkan mana-mana yang salah dan mana-mana yang benar.
Tetapi sedang separuh perjalanan “Perbandingan Iktiqad Orang-Orang Melayu” keluar bersambung-sambung dalam akhbar Majlis tiba-tiba ada orang menyalahkan siaran Al-Ustaz Mohamad Ismail Salleh, Perak itu hingga nampaknya terhenti siaran itu sementara.

Saya memang amat gemar mengetahui adakah betul kitab-kitab lima buah yang dikatakan Ustaz Mohamad Ismail Salleh itu salah (mengajar ilmu sesat)?. Perkara ini saya fikir bukan mudah dan sebarang-barang orang yang boleh memberi jawapan yang sepenuh-penuhnya melainkan ulama'-ulama' yang terbilang jua dengan sebab itulah masalah yang termusykil ini dibawa pertanyaan kepada Yang Mulia Habib Mufti Kerajaan Negeri Johor.

Alhamdulillah, rupanya pertanyaan saya itu tidak menjadi sia-sia dan dihampakan sebagaimana tuan-tuan pembaca al-muhtaramin telah dapat menatap yang disiarkan di dalam akhbar Majlis keluaran hari Rabu, 29 September, 1948 dan telah difikir setengah daripada setengah tuan-tuan pembaca al-muhtaramin tidak dapat membaca siaran itu maka disiarkan semula di dalam kitab ini.

Yang demikian jawapan Yang Mulia Habib Mufti Kerajaan Johor itu saya amat-amat hargai dan diucapkan berbanyak terima kasih dan terhutang budilah saya dan Ustaz Mohamad Ismail Salleh tidak dapat dibalas melainkan berdo'a ke hadhrat Tuhan Jalla wa Azza mudah-mudahan dipanjangkan umurnya dan dimurahkan rezeki.

Dengan kerana jawapan inilah saya hantar kepada Al-Ustaz Mohamad Ismail Salleh, Perak supaya tidak terbantut siarannya itu diulangi semula sambungannya di akhbar Majlis dan terus saya minta jadikan buku ialah terbit syor ini daripada tiga-empat orang guru-guru saya sendiri.

Tuan-tuan pembaca al-muhtaramin marilah kita beramai-ramai mengucapkan syukur ke hadhrat Tuhan Jalla wa Azza Yang Maha Kuasa ucapkan selamat sejahtera atas usaha Ustaz Mohamad Ismail Salleh, Perak yang berbahagia atas bersusah-payah menyiarkan kitab-kitab yang disalahkan itu supaya tidak kelak kita terkena mempelajari ilmu yang sesat.

Adapun menyiarkan rencana-rencana seumpama ini bukannya suatu pekerjaan yang mudah dan senang dengan kerana itu saya berharap kepada sekalian pembaca-pembaca al-muhtaramin membantu dan sokonglah membeli kitab yang amat berharga ini supaya dibaca anak cucu kita di belakang hari kelak. Dengan adanya kitab yang tersebut dapatlah mereka itu berpandukan mana yang benar dan mana yang salah.

Sekali lagi saya minta kepada sekalian pembaca-pembaca al-muhtaramin mendoakan mudah-mudahan Ustaz Mohamad Ismail Salleh, Perak berusaha lagi mengarang kitab-kitab yang lain menjadi berguna kepada kita semua umat Islam mudah-mudahan Tuhan Jalla Wa Azza Yang Maha Kuasa mengurniakan bintangnya daripada suatu masa ke suatu masa ke hadapan yang terlebih cemerlang lagi adanya. Wassalam.

Al-Haqir,

MOHAMAD SALLEH BIN MOHAMADON
Kukup, 
Johor
1 Oktober, 1948.


AL-USTAZ MOHAMAD ISMAIL BIN SALLEH - KITAB 

"PERBANDINGAN IKTIQAD ORANG-ORANG MELAYU"                                                          

Sesungguhnya saya yang tersebut nama di atas adalah pada hari Jumaat 24.9.48 telah menerima surat beregister No.135 Kukup, Johor bertarikh 22.9.48 daripada Tuan Mohamad Salleh bin Mohamadon berkenaan dengan makalah saya itu minta dikeluarkan sambungannya dan dicetak. Bersamanya tuan itu saya sertakan salinan surat keterangan daripada Pejabat Mufti Kerajaan Johor dalam perkara kitab-kitab karangan ulamak Jawi yang lima buah itu iaitu kitab:

الدر النفيس ، عمل معرفة، كشف الاسرار، فتح العارفين ، دان بيان التجلي 

maka  salinan surat yang terhantarkan kepada saya itu ialah seperti di bawah ini:
Almukarram, 
Al-Ustaz Mohamad Ismail bin Salleh –
Simpang Tiga Talang, Kuala Kangsar, 
Perak. 

Dengan sejahteranya.


Tuan,

Adalah saya dengan hormatnya dimaklumkan iaitu “Perbandingan Iktiqad Orang-Orang Melayu” yang tuan siarkan di dalam akhbar Majlis nampaknya sudah lama terhenti pada hal perkara ini tersangat mustahak hendak diketahui umat Melayu akan sambungannya supaya diketahui yang mana salah dan yang mana benar pada agama kita Islam yang maha suci. Tambahan pula keterangan-keterangan yang tuan siarkan itu amat mudah dan lekas dapat difahami. Dari sebab itu saya berharaplah supaya tuan cetakkan jadi sebuah kitab. Saya percaya mendapat sokongan daripada segala peringkat orang-orang Islam yang hendak mengetahuinya, tambahan pula segala kitab-kitab yang tuan salahkan itu memanglah benar salahnya sebagaimana Fatwa Yang Mulia Habib Mufti Kerajaan Johor.  Bersama-sama ini dikirimkan salinannya supaya ditatapi tuan.

Demikianlah diharapkan berhasil bagaimana permintaan saya ini dan harap jua disiarkan sambungannya di akhbar Majlis supaya dapat ditatapi sebelum dicetak. Demikianlah bengan berbanyak-banyak terima kasih dan berharap sedikit jawapan daripada pihak tuan hal perkara ini adanya. Wassalam.

Kukup, Johor. 
22 September, 1948                                                             



                                                                    tandatangan
                                MOHAMAD SALLEH BIN MOHAMADON 


Kemudian tuan ini sebutkan salinan surat pejabat Mufti Kerajaan Johor dalam perkara kitab lima buah itu demikian bunyinya:

Pejabat Mufti Kerajaan Johor 27 julai 1948 Bilangan (2) dlm f.m 101/48
Daripada: Mohamad Salleh bin Mohamadon, 
Kukup, Johor.
Tarikh: 2.7.48

Perkara:

KITAB-KITAB KARANGAN ULAMA JAWI
                                                                
SOAL

Dalam akhbar harian Majlis berturut-turut kali mengeluarkan memberi keterangan lima buah kita jawi yang dituduh oleh Ustaz Mohamad Ismail Salleh, Perak pengajaran agama sesat iaitu kitab: الدر النفيس، عمل معرفة، كشف الاسرار، فتح العارفين دان بيان التجلي .

Adakah sebenar-benarnya kitab itu mengandungi ilmu palsu dan sesat ? Harap dapat fatwa.


MOHAMAD SALLEH BIN MOHAMADON
Kukup
2 Julai, 1948.


JAWAB

Alhamdulillah. Fatwanya:
Kitab-kitab tuan penyoal sebutkan itu ialah lima (5) buah iaitu:
1. Kitab Bayan At Tajalli 
2. Kitab Kasyful Asrar 
3. Kitab Amal Ma’rifah 
4. Fatehul Arifin 
5. Addurun Nafis


Tetapi saya tidak berjumpa di pejabat agama kitab-kitab itu melainkan yang (4) dan yang (5) dan saya ada jumpa sebuah kitab di tepi kitab (مفتاح الجنة) yang dinamakan Asrar Addin اسرار الدين yang boleh dibangsa kepada kitab Addurun Nafis الدر النفيس itu.
Kitab Addurun Nafis saya berjumpa 2 buah- (1) dicetak sendiri oleh Mohamad Majid Al-Kurdi di Makkah dalam tahun 1335H dan (2) di tepi kitab yang bernama Hidayatus-Salikin هداية السالكين yang dicetak olehnya dalam tahun 1331 Hijrah. Maka saya telah baca beberapa tempat di dalamnya saya didapati kitab itu menunjukkan agama Wahdat al-wujud وحدة الوجود yang asalnya agama Hindu kemudian dipotong baginya pakaian daripada ayat-ayat atau Hadis-hadis yang ditukar maknanya kepada agama Hindu.
Agama Wahdat al-wujud telah ijmak ulama Islam atas bahawasanya adalah ia agama kufur orang yang percaya kepadanya murtad (والعياذ بالله) isterinya tertalak daripadanya dapat anak haram zadah dan hartanya kembali jadi hak Baitul Mal.

Saya didapati di dalamnya melawan sama sekali dengan Ilmu Tawhid dan ia menetapkan bahawa Tuhan itu tiada lain melainkan orang kafir, sekalian orang manusia yang lain, segala binatang dan langit, bumi, bulan, bintang, itu semuanya Tuhan jika ada seorang mati ertinya setengah daripada Tuhan mati. Jika jadi buta atau sakit atau lapar atau jimak atau apa-apa pun begitulah juga Tuhan (Maha Suci Tuhan Rabbul-Izzah daripada bersifat dengan perkataan yang keji lagi najis yang dituturkan oleh orang-orang jahat itu).

Saya nasihat tuan penyoal jangan sekali-kali membaca dan menatap kitab itu atau yang sepertinya kerana ia termasuk di dalam jumlah kitab-kitab yang diharamkan oleh ulama'-ulama' seperti kitab Al-Insan al-Kamil الانسان الكامل , kitab al-Futuhat Almulkiyah كتاب الفتوحات الملكية , al-Nusus النصوص Syarah al-Nusus Lilnabulsi شرح النصوص للنابلسي , kitab Attawasin كتاب الطواسين , kitab Khal’u Anna’lain كتاب خلع النعلين demikian jua kita-kitab yang dikarang oleh Abdul Karim al-Habli daripada Zabid negeri Yaman dan lagi kitab-kitab yang dikarang oleh Ibn Sab-ein ابن سبعين dan lain-lain karangan daripada orang-orang yang percaya kepada agama Hindu atau tasawwuf Hindu dan falsafah Hindu kemudian dicampur-aduk kepada tasawwuf Islam. 
 
Saya sendiri telah baca terjemah-terjemah daripada tasawwuf Hindu itu didapati serupa dan semacam dengan mazhab tasawwuf Wahdatu al-wujud yang dinamakan oleh sesetengah orang Ilmu Hakikat kemudian dikata Taharah Syariat (طهارة شريعة),  Taharah Tariqat (طهارطريقة) dan Taharah Hakikat (طهارة حيقيقة), Sembahyang Syariat, Sembahyang Hakikat hingga membawa kepada zakat, puasa, haji, dan lain-lain.
Saya ingatkan sesiapa yang hendak tetap beragama Islam, janganlah berjinak dan dekat kepada kitab-kitab itu atau dengan orang-orang yang mengaku beragama itu.
Hubaya, hubaya هباي – هباي!! Nescaya ia keluar daripada agama Islam sama-sekali dan masuk ke dalam api neraka bersama-sama iblis dan pengikut-pengikutnya. Maka saya tiada dapat peluang bagi menerangkan satu-satunya kejahatan yang terkandung di dalam kitab Addurun Nafis itu dan saya rasa tiada patut disalinkan di sini kerana ia amat dicacatkan Tuhan–cacatnya yang amat ringan yang ia mengaku Tuhan (Yang Maha Suci) ialah makhluk, Dialah jauhar dan Dialah jisim, aradh, berubah dan …. Yang saya tiada ingin dan hati saya tiada sudi menerima supaya ditulis di sini. Maka telah maklum bahawa banyak orang-orang yang belajar tasawwuf dahulu telah pergi ke negeri India belajar ilmu tasawwuf kononnya! Dan belajar falsafah India kepada juki-juki di sana. Jemputlah baca dalam tarikh Baghdad dan di dalam Rihlah Ibn Battutah رحلة ابن بطوطة yang masyhur. 

Maka kitab-kitab Wahdat al-wujud yang dinamakan sebelah sini Ilmu Hakikat itu ialah pusaka mereka yang sesat dahulu itu. Pengarang Addurun Nafis masukkan Ahli Assunnah Wal Jamaah kepada golongan yang adalah atas penglihatannya itu ghisyawahawah غشاوة. Meskipun adalah di dalam kitab ini ada banyak salinan daripada ulama' yang betul, silapnya ia tiada faham betul. Ia menukar makna-maknanya kepada agama Wahdat-al-wujud seperti ia menukar ayat-ayat dan Hadis-hadis. Ada lagi ia membawa banyak perkataan yang dikatakan Hadis tetapi  sebenarnya bukan Hadis.
اللهم احفظ علينا ايماننا واسلامنا واحبنا على الايمان والاسلام وامتنا على الايمان والاسلام آمين يا رب العالمين

علوي طاهر الحداد  

ALWI TAHIR AL-HADDAD
Mufti Kerajaan Johor
Image result for Syed Alwi bin Thahir al-haddad mufti johor
       علوي طاهر الحداد 
Image result for tahir al haddad

Lihat : 

فتوى مفتي جوهر مڠناءي كتاب-كتاب سست [1948

[ Lihat juga: 

i.      Perbandingan Iktiqad Orang-orang Melayu Bhg 1
ii.     Perbandingan Iktiqad Orang-Orang Melyu Bhg 3 
iii.    في ترجمة عقيدة اهل السنة  في كلمتي الشهادة
iv.    Kemuliaan Manusia, Roh Amalan Salih dan Kemuliaan Malaikat 
v.     Soal Jawab Mengenai "ADA" Allah SWT  
vi.    Muqaddimah  
vii.   Pengertian al-Muraqabah dan Ahli al-Muqarrabin
viii.   Kitab Ad-Durrun- Nafis
ix.    Kitab Ad-Durrun Nafis (Permata Yang Indah) 
x.     Ajaran Sesat Di Malaysia 
xi.    Ajaran Sesat Ketika Era Kerjaan Johor-Riau-Lingga   

      *************************************************** 
إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا مِنَ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوسًا جُهَلَاءَ، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ الْعِلْمِ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
                           Maksudnya : 
“Sesungguhnya, Allah tidaklah mencabut ilmu dengan sekali cabut dari hamba-Nya. Akan tetapi, Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan ulama. Sampai apabila Allah tidak menyisakan seorang ulama pun, manusia pun mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ditanya lalu berfatwa tanpa ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan.” [HR. al-Bukhari ]


PENGUMUMAN : Kitab "PERBANDINGAN IKTIKQAD ORANG-ORANG MELAYU" ini sudah diterbitkan semula untuk pembacaan umum pada tahun 2012. Untuk membuat pesanan dan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi penerbit : 

                              DARULFIKIR,
                              329B, Jalan Abdul Rahman Idris,
                              Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
                              50300 KUALA LUMPUR.
                              Tel : 603-26913892, 26981636/7.
                              Faks : 60326928757,
                              E-mel : e-mel@darulfikir.com.my
                              Laman Sesawang : www.darulfikir.com.my

9 ulasan:

  1. Jadi kenapa blog radio ikim menjual dvd nya? Kitab Hidayahtus salikin?Apakah kitab yang dimaksudkan di artikel di atas?

    BalasPadam
  2. Mufti Johor tersebut tidak mengatakan kitab Hidayatus-Salikin mengajar fahaman Wahdatul Wujud tetapi maksudnya ialah Kitab Addurun Nafis yang terdapat pada ruangan tepi kitab Hidayatus-Salikin. Ertinya kitab Addurun Nafis tidak ada kaitan dgn kitab Hidatatus-Salikin.Ini kaedah orang dulu menyibarkan ilmu dgn mengambil peluang 'menyelitkan' pengajaran ilmu mereka dalam kitab-kitab ternama dgn kerjasama penerbit berkenaan. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  3. As Salam. Betul Ker kitab Durun Nafis tu sesat? Atau terbit dari mulut ulama yg jahil dlm Tasauf tp masih nak beri komen dan malu nak mengaku jahil. Cuba check youtube. Tuan guru Baba Ismail Sepanjang ulama Patani yg masyhur itu mengajarnya dgn huraian yg amat jelas sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kitab durun nafis ade diajar di sekolah pondok area pantai timur..di kuantan pun ade kt area sg ular..tp nk blajar kene fahami sifat 20, dan dah abis kitab2 yg lain spt risalah tauhid dan faridatul faraid..

      Padam
    2. Sebelum beri komen, sila baca dan fahami dulu kandungan ilmu yang terdapat di dalam "Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" yang terdapat di dalam kitab tersohor Imam al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin Juzuk Pertama (Arabic). http://cahayamenerangikegelapan.blogspot.my/2011/10/blog-post.html

      Padam
  4. Lina : Kita perlu hormati negeri2 yg beradaulat dalam Persekutuan sebagaimana menghormati mana-mana negara yg mengharamkan itu dan ini.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...