Isnin, 1 Jun 2015

PEMBINAAN IKTIQAD AHLI AS-SUNNAH



[Lihat : KEMULIAAN MANUSIA, ROH AMALAN SOLEH DAN KEMULIAAN MALAIKAT]




                       بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 الحمد الله رب العالمين، قيوم السموات والأرضين، مدبر الخلائق أجمعين، باعث الرسل صلواته وسلامه عليهم إلى المكلفين، لهدایتهم وبيان شرائع الدین، بالدلائل القطعية وواضحات البراهين، أحمده على جميع نعمه وأسأله المزید من فضله وآرمه . وأشهد أن لا إله إلا االله الواحد القهار الكریم الغفار . وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله وحبيبه وخليله، أفضل المخلوقين المكرم بالقرآن العزیز المعجزة المستمرة على تعاقب السنين، وبالسنن المستنيرة للمسترشدین، المخصوص بجوامع الكلم وسماحة الدین، صلوات االله وسلامه عليه وعلى سائر النبيين والمرسلين وآل آل وسائر الصالحين 
                            أَمَّا بَعْـدُ 

 

وَإِذَا جَآءَتْهُمْ ءَايَةٌ قَالُوا۟ لَن نُّؤْمِنَ حَتَّىٰ نُؤْتَىٰ مِثْلَ مَآ أُوتِىَ رُسُلُ ٱللَّهِ ۘ ٱللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُۥ ۗ سَيُصِيبُ ٱلَّذِينَ أَجْرَمُوا۟ صَغَارٌ عِندَ ٱللَّهِ وَعَذَابٌ شَدِيدٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَمْكُرُونَ

            Maksudnya :
" Apabila datang sesuatu ayat kepada mereka, mereka berkata : ' Kami tidak akan beriman sehingga diberikan kepada kami yang serupa dengan apa yang telah diberikan kepada utusan-utusan Allah'. Allah lebih mengetahui di mana dia menempatkan tugas kerasulan. Orang-orang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan seksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya."
          [ Al Quran surah   سورة الأنعام  Al An'aam ayat 124 ]

*******************************************************************    

                           PEMBINAAN IKTIQAD AHLI AS-SUNNAH


Sebelum dibaca eloklah kita membaca terlebih dahulu Kitab ASMA'-ULLAH AL-HUSNA yang dikarang bersama kitab ini. Kitab ini bertujuan untuk membina iktiqad, menurut apa yang ada di dalam kitab ASMA'-ULLAH AL-HUSNA. Seharusnya kita mengambil iktibar dan memberikan perhatian yang serius terhadap peringatan Allah supaya membaca, memahami dan berdoa bersandarkan ilmu yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al Husna sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة الأعراف‎‎  Al-A'raaf ayat 180 :
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
                  Maksudnya :
"Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah 'Asma' Ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut 'Asma' Ul Husna' itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."                           
Oleh itu, hendaklah dinyatakan di sini dalam beberapa perkara seperti yang diterangkan di bawah ini iaitu hendaklah diiktiqadkan di hati:

1. Bahawa Allah Taala tidak dapat dikenali dengan pemandangan mata.

Firman Allah Taala dalam surah سورة الأنعام  Al-An'aam  ayat 103 :
       
   لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ  وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

             Maksudnya:
  Ia tidak dapat dikenali oleh segala pemandangan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dia-lah اللَّطِيفُ (Yang Maha Halus) lagi Maha Mengetahui."
[Oleh itu barangsiapa berkata bahawa Allah Taala dapat dikenalli dengan pemandangan mata maka salahlah iktiqadnya itu kerana berlawanan dengan Firman Allah Taala itu tadi.]

2.         Bahawa Allah Taala tidak sesekali dapat dilihat di dunia ini.

Firman Allah dalam surah سورة الأعراف‎‎   Al-A'raaf   ayat 143 :
 وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
           Maksud kalimah  :"... لن تراني ..." dalam ayat ini ialah :
“....Tidak sesekali engkau akan dapat melihati akan Daku...”. (yakni di dalam dunia ini.)

Barangsiapa berkata dan beriktiqad bahawa Allah Taala dapat dilihat dengan pemandangan mata kepala di dalam dunia ini maka salahlah iktiqadnya itu kerana berlawanan dengan Firman Allah Taala:" لن تراني " itu tadi.

Jika seseorang itu mensyirikkan Allah dengan makluk-Nya, lalu ia mati sebelum sempat bertaubat daripada dosa besarnya itu, maka orang itu akan dibalasi oleh Allah Taala dengan dikekalkan di dalam api neraka. Jika menyembah berhala itu besar dosanya maka begitulah juga bagi sesiapa yang menuduh Allah Taala itu dapat dikenali dengan pemandangan mata di dalam dunia ini. 
Begitu jugalah bagi orang yang beriktiqad dengan memperkata dan menuduh bahawa Allah Taala itu boleh berjumpa atau boleh dilihat di dalam dunia ini dengan mata kepala.

Andainya kita ditanya, bagaimanakah hendak menolak waswas syaitan di dalam hati dan menjawab soalan-soalan daripada orang-orang jahil yang di antaranya mengatakan bahawa jika tidak dapat dilihat dengan pemandangan mata, bagaimanakah boleh dapat dikenal Allah Taala?

Soalan-soalan seumpama ini tidak memadai dengan memberikan penerangan yang ringkas. Jawapannya ialah bahawa Allah Taala itu tidak sesekali menyamai segala barang sesuatu yang diadakan oleh-Nya atas barang mana dan apa jua jalan serta cara sekalipun. 

Oleh kerana itu, hendaklah difahami mengenai alat pengenalan yang terdapat pada anggota badan manusia dalam beberapa perkara iaitu:
 i. Tiap-tiap barang yang ada rupa dan warna, maka ia dikenali dengan pemandangan mata.  
 ii. Tiap-tiap barang yang ada suara dan bunyi maka ia dikenal dengan telinga.  
iii. Tiap-tiap barang yang ada bau maka ia dikenali dengan penciuman hidung.  
iv. Tiap-tiap barang yang ada rasa, pahit atau manis dan lain-lain lagi maka dikenali dengan perasaan lidah.  
v. Tiap-tiap barang yang mempunyai rasa kasar, lembut dan sebagainya maka ia dikenali dengan sentuhan badan. 
Maka lima perkara alat pengenalan pada anggota badan manusia ini dinamakan pancaindera yang lima. 


Ada satu alat pengenalan yang lain, misalnya apabila seseorang itu melihat seekor burung yang sedang terbang di udara hingga (burung itu) hilang dari pemandangan matanya, selepas itu ia pejamkan matanya. Maka ketika dia memejamkan matanya nescaya akan  menghasilkan bentuk burung yang sedang terbang itu tersimpan dan tergambar rupanya di dalam memori khayalannya. Ini dinamakan pendapat khayalan. 

Begitu juga apabila seseorang itu berjalan mengembara di sebuah negeri, lalu terlihat dalam negeri itu terdapat sebuah rumah yang sangat besar dan tercantik di dalam negeri itu. Sekembalinya, rupa rumah yang besar dan tercantik itu ada tersimpan di dalam ingatan khayalannya. Maka ini juga dinamakan pendapat khayalan. Hendaklah sentiasa difahami dan diingati bahawa mengenal Allah bukanlah dan tidak sesekali dengan cara atau kaedah khayal dan bukan dengan pancaindera yang lima. Apa juga yang terpeta, rupa barang yang dilihat oleh mata di dalam khayalan itu tidaklah terhenti datangnya dan tidak terhingga banyaknya, lebih-lebih lagi orang yang berumur tua dan banyak barang dan perkara yang telah dilihat oleh matanya di sepanjang hayatnya hidup di dunia.

Kemasukan rupa sesuatu objek atau barang yang dilihat oleh mata ke dalam khayalan telah pun berlaku sejak kecil lagi. Sebagai contoh jika seorang budak buta sejak kelahirannya, sehinggalah berumur tiga puluh tahun maka pada suatu hari dengan takdir Allah terceliklah matanya. Pada ketika itu dia terpandang  seekor ayam jantan berada di hadapannya. Selepas itu ia buta semula di sepanjang baki usia hidupnya. Orang ini jika disebutkan sahaja bahawa di hadapannya ada sebuah kapal terbang yang sangat besar dan elok, maka ia akan berkata: 
"..Adakah kapal terbang itu seperti rupa ayam jantan?."
Begitulah jika disebutkan di hadapannya itu ada sebuah rumah yang sangat cantik bentuk binaannya. Sudah pastinya dia akan bertanya adakah ia seperti rupa ayam jantan itu?. 

Demikianlah juga sebarang apa yang disebutkan ia akan membuat bandingannya dengan rupa ayam jantan yang dilihat semasa dia celik seketika dahulu. Terbitnya pertanyaan ini adalah disebabkan ia belum pernah melihat dengan mata kepalanya sebarang apa jua benda lain di dunia ini kecuali ayam jantan itu sahaja.

Maka orang ini, jika disebutkan Allah, nescaya berkatakah ia: 
"Adakah ALLAH itu seperti ayam jantan?."
Oleh itu, orang-orang yang tidak buta sangatlah banyak barang dan benda yang telah dilihat oleh matanya di sepanjang hayatnya hidup di dunia. Tentulah di dalam khayalannya itu ada bermacam-macam rupa dan warna. Bila disebutkan ALLAH, nescaya terbitlah bermacam-macam rupa dan warna dalam khayalannya. Kesemuanya menjurus kepada gambaran rupa itu dan rupa ini, tanpa henti dan terus dibayangkan oleh khayalan pemikirannya itu, kalau-kalau berupa itu dan berupa ini yang dimaksudkan bagi ALLAH

Sebagai contoh, apabila disebutkan masjid maka dengan sepontan dan serta merta rupa masjid itu akan terbentang rupanya dalam minda dan khayalannya. Begitu juga apabila disebutkan nama si polan atau pokok, maka rupa si polan dan pokok itu terbentang rupa si polan atau pokok di dalam khayalannya. Begitulah juga dengan hal-hal lain yang tidak terhingga banyaknya. 


Oleh itu, setiap orang hendaklah bersungguh-sungguh melawan dan menyanggah segala bentuk khayalannya apabila hendak mengenali ALLAH. Apabila disebutkan sahaja ALLAH janganlah sesekali dimasukkan ke dalam pemikiran otaknya apa-apa rupa atau warna juapun kerana Allah Taala tidak sesekali mengenai rupa dan warna, tidak bercahaya, tidak berbenda, tidak berjuzuk, tidak bertempat di mana-mana atau berada di semua tempat yang melazimkan bagi makhluk .

vi. Ada satu pengenalan, namanya ialah :

Al-H’assu assadisu الحس السادس  yang bererti: Pancaindera yang ke enam. Pancaindera yang ke enam ini jarang-jarang sekali dirujuk atau dibicarakan. Kebanyakan orang awam tidak mengetahui atau memahaminya.
Maka, adalah sangat elok perkara ini diterangkan.

Sebagai contoh:

Ilmu. Ilmu itu tidak ada baginya warna atau rupa (walaupun ia adalah makhluk). Al-Imam As-Syafie Rahimahullah adalah seorang yang sangat alim. Ilmunya sangat banyak, sangat elok, amat luas, sangat dalam dan sangatlah tinggi. 
Dalam perkara ini, keelokan ilmu Al-Imam As-Syfie, tidak menunjukkan adanya rupa atau warna. Keluasannya juga bukan menunjukkan sukatan berapa batu panjang dan lebarnya. Demikian juga ketinggian dan kedalaman ilmu dia bukan menunjukkan sukatan berapa batu tingginya ke atas atau berapa batu jauhnya ke bawah.

Segala keelokan dan kecantikan ilmu itu tidak dapat dikenali dengan pancaindera yang lima atau dengan khayal tetapi dapat dikenali dengan: 
i. Al-H’assu assadisu (الحس السادس) iaitu pancaindera yang ke enam.
ii. Ainul-Qalbi
(عين القلب) iaitu mata hati.
iii. Al-Bas’irah
(البصيرة)  iaitu mati hati.
iv. Al-Aqlu (العقل) iaitu akal yang memahami.
Maka akal (العقل) di sini bukanlah akal “fikiran” (الفكر) tetapi dengan makna “memahami” (الفهم). Maka kalimah “akal’ ada dua makna iaitu:
i.  Dengan makna “memahami” (الفهم) dan
ii. Dengan makna “pemikiran” (الفكر)
Justeru, setiap sesuatu yang ada rupa dan/atau warna maka dikenali dengan "al-bas’ar" (البصر) yakni pemandangan mata.
Bagi sesuatu barang atau benda yang tiada rupa dan warna ia dapat dikenali dengan “al-bas’irah” (البصيرة) iaitu dengan "ainul-qalbi" (عين القلب) yakni dengan “mata hati” atau “akal” (العقل) yakni dengan “memahami”.
Oleh kerana Zat Allah Taala TIDAK berjuzuk maka tidaklah Zat Allah itu mengenai sukatan kecil-besar, panjang-lebar atau mengenai rupa atau warna atau bercerai, berhubung atau bersatu-padu. 

Maka Zat Allah hanya dapat dikenal dengan “pancaindera yang ke enam” iaitu “ainul-qalbi” (عين القلب) atau “al-basirah” (البصيرة) atau “al-aqlu”. Kesemuanya atas makna “al-fahmu” (الفهم) yakni “memahami”, bukan dengan makna “akal” atas makna pemikiran. 
Pada sangkaan orang-orang jahil, apabila seseorang itu memejamkan mata, ia akan nampak berbagai-bagai rupa barang/sesuatu yang telah dilihatinya terbentang pada khayalnya. Apa yang terbayang di kepalanya itulah yang dikatakan orang jahil itu sebagai; “ainul-qalbi” atau “al-bas’irah” atau “mata hati”. Sebenarnya itu adalah pendapat khayal, bukan pendapat “ainul-qalbi” atau “mata hati”.

[Lihat : 'Ainul Qalbi, Al-Basirah dan Mata Hati]

Perhatikan dan fahami penerangannya di bawah ini:

Apabila Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib r.a. ditanya:
يا أمير المؤمنين أتعبد من ترى او من لا ترى فقال لا بل أعبد من أرى لا رؤية العيان ولكن رؤية القلب
                         Maksudnya :
"Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau beribadat kepada (Tuhan) yang engkau (dapat) lihat atau (Tuhan) yang engkau tidak (dapat) lihat. 
         Maka katanya: 
“Tidak, bahkan aku beribadat kepada (Allah) Yang aku lihat, (tetapi)bukanlah dengan penglihatan mata tetapi dengan penglihatan hati.” 
Apabila Jaafar As-Sadiq r.a ditanya:
هل رأيت الله عزوجل قال لم أكن لأعبد ربا لم أره
                     Maksudnya :
"Adakah engkau telah lihati Allah Azza Wajalla?
             Jawabnya:
"Aku tidak pernah beribadat kepada Tuhan yang aku tidak melihat-Nya. "
Maka dikatakan kepadanya :
وكيف رأيته وهو الذي لا تدرك
                       Maksudnya : 
"Bagaimanakah engkau melihat-Nya sedangkan Dia tidak dapat dilihat oleh segala pemandangan mata." 
          Katanya:
لم تره الأبصار بمشاهدة العيان ولكن تراه القلوب بحقائق الايمان فلا يدرك بالحواس ولا يقاس بالناس
                        Maksudnya :
"Tidaklah Ia (Allah) dapat dilihat oleh segala penglihatan mata tetapi Ia dapat dilihat oleh hati dengan segala hakikat iman maka tidaklah Ia dapat dilihat (dikenali) dengan segala pancaindera dan tidak (sesekali) dapat dikiaskan dengan manusia."
Adapun makna kalimah "الله أكبر " maka lihatlah keterangannya seperti di bawah ini:
Makna kalimah akbar "اكبر " di sini bukanlah dengan makna mengikut kadar sukatan, kecil lawannya besar, tetapi adalah dengan makna:

1. اكبر من أن ينال بالحواس

                      Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat dikenali dengan segala pancaindera."
2. أكبر من أن يدرك كنه جلاله
                  Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat kemuliaan-Nya."
 3. اكبر من أي يعرفه غيره فإنه لا يعرف الله تبارك وتعالىإلا الله

                  Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat Zat-Nya itu oleh yang lain-Nya, sesungguhnya tiada yang mengetahui hakikat Zat Allah Tabaraka Wa Taala, melainkan Allah."
Kebanyakan orang awam tidak dapat memahami makna melihat Allah Taala dengan mata hati jika tidak dibacakan terlebih dahulu Asma’ Ullah Al-Husna sebanyak Sembilan Puluh Sembilan (99) dengan diberikan segala maknanya yang panjang itu. 

Kemudian hendaklah ditanya sama ada mereka itu dapat memahami segala maknanya atau tidak? 

Jika mereka telah dapat memahami segala maknanya, maka tanyalah mereka dapat memahami dengan apa? 

Adakah dengan hati atau dengan mata?

Tentulah mereka akan kata: Dengan hati dan bukan dengan mata. Maka itulah yang dimaksudkan di sini bahawa kita akan melihat Allah dengan mata hati. Penglihatan ini tidak berhajat atau memerlukan kepada rupa atau kepada warna. 
Menyimpan rupa barang yang dilihat dengan mata di dalam khayal bukanlah penglihatan mata hati namanya, tetapi ia adalah penglihatan dengan khayal.

Dengan sebab itulah orang-orang jahil tidak dapat memahami makna-makna Asma’ Ullah al-Husna yang cukup jelas disebabkan fahaman yang salah di sisi agama atau mereka itu tidak mempunyai 'ainul-qalbi (عين القلب) atau al-bas’irah (البصيرة) atau al-aqlu (العقل). Mereka itu hanya ada akal atas makna pemikiran, asasnya ialah pancaindera yang lima dan pendapat khayal. Mereka tidak mempunyai “akal untuk memahami”.

Maka mengetahuilah kita bahawa Allah Taala itu tidak boleh dikenal dengan pemandangan mata dan/atau dengan khayal tetapi dapat dikenal dengan “ainul-qalbi” atau dengan al-bas’irah atau dengan al-aqlu atas makna “memahami”. Akibatnya, ramailah orang jahil terperangkap, lalu menerima ajaran agama sesat yang terlebih dahulunya membawa kepada mensyirikkan Allah. 
Apabila hati seseorang itu telah awal-awal lagi terkena ajaran ilmu mensyirikkan Allah maka gelaplah hatinya dan berasa benci dan marah jika ditunjukkan kepadanya ilmu yang benar. Bagi orang yang telah sesat pada agama tetapi ia mahu membaca Asma’ Ullah al-Husna dan mahu pula mengambil tahu segala maknanya, hatinya yang gelap dan sesat itu akan bertukar menjadi bersih dan cerah untuk menerima segala ajaran yang benar, malahan ia boleh memimpin dan memberi petunjuk kepada orang lain kepada jalan yang hak lagi benar. 

KELUPUTAN KITAB-KITAB YANG MUSTAHAK

Terdapat ramai orang yang sangat inginkan kebenaran dan bencikan ajaran-ajaran agama sesat, tetapi mereka itu gagal untuk mendapat kitab-kitab yang dapat menghuraikan beberapa masalah rumit di dalam iktiqad. Ini bukanlah ketaksiran mereka tetapi hasil daripada kekurangan kitab-kitab tersebut. Mungkin juga kurangnya orang berilmu yang boleh memahami kandungan kitab-kitab muktabar ini untuk dimanfaatkan kepada sekalian umat.  

Maka kita hendaklah berusaha membaca dan memahami kitab-kitab karangan Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah seperti:

1. Kitab “QUS’UR AL-A’WALI” (قصور العوالي)
2. Kitab “ARRASA-IL AL-FARA-ID” (الرسائل الفرائد)
3. Kitab “AL-IKTIS’AD FI AL-IKTIQAD” (الاقتصاد في الاعتقاد)
4. Kitab “MIZAN AL-AMAL” (ميزان العمل )

5. Kitab “AL-ARBA-IN FI AL-USUL” (الاربعين في الاصول)

dan lain-lain lagi selain daripada Kitab Ihya' Ulumuddin احياء علوم الدين .

Mudah-mudahan dengan membaca dan memahami ilmu-ilmu yang terkandung di dalam kitab-kitab muktabar ini banyaklah masalah yang rumit dalam iktiqad boleh dihuraikan dengan jelasnya iaitu untuk menolak segala kesamaran fahaman maknanya dalam iktiqad. Sayangnya kitab-kitab tersebut adalah dalam Bahasa Arab dan susah pula hendak dicari, kerana tidak diulang cetak seperti kitab-kitab yang lain. [Malahan kitab-kita tersebut belum diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu mengikut kehendak ilmu yang sebenarnya.]
Maka bahan-bahan rujukan ilmu agama Islam yang mustahak dan sepatutnya ada telah luput. Keluputan yang telah lama berlalu itu menyukarkan kita untuk melihat betapa kemuliaan dan ketinggian ilmu agama Islam itu. Samalah juga halnya dengan orang-orang berusia tua yang dapat memahami dan menyelesaikan beberapa masalah ilmu agama yang merumitkan. Soalnya, sejauh manakah ilmu pengetahuan mereka itu dapat dikembangkan dengan bilangan mereka yang kecil, sedangkan masa yang tinggal dari baki umur mereka hanyalah sedikit sahaja lagi?. 

[Lihat : FATWA MUFTI JOHOR MENGENAI KITAB-KITAB SESAT (1948)]

BAB AL-MURAQABAH (المراقبة)

AL-MURAQABAH ialah cara yang diamalkan oleh ahli sufi yang banyak ilmu pengetahuannya sama ada dalam ilmu fiqah, tasawwuf mahupun tauhid dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengannya.

Maka bertambahlah tahap ketaqwaan, kezuhudan dan kewarak’an mereka apabila mereka mengamalkan al-muraqabah.  Apakah sebab-sebabnya? 

Pertamanya, muraqabah ini di peringkat awalnya ialah martabat: “MALU MENGERJAKAN MAKSIAT KEPADA ALLAH”.

Keduanya ialah peringkat yang lebih tinggi iaitu martabat: “SENTIASA MEMUJI ALLAH, MENTASBIH, MENTAHLIL dan MENTAKBIRKAN-NYA". Di hatinya hanya mengingati dan memuliakan Allah sahaja dengan melupakan segala perkara yang lain daripada-Nya, yakni tidak mahu mengingati yang lain daripada Allah.

Asas Ilmu Al-Muraqabah.

Asas Ilmu al-muraqabah ini  adalah sebagaimana yang terkandung dalam makna al-ihsan (الاحسان) pada Bab Ibadah seperti di bawah ini:
وقال عليه السلام: أعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
                  Maksudnya :
"Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang kira-kira ertinya: “Beribadatlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, maka jika kamu tidak melihat-Nya maka bahawasanya Ia (Allah) melihat kamu.”
Soal Melihat Allah Taala.

Dalam dunia ini, Allah Taala tidak sesekali dapat dilihat sebagaimana Firman-Nya dalam surah Al-Aa'raf  سورة الأعراف‎‎  ayat 143 :
.. . لن تراني ......
                         Maksudnya :
“Tidak sesekali engkau dapat melihat-Ku” (iaitu di dunia ini dan tidak sesekali Allah Taala itu dapat dikenali dengan pemandangan mata.)"
Firman Allah dalam surah Al-An'aam  سورة الأنعام ayat 103 :

    لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ  وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

                        Maksudnya :
" Dia tidak dapat dilihat (dikenali) oleh segala penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dia-lah Yang Maha 'Halus' lagi Maha Mengetahui."  
Untuk berfikir pada hakikat Zat Allah Taala adalah dilarang sama sekali kerana hakikat Zat Allah itu tidak diketahui oleh sekalian makhluk-Nya sama ada Nabi-Nabi, Rasul-Rasul atau para Malaikat Alaihumussalam. Hanya Allah Taala sahaja yang Mengetahui akan hakikat Zat-Nya. 

Dalam hubungan ini, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

" تفكروا في خلق الله ولا تفكروا في ذات الله "
                      Maksudnya :
"Berfikirlah kamu sekalian pada makhluk Allah dan jangan sesekali kamu sekalian berfikir pada (hakikat) Zat Allah.
Dari apa yang diterangkan terdapat tiga perkara berupa sekatan iaitu:
i. Bab muraqabah dengan Allah Taala. 
Dalam Bab ini, akal fikiran telah awal-awal lagi disekat daripada memikirkan hakikat zat Allah.  
ii. Tidak dapatnya melihat Allah Taala sama sekali dengan mata.  
iii. Allah Taala tidak dapat dikenali dengan segala pemandangan mata.
Oleh kerana adanya sekatan-sekatan ini maka dalam Bab Muraqabah  hendaklah kita berbuat ibadat seolah-olah kita melihat Allah sekalipun kita tidak sesekali dapat melihat-Nya di dunia ini.

Jika tidak berupaya berbuat sedemikian itu ketika berbuat ibadat kepada Allah Taala maka hendaklah dialihkan kepada tahap yang lebih rendah pada makam muraqabah iaitu hendaklah diiktiqadkan bahawa Allah Taala Amat Melihat segala perbuatan hamba-hamba-Nya, sama ada yang terbit daripada hatinya atau anggota-anggotanya serta memahami bahawa segala perbuatan itu pula akan dihisab dan diberikan balasan yang ditakdirkan Allah. Andainya baik maka baiklah balasannya nanti di negeri akhirat dan jika sebaliknya maka akan dibalasi dengan kejahatan yakni dimasukkan ke dalam api neraka di akhirat. Iktiqad seperti ini jika tersemat di dalam hati maka hati itu akan berasa malu dan takut pada melanggar hukuman-hukuman Allah.

Ini adalah pangkat yang rendah pada makam muraqabah. Oleh itu, orang yang banyak pengetahuan agama Islamnya dapat memahami apa itu muraqabah.

Bagi orang jahil, jika disebutkan nama Allah maka mereka akan menghadapi bermacam-macam lintasan dalam khayalnya.

Maka apakah jalan untuk menolaknya?

Bagi orang yang hafal Asma-Ullah al-Husna dan beriman serta memahami makna-maknanya maka apabila ia menyebut nama Allah, pastinya ia dapat menolak apa jua lintasan hati dengan beriktiqad di hatinya bahawa sebelum diadakan "masa dan tempat" maka hanyalah Allah Taala sahaja yang ada, mempunyai segala Asma-Ullah al-Husna. Andainya masa dan tempat tidak diadakan maka Allah Taala tetap juga mempunyai segala Asma-Ullah al-Husna. Bagi menolak was-was dan lintasan hati daripada syaitan, ilmu mengenal Allah sekadar ini pun sangat jauh perbezaannya dengan orang jahil yang belum membaca dan menghafaz Asma-Ullah al-Husna itu.
Andainya kita ditanya bagaimanakah hal orang-orang yang tinggi pangkatnya di akhirat, adakah mereka dari kalangan ahli muraqabah atau selain daripada mereka?

Benarlah, mereka itu adalah daripada kalangan ahli muraqabah sebagai orang-orang yang“muqarrabun” (المقربون)

Lihatlah betapa eloknya iktiqad mereka yang tidak mahu terjurus kepada berfikir mengenai hakikat Zat Allah. Sesungguhnya Allah Taala itu tidak dapat dilihat di dunia ini sama sekali dengan pemandangan mata atau diketahui dengan segala pancaindera yang lima. Sukarlah bagi syaitan-syaitan untuk mendatangkan kekeliruan dalam perkara ini. Mereka sentiasa dalam keadaan muraqabah bahawa Allah Taala Amat Melihat dan Amat Mengetahui segala apa yang tersimpan di hati hamba-Nya dan segala apa yang diusaha dan dikerjakan olehnya. Di akhirat nanti, segala amalannya akan diganjari pahala.

Dengan sebab adanya ilmu pengetahuan ini mereka sangat berhati-hati berjaga diri sehingga jika terlintas di hati hendak berbuat sesuatu, mereka akan berhenti terlebih dahulu untuk membuat pertimbangan, adakah lintasan hati itu datangnya daripada syaitan atau malaikat. Jika lintasan hati itu menyuruh kepada kejahatan dan melanggar hukuman Allah maka itu adalah daripada syaitan, lalu ia bertindak bukan untuk tidak menurutinya bahkan ia beristighfar kepada Allah minta diampunkan dari lintasan yang jahat itu. Jika lintasan itu menyuruh kepada kebaikan mengikut timbangan hukuman Allah maka bersegeralah ia mengerjakannya. 

Oleh itu, hanya orang-orang yang berilmu dapat memahami dan membezakan antara lintasan syaitan dan lintasan malaikat.


FAEDAH MENJAGA LINTASAN HATI

Amatlah besar faedahnya bagi mereka yang tahu membezakan antara lintasan syaitan dan lintasan malaikat. Terlintas sahaja di hati mereka sudah dapat tahu dari mana datangnya lintasan itu. Jika ianya daripada syaitan, mereka bukan saja tidak melakukan perkara maksiat dan mungkar malahan mereka terus beristighfar bermohon keampunan daripada Allah. Inilah yang menyebabkan golongan ini dapat menerima surat amalannya di akhirat kelak dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri. 

Ulama Tidak Termaksum

Sungguhpun orang-orang alim mempunyai ilmu pengetahuan agama Islam yang luas, mereka tetap tidak maksum dari melakukan sebarang dosa kesalahan. Namun perlu diingatkan bahawa merekalah orang-orang yang paling kuat “berjaga diri” dari apa jua yang dilarang Allah. Mereka menjaga segala gerak lintasan hati untuk dipertimbangkan kerana lintasan hati itu merupakan peringkat awal kearah memulakan sesuatu maksiat atau kebaikan. Maka dengan mudah mereka meninggalkan perbuatan maksiat terutama orang-orang alim yang banyak mengetahui hal-hal azab yang disediakan oleh Allah di dalam api neraka. Apabila teringat api neraka, hati mereka sangat bencikan perbuatan yang menyalahi hukuman Allah Taala itu. 

Apabila hendak beramal, mereka akan berhenti sejenak untuk menimbangkan lintasan itu, sama ada ia daripada syaitan atau malaikat. Inilah “martabat muqarrabun (مقربون) yang duduk "di bawah naungan 'Arasy pada hari kiamat besar kelak sebelum masuk ke syurga.

Maka makna muraqabah dan faedah muraqabah sangat elok, tidak ada jalan keliru untuk dibaca oleh orang awam pada Bab Muraqabah ini. Ia jugalah atas makna bas’irah (بصيرة), musyahadah(مشاهدة) ,Mu’ayanah (معاينة) dan mukasyafah (مكاشفة) ( kalimahnya adalah berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama)

Sekiranya orang jahil membaca Asma-Ullah al-Husna dan membaca segala maknanya yang panjang itu, kemudian dapat memahami segala kehendak maknanya, tentulah sangat jauh perbezaannya jika dibandingkan dengan waktu sebelumnya. Sebelumnya apabila membaca: لا إله إلا الله dia tidak merasakan kesedapan hatinya yang penuh dengan berbagai lintasan dan khayalan. Pastinya apabila dia telah membaca Asma-Ullah al-Husna serta faham segala maknanya, hatinya akan berasa sedap kerana mengingatkan bahawa sebelum masa dan tempat diadakan maka yang ada hanya Allah Taala sahaja yang ada dan mempunyai segala Asma-Ullah al-Husna. 

KATA-KATA AHLI  SUFI

Di sini akan diterangkan kehendak kata-kata ahli sufi yang biasanya berbentuk ringkas sahaja seperti: 

"الفناء بالله " (Al-Fana’ Billah), ertinya mengikut zahir maknanya ialah “Fana’ Dengan Allah”. 

Bagi kebanyakan  orang awam, kata-kata seumpama itu amat mengelirukan. Apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah “melupakan ingatan kepada makhluk kerana mengingati Allah sahaja”. Begitu juga dengan kata-kata: "البقاء في الله " (Al-Baqa’ Fillah). Makna zahirnya ialah “berkekalan pada Allah”. Orang awam boleh terkeliru apabila membaca atau mendengarnya sedangkan maksudnya ialah: “mengekalkan ingatan pada Allah sahaja.” 

Sebagai contoh, diriwayatkan bahawa Nabi Yahya bin Zakaria a.s telah melintasi seorang perempuan lalu ia menolaknya. Maka tersungkurlah perempuan itu. Bila ditanya, kenapakah engkau berbuat begitu? Katanya: 'Aku sangkakan ia adalah sebuah dinding”. Apa yang dilakukan oleh  Nabi Yahya ini adalah perbuatan orang yang berada dalam  martabat “Baqa’ Fillah” (بقاء في الله) yakni lidahnya tidak berhenti melafazkan “zikrullah” sementara hatinya mengekalkan ingatan kepada Allah sahaja. 

Oleh sebab itulah mata kepalanya "tidak nampak" perempuan itu seperti perempuan kerana disangkanya dinding, lalu ia menolaknya.

Bagi orang jahil, bila disebutkan “Allah” maka datanglah berbagai-bagai lintasan dan khayalan di hatinya. Orang seperti ini, matanya dari jauh lagi sudah nampak perempuan itu sememangnya perempuan dan dia tidak mampu membaiki hatinya sendiri disebabkan tekanan yang kuat dari syaitan. Hanya dengan jalan memiliki ilmu yang benar daripada al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w sahaja dapat membaiki hati yang sentiasa terdedah kepada godaan syaitan. Maka pelajarilah ilmu agama Islam dalam Ilmu At-Tauhid supaya tidak mudah tergelincir sesat supaya segala amalan ibadatnya tidak rosak. Banyak sebabnya seseorang itu boleh jatuh sesat dengan begitu mudah.

Contohnya: 

Jika seorang yang jahil itu ditanya oleh seorang jahil yang lain bahawa jari yang bergerak itu, siapakah yang menggerakkannya? 

Jika dijawab oleh orang jahil itu sendiri, tentulah orang jahil yang bertanya itu boleh terjatuh sesat pada agamanya. Oleh itu, bertanyalah orang alim untuk dipastikan jawapan sebenarnya kerana soalan seperti itu senang ditanya tetapi sukar dijawab terutama bagi pihak diri orang yang jahil dalam Ilmu at-Tauhid. Itulah jalan selamat dari terkena sesat pada agama.

Dalam Bab ini, kita hendaklah membuka jalan secara meluas ketika hendak memberikan jawapannya supaya sambil menjawab pertanyaan ini, dapat juga menarik perhatiannya agar ia dapat menerima ajaran yang benar. Ini adalah disebabkan soalan seperti ini boleh membuat seseorang itu terdorong hingga menjadikan seseorang itu sesat pada agama.

Maka apakah dia jawapan kepada soalan: 
"Siapakah yang menggerakkan jari itu?" 
        Jawabnya: 
Katakanlah jari itu ialah jari seorang bernama Zaid. Jika dihalusi sebabnya, ternyatalah datangnya dari lintasan hati yang hendak menggerakkan jarinya. Itu adalah dikira sebab pertama. Jika tujuannya hendak mengambil sesuatu atau bersengaja hendak menggerakkan jarinya maka gerakan jarinya itu akan ditanya di akhirat kelak. Malahan mengambil tanah sekecil-kecilnya pun atau sebutir pasir untuk dibuat mainan ataupun menyentuh tepi kain, itupun akan ditanya kenapa dilakukan dan apa tujuannya. 
Oleh itu, maka gerak jari Zaid itu pada mulanya berpunca daripada lintasan hati. Maka adakah terbitnya lintasan hati itu daripada syaitan atau malaikat kembarannya?. Andainya gerak jari itu adalah untuk bertasbih memuji serta memuliakan kebesaran Allah maka ini datangnya daripada lintasan malaikat. Sekiranya gerak jari itu adalah untuk menyentuh benda-benda yang diharamkan oleh Allah maka datangnya gerak jari itu adalah daripada lintasan syaitan. 
Amat perlu diketahui bahawa malaikat kembaran Zaid itu adalah seorang malaikat yang alim, dialah yang mencetuskan lintasan hati yang baik dan memberi ajaran baik. Di samping itu, kembaran syaitannya pula mendatangkan lintasan hati yang jahat dan memberi pengajaran jahat kepada Zaid. Oleh itu, Zaid akan disoal di akhirat kelak mengenai setiap gerak yang ia lakukan pada anggotanya itu.
       Jika ditanya: 
"Adakah gerak jari Zaid itu hilang percuma begitu sahaja tanpa dihisab di akhirat nanti?."

Tentunya ia akan dihisab di akhirat kelak. Selepas didapati timbangannya berat di sebelah kejahatan, apakah nasib Zaid selain dari dimasukkan ke dalam api neraka?
Bila dimasukkan ke dalam api neraka adakah dia akan berkata: الحمد لله semua ini adalah dengan takdir Allah dan bersabarlah sahaja mengikut takdir Allah kerana tidak bergerak sesuatu melainkan dengan izin Allah maka dia dimasukkan ke dalam api neraka.? 

Akan tetapi ahli neraka jauh sekali akan berkata begitu, malahan mereka menyesal sebagaimana disebutkan oleh Allah dalam al-Quran. Sila baca, fahami dan fikirkan betapa kekesalan orang-orang ahli api neraka sebagaimana Firman Allah: 

          وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ 

                             Maksudnya:
“Dan mereka berkata jikalaulah sekiranya kami dengar (pendengaran untuk menerima kebenaran) atau kami berakal (ada akal untuk memahami ajaran yang benar), nescaya tidaklah kami berada dalam (golongan) penghuni neraka yang menyala-nyala”.  
   [Al-Quran surah سورة الملك Al-Mulk   :  10]
Demikianlah bunyi kesesalan ahli neraka kerana tidak mahu mendengar dan tidak mahu memahami ajaran yang benar dan bukan kerana tiada orang yang menyeru kepada ajaran yang benar, tetap mereka hanya sekadar mendengar tanpa mahu beriman dan menerima ajaran yang benar.

Misalnya:

Orang yang hatinya boleh cerah apabila membaca Asma-Ullah al-Husna dengan mengambil faham segala maknanya, tetapi mereka tidak mahu berbuat apa-apa. Justeru baca, fahami dan dengarkanlah bunyi kesesalan ahli neraka.

Umar bin Al-Khattab r.a. menangis atas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dengan kata-kata yang dituturkannya. Maka dicatatkan sedikit untuk dijadikan tatapan dan ingatan:
 بأبي انت وأمي يا رسول الله لقد بلغ من فضيلتك عنده ان أهل النار يودون أن يكونوا قد أطاعوك وهم بين أطباقها يعذبون يقولون 

يا ليتنا أطعنا الله وأطعنا الرسول 
                         Maksudnya: 
"Dengan bapaku engkau dan ibuku, wahai Rasulullah, sesungguhnya telah sampai daripada kelebihan engkau itu di sisi-Nya bahawa ahli neraka menginginkan (seolah-olah) mereka telah pun mentaati engkau ketika mereka berada antara lapisan-lapisannya sedang diazabkan, mereka berkata wahai moga-moganya kami telah taatkan Allah dan kami taatkan Rasul.”
Begitulah bunyi kesesalan ahli neraka. Walaupun sedang diazab, namun mereka masih menginginkan jikalah sekiranya mereka itu telah mentaati Allah dan Rasul-Nya dahulu sewaktu hidup di dunia nescaya tidaklah mereka dikenakan azab yang sangat pedih.
Betapa besarnya rahmat Allah Taala kepada orang-orang mukmin dan mukminat kerana sebelum lagi tibanya hari kiamat besar maka hal azab api neraka telah dikhabarkan dan dimaklumkan bagaimanakah bunyi kekesalan ahli neraka supaya mereka berjaga-jaga tidak memberanikan diri melanggar apa jua hukuman Allah Taala. Maka berpada-padalah orang-orang mukminin dan mukminat dengan mendengar azab yang disediakan di negeri akhirat untuk dijadikan pengajaran supaya merasa takut dari terkena azab yang dijanjikan Allah. 

Baca dan fahamilah perihal azab di negeri akhirat.
وقال أنس قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يرسل على أهل النار البكاء فيبكون حتى تنقطع الدموع ثم يبكون الدم حتى يرى في وجوههم كهيئة الاخدود لو ارسلت فيها السفن لجرت وما دام يؤذن لهم بالبكاء والشهيق والزفير والدعوة بالويل والثبور فلهم في مستروح ولكنهم يمنعون ايضا من ذلك
                     Maksudnya: 

Dan kata Anas, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang kira-kira ertinya: 
"Dibenarkan ke atas ahli neraka menangis maka menangislah mereka hingga terputus (habis) air mata, kemudian mereka menangis (mengeluarkan air mata) darah hingga dilihati pada muka-muka mereka bagai parit-parit, sekiranya dihantarkan bahtera-bahtera (kapal) nescaya berjalanlah (bahtera-bahtera itu) dan selamanya mereka dibenarkan menangis, memekik, meraung, menjerit dan menyeru kecelakaan diri dengan keazaban dan kebinasaan maka bagi mereka ia ada padanya kerehatan akan tetapi mereka dilarang pula daripada yang demikian itu."
Andainya ditanya: 
"Bagaimanakah bahtera-bahtera itu boleh berjalan melalui aliran air mata mereka?."
Orang-orang yang dimasukkan ke dalam api neraka, dibesarkan badannya hingga tebal kulitnya sahaja mengambil masa tiga hari perjalanan, sementara satu gigi gerham mereka adalah sebesar Gunung Uhud. 
Sebesar manakah muka dan badan seseorang ahli neraka itu?. 

Kata Abu Hurairah :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ضرس الكافر في النار مثل أحد وغلظ جلده مسيرة ثلاث
                 Maksudnya:

Sabda Nabi Rasulullah s.a.w: 
“Gigi geraham orang kafir dalam api neraka adalah seperti besar Gunung Uhud dan tebal kulitnya adalah (sejauh) perjalanan tiga hari.”
Demikianlah besarnya orang-orang ahli api neraka supaya dapat merasai azabnya tatkala terkena senggaran api neraka.

Bagi orang yang memasuki syurga, hanyalah sebesar Nabi Allah Adam a.s dengan ketinggian enam puluh (60) hasta dan lebarnya tujuh (7) hasta.

Perlu diingat bahawa setiap kali disebut azab orang kafir di negeri akhirat hendaklah difikirkan hal diri sendiri, hal diri anak-anak dan isteri supaya tidak sesekali menyentuh apa jua iktiqad yang boleh menyebabkan seseorang itu jatuh kafir. Sentiasalah berwaspada. Andainya kita sendiri cuai mempelajari agama Islam maka ditakuti jatuh kafir dan mengenai azab seperti yang diterangkan dalam Hadis itu tadi. Maka janganlah lihat hal diri orang lain tetapi lihat hal diri sendiri, hal anak-anak dan isteri, apakah jalan selamatnya daripada terkena iktiqad kufur. Belajarlah agama secara mendalam serta banyak berdoa supaya terlepas daripada bahaya sesat pada agama.

[Lihat :

             i.  API NERAKA DAN AZAB SEKSA DI DALAMNYA
            ii.  Ajaran Tasawwuf Menyesatkan dan Memudaratkan Umat?

**“TANBIH” (Peringatan):

Bagi orang yang masuk neraka, mana satukah anggota badan yang ada kemuliaannya?. Adakah rohnya atau hati jantungnya yang berbuku itu menjadi mulia ataupun darah, daging, tulang, urat atau kemaluannya itu menjadi mulia?
Sudah tentu orang yang dimasukkan ke dalami api neraka, tidak ada apa-apa pun yang mulia pada dirinya. Yang mulia hanyalah pada ingatannya (sangkaannya) sahaja. Jika ia berdoa dan doa itu dikabulkan oleh Allah, itulah sahaja yang mulia dan yang berguna. 

Oleh itu, jika ada mana-mana ilmu memuji roh atau memuji jantung hati atau memuji kemaluan atau memuji asal kejadian manusia dan lain-lain anggota badan maka jelaslah seketika kena azab yang sedang ditanggungi itu tidak ada gunanya, yang berguna hanyalah doa kepada Allah Taala
Orang-orang yang telah dimasukkan ke dalam api neraka adalah berkekalan di sana, bukan masanya lagi untuk berdoa kerana masa berdoa hanyalah sewaktu hidupnya di dunia ini sahaja. Sewaktu tibanya roh ke halkum, taubatnya tidak lagi diterima oleh Allah Taala.
Maka jika terdapat agama yang mengkaji anggota (organ) badan atau memuji sesuatu yang ada di badan maka itu bukanlah agama Islam kerana perkakas yang ada di badan tidak ada apa-apa mulianya di akhirat kelak.

Lihatlah betapa kuatnya azab orang ahli neraka dan betapa hinanya mereka. Firaun yang mengaku dirinya Tuhan mahu bertaubat ketika dibinasakan oleh Allah Taala dalam laut tetapi tidak diterima taubatnya. Jika Firaun tidak dapat lari dari azab dunia ini pun, apatah lagi untuk melepaskan diri daripada azab kubur dan azab api neraka. 

Jauh sekali! Ketika dia sihat dan mempunyai kuasa memerintah, Firaun amatlah sombong dan takbur tetapi apabila didatangkan oleh Allah bala’ dengan dimatikan lemas di dalam laut bersama pengikut-pengikutnya maka tiada apa-apa lagi yang berharga pada dirinya. 

Bagimana hal keadaan Fir'aun apabaila dalam kelemasan dan berhadapan dengan kematian:

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ (90) آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ (91) 

          Maksudnya :
" Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiayai dan menindas ( mereka); hingga Fir'aun itu telah hampir tenggelam kelemasan ( dalam laut) berkatalah dia : ' Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku termasuk orang-orang muslimin yang berserah diri ( kepada Allah)'. ( 90)

Apakah sekarang ( baru kamu percaya), pada hal sesungguhnya kamu terlah derhaka sejak dulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan." ( 91)
               [ Al Quran surah سورة يونس Yunus : 90-91]

Jadi apabila kita dengar keadaan azab ahli neraka sebagaimana yang tersebut pada Hadis itu tadi maka betapakah azabnya, hinggakan hendak menangis pun kena minta keizinan, begitu juga apabila hendak memekik, meraung, menjerit dan menyeru kebinasaan diri. Apabila hendak berhenti rehat, mereka tidak dibenarkan, disuruh juga menangis, memekik dan menjerit sehingga kering air mata. Maka menangislah mereka hingga mengeluarkan air mata darah, tidak dibenarkan berhenti rehat kerana di dalam api neraka tiada suatu apa pun yang disukai oleh keinginan hawa nafsu dibenarkan, walaupun dalam perkara-perkara yang sangat kecil dalam kebiasaan hidup di dunia. 

Apabila dimasukkan ke dalam api tentulah hendak menangis dan menjerit untuk melipurkan kesakitan itu tetapi tidak dibenarkan hingga diizinkan menangis, baharulah boleh menangis. Sesudah menangis dan menjerit tentulah ia hendak berhenti buat sementara tetapi tidak dibenarkan bahkan disuruh juga menangis dan menjerit. Bagi mereka yang sedang mengalami azab yang sebegini halnya jika takdirnya ada doa yang jika berdoa dengannya nescaya Allah Taala kabulkan doanya itu tentulah mereka akan berdoa dengannya, tidak kira berapa panjangnya sekalipun. Ketika itu barulah nampak bahawa perkara yang mulia itu ialah doa. 


Di dunia ini sahaja pun jika seseorang yang sedang berada di lautan besar apakah yang mulia sewaktu datangnya ribut yang kuat? 

Adakah anggota badan itu mulia atau roh itu mulia? 

Dalam menghadapi susana yang amat menyulitkan ini sudah semestinya hanya berdoa kepada Allah sahaja, minta diselamatkan daripada bahaya karam, itulah perkara yang paling mulia. 
Oleh itu, jika doalah yang mulia maka kepada siapakah hendak berdoa? 

Tentulah kepada Allah Taala. Alangkah mulianya, jika seseorang yang berdoa itu memahami segala makna Asma-Ullah al-Husna. Sangatlah khusyuk hati orang yang berdoa kepada Allah itu yang memahami segala makna Asma-Ullah al-Husna. Bagi orang yang berdoa sekadar tahu menyebut nama Allah sahaja tentulah hatinya tidak khusyuk seperti orang yang tahu dan memahami segala makna Asma-Ullah al-Husna, malahan boleh menyebabkan seseorang itu jatuh kafir atau murtad atau mensyirikkan Allah diisebabkan kejahilannya dalam bab Ilmu At-Tauhid. Doalah yang lebih mulia sewaktu terkena kesusahan, manakala segala perkakas badan, roh dan lain-lain anggota badan tiada apa-apa mulianya. 


Maka lihatlah kata-kata doa Nabi kita Muhammad s.a.w ketika berdoa kepada Allah Taala, betapa elok makna-maknanya. Jika dilihat dari sudut kandungan isi doa Nabi Muhammad s.a.w itu dapatlah kita memahami iktiqad di hati dalam bab beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat. Walaupun Nabi Muhammad s.a.w terlebih mulia dan terlebih tinggi pangkat martabatnya di sisi Allah dan dialah yang mula-mula dibukakan pintu syurga daripada lain-lain umat Nabi-Nabi Allah yang terdahulu tetapi di dalam doanya yang begitu panjang Nabi Muhammad s.a.w tetap berdoa memohon rahmat Allah Taala, meminta dijauhkan daripada terkena fitnah dunia, azab kubur, huru-hara hari kiamat besar kelak, azab api neraka serta memohon memasuki syurga bersama-sama dengan orang-orang solehin dan dengan para Nabi Alaihimussalam. 

[Lihat : FITNAH KUBUR, ALAM BARZAKH dan BUMI MAHSYAR ]

Barangsiapa memahami segala makna Doa Nabi Muhammad s.a.w yang panjang itu, pastinya dia akan suka untuk berdoa dengannya. Bahkan ulamak-ulamak yang sangat alim, para Aulia Allah dan orang-orang solehin juga tidak meninggalkan doa itu selepas sembahyang. Maka di bawah ini diturunkan doa Nabi Muhammad s.a.w untuk kita amalkan selepas sembahyang dan untuk disuruh anak-anak dan ahli rumah kita membaca, menghafaz dan berdoa dengannya seperti berikut:-
اللهم إني أسألك رحمة من عندك تهدي بها قلبي وتجمع بها شملي وتلم بها شعثي وترد بها الفتن عني وتصلح بها ديني وتحفظ بها غائبي وترفع بها شاهدي وتزكي بها عملي وتبيض بها وجهي وتلهمني بها رشدي وتعصمني بها من كل سوء. اللهم إعطني ايمانا صادقا ويقينا ليس بعده كفر ورحمة أنال بها شرف كرامتك في الدنيا والآخرة اللهم إني أسألك الفوز عند القضاء ومنازل الشهداء وعيش السعداء والنصر على الأعداء ومرافقة الأنبياء اللهم إني أنزل بك حاجتي وإن ضعف رأيي وقلت حيلتي وقصر عملي وافتقرت الى رحمتك فاسألك يا كافي الأمور ويا شافي الصدور كما تجير بين البحور أن تجيرني من عذاب السعير ومن دعوة الثبور ومن فتنة القبور. اللهم ما قصر عنه رأيي وضعف عنه عملي ولم تبلغه نيتي وأمنيتي من خير وعدته أحدا من عبادك أو خير أنت معطيه أحدا من خلقك فإني أرغب اليك فيه وأسألكه يا رب العالمين. اللهم اجعلنا هادين مهتدين غير الضالين ولا مضلين حربا لأعدائك سلما لأوليائك نحب بحبك من أطاعك من خلقك ونعادي بعداوتك من خالفك من خلقك. اللهم هذا الدعاء وعليك الاجابة وهذا الجهد وعليك التكلان وإنا لله وإنا إليه راجعون. ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ذي الحبل الشديد والأمر الرشيد أسألك الأمن يوم الدين والجنة يوم الخلود مع المقربين الشهود والركع السجود الموفين بالعهود إنك رحيم ودود وانت تفعل ما تريد سبحان الذي لبس العز وقال به سبحان الذي تعطف بالمجد وتكرم به سبحان الذي لا ينبغي التسبيح إلا له سبحان ذي الفضل والنعم. سبحان ذي العزة والكرم سبحان الذي أحصى كل شئ بعلمه اللهم اجعل لي نورا في قلبي ونورا في قبري ونورا في سمعي ونورا في بصري ونورا في شعري ونورا في بشري ونورا في لحمي ونورا في دمي ونورا في عظامي ونورا من بين يدي ونورا من خلفي ونورا عن يميني ونورا عن شمالي ونورا من فوقي ونورا من تحتي اللهم زدني نورا واعطني نورا واجعل لي نورا 
             Maksudnya :
“ Ya Allah bahawasanya aku memohon kepada Engkau rahmat dari sisi Engkau, rahmat yang Engkau berikan petunjuk dengannya hatiku dan rahmat yang Engkau himpunkan dengannya barang yang bertaburan daripada perkaraku dan rahmat yang Engkau himpunkan dengannya barang yang berselerakan daripada segala perkaraku dan Engkau tolakkan dengannya segala fitnah daripadaku dan Engkau perbaiki dengannya agamaku dan Engkau peliharakan dengannya barang yang ghaibku dan Engkau angkatkan dengannya barang yang hadirku dan Engkau bersihkan dengannya amalanku dan Engkau putihkan dengannya mukaku dan Engkau ilhamkan kepadaku dengannya jalan petunjukku dan Engkau peliharakan aku dengannya daripada tiap-tiap kejahatan. 
Ya Allah kurniakanlah kepadaku keimanan yang benar dan keyakinan yang tiada kemudiannya kekufuran dan rahmat yang aku mendapati dengannya kemuliaan murah kurniaan Engkau di dunia dan akhirat. Ya Allah bahawasanya aku memohon kepada Engkau kemenangan pada ketika qada’ dihukumkan sekelian makhluk dan segala pangkat derjat orang-orang yang mati syahid dan kehidupan orang-orang yang berbahagia dan kemenangan ke atas seteru-seteru dan menyertai sekelian Nabi. Ya Allah bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajatku sekalipun lemah fikiranku dan sedikit upayaku dan singkat amalanku dan aku sangat-sangat berhajat kepada rahmat Engkau maka aku memohon kepada Engkau wahai Tuhan yang mencukupkan segala perkara dan wahai Tuhan yang menyembuhkan segala dada, sebagaimana Engkau melepaskan antara lautan-lautan, Engkau lepaskan aku daripada azab api neraka dan daripada seruan kecelakaan diri dan daripada fitnah kubur. 
Ya Allah, barang apa yang tersingkat daripadanya fikiranku dan lemah daripadanya amalanku dan tidak menyampaikannya oleh niat hatiku dan cita-cita hatiku daripada kebaikan yang telah Engkau janjikannya kepada seseorang daripada hamba-hamba Engkau atau kebaikan yang Engkau mengurniakannya kepada seseorang daripada makhluk Engkau maka bahawasanya aku menginginkannya pengurniaan Engkau itu kepadanya dan aku memohon kepada Engkau untuk mendapatinya, wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang dapat memberi pertunjuk yang dapat petunjuk, bukan orang-orang yang sesat dan bukan (pula) orang-orang yang menyesatkan, memusuhi seteru-seteru Engkau dan berbaik sayang kepada para wali Engkau. 
Kami kasihi dengan kasihan Engkau orang-oang yang mentaati Engkau di kalangan hamba-hamba Engkau dan kami memusuhi dengan perseteruan Engkau orang-orang yang menyalahi Engkau di kalangan hamba-hamba Engkau. Ya Allah, doa (ku) ini kepada Engkau jualah mengkabulkan(nya) dan daya upaya (ku) ini di atas Engkau jualah (kami) berserah. Dan bahawasanya kami adalah milik Allah dan kebawah kuasanyalah kami kembali, dan tiada upaya mengekalkan berbuat taat dan tiada upaya meninggalkan maksiat melainkan hanyalah dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi darjat lagi yang Yang Mahaamat Besar martabat, Yang mempunyai tali ikatan agama yang amat kuat dan yang mempunyai urusan memberi petunjuk jalan yang benar. Aku memohon kepada Engkau keamanaan pada hari janjian balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang diredai yang sentiasa bermusyahadah dengan mata hati kepada Allah, yang banyak rukuk dan yang banyak sujud yang menunaikan dengan segala janjian. Bahawasanya Engkau Amat Menyayangi lagi Amat Mengasihani dan Engkau berbuat barang apa Engkau kehendaki. 
Maha Suci Allah yang mempunyai sifat kemuliaan dan ia berfirman dengannya Maha suci Allah yang menyayangi dengan kepujian dan Ia bermurah dengannya. Maha Suci Allah yang tiada segia ditasbihkan melainkan bagi-Nya sahaja. Maha Suci Allah yang mempunyai kelebihan kemurahan dan segala nikmat. Maha Suci Allah yang mempunyai kemuliaan dan kemurahan. Maha Suci Allah yang menghitung tiap-tiap suatu dengan Ilmu-Nya. 
Ya Allah, Engkau jadikanlah bagiku cahaya (yakni ilmu pengetahuan) pada hatiku dan cahaya (yakni cerahan) pada kuburku dan cahaya (yakni ilmu) pada pendengaranku dan cahaya (yakni ilmu) pada pemandanganku dan cahaya (yakni bertukar menjadi cahaya) pada rambutku dan cahaya (yakni bertukar jadi cahaya) pada kulitku dan cahaya (yakni bertukar jadi cahaya) pada dagingku dan cahaya (yakni bertukar jadi cahaya) pada darahku dan cahaya (yakni bertukar jadi cahaya) pada tulangku dan cahaya (yakni cahaya pada waktu meniti) dari hadapanku dan cahaya dari belakangku dan cahaya dari kananku dan cahaya dari kiriku dan cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, Engkau tambahilah kepadaku cahaya dan kurniakanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya."
Demikianlah kandungan doa dan ertinya doa Nabi Muhammad s.a.w. Dalam kandungan doa ini dapatlah diketahui  ilmu yang  menunjukkan iktiqad di dalam hati Nabi Muhammad s.a.w. . Barangsiapa membaca doa ini dengan mengambil faham serta menghayati segala maknanya dia akan dapat membina iktiqad dirinya dengan mudah menurut jalan Ahli As-Sunnah. 

[Lihat : Pengertian Kalimah "AN-NUUR" ]

Jika seseorang itu mendengar ada kaum beriktiqad bahawa apabila seseorang itu mati maka tidaklah ia mengenai azab dan/atau apa-apa fitnah di dalam kuburnya, malahan matinya samalah sahaja seperti matinya binatang-binatang sahaja, maka hendaklah ditanya sama ada ia telah membaca doa Nabi Muhammad s.a.w yang panjang seperti yang tersebut di atas? 

Bukankah Nabi Muhammad s.a.w memohon kepada Allah Taala dalam do'anya yang berbunyi:

 أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ.

                         Maksudnya :
"Bahawa Engkau lepaskan daku dari azab api neraka dan dari seruan kebinasaan diri dan dari fitnah kubur." 
[Ertinya orang yang tidak percayakan adanya azab kubur dan kesenangannya ia telah mendustakan Nabi Muhammad s.a.w dan tidak lagi berpegang kepada ajarannya.]
Lihatlah betapa Nabi Muhammad s.a.w merendahkan dirinya memohon memasuki syurga bersama-sama dengan orang-orang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah dan bersama-sama dengan orang yang banyak rukuk, banyak sujud serta mahukan menyertai para Nabi Alaihimussalam.
Jika ada kaum yang mencerca Nabi-nabi Allah maka hendaklah dirujuk kepada doa Nabi Muhammad s.a.w yang panjang lebar ini yang memuliakan sekalian Nabi dan Aulia’ Allah. Jika kita mendengar tentang adanya kaum yang tidak percayakan adanya syurga dan neraka maka hendaklah kita rujuk kepada doa Nabi Muhammad s.a.w berbunyi:

  كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ               
     
                         Maksudnya :
"Sebagaimana engkau lepaskan antara lautan-lautan bahawa Engkau melepaskan daku daripada azab api neraka." 
[Sedemikian inilah takutnya Nabi Muhammad s.a.w dari azab api neraka."]

Andainya ditanya apakah neraka itu sudah ada atau belum ada?

Soalan ini jika hendak dijawab mengikut akal fikiran sendiri, tentulah tiada siapa pun yang boleh menjawabnya. Jika dikatakan sudah ada, tentulah dia akan ditanya adakah engkau telah pergi melihatnya benar-benar ada neraka itu? 
Jika disebutkan: Belum ada (neraka itu), tentulah dia akan ditanya lagi adakah engkau telah pergi ke tempat neraka yang akan diadakan di situ kelak sehingga engkau tahu bahawa neraka belum ada lagi di situ sekarang ini. 

Dengan akal firkiran sendiri, tentulah tidak akan tahu adakah neraka itu sudah ada atau tidak. 
Siapakah yang boleh beritahu neraka itu sudah ada atau belum ada? 
Maknanya hanyalah mereka yang telah diangkatkan oleh Allah Taala menjadi Rasul-Nya sahaja yang benar-benar tahu melalui Malaikat Jibril AS yang diutuskan. Maka dari sini nampaklah sejauh mana mulianya agama Islam kerana semua ilmu pengetahuannya datangnya daripada ajaran Allah. Maka betapakah besarnya kemuliaan Malaikat Jibril AS yang diutus menyampaikan kalam Allah kepada Rasul-Nya a.s. Seterusnya, nampaklah kita sejauh mana besarnya kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan para Nabi dan Rasul kerana dapat menerima wahyu daripada Allah. 

Segala ilmu pengetahuan agama Islam yang luas ini tersimpan di dalam hati-hati para sahabat r.a. yang datangnya daripada lidah Rasulullah s.a.w sendiri. Maka betapakah mulianya para sahabat r.a. dan beramal dengan sesuatu ibadat itu benar-benar menurut contoh perbuatan ibadat Rasulullah s.a.w. Seterusnya, mereka menyampai dan mengembangkan segala ilmu pengetahuan yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w itu kepada sekalian umat Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian diikuti pula kemuliaan para ulamak Islam, hasil daripada usaha yang bersungguh-sungguh mempelajari ilmu pengetahuan di samping mengarang dan menghasilkan kitab-kitab yang muktabar.

Sekiranya sesiapa atau mana-mana pihak mencerca para sahabat r.a atau mencerca para ulamak Islam yang muktabar atau mencerca mana-mana kitab karangan mereka maka perbuatan sedemikian itu pastinya bertujuan hendak menukar agama kepada agama baru, menurut fikiran mereka sendiri, untuk menghapuskan ilmu agama Islam yang sebenar.
Maka hendaklah diajar anak-anak kita terlebih dahulu sebelum mereka akil baligh lagi tentang segala Asma-Ullah al-Husna berserta dengan makna-maknanya yang panjang keterangannya untuk dimasukkan ke dalam hati-hati anak-anak itu. Kemudian diajar pula doa Nabi Muhammad s.a.w yang panjang ini supaya mereka dapat memahaminya bahawa itulah doa Nabi Muhammad s.a.w yang bersangkutan dengan iktiqad keimanan kepada Allah, kepada Rasul-Nya dan kepada hari akhirat. Dengan itu, tentunya mereka akan sentiasa berada di atas pegangan iktiqad dan asas keimanan yang hak lagi kukuh.

Sebagai iktibar, baca dan fahamilah perihal api neraka dan kadar ketakutan sekalian malaikat.
وعن محمد بن المنكدر قال لما خلقت النار طارت افئدة الملائكة من أماكنها فلما خلق بنو آدم عادت
                                  Maksudnya :
"Dan diriwayatkan daripada Muhammad bin al-Munkadir, katanya: Tatkala diadakan api neraka, terbanglah hati-hati malaikat dari tempat-tempatnya maka apabila diadakan anak-anak Adam kembalilah semula (hati-hati malaikat ke tempatnya)."
Ini menunjukkan bahawa neraka telah pun wujud. 

Dan diriwayatkan daripada Anas bahawasanya Nabi Muhammd s.a.w telah menanya Jibril yang bermaksud :
“Kenapa aku tidak (pernah) lihat (malaikat) Mikael ketawa”. Jibril menjawab: “Dia (Mikael) tidak ketawa semenjak diadakan api neraka.”
ويقال أن لله تعالى ملائكة لم يضحك أحد منهم منذ خلقت النار مخافة أن يغضب الله عليهم فيعذبهم بها
                                   Maksudnya :
"Dikatakan (satu qaul) bahawa ada bagi Allah itu malaikat-malaikat yang tiada seorang pun di kalangan mereka ketawa semenjak diadakan api neraka kerana takut kermukaan Allah lalu mereka diazabkan dengan sebabnya (ketawanya itu)."
وقيل لما ظهر على إبليس ما ظهر طفق جبريل وميكائيل عليهما السلام يبكيان فأوحى الله إليهما ما لكما تبكيان كل هذا البكاء فقالا يا رب ما نأمن مكرك فقال الله تعالى هكذا كونا لا تأمنا مكري..
                                     Maksudnya :
"Dan dikatakan (satu qaul), tatkala berlaku ke atas Iblis barang apa yang telah berlaku, menangislah Jibril dan Mikael Alaihimussalam kedua-duanya, maka Allah Taala wahyukan kepada keduanya yang kira-kira ertinya: “Kenapakah engkau berdua menangis sehabis tangisan”. Maka kedua mereka berkata: “Wahai Tuhan, kami tidak (berasa) aman (terselamat) dari kemurkaan Engkau”. Maka Allah Taala berfirman yang kira-kira ertinya: “Begitulah, janganlah kamu berdua (berasa) aman dari kemurkaan Ku.”
Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"ما جاءني جبريل قط إلا وهو يرعد فرقا من الجبار"
                                 Maksudnya :
“Jibril tidak pernah datang kepadaku melainkan ia dalam keadaan gementar ketakutan dari Allah Yang Amat mempunyai kekerasaan."
وقرأ صلى الله عليه وسلم آية في سورة الواقعة فصعق
                                   Maksudnya:
"Dan Nabi Muhammad s.a.w telah membaca sepotong ayat dalam surah "al-Waqi-ah" lalu ia pengsan.
"Kalau Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan tatkala membaca ayat al-Quran mengenai dahsyatnya hal-hal pada hari kiamat besar tetapi mengapa masih ada orang-orang yang memperlekeh dan mengejek-ejek al-Quran?."

Terdapat beberapa Hadis yang seharusnya menjadi pedoman pemikiran kita. Antaranya :
Dari al Hassan (الحسنdiriwayatkan :
 ان رسول الله صلى الله عليه وسلم كان رأسه في حجر عائشة رضي الله عنها فنعس فذكرت الآخرة فبكت حتى سال دمعها فنقط على خد رسول الله صلى الله عليه وسلم فانتبه فقال ما يبكيك يا عائشة؟ قالت ذكرت الآخرة هل تذكرون أهليكم يوم القيامة قال والذي نفسي بيده في ثلاث مواطن فإن أحدا لا يذكر إلا نفسه اذا وضعت الموازين ووزنت الاعمال حتى ينظر ابن آدم أيخف ميزانه أم يثقل وعند الصحف حتى ينظر أبيمينه يأخذ كتابه أو بشماله وعند الصراط 
                        Maksudnya:
"Pada ketika kepala Rasulullah s.a.w berada pada ribaan Aisyah r.a lalu ia mengantuk. Maka ia pun mengingati tentang hal akhirat lalu menangis hingga menitis air matanya ke atas pipi Rasulullah s.a.w lalu ia terjaga, sabdanya: “Apakah yang membuat engkau menangis wahai Aisyah”? 
Kata Aisyah: “Aku mengingati hal akhirat, adakah engkau kalian mengingati ahli keluarga engkau kalian pada hari kiamat”. Sabdanya: “Demi yang diriku di bawah kuasa-Nya, (terdapat) pada tiga tempat maka (pertamanya) seseorang itu tidak mengingati (apa-apa) selain dari dirinya sendiri (iaitu) ketikanya diletakkan penimbang-penimbang dan ditimbang segala amalannya sehinggalah anak Adam itu melihat apakah penimbangnya ringan atau berat dan (keduanya) pada ketika (dibentangkan) segala surat amalan sehingga ia melihat adakah dengan tangan kanannya ia menerima kitabnya (suratnya itu) atau dengan tangan kirinya, dan (ketiganya) pada ketika meniti di atas titian."
Dan riwayat daripada Anas (أنس)
يؤتي بإبن آدم يوم القيامة حتى يوقف بين كفتي الميزان ويوكل به ملك فإن ثقل ميزانه نادى الملك بصوت يسمع الخلائق سعد فلان سعادة لا يشقى بعدها أبدا وعند خفة كفة الحسنات تقبل الزبانية وبأيديهم مقامع من حديد عليهم ثياب من نار فيأخذون نصيب النار الى النار
                               Maksudnya:
Dibawakan anak Adam itu pada hari kiamat hingga diberhentikan di antara dua daun penimbang dengan diwakilkan seorang malaikat maka jika berat timbanganannya, malaikat itu melaungkan dengan suara yang (dapat) didengari oleh semua makhluk: “Telah berbahagia si polan, suatu kebahagiaan yang tiada kecelakaan kemudiannya buat selama-lamanya, dan ketika ringan daun neraca kebaikannya datanglah Malaikat Zabaniyah, di tangan mereka itu pemukul-pemukul dari besi, berpakaian dengan pakaian dari api neraka lalu mereka membawa nasib orang-orang ahli neraka ke api neraka.”

Jika dikatakan kepada seorang jahil bahawa dia tidak perlu berbuat apa-apa ibadat juapun, memadailah dengan menemui orang-orang tertentu kerana mereka itu dapat mengampunkan segala dosanya dengan membayar sedikit wang sahaja. 

Apakah yang sepatutnya orang jahil itu menjawab?

Maka hendaklah dijawab bahawa perbuatan meninggalkan ibadat yang difardukan oleh Allah Taala adalah perbuatan maksiat dan merupakan racun yang sangat berbahaya. Maka orang yang mengatakan tidak mengapa meninggalkan ibadat kerana ada orang lain yang sanggup menanggung dosanya itu hendaklah disuruh makan racun kerana ada orang lain yang sanggup menanggung rasa kepedihan racun itu.

Hakikatnya orang yang makan racun, dialah yang akan menanggung sakitnya; begitulah di negeri akhirat. Barangsiapa berbuat maksiat dan meninggalkan ibadat, dialah yang akan menanggung azabnya abila dimasukkan ke dalam api neraka.
Jika ada yang sanggup mengampuni dosa orang lain maka tatkala ditimbang segala amalannya kelak, adakah dia boleh berkata jangan ditimbang amalannya kepada malaikat yang diwakilkan oleh Allah Taala untuk menimbang amalannya? Atau berkata: 

Janganlah ditimbang segala amalan si polan itu dan si polan ini? 

Semasa ditimbang amalannya, dia sendiri pun tidak tahu adakah berat di sebelah kebaikan atau di sebelah kejahatan, begitu juga semasa menerima surat amalannya, dengan tangan kanan atau dengan tangan kiri. Ketika itu itu, apakah dia boleh menolong orang lain untuk menerima surat amalannya dengan tangan kanan? 

Jauh sekali! Di dalam dunia ini pun dia tidak mampu melepaskan dosa orang lain apatah lagi di negeri akhirat nanti. Pastinya akuannya itu adalah semata-mata dusta. 
Semasa meniti titian yang panjang, terbentangnya di atas muka api Neraka Jahanam itu, bolehkah dia berkata bahawa dia mesti terselamat sewaktu meniti?. Apatah lagi untuk menolong orang lain, kononnya dapat mengampun dan menanggung dosanya di dunia ini. Semuanya itu adalah semata-mata dusta.
Oleh yang demikian sangatlah elok jika anak-anak kita diajar membaca dan menghafaz Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hasan r.a itu tadi mengenai tiga tempat iaitu ketika tidak ada apa-apa yang boleh diingat selain dari mengingatkan hal diri sendiri. Perkara ini boleh dijadikan soal-jawab di kalangan ahli keluarga. 

Sesungguhnya Firman Allah berulang-ulang kali meingatkan kepada hamba-hamba-Nya bahawa menyekutu/mensyrikkan/menyamakan Allah adalah sebesar-besar dosa kezalaiman yang tidak sesekali mendapat keampunan daripada-Nya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam ayat-ayat berikutyang antaranya ialah:
لَوۡ كَانَ هَـٰٓؤُلَآءِ ءَالِهَةٗ مَّا وَرَدُوهَاۖ وَكُلّٞ فِيهَا خَٰلِدُونَ
            Maksudnya :
i." Andaikata berhala-berhala itu Tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka. Dan semuanya akan kekal di dalamnya."

                    [ Surah  سورة الأنبياء  Al Anbiyaa' : 99

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا

         Maksudnya :

ii." Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari ( syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. "

                           [  Surah  سورة النساء  An Nisaa': 48

وَاِذۡ قَالَ لُقۡمٰنُ لِا بۡنِهٖ وَهُوَ يَعِظُهٗ يٰبُنَىَّ لَا تُشۡرِكۡ بِاللّٰهِ ‌ؕاِنَّ الشِّرۡكَ لَـظُلۡمٌ عَظِيۡمٌ

              Maksudnya : 

iii." Dan ( ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu ia memberi pelajaran kepadanya : ' Hai anakku, janganah sesekali kemu mempersekutukan (Allah), sesungguhnya mempersekutukan ( Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar'."

                           [ Surah  سورة لقمان  Luqman : 13

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ (72) لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلا إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (73

Maksudnya :
iv. " Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : 'Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam', pada hal Al-Masih (sendiri ) berkata : ' Hai Bani Israil, sembahlah (beribadatlah) kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu'. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan ( sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun. ( 72 )

Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan : 'Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga', pada hal tidak sesekali ada Tuhan selain daripada Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih." ( 73 )

[ Surah سورة المائدة Al Maaidah : 72-73 ]


Maka sekadar inilah sahaja paparan yang dapat dinukilkan di sini. Marilah kita bersama-sama berdo'a kepada Allah Taala supaya cebisan ilmu yang dipaparkan ini diberikan keberkatannya kepada sekalian muslimin dan muslimat dan kita bermohon kepada Allah Taala agar dikurniakan ganjaran-Nya kepada sekalian ibu bapa kita dan kepada sekalian kaum muslimin dan muslimat dengan usaha kita yang sedikit ini untuk mengukuh dan memantapkan kefahaman kita terhadap kebenaran dan kesucian  agama Islam. 

Amin ya rabbal 'alamin.

iv.       Pengertian "HAMPIR" Allah
v.        Perbezaan Perbuatan Allah Dengan Perbuatan Makhluk


*************************************************************
وَكَأَيِّنْ مِنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا مُعْرِضُونَ (105) وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ(106 
                         Maksudnya :
" Dan banyak sekali tanda-tanda  (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling daripadanya. (105) 
Dan sebahagiam  besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan makhluk sembahan yang lain). (106)
                        [Al-Quran surah يوسف‎‎ سورة Yusuf : 105-106 ]

                                 **********************************************
لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلا سَاءَ مَا يَزِرُونَ 
                          Maksudnya :
" (Ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-dosanya secara sempurna dengan sepenuh-penuhnya pada Hari Kiamat, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikit pun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat  buruklah dosa yang mereka pikul itu."
                    [Al-Quran surah سورة النحل‎‎ An-Nahl : 25  ]

هُوَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ حَتَّى إِذَا كُنْتُمْ فِي الْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِمْ بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا بِهَا جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنْجَيْتَنَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ 
                      Maksudnya :
" Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (belayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdo'a kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata) : 'Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orng-orang yang bersyukur'. "
                          [Al-Quran surahسورة يونس‎‎ Yunus : 22























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...