Rabu, 24 Ogos 2011

البصيرية AL-BASIRAH, اينول قلبي AINUL QALBI dan MATA HATI مات هاتي



       [Lihat  : Pengertian "HAMPIR" Allah ]                                                      
  
 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

 أَمَّا بَعْـدُ 
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ  إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
                                   Maksudnya : 
“Dan apabila kamu mentaati/menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan (agama) Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka  tidak lain kecuali (hanya) berbohong/berdusta(terhadap Allah).”
                       [ Al-Quran سورة الأنعام surah Al-An'am : 116 ]

                                        *****************************************
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
                  Maksudnya : 
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari rahim ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun,dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan 'hati' agar kamu bersyukur."
                     [Al-Quran  سورة النحل‎‎  surah An-Nahl : 78 ]

                   *****************************************************
                               
Istilah Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati ini adalah merujuk kepada hal yang sama juga dan berkaitan dengan Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  )yang terdapat pada semua diri manusia, malaikat dan jin kerana mereka diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan serta mentaati segala amanah sebagai hamba dan makhluk sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT. Kewujudan Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) ini tidak sesekali dapat dikesan dengan menggunakan deria pancaindera yang lima iaitu melalui pemandangan mata, penciuman hidung, dirasa dengan lidah dan disentuh menggunakan kulit pada tubuh badan. 
Begitu juga walau secanggih mana sekalipun alat-alat teknologi saintifik hasil ciptaan manusia yang digunakan untuk penyelidikan secara saintifik berlandaskan deria pancaindera yang lima juga tidak dapat membantu untuk mengesan kewujudan Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) pada diri manusia kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan hakikat keajaiban roh ini dan tidak dapat diketahui sama sekali oleh manusia, jin dan malaikat.
Roh Hammalil Amanah(روح حمال للامانة  ) adalah makhluk yang dijadikan Allah dalam keadaan yang sangat ajaib daripada semata-mata tidak ada kepada ada dan ia sama jenis dengan malaikat. Makanan roh ialah amal ibadat yang dikurniakan pahala. Pengertian ibadat kepada Allah SWT pula adalah sangat luas termasuk ibadat-ibadat khusus yang difardhukan, jihad fisabillillah, zikirullah, menuntut dan mengamalkan ilmu agama yang benar lagi hak dan segala adab perangai yang baik lagi terpuji 'mahmudah'( محمودە ) yang dimaksudkan oleh hukum syarak.

Segala ibadat yang dikurniakan pahala dan diterima oleh Allah SWT menjadi 'cahaya ibadat' yang menyinari Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) ini.  Apabila jasad dan roh berpisah ketika maut 'cahaya ibadat' ini bertukar pula menjadi Roh Amalan Soleh iaitu makhluk yang sama jenis dengan  malaikat yang mendo'akan, menjaga dan menemankan Roh Hammalil Amanah 'si-mati' ketika berhadapan dengan Fitnah Kubur di Alam Barzakh. Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebut dalam diri manusia itu mempunyai seketul daging bernama hati, sekiranya baik hati ini maka baiklah seseorang itu :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ
مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ
الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
               (صحيح البخاري)
                               Maksudnya :
"Sabda Rasulullah s.a.w. : ' Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahui itu adalah hati' (qalbu 
الْقَلْبُ)." 
                   [HR Shahih Bukhari]
Firman Allah dalam al-Quran سورة البقرة surah al-Baqarah ayat 10 memperjelaskan juga perihal "hati (qalbu)" golongan manusia yang berpenyakit :
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ 
                       Maksudnya :
" Dalam hati (qalbu) mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."
Pengertian yang hampir sama terkandung juga dalam سورة المطففين‎‎ surah al-Muthaffifiin ayat 14-15 :
كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (14) كَلا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ (15 
                        Maksudnya :  
    "Tidak sesekali (demikian), sebenarnya apa yang selalu      mereka usahakan itu menutup hati (qalbu) mereka. (14) 
Tidak sesekali, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari (rahmat) Tuhan mereka ."(15)
Hadis berikut memperjelaskan lagi maksud ayat-ayat al-Quran di atas yang intipatinya bermaksud bahawa apabila seseorang itu melakukan dosa maksiat, 'hati (qalbu)' menjadi pudar. Sekiranya mengkufurkan Allah dan rosak akidah keimanannya maka dia bertukar pula menjadi gelap gelita. Oleh itu amat sukar bagi pemiliknya menerima kebenaran dan hidayah Allah: 
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- 
قَالَ « إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِى قَلْبِهِ نُكْتَةٌ 
سَوْدَاءُ فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ وَإِنْ عَادَ 
زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ وَهُوَ الرَّانُ الَّذِى ذَكَرَ اللَّهُ ( كَلاَّ 
(بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ 
                      Maksudnya :
"Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya (qalbu) sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan “ar-raan” الرَّانُ yang Allah sebutkan dalam Firman-Nya: 
كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
(maksudnya): ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati  (qalbu)mereka.’ (surah al-Muthaffifin :14)." [HR Tirmizi dan Ibn Majah]                
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. ini bukanlah merujuk kepada organ jantung fizikal yang antara lain berfungsi untuk memompa darah yang sudah dibersihkan oleh organ hati untuk disalurkan keseluruh tubuh badan manusia agar menjadi tenaga dan sumber kekuatan dan kesihatan tubuh badan jasmani manusia. Sementara antara fungsi utama hati pula adalah untuk 'ekskresi' dan membersihkan darah. 




Adakah organ jantung dan hati orang kafir, munafik dan ahli maksiat berbeza warnanya dengan jantung dan hati orang mukmin?
Image result for fungsi hati dan jantung

                                                     Hati manusia


https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/45/CG_Heart_%28cropped%29.gif?fbclid=IwAR14QjKhoTBg58iCLCeQkNLyTPvA-oyFXZqF8R59reILZa65YXESK9vXuYQ

Warnanya juga tidak akan berubah dan organ jantung-hati fizikalnya tidak mengalami kesakitan atau kerosakan sekiranya seseorang itu melakukan dosa maksiat atau menjadi kufur. Demikian juga sekiranya dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit doktor pakar terpaksa membuat rawatan alternatif dengan menggantikan organ jantung-hati seseorang pesakit dengan organ yang sama dan bersesuaian milik manusia lain tidak akan menukarkan keadaan pesakit menjadi seperti pemilik asal organ tersebut. 
Ataupun sekiranya organ yang diganti adalah daripada organ sejenis haiwan tertentu yang bersesuaian tidak akan menukarkan status pesakit tersebut menjadi haiwan dan begitu juga sebaliknya jika berlaku kepada haiwan.

Di dalam perspektif ilmu agama Islam sering menyebut supaya kita berhati baik, mulia dan membersihkan diri daripada melakukan dosa maksiat dan perbuatan-perbuatan keji 'mazmumah' ( مذمومه  )seperti hasad, dengki, ujub, riak, takbur, sombong dan yang seumpama dengannya. Kesemuanya ini merujuk atau disebut sebagai perbuatan hati. Hati yang dimaksudkan di sini bukanlah organ jantung-hati fizikal yang terdapat di dalam jasad manusia tetapi ia merujuk kepada hati jenis roh yang terdapat pada Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة   ) yang sama jenis dengan malaikat.

Orang yang mengalami sakit organ jantung-hati fizikal dirawat oleh doktor pakar kardialogis dan bukan ulamak, kerana hal kebatinan atau kerohanian tidak dapat dikesan menggunakan kaedah fizikal dan dirawat secara perubatan klinikal tetapi menggunakan kaedah kerohanian yang hanya diketahui oleh ulamak atau orang yang mengetahui, mengalami dan menghayati ilmu kerohanian yang berkaitan.

Rawatan untuk membersihkan 'kekotoran hati' jenis kerohanian yang bersabit dengan Roh Hammalil Amanah 
(روح حمال للامانة  ) daripada kekejian sifat-siafat dan akhlak mazmumah  tidak menggunakan bahan atau kaedah rawatan organ jantung-hati oleh doktor pakar kardialogis tetapi menggunakan kaedah-kaedah keagamaan dalam bentuk amal ibadat tertentu yang hanya diketahui oleh Rasulullah s.a.w. melalui bimbingan wahyu Allah yang diwarisi pula para ulamak yang hak.
Oleh sebab itu salah satu faktor utama diutus dan dibangkitkan para Nabi dan Rasul adalah untuk memperjelaskan hal-hal yang ghaib dan kerohanian ini kepada umat manusia melalui bimbingan wahyu Allah SWT.  Mereka juga dikurniakan kelebihan ilmu-ilmu kerohanian serta berbagai jenis dan bentuk mukjizat yang jelas lagi nyata yang tidak dikurniakan dan dimiliki oleh manusia biasa. Begitu juga dengan pengurniaan "karamah" kepada para Aulia Allah dan insan mukmin yang soleh.
Bagi menjelaskan kewujudan Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة  ) ini atau badan batin dalam diri manusia, maka Allah Ar-Rahman Ar-Rahim lagi Maha Pemurah telah mentakdirkan Nabi Muhammad s.a.w. melakukan dan mengalami peristiwa besar malam Isra' dan Mikraj seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis Rasullullah. Peristiwa ini adalah mukjizat besar yang dikurniakan Allah hanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. sahaja. Peristiwa ini mempunyai rahsia dan hikmah tersendiri yang amat besar dan luar biasa yang dapat menjelaskan banyak aspek pemahaman keilmuan berkaitan akidah keimanan termasuk hal roh atau 'badan batin' manusia.

Dalam peristiwa Isra' dan Mikraj ini Rasulullah s.a.w. telah dipertemukan dengan Nabi Adam a.s. di langit pertama,  Nabi-nabi Allah yang lain di lapisan langit berikutnya dan bertemu dengan Nabi Musa a.s. di langit yang ke enam. Kesemua Nabi dan Rasul ini, kecuali Nabi Isa a.s. [yang belum wafat], telah lama wafat dan jasad/jenazah atau 'badan zahir' mereka dikebumikan di dalam perkuburan tanah di bumi.

Hal ini dapat menjelaskan bahawa Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah yang berada di setiap lapisan langit itu seperti yang ditemui oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa malam Isra' dan Mikraj adalah Roh Hammalil Amanah (روح حمال للامانة   )  atau 'badan batin' mereka [kecuali Nabi Isa Alaihisalam yang belum diwafatkan dan rohnya masih kekal berada di dalam badan zahirnya atau jasadnya] dan keadaannya sama seperti malaikat.

Peristiwa pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Musa a.s. di langit ke enam yang ditakdirkan Allah supaya berhubung dan menasihatkan baginda dalam hal-hal berkaitan dengan wahyu difardhukan sembahyang 50 waktu sehingga dikurangkan menjadi 5 waktu seperti yang termaklum itu dapat menjelaskan bahawa ilmu-ilmu agama lekat pada Roh Hammalil Amanah dan berkekalan selama-lamanya di situ selepas wafatnya badan zahir Nabi Musa a.s.. Di samping itu peristiwa tersebut juga dapat memperjelaskan lagi bahawa segala ilmu agama yang hak tidak tersimpan sebagai data memori di dalam otak fizikal pada kepala manusia yang sudah mengalami kematian dan kereputan atau dalam apa jua hal sekalipun di dalam kuburan di bumi. Hal ini memberi kefahaman bahawa hal keadaan yang sama juga berlaku kepada Nabi-nabi Allah yang lain dan juga semua manusia.



Image result for otak manusia asli
                      
                                      Image result for otak manusia
                                                      Otak Manusia

[Lihat : 
i.  Masalah Roh
ii. Isra' Mikraj dan Fardhu Solat ]

Berdasarkan penjelasan ini dapatlah memberi iktibar, pengajaran serta peringatan kepada kita bahawa untuk memahami ilmu-ilmu berkaitan dengan pengenalan terhadap Allah SWT dan hal-hal yang berkaitan dengan Rukun Iman yang enam [6] perkara di samping hal-hal mengenai kebenaran beragama, rahsia atau hikmah beribadat dan yang berkaitan dengannya akan hanya dapat difahami sekiranya seseorang itu mempunyai dan menggunakan: Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati yang tidak berkaitan dengan deria pancaindera yang lima. Kelima-lima pancaindera yang dikurniakan Allah kepada manusia itu hanya berfungsi sebagai laluan atau 'alat perantaraan' sahaja untuk sampai kepada Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati.  


Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai atau tidak menggunakan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati atau dikenali sebagai Al-H’assu Assadisu (الحس السادس) yang disebut juga sebagai pancaindera yang ke enam untuk memahami ilmu-ilmu pengenalan terhadap Allah dan Rukun Iman yang enam (6) perkara dan segala aspek yang berkaitan dengannya, sebaliknya hanya menggunakan akal fikiran yang bersandarkan kepada deria pancaindera yang lima sahaja, dia tidak mungkin akan dapat memahaminya sama sekali betapa benarnya ilmu-ilmu tersebut. 
Ini adalah disebabkan akal fikiran yang bersandarkan kepada lima deria pancaindera yang terdapat pada diri manusia akan menerbitkan khayalan dan memerlukan fakta logik yang dapat diterima dan munasabah pada akal manusia. Sedangkan untuk memahami ilmu mengenali Allah dan Zat serta Sifat-sifat-Nya yang Qadim lagi Azali yang tidak berjuzuk, tidak berupa, tidak berwarna, tidak bertempat dan tidak sesekali boleh dikiaskan dengan apa jua hal, jalan dan cara sekalipun itu tidak akan dapat difahami sekiranya menggunakan akal fikiran khayalan yang bersandarkan kepada deria pancaindera yang lima sahaja.

Dalam suatu riwayat dikhabarkan bahawa apabila Amirul Mukminin Khalifah Ali bin Abu Talib r.a. ditanya:

يا أمير المؤمنين أتعبد من ترى او من لا ترى فقال لا بل أعبد من أرى لا رؤية العيان ولكن رؤية القلب
                        Maksudnya :
"Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau beribadat kepada (Tuhan) yang engkau (dapat) lihat atau (Tuhan) yang engkau tidak (dapat) lihat. 
         Maka katanya: 
“Tidak, bahkan aku beribadat kepada (Allah) Yang aku lihat, (tetapi)bukanlah dengan penglihatan mata tetapi dengan penglihatan hati (qalbu).” 
Apabila Sayidina Jaafar As-Sadiq r.a ditanya:
هل رأيت الله عزوجل قال لم أكن لأعبد ربا لم أره
                     Maksudnya :
"Adakah engkau telah lihati Allah Azza Wajalla?
             Jawabnya:
"Aku tidak pernah beribadat kepada Tuhan yang aku 'tidak melihat-Nya.' "
Maka dikatakan kepadanya :
وكيف رأيته وهو الذي لا تدرك
                    Maksudnya : 
"Bagaimanakah engkau melihat-Nya sedangkan Dia tidak dapat dilihat oleh segala pemandangan mata." 
          Katanya:
لم تره الأبصار بمشاهدة العيان ولكن تراه القلوب بحقائق الايمان فلا يدرك بالحواس ولا يقاس بالناس
                  Maksudnya :
"Tidaklah Ia (Allah) dapat dilihat oleh segala penglihatan mata tetapi Ia dapat dilihat oleh mata hati (qalbu) dengan segala hakikat iman, maka tidaklah Ia dapat dilihat (dikenali) dengan segala pancaindera dan tidak (sesekali) dapat dikiaskan dengan manusia."
Berkaitan dengan golongan manusia yang tidak menggunakan 'akal syarak' iaitu Al-Basirah, 'Ainul Qalbi, Mata Hati atau pancaindera yang ke enam (الحس السادس) ini Firman Allah di dalam al-Quran memperjelaskan : 
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لا يُبْصِرُونَ (17) صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ (18 
                         Maksudnya :                       
i."Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.(17) 
Mereka itu tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka itu kembali (ke jalan yang benar)."(18)
                      [ Surah   سورة البقرة  Al-Baqarah : 17-18 ]

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ  (6) خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (7              

                    Maksudnya : 
ii. " Sesungguhnya orang-orang yang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka  tidak juga akan beriman. (6)
Allah telah mengunci mati hati (qalbu) dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat pedih." (7)
                          [ Surah  سورة البقرة al-Baqarah : 6-7 ]
  أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
                    Maksudnya :
iii. " Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya  (qalbudan meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" 
            [Surah سورة الجاثية al-Jaatsiyah : 23 ]
وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (39) أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ (40
                            Maksudnya :
iv."Dan orang-orng yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka 'air' oleh orang-orang yang dahaga kehausan, tetapi bila didatanganinya 'air' itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya.(39)
Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun."(40 )           
                             [Surah An-Nuur سورة النور‎‎ : 39-40 ]

Demikian juga ha-hal yang berkaitan dengan malaikat,syaitan,hari akhirat, fitnah kubur, Alam Barzakh, 'arasy, kursi, syurga, neraka dan lain-lain yang seumpama dengannya adalah di luar adat hukum tabi'ie belaka yang tidak mungkin dapat difahami manusia biasa dengan menggunakan pancaindera yang lima dan kaedah logik akal fikiran dan saintifik atau yang biasa dilihat dengan pemandangan mata kepala manusia ketika hidup di dunia.

Justeru apabila mendengar dan membaca hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara berkaitan Rukun Iman yang enam perkara yang kesemuanya ghaib belaka,  hanya  Al-Basirah, 'Ainul Qalbi, Mata Hati  atau 
Al-H’assu assadisu (الحس السادس) iaitu pancaindera yang ke enam, yang terbit pada 'akal syarak' sahaja yang dapat menterjemah dan memahaminya.

[Lihat : Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumiddin ]

Demikianlah betapa ajaibnya makhluk Allah yang dinamakan Roh Hammalil Amanah yang terdapat dalam diri/jasad setiap diri manusia yang keadaannya sama jenis dengan malaikat dan padanya tersimpan secara berkekalan segala ilmu pengetahuan agama yang dipelajari, difahami, diimani dan dihayatinya ketika hidup di dunia. Segala ilmu pengetahuan agama yang dipelajari ketika hidup di dunia adalah berkekalan selama-lamanya hingga ke akhirat. 

Segala pemahaman dan penghayatan ilmu pengenalan terhadap Allah akan diperlihatkan pula kepada mata kepala ahli-ahli syurga di akhirat kelak apabila dapat melihat Zat Allah yang Qadim lagi mulia itu dengan begitu jelas sejelas-jelasnya oleh mata kepalanya tanpa sebarang syak wasangka sebagaimana mereka tidak menaruh sebarang was-was dan syak wasangka ketika hidup di dunia bahawa bulan itu adalah sebenar-benarnya bulan atau mataharti itu adalah sebenar-benarnya matahari. 

         Hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan :

عَنْ جَرِيْرٍ  قَالَ: كُنَّا جُلُوْسًا عِنْدَ النَّبِيِّ  إِذْ نَظَرَ إِلَىالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ قَالَ: إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَاالْقَمَرَ لاَ تُضَامُّوْنَ فِيْ رُؤْيَتِهِ فَإِنْ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوْاعَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَصَلاَةٍ قَبْلَ غُرُوْبِالشَّمْسِ فَافْعَلُوْا
                             Maksudnya :
"Dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu berkata, 'Ketika kami duduk-duduk bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tiba-tiba beliau melihat ke arah bulan di malam purnama seraya berkata: ’Sesungguhnya kalian akan melihat Tuhan kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini. Kalian tidak samar dalam melihatnya. Jika kalian mampu untuk tidak meninggalkan solat sebelum terbitnya matahari (Subuh) dan solat sebelum terbenamnya matahari (Asar), maka lakukanlah.[HR al-Bukhari & Muslim]
Penjelasan ini dan ungkapan kalimah-kalimah yang bersandarkan kepada Hadis Rasulullah s.a.w. ini BUKAN bererti Zat (Diri) Allah itu berbentuk dan mempunyai ciri-ciri seperti bulan penuh pada malam 14 yang mempunyai rupa, bentuk, ukuran, bertempat, becahaya terang, gelap, berjuzuk dan sebagainya tetapi ia merujuk kepada 'ilmu mengenal Allah' yang menjelaskan mengenai Zat-Nya yang Qadim lagi Azali dan segala hal tentang Sifat-sifat-Nya juga yang Qadim seperti yang dijelaskan di dalam huraian kitab: Terjemah Aqidah Ahli Sunnah dan Asma' Ul Husna.  

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. ini adalah sebagai kata-kata kiasan atau metafora sahaja yang bermaksud bahawa sebagimana ketika hidup di dunia manusia [orang mukmin] dapat melihat bulan penuh pada malam 14 itu adalah sebenar-benar bulan tanpa sebarang keraguan, waswas dan syak wasangka,  maka begitulah juga ahli-ahli syurga akan dapat melihat Zat Allah yang Qadim di akhirat kelak oleh mata kepalanya dengan sejelas-jelasnya tanpa sebarang syak wasangka dan ragu-ragu lagi bahawa itulah Zat (Diri) Allah yang Qadim sebagaimana ilmu mengenal Allah [Ilmu At-Tawhid] yang dipelajari, difahami 'akal syarak' dan diimani serta dihayati oleh Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hatinya ketika hidup di dunia. 
Inilah yang menjadi pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah seperti yang dimaksudkan :
"Bahawasanya Zat Tuhan itu diketahui adanya dengan "akal" dan Zat Tuhan itu dapat di lihat di akhirat kelak dengan pemandangan mata sebagaimana yang diketahui dengan (akal )  itu juga. Inilah nikmat daripada Allah SWT dan murah kurniaan Allah kepada sekalian hamba-hamba-Nya yang ahli kebahagiaan dalam negeri akhirat kelak bagi menyempurnakan segala nikmat yang ada disediakan di dalam syurga dengan dapat melihat Zat Allah Yang Maha Mulia itu."
Sayugia difahami juga bahawa semua hal yang terdapat di akhirat adalah tersangat berlainan sama sekali dan di luar tabi'ie belaka yang tidak dapat difikirkan atau diibaratkan atau dikiaskan seperti hal keadaan di dunia. Hal keadaan ini termasuklah segala nikmat yang disediakan di syurga, azab seksa yang terdapat dalam api neraka, Al-Ufukil Mubin di hadapan 'Arasy, Sidratil Muntaha, bumi Mahsyar, neraca timbangan amal, titian "Sirat', kolam  'Haudh' Nabi Muhammad s.a.w. dan banyak lagi yang seumpama dengannya. Anggota badan manusia pun pada ketika itu tidak sama dengan anggota badan ketika hidup di dunia dari segi ukuran/juzuk saiz badan, pendengaran telinga dan penglihatan mata mereka seperti yang disebut dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. 

Dalam hal ini Firman Allah di dalam al-Quran ada menjelaskan anggota badan manusia akan berkata-kata menjadi saksi kepada tuannya apabila dihisab dan diadili di akhirat kelak untuk memperakui dan mengesahkan segala perkara yang disoal mengenai segala amalan dan perbuatannya ketika hidup di dunia. Demikan juga setiap amalan kebaikan/kebajikan dan kejahatan walaupun sekecil mana sekalipun akan diperlihatkan balasannya kepada setiap orang hamba Allah di akhirat kelak. Kesemuanya berlaku adalah untuk menjelaskan bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana dan tidak sama sekali berlaku zalim terhadap setiap orang hamba-Nya. Antara ayat-ayat yang menjelaskan perihal ini ialah :

 وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدتُّمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
                          Maksudnya :
i." Dan mereka berkata kepada kulit mereka :' Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami ?'. Kulit mereka menjawab : 'Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata-kata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menjadikan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan'."
                           [Surah  سورة فصلت Fushshilat : 21]
 الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ 
                   Maksudnya :
ii." Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."
                        [Surah سورة يس Yaa Sin :65 ]
  فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ(8 
                     Maksudnya : 
iii. " Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. (7) 
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(8)
                          [ Surah سورة الزلزلة Az-Zalzalah : 7-8  ]

Pemandangan mata ahli-ahli syurga diberi keistimewaan dan kelebihan yang amat luar biasa untuk dapat melihat Zat (Diri) Allah yang Qadim lagi mulia itu bila berada di dalam syurga tanpa misal,tanpa ibarat, tanpa umpama dan tanpa kaifiat sebagaimana 'ilmu mengenal Allah' yang dipelajari dan difahami oleh Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hatinya ketika hidup di dunia. Mata ahli-ahli syurga juga boleh melihat pemandangan yang sejauh 1000 tahun keluasan syurga yang dikurniakan kepadanya mengikut kadar bahagian masing-masing. Hal ini juga sangat sukar untuk diberikan gambaran/misalan oleh akal manusia biasa yang masih hidup di dunia yang serba terbatas dan terhad keupayaannya tertakluk kepada ketetapan hukum tabi'ie hidup di dunia.

[Lihat: 
             i.   Ahli Syurga Melihat Zat Allah di Akhirat Dengan Mata Kepala
           ii.  Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim]


Firman Allah seperti yang tekandung di dalam surah-surah berikut di dalam al-Quran dapat juga memberikan pencerahan dalam persoalan ini. Antaranya :

 وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ (10) فَاعْتَرَفُوا بِذَنْبِهِمْ فَسُحْقًا لأصْحَابِ السَّعِيرِ (11)

                             Maksudnya : 
i."Dan kata mereka jikalau sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) untuk menerima dan mengambil faham atau kami ada mempunyai akal untuk memahami nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang bernyala-nyala. (10) 
Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala." (11)
                               Surah سورة الملك al-Mulk : 10-11
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ 
                      Maksudnya :
ii. Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati (qalbu) yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar ? Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati (qalbu) di dalam dada."
                        [Surah سورة الحج  Al-Hajj : 46 ] 

Allah juga mewahyukan di dalam al-Quran bahawa orang yang 'mengetahui' dan 'berakal' dapat memahami sesuatu pengajaran berbanding orang yang 'tidak mengetahui' dan ' tidak berakal' sebagaimana yang dimaksudkan dalam surah  سورة الزمر‎‎ Az-Zumar ayat 9 :
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الألْبَابِ
                           Maksudnya :
" (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah : 'Adakah sama orang-orng yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?'. Sesungguhnya hanya orang berakal yang dapat menerima pelajaran."
                       [Al-Quran سورة الزمر‎‎  surah Az-Zumar : 9]
        
Demikian juga dengan hal keadaan manusia yang dilaknat ke dalam Neraka Jahanam adalah dari golongan hamba Allah yang tidak 'berakal' untuk memahami sesuatu pengajaran ilmu seperti Firman Allah di dalam سورة الأعراف‎‎  surah al-A'raaf ayat 179: 
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ   
                       Maksudnya:
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi Neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (qalbu) tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah), dan mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Ayat-ayat tersebut memperjelaskan bahawa orang yang dilaknat Allah dan dihumban ke dalam api neraka untuk menerima kelaknatan Allah dengan azab seksa yang disediakan dari kalangan jin dan manusia "tidak mamahami" atau tidak memiliki atau menggunakan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati untuk memahami apabila disampaikan peringatan-peringatan yang berkaitan dalam segala hal mengenai keimanan kepada Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat.

Dalam Firman-Nya yang lain Allah ada menyatakan juga bahawa perangai atau sifat kebanyakan manusia yang amat sukar memahami bahawa Allah itu BUKAN makhluk dan Allah yang Maha Esa itu tidak sesekali menyamai makhluk-makhluk-Nya dalam apa jua hal dan cara sekalipun, lalu manusia mempersekutukan-Nya seperti Firman Allah di dalam al-Quran:
      ذَلِكُم بِأَنَّهُ إِذَا دُعِىَ اللَّهُ وَحْدَهُ كَـفَرْتُمْ وَإِن يُشْرَكْ بِهِ تُؤْمِنُواْ فَالْحُكْمُ للَّهِ الْعَلِـىِّ الْكَبِيرِ
                      Maksudnya :
" Yang demikian itu adalah kamu apabila diserukan kepada hanya Allah Yang Maha Esa (لا شريك له), kamu ingkar (kafir), dan apabila dipersekutukan (mensyirikkan) dengan-Nya, lalu kamu sekalian mengimani (mempercayai). Maka hukuman itu (sekarang) adalah milik Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Besar." 
        [  Surah سورة المؤمن  Al-Mu'min : 12 ]
Adalah sesuatu yang teramat sukar bagi pemikiran otak logik manusia biasa yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima untuk memahami dan menerima bahawa Allah itu BUKAN makhluk dan tidak sesekali menyamai makhluk dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun. Maka amat beruntunglah mereka yang benar-benar beriman dengan mengguna dan memanfaatkan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi,  atau Mata Hati kurniaan Allah dengan penuh ikhlas dan sebaik-baiknya hingga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya dengan membuka pintu hatinya (qalbu) untuk memahami bahawa Allah SWT itu adalah Tuhan Aza wa Jalla yang menjadikan sekalian makhluk-Nya dan Dia BUKAN makhluk dan tidak sesekali menyamai makhluk-makhluk-Nya dalam apa jua  jalan, cara dan hal sekalipun.
Hanya manusia yang mempunyai dan mempergunakan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hatinya sahaja yang dapat memahami segala hal mengenai Wujudnya Allah dengan Zat  dan Sifat-sifat Allah yang Qadim lagi Azali. Oleh itu mereka beriman sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya hingga Allah mengasihi mereka dengan melimpahkan rahmat-Nya bagi membolehkan mereka memasuki Syurga Jannah atau syurga-syurga lain yang nikmat kebahagiaan hidupnya berkekalan abadi selama-lamanya seperti yang dijanjikan Allah. 

Nikmat terbesar yang dikurniakan kepada ahli-ahli syurga ialah dapat melihat Zat Allah yang Qadim itu dengan mata kepalanya seperti yang diperjelaskan di atas. Hakikat ini dapat memberikan peringatan dan kefahaman bahawa ilmu mengenal Allah seperti yang terkandung di dalam Ilmu At-Tawhid adalah teramat sukar untuk difahami oleh manusia sekiranya mereka hanya menggunakan kepintaran logik akal yang bersandarkan kepada pancaindera yang lima sahaja tanpa menggunakan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati. 

Maka tidak menghairankan mengapa Allah menjanjikan bahawa melihat Zat Allah di akhirat adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan HANYA kepada hamba-hamba Allah mukmin yang berada di dalam syurga di akhirat kelak sahaja yang mengatasi segala nikmat lain yang tersedia di dalam syurga yang tidak terhingga banyaknya. Janji Allah yang amat benar ini adalah untuk memberi kekuatan semangat dan daya insentif kepada manusia supaya berusaha bersungguh-sungguh mempelajari, memahami, beriman serta menghayati sepenuhnya ilmu yang amat sukar difahami ini di sepanjang hayatnya hidup di duniaDemikianlah betapa besar dan pentingnya peranan Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati yang dikurniakan kepada manusia untuk memahami segala hal yang berkaitan dengan akidah keimanan.

Mudah-mudahan penjelasan yang terbatas ini dapat memberi petunjuk kebenaran serta pencerahan minda kepada mereka yang bersungguh-sungguh mencari ilmu yang hak dengan penuh keikhlasan dan pemikiran yang terbuka. Wallahu 'alam.

[Untuk pemahaman lanjut sila Lihat:

         *****************************************************

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ‌ ۚ‌ۖ‏  وَّيَبْقٰى وَجْهُ رَبِّكَ ذُوْ الْجَلٰلِ وَالْاِكْرَامِ‌ۚ

                           Maksudnya : 
" Dan tetap kekal Zat Tuhan mu yang mempunyai kebesaraan dan kemuliaan." 
  [Al-Quran سورة الرحمن surah Ar Rahman : 27 ]
                                      **********************************
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ     
                                Maksudnya :
"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).
                        [Al-Quran surah الأنعام al-An'aam : 59 ]                     

                                         **********************************
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ 
                        Maksudnya :
"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberikan hikmah, sesungguhnya telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal."
                      [ Al-Quran سورة البقرة surah al-Baqarah :269 ]
                       
                                         ***************************************
   Rasulullah s.a.w. bersabda :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                            Maksudnya : 
" Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?.' Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya: 'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwatalla'."

        





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...