بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْمَلِكِ الْحَقِّ الْمُبِيْنِ، الَّذِي حَبَانَا بِالْإِيْمَانِ واليقينِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد،ٍ خَاتَمِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِين، وَعَلَى آلِهِ الطَّيِّبِيِن، وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ أَجْمَعِين، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي
Maksudnya :
" Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka ibadatkanlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."
[Al-Quran surah سورة طه Thaahaa : 14 ]
*******************************************
" Bahawa Allah Taala memuji diri-Nya sendiri tiap-tiap hari, Firman-Nya :
إني أنا الله
رب العالمين، إني أنا الله لا إله إلا انا، الحي القيوم، اني انا
الله لا إله إلا انا العلي العظيم، اني انا الله لا إله إلا أنا لم ألد
ولم أولد، اني انا الله لا إله إلا انا العفو الغفور، إني أنا الله
لا إله إلا أنا مبدئ كل شئ والي يعود، العزيز الحكيم
الرحمن
الرحيم مالك يوم الدين خالق الخير والشر خالق الجنة
والنار
الواحد الأحد الفرد الصمد الذي لم يتخذ صاحبة ولا ولدا
الفرد الوتر عالم الغيب والشهادة الملك القدوس السلام
المؤمن المهيمن العزيز الجبار المتكبر الخالق البارئ
المصور الكبير المتعالي المقتدر القهار الحليم الكريم اهل
الثناء والمجد اعلم السر وأخفى القادر الرزاق فوق الخلق
والخليقة.
فمن دعا بهن كتب من الساجدين المخبتين الذين يجاورون
محمدا وابراهيم وموسى وعيسى والنبيين صلوات الله عليهم
في دار الجلال وله ثواب العابدين في السموات والارضين
وصلى الله على محمد وعلى كل عبد مصطفى
"Dan ertinya :
Meriwayatkan oleh Ali Bin Ali Talib r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w., bahawasanya ia bersabda:
Bahawasanya Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri tiap-tiap hari dan Ia berfirman :
Bahawasanya Aku ialah Allah Tuhan yang memiliki sekalian alam.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang hidup lagi sentiasa ada dan selama-lamanya ada.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, Yang Maha Tinggi Martabat lagi yang Amat Mempunyai Kebesaran.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, tiada Aku beranak dan tiada Aku diperanakkan.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku,Yang Amat Memaafi lagi Amat Mengampuni .
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang mengadakan permulaan tiap-tiap sesuatu dan kepada di bawah pentadbiran milik Aku ia kembali, Yang Amat Mempunyai Kekuatan dan Yang Amat Mempunyai Hikmat, Yang Amat Pemurah lagi Yang Amat Mengasihani, yang memiliki hari agama (yakni Hari Kiamat besar),
yang mengadakan kebajikan dan kejahatan, yang mengadakan syurga dan neraka, yang tiada menyamai sesuatu lagi yang tiada mempunyai juzuk lagi yang Ia sahaja yang ada mempunyai sifat ketuhanan, yang berhajat semua makhluk kepada-Nya kerana kesempurnaan Qadrat-Nya lagi yang tiada menjadikan bagi-Nya isteri dan anak, yang tiada mempunyai lawanan,
yang tiada mempunyai pasangan, Yang Amat Mengetahui segala perkara yang ghaib dan segala perkara yang tiada ghaib,
Yang Amat Mempunyai pemilikan dan kesultanan lagi Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala ketandaan baru [ seperti masa dan tempat (الزمان والمكان) ] ,
Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan yang membenarkan Diri-Nya dan Rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada ilmu-Nya kadar sebesar debu jua pun,
Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran ,yang mengadakan sesuatu daripada tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya lagi yang mengadakan bagi segala barang sesuatu dengan tiada contoh misal yang lalu lagi yang mengadakan segala rupa sekalian makhluk dan memperelokkan baginya,
Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Maha Suci daripada segala sifat-sifat makhluk, Yang Amat Tinggi Martabat, yang tiada mengenai sama sekali segala kekurangan, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna lagi yang mengalahkan bagi semua makhluk, yang tiada bersegera membalasi seksa di atas kesalahan, lagi Yang Amat Baik.
Ahli kepercayaan dan kemuliaan. Aku mengetahui perkara yang tersembunyi dan barang yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna, yang mengadakan rezeki hamba-hamba-Nya dan segala makhluk. "
[** Peringatan : Barangsiapa berdo'a dengan nama-nama ini hendaklah ia berkata : "......bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau.......".***]
[***Lihat : Kandungn Doa Saidina Ali bin Abi Talib ]
"Barangsiapa berdo'a dengannya dituliskan daripada jumlah perhimpunan orang-orang sujud yang khusuk hati, yang dapat berjiran dengan Nabi Muhammad s.a.w. ,Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan sekalian Nabi-nabi Sallalah Alaihi Wassalam dalam negeri kemuliaan yakni syurga dan baginya pahala sebagaimana pahala sekalian orang-orang yang berbuat ibadat pada segala lapisan langit dan bumi.
Sesungguhnya telah mensalawatkan oleh Allah SWT ke atas Nabi Muhammad s.a.w.[yakni telah memberi/mengurniakan rahmat oleh Allah SWT ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ] dan ke atas tiap-tiap hamba yang terpilih."
.
[** Peringatan : Apabila membaca atau berzikir dengan kalimah " Laillaha Illailllah" atau menyebut nama "ALLAH" hendaklah dibuang sama sekali semua lintasan di hati atau ingatan yang mengaitkan Allah itu dengan apa juga rupa sekalipun dan hendaklah mengingatkan serta memahami maksud kalimah tersebut seperti yang terkandung di dalam "Terjemah Aqidah Ahli Sunnah" dan " Asma' Ullah Al Husna."
Oleh itu perkataan “disembah” itu lebih afdhal dan menepati jika diertikan atau ditukar kepada "yang diibadatkan”. Pada hakikatnya, kalimah atau perkataan yang "disembah" itu bermaksud "yang diibadatkan" seperti pada kalimah: “LA M’ABUDA BIHAQQIN ILLALLAH” (لامعبود بحق إلا الله) yang bererti : "Tiada yang sah "diibadatkan" dengan sebenarnya melainkan Allah."
Pengertian "ibadat" dalam konteks agama Islam adalah amat luas yang meliputi ibadat-ibadat khusus dan segala perkara yang menghubungkan makhluk dengan Allah. Semua ibadat dikurniakan ganjaran pahala sekiranya diterima Allah apabila dilakukan dengan sempurna mengikut rukun, dan kaifiat hukum syarak serta dengan niat yang benar-benar ikhlas semata-mata kerana Allah sahaja.]
Apabila membaca Hadis Rasulullah s.a.w. dan do'a ini hendaklah diiringi juga membaca dan memahami kandungan Asma' Allah Al Husna , Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Dua Kalimah Syahdah, Do'a Rasulullah s.a.w. dan Do'a Abu Bakr As Siddiq. Di samping itu adalah tersangat elok jika dapat membaca dan memahami juga Do'a Nabi Allah Khidzir Alaihissalam kerana di dalam do'a tersebut terkandung juga pengertian maksud yang hampir sama yang memperjelaskan bahawa Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri sepeti yang dimaksudkan :
" Ya Allah! , sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau......."
Mudah-mudahan dengan memahami dan menanamkan di dalam hati dan minda kesemua kandungan Ilmu At-Tawhid ini bertambah kukuhlah keimanan kita terhadap Allah di samping dilimpahai rahmat pertolongan Allah daripada gangguan bisikan dan waswas syaitan serta terselamat daripada kesesatan pegangan akidah keimanan, insya-allah.
Demikianlah besarnya fadhilat do'a yang menjelaskan Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri pada setiap hari. Sesiapa yang berdo'a dengan do'a ini hendaklah mengiktiqadkan di dalam hati bahawa sebelum diadakan sekalian makhluk Allah daripada yang paling kecil sebesar zarrah/atom atau terlebih kecil lagi hinggalah kepada yang paling besar seperti syurga neraka, 'arasy, kursi, langit, bumi dan sebelum diadakan Masa, Tempat (الزمان والمكان) dan sekalian makhluk Allah yang terdapat di dalam alam sama ada yang nyata dan yang tidak nyata hanya Allah sahaja yang ADA.
Adanya Allah tidak sesekali menyamai dengan adanya makhluk walau dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun kerana Zat Allah tidak berjuzuk sedangkan zat makhluk semuanya berjuzuk belaka. Maka ADANYA Allah tidak memerlukan atau berhajat kepada adanya tempat yang melazimkan bagi setiap sesuatu yang berjuzuk. Apabila Allah mengadakan makhluk-Nya Dia tetap berkeadaan demikian dengan tidak bertambah dan tidak berkurangan kemuliaan dan ketinggian martabat-Nya.
Sunan Al-Kubra oleh Imam Al-Nasa’i. Beliau berkata :أخبرنا محمد بن المثنى قال أنا يحيى بن سعيد قال أنا صدقة بن المثنى قال حدثني جدي رباح بن الحارث أن سعيد بن زيد قال اشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم بما سمعت أذناي ووعاه قلبي وإني لم أكن لاروي عليه كذبا يسألني عنه إذا لقيته أنه قال أبو بكر في الجنة وعمر في الجنة وعلي في الجنة وعثمان في الجنة وطلحة والزبير في الجنة وعبد الرحمن بن عوف في الجنة وسعد بن مالك في الجنة وتاسع المؤمنين لو شئت أن أسميه لسميته فرج أهل المسجد يناشدونه يا صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم من التاسع قال ناشدتموني بالله العظيم أنا تاسع المؤمنين ورسول الله صلى الله عليه وسلم العاشر أبو عبيدة بن الجراح رضي الله تعالى عنه
Maksudnya :
“ Muhammad Bin Al-Muthanna mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Yahya Bin Sa’id mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata: Sadaqah Bin Al-Muthanna mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Datuk aku, Rabah Bin Al-Harith menceritakan bahawa Sa’id Bin Zaid berkata : Aku bersaksi atas nama Rasulullah s.a.w yang mana aku dengar dengan kedua telingaku dan aku peliharanya dengan hatiku. Aku tidak akan meriwayatkan benda yang bohong. Nabi s.a.w bersabda : Abu Bakar di syurga, Umar di syurga, Ali di syurga, Uthman di syurga, Talhah di syurga, Zubair di syurga, Abdurrahman Bin ‘Auf di syurga dan Sa’ad Bin Malik di syurga. Dan orang yang kesembilan jika kalian mahu akan aku namakan. Lalu kesemua orang yang berada di masjid memintanya menamakan orang yang kesembilan. Mereka berkata : wahai sahabat Rasulullah, siapakh orang yang kesembilan?. Sa’id berkata : Demi Allah, akulah orang yang kesembilan dan orang yang kesepuluh adalah Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah."
Riwayat Abu Daud (8193) di dalam Al-Sunan Al-Kubr
*********************** وَعَنْ ابْنِ عُمَرَ بقَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
" تفكروا في خلق الله ولا تفكروا في ذات الله "
Maksudnya :
"Dan dari Ibn Umar berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Berfikirlah kamu sekalian pada makhluk Allah dan jangan sesekali kamu sekalian berfikir pada (hakikat) Zat Allah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan