Halaman

Jumaat, 9 September 2011

KANDUNGAN DO'A NABI ALLAH KHIDZIR 'ALAIHISSALAM




'
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
     الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين،سيدنا ونبينا محمد وعلى آله  وصحبه أجمعين  



Maksud kandungan Do'a ini ialah :

Ya Allah! , sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau dan Engkau Amat Mengetahui barang apa yang di bawah bumi Engkau sebagaimana Engkau Amat Mengetahui dengan barang apa di atas Arasy Engkau, dan segala uas-uas dalam dada adalah seperti terdedah di sisi Engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada ilmu Engkau dan patuh setiap sesuatu kepada kebesaran Engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan Engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasaan Engkau, jadikanlah bagi ku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan.

Ya Allah! , bahawasanya kemaafan Engkau daripada dosa-dosa ku dan keampunan Engkau akan kesilapan ku dan penutupan Engkau akan amalan buruk ku, Engkau kurniakan akan daku ketamakan untuk memohon kepada Engkau barang apa yang aku tidak layak mendapatkannya daripada barang apa yang aku cuaikan padanya. Aku berdo'a kepada Engkau dalam keadaan aman dan aku pohon  kepada Engkau dalam keadaan ( kemesraan ) dan

Engkaulah yang membuat kebaikan kepada ku dan akulah yang membuat keburukan kepada diri ku sendiri pada barang yang di antara aku dan Engkau, Engkau mengasihani aku dengan nikmat-nikmat Engkau, dan aku yang menyebabkan kemurkaan Engkau dengan segala maksiat ku tetapi kepercayaan dan keyakinan aku kepada Engkau membuatkan aku berani melakukan (maksiat) ke atas Engkau maka Engkau berikanlah dengan kelebihan belas ikhsan Engkau ke atas ku.

Sesungguhnya Engkau Amat Menerima Taubat dan Amat Mengasihani.


[Lihat  : Mukh- Ad- Doa Fil- Iman]

[**Peringatan : Amalkanlah membaca do'a yang begitu indah kalimah dan kata-katanya serta amat mendalam pengertian ilmunya ini selapas solat, dalam keadaan biasa atau lebih-lebih lagi ketika berada di dalam kesusahan atau kesulitan yang memberatkan. Jadikanlah bacaan do'a ini supaya menjadi sebati di dalam kehidupan seharian kita hingga ke akhir hayat. Insya Allah! Amat besar fadhilat dan hikmahnya! Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya dengan memberikan pertolongan yang selayaknya dengan mengeluarkan/melepaskan kita daripada bebanan masalah yang amat menyulitkan. Amin].

Lihat :

i .  Do'a Khalifah Abu Bakr As Siddiq 
ii.   Kandungan Hadis/Do'a Rasulullah s.a.w.
iii.  Adab Hati Ketika Sakit Tenat Membawa Maut
iv.   Do'a Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

                        ************************************

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ 
أَلآتَخَافُوا وَلاَتَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
 :Maksudnya             
Sesungguhnya orang-orang yang berkata: 'Tuhan  kami adalah Allah'. Kemudian beristiqamah, maka Malaikat akan turun  kepada mereka (ketika matinya): 'Jangan kamu merasa takut dan jangan kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” 
             [Al-Quran surah Fushilat : 30)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan