Rabu, 28 September 2011

MUKH AD-DO'A FIL IMAN



KITAB



PATI DO'A DALAM IMAN



مخ الدعاء في الايمان

OLEH

AL-USTAZ HAJI USTAZ MOHD ISMAIL SALLEH

Sebagai gantian kepada sembahyang hajat maka setiap orang yang mahu memohon sesuatu hajat, hendaklah ia mengamalkan do'a-do'a, wirid-wirid dari "MUSABB’AT AL-ASYARAH" (المسبعات العشر ), Do'a Nabi Khaidir a.s. dan Do'a Imam Syafie Rahimullah sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab ini, nescaya Allah hapuskan segala kesulitannya dalam agama, dunia dan akhirat.

Setiap ibu bapa hendaklah memperingatkan anak-anak mereka bahawa setiap kali mereka itu berhadapan dengan kesempitan, fitnah, bala atau sesuatu hajat yang penting maka hendaklah segera mengamalkan do'a-do'a tersebut, kerana do'a itu adalah senjata orang mukmin.



KITAB

PATI  DO'A  DALAM IMAN

مخ الدعاء في الايمان



Sewajarnya diajarkan kepada anak-anak dan keluarga.


Kitab ini akan dicetak dan disebarkan ke seluruh negara Islam selepas ia diterjemahkan kepada berbagai bahasa dalam sedikit masa lagi, insya-Allah, memandangkan faedah-faedahnya yang besar kepada umat Islam dalam urusan agama, dunia dan akhirat mereka.

Walaupun seseorang itu tidak mengetahui makna do'a-do'a yang dibacanya, namun ia tetap mendapat ganjaran pahala dan fadihlatnya, insya-Allah. Oleh itu, tidaklah wajar bagi sesiapa pun meninggalkan do'a-do'a ini semata-mata kerana tidak memahami maknanya. Do'a itu adalah otak ibadat. Alangkah banyaknya kata-kata baik yang telah dituturkan oleh seseorang yang berdo'a, lalu hatinya bertawadhuk kerana menyebutkan kata-kata baik itu. Pastinya ia akan mendapat pahala dan ganjaran di atas niat hatinya yang bersih semata-mata kerana mengharapkan rahmat Allah. 

[Lihat : PENGERTIAN "PAHALA " dan "DOSA" ]


FAEDAH MEMBACA DO'A-DO'A YANG BERKAITAN DENGAN IMAN


Jika do'a-do'a ini, dibaca selepas setiap kali sembahyang fardhu 5 waktu atau sembahyang sunnat dengan menghafaz maknanya akan menguatkan lagi iman seseorang itu kepada Allah, Rasul-Nya dan juga kepada hari akhirat kelak dengan sebab keelokan makna-maknaya. Mereka yang tidak percayakan balasan azab kubur dan kesenangannya, hendaklah ia melihat do'a Nabi s.a.w. (muka surat 1&2) sebagaimana Nabi itu sendiri berdo'a dengannya.
Barangsiapa tidak percayakan “QADA' dan QADAR”, lihatlah Do'a Abu Bakar As-Siddiq r.a. (muka surat 3). Bagi orang yang jahil dalam ilmu mengenali Allah, lihatlah Do'a Ali bin Abi Talib r.a. (muka surat 2&3). Alangkah beruntungnya orang-orang yang  beramal dengan do'a-do'a ini selepas setiap kali sembahyang kerana pengetahuannya dalam bab Rukun Iman yang enam perkara itu akan tersemat kemas dan tersimpan di hatinya.

Alangkah eloknya adab-adab hatinya itu tatkala ia membaca do'a-do'a tersebut. Maka dengan sebegitu besar kadar keelokan ilmu-ilmu agama Islam kerana apabila tersimpan di dalam hati seseorang hamba yang mukmin itu, sudah tentu ia akan memahami bahawa kedatangan agama Islam itu adalah melalui Rasul dan yang mengesahkan lagi segala ilmunya itu adalah dari Allah juga. Jika tidak, bagaimanakah dapat diketahui perkara-perkara akhirat dalam hal-hal neraka dan syurga.

Akal yang Allah kurniakan kepada manusia itu hanyalah sebagai alat untuk memahami barang apa yang Allah firmankan dan barang apa yang Rasul sabdakan. Ia bukanlah  alat untuk ingkar dan dusta sebagaimana yang telah dilakukan oleh Abu Jahal, Abu Lahab dan orang-orang yang seumpama mereka itu. Bagi mereka, adanya Rasul, walaupun di hadapan mata kepala sendiri, tidak memberikan apa-apa faedah.
Jagailah kitab ini baik-baik supaya tidak hilang kerana kehilangannya sukar untuk mendapatkan gantiannya kerana ia tiada dijual di mana-mana kedai buku.


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه 
أجمعين اما بعد

Kitab ini telah saya kumpulkan di dalamnya beberap do'a dan saya namakan kitab ini dengan:

مخ الدعاء في الايمان


Ia mengandungi asas iman kepada Allah, Rasul-Nya dan kepada hari akhirat. Seharusnya, do'a-do'a ini diajarkan kepada anak-anak dan disuruh mereka itu menghafazkannya supaya hati-hati mereka itu dipenuhi dengan ilmu ini. Dengan menghafaz dan membacanya setiap kali sembahyang, ilmu yang berkaitan dengan iman ini, akan mersap ke dalam hati-hati mereka itu dengan mudah tanpa merasakan apa-apa kesulitan. Eloklah mereka ini disuruh mendahulukan Do'a Nabi Muhammad s.a.w. :


       Maksudnya:

Ya Allah!, aku memohon kepada Engkau rahmat di sisi engkau, rahmat yang Engkau berikan petunjuk dengannya hati ku. Engkau himpunkan dengannya segala perkara pekerjaan dan Engkau tolakkan dengannya segala fitnah daripada mengenai ku dan Engkau baiki dengannya agama aku. Engkau peliharai dengannya barang yang ghaib daripada ku, dan Engkau angkatkan dengannya barang yang zahir daripada ku, dan Engkau bersihkan dengannya amalan ku dan Engkau putihkan dengannya muka ku dan Engkau beri ilhamkan akan daku dengannya jalan petunjuk ku dan Engkau peliharakan akan daku dengannya daripada tiap-tiap kejahatan.

Ya Allah!, kurniakanlah pada ku keimanan yang benar, keyakinan yang tidak ada kemudiannya kekafiran, dan rahmat yang aku mendapati dengannya kemuliaan pemberian Engkau dalam dunia dan negeri akhirat.


Ya Allah!, bahawasanya aku memohonkan kepada Engkau kelepasan pada ketika qadha (menjatuhkan hukuman ) dan dapat martabat orang yang mati syahid dan kehidupan orang yang sebahagia-bahagia dan kemenangan di atas seteru-seteru dan menyamai Nabi-nabi.

Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekali pun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatan ku dan singkat amalan ku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan aku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada fitnah kubur.


Ya Allah!, barang apa yang telah singkat daripadanya fikiran ku dan telah daif daripadanya amalan ku dan tidak menyampaikannya niat ku dan cita-cita hati ku daripada kebajikan yang telah Engkau menjadikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau atau kebajikan yang Engkau memberikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau, maka bahawasanya aku kasih kepada Engkau padanya itu. Aku memohonkan kepada Engkau mendapatinya itu wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.

Ya Allah!, jadikanlah akan kami orang-orang yang memberi pertunjuk lagi yang mendapat pertunjuk lain daripada orang-orang yang sesat dan tiada orang-orang yang menyesatkan perseteruan bagi seteru-seteru Engkau dan perdamaian bagi aulia-aulia Engkau. Kami kasihi dengan sebab kasihkan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau. Kami memusuhi dengan sebab permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau.

Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah Yang Amat Mempunyai Kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak. Aku memohonkan kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan berserta orang-orang yang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji-janji-Nya. Bahawasanya Engkau yang Amat Mengasihani lagi yang Amat Menyayangi dan Engkau berbuat apa yang Engkau kehendaki.

Maha Suci Allah yang mempunyai kekuatan dan Ia berkata dengannya. Maha Suci Allah yang menyayangi dengan kemuliaan dan Ia bermurah dengannya. Maha Suci Allah yang tiada sayugia ditasbihkan melainkan bagi-Nya sahaja. Maha Suci Allah yang mempunyai kemurahan dan segala nikmat-nikmat. Maha Suci Allah yang mempunyai kekuatan dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mengirakan tiap-tiap sesuatu dengan Ilmu-Nya.

Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hati ku, cahaya pada kubur ku, cahaya pada pendengaran ku, cahaya pada penglihatan ku, cahaya pada rambut ku, cahaya pada kulit ku, cahaya pada daging ku, cahaya pada darah ku, cahaya pada tulang ku, cahaya di hadapan ku, cahaya di belakang ku, cahaya di kanan ku, cahaya di kiri ku, cahaya di atas ku dan cahaya di bahu ku. Ya Allah!, tambahilah oleh Mu akan daku cahaya dan kurniakanlah akan daku cahaya dan jadikanlah bagi ku cahaya.

[Sila lihat : Pengertian Kalimah An-Nuur  ]


PERINGATAN PENTING:


Perkataan 'AN-NUUR' mempunyai pengertian maksudnya yang luas tetapi AN-NUUR dalam Asma'-Ul Husna ( اسماء الله الحسنى )  adalah dengan makna mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada ada tanpa asal dari sesuatu apa pun, bukan dengan makna cahaya. Janganlah sekali-kali ditafsirkan makna AN-NUUR  (dalam Asma'-Ul Husna ) itu dengan makna cahaya, nescaya akan menjatuhkan seseorang itu kepada kekufuran. Maha suci Allah Taala itu daripada mempunyai sifat warna dan rupa.]

Bacalah Do'a Ali bin Talib r.a. seperti di bawah ini:
        Maksudnya:

Bahawasanya Engkau ialah Allah Tuhan yang memiliki sekalian alam.

Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau yang hidup lagi sentiasa ada dan selama-lamanya ada. 

Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau Yang Maha Tinggi Martabat lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran.

Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Engkau, Engkau tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Yang Amat Memaafi lagi Yang Amat Mengampuni.

Bahawasanya Engkau ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau yang mengadakan permulaan tiap-tiap sesuatu dan kepada di bawah pentadbiran milik Engkau ia kembali.

Engkau Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Hikmat, Yang Amat Pemurah lagi Yang Amat Mengasihani, Yang Memiliki Hari Agama ( hari kiamat besar) , yang mengadakan kebajikan dan kejahatan, yang mengadakan syurga dan neraka, yang tiada menyamai sesuatu lagi tiada mempunyai juzuk, lagi hanya Engkau sahaja yang ada mempunyai sifat Ketuhanan, yang berhajat semua makhluk kepada Engkau kerana kesempurnaan Qadrat Engkau, lagi yang tiada menjadikan bagi Engkau isteri dan anak, yang tiada mempunyai lawanan, yang tiada mempunyai pasangan, yang Amat Mengetahui segala perkara yang ghaib dan segala perkara yang tiada ghaib yang amat mempunyai pemilikan dan kesultanan, lagi Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala ketandaan baru [seperti masa dan tempat], 

Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan, lagi yang membenarkan diri Engkau, Rasul dan kitab-kitab Engkau, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada ilmu Engkau walau kadar sebesar debu jua pun, Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan, lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada ada dengan Qadrat Engkau.

Engkau juga yang mengadakan segala barang sesuatu dengan tidak ada contoh misal yang lalu lagi yang mengadakan segala rupa makhluk-makhluk dan memperelokkan baginya. Engkau Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Maha Suci daripada segala sifat-sifat makhluk, Yang Amat Tinggi Martabat, 

Yang Tiada Mengenai sama sekali sebarang kekurangan, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna lagi yang mengalahkan bagi semua makhluk, yang tiada bersegera membalasi seksa di atas kesalahan lagi Yang Amat Baik, ahli kepercayaan dan kemuliaan.

Engkau Amat Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan barang apa yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat yang amat sempurna, yang mengadakan rezeki-rezeki mengatasi hamba-hamba dan sekalian makhluk Engkau.

Selepas itu bacalah Do'a Abu Bakar Assidiq r.a.:



       Maksudnya:

Ya Allah! , bahawasanya Engkau telah mengadakan permulaan makhluk daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan Engkau kepada mereka itu, kemudian Engkau jadikan mereka itu dua puak, satu puak untuk syurga dan satu puak untuk neraka. Maka, Engkau jadikanlah daku untuk syurga dan jangan Engkau jadikan aku untuk api neraka.

Ya Allah!, Engkau telah mengadakan makhluk beberapa puak dan Engkau telah memperbezakan mereka itu lebih dahulu sebelum Engkau mengadakan mereka itu. Maka Engkau jadikan daripada mereka itu ada yang celaka dan ada yang bahagia, ada yang sesat dan ada yang mendapat petunjuk. Maka janganlah Engkau celakakan akan daku dengan sebab berbuat maksiat kepada Engkau .

Ya Allah!,  bahawasanya Engkau telah mengetahui akan barang apa yang diusahakan oleh setiap diri seseorang sebelum Engkau mengadakannya, maka tidak dapat lari baginya daripada barang apa yang telah Engkau telah ketahui,  maka Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang Engkau jadikan dia dengan berbuat amalan taat kepada Engkau.

Ya Allah!,  bahawasanya seseorang itu tiada dapat barang apa yang dia kehendaki hingga Engkau kehendaki, maka Engkau jadikanlah kehendak Engkau itu bahawa aku mengkehendaki barang gerak-gerak hamba-hamba. Sesungguhnya tidak bergerak sesuatu melainkan dengan izin Engkau, maka jadikanlah segala gerak-gerak aku pada takutkan Engkau. 

Ya Allah!, sesungguhnya Engkau telah mengadakan kebaikan dan kejahatan dan telah Engkau jadikan tiap-tiap satu daripada keduanya itu ada orang yang mengerjakan dengannya, maka Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang sebaik-baik daripada dua bahagian itu. 

Ya Allah!, sesungguhnya Engkau telah mengadakan syurga dan neraka dan telah Engkau jadikan bagi tiap-tiap sesuatu daripada keduanya itu ahli [yakni ahli syurga dan ahli neraka] , maka Engkau jadikanlah akan daku daripada penduduk syurga Engkau.

Ya Allah!, bahawasanya Engkau mengkehendaki dengan sesuatu kaum itu kesesatan dan Engkau sempitkan dengannya dada mereka itu, maka cerahkanlah dadaku bagi keimanan dan perhiaskanlah akan dia pada hati ku.
Ya Allah!, bahawasanya Engkau telah mentadbirkan segala perkara dan telah Engkau jadikan kembalikannya [segala perkara itu] kepada Engkau, maka hidupkanlah akan daku kepada Engkau pangkat martabat ketaatan. 

Ya Allah!, barangsiapa berpagi-pagi dan berpetang-petang kepercayaannnya dan harapannya lain daripada Engkau, maka Engkau ialah kepercayaan ku dan harapan ku, dan tiada terdaya mengekalkan berbuat ta'at dan tiada berupaya meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan Allah.

[Lihat : Qadha dan Qadar Allah dan Had Batasan Akal Manusia ]

PERINGATAN PENTING !

1. Seelok-eloknya, bacalah tasbih:

سبحان الله والحمد لله ولا إله  إلا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
             Maksudnya :
"Tiada daya dan upaya, selain dengan Allah yang Maha Tinggi, lagi Maha Agung."
2. Nescaya Allah berikan pahala yang lebih sekiranya disertakan pula dengan do'a seperti di bawah ini:

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم . عدد ما خلق وعدد ما هو خالق وزنة ما خلق وزنة ماهو خالق وملء ما خلق وملء ما هو خالق وملء سماواته وملء ارضه ومثل ذلك وأضعاف ذلك وعدد خلقه وزنة عرشه ومنتهى رحمته ومداد ما ذكره به خلقه في جميع ما مضى وعدد ماهم ذاكروه فيما بقي في كل سنة وشهر وجمعة ويوم وليلة وساعة من الساعات وشم ونفس من الانفاس وأبد من الآباد من أبد الى أبد أبد الدنيا وأبد الاخرة وأكثر من ذلك لا ينقطع أوله ولا ينفد آخره.

3. Adalah lebih baik sekiranya membaca kata-kata yang tersebut beserta kata-kata seperti di bawah ini:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحـي ويميت وهو حـي لا يموت بيده الخير وهو على كل شئ قدير سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم. سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم . عدد ما خلق وعدد ما هو خالق .... ولا ينفد آخره

Hingga akhir do'a.   (m.s. 4)

4. Jika membaca Do'a Nabi Muhammad s.a.w. dan membaca Do'a Ali bin Talib r.a. dan membaca pula Do'a Abu Bakar r.a. (seperti di atas) maka anda akan mendapat pahala yang besar. Janganlah ditinggalkan dan bacalah selepas setiap kali selepas sembahyang. Pada waktu ini, terlalu banyak fitnah, hasad-dengki, perbuatan khianat dan sihir. Bagaimanakah jalannya untuk menolak segalanya itu ?

5. Amalan wirid ini akan menguatkan lagi do'a selepas setiap kali sembahyang seperti di bawah ini dan begitu juga hendaklah dibaca pada setiap malam ketika hendak tidur :

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
 [ sebanyak 10 atau 3 kali ]

سوره الفاتحة
 [sebanyak 10  atau 3 kali ]

6. Selepas itu bacalah:

اللهم ببركة الفاتحة أهلك أعدائي من الجن والانس والكفرة والظلمة العجل العجل الساعة الساعة ونجني وأهلي وذريتي وجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات من القوم الظالمين وادفع عنـا جميع البلايا والفتن في الدنيا والآخرة وارزقنا حسن الخاتمة 
والفردوس الأعلى وما يقرب اليها 

7. Bacalah sebanyak 10 atau 3 kali :
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
          Maksudnya :
"Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik Penolong, sebaik-baik  Pelindung dan sebaik-baik Pengurus aku. Tidak ada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."
8. Bacalah sebanyak 10 atau 3 kali :
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
                 Maksudnya :
" Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat."
          [Al-Quran Surah Yaa Sin : 9 ]

9. Dan baca do'a Imam Syafi'i Rahimullah sebanyak 10 atau 3 kali seperti di bawah ini: 
        اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا 
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا  
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ  خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي  
 اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا  
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ
 [Maksudnya: Ya Allah, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada ku dan tiada dapat aku memelihara melainkan barang apa yang telah Engkau pelihara akan aku. Ya Allah, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redhai daripada perbuatan dan amalan dalam 'afiat].
10. Bacalah Do'a Allah Nabi Khidir a.s.. 3 kali atau 10 kali seperti di bawah ini:

                  Maksudnya : 
Ya Allah!, sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau dan Engkau Amat Mengetahui barang apa yang di bawah bumi Engkau sebagaimana Engkau Amat Mengetahui dengan barang apa di atas 'Arasy Engkau, dan segala waswas dalam dada adalah seperti terdedah di sisi Engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada Ilmu Engkau dan patuh setiap sesuatu kepada kebesaran Engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan Engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasaan Engkau, jadikanlah bagi ku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan.
Ya Allah!, bahawasanya kemaafan Engkau daripada dosa-dosa ku dan keampunan Engkau akan kesilapan ku dan penutupan Engkau akan amalan buruk ku, Engkau kurniakan akan daku ketamakan untuk memohon kepada Engkau barang apa yang aku tidak layak mendapatkannya daripada barang apa yang aku cuaikan padanya. Aku berdo'a kepada Engkau dalam keadaan aman dan aku pohon kepada Engkau dalam keadaan  (kemesraan ) dan Engkaulah yang membuat kebaikan kepada ku dan akulah yang membuat keburukan kepada diri ku sendiri pada barang yang di antara aku dan di antara Engkau, Engkau mengasihani kepada aku dengan nikmat-nikmat Engkau, dan aku yang menyebabkan kemurkaan Engkau dengan segala maksiat ku tetapi kepercayaan dan keyakinan aku kepada Engkau membuatkan aku berani melakukan (maksiat) ke atas Engkau maka Engkau berikanlah dengan kelebihan belas ikhsan Engkau ke atas ku. Sesungguhnya Engkau Amat Menerima Taubat dan Amat Mengasihani.
11. Membaca Doa yang diajarkan oleh Malikat Jibril AS kepada Nabi ketika dia diganggu oleh syaitan sebanyak 3 atau 10 kali: 
 أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَاْ يُجَاوِزُهَنَّ
بِرٌّ وَلَاْ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ الأَرْضِ وَمَا
يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ
فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ
اللَّيْلِ  وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَن 
             Maksudnya : 
"Aku meminta peliharakan [perlindungan] dengan segala kalimah yang sempurna yang tiada melampaui oleh orang yang baik dan tiada melampaui oleh orang jahat daripada kejahatan barang apa yang masuk pada bumi dan barang apa  yang keluar daripadanya, dan barang apa yang turun daripada langit dan barang apa yang naik kepadanya, dan daripada segala fitnah malam dan siang, dan daripada segala yang datang malam dan siang melainkan yang datang mendatangkan dengan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah."

12. BACALAH JUGA AYAT:

    1.لقد جاءكم hingga akhir (Al-Quran: Surah سورة التوبة At-Taubah:128-129) dan
       2. آمن الرسول hingga akhir (Al-Quran: Surah سورة البقرة Al Baqarah:285-286). Kedua-duanya dibaca sebanyak 3 atau 10 kali.


ANTARA ADAB MEMBACA DO'A IALAH KESAHIHAN IKTIQAD KEPADA ALLAH.

Barang siapa salah iktiqadnya maka Allah tidak akan menerima do'anya itu. Oleh itu hendaklah seseorang itu mempercayai 'Masa' itu adalah makhkluk yang Allah jadikan dengan Qadrat-Nya. Tempat itu Allah juga yang mengadakan dengan Qadrat-Nya. Kedua-duanya adalah makhluk Allah Taala. Sebelum diadakan 'Masa' dan 'Tempat'  maka yang ada itu ialah Allah sahaja yang ada, tiada disertai-Nya oleh yang lain, tiada masa, tiada tempat, tiada Arasy, tiada Qursi, tiada langit, tiada bumi dan lain-lainnya. Hanyalah Allah sahaja yang ada. Adanya Allah Taala itu ianya ada Qadimun, Azaliun, Baqin.

Dialah yang awal, tidak ada awal bagi-Nya, Dialah yang akhir tidak ada akhir bagi-Nya, sentiasa ada, tidak berkeputusan ada-Nya pada Azali dan abadi-Nya. Allah itu  sentiasa bersifat dengan kebesaran, kesempurnaan, kemuliaan, kemegahan, ketinggian martabat dan bagi-Nya itu Asma'-Ul-Husna ( اسماء الله الحسنى )  . Jika tidak diadakan masa dan tempat atau tidak diadakan alam sema-sekali maka Allah Taala tetap ada seperti itu juga.


Maka Zat Allah tidak menyamai segala zat makhluk. Zat Allah tidak ada bagi-Nya juzuk tetapi zat makhluk berjuzuk. Bila Zat Allah itu tidak berjuzuk maka ternafilah Maha Suci Allah itu dari pada warna, rupa, gerak, diam, tempat, pihak (arah), masuk pada sesuatu, bersatu-padu, berhubung, bercerai, menerima bahagi, terbahagi, luar, dalam, kebersamaan, jarak jauh, dekat dan lain-lainnya yang melazimkan sifat juzuk. Adapun hakikat Zat Allah itu maka tidak diketahui oleh sesiapa juapun sama ada Nabi, Rasul atau Malaikat melainkan Allah. Dia sahajalah yang mengetahui hakikat Zat-Nya itu. Oleh kerana itulah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang kira-kira ertinya:
" Bahawa aku tidak dapat menghitungkan pujian ke atas Engkau sebagaimana Engkau memuji diri Engkau."
Barangsiapa mengatakan Allah Taala mengadakan Alam ini dengan Zat-Nya atau dengan firman-Nya " كن فيكون" maka kafirlah ia dan batallah segala amalan ibadatnya disebabkan kekufurannya itu. Akan tetapi hendaklah dikata bahawa Allah Taala itu mengadakan Alam ini  dengan Qadrat-Nya, berkebetulan Ilmu-Nya dengan Iradat-Nya. Adapun Allah berfirman,
 "كن فيكون itu adalah untuk memberitahu tentang kesegeraan dan kepantasan berlakunya apa saja yang Allah kehendaki. Sekiranya Allah berkehendak mengadakan alam ini dari semata-mata tiada kepada ada tanpa ada sebarang asal dengan lebih pantas daripada sekerlipan mata atau lintasan hati maka Allah adalah berupaya melakukan yang demikian itu.

[Lihat : ALLAH MENGADAKAN SESUATU DENGAN QADRAT-NYA ]

Dengan adanya keterangan seperti ini, dapatlah seseorang itu memahami bahawa Allah Taala itu sebelum diadakan masa dan tempat, tiada Arasy, tiada Qursi, tiada langit, tiada bumi dan lainnya. Pada waktu Arasy itu tiada maka Allah Taala itu bukan di atas 'Arasy, bukan di bawahnya dan bukan di dalamnya sebagaimana juga sebelum diadakan masa dan tempat. Allah Taala itu  tidak bertempat dan tidak berada di mana-mana tempat. Sesungguhnya jatuh kafirlah mereka yang mengatakan Allah Taala itu berada di mana-mana sahaja di semua tempat dan begitu juga bagi mereka yang mengatakan Allah Taala itu ada bagi-Nya warna dan rupa.

Pengertian"Al-Ajzu" (ketidakupayaan) dan "Allahu Akbar الله أكبر "


Berhubung dengan qaul (kata) "العجز عن ادراك الادراك ادراك" maka makna “Al-Ajzu itu ialah ketidakupayaan untuk mengenal hakikat Zat Allah itu, itulah pengenalan. 

Makna "الله أكبر"  ialah:
"Dia Yang Maha Besar dari dapat diketahui melalui pancaindera yang lima, Maha Besar dari dapat dikenali hakikat kebesaran-Nya oleh sesiapa. Tidak diketahui hakikat Zat-Nya melainkan Allah."
Kita juga telah mengetahui bahawa Allah itu memberi dan menahan melalui wasitah (perantara) malaikat. Ini adalah amat penting dan asas untuk menolak waswas syaitan dan kepercayaan-kepercayaan yang batil dengan tuduhan bersatu-padunya Allah dengan makhluk-Nya.

Jika kita ditanya oleh seseorang apakah makna Allah Taala bukan Jisim, bukan Jauhar dan bukan 'Aradh (عرض)  ?

Maka kita katakan: Dalam bab  Jisim, Jauhar dan Aradh  hendaklah ditafsirkan bahawa:
Setiap sesuatu yang ada baginya juzuk maka juzuk itu dinamakan Jauhar; setiap sesuatu yang tersusun atau mengandungi dua Jauhar atau dua juzuk atau lebih dinamakan Jisim; dan setiap sesuatu yang menjadi sifat kepada juzuk dinamakan 'Aradh. Oleh itu, berupa, berkeadaan diam atau bergerak adalah hal bagi juzuk dan dinamakan 'Aradh. Begitulah juga tempat, pihak, masuk pada sesuatu, bersatu-padu, berhubung, bercerai, terbahagi, menerima bahagi, berkeadaan luar, dalam, berserta, berjarak jauh, dekat dan lain-lainnya yang melazimkan sifat juzuk itu dinamakan 'Aradh. Maka Allah Taala itu bukan Jisim, bukan Jauhar dan bukan 'Aradh.
Jika seseorang itu terkeliru dalam soal melihat Allah di akhirat kelak dari sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah al-Bajali katanya:
" Ketika kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., maka Baginda telah melihat bulan di malam "Al-Bader" (al-Bader : bulan penuh) lalu bersabda: Bahawasanya kamu sekelian akan melihat Tuhan kamu sebagaimana kamu melihat bulan ini... [ hingga akhir hadis.] 
Hadis ini tidak menunjukkan Allah Taala itu ada bagiNya tempat, arah, warna atau rupa tetapi Hadis ini, hanyalah semata-mata untuk menerangkan dari segi sejauh manakah terangnya sahaja iaitu sebagaimana seseorang itu melihat bulan di malam "al-Bader" dengan sehabis terang dan nyatanya bulan itu tanpa ragu-ragu yang ianya itu adalah bulan, begitulah juga apabila seseorang hamba yang mukmin itu melihat Allah Taala di akhirat nanti dengan sehabi-habis terangnya iaitulah Dia Tuhan, "bukan Jisim, bukan Jauhar dan bukan 'Aradh" sebagaimana juga ia mengenali dan mengetahuinya di dunia ini.. bukan Jisim, bukan Jauhar dan bukan 'Aradh(عرض) .

Dengan adanya penerangan seperti ini terhurailah masalah melihat  Allah Taala. Di samping itu hendaklah difahami juga bahawa Allah Taala itu memberi dan menahan berwasitahkan malaikat-malaikatNya. Oleh itu, tiada jalan bagi sesiapa untuk mengatakan bersatu-padunya Allah dengan makhlukNya atau menuruti akal fikiran dan pendapatnya secara mutlak tanpa melihat perbezaannya antara buruk-baiknya yang ada padanya.

Sebagaimana diketahui, seseorang itu tidak pernah berkeseorangan semasa berjalannya, duduknya dan tidurnya tetapi adalah bersamanya itu dua orang malaikat pencatat. Seorang malaikat mencatatkan kebajikannya dan seorang lagi mencatatkan kejahatannya bahkan sehinggalah kepada gerak-geri hatinya pun, Allah Taala memberikan "dua qarin" (kembaran) di hatinya. Satu qarin malaikat untuk menyuruhnya berbuat baik dan satu qarin syaitan menyuruhnya berbuat jahat.

Dari sini jelaslah bahawa apa yang difikirkan oleh seseorang itu dalam otak dan pendapatnya bukanlah baik dan elok belaka. Binasalah ia, jika lintasan syaitan itu menjadi ikutannya dan berjayalah ia jika menuruti lintasan malaikat. Bagi sesiapa yang hanya menuruti akal fikiran dan pendapatnya sahaja secara mutlak tanpa membezakan buruk baiknya pada sesuatu perkara itu, dia akan binasa.

Lihatlah bilangan malaikat seorang mukmin yang diletakkan di bawah jagaan Allah kerana mulianya menjadi seorang mukmin dengan dipelihara dari mengenai kemudaratan syaitan. Kata Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

    وكل بالمؤمن مائة وستون ملكا يذبون عنه مالم يقدر عليه من ذلك البصر سبعة املاك يذبون عنه كما يذب الذباب من قصعة العسل في اليوم الصائف وما لو بدالكم لرأيتموه على كل سهل وجبل كل باسط يده فاغر فاه ولو وكل العبد الى نفسه طرفة عين لاختطفته الشياطين 

                      Maksudnya :

" Diwakilkan seorang mukmin itu kepada 160 orang malaikat untuk menjaganya. Andainya diwakilkan kepada dirinya sendiri (untuk menjaganya) walau sekadar sekerlipan mata sahaja, nescaya disambari oleh syaitan-syaitan itu." 
Begitulah keadaan malaikat yang Allah berikan untuk menjaga hamba-Nya yang mukmin.
Berkaitan dengan buruk laku anak-anak lelaki dan perempuan pada adab dan akhlak mereka itu maka ibu bapa tidak mampu untuk memperbaiki adab dan akhlak mereka itu dengan semata-mata nasihat sahaja melainkan hendaklah diajar dan disuruh mereka itu menghafal do'a-do'a tersebut yang berkaitan dengan soal iman.

Tidak terdaya seseorang itu mengatasi syaitan yang mewas-waskan hati dan menyeru kepada kerja-kerja mungkar, kejahatan, kekufuran dan mensyirikkan Allah melainkan dengan jalan iman dan do'a. Betapakah selamatnya seseorang itu apabila berada sebagai seorang mukmin. Allah Taala berikan dia 160 orang malaikat untuk memeliharanya daripada kemudaratan syaitan bahkan juga daripada kemudaratan jin, manusia, sihir dan fitnah. Maka terselamatlah agamanya dan berbahgialah dia.

AL MUSABBA-AT AL-ASYARAH (المسبعات العشر )

Wirid-wirid ini adalah yang diamalkan oleh Nabi Allah Khaidir a.s. dan ada baginya fadhilat yang besar. Maka tidaklah seharusnya bagi seseorang itu meninggalkannya kerana dosa yang begitu besar pun Allah akan ampunkan bagi orang yang beramal dengannya. Tidak susah untuk diamalkan kerana ia hanya dua kali sehari pada waktu pagi sebelum berkembangnya cayah matahari ke atas bumi dan sebelum jatuhnya matahari itu pada waktu petang. Wirid-wiridnya adalah seperti berikut:
1. سوره الفاتحة (tujuh kali) 
2قل أعوذ برب الناس (tujuh kali) 
3قل اعوذ برب الفلق (tujuh kali) 
4قل هو الله أحد (tujuh kali) 
5. قل يا أيها الكافرون (tujuh kali) 
6آية الكرسي (tujuh kali) 
7سبحان الله والحمد لله ولا إلـه إلا الله والله أكبر (tujuh kali) 
8. اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبي الامي وعلى آله وصحبه وسلم (tujuh kali) 
9اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا ولجميع المسلمين والمسلماتوالمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات برحمتك يا أرحم الراحمين (tujuh kali) 
10اللهم افعـل بي وبهم عاجلا  وآجلا  في الديـن والدنـيـا والأخـرة مـا أنت لـه أهــلولا تـفـعـل بنا يا مولانا ما نحن له أهـل إنك غفور حليم جواد كريم رؤوف رحيم  (tujuh kali).
Jika kita ditanya : Bagaimanakah cara-cara untuk menolak sihir-sihir manusia?

Maka kita katakan: Bahawa jalan yang paling mudah ialah selepas tiap-tiap sembahyang dan ketika hendak tidur bacalah:
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

sebanyak 7 kali. Inilah amalan yang paling mudah berbanding dengan yang lain-lainya.


PENUTUB KITAB

Sebagai gantian kepada sembahyang hajat, seseorang itu jika mahu memohon sesuatu hajat dari Allah eloklah ia beramal dengan do'a-do'a tersebut, Wirid al-Musabba-at al-Asyarah (المسبعات العشر ), Do'a yang diamalkan oleh Nabi Allah Khidir a.s. dan Do'a Imam Syafii r.a. sebagaimana yang disebutkan dalam kitab ini.

Semoga Allah menghilangkan segala permasalahannya sama ada urusan dunia, agama, akhirat atau persengketaannya dengan sesiapa jua atau dengan mana-mana kaum dan mendapat kejayaan yang besar pada apa jua keadaan, dengan izin Allah.
Saya tidak sebutkan segala fadilat do'a-do'a ini dengan tujuan untuk meringkaskan kitab ini. Cukuplah sekadar kita mengetahui bahawa inilah do'a yang Nabi Muhammad s.a.w. berdo'a dengannya dan kadar besarnya fadhilat bagi orang yang beramal dengan do'a Nabi Muhammad s.a.w.. 

Yang paling halus untuk difahami ialah pada bab Qada’ dan Qadar. Bagi sesiapa yang berdo'a dengan Do'a Abu Bakar r.a. maka ia akan dapat kefahaman yang sangat elok kerana segala apa yang disebutkan di dalam do'a itu adalah semuanya dari kitab Allah al-Quran al-Karim, bukan dari segi lafaznya bahkan juga dari segi maksud ilmunya. Kebanyakaan orang yang sesat di dunia ini adalah disebabkan oleh kejahilan mereka dalam ilmu mengenal Allah Taala. Tetapi jika seseorang itu berdo'a dengan Do'a Ali bin Talib r.a. dari Asma' Allah (اسماء الله)  yang Allah memuji Diri-Nya sendiri dengannya nescaya penuhlah hatinya itu dengan ilmu mengenal Allah bukan sahaja dari segi mengenal kewujudan-Nya sahaja bahkan juga mengetahui kemuliaan جلال الله  Allah, kesempurnaan-Nya, kebesaran-Nya, kemegahan-Nya dan ketinggian martabat-Nya.

Amalan yang soleh walau sebanyak mana sekalipun tidak memberikan faedah sebaliknya akan membuka banyak pintu kesesatan dalam agama sekiranya ia jahil dalam ilmu mengenal Allah. Rasulullah ditanya:

ومن المعلوم من جهل في علم معرفة الله لا تفيده كثرة اعماله الصالحة بل انفتحت له ابواب الضلالة في الدين وقد قيل يا رسول الله: أي الأعمال افضل فقال: " العلم بالله عز وجل " .  فقيل: اي العلم تريد؟
 فقال صلى الله عليه وسلم: " العلم بالله سبحانه ". فقيل له نسأل عن العمل وتجيب عن العلم فقال 
صلى الله عليه وسلم: "ان قليل العمل ينفع مع العلم بالله وان كثير العمل لا ينفع مع الجهل بالله". 

                  Maksudnya :
"Apakah amalan yang lebih afdhal? Jawabnya: ilmu mengenal Allah Azza Wajalla. Ditanya lagi, ilmu apa yang dimaksudkan itu? Maka jawabnya: ilmu mengenal Allah Subhanahu wa Taala. Dikatakan: Kami bertanyakan tentang amalan tapi Engkau menjawab mengenai ilmu. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: bahawa amalan yang sedikit itu berguna dengan adanya ilmu mengenal Allah tetapi amalan yang banyak itu tidak berguna jika jahil mengenai ilmu mengenal Allah". 
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mengutuskan Muaz r.a. ke Yaman, Nabi berkata kepadanya :
واما الاخبار فقوله صلى الله عليه وسلم: لما بعث معاذا رضي الله عنه الى اليمن لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من الدنيا وما فيها.
وقد قال صىلى الله عليه وسلم: " نعم العطية ونعم الهدية كلمة حكمة تسمعها وتطوي عليها ثم تحملها الى اخ مسلم تعلمه إياها تعدل عبادة سنة ".
                     Maksudnya : 
"Andainya seorang sahaja yang Allah berikan hidayah melalui kamu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. Sesungguhnya Nabi telah bersabda: Sebaik-baik pemberian dan sebaik-baik hadiah itu ialah suatu kata hikmah yang kamu dengar lalu kamu lipatkan dia, kemudiannya kamu membawanya kepada saudaramu yang Muslim lalu kamu mengajarkannya adalah menyamai ibadat satu tahun."

PERINGATAN

Bersesuaian dengan Hadis ini tidak ada apa-apa kesulitan bagi sesiapa yang hendak menemui kawannya atau saudaranya dalam agama membawa kitab ini untuk diberikan kepadanya sebagai tanda hadiah dan berkongsi pahalanya. Kitab ini akan dicetak untuk dikembangkan ke seluruh negara Islam di dunia.

Sesiapa yang hendak menterjemahkan do'a-do'a ini maka haruslah ia merujuknya kepada ulama'-ulama' di zamannya dan dia sendiri hendaklah faham iktiqad yang betul. Bagi yang mempercayai qadimnya alam ini atau Allah Taala mengadakan alam ini dengan Zat-Nya atau pun alam ini diadakan dengan kalam-Nya "كن فيكون " atau mempercayai lafaz  'AN-NUUR' النور  ) pada Asma' Allah El-Husna atas makna dhauk  (الضوء) yang bererti  cahaya dan warna, pastinya akan tersilap dan tersalah. Seterusnya akan merosokkan tafsiran dan terjemahan do'a-do'a tersebut yang berkaitan dengan iman. Bahkan sesiapa juga yang fahaman iktiqadnya salah maka janganlah dipakai apa jua tafsirannya sama ada dari al-Quran atau Hadis yang berkait dengan iman oleh kerana iktiqad kufur dan syirik yang disembunyikan di hatinya.

Mengakhiri penutup kitab ini dengan merafakkan segala pujian itu kepada Allah dan kesyukuran di atas segala nikmat-Nya. Maka dengan pertolongan Allah jualah kitab ini dapat disempurnakan, kepada-Nya jugalah dipohon supaya diberikan rezeki kepada setiap orang yang membaca kitab ini…  tidak meninggalkan segala do'a dan wirid tersebut untuk dirinya, kedua ibu bapanya, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang masih  hidup dan yang sudah  meninggal dunia. Semoga Allah Taala memberikan kejayaan yang besar pada segala urusan agama-Nya, dunia dan akhirat dan ganjaran pahala dari do'a-do'a ini.
وصلى الله على سيدنا محمد عبدك ونبيك ورسولك النبي الامي وعلى آله وصحبه .وسلم

Ditulis pada hari selasa 18 Zul Hijjah 1410 bersamaan 10 Julai, 1990.

(Kandungan asal kitab ini kesemuanya dalam bahasa Arab dan telah diterbitkan pada tahun 1990 yang dicetak oleh Utusan Print Corp Sdn Bhd. Terjemahan kitab ini telah diusahakan oleh Muhammad Sabar Ismail untuk dimuat dan diterbitkan di dalam blog: Cahaya Menerangi Kegelapan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berbangkit sila e-mail ke alamat : redzuantumin49@yahoo.com atau alahram46@gmail.com)

                         
                                               AL-USTAZ HAJI MOHAMAD ISMAIL SALLEH


Kenangan Abadi 
[ * Al-Ustaz Haji Mohamad Ismail bin Salleh dilahirkan di Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar pada tahun 1909 dan telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 24 Jun, tahun 1994 ketika  berusia 84 tahun. Jenazah beliau dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Taman KOSAS Ampang, Kuala Lumpur/Selangor. Semoga Allah sentiasa melimpahkan cucuran Rahmat-Nya yang berterusan ke atas roh beliau sebagai insan mukmin yang soleh. Amin. Al-Fatihah].
    **************************************************

[** SURAT WASIAT SAYA KEPADA MURID-MURID SAYA DAN ANAK-ANAK ORANG MUSILIMIN SEKALIAN :

"Hendaklah disuruh anak-anak membaca Kitab Terjemah Aqidah Ahli As Sunnah ini daripada awal hingga akhirnya pada tiap-tiap hari satu kali. Pilihlah mana-mana waktu tetapi jangan tinggalkan sama sekali bahkan hendaklah dibaca tiap-tiap hari sekali.....dan selepas membaca Kitab Terjemah Aqidah hendaklah membaca Do'a Ali bin Abi Talib memuji Allah Taala satu kali dan Do'a Abu Bakar As Siddiq satu kali dan Do'a Nabi Muhammad s.a.w. satu kali.... Maka inilah wasiat saya, jika saya *mati maka inilah saya harap anak-anak dan murid2 saya beramal seperti ini... Jangan sekali-kali tinggalkan membaca Kitab Terjemah Aqidah Ahli As Sunnah daripada awal hingga akhirnya dan selepas itu diiringi membaca tiga do'a yang tersebut itu..."

** Peringatan :

"...Barangsiapa tidak mahu membaca dan menghafaz "Terjemah Aqidah Ahli al Sunnah" dan tidak mahu berdo'a dengan ketiga-tiga do'a tersebut adalah ditakuti dia didatangkan bala oleh Allah Taala dengan ditimpa ke atasnya pada ketika matinya dalam agama kufur dan bukan mati dalam agama Islam..."

Saya Yang Benar,

(AL HAJ MOHAMAD ISMAIL BIN SALLEH)

[Pada 19 Jun 1994. ]

[ * Al-Usatz Haji Mohamad Ismail bin Salleh telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 24 Jun, tahun 1994 ketika  berusia 84 tahun. Jenazah beliau dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Taman KOSAS Ampang, Kuala Lumpur/Selangor. Mudah-mudahan Allah melimpahkan cucuran Rahmat-Nya yang berterusan selama-lamanya ke atas roh beliau sebagai seorang insan mukmin yang soleh. Amin. Al-Fatihah.].


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...