[Sambungan daripada : Pengertian " PAHALA" dan "DOSA" ]
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
أَمَّا بَعْـدُ
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan sekalian mereka (orang-orang Ansar) yang telah mendiami negeri itu (kota Madinah) dan beriman sejak sebelum kedatangan mereka (orang-orang Muhajirin) sangatlah mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka. Dan tidak ada pula menaruh dalam hati mereka perasaan berhajatkan dari apa yang diberikan kepada mereka (orang-orang Muhajirin) dan mereka lebih mengutamakan (orang-orang Muhajirin) dari diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat (kepada apa yang diberikan); dan barangsiapa memelihara dirinya dari tabi'at bakhilnya maka merekalah orang-orang yang beruntung."
[ Al-Quran surahسورة الحشر Al-Ha'asyr : 9 ] *******************************************
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بجَلَالِي؟ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي". رواه البخاري وكذلك مالك
"Dari Abi Hurairah r.a., dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: 'Sesungguhnya Allah S.W.T. berfirman pada hari kiamat: 'Di manakah mereka yang berkasih-sayang kerana keagungan Ku? Pada hari ini Aku akan lindungi mereka di bawah lindungan Ku pada hari yang tiada perlindungan lain melainkan perlindungan Ku'." [Hadis riwayat Bukhari dan Malik ]
Keteguhan keimanan mereka terhadap perkara-perkara tersebut yang diserukan oleh para Rasul yang dibangkitkan Allah melalui kitabulah-kitabulah yang diturunkan melalui perutusan Malaikat Jibril AS walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian getir daripada golongan manusia yang memusuhinya menjadikan mereka umat manusia yang dikasihi Allah, dipermuliakan di dunia dan menikmati kebahagiaan berkekalan di akhirat.
Wahyu Allah yang dimaksudkan dalam surah سورة الحشر Al-Hasyr: 9 di atas adalah puji-pujian Allah terhadap kemuliaan dan keikhlasan jalinan persahabatan dan persaudaraan yang amat luar biasa di antara golongan Ansar (penduduk Islam Madinah) melayani tetamu mereka dari golongan Muhajirin yang baru sahaja sampai dari Makkah. Mereka mengikuti Hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah dengan perintah Allah tanpa bekalan mencukupi dan ramai juga yang tergesa-gesa berhijrah sehelai sepinggang dengan hanya berbekalkan iman dan taqwa sahaja.
Ketibaan golongan Muhajirin amat dinanti-nantikan golongan Ansar dengan sambutan kemeriahan luar biasa bersama keluarga di sepanjang jalan kota Madinah. Mereka berebut-rebut untuk menerima gologan Muhajirin sebagai tetamu 'istimewa' di rumah masing-masing walaupun ramai di antara mereka adalah terdiri daripada golongan fakir miskin yang serba kekurangan segala-galanya. Namun demi menjaga kepentingan dan keselesaan para tetamu 'istimewa' golongan insan mukmin Muhajirin yang berminggu-minggu kepenatan merentasi kepanasan gurun padang pasir dan berhadapan dengan berbagai kesukaran dan halangan meninggalkan kampung halaman mereka di Makkah semata-mata kerana Allah dan Rasul-Nya, mereka dengan penuh keredaan, kerelaan, dan keinsafaan menyediakan kemudahan tempat tinggal dan menghulurkan apa juga kemudahan dan bantuan dengan mengetepikan kepentingan peribadi dan keluarga sendiri.
Gabungan ikatan tali ukhwah persaudaraan, persahabatan dan kekukuhan perpaduan gologan Muhajirin dan Ansar yang bergerak seiring mendokong kibaran panji-panji iman dan taqwa di bawah kepemimpinan Rasulullah s.a.w. akhirnya membentuk sinar tamadun Islam yang menerangi seluruh alam semesta di sepanjang zaman. Mereka inilah yang dinamakan sebagai golongan para sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallamصَلَّىٰ ٱللَّٰهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ yang selama-lamanya menjadi sumber rujukan ilmu, hukum-hakam, inspirasi dan segala urusan agama Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Pembentukan akhlak mukmin di kalangan mereka khususnya golongan Muhajirin atau para sahabat Rasulullah s.a.w. dari kalangan kaum Quraisy di Makkah bukanlah satu perkara yang begitu mudah tercapai tetapi terpaksa melalui berbagai-bagai pengorbanan, kesusahan dan ujian Allah yang amat mencabar dan menyakitkan jiwa raga sama seperti yang dihadapi Rasulullah s.a.w. selama 13 tahun menyampaikan amanah wahyu Allah di bumi Makkah.
Pada setiap detik dalam tempoh masa 13 tahun di Makkah dipenuhi dengan cabaran getir yang dirasai sendiri oleh Rasululah s.a.w. yang memikul amanah Allah untuk menyampaikan wahyu-Nya yang diturunkan melalui perutusan Malaikat Jibril AS agar manusia beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Rasul-Nya dan Hari Akhirat. Sebelum dibangkitkan menjadi Rasul Nabi Muhammad s.a.w. begitu dipermuliakan saudara-mara, kaum kerabat dan kaum Arab Qurisy di bumi Makkah kerana kemuliaan akhlak baginda yang amat terpuji hinggakan baginda amat dihormati dan disanjung tinggi dengan memberi gelaran mulia, "Al-Amin".
Namun apabila baginda dibangkitkan Allah menjadi Rasul Utusan-Nya dan diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu-wahyuNya kepada penduduk Makkah segala kemuliaan, sanjungan tinggi dan puji-pujian yang diberikan sebelumnya terus lenyap. Sebaliknya tercetuslah babak permusuhan berpanjangan dengan kaum kuffar Quarisy terutama sekali di kalangan saudara-mara terdekat. Baginda dikeji, diperejek, disakiti, diganggu-gugat ketika mendirikan sembahyang dan lain-lain penghinaan lagi agar baginda memberhentikan usaha menyampaikan kalimah-kalimah ayat al-Quran wahyu Allah yang amat bertentangan dengan adat resam warisan budaya dan pola kehidupan jahiliah penduduk Makkah yang sudah kukuh berakar umbi buat sekian lamanya.
Mereka menyedari jika sekiranya seruan keimanan Nabi Muhammad s.a.w. yang berteraskan Dua Kalimah Syahdat:
أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول اللهditerima umum oleh penduduk Makkah maka akan runtuhlah cara hidup jahiliah dan anutan kepercayaan budaya tradisi nenek moyang mereka menyembah berhala yang diwarisi sekian lama dari satu generasi ke satu generasi. Lantas mereka bertindak menggerakkan berbagai plan strategi untuk melenyapkan penyibaran kepercayaan agama wahyu al-Quran dengan berbagai-bagai cara. Sesiapa juga yang didapati beriman kepada seruan Nabi Muhammad s.a.w diseksa, didera, disakiti, disisihkan, dipulau, dicela dan bermacam-macam jenis penghinaan lagi.
Bumi Makkah menjadi saksi betapa Ammar bin Yassir diseksa dan kedua ibu dan bapanya dibunuh dengan kejam oleh Abu Jahal menggunakan api. Bilal bin Rabbah, seorang hamba abdi berkulit hitam dari Habsyah diseksa tuannya, Ummayah bin Khalaf. Dia dikenakan berbagai seksa dengan ditimpakan batu besar di atas dadanya dan dijemur di padang pasir di bawah sinaran matahari yang panas membakar oleh tuannya yang memaksanya supaya meninggalkan keimanannya terhadap pengajaran Nabi Muhammad s.a.w dan kembali kepada kepercayaan asalnya menyembah berhala al-Latta dan Uzza. Namun keimanan Bilal tetap teguh tanpa sedikit pun berganjak dengan mengucapkan kalimah at-Tauhid menyebut nama Allah : Ahad!!, Ahad!!, Ahad!!.
Demikian juga dengan kisah Abu Zarrin Al-Ghifari sebaik sahaja beriman memeluk Islam dengan lantang dan beraninya melafazkan dengan lantang Dua Kalimah Syahdat:
أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول اللهdi hadapan kafir Qurisy yang berada di hadapan Ka'abah Baitullah. Akibatnya dia telah dipukul teruk hampir maut hingga diselamatkan oleh Abbas, bapa saudara Rasulullah s.a.w yang belum beriman memeluk Islam. Begitu juga dengan kisah-kisah duka nestapa ramai lagi para sahabat Rasulullah s.a.w. termasuk kisah Abdullah bin Qah'fah bin A'amair bin Kaa'b bin Saad bin Tim bin Murrah At-Timi Al-Quraisyi (Abu Bakar As-Siddeeq), seorang hartawan yang telah menjalin persahabatan dengan Nabi Muhammad sejak baginda belum lagi dibangkitkan menjadi Rasul, membebaskan beberapa orang hamba abdi yang diseksa tuan-tuan mereka termasuk Bilal bin Rabah al-Habsyi.
Segala tindak tanduk yang dikenakan terhadap Rasulullah s.a.w. dan kezaliman kaum musyrikin Makkah terhadap mereka yang beriman kepada seruan baginda tidak sedikitpun melemah atau menggoncang keutuhan semangat dan meruntuhkan keimanan mereka. Malahan segala ujian getir yang mereka alami diterima dengan penuh kesabaran dan memperkukuhkan lagi keimanan mereka terhadap kebenaran ajaran Islam dan wahyu al-Quran.
Rasulullah s.a.w teramat sedih dan berdukacita melihat segala kezaliman ini dan membaca ayat al-Quran surah سورة العنكبوت Al-A’nkabut, ayat 1-3 agar mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan menerima ujian Allah :
الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3
"(الم). (Allah Amat mengetahui akan segala kehendak maknanya dengan yang demikian itu). (1)
Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiar hanya dengan berkata: 'Kami telah beriman,' sedang mereka tidak diuji lagi. (2)
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang dari sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang-orang yang benar pada keimanan mereka dan Dia Maha Mengetahui orang-orang yang berdusta." (3)
Allah mempergingatkan juga Rasulullah s.a.w. agar dapat memperteguhkan keyakinan dan kesabarannya menempuh segala kegetiran ujian yang dihadapinya dan orang-orang yang beriman kepadanya dengan menurunkan wahyu seperti yang terkandung dalam al-Quran surah سورة الأحقاف Al-Ah’qaf, ayat 35:
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ بَلَاغٌ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ
“Maka bersabarlah (wahai Muhammad) sebagaimana sabarnya Ulul-Azmi (orang-orang yang mempunyai keazaman dan keteguhan hati) dari kalangan Rasul-rasul (sebelum engkau) dan janganlah engkau minta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan (dijanjikan) kepada (mereka) seolah-olah mereka, tidak tinggal (di dunia) kecuali sesaat pada siang hari; (al-Quran ini adalah) penjelasan (dari Allah), maka tidak dibinasakan (ketika melihat keseksaan) kecuali kaum orang-orang yang fasik.”
Kebiasaannya Malaikat Jibrael AS (tanpa dapat dilihat atau dikenali oleh jemaah yang hadir) ada bersama Rasulullah s.a.w. untuk mengikuti penyampain ilmu-ilmu wahyu dan membantu memberikan penjelasan dan pentafsiran kepada Rasulullah sekiranya berbangkit persoalan-persoalan yang dikemukakan tidak dapat dijawab atau diperjelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Di samping itu sudah semestinya ramai para malaikat rahmat yang turut hadir untuk membarkati majlis ilmu dan mendo'akan kerahmatan dan kesejahteraan semua yang hadir.
Setelah jumlah orang yang beriman menyahut seruan baginda bertambah ramai maka Allah memerintahkan pula agar menyampaikannya secara terbuka dan berterang-terangan kepada semua seperti Firman Allah dalam surahسورة الحجر Al-Hijer, ayat 94 :
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh orang beriman semakin mencengkam dan memaksa sekumpulan daripada mereka yang terdiri daripada 12 orang lelaki bersama lima orang wanita isteri-isteri mereka berhijrah ke Habsyah setelah mendapat restu keizinan dan petunjuk daripada Rasulullah s.a.w. Tidak lama selepas itu diikuti pula dengan rombongan yang lebih besar berhijrah ke Habsyah untuk meminta perlindungan daripada Raja Habsyah bernama An-Najasyi yang juga seorang ahli kitab yang baik dan bertimbang rasa yang telah menerima warkah perutusan daripada Rasulullah s.a.w. menyeru dia supaya memeluk Islam beriman kepada Allah dan Rasul-Nya."Maka serukanlah secara terbuka dengan apa yang engkau diperintahkan dan berpalinglah engkau dari orang-orang musyrikin.”
Raja Habsyah bernama An-Najasyi itu memanggil mengadap perwakilan mereka untuk menerangkan kedudukan sebenar yang berlaku di Makkah apabila dia diminta oleh beberapa orang perwakilan kafir Quraisy iaiatu Amru bin Al-'As dan Abdullah bin Abi Rabiah supaya menyerahkan kesemua 83 orang Muslim Makkah yang berlindung di Habsyah dengan berbagai tuduhan memburuk-burukkan mereka. Amru Al-'As yang belum beriman ketika itu adalah seorang pemuda kaum Quraisy anak kepada Al-'As bin Wail dari Bani Sham seorang ahli perniagaan terkenal dan paling kuat menentang Rasulullah s.a.w. Pemilihan Amru Al-'As dalam misi ini adalah berdasarkan kewibawaan beliau sebagai seorang yang bijaksana dan petah berbicara yang dijangka dapat mempengaruhi Raja Habsyah. Raja An-Najasyi yang juga seorang yang berpegang teguh kepada ajaran-ajaran al-kitab merasa amat insaf dan terharu apabila Saidina Jaafar bin Abi Talib r.a., sepupu Rasulullah s.a.w, yang mewakili kaum Muslimin Makkah berucap bagi memperjelaskan perihal sebenar seperti yang bermaksud :
"....Kami ini manusia jahil. Kami tidak mengenal Allah dan Pesuruh-Pesuruh-Nya. Kami menyembah batu-batu, memakan bangkai dan melakukan segala jenis kejahatan. Kami tidak menunaikan kewajipan kami terhadap kaum kerabat kami. Yang kuat di antara kami menindas yang lemah. Akhirnya dibangkitkan seorang Nabi yang membawa pembaharuan dalam kehidupan kami. Keturunannya mulia, akhlak dan perangainya lurus dan kehidupannya yang suci bersih diketahui umum. Dia menyeru kami supaya beribadat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan syirik (menyekutukan Allah). Dia mengajar kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati kaum kerabat dan berbaik-baik dengan jiran tetangga.
Raja An-Najasyi mendengar ucapan penjelasan tersebut dengan teliti dan bertambah terharu apabila Jaafar r.a. membacakan ayat-ayat al-Quran surah Maryam yang menjelaskan kisah keajaiban luar biasa yang dialami Maryam ketika mengandung dan melahirkan puteranya Nabi Isa Alaihisalam. Lantas mereka diberikan keizinan untuk terus tinggal di Habsyah selama mana yang dihajati dengan memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan. Permintaan perwakilan musyrikin Quraisy dari Makkah yang diketuai oleh Amru Al-'As untuk menyerahkan mereka telah ditolak dan hadiah berharga yang diberikan dikembalikan semula.Daripadanya kami belajar sembahyang, berpuasa, berzakat dan berkelakuan baik. Kami diajar supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan pertumpahan darah. Dia melarang berzina, perbuatan-perbuatan lucah dan keji, bercakap bohong, memakan harta anak yatim secara haram, mengada-adakan fitnah dan sebagainya. Dia mengajarkan kami al-Quran, kitab Allah yang mengagumkan. Jadi kami percaya kepadanya, kami mengikuti jejak langkahnya, beriman dan menerima sepenuhnya segala ajaran yang dibawanya. Oleh kerana inilah maka kami telah diganggui, dizalimi dan diseksa dengan harapan kami kembali kepada keadaan sedia kala (jahiliah) seperti dahulu. Apabila kekejaman dan penyeksaan terhadap orang-orang kami melampaui batas-batas peri kemanusiaan, maka kami pun dengan do'a restu Nabi datang kemari (Habsyah) untuk berlindung di negeri tuanku......."
[Lihat : Tingkatan Otak Manusia dan Akhlak Mukmin]
Dalam tempoh masa 13 tahun Rasulullah s.a.w berhadapan dengan berbagai -bagai cabaran getir dan kesusahan daripada kaum kafir Quraisy yang sebilangan daripadanya adalah dari kalangan keluaraga terdekat baginda sendiri Allah telah menurunkan wahyu-wahyu al-Quran yang kebanykannya memberikan peringatan demi peringatan kepada manusia supaya beriman kepada Allah, Rasul-Nya, Hari Akhirat, ibadat, dosa dan pahala, balasan syurga dan neraka dan segala perkara yang berkaitan akidah keimanan dengan memberikan contoh-contoh pengajaran yang pernah menimpa kepada umat manusia terdahulu yang mengingkari seruan para Rasul yang dibangkitkan.
Surah-surah al-Quran yang diturunkan di Makkah ini dikenali sebagai ayat-ayat Makkiyah yang meliputi 19 juzuk daripada 30 juzuk al-Quran yang mengandungi 86 surah. Sementara surah-surah al-Quran yang diturunkan di Madinah dinamakan sebagai ayat-ayat Madaniyah yang terdiri daripada 11 juzuk al-Quran yang mengandungi 28 surah. Setiap ayat al-Quran yang diturunkan disusuli pula dengan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. untuk memperjelasakn dengan lebih detail lagi pentafsiran dan pengertian setiap kalimah dan ayat al-Quran supaya para sahabat baginda dapat membaca, menghafaz, memahami, menghayati dan beriman sepenuhnya terhadap kitabullah al-Quran Kalam Allah.
Maka setiap detik selama 13 tahun di Makkah adalah tempoh masa turun wahyu Allah yang memberikan berbagai-bagai implikasi terhadap penduduk Makkah sama ada bertambah kukuh keimanan dan ketaqwaan mereka atau terus berkekalan hidup dalam kegelapan kufur mengingkari Allah dan seruan Rasul-Nya kecuali mereka yang mendapat taufik hidayah Allah.
Setiap ayat al-Quran yang diwahyukan daripada surah-surah yang panjang seperti surah سورة طه Thaahaa yang mengandungi 135 ayat hinggalah kepada surah-surah yang pendek seperti surah سورة العصر Al-'Ashr yang mengandungi 3 ayat sahaja diimani dan dihayati sepenuhnya. Kisah-kisah kezaliman dan hukuman Allah yang ditimpakan kepada umat-umat para Rasul yang dibangkitkan terdahulu menjadi ingatan, keinsafan dan pengajaran berkesan kepada semua jemaah yang beriman kepada Rasululah s.a.w. Ramai juga di kalangan mereka yang ditakdirkan Allah menjadi penyebab turunnya sesuatu ayat al-Quran. Maka sudah pastinya mereka dapat merasakan sendiri kesusahan dan kedukacitaan menanggungnya dan memberikan penjelasan dan pentafsiran yang tepat lagi meluas mengenai sesuatu ayat yang turun melibatkan diri mereka.
Mereka juga melihat sendiri dengan mata kepala dan merasakan mukjizat-mukjizat kurniaan Allah kepada Rasulullah s.a.w yang teramat jelas lagi nyata apabila berhadapan dengan sesuatu kesusahan yang tidak ada jalan untuk mengatasinya. Mereka menyaksikan sendiri kemuliaan sifat-sifat mahmudah dan kemaksuman Rasulullah s.a.w. Baginda mengatasi manusia lain dalam segala perkara mengenai urusan duniawi, ketaqwaan, peribadatan, keilmuan, kebijaksanaan, keberanian dan sebagainya.
Segala ilmu yang terkandung di dalam al-Quran seperti sifat-sifat Allah di dalam pengertian nama-nama Allah yang amat indah Asma' Ullah al-Husna, segala balasan yang dijanjikan Allah kepada orang mukmin soleh dan mereka yang kufur ingkar, hal hari kiamat, syurga, neraka dan segala perkara berkaitan dengan akidah keimanan seperti yang diperjelaskan di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. difahami sepenuhnya mata hati mereka tanpa sebarang syak, waham dan ragu-ragu. Teras akidah keimanan yang hak ini tersemat kukuh di dalam hati (qalbu) menjadi pegangan dan diterjemahkan dalam ibadat, perbuatan dan pola pemikiran dan kehidupan seharian mereka.
Ertinya bimbingan, pendidikan keilmuan dan amalan berterusan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w.,penghulu segala Nabi dan Rasul yang dibangkitkan, manusia dan jin dengan sokongan keilmuan daripada Malaikat Jibril AS, penghulu sekalian malaikat yang terdapat di langit dan bumi selama 13 tahun di Makkah telah melahirkan barisan para insan ilmuan mukmin soleh. Mereka amat memahami, menjiwai dan menghayati sepenuhnya wahyu Allah yang diturunkan dan mentaati segala suruhan dan tegahan Allah dan Rasul-Nya tanpa kompromi.
Mereka dengan mudah dapat merasai dan membezakan keindahan, kebenaran dan kemuliaan hidup orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan keburukan tradisi kehidupan jahiliah kerana sebilangan besar daripada mereka dilahirkan dan hidup dalam suasana mengamalkan warisan tradisi dan kepercayaan jahiliah buat sekian lamanya.
Lautan ilmu yang mereka 'timba' terus daripada sumber "Hadis Hidup" di hadapan mereka menjadikan kecintaan mereka terhadap Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat mengatasi segala-galanya walaupun terpaksa hidup dalam serba kekurangan dan berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran kesusahan dan gangguan mental dan fizikal tanpa ikhsan belas daripada kaum musyrikin Makkah.
Mereka inilah golongan Muhajirin Makkah yang setia mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w dan mentaati perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah seperti Firman Allah yang dimaksudkan dalam surah سورة النساء An-Nisaa' ayat 97-100 tanpa mengambil kira, dapat menjangka atau memikirkan nasib masa depan dan risiko hidup-mati yang sedia menunggu di sepanjang perjalanan dan apabila berada di Kota Madinah.
Mereka yang dikecualikan dari perintah berhijrah ini adalah seperti yang dimaksudkan dalam Firman Allah surah سورة النساء An-Nisaa' ayat 98-99 :
إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجالِ وَالنِّساءِ وَالْوِلْدانِ لَا
يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلا يَهْتَدُونَ سَبِيلاً (98) فَأُولئِكَ عَسَى
اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ وَكانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُوراً (99Maksudnya :
"Kecuali mereka yang tertindas baik lelaki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah).(98)
Kemunculan golongan orang Ansahr dari Yathrib atau Madinah bermula kira-kira tahun ke 11 selepas dibangkitkan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah bersamaan tahun 620 Masehi iaitu pada musim Haji di Makkah. Enam orang dari kaum Auz dan Kazraj telah menemui Rasulullah s.a.w. di Aqabah dan memeluk Islam. Mereka berjanji untuk menyampaikan risalah keimanan agama tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. di kalangan penduduk Yathrib.Mereka itu mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."(99)
Pada musim Haji tahun berikutnya iaitu pada bulan Julai tahun 621 Masehi lebih ramai lagi orang Ansar menemui Rasulullah di Aqabah berhampiran Mina dan termetrailah perjanjian atau bai'ah lisan di antara mereka dengan Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai Bai'ah (Ikrar Setia) Al-Aqabah. Antara nama-nama yang tercatat ialah :
1. Mu’adh bin Al-Harith bin Afra’ dari Bani An-Najjar (Kabilah Al- Khazraj)
2. Zakwan bin Abdul Al-Qays dari Bani Zurayq (Kabilah al-Khazraj)
3. Ubadah bin Al-Samit dari Bani Ghanam (Kabilah al-Khazraj)
4. Yazid bin Tha’labah dari sekutu Bani Ghanam (Kabilah al- Khazraj)
5. Al-Abbas bin Ubadah Bin Nadhlah dari Bani Salim (Kabilah al-Khazraj)
6. Abu Al-Haytham bin Al-Tihan dari Bani Abdul Al-Ayshal (Kabilah Aus)
7. Uwaym Bin Saidah dari Bani Amru’ bin Auf (Kabilah Aus)
"...Marilah, berbai’ahlah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anakmu, tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan belakang kamu dan tidak mendurhakaiku dalam kebajikan. Barangsiapa daripada kamu yang menunaikan bai’ah ini, maka Allah akan memberikan ganjarannya. Barangsiapa yang melanggar sesuatu daripadanya lalu dihukum semasa di dunia maka itu adalah sebagai penebus (kafarah). Barangsiapa yang melanggar sesuatu daripadanya lalu Allah menutupnya, maka urusannya terserahlah kepada Allah, jika Dia berkehendak maka Dia akan menyeksanya dan jika Dia berkehendak Dia akan mengampunkannya..."
Mus'ab adalah seorang pemuda Quraisy yang bijaksana, berhemah mulia, penuh ilmu di dada dan mempunyai kebijaksanaan luar biasa dalam pembacaan dan pentafsiran al-Quran. Peranan utama dan terpenting yang diamanahkan Rasuluillah s.a.w. kepada Mus'ab adalah menyibarkan syiar Islam di kalangan penduduk Yathrib.
Pada musim Haji tahun berikutnya terdapat kira-kira tujuh puluh (70) orang lagi termasuk dua (2) orang wanita menemui Rasulullah s.a.w. di Aqabah untuk berbai'ah dengan baginda. Di samping mereka terdapat juga penduduk Yathrib yang masih kafir turut serta yang diketuai Abdullah bin Ubayi tetapi menginap di khemah-khemah yang berasingan dengan orang Islam.
Akhirnya Rasulullah s.a.w yang ditemani oleh bapa saudaranya yang masih belum beriman, Al-Abbas bin Abdul Mutalib, menemui rombongan golongan Ansar dari Yathrib pada larut malam hari Tasyriq di Aqabah berhampiran Jamrah Al-Ula di Mina. Pertemuan bagi tujuan berbai'ah ini dilakukan secara rahsia bagi mengelakkan dari diketahui oleh kafir Quraisy. Dalam catatan sejarah ada menyebut yang bermaksud:
“...lalu Rasulullah s.a.w berucap, kemudian membaca al-Quran dan mengajak kepada agama Allah serta menggemarkan kepada Islam. Kemudian baginda berkata : Aku sanggup menerima bai'ah kamu dengan syarat kamu mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri, isteri dan anak pinak kamu....."
Ketika Al-Barra sedang berkata-kata, Abu Al-Haytham bangkit mencelah dengan berkata yang bermaksud:“ Ya, demi yang mengutuskan kamu dengan kebenaran pasti kami akan mempertahankan kamu sebagaimana kami mempertahankan belakang tubuh kami. Maka sudilah menerima bai’ah kami ya Rasulullah...."
“....wahai Rasulullah sesungguhnya antara kami dengan orang Yahudi ada perjanjian, apakah sekiranya kami memutuskan hubungan dengan mereka kemudian Allah memenangkan kamu, maka kamu akan balik kepada kaummu meninggalkan kami?..."
"....bahkan, darah tetap darah, binasa tetap binasa, aku dari kalangan kamu dan kamu dariku, aku akan memerangi siapa yang kamu perangi dan aku akan berikan keamanan kepada siapa yang kamu selamatkan?..."
Kaum Yahudi di Madinah terdiri daripada tiga suku etnik iaitu Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah. Dalam pada itu terdapat juga seorang pemimpin kanan dan pendita orang Yahudi Bani Qainuqa bernama Abdullah bin Salam yang berpegang teguh kepada ajaran sebenar At-Taurat dikurniakan Allah dengan hidayah beriman memeluk Islam. Tindakan beliau itu memberi tamparan hebat kepada orang Yahudi di Madinah, lantas dia dihina, disingkir dan dipulau kaumnya.
Di samping itu terdapat juga golongan munafiqin yang amat sukar dikenali kerana pada zahirnya mereka sama seperti umat Islam tetapi hati mereka masih meingkari dan tidak beriman. Mereka melakukan ibadat yang sama dengan orang Islam dan bercampur gaul dengan masyarakat dan terlibat sama dalam aktiviti sosio-ekonomi dan budaya hidup umat Islam.
Ketika berada di Makkah Rasulullah s.a.w dan orang-orang yang beriman kepadanya amat mudah mengenali orang-orang kafir Quraisy kerana mereka tidak bercampur gaul dan melakukan berbagai urusan yang berbeza dan bertentangan dengan umat Islam. Justeru Allah mewahyukan di dalam al-Quran mengenai perangai dan tanda-tanda orang-orang munafiq untuk dijadikan ingatan dan panduan. Antara tanda-tanda atau ciri-ciri orang munafiq adalah seperti yang terkandung di dalam al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah ayat 8-15 :
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (9) فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (10) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لا تُفْسِدُوا فِي الأرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (11) أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لا يَشْعُرُونَ (12) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لا يَعْلَمُونَ (13) وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ (14) اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (15)
"Di antara manusia ada yang mengatakan: 'Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian,' pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.(8)
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. (9)
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. (10)
Dan bila dikatakan kepada mereka: 'Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi'. Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.'(11)
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. (12)
Apabila dikatakan kepada mereka: 'Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman.' Mereka menjawab: 'Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?' Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu. (13)
Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: 'Kami telah beriman'. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka (pemimpin-pemimpin), mereka mengatakan: 'Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.'(14)
Ciri-ciri golongan orang munafiq diperjelaskan juga dalam سورة التوبة surah At-Taubah ayat 62-66 :Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka."(15)
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَنْ يُرْضُوهُ إِنْ كَانُوا مُؤْمِنِينَ (62) أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَنْ يُحَادِدِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُ (63) يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَنْ تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ تُنَبِّئُهُمْ بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ قُلِ اسْتَهْزِئُوا إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَا تَحْذَرُونَ (64) وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (66
Maksudnya :
" Mereka bersumpah kepada kamu dengan [nama] Allah untuk mencari keredaanmu, pada hal Allah dan Rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredaannya jika mereka adalah orang-orang yang mukmin.(62)
Tidakkah mereka [orang-orang munafik] mengetahui bahawasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya Neraka Jahanamlah baginya, dia kekal di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.(63)
Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: ' Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya)'. Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu.(64)
Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan) tentulah mereka akan menjawab: 'Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan barmain-main sahaja.' Katakanlah: 'Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?'(65)
Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu (kerana bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa."(66)
وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوِ ادْفَعُوا قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالا لاتَّبَعْنَاكُمْ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلإيمَانِ يَقُولُونَ بِأَفْواهِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ
"dan supaya Allah mengetahui siapa orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan : 'Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu)'. Mereka berkata : 'Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu'. Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan."
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
"Dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: 'Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat'."[HR Bukhari ]
Maksudnya :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
" Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatmu itu."
Allah menghina dan melaknat golongan orang munafik ini dengan menghukum mereka dengan azab seksa di dalam neraka yang paling bawah sekali sebagaimana Firman-Nya dalam surah سورة النساء An-Nisaa' ayat 145 :
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu tidak sesekali akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka."
Islam terbina di atas jihad perjuangan ilmu, pengorbanan harta, jiwa raga dan titisan darah para syuhadak yang gugur di kalangan mereka yang bergerak bersama Rasulullah s.a.w. tanpa mengenal penat lelah dan jemu menyibarkan sinar Islam dan wahyu Allah sehingga turunnya wahyu terakhir al-Quran surah سورة المائدة Al-Maa-idah ayat 3:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالأزْلامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لإثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redai Islam itu menjadi agama bagimu.Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُMaksudnya :
" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama mula beriman memeluk agama Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka juga reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar."
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَتَسُبُّوا أَصْحَابِيْ فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَابَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ
(صحيح البخاري)
i."Sabda Rasulullah s.a.w. :' Janganlah kalian mencaci para sahabatku, jika di antara kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, maka belum menyamai segenggam dari mereka tidak pula setengah genggam dari mereka'. " (Hadis Shahih Al-Bukhari)
أَصْحَابِي كَالنُّجُومِ فَبِأَيِّهِمُ اقْتَدَيْتُمُ اهْتَدَيْتُمْMaksudnya :
Begitu juga terdapat banyak Hadis betapa Raslulullah s.a.w memuji-muji para sahabat baginda seperti yang dimaksudkan:ii." Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang. Dengan sesiapa sahaja (di kalangan para sahabat) yang kamu ikuti nescaya kamu akan memperoleh petunjuk."
“Umatku yang paling penyayang terhadap sesamanya adalah Abu Bakar.
Sahabatku yang paling gigih dan tegas untuk menegakkan perintah Allah adalah Umar.
Sahabatku yang paling pemalu adalah Usman.
Sahabatku yang paling mengetahui halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal.
Sahabatku yang paling menguasai Ilmu Faraidh (Ilmu Harta Pusaka Waris) adalah Zaid bin Tsabit.
Sahabatku yang paling bagus membaca dan mengerti Al-Quranul Karim adalah Ubayd bin Ka’ab.
Setiap umat pasti memiliki orang yang paling dipercayai, dan orang yang paling dipercaya oleh umatku ini adalah Abu Ubaydah bin Jarrah.
Sahabatku yang paling tepat memberikan hukum adalah Ali bin Abi Thalib.
Umatku yang paling zuhud dan setia adalah Abu Dzar.
Umatku yang paling banyak beribadah dan bertaqwa adalah Abu Darda'.
Umatku yang paling penyantun dan dermawan adalah Muawiyah bin Abu Sofyan.” Radhiyallahu anhum ajma’in.” [HR. At-Tirmidzi]
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلا (23) لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا (24
"Di antara orang-orang mukmin itu ada di antara mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur (syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran [apa yang Allah telah janjikan] dan mereka tiada sedikit pun merubah (janjinya),(23)
supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyeksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(24)
لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
“Ahlus Sunnah telah sepakat bahwa sahabat yang paling utama adalah Abu Bakar, kemudian Umar. Lalu kebanyakannya mengatakan: Uthman, kemudian Ali. Sebahagian Ahlus Sunnah mengatakan dari penduduk Kufah lebih mengutamakan Ali dibanding Uthman, yang shahih adalah mengutamakan Uthman. Abu Manshur Al-Baghdadi berkata: ‘Sahabat-sahabat kami telah ijma’ bahwa para sahabat yang paling utama adalah khalifah yang empat sesuai urutan yang telah disebutkan, kemudian sepuluh orang (yang dijamin masuk syurga), kemudian Ahli Badr, kemudian Uhud, kemudian Bai’atur Ridwan, dan orang-orang mulia yang ikut serta dalam dua kali Bai’at ‘Aqabah dari kalangan Ansar, demikian juga as- sabiqunal awwalun, mereka adalah orang yang pernah mengenyam dua buah kiblat menurut Said bin Al Musayyib, dan menurut Asy-Sya’bi mereka adalah pengikut Bai’atur Ridwan, ada pun menurut Atha’, Muhammad bin Ka’ab, mereka adalah Ahli Badr. [Syarah Shahih Muslim, Muqadimah Bab Fadhailush Shahabah, Mausu’ah Syuruh Al Hadis]
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya :
" Muhammad itu adalah Utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka : kamu lihat mereka itu ruku' dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh di antara mereka keampunan dan pahala yang besar."
وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ
أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ
[Al-Quran surah سورة القصص Al-Qas'as : 5 ]“Dan Kami mahu mengurniakan kepada orang-orang yang telah (berada dalam) lemah di muka bumi dan Kami jadikan mereka itu pemimpin-pemimpin (yang diikuti dalam perkara kebajikan) dan kami jadikan mereka itu orang-orang yang mewarisi (pemerintah-pemerintah bumi).”
i. "Dan kata Abu Idris Al Khawlani kepada Ma'az: Bahawasanya aku kasihkan engkau pada agama Allah, maka ia berkata kepadanya: Sukailah, kemudian sukailah. Maka bahawasanya aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Didirikan bagi satu puak daripada manusia itu kerusi-kerusi di sekeliling 'Arasy pada Hari Kiamat. Muka-muka mereka bercahaya seperti bulan malam empat belas, huru-hara manusia dan mereka tiada huru-hara, dan takut manusia dan mereka tiada takut, dan mereka ialah Aulia Allah yang tiada ketakutan di atas mereka dan mereka tiada berdukacita. Siapakah mereka wahai Rasulullah s.a.w.? Maka ia bersabda : Mereka ialah yang berkasih sayang pada agama Allah Taala."
يَآأَيُّهَا النَّاسُ اسْمَعُوْا وَاعْقِلُوْا وَاعْلَمُوْا أَنَّ لِلّٰهِ عَزَّ وَجَلَّ عِبَادًا لَيْسُوْا بِأَنْبِيَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ يَغْبِطُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ عَلَى مَجَالِسِهِمْ وَقُرْبِهِمْ مِنَ اللهِ فَجَاءَ رَجُلٌ مِنَ الْأَعْرَابِ مِنْ قَاصِيَةِ النَّاسِ وَأَلْوَى بِيَدِهِ إِلَى نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللهِ نَاسٌ مِنَ النَّاسِ لَيْسُوْا بِأَنْبِيَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ يَغْبِطُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ عَلَى مَجَالِسِهِمْ وَقُرْبِهِمْ مِنَ اللهِ انْعَتْهُمْ لَنَا يَعْنِيْ صِفْهُمْ لَنَا فَسُرَّ وَجْهُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِسُؤَالِ الْأَعْرَابِيِّ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُمْ نَاسٌ مِنْ أَفْنَاءِ النَّاسِ وَنَوَازِعِ الْقَبَائِلِ لَمْ تَصِلْ بَيْنَهُمْ أَرْحَامٌ مُتَقَارِبَةٌ تَحَابُّوْا فِي اللهِ وَتَصَافَوْا يَضَعُ اللهُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنَابِرَ مِنْ نُوْرٍ فَيُجْلِسُهُمْ عَلَيْهَا فَيَجْعَلُ وُجُوْهَهُمْ نُوْرًا وَثِيَابَهُمْ نُوْرًا يَفْزَعُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِوَلَا يَفْزَعُوْنَ وَهُمْ أَوْلِيَاءُ اللهِ الَّذِيْنَ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ
ii."Wahai sekalian manusia! Dengar, fahami dan ketahuilah bahwa Allah Azza wa Jalla memiliki hamba-hamba, mereka bukan para Nabi ataupun Syuhada’ (orang-orang yang mati syahid), akan tetapi para Nabi dan Syuhada’ merasa iri pada mereka kerana rahmat, nikmat dan dan kedudukan mereka di sisi Allah pada hari Kiamat'.
Kemudian, salah seorang Badui datang, dia berasal dari pedalaman jauh dan menyendiri, dia menunjuk tangannya ke arah Nabi s.a.w. seraya berkata: 'Wahai Nabi Allah! Sekelompok orang yang bukan para Nabi ataupun Syuhada’ tetapi para Nabi dan Syuhada’ merasa iri terhadap mereka kerana rahmat, nikmat serta kedudukan mereka di sisi Allah, sebutkan ciri-ciri mereka untuk kami?'.
Wajah Rasulullah s.a.w. bergembira kerana pertanyaan orang Badui itu, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Mereka adalah orang-orang yang berasal dari berbagai-bagai penjuru dan orang-orang asing, di antara mereka tidak dihubungkan oleh kekerabatan yang dekat, mereka saling berkasih sayang semata-mata kerana Allah dan saling tulus ikhlas, Allah menempatkan untuk mereka pada mimbar-mimbar dari cahaya pada hari Kiamat, Allah mendudukkan mereka di atasnya, Allah menjadikan wajah-wajah mereka bercahaya, pakaian-pakaian mereka bercahaya, orang-orang ketakutan pada hari kiamat sementara mereka tidak ketakutan, mereka adalah para Wali Allah yang tidak takut dan tidak bersedih hati." (HR. Ahmad)
iii. "Dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dan Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya : 'Bahawasanya di sekeliling 'Arasy itu ada mimbar-mimbar daripada cahaya, di atasnya itu ada kaum, pakaian mereka ialah cahaya, dan muka-muka mereka ialah cahaya, mereka bukan Nabi-nabi dan bukan mereka itu orang yang mati syahid, berharap mendapat seperti mereka oleh Nabi-nabi dan orang-orang yang mati syahid. Kata mereka: 'Wahai Rasulullah terangkan kepada kami siapa mereka itu?' Maka ia bersabda: 'Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang pada agama Allah, dan duduk bersama-sama pada agama Allah, dan ziarah menziarahi pada agama Allah....' "
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في
"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), maka semuanya berhak mendapat kasih sayang Ku (Allah)."
v. Rasulullah s.a.w. bersabda:[Hadis riwayat Ahmad]
أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ
عِبَادِ اللهِ لَأُنَاسًا مَا هُمْ بِأَنْبِيَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ يَغْبِطُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِمَكَانِهِمْ مِنَ اللهِ تَعَالَى قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ
تُخْبِرُنَا مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ قَوْمٌ تَحَابُّوْا بِرُوْحِ اللهِ عَلَى غَيْرِ أَرْحَامٍ بَيْنَهُمْ
وَلَا أَمْوَالٍ يَتَعَاطَوْنَهَا فَوَاللهِ إِنَّ وُجُوْهَهُمْ لَنُوْرٌ وَإِنَّهُمْ عَلَى نُوْرٍ لَا
يَخَافُوْنَ إِذَا خَافَ النَّاسُ وَلَا يَحْزَنُوْنَ إِذَا حَزِنَ النَّاسُ وَقَرَأَ هٰذِهِ
الْآيَةَ ) أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ اللهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ )
Maksudnya :
"Bahwa Umar bin Khatthab berkata, Nabi s.a.w. bersabda: 'Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat beberapa orang manusia yang bukan para Nabi dan bukan orang-orang yang mati syahid. Para Nabi dan orang-orang yang mati syahid merasa iri kepada mereka pada hari kiamat kerana kedudukan mereka di sisi Allah Ta'ala'. Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah, apakah engkau akan menceritakan kepada kami siapakah mereka?'. Beliau bersabda: 'Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai dengan ruh dari Allah tanpa ada hubungan kekerabatan di antara mereka, dan tanpa adanya harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka adalah cahaya, dan sesungguhnya mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut ketika orang-orang merasa takut, dan tidak bersedih ketika orang-orang merasa bersedih.' Dan beliau membaca ayat ini:أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ اللهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ'Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati'. (Surah Yunus : 62)." [HR. Abu Dawud].
vi.Dalam sebuah Hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa terdapat tujuh (7) golongan yang mendapat naungan (perlindungan) Allah SWT pada Hari Kiamat kelak :
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seseorang yang hatinya selalu terikat kepada masjid, (4) Dua orang yang saling berkasih sayang semata-mata kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seseorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala bersendirian hingga bercucuran air matanya kerana menangis (takutkan Allah).” [Sahih Al-Bukhari ]
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: (لا يجد أحد حلاوة الإيمان حتى يحب المرء لا يحبه إلا لله، وحتى أن يقذف في النار أحب إليه من أن يرجع إلى الكفر بعد إذ أنقذه الله، وحتى يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما)
vii."Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata : Nabi s.a.w. telah bersabda : 'Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah; sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya, dan sehinggalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia kasihi berbanding yang lain dari kedua-duanya'." [Sahih Bukhari ]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي
viii." Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada Hari Kiamat kelak : ' Mana orang-orang yang saling berkasih sayang semata-mata kerana Keagungan-Ku?. Hari ini Aku naungi mereka. Sesungguhnya pada hari ini tidak ada naungan selain naungan-Ku'." [HSR Muslim ]
Sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam berbagai cara untuk menguji keutuhan perasudaraan dan keimanan mereka Allah memperingatkan seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 103 :
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍمِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَMaksudnya :
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati mu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu, agar kamu mendapat petunjuk."
وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya :
i." Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah 'berserta' orang-orang yang sabar."
[ Surah سورة الأنفال Al-Anfaal: 46 ]
Maksudnya :
ii."Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain ( kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka ( yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita ( mengolok-olokkan) wanita-wanita yang lain ( kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita ( yang mengolok-olokkan); dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah ( pangilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
[ Surah سورة الحجرات Al Hujurrat : 11 ]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Maksudnya :
iii. " Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesuungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tententulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
[ Surah سورة الحجرات Al Hujurrat : 12 ]
"....Hendaklah diiktiqadkan kelebihan martabat sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. itu dan tertib-tertibnya kelebihan mereka itu. Adalah seafdhal-afdhal manusia kemudian daripada Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah Abu Bakar, kemudian Omar, kemudian Usman dan kemudian Ali Radziallahu Anhum. Hendaklah menaruh baik sangkaan kepada kesemua sahabat Rasullullah s.a.w. dengan memuji mereka itu sebagaimana Allah SWT dan Rasul-Nya memuji mereka sekalian. Semuanya itu ada tersebut menunjukkan puji-pujian itu di dalam al-Quran al-'Azim dan beberapa Hadis Nabi Muhammad s.a.w...."
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيم
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
وَاذْكُرُوا إِذْ أَنْتُمْ قَلِيلٌ مُسْتَضْعَفُونَ فِي الأرْضِ تَخَافُونَ أَنْ يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ فَآوَاكُمْ وَأَيَّدَكُمْ بِنَصْرِهِ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Dan ingatlah (hai para Muhajirin) ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka bumi(Makkah), kamu takut orang-orang (Makkah) akan menculik kamu, maka Allah memberi kamu tempat menetap (di Madinah)dan dijadikan-Nya kamu kuat dengan pertolongan-Nya dan diberi-Nya kamu rezeki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur."
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
i."Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Anshar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan."
[ Al-Quran surah سورة الأنفال Al-Anfaal : 72 ]
Maksudnya :وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالإيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
[ Surah سورة الحشر Al-Hasyr : 9 ]ii. " Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mengasihi orang yang berhijarah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang yang beruntung.
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (110) لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلا أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الأدْبَارَ ثُمَّ لا يُنْصَرُونَ (111
Maksudnya :
i." Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(110)
Mereka tidak sesekali akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan celaan sahaja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan." (111)
[ Surah Ali 'Imran سورة آل عمران Ali 'Imran : 110-111 ]
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
ii."Dan demikianlah (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan Kami tidak menjadikan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."
[ Surah سورة البقرة Al-Baqarah: 143 ]
Allah memperjelaskan lagi ciri-ciri khusus sifat seseorang insan mukmin soleh tersebut sebagaimana yang terkandung di dalam surah سورة المؤمنون Al Mu'minuun ayat 1-11 :
" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (1)
(iaitu) orang-orang khusyuk dalam solatnya , (2)
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, (3)
dan orang-orang yang menunaikan zakat, (4)
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (5)
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak (hamba sahaya) yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (6)
Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (7)
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat ( yang dipikulnya) dan janjinya, (8)
dan orang-orang yang memelihara solatnya, (9)
Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (10)
( iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (11)
Allah memperingatkan bahawa hubungan kasih sayang kekeluargaan antara orang mukmin adalah dinilai dari segi keimanan dan ketaqwaan mereka dan bukan lagi ikatan kekeluragaan sekiranya keluarga mereka masih tidak beriman. Allah juga menjanjikan limpahan rahmat-Nya dan kesejahteraan hidup kepada hamba-hamba-Nya dari golongan insan mukmin soleh di dunia dan balasan kebahagian nikmat syurga yang kekal abadi selama-lamanya:
لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
[Al-Quran surah المجادلة Al-Mujaadilah : 22** ]" Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-mara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat-Nya). Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung."
Maqam 70 Orang Sahabat Rasulullah S.A.W Yang Gugur Syahid Dalam Medan Perang Uhud Yang Berlaku Pada 7 Syawal Tahun Ketiga Hijrah Berhampiran Jabal Uhud Menentang Tentera Kufar Qurasy.Jabal Uhud adalah antara bukit yang terdapat di syurga
i. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:“Demi Zat yang jiwaku ada di dalam kekuasaan-Nya, kamu semua tidak dapat masuk syurga sehingga kamu semua beriman, dan kamu semua belum disebut beriman sehingga kamu semua saling kasih-mengasihi. Sukakah kamu saya beri petunjuk pada sesuatu yang apabila itu kamu semua lakukan, maka kamu semua dapat saling kasih-mengasihi? Sebarkanlah ucapan salam antara kamu semu."
[Maksud Hadis riwayat Muslim]
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه [رواه البخاري ومسلم
ii."Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: 'Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri'."[Riwayat Bukhari dan Muslim]
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ مَثَلُ النِّحْلَةِ ، إِنْ أَكَلَتْ أَكَلَتْ طَيِّبًا ، وَإِنْ وَضَعَتْ وَضَعَتْ طَيِّبًا ، وَإِنْ وَقَعَتْ عَلَى عُودِ شَجَرٍ لَمْ تَكْسِرْهُ
Maksudnya :
iii.“Perumpamaan seorang Mukmin seperti lebah, apabila ia makan maka ia akan memakan suatu yang baik. Dan jika ia mengeluarkan sesuatu, ia pun akan mengeluarkan sesuatu yang baik. Dan jika ia hinggap pada sebuah dahan untuk menghisap madu ia tidak mematahkannya.” (HR. Al-Baihaqi]
iv.Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
المؤمن مرآة أخيه، والمؤمن أخو المؤمن؛ يكف عليه ضيعته، ويحوطه من ورائه
Maksudnya:
“Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya. Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia tidak merusak harta miliknya dan menjaga kepentingannya.”v.Dari Al Mustaurid, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
من أكل بمسلم أكلة؛ فإن الله يطعمه مثلها من جهنم، ومن كُسِيَ برجل مسلم، فإن الله عز وجل يكسوه من جهنم، ومن قام برجل مقام رياء وسمعة؛ فإن الله يقوم به مقام رياء وسمعة يوم القيام
Maksudnya :
“Siapa yang mencari makan dengan (mengorbankan) seorang Muslim, Allah Ta’ala akan memberinya makan dengan yang semisal dari neraka Jahannam. Dan siapa yang mencari pakaian dengan (mengorbankan) seorang Muslim, sesungguhnya Allah Ta’ala akan memberinya pakaian dari Jahannam. Dan siapa yang menempati suatu kedudukan dengan tujuan riak dan sum’ah, Allah akan menempatkannya pada kedudukan orang yang riak dan sum’ah di hari kiamat.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَإِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا
تَجَسَّسُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ
إِخْوَانًا
vi. Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah ucapan yang paling dusta, dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian saling menghendap-hendap, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling membelakangi, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara'." [Al-Bukhari]
Siapakah yang tergolong sebagai para sahabat Rasulullah s.a.w.?
Antara takrif yang paling komprehensif untuk menjelaskan siapakah yang tergolong sebagai Sahabat Rasulullah s.a.w ialah takrif yang dikemukakan oleh ulama hadis boleh disimpulkan sebagaimana berikut:
مَنْ لَقِيَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقَظَةً بَعْدَ بِعْثَتِهِ حَالَ حَيَاتِهِ مُؤْمِنًا بِهِ وَمَاتَ عَلَى الْإِيْمَانِ
Maksudnya:
Pengertian di atas mengandungi lima ciri penting yang menjadi syarat utama untuk menentukan siapakah yang layak serta sewajarnya mendapat gelaran Sahabat Rasulullah s.a.w. Lima ciri yang dimaksudkan boleh diringkaskan sebagaimana berikut:“Seseorang yang telah berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w secara jaga (bukan melalui mimpi) selepas baginda menerima wahyu, semasa baginda masih hidup, dalam keadaan dia beriman kepada kerasulan baginda dan dia mati dalam iman.”
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُMaksudnya :
[ ** Peringatan : Kalimah puji-pujian رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ ini terkandung juga di dalam surah سورة المائدة Al-Maaidah : 119, surah سورة التوبة At-Taubah : 100, surah سورة المجادلة Al-Mujaadilah : 22 dan surah سورة البينة Al-Bayyinah : 8. ]" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama mula beriman memeluk agama Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka juga reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar."
إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ
أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً
وَاحِدَةً قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ
وَأَصْحَابِيْ
"Bahawasanya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sahabatku." [Hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi]
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ
" Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ
" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di depan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan tidak sesekali ada pelindung bagi mereka selain Dia."
[ Al-Quran surah سورة الرعد Ar Ra'd : 11 ]
اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا هَادِينَ مُهْتَدِينَ غَيرَ ضَالِّينَ وَلاَ مُضِلِّينَ حَرْبًا لِأَعْدَائِكَ وَسَلَمًا لِاَوْلِيَائِكَ نُحِبُّ بِحُبِّكَ مَنْ أَطَاعَكَ مِنْ خَلْقِكَ وَنُعَادِي بِعَدَاوَتِكَ مَنْ خَالَفَكَ مِنْ خَلْقِكَ. اللَّهُمَّ هَذَا الدُّعَاءُ وَعَلَيكَ الِاجَابَةُ وَهَذَا الجُهْدُ وَعَلَيْكَ التُّكْلاَنُ وَاِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ ذِي الحَبْلِ الشَّدِيدِ وَالاَمْرِ الرَّشِيدِ أَسْأَلُكَ الاَمْنَ يَومَ الوَعِيدِ وَالجَنَّةَ يَومَ الخُلُودِ مَعَ المُقَرَّبِينَ الشُّهُودِ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ المُوفِينَ بِالعُهُودِ اِنَّكَ رَحِيمٌ وَدُودٌ وَأَنْتَ تَفْعَلُ مَا تُرِيدُ.
"Ya Allah!, jadikanlah akan kami orang-orang yang memberi pertunjuk lagi yang mendapat pertunjuk lain daripada orang-orang yang sesat dan tiada orang-orang yang menyesatkan perseteruan bagi seteru-seteru Engkau dan perdamaian bagi Aulia-aulia Engkau. Kami kasihi dengan sebab kasihkan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau. Kami memusuhi dengan sebab permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau.
Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak.
Ya Allah!, barangsiapa berpagi-pagi dan berpetang-petang kepercayaannnya dan harapannya lain daripada Engkau, maka, Engkau ialah kepercayaan kami dan harapan kami, dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat, dan tiada berupaya meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan Allah." ********************************
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠﻰَ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪِ، ﺍﻟْﻔَﺎﺗِﺢِ ﻟِﻤَﺎ ﺃُﻏْﻠِﻖَ ﻭَﺍﻟْﺨَﺎﺗِﻢِ ﻟِﻤَﺎ ﺳَﺒَﻖَ، ﻧَﺎﺻِﺮِ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﺑِﺎﻟْﺤَﻖِّ، ﻭَﺍﻟْﻬَﺎﺩِﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺻِﺮَﺍﻃِﻚَﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢِ ﻭَﻋَﻠﻰَ ﺁﻟِﻪِ ﺣَﻖَّ ﻗَﺪْﺭِﻩِ ﻭَﻣِﻘْﺪَﺍﺭِﻩِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴْﻢِ
Maksudnya :
***************************************" Ya Allah berikanlah salawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar pengagungan padanya dan kedudukan yang agung."
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتَ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ، وَاَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَالْحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلىَ مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ
Maksudnya :
"Ya Allah, ampunilah insan mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Perbaikilah diri mereka, satukanlah hati-hati mereka. Penuhilah hati mereka dengan iman dan hikmah. Perkukuhkanlah mereka atas ajaran Rasulullah s.a.w."
Wukuf di Padang Arafah dalam ibadat Haji mempunyai hikmah dan pengertian yang amat besar dalam konteks beribadat kepada Allah dan jalinan silaturrahim "Persaudaraan Insan Mukmin ."
اللّهُمَّ تُوَفِّنا مسلمين وَاحْيِناَ مُسْلِمِينَ وَأَلحِقْناَ بالصالحين
Maksudnya:
”Ya Allah matikan kami dalam keadaan kami Muslim, hidupkan kami sebagai Muslim dan masukkan kami dalam kalangan orang yang soleh."
[Hadis Riwayat al-Bukhari]