[ Lihat : Allah Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim ]
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ (16) إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ (17) مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18)
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami telah mencipta dan menjadikan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih 'dekat'kepadanya daripada urat lehernya, (16)
( iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. (17)
Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang hadir." (18)
[ Al-Quran surah سورة ق Qaf : 16 ]
********************************************
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Maksudnya :
" Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."[ Al-Quran surah سورة يونس Yunus : 36 ]
**********************************************
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ (45) قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِي مَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ (46)
Maksudnya :
" Dan apabila hanya nama Allah sahaja yang disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepda kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati. (45)
Katakanlah : ' Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang Mengetahui barang yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah Yang Memutuskan antara hamba-hambaMu tentang apa yang selalu mereka memperselsihkannya'." (46)
[ Al-Quran surah سورة الزمر Az-Zumar : 45-46 ]
*********************************************************
Sungguhpun pengajaran ilmu agama Islam itu adalah jelas dan terang untuk memberi pertunjuk jalan beragama yang benar kepada manusia supaya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya seperti yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. tetapi terdapat juga nas-nas yang kesamaran maksudnya menyebabkan orang awam kurang memahaminya dan boleh terkeliru mengenainya.
Berbagai implikasi boleh berlaku yang mendorong kepada kekeliruan dan perpecahan/bertentangan pendapat atau menimbulkan berbagai-bagai kefahaman yang boleh merosakkan pegangan akidah keimanan seseorang. Penjelasan yang terpahat di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. adalah selari dan saling sokong menyokong untuk memperkukuhkan kebenaran agama Islam dan tidak sesekali terdapat di dalamnya keadaan yang berlawanan.
Namun jika sekiranya terdapat ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. apabila dibaca sepintas lalu pada zahirnya sahaja dan diterjemahkan secara literal mengikut kefahaman luaran bahasa persuratan biasa seolah-olah bertentangan/ berlawanan di antara satu sama lain, maka sewajarnya para ulama, ilmuan dan cendekiawan Islam bangkit untuk memberikan "takwil" atau penjelasan dan penerangan yang tuntas lagi tepat dan benar agar dapat menangkis segala fitnah keilmuan agama yang berpunca daripada salah faham atau tersalah tafsir daripada nas-nas yang kesamaran maksudnya ["mutasyabiha" ] itu.
Firman Allah dala surah سورة آلِ عِمْرَان Ali 'Imran ayat 7 ada memperingatkan permasalahan ini yang sewajarnya diberikan perhatian serius khususnya di kalangan para ilmuan demi menjaga dan memelihara kesucian agama Islam dan kesejahteraan umat:هُوَ الَّذِى أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَـبَ مِنْهُ آيَـتٌ مُّحْكَمَـتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَـبِ وَأُخَرُ مُتَشَـبِهَـتٌفَأَمَّا الَّذِينَ فى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُوَالرَسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَـبِMaksudnya :
Peringatan Allah SWT di dalam ayat tersebut sememangnya sudah berlaku dan terus melanda umat Islam pada setiap zaman atas takdir dan Kehendak Allah sebagai salah satu ujian-Nya kepada mereka yang mengaku sudah beriman. Hanya golongan ulamak yang hak dan mempunyai keilmuan yang luas serta mendalam dan benar-benar ikhlas beramal dengannya sahaja dikurniakan Allah hidayah bagi memperbetulkan fitnah ilmu yang amat sulit ini." Dia-lah yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat (terang dan tegas), itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat (kesamaran maksud pengertiannya). Adapun orang-orang yang di dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, pada hal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : 'Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan Kami.' Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orng yang berakal."
Sekiranya tidak diberikan "takwil" terhadap pengertian sebenar ayat-ayat atau kalimah-kalimah tersebut orang awam terdedah kepada berbagai-bagai pentafsiran dan andaian daripada golongan-golongan tertentu yang akhirnya boleh menyebabkan mereka menjadi keliru dan mempercayai sahaja dan menerima bulat-bulat apa juga huraian yang diberikan walaupun mungkin bertentangan dengan maksud sebenar ayat tersebut mengikut hukum syarak. Orang awam adalah diibaratkan seperti kain putih. Ataupun diibaratkan seperti tanah subur yang akan menghidupkan apa jua benih tanaman yang disemai di dalamnya. Adalah menjadi tanggungjawab para ulamak untuk mencorakkan apa jua bentuk warna yang bersesuaian atau menyemai benih-benih ilmu yang hak berteraskan keilmuan kurniaan Allah berpandukan al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.
Golongan ulama-ulama salafi pada zaman tabi'en dan tabi'en-tabi'en tidak memberikan "takwil" mereka secara khusus terhadap ayat-ayat al-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang "mutasyabiha" ini kerana mereka cukup memahami kandungan maksud sebenar nas-nas tersebut dan tidak menjadi masalah atau boleh menimbulkan fitnah keilmuan agama yang boleh menggugat kesucian agama Islam dan pegangan iktiqad aqidah keimanan umat Islam pada zaman mereka.
Apabila bangkit golongan-golongan tertentu yang ramai muncul bermula pada kurun ketiga Hijriyyah menggunakan hujah-hujah hukum "akal" atas nama ilmu falsafah yang didokong oleh ulamak golongan Mu'tazilah maka bermulalah tercetusnya berbagai-bagai masalah apabila golongan ini mentafsirkan beberapa ayat al-Quran yang kesamaran maksud ini berpandukan kefahaman Bahasa Arab dan logik akal mereka sahaja. Di samping itu mereka juga amat terpesona dan terpengaruh dengan cetusan pemikiran ilmu yang dihasilkan oleh ahli-ahli falsafah Yunani yang semakin tersebar luas di kalangan umat Islam serta kefahaman pemikiran ilmu yang diwarisi sejak zaman berzaman sebelum diturunkan wahyu al-Quran.
Selepas itu bangkit pula golongan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk memperbetulkan kefahaman ilmu berhubung ayat-ayat al-Quran yang kesamaran maksud ini dengan memberikan "takwil-takwil" ilmiah bepandukan nas-nas yang sahih dan ijtihad ilmu mereka agar fitnah agama yang berkaitan dengannya dapat dikekang dan dibenteras dengan berkesan.
Di dalam al-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. terdapat ayat- ayat yang boleh memberikan pengertian yang kesamaran maksudnya (mutasyabiha) dan memerlukan penjelasan lebih mendalam oleh ulamak-ulamak yang hak lagi benar-benar arif agar orang awam tidak tersalah faham dan berfikiran yang boleh menjejaskan aqidah keimanannya. Antara ayat-ayat al-Quran yang kerap dirujuk dan diperkatakan ialah :Maksudnya :وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
i." Dan sesungguhnya Kami telah mengadakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih DEKAT kepadanya daripada urat lehernya. [Iaitu] ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri."[ Surah سورة ق Qaaf : 16]
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَادَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُ
Maksudnya :
ii." Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah 'dekat'. Aku makbulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."[ Surah سورة البقرة al-Baqarah : 186 ]وَلاَ تُفْسِدُواْ فِى الاٌّرْضِ بَعْدَ إِصْلَـحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًاإِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَMaksudnya :
iii." Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdo'alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya Rahmat Allah amat DEKAT kepada orang-orang yang berbuat baik.
[ Surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 56]وَمَآ أَمْوَلُكُمْ وَلاَ أَوْلَـدُكُمْ بِالَّتِى تُقَرِّبُكُمْ عِندَنَا زُلْفَى إِلاَّ مَنْ ءَامَنَ وَعَمِلَ صَـلِحاًفَأُوْلَـئِكَ لَهُمْ جَزَآءُ الضِّعْفِ بِمَا عَمِلُواْ وَهُمْ فِى لْغُرُفَـتِ ءَامِنُونَMaksudnya :
iv."Dan bukanlah sesekali harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang MENDEKATKAN kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga.)"[ Surah سورة سبأ Saba' : 37]إِلا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌMaksudnya :
[ Surah سورة التوبة At-Taubah : 40]v." Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika keduanya berada dalam gua, pada waktu dia berkata kepada temannya : 'Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah BERSERTA kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi, Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya :
vi." Dialah yang mengadakan langit dan bumi dalam enam hari. Kemudian Dia 'beristiwa' di atas 'Arasy. Dia Mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia BERSAMA kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَعَنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ “قاَلَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا عِنْدَ ظَنَّ عَبْدِيْ بِيْ وَأَنَا مَعَهُ حَيْثُ يَذْكُرُنِيْ وَاللهِ لَلهُ اَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ يَجِدُ ضَاّلَّتَهُ بِا لْفَلاَةِ. وَمَنْ تَقَرِّبَ إِلَيَّ شِبْرًا، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعاً وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ باَعاً وَإِذَا أَقْبَلَ إِلَيَّ يَمْشِيْ أَقْبَلْتُ إِلَيْهِ أُهَرْوِلُ
Maksudnya :
i."Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “ Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman: “ Aku menurut dugaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih suka kepada taubat hamba-Nya dari pada salah seorang di antaramu yang menemukan barangnya yang hilang di padang. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaku sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barang siapa yang mendekatkan diri kepadaKu sehasta, maka Aku mendekatkan diri kepadanya satu depa. Apabila ia datang kepadaKu berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari kecil”.[HR.Muslim]
ii." Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Firman Allah Tabaraka Wataala : Apabila menyebutkan akan Daku oleh hamba-Ku pada dirinya nescaya Aku menyebutnya pada diri-Ku, dan apabila ia menyebutkan akan Daku pada puak perhimpunan nescaya Aku menyebutkan dia pada puak perhimpunan yang lebih baik daripada puak perhimpunannya. Dan apabila dia menghampiri daripada Aku satu jengkal nescaya Aku hampiri daripadanya satu hasta dan apabila ia menghampiri daripada Aku satu hasta nescaya Aku hampiri daripadanya satu depa. Dan apabila ia berjalan kepada Aku nescaya Aku berlari-lari kepadanya......"
i. "Allah "turun" setiap malam ke langit dunia tatkala telah tersisa sepertiga malam terakhir, kemudian berfirman : Adakah orang berdo'a, maka Aku akan menkabulkan kepadanya. Adakah orang yang meminta rahmat, maka Aku akan merahmatinya"
ii." Firman Allah Taala kepada Nabi Musa a.s. : Aku sakit maka tidak engkau menziarahi Aku. Maka katanya: Wahai Tuhan bagaimanakah yang demikian itu? Firman-Nya : Sakit hamba-Ku si-polan, maka engkau tidak menziarahinya, jika sekiranya engkau menziarahinya nescaya engkau dapati akan Daku pada 'sisinya'."
Justeru akan timbul persoalan jika ditakdirkan seseorang mukmin itu dimasukkan ke dalam neraka atas kadar kesalahan-kesalahannya adakah Tuhan pun akan masuk neraka juga kerana Allah itu lebih hampir daripada urat lehernya? Bagaimana pula dengan Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الأعراف Al-A'raaf ayat 143 sebagaimana berikut ? :
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya :
" Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (secara langsung) kepadanya, berkatalah Musa : ' Ya Tuhanku, nampakanlah (Diri Engkau)'. Tuhan berfirman : ' Kamu tidak sesekali sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku'. Tatkala Tuhannya memperlihatkan (kebesaran dan kemuliaan-Nya) bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia bekata : ' Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman'."
Bagaimana pula Fiman Allah dalam surah سورة الحشر Al-Hasyr ayat 21 yang menjelaskan jika sekiranya al-Quran itu diturunkan kepada sebuah gunung nescaya gunung itu akan pecah ?
لَوْ أَنزلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya :
"Jika sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah oleh sebab takutnya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. "
" ......dan bahawasanya Allah Taala itu Amat Mengetahui akan semua barang yang di bawah ilmu Allah yang tiada terhingga itu dan Mengetahui akan segala apa juga barang yang berlaku daripada bawah tujuh lapis bumi hingga terkeatas daripada tujuh lapis langit. Dan tidak pun ada barang yang tersembunyi daripada ilmu Allah itu kadar sebiji debu jua pun pada bumi dan pada langit melainkan semuanya itu diketahui oleh-Nya belaka.
Bahkan Ia Amat Mengetahui perjalanan semut hitam binatang-binatang yang halus di atas batu pejal yang hitam pada waktu malam yang sangat gelap itu, dan Mengetahui gerak tiap-tiap sebiji debu yang berterbangan di udara, dan Ia Amat Mengetahui segala rahsia dan segala barang yang lebih tersembunyi. Allah SWT Amat Mengetahui sebarang apa juga gerak-gerak tujuan dan cadangan-cadangan hati sekalian hamba-Nya, dan segala apa juga barang yang terlintas di hati mereka. Ia Amat Mengetahui segala pati kemahuan-kemahuan hati dari rahsia-rahsia yang disembunyikan oleh mereka.
Maka diketahui oleh Allah SWT akan yang demikian itu semuanya ialah dengan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali yang sentiasanyalah Allah itu Mengetahuinya pada Azalul-Azal, dan tidak Ilmu Allah itu berdatang-datang, dan tidak menerimai berbilang-bilang, tidak menerimai berubah-ubah dan berpindah-pindah".
"...Maka makna hampir Tuhan itu ialah hampir rahmat dan nikmat-Nya; dan berserta Tuhan itu ialah berserta rahmat pertolongan dan nikmat-Nya. Maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk,..."
Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الكهف Al-Kahfi ayat 91 memberikan penjelasan :
Maksudnya :كَذَلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا
" demikianlah. Dan sesungguhnya Ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya."
"........Allah Taala itu Ianya Hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim, Ia Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Ia Berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Ia Berkehendak dengan dengan Kehendak-Nya yang Qadim, Ia Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim dan Ia Berkata-kata dangan Kalam-Nya yang Qadim....."
"Dan Yang mempunyai Ilmu yang Azali, Ia dengan tiap-tiap sesuatu Amat Mengetahui." Ia Mengetahui pada Azal akan tiap-tiap sesuatu sama ada yang wajib, yang harus atau yang mustahil atas jalan menghabisi ketahui-Nya di atas barang apa yang ada dengan-Nya dengan tiada mendahului tersembunyi, yakni tiada tersembunyi daripada Ilmu Allah itu walau sekadar sebiji zarrah jua pun melainkan diketahui-Nya belaka dan tidak tersembunyi di atas-Nya daripada segala perkara yang tersembunyi."
AL-MUHAIMIN المهيم
Yang bererti:
"Yang Amat Melihat yang bersangat-sangatan pada Penjagaan dan Pemeliharaan (atau) Mengetahui yakni Yang Amat Mengetahui dan Yang Mempunyai Ilmu yang tidak tersembunyi daripada-Nya kadar walau satu biji debu jua pun."
"Yang Amat Mendengar lagi Yang Amat Melihat pada Azal, bagi semua yang ada, bukan dengan pancaindera dan bukan dengan alat kerana Maha Suci Allah Taala itu dari menyamai segala barang yang baharu. Maka tiada terselindung dari penglihatan-Nya itu sebarang apa yang dilintaskan oleh hati dan sebarang apa yang disembunyikan oleh sangkaan dan pemikiran, dan tiada terselindung dari pendengaran-Nya oleh perjalanan semut hitam pada malam yang gelap di atas batu pejal yang hitam. “Tidak seperti seumpamanya, suatu apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat.”
"Ya Allah! , sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau dan Engkau Amat Mengetahui barang apa yang di bawah bumi Engkau sebagaimana Engkau Amat Mengetahui dengan barang apa di atas 'Arasy Engkau, dan segala waswas dalam dada adalah seperti terdedah di sisi Engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada Ilmu Engkau dan patuh setiap sesuatu kepada kebesaran Engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan Engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasaan Engkau, maka jadikanlah bagi ku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan."
اللَّهُمَّ اِنَّكَ اِبْتَدَأْتَ الْخَلْقَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ بِكَ اِلَيْهِمْ ثُمَّ جَعَلْتَهُمْ فَرِيْقَيْنِ فَرِيْقًا لِلنَّعِيمِ وَفَرِيْقًا لِلسَّعِيرِ فَاجْعَلْنِي لِلنَّعِيْمِ وَلَا تَجْعَلْنِي لِلسَّعِيْرِ.Yang bermaksud:
"Ya Allah!, bahawasanya Engkau telah mengadakan permulaan makhluk daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan Engkau kepada mereka itu, kemudian Engkau jadikan mereka itu dua puak, satu puak untuk syurga dan satu puak untuk neraka. Maka, Engkau jadikanlah daku untuk syurga dan jangan Engkau jadikan daku untuk api neraka."
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
مَفَاتِيحُ الغَيْبِ خَمْسٌ لاَ يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ: لاَ يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ. وَلاَ يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ. وَلاَ يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي المـَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ. وَلاَ تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ. وَلاَ يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya:
“Kunci-kunci perkara ghaib ada lima, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah. Tidak ada yang mengetahui apa yang berlaku pada esok hari kecuali Allah, tidak ada yang mengetahui apa yang dikurangi pada rahim kecuali Allah, tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah akan turunnya hujan kecuali Allah. Setiap jiwa tidak mengetahui di negeri mana dia akan mati, dan tidak ada yang mengetahui bilakah akan berlakunya kiamat kecuali Allah.” [HR al-Bukhari ].
"...ruang, kosong, di atas, di bawah, di dalam, di luar, kiri, kanan, atas arasy, di dalam arasy, di syurga , di neraka, di mana-mana. pihak, di atas di bawah, di dalam/di luar tujuh lapisan langit dan bumi di dalam diri makhluk manusia, atau bersatu-padu dan apa juga yang dapat diertikan sebagai TEMPAT.
Hal keadaan yang sama juga merujuk kepada Hadis Rasulullah s.a.w.yang mengatakan :"..apabila hamba-Nya menghampiri-Nya satu jengkal maka Allah menghampirinya satu hasta...."
"Allah 'turun' ke langit dunia pada stiap akhir malam" untuk melimpahkan Rahmat-Nya kepada orang-orang mukmin yang memohon ampun dan berdo'a kepada-Nya."
Do'a Nabi s.a.w kepada orang yang sakit, :
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Maksudnya :
"Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah sesungguhnya engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhanmu, Kesembuhan yang menghilangkan kesakitan. Dalam riwayat lain, kesakitan dan penyakit..."
الَّذِينَ يَحۡمِلُونَ الۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٍ رَّحۡمَةً وَعِلۡمًا فَاغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ الۡجَحِيمِ
Maksudnya :
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta keampunan bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): 'Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala'."
Maksud "beristiwa' di atas 'Arasy (عَرْش) pula diperjeleskan bahawa :"Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap dan sebelum ada arasy, qursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan.Makna hampir Tuhan itu ialah hampir Rahmat dan Nikmat-Nya, dan makna berserta Tuhan itu ialah berserta Rahmat pertolongan-Nya dan Nikmat-Nya, maka tidak menyamai hampir Tuhan itu dengan hampir makhluk dan tidak menyamai persertaan Tuhan itu dengan persertaan makhluk yang sebagaimana juga Zat Tuhan itu tidak menyamai zat makhluk...
Tuhan itu tidak menerimai perubahan, tidak menerimai perpindahan dan Zat Tuhan itu tidak menyamai dengan segala zat yang baharu dan segala zat yang baru itu tidak menyamai dengan Zat Tuhan dan Zat Tuhan itu tidak masuk bersatu-padu pada zat-zat yang baru dan tidak zat-zat yang baru itu masuk bersatu-padu pada Zat Tuhan. Bahkan sentiasalah Allah SWT Tuhan kita Aza Wajalla itu dengan kemuliaan dan kesempurnaan-Nya yang tidak sekali-kali menyamai sesuatu daripada segala makhluk-Nya dan tidak sekali-kali menerimai berlebih dan berkurang kemuliaan Allah SWT itu."
"..Tuhan itu tidak di atas sesuatu, tidak di bawah sesuatu dan mafhum makna bahawa "Tuhan itu atas Arasy (عَرْش)" ialah dengan makna bahawa Tuhan itu memerintah dan memiliki 'Arasy dan bukan makna atas itu pihak dan tempat.Sesungguhnya Tuhan itu tidak sesekali menerimai pihak dan tempat dan Tuhan itu tidak di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya."
"AR-RAHMAN الرحمن yang bererti:
Yang Maha Pemurah dengan apa Ia tutupi segala dosa dalam dunia.
AR-RAHIM الرحيم yang bererti:
Firman Allah di salam al-Quran surah Asy-Syuura ayat 11 sewajarnya dijadikan panduan untuk memahami pengertian 'Syai' atau 'sesuatu' yang membawa maksud bahawa Allah itu "tiada menyamai 'sesuatu' dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun termasuk pengertian "hampir' Allah yang tidak menyamai sama sekali seperti 'hampir' makhluk-Nya tanpa misal, umpama dan tanpa ibarat:Yang Maha Pengasih dengan apa Ia ampuni dosa-dosa di negeri akhirat."
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
" (Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan kamu sendiri berpasang-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Allah SWT itu tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat."
Mudah-mudahan hujah-hujah dan penjelasan yang dipaparkan ini tidak menimbulkan sebarang kekeliruan serta dapat memberi kekuatan ilmu di samping membantu sesiapa juga yang memerlukan khususnya apabila mereka berhadapan dengan orang yang beriktiqad menyatukan Zat Allah dengan zat makhluk dengan bermacam-macam alasan yang bertentangan dengan pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah yang hak.
Ilmu dan persoalan berkaitan mengenali Allah dan yang berkaitan dengan Rukun Iman yang enam (6) perkara adalah tunjang dan teras utama kepada segala pokok ilmu yang amat sukar difahami manusia dan menjadi punca utama yang menjerumuskan seseorang itu menjadi kafir/munafik dan menentang kebenaran beragama. Dalam permasalahan ini jugalah yang menjadi sasaran utama syaitan menyesatkan manusia agar manusia menjadi kufur dengan menyekutukan Allah. Sesungguhnya sebesar-besar bala kelaknatan Allah yang diturunkan terhadap hamba-hamba-Nya ialah hidup dan mati dalam kekafiran dan kemunafikan beragama. Wallahu 'alam.
i. Tipu Daya Syiatan 3
ii. SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah Subhanahuwataala
iii. JIRIM, JISIM, JAUHAR dan'ARADH
iv. 'Ainul-Qalbi, Al-Basirah dan Mata Hati
v. Pembinaan Iktiqad Ahli As-Sunnah
vi. Kitab Pendahuluan Kata
vii. Pengertian al-Muraqabah dan Golongan Ahli al-Muqarrabin
viii. Nabi Ibrahin Alahisalam "Jahil" Ilmu Mengenal Allah ?]
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلا يَخْرُصُونَ
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)."
******************************************[Al-Quran surah سورة الأنعام Al-An' aam : 116 ]
Maksudnya :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِنْ تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللَّهُ عَنْهَا وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
[Al-Quran surah سورۃالمائدة Al-Maaidah : 101 ]" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu dan jika menanyakannya di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan