[ Sambungan daripada : Kitab Tipu Daya Syaitan ]
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين
اما بعد
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
Maksudnya:
"Iblis berkata : ' Ya Tuhan ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. (39)
kecuali hamba-hamba Engkau yang MUKHLIS di antara mereka'. (40)
Allah berfirman : 'Ini adalah jalan yang lurus: kewajipan Aku-lah (menjaganya)'." (41)
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat."(42)
[ Al-Quran surah سورة الحجر Al-Hijr : 39-42]
****************************
وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya :
[ Al-Quran surah سورة إبراهيم Ibrahim : 22 ]"Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: 'Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak sesekali ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak sesekali dapat menolongmu dan kamu pun tidak sesekali dapat menolong aku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah)sejak dahulu'. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat keseksaan yang pedih."
*************************************
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنْ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاًMaksudnya :" Dan ( ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat : ' Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin', maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkan kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin sekalian daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti ( Allah) bagi orang-orang yang zalim."
[ Al-Quran surah سورة الكهف Al-Kahfi : 50 ]
************************************************************
Kehalusan dan kebenaran pengajaran ilmu agama Islam begitu terserlah dengan menerangkan "Kemuliaan Manusia dan Kemuliaan Ibadat " yang difardhukan Allah SWT ke atas manusia melalui wahyu yang diutuskan melalui Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. untuk disampai dan diajarkan kepada manusia. Kesemua pengajaran ilmu agama Islam ini sangat dipermusuhi oleh syaitan iblis laknatullah kerana syaitan telah diletakkan dan ditakdirkan Allah Taala untuk memimpin segala jalan kejahatan dan syaitan adalah seteru atau musuh utama Malaikat Jibril AS, Nabi-nabi, Rasul-rasul dan sekalian anak cucu zuriat Nabi Adam Alaihisalam atau manusia.
Di dalam al-Quran terdapat banyak peringatan bahawa "syaitan itu adalah musuh manusia" dan dilarang sama sekali menuruti dan mentaati suruhan syaitan. Amaran demi amaran dan peringatan demi peringatan yang berulang kali disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadsi Rasulullah s.a.w sudah mencukupi bagi manusia supaya berjaga diri supaya tidak terkena hasutan dan tipu daya syaitan iblis laknutallah.
Namun demikian orang-orang jahil yang ingkar, mendustakan dan tidak beriman kepada kebenaran al-Quran dan Rasulullah s.a.w. dan sesiapa juga yang tidak mempercayai wujudnya makhluk yang dinamakan syaitan, iblis dan makhluk-makhluk jenis jin yang sama jenis dengan iblis syaitan ini tersangat mudah tertipu dengan godaan dan tipu daya syaitan melalui berbagai-bagai cara dan pendekatan sama ada secara berterang-terangan atau secara halus tanpa disedari. Tipu daya Iblis sudah bermula sejak Nabi Adam a.s. dijadikan seperti yang dimaksudkan dalam surah Al-Baqarah سورة البقرة ayat 34-36 :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ (34) وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ (35) فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ (36
Maksudnya :
" Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (34)
Dan Kami berfirman : 'Hai Adam, diamlah kamu dan isterimu di syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.' (35)
Maksud yang hampir sama terkandung juga di dalam surah سورة الإسراء Al-Israa' ayat 61-65 :Lalu kedua-duanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan kedua-duanya dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman : 'Turunlah kamu!, sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." (36)
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا (61) قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لأحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلا قَلِيلا (62) قَالَ اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا (63) وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الأمْوَالِ وَالأولادِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (64) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلا (65Maksudnya :
" Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat :'Sujudlah kamu semua kepada Adam', lalu mereka sujud kecuali Iblis. Dia berkata: 'Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau jadikan daripada tanah?' (61)
Dia (Iblis) berkata : 'Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai Hari Kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, KECUALI sebahagian kecil.' (62)
Tuhan berfirman : 'Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya Neraka Jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup. (63)
Dan hasunglah siapa yang kamu sangupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersyarikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. (64 )
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga'." (65)Firman Allah dalam surah سورة طه Thahhaa ayat 115-123 pula memperingatkan lagi :
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا (115) وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى (116) فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى (117) إِنَّ لَكَ أَلا تَجُوعَ فِيهَا وَلا تَعْرَى (118) وَأَنَّكَ لا تَظْمَأُ فِيهَا وَلا تَضْحَى (119) فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لا يَبْلَى (120) فَأَكَلا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَى (121) ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى (122) قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشْقَى (123Maksudnya :
"Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu ), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat.(115)
Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat : 'Sujudlah kamu kepada Adam', maka mereka sujud kecuali Iblis. Ia membakang. (116)
Maka Kami berkata : ' Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka janganlah sesekali sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga yang menyebabkan kamu menjadi celaka. (117)
Sesungguhnya kamu tidak kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang [ terdedah aurat]. (118)
dan sesungguhnya kamu tidak akan merasi dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya'.(119)
Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata : 'Hai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?' (120)
Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada dalam syurga) dan 'derhakalah' Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. (121)
Kemudian Tuhannya memilihnya, maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk.(122)
Dalam surah سورة الأعراف Al-A'Raaf : 13-18 Allah mengulangi peringatan dan permohonan Iblis diperkenankan Allah :Allah berfirman : ' Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka'."(123)
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ (13) قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (14) قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ (15) قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17) قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَدْحُورًا لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ (18Maksudnya :
"Allah berfirman : 'Turunlah kamu dari syurga itu kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina'. (13)
Iblis menjawab : ' Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan". (14)
Allah berfirman : 'Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh'.(15)
Iblis menjawab : ' Oleh kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. (16)
Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur'. (17)
Maksud yang hampir sama juga diulangi dalam surahسورة الحجر Al-Hijr : 28-38.Allah berfirman : 'Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi Neraka Jahanam dengan kamu semuanya'."(18)
Firman Allah dalam surah yang sama ayat 39-44 pula memperjelaskan lagi:
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42) وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ (43) لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِكُلِّ بَابٍ مِنْهُمْ جُزْءٌ مَقْسُومٌ (44
"Iblis berkata : ' Ya Tuhan ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39)
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka'. (40)
Allah berfirman : ' Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku lah (menjaganya). (41)
Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang yang sesat. (42)
Dan sesungguhnya Jahanam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. (43)
Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka'."(44)
Sungguhpun manusia biasa tidak mengenali dan tidak dapat berbicara dengan syaitan tetapi Allah telah mengurniakan para Nabi dan Rasul yang "maksum" itu mempunyai kelebihan "istimewa" dapat melihat, mengenali dan boleh berbicara dengan syaitan iblis, sama seperti mereka menemui dan berbicara dengan malaikat, agar dapat memberi peringatan kepada manusia supaya berjaga-jaga dengan tipu daya syaitan yang sangat halus dan licik yang sukar diatasi oleh manusia yang jahil dan tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dalam hal ini terdapat satu riwayat yang bermaksud :
"Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Noh Alaihisalam tatkala menaiki bahtera ia pun menghitungkan ke dalamnya daripada tiap-tiap dua kelamin itu dua sebagaimana disuruhkannya oleh Allah Taala. Maka ia melihat dalam bahtera itu seorang tua yang dia tidak mengenalinya. Maka kata Noh kepadanya : 'Apakah sebab yang memasukkan engkau?'. Maka jawabnya : 'Aku masuk supaya aku dapat mengenai hati-hati sahabat-sahabat engkau supaya jadilah hati-hati mereka bersertaku dan badan-badan mereka berserta engkau'. Maka kata Noh a.s. kepadanya : 'Keluarlah olehmu daripadanya wahai seteru Allah yang dilaknati'. Maka kata Iblis kepadanya : 'Ada lima (5) perkara aku binasakan dengannya manusia , dan aku khabarkan kepada engkau daripadanya dengan tiga (3) perkara dan tiada aku khabarkan kepada engkau dengan dua(2) perkara lagi'. Maka Allah mewahyukan kepada Noh bahawasanya tiada berhajat bagi engkau dengan tiga (3) perkara itu. Hendaklah ia mengkhabarkan kepada engkau dengan dua (2) perkara itu.
Terdapat satu lagi riwayat mengenai pertemuan Nabi Musa a.s. dengan Iblis yang bermaksud :Maka kata Noh kepadanya : 'Apa dia dua (2) perkara itu?'. Maka katanya : 'Ada dua yang tidak pernah mendustakan akan daku ialah dua yang tidak pernah menyalahi akan daku; dengan duanya itulah aku membinasakan manusia iaitu : HASAD dan TAMAK. Dengan sebab HASAD aku dilaknati dan dijadikan aku syaitan yang kena laknat. Adapun itu dengan sebab TAMAK aku mengenai hajatku terhadap Adam supaya memakan buah daripada satu pokok yang terlarang di dalam syurga. [maksudnya Adam diberikan kebebasan menikmati memakan apa juga buah-buahan yang terdapat di dalam syurga kecuali buah yang terdapat pada satu pokok khusus yang terlarang. Dengan kebijaksanaannya menggunakan pujuk rayu dan tipu helah Iblis telah berjaya menyemaikan perasaan TAMAK hingga menyebabkan dia [Nabi Adam] dan isterinya, (Hawa) memakan buah yang terlarang itu]".
"Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Musa a.s. menemui Iblis. Maka kata Iblis kepadanya:
'Wahai Musa engkau ialah orang yang Allah Taala pilihi dengan menjadikan engkau Rasul Pesuruh-Nya dan Ia telah berkata-kata ( secara langsung) dengan kau sebagai berkata-kata tidak dengan wasitah. Dan aku ialah hamba daripada hamba Allah. Telah aku berbuat dosa dan aku kehendaki bertaubat, maka engkau syafaatkanlah bagiku kepada Tuhan ku bahawa Ia menerimai taubat ke atasku'. Maka kata Musa a.s. : 'Ya'.
Tatkala naik Musa kepada bukit dan berkata-kata dengan Tuhan Azawajalla dan ia hendak turun, Allah berfirman kepadanya : 'Tunaikanlah amanat'. Maka kata Musa: 'Wahai Tuhan bermula hamba Engkau Iblis ia berkehendak bahawa Engkau menerima taubatnya ke atas Engkau'. Maka Allah Taala mewahyukan kepada Musa a.s. : 'Wahai Musa sesungguhnya telah Aku tunaikan hajat engkau. Suruhkanlah akan dia sujud kepada kubur Adam hingga diterimakan taubat ke atasnya'.
Maka menemui Musa akan Iblis dan berkata kepadanya : 'Sesungguhnya telah aku tunaikan hajat engkau. Disuruh engkau sujud kepada kubur Adam hingga diterima taubat engkau'. Dengan marah dan bersombong diri Iblis berkata : 'Tidak aku sujud kepadanya sewaktu sedang ia hidup, adakah aku sujud kepadanya sewaktu is sudah mati?!'.
Kemudian ia berkata kepadanya : 'Wahai Musa , bahawasanya bagi engkau di atasku hak dengan sebab barang apa yang telah engkau syafaatkan bagiku kepada Tuhan engkau.
Hendaklah engkau ingatkan akan daku pada tiga (3) perkara nescaya aku tidak membinasakan engkau padanya iaitu : Engkau ingatkan akan daku pada ketika engkau marah, bahawasanya roh aku pada hati engkau dan mata aku pada mata kau dan aku berjalan daripada engkau sebagaimana perjalanan darah. Ingatkanlah akan daku apabila engkau marah, maka bahawasanya apabila marah manusia itu nescaya aku tiupkan pada hidungnya. Maka tidak ia tahu akan barang apa yang ia perbuat.
Dan engkau ingatkan akan daku pada ketika engkau menemui pertempuran (perang fisabilillah), maka bahawasanya aku datang kepada anak Adam pada ketika itu mengingatkan akan isterinya, anak-anaknya dan ahli-ahlinya hingga ia berpaling.
Dan engkau peliharai daripada duduk kepada perempuan yang bukan mempunyai mahram, bahawasanya aku ialah jadi pesuruhnya kepada engkau kepadanya hingga aku memfitnahkan engkau dengannya dan aku memfitnahkan akan dia dengan engkau."
Syaitan dan tentera-tenteranya tidak pernah merasa jemu atau kecewa dan berputus asa untuk merosakkan manusia selagi manusia itu masih hidup bernyawa di dunia. Objektif utama misi mereka adalah untuk menjadikan setiap diri manusia itu sesat kafir dengan menyekutukan Allah dan melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah hingga menjadikan mereka tidak beriman dan terjumlah sebagai orang yang kufur ingkar.
Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang menerangkan hal keadaan roh orang mukmin soleh yang dikurniakan Allah dengan limpahan rahmat dan keampunan ketika berhadapan dengan sa'at Sakaratul-maut begitu dipermuliakan Allah dengan dihantar 500 orang Malaikat Rahmat menyambut rohnya apabila dicabut/ditarik keluar daripada jasadnya oleh Malaikat Maut. Pada ketika itu baharulah penghulu Iblis merasa kecewa dan kesal seperti yang dimaksudkan dalam Hadis :
"..............Apabila dilihat oleh Iblis ia pun meletakkan tangannya ke atas kepalanya kemudian dia mengeluh dukacita.
Sabda (Rasulullah s.a.w.) :
Maka berkata tentera-tenteranya kepadanya : 'Kenapakah engkau wahai tuan penghulu kami?'
Maka ia berkata : 'Adakah engkau sekalian tidak lihati barang apa yang diberikan kepada hamba ini dengan kemuliaannya, di manakah engkau sekalian daripada orang ini?'
Kata mereka : 'Sesungguhnya telah bersungguh-sungguh kami menipu daya terhadapnya tetapi dia 'termaksum' (terpelihara)'."
Setiap orang yang mengaku telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan beristiqamah mempelajari, memahami, menghayati dan berpegang teguh kepada ilmu yang hak mengenai akidah keimanan dalam usaha untuk menyanggah, melawan dan menolak segala hasutan syaitan, walau bagaimana susah sekalipun untuk mempelajari dan memahaminya semasa hidup di dunia ini.
Ujian terakhir akan dihadapi oleh setiap orang apabila tiba saat dan ketikanya seseorang itu hampir mati berhadapan dengan sakaratul-maut dan berpindah daripada dunia ini ke suatu tempat yang lain iaitu di Alam Kubur Barzakh, negeri akhirat yang berkekalan selama-lamanya. Pada detik terakhir itu, syaitan dan sekalian kaumnya akan menggunakan segala daya upaya mereka itu untuk mencari jalan menyesatkan orang yang hampir mati itu dengan bermacam-macam cara tipu daya dengan mengoda dan memujuk dengan bermacam-macam pujuk rayu supaya orang yang sedang nazak itu meninggalkan pegangan iktiqad akidah keimanan yang benar itu kepada iktiqad sesat yang lain daripada agama Islam.
Mereka itu datang berpuak-puak menyerupai orang kenalan, sahabat-sahabat karib, kaum kerabat yang jauh dan dekat kepada orang yang hampir mati itu. Mereka datang menghampiri orang yang sakit tenat membawa maut itu dengan berbagai-bagai cara dan keadaan seperti menyerupai ibu-bapa, sama ada yang masih hidup atau sudah mati, ulama terkenal bahkan mengaku sebagai Nabi.
Mereka mengeluarkan kata-kata janji manis berbentuk pujukan, rayuan dan hasutan supaya mendengar dan menerima pengajaran sesat yang dibentangkan ketika saat nazak itu. Didatangkan juga bermacam-macam ujian dan percubaan dengan tujuan hendak mengelirukan iktiqad keimanannya supaya mahu mempertuhankan yang lain daripada Allah Taala.
Mereka itu datang berpuak-puak menyerupai orang kenalan, sahabat-sahabat karib, kaum kerabat yang jauh dan dekat kepada orang yang hampir mati itu. Mereka datang menghampiri orang yang sakit tenat membawa maut itu dengan berbagai-bagai cara dan keadaan seperti menyerupai ibu-bapa, sama ada yang masih hidup atau sudah mati, ulama terkenal bahkan mengaku sebagai Nabi.
Mereka mengeluarkan kata-kata janji manis berbentuk pujukan, rayuan dan hasutan supaya mendengar dan menerima pengajaran sesat yang dibentangkan ketika saat nazak itu. Didatangkan juga bermacam-macam ujian dan percubaan dengan tujuan hendak mengelirukan iktiqad keimanannya supaya mahu mempertuhankan yang lain daripada Allah Taala.
Orang yang sedangh nazak hampir mati itu hanya mempunyai satu pilihan sahaja iaitu melawan dan membangkang sekuat-kuatnya akan segala tipu syaitan itu dengan ilmunya yang hak supaya terlepas daripada bahaya mati dalam agama kafir dengan mensyirikkan Allah Taala. Sekiranya dia tidak mempunyai kekuatan ilmu untuk melawan hujah-hujah syaitan ini adalah amat ditakuti dia mati dalam keadaan mensyrikkan Allah.
Mensyirikkan Allah sama ada melalui perbuatan, tutur kata atau kepercayaan iktiqad di dalam hati adalah sebesar-besar dosa dan sebesar-besar kezaliman yang tidak sesekali mendapat keampunan Allah. Allah menjajnjikan balasan azab seksa yang berkekalan selama-lamanya di dalam api neraka sekiranya seseorang itu mati dalam kekafiran dan mensyirikkan Allah itu. Antara Firman Allah di dalam al-Quran memperingatkan hal ini ialah:
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌMaksudnya :
i. "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: 'Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
[ Surah سورة لقمان Luqman : 13]
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا
Maksudnya :
ii. "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang memperkekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya ."
Firman Allah di dalam surah الْنَّمْل An-Naml ayat 22-25 yang menceritakan kisah burung Hud-hud yang bertugas untuk Nabi Sulaiman a.s. membuat tinjauan hal keadaan penduduk negeri Saba' yang makmur dan diperintah oleh Ratu Balqis sewajarnya menjadi pengajaran dan ingatan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.. Jika burung Hud-hud yang tidak dikurniakan Allah dengan akal seperti manusia tetapi dengan kehendak dan rahmat pertolongan Allah boleh memahami bahawa menyembah matahari itu adalah perbuatan syirik menyengutukan Allah, maka apakah yang menyebabkan kebanyakan manusia tidak memahaminya? Jawapannya ada tersebut di dalam ayat 24 surah tersebut :
وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لا يَهْتَدُونَMaksudnya :
" Aku mendapati dia (Balqis) dan kaumnya menyembah matahari selain Allah; dan SYIATAN telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak mendapat petunjuk."
Upacara ritual menyembah "Dewa Matahari" di kalangan masyarakat Inca di Peru
Relif ukiran HELIOS, 'Dewa Matahari' dalam mitologi Yunani-Rom sekitar kurun ke-3 SM
Sesungguhnya sesiapa juga yang percaya dan berpegang dengan fahaman ajaran ini, bukan sahaja apabila orang itu hampir hendak mati dihukumkan kafir bahkan pada saat itu jugalah telah bertukar menjadi kafir dan bukan lagi beragama Islam yang tidak diketahui orang lain yang berada berhampiran dengannya.
[ Lihat:
i. Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT?
ii. Perbandingan Iktiqad Orang Melayu (Bhg 2)
iii. SOAL JAWAB Mengenai "ADA" Allah SWT.
iv. Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w. ]
Terlalu banyak pengajaran ilmu dan peringatan yang terkandung di dalam nas-nas yang dipaparkan di atas. Rumusannya dapatlah difahamai bahawa :
1. Syaitan adalah sebesar-besar musuh sebenar manusia yang telah bermula sejak dijadikan dan dibangkitkan Nabi Allah Adam Alaihisalam lagi.
2. Oleh sebab syaitan telah dilaknat Allah dia telah bermohon agar dipanjangkan hayatnya supaya dapat merosakkan anak cucu Nabi Adam a.s. (manusia) hingga berlakunya Hari Kiamat. Dengan cara itu mereka mendapat hukuman yang sama bersamanya di dalam api Neraka Jahanam. Allah telah memperkenankan permohonan Iblis tetapi dia tidak berdaya merosakkan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan bermukhlis atau benar-benar ikhlas beribadat kepada-Nya.
3. Syaitan Iblis Laknatullah mempunyai kepintaran luar biasa dan indah lunak pertuturan kata bicaranya untuk menipu umat manusia dengan bermacam-macam cara dan tipu helah yang sukar disanggah oleh orang-orang jahil dan lebih-lebih lagi mereka yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan tidak memahami dengan mendalam Ilmu At-Tawhid dan keimanan yang hak.
4. Syaitan Iblis bukanlah makhluk halus atau seperti bayang-bayang atau asap tetapi boleh menyerupai manusia seperti orang tua hinggakan Nabi Allah Noh a.s. tidak mengenalinya. Syaitan juga boleh masuk ke dalam badan manusia melalui perjalanan darah (urat) hingga menjadikan mata dia pada mata manusia dan roh dia pada hati manusia.
5. Syaitan Iblis Laknatullah tidak berdaya melawan atau berkata dusta kepada para Nabi dan Rasul yang maksum, mendapat keampunan Allah dan terpelihara dari berbuat sebarang dosa kesalahan. Sebagai makhluk yang tidak mempunyai kuasa menentang kuasa dan kehendak Allah syaitan terpaksa berkata benar terhadap apa juga perkara yang dirahsiakannya seperti yang berlaku kepada Nabi Noh, Nabi Musa dan Nabi Yahya alaihimussalam.
6. Nabi Musa a.s. mendengar secara langsung kalam Allah yang Qadim itu [ tiada berhuruf dan tiada bersuara] dan tiada berkaifiat walau dengan apa jua cara sekalipun kerana Kalam Allah itu tiada menyamai sama sekali dengan kalam makhluk dengan tiada misal, tiada kias dan bandingan dengan kalam makhluk. Sungguhpun Nabi Allah Musa a.s. mendengar kalam Allah tetapi dia TIDAK sesekali melihat Zat [Diri] Allah Taala dengan mata kepalanya.
[Peringatan penting : Adalah sangat besar salahnya dan rosaklah akidah keimanan jika seseorang menuduhkan atau mengatakan dengan fahaman bahawa Nabi Musa a.s. ada melihat Zat Allah dengan mata kepalanya ketika berada di atas bukit berkenaan kerana Allah itu bukan makhluk yang memerlukan TEMPAT dan ketika berada di dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun dapat melihat Zat Allah termasuk Nabi-nabi dan Rasul-rasul Alaihisalam.]
7. Sifat-sifat mazmumah yang keji di sisi Allah seperti sombong, takbur, hasad, dengki, tamak, riak dan yang seumpamanya itu adalah mewarisi sifat-sifat syaitan yang dilaknat Allah. Walaupun pada penilaian manusia biasa sifat-sifat ini adalah begitu lumrah dimiliki kebanyakan manusia dan dipandang ringan/remeh sahaja tetapi di sisi Allah sifat-sifat mazmumah ini adalah dosa besar dan hendaklah dihapuskan pada setiap diri manusia melalaui taubat yang berterusan serta amalan-amalan baik dan digantikan dengan sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul Alaihimussalam.
Ini adalah disebabkan Iblis Laknatullah mempunyai sifat-sifat yang tercela ini. Bersandarkan kepada maksud Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a., orang mukmin yang melakukan ibadat tetapi masih memiliki sifat-sifat mazmumah maka ibadatnya tidak diterima Allah.
[ Sila lihat :Kemuliaan Manusia dan Kemuliaan Ibadat ] .
Mampukah kita berhadapan dengan tipu daya syaitan tanpa pertolongan Allah Taala? Apakah amalan-amalan yang boleh memberi kekuatan dan perlindungan daripada tipu daya dan gangguan syaitan?
Persoalan-persoalan ini ada diperjelaskan sedikit dalam: Tipu Daya Syaitan Iblis Bhg 2].
Kita hendaklah sentiasa mengulangi pemahaman terhadap peringatan Allah di dalam al-Quran surah سورة فاطر Faathir ayat 6 :
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya :
Demikian juga peringatan Firman Allah dalam surah سورة البقرة Al-Baqarah ayat 256 :"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh mu, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."
لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌMaksudnya :
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Oleh itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara dan mendapat limpahan rahmat perlindungan dan pertolongan Allah daripada sebarang tipu daya syaitan yang telah diletakkan dan ditakdirkan Allah menjadi ujian kepada setiap diri manusia di sepanjang hayat mereka hidup di dunia untuk menentukan keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah. Amin.
******************************************
Maksudnya :يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (120) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَلا يَجِدُونَ عَنْهَا مَحِيصًا (121
" Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, pada hal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipuan belaka. (120)
Mereka itu tempatnya Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya." (121)
[Al-Quran سورة النساء surah An-Nisaa' : 120-121 ]*********************************************
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ (5) إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ( 6)Maksudnya :
" Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sesekali kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah sesekali orang yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah. (5)
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." (6)
[Al-Quran سورة فاطر surah Faathir : 5-6 ]
*****************************************
Maksudnya :قَالَ يَا بُنَيَّ لا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلإنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ
[ Al-Quran سورة يوسف surah Yusuf : 5 ]" Ayahnya (Nabi Ya'qub) berkata : ' Hai anakku (Nabi Yusof), janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia'."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan