بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمأَمَّا بَعْـدُأَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ بَلَى وَهُوَ الْخَلاقُ الْعَلِيمُ (81) إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (82
"Dan tidakkah Tuhan yang mengadakan langit dan bumi itu berkuasa mengadakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa, Dia-lah Yang Maha Berkuasa (mengadakan sesuatu) lagi Maha Mengetahui. (81)
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki (mengadakan) sesuatu hanyalah "berfirman": "Kun Faya Kun"
كُن فَيَكونُ , maka jadilah ia." (82)[ Al-Quran surah سورة يس Yaa Siin : 81-82]
*********************************
إِنَّ مَثَلَ عيسىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ ءادَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرابٍ ثُمَّ قالَ لَهُ كُن فَيَكونُ
Maksudnya :
"Sesungguhnya misal (kejadian) 'Isa di sisi Allah, adalah seperti (kejadian) Adam. Allah menjadikan Adam daripada tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya : 'Kun Faya Kun' كُن فَيَكونُ (seorang manusia), maka jadilah dia."
************************************[ Al-Quran surah سورة آل عمران Ali-'Imran : 59]
[ Al-Quran surah سورة النحل An-Nahl : 77 ]وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌMaksudnya :" Dan kepunyaan Allah-lah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi. Tidak adalah kejadian kiamat itu, melainkan seperti sekejap mata atau lebih cepat (lagi). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
**********************************************
[في ترجمة عقيدة اهل السنة في كلمتي الشهادة التي هي أحد مباني الاسلام]
yang terkandung di dalam blog ini dengan jelas menyatakan bahawa:الحياة والقدرة
وأنه تعالى حي قادر جبار قاهر لا يعتريه قصور ولا عجز ولا تأخذه سنة ولا نوم ولا يعارضه فناء ولا موت وانه ذو الملك والملكوت والعزة والجبروت له السلطان والقهر والخلق والامر والسموات مطويات بيمينه والخلائق مقهورون في قبضته. وأنه المنفرد بالخلق والاختراع المتوحد بالايجاد والابداع خلق الخلق وأعمالهم وقدر أرزاقهم وآجالهم لا يشذ عن قبضته مقدور ولا يعزب عن قدرته تصاريف الامور ، لا تحصى مقدروراته ولا تتناهى معلوماته
Terjemahannya dalam Bahasa Melayu berbunyi :
Diperjelaskan lagi bahawa :"Bahawasanya Allah SWT itu Ianya Hidup dan Amat Berkuasa, tidak sesekali mengenai lemah, tidak mengenai binasa, tidak mengenai mati, tidak mengenai lupa dan tidak mengenai lalai. Allah SWT itu mempunyai pemerintahan dan memiliki semua perkaranya, mempunyai kemuliaan, kebesaran dan kesempurnaan dan segala tujuh lapis langit berserta sekalian makhluk Allah semuanya terletak di bawah kuasa dan tadbir Allah dan kehendak Allah belaka. Maka Allah SWT jualah yang mengadakan sekalian makhluk dan mengadakan segala amal pekerjaan mereka itu. Allah SWT jualah yang mentakdirkan segala rezeki dan ajal mati mereka dan Allah SWT sahajalah Yang Amat Berkuasa mengadakan dan mentiadakan 'sesuatu'.Tidak ada 'sesuatu' apa barang pun yang di bawah kuasa dan milik Allah yang terlepas daripada kuasa, milik dan di bawah perintah Allah. Sesungguhnya tidak terhingga segala barang yang di bawah kuasa Allah itu dan kuasa Allah itu tiada terhad, tiada terhingga dan tiada berkesudahan segala barang yang diketahui Allah SWT itu."
Dalam pengertian Al-Afa'al (الافعال) pula diperjelaskan bahawa :"........adalah Allah Taala itu Ia-Nya yang hidup, yang berilmu, yang berkuasa, yang berkata-kata, dan Ia hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim, Ia mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Ia berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Ia berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim, Ia mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Ia melihat dengan Penglihatan-Nya yang Qadim dan Ia berkata-kata dengan Qalam-Nya yang Qadim...."
" ...... Adalah semua barang yang ada selain daripada-Nya itu maka semuanya itu barang yang baharu atau makhluk Allah belaka iaitu Allah Taala jualah yang mengadakan semua barang itu dengan Perbuatan-Nya dan limpah murah daripada keadilan-Nya, dan adalah semua barang perbuatan Allah itu ialah atas keadaan sehabis-habis elok sempurnanya berbetulan sangat-sangat pada tempat letaknya, susunannya dan timbangannya...."
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُMaksudnya :
"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia (Allah) mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman: 'Kun Faya Kun'كُن فَيَكونُ (Jadilah engkau!). Maka terus jadilah ia (dengan serta merta)."
" Allah berkata-kata, menyuruh, menegah dan menjanjikan balasan kebaikan dan kejahatan dengan Kalam-Nya yang Qadim lagi Azali dan Ia sentiasa Berkata-kata, selama-lamanya Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim."
"Allah itu Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim, Allah Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Allah Melihat dengan Pemandangan-Nya yang Qadim, Allah Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Allah Hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim dan Allah Berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim."
Di samping itu terdapat juga pemahaman yang boleh mengelirukan hingga boleh membawa kepada kesesatan apabila membaca dan memahami beberapa ayat al-Quran dan Hadis Rasululllah s.a.w yang menyebut 'Tangan Allah'. Antara ayat-ayat al-Quran yang sering dijadikan rujukan nas ialah :
وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَMaksudnya :
i." Orang-oarang Yahudi berkata : 'Tangan Allah terbelenggu', sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi 'kedua tangan Allah' terbuka, dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki......(hingga akhir maksud ayat)."
[Surah سورة المائدة Al-Maaidah : 64 ]
Maksudnya :قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ
ii." Allah berfirman : ' Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku jadikan dengan 'kedua tangan Ku'. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang lebih tinggi?"
[ Surah ص سورة Shaad : 75 ]
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya :
iii." Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. 'Tangan Allah' di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar."
Nas-nas al-Quran tersebut disokong pula dengan beberapa Hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah :[ Surah سورة الفتح Al-Fath : 10 ]
فَيَأْتُونَ آدَمَ فَيَقُولُونَ يَا آدَمُ أَنْتَ أَبُو الْبَشَرِ خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ وَنَفَخَ فِيكَ مِنْ رُوحِهِ وَأَمَرَ الْمَلاَئِكَةَ فَسَجَدُوا لَكَ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ... (متفق عليهMaksudnya :
i.Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: ... Mereka menemui Adam dan berkata: “Wahai Adam engkau adalah bapanya manusia, Allah telah menjadikan engkau dengan 'Tangan-Nya', meniupkan roh dalam dirimu, dan Allah telah memerintahkan para malaikat untuk bersujud kepadamu, mintakanlah syafaat untuk kami kepada Rabbmu… (HR. Bukhari Muslim)
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَسُبُّ ابْنُ آدَمَ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ بِيَدِيَ اللَّيْلُ وَالنَّهَار. (متفق عليهMaksudnya :
ii.Aku pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di 'Tangan-Ku'”. (HR. Bukhari Muslim)
Dari Musa al-‘Asyari رضي الله عنه, berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوْبَ مَسِيْءَ النَّهَارِ وَبِالنَّهَارِ مَسِيْءَ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا. (رواه مسلم عن أبي موسى الأشعريMaksudnya :
Bagi meyakinkan kefahaman orang-orang awam terhadap kebenaran hujah-hujah yang berteraskan nas-nas tersebut diperkatakan pula sesiapa yang menafikan dan tidak beriman kepada nas-nas tersebut boleh menjejaskan keimanan mereka. Lalu dikunci pula pemikiran orang awam bahawa 'Tangan Allah' itu adalah mengikut kesesuaian kehendak-Nya berdasarkan ayat al-Quran surah سورة الشورى Asy-Syuura ayat 11:iii.Sesungguhnya Allah ta’ala membentangkan 'Tangannya' pada malam hari untuk menerima taubat
sampai siang harinya, dan dari siang hari sampai malam harinya hingga matahari terbit dari arah tenggelamnya. (HR. Muslim)
Yang bermaksud :
" ....Allah Subhanahu Wataala itu tiada seperti seumpama 'sesuatu' apa pun dan Ia amat Mendengar lagi Amat Melihat."
Dalam hal ini penjelasan yang tekandung di dalam Terjemah Aqidah Ahli Sunnah ada menyebut bahawa :
Kesemua nas tersebut hanya bahasa kiasan sahaja dengan merujuk terhadap sifat dan diri manusia serta makhluk-makhluk Allah berkenaan yang dijadikan Allah mempunyai anggota tangan dan anggota-anggota lain yang berkaitan bagi membolehkan mereka mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu pekerjaan dan pergerakan agar dapat hidup sempurna sebagai makhluk Allah. Kesemua sifat tersebut bukanlah jadi dengan sendiri tetapi Allah juga yang mengadakannya dan tidak ada kena mengena langsung dengan Sifat dan Zat Allah yang Qadim lagi Azali. Kalimah-kalimah tersebut juga menjelaskan betapa Qadrat dan Kekuasaan Allah yang tiada mempunyai had batasan terhadap sekalian hamba dan makhluk-Nya." ....dan Allah Taala itu tidak ada bagi-Nya misal, dan tidak ada bagi-Nya bandingan, dan tidak ada bagi-Nya umpama, dan tidak ada bagi-Nya keadaan yang berlawanan...Dan sentiasalah Allah Taala itu mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan....Dan Dialah yang Zahir yakni 'al-a'ali' yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci daripada segala kekurangan, yakni tidak sesekali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan oleh-Nya......dan tidak sesekali Allah Taala itu menyamai segala apa juga barang yang diadakan oleh-Nya atas barang mana jalan pun dan tidak sesekali Allah itu menyamai sesuatu dan tidak ada sesuatu pun yang ada yang menyamai Allah. Maka Allah Taala itu sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan dan tiada suatu apa pun yang menyamai-Nya.......sebagaimana juga Zat Allah itu tidak menyamai segala zat yang baharu, dan tidak zat-zat yang baharu menyamai Zat Allah..."
Di dalam Asma' Ullah Ul Husna ada menjelaskan pengertian nama-nama Allah yang berkaitan dengan Qadrat-Nya iaitu:
i. AL-KAHLIQ الخالق: Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan Qudrat-Nya, menurut Ilmu dan Kehendak-Nya (atau) Yang Menzahirkan (Mengadakan) semua barang yang ada dengan Qudrat-Nya dan Mentakdirkan (Menentukan) tiap-tiap suatu daripadanya dengan kadar tertentu dengan Kehendak-Nya, menurut Hikmah-Nya."
ii. AL-QADIR dan AL-MUQTADIR القادر المقتدر: Yang Amat Berkuasa, Yang Mempunyai Qudrat Yang Amat Sempurna.
iii. AL-QAUWI القوي: Yang Amat Sempurna pada kekuatan. Maka tiada sesekali mengenai lemah dan kekurangan.
iv. AL-MATTIN المتين : Yang Bersangatan Kuat, maka tidak sesekali mengenai lemah.
v. AL-MUBDI'U المبدئ: Yang Mengadakan permulaan sesuatu.
vi. AL-MU'ID المعيد: Yang Mengadakan kesudahan sesuatu.
vii. AN-NUUR النور : Yang Menzahirkan, bagi setiap yang tersembunyi dengan mengeluarkannya kepada ada. Yakni; Yang Mengadakan, bagi setiap suatu yang tidak ada daripada semata-mata tiada wujudnya sama-sekali kepada ada dengan tiada berasal daripada sesuatu apa pun.
Dalam surah سورة الواقعة Al-Waqi'ah ayat 62 Allah memperingatkan pula kejadian manusia pada kali kedua apabila berlaku hari kiamat :
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الأولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ
Maksudnya :
" Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui kejadian yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk kejadian yang kedua)?"
Dalam hal ini pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jama'ah menjelaskan bahawa:
" ...maka wajiblah di atas hamba Allah itu berbuat taat kepada Allah Taala dengan sebab adalah pekerjaan taat itu diwajibkan oleh Allah Taala ke atas hamba-Nya berbuat demikian itu atas perkhabaran daripada lidah Nabi-nabiNya Aaihimussalam dan bukan semata-mata dengan akal, tetapi adalah yang demikian itu ialah bahawa Allah Taala telah membangkitkan Rasul-rasul dan telah menzahirkan kebenaran mereka dengan beberapa banyak mukjizat yang nyata dan terang...."
i. Berkuasakah Allah mengadakan sesuatu yang Dia tidak boleh mengangkatnya?
ii. Berkuasakah Allah mengadakan sesuatu yang Dia tidak boleh masuk?
yang membicarakan dengan jelas bahwa:
".....Maka sebelum ada masa, sebelum ada tempat, sebelum ada lapang, sebelum ada cahaya, sebelum ada warna, sebelum ada rupa, sebelum ada huruf, sebelum ada suara, sebelum ada sukatan, bilangan, ukuran, gerak, diam, sunyi, senyap, berat, ringan dan sebelum ada al-arasy, al-qursi, syurga, neraka, tujuh lapis langit dan bumi dan segala isinya, sebelum ada apa-apa benda pun barang yang diadakan oleh Allah SWT itu adalah Allah SWT itu Tuhan kita Jalla Wa'azza itu Ia-Nya ADA sebagaimana Dia ADA itu juga, yang sentiasa ADA, selama-lamanya ADA, mempunyai kemuliaan dan kesempurnaan...".
أَوَلَمْ يَرَوْا كَيْفَ يُبْدِئُ اللَّهُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (19) قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الآخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (20Maksudnya :
i." Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menjadikan (manusia) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah. (19)
Katakanlah : 'Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah mengadakannya (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu'." (20)
[ Surah سورة العنكبوت Al-Ankabut : 19-20 ]
يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِنْ يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لا يَسْتَنْقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ
Maksudnya :
ii." Hai manusia, telah dibuat suatu perumpamaan! Maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain daripada Allah tidak sesekali dapat menjadikan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya/mengadakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah."
[Surah سورة الحج Al-Haj : 73 ]
أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّى يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِلنَّاسِ وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
iii.." Atau apakah ( kamu tidak memperhatikan ) orang yang melalui suatu negeri yang ( temboknya) telah roboh menutupi bumbungnya. Dia berkata : ' Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah roboh'? Maka Allah 'mematikan' orang itu selama 100 tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya : ' Berapa lamakkah kamu tinggal di sini?'. Ia menjawab : ' Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari'. Allah berfirman kepadanya : ' Sebenarnya kamu telah tinggal di sini 100 tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah keledai kamu ( yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami menutupnya kembali dengan daging'. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) diapun berkata : ' Saya yakin bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu'."
[Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 259 ]
وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ وَمَا يَعْقِلُهَا إِلا الْعَالِمُونَ
iv." Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia, dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.
[ Surah سورة العنكبوت Al-Ankabut : 43 ]
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ (1) هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ طِينٍ ثُمَّ قَضَى أَجَلًا وَأَجَلٌ مُسَمًّى عِنْدَهُ ثُمَّ أَنْتُمْ تَمْتَرُونَ (2) وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ (3)
Maksudnya :
v." Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan ( sesuatu )dengan Tuhan mereka. (1)
Dia-lah Yang Menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal ( kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan ( untuk dibangkitkan) yang ada pada sisi-Nya ( yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu ( tentang yang berbangkit itu). (2)
Dan Dia-lah Allah ( Yang sah diibadatkan),baik di langit mahupun di bumi, Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan." (3)
[ Surah سورة الأنعام Al An'aam : 1-3]
Dalam hal ini adalah sesuatu perkara yang amat besar ertinya dan bermanfaat jika kita dapat memahami kandungan ayat al-Quran surah سورة آل عمران Ali'Imran ayat 190-191yang menyebabkan Rasulullah s.a.w sendiri menangis apabila membaca dan menyampaikannya kepada isteri baginda 'Aisyah r.a. dan Bilal bin Rabah r.a. :
إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ (190) ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (191)
Maksudnya :
" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (190)
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata) : ' Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka." (191).
[Surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 190-191 ]
Dalam suatu riwayat ada menceritakan :
"Suatu ketika Aisyah r.a. bercerita, suatu malam Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: 'Apakah engkau reda bila malam ini aku beribadah?'. Aisyah menjawab: 'Sungguh aku senang ada di sisimu, tetapi aku juga reda dengan apa yang engkau senangi.'
Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil wudu untuk melakukan solat dengan membaca al-Quran sampai menangis dan pengikat pinggangnya menjadi basah. Selesai solat, beliau duduk berzikir memuji Allah SWT dan air matanya kelihatan bercucuran jatuh ke lantai menjadikan tempat duduknya.
Di masjid, Bilal sedang menunggu Rasulullah s.a.w..'Biasanya Rasulullah s.a.w tidak terlambat datang ke masjid untuk solat (sebelum) Subuh. Ada apakah gerangannya?'. Bilal berkata-kata di dalam hatinya. Lalu, sebagai muazin Masjid Nabawi, Bilal mendatangi Rasulullah s.a.w yang sedang menangis. Bilal bertanya : 'Wahai Rasulullah, mengapa engkau menangis?'. Bukankah kesemua dosamu telah diampuni Allah?'.
Rasulullah s.a.w. menjawab: 'Wahai Bilal, bagaimana aku tidak menangis? Tadi malam, turun wahyu kepadaku, lalu membaca ayat al-Quran surah Ali 'Imran ayat 190-191' ( hingga selesai)."
Wallahu'alam .
i. Fitnah Kubur, Alam Barzakh dan Bumi Mahsyar
ii. Pengertian 'HAMPIR' Allah
iii. Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya Yang Qadim.
iv. Perbezaan Perbuatan Allah Dengan Perbuatan Makhluk
v. Allah Dikatakan Berjuzuk, Mempunyai "Tangan " dan Istiwa' di 'Arasy ?
************************************************************
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Maksudnya :
"Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup kekal (tiada mengenai mati) dengan Hayat-Nya yang Qadim, yang sangat besar pendirian-Nya menguruskan sekalian makhluk-Nya; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah Mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari Ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
[Al-Quran سورة البقرة surah Al-Baqarah : 255 (Ayat al-Kursi) ]
***************************************
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22)هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24Maksudnya :
" Jika sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (21)
Dia-lah Allah Yang tiada sah diibadatkan selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (22)
Dia-lah Allah Yang tiada sah diibadatkan selain Dia. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (23)
[Al-Quran surah الحشر Al-Hasyr : 21-24]Dia-lah Allah yang Menjadikan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Indah 'Asma' Ul Husna'. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (24)
**************************************
أَوَلَمْ يَرَ الإنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ (77) وَضَرَبَ لَنَا مَثَلا وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ (78) قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ (79)
Maksudnya :
" Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya darisetitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! (77)
Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata : ' Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang yang telah hancur luluh?' (78)
Katakanlah : 'Ia akan dihidupkan semula oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk'," (79)
[ Al Quran surah سورة يس Yaa Siin : 77-79 ]