Isnin, 22 Ogos 2011

DO'A/WASIAT KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ‎ R.A. أبو بكر الصديق رضي الله عنه KETIKA SAKIT




 ( Sambungan daripada : Do'a Saidina Ali bin Abi Talib r.a. )

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
 أَمَّا بَعْـدُ

وَقِيلَ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا مَاذَا أَنزلَ رَبُّكُمْ قَالُوا خَيْرًا لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَلَدَارُ الآخِرَةِ خَيْرٌ وَلَنِعْمَ دَارُ الْمُتَّقِينَ (30) جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَاءُونَ كَذَلِكَ يَجْزِي اللَّهُ الْمُتَّقِينَ (31) الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (32)

            Maksudnya :  

" Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa : 'Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?'. Mereka menjawab : '(Allah telah menurunkan) kebaikan'. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat orang yang bertaqwa, (30)

(iaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka memperolehi segala apa jua yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang beretaqwa, (31)

(iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): ' Salamun'alaikum(سَلامٌ عَلَيْكُمُ)masuklah kamu ke dalam syurga itu sebagai ganjaran balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan'." (32)

                   [ Al-Quran surah  سورة النحل   An-Nahl : 30-32

                      ***************************************

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 
                     Maksudnya :
" (Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
                           [ Al-Quran surah  سورة الملك Al-Mulk : 2 ]
                          ******************************************       
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ 
        Maksudnya :   
" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama  (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar."

                               [ Al-Quran surah سورة التوبة At-Taubah: 100 

               ************************************************

            ".......Dan kata Sa'id bin Al-Masib : 
Tatkala Khalifah Abu Bakar r.a. أبو بكر الصديق رضي الله عنه sakit datang orang-orang daripada para sahabat, lalu mereka berkata: 'Wahai Khalifah Rasullullah s.a.w. , perbekalkan kami, bahawasanya kami lihati engkau barang apa yang ada dengan hal engkau (sakit)'.   
فقال ابو بكر: من قال هؤلاء الكلمات ثم مات جعل الله  
  روحه في الأفق المبين، قالوا وما الافق المبين؟ قال
قاع بين يدي العرش فيه رياض الله وانهار يغشاه كل 
يوم مائة رحمة فمن قال هذا القول جعل الله روحه في هذا المكان 
                     Maksudnya: 
" Maka kata Abu Bakr: 'Barangsiapa membaca do'a ini kemudian ia mati nescaya Allah Taala tempatkan rohnya itu di al-Ufukil Mubin (الافق المبين)Maka berkata mereka: 'Apa dia al-Ufukil Mubi(الافق المبين)?' Jawabnya: 'Satu tempat di hadapan 'Arasy terdapat (di dalamnya) taman-taman dan sungai-sungai di mana turunnya setiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa membaca do'a ini nescaya Allah tempatkan rohnya di tempat ini'.” 
     [ Catatan: Lihat al-Quran surah سورة التكوير At-Takwir ayat 23 yang berbunyi:
           وَلَقَدْ رَآهُ بِالأفُقِ الْمُبِينِ 
                       Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di Ufukil Mubin ."] 
                       ***********************************************
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Maksudnya :
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)   
********************************************************


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اِنَّكَ اِبْتَدَأْتَ الْخَلْقَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ بِكَ اِلَيْهِمْ ثُمَّ جَعَلْتَهُمْ فَرِيْقَيْنِ فَرِيْقًا لِلنَّعِيمِ وَفَرِيْقًا لِلسَّعِيرِ فَاجْعَلْنِي لِلنَّعِيْمِ وَلَا تَجْعَلْنِي لِلسَّعِيْرِ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَلْقَ فَرِقًا وَمَيَّزْتَهُمْ قَبْلَ اَنْ تَخْلُقَهَمْ فَجَعَلْتَ مِنْهُمْ شَقِيًّا وَسَعِيْدًا وَغَوِيًّا وَرَشِيْدًا فَلَا تُشْقِنِي بِمَعَاصِيْكَ.

اَللَّهُمَّ  اِنَّكَ عَلِمْتَ مَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ قَبْلَ اَنْ تَخْلُقَهَا فَلَا مَحِيْصَ لَهَا مِمَّا عَلِمْتَ فَاجْعَلْنِي مِمَّنْ تَسْتَعْمِلُ بِطَاعَتِكَ.

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ قَدْ قَدَّرْتَ حَرَكَاتَ العِبَادِ فَلَا يَتَحَرَّكُ شَيءٌ اِلَّا بِإِذْنِكَ فَاجْعَلْ حَرَكَاتِي فِي تَقْوَاكَ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الخَيْرَ وَالشَّرَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَامِلًا َيَعْمَلُ بِهِ فَاجْعَلْنِي مِنْ خَيْرِ القِسْمَيْنِ. 

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ خَلَقْتَ الجَنَّةَ وَالنَّارَ وَجَعَلْتَ لِكُلِّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا اَهْلًا فَاجْعَلْنِي مِنْ سُكَّانِ جَنَّتِكَ.

 اَللَّهُمَّ اِنَّكَ اَرَدْتَ  بِقَوْمٍ الضَّلَالَ وَضَيَّقْتَ بِهِمْ صُدُوْرَهُمْ فَاشْرَحْ صَدْرِي لِلْاِيمَانِ وَزَيِّنْهُ فِي قَلْبِي.

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ دَبَّرْتَ الاُمُورَ وَجَعَلْتَ مَصِيْرَهَا اِلَيْكَ فَاَحْيِنِي بَعْدَ المَوْتِ حَيَاةً طَيْبَةً وَقَرِّبْنِي اِلَيْكَ زُلْفَى.

 اَللَّهُمَّ مَنْ اَصْبَحَ وَاَمْسَى ثِقَتُهُ وَرَجَاؤُهُ غَيْرَكَ فَأَنْتَ ثِقَتِي وَرَجَائِي وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ .  

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Maksudnya:

"Ya Allah!, bahawasanya Engkau telah mengadakan permulaan makhluk daripada ketiadaan apa-apa hajat dengan Engkau kepada mereka itu, kemudian Engkau jadikan mereka itu dua puak, satu puak untuk syurga dan satu puak untuk neraka. Maka,  Engkau jadikanlah akan daku untuk syurga dan jangan Engkau jadikan daku untuk api neraka. 

Ya Allah !, Engkau telah mengadakan makhluk beberapa puak dan Engkau telah memperbezakan mereka itu lebih dahulu sebelum Engkau mengadakan mereka itu. Maka Engkau jadikan daripada mereka itu ada yang celaka dan ada yang bahagia, ada yang sesat dan ada yang mendapat petunjuk. Maka, janganlah Engkau celakakan akan daku dengan sebab berbuat maksiat kepada Engkau.  

Ya Allah !, bahawasanya Engkau telah mengetahui akan barang apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri seseorang sebelum Engkau mengadakannya, maka tidak dapat lari baginya daripada barang apa yang telah Engkau ketahui.  Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang Engkau jadikan dia dengan berbuat amalan ta'at kepada Engkau.

Ya Allah!, bahawasanya seseorang itu tiada dapat barang apa yang dia kehendaki hingga Engkau kehendaki, maka Engkau jadikanlah kehendak Engkau itu bahawa aku mengkehendaki barang gerak-gerak hamba-hamba.  Sesungguhnya tidak bergerak sesuatu melainkan dengan izin Engkau. Maka, jadikanlah segala gerak-gerak aku pada takutkan Engkau.

Ya Allah!,  sesungguhnya Engkau telah mengadakan kebaikan dan kejahatan dan telah Engkau jadikan tiap-tiap satu daripada keduanya itu ada orang yang mengerjakan dengannya. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada orang yang sebaik-baik daripada dua bahagian itu.

Ya Allah !, sesungguhnya Engkau telah mengadakan syurga dan neraka dan telah Engkau jadikan bagi tiap-tiap sesuatu daripada keduanya itu ahli [yakni ahli syurga dan ahli neraka]. Maka, Engkau jadikanlah akan daku daripada penduduk syurga Engkau.

Ya Allah !, bahawasanya Engkau mengkehendaki dengan sesuatu kaum itu kesesatan dan Engkau sempitkan dengannya dada mereka itu, maka, cerahkanlah dadaku bagi keimanan dan perhiaskanlah akan dia pada hati ku.

Ya Allah !, bahawasanya Engkau telah mentadbirkan segala perkara dan telah Engkau jadikan kembalikannya [segala perkara itu] kepada Engkau, maka, hidupkanlah akan daku kepada Engkau pangkat martabat ketaatan.  

Ya Allah!, barangsiapa berpagi-pagi dan berpetang-petang kepercayaannnya dan harapannya lain daripada Engkau, maka, Engkau ialah kepercayaan ku dan harapan ku, dan tiada terdaya mengekalkan berbuat taat, dan tiada berupaya meninggalkan maksiat melainkan dengan pertolongan Allah. "

"Maha suci Tuhanmu, Tuhan pemilik kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Selamat sejahtera bagi para rasul. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

"Kata Abu Bakar As-Siddiq r.a.  أبي بكر الصديق رضي الله عنه
 sesungguhnya seluruh (kandungan maksud) do'a ini semuanya dalam kitab Allah Azza Wajalla." Demikian ertinya. 



[ Lihat : 

i.   Kandungan Do'a/Hadis Rasulullah s.a.w

ii.  Qadha dan Qadar Allah  dan Had Batasan Akal Manusia 
iii.  Api Neraka dan Azab Seksa Di Dalamnya 
iv.  Kenikmatan dan Kebahagiaan Hidup Di Syurga
v.   Adab Hati Ketika Sakit Tenat Membawa Maut  

Betapa indah dan eloknya jika kita semua dapat beristiqamah mengamalkan membaca do'a ini seperti membaca surah Al-Fatihah pada setiap masa khususnya selepas selesai mendirikan ibadat fardhu solat lima waktu dan solat-solat sunnat pada akhir malam hingga menjadikannya sebagai salah satu amalan yang sebati dalam kehidupan kita beragama hingga ke akhir hayat.
Adalah terlebih afdal dan sangat besar hikmah dan fadilatnya jika do'a ini dapat diajarkan kepada orang yang sedang sakit tenat yang amat berat keadaannya atau dalam keadaan sakit biasa.

Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun  lagi Maha Pemurah memakbulkan dan menerima do'a kita dengan mengurniakan fadilat seperti yang dikahabarkan oleh Khalifah Abu Bakr As-Siddiq r.a. أبو بكر الصديق رضي الله عنه di atas. Semoga Allah melimpahkan rahmat pertolongan-Nya ketika kita berhadapan dengan saat-saat terakhir yang teramat kritikal dan paling genting dalam hidup di dunia ini iaitu ketika berada dalam keadaan Sakaratul-maut yang boleh datang pada bila-bila masa sama ada tanpa dijangka atau sudah dapat diduga kerana mengidap sakit yang lama.

Ajarkan dan perpanjangkanlah do'a dan maksud pengertiannya ini kepada anak-anak, keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai dan sesiapa juga yang berhajat kerana kandungan do'a ini begitu indah dan sangat besar ertinya serta luas lagi mendalam ilmunya dalam hal mengukuhkan ilmu keimanan kita bagi memahami Qadha dan Qadar Allah yang termasuk dalam Rukun Iman yang enam (6) perkara.

Betapa malang dan ruginya kita sekiranya mengambil mudah, mengabaikan atau tidak menghiraukan langsung peringatan terakhir dan wasiat amat penting Khalifah Rasulullah Abu Bakar As-Siddiq r.a. أبو بكر الصديق رضي الله عنه seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang sudah termaklum kemuliaan dan kedudukan martabatnya di sisi Allah berbanding sekalian manusia lain selepas Rasulullah s.a.w.

[Sunan Al-Kubra oleh Imam Al-Nasa’i. Beliau berkata :

أخبرنا محمد بن المثنى قال أنا يحيى بن سعيد قال أنا صدقة بن المثنى قال حدثن جدي رباح بن الحارث أن سعيد بن زيد قال اشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم بما سمعت أذناي ووعاه قلبي وإني لم أكن لاروي عليه كذبا يسألني عنه إذا لقيته أنه قال أبو بكر في الجنة وعمر في الجنة وعلي في الجنة وعثمان في الجنة وطلحة والزبير في الجنة وعبد الرحمن بن عوف في الجنة وسعد بن مالك في الجنة وتاسع المؤمنين لو شئت أن أسميه لسميته فرج أهل المسجد يناشدونه يا صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم من التاسع قال ناشدتموني بالله العظيم أنا تاسع المؤمنين ورسول الله صلى الله عليه وسلم العاشر أبو عبيدة بن الجراح رضي الله تعالى عنه

               Maksudnya :

Muhammad Bin Al-Muthanna mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Yahya Bin Sa’id mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata: Sadaqah Bin Al-Muthanna mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Datuk aku, Rabah Bin Al-Harith menceritakan bahawa Sa’id Bin Zaid berkata : Aku bersaksi atas nama Rasulullah s.a.w  bahawa aku mendengar dengan kedua telingaku dan aku peliharanya dengan hatiku. Aku tidak akan meriwayatkan benda yang bohong. Nabi s.a.w bersabda : Abu Bakar di syurga, Umar di syurga, Ali di syurga, Uthman di syurga, Talhah di syurga, Zubair di syurga, Abdurrahman Bin ‘Auf di syurga dan Sa’ad Bin Malik di syurga. Dan orang yang kesembilan jika kalian mahu akan aku namakan. Lalu kesemua orang yang berada di masjid memintanya menamakan orang yang kesembilan. Mereka berkata : wahai sahabat Rasulullah, siapakh orang yang kesembilan?. Sa’id berkata : Demi Allah, akulah orang yang kesembilan dan orang yang kesepuluh adalah Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah.”

  (Riwayat Al-Nasaie di dalam Al-Sunan Al-Kubra ) ]

 
[#Catatan : Khalifah Rasulullah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. أبو بكر الصديق رضي الله عنه dilahirkan di Mekah pada bulan Oktober, 573 Masehi dan kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 2 Ogos, 634 Masehi bersamaan dengan 22 Jamadil Akhir, 13 Hijrah di Madinah ketika berusia 63 tahun.  Nama lengkapnya adalah 'Abdullah bin 'Utsman bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Quraisy.  Ibunya pula ialah Ummu al-Khair Salma binti Shakhr bin Amir bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim. Beliau adalah antara golongan yang terawal memeluk Islam atau al-sabiqun al-awwalun السَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ,iaitu kumpulan orang yang pertama beriman memeluk Islam menyahut  seruan keimanan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga adalah khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Beliau dibai'ah oleh Majlis Syura para sahabat r.a. sebagai Khalifah Rasulullah pada 11-13 Hijrah ( 632-634 M]. 

Masjid Nabawi  Madinah,  Tempat Dimaqamkan Rasulullah s.a.w, Khalifah  Abu Bakar dan Khalifah Umar al-Khatab r.a. ( Di Bawah Kubah Hijau ).

Pemandangan Di Pintu Masuk Maqam Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Di Masjid Nabawi , Madinah.
                            والله أعلمُ بالـصـواب 

[Lihat : 

           i. Do'a/Hadis  Rasulullah s.a.w. 
           ii.  https://www.youtube.com/watch?v=_HEOzxtbzBE
   
***************************************************************

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا صُمٌّ وَبُكْمٌ فِي الظُّلُمَاتِ مَنْ يَشَأِ اللَّهُ يُضْلِلْهُ وَمَنْ يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
                       Maksudnya :
" Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gelita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), nescaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk), nescaya Dia menjadikannya berada di atas jalan yang lurus."      
                      [Al-Quran surah  سورة الأنعام  Al-An'aam : 39]

                                       ******************************
إِلا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 
                     Maksudnya :
" Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah menolongnya ( iaitu) ketika orang-orang kafir  (musyrikin Mekah) mengeluarkannya  (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya (Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar ) berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya ( Abu Bakar):  'Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah 'beserta' (rahmat dan pertolongan-Nya) kita'. Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya (para malaikat), dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.."

                          [ Al-Quran surah سورة التوبة  At-Taubah : 40 ] 

                **********************************************

Menurut riwayat Do'a ini pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Abu Bakar As Siddiq:
عَلِّمْنِى دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِى صَلاَتِى قَالَ قُلِ :اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 
     Maksudnya :

" Ajarkanlah aku satu do'a yang boleh aku lakukan ketika (selesai) solat. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda : Bacalah : ' Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Oleh itu ampunilah akan daku dengan pengampunan dari sisi Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'." 

              ***********************************************

Do'a Imam Syafi'ie Rahimaullah apabila dia dalam kesusahan :

        اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا 
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا  
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ  خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي  
 اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا  
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ
      Maksudnya:  
"Ya Allah!, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada ku dan tiada dapat aku memelihara melainkan barang apa yang telah Engkau pelihara akan aku. Ya Allah!, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redai daripada perbuatan dan amalan dalam 'afiat."





 

                                  


 
      
                                           









1 ulasan:

BILAKAH HARI KIAMAT BESAR DUNIA AKAN BERLAKU ?

[Sambungan daripada :  Untukmu Agamamu, dan Untuk Akulah Agamaku. ]   بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَ...