Sabtu, 10 September 2011

KANDUNGAN HADIS/ DO'A RASULULLAH S.A.W.


               
[Lihat : Kandungan Do'a
 Nabi Allah Khidzir Alaihisalam]




 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
 أَمَّا بَعْـدُ

  وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (115 
                        Maksudnya :
" Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang  (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (114) 
Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."(115)
        [Al-Quran surah  سورة هود Hud : 114-115 ] 
                                 ******************************************
 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ 
                         Maksudnya :
" Dan Tuhanmu berfirman: 'Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadat kepada Ku akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina dina'." 
        [Al-Quran surah سورة المؤمن  al-Mu'min : 60 ] 

 

*********************************                     
  بِسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ اَشْرَفِ اْللأَنْبِياَءِ  وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِناَ وَمَوْلَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ

Kandungan maksud Hadis dalam bentuk Do'a Rasullullah s.a.w. yang dibaca selepas sembahyang sunat subuh ini adalah seperti berikut :


اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِي بِهَا قَلْبِي وَتَجْمَعُ بِهَا شَمْلِي وَتَلُمُّ بِهَا شَعْثِي وَتَرُدُّ بِهَا الفِتَنَ عَنِّي وَتُصْلِحُ بِهَا دِينِي وَتَحْفَظُ بِهَا غَائِبِي وَتَرْفَعُ بِهَا شَاهِدِي وَتُزَكِّي بِهَا عَمَلِي وَتُبَيِّضُ بِهَا وَجْهِي وَتُلْهِمُنِي بِهَا رُشْدِي وَتَعْصِمُنِى بِهَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ.
 اللهم اعْطِنِي اِيْمِانًا صَادِقًا وَيقِينًا لَيْسَ بَعْدَهُ كُفْرٌ وَرَحْمَةً أَنَالُ بِهَا شَرَفَ  كَرَامَتِكَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ الْفَوْزَ عِنْدَ الْقَضَاءِ وِمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَعَيْشَ السُّعَدَاءِ وَالنَّصْرَ عَلَى الاَعْدَاءِ وَمُرَافَقَةَ الاَنْبِيَاءِ. 
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَنْزِلُ بِكَ حَاجَتِي وَاِنْ ضَعُفَ رَأْيِي وَقَلَّتْ حِيلَتِي وَقَصُرَ عَمَلِي وَافْتَقَرْتُ اِلَى رَحْمَتِكَ فَأَسْأَلُكَ يَا كَافِيَ الاُموْرِ وَيَا شَافِيَ الصُّدُورِ كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ.
 اللَّهُمَّ مَا قَصُرَ عَنْهُ رِأْيِي وَضَعُفَ عَنْهُ عَمَلِي وَلَمْ تُبْلِغْهُ نِيَّتِي وَاَمَنِيَّتِي مِنْ خَيْرٍ وَعَدْتَهُ اَحَدًا مِنْ عِبَادِكَ اَوْ خَيْرٍ اَنْتَ مُعْطِيهِ اَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ فَاِنِّي أَرْغَبُ اِلَيْكَ فِيهِ وَأَسْأَلُكَهُ يَا رَبَّ العَالَمِينَ.
 اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا هَادِينَ مُهْتَدِينَ غَيرَ ضَالِّينَ وَلاَ مُضِلِّينَ حَرْبًا لِأَعْدَائِكَ وَسَلَمًا لِاَوْلِيَائِكَ نُحِبُّ بِحُبِّكَ مَنْ أَطَاعَكَ مِنْ خَلْقِكَ وَنُعَادِي بِعَدَاوَتِكَ مَنْ خَالَفَكَ مِنْ خَلْقِكَ.
 اللَّهُمَّ  هَذَا الدُّعَاءُ وَعَلَيكَ الِاجَابَةُ وَهَذَا الجُهْدُ وَعَلَيْكَ التُّكْلاَنُ وَاِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُونَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ ذِي الحَبْلِ الشَّدِيدِ وَالاَمْرِ الرَّشِيدِ أَسْأَلُكَ الاَمْنَ يَومَ الوَعِيدِ وَالجَنَّةَ يَومَ الخُلُودِ مَعَ المُقَرَّبِينَ الشُّهُودِ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ المُوفِينَ بِالعُهُودِ اِنَّكَ رَحِيمٌ وَدُودٌ وَأَنْتَ تَفْعَلُ مَا تُرِيدُ.
 سُبْحَانَ الذِّي لَبِسَ العِزَّ وَقَالَ بِهِ سُبْحَانَ الذِّي تَعَطَّفَ بِالمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ سُبْحَانَ الذِّي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ اِلَّا لَهُ سُبْحَانَ ذِي الفَضْلِ وَالنِّعَمِ سُبْحَانَ ذِي العِزَّةِ وَالْكَرَمِ سُبْحَانَ الذِّي اَحْصَى كُلَّ شَئٍ بِعِلْمِهِ.
 الَّلهُمَّ اجْعَلْ لِي نُورًا فِي قَلْبِي وَنُورًا فِي قَبْرِي وَنُورًا فِي سَمْعِي وَنُورًا فِي بَصَرِي وَنُورًا فِي شَعْرِي وَنُورًا فِي بَشَرِي وَنُورًا فِي لَحْمِي وَنُورًا فِي دَمِي وَنُورًا فِي عِظَامِي وَنُورًا مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَنُورًا مِنْ خَلْفِي وَنُورًا عَنْ يَمِينِي وَنُورًا عَنْ شِمَالِي وَنُورًا مِنْ فَوقِي وَنُورًا مِنْ تَحْتِي  الَّلهُمَّ زِدْنِي نُورًا وَاعْطِنِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا.

      Maksudnya :

"Ya Allah!, aku memohon kepada Engkau rahmat di sisi Engkau, rahmat yang Engkau berikan petunjuk dengannya hati ku. Engkau himpunkan dengannya segala perkara pekerjaan dan Engkau tolakkan dengannya segala fitnah daripada mengenai ku dan Kau baiki dengannya agama ku. Engkau peliharai dengannya barang yang ghaib daripada ku, dan Engkau angkatkan dengannya barang yang zahir daripada ku, dan Engkau bersihkan dengannya amalan ku dan Engkau putihkan dengannya muka ku dan Engkau beri ilhamkan akan daku dengannya jalan pertunjuk ku dan Engkau peliharakan akan daku dengannya daripada tiap-tiap kejahatan.

Ya Allah!, kurniakanlah pada ku keimanan yang benar dan keyakinan yang tidak ada kemudiannya kekafiran, dan rahmat yang aku mendapati dengannya kemuliaan pemberian Engkau dalam dunia dan negeri akhirat.

Ya Allah!, bahawasanya aku memohonkan kepada Engkau kelepasan pada ketika qadha  (menjatuhkan hukuman ) dan dapat martabat orang yang mati syahid dan kehidupan orang yang sebahagia-bahagia dan kemenangan di atas seteru-seteru dan menyamai Nabi-nabi.

Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekali pun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatan ku dan singkat amalan ku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada Fitnah Kubur.

Ya Allah!, barang apa yang telah singkat daripadanya fikiran ku dan telah daif daripadanya amalan ku dan tidak menyampaikannya niat ku dan cita-cita hati ku daripada kebajikan yang telah Engkau menjadikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau atau kebajikan yang Engkau memberikannya akan seseorang daripada hamba-hamba Engkau, maka bahawasanya aku kasih kepada Engkau padanya itu. Aku memohonkan kepada Engkau mendapatinya itu wahai Tuhan yang memiliki sekalian alam.

Ya Allah!, jadikanlah akan kami orang-orang yang memberi pertunjuk lagi yang mendapat pertunjuk lain daripada orang-orang yang sesat dan tiada orang-orang yang menyesatkan perseteruan bagi seteru-seteru Engkau dan perdamaian bagi Aulia-aulia Engkau. Kami kasihi dengan sebab kasihkan Engkau akan orang yang mentaati Engkau daripada hamba-hamba Engkau. Kami memusuhi dengan sebab permusuhan Engkau akan orang yang menyalahi Engkau daripada hamba-hamba Engkau.

Ya Allah!, bermula do'a ini dan di atas Engkau memakbulkan dan ini persungguhan dan di atas Engkau berserah, bahawasanya kami ialah milik bagi Allah dan bahawasanya kami kepada bawah perintah-Nya kami kembali dan tiada berupaya mengekali berbuat taat dan tiada kekuatan bagi memberhentikan daripada berbuat maksiat melainkan dengan pertolongan Allah yang amat mempunyai kebesaran yang mempunyai tali agama yang amat kuat dan pekerjaan atas jalan yang hak. 

Aku memohonkan kepada Engkau keamanan pada hari balasan seksa dan syurga pada hari berkekalan berserta orang-orang yang muqarrabin yang sentiasa bermusyahadah yang banyak rukuk, yang banyak sujud, yang menunaikan dengan segala janji-janji-Nya. Bahawasanya Engkau Yang Amat Mengasihani lagi Yang Amat Menyayangi dan Engkau berbuat apa yang Engkau kehendaki.

Maha Suci Allah yang mempunyai kekuatan dan Ia berkata dengannya. 
Maha Suci Allah yang menyayangi dengan kemuliaan dan Ia bermurah dengannya. Maha Suci Allah yang tiada segia ditasbihkan melainkan bagi-Nya sahaja. Maha Suci Allah yang mempunyai kemurahan dan segala nikmat-nikmat. Maha Suci Allah yang mempunyai kekuatan dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mengirakan tiap-tiap sesuatu dengan Ilmu-Nya.

Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hati ku, 
cahaya pada kubur ku, 
cahaya pada pendengaran ku, 
cahaya pada penglihatan ku, 
cahaya pada rambut ku, 
cahaya pada kulit ku, 
cahaya pada daging ku, 
cahaya pada darah ku, 
cahaya pada tulang ku, 
cahaya di hadapan ku, 
cahaya di belakang ku, 
cahaya di kanan ku, 
cahaya di kiri ku, 
cahaya di atas ku dan 
cahaya di bawah ku. 
Ya Allah!, tambahilah oleh Mu akan daku cahaya dan  
kurniakanlah akan daku cahaya dan jadikanlah bagi ku cahaya."


[Sila lihat : Pengertian Kalimah An-Nuur  ]

(## Peringatan : Kandungan do'a ini sangat halus dan amat luas lagi mendalam ilmunya yang menyentuh hal-hal akidah keimanan serta merendah diri ke hadrat Allah SWT. Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada sesiapa juga yang beristiqamah menjadikan do'a ini sebagai amalan doa hariannya khusunya selepas melaksanakan ibadat solat lima waktu. Bermohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas tanpa jemu-jemu supaya segala permohonan yang terkandung di dalam do'a ini dimakbulkan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba-hamba-Nya yang mukmin. Amin.)

                          والله أعلمُ بالـصـواب

[Lihat : 
              i.  Do'a Khalifah Abu Bakr As Siddiq r.a.
             ii.  Do'a Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
              iii.  A Very Special Dream  
             iv.  Pengertian al-Muraqabah dan Golongan Ahli al-Muqarrabin ]

              v.https://www.youtube.com/watch?v=_HEOzxtbzBE

                  (Maqam Nabi di Masjid Nabawi)

        Dalam hadis Rasulullah s.a.w.menjelaskan: 
عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَتَتَّخِذُوْا قَبْرِي عِيْدًا وَلا تَجْعَلُوا بُيُوْتَكُمْ قُبُوْرًا وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَصَلُّوْا عَلَيَّ فَاِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي
                          Maksudnya :
"Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Janganlah kamu jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan, dan janganlah kamu jadikan rumahmu sebagai kuburan. Maka bacalah salawat kepadaku. Kerana salawat yang kamu baca akan sampai kepadaku di mana saja kamu berada'.” [Musnad Ahmad bin Hanbal]




1 ulasan:

  1. Subhanallah..Semoga kita dapat memahami Hadits Nabi dan menjalankan sunnahnya

    BalasPadam

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...