Isnin, 1 Jun 2015

KITAB PENDAHULUAN KATA




[Lihat : MUQADDIMAH ]


Related image

                                              بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ 

 اَلْحَمْدُ ِللهِ الْمَلِكِ الْحَقِّ الْمُبِيْنِ، الَّذِي حَبَانَا بِالْإِيْمَانِ واليقينِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ  عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد،ٍ خَاتَمِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِين، وَعَلَى آلِهِ   الطَّيِّبِيِن، وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ أَجْمَعِين، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 

أَمَّا بَعْدُ                                    


 

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  بَدَأَ اْلِاسْلَامُ غَرِيْباً وَسَيَعُوْدُ كَمَا بَدَأَ غَرِيْباً فَطُوْبَى لِلغُرَبَاءِ
                         Maksudnya :
"Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang.”[HR Muslim]

  طُوبَى لِلْغُرَبَاءِ أُنَاسٌ صَالحُونَ في أنَاس سُوءٍ كَثِيرٍ مَنْ يَعْصِيهِمْ أكْثَرُ ممَّنْ يُطِيعُهُمْ 

                  Maksudnya :
“Beruntunglah orang-orang yang asing (Al-Ghurabaa’). Orang-orang soleh yang sedikit di kalangan manusia yang ramai. Orang-orang yang menyelisihi mereka lebih ramai daripada orang-orang yang mengikut mereka.”
                    [Sahih. Riwayat Ibnu Mubarak dalam Al-Zuhd]

***********************************************************
      
         Kitab ini dikarang atas nama: KITAB PENDAHULUAN KATA

Sekarang ini kita telah berada pada tahun hijrah 1409. Ketika terbitnya agama Islam, dahulunya ia amat dagang. Lihatlah kata-kata Al-A’si bin Wa-il Assuhami al-Qurasy:
" غر محمد أصحابه أن يحيوا بعد الموت والله ما يهلكنا إلا الدهر "
            Maksudnya :
“Muhammad telah menipu para sahabatnya bahawa mereka (akan) hidup selepas mati. Demi Allah, tidak membinasakan kami melainkan 'DAHAR' (masa).”
Dia juga mendustakan adanya syurga di negeri akhirat lalu Allah turunkan ayat al-Quran, membalas dakwaan sesatnya itu sebagaimana yang terkandung di dalam ayat al-Quran سورة الجاثية surah Al-Jaatsiyah ayat 24 :
وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُوَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ 
                  Maksudnya :
“Dan mereka berkata (orang-orang yang ingkarkan kebangkitan selepas mati): Tidaklah ia (hidup itu) melainkan hidup kami di dunia ini (sahaja); kami mati dan kami hidup (silih berganti) dan tidak membinasakan kami melainkan (peredaran) masa; tidaklah ada bagi mereka dengan yang demikian itu sebarang ilmu pengetahuan; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata."
Alllah menurunkan juga peringatan-periangatan balasan azab di akhirat kepada golongan yang mengingkari adanya hidup selepas mati. Begitulah dagangnya (asingnya) agama Islam di peringkat awalnya.

Amatlah susah bagi orang-orang mukmin ketika hendak memeluki agama Islam apabila berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan yang dilakukan oleh kaum kuffar Quraisy terhadap seruan agama Islam pada ketika itu.  Tetapi apabila Allah turunkan ayat-ayat al-Quran mengenainya maka bertukarlah orang-orang mukmin dari berdukacita mendengar bangkangan itu kepada sukacita kerana dapat menerima ayat-ayat al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sekarang ini jika kita mendengar perkhabaran orang-orang yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan menentang ajaran agama Islam, sebenarnya mereka ini dari segi pemikiran adalah sama dan selari dengan pemikiran Al-A’si bin Wa-il.

Jawapan kepada tentangan dan bangkangan mereka itu tidak memerlukan jawapan daripada kita sendiri tetapi memadailah dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai membalas dakwaan sesat mereka.

Pada akhir-akhir zaman ini, puak agama sesat  banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran yang kesamaran maknanya untuk dijadikan alat, supaya orang-orng awam dapat dipesongkan supaya :
  *     Bertuhankan cahaya 
  *     Bertuhankan roh      
 *     Bertuhankan diri sendiri dan yang seumpama dengannya.
Kembalinya agama Islam menjadi dagang ialah dari segi pertukaran keadaan di mana al-Quran itu jadi penangkis kepada segala ajaran sesat, sedangkan puak agama kufur dan sesat memilih ayat-ayat al-Quran yang kesamaran maknanya. Mereka mengubahsuai tafsiran maknanya untuk disesuaikan dengan fahaman sesat mereka, supaya orang-orang awam terkeliru dan menyangkakan ajaran agama kufur dan sesat itu adalah agama Islam yang sebenar, lalu terpadayalah orang-orang awam.  Sebenarnya mereka itu telah memeluki agama kufur tanpa disedari. Mereka berpuas hati memeluki agama Islam kerana banyaknya ayat-ayat al-Quran yang telah mereka hafaz, tiba-tiba ternyata sebaliknya. Betapakah buruknya nasib hal diri mereka yang selama ini memeluki agama yang bukan agama Islam!.

Apakah orang-orang pada akhir zaman ini boleh terselamat dari terpedaya seperti yang diterangkan ini?.

Bukan sedikit ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang terdapat kesamaran maknanya. Daripada sinilah mulanya puak agama kufur dan sesat itu mengambil peluang untuk mentafsir ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi kepada agama yang mereka hendak pimpin sama ada hendak bertuhankan cahaya, roh atau bertuhankan diri sendiri atau yang seumpama dengannya.

Jika kita ditanya, adakah boleh seseorang itu menyelesaikan pertentangan atau perselisihan yang rumit dalam perkara iktiqad supaya tidak berlaku perbalahan kefahaman di antara satu puak dengan satu puak yang lain pada perkara-peraka seperti yang disebutkan di bawah ini:

1.       Kalimah An-Nur pada Asma Ullah al-Husna
2.      Ayat al-Quran  surah An-Nur pada ayat 35: الله نور السموات والارض 

3.   Ayat al-Quran surah Al-Israk pada ayat 85: قل الروح من أمر ربي

4.     Ayat al-Quran  surah Al-Aa’raf pada ayat 172:  ألست بربكم قالوا بلى
5.     Ayat  al-Quran  surah At-Taubah pada ayat 40: ان الله معنا
6.      Ayat al-Quran   surah Al-Hijr, ayat 29: ونفخت فيه من روحي    
7.      Ayat al-Quran  surah Yassin pada ayat 82: كن فيكون 
8.       Ayat al-Quran pada perkara Nabi Ibrahim a.s. bila melihat bintang-bintang seraya berkata yang antaranya menyebut kalimah:
     " هذا ربي " pada ayat 78 surah Al-Ana’am. [Ertinya:  “Ini Tuhanku”].
              
9.      Dan pada ayat-ayat yang mula-mula diturunkan oleh Allah:
              Bab Malaikat Jibril A.S.

       10.      Bab Awal Makhluk

11.     Bab Allah Taala mengadakan Adam atas rupanya. 


 12.    Bab At-Tauhid: Apa Dalil Tuhan itu Ada, dan dalam Bab:

      i. Ilmu Ladunni (علمو اللادونني )

       ii. Melihat Tuhan di Akhirat.
iii.  Muraqabah dengan Allah dan lain-lain yang seumpamanya.
      iv. Tipu Helah Syaitan.

Siapakah yang boleh menyelesaikan kesemua perkara rumit ini?

Marilah kita cari, membaca dan memahami kitab-kitab dan bertanyakan kepada ulamak-ulamak Islam yang boleh menyelesaikan persolan-persoalan yang sudah lama berbangkit ini. Sama-samalah kita fikirkan bagaimanakah cara-cara yang berkesan agar anak-anak kita dapat diselamatkan daripada terkena kesesatan agama jika sedemikian inilah halnya yang berlaku pada akhir zaman ini. Sewajarnya kita hendaklah memahami bahawa Allah Taala jualah yang mengadakan segala penyakit. Maka Dia jugalah yang mengadakan ubat-ubatannya. Penyakit kuffar Quraisy ialah menyembah berhala.  Maka Allah Taala adakan ubatnya dengan dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul-Nya dan diturunkan al-Quran.
Oleh itu, apakah jalan yang dapat menolak segala rupa kesesatan yang berlaku pada akhir zaman ini, sedangkan ayat-ayat al-Quran yang kesamaran maknanya telah pun diubah kepada makna-makna yang salah dan sesat pada agama dan dijadikan pula pegangan iktiqad?

Marilah kita ambil perkara-perkara asas bagi menolak akar umbi kesesatan itu iaitu dengan memahami perkara-perkara berikut dalam Bab-bab :

i.            Ada Allah.
ii.           Zat Allah Taala yang tidak menyamai segala zat makhluk.
iii.          Perbuatan Allah.
iv           Alat Mengenal Makhluk.
v.           Kemuliaan Malaikat Jibril A.S. di sisi  Allah Taala.
vi           Kemuliaan Adab Nabi s.a.w.
vii.         Masa dan Tempat.

Adanya Allah:

Sila baca Asma’Ullah al-Husna dalam al-Quran dan Hadis.


ZAT ( DIRI) ALLAH TAALA

Zat Allah Taala tidak berjuzuk tetapi zat makhluk berjuzuk. Manakala Zat Allah tidak berjuzuk, tertolaklah segala perkara yang melazimkan sesuatu juzuk. Maka Allah Taala tidak sesekali mengenainya.
Apabila perkara-perkara ini difahami, baharulah kita nampak perkara-perkara yang benar.
Marilah kita pelajari dan fahami lapan (8) perkara ini terlebih dahulu, supaya kita nampak kesilapan diri kita (jika ada).

Perbuatan Allah:

Segala perbuatan boleh dibahagikan kepada :
a.      Perbuatan IJADI (ايجادي)
b.      Perbuatan TABI'IE (طبيعي)
c.      Perbuatan KASBI (كسبي)
d.      Perbuatan SINAI'E (صناعي)

Hanya Perbuatan Allah sahaja yang ada bagi-Nya Perbuatan IJADI. Bagi makhluk hanyalah Perbuatan-perbuatan Tabi'ie, Kasbi dan Sinai'e. Perbuatan Allah tidak sesekali menyamai segala perbuatan makhluk.

[Lihat : PERBEZAAN PERBUATAN ALLAH DENGAN PERBUATAN MAKLHLUK ]


ALAT MENGENAL MAKHLUK ALLAH 

Segala apa yang ada selain Allah, kesemuanya dapat dikenali dengan/melalui: 
    *         PANCAINDERA yang lima
           atau melalui 
    *         KHAYALAN
Manakala Allah Taala hanya dapat dikenali dengan atau melalui "AKAL" dan tidak sama sekali dapat dikenali melalui pancaindera yang lima atau KHAYALAN (gambaran atau bayangan sesuatu dalam fikiran).

Apakah Yang Dikatakan AKAL ?!
Ada dua pengertiannya iaitu:

1. Akal dengan makna PEMIKIRAN yang terbit daripada PANCAINDERA YANG LIMA dan KHAYALAN.
2.   Akal dengan makna AL-FAHMU (الفهم). Ertinya: MEMAHAMI. Inilah akal yang dapat mengenal Allah Taala. Akal ini tidak dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang ahli neraka. Yang ada pada mereka hanyalah akal atas makna pemikiran yang terbit daripada pancaindera yang lima dan dari khayalan sahaja. Dalam surah Al-Mulk سورة الملك ayat 10, ada diterangkan bagaimana bunyinya kekesalan ahli neraka. Firman Allah : 
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ 
            Maksudnya :
“Dan kata mereka sekiranya kami mendengar atau kami berakal (nescaya) tidaklah kami ini berada dalam (golongan) penghuni neraka yang menyala-nyala.”               

KEMULIAAN MALAIKAT JIBRIL A.S.

Dalam bab kemuliaan Malaikat Jibril A.S di sisi Allah Taala dan bagaimana besar jisimnya, ketaqwaan dan ketakutannya kepada azab api neraka hendaklah disebutkan pada bab permulaan turunnya ayat al-Quran.

KEMULIAAN AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dalam bab kemuliaan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. sebelum diangkat menjadi Rasul, hinggalah dinamakan dia 'Al-Amin' hendaklah dinyatkan kadar mana mulianya hingga disebutkan pujiannya itu dalam surah Al-Qalam سورة القلم‎‎ ayat 4 :

     وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ 

                     Maksudnya :
“ Dan bahawa sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak (budi pekerti) yang amat mulia (agung).
MASA dan TEMPAT (الزمان والمكان)

Hendaklah difahami bahawa "Masa dan Tempat" adalah makhluk Allah. Sebelum diadakan masa dan tempat dan segala lapisan langit dan bumi termasuklah arasy, kursi, roh, malaikat, gerak, diam, cahaya, gelap dan lapang maka yang ada hanyalah Allah Taala sahaja yang ada.

[Lihat : MASA dan TEMPAT Makhluk Allah ]

KEMUDAHAN MEMAHAMI HAL ROH (تسهيل الفهم في الروح)

Amma Baad: 
Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan menjadi Rasul, orang-orang kuffar Quraisy semasa dalam jahiliah,  menyembah berhala di samping terdapatnya di kalangan mereka yang membunuh anak-anak perempuan hidup-hidup kerana takut kepapaan. Kalau anak sendiri ditanam hidup-hidup kerana takut kepapaan maka bayangkanlah bagaimana kehidupan kaum kuffar Quraisy ketika itu. Tentulah hidup mereka dalam keadaan saling menzalimi. Apabila Nabi kita dibangkitkan menjadi Rasul dan ayat-ayat al-Quran mula diturunkan maka lahirlah dua puak:

1.       Puak yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai CONTOH KEBAIKAN semata-mata seperti Abu Bakar As-Siddiq dan  sahabat-sahabat r.a.   yang lain.
2.       Puak yang tidak mahu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sebagai CONTOH KEJAHATAN semata-mata, tidak langsung mahu beriman seperti Abu Lahab dan Al-A’as bin Wa-Il.

Sila baca bab bermulanya wahyu بدء الوحي dan kembalinya wahyu عود الوحي ketika berlakunya segala kesusahan. Kemudian bacalah  kitab Terjemah Akidah Ahli As-Sunnah untuk dijadikan asas ilmu keimanan.

Di negeri akhirat, Allah Taala adakan dua tempat:

1.       Satu tempat untuk mengecapi segala nikmat  kesenangan semata-mata.
2.       Satu tempat untuk menerima balasan azab seksa semata-mata.

Di dunia ini, Allah Taala adakan Iblis dan syaitan-syaitan yang hanya menyeru manusia kepada segala rupa kejahatan dan kemungkaran yang berlawanan dengan segala hukuman Allah Taala.

Yang mana satukah menjadi pilihan kita ?
Tentulah kita ikut para sahabat Nabi (رضي الله عنهم).
Dengan adanya puak penentang ayat-ayat al-Quran dan agama Islam di kalangan kuffar Quraisy maka ia merupakan satu rahmat yang dikurniakan Allah Taala kepada orang-orang mukmin kerana apabila seorang kaffar Quraisy mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat mendustakan Rasul bahawa ada hidup selepas mati maka Allah Taala turunkan ayat-ayat al-Quran mengenainya untuk membalas dakwaan sesatnya itu.

Oleh itu, orang mukmin berasa sangatlah takutnya kepada Allah Taala kerana apabila seseorang itu mengeluarkan kata-kata kasar berkenaan dengan hukuman Allah Taala maka dengan segera diturunkan ayat-ayat al-Quran bagi menyatakan hukuman Allah dalam perkara itu dan balasan azabnya di akhirat kelak. Ini adalah satu rahmat kepada orang-orang mukmin supaya tahu berjaga diri. Setersunya mereka mendapat ilmu daripada ajaran al-Quran dan dapat bertaqwa kepada Allah Taala.

Bagi orang-orang yang telah diturunkan ayat al-Quran yang dinyatakan kesalahan dan kesesatan mereka, mereka itu sudah tiada lagi baiknya, seperti yang berlaku ke atas Al-A’si bin Wa-il. Dialah orang yang mula-mula mendustakan Rasul bahawa adanya hidup kemudian daripada mati. Dialah juga yang mendustakan adanya syurga di negeri akhirat. Maka diturunkan ayat-ayat al-Quran, membalas dakwaan sesatnya itu dan Allah terangkan balasan azabnya di negeri akhirat.

Dalam hal ini, siapakah yang beruntung? Tentulah orang-orang mukmin. Apabila diturunkan ayat al-Quran menyatakan hukuman Allah Taala ke atas orang itu tadi bertambahlah ilmu pengetahuan mereka serta bertambah kuatnya ketaqwaan mereka kepada Allah. Yang amat rugi sudah tentu orang-orang yang melawan dan mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Daripada sinilah  kita nampak dengan jelas bahawa golongan kufar yang menentang ajaran agama Islam telah menjadi suatu rahmat kepada orang-orang mukmin.

Justeru janganlah  dihairankan adanya golongan yang menentang agama Islam sekarang ini. Cuba  tanya diri kita sendiri, adakah kita hendak pilih ikut ABU JAHAL, ABU LAHAB,AL-AS’I Bin WA-IL dan lain-lain yang sehaluan dengan mereka atau kita pilih ikut ABU BAKAR AS-SIDDIQ dan para sahabat Rasulullah s.a.w.?

Tentulah kita akan pilih Abu Bakar r.a. dan para sahabat r.a.(رضي الله عنهم) yang lain.
Apakah tindak balas kita  bila  mendengar ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menerangkan mengenai  azab api neraka seperti yang tersebut di bawah ini?.

Maka hal orang-orang mukmin adalah seperti hal Nabi Allah Nuh a.s. iaitu disuruh bersiap sedia untuk jalan selamat sebelum didatangkan bala.Tersebut dalam kitab yang sah benarnya:
فإن الله تعالى يزيد في أجسامهم طولا وعرضا حتى يتزايد عذابهم بسببه فيحسون بلفح  النار ولدغ  العقارب والحيات من جميع اجزائها دفعة واحدة على التوالي.
                        Maksudnya :
" Bahawa Allah Taala menambah besar ketinggian dan kelebaran badan-badan mereka (di dalam api neraka) hingga bertambah kuatnya azab mereka dengan sebabnya lalu mereka merasai senggaran api neraka dan sengatan kala-kala dan ular-ular dari semua bahagian badan mereka dengan sekali gus dan berturut-turut. (Yakni merasai kepedihan senggaran api neraka, kepedihan (bisa) sengatan kala dan kesakitan pagutan ular satu persatu dengan sekali rasa kuatnya ketika terkena senggaran api neraka)."

قال ابو هريرة  قال رسول الله صلى عليه وسل ضرس  الكافر في النار مثل أحد وغلظ جلده مسيرة ثلاث.  

        Maksudnya : 

               Kata Abu Hurairah r.a. :
"Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Satu gerham orang kafir dalam api neraka adalah seperti besar (Gunung) Uhud dan tebal kulitnya adalah perjalanan tiga hari."
ومع عظم الأجسام كذلك تحرقهم النار مرات فتجدد جلودهم ولحومهم.
                         Maksudnya :
"Dalam begitu besarnya badan-badan (mereka)sedemikian itulah mereka dibakar oleh api (neraka),berulang-ulang kali lalu bertukar ganti kulit-kulit dan daging-daging mereka dengan yang baru."

Kata AL-HASAN pada Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa, ayat 56:

            " كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا " 
                  Maksudnya :
".....Setiap kali kulit-kulit masak, Kami gantikan mereka (dengan) kulit-kulit yang lainnya..."
   Kata Al-Hasan:
تأكلهم النار سبعين الف مرة كلما أكلتهم قيل لهم عودوا فيعودون كما كانوا ثم تفكر الآن في بكاء أهل النار وشهيقهم ودعائهم بالويل والثبور  
                   Maksudnya:
“ Mereka itu dimakan api neraka tujuh puluh ribu (70,000) kali, tiap-tiap kali mereka dimakan api neraka diperkatakan kepada mereka (oleh Malaikat Zabaniyah) kembalilah kamu kalian lalu mereka kembali pulih  semula sebagaimana sediakala   (yakni untuk menerima senggaran api yang lain). 
Kamudian, kata Al-Hasan, fikir-fikirkanlah oleh mu sekarang ini pada tangisan ahli neraka; jeritan mereka dan seruan mereka dengan kecelakaan diri.
 وقد قال بعض العلماء في قوله " تلفح وجوههم النار أنها لفحتهم لفحة واحدة فما أبقت لحما على عظم إلا ألقته عند أعقابهم وكلما نضجت جلودهم بدلوا جلودا غيرها وقد عريت من اللحم عظامهم فبقيت الأرواح منوطة بالعروق وعلائق العصب وهي تنش في لفح تلك النيران وهم مع ذلك يتمنون الموت فلا يموتون .
Kata setengah ulamak pada Firman-Nya dalam surah سورة المؤمنون Al-Mu’minun ayat 104:
      تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ النَّارُ وَ هُمْ فيها كالِحُونَ   
          Maksudnya :                       
“Muka-muka mereka disenggari api dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat.” 
Maknanya mereka disenggari satu kali senggaran maka tidak tertinggal (sedikit) daging juapun pada tulang melainkan jatuh (kesemuanya) pada sisi tumit-tumit mereka dan setiap kali kulita-kulit mereka masak digantikan (dengan) kulit-kulit yang lainnya dan tidak tertinggal sedikit daging pun pada tulang-tulang mereka maka tinggallah roh-roh itu tergantung pada urat-urat dan pada segala tempat pergantungan urat saraf dalam keadaan berbunyi mendidih ketika senggaran api neraka. Semasa mereka dalam keadaan sedemikian itu (azabnya)bercita-cita mati tetapi tidak mati (yakni hidup berkekalan dalam azab untuk selama-lamanya).


ULASAN MENGENAI PERKARA DI ATAS


Penerangan mengenai  roh seperti tersebut, sangatlah susah untuk difahami oleh orang-orang awam, namun ada dua cara yang  mudah difahami iaitu melalui:
*    Bab Israk dan Mikraj  * Bab Orang Masuk Neraka        
Apabila mereka disenggari api neraka gugurlah segala kulit dan daging mereka  maka bagaimanakah hal-hal roh mereka itu ?

Kedua-dua bab ini dapat menolak kesamaran faham dalam masalah roh. Yang lebih mudah ditunjukkan kepada orang awam ialah mengenai  orang-orang yang dimasukkan ke dalam api neraka. Lihatlah betapa besarnya badan-badan mereka sebagaimana yang diterangkan itu tadi. Bila disenggari api neraka gugurlah kulit-kulit dan daging-daging dari tulang. Maka tinggallah roh-roh itu bergantungan pada urat-urat.

Di sini ada dua makna bagi perkataan ROH, satu dengan makna NYAWA dan satu lagi dengan makna BADAN BATIN.


Misal pertama:
Apabila binatang itu mati ke manakah nyawanya pergi?

Jawabnya: HILANG LENYAP kerana ia hanyalah sebagai WAP sahaja. Ini jika ia seekor binatang.

Misal Kedua:
Apabila wafatnya Nabi Musa a.s. kemanakah rohnya pergi. Yakni, kemanakah  badan batinnya berpindah tempat?

Jawabnya: ke ALAM BARZAKH.

Sila rujuk bab Israk dan Mikraj. Di sana kita dapati Nabi Muhammad s.a.w. telah  menemui Nabi Musa a.s. pada langit yang ke enam.

Oleh itu, maka janganlah kalimah roh itu dimaknakan dengan makna nyawa.
Jika kita  ditanya, berapakah  jenis roh yang ada pada Nabi Musa a.s. ?
Jawabnya: Ada baginya DUA ROH YANG BERLAINAN iaitu:
      *   ROH JASMANI dan       

*  ROH HAMMAL LIL-AMANAH

Roh Jasmani akan hilang lenyap apabila ia mati kerana terbitnya dari darah  bagai wap sahaja.

Sementara Roh Hammal Lil -Amanah روح حمال للامانة adalah datangnya daripada tiupan Malak-Ar-Ruh(ملك الروح) ketika ia dalam perut ibunya dahulu. Roh itulah yang akan pindah tempat ke ALAM BARZAKH di sana. Ini boleh dimaknakan BADAN BATIN. Badan ni atau Roh Hammal Lil-Amanah ini bukanlah dengan sendirinya keluar dari badan tetapi Allah Taala perintahkan MALAKUL-MAUT mencabutnya keluar dari badan, bukannya ROH JASMANI yang telah lenyap.

Sekiranya ia seorang mukmin yang salih maka MALAIKAT AR-RAHMAH akan mengambil ROH HAMMAL LIL-AMANAH itu untuk diletakkan ke atas kain sutera untuk dibawa ke tempat rahmat Allah Taala.
Jika dia seorang yang kafir maka MALAIKAT AZAB akan mengambil Roh Hammal Lil-Amanah itu untuk diletakkan ke atas kain kasar, ada padanya bara api yang bunyinya mendidih kerana terlalu azabnya azabnya untuk dibawa terus ke tempat azab.
Jika kita ditanya, apakah dia Roh Hammal Lil-Amanah itu?
Adapun Roh Hammal Lil-Amanah itu, jika orang yang mati itu namanya Zaid maka Zaidlah yang diletakkan ke atas bara api itu, bukan lain.  Samalah hal Zaid jika ia dimasukkan ke api neraka dan disenggari badannya oleh api neraka maka gugurlah semua kulit dan dagingnya, yang tinggal hanyalah tulang dan urat. Maka bergantunglah diri Zaid itu pada urat-urat dan mendidih dirinya itu terkena senggaran api neraka. Bercita-citalah ia mahukan mati tetapi Allah Taala tidak mematikannya bahkan dikekalkan dalam azab sedemikian itu.

Dalam Bab Roh, penerangan seperti ini mudah difahami. Lihatlah  hikmah Allah Taala apabila diselindungkan pemandangan mata orang-orang yang hadir ke rumah orang yang hendak mati itu dari kehadiran malaikat azab. Jika semasa masih di dalam rumah pun, orang ramai tidak Mapat melihat kedatangan malaikat-malaikat azab maka begitulah juga dengan segala perkara yang berlaku dalam kubur. Malahan Allah Taala selindungkan juga dari didengari dan dari pemandangan orang yang hadir.
Andainya malaikat-malaikat azab yang berpakaian dari pakaian api neraka dapat dilihat di rumah orang kafir oleh orang-orang yang hadir nescaya rosaklah segala kehidupan manusia di dunia ini disebabkan segala halnya tersangat dahsyatnya.
Oleh itu, betapalah untungnya orang mukmin dengan sebab beriman kepada Allah Taala dan Rasul-Nya, dapatlah mereka mengetahui hal-hal negeri akhirat dan menjadi orang mukmin yang baik akhlaknya. Maka nampaklah dengan jelasnya bahawa taatkan Allah Taala dan Rasul-Nya itulah sahaja jalan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Bagi orang yang telah tidak mahu beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya maka ditunjukkan bagaimana rupa kehinaan dan kecelakaan yang dikenakan oleh Allah Taala ke atas mereka.

Di kalangan orang-orang yang mengejek-ejek agama Islam ialah Al-A’s bin Wa-il Assuhami Al-Qurasyi. Dia itu adalah orang yang sangat memusuhi Rasulullah. Katanya yang bermaksud: 
 "Muhammad telah menipu para sahabatnya bahawa mereka akan hidup kemudian daripada mati. Demi Allah, tidak membinasakan kami melainkan MASA." 
Maka diturunkan ayat-ayat al-Quran, menolak dakwaan sesatnya itu dalam surah سورة الجاثية  Al-Jathiyah ayat 24:
وَقَالُوا مَا هِيَ إِلا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلا يَظُنُّونَ 

        Maksudnya : 

“Dan mereka berkata, tidaklah (kehidupan) ini melainkan kehidupan kami di dunia; kami mati dan kami hidup, dan tidak membinasakan kami melainkan masa dan tiada bagi mereka dengan itu dari ilmu pengetahuan, tidaklah mereka melainkan mereka menduga-duga (mengikut sangkaan).”
Lihatlah hal AL-A’AS BIN WA-IL, pada permulaan terbit agama Islam. Ia telah bermusuh membangkang agama Islam dengan kata-kata kasar mendustakan Rasul.

PERINGTAN

Terlebih dahulu, perlu diambil peringatan bahawa hati golongan orang-orang munafiqin dan golongan puak agama sesat adalah sama sahaja dengan hati AL-A’AS BIN WA-IL ASSUHAMI AL-QURASYI, mendustakan adanya hidup selepas mati dan adanya syurga secara rahsia walaupun pada zahirnya kelihatan bersembahyang, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji.

Pada hakikatnya, mereka menyokong kata-kata Al-A’as bin Wa-il. Banyak kaum menyebutkan syurga tetapi hanya kalimah syurga sahaja.

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Al-A’as:
Dia ini berhutang dengan Khabbab Bin Al- Arath, salah seorang lelaki muslim yang datang menuntut hutangnya. Kata Al-A'as : 
"Adakah tidak Muhammad mendakwa yang engkau ini di atas agamanya bahawa di syurga terdapat apa sahaja yang diingini oleh ahlinya daripada emas, perak, pakaian atau khadam?"  
Jawab Khabbab : 
"Bahkan."
Maka kata Al-A’as: 
“Engkau tunggulah aku pada hari itu, aku akan bawakan harta dan anak dan aku akan tunaikan hutang engkau.”  

Dengan keluarnya kata-kata ejekan daripada Al-A'as itu Allah turunkan dalam surah Maryam سورة مريم  ayat 77-80: 
أَفَرَأَيْتَ الَّذِي كَفَرَ بِآيَاتِنَا وَقَالَ لأوتَيَنَّ مَالا وَوَلَدًا (77) أَطَّلَعَ الْغَيْبَ أَمِ اتَّخَذَ عِنْدَ الرَّحْمَنِ عَهْدًا (78) كَلا سَنَكْتُبُ مَا يَقُولُ وَنَمُدُّ لَهُ مِنَ الْعَذَابِ مَدًّا (79) وَنَرِثُهُ مَا يَقُولُ وَيَأْتِينَا فَرْدًا (80 
                   Maksudnya :
“Adakah engkau telah lihat orang yang ingkar (Al-A’as) dengan ayat-ayat Kami dan ia berkata (pada Khabbab) sungguh  akan aku datangkan harta dan anak. (77)   
Adakah ia mengetahui perkara yang ghaib atau ia telah membuat pada sisi Ar-Rahman Maha Luas Kasih Sayang-Nya suatu janji. (78)   
Tidak sekali-kali, akan Kami tuliskan apa yang ia kata dan Kami tambahkan baginya dari azab yang berpanjangan. (79)   
Dan Kami akan mewarisinya apa yang ia kata dan ia akan datang kepada Kami berkeseorangan.” (80)
Lihatlah janjian Allah pada balasan azab dalam api neraka. Dalam dunia ini, ada golongan orang-orang munafiqin berpura-pura seperti orang-orang Muslimin dan Muslimat . Pada hal, mereka menyimpan ilmu rahsia dan ilmu bisikan tetapi iktiqad dan ilmu yang dibisikkan itu ialah mensyirikan Allah dan mendustakan Rasul, tiada hidup kemudian daripada mati dan memperejek adanya syurga.

Golongan ini jika berhadapan dengan Rasul sekalipun, hati mereka tetap keras tidak mahu berlembut. Kita doakan sahaja supaya hati mereka itu berlembut.

Bagaimanakah caranya untuk memudahkan kefahaman kita dalam bab roh?
Dalam perkara ini, kita ambil Bab ISRAK dan MIKRAJ. 
Kita sebutkan bahawa roh Nabi Musa a.s. ditemui oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada langit yang ke-enam pada malam Israk dan Mikraj.

Maka apa dia roh ini?
Roh itu ialah ROH HAMMAL LIL-AMANAH dan bukannya roh jasmani. Roh jasmani ialah roh yang terbit dari darah yang diletakkan maknanya dengan makna NYAWA dan NAFAS yang turun-naik pada hidung yang ada kaitannya dengan roh dan pergerakan jantung. Itulah roh dengan makna nyawa dan nyawa ini akan hilang begitu sahaja.

Mengenai Roh Hammal Lil-Amanah ini ia adalah roh yang datangnya daripada tiupan MALAK AR-RUH (ملك الروح) kepada bayi semasa dalam perut ibunya pada waktu yang tertentu. Maka roh ini diletakkan maknanya dengan makna BADAN BATIN.

Penggunaan istilah BADAN BATIN tidak disebutkan dalam kitab-kitab tetapi di sini hanyalah untuk memudahkan fahaman bagi orang awam sahaja.
Oleh kerana orang awam tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan badan batin maka kita terangkan dalam bentuk "perumpamaan".
Sebagai contoh orang yang tidur di atas katil dan bermimpi. Dalam tidurnya itu ia pergi ke suatu tempat di mana terdapatnya padang dan berbagai pokok dan lain-lain lagi. Di sana dia merasakan telah memasuki ke suatu tempat yang luas, dapat dilihat langitnya, bintang-bintangnya dan lain-lain. Dalam mimpinya itu, dia boleh memberi syarahan dalam bab ilmu yang ia tahu, pada hal badannya itu terletak di atas katil yang tidak bergerak. Apakah kita kata jika ada orang mukmin  salih yang bermimpi dibawa oleh seorang malaikat memasuki syurga?

Perkara sebegini memang berlaku. Jika orang itu namanya Zaid (sebagai contoh), maka badan Zaid yang zahir itulah yang berada  di atas katil tetapi yang berjalan itu ialah badan batin. Oleh itu, sewaktu bermimpi, jelaslah bahawa badan zahirnya adalah di atas katil dan badan batinnya berjalan ke tempat-tempat yang luas. Maka badan batin ini sangatlah kuat, tidak boleh hancur walau dibakar dengan api neraka. Itulah yang dikatakan Roh Hammal Lil-Amanah.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. menemui Nabi Musa a.s pada malam ISRAK dan MIKRAJ di langit yang ke enam itulah Roh Hammal Lil-Amanah dan bukannya ROH JASMANI yang terbit dari darah. Oleh itu, janganlah diterjemahkan roh Nabi Musa a.s. pada langit ke enam itu dengan makna nyawa  bahkan hendaklah dimaknakan dengan BADAN BATIN Nabi Musa a.s.

Oleh itu, Nabi Musa a.s. mempunyai dua roh iaitu Roh HAMMAL LIL-AMANAH atau BADAN BATIN iaitu roh yang dikeluarkan oleh malakul-maut untuk dibawa oleh malaikat rahmat ke tempat rahmat sementara BADAN ZAHIRNYA hidup dengan roh jasmani. Jik ia SEORANG MUKMIN YANG SALIH maka hidup Roh Hammal Lil-Amanahnya adalah seperti hidup malaikat bila terputus hubungannya dengan BADAN ZAHIR iaitu apabila ia keluar dari badan zahir.

[Lihat :  ISRA' MIKRAJ dan FARDHU SOLAT ]


MAKNA ROH JASMANI:

Roh Jasmani boleh diibaratkan sebagai LAMPU PELITA yang menggunakan minyak. Apabila habis minyaknya maka padamlah lampu itu. Samalah seperti hidup pokok dengan air. Apabila habis air, matilah pokok itu. Demikian juga halnya dengan darah di dalam badan manusia, jika terkurang kadar yang sepatutnya dikehendaki maka beransur kuranglah  kekuatan pancaindera yang lima, apatah lagi jika kehabisan darah. Maka roh jasmani itupun hilang lenyap bagai wap sahaja. Bagi orang jahil, manusia itu hanya mempunyai satu roh sahaja iaitu Roh Jasmani.

Persoalannya sekarang ini, apakah penerangan yang mustahak diterangkan kepada orang awam lagi, berkenaan dengan Roh Hammal Lil- Amanah?.

Sebagai jawapan, jika seseorang itu jahil dalam agama Islam maka terlebih dahulu hendaklah dia beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika tidak samalah dengan iktiqad ABU JAHAL, ABU LAHAB, AL-A’AS BIN WA-IL dan yang seumpama dengan mereka.

[**TANBIH (peringatan)]
Oleh itu, bagi orang mukmin, sila baca Bab Israk dan Mikraj. Janganlah dihairankan atau diambil ringan bab Israk dan Mikraj. Marilah kita fikirkan apakah yang  lebih besar halnya daripada  lautan terbelah dua apabila Allah Taala selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari bahaya musuhnya Firaun dan bala tenteranya?.]

ROH HAMMAL LIL-AMANAH

Apa dia jenis ROH HAMAL LIL-AMANAH itu? 
Sila baca bab “syaitan, kembaran manusia” dan “malaikat, kembaran manusia”, baharulah ia dapat memahaminya apa itu roh Hammal Lil-Amanah. Pastinya dia tidak mungkin akan dapat memahaminya sebelum membaca kedua-dua bab itu tadi.

Kata Abu Hurairah:
" التقى شيطان المؤمن وشيطان الكافر فاذا شيطان الكافر دهين سمين كاس وشيطان المؤمن مهزول أشعث أغبر عار فقال شيطان الكافر لشيطان المؤمن مالك مهزول . قال انا مع رجل إذا أكل سمى الله فأظل جائعا وإذا شرب سمى الله فأظل عطشانا واذا لبس سمى الله فأظل عريانا واذا ادهن سمى الله فاظل شعثا فقال لكني مع رجل لا يفعل شيئا فانا اشاركه في طعامه وشرابه ولباسه " .
                         Maksudnya :
"Syaitan orang mukmin dan syaitan orang kafir telah bertemu (muka) di mana syaitan orang kafir itu berminyak rambut, gemuk dan berpakaian, sementara syaitan orang mukmin itu kurus, kusut rambutnya, berdebu dan tidak berpakaian. Maka kata syaitan orang kafir kepada syaitan orang mukmin: Kenapakah engkau kurus? 
Katanya: Aku bersama lelaki yang apabila makan ia menyebut nama Allah maka berpagi-pagi aku lapar dan apabila minum ia menyebut nama Allah maka berpagi-pagi aku dahaga dan apabila memakai pakaian, ia menyebut nama Allah maka aku berpagi-pagi tidak berpakaian dan apabila memakai minyak rambut maka ia menyebut nama Allah maka aku berpagi-pagi berkusut rambut. Maka katanya: Tetapi aku bersama lelaki yang tidak berbuat apa-apa sedemikian itu lalu aku menyertainya pada makanannya, minumannya dan pakaiannya."
Maka syaitan ini adalah kembaran manusia, samalah seperti yang disebutkan oleh Iblis laknatullah.
Kata Ayub bin Yunus bin Yazid:

"بلغنا انه يولد مع ابناء الانس من أبناء الجن ثم ينشئون معهم"

                         Maksudnya : 
“Telah sampai khabarannya kepada kami bahawa diperanakkan anak-anak manusia bersama-sama dengan anak-anak jin, kemudian hiduplah mereka bersama." 
Maksudnya ada bagi manusia itu seorang kembaran dari jin dan manusia pula ada satu badan selain dari badan zahir yang jika tidak manakah boleh hidup bersama dengan anak-anak jin dan menyuruh manusia berbuat kejahatan. Di samping itu, ada seorang malaikat, kembaran manusia menyuruhnya berbuat baik. Jika tidak ada bagi manusia itu satu badan lain selain dari badan zahir ini, manakah boleh menerima suruhan dan ajaran malaikat supaya berbuat baik. Syaitan, kembaran manusia, hanyalah untuk kejahatan semata-mata sedangkan malaikat, kembaran manusia itu hanyalah untuk kebaikan semata-mata.

Maka BADAN BATIN atau ROH HAMMAL LIL-AMANAH bagi manusia adalah seperti badan malaikat, hidupnya juga seperti malaikat, cuma halnya sahaja berubah yang jika ia ikut ajaran kembaran malaikatnya itu maka sangatlah elok mukanya dan bercahaya. Dan jika ia ikut ajaran kembaran syaitannya itu maka sangatlah buruk rupa mukanya dan hitam. Kerana itu, apabila seorang mati maka badan zahirnya sahaja yang mati dan rohnya yang terbit dari darah sahaja yang hilang lenyap. Akan tetapi, badan batin atau Roh Hammal Lil-Amanah itu tidak mati, cuma ia berpindah tempat daripada dunia ke ALAM BERZAKH. Jika ia seorang mukmin salih, ia akan dibawa ke tempat rahmat dan kesenagan, jika seorang kafir, ia akan dibawa ke tempat azab.

Orang jahil dan orang kafir, tidak tahu mengenai hal roh seperti ini keadaanya. Pada sangkaan mereka, roh itu tidak ada selain dari roh yang terbit dari darah. Itu sahaja. Tiada mereka tahu adanya syaitan kembaran manusia.

Kata Jabir bin Abdullah bahawa Adam a.s. tatkala diturunkan ke bumi, ia berkata:

يا رب هذا الذي جعلت بيني وبينه عداوة  ان لم تعني عليه لا أقوى عليه قال: لا يولد لك ولد إلا وكل به ملك قال: يا رب زدني قال: أجزي بالسيئة سيئة وبالحسنة عشرا إلى ما أريد. قال يا رب زدني قال: باب التوبة مفتوح مادام في الجسد الروح. قال إبليس : يا رب هذا العبد الذي كرمته علي إن لم تعني عليه لا أقوى عليه، قال: لا يولد له ولد إلا وله لك ولد قال: يا رب زدني قال: تجري منهم مجرى الدم وتتخذون صدورهم بيوتا قال رب زدني قال : واجلب عليهم بخيلك ورجلك وشاركهم في الأموال والأولاد وعدهم وما يعدهم الشيطن إلا غرورا.

                           Maksudnya :
“Wahai Tuhanku, dia ini yang Engkau jadikan di antaraku dan di antaranya perseteruan, jika Engkau tidak menolongi akan daku ke atasnya, nescaya tidaklah aku berupaya ke atasnya”. Firman-Nya: “Tidak diperanakkan bagi engkau seorang anak, melainkan diwakilkan (ditugaskan) baginya seorang malaikat”. Katanya: “Wahai Tuhanku, Engkau tambahilah lagi bagiku”. Firman-Nya: “Aku balasi dengan satu kejahatan itu satu kejahatan dan dengan satu kebajikan itu sepuluh hingga (sebanyak) mana yang Aku kehendakki. Katanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau tambahilah lagi untukku. Firman-Nya: “Pintu taubat terbuka selama ada pada jasad itu roh”. Maka kata Iblis: “Wahai Tuhanku, dia ini, hamba yang Engkau muliakan ke atasku, jika tidak Engkau menolongi daku ke atasnya, nescaya tidaklah aku berupaya ke atasnya. Firman-Nya: “Tidak diperanakkan baginya seorang anak melainkan diperanakkan bagi engkau seorang anak”. 
Ia berkata: “Engkau tambahilah lagi bagiku”. Firman-Nya: “Engkau berjalan (dalam diri mereka seperti) perjalanan darah dan engkau sekalian jadikan dada-dada mereka (sebagai) rumah-rumah (kediaman)”. Ia berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah akan daku”. Firman-Nya: “Tariklah ke atas mereka itu dengan tentera engkau yang menunggang kuda dan yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka dalam harta-harta (haram seperti riba) dan anak-anak (haram) dan janjikan kepada mereka (ketidak-adanya Hari Pembalasan) dan tiada apa yang syaitan janjikan kepada mereka kecuali (janji-janji) yang batil”. (Lihat surah Al-Isra’ ayat 64). 
Hadis Rasulullah s.a.w. ini memperjelaskan lagi bahawa tiap-tiap manusia itu ada dua orang kembarannya iaitu seorang malaikat untuk menyuruhnya berbuat baik dan seorang syaitan untuk menyuruhnya berbuat jahat.

Oleh itu, setiap orang ada dua lintasan di hatinya, lintasan hendak melakukan sesuatu yang baik pada timbangan hukuman Allah yang datangnya daripada malaikat kembarannya dan lintasan hendak membuat sesuatu yang jahat, menyalahi hukuman Allah. Lintasan ini datangnya adalah daripada syaitan kembarannya.

 فالقلب متجازب بين الشيطان والملك وقد قال صلى الله عليه وسلم " في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم انه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم  ثم تلا قوله تعالى: "الشيطان يعدكم الفقر ويأمركم بالفحشاء ... ".

                         Maksudnya : 
“Maka hati itu (badan batin) saling tarik-menarik di antara syaitan dan malaikat.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Dalam hati ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan yang hak. Maka barangsiapa dapat (hal) yang demikian maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu adalah daripada Allah Subhanahu dan hendaklah ia memuji Allah; dan satu lintasan daripada seteru, menjanjikan dengan kejahatan, mendustakan apa yang hak (benar) dan mencegah dari (membuat perkara) kebaikan. Barangsiapa mendapati yang demikian itu hendaklah ia minta perlindungan Allah dari syaitan yang dilaknat. Kemudian ia (Nabi) membacakan Firman Allah Taala yang kira-kira ertinya: “Syaitan itu menjanjikan kamu sekalian (dengan) kemiskinan dan menyuruh kamu sekalian dengan segala perkara keji ..…. ”.  [Surah al-Baqarah: 268.]

             Orang Soleh | Informasi Islam

Makna hati di sini, bukanlah hati yang berbuku itu tetapi ia merujuk kepada badan batin manusia. Lihatlah hal manusia, sangatlah ajaibnya, mempunyai seorang kembaran dari malaikat dan seorang kembaran dari syaitan, ada malaikat menulis segala amalan kebajikan dan ada malaikat menulis segala amalan kejahatan, sementara Malaikat Hafazah  membawa naik segala amalan yang salih ke langit. Jadi hati yang berbuku itu, tidak mulia di sisi Allah Taala kerana apabila seseorang itu meninggal dunia dan dikebumikan hancurlah hati itu, samalah seperti binatang yang juga mempunyai hati yang berbuku itu.
Oleh itu, lafaz qalbu dengan makna hati adalah merujuk kepada badan batin manusia. Badan batin inilah yang menyimpan sepuluh perkara sifat mazmumah, seperti hasad, takbur, riak dan lain-lain. Dan hati ini pula boleh berubah kepada kebaikan seperti sabar, syukur dan lain-lain sementara hati yang berbuku dalam dada itu tidak boleh menyimpan sifat sabar, syukur dan lain-lain.
Makanya binatang itu tiada hati seumpamanya. Maka badan batin manusia itu adalah atas nama Roh Hammal Lil-Amanah dan juga atas nama QALBU (قلب). Hidupnya adalah berkekalan di akhirat, sama ada dalam api neraka atau dalam syurga.

Jika ditanya, bagaimana hal badan batin dalam kubur?
Bacalah dua Hadis ini: 

وينفخون في جسمه الى يوم يبعثون

ولا ينبغي ان يتعجب من هذا العدد على الخصوص فإن اعداد هذه الحيات والعقارب بعدد الاخلاق المذمومة من الكبر والرياء والحسد والغل والحقد وسائر الصفات فإن لها اصولا معدودة ثم تتشعب منها فروع معدودة ثم تنقسم فروعها الى اقسام، وتلك الصفات بأعيانها هي المهلكات وهي بأعيانها تنقلب عقارب وحيات فالقوي منها يلدغ لدغ التنين والضعيف يلدغ لدغ العقرب وما بينهما يؤذي ايذاء الحية.

                    Maksudnya :

                    Kata Abu Hurairah
"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'Orang mukmin dalam kuburnya itu adalah di sebuah TAMAN HIJAU, diluaskan baginya dalam kuburnya itu, tujuh puluh hasta, ia bercahaya hingga seperti bulan di malam bulan purnama'. Nabi bertanya:'Adakah engkau sekalian tahu pada apakah diturunkan (ayat): " فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً "(maksud ayat: “...maka bahawasanya ada baginya kehidupan yang sempit....(surah T’aha, ayat 124). 
Kata mereka: 'Allah dan Rasul-Nya Amat Mengetahui'. Sabdanya: 'Azab orang kafir di kuburnya dikerasi ke atasnya sembilan puluh sembilan ekor naga; adakah engkau sekalian tahu apa dia naga itu?  (Naga itu) ialah sembilan puluh sembilan (99) ekor ular, bagi seekor ular itu ada tujuh kepala mencarik-carikannya, menjilat dan menyemburkan badannya hingga hari mereka dibangkitkan dari kubur'. ”
Dari segi bilangan itu secara khusus adalah tidak menghairankan kerana bilangan ular dan kala adalah sebanyak bilangan akhlak mazmumah seperti takbur, riak, hasad, dengaki, tipu-daya, iri-hati, dan segala yang sifat keji yang seumpama dengannya. Maka ada baginya pangal usul yang terbilang. Kemudian cabang-cabangnya itu terbahagi kepada beberapa bahagian. Maka sifat-sifat itu sendiri adalah sifat-sifat pembinasa dan ia bertukar menjadi kala dan ular. Pagutan yang terkuat ialah bagai pagutan naga dan yang lemah memaggut bagai pagutan kala dan di antara keduanya memaggut bagai pagutan ular.
Lihatlah makna hadis itu tadi dan bagaimanakah segala sifat hasad, riak dan takbur itu bertukar menjadi ular dan bagaimanakah hal ROH HAMMAL LIL-AMANAH iaitu badan batin ketika dalam kubur.

Sebagai contoh, andainya orang yang bermimpi malam itu menghadapi kesangsaraan dalam mimpinya maka apabila terjaga, hilanglah segala kesusahannya tetapi orang yang mati maka segala kesusahan di kuburnya terpaksalah ditanggung kerana ia bukan lagi  dalam keadaan tidur, boleh terlepas dari azab keseksaan sekalipun badannya itu jadi tanah dan hancur terkena bakaran api tetapi azab dalam kuburnya terus berlaku kerana yang terkena azab itu ialah badan yang batin.

Selanjutnya marilah kita fahamkan betul-betul jika seorang yang bermimpi malam, pergi ke suatu tempat, tiba-tiba ada ular berbisa di situ lalu membelitnya. Maka dia pun menjerit minta tolong dan tiada orang yang tahu termasuklah orang berjaga di sebelahnya itu. Dia mahu membuka matanya supaya terjaga dari tidur tetapi matanya tidak terbuka. Sudah berlaku lima hari lima malam, tidak juga matanya terbuka supaya terjaga dari tidurnya. Maka adakah Allah Taala berkuasa mengadakan ular bisa itu, berjuta-juta kali ganda lebih kuat bisanya dari ular dalam dunia ini?

Tentulah Allah Amat Berkuasa. Maka siapakah yang terkena pagutan ular dalam mimpi itu?

Yang terkena pagutan itu ialah badan batin. 

Dan apakah jenis ular itu?

Jenisnya adalah sama sahaja dengan jenis badan batin itu.

Berapakah kuatnya badan batin itu menanggung azab?
Kuatnya badan batin itu ialah apabila dibakar api neraka sekalipun ia tidak akan hancur dan tidaka mati kerana ia dikekalkan selama-lamanya.

Oleh itu, bacalah Hadis yang tertera di bawah ini:

قال النبي صلى الله عليه وسلم: "ما منكم من أحد إلا وله شيطان قالوا وأنت يارسول الله قال وأنا إلا أن الله أعاني عليه فأسلم فلا يأمر إلا بخير".

                        Maksudnya:

               Nabi Muhammad s.a.w. bersabda 
“Tiada seorang pun di kalangan kamu sekalian melainkan ada baginya syaitan”. Kata mereka: 'Dan engkau (jugakah), wahai Rasulullah?'Sabdanya: 'Dan aku juga melainkan Allah Taala menolong akan daku ke atasnya lalu ia masuk Islam maka tidaklah ia menyuruh melainkan dengan kebaikan'.”
Maka daripada Hadis ini, mengetahuilah kita sepenuhnya bahawa Nabi Muhammad s.a.w.  tidak terkena mana-mana sifat mazmumah yang sepuluh perkara itu kerana syaitan kembarannya telah jadi Muslim. Sangatlah salahnya jika ada mana-mana pihak yang menuduh Nabi Muhammad s.a.w. itu terkena mana-mana satu dari sifat-sifat mazmumah yang sepuluh perkara itu kerana para anbiak kesemua mereka adalah maksum. Sebaliknya sangatlah dustanya jika ada di kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang mengaku diri mereka bersih tanpa ada sebarang sifat mazmumah yang sepuluh itu.


PERINGATAN: Mengenai Para Sahabat r.a.

Di kalangan umat manusia, tiada yang maksum termasuklah para sahabat. Sungguhpun para sahabat tidak dapat martabat bersih dari segala sifat mazmumah yang sepuluh perkara itu kerana ada menyimpan sifat-sifat mazmumah ketika jahiliah namun mereka berjaya menukarkan hati mereka kepada sifat-sifat mahmudah yang sepuluh perkara itu disebabkan mereka memiliki banyak ilmu agama Islam sementara hati-hati mereka penuh dengan ketaqwaan kepada Allah Taala dan sangat takutkan azab api neraka.

Bagi para sahabat r.a., mereka dapat menolak segala sifat mazmumah bermula dari terbitnya lintasan hati sama ada ia terbit daripada syiatan atau malaikat kerana mereka telah melihat sendiri orang-orang yang telah diturunkan ayat-ayat al-Quran yang menyatakan kemurkaan Allah ke atas mereka yang ingkar dan betapakah kerasnya  hati mereka yang sudah tiada baiknya lagi.

Oleh itu, hati-hati mereka sangatlah takutnya untuk melanggar sebarang hukuman Allah, sangatlah takut kalau terkena seperti orang-orang yang diturunkan oleh Allah Taala ke atas mereka yang ingkar itu. Sudah tiada ubatnya lagi jika telah disebutkan dalam ayat al-Quran sebagai salah seorang di kalangan ahli neraka.

Demikianlah hal keadaan hati para sahabat. Oleh itu tidaklah boleh dibandingkan orang-orang terkemudian dengan mereka itu. Dengan itu, mudahlah hati mereka mendapat sepuluh sifat mahmudah seperti di bawah ini:

 1.            Menyesal di atas dosa
 2.            Sabar di atas bala (ujian kesusahan)
 3.            Reda dengan Qada' Allah.
 4.            Syukur di atas nikmat
 5.            Takutkan neraka berharapkan syurga
 6.            Berzahidkan dunia
 7.            Berikhlas pada amalan
 8.            Baik adab sesama manusia
 9.            Kasihkan Allah
10.          Merendah diri kepada-Nya.

Lihatlah hal ROH HAMMAL LIL-AMANAH atau BADAN BATIN orang mukmin yang bercahaya di dalam kuburnya seperti bulan empat belas (purnama). Bagi orang kafir, keadaan hal ROH HAMMAL LIL-AMANAH atau badan batinnya itu sangatlalh buruk dan dibalakan dengan pagutan ular bisa dan sengatan kala.

Jika seorang kafir, begitulah azabnya. Maka adakah kita reda anak-anak kita dan diri kita terkena azab seperti orang kafir di dalam kuburnya nanti?

Sila baca bagaimana si kafir dipukul dengan pemukul besi apabila ia jahil dalam ilmu keimanan kepada Allah dan kepada Rasul-Nya manakal disoal oleh Munkar wa Nakir seperti mana yang diterangkan pada hadis yang panjang itu.

Oleh itu, kedua ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka menghafaz kitab “Terjemah Akidah Ahli Assunnah” dan disuruh membaca sepenuhnya makna yang panjang pada ayat al-Quran dalam surah سورة الشورى Asy-Syuura ayat 11:

"ليس كمثله شيء وهو السميع البصير ...."

Kemudiannya, membaca bab "بدء الوحي" (bad-ul wahyi) dan عود الوحي (bab a’udul-wahyi) dan segala kesusahan orang-orang kuffar Quraisy ketikanya hendak memeluk agama Islam diperingkat awalnya. Selanjutnya membaca bab kemuliaan dan ketaqwaan MALAIKAT JIBRIL A.S.  Selepas itu bacalah adab kesopanan Nabi Muhammad s.a.w sebelum dibangkitkan menjadi Rasul hingga dinamakan oleh kaumnya sebagai AL-AMIN. Dan bacalah makna Asma Ul-Husna yang sah benarnya dan kalimah An-Nuur yang sama sekali, bukan dengan makna cahaya serta membaca al-Israk dan al-Mikraj.

Kepada kedua ibu bapa, berilah peringatan kepada anak-anak sama ada mereka mahu membaca dan menghafaz segala ilmu pengetahuan tersebut atau mahukan terkena azab seperti mana disebutkan di dalam hadis di bawah ini:

قال البراء بن عازب خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة رجل من الانصار  فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم على قبره منكسا رأسه ثم قال: "اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر ثلاثا ثم قال: " ان المؤمن اذا كان في قبل من الأخرة بعث الله ملائكة كأن وجوههم الشمس معهم حنوطه وكفنه فيجلسون مد بصره فاذا خرجت روحه صلى عليه كل ملك بين السماء والارض وكل ملك في السماء وفتحت ابواب السماء فليس منها باب إلا يحب أن يدخل بروحه فاذا صعد بروحه قيل أي رب عبدك فلان فيقول ارجعوه فاروه ما أعددت له من الكرامة فإني وعدته "منها خلقناكم وفيها نعيدكم..." الاية. وانه ليسمع خفق نعالهم اذا ولوا مدبرين حتى يقال يا هذا من ربك وما  دينك ومن نبيك؟ فيقول : ربي الله وديني الاسلام ونبيي محمد صلى الله عليه وسلم قال فينتهرانه انتهارا شديدا وهي آخر فتنة تعرض على الميت فاذا قال ذلك نادى مناد أن قد صدقت وهي معنى قوله تعالى "يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت" الاية. ثم يأتيه آت حسن الوجه طيب الريح حسن الثياب فيقول: أبشربرحمة ربك وجنات فيها نعيم مقيم. فيقول وأنت فبشرك الله بخير من أنت؟ فيقول أنا عملك الصالح والله ماعلمت أن كنت لسريعا الى طاعة الله بطيئا عن معصية الله فجزاك الله خيرا قال ثم ينادي مناد أن أفرشوا له من فرش الجنة ويفتح له باب الى الجنة فيقول: اللهم عجل قيام الساعة حتى ارجع الى أهلي ومالي قال واما الكافر فإنه اذا كان في قبل من الآخرة وانقطاع من الدنيا نزلت اليه ملائكة غلاظ شداد معهم ثياب من نار وسرابيل من قطران فيحتوشونه فاذا خرجت نفسه  لعنه كل ملك بين السماء والارض وكل ملك في السماء وغلقت ابواب السماء فليس منها باب إلا يكره أن يدخل بروحه منه فاذا صعد بروحه نبذ وقيل أي رب عبدك فلان لم تقبله سماء ولا ارض فيقول الله عزوجل ارجعوه فاروه ما أعددت له من الشر اني وعدته "منها خلقناكم وفيها نعيدكم" الاية وانه ليسمع خفق نعالهم اذا ولوا مدبرين حتى يقال له ياهذا من ربك ومن نبيك وما دينك فيقول: لا ادري فيقال لا دريت ثم يأتيه آت قبيح الوجه منتن الريح قبيح الثياب فيقول أبشر بسخط من الله وبعذاب اليم مقيم فيقول بشرك الله بشر من أنت فيقول انا عملك الخبيث والله ان كنت لسريعا في معصية الله بطيئا عن طاعة الله فجزاك الله شرا فيقول فجزاك الله شرا ثم يقبض له أصم أعمى أبكم معه مزربة من حديد لو اجتمع عليه الثقلان على أن يقلوها لم يستطيعوا لو ضرب بها جبل صار ترابا فيضربه بها بين عينيه ضربة يسمعها من على الارضين ليس الثقلين قال ثم ينادي مناد أن افرشوا له لوحين من نار وافتحوا له بابا الى النار فيفرش له لوحان من نار ويفتح له باب النار"."

Maksudnya : 

Kata Al-Bura’ bin A’azib
"Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. melawat jenazah salah seorang lelaki dari puak Ans’ar maka duduklah Rasulullah s.a.w. di atas kuburnya dalam keadaan menundukkan kepala, lalu ia berkata: 
اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر 

Maksudnya :
“Ya Allah bahawasanya aku berlindung dengan pertolongan Engkau dari azab kubur”. (tiga kali) kemudian ia bersabda: “Bahawasanya orang mukmin ketika hendak berhadapan hari akhirat, Allah Taala hantarkan malaikat-malaikat dengan muka-muka mereka itu seperti matahari, membawa barang-barang wangiannya (حنوطه) dan kafannya lalu mereka duduk sepanjang pemandangan matanya. Bila saja rohnya keluar maka disolatkan ke atasnya oleh setiap malaikat di antara langit dan bumi dan oleh setiap malaikat di langit dan dibukakan (baginya) setiap pintu langit. Maka tiada satu pintu melainkan sukakan rohnyanya itu memasukinya. Maka apabila dibawa naik dengan rohnya itu diperkatakan: Wahai Tuhanku, (ini) adalah hamba Engkau polan maka Ia berfirman: “Kembalikan dia (olehmu sekalian) maka perlihatkan dia apa yang Aku telah sediakan baginya dari karamah (kemuliaan) maka bahawasanya Aku telah menjanjikannya, “darinya Kami telah jadikan kamu kalian dan kepadanya Kami kembalikan kamu kalian....” [ surah Taha, ayat 55].
Dan bahawasanya ia mendengar bunyi kasut-kasut mereka ketika mereka berpaling pulang hingga diperkatakan: Wahai ini, siapakah Tuhan engkau dan apa agama engkau dan siapa Nabi engkau maka ia berkata: Tuhanku ialah Allah dan agamaku ialah Islam dan Nabiku ialah Muhammad s.a.w. Sabdanya: lalu mereka berdua (malaikat) menengkingnya dengan tengkingan yang kuat dan itulah fitnah (ujian) terakhir ke atas mayat. Apabila ia menjawab sedemikian itu maka dilaungkan oleh salah seorang malaikat: “Telah benarlah engkau” dan itulah makna Firman Allah Taala " يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت" (mafhumnya:“ Allah tetapkan orang-orang yang beriman dengan kata tetap …” iaitu kalimat Tauhid. Surah Ibrahim, ayat 27). Kemudian datanglah kepadanya seorang yang yang sangat elok rupa mukanya, sangat harum baunya dan sangat elok pakaiannya lalu ia berkata: “Bergembiralah dengan rahmat Tuhanmu dan syurga-syurga yang ada padanya nikmat yang berkekalan”. Maka ia menjawab: Dan engkau (jugalah semoga) Allah mengembirakan engkau dengan kebaikan, siapakah engkau? Maka ia berkata: Aku ialah amalan engkau yang soleh, wallahi (demi Allah) barang apa aku ketahui bahawa engkau amatlah segera pada mentaati Allah dan sangatlah lambat berbuat maksiat kepada Allah maka Allah balasi engkau kebaikan. 
Sabdanya: Kemudian seorang penyeru (malaikat) melaungkan: Bentangkanlah olehmu kalian baginya hamparan-hamparan dari syurga dan bukakanlah olehmu kalian baginya satu pintu ke syurga maka ia berkata: Ya Allah segerakanlah olehmu hari kiamat besar hingga aku kembali kepada ahliku dan barang apa yang bagiku. Sabdanya: Dan adapun (bagi) orang kafir maka bahawasanya apabila ia telah berada di sebelah negeri akhirat dan terputusnya dunia daripadanya turunlah kepadanya malaikat-malaikat yang sangat besar lagi gagah, bersama mereka itu pakaian dari api neraka dan baju dari tembaga lalu mereka itu mengelilinginya. 
Maka sebaik saja rohnya keluar, setiap malaikat di antara langit dan bumi dan setiap malaikat di langit, melaknatnya dan ditutupkan segala pintu langit maka tiada satu pintu darinya melainkan membencikan rohnya memasuki daripadanya. Maka apabila dibawa naik, rohnya ditolak dan diperkatakan: Wahai Tuhanku, hamba Engkau polan tidak diterima langit dan bumi. 
Maka Allah Taala Azza Wajalla berfirman: “Kembalikan olehmu sekalian akan dia maka perlihatlah olehmu sekalian barang apa yang telah Aku janjikannya: “Daripadanya kami jadikan kamu sekalian dan padanya kami kembalikan kamu sekalian”. Dan bahawasanya ia mendengar bunyi kasut-kasut mereka ketika mereka berpaling pulang hingga diperkatakan kepadanya: Wahai ini, siapakah Tuhan egkau dan siapakah Nabi engkau dan apa dia agama engkau, maka jawabnya: “Tidak aku tahu”. 
Maka diperkatakan: “Tidak engkau tahu!, kemudian datanglah kepadanya seorang yang sangat buruk rupa mukanya, sangat busuk baunya, sangat buruk pakaiannya, maka ia berkata: “Bergembirlah engkau dengan kemurkaan daripada Allah dan dengan azab yang sangat pedih lagi berkekalan lalu ia (pun) menjawab: “Allah (juga) mengembirakan engkau dengan kejahatan, siapakah engkau? Maka ia berkata: “Aku ialah amalan engkau yang jahat; wallahi, engkau adalah yang sungguh cepat membuat maksiat kepada Allah, sangatlah lambat untuk berbuat taat kepada Allah maka Allah membalasi engkau kejahatan.” 
Maka ia berkata: 'Dan engkau juga maka Allah membalasi engkau kejahatan'; kemudian dikerasi baginya seorang yang pekak, buta dan kelu, bersamanya satu pemukul dari besi. Jikalaulah berhimpun sekalian jin dan manusia hendak mengangkatnya nescaya tidaklah berupaya mereka itu melakukannya. Jikalau dipukulkan dengannya satu gunung, nescaya menjadi debu maka ia memukul dengannya satu kali pukulan antara dua matanya sekali pukulan, didengari oleh sekalian yang ada di lapisan bumi, kecuali jin dan manusia. Sabdanya: 'Kemudian dilaungkan oleh seorang malaikat: Bentangkanlah olehmu sekalian baginya dua papan dari api neraka dan bukakanlah olehmu sekalian satu pintu ke api neraka'; maka dibentangkan baginya dua papan dari api neraka dan dibukakan satu pintu ke api neraka."

Demikianlah erti Hadis yang panjang ini yang diriwayatkan dari Al-Buraa’ bin A’azib.

# PERINGATAN :

Dalam keadaan menghadapi keadaan yang begitu dahsyat dan azabnya, apakah ia boleh  pulang ke dunia?
Jika Hadis yang panjang ini selalu dibacakan dalam majlis ilmu, sebelum dimulakan syarahan, sangatlah besar faedahnya bagi umum Muslimin dan Muslimat.
Perlu dingatkan kepada orang-orang yang hadir bahawa Hadis yang panjang ini jika disebutkan kepada orang ramai, sudah tentulah hawa nafsu kita tidak berapa suka mendengarnya tetapi jika kerap kali kita dengar perkara akhirat maka hati kita akan jadi lembut. Oleh yang demikian, apakah kita bencikan mati dan bencikan sakit?
Mati tetap akan datang kepada setiap orang apabila tiba ajal tanpa mengira usia dan hal keadaan masing-masing sama ada yang kecil, besar,  sihat , sakit, tua, atau muda. Semuanya akan mati tanpa pengecualian.  

Oleh itu, betapakah untungnya kita orang-orang mukminin dan mukminat walaupun tidak siapa tahu dan apakah perkara-perkara yang akan berlaku di sana tetapi kita dapat mengetahui hal mati dengan sebab ada perkhabarannya daripada Nabi kita Muhammad s.a.w seperti yang tersebut itu.

Jika seseorang itu bukan orang Muslim atau tidak mahu mempelajari agama Islam, dia tidak akan tahu apa-apa bahkan iktiqad di hatinya itu samalah seperti Al-A'as Bin Wa-Il As-Suhami Al-Qurasyi yang mendustakan Rasul kerana adanya hidup selepas mati dan memperejek-ejekkan adanya syurga.
Barangsiapa membaca Hadis yang panjang ini maka nampaklah ia sejauh manakah mulianya manusia di sisi Allah Taala.

Lihatlah betapa mulianya seperti Nabi Allah Nuh a.s. dan orang-orang mukminin dan mukminat yang bersama-sama menaikki bahtera. Dalam peristewa itu, orang-orang kafirin, habis mati lemas dalam air. Yang terselamat hanyalah orang-orang mukminin dan mukminat yang berada dalam bahtera. Di dalamnya ada makanan dan minuman.
Kumpulkan Hadis-hadis yang menerangkan kesukaan orang-orang mukmin yang soleh ketika matinya iaitu Hadis-hadis mengenai:
 i.  Kedatangan malakul-maut kepada orang mukmin yang soleh, bersamanya lima ratus (500) orang malaikat, memberikan perkhabaran sukacita kepadanya dengan berlainan bunyi ayat-ayat bagi tiap-tiap seorang. 
ii.   Bila rohnya sampai ke halkum, ia diperlihatkan tempatnya di syurga. Berapalah kadar sukacitanya ia mati apabila sebelum masuk ke syurga telah diberi melihat tempatnya di sana dan cahaya ibadat yang dilakukan sewaktu hidup di dunia. 
iii.  Betapalah kadar sukacitanya apabila amalan ibadat selama satu jam yang dilakukan itu dikurniakan cahaya ibadatnya itu oleh Allah Taala. 
iv.  Andai dibahagikan kepada orang-orang ahli neraka melihatnya nescaya bergembiralah mereka itu walaupun mereka sedang mengalami kepedihan senggaran api neraka. 
v.   Cantiknya rupa malakul-maut apabila ia datang mengambil roh orang mukmin yang soleh. 
vi.  Cabutan Roh Hammal Lil-Amanah oleh malakul-maut, bagai menarik sehelai rambut dalam tepung yang beruli dan tidak dengan kekerasan. 
vii.   Berapa ramai malaikat-malaikat rahmat yang hadir bagi memuliakan orang mukmin yang soleh dengan disediakan kain sutera, padanya ada kasturi untuk diletakkan Roh Hammal Lil-Amanah itu di atasnya bagi dibawa ke tempat rahmat Allah. Maka kemuliaan ini adalah semasa masih berada di rumahnya lagi atau di lokasi lain di dunia sebelum dibawa ke kubur.
Maka bacalah segala nikmat kesenangan semasa di dalam kubur pula. Adapun nikmat-nikmat dalam kubur sangatlah eloknya. Sungguhpun ibadat sembahyang memerlukan kesabaran di atas kesusahan untuk berpagi-pagi bangun dari tidur kerana menunaikan sembahyang subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak tetapi Allah Taala berikan fadilat selain dari balasan ditukarkan menjadi seorang yang sangat cantik rupanya, menghalang malaikat-malaikat azab dari mengazabkan tuannya dalam kuburnya.

Begitu juga dengan ibadat puasa, sedekah, jihad, haji dan ibadatibadat lain.

Lihatlah Hadis di bawah ini dan bagaiamana halnya bagi orang yang tidak mahu sembahyang dan puasa, apabila malaikat azab itu datang dalam kubur.

وقال كعب: اذا وضع العبد الصالح في القبر احتوشته اعماله الصالحة الصلاة والصيام والحج والجهاد والصدقة. قال فتجيء ملائكة العذاب من قبل رجليه فتقول الصلاة اليكم عنه فلا سبيل لكم عليه فقد أطال القيام عليهما فيأتونه من قبل رأسه فتقول الصيام لا سبيل لكم عليه فقد أطال ظمأه لله في دار الدنيا فلا سبيل لكم عليه فيأتونه من قبل جسده فيقول الحج والجهاد اليكم عنه فقد انصب نفسه  وأتعب بدنه وحج وجاهد لله فلا سبيل لكم عليه قال فيأتونه من قبل يديه فتقول الصدقة كفوا عن صاحبي فكم من صدقة خرجت من هاتين اليدين حتى وقعت في يد الله تعالى ابتغاء وجهه فلا سبيل لكم عليه قال فيقال له هنيئا طبت حيا وطبت ميتا قال وتأتيه ملائكة الرحمة فتفرش له فراشا من الجنة ودثارا من  الجنة ويفسح له في قبره مد بصره ويؤتى بقنديل من الجنة فيستضئ بنوره الى يوم يبعثه الله في قبره..

                  Maksudnya :
Dan kata Ka'ab: Apabila diletakkan hamba mukmin yang soleh di dalam kuburnya, ia dikelilingi oleh segala amalan baiknya iaitu SEMBAHYANG, PUASA, HAJI, JIHAD dan SEDEKAH.  Katanya: Maka datanglah malaikat-malaikat azab dari arah kedua kakinya. Kata SEMBAHYANG: Berundurlah kamu kalian darinya, tidak ada jalan bagi kamu kalian ke atasnya (mengazabkannya), sesungguhnya telah panjang masa ia berdiri di atas keduanya. Maka datanglah mereka itu kepadanya dari arah kepala maka berkatalah PUASA: Tidak ada jalan bagi kamu kalian ke atasnya, sesungguhnya ia telah panjang kedahagaannya kerana semata-mata taatkan Allah dalam dunia, tidak ada jalan bagi kamu kalian ke atasnya. Maka datanglah mereka itu kepadany dari arah badannya maka berkatalah HAJI dan JIHAD: Berundurlah kamu sekalian darinya, sesungguhnya ia telah menyusahkan dirinya dan memenatkan badannya dan ia telah menunaikan haji dan berjihad kerana Allah maka tiada jalan bagi kamu kalian ke atasnya. 
Katanya: Maka datanglah mereka itu dari arah dua tangannya. Maka kata SEDEKAH : Tinggalkanlah olehmu sekalian dari tuanku ini maka berapalah daripada sedekah telah keluar dari dua tangan ini, hingga ia jatuh ke 'tangan Allah' yakni hingga diterima oleh Allah Taala semata-mata kerana-Nya maka tiada jalan bagi kamu sekalian ke atasnya. Katanya maka diperkatakan: Bergembiralah engkau, baiknya engkau ketika hidup dan baiknya engkau ketika mati. Katanya: Dan datanglah kepadanya malaikat-malaikat rahmat lalu dibentangkan baginya hamparan dan (diberikan) pakaian daripada syurga dan diluaskan baginya kuburnya itu sepanjang pemandangan matanya dan dibawakan lampu daripada syurga. Maka ia mendapati cerahan cahayanya hingga hari dibangkitkan Allah daripada kuburnya.
Andainya seseorang itu bermimpi malam dapat tempat yang elok, lantaran itu dia tidak mahu terjaga dari tidurnya pada bila-bila masa pun, apatah lagi jika dalam mimpinya itu ia dapat tempat yang berjuta-juta kali ganda lebih eloknya daripada dunia ini tentulah ia tidak mahu terjaga daripada tidurnya itu.

Perihal mati, jika ia dapat kesenangan maka ia benar-benar senang dalam erti kata sebenar, bukan lagi seperti mimpi. Jika terkena azab ia benar-benar azab, bukan seperti mimpi. Makanya semasa berada di kubur badan batin orang mukmin yang salih ianya bercahaya seperti bulan purnama (malam empat belas). Segala jenis nikmat kesenangan dalam kubur adalah sama jenis ROH HAMMAL LIL-AMANAH dan sejenis pula dengan ROH AMALAN SOLEH

Adapun hamparan dari syurga itu adalah juga sejenis dengan ROH HAMMAL LIL-AMANAH, akan tetapi jika ROH HAMMAL LIL-AMANAH bagi orang kafir maka dengan sebab kekufurannya ia bertukar kepada rupa muka yang sangat hodoh, sangat busuk baunya dan sangat buruk pakaiannya, lalu dipukul dengan pemukul besi di antara dua belah matanya oleh malaikat azab, didengari suaranya itu oleh sekalian yang ada pada segala lapisan bumi kecuali jin dan manusia. Maka jenis besi pemukul itu adalah sama jenisnya dengan roh hammal lil-amanah itu juga. Oleh itu, terselindunglah dari pandangan mata kita sekarang ini.

Lihatlah ajaran agama Islam, betapa eloknya untuk menjaga keselamatan diri dari azab Allah, supayanya mendapat nikmat kesenangan di sana di negeri akhirat.

Kenapakah kita mendapat ilmu pengetahuan yang sedemikian ini eloknya?

Tentulah dari usaha-usaha oleh para sahabat r.a dan oleh para ulamak Islam yang mengembangkan ajaran Islam. Oleh itu, marilah kita contohi mereka dalam usaha mengembangkan ajaran Islam.

[Lihat sambungannya : KEMULIAAN MANUSIA, AMALAN SALIH DAN KEMULIAAN MALAIKAT]


*********************************************************


قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُمْ بِضِيَاءٍ أَفَلا تَسْمَعُونَ 
                         Maksudnya :
" Katakanlah : 'Terangkanlah kepadaku; jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?' 
                         [ Al-Quran surah Al-Qashash سورة القصص‎‎ : 71 ] 

                  **************************************
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى 
الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
[حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا]
                    Maksudnya :
" Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sebahagian daripada kebaikan seorang mukmin itu ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya'."                          
         [HR At-Tirmizi dan yang lain-lainnya] 


 




 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...