Jumaat, 3 Januari 2014

ALLAH BERKATA-KATA DENGAN KALAM-NYA YANG QADIM


[Sambungan daripada : Kitab Tipu Daya Syaitan   (تلبيسات الشيطان للانسان)



             بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

                    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ


 أَمَّا بَعْـدُ 
الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)
                          Maksudnya :
"الم   [Alif Laam Mim ] (1). 
Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguannya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (2) 
(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, (3) 
dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (4) 
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung." (5)
                          [Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah 1-5]
                    **********************************
وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَقَالُوا لَوْلا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ وَالَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُولَئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ 
    Maksudnya :
 " Dan jikalau Kami jadikan al-Quran (القرءان) itu suatu bacaan dalam bahasa selain daripada Bahasa Arab tentulah mereka mengatakan : ' Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?' Apakah (patut al-Quran ) dalam bahasa asing sedang Rasul adalah orang Arab?'. Katakanlah : 'Al-Quran (القرءان) itu adalah penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang al-Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh." 
     [Al-Quran surah سورة فصلت  Fush shilat: 44]          
                                 **********************************
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ 
                      Maksudnya :
"Sekiranya Kami turunkan al-Quran (القرءان)ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk terpecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." 
        [ Al-Quran surah سورة الحشر al-Hasyr : 21]

       ***********************************************************


dzikir
                 
Pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap adanya Allah menegaskan bukan Zat Allah sahaja yang Qadim tetapi meliputi juga: 
"Dia Hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim, Dia Mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim,  Dia Berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Dia Berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim, Dia Mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Dia Melihat dengan Penglihatan-Nya/Pemandangan-Nya yang Qadim dan Dia BERKATA-KATA dengan Kalam-Nya yang Qadim (tanpa huruf dan tanpa suara)...."
Perkara ini ada diperjelaskan oleh Imam al-Ghazali di dalam Kitab Ihya'Ulumuddin yang berbunyi:
الكــــلام :وأنه تعالى آمر ناه متوعد بكلام أزلي قديم قائم بذاته لا يشبه كلام الخلق فليس بصوت يحدث من انسلال هواء او اصطكاك أجرام ولا بحرف ينقطع باطباق شفة أو تحريك لسان . وأن القرآن والتوراة  والانجيل والزبور كتبه المنزلة على رسله عليهم السلام. وأن القرآن مقروء بالألسنة مكتوب في المصاحف محفوظ في القلوب وأنه مع ذلك قديم قائم بذات الله تعالى لا يقبل الانفصال والافتراق بالانتقال الى القلوب والاوراق، وأن موسى صلى الله عليه وسلم سمع كلام الله بغير صوت ولا حرف ، كما يرى الأبرار ذات الله تعالى في الآخرة من غير جوهر ولا عرض . واذا كانت له هذه الصفات كان حيا عالما قادرا مريدا سميعا بصيرا متكلما بالحياة والقدرة والعلم والارادة والسمع .والبصر والكلام لا بمجرد الذات
          Mafhumnya : 
"AL-KALAMU  (الكــلام):
Bahawasanya Allah SWT itu Berkata-kata, menyuruh, menegah, menjanjikan balasan kebaikan dan balasan kejahatan. Dia Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim lagi Azali dan Dia sentiasa Berkata-kata dan selama-lamanya berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim. Sesungguhnya Kalam Allah SWT itu tidak menyamai kalam segala makhluk kerana Kalam Allah SWT itu tiada berhuruf, tiada bersuara dan tidak berkafiat walau dengan apa jua cara sekalipun.

Bahawasanya Al-Quran, At-Taurat, Al-Injil, dan Az-Zabur ialah kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasul-Nya Alaihimussalam. Al-Quran itu dibaca dengan lidah, ditulis dalam mashaf, dihafaz dalam hati dan dalam begitu pun adalah Kalam Allah SWT itu ianya Qadim berdiri kepada Zat Allah yang Qadim yang tiada menerimai berhubung, bercerai, berpindah, tiada kepada hati-hati, tiada kepada kertas-kertas dan tiada kepada lidah-lidah.

Bahawasanya Nabi Allah Musa a.s. mendengar Kalam Allah SWT itu dengan tiada bersuara dan tiada berhuruf sebagaimana juga orang mukminin yang ahli kebahagiaan itu melihat Zat Allah di negeri akhirat kelak dengan tiada berupa, tiada berwarna, tiada berpihak, tiada bertempat dan tiada berkafiat walau bagaimana cara sekalipun.

Apabila Allah SWT itu sedemikian keadaannya maka Allah SWT itu Ia-Nya yang Hidup, yang Berilmu, yang Berkuasa, yang Berkehendak, yang Mendengar, yang Melihat, yang Berkata-kata dan Dia hidup dengan Hayat-Nya yang Qadim, Dia mengetahui dengan Ilmu-Nya yang Qadim, Dia berkuasa dengan Qadrat-Nya yang Qadim, Dia berkehendak dengan Kehendak-Nya yang Qadim, Dia mendengar dengan Pendengaran-Nya yang Qadim, Dia melihat dengan Penglihatan-Nya yang Qadim dan Dia Berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim dan tidaklah semata-mata Zat-Nya sahaja (yang Qadim)."
Penggunaan kalimah Qadim bagi Allah adalah merujuk kepada nama-nama Allah yang sangat indah lagi mulia seperti yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al Husna dan bukan hanya digunakan/dimaksudkan kepada Zat-Nya (Diri-Nya) sahaja. Adalah tersangat besar salahnya jika penggunaan kalimah Qadim ini hanya merujuk kepada Zat Allah sahaja. Antara contoh kalimah/pemahaman/kata-kata salah yang boleh merosakkan pegangan iktiqad ini adalah seperti kata-kata 
"Allah mengadakan sesuatu dengan Zat-Nya yang Qadim, berkata-kata dengan Zat-Nya yang Qadim, Allah mendengar dan melihat dengan Zat-Nya yang Qadim...." dan seterusnya kepada sifat-sifat Allah yang lain.
Allah berkata-kata dengan Kalam-Nya yang Qadim di sini hanya dikhususkan kepada Kalam Allah sahaja yang bererti : 
" Allah BERKATA-KATA dengan Kalam-Nya yang Qadim yang tidak sesekali menyamai dengan sifat-sifat kalam makhluk dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun tanpa misal, tanpa ibarat, tanpa kaifiat  dan tanpa umpama. Allah berkata-kata menyuruh, menegah menjanjikan balasan-balasan kebaikan dan kejahatan dengan Kalam-Nya yang Qadim lagi Azali dan Dia sentiasa BERKATA-KATA dengan Kalam-Nya yang Qadim. Kalam Allah tidak sesekali menyamai dengan kalam makhluk kerana Kalam Allah tidak bersuara, tidak berhuruf dan tidak berkaifiat sama sekali dalam apa jua hal sekalipun."
Al-Quran (القرءان), Al-Taurat  ( التَّوْرَاةُ ) , Al-injil ( الإنجيل ) dan Az-Zabur (الزبور ) adalah kitab-kitab Allah yang diwahyu dan diturunkan kepada Rasul-rasul Alaihimussalam yang dibangkitkan melalui perantaran Malaikat Jibril Alaihisalam sebagaimana Firman Allah dalam beberapa surah al-Quran yang antaranya ialah: 
                 قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ 
                       Maksudnya :
i." Katakanlah : 'Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan al-Quran (القرءان) itu dari Tuhanmu dengan benar untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah'."
                                     Surah سورة النحل‎‎ An-Nahl : 102]
المر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يُؤْمِنُونَ 
                     Maksudnya :
ii."المر[Alif Laam Mim Raa]. Ini adalah ayat-ayat Al-Kitab (al-Quran). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Tuhan mu itu adalah benar; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya)."
                               Surah سورة الرعد‎‎  Ar-Ra'd : 1]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا 
                         Maksudnya :
iii." Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya."  
           [Surahسورة النساء An-Nisaa': 136] 

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)

             Maksudnya : 
iv." dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang telah Kami turunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (4)

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang yang beruntung." (5)

                         [Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 4-5 
وَآتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِبَنِي إِسْرَائِيلَ أَلا تَتَّخِذُوا مِنْ دُونِي وَكِيلا 
                         Maksudnya : 
v." Dan Kami berikan kepada Musa kitab (Taurat) dan Kami jadikan kitab Taurat التَّوْرَاةُ itu petunjuk bagi Bani Israil (dengan Firman) : 'Janganlah kamu mengambil penolong selain Aku'."  
                              [ Surah سورة الإسراء Al-Isra' : 2 ]                           
وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِمَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيِّينَ عَلَى بَعْضٍ وَآتَيْنَا دَاوُدَ زَبُورًا 
                        Maksudnya : 
vi." Dan Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebahagian Nabi-nabi itu atas sebahagian (yang lain), dan Kami berikan Zabur الزبور kepada Daud."
                           [Surah سورة الإسراء Al-Isra' : 55
وَقَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِمْ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَآتَيْنَاهُ الإنْجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ 
                        Maksudnya :
vii." Dan Kami iringkan jejak mereka (Nabi-nabi Bani Israil) dengan 'Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu at-Taurat التَّوْرَاةُ. Dan Kami telah memberikan kepadanya Kitab al-Injil الانجيل di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu kitab at-Taurat التَّوْرَاةُ. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertaqwa."
                        [Surah سورة المائدة Al-Maa-idah : 46 ] 

Nama-nama lain bagi al-Quran adalah :
  • Al-Kitaab (اﻟﻛتاب) :   bermaksud sebuah kitab berdasarkan Firman Allah:

الم  (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2
                              Maksudnya :
"  الم  [ Aliff, Laam, Miim]. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." [ Surah al-Baqarah : 1-2]
  • Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) : bermaksud pemisah antara yang hak dengan yang batil sebagaimana Firman Allah:
        تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا 
                         Maksudnya :
" Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqaan kepada hamba-Nya (Muhammad), agar menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam." [Surah al-Furqaan : 1]
  • Az-Zikir (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan Firman Allah:
         إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
                        Maksudnya :
" Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan peringtan  'الذِّكْرَ' (al-Quran) dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." [Surah al-Hijr : 9 ]
  • At-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) : bermaksud penurunan. Nama ini merujuk kepada Firman Allah:
         وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ 
                        Maksudnya :
" Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam." [Surah Asy-Syu'araa' : 192 ]
Firman Allah dalam memperjelaskan  bahawa Allah berkata-kata kepada manusia (para Nabi dan Rasul ) hanya dengan perantaraan wahyu melalui Malaikat Jibril AS yang diutuskan-Nya kecuali Nabi pilihan tertentu yang menerima wahyu terus daripada-Nya seperti Nabi Musa a.s..
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ (51) وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الإيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (52
                            Maksudnya :
i. " Dan tidak ada bagi seorang manusia pun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau 'di belakang tabir' atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia Kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. (51) 
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui al-Quran itu 'cahaya', yang Kami tunjuki degan dia siapa yang Kami Kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (52)

                                   [   Surah سورة الشورى Asy-Syuura : 51-52 ]

وَإِنَّهُ لَتَنزيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (192) نزلَ بِهِ الرُّوحُ الأمِينُ (193) عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (194) بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ (195) 

                        Maksudnya :

ii. " Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, (192)

dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al Amin ( Malaikat Jibril AS) (193)

ke dalam hatimu ( Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, (194 )

dengan bahasa Arab yang jelas." (195)

                                     [ Surah   سورة الشعراء  Asy-Syu'araa' : 192-195 ]

وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ وَرُسُلًا لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا

                  Maksudnya :

iii." Dan ( Kami telah mengutus) Rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan Rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa ( dengan Kalam-Nya ) secara langsung."

                            [ Surah  سورة النساء An Nisaa' : 164 ] 

Firman Allah dalam surah سورة الشعراء  Asy Syu'araa' ayat 196-197 menjelaskan bahawa Al-Quran itu telah disebut dalam kitabullah terdahulu sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah s.a.w :

وَإِنَّهُ لَفِي زُبُرِ الأوَّلِينَ (196) أَوَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ آيَةً أَنْ يَعْلَمَهُ عُلَمَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ (197)

           Maksudnya : 

"Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar ( tersebut) dalam Kitab-kitab orang yang dahulu. ( 196 )

dan apakah tidak cukup menjadi bukti bagi mereka, bahawa para ulama Bani Israil mengetahuinya?." ( 197 )

                                                          Contoh skrip dalam Bahasa Ibrani (Hebrew)

Allah juga berfirman untuk memberi peringatan bahawasanya diturunkan al-Quran itu adalah untuk menjadi penawar dan rahmat kepada orang yang beriman serta mengeluarkan orang-orang yang dalam 'kegelapan' kepada cahaya yang terang benderang:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا 
                         Maksudnya :
i." Dan Kami turunkan al-Quran (القرءان) suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."
                              [ Surah   سورة الإسراء  Al-Israa' : 82 ]
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ  
                        Maksudnya : 
ii." Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus."
                         [Surah سورة المائدة  Al-Mā'idah : 16]

تِلْكَ اٰيٰتُ اللّٰهِ نَتْلُوْهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ ۗ وَمَا اللّٰهُ يُرِيْدُ ظُلْمًا لِّلْعٰلَمِيْنَ

                    Maksudnya :

iii." Itulah ayat-ayat Allah, Kami bacakan ayat-ayat itu kepadamu dengan benar dan tiadalah Allah berkehendak untuk menzalimi hamba-hamba-Nya."

                           [ Surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 108 ]   

Di dalam surah سورة التكوير‎‎ At-Takwir ayat 15-20 Allah menegaskan lagi dengan bersumpah bahawa al-Quran itu adalah benar-benar Firman-Nya:
فَلا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ (15) الْجَوَارِ الْكُنَّسِ (16) وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ (17) وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ (18) إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ (19) ذِي قُوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ (20
                         Maksudnya :
" Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,(15)  
yang beredar dan terbenam, (16)  
demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, (17)  
dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing,(18)  
sesungguhnya al-Quran itu benar-benar Firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia, (Jibril), (19) 
yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang memiliki al-'Arasy."(20)

Demikian juga Allah bersumpah bahawa al-Quran itu adalah bacaan yang amat mulia dan mengingatkan manusia jangan sesekali menganggap dan memandang remeh terhadap kesucian dan kebenaran al-Quran sebagaimana Firman-Nya dalam surah سورة الواقعة Al-Waaqiah ayat 75-82 :

فَلا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ (75) وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ (76) إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ (77) فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ (78) لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ (79) تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (80) أَفَبِهَذَا الْحَدِيثِ أَنْتُمْ مُدْهِنُونَ (81) وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ (82)

            Maksudnya : 

" Maka Aku bersumpah dengan masa turunya bahagian-bahagian al-Quran. ( 75)

Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui, ( 76 )

sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, (77)

pada kitab yang terpelihara ( Lauhul Mahfuz), (78)

tidak menyentuhnya kecuali orang yang disucikan. (79)

Diturunkan dari Tuhan semesta alam. (80)

Maka apakah kamu menganggap remeh sahaja al-Quran ini? (81)

kamu (mengganti) rezeki (yang Allah berikan) dengan mendustakan (Allah). (82)


Al-Quran Al-Azim 
(القرآن العظيم) dibaca dengan lidah, ditulis pada kertas/mashaf dan dihafaz dalam hati seperti Firman Allah di dalam al-Quranسورة العلق   surah Al-'Alaq ayat 1-5 :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5 
                       Maksudnya : 
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah mengadakan (segala makhluk). (1)
Ia telah menjadikan manusia daripada a’laq (segumpal darah beku).(2) 
Bacalah dan Tuhanmu (adalah) Yang Maha Mulia (yang tiada menyamai-Nya sekalian yang mulia).(3) 
Yang Dia telah mengajar (menulis) dengan kalam. (4)
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya."(5)
Dalam begitu pun Kalam Allah itu Qadim berdiri kepada Zat-Nya yang Qadim yang tiada menerimai berhubung, bercerai, berpindah, tiada kepada hati-hati dan tiada pada kertas/mashaf dan lidah-lidah. Bersandarkan pengajaran yang terkandung di dalam pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebut mungkin akan berbangkit berbagai-bagai persoalan atau kemusykilan sama ada secara terbuka berterang-terangan atau berkata-kata/lintasan di dalam hati/minda mengenai maksud sebenar Kalam Allah yang Qadim ini kerana apa yang dapat difahami oleh manusia dan kebanyakan orang awam apabila disebut sahaja kitab Al-Quran dan kitabullah-kitabullah lain yang suci lagi mulia itu ianya mempunyai huruf, ditulis/dicetak pada kertas dan mashaf, dihafal dalam hati serta mempunyai bunyi suara apabila dibaca yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sifat-sifat makhluk.

Oleh itu tercetuslah pemahaman, prasangka atau persepsi di kalangan umat Islam dan kebanyakan manusia sejak beberapa kurun yang lalu hingga kini (dan mungkin akan berterusan hingga akan datang) yang mengatakan bahawa al-Quran itu tidak Qadim dan bersifat baharu sama seperti makhluk-makhluk lain yang diadakan Allah juga dan menafikan/menyanggah/membatalkan sama sekali terhadap pegangan akidah keimanan Ahli Sunnah wal Jamaah yang berpendirian bahawa al-Quran itu adalah Kalam Allah yang Qadim lagi suci seperti yang diperjelaskan di atas.


Kepada golongan yang berfahaman bahawa al-Quran dan Kalam Allah itu tidak Qadim atau baharu kita boleh merujuk al-Quran سورة الأعراف‎‎ surah Al-A'raaf ayat 143 yang berbunyi:    
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ  
        Maksudnya :
 "Dan tatkala Musa datang untuk (bermunajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: ' Ya Tuhanku, nampakkanlah (Diri Engkau).' Tuhan berfirman:'Kamu tidak sesekali sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu  dapat melihat-Ku (Kebesaran Ku)'; maka ketika Tuhannya menzahirkan (Kebesaran dan Kemuliaan-Nya) kepada gunung itu menjadikan gunung itu hancur-lebur dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata : ' Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan akulah  orang yang pertama dari orang-orang yang beriman'." 
Berpandukan maksud terjemahan ayat al-Quran tersebut persoalan-persoalan berikut boleh dikemukakan kepada golongan yang mengatakan atau berpendirian bahawa al-Quran Kalam Allah itu tidak Qadim atau baharu (makhluk atau sesuatu yang dijadikan/diadakan Allah) :
1.  Adakah Nabi Musa Alaihisalam mendengar Kalam Allah itu ada bersuara dan melihatnya dengan pemandangan matanya ada berhuruf?.
2.  Mengikut lumrah hukum tabi'ie sesuatu kalam atau kata-kata itu akan hanya boleh didengari dan difahami melalui deria anggota telinga dan dilihat melalui deria pemandangan mata.Maka bagaimanakah Nabi Musa a.s. mendengar, mengetahui dan memahami bahawa yang didengarinya itu ialah benar-benar Kalam Allah dan bukan kalam makhluk jika sekiranya Kalam Allah yang didengari itu tanpa huruf dan tanpa suara?.
3. Tidakkah menjadi satu perkara yang amat mustahil bagi seseorang manusia boleh mendengar dan memahami Kalam Allah yang tidak ada suara dan tidak ada huruf?.
4.  Jika dikatakan bahawa Kalam Allah yang didengari dan diketahui oleh Nabi Musa a.s. itu ada bersuara dan ada huruf, maka jelaslah apa yang didengari dan diketahui oleh Nabi Musa a.s. itu bukan Kalam Allah yang Qadim tetapi ialah kalam makhluk kerana ada mempunyai suara dan ada huruf. Maka tidakkah ini memberi erti bahawa Nabi Musa a.s. mendengar dan berkata-kata secara langsung dengan 'sejenis' makhluk juga dan bukan dengan Allah yang Qadim Zat dan Sifat-Nya?.  
      Pemandangan di Gunung Thursina , tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu Allah
Bagi menjelaskan permasalahan dan persoalan ini adalah sangat penting bagi seseorang itu mengetahui serta memahami bahawa perkara pokok lagi utama yang mesti dan wajib difahami bahawasanya Allah Azawajalla itu BUKAN makhluk.  Oleh itu apa juga sifat yang ada pada diri makhluk tidak sesekali menyamai dengan Allah dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun tanpa misal, ibarat dan umpama sama ada pada Zat ataupun Sifat-sifat Allah walaupun pada sebutan zahirnya ada di antara Sifat-sifat Allah itu menggunakan istilah/kalimah yang sama dengan sifat-sifat makhluk. 
Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana mengadakan setiap sesuatu dengan Qadrat-Nya yang Qadim berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali tanpa mengambil contoh misal daripada apa yang ada terdahulu atau melalui proses ciptaan/rekaan dan penyelidikan uji-kaji dan 'Trial and Error'.  Pemahaman ini diperjelaskan di dalam Asma' Ullah al-Husna seperti yang dimaksudkan :
         i.     AL-BARIU' (البارئ):  الخَالِقُ لِلْاَشْيَاءِ عَلَى غَيرِ مِثَالٍ سَابِقٍ
         Bermaksud : Yang Mengadakan, bagi segala sesuatu dengan ketiadaan misal (contoh) yang lalu.          
ii.    AL-BADI'K ( البديع ):  المُبْدِعُ وَالمُنْشِئُ لِلاَشْيَاءِ بِلَا اِحْتِذَاءٍ وَلَا  اِقْتِدَاءٍ
Bermaksud: Yang Mengadakan permulaan sesuatu, yakni yang mengadakan  permulaan sesuatu daripada semata-mata tidak ada kepada ada dengan tidak berasal daripada apa-apa pun.
Allah SWT menjadikan manusia yang sempurna bersesuaian dengan zat dan sifat-sifatnya sebagai makhluk manusia dan bukan sebagai makhluk-makhluk lain. Manusia dikurniakan anggota-anggota badan, deria pancaindera, akal fikiran, darah, sel-sel dan saraf yang mempunyai berbagi-bagai fungsi dan tugasan supaya mereka dapat memahami dan mengenali sesuatu bagi membolehkan mereka melakukan ibadat kepada Allah, berkomunikasi, berhubung dan berurusan sesama manusia dan hidup sebagai manusia di dunia dalam tempoh masa tertentu sebelum menghadapi kematian. Hal kejadian malaikat pula adalah amat  jauh berbeza sama sekali dengan kejadian manusia dan makhluk-makhluk lain. Demikian juga dengan hal keadaan makhluk-makhluk lain yang tidak terhingga banyaknya sama ada sudah diketahui atau belum diketahui oleh manusia.

Dalam hal ini manusia dikurniakan lima pancaindera sebagai anggota badannya bagi memudahkan mereka bergerak dan melaksanakan segala keperluan serta tanggungjawab sebagai manusia semasa hidup di dunia. Manusia mempunyai mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk mencium bau-bauan, lidah untuk merasai sesuatu makanan atau sesuatu yang boleh dirasai dengan lidah dan kulit sentuhan di badan untuk merasa sesuatu yang lembut, kasar, tajam, panas, sejuk dan sebagainya.

Begitu juga tubuh badan manusia mempunyai sumber tenaga penggerak yang terbit daripada darah di samping diperlengkapkan pula dengan berbagai-bagai jenis organ dalaman serta mempunyai terlalu banyak urat dan saraf yang serba elok kejadiannya yang mempunyai fungsi dan tugas-tugas tertentu bagi menyempurnakan kehidupan sebagai seorang manusia di dunia ini. 
Melalui deria pancaindera yang lima akan dihantar mesej melalui saraf kepada otak untuk mencerna dan membuat tafsiran yang bersesuaian sebelum diterjemahkan dalam bentuk tindakan-tindakan yang bersesuaian atau disimpan dalam data memori sebagai ingatan. Dalam keadaan biasa mengikut hukum tabi'ie adalah mustahil sama sekali bagi seseorang manusia untuk memahami sesuatu maklumat sekiranya mesej yang diterimanya tidak mempunyai suara, huruf, simbol atau sebarang tanda isyarat yang boleh dicerna oleh sel-sel organ di dalam badannya bagi membolehkan sel-sel otak atau akal fikiran mencerna, mentafsir dan melakukan sebarang tindak balas yang sewajarnya dalam tempoh masa yang bersesuaian.

Setiap anggota pancaindera yang lima itu mempunyai deria fungsinya tersendiri untuk kemanfaatan yang dinikmati oleh manusia. Umpamanya untuk menikmati kelazaatan sesuatu jenis makanan dan minuman deria rasa yang terdapat pada lidah boleh memahami dan menikmati atau membezakan kelazatan atau tidaknya sesuatu makanan atau minuman yang dimakan/diminumnya. Melaluinya dia boleh mengenal pasti nilai dan erti kelazatan atau sebaliknya sesuatu makanan dan menceritakan atau mengkhabarkannya kepada orang lain. 
Orang lain pun dapat memahami apa yang diperjelaskannya dengan merasai sendiri makanan atau minuman tersebut. Namun jika dia hanya mendengar sahaja apa yang diceritakan dan tidak menjamah atau merasainya sendiri dengan lidah dia tidak mungkin dapat memahami erti kelazatan atau tidaknya makanan atau minuman tersebut. 

Kenikmatan dan kelazatan yang dinikmati oleh deria lidah tidak menyamai dengan kenikmatan dan kelazatan yang dinikmati pula oleh pancaindera-pancaindera yang lain. Seseorang yang dilahirkan buta tidak sesekali mengetahui dan memahami erti keindahan dan kecantikan pemandangan alam atau sesuatu benda dan tidak mengenali atau memahami warna sesuatu objek. Demikian juga jika seseorang itu tidak pernah keluar dari tempat kediamannya dia tidak mungkin dapat memahami dan menikmati keindahan atau sebaliknya yang terdapat di tempat-tempat lain yang tersangat jauh lokasinya. Dia hanya dapat memahaminya melalui perkhabaran lisan orang lain yang pernah ke tempat tersebut kerana tiada sebarang bahan visual atau objek sebagai bukti sokongan untuk mengesahkannya. 
Begitu juga jika seseorang itu dilahirkan pekak/tuli dia tidak mungkin dapat memahami kenikmatan mendengar sesuatu bunyi-bunyian yang merdu atau sumbang. Demikian juga dengan kelazatan berjimak yang dirasai melalui sentuhan kulit tidak menyamai dengan kelazatan menikmati makanan atau melihat sesuatu pemandangan yang indah menawan. 
Kesemua contoh ini adalah untuk memperjelaskan kepentingan fungsi kelima-lima pancaindera yang dimiliki oleh setiap diri manusia bagi keperluan kesempurnaan hidup mereka di dunia sebagai makhluk insan manusia tetapi mempunyai had batasan keupayaannya. Namun demikian kelima-lima pancaindera yang ada pada diri manusia ini TIDAK BOLEH digunakan sama sekali untuk mendengar, memahami dan mengetahui tentang Qadimnya Kalam Allah yang tidak bersuara dan berhuruf serta Qadimnya Zat ( Diri) dan Sifat Allah yang tidak sesekali menyamai dengan segala zat dan sifat sekalian makhluk-Nya walau dalam apa jua hal, cara dan jalan sekalipun tanpa misal, ibarat dan umpama. 

Atas sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-Wahab lagi Maha Pemurah, Allah telah mentakdirkan membangkitkan di kalangan manusia diutus sebagai Rasul-Nya yang diamanahkan untuk menyampaikan kata-kata Kalam-Nya melalui Wahyu-Nya sebagai peringatan kepada manusia melalui perantaraan Malaikat Jibril AS, Penghulu segala malaikat yang berada di langit dan bumi.

Dalam al-Quran surah سورة النجم‎‎ An-Najm ayat 1-7 ada menyebut Malaikat Jibril AS mempunyai akal yang sangat pintar lagi amat bijaksana. Ilmu dan ketaqwaannya kepada Allah sangat tinggi dan lautan luasnya mengatasi semua malaikat, manusia dan sekalian makhluk Allah yang berada di langit dan bumi:

   وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى (1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلا وَحْيٌ يُوحَى (4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى (5) ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَى (6) وَهُوَ بِالأفُقِ الأعْلَى 
                          Maksudnya :
"Demi bintang ketika terbenam, (1)  
Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. (2) 
dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quranmenurut kemahuan hawa nafsunya.(3)  
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya),(4)  
yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat, (5) 
Yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri rupanya yang asli, (6) 
sedang dia berada di ufuk yang tinggi."(7)  
Walaupun para Nabi dan Rasul Allah itu pada zahirnya sama dengan hal keadaan manusia biasa tetapi mereka terpelihara daripada melakukan sebarang dosa maksiat atau membuat sebarang kesilapan/kesalahan sejak dilahirkan ke dunia hingga kewafatannya kerana mereka adalah maksum. Sekiranya ada di antara mereka yang seolah-olah tanpa disengajakan melakukan sesuatu kesilapan yang 'terlalu kecil' sahaja pada penilaian akal fikiran manusia biasa yang membawa kepada seolah-olah satu 'hukuman' daripada Allah, ia hanya satu hikmah takdir Allah yang mempunyai rahmat dan rahsia tersendiri bagi kepentingan umat manusia yang Allah sahaja lebih mengetahui hikmah, rahsia dan hakikatnya. Pengertian ini dapat difahami bahawa darjat martabat kemuliaan para Nabi dan Rasul di sisi Allah hampir sama atau menyamai para malaikat.

Antara rumusan maksud yang terkandung daripada Firman Allah dalam al-Quran سورة النور‎‎ surah An-Nur ayat 35 yang berbunyi :
اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
dapatlah difahami bahawa :
"....  hati orang-orang mukmin (para Nabi dan Rasul ) itu diibaratkan mempunyai cahaya. Ia boleh diumpamakan seperti sebuah rumah yang ada bilik yang mempunyai lampu pelita di dalamnya. Pelita ini mempunyai minyak yang sangat bersih dan kerana bersihnya minyak itu ia hampir-hampir bercahaya walaupun tidak  disentuhi oleh api. Begitu juga hati orang-orang mukmin ( para Nabi dan Rasul ) mempunyai segala adab perangai amat mulia yang sangat terpuji serta bersih.  Sekiranya Allah tidak mengutuskan Malaikat Jibril AS menurunkan wahyu sekalipun hati mereka sangat bercahaya untuk menerima kebenaran."
Sebagaimana juga pancaindera yang lima: telinga, hidung, mata, lidah dan kulit itu sangat bersesuaian dan menjadi kelazatan atau kenikmatan baginya jika dapat mendengar bunyi-bunyian yang merdu, mencium bau-bauan yang harum, melihat segala rupa yang cantik lagi indah menawan, mengecapi barang makanan dan minuman yang lazat dan menyentuh barang yang lembut maka begitulah juga Al-Basirah, 'Ainul Qalbi atau Mata Hati yang dimiliki Roh Hammalil Amanah para Nabi dan Rasul sangat suka menerima kebenaran. Hati (qalbu) mereka diibaratkan sebagai cahaya dan ilmu yang didatangkan melalui Wahyu Kalam Allah adalah sebagai cahaya juga. Inilah yang dimaksudkan dengan kalimah "cahaya dalam cahaya"(نُورٌ عَلَى نُورٍ ) yang terkandung di dalam ayat tersebut.

                        
Nabi Musa a.s mendengar Kalam Allah yang Qadim (tanpa huruf dan tanpa suara) itu seperti yang disebut di dalam al-Quran surah An-Nisaa' سورة النساء : 164Taahaa سورة طه‎‎ : 9-16,  dan surah Al-A'raaf سورة الأعراف‎‎ : 143 di atas. Hanya dia seorang sahaja yang memahami dan mendengar Kalam Allah yang tiada bersuara dan tiada berhuruf itu yang tidak mungkin atau mustahil sama sekali dapat difahami oleh manusia biasa. Hal keadaannya adalah sama seperti orang mukminin dan mukminat yang ahli kebahagiaan itu dikurniakan sebesar-besar kenikmatan dapat melihat Zat Allah di negeri akhirat di syurga kelak dengan tiada berupa, tiada berwarna, tiada berpihak, tiada bertempat, tiada berjuzuk dan tiada berkafiat walau bagaimana dan apa jua cara dan jalan sekalipun. Bagi manusia biasa hakikat ini adalah tidak mungkin akan berlaku ketika masih hidup dan berada di dunia kerana hal keadaan manusia biasa adalah tersangat jauh berbeza dan amat berlainan sama sekali dengan hal keadaan ketinggian martabat para Nabi dan Rasul yang maksum, terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kesalahan dan dikurniakan bermacam-macam kelebihan dan mukjizat yang tidak dikurniakan kepada manusia biasa.

Wahyu yang diturunkan kepada para Rasul Allah untuk disampaikan kepada umat mereka adalah dalam bahasa yang digunakan oleh Rasul itu sendiri dan diterjemahkan/diturunkan/disalin pula dalam bentuk tulisan huruf dalam mashaf atau kertas atau apa jua bahan yang boleh dibaca secara oral menggunakan organ lidah. Kandungan Wahyu Allah itu dibaca dan diperdengarkan supaya mudah difahami oleh umatnya terhadap kandungan wahyu yang disampaikan dan disebarluaskan kepada manusia sebagaimana yang diamanahkan Allah untuk dijadikan pedoman hidup umat manusia bagi kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagian abadi di akhirat.
Hakikat ini terkandung dalam Firman Allah
 سورة إبراهيم‎‎ surah Ibrahim ayat 4  :
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ فَيُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
                         Maksudnya :
" Kami tidak mengutus seorang Rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."  
                               Image result for manuskrip tulisan bahasa ibrani asal
 Bentuk tulisan kuno dalam bahasa Ibrani yang digunakan untuk menulis kitabullah at-Taurah dan al-Injil pada zaman Nabi Musa dan Isa a.s.
Sebagaimana yang sedia dimaklumi al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab (Quarisy) seperti yang diperjelaskan di dalam Firman Allah سورة الرعد‎‎ surah Ar-Ra'd ayat 37 :
 وَكَذَلِكَ أَنزلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَمَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا وَاقٍ  
                       Maksudnya:
"Dan demikianlah, Kami telah menurunkan al-Quran (القرءان) itu sebagai peraturan (yang benar) dalam Bahasa Arab#*. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka tidak sesekali ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (seksa ) Allah."

[ #*Catatan : Bahasa Arab yang terkandung di salam al-Quran ialah Bahasa Arab yang dilafazkan oleh Rasulullah s.a.w adalah Bahasa Arab kaum Quarisy yang juga menjadi kaum Rasulullah s.a.w dan kaum majoriti yang mentadbirkan kota Mekah dan Baitullah yang diwarisi sejak zaman Nabi Ismail bin Ibrahim Alaihisalam lagi. 

Pengesahan dan perakuan serta janji Allah bahawa kitab al-Quran itu diperjelaskan melalui Firman-Nya dalam سورة الحاقة  surah  Al-Haaqqah ayat 38-43 : 
فَلَا أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ (38) وَمَا لَا تُبْصِرُونَ (39) إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ (40) وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ قَلِيلًا مَا تُؤْمِنُونَ (41) وَلَا بِقَوْلِ كَاهِنٍ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ (42) تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (43
                          Maksudnya :
" Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat.(38)
               Dan dengan apa yang kamu tidak lihat.(39) 
Sesungguhnya al-Quran (القرءان) itu adalah benar-benar Wahyu Allah (yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia,(40)
dan al-Quran (القرءان) itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya. (41)
Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu  mengambil pelajaran daripadanya.(42)
Ia adalah Wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam."(43)  
Sekiranya wahyu kitabullah yang asalnya tanpa huruf dan tanpa suara itu tidak diterjemah/diturunkan serta disalin dalam bentuk huruf pada mashaf atau apa jua bahan yang bersesuaian dan bunyi bahasa asal yang dituturkan oleh seseorang Nabi yang diutuskan bagi sesuatu kaum/umatnya adalah tidak mungkin atau mustahil sama sekali ia dapat difahami oleh manusia biasa kerana berlawanan dengan sifat tabi'ie deria kelima-lima pancaindera yang ada pada mereka ketika masih hidup di dunia. 
Hal keadaan ini boleh diibaratkan seperti seseorang pemelihara ayam itu memanggil ayam ternakannya untuk diberi makan atau bagi sesuatu tujuan. Ayam tersebut tidak mungkin dapat memahami dan datang kepada si pemanggil/pemeliharanya sekiranya dia tidak menggunakan bunyi bahasa atau isyarat yang biasa diketahui dan difahami oleh ayam tersebut melalui proses latihan amali yang bersesuaian dengan ayam tersebut. 
Namun demikian bahasa atau isyarat yang digunakan kepada ayam tersebut amat terbatas pada hal tertentu sahaja dan tidak sesekali menyamai bahasa yang digunakan oleh sesama manusia yang jauh lebih luas meliputi berbagai bidang ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia. Hakikat ini dapat memberikan kefahaman bahawa manusia yang mempunyai tahap akal fikiran yang jauh lebih tinggi dan mulia dari ayam terpaksa merendahkan tahap pertuturan atau kod komunikasinya yang setaraf dengan otak ayam agar mudah difahami oleh ayam tersebut. 

                                
Antara  naskah al-Quran tertua manuskrip Sana'a
                                   
Sungguhpun Kalam Allah yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul itu menggunakan bahasa yang diguna serta dituturkan oleh Rasul dan kaum yang berada bersamanya tetapi tatabahasa, susunan ayat dan kandungan ilmunya begitu indah dan amat mendalam yang tidak termampu dihasilkan oleh sesiapa juga di kalangan pakar-pakar bahasa atau para ilmuan sama ada di kalangan manusia, jin atau malaikat.  
Hakikat ini terbukti dengan setiap ayat dan kalimah yang terkandung di dalam al-Quran yang sehingga kini tidak ada sesiapa juga pun yang mampu menandinginya dalam segala aspek. Perkara ini bertepatan sekali dengan Firman Allah di dalam al-Quran yang antaranya menyebut  :
قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا 
             Maksudnya:
i."Katakanlah : ' Kalau sekiranya (air) lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhan ku, sungguh, hingga habislah (air) lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhan ku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."
                           [Surah سُوۡرَةُ الکهف Al-Kahfi : 109 ]
وَلَوْ أَنَّمَا فِي الأرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 
                       Maksudnya :
ii." Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan air laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (keringnya), nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
                             [Surah سورة لقمان  Luqman : 27 ]

Di dalam surah سورة البقرة Al-Baqarah ayat 23-24 pula Allah mencabar sesiapa juga yang ragu-ragu tentang kebenaran al-Quran itu sebagai Kalam-Nya supaya membuat satu ayat yang setanding dengan ayat-ayat al-Quran seperti Firman-Nya:  
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواْ شُهَدَاءكُم مِّن دُونِ اللّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (23) فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ وَلَن تَفْعَلُواْ فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24
                  Maksudnya:
" Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran (القرءان) yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu ayat (sahaja) yang semisal al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang memang benar.(23)
Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya), dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir (ingkar)."(24)
 Dalam surah  سورة الإسراء Al-Israk ayat 88 pula Allah berfirman :
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآَنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا . وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآَنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَى أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا
                             Maksudnya : 
“Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya jika berhimpun sekalian manusia dan jin untuk mereka mendatangkan dengan seumpama al-Quran(القرءان) ini nescaya tidak mereka (berupaya) mendatangkan dengan seumpamanya (al-Quran), dan sekalipun adalah setengah mereka bagi setengahnya (sesama mereka) saling tolong-menolong. Dan sesungguhnya telah pun Kami menyatakan bagi manusia dalam al-Quran ini dari semua (jenis) perumpamaan (supaya mereka dapat pengajaran), maka kebanyakan manusia enggan melainkan mereka mengingkari (perkara yang benar/hak).”
Allah juga memberi peringatan jika sekiranya dilenyapkan/dihilangkan segala wahyu yang diturunkan-Nya nescaya akan menjadi masalah yang amat besar bagi sekalian umat manusia mendapatkan pertunjuk jalan beragama yang hak. Perkara ini ada disebut di dalam سورة الإسراء  surah Al-Israa' ayat 86-87:
 وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلا (86) إِلا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ إِنَّ فَضْلَهُ كَانَ عَلَيْكَ كَبِيرًا (87 
                       Maksudnya :
" Dan sesungguhnya jika Kami mengkehendaki nescaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), dan dengan pelenyapan itu, kamu tidak akan mendapatkan seorang pembela pun terhadap Kami, (86) 
kecuali kerana Rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Kurniaan-Nya atasmu adalah amat besar." (87)
Dalam konteks Kalam Allah yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril AS untuk disampaikan kepada Rasul-rasul, walaupun Kalam Allah itu Qadim yang berdiri kepada Zat (Diri) Allah yang Qadim, tiada menerimai, berhubung, berpindah, bercerai, tiada kepada hati-hati dan tiada pada kertas-kertas/mashaf dan tiada pada lidah tetapi wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril AS kepada Rasul-rasul dalam bentuk suara dan diterjemahkan dalam bentuk tulisan huruf abjad dan tatabahasa bahasa yang dipelajari dan difahami manusia mempunyai 'MAKSUD yang sama dengan kehendak Kalam Allah yang Qadim.' 

                                              Al-Quran dalam bentuk huruf Braille

Hal ini boleh diambil contoh misalan seperti untuk menjelaskan hal api. Bahasa persuratan/tulisan untuk memberi kefahaman kepada orang lain mengenai hal api ialah menggunakan huruf/abjad A.P.I. atau Aliff. Fa. Ya.  - ا. ف. ي -atau huruf-huruf lain yang sama erti dengannya yang bermaksud api. Namun demikian huruf A.P.I - ا. ف. ي itu bukanlah hakikat sebenar bagi zat atau jisim api yang mempunyai sifat-sifatnya seperti panas, boleh membakar dan membinasakan. Jika huruf A.P.I atau huruf-huruf lain yang seumpama dengannya itu mempunyai zat dan sifat yang sama seperti sifat api atau 'ain bagi api yang sebenar nescaya terbakarlah kertas atau komputer ini.

  Gambar foto API ini bukanlah  'ain atau zat API tetapi hanya visual      
untuk menjelaskan rupa api


Demikian juga dengan bunyi sebutan untuk menjelaskan hal api adalah menggunakan bahasa pertuturan dan kosa kata yang seiring dan selaras dengan bahasa tulisan yang ditutur dan digunakan, difahami dan diterima umum oleh semua manusia yang mendengarnya bahawa sebutan api itu adalah sahih sebagai maksud api dan bukan dimaksudkan dengan hal-hal yang berlainan.

            
                 Bentuk skrip al-Quran menggunakan kaligrafi Kufi pada kurun ke  9 Masehi

Dalam pada itu pun ketika wahyu Allah disampaikan oleh Malaikat Jibril AS kepada Rasulullah s.a.w.,  suaranya tidak didengari oleh orang-orang lain yang hadir bersama.  Ertinya suara Malaikat Jibril AS hanya didengari oleh Rasulullah s.a.w seorang sahaja dan terhijab kepada manusia lain. Ataupun jika Malaikat Jibril AS menyerupai manusia menemui Rasulullah s.a.w. dia tidak dikenali langsung oleh orang lain sehingga dia pergi dan Rasulullah s.a.w menjelaskan dia itulah Malaikat Jibril AS. Hal ini bertepatan dengan maksud Firman Allah:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27  
               Maksudnya :
" (Dia adalah Tuhan) Yang Maha Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. (26) 
Kecuali kepada Rasul yang diredai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya." (27)
                     [Al-Quran سورة الجن‎‎ surah Al-Jinn : 26-27 ] 

Firman Allah di dalam al-Quran ada memperjelaskan bahawa terdapat juga makhluk-makhluk Allah yang berzikir bertasbih memuji kebesaran dan kemuliaan Allah dengan caranya sendiri yang tidak sesekali diketahui atau difahami oleh manusia :
 تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا  
                           Maksudnya : 
" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
                         [Surah سورة الإسراء  Al-Israa' : 44 ]


Oleh itu semua Kitab Allah ini hendaklah diimani, dipermuliakan kesuciannya, dibaca, dipelajari dan dilarang/ditegah sama sekali dilakukan sebarang pindaan atau diubah suai (walaupun satu huruf) mengikut kehendak, selera dan kebiasaan hidup manusia di dunia yang boleh memberi maksud berlainan yang bertentangan dengan hakikat sebenar wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasul-rasulNya.


Sekiranya seseorang yang sudah beriman itu melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan kesucian kitabullah, mengubahsuai kalimah atau pengertiannya (walaupun sedikit ) yang sebenar atau tidak beriman kepadanya maka rosaklah akidah keimanannya. Maka dengan sendirinya dia terkeluar daripada golongan orang yang beriman dan menjadi golongan yang kufur atau munafik walupun tidak diketahui orang lain. 
Perbuatan meminda, mengubah dan sengaja menyelewengkan ayat-ayat dan pengertian sebenar Kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasul-rasul Alaihimussalam terdahulu berlaku pada kitab-kitab terdahulu sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. oleh golongan cendekiawan tertentu/munafik ahli al-Kitab bagi kepentingan duniawi atau disesuaikan dengan kebiasaan tradisi hidup atau kehendak logik akal kefahaman mereka sebagai manusia biasa.

Bagi menentu dan memastikan perbuatan ini tidak berlaku dan sebagai jaminan Allah bahawa al-Quran itu adalah Kitab Allah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., seorang Nabi dan Rasul terakhir sebagai  'Kekasih Allah', Penghulu dan 'Penutup' sekalian Rasul Utusan Allah di bumi yang diutuskan kepada sekalian umat manusia dan jin, maka Allah telah memberi jaminan untuk memelihara kesucian al-Quran dan berkekalan hingga Hari Kiamat seperti yang dimaksudkan dalam سورة الحجر surah Al-Hijr ayat 9 :
        إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَـفِظُونَ 
                           Maksudnya :
"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran (القرءان) dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."
Janji dan jaminan Allah ini memberi erti bahawa manusia yang dikurniakan kebijaksanaan seperti golongan cerdik pandai dan para ilmuan dari kalangan ahli al-Kitab terdahulu [hingga sekarang dan akan datang] tetapi mempunyai niat yang jahat bagi sesuatu kepentingan duniawi tidak mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan untuk mengubah walau sedikitpun ayat-ayat al-Quran. 

Namun atas sifat 'munafik' dan ingkar yang berakar umbi di dalam diri dan minda golongan ini berusaha pula melakukan sesuatu melalui  "pentafsiran" dan "penterjemahan" ayat-ayat al-Quran untuk menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam dengan memesongkan maksud dan pengertian kalimah dan ayat-ayat tertentu al-Quran sebenar melalui agenda bersifat ilmiah, akademik atau keilmuan atas nama  'critical thinking'  atau 'percambahan pemikiran dan keilmuan kritis' atau apa juga istilah-istilah dan konsep menarik yang lain bagi maksud mengingkari atau meragui terhadap kebenaran al-Quran sebagai Kalam Allah yang Qadim.
   
Golongan yang berlindung di belakang tabir ulama'-ulama' 'suk' atau para ilmuan di dalam sesuatu bidang keilmuan duniawi yang disebut sebagai sekular  ini juga yang telah mencetuskan polemik yang berlarutan sejak sekian lama mengenai "al-Quran itu Baharu/ Bukan Qadim." Isu ini reda apabila bangkit ulama-ulama Ahli As-Sunnah yang hak berijtihad bagi memperbetulkan keadaan dengan memberi nasihat serta hujah-hujah ilmiah yang berkesan kepada umat Islam dan institusi Ameir/Khalifah yang memerintah negara supaya berpegang teguh dengan pegangan iktiqad bahawa:

"Bahawasanya Al-Quran (القرءان), At-Taurat (التوراة) Al-Injil ( الإنـجـيـل dan Az-Zabur الزبور )itu ialah kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya Alaihimussalam. Al-Quran (القرءان)itu dibaca dengan lidah, ditulis dalam mushaf dan dihafaz dalam hati. Dalam begitupun Kalam Allah yang Qadim berdiri pada Zat Allah yang Qadim; yang tiada menerimai berhubung, bercerai, tiada berpindah kepada hati, tiada pada mushaf/kertas dan tiada pada lidah......."

Nabi Musa a.s. mendengar Kalam Allah Taala itu (di dunia) tiada bersuara dan tiada berhuruf, sebagaimana juga orang-orang mukmin yang ahli kebahagian itu melihat Zat (Diri) Allah di negeri akhirat (syurga) kelak dengan tiada berupa, berwarna, berpihak, bertempat dan tiada berkafiat walau bagaimana cara dan hal sekalipun."
Sebagaimana yang menimpa umat para Rasul terdahulu yang dicemari golongan 'munafik agama' dengan meminda dan mengubahsuai kesucian kitabulah-kitabulah mengikut kesesuaian fahaman, keperluan dan selera duniawi mereka, perkara yang sama juga terus melanda umat Islam dalam pelbagai cara. Kemunculan golongan 'munafik' dan 'ulama-ulama suk' yang mempunyai sifat-sifat mazmumah di hati mereka terus wujud dan berkembang secara halus pada setiap zaman melalui dunia keilmuan khususnya pentafsiran dan penterjemahan al-Quran tanpa dapat dikesan atau diketahui oleh pihak berkuasa agama Islam. Apabila jumlah mereka semakin ramai dan suara mereka mendapat perhatian umum, maka mereka dengan berani, angkuh lagi lantang mencabar pula sesiapa juga para ilmuan agama untuk tampil ke hadapan berdebat dengan mereka secara tertutup atau terbuka.

                                
Antara naskah al-Quran terawal di dunia

Golongan manusia yang membuat penterjemahan dan pentafsiran terhadap al-Quran boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan :
i.  Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang hadir bersama Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. menanggung segala kesusahan dan kedukacitaan dalam perkara-perkara yang ditakdirkan Allah SWT menjadi penyebab turunnya sesuatu ayat al-Quran. Mereka berupaya dan berkemampuan tinggi mentafsirkan pengertian maksud ayat-ayat al-Quran itu dengan meluas dan bertepatan maksudnya yang sebenar. Mereka boleh menerangkan hal-hal Nabi Muhammad s.a.w. semasa ayat-ayat tersebut diturunkan dan apakah Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. bagi memperjelaskan lagi berkenaan sesuatu ayat yang diwahyukan.

Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak membaca atau mendengar perkhabaran dan nukilan hasil karya orang lain mengenai sesuatu pengertian dan pentafsiran ilmu ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kerana mereka turut hadir sendiri bersama-sama Rasulullah s.a.w. Malahan ramai di antara mereka yang turut mengalami sendiri sesuatu peristiwa yang ditakdirkan Allah menjadi sebab ayat-ayat al-Quran itu diturunkan yang kadangkala memakan masa yang lama tetapi ayat yang diturunkan amat ringkas sahaja. Mereka boleh mentafsirkan pengertian ayat yang ringkas ini dengan panjang lebar hingga boleh memenuhi keperluan kitab kecil. 
ii.  Orang yang tidak membaca sebab-sebab turunnya sesuatu ayat al-Quran hanya berupaya mentafsirkan pengertian ayat-ayat al-Quran sekadar apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab tafsir sahaja.
iii. Orang yang tidak membaca sejarah yang menjadi sebab turunnya sesuatu wahyu dan ayat al-Quran itu hanya berupaya menterjemah dan mentafsirkan lafaz kalimah dan ayat-ayat al-Quran itu kepada bahasa-bahasa lain berpandukan apa yang terdapat maksudnya seperti yang tertera di dalam kamus sahaja.
iv. Golongan yang mendustakan Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat akan menterjemah dan mentafsirkan sesuatu ayat al-Quran menurut pertimbangan dan kebijaksanaan akal fikiran mereka sendiri yang mungkin mengandungi beberapa muka surat dengan tujuan untuk membentuk dan memesongkan pemikiran orang lain (sama ada disengajakan dengan niat atau secara tidak disedari) supaya mengikuti jejak langkah mereka mengingkari/meremehkan kebenaran al-Quran dan Islam walaupun pada zahirnya seolah-olah memuji al-Quran dalam bentuk kajian ilmiah dan dianggap saintifik.   
Golongan ini bukan sahaja terdiri daripada orang yang pada rasmi dan zahirnya adalah orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, Rasul-Nya, Kitabullah dan Hari Akhirat tetapi mempunyai latar belakang kecemerlangan akademik berprofil tinggi dan dikenali umum bahkan termasuk juga golongan dari kalangan orang yang berketurunan dan mempunyai nama Islam serta mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam.
Berpandukan kepada pembahagian golongan tersebut ternyata sekali kita hendaklah berdiri teguh di belakang para sahabat Rasulullah s.a.w. dan kasihkan mereka dengan memuji dan menimba ilmu pengetahuan, penterjemahan dan pentafsiran al-Quran melalui Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang mereka riwayatkan dan diwarisi serta disampaikan pula oleh para ulama' mujtahid tersohor Ahli Sunnah wal Jamaah yang hak.  

Kita hendaklah memahami bahawa IMAN kesemua sahabat Rasulullah s.a.w. adalah sangat kuat lagi kukuh kerana mereka bukan sekadar mengetahui sebab-sebab turunnya sesuatu wahyu dan ayat-ayat al-Quran itu sahaja bahkan mereka sendiri bersama-sama menempuh segala kesusahan dan kedukacitaan dalam perkara-perkara yang Allah letakkan/takdirkan menjadi penyebab turunya sesuatu wahyu ayat al-Quran. 

Mereka cukup memahami bahawa hukuman-hukuman Allah SWT itu tiada disentuh oleh fikiran manusia sama ada melalui cetusan fikiran hasil nukilan daripada pembacaan atau idea seseorang atau hasil keputusan dalam permesyuaratan golongan ilmuan pilihan dari kalangan cerdik pandai dan dipersetujui sebulat suara sama ada oleh majoriti para ilmuan Islam untuk menjadi ikutan umat Islam.

Apabila Allah SWT mentakdirkan berlakunya perkara-perkara  yang melibatkan para sahabat Rasulullah s.a.w.,  tidak ada sesiapa pun tahu atau dapat menjangkakan sama ada wahyu al-Quran akan diturunkan oleh Allah SWT atau tidak bagi memperjelaskan perkara-perkara tersebut. Malahan Malaikat Jibril AS dan Rasulullah s.a.w. sendiri pun tidak mengetahui adakah wahyu al-Quran akan turun atau tidak apabila berlaku sesuatu perkara yang menimpa mereka yang kadangkala memakan masa yang lama, amat menyulitkan dan mendukacitakan.

Apabila diturunkan wahyu al-Quran bagi menerangkan perkara yang berlaku dan memperjelaskan hukuman-hukuman Allah mengenainya barulah mereka mengetahuinya. Demikianlah kaifiat diturunkan ayat-ayat al-Quran dengan mengadakan sebab-sebabnya terlebih dahulu serta didatangkan berbagai-bagai ujian kesusahan yang mendukacitakan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. 

Maka amat jelas bahawa para sahabat Rasulullah s.a.w. telah cukup terlatih dalam keadaan susah dan dukacita pada setiap kali ayat-ayat al-Quran itu diturunkan. Ayat-ayat al- Quran itu bukan diturunkan Allah SWT dengan mudah sahaja tanpa sebab tetapi Allah mentakdirkan menimpakan berbagai- bagai kesusahan dan kedukacitaan terlebih dahulu kepada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Justeru kita dapat memahami dengan jelas bahawa dada para sahabat Rasulullah s.a.w. penuh dengan ilmu pengetahuan yang diambil sera terus daripada al-Quran serta penjelasan-penjelasan mengenainya melalui Hadis-hadis yang disampaikan sendiri secara langsung oleh Rasulullah s.a.w. yang berada di hadapan mereka. Mereka amat mengenali Nabi Muhammad s.a.w. dengan kemuliaan akhlak mahmudahnya bukan sebagai manusia biasa tetapi sebagai seorang Rasul Utusan Allah yang dikurniakan Allah dengan berbagai-bagai mukjizat yang terang lagi nyata yang mereka dapat merasa dan menyaksikannya sendiri dengan mata kepala. 
Sekiranya berbangkit sebarang kemusykilan mengenai sesuatu masalah ilmu mereka bertanya terus kepada Rasulullah s.a.w.. Andainya baginda tidak mengetahui jawapan sebenar akan hal yang dimusykilkan baginda memanjangkan pertanyaan tersebut kepada Malaikat Jibril AS. Jika sekiranya Malaikat Jibril AS pun tidak mengetahui jawapan sebenar terhadap kemusykilan ilmu yang dibangkitkan oleh para sahabat dia memohon petunjuk wahyu daripada Allah SWT. Selepas itu baru diturunkan wahyu susulan untuk memberikan jawapan penjelasan terhadap kemusykilan yang dibangkitkan. 

Maka jelaslah bahawa para sahabat Rasulullah s.a.w. ialah tempat terpancarnya lautan ilmu agama Islam peringkat ketiga dan mereka adalah gedung-gedung ilmu tempat terbitnya agama Islam setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Tanpa mereka agama Islam tidak mungkin terus berkembang hingga kini dan Hari Kiamat menyinari kehidupan manusia sejagat.


Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang kurang jelas atau kesamaran maksud sebenarnya ['mutasyabiha'] yang jika disalahertikan boleh merosakkan kefahaman akidah keimanan seseorang khususnya yang berkaitan dengan Allah dan bab akidah keimanan yang lain.   
Dalam hal ini Allah memberikan peringatan awal mengenai ayat-ayat al-Quran yang boleh memberikan berbagai-bagai pemahaman dan intepratasi maksudnya oleh berbagai golongan manusia sebagimana Firman-Nya dalam
 surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 7 : 
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ
                           Maksudnya :
 " Dia-lah yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat (terang dan tegas), itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat (kesamaran maksud pengertiannya). Adapun orang-orang yang di dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, pada hal tidak ada yang mengetahui takwilnya  melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : 'Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan Kami.' Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orng yang ber'akal."
Sebagai Kalam Allah yang Qadim, al-Quran mempunyai kandungan ilmu yang tidak ada had batasan, keluasan dan kedalamannya.  Perkara ini dapat difahami daripada maksud ayat al-Quran surah سُوۡرَةُ الکهف Al-Kahfi : 109 dan surah  سورة لقمان Luqman : 27 seperti yang tertera di atas. Ayat-ayat ini sangat jelas memberi peringatan kepada manusia dan makhluk-makhluk-Nya di seluruh alam bahawa Ilmu Allah seperti yang terkandung di dalam al-Quran yang Qadim itu tersangat luas dan tidak mempunyai had batasannya berbanding ilmu-ilmu yang dikurnia dan diajarkan kepada para Malaikat, Nabi dan Rasul, manusia,  jin dan sekalian makhluk-Nya.

Adalah terlalu sukar dan tidak mungkin manusia dan semua makhluk Allah dapat memikirkan kalaulah sehingga kering air lautan yang sebegitu luas dan tidak terhingga banyaknya itu dan ditambah lagi air lautan sebanyak itu walau beribu kali ganda sekalipun untuk dijadikan tinta bagi menulis dan menghuraikan ilmu-ilmu yang terkandung di dalam al-Quran kitabullah, namun masih belum lagi memadai  dan dapat dimuktamadkan. 

Penjelasan ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa ilmu pengetahuan yang dikurniakan dan dimiliki oleh manusia, dan jin boleh diibaratkan hanya seperti mencampakkan sebutir pasir ke dalam lautan yang sangat luas lagi dalam atau sebesar kuman sahaja dan tidak sesekali dapat dibandingkan dengan ilmu yang dikurniakan Allah kepada Malaikat Jibril AS, Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. dan ilmu para malaikat, Nabi dan Rasul Allah. 

Allah berulang-ulang kali memperingatkan perkara ini melalui Firman-Nya di dalam al-Quran. Antaranya ialah ayat Al-Kursi di dalam سورة البقرة surah Al-Baqarah ayat 255  yang masyhur dan sentiasa dibaca oleh manusia :
 اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
                           Maksudnya :
" Allah tidak ada yang lain melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa Izin-Nya? Allah Mengethui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka TIDAK mengetahui apa-apa dari Ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Namun jika dihimpunkan kesemua ilmu kurniaan Allah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w, para Nabi dan Rasul, Malaikat Jibril AS dan semua malaikat untuk dibandingkan dengan Ilmu Allah yang Qadim lagi Azali itu nescaya kesemuanya TIDAK LAYAK dinamakan ilmu. Ertinya Ilmu Allah yang Qadim itu tidak sesekali boleh dibandingkan atau disamakan walau setitik pun dengan segala ilmu yang dikurniakan-Nya kepada sekalian hamba makhluk-Nya yang mempunyai had batasan tertentu, serba kekurangan dan kelemahan.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar, memahami dan mencontohi kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bernama`Akramah r.a. (anak Abu Jahal) yang terkadang kala jatuh pengsan apabila membuka dan membaca Ma'shaf al-Quran. Apabila ditanya oleh sahabat apakah yang menyebabkan beliau menjadi demikian. Dia menjawab:
 "هذا كلام ربي . . هذا كلام ربي" 
Ertinya: “Ini kalam Tuhanku.. Ini kalam Tuhanku..”
Dalam episod yang berlainan kita fikirkan sejenak kisah Umar al-Khatab r.a. yang beriman hanya dengan membaca beberapa ayat al-Quran sahaja. Umar al-Khatab amat terkenal di kalangan kaum Quraisy sebagai seorang yang tegas, berani dan amat keras hati. Dalam perjalanan nekadnya bertujuan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. dia bertemu seorang Quraisy yang mengatakan kepadanya supaya sebelum dia membunuh Nabi Muhammad elok perbetulkan adik perempuannya dahulu yang sudah beriman dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.. Dengan perasaan marah dia pergi ke rumah adik perempuannya dan menamparnya hingga berdarah. Namun adik perempuannya bersabar dan menunjukkan kepadanya lambaran mashaf ayat-ayat al-Quran lalu membacanya. 

Umar amat terpegun dan merasa takjub apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Quran yang dibaca adiknya. Walaupun dia seorang yang keras hati dan bengis tetapi dengan pengetahuan ilmu Bahasa Arab yang dimilikinya dia amat memahami bahawa kalimah-kalimah ayat Quran yang dibaca dan didengarnya itu amat luar biasa dan bukan karangan manusia. Lalu pada ketika itu juga dengan tegas dia meminta supaya ditemukan Rasulullah s.a.w. dan memeluk agama Islam beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Mari kita sama-sama membaca dan cuba fahami maksud ayat-ayat al-Quran surah Taaha طه ayat 1-8 yang ditakdirkan Allah menjadi 'wasilah' Umar al-Khatab beriman memeluk Islam:
طه (1) مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى (2) إِلا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَى (3) تَنْزِيلا مِمَّنْ خَلَقَ الأرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلا (4) الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى (5) لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى (6) وَإِنْ تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى (7) اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى (8
                       Maksudnya :
"Taaha (1) 
Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepada mu agar kamu menjadi susah; (2)  
tetapi sebagai peringatan bagai orang yang takut (kepada Allah), (3) 
iaitu diturunkan dari Allah yang mengadaklan bumi dan langit yang tinggi. (4) 
(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang memiliki dan menguasai 'Arasy. (5) 
KepunyaanNya-lah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. (6) 
Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi. (7) 
Dia-lah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai al-Asma' Ul Husna (nama-nama yang indah lagi amat mulia)." (8)
Takdir Allah yang berlaku kepada Umar al-Khatab ini amat jauh berbeza dengan apa yang berlaku kepada bapa saudara Rasulullah s.a.w. , Abu Talib yang amat mengasihinya sejak kecil dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang, melindunginya dari gangguan kaum kufar Qurasy dan tidak pernah menentang atau mengganggu Rasulullah s.a.w menyeru kaumnya supaya beriman dengan menyampaikan wahyu-wahyu al-Quran kepada mereka. Namun Abu Talib meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman. Dengan rasa yang amat sedih dan berdukacita lantas Rasulullah s.a.w  menangis.

Kesedihan Rasulullah s.a.w. terhadap kematian bapa saudaranya Abu Talib yang amat dikasihinya kerana kasih sayangnya memelihara dan melindungi sejak kecil serta membantu baginda menyeru keimanan kepada penduduk Mekah tetapi meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman ini dijawab oleh Allah SWT dengan turunnya wahyu al-Quran surah 
سورة القصص al-Qashash ayat 56 :    
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
                           Maksudnya :
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi (seperti Abu Talib) akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (kepada) sesiapa yang Dia kehendaki; dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah.” 

Kita sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal untuk berfikir sewajarnya sentiasa insaf, amat takut dan mengambil peringatan yang mendalam terhadap 'Sumpah' Allah tentang kemuliaan al-Quran sebagaimana Firman-Nya yang tertera di dalam surah  سورة الواقعة al-Waaqi'ah ayat 75-82:
فَلا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ (75) وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ (76) إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ (77) فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ (78) لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ (79) تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (80) أَفَبِهَذَا الْحَدِيثِ أَنْتُمْ مُدْهِنُونَ (81) وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ (82
                         Maksudnya :
" Maka Aku bersumpah dengan masa turunya bahagian-bahagian al-Quran. (75) 
Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengethui, (76) 
sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, (77) 
pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuz), (78)  
tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. (79)  
Diturunkan dari Tuhan semesta alam. (80)  
Maka apakah kamu menganggap remeh sahaja al-Quran ini?, (81) 
kamu (mengganti) rezeki (yang Allah kurniakan) dengan mendustakan (Allah). (82)"
Sesungguhnya amat benarlah apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam Hadisnya: 

 Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
" فضل القرءان على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه"(. رواه أبو هريرة.
                                  Maksudnya :
Kelebihan al-Quran (القرءان) ke atas semua kalam adalah seperti kelebihan Tuhan Yang Amat Pemurah ke atas sekalian makhluk-Nya". [Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah.]
Rumusan daripada cetusan paparan ini dapatlah difahami bahawa al-Quran yang sebenar adalah Qadim dan bukan makhluk kerana ia tanpa huruf dan tanpa suara yang berdiri pada Zat Allah yang Qadim. Al-Quran yang dibaca oleh manusia yang mempunyai huruf dan suara adalah sama maksudnya dengan al-Quran yang Qadim itu juga. Dalam erti kata lain huruf dan suara yang terdapat pada al-Quran yang dibaca oleh manusia itu adalah baharu tetapi kandungan maksudnya sama dengan al-Quran yang Qadim. Maka al-Quran yang dibaca oleh manusia itu hendaklah dihormati dan dipermuliakan kesuciannya sebagai Kalam Allah yang Qadim juga dan tidak sesekali boleh dilakukan sebarang perkara yang boleh mencemarkan dan merosakkan kesuciannya.

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيَّ حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيَّ مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ وَذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ يَا ذَا ﭐلجَلاَلِ وَﭐلإِكْرَامِ

                         Maksudnya :

“ Ya Allah, bukakanlah hikmah-Mu kepadaku dan cucurkanlah Rahmat-Mu untukku, serta ingatkanlah aku tentang apa yang aku lupa, Ya Allah Yang Maha Mempunyai Kemuliaan. ”

                                              والله أعلمُ بالـصـواب

Salah sebuah naskah al-Quran Mushaf Uthmani tertua/terawal di dunia yang tersimpan di Perpustakaan Mufti Taskent, Uzbekistan. Dikatakan naskah inilah yang sedang dibaca oleh Khalifah Uthman al-Affan ketika dia dibunuh.
[Untuk huraian lanjut sila rujuk : Kulliyah : AL-IQTISAD FI' AL- I'TIQAD (الاقتصاد في الاعتقاد) karya Imam Al-Ghazali - Bersama Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah UTM ]


[Lihat :

v. Pengertian "PAHALA" dan "DOSA" 
vi.  Allah Mengetahui Dengan Ilmu-Nya Yang Qadim 
vii. Allah Mengadakan Sesuatu Dengan Qadrat-Nya 
viii.Ahli Syurga Melihat Zat Allah dengan Mata Kepala 
ix.  Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w. 
x.   Bhg 6 : Tarbiyatu Fikrit -Fifli- Li - Fahmi Ulumuddin
xi.  Pembinaan Iktiqad Ahli "Sunnah
xii.  Allah Dikatakan Berjuzuk, Mempunyai "Tangan" dan Istiwa' Di 'Arasy
xiii. JIRIM,JISIM, JAUHAR dan 'ARADH   
xiv.  Sejarah Pengumpulan Al-Quran (Abu Bakar) ]


***********************************************************
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
                  Maksudnya :
" Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) al-Quran (القرءان) yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk."
                    [ Al-Quran سورة الزمر‎‎ surah Az-Zumar : 23 ]

                      Ilustrasi bencana alam yang memusnahkan kaum Nabi Lut a.s.
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لأولِي الألْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ 
      Maksudnya :
" Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran (القرءان) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." 
                 [Al-Quran surah يوسف‎‎سورة  Yusuf : 111] 
                                    ********************************
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الألْبَابِ
                                 Maksudnya :
" (Apakah kamu wahai orang-orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah : 'Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran'."
                                [Al-Quran surah سورة الزمر‎‎  Az-Zumar : 9]

                                   **********************************

Umar bin al-Khattab meriwayatkan bahawa:

كَانَ إِذَا نَزَلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْيُ يُسْمَعُ عِنْدَ وَجْهِهِ كَدَوِيِّ النَّحْلِ فَمَكَثْنَا سَاعَةً فَاسْتَقْبَلَ القِبْلَةَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ فقَالَ: «اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا»، ثُمَّ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أُنْزِلَ عَلَيَّ عَشْرُ آيَاتٍ، مَنْ أَقَامَهُنَّ دَخَلَ الجَنَّةَ»، ثُمَّ قَرَأَ: {قَدْ أَفْلَحَ المُؤْمِنُونَ} حَتَّى خَتَمَ عَشْرَ آيَاتٍ

Maksudnya: 

"Apabila diturunkan wahyu ke atas Rasulullah s.a.w akan diperdengarkan kepadanya seperti bunyi desingan lebah. (Suatu hari diturunkan wahyu kepada Baginda) lalu kami diam sejenak, kemudian Baginda berpaling menghadap ke arah kiblat lantas menadah tangan untuk berdoa dan Baginda membaca: “Ya Allah, tambahkanlah (kebaikan) buat kami jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, janganlah hina kami. Kurniakanlah kami (nikmat), janganlah tahan (nikmat itu) daripada kami, dan pilihlah kami (dengan rahmat-Mu) jangan Engkau biarkan, dan redailah kami dan redailah pula usaha kami”. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: "Sepuluh ayat telah diturunkan ke atas aku, sesiapa yang mengamalkannya akan masuk ke dalam syurga." Baginda membaca ( yang bermaksud): Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, sehingga selesai sepuluh ayat." ( Surah Al Mukminun ayat 1-11 ).

 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

                       ****************************************************

الجنة مشتقة الى اربعة نفر : تالى القران وصوم رمضان وحفظ اللسان ومطعم الجيئان
Maksudnya : 
"Syurga itu rindu kepada empat golongan; iaitu orang yang membaca al-Qur'an, orang yang puasa pada bulan Ramadan, orang yang menjaga lisan, dan orang yang memberi makanan kepada yang kelaparan."
                             [ HR Abu Daud dan At-Tirmizi dari Ibn Hassan ]

                             *********************************

          NASYID KALAMUN QADIM گلام قديم
گلام قديم لا يمل سماعه

Kalâmun Qadîmu lâ yumallu samâ’uhu 
(Al-Quran adalah kalamullah yang Qadim yang tidak ada kebosanan untuk didengarkan. )
تنزه عن قول وفعل ونية

Tanazzaha ‘an qaulin wa fi’lin wa niyyati 
Yang disucikan dari ucapan, perbuatan dan kehendak. 
به أشتفی من کل داء ونوره

Bihi asytafî min kulli dâ-in wa nûruhu 
Dengan al-Quran itu aku minta kesembuhan dari segala penyakit dan cahaya al-Quran 
دليل لقلبی عند جهلی وحيرتی

Dalîlun liqalbî ‘inda jahlî wa hairatî 
(itu menjadi petunjuk hatiku ketika aku dalam kebodohan dan kebingungan, )
فيا رب متعنی بسر حروفه

Fayâ Rabbi matti’nî bisirri hurûfihi 
Wahai Tuhanku, anugerahilah aku dengan rahsia dalam huruf al-Quran,
ونوربه قلبی وسمعی ومقلتی

Wa nawwir bihi qalbî wa sam’î wa muqlatî 
Dan berilah cahaya di hatiku, pendengaran dan mataku barkat al-Quran. 
ويارب يافتاح إفتح قلوبنا

Wa yâ rabbi yâ fattâh iftah qulûbanâ 
(Tuhanku yang Maha pembuka, bukakanlah hati kami, )
وفهم به قلبی علوم الشريعة

Wa fahhim bihi qalbî ‘ulûmasy-syarî’ati 
(dan fahamkanlah hati ini dengannya ilmu-ilmu syariat.) 
وصل وسلم ياإلهی لمنذر

Wa shalli wa sallim yâ ilâhî limundziri 
(Berilah shalawat serta salam ya Tuhanku kepada penyeru (Nabi Muhammad s.a.w). 
عدد حروف بالقرآن والسورة

‘Adada hurûfin bil Qur-âni was-sûrati 
(Sebanyak huruf al-Quran dan surat-surat.)
Persembahan Nasyid Kalamun Qadim

      
Suasana budak-budak kampung belajar membaca al-Quran 
suatu masa dahulu


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

            Maksudnya: 

“Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada 'di sisi-Nya' menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu.” [ Riwayat Muslim ]

                                  **********************************

  

Daripada Abu Umamah r.a.: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

         اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

             Maksudnya :

" Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syufaat kepada para pembacanya." [ HR Muslim ]

              ************************************************

Do'a sebelum membaca al-Quran:

اَللّهُمَّ عَظِّمْ رَغْبَتِيْ فِي الْقُرآنِ وَاجْعَلْهُ نُوْرًا لِبَصَرِيْ وَشِفَاءً لِصَدْرِيْ وَذَهَابًا لِهَمِّيْ وَحُزْنِيْ. اَللّهُمَّ زَيِّنْ بِه لِسَانِيْ وَجَمِّلْ بِه وَجْهِي وَقَوِّ بِه جَسَدِيْ وَثَقِّلْ بِه مِيْزَانِيْ وَارْزُقْـنِيْ حَقَّ تِلَاوَتِه وَقَوِّنِيْ عَلى طَاعَتِكَ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ وَاحْشُرْنِيْ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَآلِهِ الْأَخْيَارِ
                   Maksudnya :
"Ya Allah, perbesar kecintaanku pada al-Quran, jadikan al-Quran sebagai cahaya pada penglihatanku, dan kesembuhan pada dadaku, dan penghilang kesusahan dan kesedihanku. Ya Allah, hiasilah lisanku dengan al-Quran, perindahkanlah wajahku dengannya, kuatkan tubuhku dengannya, beratkan timbanganku dengannya, berilah aku rezeki untuk benar-benar membacanya atas dasar taat kepada-Mu, di pertengahan malam dan penghujung siang, dan kumpulkan aku bersama Nabi s.a.w. dan keluarganya yang terpilih."














BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...