Khamis, 16 Jun 2022

APABILA BERHADAPAN DENGAN MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR منكر و نكير


 
[ Sambungfan daripada : 'QARIN' YANG MENDAMPINGI MANUSIA SETIAP MASA ]


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْد 
                       

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طِينٍ (12) ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ (13) ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ (14) ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ (15ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ (16

             Maksudnya :
" Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari suatu saripati (berasal) daripada tanah. (12)
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). (13)
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Yang Mengadakan Segala Sesuatu Yang Paling Baik. (14)
Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. (15)
Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat."  (16)
[Al-Quran surah سورة المؤمنون al-Mu'minun : 12-16 ]

                   ****************************************

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ 

       Maksudnya :

 " Katakanlah : 'Malaikat maut yang diserahi untuk ( mencabut nyawa/roh) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmu juga kamu akan dikembalikan'."

                    [ Al-Quran surah سورة السجدة  As-Sajadah : 11

           ****************************************

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27
                      Maksudnya :
(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. (26)

Kecuali kepada Rasul yang diredai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya."(27)

                       [ Al-Quran surah سورة الجن‎‎  Al-Jin : 26-27 ]

                        *************************************

 إنَّ أَحَدَكُم يُجْمَعُ خلقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ

     Maksudnya :

"Sesungguhnya salah seorang di antara kalian dipadukan bentuk kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari (dalam bentuk mani) lalu menjadi segumpal darah selama itu pula (selama 40 hari), lalu menjadi segumpal daging selama itu pula, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh pada janin tersebut, lalu ditetapkan baginya empat hal: rezekinya, ajalnya, perbuatannya, serta kesengsaraannya dan kebahagiaannya.” [HR. Bukhari dan Muslim].


************************************************************


     Perkuburan Baqi' di Madinah yang mengandungi kira-kira 10,000 kubur para sahabat Rasulullah s.a.w. dan keluarga mereka

PERANAN MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR DALAM " FITNAH KUBUR"

Perhubungan rapat para malaikat dengan manusia telah wujud sejak dijadikan Nabi Adam a.s. dan isterinya Siti Hawa di syurga lagi. Setelah Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa diperintahkan turun ke bumi atas sebab termaklum maka berkembang biaklah keturunan Adam iaitu manusia di seluruh dunia tanpa henti hingga tiba masa berlakunya hari kiamat besar dunia pada masa yang ditakdirkan. Sebagaimana termaklum pada setiap kejadian manusia apabila terbentuknya jenin bayi di dalam rahim ibu Allah memerintahkan malaikat meniupkan roh pada janin bayi dan menuliskan segala perkara yang berkaitan dengan rezeki, perbuatanya, kesusahannya , kesenangannya dan ajalnya.

Allah juga telah memerintahkan para malaikat Kiraman Katibin( كراماً كاتبين ) yang mengiringi manusia pada setiap masa yang ditugaskan untuk mencatatkan segala amalan dan perbuatan baik dan jahatnya di sepanjang hayat hingga menemui ajal mereka sebagaimana Firman Allah dalam al-Quran :

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ (17) مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18) 

Maksudnya :

i." ( Iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannnya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri."

[Surah سورة ق Qaaf : 17-18


 وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ (10) كِرَامًا كَاتِبِينَ (11) يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ (12)

Maksudnya :

ii. " Pada hal sesungguhnya bagi kamu ada ( malaikat-malaikat ) yang mengawasi ( pekerjaanmu ), ( 10 )

yang mulia ( di sisi Allah ) dan yang mencatat ( pekerjaan-pekerjaan mu itu), ( 11)

mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( 12 )

[ Surah سورة الإنفطار Al-Infithaar : 10-12

 أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَىٰهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ

Maksudnya :

iii. " Apakah mereka mengira , bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka ? Sebenarnya ( Kami mendengar), dan utusan-utusan ( malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka."

[ Surah سورة الزخرف Az Zukhruf : 80


Akhir sekali perhubungan manusia dengan malaikat di dunia terputus apabila Malaikat Maut ( عزرائیل ) mencabut keluar rohnya daripada jasad untuk mematikan dan menamatkan hayatnya di dunia mengikut takdir ketetapan Allah sama ada mati dalam keadaan Su-ulkhatimah (سوء الخاتمة) iaitu "kesuduhan yang buruk" atau dalam keadaan Husnul-khatimah حسن الخاتمة ) ) iaitu "kesudahan yang baik". Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui apakah takdir yang tertulis pada setiap orang hamba-Nya apabila mengakhiri hayatnya di dunia. 

Perhubungan malaikat dengan setiap diri manusia masih berterusan apabila mereka mati dan dikuburkan walau di mana sahaja lokasi perkuburannya berada dan hal keadaan jasad mereka sama ada dalam keadaan biasa, cacat atau sudah rosak binasa menjadi tanah atau debu. Bermula daripada di dalam kubur alam barzakh hal kehidupan manusia adalah amat jauh berbeza kerana jasadnya sudah mati dan tidak berfungsi seperti hidup di dunia. Apabila berada di alam barzakh hanya roh sahaja yang berkekalan hidup hingga hari dibangkitkan apabila roh dipertemukan semula dengan jasad yang sudah binasa atau dalam keadaan apa jua sekalipun untuk hidup semula bagi menghadapi hari pembalasan yang dijanjikan. 

Mereka yang dirahmati Allah berada dalam kesenangan dan kenikmatan seperti berada di dalam taman syurga.  Sementera mereka  yang dilaknati Allah dikenakan azab seksa dan penderitaan seperti berada di dalam neraka. Mereka berkedaan demikian hingga hari dibangkitkan.  Apa yang berlaku di alam barzakah ini diperjelaskan berulang kali dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 

Sebaik sahaja berada di dalam kubur alam barzakah, maka akan datanglah dua orang malaikat yang dikenali sebagai Munkar dan Nakir  منكر و نكير )untuk menyoal manusia tersebut yang rohnya dikembalikan seketika pada jasad untuk menghadapi 'fitnah kubur' daripada malaikat atas perintah Allah.

Pegangan iktiqad akidah keimanan Ahli Sunnah wal Jamaah yang berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w memberikan tafsil yang panjang berkaitan dengan Syahdat Ar-Rasul " Wa Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ ". Antaranya menjelaskan yang kira-kira bermaksud:

"......dan wajiblah sekalian hamba Allah ini mempercayai kebenarannya pada semua perkara, iaitu sebarang apa juga yang dikahbarkan oleh Rasulullah s.a.w. daripada perkara dunia dan akhirat; dan tidaklah diterima oleh Allah Taala akan iman seseorang hamba Allah itu melainkan hingga ia beriman dengan semua perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w bersangkutan dengan perkara yang kemudian daripada mati; dan awal perkaranya itu ialah soal (Malaikat) Munkar wa Nakir .
Kedua-duanya itu adalah malaikat yang sangat besar dan menggerunkan rupanya, lagi sangat dahsyatnya mendudukkan hamba Allah itu di dalam kuburnya sesudah dikembalikan balik nyawa/roh itu pada badan ( walaupun sudah hancur atau dalam apa juga keadaan dan di mana sekalipun dikuburkan). Maka kedua-duanya menanyakan dia bersangkutan dengan perkara At-Tauhid dan Rasul.
Keduanya menanyakan kepadanya : 'Siapa Tuhan engkau, apa agama engkau dan siapa Nabi engkau?..' Kedua-duanya itu adalah dua orang 'Fitnah Kubur' dan pertanyaan mereka adalah awal-awal 'fitnah' kemudian daripada mati..."

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan lebih lanjut tentang Malaikat Munkar dan Nakir yang amat dahsyat ini. Antaranya adalah sebagaimana yang bermaksud :

إِنَّ الْعَبْدَ إذا وُضِعَ في قَبْرِهِ وَتَوَلَّى عنه أَصْحَابُهُ، وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ، أَتَاهُ مَلَكَانِ، فَيُقْعِدَانِهِ فَيَقُولَانِ: ما كُنْتَ تَقُولُ في هذا الرَّجُلِ؟ لِمُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم. فَأَمَّا الْمُؤْمِنُ فيقول: أَشْهَدُ أَنَّهُ عبد اللَّهِ وَرَسُولُهُ…

           Maksudnya

i."Sesungguhnya hamba yang mati apabila diletakkan dalam kuburnya dan rakan taulannya berpaling pulang darinya sedangkan ketika itu, dia masih mendengar bunyi tapak sepatu atau selipar mereka. Ketika itu datanglah dua malaikat kepadanya lantas mendudukkannya seraya bertanya apakah yang kamu katakan tentang lelaki ini yakni Muhammad s.a.w.? Adapun orang yang beriman nescaya menjawab aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya."

                  [Riwayat al-Bukhari dan Muslim ]


“Kubur (alam barzakh)itu sama ada salah satu lubang api neraka atau salah satu taman syurga. 'Apabila mati seseorang kamu, dia diperlihatkan tempat duduknya, pagi-petang, jika dia ahli syurga maka syurgalah (baginya), jika ia ahli neraka maka nerakalah (baginya) dan diperkatakan (kepadanya)'Inilah tempat kedudukan engkau hingga engkau dibangkitkan (dibawakan kepadanya) pada Hari Kiamat kelak'.” [maksud Hadis]

Abu Hurairah–radhiyallahu ‘anhu- berkata: Rasulullah–shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

( إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ أَوْ قَالَ أَحَدُكُمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ يُقَالُ لأَحَدِهِمَا الْمُنْكَرُ وَالآخَرُ النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ ، فَيَقُولُ : أَرْجِعُ إِلَى أَهْلِي فَأُخْبِرُهُمْ ، فَيَقُولَانِ : نَمْ كَنَوْمَةِ الْعَرُوسِ الَّذِي لا يُوقِظُهُ إِلا أَحَبُّ أَهْلِهِ إِلَيْهِ حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ أَدْرِي . فَيَقُولَانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ ذَلِكَ ، فَيُقَالُ لِلأَرْضِ : الْتَئِمِي عَلَيْهِ ، فَتَلْتَئِمُ عَلَيْهِ ، فَتَخْتَلِفُ فِيهَا أَضْلاعُهُ ، فَلا يَزَالُ فِيهَا مُعَذَّبًا حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ ) والحديث حسنه الألباني في صحيح الترمذي 

ii.“Apabila mayat atau salah seorang dari kalian sudah dikuburkan, ia akan didatangi dua malaikat hitam dan biru, salah satunya Munkar dan yang lain Nakir, keduanya berkata: Apa pendapatmu tentang orang ini (Nabi Muhammad)?, maka ia menjawab sebagaimana ketika di dunia: Abdullah dan Rasul-Nya, aku bersaksi bahwa tiada Tuhan lain yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Keduanya berkata: Kami telah mengetahui bahwa kamu dahulu telah mengatakan itu. 
Kemudian kuburannya diperluas 70 x 70 hasta, dan diberi penerangan, da dikatakan: Tidurlah. Dia menjawab: 'Aku mahu pulang ke rumah untuk memberitahu keluargaku'. Keduanya berkata: 'Tidurlah, sebagaimana tidurnya pengantin baru, tidak ada yang dapat membangunkannya kecuali orang yang paling dicintainya, sampai Allah membangkitkannya dari tempat tidurnya tersebut.”

              [ HR At-Tirmizi ]

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَنَّ العَبْــدَ اِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ ، وَتَوَلَّىْ عَنْهُ أَصْحَابُهَ حَتَّى اَنَّهُ يَسْمَعُ قُرْعَ نِعَالِهِمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيَقْعُدَانَهُ فَيَقُوْلَان لَهُ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ (محمد)؟ فَاَمَّا المُؤْمِنُ فَيَقُولُ : أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ. فَيُقَالُ أُنْظُرْ اِلَى مَقْعَدِكَ مِنْ النَّـار قَدْ اَبْدَلَكَ اللهُ بِهْ مَقْعَدًا مِنَ الجَنَّةِ فَيَرَاهُمَا جَمِيْعًا وَيُفْسَحُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُوْنَ ذِرَاعًا وَيمْلَأُ عَلَيْهِ خَضِرًا اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ وَاَمَّا الكَافِرُ اَو المُنَافِقُ فَيُقَالُ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلُ لَاْ أَدْرِيْ وَكُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ . فَيُقَالُ لَهُ لَادَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَاقٍ مِنْ حَدِيْدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيْحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيْهِ غَيْرُ الثَّـقَـلَيْنَ وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفُ اَضلَاعُهُ
( رَوَاهُ البُخَارِي وَمُسْلِمُ )
                      Maksudnya : 
iii."Bahawa seseorang hamba Allah, apabila dihantar ke dalam kuburnya hingga ia mendengar jejak-jejak langkah kasut sekalian sahabat-sahabatnya yang pulang, datanglah dua malaikat mendudukkan dia dan menanya:'Apa engkau kata pada lelaki ini (Nabi Muhammad s.a.w.)?'.  Orang mukmin akan jawab: Aku menaik saksi bahawasanya ia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya (Pesuruh-Nya), kemudiannya diperkatakan: Lihatlah tempat kedudukan engkau daripada api neraka, sesungguhnya Allah Taala telah tukarkan tempat engkau itu dengan suatu tempat daripada syurga. Maka ia melihat kedua-dua tempat itu, diluaskan baginya di dalam kuburnya itu tujuh puluh hasta, dipenuhi di atasnya tanaman-tanaman yang menghijau hingga hari dibangkitkan sekalian ahli isi kubur daripada kubur mereka.  
Bagi orang kafir atau munafik  (yang menzahirkan rupa Islam di luarnya dan menyimpan iktiqad kufur dan sesat pada agama di dalam hatinya) maka ditanyakan kepadanya.  'Apa engkau kata pada lelaki ini?'. Jawabnya: 'Tidak aku tahu, aku kata ikut apa orang kata'.Maka diperkatakan kepadanya: 'Tidaklah engkau tahukah!'. 
Kemudian ia pun dipukul dengan pemukul besi, satu pukulan yang kuat yang mengenainya di antara dua telinganya. Ia pun menjerit dengan jeritan yang dapat didengari suaranya itu oleh yang lainnya selain dari jin dan manusia, disempitkan kuburnya sehingga terselisih segala tulang rusuknya itu."
                   (HR Al-Bukhari dan Muslim)
iv."Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Bersabda Nabi s.a.w.: 'Apabila meninggal dunia seorang hamba maka datanglah dua orang malaikat, salah satunya bernama Munkar, dan yang lainnya bernama Nakir. Kedua malaikat itu bertanya: 'Apa yang dapat engkau katakan mengenai Muhammad s.a.w.?'. Apabila yang ditanya adalah orang mu’min, ia akan menjawab: 'Beliau adalah hamba dan Rasul Allah. Aku bersaksi bahwa tiada  Tuhan lain yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasul-Nya'. Malaikat tersebut berkata: 'Sekarang kami telah mengerti akan apa yang engkau katakan'. 
Setelah itu, dilapangkanlah kuburnya seluas tujuh puluh ( 70) hasta dan diterangi dengan cahaya. Dikatakan kepadanya: 'Sekarang tidurlah engkau'. Mayat tersebut memohon: 'Doakanlah agar aku dapat kembali pada keluargaku untuk mengkhabarkan 'kesenangan' ini'.  Malaikat menjawab: 'Tidurlah!'. Maka tidurlah ia laksana tidurnya para pengantin, tak pernah bangun kecuali jika ia ingin menemui keluarganya. Demikian yang berlangsung hingga hari kebangkitan. 
Adapun orang munafik, jika ia ditanya demikian ia menjawab: 'Aku tak tahu. Aku hanya mendengar orang lain mengatakan sesuatu tentang dia (Muhammad), lantas aku katakan pula apa yang orang katakan tentangnya itu'. Malaikat berkata: 'Sekarang kami telah mengerti akan apa yang kamu katakan'. Setelah itu  Malaikat berujar pada bumi: 'Hempetlah manusia ini olehmu!'. Lantas dihempetnya hingga berserakan tulang rusuknya. Dan ia senantiasa diazab, diseksa sampai ia dibangkitkan dari kuburnya nanti di hari akhir.” 
Dalam riwayat lain dari Abu Qatadah, diceritakan bahwa: Sesungguhnya jika seorang mu’min meninggal dunia, dia akan didudukkan di dalam kuburnya, lalu ditanyakan padanya: 'Siapa Tuhanmu?' 'Allah', jawabnya. Ditanyakan lagi: 'Siapa Nabimu?'. “Muhammad Ibn ‘Abdillah', sahutnya. Hal itu ditanyakan padanya sebanyak tiga kali. Kemudian dibukakan baginya pintu menuju neraka dan dikatakan padanya: 'Lihatlah ke tempat tinggalmu jikalau saja engkau menyimpang dari kehendak-Nya.' Setelah itu, dibukakan pintu syurga dan dikatakan kepadanya: 'Lihatlah tempat tinggalmu di syurga, kerana engkau teguh meyakini-Nya.' 
Jika seorang kafir meninggal dunia, dia akan didudukkan di dalam kuburnya, kemudian ditanyakan kepadanya: 'Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu?' 'Aku tidak tahu… Aku memang pernah mendengar orang-orang mengatakan sesuatu,' jawabnya. Lalu dikatakan padanya: 'Kamu memang benar-benar tidak tahu!' Setelah itu, dibukakan pintu syurga dan dikatakan: 'Lihat ke tempat tinggalmu itu seandainya kamu benar-benar teguh beriman.' Lalu dibukakan baginya pintu neraka dan dikatakan: 'Lihat ke tempatmu kerana kamu menyimpang'." [Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim, Al-Thabrani dan Ibn Mundah] 

Dalam sebuah hadis yang lain ada menyebutkan juga  perihal yang hampir sama dikenakan kepada orang kafir munafik apabila berhadapan dengan 'Fitnah Kubur' sebagaimana maksud berikut :

" .....Hingga dikatakan kepadanya : 'Wahai ini.. siapakah Tuhan engkau? Dan siapakah Nabi engkau?, Apa dia agama engkau?'.  Maka ia berkata : 'Tiada aku tahu' Maka diperkatakan : 'Tiada engkau tahu?' Dan datang seorang yang sangat buruk rupa muka, sangat busuk baunya, sangat buruk pakaiannya, maka ia berkata : 'Engkau sukailah dengan kemurkaan daripada Allah dengan azab yang amat pedih lagi yang berketetapan'. Maka ia berkata: 'Maka engkau juga disukai oleh Allah dengan kejahatan. Siapakah engkau?' Maka ia berkata:  'Aku ialah amalan engkau yang buruk, wallahi, bahawasanya engkau sangat segera berbuat maksiat kepada Allah dan sangat lambat berbuat taat kepada Allah, maka Allah balasi engkau dengan kejahatan.'
Maka ia berkata : 'Dan engkau Allah balasi dengan kejahatan'. Kemudian dikerasi baginya seorang yang pekak lagi bisu dan buta, ada bersertanya satu pemukul daripada besi yang jika sekiranya berhimpun sekalian jin dan manusia hendak mengangkatnya nescaya tiada terdaya mereka. Jika sekiranya dipukulkan dengannya pada satu gunung nescaya hancur menjadi debu. Maka ia memukulnya dengannya (pemukul besi) hingga menjadi debu tanah dan dikembalikan padanya roh. Maka ia memukulnya di antara dua matanya satu kali pukulan. Didengari oleh sekalian yang ada di atas bumi selain daripada jin dan manusia. Ia berkata: 'Kemudian menyeru seorang malaikat : Bentangkanlah olehmu sekalian dua papan daripada api neraka dan bukakanlah olehmu sekalian satu pintu kepada api neraka....'."

Maksud yang hampir sama juga terkandung di dalam Hadis berikut :

Dari Anas Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
فَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُ فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا
الرَّجُلِ؟ فَيَقُولُ: لَا أَدْرِي، كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ.
فَيَقُولَانِ: لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ. ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَاقٍ مِنْ حَدِيدٍ 
بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيحُ فَيَسْمَعُهَا مَنْ عَلَيْهَا غَيْرُ الثَّقَلَيْنِ
                         Maksudnya :
"Adapun orang kafir atau munafik, maka kedua malaikat tersebut bertanya kepadanya: “Apa jawabanmu tentang orang ini (Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam)?” Dia mengatakan: 'Aku tidak tahu. Aku mengatakan apa yang dikatakan orang-orang'. Maka kedua malaikat itu mengatakan: 'Engkau tidak tahu?! Engkau tidak membaca?!'. Kemudian ia dipalu dengan pemukul dari besi, tepat di wajahnya. Dia lalu menjerit dengan jeritan yang sangat keras yang didengar seluruh penduduk bumi, kecuali dua golongan: jin dan manusia.” (Muttafaqun ‘alaih)

Sesungguhnya  'Fitnah Kubur' adalah permulaan yang amat berat lagi dahsyat bagi setiap orang hamba Allah apabila jenazahnya dimasukkan ke dalam kubur yang tidak sesekali diketahui oleh hamba Allah akan hal diri masing-masing.  Permulaan daripada 'Fitnah Kubur' ini juga akan menentukan sama ada dia itu ahli kebahagian atau terus menderita dalam berbagai kesusahan di alam barzakh hingga dibangkitkan kelak. 

Walaupun Rasulullah s.a.w itu adalah maksum yang terpelihara daripada sebarang dosa kesalahan, namun baginda masih berdoa kepada Allah agar terselamat dari 'Fitnah Kubur' sebagaimana berikut : 

 اللَّهُمَّ اِنِّي اَنْزِلُ بِكَ حَاجَتِي وَاِنْ ضَعُفَ رَأْيِي وَقَلَّتْ حِيلَتِي وَقَصُرَ عَمَلِي وَافْتَقَرْتُ اِلَى رَحْمَتِكَ فَأَسْأَلُكَ يَا كَافِيَ الاُموْرِ وَيَا شَافِيَ الصُّدُورِ كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ.

     Maksudnya :
"Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekali pun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatan ku dan singkat amalan ku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada Fitnah Kubur."
Apabila orang mukmin yang soleh itu dimasukkan ke dalam kuburnya maka setelah disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir berkenaan dengan keimanan, maka datanglah kepadanya seorang yang sangat elok rupa mukanya, sangat harum baunya, sangat elok pakaiannya lalu berkata-kata dengan fasih yang bermaksud: 
"...Sukailah dengan rahmat Tuhan engkau dan dengan syurga-syurga yang ada padanya nikmat yang berkekalan...." 
Maka orang mukmin itu menjawab: 
"...Dan engkau jugalah, sukailah dengan kebaikan, siapakah engkau?..."  
Maka katanya: 
"...Aku ini ialah amalan engkau yang soleh...."
Dari sini dapatlah kita fahami keajaiban perbuatan Allah pada makhluk-Nya. Sesungguhnya Allah Taala Amat Berkuasa menukarkan segala 'pahala' amalan soleh seseorang hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia itu menjadi 'Roh Amalan Soleh' yang sangat elok rupa mukanya, sangat harum baunya, sangat elok pakaiannya, bertutur kata dengan fasihnya apabila mati dan berada di dalamkubur alam barzakh. Roh Amalan Soleh ini tidak berasal daripada apa-apa pun dan hal keadaannya adalah seperti malaikat.

Dalam maksud intipati sebuah hadis ada menjelaskan : 
" Dan berkata Ka'ab : Apabila dihantarkan hamba yang soleh itu di dalam kubur nescaya mengelilinginya oleh segala amalannya yang soleh (ketika hayatnya dahulu ) ; iaitu SEMBAHYANG, PUASA, HAJI, JIHAD dan SEDEKAH.

Katanya: Maka datang malaikat azab daripada pihak dua kakinya, maka kata 'SEMBAHYANG': Berundurlah olehmu daripadanya, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya (mengazabnya), sesungguhnya ia telah memanjangkan denganku masa berdiri bagi Allah ke atas keduanya. Maka datang mereka kepadanya daripada pihak kepalanya, maka berkata Puasa : Tiada jalan bagi kamu ke atasnya, sesugguhnya ia telah memanjangkan masa kedahagaannya bagi Allah dalam negeri dunia, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.

Maka datang mereka kepadanya daripada pihak jasadnya [badannya], maka berkata 'HAJI' dan 'JIHAD' : Berundurlah kamu daripadanya, sesungguhnya ia telah memenatkan diri dan badannya dan ia telah 'HAJI' dan 'BERJIHAD' kerana Allah, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.

Katanya: Maka datang mereka kepadanya daripada pihak dua tangannya, maka kata 'SEDEKAH': Berundurlah olehmu daripada tolanku, maka berapalah banyak daripada sedekah telah keluar daripada kedua-dua tangan ini hingga jatuh pada "tangan" Allah [hingga "diterima" Allah ibadat sedekahnya] kerana semata-mata menuntut keredaan-Nya sahaja, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya. Katanya: maka dikatakan kepadanya: Berkeluasan bagi engkau telah baiklah engkau semasa hidup dan telah baiklah engkau semasa waktu mati.

Katanya: Dan datang kepadanya Malaikat-malaikat Rahmat, maka dibentangkan baginya hamparan daripada syurga dan diluaskan baginya dalam kuburnya sejauh pemandangan matanya dan didatangkan dengan kendil (lampu) daripada syurga, maka ia mendapati cerahan dengan cahayanya hingga hari dibangkitkan dia oleh Allah SWT daripada kuburnya."

 Dalam Hadis yang lain terkandung  juga maksud yang hampir sama :

وَيَأْتِيْهِ [و فى رواية: يُمَثَّلُ لَهُ] رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ حَسَنُ الثِّيَابِ  طَيِّبُ الرِّيْحِ فَيَقُوْلُ: أَبْشِرْ بِالَّذِى يَسُرُّكَ أَبْشِرْ بِرِضْوَانٍ مِنَ اللهِ وَ جَنَّاتٍ فِيْهَا نَعِيْمٌ مُقِيْمٌ هَذَا يَوْمُكَ الَّذِى كُنْتَ تُوْعَدُ فَيَقُوْلُ لَهُ: وَ أَنْتَ فَبَشَّرَكَ اللهُ بِخَيْرٍ مَنْ أَنْتَ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيءُ بِالْخَيْرِ فَيَقُوْلُ: أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ فَوَاللهِ مَا عَلِمْتُكَ إِلاَّ كُنْتَ سَرِيْعًا فِى طَاعَةِ اللهِ بَطِيْئًا فِى مَعْصِيَةِ اللهِ فَجَزَاكَ اللهُ خَيْرً                          
            Maksudnya :
“Datanglah kepadanya [di dalam satu riwayat, 'diserupakan baginya'] seorang peria yang elok wajahnya, cantik pakaiannya lagi pula harum baunya. Ia berkata: 'Bergembiralah engkau dengan yang menyenangkanmu, bergembiralah engkau dengan memperoleh keredaan Allah dan syurga yang  di dalamnya terdapat kenikmatan abadi, ini adalah hari yang telah dijanjikan kepadamu'. 
Lalu ia berkata kepadanya: 'Dan engkau, maka mudah-mudahan Allah menggembirakanmu dengan kebaikan, siapakah engkau?, wajahmu adalah wajah yang datang membawa kebaikan'. Ia berkata: 'Aku adalah amalanmu yang soleh. Maka demi Allah, aku tidaklah mengenalmu melainkan engkau bersegera di dalam mentaati Allah lagi pula lambat di dalam mendurhakai Allah, mudah-mudahan Allah memberi balasan kebaikan kepadamu'. [HR Abu Dawud dan Ahmad] 
[## Amalan-amalan soleh ini bermaksud 'Roh Amalan Soleh' yang bertukar menjadi makhluk seperti malaikat ( dengan kuasa dan kehendak Allah) apabila tuannya (pengamalnya) meninggal dunia dan berada di dalam kubur alam barzakh. ]

Namun bagi orang kufar, munafik dan ahli maksiat segala perbuatan dosa maksiat yang tidak mendapat pengampunan Allah bertukar menjadi makhluk yang berlainan pula apabila roh mereka berhadapan dengan 'Fitnah Kubur' sebagaimana yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
" .....Hingga dikatakan kepadanya : Wahai ini.. siapakah Tuhan engkau? Dan siapakah Nabi engkau?, Apa dia agama engkau?  Maka ia berkata : Tiada aku tahu. Maka diperkatakan : Tiada engkau tahu? Dan datang seorang yang sangat buruk rupa muka, sangat busuk baunya, sangat buruk pakaiannya, maka ia berkata : Engkau sukailah dengan kemurkaan daripada Allah dengan azab yang amat pedih lagi yang berketetapan. Maka ia berkata: Maka engkau juga disukai oleh Allah dengan kejahatan. Siapakah engkau? Maka ia berkata: Aku ialah amalan engkau yang buruk, wallahi, bahawasanya engkau sangat segera berbuat maksiat kepada Allah dan sangat lambat berbuat taat kepada Allah, maka Allah balasi engkau dengan kejahatan.
Maka ia berkata : Dan engkau Allah balasi dengan kejahatan. Kemudian dikerasi baginya seorang yang pekak lagi bisu dan buta, ada bersertanya satu pemukul daripada besi yang jika sekiranya berhimpun sekalian jin dan manusia nescaya tiada terdaya mereka hendak mengangkatnya. Jika sekiranya dipukulkan dengannya pada satu gunung nescaya hancur menjadi debu. Maka ia memukulnya dengannya (pemukul besi) hingga menjadi debu tanah dan dikembalikan padanya roh. Maka ia memukulnya di antara dua matanya satu kali pukulan. Didengari oleh sekalian yang ada di atas bumi selain daripada jin dan manusia. Ia berkata: Kemudian menyeru seorang malaikat : Bentangkanlah olehmu sekalian dua papan daripada api neraka dan bukakanlah olehmu sekalian satu pintu kepada api neraka....."

Penjelasan yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w ini dapat memberikan kefahaman kepada kita betapa dahsyatnya segala perkara yang akan dihadapi oleh setiap orang hamba Allah apabila berhadapan dengan 'Fitnah Kubur' alam barzakh. Mudah-mudahan kita bersiap sedia menghadapinya apabila tiba saat kematian yang boleh berlaku pada bila-bila masa yang ditakdirkan Allah.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w ada memberi peringatan :

وَقَدْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : "لَنْ يَخْرُجَ أَحَدُكُمْ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَعْلَمَ أَينَ مَصِيرُهُ وَحَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الجَنَّةِ اَوِ النَّارِ".
            Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: 'Tidak sesekali seseorang kamu keluar daripada dunia sehinggalah ia mengetahui di mana tempat kembalinya dan hingga ia melihat tempat duduknya di syurga atau neraka'." 

Wallahu'alam. 


*******************************************************

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْ لا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ                 

    Maksudnya : 

" Allah menjadikan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah  (nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. 

               [ Al-Quran surah سورة النحل An-Nahl : 70 ]

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...