Ahad, 26 Jun 2016

NABI IBRAHIM ALAIHISALAM إبراهيم عليه السلام "JAHIL" ILMU MENGENAL ALLAH?


[Sambungan dpd : PENGERTIAN AL-MURAQABAH DAN GOLONGAN AHLI AL-MUQARRABIN]

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 
اما بعد  

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (120) شَاكِرًا لأنْعُمِهِ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (121 
                         Maksudnya : 
"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan dia bukanlah sesekali termasuk orang yang mempersekutukan (Tuhan).(120) 
(Lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya dan menunjukkannya kepada jalan yang lurus."121) 
                      Al-Quran  سورة النحل‎‎ surah An-Nahl : 120-121] 
            ***************************************
 عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27) لِيَعْلَمَ أَنْ قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا (28
Maksudnya:                    
"(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun yang ghaib.(26) 
Kecuali kepada Rasul yang diredai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di hadapan dan di belakangnya.(27) 
Supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya Rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya) Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.(28) 
      [Al-Quran  سورة الجن‎‎  surah Al-Jin : 26-28

***********************************************************
Maqam ( kesan tapak kaki) Nabi Ibrahim a.s. depan Ka'abah Baitullah
" ..Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.." [ surah al-Baqarah ayat 125 ]


Nama Nabi Ibrahim Alaihissalam إبراهيم عليه السلام disebutkan 69 kali dalam Al-Qur'an dan kisahnya termaktub dalam beberapa surah dalam Al-Qur'an seperti : Al-Baqarah : 258, 260, Al-An'am : 75-83, Ibrahim : 35-41, Maryam : 41-48, Al-Anbiya' : 51-70, Asy-Syu'ara': 69-83, Al-Ankabut : 16-27, dan Ash-Shaffat : 83-98. Kisah Nabi Ibrahim yang tertera di dalam al-Quran memberikan banyak pengertian dan pengajaran terhadap kebangkitan para Rasul Allah untuk memberi petunjuk jalan keimanan yang benar lagi hak agar manusia tidak berterusan hidup dalam kesesatan beragama dan melakukan kezaliman sesama manusia untuk kepentingan duniawi. 

Segala Firman Allah yang diwahyukan di dalam al-Quran mengenai Nabi Ibrahim a.s. yang dibangkitkan sebagai Rasul-Nya hanya memberi fokus terhadap persoalan-persoalan pokok dalam hidup beragama iaitu beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat serta janji-janji balasan pahala dan balasan azab-Nya.  Nabi Ibrahim a.s. juga dipermuliakan Allah dengan memartabatkannya sebagai "Khalilullah" ( خلیل اللہ ) yang bermaksud "Kesayangan-Nya" sebagimana Firman-Nya dalam سورة النساء surah An-Nisaa' ayat 125 :
وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلا
                      Maksudnya :
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi 'kesayangan-Nya'."
Allah juga amat memuliakan dan memuji-memuji Nabi Ibrahim dan Nabi-nabi yang lain sebagiamana Firman-Nya  :
وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ أُولِي الأيْدِي وَالأبْصَارِ (45) إِنَّا أَخْلَصْنَاهُمْ بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ (46) وَإِنَّهُمْ عِنْدَنَا لَمِنَ الْمُصْطَفَيْنَ الأخْيَارِ (47) وَاذْكُرْ إِسْمَاعِيلَ وَالْيَسَعَ وَذَا الْكِفْلِ وَكُلٌّ مِنَ الأخْيَارِ (48)
                          Maksudnya : 
i." Dan ingatlah hamba-hamba Kami : Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub yang mempunyai perbuatan-perbuatan yang besar dan ilmu-ilmu yang tinggi.(45) 
Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi iaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.(46) 
Dan sesungguhnya mereka pada sisi Kami benar-benar termasuk orang-orang pilihan yang terbaik.(47) 
Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik."(48) 
                      [  Al-Quran سورة ص‎‎ surah Shaad : 45-48 ]
وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصَارَى تَهْتَدُوا قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (135) قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالأسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (136
                            Maksudnya :
ii." Dan mereka berkata :'Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk'. Katakanlah : 'Tidak, melainkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus (Haniff).Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan yang musyrik'. (135) 
Katakanlah (wahai orang-orang mu'min) : 'Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan 'Isa serta apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya'. "(136)
                          [Al-Quran سورة البقرة surah Al-Baqarah : 135-136 ] 

Allah juga memperingatkan bahawa Nabi Ibrahim a.s. telah dibangkitkan Allah sebagai Rasul-Nya sebagaimana kesemua Rasul Allah 'Alaihimussalam yang lain untuk menyampaikan wahyu peringatan Allah kepada kaumnya dan umat manusia dalam perkara pokok beragama iaitu keimanan yang hak terhadap Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat serta janji-janji balasan pahala dan balasan azab-Nya:
إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالأسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَآتَيْنَا دَاوُدَ زَبُورًا
                         Maksudnya :
" Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan Nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'qub dan anak cucunya, 'Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan (kitab) Zabur kepada Daud."
                            [Al-Quran سورة النساء surah An-Nisaa' : 163

Kesemua para Nabi yang dibangkitkan Allah sebagai Rasul-Nya adalah 'maksum' belaka yang sentiasa terpelihara dari melakukan sebarang dosa kesalahan seperti manusia biasa. Bahkan segala niat yang terlintas di dalam hati, kata-kata dan perbuatan mereka adalah di bawah bimbingan wahyu Allah dan tidak sesekali mengikut kehendak hati mereka sendiri atau memikirkan sendiri menggunakan logik akal berpandukan pancaindera yang lima atau belajar daripada golongan ilmuan yang dikurniakan kebijaksanaan berfikir sebagaimana manusia biasa. 

Mereka tidak sesekali berhajat atau mempunyai sebarang keperluan untuk mempelajari ilmu agama dan lebih-lebih lagi ilmu mengenali Allah daripada manusia atau berfikir sendiri tanpa bimbingan wahyu Allah. Ilmu mengenali Allah atau Ilmu At-Tauhid yang menjadi teras segala ilmu yang wajib diketahui oleh para Nabi dan Rasul Allah yang dibangkitkan dan menjadi teras keimanan yang disampaikan kepada seluruh umat manusia dan jin adalah wahyu Allah melalui perantaran Malaikat Jibril AS. 

Firman-Nya di  dalam al-Quran surah سورة النجم An-Najm ayat 3-5 :
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلا وَحْيٌ يُوحَى (4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى (5 
               Maksudnya :
" dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. (3)
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)(4)
yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat. (5)                      
Di dalam Asma' Ullah Ul Husna terkandung salah satu nama Allah yang amat indah iaitu :
"AL-BA'EITH الباعث   Ertinya :Yang membangkitkan Rasul-rasul dan membangkitkan orang-orang yang mati (hidup semula daripada kubur) dan membangkitkn segala hemah cita-cita kepada perkara-perkara yang tinggi-tinggi . (باعث الهمم الى معالي الامور)."
Pengertian yang terkandung dalam Asma' Ul Husna ini dapat memberikan kefahaman bahawa dibangkitkan para Rasul di kalangan umat manusia dahulu seperti yang termaklum adalah semata-mata murah kurniaan Allah terhadap hamba-hambaNya agar mendapat perkhabran yang benar lagi sahih mengenai erti kehidupan mereka yang sebenar ketika hidup di dunia dan apabila dibangkitkan semula untuk hidup di alam akhirat yang berkekalan selama-lamanya kelak.

Hampir keseluruhan mesej yang diwahyukan kepada para Rasul Allah Alaihimussalam adalah jelas, terang lagi nyata. Namun terdapat juga beberapa ayat yang tergolong sebagai ayat-ayat "mutasyabihah" yang kesamaran maksudnya dan memerlukan pentafsiran dan pentakwilan yang lebih mendalam mengnainya daripada para ilmuan yang hak. Terdapat ayat-ayat yang jika dibaca secara sepintas lalu dan memahaminya secara zahir makna bahasanya sahaja nescaya akan menerbitkan berbagai-bagai persangka dan persepsi yang boleh membawa maksud bahawa tahap keilmuan yang dikurniakan Allah kepada Nabi Allah Ibrahim a.s. dalam konteks mengenal Allah adalah sama seperti manusia biasa juga, tidak 'maksum', waswas tentang ketuhanan dan berbagai-bagai persangka atau persepsi negatif terhadapnya.  

Firman Allah dalam al-Quran سورة آل عمران surah Ali 'Imran ayat 7 memperingatkan  :
هُوَ الَّذِى أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَـبَ مِنْهُ آيَـتٌ مُّحْكَمَـتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَـبِ وَأُخَرُ مُتَشَـبِهَـتٌفَأَمَّا الَّذِينَ فى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُوَالرَسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَـبِ     
                             Maksudnya :
"Dia-lah yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat (terang dan tegas), itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat (kesamaran maksud pengertiannya). Adapun orang-orang yang di dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, pada hal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : 'Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan Kami.' Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orng yang berakal.
Dalam Hadis ada menyebut :
" ان للقرءان ظاهرا وباطنا وحدا ومطلعا "
                              Maksudnya : 
"Sesungguhnya ada bagi al-Quran itu (makna) zahir dan (makna) batin (tingkatan makna tertingginya) dan (makna) perenggan (yang ada had perenggannya) dan (makna) mat’lak’ مطلع (iaitu kehasilan mafhum makna yang tertinggi)."
Bagi mengelakkan diri agar tidak terperangkap dengan salah faham yang boleh memberi implikasi buruk terhadap akidah keimanan seseorang yang sudah beriman, Allah memperingatkan supaya merujuk kepada orang yang ahli dan berilmu bagi mendapat petunjuk jalan yang benar sebagaimana Firman-Nya dalam surah يوسف‎‎ Yusuf ayat 111 dan surah الأنبياء Al-Anbiyaa' ayat 7 :
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ 
                         Maksudnya : 
" Kami tiada mengutus Rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah oleh mu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tiada mengetahui ."
Ayat-ayat al-Quran yang dimaksudkan mengenai Nabi Ibrahim a.s. yang boleh menimbulkan kekeliruan dan pelbagai persepsi terhadapnya adalah seperti yang terkandung di dalam surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 75-79 :
وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ (75) فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَى كَوْكَبًا قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الآفِلِينَ (76) فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي رَبِّي لأكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ (77) فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَذَا رَبِّي هَذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ (78) إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (79
Terjemahan kalimah-kalimah zahir bahasanya sahaja diertikan :
" Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan di bumi, dan Kami (memperlihatkannya) agar Ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin.(75)  
Ketika malam menjadi gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: 'Inilah Tuhanku,' tetapi tatkala bintang itu tenggelam, dia berkata: 'Saya tidak suka kepada yang tenggelam.(76)
Kemudian tatkala dia melihat bulan itu terbit dia berkata: 'Inilah Tuhanku.' Tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata: 'Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.(77)
Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: 'Inilah Tuhanku. Inilah yang lebih besar.' Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: 'Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.(78) 
Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang mengadakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan."(79) 

Terdapat beberapa aspek yang menjadi fokus utama di dalam ayat-ayat al-Quran tersebut iaitu tanda-tanda keaguangan Tuhan pada kejadian langit dan bumi dan peredaran bintang, bulan dan matahari yang seolah-olah menjadi suatu misteri keajaiban yang dinafikan Nabi Ibrahim sebagai Tuhan. Setiap orang yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan Al-Kitab sewajarnya memahami bahawa semua Nabi dan Rasul yang dibangkitkan dikurniakan Allah dengan ilmu mengenali Allah, Hari Akhirat dan kesemua perkara yang berkaitan dengan akidah keimanan melalui wahyu-Nya dan tidak sesekali menggunakan akal fikiran logik mereka sendiri yang terbit melalui pancaindera yang lima atau mempelajarinya daripada kalangan manusia yang tergolong sebagai ahli fikir, ahli falsafah dan cerdik pandai dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Ertinya kefahaman ilmu mengenal Allah yang dimiliki para Nabi dan Rasul adalah terlalu luas dan mendalam mengatasi semua manusia dan jin yang dikurniakan secara langsung melalui wahyu dari Allah SWT. 

Setiap kalimah dan ungkapan kata yang terkandung di dalam al-Quran Kalam Allah mengandungi maksud dan pengertian ilmu yang amat penting untuk dipelajari, dan diketahui untuk menjadi iktibar, pengajaran dan panduan hidup umat  manusia.

Sungguhpun kesemua Nabi dan Rasul yang dibangkitkan menjalani kehidupan yang  sama seperti manusia biasa tetapi dari segi pemahaman ilmu, akhlak dan amalan, mereka tidak sesekali menyamai seperti manusia biasa kerana mereka adalah "maksum" yang terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kesalahan dalam perbuatan, percakapan dan niat di hati serta memilki akhlak dan sifat-sifat terpuji 'mahmudah' yang mulia di sisi Allah.
 
Wahyu Firman Allah seperti yang terkandung pada kalimah-kalimah yang dilafazkan oleh Nabi Ibrahim a.s. mempunyai pengertian bagi menjelaskan pemahaman ilmu mengenal Allah yang dikurniakan Allah kepadanya dalam bahasa kiasan metafora yang hanya dapat difahami oleh para ilmuan yang mempunyai kefahaman mendalam dalam Ilmu At-Tauhid sahaja.

[Lihat : Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim ]
 

Bagi kemudahan orang-orang awam untuk memahami maksud kalimah-kalimah dan ungkapan kata yang terkandung di dalam ayat-ayat al-Quran tersebut langkah-langkah pemahaman berikut boleh digunakan sebagai panduan. Perkara asas yang wajar difahami ialah perbezaan perbuatan makhluk-makhluk Allah sebagaimana berikut :

1. Adapun Perbuatan Makhluk boleh dibahagikan kepada tiga (3) jenis iaitu :
i.  Perbuatan Tabi'ie (طبيعي)- Perbuatan ini boleh dilihat umpamanya khasiat sesuatu barang atau benda seperti:      
  • magnet boleh menarik bahan-bahan logam,
  • kemudaratan sesuatu benda terhadap kehidupan manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan dan alam, 
  • khasiat ubat-ubatan boleh menyembuhkan penyakit, cahaya matahari  boleh memanaskan bumi, peredaran bulan dan matahari untuk menentu dan mengukur peredaran masa, khasiat pemakanan untuk pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan, ais memberi kesejukan dan sebagainya tetapi ianya tidak mempunyai nyawa.
 ii. Perbuatan Kasbi (كسبي) - Perbuatan ini boleh dirujuk kepada perbuatan yang dimiliki oleh haiwan. Umpamanya haiwan boleh makan, minum, berjalan, berkahwin, membiak dan segala perkara yang layak dan bersesuaian bagi haiwan. Perbuatan ini lebih tinggi daripada Perbuatan Tabi'ie kerana haiwan mempunyai nyawa, naluri tindak balas dan sebagainya yang bersesuaian dengan kehidupannya sebagai makhluk haiwan.
 iii. Perbuatan Sinai'i (صناعي)- Perbuatan ini lebih tinggi daripada Perbuatan Tabi'ie dan Perbuatan Kasbi. Perbuatan ini boleh dikiaskan kepada perbuatan manusia yang boleh melakukan berbagai-bagai pekerjaan seperti boleh bertukang, merekacipta, membuat rumah/bangunan, mengajar dan belajar, berfikir, mempunyai daya kreatif seni dan inovatif, membina wawasan dan membina ketamadunan hidup dan lain-lain lagi yang tidak berkeupayaan bagi binatang melakukannya. Ini disebabkan manusia mempunyai nyawa/roh, dan akal.
2. Kesemua kategori perbuatan makhluk ini tidak sesakali menyamai atau disamakan dengan Perbuatan Allah yang dinamakan "Perbutan Ijadi"(ايجادي).
Perbuatan Ijadi (ايجادي) Allah ini boleh ditakrifkan juga sebagai Khalaqa yang bererti:
"Mengadakan sesuatu daripada semata-mata tiada kepada ada tanpa apa-apa jua asal pun mengikut Kehendak dan Takdir-Nya berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya Yang Qadim lagi Azali." 
Pengertian ini dapat difahami dan dibezakan dengan misalan bahawa Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan seekor semut bukan daripada  ibunya, bapa atau  daripada telurnya. Maka jika berhimpun sekalian jin dan manusia hendak mengadakan seekor semut tanpa asal apa-apa pun nescaya mereka tidak berupaya melakukannya walaupun dibelanjakan berapa banyak wang sekalipun, malahan untuk mengadakan sebiji debu pun tidaklah mereka berupaya melakukannya. Maka terputuslah jalan untuk berfikir bagaimana hendak mengadakannya.

Perbuatan Ijadi (ايجادي)  ini dikhaskan bagi Allah sahaja.

Antara Firman Allah di dalam al-Quran yang menjelaskan perihal ini ialah:

إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ (13) وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ (14) ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ (15) فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ (16    
                              Maksudnya :
i."Sesungguhnya Dia-lah Yang mengadakan (makhluk) dari permulaan dan mengembalikan (hidup semula sesudah mati)  .(13)      
Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih,(14) 
Yang mempunyai al-'Arasy yang tinggi kemuliaannya.(15) 
Maha Berkuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya."(16)
       [Surah  سورة البروج Al-Buruuj :13-16 ]
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الأرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الأمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا 
                     Maksudnya : 
ii."Allah yang mengadakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan bahawa  sesungguhnya Allah Amat Mengetahui segala sesuatu dengan Ilmu-Nya (yang Qadim lagi Azali)." 
              [Surah سورة الطلاق‎‎ Ath-Thalaaq: 12 ] 
 الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَاعِلِ الْمَلائِكَةِ رُسُلا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
                            Maksudnya : 
iii." Segla puji bagi Allah yang mengadakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk  mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat; (Allah) menambahkan apa yang diadakannya itu barang apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
                                    [Surah سورة فاطر  Faathir : 1]

3. Setelah kita memahami perbezaan peringkat-peringkat dan jenis-jenis perbuatan makhluk-makhluk Allah dan perbezaannya dengan Pebuatan Ijadi (ايجادي) yang hanya ada pada Allah sahaja kita wajar memahami pula mengapa Nabi Ibrahim a.s. mengatakan :
 " .......Inilah Tuhan ku (قَالَ هَذَا رَبِّي)......"       
melalui huraian berikut :
  i. Perbuatan Ijadi (ايجادي) hanya dikhususkan bagi Allah Taala sahaja. Apabila kita memahami bahawa Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan sebiji debu dengan tidak berasal daripada apa-apa pun maka begitulah juga Allah Taala Amat Berkuasa dan teramat mudah bagi-Nya untuk mengadakan 'Arasy, Kursi, segala lapisan langit dan bumi dan lain-lain lagi yang tidak terhingga banyaknya itu dengan tidak berasal daripada apa-apa pun berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. Maka mengetahuilah kita keluasan makna Asma-Ullah al-Husna.
Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memuji Allah Taala katanya: 
  لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك 
                    Maksudnya :
“Tidaklah aku mampu menghinggakan (menghitungkan) pujian ke atas Mu sebagaimana Engkau (sendiri) memuji ke atas Diri Mu.”
ii. Dari sini dapatlah difahami bahawa nama-nama Allah yang indah sebagaimana yang terkandung di dalam Asma' Ullah al-Husna itu mengandungi ilmu pengenalan kepada Allah Taala yang sangat luas dan diibaratkan seperti di bawah ini:-
a. Bagi orang awam, apabila membaca kitab Terjemah Aqidah” maka memadailah bagi dirinya untuk  memahami ilmu mengenal Allah. Mereka diibaratkan seperti seorang yang berada di sebuah rumah yang terdapat di dalamnya pelita lilin kecil. Maka memadailah baginya dengan ilmu yang cahayanya hanya sebesar seumpama cahaya lilin itu untuk keperluan dia seorang sahaja, tetapi cahaya yang hanya sebesar lilin itu tidak dapat diambil faedahnya oleh orang-orang lain. Akan tetapi apabila ia belajar Ilmu At-Tauhid dengan lebih luas lagi daripada apa yang ada dalam Kitab Terjemah Akidah Ahli As-Sunnah itu maka ia mendapati ilmunya itu bukanlah sekadar diibaratkan seperti cahaya lilin lagi, malahan cahayanya adalah seperti lampu yang besar, membolehkan orang lain mengambil faedah dan manfaat daripada cerahan cahaya ilmu yang ia dimilikinya, iaitu seperti cahaya lampu yang besar. 
Ketika memiliki cahaya ilmu yang hanya seperti cahaya lilin itu dahulu maka baginya hanya setakat itulah sahaja ilmunya untuk mengenal Allah Taala dan tidak melebihi daripada hadnya.  Namun apabila dia telah mendalami Ilmu At-Tauhid dengan lebih luas dan mendalam lagi maka ia telah memiliki ilmu pengenalan kepada Allah seperti memiliki lampu yang lebih besar, lalu ia berkata:
"Inilah sahaja ilmu pengenalan kepada Allah Taala dan tiada lain lagi dan ia tidak gemar pada kadar ilmu yang seperti cahaya lilin itu dahulu." 
b. Maka dapatlah kita ketahui bahawa ilmu pengenalan kepada Allah Taala sangatlah luas. Para Nabi dan Rasul Allah dikurniakan Allah Taala ilmu pengenalan kepada-Nya, bukan sekadar cahaya lilin atau sekadar satu lampu besar yang cerahan cahayanya dapat menerangi beberapa orang lain sahaja tetapi para Nabi dan Rasul Allah a.s. dikurniakan Allah Taala kefahaman ilmu yang lebih luas pada segala makna Asma-Ullah al-Husna. Ilmu mengenai pengenalan kepada Allah yang dikurniakan Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya adalah seperti cahaya bintang di langit yang membolehkan penduduk dunia mendapat cahaya petunjuk daripada ilmu tersebut.

c. Dari sini fahamlah kita bahawa apabila Allah Taala mengurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s. ilmu pengenalan kepada Allah sekadar cahaya bintang, maka ia berkata: 
 "Inilah Tuhanku." (Maknanya inilah penghabisan ilmu pengenalan kepada Tuhanku.) 
Namun apabila dikurniakan oleh Allah Taala fahaman yang lebih luas lagi,  seperti seluas cahaya bulan maka ia berkata:  
 "Inilah Tuhanku." (Maknanya inilah penghabisan ilmu untuk mengenal Tuhanku dan ia tidak gemar kepada ilmu yang sekadar cahaya bintang itu kerana telah ada termasuk dalam cahaya bulan itu.)

Seterusnya apabila dikurniakan  oleh Allah Taala fahaman yang lebih luas lagi mengenai ilmu pengenalan kepada Allah Taala seluas dan secerah cahaya matahari maka ia berkata:  
"Inilah Tuhanku." (Maknanya inilah penghabisan ilmu untuk pengenalan kepada Tuhanku dan ia tidak gemar lagi kepada ilmu pengenalan kepada Allah sekadar cahaya bulan itu.)
Adapun keluasan pemahaman ilmu mengenali Allah yang yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. ini adalah berteraskan kepada pemahaman "Perbuatan Ijadi"(ايجادي) bagi Allah Taala.
Justeru barangsiapa memahami makna "Perbuatan Ijadi"(ايجادي) bagi Allah Taala ia akan dapat memahami maksud Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda:   
     لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك
Seterusnya  dapat  memahami makna:

                ان لله سبحانه سبعين حجابا من نور

                                          Maksudnya : 
"Bahawasanya ada bagi Allah Subhanahu itu tujuh puluh (70) dindingan daripada 'nur' iaitu tujuh puluh (70) dindingan daripada cahaya ilmu." 
Berdasarkan penjelasan ringkas ini dapatlah kita fahami bahawa kalimah-kalimah ungkapan kata Nabi Ibrahim a.s. itu tidak ada kaitan langsung dengan pemahamannya yang seolah-olah "tercari-cari" untuk memahami ilmu pengenalan terhadap Allah hingga seolah-olah membandingkannya dengan Perbuatan Tabi'ie bintang, bulan dan matahari. Secara tidak langsung fahaman seperti ini menuduh atau beranggapan bahawa seolah-olah Nabi Ibrahim a.s. itu 'jahil' terhadap ilmu mengenali Allah atau pemahaman ilmu mengenali Allah yang dimilikinya diperolehi melalui daya usaha pemikirannya sendiri sama seperti manusia biasa juga dan bukan daripada wahyu kurniaan Allah SWT. Sedangkan Allah SWT amat memuji dan memulikan Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan mengurniakannya dengan ketinggian martabatnya sebagai "Khalilullah" ( خلیل اللہ ).
Malahan burung Hud-Hud yang tidak dikurniakan akal sebijak manusia pun dengan mudah dapat membezakan bahawa perbuatan manusia menyembah matahari itu adalah amat keji lagi hina di sisi Allah sebagaimana Firman Allah dalam surah سورة النّمل An Naml ayat  23-24:
إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ  (23) وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لا يَهْتَدُونَ (24)
             Maksudnya :
" Sesungguhnya aku ( burung Hud-Hud) menjumpai seorang wanita ( Balqish) yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. ( 23)

Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan ( Allah), sehingga mereka tidak mendapat petunjuk ." (24 ) 
Dalam hal ini Allah sendiri telah berfirman di dalam al-Quran surah سورة البقرة al-Baqarah ayat 135 yang antara lain menyebut :

          "........ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ 

           yang bermaksud :

         "....Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan yang musyrik." 

Malahan orang-orang awam Muslim yang hanya mempunyai cahaya ilmu mengenali Allah seumpama sebesar cahaya lilin pun tidak akan berfikiran dan mengeluarkan ungkapan kata seperti ini. 
Sesiapa juga yang berfahaman atau beranggapan sedemikian rupa maka dia hanya memahami maksud Perbuatan Tabi'ie alam sahaja yang tahapnya adalah lebih rendah dari Perbuatan Kasbi yang ada pada binantang dan Perbuatan Sinai'i yang dimiliki manusia. Dia tidak langsung memahami atau jahil terhadap Perbuatan Ijadi Allah.

Inilah salah satu kesan dan implikasinya  apabila seseorang itu hanya membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis yang 'mutasyabihat' dengan hanya berpandukan tafsiran makna zahir ayat-ayat itu sahaja. Pemahaman seperti ini boleh menerbitkan kekeliruan, menjadi salah dan boleh merosakkan akidah keimanan seseorang Muslim jika dihurai dan ditakwilkan dengan hanya berpandukan nas-nas yang sahih sahaja tanpa merujuk ijtihad perbahasan ilmiah yang lebih luas dan mendalam lagi oleh ulama-ulama mujtahid Ahli Sunnah wal Jamaah yang selaras dengan kehendak maksud nas-nas al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Ramai di antara kita sudah pasti akan berfikir panjang atau kebingungan apabila tersua Hadis sahih seperti berikut bagi mendapatkan jawapan yang sahih kebenarannya :

     عَنْ جَرِيْرٍ  قَالَ: كُنَّا جُلُوْسًا عِنْدَ النَّبِيِّ  إِذْ نَظَرَ إِلَى  الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ قَالَ: إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لاَ تُضَامُّوْنَ فِيْ رُؤْيَتِهِ فَإِنْ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوْا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَصَلاَةٍ قَبْلَ غُرُوْبِ الشَّمْسِ فَافْعَلُوْا

                   Maksudnya :  
"Dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu berkata, 'Ketika kami duduk-duduk bersama Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tiba-tiba beliau melihat ke arah bulan di malam purnama "Al-Bader" seraya berkata: ’Sesungguhnya kalian akan melihat Tuhan kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini. Kalian tidak samar dalam melihatnya. Jika kalian mampu untuk tidak meninggalkan solat sebelum terbitnya matahari (Subuh) dan solat sebelum terbenamnya matahari (Asar), maka lakukanlah'.”  [al-Bukhari/ Muslim]#
[# Sila lihat penjelesan jawapannya dalam :Ahli Syurga Melihat Zat Allah di Akhirat Dengan Mata Kepala ]

Oleh itu selagi Allah masih meminjamkan hayat kepada kita untuk hidup di dunia ini marilah kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa henti dan jemu walau sesukar dan sejauh mana sekalipun untuk mendapat limpahan rahmat dan petunjuk hidayah-Nya supaya berkekalan dalam keimanan yang hak dan bermohon do'a kepada-Nya  :
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
                             Maksudnya : 
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya'."
                      [Al-Quran  سورة آل عمران surah Ali 'Imran : 8]

                           Related image         
          Maqam Nabi Ibrahim a.s. di dalam Masjid Ibrahim, Hebron, Tebing Barat, Palestin.   


Antara do'a Nabi Ibrahim a.s. depan Kaabah Baitullah setelah selesai membinanya sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran surah سورة البقرة al-Baqarah ayat 128-129: 

 رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ  (128) رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (129

           Maksudnya :
" Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. ( 128) 
Ya Tuhan kami, utuskanlah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Kitab ( Al-Quran) dan hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (129)




                      والله أعلمُ بالـصـواب                  


[Untuk huraian lanjut sila rujuk :AL-IQTISAD FI'L- I'TIQAD (الاقتصاد في الاعتقاد)oleh Al-Imam al-Ghazali.]


[Lihat :

i. Perbezaan Perbuatan Allah Dengan Perbuatan Makhluk 
ii.  Pautan : " Ahlus Sunnah wal-Jammah - Malaysia & Nusxantara". 
iii. Pautan : Sejarah Makkah


[Lihat Sambungnnya : ALLAH DIKATAKAN BERJUZUK, MEMPUNYAI TANGAN DAN BERISTIWA DI 'ARASY?

                          ***********************************************************


                Bacaan dalam solat ketika berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
                Maksudnya
"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang sah dibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahwasanya Muhammad itu adalah Pesuruh Allah. Ya Tuhan kami!, salawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau salawatkan ke atas (Nabi)Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung." [Terjemahan bacaan Tahayat Awal dan Tahayat Akhir dalam solat]. 

                                         ************************************


Image result for kota babilonia
Imaginasi pelukis pemandangan kota Babelonia yang dikatakan tempat kelahiran Nabi Ibrahim a.s. pada zaman pemerintahan Raja Namrod.
  ******************************************************           
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (83) وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ (84وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ (85) وَاغْفِرْ لأبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ (86) وَلا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ (87 
                            Maksudnya :
" (Ibrahim berdo'a) : 'Ya Tuhan ku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang soleh, (83)  
dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, (84) 
dan jadikanlah aku termasuk orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan, (85)  
dan ampunkanlah bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah termasuk golongan orang-orang yang sesat, (86)  
dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. (87)
              [Al-Quran surah الشّعراء Asy-Syu'araa' : 83-87 ] 
************************************************
 فَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا وَهِيَ ظَالِمَةٌ فَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا وَبِئْرٍ مُعَطَّلَةٍ وَقَصْرٍ مَشِيدٍ (45) أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لا تَعْمَى الأبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ (46

           Maksudnya :

" Berapalah banyaknya kota yang Kami telah membinasakannya, yang penduduknya dalam keadaan zalim, maka(tembok-tembok) kota itu roboh menutupi atap-atapnya dan (berapa banyak pula) sumur yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi, (45)

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati (qalbu) yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati (qalbu) di dalam dada." (46)

                         [ Al-Quran سورة الحج surah Al-Hajj : 45-46

 Tapak arkeologi di Mount Nemrut , Turkiye.






ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...