Sabtu, 11 Jun 2022

WASIAT SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH KEPADA PUTERANYA

 


[ Sambungan daripada : AL-QURAN IALAH KALAM ALLAH YANG QADIM ]


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ


كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ (180) فَمَنْ بَدَّلَهُ بَعْدَمَا سَمِعَهُ فَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى الَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (181) فَمَنْ خَافَ مِنْ مُوصٍ جَنَفًا أَوْ إِثْمًا فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (182
                           : Maksudnya
" Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. (180 ) 
Maka barangsiapa yang mengubah wasiat itu, setelah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (181) 
(Akan tetapi) barangsiapa khawatir terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia mendamaikan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (182)
                            [Al-Quran surah سورة البقرة  Al-Baqarah : 180-182 ] 

                    *****************************************

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا 

               Maksudnya :

" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."            

                     [ Al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' : 58 ] 

***********************************************************

 Kota Isranbul pada era zaman pemeritahan kerajaan Uthmaniah- [ Karya lukisan Ivan Aivazovsky]


Sultan Muhammad II atau lebih terkenal dengan nama Sultan Nuhammad al-Fateh adalah seorang Khalifah Uthamaniah, putera kepada Sultan Murad II yang termasyhur dengan kegagahan, keadilan, peri kemanusiaan dan kezuhudannya. Baginda juga adalah seorang panglima tentera yang cukup terlatih, berpengalaman dan berkemahiran tinggi, mempunyai kefahaman serta penghayatan yang mendalam terhadap ilmu agama Islam di samping berpengetahuan luas dalam ilmu sains, matematik serta menguasai pelbagai bahasa seperti Arab, Turki, Yunani, Hebrew dan Parsi.

Nama beliau tercatat dalam sejarah sebagai salah seorang pemimpin terunggul di dunia atas kejayaannya menakluk dan membebaskan kota Constantinople pada 29 Mei, 1453 dan menamakannnya kota Istanbul walaupun sekitar 20,000 bala tenteranya gugur syahid untuk menyempurnakan misi tersebut. Ketika itu Sultan Muhammad al-Fateh baru berusia 23 tahun.

Bermula dari saat itu runtuhlah 'kekebalan' kota Constantinople dan Empayar Rom Byzantine yang telah terbina kukuh sejak awal kurun Masehi dengan jajahan takluknya yang luas meliputi bumi Sham dan negara-negara di sekitar Laut Mediterranean.

Selepas berjaya menumpaskan Empayar Rom Byzantine dan menguasai kota Constantinople Sultan Muhammad telah memperluaskan lagi jajahan takluknya hingga ke Serbia, Morea dan di persisiran Laut Hitam.

Gereja Hagia Sophia yang telah dibina pada sekitar tahun 537 Masehi pada zaman pemerintahan Maharaja Justinian dan menjadi gereja utama di Byzantine selama 1,000 tahun akhirnya bertukar menjadi sebuah masjid apabila Constantinople ditakluk oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 1453 M. Pada bulan Julai 2020 Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia ditukarkan semula fungsinya sebagai sebuah masjid.





Ketika dalam keadaan gering pada tahun 1481 dan Baginda dapat merasakan sudah berada di penghujung akhir hayatnya, Baginda telah memanggil dan menyampaikan amanah dan wasiat kepada puteranya yang antara intipatinya bermaksud :

" .....Ayahanda sekarang mengalami kesakitan untuk kembali kepada rahmat-Nya, tetapi ayahanda tidak merasa kesal dan kecewa kerana Allah merahmati ayahanda dengan meninggalkan waris pengganti seumpama kamu. Kamu hendaklah berlaku adil, sentiasa berada di jalan yang lurus lagi benar dan bersikap belas ikhsan. Jadilah orang yang pemurah kepada rakyat jelata dan berikan perlindungan kepada mereka tanpa pilih kasih...

Sebarluaskanlah risalah Islam kerana itu adalah satu kewajipan kepada setiap orang raja yang diamanahkan Allah memerintah dunia ini. Berilah keutamaan kepada agama dalam semua perkara dan jangan sesekali kamu berasa jemu dan penat dalam melaksanakan tanggungjawab yang suci lagi mulia ini.

Jangan sesekali kamu memilih dan melantik seseorang yang tidak mengambil berat dan tidak menghiraukan hal agama, mereka yang melakukan dosa-dosa besar dan mereka yang melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan zalim yang menjurus kepada kerja-kerja kejahatan syaitan... Perluaskanlah jajahan takluk negara kita melalui "jihad" yang diredai Allah. Awasilah dengan teliti kekayaan dan perbendaharaan negara dan pastikan tidak berlaku sebarang pembaziran.

Jangan sesekali kamu menggunakan kedudukan dan kekuasaan kamu terhadap kekayaan sesiapa juga di kalangan rakyat kecuali atas dasar,kepentingan dan prinsip agama Islam yang hakiki. Bermurah hatilah terhadap mereka yang benar-benar berhak....."

Ambillah pelajaran ini dariku.

Aku datang ke negeri ini seperti seekor semut kecil. Lalu Allah memberiku semua nikmat yang besar ini.

Oleh itu ikutilah jalan dan jejakku. Berjuang dan berkerjalah untuk meneguhkan agama ini dan muliakanlah para pengikutnya. Jangan sesekali menggunakan wang negara untuk kemewahan dan kesia-siaan atau menggunakan lebih daripada yang seharusnya, kerana itu adalah penyebab terbesar kebinasaan.” 


[**Peringatan : Sultan Muhammad al-Fateh diputerakan di Edrine pada 30 Mac 1432 dan wafat di Hunkarcayiri pada 03 Mei, 1481 ketika berusia 49 tahun.]



Masjid Jame Muhammad al-Fateh di Istanbul yang didirikan pada tahun 1470 Masehi

Makam Sultan Muhammad al-Fateh di dalam kompleks bangunan Masjid Muhammad al-Fateh



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...