Khamis, 27 Oktober 2022

" UMNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU .لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ


[ Sambungan daripada : NAMA-NAMA HAIWAN DALAM AL-QURAN

                     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
 أَمَّا بَعْـدُ 

 

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ 

             Maksudnya :

"Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal."

                   [ Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 269 ]

          ***********************************************

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ 

               Maksudnya : 

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan  mereka adalah orang-orang yang fasik."

                 [ Al-Quran surah  سورة آل عمران Ali 'Imran : 110

***********************************************************



Punca Turunnya Beberapa Wahyu al-Quran di Mekah


Segala perbuatan kaum musyrikin Quraisy Mekah yang menyakiti orang-orang Islam adalah sia-sia belaka kerana mereka beriman memeluki agama Islam bukanlah disebabkan kepentingan diri untuk memperolehi segala keseronokan hidup di dunia ini. Akan tetapi mereka itu telah dikurniakan Allah Taa’la dengan taufik dan hidayah-Nya bagi segala ajaran agama Islam dan segala kehendak-Nya dalam perkara iman.

Apabila dilihat oleh kaum kuffar Quraisy segala perbuatan mereka yang amat menyakiti itu tidak memberi apa-apa kesan trhadap orang-orang yang beriman malahan menambahkan lagi keyakinan dan kekuatan keimanan mereka, maka berhimpunlah para pemimpin dan pembesar kuffar Quraisy dalam satu persidangan.
Berkatalah A’tabah Bin Rabia’h Al-A’bsyi dari Bani Abdu Syams Bin Abdu Manaf, seorang pemimpin yang ditaati dan dihormati di kalangan kaum Quraisy yang bermaksud:
“Wahai sidang jamaah Quraisy, mahukah kiranya aku ini menemui Muhammad, maka aku akan cakapkan kepadanya beberapa perkara, moga-moga ia dapat menerima sebahagiannya dan kita berikan dia semoga ia berpaling dari kita (tidak menyentuh urusan kita)."
Jawab mereka:
"Wahai Abal Waleed, pergilah dan cakaplah kepadanya."
Maka iapun pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w. Pada ketika itu Rasulullah sedang melakukan ibadat solat di dalam Masjid Al-H’aram. Maka A’tabah pun berkata:
"Wahai anak saudaraku, sesungguhnya engkau adalah dari kami dan sebagaimana yang telah diketahui, engkau itu adalah dari orang-orang pilihan kami dari segi kemuliaan, nasab dan keturunan. Sesungguhnya engkau telah pun membawa kepada kaum engkau suatu perkara yang besar, dengannya engkau 'memecah-belahkan' kumpulan mereka. Engkau memperbodoh-bodohkan akal fikiran mereka, engkau cela barang sembahan dan kepercayaan agama mereka, engkau mengkafirkan orang-orang yang terdahulu dari datuk-datuk nenek mereka. Jadi, engkau dengarlah dari aku, aku mengemukakan kepada engkau beberapa perkara. Engkau fikirkan padanya semoga engkau dapat menerima sebahagiannya."
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Katakanlah wahai Abal-Waleed, aku mendengarnya.”
Maka kata A'tabah:
"Wahai anak saudaraku, jika engkau berkehendakkan dari apa yang engkau bawakan itu harta benda nescaya kami kumpulkan bagi engkau dari harta-harta benda kami, hinggalah engkau memiliki harta, lebih banyak dari kami. Jika engkau berkehendakkan kemuliaan, nescaya kami angkatkan engkau menjadi ketua kami, hingga tidaklah diputuskan sesuatu perkara oleh sesiapa selain dari engkau.  
Bahkan jika engkau berkehendakkan menjadi raja, nescaya kami angkatkan engkau menjadi raja memerintahi kami. Jika pemandangan itu datangnya dari jin yang tidak terdaya engkau menolaknya, nescaya kami usahakan permintaan ini untuk engkau dan akan kami belanjakan kerananya harta-harta kami, hingga kami melepaskan engkau daripadanya ( jin) itu, barang kali juga telah dikerasi oleh jin ke atas seseorang lelaki itu hingga ia perlu diubati.

 

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Selesai sudahkah engkau, wahai Abal Waleed?"
Katanya :
"Ya, Bahkan."
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Engkau dengarlah dariku pula. Lalu Rasulullah s.a.w membaca awal surah سورة فصلت Fush shilat ayat 1-14 yang menyentuh banyak perkara tentang akidah keimanan yang membuatkan A'tabah terpegun". Antara maksud ayat tersebut ialah :  

 

" Haa Mim, diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam Bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya); maka mereka tidak ( mahu) mendengarnya. Mereka berkata : 'Hati kami berada dalam tutupan ( yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu; sesungguhnya kami bekerja ( pula)'. Katakanlah : 'Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang yang mempersekutukan-Nya'." ( Surah Fush shilat : 1-6 )

 

Maka A’tabah pun memegang mulut Nabi, minta belas kasihan supaya yang demikian itu tidak diteruskan.
Manakala pulangnya A’tabah, mereka pun menanyakan kepadanya, maka katanya: 
“Demi Allah aku telah mendengar kata-kata yang tidak pernah aku dengar seumpamanya sama sekali. Demi Allah ia bukannya syai’r, bukannya ramalan (tekaan/telek nasib) dan bukannya sih’ir. Wahai sidang jamaah Quraisy, kamu sekalian patuhilah aku, jadikanlah dia itu bagi aku kelapangan antara lelaki itu dan antara barang yang ia ada padanya maka engkau sekalian perasingkanlah diri darinya. Maka demi Allah adalah bagi kata-katanya itu yang telah pun aku dengar suatu perkara besar maka jika orang-orang Arab mendapatinya maka engkau sekalian memadainya dengan orang-orang lain dari engkau sekalian, andainya ia lahir ke atas orang-orang Arab maka kemuliaannya itu itulah kemuliaan kamu sekalian."

 

Maka kata mereka:
"Sesungguhnya engkau telah disihir oleh Muhammad."
Maka katanya:
"Ini adalah pendapatku."
Kemudian dikemukakan kepada Rasulullah s.a.w supaya baginda bersetuju untuk 'berkongsi' dengan mereka dalam soal ibadat dan mereka pula masuk 'berkongsi' dengan ibadatnya.
Apabila terbit usul yang demikian itu, maka Allah Taala mewahyukan ayat-ayat al-Quran sebagimana yang tekandung di dalam surah سورة الكافرون Al-Kafirun :
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (4) وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6
Maksudnya :
“Katakanlah (wahai Muhammad) Hai orang-orang kafir.(1)

Aku tidak akan menyembah apa yang engkau kalian sembah (dari berhala-berhala itu). (2)

Dan engkau tidak mengi’badatkan Tuhan yang aku ibadatkan (iaitu Allah Taala yang tiada menyamai sesuatu apa pun dari segala makhluk-Nya).(3)

Dan aku tidak akan beribadat secara engkau kalian beribadat.(4)

Dan tidak engkau kalian mengi’badatkan Tuhan yang aku ibadatkan.(5)

Bagi engkau agama engkau dan bagiku agamaku."(6)
Dengan turunnya surah سورة الكافرون Al-Kafirun, maka berputus asalah mereka darinya lalu mereka meminta supaya dikeluarkan dari al-Quran apa yang membuatkan mereka marah daripada mencerca berhala-berhala dan janji-janji balasan seksa yang amat pedih atau dibawakan al-Quran yang lainnya atau pun digantikan sahaja dengan ayat dan kitab lain.

Sebagai jawapan kepada permintaan mereka Allah Taala mewahyukan ayat al-Quran dalam surah سورة يونس Yunus ayat 15:
وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آَيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآَنٍ غَيْرِ هَذَا أَوْ بَدِّلْهُ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِنْ تِلْقَاءِ نَفْسِي إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَى إِلَيَّ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Maksudnya :

“Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak mereka mengharapkan menemui Kami (untuk menerima balasan): Datangkanlah sebuah al-Quran yang selain ini atau gantilah ia; Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak mungkin bagiku untuk aku menggantinya (al-Quran) dari kemahuan diriku sendiri, tidaklah aku mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhaka kepada Tuhanku, (terhadap) seksa hari yang besar.”

Demikianlah antara contoh bagaimana wahyu al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sebaik sahaja baginda dibangkitkan sebagai Rasulullah dengan turunnya wahyu lima ayat pertama dalam surah سورة العلق al-'Alaq di Gua Hira sehinggalah selesai kesemua 30 juzuk yang mengandungi 114 surah yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ayat-ayat yang diturunkan di Makkah yang disebut sebagai ayat-ayat Makkiyah dan ayat-ayat Madaniyyah yang merujuk kepada ayat-ayat yang diturunkan di Madinah.

Kesemua ayat al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari di Makkah dan Madinah. Sebelum diturunkan wahyu al-Quran Allah mentakdirkan terlebih dahulu berlaku sesuatu perkara yang menjadi penyebab diturunkan ayat-ayat berkaitan yang kerap mengambil masa lama yang menimbulkan kedukacitaan dan kesusahan kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda.

Perkara yang berlaku menimbulkan berbagai masalah yang menjadi kemusykilan yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w akan hikmah, jawapan serta hukumannya hinggalah diwahyukan aya-ayat tersebut dan diperjelaskan lagi oleh Malaikat Jibril AS yang menyampaikan wahyu tersebut atas perintah Allah. Terdapat sesetengh ayat yang diturunkan amat pendek dan tidak difahami maksudnya yang sebenar tanpa membaca dan memahami huraian tafsirannya yang merujuk serta menjelaskan asal usul turunya ayat-ayat tersebut. Contoh paling ketara adalah sebagaimana yang diperjelaskan di atas.

Adalah suatu perkara dan masalah yang amat berat lagi membebankan bagi seseorang yang tidak mempunyai kekuatan ilmu dan hidayah pertolongan Allah apabila berhadapan dengan berbagai karenah manusia yang belum pernah mendengar seruan keimananan yang hak dan apa tah lagi bagi golongan manusia yang sengaja mengingkari kebenaran atau sudah sebati dengan fahaman dan amalan sesat.

Inilah hakikat yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w apabila menyeru kaum Arab Quraisy Mekah yang ramai di antara mereka adalah saudara mara dan kaum kerabat baginda sendiri yang amat mengenali baginda. Namun baginda meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepadanya dengan gigih , berani serta penuh keyakinan berpandu Firman Allah dalam surah An Nahl سورة النحل ayat 125 :

اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۗ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ

Maksudnya :

" Serulah ( manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan mu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk."

 


Mudah-mudahan penjelasan ringkas ini dapat dimanfaatkan bersama. Amin.


Lihat sabungan : ALLAH ISTIWA' DI ATAS ' ARASY?



 

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...