Ahad, 25 Disember 2011

Tipu Daya Syaitan Iblis [Bhg 2]


  [ Sambungan : Tipu Daya Syaitan Iblis [Bhg 1]


                    أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ

                          بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
 أَمَّا بَعْـدُ 
 "Wahai manusia,.....Berwaspadalah terhadap syaitan dan keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil...." 
 [Sebahagian daripada maksud, " Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w. pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah  di Lembah Uranah, Gunung Arafah] 
                                  **********************************
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (98) إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (99
                   Maksudnya :
" Apabila kamu membaca al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.(98) 
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya."(99)
                     [Al-Quran surah سورة النحل‎‎  An-Nahl : 98-99 

                                       ************************************
                    كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلإنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ (16) فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ (17
        Maksudnya : 
 "[Pujukan] orang-orang munafik itu adalah seperti [pujukan syaitan] ketika dia berkata kepada manusia : 'Kafirlah kamu'. Maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata : 'Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam.'(16)  
Maka adalah kesudahan keduanya, bahawa sesungguhnya kedua-duanya [masuk] ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim."(17)
                     [  Al-Quran surah سورة الحشر Al-Hasyr : 16-17]

                          ************************************************************


Peringatan dan amaran Allah Subanahuwataala kepada anak cucu Adam iaitu umat manusia di dalam al-Quran amat jelas supaya sentiasa menjauhkan dan berjaga  diri daripada tipu daya syaitan seperti yang dinyatakan di dalam surah  سورة الأعراف‎‎  Al-A'raaf ayat 27-28  :
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (27
وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّهَ لا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ (28
                            Maksudnya :
" Hai anak Adam, janganlah sesekali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu ( Adam dan Hawa) dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka.  Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.  Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (27)
Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: " Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya".  Katakanlah : "Sesungguhnya Allah TIDAK menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji."  Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui?." (28)
Dalam surah سورة يس Yaa Siin ayat 60-62  manusia diperingatkan supaya jangan sesekali menyemabh syaitan :
              أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ(60) وَأَنِ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (61) وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلا كَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا  تَعْقِلُونَ (62  
             Maksudnya:
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada mu hai Bani Adam supaya tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu,(60)
dan hendaklah kamu menyembah/beribadatkan Aku. Inilah jalan yang lurus. (61)
Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?"(62)
Sesungguhnya permusuhan syaitan Iblis laknatullah adalah berterusan sehingga Hari Kiamat dunia seperti yang diperjelaskan di dalam ayat-ayat al-Quran sebelum ini. Mereka akan melakukan apa jua cara untuk merosak dan menyesatkan manusia.  Di dalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang bermaksud :
" Maka sesungguhnya diriwayatkan bahawasanya Iblis menzahirkan dirinya bagi Yahya bin Zakaria Alaihisalam, maka ia melihat di atasnya itu ada penyangkut-penyangkut daripada tiap-tiap suatu. Maka katanya kepada Iblis : Apa dia penyangkut-penyangkut ini? Jawab Iblis : Inilah segala keinginan nafsu yang aku dapat mengenakannya akan anak Adam.  Kata Yahya : Adakah padanya itu daripada sesuatu?. Kata Iblis : Barangkali sekiranya engkau kenyang maka kami memberatkan engkau daripada sembahyang dan daripada menyebutkan Allah. Berkata Yahya : Adakah lain daripada yang demikian itu?. 
Jawab iblis : Tidak. Maka berkata Yahya : Demi Allah di atasku, bahawa tidak aku memenuhi perutku daripada makanan sama sekali selama-lamanya.  Maka kata Iblis : Demi Allah di atasku bahawa tiada aku memberi nasihat seseorang Muslim sama sekali selama-lamanya".
 Hadis yang lain pula ada menyebut yang bererti :
"Dan diriwayatkan bahawasanya Iblis yang dilaknat Allah menzahirkan diri bagi Isa bin Maryam Alaihisalam lalu berkata kepadanya : Katakanlah olehmu Laillaha Ilallah. Kata Isa kepadanya : Itu kalimah hak dan tiada aku menuturkannya dengan sebab perkataan engkau."
Pada setiap diri manusia itu mempunyai kembaran syaitan yang menerbitkan lintasan-lintasan hati supaya melakukan kejahatan dan kembaran malaikat yang menerbitkan lintasan-lintasan hati supaya melakukan kebaikan.  Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut yang bererti :
1. "Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Tiada daripada seseorang engkau sekalian itu melainkan ada baginya syaitan.Kata mereka: Dan engkau juga wahai Rasulullah?. Ia bersabda : ' Dan aku juga melainkan bahawasanya Allah menolongi aku ke atasnya maka ia [syiatan] jadi Muslim, ia tiada menyuruh melainkan dengan kebajikan."
2.  "Dan sesungguhnya sabda Nabi Muhammad s.a.w. :  Di dalam hati itu ada dua lintasan iaitu satu lintasan daripada malaikat menyuruh dan menjanjikan dengan kebajikan dan membenarkan dengan perkara yang hak.  Maka barangsiapa dapati akan yang demikian itu maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah Subahanahuwatala dan hendaklah ia memuji Allah. 
Dan satu lintasan daripada seteru menyuruh dan menjanjikan dengan kejahatan dan mendustakan dengan perkara yang hak dan menegahkan daripada yang berkebajikan. Maka barangsiapa dapati akan yang demikian itu hendaklah ia minta peliharaan dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat itu.  Kemudian ia membaca Firman-Nya yang bermaksud: Bermula syaitan itu menjanjikan dan menakutkan kamu kepapaan dan menyuruh kamu memperbuat segala kejahatan."
Mampukah kita mengenali dan membezakan di antara bisikan atau lintasan-lintasan hati yang terbit daripada malaikat dan syaitan?  Hanya mereka yang  mempunyai keluasan keilmuan yang hak dan beramal dengannya, bertaqwa dan mendapat pertunjuk Allah sahaja dapat membezakannya. Sebagaimana yang dijelaskan syaitan tidak dapat langsung menipu atau menggoda para Nabi dan Rasul dan apa tah lagi membisikkan sebarang lintasan di hati mereka kerana Allah membantu dengan mengislamkan kembaran syaitan mereka yang hanya menerbitkan lintasan-lintasan kebaikan dan kebajikan sama seperti kembaran malaikat.

Dalam satu Hadis yang lain pula ada menerangkan hal syiatan seperti berikut:

Kata Abu Hurairah:
" التقى شيطان المؤمن وشيطان الكافر فاذا شيطان الكافر دهين سمين كاس وشيطان المؤمن مهزول أشعث أغبر عار فقال شيطان الكافر لشيطان المؤمن مالك مهزول . قال انا مع رجل إذا أكل سمى الله فأظل جائعا وإذا شرب سمى الله فأظل عطشانا واذا لبس سمى الله فأظل عريانا واذا ادهن سمى الله فاظل شعثا فقال لكني مع رجل لا يفعل شيئا فانا اشاركه في طعامه وشرابه ولباسه " 
                         Maksudnya :
"Kata Abu Hurairah : Berjumpa syaitan [kembaran] orang mukmin dan syaitan [kembaran] orang kafir, maka tiba-tiba syiatan [kembaran]orang kafir itu berminyak rambut, gemuk, berpakaian, dan syiatan [kembaran] orang mukmin itu pula kurus berkusutan dan berdebu rambut dan tiada berpakaian.  Maka berkata syaitan [kembaran] orang kafir kepada syaitan [kembaran] orang mukmin : Kenapakah engkau kurus? Jawabnya : Aku berserta seorang lelaki apabila ia makan ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku lapar, dan apabila dia minum menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku dahaga.  Apabila dia memakai pakaian ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku tiada berpakaian dan apabila dia berminyak rambut ia menyebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku berkusutan rambut. Maka berkata pula syiatan [ orang kafir] : Tetapi aku berserta lelaki yang tiada berbuat sesuatu apa pun daripada yang demikian itu, maka aku menyertainya pada makananya, minumannya dan pakaiannya."
Daripada satu Hadis Rasulullah s.a.w. pula diperjelaskan usaha dan cara syaitan merosak dan memperdayakan manusia seperti yang bermaksud : 
  " Dan kata Wahib bin al Warid,telah sampai kepada kami bahawasanya Iblis menzahirkan diri bagi Yahya bin Zakaria Alaihisalam dan ia berkata : Bahawasanya aku hendak memberi nasihat kepada engkau.  Kata [Yahya]  Tidak ada hajat bagiku pada nasihat engkau, tetapi kau khabarkanlah kepada aku daripada hal anak Adam.  Iblis berkata:  Anak Adam [atau manusia] pada sisi kami ada tiga [3] bahagi.  Satu [1] bahagi daripada mereka ialah yang lebih-lebih kuat daripada segala bahagi-bahagi ke atas kami.  Kami berhadap ke atas seorang daripada mereka hingga kami memfitnahkan dia dan kami dapat mengerasi daripadanya. Maka ia bersegera beristighfar dan bertaubat [kepada Allah] maka rosak di atas kami tiap-tiap suatu yang telah kami perolehi daripadanya. Kemudian kami kembali balik ke atasnya [memfitnahkannya], tetapi dia kembali seperti itu [bertaubat] . Maka tiada kami berputus harap daripadanya, tetapi dalam begitu tiada kami mendapati daripadanya akan hajat kami. Maka daripadanya kami mendapat penat dan susah sahaja.
Adapun bahagi yang kedua [2] mereka berada pada tangan-tangan kami dengan menepati seperti bola pada tangan anak-anak mereka.  Kami membalik-balikkan mereka barang apa sahaja yang kami kehendaki, sesungguhnya memadai mereka mencukupi akan diri mereka. 
Adapun bahagi yang ketiga [3] pula mereka seumpama engkau terpelihara mereka ( maksum) dan tiada terdaya kami daripada mereka di atas sesuatu apa pun."
Berpandukan Hadis-hadis ini banyak pengajaran yang dapat difahami akan hal karenah syaitan terhadap manusia yang tidak pernah mengenal jemu atau penat atau berputus asa untuk menggoda dan memperdayakan manusia supaya mengingkari perintah Allah semasa hidup di dunia.  

Umat manusia yang paling mudah dipermainkan syaitan ialah seperti golongan kedua [2] yang syaitan mengibaratkan mereka seperti bola permainan kanak-kanak yang menurut sahaja apa juga kemahuan syaitan. Golongan inilah yang paling ramai di dunia ini yang menjadi alat syaitan berseronok-seronok dan akhirnya masuk neraka bersamanya. Orang mukmin yang jahil, cuai dan tidak mengambil berat untuk memperdalami ilmu agama Islam yang hak dan beramal dengannya juga akan termasuk bersama golongan manusia yang mudah dipermainkan syaitan.


Di samping itu dapat difahami juga bahawa syaitan kembaran setiap diri manusia akan turut bersama-sama makan, minum, berpakaian dan berminyak rambut sekiranya seseorang itu tidak beriman dan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut tidak menyebut nama Allah. Maka menjadi gemuk sihat walafiat syaitan-syaitan kembaran manusia yang tidak beriman dan tidak menyebut nama Allah ketika melakukan perbuatan mereka bahkan hingga beristeri pun syiatan turut bercampur sama jika tidak membaca nama Allah.

Syaitan sangat bermusuh dengan al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. kerana jika seseorang itu beriman, bertaqwa dan menjadi mukmin yang soleh maka syaitan kembarannya terpaksa hidup dalam kesusahan tidak berpeluang makan, minum, berpakaian dan beristeri bersama seperti yang dimaksudkan dalam suatu Hadis:
"Dan kata Ayub bin Yunus bin Yazid, telah sampai perkhabaran hadis kepada kami bahawasanya diperanakkan berserta anak-anak manusia itu daripada anak-anak jin kemudian mereka hidup bersama-sama mereka."
Seramai manakah jumlah syaitan itu ?  

Abu Imamah Al-Bahili ابو امامه الباهلي telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 "وكل بالمؤمن مائة وستون ملكا يذبون عنه مالم يقدر عليه من ذلك للبصر سبعة املاك يذبون عنه كما يذب الذباب عن قصعة العسل في اليوم الصائف وما لو بدا لكم لرأيتموه على كل سهل وجبل كل باسط يده فاغر فاه ولو وكل العبد الى نفسه طرفة عين لاختطفته الشياطين".
                         Maksudnya :
" Dan sesungguhnya kata Abu Umammah Al Bahili sabda Rasulullah s.a.w.:  Diwakilkan bagi seorang mukmin itu seratus enam puluh [160 ]orang malaikat, mereka menolakkan daripadanya barang yang tiada berupaya ia ke atasnya [menolakkannya] yang setengah daripada yang demikian itu untuk pemandangan mata ialah tujuh [7] orang yang menolakkan daripadanya sebagaimana menolakkan lalat-lalat dari  pinggan bekasan madu pada hari musim panas.  Jikalau sekiranya terzahir bagi kamu sekalian nescaya kamu melihatnya 'syaitan itu' di atas tiap-tiap tanah rata dan bukit-bukau semua membentangkan tangannya membukakan mulutnya. Sekiranya diwakilkan seorang hamba itu kepada menjaga dirinya sendiri dengan sekerlipan mata sahaja nescaya menyambarinya oleh syaitan-syaitan."
Hadis ini dengan jelas memperingat dan mengkhabarkan betapa ramainya makhluk syaitan berada di dunia ini mengelilingi hidup manusia dan hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk menganggu atau merosakkan manusia dengan izin Allah. Hinggakan pada saat hendak melakukan ibadat seperti sembahyang/solat, puasa, haji, jihad dan lain-lain lagi syaitan akan mengganggu dengan berbagai cara untuk menggagalkan atau merosakkan ibadat-ibadat yang hendak dilakukan.

Namun dengan pertolongan rahmat dan kemurahan-Nya, Allah mengutuskan 160 orang Malaikat Rahmat untuk memberi perlindungan dan mendo'akan kesejahteraan  orang-orang mukmin.  Adalah mustahil manusia dapat mengatasi atau dibiarkan bersendirian tanpa pertolongan Allah berhadapan dengan syaitan-syaitan ini.  Jika berlaku demikian, besar kemungkinan dengan sekadar sekerlipan pemandangan mata sahaja dia disambar syaitan.  Oleh itu nyata salahnya jika ada orang yang mendakwa kononnya dia mampu bersandar dengan kekuatan dirinya sendiri dan jauh sekali dia dapat menolak bahaya kemudaratan syaitan itu TANPA pertolongan Allah.

Terdapat dua kandungan Hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan lagi betapa jahat dan mudaratnya syaitan terhadap manusia seperti yang bermaksud :
1."Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. :  Sesungguhnya datang kepada aku syaitan, maka ia menarikkan akan daku kemudian dia menarikkan akan daku.  Maka aku ambil dengan memegang tengkuknya.  Demi yang membangkitkan akan daku menjadi Rasul dengan sebenarnya, tiada aku melepaskannya hingga aku dapati kesejukan air lidahnya ke atas tangan aku.  Jikalau sekiranya tidak ada perdoaan saudaraku Sulaiman Alaihisalam [al-Quran سورةُ ص‏ surah Shaad ayat 35 : 
قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 
[Maksudnya : Ia berkata: 'Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi'.]
nescaya aku berpagi-pagi terlantar di dalam masjid."
2.   Dan daripada Abdul Rahman bin Abi Laili katanya: Adalah syaitan datang kepada Nabi Muhammad s.a.w., pada tangannya ada sepotong nyalaan daripada api.  Ia berdiri di hadapannya ketika ia sedang melakukan ibadat solat.  Maka ia [Rasulullah ] membaca dan berta'uz membaca "A'uzubillahi Minasyiatanirrajim" أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ tetapi dia tidak pergi.  Lalu datang kepadanya Jibrael Alaihisalam dan berkata kapadanya : Katakan olehmu :                                                        
     أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَاْ يُجَاوِزُهَنَّ بِرٌّ وَلَاْ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ الأَرْضِ وَمَايَخْرُجُ  مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَن 
                        Yang kira-kira ertinya : 
 " Aku meminta peliharakan [perlindungan] dengan segala kalimah yang sempurna yang tiada melampaui oleh orang yang baik dan tiada melampaui oleh orang yang  jahat daripada kejahatan barang apa yang masuk pada bumi dan barang apa  yang keluar daripadanya, dan barang apa yang turun daripada langit dan barang apa yang naik kepadanya, dan daripada segala fitnah malam dan siang, dan daripada segala yang datang malam dan siang melainkan yang datang mendatangkan dengan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah."
Apabila ia [Rasulullah s.a.w. ] mengatakan yang demikian itu maka padam sepotong nyalaan api itu jatuh ke atas mukanya [syaitan]."   
Mudah-mudahan kita dapat memahami, menghayati  serta  manfaatkan hikmah pengajaran kedua-dua Hadis ini.  Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum, Penghulu sekalian Nabi, Rasul, manusia dan jin dan sentiasa terpelihara daripada sebarang gangguan syaitan pun masih dicuba syaitan untuk mengganggu dan merosakkannya, betapa pula manusia lain yang tidak maksum dan langsung tidak mengenali dan terdedah seluas-luasnya kepada pelbagai jenis godaan dan tipu daya syaitan laknatullah dan tentera-tenteranya?  

Perlu difahami juga ketika Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan gangguan syaitan, Malaikat Jibrael AS berada berhampiran dengannya tetapi Rasulullah s.a.w. tidak meminta sebarang pertolongan daripadanya. Malaikat Jibrael AS yang dijadikan Allah mempunyai diri sebegitu besar dan mempunyai kekuatan luar biasa yang semestinya dengan mudah boleh mengatasi dan membinasakan syaitan itu juga tidak melakukan apa-apa tindakan, sebaliknya dia hanya mengajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya berdo'a kepada Allah supaya syaitan pergi segera.  

Peristiwa ini adalah satu pengajaran yang sewajarnya dapat difahami bahawa kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah dan berdo'a kepada Allah SWT untuk memohon rahmat pertolongan-Nya supaya dijauhkan daripada segala kejahatan syaitan, jin, manusia berhati syaitan dan kesusahan-kesusahan lain.

[ Catatatan : Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan membaca do'a ini atau menjadikannya sebagai zikir atau wirid selepas mendirikan solat lima waktu atau ketika berhadapan dengan sa'at kritikal yang dirasakan diganggu jin syaitan. Insyallah amat besar hikmah dan fadhilatnya]

Hadis ini juga memperingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan sesekali meminta pertolongan atau bantuan daripada manusia yang berkhadamkan jin, syaitan dan makhluk-makhluk lain lebih-lebih lagi daripada kayu, batu, api, bulan, matahari dan yang seumpama dengannnya.  Hendaklah sentisa diingati dan fahami bahawa semua makhluk Allah seperti syaitan, jin, malaikat, manusia dan makhluk-makhluk lain mempunyai kelemahan dalam lima [5] perkara iaitu :
1.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kemanfaatan 
2.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kemudaratan 
3.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kematian 
4.  tiada memiliki bagi dirinya sendiri kehidupan 
5. tiada memiliki bagi dirinya sendiri kebangiktan hidup semula kemudian daripada mati.
Daripada sini dapatlah difahami bahawa Malaikat Jibrael AS yang memiliki lima [5] kelemahan tersebut tidak diwahyukan bertindak terhadap syaitan untuk menolong Nabi Muhammad s.a.w. melainkan mengajarkan supaya berdo'a kepada Allah yang menjadikan, menguasai dan memiliki sekalian makhluk-Nya.  Maha Suci Allah yang tidak memiliki sebarang kelemahan dan kekurangan.
Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الجن‎‎ Al-Jin menjelaskan :
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الإنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا 
                      Maksudnya :
i."Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."
                                                 [Ayat: 6]
  قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا (20) قُلْ إِنِّي لا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلا رَشَدًا (21) قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا (22)
                        Maksudnya :
ii."Katakanlah : Sesungguhnya aku hanya beribadat menyembah Tuhan ku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. (20) 
Katakanlah : Sesungguhnya aku tiada kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan.(21)   
Katakanlah : Sesungguhnya aku tiada sesekali seorang pun yang dapat melindungiku daripada (azab) Allah dan tiada sesekali aku akan memperoleh tempat berlindung selain daripada-Nya."(22) 

                        [Ayat :20-22]
Allah juga memperingatkan hamba-hambaNya supaya sentiasa memohon perlindungan daripada-Nya dari gangguan dan bisikan makhluk syaitan yang dilaknat sebagaimana Firman-Nya dalam surah سورة المؤمنون al-Mu'minun ayat 97-98 :
 وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ (97) وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ (98
                        Maksudnya : 
" Dan katakanlah : 'Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. (97)  
Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku." (98)
Kebijaksanaan syaitan memperdayakan manusia termasuk orang yang beriman sangat halus dan tidak disedari oleh orang yang jahil Ilmu Tawhid khususnya dalam bab ketuhanan seperti yang dimaksudkan di dalam Hadis :
 " Kata Aisyah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. : Bahawasanya syaitan datang kepada seseorang engkau sekalian, maka ia berkata : Siapa mengadakan engkau ?. Maka ia berkata : Ialah Allah Tabaraka Wataala. Maka ia berkata:  Siapa mengadakan Allah? Apabila didapati oleh seseorang daripada engkau sekalian akan yang demikian itu hendaklah dikatakan :  Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.  Bahawasanya dengan yang demikian itu ia pun pergi daripadanya."
Sekiranya seseorang itu tidak mendalami, memahami, menghayati serta berpegang teguh kepada Ilmu At-Tawhid yang hak adalah  amat sukar baginya mencari jalan keluar untuk menjawab dan menolak hujah-hujah syaitan yang sangat halus ini. Bayangkanlah apa yang berlaku kepada roh seseorang yang jahil Ilmu At-Tawhid yang sedang berhadapan dengan nazak Sakaratul-maut berada seorang diri menerima hujah ilmu dan berbagai-bagai tipu daya terakhir tentera-tentera syaitan untuk menyesatkannya supaya mati dalam kekafiran?

[ Lihat : 
             i.   Bersediakah Anda Menghadapi SAKARATUL MAUT?


[Peringatan: Apabila Rasulullah s.a.w.  mengatakan yang bermaksud : "Aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya," bererti memahami dan beriman kepada Ilmu At-Tawhid yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahdah Tauhid dan Syahdah Rasul dan juga Asma' Allah Al Husna dan bukan mengikut akal fikiran sendiri.]

Apakah panduan yang dapat membantu seseorang mukmin mempunyai kekuatan dan mendapat rahmat pertolongan Allah daripada terkena mudarat gangguan syaitan dan jin ?  Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang boleh dijadikan pegangan dan panduan amalan bagi mengatasi masalah yang berterusan daripada gangguan makhluk syaitan dan jin terhadap manusia. Keyakinan yang kukuh terhadap peringatan dan janji Allah seperti yang ditegaskan berulang-ulang kali di dalam al-Quran sebagai pelindung dan penjaga terhadap hamba-hambaNya adalah amat benar dan hendaklah dijadikan pegangan. Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya.

Firman Allah daslam  al-Quran surahسورة الحجر Al-Hijr 39-42 hendaklah sentiasa dijadikan panduan  dan peringatan: 
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأرْضِ وَلأغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ   (39) إِلا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ (40) قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ (41) إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ (42
                         Maksudnya :
" Iblis berkata : Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39)
kecuali hamba-hamba Engkau yang MUKHLIS di antara mereka. (40)
Allah berfirman : Ini adalah jalan yang lurus; kewajipan Aku-lah (menjaganya). (41)
Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat (Lihat maksud al-Quran surah al-Baqarah :268 )."(42)
Demikian juga dalam surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 142 Allah memperingatkan lagi :
   وَمِنَ الأَنْعَامِ حَمُولَةً وَفَرْشًا كُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ  وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
        Maksudnya :
" Dan di antara binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Di dalam surah سورة الزخرف‎‎ Az-Zukhruf : 36 pula Allah memperingatkan implikasi yang akan menimpa mereka yang berpaling atau enggan mematuhi peringatan-Nya di dalam al-Quran :
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ   
                        Maksudnya :
" Barangsiapa yang berpaling dari mengingat pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [al-Quran], Kami adakan baginya syaitan. Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya."
Allah berjanji akan memberi perlindungan kepada orang-orang yang beriman dengan mengeluarkan mereka dari kegelapan kekufuran. Manakalah orang-orang yang kafir berlindung kepada syaitan yang akan terus-menerus menyesatkan mereka agar menjadi penghuni neraka yang berkekalan. Hal ini diperjelaskan sebagaimana Firman-Nya di dalam al-Quran surah surah  سورة البقرة al-Baqrah : 257 :
     اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
                  Maksudnya :
" Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."                    
Kepada manusia yang suka minum khamar [arak] dan berjudi, Allah memperingatkan kesan daripada perbuatan tersebut sebagaimana Firman-Nya di dalam surah Al-Maaidah سورة المائدة  ayat  91  :        
     إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَـنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَآءَ فِى الْخَمْرِ     
    وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَوةِ فَهَلْ أَنْتُمْ  مُّنتَهُونَ
                    Maksudnya :
 "Sersungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran [meminum] khamar dan berjudi itu, dan menghalangi dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu [dari mengerjakan pekerjaan yang keji itu atau masih berdegil]".
Berpandukan kalimah peringatan yang terkandung di dalam ayat-ayat tersebut perkara pokok yang seharusnya tertanam di dalam diri setiap orang mukmin itu ialah sifat MUKHLIS yang boleh diertikan sebagai mentaati segala perintah dan suruhan Allah dengan benar-benar tulus IKHLAS semata-mata kerana Allah dan agama sahaja serta tidak sedikitpun mempunyai tujuan-tujuan lain sama ada diucapkan, tersimpan sebagai niat dalam hati Al Basirah atau dengan perbuatan yang nyata. 

Persoalan IKHLAS yang menjadi penyebab utama untuk mendapat perlindungan dan rahmat Allah ini mudah diucapkan tetapi sangat sukar dilaksanakan kerana apa yang berlaku di dalam hati tidak dapat diukur dengan nyata dan tidak ada seorang makhluk pun yang mengetahuinya dan boleh memberikan ukuran atau penilaian.  Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui segala gerak dan lintasan niat di hati setiap orang hamba-Nya.


Persoalan kedua ialah kalimah :
"....kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu    orang-orang yang SESAT." 
Pengertian SESAT di sini ialah kesesatan beragama iaitu mereka yang ingkar dan enggan beriman kepada Allah, Rasul dan segala perkara yang berkaitan dengan hal Rukun Iman enam [6] perkara. Perbahasan mengenai ilmu-ilmu Rukun Iman ini sangat luas tafsilnya. Setiap orang yang mengaku beriman hendaklah berpegang kepada ilmu-ilmu yang hak mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mempunyai kefahaman yang salah walaupun dianggap atau kelihatan "kecil" sekalipun kerana kesalahan fahaman ilmu yang nampak "kecil" sahaja akan berjangkitan dan merosakkan pula hal-hal yang lebih besar yang kesudahannya membawa kefahaman musyrik dan ingkarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w..

Apabila rosak kefahaman dan pegangan iktiqad yang terkandung di dalam ilmu Rukun Iman enam [6] perkara ini maka seseorang itu termasuk dalam golongan ahli bida'ah sesat dan terkeluar daripada keimanannya dan "menjadi orang-orang yang mengikut kamu [syaitan]". Ini bererti jika sekiranya seseorang itu pada zahirnya beriman, taat melakukan ibadat-ibadat yang difardukan, berbuat baik sesama manusia dan mempunyai sifat-sifat terpuji yang lain tetapi jika sekiranya pegangan ilmu aqidah keimanannya rosak maka di sisi Allah dia termasuk dalam golongan orang sesat yang tidak beriman dan segala ibadatnya terbatal tidak diterima Allah. Peringtan yang teramat penting lagi paling utama ini diperjelaskan secara berulang-ulang di dalam al-Quran sperti :
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ     
              Maksudnya :
 i." Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi)  yang sebelummu : 'Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi'."   
                             [Surah الزمر‎‎ سورة  Az-Zumar : 65 ] 
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا 
                        Maksudnya : 
ii. "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang memperkekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya ."
                             [ Surah سورة النساء An-Nisaa': 116 ] 
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 
                                  Maksudnya :
iii. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: 'Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." 
           [ Surah سورة لقمان  Luqman : 13] 
Sebagai pedoman untuk mengatasi masalah gangguan dan tipu daya syaitan laknatullah dan bala tentera syaitan agar sentiasa mentaati segala perintah Allah serta beristiqamah melakukan perbuatan mahmudah serta membaca, memahami, beriman serta menghayati sepenuhnya setiap ilmu yang terkandung di dalam :


2.  Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Saidina Ali bin Abi Talib yang dijadikan doa menerangkan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri  dan kandungan maksud hadis Allah Memuji Diri-Nya Sendiri.

3.   Doa Rasulullah s.a.w. selepas menunaikan solat sunat subuh.

4.   Doa Khalifah Abu Bakar As Siddiq ketika menghadapi sakit membawa maut yang menjelaskan Qada dan Qadar Allah.

5.  Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa yang terkandung di dalam kitab MUKH AD-DOA FIL IMAN.

6.  Membaca, memahami dan beriman kepada  Asma ' Allah Al Husna.

7. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu untuk menambah baik diri sendiri dalam penghayatan agama dengan membersihkan diri daripada melakukan sifat-sifat keji 'mazmumah' dan menanamkan sifat-sifat 'mahmudah' dengan beristiqamah melakukan segala ibadat yang difardhu dan digalakkan syarak sehingga ke akhir hayat.


Kesemua paparan kandungan ilmu yang tersaji di dalam kitab-kitab yang berkaitan dengan perkara di atas terdapat di dalam blog ini.  Penjelasan yang diserlahkan dalam beberapa entri blog ini hanya sebagai asas kefahaman aqidah keimanan sahaja yang mudah-mudahan boleh dijadikan panduan untuk meneroka dan menjelajah lebih luas dan mendalam lautan ilmu agama Islam yang sangat luas.

Sungguhpun adalah sangat digalakkan agar mencari pedoman dan bimbingan ilmu dan amalan beragama daripada para ulama atau agamawan yang hak tetapi sebagai peringatan setiap orang mukmin hendaklah berhati-hati dan berwaspada apabila bertemu atau hendak berguru dengan 'ulama' atau 'guru' agama yang di anggap atau digelar; "mursyid", "kasyaf", "al-hafiz"  dan sebagainya berdasarkan ukuran personaliti dan sahsiah zahir sahaja seperti : watak ulama' berpakaian mengikut sunnah, ramai pengikut, bijak berhujah dan petah berbicara dengan tutur kata mereka.

Persoalan-persoalan ilmu aqidah keimanan yang terdapat di dalam blog ini mudah-mudahan dapat membantu atau boleh dijadikan pedoman untuk menilai mereka. Seseorang ilmuan agama kebiasaannya mempunyai fikiran terbuka dan rasional untuk mendengar sebarang teguran, komen, hujah atau persoalan ilmu dan pandangan daripada orang awam yang menghadapi kemuskilan ilmu agama khususnya yang menyentuh hal-hal keimanan yang boleh merosakkan aqidah keimanan seseorang.

[PeringatanDalam maksud Hadis Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan yang intipatinya bermaksud bahawa:
"Seorang  yang berilmu [orang yang mempunyai dan kefahaman yang luas lagi mendalam terhadap ilmu agama  dan beramal dengannya] lebih ditakuti syaitan daripada 1000 orang 'abid [ahli ibadah yang jahil]."
Dalam Hadis yang lain ada juga disebut bahawa Nabi bersabda : 
من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة
                         Maksudnya :
Barangsiapa menjalani suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahi Allah kepadanya jalan ke syurga.” [Sahih Muslim]
Dalam pada itu adalah amat bermanfaat serta tersangat besar natijahnya  jika dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari, memahami serta menghayati sepenuhnya apa yang diperingatkan Rasulullah seperti yang disebut di dalam Hadis :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ: نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:  اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
                         Maksudnya :
Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.:  'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azzawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya:  'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwataala'." 
Maksud paparan Hadis-hadis ini adalah semata-mata memberi peringatan betapa pentingnya menuntut, memahami dan menghayati ilmu yang hak. Mudah-mudahan ia dapat menangkis serangan syaitan iblis dan tentera-tentera syaitan  laknatullah yang teramat mudah menipu orang-orang yang jahil walaupun mereka mengaku sudah beriman tetapi tidak berusaha mendalami, dan menghayati kefahaman ilmu agama Islam yang sangat luas itu. Malahan syaitan tidak gentar langsung atau takut kepada ahli-ahli ibadah yang jahil. Fokus utama syaitan adalah untuk menjadikan seseoang manusia itu mensyrikkan Allah yang menyebabkan dia sesat jalan agamanya dan termasuk ke dalam golongan orang kufur juga. 

Iblis dilaknat Allah bukan kerana dosa kesalahan mensyirikkan Allah tetapi berpunca daripada sifat mazmumahnya mengingkari perintah Allah supaya menyembah Adam Alaihisalam dengan tanggapan dia lebih mulia daripada Adam yang jasadnya dijadikan daripada tanah.

Biarlah kita bersusah payah menghadapi berbagai kesukaran, berkorban tenaga, fikiran, harta dan wang ringgit ketika masih hidup di dunia untuk mencari kebenaran beragama agar dapat mengelakkan diri daripada penyesalan berpanjangan apabila berada di akhirat kelak. Hendaklah sentiasa dijadikan ingatan bahawa syaitan iblis laknatullah amat pintar menipu, luas ilmu tipu dayanya, lunak tutur katanya serta indah bak syurga wawasan dan angan-angannya tetapi mereka adalah musuh sebenar orang mukmin dan setiap diri umat manusia.

[Lihat  : Kitab  Tipu Daya Syaitan  ]

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
لا تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِيْ تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ
                  Maksudnya : 
”Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan lari dari rumah yang dibacakan padanya surah al-Baqarah.” 
                               [HR. Muslim ]























ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...