Ahad, 20 Mac 2022

APABILA ROH AHLI MAKSIAT DAN ORANG KAFIR MUNAFIK BERADA DI DALAM KUBUR


Sambungan daripada : APABILA ROH ORANG MUKMIN SOLEH BERADA DI DALAM KUBUR


                                  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
          

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
 أَمَّا بَعْـدُ 

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ    
                                Maksudnya:
Sehingga jika telah datang (kepada) seorang dari mereka kematian, dia berkata Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku, berbuat yang baik pada apa yang telah aku tinggalkan, tidak sesakali, sesungguhnya ia (adalah) perkataan/dalih (yang) dia ( hanya)mengatakannya dan dari belakang mereka Alam Barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.
                  [ Al-Quran surah سورة المؤمنون Al-Mukminun : 100]

                           ******************************************

مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
                     Maksudnya:
"..........Dan Allah tidak sesekali akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara Rasul-Rasul-Nya. Oleh sebab itu berimanlah kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar."

                     [ Al-Quran surah سورة آل عمران Ali 'Imran: 179 ]

                  ****************************************

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ الأرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَى بِهِ أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا  لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ         
                                Maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya,  maka tidaklah akan diterima dari seseorang pun di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan emas (yang sebanyak ) itu. Bagi mereka itulah seksaan yang pedih dan tidak sesekali mereka memperoleh penolong."

                        [   Al-Quran surah سورة آل عمران Ali 'Imran :  91 ]

********************************************


Tidak ada sesiapa di kalangan hamba Allah yang mengetahui bagaimanakah akhir kalamnya sama ada termasuk dalam golongan yang dikurniakan 'Suul Khatimah' yang dimurkai dan dilaknat Allah atau  bersama golongan ' Khusnul Khatimah' yang dirahmati Allah. Setiap orang akan hanya mengetahui hal dirinya ketika berhadapan dengan 'sakaratul-maut' apabila roh sudah berada di khalkum dan pintu taubat sudah ditutup sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : 

     وَقَدْ قال النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : لَنْ يَخْرُجَ  أَحَدُكُمْ مِنَ  الدُّنْيَا حَتَّى يَعْلَمَ اَيْنَ مَصِيْرَهُ وَحَتَّىيَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الَجَنَّةِ اَوِ النَّارِ

                       Maksudnya :  

 "Tidak akan keluar seseorang kamu sekalian daripada dunia  sehinggalah ia mengetahui di mana destinasinya dan sehingga ia melihat tempat kedudukannya di syurga atau neraka." 
             [ Daripada  Hadis Rasulullah ]

 Berkata Abu Hurairah r.a. : Sabda Rasullullah s.a.w. :

"...Bahawasanya orang yang kafir itu apabila hampir ajal matinya datang kepadanya malaikat-malaikat dengan membawakan suatu tempat yang ada padanya bara api (neraka). Maka direntapkan rohnya dengan rentapan yang sangat kuat dan diperkatakan : 'Wahai diri yang keji, keluarlah olehmu sedang dalam keadaan marah lagi dimurkai ke atas engkau kepada tempat kehinaan dan azabnya yang disediakan Allah'. Apabila dikeluarkan rohnya diletakkan ke atas bara api itu dan bahawasanya ada baginya bunyi suara mendidih menggelegak dan dilipatkan ke atasnya penempatan itu dibawakan dengannya kepada api neraka."

 Firman Allah dalam al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam ayat 93 turut memberikan peringatan:

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ ۖ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ 
                                 Maksudnya :
"......Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat pada waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat mumukul dengan tangannya, (sambil berkata): 'Keluarkan nyawa (rohmu)'. Pada hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya."

Berpandukan  penjelasan daripada beberapa hadis Rasulullah s.a.w sesorang yang  tidak mendapat rahmat keampunan Allah, kesusahan yang ditanggungnya bermula dari saat roh direntap keluar dengan kasar dari jasadnya oleh Malaikat Maut dan diserahkan kepada malaikat azab yang meletakkan rohnya atas bara api neraka untuk menerima balasan azab seksa seterusnya hingga ke kuburan alam barzakh dan menunggu hari dibangkitkan kelak.

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إنَّ القبرَ أوَّلُ مَنزلٍ من مَنازلِ الآخرةِ، فإن نجا منهُ فما بعدَهُ أيسرُ منهُ، وإن لم ينجُ منهُ فما بعدَهُ أشدُّ منهُ، قالَ: وقالَ رسولُ اللَّهِ: ما رأيتُ مَنظرًا قطُّ إلَّا القبرُ أفظعُ منهُ

             Maksudnya  :

“Sesungguhnya alam kubur adalah tempat akhirat pertama. Apabila seseorang selamat darinya, maka setelahnya akan lebih mudah bagi dia. Namun apabila ia tidak selamat darinya (alam kubur), maka setelahnya akan lebih sulit bagi dia. Nabi berkata lagi: aku tidak melihat suatu pemandangan yang mengerikan pun melainkan pemandangan di alam kubur.”    [ HR Imam At-Tirmizi]

“Kubur (alam barzakh)itu sama ada salah satu lubang api neraka atau salah satu taman syurga. 'Apabila mati seseorang kamu, dia diperlihatkan tempat duduknya, pagi-petang, jika dia ahli syurga maka syurgalah (baginya), jika ia ahli neraka maka nerakalah (baginya) dan diperkatakan (kepadanya)'Inilah tempat kedudukan engkau hingga engkau dibangkitkan (dibawakan kepadanya) pada Hari Kiamat kelak'.” [maksud Hadis] 
Apabila jenazah sudah ke dalam liang lahad kubur alam barzakh segala dosa maksiat yang tidak mendapat pengampunan Allah bertukar pula menjadi makhluk yang berlainan apabila roh seseorang yang tidak beriman dan ahli maksiat berhadapan dengan 'Fitnah Kubur' sebagaimana yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
" .....Hingga dikatakan kepadanya : Wahai ini.. siapakah Tuhan engkau?, Dan siapakah Nabi engkau?, Apa dia agama engkau? Maka ia berkata : Tiada aku tahu. Maka diperkatakan : Tiada engkau tahu? Dan datang seorang yang sangat buruk rupa muka, sangat busuk baunya, sangat buruk pakaiannya, maka ia berkata : Engkau sukailah dengan kemurkaan daripada Allah dengan azab yang amat pedih lagi yang berketetapan. Maka ia berkata: Maka engkau juga disukai oleh Allah dengan kejahatan. Siapakah engkau? Maka ia berkata: Aku ialah amalan engkau yang buruk, wallahi, bahawasanya engkau sangat segera berbuat maksiat kepada Allah dan sangat lambat berbuat taat kepada Allah, maka Allah balasi engkau dengan kejahatan.
Maka ia berkata : Dan engkau Allah balasi dengan kejahatan. Kemudian dikerasi baginya seorang yang pekak lagi bisu dan buta, ada bersertanya satu pemukul daripada besi yang jika sekiranya berhimpun sekalian jin dan manusia nescaya tiada terdaya mereka hendak mengangkatnya. Jika sekiranya dipukulkan dengannya pada satu gunung nescaya hancur menjadi debu. Maka ia memukulnya dengannya (pemukul besi) hingga menjadi debu tanah dan dikembalikan padanya roh. Maka ia memukulnya di antara dua matanya satu kali pukulan. Didengari oleh sekalian yang ada di atas bumi selain daripada jin dan manusia. Ia berkata: Kemudian menyeru seorang malaikat : Bentangkanlah olehmu sekalian dua papan daripada api neraka dan bukakanlah olehmu sekalian satu pintu kepada api neraka....."
Maksud yang hampir sama juga terkandung di dalam Hadis berikut:

فَافْرِشُوْا لَهُ مِنَ النَّارِ، وَافْتَحُوْا لَهُ بَابًا إِلَى النَّارِ، فَيَأْتِيْهِ مِنْ حَرِّهَا، وَسَمُوْمِهَا، وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيْهِ أَضْلَاعُهُ، وَيَأْتِيْهِ رَجُلٌ قَبِيْحُ الْوَجْهِ، قَبِيْحُ الثِّيَابِ، مُنْتِنُ الرِّيْحِ، فَيَقُوْلُ: أَبْشِرْ بِالَّذِيْ يَسُوْءُكَ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِي كُنْتَ تُوْعَدُ، فَيَقُوْلُ: مَنْ أَنْتَ ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيْءُ بِالشَّرِّ، فَيَقُوْلُ: أَنَا عَمَلُكَ الْخَبِيْثُ، فَيَقُوْلُ: رَبِّ لَا تُقِمِ السَّاعَةَ
Maksudnya :
" 'Hamparkanlah untuknya (permadani) dari neraka, bukakanlah baginya pintu menuju neraka.' Maka sampailah kepadanya rasa panas dan angin panas neraka itu, kuburnya pun disempitkan sampai tulang rusuknya terhimpit. Kemudian datanglah seorang lelaki berwajah buruk, pakaiannya jelek, dan baunya busuk dan berkata berkata: 'Bergembiralah dengan sesuatu yang telah menyedihkanmu, ini adalah hari yang dahulu kamu dijanjikan.' Ia (orang kafir) pun bertanya: 'Siapa kamu, wajahmu adalah wajah yang membawa keburukan?' Ia pun menjawab: 'Aku adalah amal burukmu.' Akhirnya ia (orang kafir) berkata: 'Tuhanku, janganlah Engkau tegakkan kiamat." [HR. Ahmad ]
Dalam sepotong Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah ada juga menjelaskan yang bermaksud:
Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan kekayaan tetapi tidak mengeluarkan zakatnya, maka pada hari kiamat nanti, ia akan didatangi seekor ular yang besar lagi sangat berbisa dan amat menakutkan dengan dua bintik di atas kedua matanya lalu membelit dan memaggut lehernya sambil berteriak: 'Aku adalah kekayaanmu, aku adalah kekayaanmu yang kamu kumpulkan dahulu.' Kemudian baginda s.a.w membaca ayat al-Quran:
وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Yang bermaksud :
"Dan jangan sesekali orang-orang yang bakhil dengan hartabenda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan (diseksa) di lehernya pada hari kiamat kelak. Dan kepunyaan Allah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan." [Surah سورة آل عمران Ali ’Imran: 180]
Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan seperti maksudnya :
" .....Hingga dikatakan kepadanya : 'Wahai ini.. siapakah Tuhan engkau? Dan siapakah Nabi engkau?, Apa dia agama engkau?'.  Maka ia berkata : 'Tiada aku tahu'. Maka diperkatakan : 'Tiada engkau tahu?'. Dan datang seorang yang sangat buruk rupa muka, sangat busuk baunya, sangat buruk pakaiannya, maka ia berkata : 'Engkau sukailah dengan kemurkaan daripada Allah dengan azab yang amat pedih lagi yang berketetapan'. Maka ia berkata: 'Maka engkau juga disukai oleh Allah dengan kejahatan. Siapakah engkau?' Maka ia berkata:  'Aku ialah amalan engkau yang buruk, wallahi, bahawasanya engkau sangat segera berbuat maksiat kepada Allah dan sangat lambat berbuat taat kepada Allah, maka Allah balasi engkau dengan kejahatan.'
Maka ia berkata : 'Dan engkau Allah balasi dengan kejahatan'. Kemudian dikerasi baginya seorang yang pekak lagi bisu dan buta, ada bersertanya satu pemukul daripada besi yang jika sekiranya berhimpun sekalian jin dan manusia hendak mengangkatnya nescaya tiada terdaya mereka. Jika sekiranya dipukulkan dengannya pada satu gunung nescaya hancur menjadi debu. Maka ia memukulnya dengannya (pemukul besi) hingga menjadi debu tanah dan dikembalikan padanya roh. Maka ia memukulnya di antara dua matanya satu kali pukulan. Didengari oleh sekalian yang ada di atas bumi selain daripada jin dan manusia. Ia berkata: 'Kemudian menyeru seorang malaikat : Bentangkanlah olehmu sekalian dua papan daripada api neraka dan bukakanlah olehmu sekalian satu pintu kepada api neraka....'."

Maksud yang hampir sama juga terkandung di dalam Hadis berikut :

Dari Anas Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
فَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُ فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا
الرَّجُلِ؟ فَيَقُولُ: لَا أَدْرِي، كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ.
فَيَقُولَانِ: لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ. ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَاقٍ مِنْ حَدِيدٍ 
بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيحُ فَيَسْمَعُهَا مَنْ عَلَيْهَا غَيْرُ الثَّقَلَيْنِ
                         Maksudnya :
"Adapun orang kafir atau munafik, maka kedua malaikat tersebut bertanya kepadanya: 'Apa jawabanmu tentang orang ini (Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam)?'. Dia mengatakan: 'Aku tidak tahu. Aku mengatakan apa yang dikatakan orang-orang'. Maka kedua malaikat itu mengatakan: 'Engkau tidak tahu?! Engkau tidak membaca?!'. Kemudian ia dipukul dengan palu dari besi, tepat di wajahnya. Dia lalu menjerit dengan jeritan yang sangat keras yang didengar seluruh penduduk bumi, kecuali dua golongan: jin dan manusia.” (Muttafaqun ‘alaih)

Firman Allah dalam al-Quran surah سورة المؤمن /سورة غافر al-Mu'min/Ghafir : 45-46 menjelaskan bahawa Fir'aun bersama kaumnya dilaknat Allah bukan sahaja di dunia dengan karam kelemasan dalam lautan ketika mengejar Nabi Musa a.s. dan para pengikutnya bahkan azab seksa ke atas mereka berterusan hingga ke alam barzakah dan apabila dibangkitkan pada hari pembalasan kelak dengan dihumban ke dalam neraka :

فَوَقَاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (45)النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ (46) 

           Maksudnya :

"Maka Allah memelihatanya dari kejahatan tipu daya mereka, dan Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk.

Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang ( di dalamkubur alam barzakh), dan pada hari terjadinya Kiamat. dikatakan kepada (malaikat) : ' Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras'."

              [ Al Quran surah سورة المؤمن /سورة غافر al-Mu'min/Ghafir : 45-46

Dalam satu kisah masyhur, Khalifah Uthman Ibn Affan r.a. berjalan melintasi sebuah kawasan perkuburan.Tiba-tiba beliau berhenti melangkah dan terdiam. Kelihatan air matanya mengalir sehingga membasahi janggutnya. Melihat Khalifah Uthman menangis teresak-esak di tepi kubur itu, seorang sahabat bertanya: 

'Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa engkau memperkatakannya. Tetapi, pada hari ini apabila engkau berjalan di tepi kuburan, engkau menangis. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?

Khalifah Uthman r.a. menjawab: 

' Aku menangis kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda: ‘Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang selepasnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi'#.

Dalam satu hadis dinyatakan, salah satu sebab manusia di azab di alam barzakh adalah tidak membersihkan kotoran najis dengan betul selepas membuang air kecil. Perkara itu ada dinyatakan dalam satu hadis daripada Saidina Ibnu Abbas r.a. yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melewati kebun Madinah atau Makkah.Lalu Baginda mendengar suara dua orang yang sedang diazab di dalam kubur. Nabi s.a.w  bersabda : 

عَنْ عبد الله بنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ فأَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا

        Maksudnya : 

" Daripada Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma dia berkata, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam melewati dua kubur. Baginda lantas bersabda: 'Sesungguh keduanya sedang diseksa, dan tidaklah keduanya diseksa kerana perkara besar. Salah seorang dari keduanya tidak bertabir dari kencing. Sedangkan yang satunya lagi, berjalan sambil 'namimah' (suka mengadu domba)'. Lantas baginda mengambil pelepah kurma yang basah dan membelahnya menjadi dua bahagian, lalu baginda menancapkan di masing-masing kubur tersebut satu belahan. Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah. Mengapa anda melakukan hal ini?' Baginda menjawab: 'Semoga ia dapat meringankan seksaannya, selama keduanya belum kering'.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Terdapat tambahan dalam riwayat lain:

وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيْرٍ، وَإِنَّهُ لَكَبِيرٌ

“Tidaklah keduanya diseksa kerana suatu yang besar. Tetapi sesungguhnya ia adalah besar.” [Riwayat Bukhari]

Mudah-mudahan kita sebagai orang yang beriman mengambil iktibar dalam segala hal yang berkaitan dengan dosa dan pahala dan jangan sesekali mengambil ringan dari segi hukum syarak walaupun dalam perkara-perkara yang mungkin pada penilaian kita hanya dianggap sebagai hal yang remeh-temeh sahaja. Wallahu'alam.


********************************************

              Maksudnya : 

" dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakai-Nya dan kamu tidak sesekali sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar."

                    [ Al-Quran surah سورة فاطر Faathir : 22





 

Isnin, 14 Mac 2022

APABILA ROH ORANG MUKMIN SOLEH BERADA DI DALAM KUBUR ALAM BARZAKH



Sambungan daripada : AL-BURAQ HAIWAN SYURGA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لا يُفَرِّطُونَ      

              Maksudnya :

"   Dan Dia-lah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat itu tidak melalaikan kewajipannya.                        

                     Al-Quran surah  سورة الأنعام Al-An'am : 61

                            ******************************************

وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (170
               Maksudnya: 
"Dan jangan kamu sekalian menyangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah ( fisabilillah ) mereka mati bahkan 'mereka itu hidup di sisi' Tuhan mereka, diberikan rezeki.(169)   

Mereka bergembira dengan apa yang Allah datangkan kepada mereka dari kurniaan-Nya dan mereka bergembira dengan orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusuli mereka dari belakang (belum mati); bahawa tidak ada rasa takut atas mereka dan tidak (pula) mereka besedih hati."(170)

                         [ Al-Quran سورة آل عمران surah  Ali 'Imran : 169-170 ]   

                    **************************************

 يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29) وَادْخُلِي جَنَّتِي (30

              Maksudnya :

" Wahai jiwa (roh ) yang tenang ( mutmainnah). 

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu,

dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

                   [ Al-Quran surah سورة الفجر  Al-Fajr : 27-30

***********************************************************

Apakah Yang Berlaku Kepada Roh Orang Mukmin Soleh Apabila Berada Di Dalam Kubur Alam Barzakh برزخ ?

Maqam para syuhada Perang Uhud

Allah SWT menjanjikan golongan hamba-hambaNya dari golongan mukmin soleh dengan memberikan perkhabran gembira melalui para malaikat rahmat yang diutuskan pada ketika mereka berhadapan dengan saat-saat paling kritikal dan kesukaran Sakaratul-maut sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة النحل‎‎ An-Nahl ayat 32 :

الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلاَئِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلاَمٌ عَلَيْكُمُ 
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 
                                  Maksudnya :
"(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka)"Salamun 'alaikum (keselamatan sejahtera bagimu)", masuklah ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan."  

 Hadis Rasullullah s.a.w. ada menerangkan sebagaimana berikut: 

وَرُوِىَ فِي الحَدِيثِ عَنِ النَّبِيِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أّنَّهُ قَالَ: إِنَّ اللهَ اَذّا رَضِيَ عَنْ عَبْدٍ قَالَ يَا مَلَكَ المَوْتِ اِذْهَبْ اِلَى فُلاَنٍ فَأْتِنِي بِرُوحِهِ لِأُرِيحَهُ حَسْبِي مِنْ عَمَلِهِ قَدْ بَلَوْتُهُ فَوَجَدْتُهُ حَيْثُ اُحِبُّ فَيَنْزِلُ مَلَكَ المَوْتِ وَمَعَهُ خَمْسَمِائَةٍ مِنَ المَلاَئِكَةِ مَعَهُمْ قَضْبَا الرَّيْحَانِ وَاُصَولَ الزَّعْفَرَانِ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ يُبَشِّرُهُ بِبَشَارَةٍ سِوَى بَشَارَةِ صَاحِبِهِ وَتَقُومُ المَلاَئِكَةُ صَفَّيْنِ لِخُرُوجِ رُوْحِهِ مَعَهُمْ الرَّيْحَان فَاِذَا نَظَرَ اِلَيهِمْ اِبْلِيسُ وَضَعَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِهِ ثُمَّ صَرَخَ قَالَ فَيَقُولُ لَهُ جُنودُهُ مَالَكَ يَا سَيِّدَنا فَيَقُولُ أَمَا تَرَوْنَ مَا أُعْطِىَ هَذَا العَبْدُ مِنَ الكَرَامَةِ أَيْنَ كُنْتُمْ مِنْ هَذَا قَالُوا قَدْ جَهَدْنَا بِهِ فَكَانَ مَعْصُومًا".
                         Maksudnya :
"Bahawasanya apabila Allah SWT meredai seseorang hamba Ia berfirman:  'Wahai Malaikat Maut pergilah oleh mu kepada si polan, engkau bawakanlah kepada Ku dengan rohnya supaya Aku memberi kerehatan kepadanya, memadai Aku daripada amalan itu. Sesungguhnya Aku telah datangkan ujian kepadanya maka Aku dapati akan dia barang apa yang Aku kasihi.' 
Maka turun Malaikat Maut dan bersertanya 500 orang daripada malaikat dan berserta mereka dahan-dahan pokok 'Raihan' yang wangi dan pangkal-pangkal 'Za'faran', tiap-tiap seorang daripada mereka memberi khabaran sukacita kepadanya dengan khabaran yang berlainan daripada taulan-taulan yang lain. Berdiri malaikat-malaikat itu dua barisan kerana keluaran rohnya berserta mereka dahan-dahan pokok 'Raihan'.
Apabila dilihati oleh Iblis ia pun meletakkan tangannya ke atas kepalanya kemudian dia mengeluh dukacita. Sabdanya (Rasulullah s.a.w.) : Maka berkata tentera-tenteranya kepadanya : 'Kenapakah engkau wahai tuan penghulu kami?' Maka ia (Iblis) berkata : 'Adakah engkau sekalian tidak lihati barang apa yang diberikan kepada hamba ini dengan kemuliaannya, di manakah engkau sekalian daripada orang ini?' Kata mereka : 'Sesungguhnya telah bersungguh-sungguh kami dengannya[menggoda dan menipu daya terhadapnya, maka dia ini termaksum (terpelihara)'. "

Dalam maksud Hadis yang lain terkandung juga  penjelasan :

Berkata Abu Hurairah r.a. : Sabda Rasullullah s.a.w. :
"Bahawasanya orang mukmin itu apabila hampir ajal matinya datang kepadanya malaikat-malaikat dengan membawakan kain sutera yang mempunyai bau harum kasturi dan dahan-dahan pokok 'Raihan' (dari syurga). Maka ditarikkan rohnya itu sebagaimana ditarik satu helai rambut daripada tepung beruli dan diperkatakan : 'Wahai diri yang Mutmainnah (bertetap dalam iman dan taat), keluarlah olehmu yang sedang meredai lagi yang diredakan ke atas engkau kepada tempat rahmat Allah dan kemuliaan-Nya'. Apabila dikeluarkan rohnya diletakkan ke atas sedemikian itu kasturi dan Raihan dan dilipatkan ke atasnya sutera itu dibawa ke tempat yang tinggi. [ hingga akhir hadis ]
Pegangan aqidah keimanan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah menegaskan
وأنه لا يتقبل ايمان عبد حتى يؤمن بما أخبر به بعد الموت ، وأوله : سؤال منكر ونكير وهما شخصان مهيبان هائلان يقعدان العبد في قبره سويا ذا روح وجسد فيسألانه عن التوحيد والرسالة ويقولان له: من ربك وما دينك ومن نبيك؟ وهما فتانا القبر وسؤالهما أول فـتـنة بعد الموت. وأن يؤمن بعذاب القبر وأنه حق وحكمه عدل على الجسم والروح على من يشاء
                      Maksudnya :
".....bahawasanya tidaklah diterima oleh Allah Taala akan iman seseorang hamba Allah itu melainkan hingga ia beriman dengan semua perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. bersangkutan dengan perkara yang kemudian daripada mati dan adalah awal perkaranya itu soal Munkar wa Nakir. Kedua-duanya adalah dua orang malaikat yang sangat besar dan menggerunkan hamba Allah itu di dalam kuburnya sesudahnya dikembalikan balik roh itu kepada badan, maka kedua-duanya menanyakan dia bersangkutan dengan perkara Tawhid dan Rasul. Kata mereka kedua kepadanya: 'Siapa Tuhan engkau, apa agama engkau dan siapa Nabi engkau.' Dan kedua-duanya itu dua orang Fitnah Kubur dan pertanyaan mereka kedua itu ialah awal-awal fitnah kemudian daripada mati..."
Di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbentuk do'a ada menyebut 'Fitnah Kubur' seperti yang dimaksudkan:
".........Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekali pun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatan ku dan singkat amalan ku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada fitnah kubur................Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hatiku, cahaya pada kubur ku...."

Jannat al-Baqi' (جنة البقيع) yang terletak berhampiran Masjid Nabawi. Di sini bersemadinya kira-kira 10,000 jenazah para sahabat Rasulullah s.a.w dan keluarga mereka, keluarga Rasulullah s.a.w, beberapa ulama' tabi'ein yang termasyhur dan insan mukmin soleh yang tidak dikenali.

Apabila seseorang mukmin itu meninggal dunia dan rohnya berada di dalam kubur Alam Barzakh untuk berhadapan dengan "Fitnah Kubur" cahaya pahala amalan soleh kurniaan Allah tersebut bertukar pula menjadi makhluk yang sama jenis dengan malaikat yang dinamakan "Roh Amalan Soleh" untuk menjaga, menemani di samping membantu tuannya seperti yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
"Dan berkata Ka'ab : Apabila dihantarkan hamba yang soleh itu di dalam kubur nescaya mengelilinginya oleh segala amalannya yang soleh ; iaitu sembahyang, puasa, haji, jihad dan sedekah. Katanya: Maka datang malaikat azab daripada pihak dua kakinya, maka kata SEMBAHYANG: Berundurlah olehmu daripadanya, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya (mengazabnya), sesungguhnya ia telah memanjangkan denganku masa berdiri bagi Allah ke atas keduanya. Maka datang mereka kepadanya daripada pihak kepalanya, maka berkata PUASA : Tiada jalan bagi kamu ke atasnya, sesugguhnya ia telah memanjangkan masa kedahagaannya bagi Allah dalam negeri dunia, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.
Maka datang mereka kepadanya daripada pihak jasadnya (badannya), maka berkata HAJI dan JIHAD : Berundurlah kamu daripadanya, sesungguhnya ia telah memenatkan diri dan badannya dan ia telah Haji dan Berjihad kerana Allah, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya. Katanya: Maka datang mereka kepadanya daripada pihak dua tangannya, maka kata SEDEKAH: Berundurlah olehmu daripada tolanku, maka berapalah banyak daripada sedekah telah keluar daripada kedua-dua tangan ini hingga "jatuh" pada "tangan" Allah (hingga "diterima" Allah ibadat sedekahnya) kerana semata-mata menuntut keredaan-Nya sahaja, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.
Katanya: maka dikatakan kepadanya: Berkeluasan bagi engkau telah baiklah engkau semasa hidup dan telah baiklah engkau semasa waktu mati.
Katanya: Dan datang kepadanya Malaikat-malaikat Rahmat, maka dibentangkan baginya hamparan daripada syurga dan diluaskan baginya dalam kuburnya sejauh pemandangan matanya dan didatangkan dengan kendil (lampu ) daripada syurga, maka ia mendapati cerahan dengan cahayanya hingga hari dibangkitkan dia oleh Allah SWT daripada kuburnya."
Di dalam Hadis yang lain ada juga menyatakan maksud yang hampir sama:

فَأَفْرِشُوْهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوْهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوْا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ. فَيَأْتِيْهِ مِنْ رَوْحِهَا، وَطِيْبِهَا، وَيُفْسَحُ لَهُ فِيْ قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ . وَيَأْتِيْهِ رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ، حَسَنُ الثِّيَابِ، طَيِّبُ الرِّيْحِ، فَيَقُوْلُ: أَبْشِرْ بِالَّذِيْ يَسُرُّكَ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِيْ كُنْتَ تُوْعَدُ، فَيَقُوْلُ لَهُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيْءُ بِالْخَيْرِ، فَيَقُولُ: أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ، فَيَقُولُ: رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي وَمَالِي
Maksudnya :

" 'Hamparkanlah untuknya (permadani) dari syurga, pakaikanlah untuknya (pakaian) dari syurga, dan bukakanlah baginya pintu yang menuju syurga.' Maka sampailah kepadanya bau yang harum wangi dan keindahan syurga itu, dan kubur pun dilapangkan baginya sejauh mata memandang. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang berwajah tampan, pakaiannya cantik dan baunya wangi dan berkata: 'Bergembiralah dengan sesuatu yang telah menyenangkanmu, ini adalah hari yang dahulu kamu dijanjikan.' Ia (orang mukmin)itu pun bertanya: 'Siapakah kamu, wajahmu adalah wajah yang membawa kebaikan?' Ia menjawab: 'Aku adalah amal solehmu.' Akhirnya ia (orang mukmin) berkata: 'Wahai Tuhanku, tegakkanlah kiamat agar aku boleh kembali kepada keluargaku dan hartaku'." [HR. Ahmad]

Terdapat juga Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan "Fitnah Kubur":

i. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَنَّ العَبْــدَ اِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ ، وَتَوَلَّىْ عَنْهُ أَصْحَابُهَ حَتَّى اَنَّهُ يَسْمَعُ قُرْعَ نِعَالِهِمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيَقْعُدَانَهُ فَيَقُوْلَان لَهُ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ (محمد)؟ فَاَمَّا المُؤْمِنُ فَيَقُولُ : أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ. فَيُقَالُ أُنْظُرْ اِلَى مَقْعَدِكَ مِنْ النَّـار قَدْ اَبْدَلَكَ اللهُ بِهْ مَقْعَدًا مِنَ الجَنَّةِ فَيَرَاهُمَا جَمِيْعًا وَيُفْسَحُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُوْنَ ذِرَاعًا وَيمْلَأُ عَلَيْهِ خَضِرًا اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ وَاَمَّا الكَافِرُ اَو المُنَافِقُ فَيُقَالُ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلُ لَاْ أَدْرِيْ وَكُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ . فَيُقَالُ لَهُ لَادَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَاقٍ مِنْ حَدِيْدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيْحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيْهِ غَيْرُ الثَّـقَـلَيْنَ وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفُ اَضلَاعُهُ
( رَوَاهُ البُخَارِي وَمُسْلِمُ )
                      Maksudnya : 
"Bahawa seseorang hamba Allah, apabila dihantar ke dalam kuburnya hingga ia mendengar jejak-jejak langkah kasut sekalian sahabat-sahabatnya yang pulang, datanglah dua malaikat mendudukkan dia dan menanya:Apa engkau kata pada lelaki ini (Nabi Muhammad s.a.w.)?  Orang mukmin akan jawab: Aku menaik saksi bahawasanya ia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya (Pesuruh-Nya), kemudiannya diperkatakan: Lihatlah tempat kedudukan engkau daripada api neraka, sesungguhnya Allah Taala telah tukarkan tempat engkau itu dengan suatu tempat daripada syurga. Maka ia melihat kedua-dua tempat itu, diluaskan baginya di dalam kuburnya itu tujuh puluh hasta, dipenuhi di atasnya tanaman-tanaman yang menghijau hingga hari dibangkitkan sekalian ahli isi kubur daripada kubur mereka.......[ Hingga akhir hadis  ]  

                   [HR Al-Bukhari dan Muslim]

  ii.  Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ

         Maksudnya

" Apabila mayat ( atau seseorang daripada kamu ) telah dikuburkan, maka datanglah kepadanya dua orang malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar danseorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata : 'Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?'.

Dia berkata : ' Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan Utusan-Nya. Keduanya ( malaikat) berkata : ' Sungguh , kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan yang demikian itu'. 

Kemudian dilapangklan baginya di dalam kuburnya seluas 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya  baginya di dalamnya, lalu dikatakan kepdanya: ' Tidurlah engkau'."

                [ HR  At-Tirmizi dan Ibn Hibban ]

أخبرنا عبيد الله بن عبد الكريم وقال حدثنا محمد بن عبيد الله أبو ثابت المدني قال حدثنا بن أبي حازم عن سهيل بن أبي صالح عن عرفجة بن عبد الواحد عن عاصم بن أبي النجود عن زر عن عبد الله بن مسعود قال : من قرأ { تبارك الذي بيده الملك } كل ليلة منعه الله بها من عذاب القبر وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم نسميها المانعة وإنها في كتاب الله سورة من قرأ بها في كل ليلة فقد أكثر وأطاب

                   Maksudnya : 

iii."Telah menceritakan pada kami ‘Ubaidullah bin ‘Abdil Karim, dia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Ubaidillah Abu Tsabit Al Madini, ia berkata, telah menceritakan pada kami Ibnu Abi Hazim, dari Suhail bin Abi Soleh, dari ‘Arfajah bin ‘Abdul Wahid, dari ‘Ashim bin Abin Nujud, dari Zarr, dari ‘Abdullah bin Mas’ud, dia berkata: 'Barangsiapa membaca “Tabarakalladzi bi yadihil Mulk...تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (surah al-Mulk:1) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Kami di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menamakan surat tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari seksa kubur).  Dia adalah salah satu surat di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan'.” [HR. An Nasai dalam Al Kabir 6/179 dan Al Hakim. Hakim mengatakan bahawa sanad hadis tersebut sahih].

               Perkuburan Jannatul Mualla (   جنة المعلى  ) di Mekah. Disini bersemadinya jenazah ramai ketua kaum Qurasy dan  keluarga Rasulullah s.a.w termasuk isteri baginda Khadijah r.a.

Semasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. sakit yang membawa kepada kewafatannya beliau berpesan kepada para sahabat yang menziarahinya dengan kata-kata yang bermaksud:
".........Barangsiapa berkata-kata (berdo'a) dengan kalimah-kalimah ini kemudian dia mati nescaya dijadikan oleh Allah Taala rohnya itu pada al- Ufukil Mubin. Mereka (sahabat-sahabat) berkata/bertanya  : Apa dia al- Ufukil Mubin itu? 
Katanya : Ialah suatu tempat di hadapan al-'Arasy, ada padanya taman-taman, sungai-sungai dan pokok-pokok yang disediakan Allah, turun padanya tiap-tiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa berkata (berdo'a) dengan perkataan-perkataan ini nescaya dijadikan oleh Allah akan rohnya (badan batin) itu pada tempat ini.........."

Hanya gambar hiasan menunjukkan sebuah taman bunga di dunia

Sesungguhnya apa yang berlaku di dalam kubur Alam Barzakah adalah termasuk hal alam akhirat yang ghaib yang tidak sesekali diketahui oleh hamba-hambaNya kecuali Rasul Allah pilihan yang dibangkitkan sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah Al-Jin ayat 26-28 :

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27) لِيَعْلَمَ أَنْ قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا (28)

Maksudnya :

" (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.

Kecuali kepada Rasul yang diredai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di depan dan di belakangnya.

Supaya dia mengetahui, bahawa sesungguhnya Rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya ) Ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu."

[Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w ini. Amin]
    ********************************************************** 
                 
Tugu Peringatan para syuhada dalam Perang Badar
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ (171) الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ (172)
               Maksudnya :
"  Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah   (fisabillah) itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki,

mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang dilimpahkan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula ) mereka bersedih hati. 

Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah, dan bahawa Allah tidak sensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.

( Iaitu) orang-orang yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan yang bertaqwa ada pahala yang besar. "
                [ Al-Quran سورة آل عمران surah Ali 'Imran : 169-172 ]







ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...