Khamis, 28 Julai 2022

PENGERTIAN KALIMAH ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ )

 

[ Sambungan daripada : WASIAT IMAM AS-SYAFI'IE ] 


               بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ 
وَبَعْدَ الْمَمَاتِ  
 أَمَّا بَعْـدُ

فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ 

                Maksudnya :

" Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan ( Yang Memiliki) 'Arasy yang mulia."

                     [ Al-Quran surah سورة المؤمنون Al-Mu'minun : 116

                               **************************************

رَفِيعُ الدَّرَجَاتِ ذُو الْعَرْشِ يُلْقِي الرُّوحَ مِنْ أَمْرِهِ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ لِيُنْذِرَ يَوْمَ التَّلاقِ 

              Maksudnya :

" ( Dia-lah) Yang Maha Tinggi darjat-Nya, Yang Mermiliki 'Arasy, Yang Mengutus Jibril dengan ( membawa) perintah-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya, supaya dia memperingatkan ( manusia) tentang hari pertemuan ( Hari Kiamat ).

                             [ Al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min : 15

              ******************************************

           وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

             Maksudnya :

".....dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur."

             [Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 185 ]

***********************************************************



PENGERTIAN  KALIMAH ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ )

Sekerap Manakah Kita Melafazkan Kalimah ALLAHU AKHBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ)
Pada Setiap Hari? Apakah Yang Kita Fahami Maksud Kalimah Agung Ini?


Kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) adalah antara kalimah at-tauhid yang sentiasa diucapkan atau dilafazkan secara zahir lagi nyata dengan lidah dan diiktiqadkan di dalam hati ketika mendirikan ibadat solat, antara kalimah yang lafazkan ketika menyampaikan seruan azan dan iqamah, zikirullah bagi memuji keagungan dan kebesaran Allah serta ibadat-ibadat lain yang berkaitan termasuk juga untuk memberi semangat kepada seseorang yang berhadapan dengan sesuatu cabaran yang besar seperti dalam medan peperangan fisabillah. Malah bacaan kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) juga menjadi salah satu Rukun Solat sebagaimana termaklum.

Biasanya pemahaman orang awam biasa terhadap kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) hanya sekadar " ALLAH YANG MAHA BESAR" sahaja.

Sekiranya pengertian ini tidak diberikan penjelasan yang lebih lanjut boleh memberi erti kepada seseorang awam biasa dan juga anak-anak bahawa Allah seperti makhluk juga yang mempunyai juzu', saiz dan ukuran yang melazimkan bagi makhluk atau benda/jisim yang berjuzuk.

Sesungguhnya Allah Subhanahu Watalla itu BUKAN makhluk, bukan Jisim, bukan Jirim, bukan Jauhar Muraqab , bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh. Dia tidak sesekali menyamai makhluk-Nya dan segala sesuatu yang baharu dalam apa jua hal, cara dan jalan sekalipun, tanpa misal, tanpa ibarat, tanpa umpama, tanpa bandingan dan tidak sesekali ada bagi-Nya hal keadaan yang berlawanan dan sentiaslah Allah Taala itu mempunyai Kemuliaan dan Kesempurnaan.

Sebelum memahami pengertian kalimah ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ ), kita hendaklah memahami terlebih dahulu makna ALLAH ( اَللّهُ ) yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna sebagaimana berikut :

ALLAH اللَّهِ

هو أعظم الأسماء لدلالته على الذات العلية الجامعة لكل صفات الألوهية

             Maksudnya: 
"Lafaz 'ALLAH' اللَّهِialah sebesar-besar nama (Allah) bagi menunjukkan Zat-Nya Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan yang terhimpunnya segala sifat ketuhanan."

Adapun maksud kalimah ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ ) adalah seperti penjelesannya seperti berikut :

Pengertian AKBAR (اكبر ) di sini bukanlah dengan makna mengikut kadar sukatan, KECIL lawannya BESAR, tetapi adalah dengan makna yang berkaitan dengan Sifat dan Zat (Diri) Allah yang Qadim sebagaimana berikut :

i. اكبر من أن ينال بالحواس
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat dikenali dengan segala pancaindera."

ii. أكبر من أن يدرك كنه جلاله
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat kemuliaan-Nya."
iii. اكبر من أي يعرفه غيره فإنه لا يعرف الله تبارك وتعالىإلا الله
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat Zat-Nya itu oleh yang lain-Nya, sesungguhnya tiada yang mengetahui hakikat Zat Allah Tabaraka Wa Taala, melainkan Allah."

Berpandukan penjelasan tersebut dapatlah dimantap, dipadu dan dirumuskan pengertian ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) seperti berikut :
" Yang Maha Besar Allah daripada dapat dikenali dengan segala pancaindera yang lima. Yang Maha Besar Allah daripada dapat diketahui akan hakikat kemulian-Nya. Yang Maha Besar Allah daripada dapat mengetahui akan hakikat Zat-Nya (Diri-Nya). Bahawasanya tiada dapat mengetahui akan hakikat Zat Allah SWT itu melainkan Allah."
Sungguhpun kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) ini tidak terkandung secara khusus di dalam Asma' Ul-Husna tetapi ia dikaitkan atau termaklum maksudnya dengan kalimah Al-'Azim (العظيم )yang diertikan :

 الذِي لَا يَتَصَوَّرُهُ عَقْلٌ وَلَا تُحِيطُ بِهِ بَصِيرَةٌ.
العظيم
               Maksudnya :
 " Yang Amat Mempunyai Kebesaran yang tiada dapat diketahui oleh akal akan hakikat kemuliaan Zat-Nya dan tiada diketahui  akan hakikat Zat-Nya oleh mata hati."
Ia juga boleh dikaitkan dengan kalimah Al-Kabir (الكبير)yang bererti :

الَّذِي فَاقَ مَدْحَ المَادِحِيْنَ وَوَصْفَ الوَاصِفِينَ (اَوْ) ذُو الكِبْرِيَاءِ.
     الكبير
"Yang mengatasi pujian orang-orang yang memuji dan mengatasi kesifatan orang-orang yang mensifati (atau) Yang Amat Mempunyai Kebesaran."
[Mudah-mudahan penjelasan ringkas ini dapat difahami dan dimanfaatkan bersama . Amin]


***********************************************************

 Abdullah Bin Umar R.Anhuma menyatakan :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَفَلَ مِنْ الْحَجِّ أَوْ الْعُمْرَةِ وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ الْغَزْوِ يَقُولُ كُلَّمَا أَوْفَى عَلَى ثَنِيَّةٍ أَوْ فَدْفَدٍ كَبَّرَ ثَلاَثًا ثُمَّ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ سَاجِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ صَدَقَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

              Maksudnya

“Nabi s.a.w. apabila pulang daripada Haji atau Umrah. Kata perawi: 'Tidak aku ketahui melainkan Ibnu Umar berkata peperangan'. Ibnu Umar berkata lagi : 'Setiap kali Baginda melalui lereng bukit atau naik ke tempat tinggi, Baginda akan bertakbir tiga ( 3) kali kemudian berkata [yang bermaksud]: Tiada Tuhan lain yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Pemilik segalanya. Bagi-Nya pujian dan Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Kami pulang dalam keadaan kami bertaubat, kami menyerahkan diri dan kami bersujud. Kepada Tuhan kami memuji. Benarlah janji Allah. Dia akan menolong hamba-Nya dan mengalahkan pakatan dengan keesaan-Nya'.”

           [Riwayat al-Bukhari ]


***************************************


Gunung Uhud

عن عمران بن الحصين, ما يستطيعُ أحدُكُم أن يعملَ كلَّ يومٍ مثلَ أُحُدٍ عملًا؟ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ومَن يستطيعُ أن يعملَ كلَّ يومٍ عملًا مثلَ أُحُدٍ؟ قال: كلُّكُم يستطيعُهُ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ماذا قال: سبحانَ اللهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، ولا إلهَ إلّا اللهُ أعظمُ مِن أُحُدٍ، والحمدُ للهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، واللهُ أكبرُ أعظمُ مِن أُحُدٍ

Maksudnya :
"Dari Imran bin Hussain r.a., Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 
'Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud '?. Para sahabat menjawab : 'Ya Rasulullah siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud "?. Baginda bersabda : ' Kamu semua mampu'. Mereka bertanya : 'Bagaimana caranya?'. Baginda bersabda: ' Ucapan kalimah Subhanallah
 (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ ) lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La Illa ha Illallah ( لا اله الا الله ) lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan kalimah Alhamdulillah ( ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ ) lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) lebih besar daripada Gunung Uhud." [ HR at-Thabarani][ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ ]

 










Sabtu, 9 Julai 2022

WASIAT DAN NASIHAT AL IMAM AS-SYAFI'E RAHIMAULLAH

 

[ Sambungan daripada : KEMURAHAN HATI HAMBA MUKMIN YANG LUAR BIASA ]

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
 أَمَّا بَعْـدُ

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ 

              Maksudnya :

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanykan mereka adalah orang yang fasik ."

                 [ Al- Quran surah سورۃ آل عمرن Ali 'Imran : 110  ] 

                    ******************************************* 

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا 

               Maksudnya :

" Sesunguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan ( menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

                 [ Al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' : 58 ] 

              ****************************************

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا 

            Maksudnya :

" Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah ( al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu) dan lebih baik akibatnya."

                      [ Al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' : 59 ] 

***********************************************************

Al-Imam As-Syafi'e adalah salah seorang daripada ulama' mujtahid Ahli Sunnah tersohor di dunia yang ilmu peninggalannya terus diwarisi umat Islam sejagat yang berpegang teguh kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat.  

Nama penuh dan jurai keturunan Imam As-Syafi'e ialah : Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafi'e bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manaf Al-Qurasy. Dia dilahirkan pada tahun 150 H/767 M di wilayah Gaza, Palestin pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah kedua , Abu Jaafar Al-Mansur dan kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Rejab 204 H/820 M di Mesir ketika berusia 54 tahun.

                   Pemandangan salah satu lokasi di Gaza pada kurun ke 19. 

SEPULUH (10 ) NASIHAT IMAM AS-SYAFI'E RAHIMAULLAH YANG DIWASIATKAN KEPADA MURID-MURIDNYA SEBELUM DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH :

Sebelum Imam As-Syafi'e kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah terjemahan kandungan wasiat tersebut yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berhajat meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara:
PERTAMA : HAK PADA DIRI SENDIRI 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT 
Iaitu: Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa kasihkan Allah sahaja. 
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR 
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.  
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) 
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA JAHANAM PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.  
KETUJUH : HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT dan berbuat baik kepada ibu bapa.  
KELAPAN : HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) 
Iaitu : Berasa reda dengan Qadha' Allah, bersabar menerima ujian bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. 
Iaitu : Bersalawat ke atas baginda, berpegang teguh dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat baginda, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.  
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT 
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."

Menurut riwayat selain daripada wasiat tersebut, Imam As-Syafi'e kerap beramal dengan zikir dan doa berikut khususnya apabila beliau berada dalam kesusahan apabila berhadapan dengan masalah yang besar: 

  Do'a Imam Syafi'i Rahimullah ketika dia dalam kesusahan :


        اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا 
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا  
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ  خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي  
 اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا  
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ
   Maksudnya:  
"Ya Allah, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada ku dan tiada dapat aku memelihara melainkan barang apa yang telah Engkau pelihara akan aku. Ya Allah, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redai daripada perbuatan dan amalan dalam 'afiat."
#Syair Imam as-Syafie:

شكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى

         Maksudnya : "Aku telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,

Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,

Beliau memberi tahu kepadaku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,

Dan sesungguhnya cahaya ( ilmu petunjuk) Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat."

                                  Maqam Imam As-Syafi'e di Kaherah, Mesir 


Ceramah : Saat Kewafatan Imam As-Syafie :https://www.youtube.com/watch?v=qvDbIfsFyNY


Masjid Agung Al Omari di Gaza. Pada asalnya kompleks bangunan ini adalah sebuah kuil. Pada zaman pemerintahan Kerajaan Bizantine ia bertukar menjadi sebuah Gereja Bizantine oleh Ratu Bizantium Ratu Aelia Eudocia pada tahun 406 M. Pada tahun 634 M gereja ini bertukar fungasinya  menjadi Masjid yang dinamakan Masjid  Agung Al-Omari apabila seluruh bumi Sham berada di bawah pemerintahan Kerajan Khalifah Umar Al-Khatab. Pada tahun 1149 apabila berlaku Perang Salib gereja ini bertukar nama dan fungsi menjadi  gereja  Katedral St John The Baptist. Pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamluk Katedral ini dikembalikan semula fugainya sebagai sebauh sebuah masjid dengan nama Masjid Agung Al Omari yang berkekalan hingga kini.



   Kemusnahan Masjid Agung Al Omari yang dibom oleh tentera Israel pada 07 Oktober, 2023.

***********************************************************

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا، وَأَوْرَثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
                 Maksudnya : 
“Sungguhnya ulama' itu pewaris segala Nabi a.s. Bahawasanya Nabi-Nabi a.s. itu tidak mewariskan wang emas dan wang perak dan mereka mewariskan akan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya nescaya dia telah mengambil akan bahagian yang cukup.”

                 ***********************************

Di dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a., sabda Nabi Muhammad s.a.w:

إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

                Maksudnya : 

"Sesungguhnya Allah akan menurunkan (orang) setiap permulaan 100 tahun seseorang kepada umat yang akan (Tajdid) mengembalikan kegemilangan agama mereka"  

[Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, Hakim di dalam Mustadrak dan al-Baihaqi di dalam al-Ma'rifah].

                              *********************************

عَنْ أَبِيْ عَمْرٍو، وَقِيْلَ، أَبِيْ عَمْرَةَ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ


 قَالَ: قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِيْ فِي الإِسْلامِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدَاً


 غَيْرَكَ؟ قَالَ: “قُلْ آمَنْتُ باللهِ ثُمَّ استَقِمْ” رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Maksudnya:

"Dari Abu ‘Amr—ada yang menyebut pula Abu ‘Amrah—Sufyan bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: 'Aku berkata: Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku suatu perkataan dalam Islam yang aku tidak perlu bertanya tentangnya kepada seorang pun selainmu.' Baginda bersabda: 'Katakanlah: aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah'.” [HR. Muslim] 


 

Jumaat, 1 Julai 2022

KEMURAHAN HATI HAMBA MUKMIN YANG LUAR BIASA

 

[ Sambungan daripada  : SYAITAN MENGAJAR AYAT AL-KURSI KEPADA ABU HURAIRAH ]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ 
وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ


إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا  

              Maksudnya :

" Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. "

                [ Al-Quran surah سورة الإسرا Al-Israa' : 30

                           ******************************************

وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَى مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ 

             Maksudnya :

" Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan  (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki agar mereka sama  (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?."

                [ Al-Quran surah سورة النحل An Nahl : 71

**********************************************************

"Ayat 1000 Dinar" berikut amat masyhur dan sudah sekian lama menjadi amalan umat Islam di seluruh dunia dan dipercayai ramai di kalangan mereka yang telah mendapat limpahan rahmat kurniaan Allah apabila mereka beramal dengan membaca serta menghayati dengan penuh ikhlas sifat-sifat taqwa dan bertawakal kepda Allah apabila berhadapan dengan berbagai ujian yang amat mencabar :
.... وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3 )
Maksudnya :
“.....Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ( 2)
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” ( 3 )

Firman Allah di dalam al-Quran berulang-ulang kali menyatakan bahawa Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana mengurniakan rezeki yang tidak terhingga banyaknya kepada sesiapa juga yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hambaNya. Antaranya ialah :

زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ 

            Maksudnya :  

i. " Kehidupan di dunia dijadikan indah pada pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Pada hal orang-orang yang bertaqwa itu itu lebih mulia daripada mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. "

              [ Surah سورة البقرة‎ al-Baqarah : 212 ] 

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ 

              Maksudnya :

ii." Dan jika kamu menghitung-hintung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

                 [ Surah سورة النحل An-Nahl : 18 

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ          
Maksudnya :  
iii." Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dia-lah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

              [ Surah سورة الشورى Asy Syuura : 19 ] 

Di dalam Asma' -Ul Husna yang mengandungi nama-nama Allah yang amat indah lagi mulia yang merahmati sekalian  hamba-Nya dengan limpahan nikmat dan rezeki . Antaranya ialah sifat : 

i. AL-QABIDH القابض : Yang Menyempitkan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.

ii.AL-BASITH الباسط : Yang Meluaskan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.

iii. AL-WAHHABالوهاب Yang Amat Banyak Pemberian dan Pengurniaan lagi Yang Amat Banyak Memberi nikmat dan limpah murah pengurniaan lagi Yang Amat Besar pemberian taufik dan hidayah dengan tidak payah diminta, tidak memutuskan pemberian-Nya daripada hamba-hamba-Nya sama sekali.
iv. AL-RAZAK الرزاق : Yang Memerintahi Mengadakan (المتوالي خلق الرزق rezeki, Yang Amat Murah pengurniaan-Nya dengan menyampaikannya kepada hamba.

v. AL-LATIFF اللطيفYang Amat Mempunyai kasih sayang  dan Yang Amat Latiff (mempunyai kelembutan dan amat halus) dan elok (pada) segala perbuatan-Nya(الذي لطفت أفعاله وحسنت) (atau) Yang Amat Mengetahui, dengan segala  perkara yang tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.

vi. AL-WADUD  الودود: Yang Amat Kasih kepada orang-orang yang berbuat taat di kalangan hamba-hamba-Nya, Yang Sangat Kasih kepada mereka itu dengan melimpahkan nikmat-nikmatNya.

KISAH BERIKUT AMAT MENARIK YANG MUDAH-MUDAHAN MENJADI PERINGATAN DAN TAULADAN KEPADA KITA, INSYA-ALLAH :

Abdullah bin Jaafar amat terkenal di kalangan masyaraktnya sebagai seorang alim yang zuhud, kaya dan amat pemurah. Pada suatu hari dia berjalan melintasi sebuah kebun kurma yang luas. Dia berhenti seketika melihat seorang anak muda hamba abdi sedang berkerja di kebun tersebut memetik buah kurma. Selepas itu dia melihat seorang anak lelaki pemilik kebun dan tuan kepada hamba tersebut datang dan memberi kepadanya dua buku roti. Hamba itu berehat seketika untuk memakan roti yang diterima dari tuannya. Tiba-tiba muncul seekor anjing menuju kepada hamba tersebut sambil menggoyang-goyangkan ekornya tanda kelaparan.

Lalu hamba tersebut memberikan kepadanya sebuku rotinya kepada anjing itu, lalu dimakannya. Namun anjing tersebut masih lagi menggoyang-goyangkan ekornya menandakan dia belum kenyang dan masih kelaparan. Lantas si anak muda hamba itu memberikan anjing tersebut baki sebuku lagi roti yang ada padanya. Selepas itu dia pun meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

Abdullah bin Jaafar amat hairan dan takjub memerhatikan watak dan tindak tanduk si hamba tersebut, lalu pergi menemuinya dan bertanya :
"Wahai anak muda, berapa banyak bekalan makanan yang tuan engkau berikan pada setiap hari?".
Dengan sepontan si hamba muda itu menjawab :
"Hanya sebanyak itulah sahaja seperti yang tuan saksikan tadi."

Dengan kehairanan Abdullah bin Jaafar terus bertanya :

" Jadi kenapakah kamu berikan kesemuanya kepada anjing itu tadi?"

Si hamba muda itu menjelaskan dengan tenang :
" Tuan, kami tidak tinggal di satu kawasan yang mempunyai anjing, jadi saya amat faham kenapa anjing itu datang kepada saya hanya semata-mata kerana dia amat kelaparan. Atas kehendak Allah juga anjing itu datang ke sini menemui saya. Jadi saya lebih mengutamakannya dari diri saya yang setiap hari, alhamdulillah, mendapat bekalan makanan."
Abdullah bin Jaafar amat terpegun dan terkedu apabila mendengar jawapan tersebut dan meneruskan pertanyaan:
" Jadi apakah rezeki yang akan kamu makan malam ini?"
Si hamba itu menjawab :
" Saya akan kelaparan sepanjang malam ini."

Abdullah bin Jaafar termenung kagum seketika seolah-olah berkata kepada dirinya sendiri :
" Orang ramai beranggapan dan mengatakan yang aku ini amat pemurah, tetapi ternyata si hamba muda ini jauh lebih pemurah dari aku rupanya...."

Justeru dia pun pergi menemui tuan pemilik hamba tersebut bertujuan untuk membelinya. Tuan hamba itu bertanya, :
" Kenapa tuan berhajat untuk membelinya?"
Maka Abdullah pun menceritakan perihal yang berlaku tadi dan berhajat untuk membeli dan memerdekakannya. Dia juga berhajat untuk membeli kebun kurma miliknya untuk dihadiahkan kepada si hamba tersebut.

Tuan pemilik kebun dan hamba muda tersebut berkata :

" Tuan berhajat melakukan kesemua ini semata-mata dengan menyaksikan hanya satu perkara sahaja daripada hamba tersebut? Ketahuilah, bahawa kami sekeluarga menyaksikan keajaiban luar biasa si hamba muda ini pada setiap hari! Sesungguhnya saya memberi kesaksian kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang bahawa kebun kurma ini adalah hadiah saya kepadanya."

Kisah ini mungkin tidak memberi apa-apa pengertian kepada kebanyakan manusia ( termasuk orang Islam) yang menganggapkannya hanya sebagai secebis kisah masyarakat silam yang tidak memberikan apa-apa pengertian kepada masyarakat manusia hari ini. Atau mungkin juga ada yang menganggapkannya hanya sebagai penglipur lara golongan fakir miskin supaya sentiasa bersabar dalam kemiskinan mereka.

Apabila tuan kebun kurma dan pemilik hamba muda tersebut mengatakan yang dia bersama keluarga dapat menyaksikan setiap hari 'keajaiban' yang dimiliki hamba muda tersebut, maka kenyataan ini dapat memberi kefahaman bahawa hamba muda itu adalah seorang mukmin soleh yang luar biasa kesabaran, ketaqwaan dan keteguhan imannya. Maka Allah melimpahkan rahmat-Nya yang luar biasa sebagai ganjaran akhlak dan keperibadiannya yang dipandang mulia oleh sesiapa juga yang melihatnya. Lantas pemilik kebun kurma yang juga memiliki hamba muda ini tidak merasa sebarang kerugian dan berlapang dada menghadiahkan keseluruhan kebun kurma itu kepadanya.

Paparan secebis kisah silam ini dapat memberi peringatan bahawa Allah yang Maha Pemurah amat berkuasa memberikan balasan selayaknya kepada hamba-Nya dari golongan mukmin soleh dengan cara di luar jangka yang berlipat-lipat kali ganda atas keimanan, ketaqwaan dan kesabaran mereka berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang dikenakan ke atas mereka berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. Namun balasan yang disediakan Allah di akhirat adalah sebagaimana yang dijanjikan yang tidak sesekali dapat digambarkan oleh pemikiran manusia yang masih hidup di dunia. Sesungguhnya Allah tidak sesekali menzalimi hamba-Nya walau sebesar debu zarrah pun.


Kisah ini juga amat bersesuaian dan menepati Firman Allah dalam "AYAT 1000 DINAR" dan surah سورة سبأ Saba' ayat 36

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ

Maksudnya :

" Katakanlah : ' Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan ( bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'. "

 

Sifat pemurah yang dipaparkan dalam kisah ini juga amat bertepatan dengan Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 92 :

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya :

" Kamu tidak sesekali sampai kepada kebaktian ( yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...