Khamis, 16 Jun 2022

'QARIN' YANG MENDAMPINGI MANUSIA PADA SETIAP MASA


              


            بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  

           

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

 أَمَّا بَعْـدُ 


           وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

            Maksudnya :

" Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah ( al-Quran), Kami adakan baginya syaitan ( yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya."

              [ Al-Quran surah سورة الزخرف Az-Zukhruf : 36

                 ***********************************

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ 

                Maksudnya :

" Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi."

                [ Al-Quran surah سورة فصّلت Fussilat : 25  ]

               ************************************

وعن ابن مسعود رضي الله عنه : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : " ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن ، وقرينه من الملائكة : . قالوا : وإياك يا رسول الله ؟ قال : وإياي ، ولكن الله أعانني عليه فأسلم ، فلا يأمرني إلا بخير " رواه مسلم 
            Maksudnya :
" Dari Ibn Masoud r.a., katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : ' Tiada seorang pun di antara kamu yang tidak diamanahkan kepada sahabatnya ( Qarin)  daripada golongan jin, dan sahabatnya ( Qarin) dari para malaikat'. Mereka berkata : 'dan kamu juga wahai Rasulullah ?'. Baginda bersabda : Dan aku (juga), tetapi Allah menolongku dengannya dan dia ( Qarin ) masuk Islam, maka dia tidak menyuruhku kecuali untuk kebaikan (sahaja)." [ HR Muslim ] 

************************************************************

Dapatkah Kita Membezakan Antara Bisikan 'Qarin' Syaitan dan 'Qarin' Malaikat Di Dalam Hati Kita?


Dalam beberapa nas, terdapat penjelasan mengenai setiap diri manusiaitu di dampingi oleh dua orang malaikat pada setiap masa yang diperintahkan Allah SWT supaya mencatat/merekodkan segala perbuatan manusia untuk dijadikan saksi dan bukti sahih tentang segala perbuatan baik dan jahatnya di sepanjang hayat apabila dibicarakan di akhirat kelak. Antara Firman Allah di dalam al-Quran mengenai hal ini ialah:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ 
Maksudnya :
i. " Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutnya bergilir-giliran di depan dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah...."
[ Surah سورة الرعد Ar-Ra'd : 11 ]
  وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ (16) إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ (17) مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18)
ii. " Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih 'dekat' (rahmat pertolongan dan Ilmu-Nya) kepadanya daripada urat lehernya, ( 16)

( iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. (17)

Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. ( 18)
[ Surah سورة ق Qaaf : 16-18 ]

Selain daripada mengurniakan nikmat yang tidak terhingga banyaknya kepada setiap orang hamba dan makhluk-Nya bagi kesejahteraan hidup di dunia yang boleh dilihat dan dibuktikan melalaui berbagai cara dan kaedah yang diketahui oleh manusia, Allah juga menjadikan makhluk-makhluk ghaib seperti malaikat yang tidak diketahui dan dapat dibuktikan secara saintifik atau menggunakan apa juga alat ciptaan manusia berteraskan pemikiran logik akal mereka. Hanya manusia pilihan dari kalangan Rasul pilihan yang dibangkitkan sahaja yang dapat melihat dan mengetahuinya kewujudannya sebagaimana Firman Allah dalam al-Quran surah سورة آل عمران Ali-'Imran ayat 179 :
 مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ حَتَّى يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ      
Maksudnya :
" Allah tidak sesekali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga dia menyisihkan yang buruk ( munafik) dengan yang baik (mukmin). Dan Allah tidak sesekali akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara Rasul-rasulNya. Oleh itu berimanlah kepda Allah dan Rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar."
Salah satu makhluk yang dijadikan Allah untuk menjadi ujian kepada setiap diri manusia ialah makhluk yang dikenali sebagai Qarin atau kembaran yang sentiasa berada di sisi atau dalam dirinya sendiri yang memberikan bisikan sama ada disedarinya ataupun tidak. Dalam Hadis Nabi ada menjelaskan bahawa setiap diri manusia ada disertakan Allah Taala dua kembarannya (Qarin), seorang jenis malaikat untuk menyuruh membuat kebajikan dan seorang lagi jenis syaitan untuk menyuruh membuat kejahatan melalui bisikan lintasan-lintasan di hati.
Adapun syaitan bagi Nabi Muhammad s.a.w. itu ianya menjadi Muslim dan tidak menyuruh melainkan kepada kebajikan sahaja. Syaitan bagi manusia yang lain daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul Alaihimusalam itu semuanya syaitan yang tidak menjadi Muslim sebagaimana yang tersebut di dalam maksud Hadis berikut:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada Abdullah Mas'ud yang bermaksud :
"Setiap kamu ada Qarin (kembaran) daripada bangsa jin (syaitan), dan juga Qarin (kembaran) daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: 'Engkau juga ya Rasulullah?'. Sabdanya: 'Ya aku juga ada, melainkan bahawasanya Allah SWT telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat diislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja'."
Demikian juga dengan kandungan maksud Hadis berikut :
Rasulullah s.a.w bersabda:
"في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم أنه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم"
Maksudnya :
“Pada hati itu ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat yang menjanjikan dengan kebajikan (yakni menyuruh berbuat kebajikan) dan membenarkan dengan (apa yang) hak. Barangsiapa mendapati akan yang demikian itu, maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah SWT dan hendaklah ia memuji Allah. Dan satu lintasan daripada seteru iaitu menjanjikan dengan kejahatan (yakni menyuruh dengan kejahatan) dan mendustakan perkara yang hak dan menegah daripada kebajikan. Maka barangsiapa mendapati yang demikian, ia hendaklah minta dilindungi dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat.”

Di dalam maksud Hadis Rasullullah s.a.w. yang lain ada menyatakan juga bahawa:

فالقلب متجازب بين الشيطان والملك وقد قال صلى الله عليه وسلم " في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم انه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم ثم تلا قوله تعالى: "الشيطان يعدكم الفقر ويأمركم بالفحشاء ... "
Maksudnya :
“Maka hati itu (badan batin) saling tarik-menarik di antara syaitan dan malaikat.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Dalam hati (qalbu)ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat menjanjikan dengan kebaikan dan membenarkan yang hak. Maka barangsiapa dapat (hal) yang demikian maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu adalah daripada Allah Subhanahu dan hendaklah ia memuji Allah; dan satu lintasan daripada seteru, menjanjikan dengan kejahatan, mendustakan apa yang hak (benar) dan mencegah dari (membuat perkara) kebaikan. Barangsiapa mendapati yang demikian itu hendaklah ia minta perlindungan Allah dari syaitan yang dilaknat. Kemudian ia (Nabi) membacakan Firman Allah Taala :
لشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
yang bermaksud:
“Syaitan itu menjanjikan kamu sekalian (dengan) kemiskinan dan menyuruh kamu sekalian dengan segala perkara keji ..…. ”. [Surah al-Baqarah: 268.]

Bagi manusia biasa yang tidak beriman , tidak merujuk dan memahami hal makhluk 'Qarin' ini adalah teramat sukar memahami bisikan-bisikan yang terbit di hatinya sama ada daripada Qarin jenis malaikat atau syaitan. Kebiasaannya bagi orang alim iaitu yang dikurniakan Allah dengan kefahaman mendalam mengenai ilmu yang hak akan memohon petunjuk kepda Allah sama ada bisikan yang terbit di hatinya mengenai sesuatu perkara yang amat penting itu terbitnya daripada Qarin jenis malaikat atau syaitan sebelum dia melakukan tindakan yang sewajarnya. Jika dia mendapat petunjuk bahawa bisikan yang terbit di hati itu datangnya daripada Qarin jenis syaitan dia terus bertaubat sebelum melakukan sebarang tindakan. Jika petunjuk yang diperolehi adalah daripada Qarin malaikat barulah dia mengambil tindakan sewajarnya dengan bermohon petunjuk daripada Allah.

Bagi Nabi dan Rasul pula tidak ada jalan langsung bagi Qarin syaitan memberikan sebarang bisikan di hati mereka kerana Qarin syaitan mereka sudah beriman menjadi makhluk seperti malaikat juga yang hanya membisikan hal-hal kebaikan yang diredai Allah sahaja. Justeru segala tindakan dan perbuatan mereka tidak langsung mempunyai sebarang unsur kejahatan dan mereka adalah terpelihara daripada sebarang dosa kesalah kerana mereka adalah maksum belaka.

Mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah daripada tipu-daya syaitan. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...