Jumaat, 13 Disember 2013

KITAB TIPU DAYA SYAITAN (كتاب تلبيسات الشيطان للانسان)

           

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 

 أَمَّا بَعْـدُ    
Amma ba'du: Kitab ini dinamakan تلبيسات الشيطان للانسان  yang  bermaksud: TIPU DAYA SYAITAN yang menampakkan sesuatu itu benar atau seakan-akan benar. Sebaliknya ada perkara-perkara tipu daya yang halus di dalamnya.
                                                   

TIPU DAYA IBLIS

Lihatlah tipu helah Iblis seperti di bawah ini:
روي أن إبليس لعنة الله تمثل لعيسى ابن مريم صلى الله عليه وسلم فقال له  قل: "لا إله إلا الله". فقال كلمة حق ولا أقولها بقولك لأن له أيضا تحت الخير تلبيسات وتلبيسات الشيطان من هذا الجنس لا  تتناهى وبها يهلك العلماء والعباد والزهاد والفقراء والاغنياء وأصناف الخلق ممن يكرهون ظاهر الشر ولا يرضون لأنفسهم الخوض في المعاصي المكشوفة
Mafhumnya:

Diriwayatkan bahawa Iblis (laknatullah) telah muncul seperti rupa manusia kepada (Nabi) Isa Bin Maryam Alaihisalam maka ia berkata kepadanya:

قل: "لا إله إلا الله"

                           Ertinya: 
                    Sebutlah (wahai Isa) : لا إله إلا الله  
Jawab Nabi Isa Alaihisalam:
"Itu adalah kalimah hak dan aku tidak akan menyebutnya dengan (suruhan) kata engkau." 
Lihatlah betapa di sebalik rupa baik dan menyebutkan kata-kata yang begitu sedap didengar dan kalimah yang hak di sisi agama itu juga terdapat banyak penipuan  yang terselit di dalamnya. Penipuan jenis ini tiada penyudahnya. Maka  rosak  binaslah kebanyakan ulamak, ahli ibadat, orang yang berzuhud di dunia, orang fakir, orang kaya dan berbagai-bagai peringkat manusia yang mereka itu hanyalah takut terkena dosa-dosa yang nyata dan maksiat yang terbuka.

KESUSAHAN PARA RASUL ALLAH

Walaupun kesemua para Rasul Allah yang dibangkitkan dan diangkat oleh Allah Taala menjadi Rasul-rasul-Nya, namun mereka tetap menerima berbagai-bagai ujian dan berdepan muka dengan Iblis laknatullah untuk melawan hujah-hujah ilmu dengannya. Andainya mereka bukan sebagai bermartabat Rasul, nescaya tidak terdaya mereka melawan berbagai hujah Iblis yang amat halus dan pintar itu.

IBLIS dan NABI ISA A.S.

Lihatlah bagaimana Iblis tatkala ia menemui Nabi Allah Isa a.s lalu menyuruhnya menyebutkan kalimah:   
 لا إله إلا الله
Apakah jawapan Nabi Allah Isa a.s?

Nabi Isa a.s berkata yang bermaksud :
"Itu adalah kalimah hak, dan dia tidak akan menuturkannya atas (suruhan) kata Iblis."
Diriwayatkan bahawa Nabi Allah Musa a.s menemui Iblis (laknatullah), katanya: Wahai Musa:

" أنت الذي اصطفاك الله برسالته وكلمك تكليما وأنا خلق من خلق الله 
أذنبت وأريد ان أتوب فاشفع لي الى ربي أن يتوب علي."
                               Maksudnya :
"Engkau adalah yang telah dipilihi oleh Allah menjadi Rasul-Nya dan Ia (Allah) telah berkata-kata dengan engkau, benar-benar dengan Kalam-Nya, sedangkan aku adalah salah seorang hamba Allah yang telah berdosa dan aku mahu bertaubat maka engkau syafa’atkanlah bagiku kepada Tuhanku supaya diterima taubatku."
Maka kata Musa:

" نعم ".  فلما صعد موسى الجبل وكلم ربه عز وجل وأراد النزول قال له ربه أد الامانة فقال موسى يا رب عبدك إبليس يريد أن تتوب عليه فأوحى الله تعالى إلى موسى، "يا موسى قد قضيت حاجتك 
".مره أن يسجد لقبر آدم حتى يتاب عليه

Maksudnya: “Ya”. 
Tatkala Musa naik ke bukit lalu berkata kepada Tuhan-Nya Azza Wajalla. Ketika hendak turun, Allah Taala berfirman kepadanya:
         “Tunaikanlah amanah.” 
Kata Musa:
"Wahai Tuhanku, hamba engkau Iblis mahukan Engkau terima   taubatnya."
Maka Allah Taala wahyukan kepada Musa:
" يا موسى قد قضيت حاجتك مره أن يسجد لقبر آدم حتى يتاب عليه "
                      Maksudnya :
“ Wahai Musa, sesungguhnya telah Aku tunaikan hajat engkau, suruhlah dia sujud kepada kubur Adam hingga diterima taubatnya. ”
Nabi Musa menemui Iblis dan berkata:
" قد قضيت حاجتك أمرت أن تسجد لقبر آدم حتى يتاب عليك "
                            Maksudnya :
“Sesungguhnya aku telah pun tunaikan hajatmu; engkau disuruh sujud kepada kubur Adam hingga diterima taubatmu.”
Iblis naik marah dengan ketakburan dan kesombongannya lalu ia berkata:
" لم أسجد له حيا أأسجد له ميتا "ثم قال له:  "يا موسى إن لك علي حقا بما شفعت لي إلى ربك فاذكرني عند ثلاث لا أهلكك فيهن: اذكرني حين تغضب فإن روحي في قلبك وعيني في عينك واجري منك مجرى الدم، اذكرني اذا غضبت فإنه اذا غضب نفخت في أنفه فما يدري ما يصنع واذكرني حين تلقى الزحف فإني آتي أبن آدم حين يلقى الزحف فاذكره زوجته وولده وأهله حتى يولي وإياك أن تجلس الى إمرأة ليست بذات محرم فإني رسولها إليك ورسولك إليها فلا يزال حتى أفتنك بها وأفتنها بك.
                        Maksudnya:
“Aku telah tidak sujud kepadanya semasa ia hidup, apatah lagi untuk sujud kepadanya sesudah ia mati.”
Kemudian berkatalah Iblis kepada Musa yang bererti: 
"Wahai Musa, bahawa engkau ada hak ke atas ku dengan apa yang telah engkau syafa’atkan bagiku kepada Tuhanmu. (Sebagai balasannya) maka engkau ingatlah kepadaku pada tiga perkara, nescaya tidak aku membinasakan engkau kerananya. Engkau ingatlah kepadaku ketika engkau marah maka (ketika itu) rohku pada hati engkau dan mataku pada mata engkau dan aku berjalan dalam diri engkau bagai berjalannya darah. Ingatlah daku ketika engkau marah, sesungguhnya apabila seseorang itu marah nescaya aku tiupkan ke dalam hidungnya maka tiadalah dia tahu apa yang ia lakukan;  
Dan engkau ingatlah daku ketika engkau menemui perempuhan (pertempuran dalam peperangan) maka aku datang kepada anak Adam ketika dia menemui pertempuran maka aku ingatkan dia (tentang) isterinya dan anaknya dan ahlinya hinggalah dia berpaling lari. 
Dan jangan sekali-kali engkau duduk dengan perempuan yang bukan muhrim maka (ketika itulah) aku jadi pesuruhnya kepada engkau dan jadi pesuruh engkau kepadanya maka sentiasalah aku (mengkudakannya) sehingga aku (dapat) memfitnahkan engkau dengannya dan dia dengan engkau."
Lihatlah hal Iblis, dia begitu menghormati Rasul, memuliakan dan memujinya. Apa yang dimintanya ialah supaya mensyafa’atkan dia kepada Allah Taala untuk diterima taubatnya. Sekiranya Nabi Allah Musa a.s bukan sebenar-benar menjadi Nabi lagi Rasul, berupayakah dia  melawan dan menjawab pertanyaan Iblis?.

Oleh itu, lihatlah kesusahan Rasul dan bagaimana hal syaitan dan jin yang masuk ke dalam badan manusia; menggunakan badan manusia dan anggotanya sebagai badannya sendiri dengan rohnya pada hati manusia dan matanya pada mata manusia.

Orang-orang jahil menyangkakan bahawa roh si mati masuk semula ke dalam badan orang yang hidup, sementara Tuhan mereka masuk ke dalam badan manusia. Disangkakan pula bahawa apa yang dituturkan oleh orang yang telah dimasuki jin dan syaitan itu adalah 'ilmu ladunni' ,  ilmu tanpa dipelajari bagai wahyu daripada Tuhan. Pada hal, dadanya itu adalah rumah bagi syaitan. Maka syaitan-syaitan itulah yang mengajarnya bermacam-macam cara sesat dan kufur.

BERTUHANKAN SYAITAN dan JIN


Manusia amat mudah ditipu oleh jin dan syaitan. Ketika jin dan syaitan masuk ke dalam badan manusia maka jadilah rohnya itu pada hati manusia, matanya pada mata manusia dan mengaku dirinya Tuhan atau Nabi atau si polan yang telah mati. Maka orang jahil terus percaya akuan jin dan syaitan itu.

Betapa besar rahmat Allah Taala kepada manusia dengan membangkit dan mengutuskan Rasul bagi tiap-tiap umat manusia. Maka daripada perkhabaran Rasul dapat kita tahu bagaimana syaitan-syaitan menipu manusia. Oleh yang demikian, barangsiapa mengaku dirinya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w serta mendakwa menerima wahyu daripada Allah Taala maka orang ini telah mempelajari ilmu agama kufur dan sesat dan telah dikerasi oleh jin dan syaitan. 

Maka orang ini akan berkata-kata atas ilmu yang terbit daripada syaitan. Jadi, bagi orang-orang jahil adalah perlu diberikan penerangan seperti  yang tersebut pada riwayat ini sebagaimana hal Iblis dengan Nabi Allah Musa a.s. Apa yang nyata ialah puak agama sesat terus berpegang kepada ilmu daripada mimpi atau daripada orang yang majzub, tak sedarkan diri.


IBLIS dan NABI NOH ALAIHISALAM

Telah diriwayatkan: Bahawa Nabi Noh a.s tatkala ia menaiki bahtera, ia telah mengambil untuk dibawa ke dalam bahtera daripada tiap-tiap dua kelamin itu dua sebagaimana Allah menyuruhnya. Maka ia melihat dalam bahtera itu seorang tua yang tidak dikenalinya. Nabi Noh berkata kepadanya:
" ما ادخلك فقال دخلت لأصيب قلوب أصحابك فتكون قلوبهم  معي وابدانهم معك "
                      Maksudnya :
 “Apakah yang membawa engkau masuk?"
Jawabnya: 
"Aku masuk untuk aku mengenakan (mendapatkan) hati sahabat-sahabat engkau, maka jadilah hati-hati mereka bersama aku dan badan-badan mereka bersama engkau."
Maka kata Noh kepadanya: 
"Keluarlah engkau daripdanya, wahai seteru Allah, sesungguhnya engkau adalah yang telah dilaknati."
Maka kata Iblis kepadanya: 
"Ada lima perkara aku binasakan manusia dengannya dan aku hanya akan beritahu engkau tiga perkara darinya dan aku tidak (akan) beritahu engkau yang dua perkara."
Maka Allah Taala wahyukan kepada Noh: 
"Bahawasanya engkau tidak memerlukan yang tiga (perkara) dan hendaklah ia memberi tahu engkau tentang dua perkara itu."
Maka kata Noh kepadanya:
 "Apakah dua perkara itu?"
 Maka Iblis pun berkata:
هما اللتان لا تكذباني هما اللتان لا تخلفاني بهما اهلك الناس الحرص والحسد فبالحسد لعنت وجعلت شيطانا رجيما وأما الحرص فإنه أبيح لآدم الجنة كلها إلا الشجرة فاصبت حاجتي منه بالحرص.
                        Maksudnya :
"Dua perkara itu, tiada mendustakan kedua-duanya akan daku, ialah dua perkara yang tiada menyalahi kedua-duanya akan daku di mana dengan kedua-duanya itulah aku membinasakan manusia iaitulah tamak dan hasad; dengan sebab hasad, aku dilaknati dan dijadikan syaitan yang dilaknati; ada pun tamak, maka diluluskan bagi Adam syurga semuanya, melainkan satu pokok. Maka aku dapati hajatku daripadanya dengan sebab tamak.
Lihatlah hal Iblis. Sungguhpun ianya daripada jin dan syaitan tetapi ia boleh masuk ke dalam badan manusia dan berjalan seperti perjalanan darah dengan rohnya diletakkan pada hati manusia dan matanya pada mata manusia tetapi apabila ia keluar, ia berupa seorang tua hingga Nabi Allah Noh a.s tidak mengenalinya.

Oleh itu, syaitan dan jin boleh menzahirkan dirinya dengan menyerupai manusia. Bagi manusia pula, ada dua badan iaitu badan zahir dan badan batin. Badan zahir tersusun daripada daging, tulang, urat dan darah, manakala badan batin itu, ialah Roh Hammal Lil-Amanah (روح حمال للامانة(
Jikalau Iblis boleh masuk dan keluar ke dalam badan manusia, seperti seorang tua maka begitu jugalah halnya dengan badan batin tatkala keluar daripada badan zahir, ketika dicabut oleh Malakul-maut untuk dibawa oleh Malaikat Rahmat ke tempat rahmat atau oleh Malaikat Azab ke tempat azab. Maka keluarlah ia sebagai seorang manusia.



KEMULIAAN RASUL

Apabila Iblis mengkhabarkan kepada Nabi Noh a.s. tentang lima perkara untuk membinasakan manusia, Iblis hanya mahu mengkhabarkan kepadanya tentang tiga perkara sahaja. Namun Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui mewahyukan kepada Nabi Noh a.s. bahawa dia tidak memerlukan kepada tiga perkara itu tetapi menyuruh dia (Iblis) menceritakan tentang dua perkara (yang hendak disoroknya) itu. Hakikat ini menunjukkan bahawa Nabi Allah adalah termaksum dan terpelihara daripada tipu daya syaitan dan tidak berkata-kata melainkan menurut sahaja apa yang diwahyukan oleh Allah Taala, kerana mereka tidak berkata-kata menurut fikirannya sendiri.

Adapun sekarang ini, jika ada seseorang yang ditemui orang yang tidak dikenali, kemudian orang itu ghaib, dan ia ada mengajar sebarang ilmu, maka hendaklah ia merujuk kepada beberapa orang ulamak ahli al-hak untuk bertanyakan sama ada ilmu itu betul/benar atau salah atau datangnya  dari jin atau syaitan.

Lihatlah bagaimana Iblis menemui Nabi Isa bin Maryam a.s dan menyuruhnya menyebutkan kalimah hak : 

   لا إله إلا الله

Maka adalah tidak ada lagi bagi syaitan itu sebarang halangan menyuruh manusia menyebutkan kalimah: لا إله إلا الله dengan tujuan hendak menipunya. Andainya ilmu yang diajar oleh guru agama itu ada mengandungi sumpah taat setianya dan dirahsiakan maka ini adalah tanda ilmu yang diajar itu datangnya daripada syaitan untuk menipu manusia.

Kata Waheeb bin Al-Ward (وهيب بن الورد) telah sampai (khabarnya) kepada kami bahawa Iblis telah datang menyerupai manusia kepada Nabi Yahya bin Zakaria Alaihimassalam dan ia berkata: 
"Aku hendak menasihati engkau." 
Jawab Nabi Yahya: 
"Aku tidak memerlukan sebarang nasihat (dari) engkau tetapi engkau beritahu aku mengenai anak Adam." 
Katanya: 
"Mereka itu bagi kami ada tiga jenis; satu jenis daripada mereka amat sukar bagi kami daripada yang lainnya. Kami pergi mendapatkan salah seorang daripada mereka hingga kami memfitnahkannya dan kami berhasil lalu ia segera beristighfar dan bertaubat maka rosaklah segala-segalanya yang telah kami perolehi daripadanya. Kemudian kami ulangi semula lalu iapun mengulanginya, maka tidaklah kami berputus asa dengannya dan tidak pula kami mendapat apa-apa yang kami hajati dan amat meletihkan kami.  
Adapun jenis yang satu lagi, mereka itu adalah di dalam tangan kami bagai bola di tangan kanak-kanak engkau sekalian, kami baling-balingkan mereka barang apa yang kami suka, sesungguhnya telah memadai mereka itu kepada kami akan diri-diri mereka itu. 
Adapun jenis yang ketiga maka mereka itu adalah termaksum, tiada kami berupaya terhadap mereka suatu apa pun."

Daripada sini, nampaklah kita bagaimana manusia ini menjadi barang mainan syaitan. Hanya para Nabi dan Rasul عليهم السلام dan orang-orang yang tahu dan amat memahami ilmu-ilmu agama Islam dan berbuat amalan taat dan ibadat kepada Allah Taala terlepas/terselamat daripada mainan syaitan.

Lihat hal Iblis menemui Nabi Allah Yahya a.s., ia berkata: “Aku hendak beri nasihat kepada engkau”. Maka lihatlah pula jawapan Nabi Yahya a.s.
Oleh itu, jika anak-anak kita tidak diberi pelajaran agama Islam dan tidak dilatih berbuat amalan-amalan taat dan melaksanakan ibadat kepada Allah maka mereka itu akan menjadi alat mainan syaitan sebagaimana budak-budak membaling bola menurut apa sahaja yang mereka hajati.

Lihatlah lagi hal Iblis laknatullah di bawah ini:
Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah bahawa tatkala Adam a.s  diturunkan ke bumi, ia berkata:
 يا رب هذا الذي جعلت بيني وبينه عداوة  ان لم تعني عليه لا أقوى عليه قال: لا يولد لك ولد إلا وكل به ملك قال: يا رب زدني قال: أجزي بالسيئة سيئة والحسنة عشرا إلى ما أريد. قال يا رب زدني قال: باب التوبة مفتوح مادام في الجسد الروح
                     Maksudnya:
Wahai Tuhan, dia itu (Iblis) yang Engkau telah jadikan di antara aku dan di antaranya perseteruan, jika Engkau tidak menolong akan daku ke atasnya nescaya tidaklah aku terdaya ke atasnya.
 Allah berfirman: 
“Tidak diperanakkan bagi engkau seorang anak melainkan diwakilkan (dilindungi anaknya itu) oleh seorang malaikat.”
 Katanya: 
“Wahai Tuhan, tambahilah akan daku.” 
Ia berfirman: 
“Aku balasi satu kejahatan (yang dikerjakan) dengan satu kejahatan dan satu kebajikan (yang dikerjakan) dengan sepuluh hingga (beberapa banyak) yang Aku kehendaki.” 
Katanya:
 “Wahai Tuhan, tambahilah akan daku”. 
Ia berfirman: 
Pintu taubat itu terbuka selama ada pada jasad itu roh.
Kata Iblis:
يا رب هذا العبد الذي كرمته علي إن لم تعني عليه لا أقوى عليه، قال: لا يولد له ولد إلا ولد لك ولد قال: يا رب زدني قال تجري منهم مجرى الدم وتتخذون صدورهم بيوتا قال رب زدني قال : واجلب عليهم بخيلك ورجلك وشاركهم في الأموال والأولاد وعدهم وما يعدهم الشيطن إلا غرورا.
Ertinya:
“Wahai Tuhan, hamba ini yang telah Engkau muliakan dia ke atasku, jika Engkau tidak menolong akan daku nescaya tidak aku berupaya ke atanya." 
Ia berfirman: 
Tidak diperanakkan baginya seorang anak melainkan diperanakkan bagi engkau seorang anak. 
Ia berkata:
 “Tambahilah akan daku.” 
Ia berfirman: 
Engkau berjalan daripada mereka itu umpama perjalanan darah dan engkau sekalian (boleh) jadikan dada mereka (sebagai) rumah.
 Ia (Iblis) berkata:
 “Tambahilah akan daku.” 
Allah berfirman:
Dan tariklah kepada mereka pasukanmu yang berjalan kaki dan pasukanmu yang berkuda dan bersekutulah dengan mereka dalam harta-harta (haram seperti riba) dan anak-anak (haram) dan janjikan kepada mereka (bahawa tidak ada Hari Pembalasan), dan syaitan tidaklah menjanjikan kepada mereka kecuali (janji-janji) yang batil.”
Maka lihatlah hal Iblis, bagaimana ia memohon kepada Allah supaya dapat membinasakan manusia. Oleh itu, Allah Taala menyuruh manusia berdo'a dan Allah menjanjikan penerimaannya pada do'a itu dan disuruh melawan segala kehendak syaitan. (Bagi orang yang tidak mahu berdo'a kepada Allah Taala, bererti ia tidak mengharapkan rahmat-Nya.)

Bagaimanakah hal manusia, apabila dada mereka dijadikan oleh Iblis rumah syaitan?. Tentulah dada-dada mereka akan dipenuhi dengan uas-uas dan ajaran syaitan.

Mampukah orang-orang jahil menolak segala ajaran sesat yang dibawa oleh syaitan?

Sebelum Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan menjadi Rasul, Kota Makkah al-Mukarramah dan juga di negeri-negeri Arab yang lain dipenuhi dengan berhala.
Diriwayatkan bahawa  tatkala diperanakkan (Nabi) Isa bin Maryam Alaihisalam datanglah syaitan-syaitan kepada Iblis maka kata mereka: 
"Berpagi-pagi segala berhala telah pun tunduk kepala-kepalanya."
Maka kata Iblis: 
"Ini adalah perkara baru telah berlaku di tempat kamu sekalian." 
Maka iapun terbang hingga sampai dari masyrik sampai maghrib tapi tidak ia menjumpai suatu apa pun. Kemudian ia mendapati Nabi Isa a.s. telah pun diperanakkan dan pada ketika itu dikelilingi malaikat-malaikat. Maka baliklah ia kepada mereka. Katanya: 
"Seorang Nabi telah diperanakkan semalam, tiada seorang perempuan hamil melahirkan anak melainkan aku  hadir kecuali yang ini (kelahiran Nabi Isa)."
Maka berputus asalah mereka daripada berhala-berhala yang disembah selepas daripada malam ini tetapi katanya (Iblis)
"Hendaklah kamu (syaitan-syaitan) kalian datangkan kepada anak Adam kegopohan dan keringanan (perihal mengambil ringan). Rosaknya manusia kerana berbuat sesuatu dengan gopoh-gapah, tidak mahu menghalusi terlebih dahulu apa yang hendak diperbuat, kurang memikirkan sesuatu perkara itu, seperti bersegera menerima seruan puak agama sesat tanpa usul periksa."
Lihatlah hal Iblis, bagaimana ia menyekat dan menghalang hati manusia untuk tidak berniat baik. Pada mulanya terbit dalam hati untuk berbuat baik tetapi belum lagi pekerjaan itu dikerjakan maka syaitan sudah pun menunggu di pangkal jalan, melarang supaya tidak diteruskan perkara kebaikan itu.

Dalam perkara ini Allah telah memberi peringatan tentang hal kedurjanaan Iblis terhadap manusia dan hukuman Allah terhadap Iblis dan pengikut-pengikutnya seperti yang diwahyukan di dalam Firman-Nya dalam surah Al-A’raf, ayat 16-18 :

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17) قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَدْحُورًا لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ (18
              Maksudnya: 
"Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; (16)
Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau TIDAK akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.(17)
"Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya." (18) 
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
 "إن الشيطان قعد لإبن آدم بطرق فقعد له بطريق الاسلام فقال: أتسلم وتترك دينك ودين آبائك فعصاه وأسلم ثم قعد له بطريق الهجرة قال:  أتهاجر أتدع أرضك وسماءك فعصاه وهاجر ثم قعد له بطريق الجهاد فقال أتجاهد وهو تلف النفس والمال فتقاتل فتقتل فتنكح نساؤك ويقسم مالك فعصاه وجاهد". وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "فمن فعل ذلك فمات كان حقا على الله أن يدخله الجنة".
                    Mafhumnya:
“Bahawa syaitan telah duduk menghalang anak Adam dengan beberapa jalan. Maka ia duduk menghalang dengan jalan Islam; maka katanya: Apakah engkau (mahu) menganut Islam dan meninggalkan agama engkau dan agama datuk nenek engkau lalu ia lawan untuk tidak mengikutinya dan masuk Islam. Kemudian ia duduk menghalangnya dengan jalan hijrah, katanya: Adakah engkau (mahu) tinggalkan bumi engkau dan langit engkau maka ia lawan untuk tidak mengikutinya lalu ia berhijrah.
Kemudian ia duduk menghalangnya (lagi) dengan jalan jihad, maka ia berkata: Adakah engkau (mahu) berjihad yang itulah kebinasaan diri dan harta, maka engkau (pergi) berbunuh-bunuhan maka engkau dibunuh, (kemudiannya) perempuan-perempuan engkau dinikahi (dengan orang lain) dan harta engkau dibahagi-bahagikan maka ia lawan untuk tidak mengikutinya lalu ia berjihad”.
 Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya barangsiapa berbuat yang demikian itu (kemudian) ia mati, maka dia adalah orang yang berhak ke atas Allah untuk di- masukan ke dalam syurga.”

PERINGATAN

Perlu diingatkan bahawa syaitan itu bukanlah sekadar menghalang manusia daripada berbuat kebaikan malahan ia mengajar bagaimana caranya menjadikan manusia jatuh kafir melalui cara berfikir.

Manakala Iblis, syaitan dan jin boleh memasuki badan manusia umpama perjalanan darah dengan rohnya (syaitan) itu pada hati manusia dan matanya pada mata manusia, maka bagi orang jahil yang tidak mempelajari ilmu agama Islam sudah tentulah tidak tahu hendak memperbezakan di antara dua lintasan hati; adakah ia lintasan daripada syaitan atau lintasan daripada malaikat. Bagi mereka yang sesat jalan agamanya yang berpegang kepada iktikad 'Wahdatul Wujud' (وحدة الوجود) , mereka beriktiqad bahawa alam ini daripada Zat Allah. Maka apabila Zat Allah itu Qadim maka alam ini  pun  qadim juga.

Puak agama sesat ini, tidak mahu menerima bahawa lintasan hati, jika buruk, adalah datangnya daripada syaitan dan jika elok (pada timbangan hukuman Allah) maka ia adalah lintasan daripada malaikat.

Oleh itu, amatlah banyak lintasan hati manusia pada perkara-perkara buruk, sesat dan kufur oleh sebab dada manusia menjadi rumah syaitan. Pada masa yang sama juga mereka (syaitan-syaitan) berada di hadapan, belakang, kanan dan kiri, melarang manusia daripada berbuat baik.  Syaitan kembaran manusia pula tidak putus-putus menghasut untuk membuat segala kejahatan dan kemungkaran.

Justeru apakah kemudaratan yang paling besar yang boleh didatangkan oleh syaitan?

Tidak lain dan tidak bukan ialah menyuruh manusia itu menjadi kafir.
Firman Allah Taala surah Al-Hasyr ayat 16:

" كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي 
بَرِيءٌ مِنْكَ ..."
                       Maksudnya :
“Seumpama syaitan tatkala ia berkata kepada manusia: Jadi kafirlah kamu maka tatkala ia telah jatuh menjadi kafir, dia berkata sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu...”
Lihatlah bagaimana soalan-soalan syaitan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan lintasan-lintasan untuk mengenal Allah Taala.
Nabi Muhammad s.a.w melarang keras supaya tidak menuruti ajaran yang datangnya daripada lintasan-lintasan syaitan, dan hendaklah dilawan dengan kata: 
" آمنت بالله ورسوله" 

Maksudnya:
Kata Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" إن الشيطان يأتي احدكم فيقول من خلقك فيقول: الله تبارك وتعالى فيقول: فمن خلق الله.  فاذا وجد أحدكم ذلك فليقل : آمنت بالله ورسوله فإن ذلك يذهب عنه ".
                       Ertinya:
“Bahawa syaitan datang kepada seseorang kamu maka ia berkata: “Siapakah mengadakan engkau”?Maka ia mejawab: “Allah Tabaraka Wa Taala. Maka ia berkata: Maka siapakah mengadakan Allah?Maka apabila seseorang kamu mendapati akan yang demikian, maka hendaklah ia katakan:
"آمنت بالله ورسوله"
                        Ertinya: 
Aku telah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.”
Maka sesungguhnya yang demikian itu (akan) membuatnya ia pergi daripadanya.
Bagi orang jahil yang tidak mempelajari agama Islam tatkala ditanya sebegitu rupa oleh syaitan, tentulah ia akan mengambil kias dengan fikirannya sendiri dengan mengatakan bahawa Allah Taala yang mengadakan dirinya. Tetapi siapakah pula mengadakan Allah?

Andainya orang itu tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya terkenalah ia menuruti segala lintasan hati kerana dadanya itu dijadikan syaitan sebagai rumahnya, dan  kembaran syaitannya mendatangkan berbagai-bagai lintasan. Maka kita sebagai orang Islam apabila datang pertanyaan syaitan seperti ini, hendaklah kita kata:  آمنت بالله ورسوله  tetapi tidak memadai jika sekadar itu sahaja. Adalah lebih baik dan dapat diperkukuhkan lagi dengan membaca   Asma’-Ullah al-Husna yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim dengan mengambil faham dan menghayati segala maknanya.

Berikut ialah Asma’  Ullah Al-Husa yang ada dalam al-Hadis:
الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم الملك القدوس. السلام. المؤمن. المهيمن. العزيز. الجبار. المتكبر. الخالق. البارئ. المصور. الغفار. القهار. الوهاب. الرزاق. الفتاح. العليم. القابض. الباسط. الخافض. الرافع. المعز. المذل. السميع. البصير. الحكم. العدل. اللطيف. الخبير. الحليم. العظيم. الغفور. الشكور. العلي. الكبير. الحفيظ. المقيت. الحسيب. الجليل. الكريم. الرقيب. المجيب. الواسع. الحكيم. الودود. المجيد. الباعث. الشهيد. الحق. الوكيل. القوي. المتين. الولي. الحميد. المحصي. المبدئ. المعيد. المحيي. المميت. الحي. القيوم. الواجد. الماجد. الواحد. الأحد. الصمد. القادر. المقتدر. المقدم. المؤخر. الأول. الآخر. الظاهر. الباطن. الوالي. المتعالي. البر. التواب. المنتقم. العفو. الرؤوف. مالك الملك ذو الجلال والاكرام. المقسط. الجامع. الغني. المغني. المانع. الضار. النافع. النور. الهادي. البديع. الباقي. الوارث. الرشيد. الصبور.

Bahawasanya hendaklah sentiasa diambil ingatan bahawa kalimah AN-NUUR(النور)  bukanlah dengan makna cahaya. Maka syaitan akan lari daripada ilmu pengetahuan yang terkandung dalam segala makna yang ada pada Asma’ Ullah al-Husna, dan bukan lari kerana semata-mata sebutanآمنت بالله ورسوله dan Allah Taala melarang hamba-hambaNya mentaati syaitan. Firman-Nya pada surah Fathir, ayat 6 :
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ 
                            Maksudnya:
“Sesungguhnya syaitan bagi kamu sekalian adalah seteru maka jadikanlah ia (sebagai) seteru, sungguh hanyalah ia menyeru (mengajak) para pengikutnya supaya mereka menjadi termasuk dari penghuni ahli api neraka yang menyala-nyala.”
Dan Firman Allah Taala dalam surah Yasin ayat 60:
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آَدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ 
                               Maksudnya:
“Tidakkah Aku perintahkan kepada kamu sekalian wahai anak Adam supaya kamu sekalian tidak mentaati syaitan, sesungguhnya ia bagi kamu sekalian (adalah) seteru yang nyata.”
Oleh itu  kita sebagai orang Islam hendaklah mengajar anak-anak kita sama ada lelaki atau pun perempuan “ASMA-ULLAH AL-HUSNA” serta makna-maknanya sekali, nescaya jika datang lintasan-lintasan hati daripada syaitan seperti yang demikian itu mudahlah ditolak dengan memahami segala makna “ASMA-ULLAH AL-HUSNA” yang luas tafsilnya itu.

Dengan adanya sedikit ringkasan makna, dapatlah ditolak uas-uas syaitan dengan kata bahawa 'masa' dan 'tempat' adalah kedua-duanya makhluk Allah. Sebelum diadakan 'masa' dan 'tempat' atau alam, Allah Taala sahajalah yang ada seperti apa yang terkandung di dalam Asma'-Ullah al-Husna. Jika Allah Taala tidak mengadakan 'masa' dan 'tempat' dan alam sekalipun maka Allah Taala begitu juga Ia-Nya ada sebagimana Dia ada yang tidak menyamai sama sekali dengan sekalian makhluk-Nya dalam segala-galanya tanpa misal dan tanpa umpama dan ibarat.

Dan lihatlah lagi hal syaitan:
Abu Imamah Al-Bahili ابو امامه الباهلي telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 "وكل بالمؤمن مائة وستون ملكا يذبون عنه مالم يقدر عليه من ذلك للبصر سبعة املاك يذبون عنه كما يذب الذباب عن قصعة العسل في اليوم الصائف وما لو بدا لكم لرأيتموه على كل سهل وجبل كل باسط يده فاغر فاه ولو وكل العبد الى نفسه طرفة عين لاختطفته الشياطين".
                       Maksudnya:
"Seorang mukmin itu diwakilkan oleh seratus enam puluh (160) orang  malaikat. Mereka melindunginya dari apa yang ia tidak berupaya ke atasnya; daripada (bilangan) itu, untuk mata tujuh (7) orang malaikat. Mereka melindunginya umpama melindungi lalat daripada pinggan berisi madu pada hari musim panas; andainya ia zahir bagi kamu kalian nescaya kalian (dapat) melihatnya di atas tiap-tiap tanah rata dan bukit, semuanya membentang (menadah) tangannya dan membuka mulutnya.Dan jika diwakilkan hamba itu kepada dirinya sendiri (untuk menolak syaitan itu) sekadar sekerlipan mata sahaja, nescaya syaitan-syaitan itu menyambarnya.”
Hanya dengan jalan do'a dan amalan taat di samping pengetahuan agama Islam yang luas sahajalah dapat menolak kemudaratan (bahaya) jin dan syaitan.
Lihatlah hal syaitan dan jin, bukan sahaja sekadar membuat manusia jadi kafir dan sesat pada agama bahkan ia mahu menyakiti manusia, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w itu pun didatangi oleh Jin Afrit hendak menyakitinya. Betapakah pula kita umat Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh  itu, apa jua do'a untuk menolak kemudaratan Jin Afrit dan syaitan hendaklah diamalkan. Jangan sekali-kali percaya kepada jampi-jampi orang jahiliah yang terdahulu serta hendaklah dibuang. Ini adalah disebabkan  ilmu jampi itu adalah daripada ajaran agama sesat, daripada jin-jin dan syaitan-syaitan dan daripada kalimah-kalimah kufur dan syirik. Kesemua ilmu sihir menggunakan perkataan syirik dan kufur.

Dan daripada Abdur-Rahman bin Abi Laili( عبد الرحمن بن ابي ليلي( ia berkata:
"Adalah syaitan datang kepada Nabi Muhammad s.a.w, di tangannya ada obor (nyalaan api); maka ia berdiri di hadapannya semasa Nabi sedang sembahyang lalu ia (Nabi) membaca dan meminta berlindung tetapi ia (syaitan) itu masih tidak pergi. Maka datanglah kepadanya Jibrael Alaihissalam, lalu  ia berkata kepadanya bacalah (wahai Muhammad):
                   أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَاْ يُجَاوِزُهَنَّ
بِرٌّ وَلَاْ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ الأَرْضِ وَمَا 
يَخْرُجُ  مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ 
فِيْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ 
اللَّيْلِ  وَالنَّهَارِ إِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَن 
     Maksudnya :
"Aku meminta peliharakan (perlindungan) dengan segala kalimah yang sempurna yang tiada melampauinya oleh orang yang baik dan tiada melampauinya oleh orang yang  jahat daripada kejahatan barang apa yang masuk pada bumi dan barang apa  yang keluar daripadanya, dan barang apa yang turun daripada langit dan barang apa yang naik kepadanya, dan daripada segala fitnah malam dan siang, dan daripada segala yang datang malam dan siang melainkan yang datang mendatangkan dengan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah" 
Apabila ia ( Rasulullah s.a.w. ) mengatakan yang demikian itu maka padam sepotongan nyalaan api itu jatuh ke atas mukanya (syiatan)."
Do'a-do'a seperti ini hendaklah dijadikan amalan harian.

Lihatlah kemudaratan syaitan. Jika seseorang tidak mahu berpegang kepada ajaran agama Islam, apakah do'a untuk menolak bahaya syaitan dan jin itu?.

Kata Al-Hasan: Dikhabarkan kepadaku bahawa Jibrael a.s telah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w, katanya:
"ان عفريتا من الجن يكيدك فاذا أويت الى فراشك فاقرأ آية الكرسي"
                     Maksudnya:
"Ada seorang Afrit daripada jin yang hendak memperdayakan engkau, maka apabila engkau pergi ke tempat tidur, engkau bacalah ayat Al-Kursi."
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"لقد أتاني الشيطان فنازعني ثم نازعني فأخذت بحلقه فوالذي بعثني بالحق ما ارسلته حتى وجدت برد ماء لسانه على يدي ولو لا دعوة أخي سليمان عليه السلام لأصبح طريحا في المسجد."
                     Maksudnya:
“Sesungguhnya telah datang kepadaku syaitan maka ia merentap akan daku kemudian ia merentap akan daku, lalu aku pegang tengkuknya; maka demi yang membangkitkan daku menjadi Rasul dengan sebenarnya, tidak aku melepaskannya hingga aku dapati kesejukan air lidahnya di atas tanganku; sekiranya bukan do'a (dari) saudaraku Sulaiman Alaihisalam nescaya aku berpagi-pagi terlantar di dalam masjid."
Kata Ayub bin Yunus bin Yazid:
"بلغنا انه يولد مع ابناء الانس من أبناء الجن ثم ينشئون معهم"
                     Maksudnya: 
"Telah sampai khabarannya kepada kami bahawa diperanakkan berserta anak-anak manusia itu daripada anak-anak jin, kemudian mereka hidup (membesar) bersama-sama mereka."
Kata Abu Hurairah:
"التقى شيطان المؤمن وشيطان الكافر فاذا شيطان الكافر دهين سمين كاس وشيطان المؤمن مهزول أشعث أغبر عار فقال شيطان الكافر لشيطان المؤمن مالك مهزول. قال انا مع رجل إذا أكل سمى الله فأظل جائعا وإذا شرب سمى الله فأظل عطشانا واذا لبس سمى الله فأظل عريانا وإذا أدهن سمى الله فأظل شعثا فقال لكني مع رجل لا يفعل شيئا فأنا أشاركه في طعامه وشرابه ولباسه".
                Maksudnya :
"Syaitan (kepada) orang mukmin dan syaitan (kepada) orang kafir telah telah bertemu. Adapun syaitan orang kafir itu berminyak rambut, gemuk, berpakaian, dan syaitan orang mukmin itu kurus, kekusutan rambut, berdebu, tiada berpakaian. Maka berkatalah syaitan orang kafir kepada syaitan orang mukmin: Kenapakah engkau kurus? 
Jawabnya: Aku bersama dengan seorang lelaki yang apabila ia makan ia sebut nama Allah, maka berpagi-pagi aku dah lapar dan apabila ia minum ia sebut nama Allah maka berpagi-pagi aku dahaga dan apabila ia memakai pakaian ia sebut nama Allah maka tinggallah aku tanpa pakaian.Maka maka berkata (syiatan kepada orang kafir)Tetapi aku bersama lelaki yang tiada ia berbuat sesuatu apa pun daripada yang demikian itu, maka aku menyertainya pada makanannya dan minumannya dan pakaiannya."
Dan adalah Muhammad bin Wasie’ menyebut (dalam do'anya) pada tiap-tiap hari kemudian daripada sembahyang subuh:
"اللهم انك سلطت علينا عدوا بصيرا بعيوبنا يرانا هو وقبيله من حيث لا نراهم  اللهم فآيسه منا كما آيسته من رحمتك وقنطه منا كما قنطته من  عفوك وباعد بيننا وبينه كما باعدت بينه وبين رحمتك إنك على كل شئ قدير"
                       Maksudnya :
“Ya Allah sesungguhnya Engkau telah meletakkan ke atas kami musuh yang celik dengan segala keaiban kami, dia dan puaknya dapat melihat kami tetapi kami tidak dapat melihat mereka. Ya Allah!, maka Engkau putus-asakanlah dia daripada kami sebagaimana Engkau telah putus-asakan dia daripada rahmat Engkau dan putuskanlah harapannya daripada kami sebagaimana Engkau putuskan harapannya daripada kemaafan Engkau; dan jauhkanlah di antara kami dan di antaranya sebagaimana Engkau telah jauhkan di antaranya dan antara rahmat Engkau. Sesungguhnya Engkau di atas setiap suatu Amat Berkuasa.”
Maka muncullah Iblis pada suatu hari di jalan masjid maka katanya:
"Wahai Anak Wasie’, adakah engkau kenal siapa aku?"
Katanya: 
"Siapakah engkau?" 
Jawabnya:  
"Aku ialah Iblis." 
Maka katanya: 
"Dan apakah engkau mahukan?"  
Katanya (Iblis itu): 
"Aku mahu engkau tidak mengajar isti-a’zah (استعاذة) ini kepada sesiapa dan aku pula tidak akan melintangi (mengganggui) engkau." 
Balasnya: 
"Demi Allah, aku tidak akan menghentikannya kepada sesiapa sahaja yang mahukannya maka buatlah apa sahaja engkau mahukan."
Sabda Rasulullah s.a.w:
"إن الشيطان واضع خرطومه على قلب ابن آدم فإن هو ذكر الله تعالى خنسوإن نسي التقم قلبه".
Ertinya:
“Bahawasanya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam maka jika ia menyebut Allah Taala, ia tarik dan jika ia lupa (daripada menyebut Allah) ia letakkan mulutnya (belalainya) pada hatinya."           
 (Diriwayat dari Anas r.a)

LINTASAN HATI

Mengenai lintasan hati, Rasulullah s.a.w bersabda:
"في القلب لمتان لمة من الملك ايعاد بالخير وتصديق بالحق فمن وجد ذلك فليعلم أنه من الله سبحانه وليحمد الله ولمة من العدو ايعاد بالشر وتكذيب بالحق ونهي عن الخير فمن وجد ذلك فليستعذ بالله من الشيطان الرجيم" 
                   Maksudnya :
“Pada hati itu ada dua lintasan, satu lintasan daripada malaikat yang menjanjikan dengan kebajikan (yakni menyuruh berbuat kebajikan) dan membenarkan dengan (apa yang) hak. Barangsiapa mendapati akan yang demikian itu, maka hendaklah ia ketahui bahawasanya itu ialah daripada Allah SWT dan hendaklah ia memuji Allah. Dan satu lintasan daripada seteru iaitu menjanjikan dengan kejahatan (yakni menyuruh dengan kejahatan) dan mendustakan perkara yang hak dan menegah daripada kebajikan. Maka barangsiapa mendapati yang demikian, ia hendaklah minta dilindungi dengan pertolongan Allah daripada syaitan yang kena laknat.”
Kemudian ia membaca firman Allah Taala, surah Al-Baqarah, ayat 268:

"الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ... " 
                      Maksudnya:
“Syaitan itu menjanjikan kamu sekalian kefakiran dan menyuruh kamu sekalian dengan segala perkara kekejian.........”
Lihatlah hal hati manusia. Ia dikurniakan oleh Allah Taala dua orang 'qarin' (kembaran) iaitu seorang malaikat untuk menyuruh berbuat kebajikan dan seorang syaitan untuk menyuruh berbuat kejahatan.
Berkaitan dengan 'qarin', Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"ما منكم من أحد إلا وله شيطان قالوا وأنت يا رسول الله قال وأنا إلا أن الله أعانني عليه فأسلم فلا يأمر إلا بخير".
                         Maksudnya :
“Tiada seorang daripada kamu sekalian melainkan ada baginya syaitan. Kata mereka: Dan engkau, wahai Rasulullah? Sabdanya: “Dan aku (juga) melainkan Allah menolong aku ke atasnya, maka ia jadi Muslim; tiada ia menyuruh melainkan dengan kebajikan.”

DUA PERKARA LINTASAN HATI

Oleh kerana setiap manusia mempunyai dua orang kembaran iaitu seorang malaikat dan seorang syaitan maka dalam hati juga terdapat dua lintasan, ada kalanya hendak membuat kebaikan dan ada kalanya hendak membuat kejahatan.
Para sahabat Nabi (رضي الله عنهم) sangat kuat berjaga diri sama ada lintasan hati itu datangnya daripada syaitan atau malaikat kembarannya.
Dan kata Al-Hasan:
"انما هما همان يجولان في القلب هم من الله تعالى وهم من العدو فرحم الله عبدا وقف عند همه فما كان من الله تعالى امضاه وما كان من عدوه جاهده".
                          Maksudnya:
"Sesungguhnya ada dua lintasan yang berlegar di hati, satu (lintasan) daripada Allah Taala (yakni daripada malaikat) dan satu (lagi) lintasan daripada seteru, maka Allah Taala merahmati hamba yang berhenti pada lintasannya (untuk dipertimbang); jika ia (datangnya) daripada Allah Taala nescaya ia melakukannya dan jika ia (datangnya) daripada seterunya dia (akan) melawannya."
Semua perkara yang di bawah ikhtiarnya (pilihannya)  ada baginya dua pandangan; satu pandangan sebelum dilakukan dan satu pandangan ketika sedang melakukannya. Adapun sebelum diperbuat maka hendaklah ia melihat barang apa yang ternyata baginya dan apa yang tergerak untuk dilakukan oleh lintasan hatinya, sama ada ia semata-mata kerana Allah  atau kerana hawa nafsu, menuruti syaitan lalu ia berhenti padanya untuk kepastian hingga terbuka kebenarannya dengan mata hati. Jika ia mendapati adalah kerana Allah Taala, ia (akan) melakukannya dan jika ia adalah kerana lain daripada Allah, ia (akan) merasa malu daripada Allah lalu menjauhkan diri daripadanya. 

Berhenti terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu pekerjaan sehinggalah nyata kebenarannya merupakan suatu kewajiban yang tidak dapat dielakkan oleh seseorang itu. Dalam hubungan ini, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
فان في الخبر: "انه ينشر للعبد في كل حركة من حركاته وان صغرت ثلاثة دواوين. الديوان الاول "لم"  والثاني "كيف"  والثالث "لمن". ومعنى "لم" أي لمن فعلت هذا أكان عليك أن تفعله لمولاك أو ملت اليه بشهوتك وهواك فان سلم منه ان كان عليه ان يعمل ذلك لمولاه سئل من الديوان الثاني فقيل له كيف فعلت هذا أبعلم محقق أم بجهل وظن فان سلم من هذا نشر الديوان الثالث وهو مطالبة بالاخلاص فيقال لمن عملت ألوجه الله خالصا وفاء بقولك لا إله إلا الله فيكون أجرك على الله أو لمراءات خلق مثلك فخذ أجرك منه أم عملته لتنال عاجل دنياك فقد وفيناك نصيبك من الدنيا أم عملته بسهو او غفلة فقد سقط اجرك وحبط عملك وخاب سعيك وان عملت لغيري فقد استوجبت مقتي وعقابي اذ كنت عبدا لي تأكل رزقي وتترفه بنعمتي ثم تعمل لغيري اما سمعتني أقول ألا لله الدين الخالص.
            Maksudnya :
“Bahawa dibentangkan bagi seorang hamba pada setiap gerak-gerinya, walau sekecil mana sekalipun, dalam tiga dewan:·  
  •  Dewan Pertama: “Kenapa”
  •  Dewan Kedua: "Bagaimana”                  
  •  Dewan Ketiga: “Untuk Siapa”
 [Makna “kenapa”: Untuk siapakah engkau lakukan ini? ]
Apakah (ia suatu kewajipan) ke atas diri engkau yang engkau kena melakukannya kerana Tuhan engkau atau engkau telah cenderong hati kepadanya kerana keinginanan hawa nafsa engkau?
Dan jika ia terselamat dari yang demikian itu, sekiranya apa yang dilakukannya itu adalah kerana Tuhannya, maka ia akan ditanya daripada dewan yang kedua. Maka dikatakan kepadanya: Bagaimanakah engkau melakukannya, apakah dengan ilmu yang ditahqiqkan (diyakini) kebenarannya atau dengan kejahilan dan sangkaan. 
Jika ia terselamat daripadanya maka dibentangkan di dewan yang ketiga iaitu tuntutan keikhlasan maka dikatakan: Untuk siapakah engkau berbuat amalan itu, adakah semata-mata ikhlas kerana Allah sebagai menunaikan kata engkau:

                                             لا اله الا الله 

Maka (oleh yang demikian itu) pahala engkau adalah daripada Allah atau kerana menunjuk-nunjuk kepada makhluk yang sama sahaja dengan engkau, maka engkau ambillah pahalanya daripadanya, atau pun engkau membuatnya amalan itu supaya engkau dapat kesegeraan faedah dunia engkau. Sesungguhnya telah pun Aku sempurnakan habuan engkau dari dunia, atau pun engkau melakukannya dengan cara lupa dan lalai. Maka (yang demikian itu) sesungguhnya telah menggugurkan pahala engkau dan membatalkan amalan engkau dan merosakkan usaha engkau; dan jika engkau melakukan amalan itu kerana selain daripada Aku maka itu sesungguhnya telah mewajibkan (استوجب مقتي) kemurkaan-Ku dan balasan azab-Ku, kerana engkau itu adalah hamba kepada-Ku, engkau makan rezeki-Ku dan engkau bersenang-senang dengan nikmat-Ku kemudian engkau beramal kerana selain daripada-Ku. Adakah tidak engkau dengar Aku berfirman: "ألا لله الدين الخالص". Ertinya: “Ketahuilah (hanya) bagi Allah agama yang ikhlas.” (surah Az-Zumar,  ayat 3).

PERINGATAN

Lihatlah hal para sahabat Nabi (رضي الله عنهم).  Apabila terbit lintasan hati, mereka akan segera menapis lintasan hati itu sama ada ia terbit daripada lintasan syaitan atau malaikat.
Jika lintasan itu datangnya daripada malaikat, mereka terus mengerjakannya dan jika lintasan hati itu datangnya daripada syaitan, mereka terus bersungguh-sungguh melawan lintasan syaitan (walaupun dalam perkara-perkara kecil) lalu  beristighfar atas berlakunya lintasan buruk itu dan kerana ketakutan daripada tiga perkara iaitu:
        1.     KENAPA (لم) dari DEWAN PERTAMA
                 2.    BAGAIMANA ( كيف) dari DEWAN KEDUA
                 3.    UNTUK SIAPA (لمن) dari DEWAN KETIGA

Sabda Nabi s.a.w kepada Muaz:
"إن الرجل ليسئل عن كحل عينيه وعن فته الطين بأصبعيه وعن لمسه ثوب أخيه"
                Maksudnya :
“Bahawasanya seseorang lelaki itu akan ditanya mengenai sebab ia mencelak dua matanya dan mengenai (sebab kenapa) ia memecah tanah liat dengan dua anak jarinya dan mengenai (kenapa) ia menyentuhi baju saudaranya.”
Beginilah  hal keadaannya di negeri akhirat. Oleh itu jika kita mendengar tentang adanya kumpulan kononnya ada satu ilmu pengetahuan agama Islam yang dirahsiakan, tidak boleh didengari oleh sesiapun melainkan di antara guru dengan muridnya sahaja dan gurunya itu boleh mensyafa'atkan muridnya di negeri akhirat, boleh mengampuni dosa-dosanya dan seterusnya mensyafa'atkan dia supaya tidak dimasukkan ke api neraka, maka apakah jawapan kita?

Kita hendaklah memberitahu guru berkenaan bahawa dalam negeri akhirat, seseorang itu akan ditanya mengenai tiga perkara walau sekecil mana perkaranya iaitu: “kenapa”, “bagaimana” dan “untuk siapa”. Begitu juga dengan murid-murid yang belajar ilmu rahsia itu akan ditanya mengenai tiga perkara itu termasuklah guru-guru mereka.
Guru itu juga hendaklah diberitahu bahawa di negeri akhirat nanti, ada tiga tempat di mana masing-masing dengan halnya sendiri, tiada sesiapa pun dapat menolongnya iaitu:
1.    Semasa amalan ditimbang. Adakah berat di sebelah kebaikan atau kejahatan. 
2.   Semasa menerima surat amalan. Adakah dengan tangan kanan  atau tangan kiri. 
3. Semasa meniti titian'sirat'. Adakah ia akan jatuh ke dalam api neraka atau tidak.
Maka guru yang mengajar ilmu rahsia itu, adakah ia boleh berkata bahawa amalannya berat di sebelah kebaikan? 

Tentulah ia akan berkata bahawa ia tidak tahu hal dirinya sendiri. Sedangkan hal dirinya sendiri pun ia tidak tahu, apakah ia boleh tahu sama ada masuk neraka atau syurga ketika amalannya ditimbang. Maka bagaimanakah ia hendak mensyafaatkan orang lain memasuki syurga.?

Oleh itu, nampaklah kita bahawa akuan guru ilmu sesat itu adalah semata-mata dusta. Andainya kita bertanya guru itu, adakah engkau tahu nasib diri engkau sendiri pada waktu menerima surat amalan, sama ada dengan tangan kiri atau tangan kanan? Tentulah ia menjawab tidak tahu. Kalau itu pun ia tidak tahu sama ada dia itu ahli neraka atau syurga maka bagaimanakah pula dia hendak mensyafaatkan orang lain! Hakikat ini  memperlihatkan kepada kita terhadap akuan dusta guru agama rahsia itu. Jika kita tanya guru itu bagaimanakah dia  semasa meniti titian yang panjang itu kelak, adakah dia tahu hal dirinya sendiri sama ada akan jatuh ke dalam api neraka atau tidak?
Inipun dia tidak mengetahui sama sekali  mengenai hal dirinya sendiri, maka bagaimanakah dia hendak mensyafaatkan orang lain?

Adapun syafaat Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya adalah dengan izin Allah Taala. Begitu juga syafaat orang-orang mukmin, mengikut kadar martabat kemuliaan mereka di sisi Allah Taala dan bukan menurut kehendak dirinya sendiri.
Bagi orang yang berpegang kepada agama sesat, mereka itu tidak ada apa-apa kemuliaannya di sisi Allah, bukan sahaja tidak dapat menolong orang lain bahkan diri sendiri pun tidak terlepas daripada api neraka.

Dari Al-Hasan diriwayatkan:  

     وروى الحسن
"ان رسول الله صلى الله عليه وسلم كان رأسه في حجرعائشة رضي الله عنها فنعس فذكرت الآخرة فبكت حتى سال دمعها فنقط على خد رسول الله صلى الله عليه وسلم فانتبه فقال ما يبكيك يا عائشة؟ قالت ذكرت الآخرة هل تذكرون أهليكم يوم القيامة قال: والذي نفسي بيده في ثلاث مواطن فإن أحدا لا يذكر إلا نفسه: أذا وضعت الموازين ووزنت الأعمال حتى ينظر ابن آدم ايخف ميزانه أم يثقل ، وعند الصحف حتى ينظر أبيمينه يأخذ كتابه أو بشماله وعند الصراط ".
              Maksudnya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w adalah kepalanya di riba Aisyah r.a, maka ketika ia (Aisyah) mengantuk, teringat hal akhirat lalu ia menangis hingga mengalir air matanya, maka menitiklah di atas pipi Rasulullah s.a.w lalu ia terjaga, sabdanya: 'Apakah menyebabkan engkau menangis wahai Aisyah?'. Katanya: 'Aku ingatkan hal akhirat, adakah engkau ingatkan ahli engkau pada hari kiamat?'. 
Sabdanya: 'Demi yang diriku di bawah Qudrat-Nya, (ada) pada tiga tempat, maka sesungguhnya seseorang itu tidak (akan) teringat melainkan dirinya sendiri iaitu apabila diletakkan segala penimbangan dan ditimbang segala amalan sehingga anak Adam (manusia) melihat(nya), adakah timbangannya (amalan kebaikannya) ringan ataupun berat dan pada ketika (dibentangkan) surat amalan sehingga ia melihat(nya), adakah dengan tangan kanannya ia mengambil surat amalannya itu atau dengan tangan kirinya dan pada ketika ia meniti.
Dan dari Anas:
"يؤتى بإبن آدم يوم القيامة حتى يوقف بين كفتي الميزان ويوكل به ملك فإن ثقل ميزانه نادى الملك بصوت يسمع الخلائق سعد فلان سعادة لا يشقى بعدها أبدا وعند خفة الحسنات تقبل الزبانية وبأيديهم مقامع من حديد عليهم ثياب من نار فيأخذون نصيب النار الى النار"
                  Maksudnya :
“Dibawakan anak Adam pada hari kiamat hingga diberhentikan dia di antara dua daun neraca penimbang, dan dia diwakilkan dengannya seorang malaikat maka jika berat timbangannya, malaikat itu, dengan suara yang (boleh) didengari semua makhluk melaungkan: 'Telah berbahagialah si polan, suatu kebahagiaan yang tidak ada kecelakaan kemudiannya untuk selama-lamanya'. Dan pada ketika ringannya timbangan kebajikannya datanglah kepadanya Malaikat Zabaniyah dan di tangan mereka pemukul-pemukul daripada besi, di atas mereka pakaian daripada api neraka, lalu mereka mengambil orang yang menjadi habuan api neraka kepada api neraka.”
Penerangan  ini harus dibacakan kepada guru agama sesat.
Adakah ia (guru agama sesat) percaya perkhabaran daripada Rasulullah s.a.w ini atau tidak?

Jika ia tidak percaya, maka ia bukanlah seorang mukmin. Jika ia percaya, maka ia tidak akan berani berkata bahawa ia boleh mensyafa'atkan murid-muridnya, pada hal ia sendiri tidak tahu nasibnya sendiri, adakah daripada ahli neraka atau tidak. Bolehkah ia menjamin dirinya bahawa kebaikannya tetap berat bila ditimbang dan surat amalannya diterima dengan tangan kanan dan tidak akan terjatuh ke dalam api neraka ketika meniti?.

Jika kita ditanya:

         1.        Bagaimanakah agama Islam itu bermula?

       2.      Ketika kuffar Quraisy sedang menyembah berhala, apakah yang mula-mula diserukan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada mereka?
 3.   Apakah kita kata jika ada kaum mengatakan: Kita hendaklah belajar sifat 20 terlebih dahulu dan mengatakan apa dalil Tuhan itu ada?
 4.         Ada satu kaum mengatakan: kita hendaklah belajar “Ilmu Mengenal Diri” lebih dahulu dan mengkaji kejadian Adam Alaihisalam.
 5.         Ada juga kaum mengatakan: kita hendaklah belajar “Ilmu Tariqat” terlebih dahulu.
 6.       Terdapat juga golongan yang mengatakan: Perlunya dikaji bab roh pada firman Allah Taala (surah S’ad, ayat 72):
     "... وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي ...." 
                             dan pada firman Allah Taala dalam surah Al-A’raf ayat   172):
                      "... أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى ..."
   7.         Dan kata satu kaum: Hendaklah dikaji “awal makhluk itu Nur Muhammad” dan Nur Muhammad itu daripada zat Tuhan. Dan lain-lain lagi.
Sebenarnya golongan-golongan yang tersebut itu tadi kesemuanya adalah berpegang kepada agama rekaan, samalah seperti penyembah matahari. Barang yang disembah pastinya dipuji dan dipuja. Begitulah juga halnya dengan penyembah api akan memuji api, penyembah roh akan memuji roh.

Oleh itu, kita hendaklah sebutkan kepada mereka bahawa itulah punca berlakunya agama sesat di serata dunia ini.

Dalam perkara ini, kita kembali kepada permulaan wahyu. Maka mula-mula ayat al-Quran diturunkan oleh Allah Taala ialah  surah 
  سورة العلق  Al-'Alaq :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5
                   Maksudnya :
“Bacalah dengan nama Tuhan kamu Yang Dia telah menjadikan.(1) 
Yang telah menjadikan manusia dari a’laq (segumpal darah). (2)
Bacalah dan Tuhan kamulah Yang Maha Mulia. (3)
Yang telah mengajar (manusia) dengan kalam. (4)
Yang telah mengajar manusia apa yang ia tidak tahu.” (5)
Kemudiannya, terputus wahyu selama empat puluh hari. Selepas itu barulah Allah Taala turunkan kembali al-Quran pada Firman-Nya dalam surah سورة المدّثر al-Muddathir, ayat 1- 7:   
  يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7) 
                        Maksudnya :
"Wahai orang yang berkemul. (1)
Bangunlah maka kamu hendaklah memberi peringatan. (2) 
Dan Tuhanmu maka kamu hendaklah agungkan. (3) 
Dan pakaianmu maka kamu hendaklah bersihkan. (4) 
Dan dosa/berhala maka kamu hendaklah tinggalkan.(5) 
Dan janganlah kamu memberi untuk mendapatkan imbalan yang lebih banyak. (6)
Dan untuk Tuahanmu maka hendaklah kamu bersabar.”(7)
Perlu diingatkan bahawa ayat-ayat al-Quranini adalah kalam Allah Taala kepada Nabi Muhammad s.a.w yang disampaikan melalui malaikat Jibrael Alaihisalam.Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan menjadi Rasulullah (Pesuruh Allah) bagi menyampaikan kalam Allah Taala kepada umatnya sebagaimana juga Allah Taala letakkan malaikat Jibrael A.S menjadi Rasul pesuruh-Nya bagi menyampaikan kalam Allah Taala kepada Rasul-Rasul-Nya Alaihimussalam ().

Oleh itu, setiap orang yang memeluk agama Islam wajiblah ia mengucap dua kalimah syahadah:
  "أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله" 

atas asas iktikad bahawa ayat-ayat al-Quran ini ialah kalam Allah Taala dan sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu ialah Rasulullah (Pesuruh Allah) bagi menyampaikan kalam Allah Taala kepada sekalian umatnya.

Adapun Khadijah r.a dan Ali bin Abi Talib r.a. dan lain-lain ahli rumah Nabi Muhammad s.a.w terkena mengucap dua kalimah syahadat at-Tauhid dan syahadat ar-Rasul ini. Begitu juga dengan Abu Bakar Assiddiq r.a, Umar r.a, Uthman r.a dan lainnya terkena mengucap dua kalimah syahadat at-tauhid dan syahadat ar-Rasul ini, demikianlah sahabat-sahabat yang lain, bahkan kita sekarang ini juga tidak ada perbezaannya di antara yang dahulu dan yang kemudian atas asas ini.

Adapun orang-orang seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Al-A’s bin Wa-el dan seumpamanya, mereka itu bukan sahaja tidak mahu mengucapkan dua kalimah syahadat at-tauhid dan syahadat ar-Rasul ini atas asas beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya pada ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah Taala ini bahkan mereka itu (orang-orang kuffar Quraisy) menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat yang menuturkan dua kalimah syahadat at-tauhid dan syahadat ar-Rasul ini.

Lihatlah betapa elok makna ayat-ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah Taala pada Firman-Nya:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5
                     [Surah  سورة العلق  al-'Alaq : 1-5] 

dan ayat al-Quran :
يَاأَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ
فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ  
فَاصْبِرْ (7)
                     [Surah  سورة المدّثر al-Muddatstsir : 1-7]

Pada ayat:  "وربك الأكرم", dan makna "وربك فكبر".  Sila baca Asma’ Allah Al-Husna di akhir kitab ini yang disertakan dengan maknanya sekali, semoga kita dapat memahaminya akan sejauh manakah tingginya kemuliaan Allah, kesempurnaan-Nya, kebesaran-Nya dan ketinggian martabat-Nya. Adalah amat perlu kita mengambil tahu sejauh manakah kemuliaan Jibriael A.S. di sisi Allah dan taqwanya. Seterusnya pula akan nampaklah kita sejauh manakah kemuliaan agama Islam.

Sementara itu, puak agama kufur dan sesat pula membuat rekaan dalam agama Islam sehinggalah pada lapaz dua kalimah syahadat at-Tauhid dan syahadat ar-Rasul diubah mengikut selera mereka sendiri.
Justeru, hendaklah diberikan kepada kanak-kanak kita ajaran pada bab permulaan wahyu dan bab “A’udul Wahyu” (عود الوحي) iaitu kembalinya turun wahyu dan bab kemuliaan Jibrael a.s di sisi Allah dan bab kemuliaan adab Nabi Muhammad s.a.w sebelum dibangkitkan menjadi Rasul.

Anak-anak itu perlu didedah dan diberikan pelajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat memahami bagaimana tipu daya puak yang memusuhi agama Islam meminda agama Islam.

Jika kita ditanya bagaimanakah iktiqad kita mengenai Al-Imam Al-Mahdi dan terdapat beberapa Hadis Rasulullah s.a.w. yang menerangkan kemunculan Al-Imam Al-Mahdi?

Ramai di antara kita tentu berasa ragu-ragu dan waswas, adakah sah atau terbatalnya iman orang-orang sekarang ini ataupun kena tunggu dahulu sehingga kedatangan Al-Iman Al-Mahdi, maka baharulah kita tahu sama ada iktiqad kita ini sah atau batal.

Mahukah orang sekarang ini merasa ragu-ragu terhadap perkara ini?

Bagi mencerahkan permasalahan ini elok kita suakan pertanyaan  : 
"Apakah mazhab Al-Imam Al-Mahdi ini, adakah ia  daripada empat mazhab Ahli Sunnah yang masyhur itu ?"
Jika jawapan yang diberikan ialah ia bermazhab Imam Syafi'e; maka sesungguhnya Imam Syafi'e itu adalah lebih alim daripadanya (Al-Imam Al-Mahdi ). Demikian juga  jika ia bermazab Hanafi; maka Imam Hanafi itu adalah lebih alim daripadanya, begitu juga dengan Imam-imam Mazhab Ahli Sunnah wl Jamaah yang lainnya.

Jika jawapan yang diberikan ialah Al-Imam Al-Mahdi itu  di luar mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat, bagaimanakah hendak berbuat ibadat?

Sedangkan pada tiap-tiap ibadat itu ada sah dan batalnya dan ada syarat-syaratnya tertentu yang ditetapkan oleh hukum syarak. Maka jika ia di luar dari mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat, maka batallah mazhab-mazhab yang lainnya. 

Seterusnya kita suakan pertanyaan: 
"Adakah Imam Mahdi itu salah seorang Wali Allah?
Setelah wafatnya, Nabi Muhammad s.a.w, Allah Taala adakan Aulia Allah sebagai Autad al-Ardh (اوتاد الارض)  yang berjumlah seramai antara tiga puluh atau empat puluh orang.   Apabila meninggal dunia salah seorang daripada mereka maka adalah penggantinya.  Ketua Aulia Allah itu ialah Al-Khidzir Alaihisalam.

Maka bagaimanakah kedudukan dan martabat Al-Imam Al-Mahdi?

Jika ia adalah salah seorang daripada Aulia Allah tersebut, maka ramai lagi Aulia Allah yang lainnya.  Jika dia dikatakan sebagai 'ketua' Aulia Allah maka Al-Khidhir a.s. adalah ketua Aulia Allah.

Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. darjat kemuliaan manusia di sisi Allah ialah Abu Bakar As-Siddiq, kemudian Umar al-Khatab, kemudian Uthman al-Affan dan Ali Bin Abi Talib Radhiyallu'anhu  (رضي الله عنهم).
Jika sekiranya Sayidina Ali bin Abi Talib   hendak mentafsirkan surah al-Fatihah, maka jumlah kitab-kitab (pentafsirannya) boleh ditanggung tujuh puluh (70) ekor keldai.

Oleh itu, apakah martabat kemuliaan Al-Imam Al-Mahdi dan apakah seruannya pada agama Islam?

Maka jika dikatakan Imam Mahdi itu namanya Muhamad bin Abdullah, datuknya serupa dan anaknya serupa dengan anak-anak Nabi Muhammad s.a.w dan akan bangkit berkhutbah di Masjid Al-Haram, Makkah maka ini adalah ternyata dustanya. Andainya orang itu, namanya Muhammad bin Abdullah dan anaknya serupa dengan anak-anak Nabi Muhammad s.a.w maka pegangan ini adalah sama sahaja dengan iktiqad orang-orang kafirin. Kepercayaan ini memberi erti bahawa bahawa roh Nabi Muhammad s.a.w itu  masuk ke dalam badan orang itu, baharulah namanya serupa, bapanya serupa dan anak-anaknya pun serupa. Iktikad yang sedemikian itu adalah sama sahaja apa yang disebutkan di dalam kitab AD-DURRUN-NAFIS (الدر النفيس)
Kitab “AD-DURRUN-NAFIS adalah kitab sesat pada agama, menuduhkan bahawa semua barang yang ada adalah daripada Nur Muhammad dan  Nur Muhammad itu adalah daripada zat Allah.
Dalam bab ini, kita jangan sekali-kali mengambil ringan dan hendaklah benar-benar mengambil faham bahawa “MASA”dan “TEMPAT” itu ialah makhluk Allah.
Sebelum Allah Taala mengadakan masa dan tempat, termasuklah arasy, kursi, dan segala lapisan langit dan bumi, Nur Muhammad dan lain-lain lagi, maka hanya Allah Taala sahaja yang ada. Maka Zat Allah tiada menyamai segala zat-zat makhluk. Zat Allah tiada berjuzuk tetapi zat makhluk berjuzuk.
Daripada sini pun kita boleh dilihat dengan jelas  kesesatan kitab AD-DURRUN-NAFIS (الدر النفيس ). 

Puak ahli AD-DURRUN-NAFIS (الدر النفيس ) terpaksa beriktiqad bahawa alam ini adalah daripada Zat Allah. Justeru apabila Zat Allah itu Qadim maka alam ini pun Qadim juga. Puak ini juga terpaksa mengaku bahawa semua yang ada ini adalah Allah Taala belaka dan adanya sekalian makhluk hanya bersifat majazi sahaja.

[ Lihat  : 
   i.   Asma' Ullah Al-Husna أسماء  الله الحسنى  
  ii.  Allah Berkata-Kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim
iii.  Tipu Daya Syaitan Iblis Bhg 2 
iv.   Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w.
v.  Fatwa Mufti Johor Mengenai Kitab-kitab Sesat (1948 ) ]  


***********************************

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ  
                              Maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkan-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 
         [ Al-Quran surah  سورة النور‎‎ An-Nuur: 21] 
    **********************************
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
"Antara lima (5) kesusahan orang mukmin itu ialah : Orang mukmin (awam) menghasadnya, orang munafiq memarahinya, orang kafir memeranginya, syaitan menyesatkannya dan hawa nafsu membantahinya."
                            ***********************************

                                Ilustrasi Masjid Nabawi di Kota Madinah Sekitar Kurun ke-17-18
“Tidak ada satu negeri pun, melainkan semua diinjak oleh Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Semua jalan yang menuju ke sana dijaga oleh para malaikat dengan berbaris. Maka berhentilah Dajjal di sebuah kebun (di pinggir kota Madinah). Madinah bergoncang tiga kali. Lalu keluarlah semua orang kafir dan munafik dari kota Madinah menemui Dajjal.” [Maksud HR. Al-Bukhari  dan Muslim ]

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...