Jumaat, 10 Ogos 2012

Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin (تَرْبِيَّـةُ فِـكْرِ الطِّـفْـلِ لِفَـهْمِ عُـلُــومِ الدِّيـــْنِ)




                   بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم                  
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
 أَمَّا بَعْـدُ

Kitab ini dinamakan:

تَرْبِيَّـةُ فِـكْرِ الطِّـفْـلِ لِفَـهْمِ عُـلُــومِ الدِّيـــْنِ


(Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin)

iaitu melatih pemikiran kanak-kanak bagi memahami ilmu pengetahuan agama Islam.

Oleh kerana pencapaian akal fikiran kanak-kanak itu masih terhad dan terlalu sempit, maka sukar untuk diberikan pemahaman dalam sebarang apa juga pelajaran di peringkat awalnya, lebih-lebih lagi pelajaran agama Islam. Maka amatlah mustahak, akal fikiran mereka itu dibentuk dan dipimpin mengikut sukatan yang berpatutan dan berpadanan dengan keadaannya. Tujuannya supaya dapat dibukakan baginya "pintu masuk", daripada satu pintu ke satu pintu yang lain sehinggalah teringin hatinya pula mara menuju ke satu pintu yang lebih jauh. Begitulah seterusnya sehingga mereka dapat menembusi beberapa pintu lainnya tanpa banyak kesukaran.

Mungkin dengan itu, tidaklah mereka berasa jemu hendak belajar agama Islam, seterusnya dapat disematkan di hati. Apa yang diharapkan ialah semoga kanak-kanak itu bertambah baik adab akhlak kesopanannya dan bertambah pula takutnya kepada Allah untuk menjadi seorang manusia yang berguna.
Andainya kanak-kanak itu mendengar perkhabaran adanya ular berbisa di dalam rumah dan dia dilarang masuk, tentulah kanak-kanak itu mempercayainya tanpa perlu dicuba untuk masuk ke dalam rumah itu. Walaupun diberi upah dia tidak akan mahu menerimanya, bahkan semakin banyak upah yang ditawarkan, semakin kuatlah dia berjaga dirinya dari terkena bahaya ular itu.

Bagi kanak-kanak yang kurang cerdik atau belum mengerti makna bahaya pagutan ular berbisa itu, dia akan memberanikan dirinya untuk cuba mencuri-curi masuk ke dalam rumah tersebut walaupun dilarang dan diberi ingatan terlebih dahulu supaya tidak terperangkap dengan bahaya ular itu. Namun oleh sebab apabila diupah dengan beberapa biji buah pisang, dia pun terus memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah itu bagi kepentingan orang lain. Dia terlupa atau tidak memahami akan bahaya ular berbisa itu, kerana teringatkan kesedapan rasa buah pisang di mulut dan kecantikan rupa pada pemandangan matanya ketika itu. Dia terlupa akan kebenaran perkhabaran orang yang memperingatkan  itu tadi. 

Apbila terkena pagutan dan terasa sakit, baharulah dia sedar nilai kebenaran itu dan nampak pula bagaimana kadar kasih sayang orang yang menyampaikan perkhabaran itu kepadanya. Betapa eloknya jika ia mengekalkan ingatan dan mengikuti perkara benar yang dikhbarkan oleh orang yang benar itu tadi. Malangnya kekesalan itu tidak memberi guna lagi kerana telah terlepas dari masa yang sepatutnya dikesalkan.

Dari sini nampaklah kita dengan jelasnya bahawa akal fikiran kanak-kanak itu perlu diberi faham dalam sesuatu perkara penting itu. Adalah amat perlu diberikan kepada dia penjelasan yang jelas, lebih-lebih lagi dalam perkara yang bersangkutan dengan agama Islam dalam bahagian iktiqad dan iman. Dirasakan amat mustahaknya, kanak-kanak itu diberikan keterangan lanjut yang mudah-mudahan boleh membuka minda mereka untuk memahami perkara azab kubur dan kesenangannya.

AZAB KUBUR dan KESENANGANNYA


Adanya azab kubur dan kesenangannya itu hanya dapat difahami dan dipercayai oleh orang-orang yang beriman dengan keimanan yang hak sahaja. Adalah sangat sukar bagi orang yang tidak beriman (kafir) mempercayainya. Lantas mereka mengingkarinya.
Ada beberapa sebab yang memudahkan fahaman bagi satu pihak dan sebab-sebab yang menyukarkan fahamannya bagi satu pihak yang lain.

Di antaranya ialah "Perbezaan" antara tubuh manusia dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Terdapat perbezaan ketara yang begitu jauh antara bahagian tubuh manusia dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Bagi bahagian badan haiwan dan pokok,  apabila mati habislah segala badannya,  reput dan hancur dan kembali semula menjadi tanah.

Keadaan hidup haiwan, samalah juga seperti keadaan tumbuh-tumbuhan itu juga. Apa yang membezakan di antara keduanya  ialah tumbuh-tumbuhan itu hidup dengan perantaraan akar yang diserapi seluruh batang, daun dan suku-sukunya itu oleh air, udara dan baja. Sementara haiwan pula hidup dengan perantaraan yang diserapi suluruh badannya itu oleh kekuatan darah, berpunca asal terbitannya daripada jantung hatinya.

Cahaya kekuatan darah itu pula, berfungsi untuk memberi tenaga bagi mencerna, menggerak dan menguatkuasakan segala pancaindera yang lima. Darah itu samalah sahaja seperti keadaan minyak pelita, apabila ada minyak dan sumbu pelitanya, kemudian dilekatkan (dipasang/dinyalakan ) dengan api, maka hidup bernyalalah pelita itu dengan terangnya hingga boleh menerangi sesebuah rumah. Sekiranya minyak itu kotor, berkuranganlah terang cahaya pelita itu. Apabila minyaknya habis pula, maka padamlah cahaya api pelita itu.

Demikianlah keadaan kehidupan binatang, apabila darahnya menjadi  kurang bersih sahaja, terjejaslah keadaan kesihatannya. Apabila perjalanan darahnya tersekat/terhenti sama sekali, maka ia pun mati. Sekiranya sesekor binatang itu dibunuh, samalah seperti memadamkan api pelita itu pada ketika minyaknya masih banyak.

Menjaga perjalanan darah, kebersihan dan kekuatannya bagi memperbetulkan timbangannya adalah asal pangkal kira bicara yang ditumpukan oleh mana-mana ahli perubatan (doktor) memberikan tumpuan pemerhatiannya. Faktor-faktor yang lain adalah cabang dan maklumat tambahan kepadanya bagi membolehkannya membuat sesuatu keputusan untuk memberi rawatan yang selayaknya sama ada memberi ubat-ubatan yang bersesuaian atau melakukan pembedahan ataupun rawatan-rawatan lain mengikut kesesuaian dan keperluan.


BAHAGIAN BADAN MANUSIA


Manusia itu mempunyai dua bahagian badan yang berlainan. Bahagian badan yang berlainan itu adalah seperti yang diterangkan di bawah ini:-

Contoh:

Kita takdirkan sekarang ini, seorang bernama Osman telah tidur dengan nyenyaknya di hadapan mata kita. Semasa tidurnya selama setengah jam atau dalam tempoh masa tertentu, dia pun terjaga lalu menceritakan bahawa dia bermimpi pergi ke suatu tempat yang luas.
Pada tempat yang luas itu, terdapat suatu sungai yang luas, airnya deras mengalir, di tepi sungai yang luas itu terdapat padang yang luas, di tepi padang itu pula terdapat hutan belentara, bukit-bukau dan gunung-ganang yang tinggi. Menurutnya, terdapat banyak binatang buas keluar daripada hutan yang besar itu, menuju ke padang tersebut. Ada pula beberapa ekor ular, merayap-rayap menjalar di tepi hutan itu. 

Semasa  berjalan, dia (Osman) ternampak seekor ular besar mengejarnya. Dia pun berlari dengan  sekuat tenaganya daripada kejaran ular itu tetapi kaki dan tangannya terasa lemah.  Dia  tidak bermaya lari lagi sehingga badannya dapat dibelit ular tersebut. Maka dia pun menjerit dengan sekuat-kuatnya meminta tolong. Akhirnya dalam ketakutan yang sudah tidak terkira lagi itu lalu dia pun terjaga daripada tidurnya.

Kita telah mendengar, bagaimana hal yang telah berlaku ke atas diri Osman. Dia meceritakan perihal terjumpanya tempat yang luas. Di situ, dia telah mengalami hal yang sedemikian rupa yang amat menakutkannya. Dalam mimpinya itu dia telah menjerit meminta tolong dengan sekuat-kuat suaranya. Pada hal, kita yang berhampiran dengannya tidak nampak pun dia itu bergerak dari tempat tidurnya ke tempat lain dan tidak kedengaran jeritan suaranya minta pertolongan. Demikian juga kita tidak nampak walau sedikitpun adanya tempat yang luas sebagaimana yang dia katakan di hadapan mata kita sekarang ini.

Dari sini, pada pengetahuan kita, nampaklah Osman itu mempunyai dua bahagian badan. Satu bahagian ialah badan yang kita nampak terbaring di tempat tidurnya itu dan satu bahagian lagi ialah bahagian badan yang berlari-lari dan menjerit-jerit minta tolong ketika ia dalam ketakutan dibelit ular tadi.

Bahagian badan Osman yang sedang terbaring pada tempat tidurnya di hadapan mata kita itu tadi ialah sejenis badan yang sangat munasabah dan bersepakaian (bersesuaian) dengan keadaan hidupnya yang ada sekarang ini iaitu hidupnya secara hidup di dunia dan apabila mati ia menjadi tanah. Bahagian badan ini sama saja hidupnya dengan hal keadaan hidup seekor binatang. 

Hidupnya itu tertumpu kepada kekuatan darah, berpunca daripada jantung hatinya yang menyerapi perjalanannya itu ke seluruh badan. Apabila terputus /terhenti sahaja perjalanan darahnya, maka matilah badan itu. Apabila dikebumikan jasad yang sudah mati itu, maka hancur binasalah ia dalam tanah perkuburan atau di mana sahaja ia berada dan kembalilah segala daging dan tulang belulangnya menjadi tanah kecuali  'ujbuz-zanab' (عجب الذنب).**
   
[** Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda : 
لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ
                Maksudnya :
“Tidak ada pada manusia itu melainkan kesemuanya akan hancur melainkan satu tulang yang dinamakan ‘Ujbu al-Zanab  (عَجْبُ الذَّنَبِ)dan daripadanya itu akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat”. (Riwayat al-Bukhari ) ]

Bahagian badan Osman yang satu lagi yang sedang menjerit, minta tolong kerana dibelit ular di tempat yang luas itu adalah bahagian yang lain. Bahagian badan ini adalah  sejenis badan yang keadaan hidupnya amatlah bersesuaian dan bersepakaian (selari) dengan tempat yang luas yang telah ditempuhi itu dan juga dengan tempat-tempat yang dilihatnya ketika berada dalam mampi. Bahagian ini tidak boleh mati pada bila-bila masa pun dan berkekalan hidup selama-lamanya. Ia akan mengenai salah satu daripada dua perkara, iaitu sama ada di dalam kesenangan atau pun di dalam kesusahan.

Dalam hal ini, ular yang membelit badan Osman itu adalah lain dari ular yang terdapat di dalam hutan yang ada di dalam alam nyata sekarang ini. Begitu juga dengan segala tanah, bukit-bukau, gunung-ganang, padang, sungai, hutan belentara di tempat Osman itu dibelit ular adalah lain dan tidak menyamai sama sekali dengan hal keadaan yang wujud di alam nyata di dunia ini.

Ular itu tidak dapat dibunuh dengan apa jua senjata yang ada di dalam dunia ini. Begitu juga kayu-kayannya yang ada di dalam hutan, tempat ular itu berada, tidak boleh ditebang dengan kapak atau dengan apa jua alat sekalipun.  Hutan itu tidak boleh dibakar dengan api yang ada sekarang ini. Apa jua tindakan yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan kerana berlainan jenis, tempat dan berlainan cara dan kaifiatnya. 

Begitulah juga dengan badan Osman yang kedua (ROH), tidaklah boleh menjadi hangus binasa dimakan api yang ada di dunia ini. Andainya badan (jasad )Osman yang sedang terbaring di atas tilam/tempat tidur itu dibakar hangus dengan api sekarang yang terdapat di dunia ini hingga menjadi debu sekalipun, namun bahagian badan Osman yang satu lagi itu masih kekal hidup seperti keadaan itu juga. Ia berkekalan hidup dan tidak mengalami mati pada bila-bila masa pun.

Oleh itu marilah kita bicarakan bahagian badan Osman yang kedua. Kita tinggalkan dahulu perkara bahagian badan zahir (jasad) Osman yang terletak di atas tilam itu dan kita tinggalkan juga perkara ujbuz-zunub (عجب الـذنـب).

Ada beberapa persoalan yang perlu kita bahaskan di sini, di antaranya:
 i. Adakah sekadar itu sahaja susah, dukacita dan takutnya apabila seseorang itu meninggal dunia?
 ii. Adakah tempat luas yang dilihat dalam mimpi ketika dalam tidur itu, ialah tempat yang dia akan berpindah untuk sementara sahaja apabila dia meninggal dunia?
Segala jawapan kepada persoalan-persoalan ini, terlebih dahulunya kita kena tahu bahawa “Alam Mimpi” itu lain dan “Alam Barzakhitu lain, sebagaimananya juga “Alam Dunia” ini lain iaitu dari segi keadaan dan kedudukannya.

Begitulah juga di antara Alam Barzakh dengan “Alam Dunia” dan “Alam Mimpi”, malahan lebih jauh dari apa yang dapat difikir dan disangka-sangkakan oleh kita semua.
“Alam Dunia” ini telah pun kita saksikan sekarang ini dengan mata kepala kita.
Alam Mimpi” ketika tidur juga sudah  dilalui, rasai dan alami oleh setiap diri kita.  
NamunAlam Barzakh”, tempat perpindahan sekelian roh orang-orang yang mati, tidak boleh dirasai sebelum kita mati, tidak boleh dicuba atau diuji-kaji secara ilmu duniawi kerana "Alam Barzakh" itu adalah suatu perkara yang bersangkutan dengan soal keimanan. Maka kita hendaklah menaruh keyakinan dan mempercayai sepenuhya secara mutlak kepada sebarang apa jua yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan perkara Alam Barzakh”.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Akhir Kalam Setiap Orang Hamba-Nya

Kita tidak boleh masuk ke "Alam Barzakh" melainkan setelah kita menanggungi rasa kesakitan dan kepedihan ketika kita hendak mati berhadapan dengan Sakaratul-maut.
Semasa dalam dunia ini, badan kedua Osman (badan yang dibelit ular dalam mimpi itu) berada di dalam badan bahagian pertama Osman. Maka hiduplah ia dengan menggunakan badan Osman dan segala perkakas dan organ-organ anggota badannya untuk keperluan dan kepentingan hidup secara di dunia.  

Apabila badan bahagian pertama itu tidur maka badan bahagian kedua itu berada di dalam “Alam Mimpi” yang luas itu. Maka segala jenis usaha hati dan anggota badannya, semasa waktu jaganya itu, baik atau jahatnya pada timbangan hukuman Allah Taala terbentanglah "Roh-Roh Maknawi" (روح-روح معنوي) atau "Roh-Roh Pada Makna" (pengertiannya) iaitu rupa-rupa makna roh bagi tiap-tiap jenis perbuatan yang diusaha atau dihasilkan oleh hati dan anggota badannya sewaktu jaganya itu.

Jika perbuatan itu baik pada timbangan hukuman Allah Taala, baiklah perkara "rupa makna" yang dikembalikan balik ke atas dirinya, menyeronokkan hati dan menyenangkan dia di atas hal itu. Kesimpulannya, jika pekerjaannya itu baik maka baiklah tempat kedudukannya. Jika sebaliknya pula yang berlaku, maka buruklah tempat kedudukannya.

Sementara ia berada di dalam dunia ini maka segala kesakitan dan penderitaan yang dirasainya itu sangatlah berat dan mendukacitakan. Begitu juga halnya dengan segala kesenangan dan kemewahan hidup di dalam dunia ini ia akan merasai sangat berlebihan dan sangat besar rasa sukacitanya itu.

Demikianlah hal keadaan hidupnya di dunia ini dari segi susah dan senangnya. Apa yang dialaminya pada "Alam Mimpi" itu, hanyalah semata-mata untuk memperlihat dan membentangkan segala rupa makna roh bagi setiap jenis perbuatan yang telah diusahakan oleh hati dan anggota-anggota badan sewaktu jaganya itu sahaja.

Maka apa jua yang didapatinya di dalam "Alam Mimpi" itu adalah ringan belaka, kesemua halnya itu lebih ringan daripada apa yang dialaminya di dalam dunia ini, hingga tidak terhingga beberapa kali ganda ringannya, sama ada pada susahnya mahupun senangnya.

Akan tetapi apabila ia meninggal dunia maka berubahlah segala hal badan bahagian yang kedua itu kepada satu hal yang sehabis-habis dahsyat dan ngeri, melibihi apa jua yang kita sangkakan atau bayangkan di dunia ini. Pada ketika itu segala jenis "Roh Maknawi" iaitu rupa makna bagi setiap jenis perbuatan yang diusahakan oleh hati dan anggota-anggota badan melalui perantaraan badan bahagian pertama (semasa hidupnya di dalam dunia) telah berubah kepada sedahsyat-dahsyat halnya, tidak ada bandingannya dengan segala apa yang terdapat di dunia ini. Segala perkara yang amat dahsyat itu mula berlaku ke atas badan bahagian yang kedua ketika Sakaratul-maut (sakit ketika hendak mati) iaitu semasa keluarnya badan bahagian kedua itu dari badan bahagian pertama.

Sesetengah orang menaruh sangkaan bahawa mati itu adalah berakhirnya riwayat seseorang itu dengan segala daging dan tulang reput menjadi tanah, tidak ada apa-apa azab atau kesenangannya selepas mati. Sangkaan ini berpunca dari kejahilannya mengenai 'ROH' iaitu bahagian badan yang kedua.  Akal fikirannya hanya memikir dan memahami kepada hal bahagian badan yang pertama itu sahaja. Oleh itu, berkeraslah hatinya untuk tidak mempercayai segala apa yang telah disampai dan dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan balasan azab kubur dan kesenangannya.

Sebagai contoh, bila dikatakan Osman itu lari dikejar ular di dalam tidurnya, sudah pastinya dia tidak akan dapat memahaminya (menurut hukuman pendapatan mata kepala, berdasarkan kepada apa yang telah dilihat oleh matanya itu). Pada alam dunia yang nyata tidak wujud sama sekali ular mengejarnya! Pada zahirnya Osman tidak berlari tetapi sedang nyenyak tidur di hadapan mata orang yang tidak tidur dan sedang menyaksikannya. 

Akhirnya, dengan pertimbangan pendapatan pandangan mata, dia akan berani berkata: 
"Mana ada azab kubur dan kesenangannya. Yang ada dalam kubur itu hanya tanah pejal sahaja. Di mana boleh ada Osman! Osman sudah tidak ada lagi, hancur dimakan bumi."

Demikianlah bunyi kata-kata hujah dan alasannya, disebabkan kesingkatan fahamannya itu tadi dan kebekuan otaknya untuk berfikir lebih jauh daripada had sempadan pendapatan pandangan mata kepalanya. Ertinya dia lebih suka menuruti dan mempercayai pendapat fikirannya sendiri dari mempercayai kebenaran yang sahih terhadap perkhabaran Rasulullah s.a.w..

Andainya ia mahu memandang lebih jauh dari apa yang disangkakan oleh hatinya itu, dia harus terlebih dahulu mengetepikan pegangannya kepada hukuman pendapatan pandangan mata kepalanya, tidak menumpu atau memusatkan pandangannya kepada badan bahagian pertama Osman itu sahaja.

Dengan itu mudahlah ia memahaminya akan hal yang sedemikian itu apabila diberikan keterangan dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.
Apabila dia dapat memahami maksudnya dengan lebih jauh maka dia tidak lagi menghukumkan sesuatu perkara itu dengan semata-mata hukuman pendapatan pandangan mata kepalanya sahaja. Jika ini dapat diatasi sepenuhnya, tentu dia akan faham erti adanya azab dan kesenangan yang bakal diterima oleh badan Osman yang kedua itu di sana, melebihi dari apa yang boleh didapati oleh pandangan mata kepalanya sekarang ini. Setelah ia memahami akan adanya azab dan kesenagannya itu mudahlah dia faham seterusnya akan sebarang apa sahaja yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan azab kubur dan kesenangannya .
Maka dengan adanya tingkatan kefahaman ini, berasalah di hatinya bahawa perkhabaran Rasulullah s.a.w. itu adalah benar belaka tanpa sebarang keraguan , was-was atau syak wasangka. 

Setelah itu kita bicarakan pula bagaimana badan Osman bahagian kedua itu keluar daripada badan bahagian pertama dan masuk ke "Alam Barzakh".
Maka awal perkaranya itu ialah rasa sakit ketika mati, disusuli pula dengan beberapa perkara lain yang kesemuanya itu amatlah dahsyat, menggerunkan dan mengerikan, melebihi dari apa yang dapat kita fahami dan perkatakan kadar sakit dan susahnya.

[Lihat :  Masalah Roh ] 

PENERANGAN MENGENAI HAL SAKARATUL-MAUT  

                           (سكرات الموت) 

SAKARATUL-MAUT (سكرات الموت) 

Sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Imam A-Ghazali Rahimahullah (رحمه الله) bahawa jika sekiranya tidak dikenakan sebarang azab kemudian daripada matinya itu selain daripada mengenai sakit Sakaratul-maut nescaya memadainya.

Dengan kesakitannya itu sahaja boleh menyempitkan rasa kehidupannya di dunia ini, menghilangkan rasa segala sukacitanya, menceraikan ingatan rasa lupa dan lalainya daripada mengingati mati, berasa patut memanjangkan fikir di atas hal ini dan mengutamakan perkara-perkara amalan yang berkebajikan untuk persediaan dirinya supaya segala pahala amalan kebajikan yang dilakukannya itu akan dapat diterimanya kemudian daripada matinya. Tiap-tiap yang hidup itu tidak terlepas daripada merasai mati.

Rasa kepedihan sakit ketika mati itu tidak dapat diketahui kadar had perenggan yang sebenarnya melainkan orang yang hendak mati itu sendiri yang lebih mengetahui kadar perenggan sakitnya. Kita tahu hanya dengan jalan kias  sahaja iaitu melalui segala kepedihan dan kesakitan lain yang telah kita rasai atau pun melalui dalil dengan segala ehwal manusia sewaktu keluarnya ROH itu dari badan.
Berpandukan kepada jalan kias, tiap-tiap anggota badan yang tidak ada baginya nyawa, tidaklah merasai apa-apa kesakitan. Jika pada anggota itu ada nyawa, berasalah sakitnya anggota itu. Ertinya, yang merasai sakit itu ialah nyawa. Apa jua barang di mana anggota yang bernyawa itu seperti terkena luka atau bakaran api maka rasa kesakitan luka atau bakaran api itu akan menyerapi hingga kepada nyawa. Sekadar mana ia menyerapi kepada nyawa itu maka sekadar itulah nyawa itu akan merasa sakitnya dan benda yang menyakiti itu berhemburan dan berselerak di seluruh daging, darah, saraf dan anggota badan.

Apa yang berlaku, kesemua rasa sakitnya tidak mengenai ROH melainkan hanya sedikit sahaja daripada bahagian rasa sakitnya yang mengenai ROH itu. Akan tetapi jika ROH itu sendiri yang mengenai sakitnya, bukan yang lainnya, maka tidaklah ada yang lebih besar, lebih dahsyat dan lebih mengerikan daripadanya itu. Ini adalah disebabkan kesakitan ketika mati itu benar-benar mengenai ROH itu sendiri dan bukan lagi anggota badan yang lain.

Maka berlakulah kesakitan itu sedahsyat-dahsyatnya, meliputi rasa sakitnya itu pada seluruh anggota badan iaitu badan bahagian kedua (ROH) dan juga suku-suku badannya itu sehingga tidak tertinggal daripada suku-suku badan yang kedua (ROH) atau terlepas dari mengenai rasa sakit itu ketika ROH itu keluar daripada badan yang pertama.

Bagaimanakah sakitnya jika satu urat badan sahaja dicabutkan dari badan? 
Tentulah sakit tetapi jika kesemua urat badan itu dicabut keluar dari tapak kaki, seluruh anggota badan hingga ke ubun-ubun kepala, tentulah kesakitannya itu berlipat-lipat kali ganda bahkan satu jari pun jika dikoyakkan dari isi dagingnya, itu pun sudah tidak tertahan lagi sakitnya.

Maka kesakitan ketika mati itu adalah lebih dahsyat dan lebih ngeri dari segala-galanya.
Sungguhpun begitu kuat dan dahsyatnya rasa kesakitan mati itu dan rasa dukacita yang ditanggunginya, tetapi pada ketika itu, segala anggota badan bahagian yang pertama itu menjadi lemah, tidak boleh bergerak atau menjerit, tak berdaya untuk bersuara dan terasalah di hatinya kalau-kalau dapat berehat dari kesakitan itu dengan minta tolong atau mengaduh kesakitan atau mengeluh. Ertinya bahagian badan yang pertama sudah tidak terdaya lagi berbuat yang demikian itu walaupun ada kekuatan pada badan bahagian yang kedua.

Ketika ROH sampai ke halkum maka terputuslah pemandangan mata kepalanya daripada dunia, ahli kelarganya, taubatnya tidak lagi diterima dan amat besarlah dukacita dan kekesesalannya ketika itu.
" قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ " تُـقْبَـلُ تَـوْبَةُ الْعَـبْـدِ مَالَمْ يُـغَرْغِرُ" 

Sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya:
“Diterima taubat seseorang hamba itu selagi tidak sampai ghargharah (غرغرة). Ketika itulah ia akan menemui Malakul-maut (ملك الموت).
Betapa pedihnya rasa kesakitan ketika mati itu hinggakan Nabi kita Muhammad s.a.w. pun telah memohon kepada Allah Taala supaya diringankan ke atasnya kesakitan ketika mati.
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَـقُـولُ : اَاـلَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيَّ سَكَرَاتِ الْمَوْت
Sabda Rasulullah s.a.w. yang kira-kira ertinya:
"Wahai Tuhanku, permudahkanlah ke atasku ini kesakitan Sakaratul-maut."
Demikianlah betapa dahsyat dan ngerinya kesakitan ketika mati itu. Akan tetapi manusia yang jahil tiada pun meminta supaya diringankan (Sakaratul-maut), tidak pula mengingatkan perkara Sakaratul-maut itu sebagai suatu perkara yang besar dan amat dahsyat.

Oleh kerana itulah betapa takutnya sekelian Anbia' Allah Alaihimussalam (عليهم السلام) dan para Aulia Allah itu dari Sakaratul-maut. Nabi Allah Isa a.s. menyeru sahabat-sahabatnya untuk dipohonkan kepada Allah Taala supaya 'diringankan' Sakaratul-maut ke atas dirinya:
قَالَ عِيْسَى عَلَيْهِ الْسَّلاَمُ "يَا مَعْشَرَ الْحَوَارِيِّـيـْن اُدْعُوْا اللهَ تَعَالَى اَنْ يُهَوِّنَ عَلَيَّ هَـذِهِ الْسَّكَرَاتِ يَـعْـنِيْ الْمَوْتُ فَـقَـدْ خِفْـتُ الْمَوْتَ مَخَـافَـةً أَوْقَـفَـنِي خَوْفِي مِنَ الْمَوْتِ عَلَي الْمَوْتِ "
                     Maksudnya :
"Sesungguhnya aku takutkan mati, sehingga ke tahap takutnya itu boleh membawa maut ke atas diriku."
Diriwayatkan daripada Al-Hasan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan perihal mati, kesusahan dan kepedihan Sakaratul-maut ialah :
وَعَنِ الْحَسَنِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ  ذَكَـرَ المَوْتَ وَغُصَّتَـهُ وَاَاَـمَهُ فَـقَـالَ هُوَ قَدْرُ ثَـلَـثَمِائَةٍ ضَرْبَةً بِالسَّيْفِ.
                       Maksudnya :
 “Kadar sakit ketika mati itu adalah sekadar tiga ratus
kali pukulan dengan pedang”.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam daripada bapanya, katanya: 
وَعَنْ زَيْدٍ بِنْ أَسْلَمَ عَنْ اَبِيْهِ قَالَ : اِذَا بَقِيَ عَلَى المُؤْمِنِ مِنْ دَرَجَاتِهِ شَـئٌ لَمْ يَـبْـلَغْـهَا بِعَمَلِهِ شُدِّدَ عَلَيْهِ الْمَوْتُ لِيَـبْـلُغَ بِسَكَرَاتِ المَوْتِ
وَكُرْبِهِ دَرَجَتَهُ فِي الْجَنَّةِ وَاِذَا كَانَ لِلْكَافِرِ مَعْرُوْفٌ لَمْ يُجْزَ بِهِ هُوِّنَ عَلَيْهِ فِيْ الْمَوْتِ لِيَسْتَكْمِلَ ثَوَابَ مَعْرُوْفِهِ فَيَصِيْرُ
         اِلَى اْلـنَّارِ
                  Maksudnya :
"Apabila ada tertinggal bagi orang mukmin itu pangkat ketinggiannya (iaitu sesuatu yang tidak tercapai melalui amalannya) nescaya dikuatkan ke atasnya kesakitan itu ketika mati supaya dapat ia mencapai pangkat-pangkat ketinggiannya itu di dalam syurga.
Jika ada bagi seseorang kafir itu kebaikan yang belum diberi ganjarannya itu nescaya 'diringankan'** ke atasnya kesakitan ketika mati, supaya tersumpurnanya balasan baiknya itu, kemudian dia dibawa masuk ke dalam api neraka."
**Peringatan : Maksud "diringankan" di sini ialah telah diringankan sedikit daripada keadaan yang sedahsyat-dahsyat hal Sakaratul-maut ke atas orang kafir. 
Diriwayatkan bahawa Nabi Allah Ibrahim a.s. tatkla ia wafat, Allah Taala telah berfirman kepadanya : 
"Bagaimanakah engkau dapati kematian (Sakaratul-maut) itu wahai kekasihku?"
Jawabnya : 
"Seperti sepotong besii, dibakar hangat-hangat diletakkan pada bulu kambing yang basah, kemudian ditarik."
:Maka Firman-Nya
وَرُوِي اَنَّ اِبْراهِيْمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ لَمَّا مَاتَ قَالَ اللهُ تَعَالَى كَيْفَ وَجَدْتَ الْمَوْتَ يَا خَلِيـْلِي قَالَ كَسَفُوْدٍ جُعِلَ فِي صُوْفٍ رَطْبٍ ثُـمَّ جُذِبَ فَقَالَ اَمَا انا قَدْ هَوَّنَا عَلَيْكَ . 
                         Maksudnya:
"Adakah tidak, itu Aku telah ringankan ke atas engkau." 
وَيُرْوَى لَوْ أَنَّ قَطْرَةً مِنْ أَلَـمِ المَوْتِ وُضِعَتْ عَلَى جِبَالِ الدُّنْـيَـا كُلِّهَا لَذَابَتْ.
                        Maksudnya:
"Sekiranya satu titik sahaja daripada kesakitan ketika mati itu diletakkan ke atas semua bukit dunia ini nescaya hancurlah bukit-bukit itu".
Daripada Mak-hul, diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: 
وَرُوِيَ عَنْ مَكْحُولٍ عَنِ النّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّـهُ قَالَ لَوْ أَنَّ شَعْرَةً مِنْ شَعْرِ الْمَيْتِ
وُضِعَتْ عَلَى أَهْلِ السَّماَوَات وَالْاَرْضِ لَمَاتُوْا بِـإذْنِ اللهِ تَعَالَى.
                     Maksudnya :
"Jikalau sekiranya satu pangkal bulu roma si mati itu diletakkan ke atas sekelian ahli langit dan bumi, nescaya matilah mereka itu dengan izin Allah Taala."
 Diriwayatkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata: 

وَرُوِي  عَنْهُ اَنَّـهُ قَـالَ وَجَدْتُ نَفْسِيْ كَشَاةٍ حَيَّـةٍ تُسْلَخُ بِـيَـدِ الْقَصَّابِ 
                         Maksudnya : 
"Aku dapati diriku ini seperti kambing yang masih hidup,disiatkan(dikoyakkan)kulitnya dengan tangan penyembelihnya."
Dan diriwayatkan daripada Nabi Kita Muhammad s.a.w. bahawa di sisinya itu ada satu kendi berisi air ketika sakit mati. Maka dimasukkan tangannya ke dalam air itu, kemudian ia menyapukan tangannya itu ke mukanya sambil berdo'a : 
وَرُوِىَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَنَّـهُ كَانَ عِنْـدَهُ
قَـدْحٌ مِنْ مَاءٍ عِنْـدَ المَوْتِ فَجَعَلَ يُدْخِلُ يَـدَهُ فِي المَاءِ ثُـمَّ
يَـمْسَـحُ بِهَا وَجْهَهُ وَيَقُوْلُ : الـلَّهُــمَّ هَوِّنْ عَلَيَّ سَكَرَاتِ
المَوْتِ وَفَاطِمَة رَضِيَ اللهُ عَنْـهَا تَـقُـولُ وَاْكَرْبَاه  لِكُرْبِكَ يَا 
اَبَتَاهْ وَهُوَ يَقُوْلُ لاَ كَرْبَ عَلَى اَبِيْكَ بَعْدَ اليَوْمِ.
                        Maksudnya :
"Wahai Tuhanku ringankanlah ke atasku kesakitan Sakaratul-maut. Pada ketika itu berkatalah Fatimah r.a.: Susahnya aku kerana kesusahan engkau wahai bapaku. Maka sabdanya: Tidak ada kesusahan di atas bapa engkau selepas hari ini.
Kata Aisyah r.a.
وَقالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا لاَ أَغْبِطُ أَحَدًا يُهَوَّنُ عَلَيْهِ المَوْتُ بَعْدَ الذَّيْ رَأَيْتُ مِنْ شِدَّةِ مَوْتِ رَسُولِ
اللهُصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم  
                        Maksudnya :
"Tidaklah aku iri hati ke atas sesiapa yang diringankan Sakaratul-maut  selepas apa yang telah aku saksikan betapa susahnya Sakaratul-maut Rasulullah s.a.w. itu."
Kata Umar r.a. kepada Ka'ab Al-Akhbar: 
وَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللهُ  لِكَعْبٍ الاَحْبَار يَا كَعْبُ حَـدِّثْـنَا عَنِ المَوْتِ فَقَالَ نَعَمْ يَا اَمِيْرَ المُؤْمِنِيْنَ اِنَّ المَوْتَ كَغُصْنٍ كَثِيرِ الشَّوكِ اُدْخِل فِي جَوْفِ رَجُلٍ وَاَخَذَتْ كُلُّ شَوْكَةٍ بِعِرْقٍ ثُـمَّ جَذَبَهُ رَجُلٌ شَدِيْدُ الجَذْبِ فَأَخَذَ  مَا أَخَذَ وَاَبْقَى مَا اَبْقَى.
                        Maksudnya :
"Wahai Ka’ab, ceritakan kepadaku tentang kesakitan Sakaratul-maut lalu ia berkata: Ya, Wahai Amirul-Mukminin. Katanya: Sakit ketika mati (sakaratul-maut) itu adalah seperti dahan kayu yang banyak durinya, dimasukkan ke dalam rongga seseorang itu, setiap duri itu mengambil satu urat, kemudiannya direntap dahan kayu itu oleh seorang lelaki dengan sekuat-kuatnya maka tercabutlah segala urat itu dan tinggallah apa yang tertinggal."
Apa yang diterangkan, telah pun berlaku ke atas orang-orang yang dikasihi Allah Taala di kalangan para aulia-Nya. Betapakah hal diri kita sekarang ini? Sudah tentu sangat banyak perkara maksiat yang telah kita lakukan. Perlu diingat bahawa bukan setakat Sakaratul-maut sahaja yang akan kita hadapi, tetapi akan diiringi beberapa kesusahan lainnya. Kita akan berhadapan dengan ketakutan betapa dahsyatnya ketika melihat rupa Malakul-maut itu.
Sekiranya dilihatkan rupa Malakul-maut ketika ia mengambil roh seseorang hamba Allah yang termasuk sebagai ahli maksiat nescaya tidak terdaya kita melihat rupanyanya.

Diriwayatkan daripada Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s., katanya kepada Malakul-maut :
مُشَاهَدةُ صُوْرَةِ مَلَـكِ المَوْتِ وَدُخُوْلُ الرَّوْعِ وَالخَوْفِ مِنْهُ عَلَى القَـلْبِ فَـلَوْ رَأَى صُوْرَتَهُ التَّيِ يَقْبِضُ عَلَيهَا رُوْحَ العَبْـدِ المُذْنِـبِ أَعْظَمُ الرِّجَالِ قُوَّةً لَمْ يُطِقْ رُؤْيَتَهُ فَقَدْ رُوِيَ عَنْ اِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السّلامُ اَنَّــهُ قَالَ لِمَلَكِ المَوْتِ هَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تُرِيَنِي صُوْرَتَكَ التِّي تَقْبِضُ عَلَيْهَا رُوْحَ الفَاجِرِ قَالَ لاَ تُطِيْقُ ذَلِكَ قَالَ بَلَى .قَالَ اَعْرِضْ عَنِّي فَاعْرَضَ عَنْهُ ثُـمَّ التَـفَـتَ فَاِذَا هُوَ بِرَجُلٍ أَسْوَدٍ قَائِم الشَّعرِ مُـنْـتِـنِ الرِّيْحِ اَسْوَدِ الثَّوبِ يَخْرُجُ مِنْ فِيْهِ وَمَنَاخِيْرِهِ لَهَبُ الـنَّـارِ وَالدُّخَانُ فَغَشِيَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ثُـمَّ اَفَاقَ وَقَدْ عَادَ مَلَكُ المَوتِ اِلَى صُوْرَتِهِ الاُوْلَى فَقَال يَا مَلَكَ المَوْتِ لَوْ لَمْ يَلْقَ الفَاجِرُ عِنْـدَ المَوتِ اِلاَّ صُوْرَةَ وَجْهِكَ لَــكَانَ حَسْبُهُ
  (احياء علوم الدين)  
:Maksudnya                  
 Adakah engkau boleh rupa engkau seketika engkau mengambil    roh orang (   الفَاجِرُ    )?  
 Jawabnya : Engkau tidak terdaya melihatnya yang demikian itu. Katanya :Bahkan. Maka kata Malakul-maut: Berpalinglah engkau daripada aku, lalu ia berpaling. Kemudian iapun menoleh semula, tiba-tiba seorang lelaki yang hitam dengan rambutnya yang berdiri, lubang hidungnya itu api yang bernyala-nyala dan berasap. Maka pengsanlah Nabi Allah Ibrahim a.s. Bila ia sedar semula dan Malakul-maut itu pun kembali balik kepada rupanya yang mula-mula tadi dan berkata Nabi Musa a.s. : Wahai Malakul-maut, jika orang yang berdosa itu tidak berjumpa ketika menghadapi sakaratul-maut melainkan rupa engkau, nescaya memadailah baginya
:Adalah diriwayatkan juga         
 قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَاِنَّهُ مُلَاقِيْكُمْ    فَقَدْ رَوَى عَكْرَمَة عَنْ اِبْنِ عَبَّاس اَنَّ اِبْرَاهِيْمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ رَجُلاً غَيُّوْرًا وَكَانَ لَهُ بَيْتٌ يَتَـعَـبـَّـدُ فِيْهِ فَاِذَا خَرَجَ أَغْلَقَهُ فَرَجَعَ ذَاتُ يَوْمٍ فَاِذَا بِرَجُلٍ فِي جَوْفِ الْبَيْـتِ فَقَالَ مَنْ أَدْخَلَكَ دَارِي فَقَالَ أَدْخَلْنِيْهَا رَبُّهَا فَقَالَ أَنَا رَبُّهَا فَقَالَ أَدْخَلْنِيهَا مَنْ هُوَ أَمْلَكُ بِهَا مِنِّي وَمِنْكَ فَقَالَ مَنْ أَنْتَ مِنَ المَلاَئِكةِ قَالَ اَنَا مَلَكُ المَوْتِ قَالَ هَلْ تَسْتَطِيْعُ أَنْ تُرِيَنَيْ الصُّوْرَةَ التِّي تَقْبِضُ فِيهَا رُوْحَ المُؤْمِنِ قَالَ نَعَمْ فَاعْرِضْ عَنِّي فَاعْرَضَ ثُـمَّ التَـفَـتَ فَاِذَا هُوَ بِشَابٍّ فَذَكَرَ مِنْ حُسْنِ وَجْهِهِ وَحُسْنِ ثِيَابِهِ وَطِيْبِ رِيْحِهِ فَقَالَ يَا مَلَكَ المَوْتِ لَوْ لَمْ يَلْقَ المُؤْمِنُ عِنْدَ المَوْتِ إِلاَّ صُوْرَتَكَ كَانَ حَسْبُهُ
  (احياء علوم الدين )                   
          
:Maksudnya     
Bagi orang yang taat adalah sebaliknya, kerana tatkala Malaikul-maut itu mengambil roh orang yang taat, rupanya itu sangatlah cantik, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh A'kramah daripada Ibnu A'bbas bahawa Nabi Allah Ibrahim a.s. adalah seorang lelaki yang sangat cemburu, ada baginya sebuah rumah tempat dia beribadah. Apabila ia keluar dikuncinya. Pada suatu hari, tiba-tiba seorang lelaki telah berada di dalam rumahnya itu, lalu dia berkata : 'Siapakah yang memasukkan engkau ke dalam rumah ku?' Jawabnya : 'Yang memasukkan aku ke dalamnya adalah yang lebih memilikinya dari aku dan engkau

Jawabnya : 'Akulah tuannya', kata Nabi Ibrahim. Jawabnya: 'Yang memasukkan aku ke dalamnya adalah yang lebih memilikinya dari aku dan engkau.' Maka katanya: 'Siapakah engkau di kalangan malaikat?'. Jawabnya: 'Aku Malakul-maut'. Berkata Nabi Ibrahim : 'Adakah boleh engkau tunjukkan kepada aku rupa engkau seketikanya engkau mengambil roh orang mukminJawabnya: 'Ya. Berpalinglah engkau dariopada aku'. Maka ia pun berpaling, kemudian ia menoleh semula. Tiba-tiba dia melihat seorang muda belia, lalu ia menyebutkan keelokan rupanya, pakaiannya dan keharuman baunya , seraya berkata: 'Wahai Malakul-maut, andainya orang itu ketika matinya tidak menemui melainkan rupa engkau nescaya memadai baginya
Di antara perkara yang menyenangkan hati orang mukmin itu seketika hendak mati ialah tatkala melihat dua Malaikat Hafazah yang menuliskan segala amalan baik dan jahatnya itu. Kedua-dua Malaikat Hafazah itu akan menyebutkan baik amalannya dan baik balasan Allah kepadanya. Tetapi jika orang itu ahli maksiat, maka kedua-dua mereka akan menyebutkan jahat amalannya dan jahat balasan Allah ke atasnya.

Inilah yang amat mendukacitakan hati orang yang mati fasik itu.
Kedahsyatan yang lain ketika mati ialah apabila orang ahli maksiat itu melihat tempat kedudukannya di dalam api neraka. Sangatlah takutnya, lebih-lebih lagi ketika hilangnya segala kekuatan daya-upaya yang ada pada badan bahagian pertama itu. Pada ketika Itulah  ROH itu akan keluar daripada badan dan akan mendapat tempat kedudukan yang baru di tempat lain daripada dunia. Sungguh pun begitu ROH itu tidak akan keluar daripada badan sebelum mendengar terlebih dahulu suara malakul-maut dengan salah satu perkhabaran yang diserukan iaitu: 
"Bergembiralah wahai a’duwallah (عدو الله) dengan api neraka atau bergembiralah wahai waliullah (الله  ولي  ) dengan syurga."
Oleh itu, adalah suatu ketakutan yang sangat besar bagi orang-orang yang ada akal fikiran yang sempurna, apakah yang akan berlaku ke atas diri masing-masing, adakah berakhir dengan "Baik Kesudahan" (حسن الخاتمة) atau dengan "Keburukan Kesudahan" (سوء الخاتمة).
Nabi kita Muhammad s.a.w. telah bersabda : 
وَقَدْ قال النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : لَنْ يَخْرُجَ أَحَدُكُمْ مِنَ الدُّنْيَا حَتَّى يَعْلَمَ اَيْنَ مَصِيْرَهُ وَحَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ 
الَجَنَّةِ اَوِ النَّارِ.
                           Maksudnya :
"Tidak akan keluar seseorang kamu sekalian daripada dunia sehinggalah ia mengetahui di mana destinasinya dan sehingga ia melihat tempat kedudukannya di syurga atau neraka. " 
                                                       *****************************
وَقِيْلَ لِجَابِر بن زَيْد عِنْدَ المَوتِ مَا تَشْتَهِيْ قَالَ نَظْرَةً اِلَى الحَسَنِ فَـلَـمَا دَخَلَ الحَسَنُ قِيلَ لَهُ هَــذَا الحَسَن فَرَفَعَ طَرَفَهُ اِلَيهِ ثُـمَّ قَالَ يَا اِخْوَانَاه السَّاعَة وَاللهِ اُفَارِقُكُمْ اِلَى النَّـار اَوْ اِلَى الجَنَّـة .
                Maksudnya : 
"Diperkatakan kepada Jabir bin Zaid ketika ia sakit tenat, apakah yang engkau inginkan?

Jawabnya: Pandangan kepada (melihat) al-Hasan. Tatkala al-Hasan masuk, diperkatakan kepadanya: Inilah dia al-Hasan, ia pun mengangkatkan matanya, kemudian berkata: Wahai saudaraku, as-sa’ah (الساعة) iaitu al-maut (mati), wallah)والله    (aku akan berpisah dengan engkau sekalian, ke neraka atau ke syurga. 
Dalam hal ini ketakutan kepada "Buruk Kesudahan" (سوء الخاتمة(  itu memutuskan hati orang-orang 'ahli al-makrifah'  iaitu dari hal kedukaan dan ketakutan ketika hampir  mati. Pada hal, mereka itu sangat banyak ilmu pengetahuan dalam agama Islam dengan segala amalan dan ibadat mereka, sangat kuat berjaga diri dari perkara yang dilarang Allah dan sangat waraknya pula. Namun begitu, mereka tetap takut kepada "Su-ulkhatimah" (buruk kesudahan).

Persoalannya, kenapakah diri kita ini yang banyak dosa tiada berasa takut kepada "Su-ulkhatimah ?"

Tentunya itu adalah hasil dari dosa yang terlalu banyak dan ceteknya pengetahuan kita dalam ajaran agama Islam. Jika kita kuatkan usaha untuk meninggalkan perkara maksiat dan banyakkan pula menerima ajaran-ajaran agama Islam, tentulah hati kita ini akan beransur-ansur merasa takut kepada "Su-ulkhatimah."

Ketakutan ketika hampir mati bukan sekadar rasa dukacita seperti orang yang sedang menunggu keputusan ke atas dirinya; adakah ia akan dihukum bunuh atau mendapat kelepasan daripada hukuman bunuh. Kedukacitaannya ketika ini ialah rasa yang amat takut ketika hendak mati itu menunggu keputusan, adakah ia akan diseru dengan: 
Bergembiralah wahai a’duwallah  dengan api neraka”  atau pun diseru “Bergembiralah wahai waliullah (ولي الله) dengan syurga.
Tidaklah boleh dibandingkan dengan sebarang apa jua keputusan atau hukuman yang lain. Apa yang kita ketahui sekarang ini ialah neraka itu adalah tempat balasan azab semata-mata dan syurga itu ialah tempat balasan baik dan menerima kesenagan yang tidak terhingga berkekalan selama-lamanya. 

Jika ia diserukan dengan balasan neraka sebelum ROH itu berada dalam keadaan ghargharah (غرغرة) lagi maka selepas matinya itu ialah azab, azab, azab dan azab!! .

[Lihat : 


  i.  Api Neraka dan Azab Seksa Di Dalamnya
 ii.   Kenikmatan Hidup di Syurga ]

Tidak ada siapa pun yang mengetahui apakah akhir kesudahan diri masing-masing, adakah kepada Su-ulkhatimah (سوء الخاتمة) atau kepada Husnul-khatimah (حسن الخاتمة) melainkan Allah jua Yang Amat Mengetahui segala takdir yang telah ditentukan kepada setiap diri hambaNya.

Maka takutlah kita kepada Su-ulkhatimah itu dan sentiasa disematkan di dalam hati supaya mendapat baik kesudahan [ Husnul-khatimah (حسن الخاتمة) ] dan minta dijauhkan sama-sekali dari mengenai Su-ulkhatimah [Su-ulkhatimah (سوء الخاتمة) ]. Sungguh pun kita ini telah banyak menanggung dosa tetapi bagi menunaikan kehendak supaya tercapainya Husnul-khatimah, kita hendaklah meninggalkan segera segala pekerjaan maksiat yang sedang dilakukan, dikuatkan hati bagi melawan segala kehendak dan keinginan nafsu.

Jangan cuba memberanikan diri mengulangi semula perkara-perkara maksiat yang lalu. Hendaklah kita penuhkan harapan agar kita dapat keampunan dari Allah. Sesungguhnya  Allah Taala itu Amat Mengampuni segala dosa hamba-hambaNya.
Kita hendaklah menaruh ingatan dan sangkaan baik kepada Allah, dijauhkan dari mengingati yang diri kita ini sangat banyak berbuat dosa maka bagaimanakah boleh diampuni Allah Taala akan dosa-dosanya itu?

Ingatan seperti ini merupakan sangkaan buruk terhadap Allah dan ia tidak menjadi baik jika kita mati dalam keadaan menaruh sangkaan buruk terhadap Allah.

Jika berani berbuat maksiat itu dan ini, atau merasakan tidak mengapa berbuat dosa itu dan dosa ini atas dasar atau ingatan bahawa Allah Taala itu Amat Mengampuni segala dosa, dan Amat Menyayangi hamba-hambaNya, maka ingatan seperti itu sangatlah besar salahnya kerana Allah Taala tidak sekali-kali menyuruh atau meluluskan kita berbuat sebarang apa jua maksiat walau sekecil-kecil perkaranya pun.

Sekiranya kita memberanikan hati untuk melakukan dosa-dosa kecil atas alasan “tidak mengapa” kerana sedikit sahaja salahnya sedangkan Tuhan itu Amat Mengampuni segala dosa hamba-hambaNya maka kesengajaan melakukan dosa-dosa kecil akan menjadi besar salahnya. Allah tidak akan mengampuni dosa-dosa kecil yang bersengaja dibuat-buat dengan ingatan hendak meringan-ringankan hukuman Allah itu.  

Berbalik kepada soal ROH, maka ROH yang baharu keluar daripada badan tetapi belum lagi dikebumikan badannya itu, mulailah mengenai beberapa kesusahan dan kedukaan yang lain.  Pertamanya, kesusahan dan kedukaan bercerainya diri atau ROH itu dari badan, tidak dapat digunakan lagi sebagai alat perkakas dan bekerja seperti keadaannya yang lalu. Ketika itulah terbentangnya segala hal bagi tiap-tiap perkara jahat yang telah dikerjakannya dahulu dengan satu persatu daripada sekecil-kecil perkara jahatnya itu sehinggalah kepada sebesar-besarnya. 

Maka nampaklah ia betapa rugi dan kadar rasa kekesalan hatinya itu kerana semasa hidupnya di dunia, alat perkakas anggota badan yang tertinggal itu telah digunakan untuk melakukan kejahatan. Begitu juga terbentangnya segala hal bagi setiap perkara baik yang telah dikerjakan satu persatunya. Dia nampak betapa eloknya jika dihabiskan masa hidupnya di dunia dahulu, mengerjakan perkara-perkara baik sahaja untuk bekalan kemudian daripada  matinya.

Penyesalan tidak mahu berbuat baik, yang sebegitu terang dan jelas balasan baiknya dan ternampaknya ketaksiran diri yang lalu dengan satu persat adalah seperkara yang amat mendukacitakan lagi hatinya, tidak dapat dihilangkan dari ingatan hatinya itu walau kadar sedikit pun, bahkan semakin bertambah, mendalam dan tidak dapat dilupakan hingga bila-bila masa pun. Tiada apa-apa lagi yang boleh menghiburkan hatinya untuk dihilangkan segala kekesalan dan kedukaan yang sangat besar itu.

Apabila mati  bererti kehilangan segala anggota badan pertama, kesemuanya terlepas dari perintah badan bahagian kedua iaitu ROH. Terputus sudah segala jalannya bagi badan bahagian kedua itu hendak menggunakan balik badan bahagian pertama yang telah hilang sama-sekali. Pada hal, rohnya iaitu badan yang kedua itu masih ada, tidak mengenai mati pada bila-bila masa pun tetapi kini menanggung sebegitu berat dukacitanya dan kekesalannya.



KELUASAN ALAM BARZAKH

Keluasan Alam Barzakh tiada bandingannya dengan Alam Dunia ini.
Segala kesenangan yang ada di sana, tiada bandingannya dengan segala kesenangan yang wujud di dunia ini. Begitu juga sebaliknya, tiada bandingannya di Alam Barzakh dengan segala kesusahan dan keseksaan yang ada di dunia ini, sangat berlainan dari segi kaifiat, cara, dan kadar kuatnya. Maka kubur itu adalah Alam Barzakh.

Perkara ini tidaklah menjadi suatu yang menghairankan jika kita mengetahui bahawa perkara yang di bawah kuasa Allah itu tidak terhingga dan tiada had batasannya. Keadaan ROH yang keluar daripada badan bahagian pertama itu pun ada mempunyai beberapa hal kelakuan yang sangat jauh berbeza dengan makhluk-makhluk Allah yang lainnya.

Apa yang dinyatakan di sini hanyalah sekadar menerangkan perihal ROH itu dari segi azab dan senangnya sesudah seseorang itu meninggal dunia.

Kita bukanlah hendak membicarakan lebih daripada itu halnya kerana syarak tidak membenarkan membicarakan hal ROH itu lebih dari had perenggannya selain dari menyatakan perihal susah-senangnya selepas mati seperti yang dikhabarkan melalui Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Dari segi kekuatannya, ROH atau badan bahagian kedua itu sangatlah jauh berbeza  jika dibandingkan dengan badan bahagian yang tertinggal itu (badan pertama).

Badan yang tertinggal itu (jasad) menerima mati dan hancur-lebur menjadi tanah atau abu terkena bakaran api tetapi badan bahagian yang kedua atau ROH itu, jika diazabkan walau sekuat mana sekalipun, tidak akan menerima mati atau hancur-lebur bahkan jika diazabkan dengan bakaran api neraka sekali pun maka ROH itu tidak juga hancur atau menerima mati di dalam api yang sangat dahsyatnya itu. Jika ia bercita-cita minta dimatikan dengan azab yang tidak terhingga pedihnya itupun maka tidak dimatikan oleh Allah Taala dengan azab itu walau dengan apa azab sekalipun.

Badan Bahagian Yang Kedua (Roh)

Kita telah pun mengetahui melalui keterangan yang lalu mengenai rasa sakit ketika mati itu, ketika roh itu keluar daripada badan. Kadar rasa sakitnya itu seperti sekiranya satu titik sahaja dari bahagian kesakitan ketika hendak mati itu diletakkan ke atas segala bukit di dunia nescaya hancurlah bukit-bukit itu.

Kesakitan tersebut yang begitu dahsyatnya hanyalah sekadar pendahuluan sahaja, sangatlah ringan jika dibandingkan dengan orang yang jika ia terjumlah dari kalangan orang yang mengenai seksa kuburnya di sana. Adapun seksa kubur itu adalah lebih kuat,  sangat dahsyat dan berpanjangan pula masa azabnya sehingga Hari Kiamat besar kelak.

Sungguhpun sangat dahsyatnya azab kubur itu tetapi masih ringan jika dibandingkan dengan azab dan huru-hara yang akan dialaminya kelak selepas dibangkitkan semula dari kuburnya itu pada hari perhimpunannya nanti di padang yaum al-mahsyar, pada hari ia akan disoal akan segala perkara yang telah dibuatnya iaitu pada hari perhitungan bagi setiap amalannya  dan pada hari menitinya titian yang panjang itu.  

Walaupun segala perkaranya amat dahsyat tetapi amatlah ringan jika dibandingkan dengan azab api neraka.  Perkhabaran betapa azabnya api neraka menyebabkan orang-orang mukmin yang terdahulu ada yang mati apabila mendengar bagaimana azab Allah yang akan ditimpakan ke atas orang-orang yang ahli neraka itu.

Oleh sebab badan bahagian yang kedua (Roh) setelah keluar daripada badan bahagian yang pertama itu telah mengenai beberapa hal yang sangat dahsyat dan sangat ngeri maka pada ketika itulah dia menanggung segala dukacita, kekesalan yang berganda-ganda, terputusnya jalan hendak mendapat kesenagnan sesudahnya ia mati itu, malahan semasa dalam ghargharah (غرغرة) lagi ditunjukkan tempat kediamannya daripada neraka atau tempat kediamannya daripada syurga.

Jikalaulah ia beriman, bercita-citalah ia hendak hidup ke dunia kerana mahukan membuat segala amalan yang berkebajikan untuk diganti barang apa yang ia telah tertinggal tetapi tidak pun dikembalikan hidup semula bahkan ditinggalkan di dalam keadaan azab yang sangat kuat di dalam Alam Barzakh hinggalah hari dibangkitkan daripada kuburnya.
Firman Allah Taala dalam al-Quran surah Al-Mukminun المؤمنون ayat 100:
" لَعَلِّـىْ أَعْمَلُ صَالِحًا فِـيـْمَا تَرَكتُ كَلَّا اِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَـائـِلـُهَا وَمِنْ وَرَائِـهِمْ بَرْزَخٌ اِلَى يَـوْمِ يـُبْـعَـثُـونَ ." 
                       Maksudnya: 
Sehingga jika telah datang (kepada) seorang dari mereka kematian, dia berkata Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku, berbuat yang baik pada apa yang telah aku tinggalkan, sama-sekali tidak, sesungguhnya ia (adalah) perkataan/dalih (yang) dia (hanya) mengatakannya dan dari belakang mereka Alam Barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.                                              
 Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w.: 
وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مِثْلُ المُؤْمِنِ فِي الدُّنْـيَا كَمِـثْلِ الجَنِيْنِ فِي بَطْنِ أُمِّــهِ اِذَا خَرَجَ مِنْ بَطْنِهَا بَكَى عَلَى مَخْرَجِهِ حَتَّى اِذَا رَأَى الضَّوءَ وَوُضِعَ لَمْ يُحِبْ اَنْ يَرْجَعَ اِلَى مَكَانِهِ وَكَذَلِكَ المَؤْمِنُ يَجْزَعُ مِنَ المَوتِ فَاِذَا اَفْضَى اِلَى رَبِّهِ لَمْ يُحِبْ اَنْ يَرْجِعَ اِلَى بَطْنِ أُمِّـــهِ
(الحديث فيه نقص ويتحتم البحث عنه) 

                                    Maksudnya :
"Umpama orang mukmin di dunia adalah seumpama seorang janin bayi dalam kandungan rahim perut ibunya, apabila ia keluar daripadanya ia menangis atas keluarannya itu, hinggalah apabila ia telah melihat cahaya dan diletakkan (ke dalam dunia), tidaklah ia berkenan hendak kembali ke tempatnya, begitulah (dengan) orang mukmin itu berdukacita (يجزع) dari mati, maka apabila ia sampai menerima rahmat Tuhannya tidaklah ia berkenan untuk kembali ke dunia sebagaimana tidak berkenannya bayi itu masuk semula ke dalam perut ibunya."
Bagi orang mukmin, terpisahnya dari dunia dan memasuki negeri akhirat ketika mengiringi matinya itu sangatlah mengembirakan hatinya oleh kerana terbukanya keluasan nikmat pemberian Allah Taala kepadanya yang tidak terhingga.

Apa juga yang ada di atas dunia jika dibandingkan dengan keluasan negeri akhirat, dunia ini adalah seperti penjara yang sempit, umpama orang yang kena tahan dalam penjara yang gelap, kemudian dibukakan baginya pintu untuk dia pergi ke suatu kebun yang sangat luas. Di dalam kebun itu terdapat berbagai tanaman, bunga-bungaan, buah-buahan dan burung-burung unggasan. Maka tidaklah ia teringin hati hendak balik ke penjaranya yang gelap itu, sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala, di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin  احياء علوم الدين) seperti di bawah ini:
وَاعْلَمْ اَنَّ المَوْتَ يَكْشِفُ لَهُ عُقَيْبَ المَوْتِ مِنْ سِعَةِ جَلاَلِ اللهِ مَا تَكُوْنُ الدُّنْيَا بِالاِضَافَةِ اِلَيْهِ كَالسِّجْنِ وَالمَضِيْقِ وَيَكُوْنُ مِثَالَهُ كَالمَحْبُوسِ فِي بَيْتٍ مُظْلِمٍ فُتِحَ لَهُ بَابٌ اِلَى بُسْتَانٍ وَاسِعِ الاَكْنَافِ لَايَبْلُغُ طَرَفُهُ اَقْصَاهُ فِيْهِ اَنْوَاعُ الاَشْجَارِ وَالاَزْهَارِ وَالطّيُورِ فَلَا يَشْتَهِي العَوْدَ اِلَى السِّجْنِ المُظْلِــمِ 
Nabi kita s.a.w. telah memberikan satu contoh, bagi seorang lelaki yang telah mati, sabdanya: 
وَقَدْ ضَرَبَ لَهُ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلًا فَقَالَ لِرَجُلٍ مَاتَ أَصْبَحَ هَذَا مُرْتَحِلاً مِنَ الدُّنْـيـَا وَتَرَكَهَا لِاَهْلِهَا فَإِنْ كَانَ قَدْ رُضِيَ فَلاَ يَسُرُّهُ أَنْ يَرْجِعَ اِلَى الدُّنْــيَا كَمَا لَا يَسُرُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَرْجِعَ اِلَى بَطْنِ اُمِّــهِ 
                        Maksudnya :
"Dia ini telah berpindah dari dunia ini untuk ditinggalkan kepada penghuninya. Jika ia diredai, dia tidak akan suka kembali kepada dunia sebagaimana tidak sukanya seseorang kamu sekelian kembali ke perut ibunya."
Apa yang diterangkan ini, mengertilah kita bahawa di dalam dunia ini, sungguhpun kita memandangnya sebagai suatu yang amat luas, tetapi Nabi kita Muhammad s.a.w. telah menerangkan bahawa nisbah luas Alam Barzakhh  di negeri akhirat adalah nisbah luas dunia ini dengan luas rahim perut ibu sahaja 

Mengenai Roh al-Amal (روح العمل) dan Roh Al-Makna ( روح المعاني )  yang telah disebutkan sebelum ini maka keduanya-duanya adalah berlainan di antara satu dengan yang lain. 

Perbezaannya di antara Roh al-Amal dan Roh al-Makna itu dapat diketahui dengan jelasnya setelah diperhatikan dengan cermat dan teliti segala keterangan yang lalu. 

ROH AL-A’MAL ( روح العمل ):

Segala jenis perbuatan yang diusahakan oleh hati dan oleh segala anggota badan akan bertukar menjadi ROH, dinamakan Roh al-A’mal. Ianya terasing sahaja dari Roh Diri seseorang itu.

Roh al-A’mal ialah amalan baik atau amalan jahat yang telah dikerjakan oleh si mati semasa hidupnya di dunia.  Jika perbuatan itu baik, baiklah ROH AMALAN itu dan jika sebaliknya maka buruklah ROH AMALAN itu.

Dalam dunia, Roh al-Amal itu tidak dapat dilihat dengan pemandangan mata kepala. Apakala seseorang itu mati, barulah nampak rupa Roh A’malan itu dengan nyatanya, ia bertutur kata dengan fasihnya pula, itu pun seperkara yang menyalahi pendapatan pandangan mata kepala sekarang ini.

Daripada perkara yang tidak terfikir ia ada rupa, tiba-tiba bertukar kepada ada rupa, menjadi Roh al-A’mal di dalam kuburnya. Daripada perkara yang disangkakan ringan sahaja, apabila berada di dalam kubur ia bertukar pula kepada seberat-berat perkara kemudian daripada matinya. Sekiranya tidak diterangkan terlebih dahulu, tentulah sukar dapat difahamkan, apakah dia Roh al-A’mal itu tetapi setelahnya diberi faham, perkara ini mudah sahaja dapat difahami.

ROH AL-MA’ANI (روح المعاني):

Roh Al-Ma’ani atau Roh Pada Makna, membentangkan segala rupa makna yang ada atau terdapat pada tiap-tiap jenis pekerjaan yang diusahakan oleh hati atau anggota badan itu, satu persatunya. Ada kalanya sesuatu perbuatan yang diusahakan oleh hati atau oleh anggota badan itu disangkakan baik tetapi pada sisi timbangan hukuman Allah, perbuatan itu jahat, seperti kejahatan suatu jenis yang merbahaya yang akan merosakkan dirinya kembali.

Maka tiap-tiap jenis pekerjaan atau perbuatan yang diusahakan oleh hati atau anggota badan seseorang itu, ada mempunyai makna yang tersendiri yang berlainan bagi setiap satunya, mengikut kadar makna pekerjaan yang dibuat. Ia boleh meningkat tinggi maknanya kepada mafhum yang jelas dan ada yang kurang terang mafhumnya (maksudnya). Jika seseorang itu membiasakan dirinya berbuat dusta maka segala makna perbuatannya itu sangatlah banyak memberikan kesamaran yang berkehendakkan kepada takwil bahkan sehingga sukar ditakwilkan makna-maknanya itu. Maka terbentanglah Roh Al-Makna itu tadi di dalam alam mimpi.

Oleh itu mimpi seseorang yang gemar berdusta, sama ada dusta hati, dusta perkataan atau dusta perbuatan tidaklah didapati di dalam mimpinya itu sebetul-betulnya memberi faham yang terang pada makna tiap-tiap perbuatan yang diusahakan olehnya itu.
Roh Al-A’mal merupakan tingkatan tapisan yang tertinggi sekali, menyalahi pendapatan  pandangan mata kepala, tidak dapat dirasa atau dicuba atau diujikaji oleh segala pendapatan pancarindera kita yang lima.

Setinggi mana sekalipun tingkatan tapisan itu tetapi mudah sahaja difahami melalui pancaindera yang 'ke enam'  iaitu 'Akal (Mata Hati /Al Basirah) 
'Akal dapat memahami tingkatan ini, boleh mentahqiqkan perkara Roh Al-A’mal itu dengan sekuat-kuat tahqiq, lebih terang dan lebih jelas daripada segala pendapatan pancaindera yang lima itu sendiri.

Oleh itu, setiap orang mukmin telah pun dikurniakan Allah Taala kepadanya akal yang tingkatannya itu adalah lebih tinggi daripada pendapatan pancaindera yang lima.
Dengan akal itulah dapat ia mempercayai azab kubur dan kesenangannya, lebih bersedia menerima dan membenarkan perkhabaran Rasulluah s.a.w. itu dengan penuh keyakinan, melebihi keyakinan melihat dengan mata kepalanya sendiri.

Kenapa orang kafir mengingkari azab kubur?

Sebab-sebabnya ialah apabila AKAL FIKIRAN mereka itu terhenti pada tahap perenggan barang yang didapati oleh segala pancaindera yang lima sahaja.  

Manakala dilihatnya di dalam tanah maka yang ada hanya semata-mata tanah pejal sahaja lalu dihukumkan oleh pemandangan mata kasar mereka bahawa di dalam tanah itu tidak ada apa-apa, senang atau susahnya di situ. Akan tetapi jika diberi faham dan ia dapat memahaminya bahawa:di dalam tanah atau bumi itu ada baginya tingkatan yang tertinggi, lebih tinggi daripada tingkatan tanah bumi yang dapat dipandang oleh mata kepala sekarng ini. Tingkatan yang dimaksudkan itu adalah sama taraf dan sama jenis dengan tingkatan Roh al-A’mal, maka bolehlah ia faham bahawa azab kubur dan kesenangannya itu sebenar-benarnya ada dan ada berlakunya perkara yang lebih dahsyat dan lebih ngeri. Jenis-jenis yang mengazabkan itu, melebihi dari apa yang dapat disangkakan oleh orang yang masih hidup di dunia. 
  
Jika dikatakan:

       *    Kubur itu bertutur kata dengan orang yang mati.
*  Ada himpitannya yang sangat dahsyat ke atas orang yang mati.

*  Ada malaikat Munkar dan Nakir yang sangat besar dan menggerunkan, akan menyoal berkenaan dengan Tawhid dan Rasul. 

·   Ada malaikat-malaikat azab yang akan mengazabkan orang yang mati dan ada beberapa kesenangan yang tidak ada bandingannya dengan segala kesenangan di dunia.
Maka kesemuanya ini adalah apa yang dimaksudkan dengan “tempat yang luas di dalam kubur itu” di samping lain-lain perkara yang sejenis dengan tingkatan jenis Roh al-A’aml itu juga.

Apakah peliknya jika kita berfikir tentang perkara-perkara yang segalanya itu terlindung dari pandangan mata kepala kita sekarang ini tetapi tidak akan terselindung tatkala kita sendiri merasai mati dan berjumpa semua hal itu kelak?

Andainya tingkatan yang teratas ini juga sukar difahami, disebabkan oleh fikirannya yang singkat maka kita ulangi sekali lagi ringkasan keterangan yang lalu dalam hal adanya azab kubur dan kesenangannya di sana.

Untuk itu, kita rujuk semula kepada "Alam Mimpi". Katakanlah orang yang bermimpi itu dalam mimpinya terjumpa tempat yang luas dan telah berlaku berbagai hal ke atas dirinya. Sedangkan selamanya di alam mimpi itupun dia telah terjumpa tempat yang luas dan telah berlakunya ke atas dirinya itu berbagai hal. Apakah peliknya jika seseorang yang mati itu berjumpa tempat yang sangat luas dan berlaku berbagai hal ke atas dirinya di “Alam Barzakh” yang sama sekali berlainan halnya itu dari apa yang boleh didapatinya di dalam dunia dan mimpinya.?

Sebagaimana nyatanya kesingkatan akal fikiran seseorang yang berkata: Tidak ada tempat yang luas di Alam Mimpi orang yang bermimpi  itu dengan sebab tidak dapat disaksikan orang yang di dalam keadaan  jaga yang berdekatan dengannya itu, maka begitulah juga kesingkatan akal fikiran seseorang yang berkata bahawa mati itu tidak ada tempat yang luas di “Alam Barzakh” dengan hujah tidak dapat dilihat oleh orang yang hidup di dalam dunia.

Ini adalah disebabkan "Alam Mimpi" dan "Alam Barzakh" itu tidak boleh didapati dengan pandangan mata kepala tetapi hanya dapat dilihat dengan pandangan Mata Hati sahaja.

Setelah kita faham bahawa apa saja yang berlaku di dalam kubur itu adalah menyalahi apa yang didapati oleh pandangan mata kepala, barulah kita dapat memahaminya melalui tingkatan yang lebih tinggi dari tingkatan yang boleh didapati oleh pendapatan pandangan mata kepala. 
Maka mengetahuilah kita bahawa di dalam kubur itu ada tempat yang sangat luas, ada azab dan kesenangannya dan ada beberapa banyak perkara lagi yang tidak diketahui langsung oleh orang yang belum mati dan berada di Alam Barzakh. Dengan adanya kefahaman itu, kita tidak akan berasa  was-was di hati lagi untuk membenarkan apa juga yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan azab kubur, kesenangannya dan lain-lain perkara berkenaan dengan hari yang kemudian daripada mati.


KUBUR

Kata Abu Said al-Khudari: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : 
وَقَالَ اَبُو سَعِيْدٍ الخُدْرِي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: "اِنَّ المَيِّتَ يَعْرِفُ مَنْ  يَغْسِلُهُ وَمَنْ يَحْمِلُهُ 
وَمَنْ يُدْلِيْهِ فِي قَبْرِهِ
:Maksudnya       
Bahawa si mati itu tahu orang yang memandikannya, memikulnya dan yang memasukkannya ke dalam kuburnya
   Sekarang kita telah mengetahui terlalu luasnya "Alam Barzakh" itu dan orang yang mati itu tidak  atau senangnya di sana.Selepas ROHnya keluar  daripada badan, ertinya baharulah sedikit sahaja huru-hara mati itu ditempuhi. Terdapat banyak lagi perkara yang akan ditempuhi.   Sebahagian daripada perkara-perkara yang hendak dihadapi itu ialah perkara yang bersangkutan dengan kuburbererti hilang atau lenyap begitu sahaja bahkan ROH orang yang mati itu tetap hidup menerima susah
Apabila masuk sahaja ke dalam kubur, ia akan terasa betul-betul berkeseorangan diri, lebih dari apa yang dapat dibayang atau difahamkan oleh erti keseorangan diri di dalam dunia, lebih dari keadaan keseorangan diri di dalam Alam Mimpi.  Semasa berada di dalam Alam Barzakh, sangat jauh perbezaannya, tidak dapat difikirkan semasa hidupnya di dalam dunia, tidak dapat dimimpikan di dalam alam mimpinya. 

Di dalam kubur  Alam Barzakh, ia benar-benar berkeseorangan diri, terpisah dari segala amalannya, sama ada amalan jahatnya atau pun baiknya kerana segala amalan yang telah diusahakannya semasa hidup di dunia itu telah terasing dari dirinya dan bertukar menjadi Roh al-A’mal” (روح العمل)  atau Roh Amalan.

Jika amalan-amalan itu baik pada timbangan hukuman Allah maka baiklah rupa Roh Amalan itu. Jika sebaliknya maka buruklah rupa Roh Amalan itu. Selain dari keelokan rupanya, Roh Amalan Baik (soleh) itu juga fasih bertutur kata, mengatakan ianya itu ialah Roh Amalannya yang baik. Roh amalannya itu memujinya kerana kesegeraannya mentaati hukuman-hukuman Allah Taala dan kelambatannya mengerjakan perkara-perkara yang dilarang Allah serta menyebutkan balasan yang Allah kurniakan  di atas ketaatannya itu.

Akan hal keadaan  Roh Amalan Jahat itu pula ianya datang dalam keadaan seburuk-buruk rupa, sangat hodohnya pada pandangan mata, sangat busuk baunya, buruk pakainnya dan sangat menggerunkan. Dengan fasihnya mengatakan bahawa ia adalah Roh Amalannya yang Jahat. Roh amalan jahatnya itu memarahinya kerana kesegeraannya mengerjakan apa yang dilarang Allah, kelambatannya mematuhi hukuman-hukuman Allah Taala serta menyebutkan buruk balasannya yang Allah kenakan ke atasnya dengan sebab maksiat yang dikerjakannya itu. 

Kesemuanya ini berlaku di dalam kubur, kemudian daripada mengenai himpitan kubur dan kemudian daripada menghadapi soal Malaikat Munkar dan Nakir itu. 
Segala amalan baik, yang terdiri daripada sembahyang, puasa, haji, jihad dan sedekah akan memberi perlindungan dari terkena pukulan malaikat-malaikat azab di dalam kuburnya dengan perintah dan kuasa Allah.

 HIMPITAN KUBUR

Tidak akan terlepas seseorang yang mati itu daripada himpitan kubur. Kata Aisyah r.a.: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"اَنَّ لِلْقَبْرِ ضَغْـطَـةً وَلَوْ سَلَّمَ اَو نَجَا مِنْهَا اَحَدٌ لَنَجَا سَعَدُ ابْنِ مُعَاذ ".
               Maksudnya :
"Bahawa kubur itu ada baginya himpitan, jika terselamat atau terlepas seseorang itu daripadanya nescaya terlepaslah Saad bin Mu’adz."
Namun demikian himpitan itu sangat berbeza di antara orang mukmin yang taat dengan orang yang kafir. Orang mukmin yang taat diringankan himpitannya dan orang yang kafir diberatkan/dikuatkan himpitannya. Satu kali himpitan kubur itu didengari suara jeritannya oleh semua yang ada di antara maghrib (barat) dan masyriq (timur).

SOAL MUNKAR dan NAKIR 

Selain dari himpitan kubur si mati juga akan berhadapan dengan soalan-soalan dari dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir. Suara mereka berdua adalah seperti halilintar memanah, mata mereka berdua seperti kilat menyambar, sangat menggerunkan rupanya, memberi ujian yang kuat di atas soalan-soalan itu.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَنَّ العَبْــدَ اِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ ، وَتَوَلَّىْ عَنْهُ أَصْحَابُهَ حَتَّى اَنَّهُ يَسْمَعُ قُرْعَ نِعَالِهِمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيَقْعُدَانَهُ فَيَقُوْلَان لَهُ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ (محمد)؟ فَاَمَّا المُؤْمِنُ فَيَقُولُ : أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ. فَيُقَالُ أُنْظُرْ اِلَى مَقْعَدِكَ مِنْ النَّـار قَدْ اَبْدَلَكَ اللهُ بِهْ مَقْعَدًا مِنَ الجَنَّةِ فَيَرَاهُمَا جَمِيْعًا وَيُفْسَحُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُوْنَ ذِرَاعًا وَيمْلَأُ عَلَيْهِ خَضِرًا اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ وَاَمَّا الكَافِرُ اَو المُنَافِقُ فَيُقَالُ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلُ لَاْ أَدْرِيْ وَكُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ . فَيُقَالُ لَهُ لَادَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَاقٍ مِنْ حَدِيْدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيْحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيْهِ غَيْرُ الثَّـقَـلَيْنَ وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفُ اَضلَاعُهُ
( رَوَاهُ البُخَارِي وَمُسْلِمُ )

                Maksudnya :
"Bahawa seseorang hamba Allah, apabila dihantar ke dalam kuburnya hingga ia mendengar jejak-jejak langkah kasut sekelian sahabat-sahabatnya yang pulang, datanglah dua malaikat mendudukkan dia dan menanya:

Apa engkau kata pada lelaki ini (Nabi Muhammad s.a.w.)?  

Orang mukmin akan jawab: Aku menaik saksi bahawasanya ia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya (Pesuruh-Nya), kemudiannya diperkatakan: Lihatlah tempat kedudukan engkau daripada api neraka, sesungguhnya Allah Taala telah tukarkan tempat engkau itu dengan suatu tempat daripada syurga. Maka ia melihat kedua-dua tempat itu, diluaskan baginya di dalam kuburnya itu tujuh puluh hasta, dipenuhi di atasnya tanaman-tanaman yang menghijau hingga hari dibangkitkan sekelian ahli isi kubur daripada kubur mereka. 

Bagi orang kafir atau munafik  (yang menzahirkan rupa Islam di luarnya dan menyimpan iktiqad kufur dan sesat pada agama di dalam hatinya) maka ditanyakan kepadanya:

Apa engkau kata pada lelaki ini?

Jawabnya: Tidak aku tahu, aku kata ikut apa orang kata.

Maka diperkatakan kepadanya: Tidaklah engkau tahukah! Kemudian ia pun dipukul dengan pemukul besi, satu pukulan yang kuat yang mengenainya di antara dua telinganya. Ia pun menjerit dengan jeritan yang dapat didengari suaranya itu oleh yang lainnya selain dari jin dan manusia, disempitkan kuburnya sehingga terselisih segala tulang rusuknya itu."

                  [HR Al-Bukhari dan Muslim]
Terdapat keterangan lain yang menunjukkan betapa besarnya Rahmat Tuhan yang telah dikurniakan kepada orang mukmin yang mati itu di dalam kuburnya dengan didatangi Malaikat Rahmat, membentangkan baginya hamparan, perhiasan daripada syurga dan diluaskan baginya di dalam kuburnya itu sejauh pandangan matanya, diletakkan pelita lampu yang sangat cantik daripada syurga. Maka duduklah ia di dalam cahayanya itu hingga dibangkitkan daripada kuburnya. Ada beberapa kesenangan yang menggembirakan hati orang mukmin yang mati itu di dalam kuburnya, melebihi dari apa yang dapat disangka atau dibayangkan.

Sabda Nabi s.a.w.yang bermaksud :
"Bahawa orang MUKMIN itu di dalam kuburnya diberikan tempat kedudukan yang tenang dan selesa, diluaskan pula tujuh puluh hasta, diberikan cahaya muka bagai bulan malam empat belas...."                             
Sabdanya lagi yang kira-kira mafhumnya: 
"Azab orang KAFIR di dalam kuburnya dikerasi ke atasnya sembilan puluh sembilan ekor ular besar. Adakah engkau sekalian tahu, apa dia ular itu, iaitulah sembilan puluh sembilan ekor ular, bagi tiap-tiap seekor ular itu ada sembilan kepala, memagut dan menyemburkan bisanya pada badan orang kafir itu hingga hari dibangkitkan sekalian ahli isi kubur itu daripada kuburnya."
Adapun rasa kepedihan dan kesakitan yang ditanggung oleh orang kafir itu di dalam kuburnya akibat pagutan dan semburan ular amat berbisa di dalam kuburnya itu adalah melebihi dari apa yang dapat difahamkan manusia yang masih didup di dunia kerana seekor ular itu sahaja jika ia menyemburkan bisanya ke atas muka bumi dunia kita ini nescaya tidak akan tumbuh sebarang tumbuhan sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Kita Muhammad s.a.w., riwayat daripada Abu Said Al-Khudri r.a. :
سَمِعْتُ رَسِولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يُسَلِّطُ اللهُ عَلَى الكَافِرِ فِي قَبْرِهِ تِسْعَةَ وَتِسْعِيْنَ تَـنِّينًا تُـنْهِشُهُ وَتُلْدِغُهُ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ وَلَوْ أَنَّ تَـنِّيْنًا مِنْهَا نَفَخَ عَلَى الاَرْضِ مَا اَنْبَتَتْ خَضْرَاءٌ.
Maka diazabkan orang-orang kafir itu di dalam kuburnya dengan beberapa ekor ular yang tertentu bilangannya. Banyaknya bilangan ular dan juga kalanya yang bisa itu adalah menurut betapa banyaknya kelakuan jahat (akhlak mazmumah) yang terbit dari diri orang-orang kafir itu, seperti takbur, riak, hasad, tipu-daya dan lain-lain kelakuan jahat yang seumpamanya yang menjadi tempat dan punca bertapaknya segala kelakuan jahat. 

Daripada situlah juga terbitnya beberapa bahagian kelakuan jahat yang lain. Kemudiannya kelakuan jahat itu pula akan bercabang kepada beberapa cawangan yang lain pula. Sebetulnya, segala kelakuan jahat itu adalah pembinasa diri sendiri apabila halnya itu bertukar menjadi Roh al-A’mal dari jenis kala dan ular yang bisa. Pagutan yang paling kuat daripadanya itu ialah pagutan ular besar yang berbisa. Manakala yang lemah daripadanya itu menyengati sebagai sengatan kala yang bisa, yang pertengahan di antara keduanya menyakiti sebagai kesakitan pagutan ular. Kesemuanya amat menyakiti dan mengazabkan diri orang kafir itu di dalam kuburnya, dan tidak dapat melepaskan diri daripadanya.

Setelah dikembalikan semula segala kemudaratan dari perbuatan jahatnya ke atas dirinya maka ketika itulah ia berharap agar terhindar dari terkena kemudaratan yang telah diusahakannya itu. Malangnya ia tidak lagi terdaya berlepas diri kerana tempoh masa berjaga diri ketika masih hidup di dunia telah pun luput dan tamat. Pada saat itu berpanjanganlah kedukacitaan dan kekesalannya.

Dalam surah Ali Imran سورة آل عمران ayat 30, Allah Taala berfirman:
يَوْم تَجِدُ كُلُّ نَـفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا وَمَا عَمِلَتْ مِـنْ سُوْءٍ تَوَدُّ  لَوْ أَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ أَمَدًا بَعِيـْـدًا
وَيُحَذِّرُكُمُ اللهُ نَفْسَهُ وَاللهُ رَءُوفٌ بِالـْعِبَادِ 
                       Maksudnya :
"Di hari (di mana) setiap diri seseorang itu mendapati barang apa yang telah dilakukannya daripada kebajikan (dalam keadaan) tersedia, dan barang apa yang telah dilakukannya daripada kejahatan, dia berharap sekiranya antara dia dengan hari itu (Hari Kiamat) ada jarak masa yang jauh/lama dan Allah memberi peringatan/menakut-nakuti mereka dengan dirinya (murka dan seksaan-Nya) dan Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya."
Pada surah Az-Zumar الزمر‎‎ سورة ayat 56 pula Allah berfirman:
"أَنْ تَقُوْلَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَى عَلَى مَا فَرَّطْتُّ فِي جَنْبِ اللهِ وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِيْنَ"
                        Maksudnya :
"Supaya jangan sampai berkata diri seseorang alangkah besar penyesalanku atas apa yang telah aku lalaikan dalam (menunaikan) hak Allah dan sungguh aku telah menjadi benar-benar termasuk dari orang-orang memperolok (agama dan kitab-Nya)."
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 
"اِنَّمَا هِيَ اَعْمَـالُـكُمْ تُرَدُّ عَلَيْكُمْ"
                       Maksudnya : 
"Bahawasanya itu adalah perbuatan-perbuatan kamu sekalian, (maka) dikembalikan semula ke atas kamu."
Mengenai bahaya hasad,  Firman Allah Taala dalam surah Yunusسورة يونس‎‎   ayat 23 menjelaskan:
فَلَمَّـا اَنْجــهُمْ اِذَا هُـمْ يَـبْـغُوْنَ فِي الْاَرْضِ  بِغَيْرِ الْحَـقِّ يَـا أَيُّهَا النَّـاسُ إِنَّـمَـا بَغْيُـكُمْ عَلَى أَنْفُسِـكُمْ مَتَاعَ الْحَيــوةِ الدُّنْيَــا ثُمَّ اِلَيْنَا مَرْجِعُكُمْ فَنُـنَـبِّــئُـكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ .
                           Maksudnya :
"Maka ketika (Allah) telah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka (kembali) merosak di muka bumi dengan tanpa kebenaran, wahai manusia sesungguhnya kezaliman kamu sekalian (akan kembali) kepada diri-diri kamu sendiri, itulah kesenangan kehidupan dunia, kemudian kepada Kami tempat kembali kamu sekalian, maka akan Kami beritahu kamu sekalian tentang apa yang kamu telah  kerjakan."
Menyentuh soal "Bahaya Mengumpat," surah Al-Hujurat سورة الحجرات , ayat 12:
 يَا أَيُّهَا الَّـذِيْنَ آمَنُوا اجْـتَـنِـبُوا كَـثِيرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّـنِّ اِثْـمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا  اَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ اَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْـتُمُوهُ وَاتّـقُوا اللهَ إْنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ .
                          Maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari persangka, sesunguhnya sebahgian persangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahgian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."          
Kesemuanya ini adalah bagi menerangkan perkara Roh al-A’mal dan Roh al-Makna (Roh Pada Makna) itu.

Demikian juga pada ayat 10 surah Al-A’diat  العاديات: 
 "وَحُصِّلَ مَا فِيْ الْصُّدُورِ"
                          Maksudnya :
"Dan dikeluarkan apa yang ada di dalam dada/hati (kufur atau iman)."
Dibentangkan kehasilan daripada makna perbuatannya di mana terbukanya segala Roh Amalan yang berkait dengan barang apa yang ada tersimpan di dalam hatinya dahulu, selari dengan kehendak maknanya pada ayat al-Quran dalam surah الطَّارِقِ Ath-Thaariq  ayat 9:
                 "يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ" 
                    Maksudnya : 
"Pada hari dibuka/ditampakkan rahsia-rahisa (isi hati).
   أَيْ يَكْشِفُ عَنْ أَسْرَارِ الاَعْمَالِ وَاَرْوَاحِهَا القَبِيْحَةِ أَوِ الحَسَنَةِ      iaitu terdedahnya segala Rahsia Amalan dan segala Roh Al-A’mal, baiknya atau jahatnya."   
             
 AZAB KUBUR

Nabi kita Muhammad s.a.w. bersabda:
 "اَلْـقَــبْـرُ اِمَّا حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النَّـارِ أَو رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَـنَّـةِ" .
                      Maksudnya :
“Kubur itu sama ada salah satu lubang api neraka atau salah satu taman syurga."
 Sabdanya lagi:
اِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ عُرِضَ عَلَيْهِ وَمَقْعَدُهُ غُدْوَةً عَشِيَّةً اِنْ كَانَ مِنْ اَهْلِ الجَنَّةِ فَمِنَ الجَنَّــةِ وَاِنْ كَانَ مِنْ اَهْلِ النَّارِ فَمِنْ اَهْلِ الـنـَّـار وَيُقَالُ هَذَا  مَقْعَدُكَ حَتَّى تُبْعَثُ اِلَيْهِ يَوْمِ القِيَامَةِ.
                 Maksudnya:
 “Apabila mati seseorang kamu, dia diperlihatkan tempat duduknya, pagi-petang, jika dia ahli syurga maka syurgalah (baginya), jika ia ahli neraka maka nerakalah (baginya) dan diperkatakan (kepadanya): Inilah tempat kedudukan engkau hingga engkau dibangkitkan (dibawakan kepadanya) pada Hari Kiamat kelak”.
Memang sudah sewajarnya akan bertambah rasa sukacitanya jika ia adalah ahli syurga, dan sudah pasti  juga ia akan bertambah dukacita malahan akan menjadi suatu azab yang lain pula pada ketika itu jika ia terjumlah sebagai ahli neraka.

Kesemua ini menunjukkan bahawa mati itu bukan bererti hilang atau lenyapnya roh itu atau hilangnya segala pendapatan akal dan ilmunya. Beberapa ayat al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang mengkhabar dan menerangkan perkara ini.

Di dalam ayat-ayat al-Quran, terdapat kenyataan mengenai orang-orang yang mati syahid. Firman Allah Taala dalam surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 169-170:

وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (170

                         Maksudnya :
"Dan jangan kamu sekelian menyangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mereka mati bahkan mereka itu 'hidup' di sisi Tuhan mereka, diberikan rezeki. Mereka bergembira dengan apa yang Allah datangkan/berikan kepada mereka dari kurniaan-Nya dan mereka bergembira dengan orang-orang yang belum mereka bertemu dengan mereka dari belakang mereka (belum mati) bahawa tidak ada rasa takut atas mereka dan tidak mereka besedih hati."

          Tanah Perkuburan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. di Jannatul Baqi' Madina

Ini adalah bagi roh-roh orang yang ahli kebahgiaan. Tetapi bagi roh-roh orang yang ahli kecelakaan maka Rasulullah s.a.w. telah menyeru mereka yang telah terbunuh pada hari perang Badar dengan menyebut nama-nama mereka, sabdanya: 
"Wahai polan, wahai polan, seorang-seorang, sesungguhnya telah aku dapati apa yang dijanjikan oleh Tuhanku itu adalah benar maka adakah kamu dapati apa yang dijanjikan oleh Tuhan kamu itu benar. Lalu ditanya: Wahai Rasulullah, adakah engkau menyeru mereka itu, pada hal mereka itu telah mati. Maka sabdanya: Demi yang diriku di bawah kuasa-Nya, tidaklah kamu sekalian lebih mendengar kata-kata aku ini dari mereka, tetapi mereka itu tidak berupaya hendak menjawab."

 HAL KEADAAN KUBUR


Osman bin A’ffan r.a. tatkala ia berdiri di sebelah kubur ibunya, ia pun menangis hingga basah janggutnya. Maka mereka berkata kepadanya: Engkau menyebut syurga dan neraka, tidak pun engkau menangis, (tetapi) engkau menangis bila berdiri di sisi kubur? Jawabnya: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"اِنَّ القَبْرَ أَوَّلُ مَنَازِلِ الآخِرَةِ فَاِنْ نَجَا مِنْهُ صَاحِبُهُ فَمَا بَعْدهُ أَيْسَرُ مِنْهُ وَاِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدهُ أَشَــدُّ "
                    Maksudnya :
“Sesungguhnya kubur itu adalah tempat persinggahan pertama bagi akhirat. Maka jika ia terselamat darinya maka apa jua yang berlaku selepasnya adalah lebih mudah darinya (dari sebelumnya) dan jika tidak terselamat darinya maka apa jua yang (datang) selepasnya itu adalah lebih teruk.”
 Rasulullah s.a.w. telah bersabda:   

مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا إِلَّا وَالْقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ  

                     Maksudnya :
"Tiada aku lihat sesuatu pemandangan melainkan kuburlah yang paling menggerunkan dari yang lainnya."

  Sabdanya lagi: 

مَا الْمَيْتُ فِي قَبْرِهِ إِلَّا كَالْغَرِيْقِ يَـنْـتَـظِـرُ دَعْوَةً تُلْحِقُهُ مِنْ أَبِيْهِ أَو أَخِيهِ أَو صَدِيْقٍ لَهُفَاِذَا لَحِقَـتْـهُ كَانَ أَحَبُّ اِليْهِ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا .

 :Maksudnya                    
"Umpama si mati itu di dalam kuburnya adalah seperti orang yang karam, sedang menunggu do'a daripada bapanya atau saudaranya atau sahabatnya. Apabila ia mendapatnya maka itu adalah lebih disukainya dari dunia dan apa yang ada di dalamnya."
وَعَنْ ابْنِ سِيْرِين قَالَ قَالَ رَسُولُ اللُه صَلَّى اللهُ عَليه وَسَلَّمَ : اِنَّ الْرَجُلَ لَيَمُوْتُ وَالِدَاهُ وَهُوَ عَاقٍ لَهُمَا
فَيْدعُو اللهَ لَهُمَا مِنْ بَعْدِهِمَا فَيَكْـتُبُه اللهُ مِنَ الْبَارِّيْنَ .
Daripada Ibnu Sirin katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, mafhumnya: 
"Bahawasanya seorang lelaki yang kematian kedua ibu bapanya sedangkan dia adalah seorang yang derhaka kepada keduanya lalu ia berdo'a kepada Allah bagi kedua ibu-bapanya itu sepeninggalan keduanya. Maka Allah tuliskan dia dari jumlah orang-orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapa."
وَقَالَ ابْنُ ابي مَلِيكَة قَالَ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : زُوْرُوْا مَوتَاكُمْ وَسَلِّمُوْا عَلَيْهِمْ فَاِنَّ لَكُمْ فِيْهِمْ عِبْرَةٌ .
                       Maksudnya :
 “Ziarahilah orang-orang matimu dan berikan salam kepada mereka, maka adalah bagi kamu sekalian pada mereka itu i’brah (percontohan). ”

Kata Ibnu Ubai Malikah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
وَقالَ النَّبِيُّ مُحَمَّدُ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : مَنْ زَارَ قَبْرَ أَبَوَيْهِ أَو اَحَدَهِمَا فِي كُلِّ جُمْعَةٍ غُفِرَ لَهُ وَكُتِبَ بِرًّا
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang kira-kira ertinya: 
"Barangsiapa menziarahi kubur kedua ibu-bapanya atau salah seorangnya pada tiap-tiap hari Jumat nescaya diampunkan baginya dosanya dan dituliskan sebagai orang yang berbuat baik."  
Mentalqin mayat selepas dikebumi, meratakan tanahnya serta berdo'a baginya merupakan perkara yang baik dibuat dan disunatkan.

Orang-orang yang telah mati, tidak boleh diumpat atau dicerca.

Nabi kita Muhammad s.a.w. telah melarang dan mencegah perbuatan mencerca orang yang sudah mati:
لَا تَذْكُرُوْا مَوتَاكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَاِنَّهُمْ اِنْ يَكُوْنُوْا مِنْ أَهْلِ الجَنَّــة تَأْثَمُوْا
وَاِنْ يَكُوْنُوْا مِنْ اَهْلِ النَّارِ فَحَسْبُهُمْ مَا هُمْ فِيْهِ.

Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w. yang kira-kira ertinya: 
"Janganlah kamu sekalian sebutkan orang-orang matimu itu melainkan dengan sebutan yang baik maka jika mereka itu daripada ahli syurga, berdosalah kamu sekalian dan jika mereka itu daripada ahli neraka maka memadailah dengan apa yang mereka itu sedang berada di dalamnya."

 

 FADHILAT MENYEBUT MATI


Adalah sangat besar manfaatnya pada menyebutkan perkara mati. Menyebutkan mati dapat menghilangkan rasa kegemaran hatinya untuk melakukan perkara-perkara yang tiada berfaedah kepada agama dan akhiratnya. Benci hati kepada barang yang tiada berfaedah itu merupakan tunjang untuk mendapatkan sebarang kebajikan.

Orang yang berakal tidak akan membiarkan hatinya lalai dalam perkara ini, lebih-lebih lagi soal ajal yang tidak diketahui saat dan harinya, bulan dan tahunnya. Dalam hal ini, Nabi kita Muhammad s.a.w. telah bersabda kepada Abdullah bin Omar Radiallahu a’nhuma:
"اِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تُحْدِثُ نَفْسَك بِالْمَسَاءِ وَاذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تُحْدِثُ نَفْسَكَ بِالصَّبَاحِ وَخُذْ مِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ وَمِنْ صِحَتِكَ لِسَقَمِكَ
فَاِنَّكَ يَا عَبْدَ اللهِ لَا تَدْرِي مَا اِسْمُكَ غَدًا".
                       Maksudnya:
“Apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau ingatkan adanya diri engkau itu di waktu petang, apabila engkau berada di waktu petang, janganlah engkau ingatkan adanya diri engkau itu pada waktu paginya, dan ambillah (persediaan/peluang) semasa hidup engkau untuk mati engkau dan semasa sihat engkau bagi persediaan sakit engkau, sesungguhnya engkau wahai Abdullah tidaklah engkau tahu apa nama engkau pada esok paginya.”
Oleh kerana itulah orang yang sedar betapa besarnya huru-hara mati, akan berasa kurang senang dengan segala kelazatan dan keseronokan hidup di dunia apabila mengingatkan kesakitan yang pasti dihadapinya ketika hendak mati. Betapakah dukacitanya pula jika difikirkan kalau-kalau dirinya itu kelak tidak terlepas dari azab kuburnya.

Firman Allah Taala:
  " قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَاِنَّهُ مُلَاقِيْكُمْ 
                        Maksudnya : 
”Katakanlah olehmu bahawa mati yang engkau sekalian lari darinya itu maka sesungguhnya ia mengejari engkau.”
وقال صلى الله عليه وسلم : اَكْثِرُوْا مِنْ ذِكْرِ هَادِمِ الَّلذَّات 
Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w., mafhumnya: 
Banyakanlah dari menyebut barang yang memutuskan segala kelazatan (yakni mati).”
وَقَالَتْ عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا يَا رَسُولَ اللهِ هَلْ يُحْشَرُ مَعَ الشُّهَدَاءِ أَحَدٌ قَالَ نَعَمْ مَنْ يَذْكُرُ المَوتَ
فِي اليَومِ وَالَّليْلَةِ عِشْرِينَ مَرَّةً.
Aisyah r.a. berkata yang bermaksud:
"Wahai Rasulullah, adakah sesiapa yang akan dihimpunkan bersama orang-orang yang mati syahid? Jawabnya: Ya, iaitulah orang yang menyebut mati pada waktu siang dan malam (sebanyak) dua puluh kali."
Sabda Rasulullah s.a.w. : 
وقال عَلَيْهِ السَّلَامُ : تَرَكْتُ فِيْكُمْ وَاعِظَيْن صَامِتًا وَنَاطِقًا فَالصَّامِتُ الْمَوْتُ وَالنَّاطِقُ القُرْءَانُ.
                    Mafhumnya :
“Aku tinggalkan pada engkau sekalian dua pengingat, satunya PENDIAM dan satu lagi BERKATA-KATA, maka   pendiam itu ialah MATI dan yang berkata-kata itu ialah AL-QURAN.” 

TINGKATAN PENDAPATAN OTAK


Otak mempunyai beberapa tingkatan yang berlainan. Tingkatan yang pertama lebih rendah daripada tingkatan yang kedua. Tingkatan yang kedua lebih rendah dari tingkatan yang ketiga. Tingkatan yang ketiga lebih rendah dari tingkatan yang ke empat. Tingkatan yang ke empat merupakan tingkatan tertinggi berbanding dengan tingkatan-tingkatan yang lainnya.

1   Tingkatan Pertama:

Tingkatan ini ialah tingkatan pendapatan binatang halus seperti semut kalkatu yang berterbangan. Tabiatnya suka menerkam api kerana terpesona melihat kecantikan rupa api lalu terus diterkamnya. Bila terkena api dan terbakar bahagian badannya ia terjatuh di tempat lain, kemudian ia terus pergi lagi menerkam api itu. Demikianlah hingga beberapa kali sehingga mati.

Tingkatan ini dinamakan pendapatan "Alam Al-Has"  عالم الحس iaitu peringkat terhentinya pendapatan otak kepalanya itu setakat apa yang didapati elok pada pandangan mata kepalanya sahaja. Setelah dicuba dan dirasai sakitnya tetapi terlepas dari bahaya itu pada kali pertamanya maka ia pun terus mengulangi semula perbuatan yang merbahaya itu. Kenapa ?! 

Ini adalah disebabkan kesakitan dan kepedihan yang pertama kali yang mengenai dirinya itu tidak tersimpan lagi di dalam ingatan otaknyaOleh itu mana-mana orang yang sedemikian rupa tabiatnya maka dikategorikan di bawah "Alam Al-Has".

2    Tingkatan Kedua:

Tingkatan ini ialah tingkatan pendapatan unggas, seperti yang ada pada burung dan lain-lain yang seumpamanya. Apabila burung itu disakiti atau ditakutkan pada suatu tempat maka teruslah ia lari dari tempat itu, ia takut hendak datang semula ke tempat yang sama dan sangat berjaga-jaga dari terkena keadaan bahaya yang telah mengenainya sebelum ini.

Maka tingkatan pendapatan yang kedua ini dinamakan Alam al-Mutakhayilat” ( عالم المتخيلات) iaitu terhentinya pendapatan otak kepalanya itu di atas perkara yang telah terjadi terlebih dahulu, dirasai sendiri sakitnya, setelah itu barulah ia merasa takut disebabkan kesakitan yang lalu itu telah tersimpan di dalam  khayalan otak kepalanya. Tetapi sebelum terkena dan merasa sakitnya tidaklah ia takut atau tahu hendak berjaga diri dari bahaya itu.

Orang yang sedemikian rupa tabiatnya dikategorikan di bawah tingkatan “Alam al-Mutakhaiyilat” (عالم المتخيلات) yang setaraf dengan tingkatan pendapatan burung unggas dan lain-lain seumpamanya.

3   Tingkatan Ke Tiga:

Tingkatan ke tiga ialah tingkatan pendapatan binatang liar seperti kuda.
Dia sangat berjaga diri, lari dari binatang buas seperti singa, harimau dan sebagainya sebaik sahaja ternampak dari jauh. Walaupun belum pernah terkena sebelumnya, tetapi ia terus lari apabila terlihat binatang-binatang buas itu disebabkan prasangka yang diwahamkan bahawa singa atau harimau itu boleh mendatangkan bahaya ke atas keselamatan dirinya. Tingkatan pendapatan ini dinamakan “Alam al-Mauhumat (عالم الموهومات) iaitu terhenti pendapatan otak kepalanya itu di atas adanya melihat barang yang merbahaya itu terlebih dahulu, kemudiannya barulah ia lari sebelum terkena.
Orang yang sedemikian ini halnya, dikategorikan tingkatan pendapatan otaknya itu di bawah Alam al-Mauhumat” (عالم الموهومات) yang setarafnya dengan tingkatan pendapatan binatang liar.


4   Tingkatan Ke Empat:

Tingkatan ke empat ini ialah tingkatan pendapatan tertinggi, iaitu keupayaan memahami sesuatu perkara tanpa diuji atau dicuba. Tidak dapat dimasukkan ke dalam khayal atau ke dalam sangkaan hati. Dia sangat  kuat berjaga dirinya dan takut kepada segala perkara yang berbahaya.
Tingkatan pendapatan ini dinamakan pendapatan “Alam al-Insan(عالم الانسان )iaitu tingkatan “Pendapatan Manusia” yang berkelayakan menerima segala ajaran ilmu pengetahuan agama Islam. Tingkatan ini dapat membezakan di antara tingkatan pendapatan kebinatangan dengan tingkatan pendapatan kemanusiaan.

Dari keterangan-keterangan yang lalu, kita telah pun mengetahui mati itu adalah suatu huru-hara yang sangat besar. Selepas mati, ada beberapa huru-hara lagi yang lebih besar. Adanya azab kubur dan adanya kesenangan di sana sehinggalah berakhir dengan orang yang berbahagia itu masuki syurga dan berkekalan selama-lamanya dan orang yang ahli kecelakaan itu masuk neraka dan berkekalan buat selama-lamanya.

Sesiapa yang tahap fikirannya hanya di tingkatan yang pertama, kedua atau ketiga sahaja maka barang tentunya tidak akan mahu mempercayai segala huru-hara mati, apatah lagi huru-hara selepas mati.

Namun jika tahap pemikiran otaknya berada di tingkatan yang keempat, dia akan mempercayainya tanpa was-was, malahan melebihi dari apa yang dapat dimasukkan ke dalam khayal atau ke dalam sangkaan hati.

 Di peringkat manakah tingkatan otak diri sendiri?

Andainya kitab ini dibaca dari awal hingga ahkirnya, berkaitan perkara huru-hara mati dan selepas mati, pastinya ia akan tahu di tingkatan manakah ia sedang berada sekarang ini sama ada berada pada tahap tingkatan terkebawah atau teratas sekali.

[Lihat : Tingkatan Otak Manusia dan Akhlak Mukmin ]

Selepas dibaca dan diteliti kitab ini, hendakalah dibaca juga kitab pendahuluannya yang  bernama: “Akidah Ahli As-Sunnah Pada Makna Dua Kalimah Syahadah At-Tauhid dan SyahadahAr-Rasul” dari awal hingga akhirnya. Segala kandungan kehendak maknanya hendaklah diambil faham, diulangi, selepas itu tanya diri sendiri, di tingkat manakah dia sekarang berada?

Perlu diingatkan bahawa dalam soal bersangkutan dengan tawhid bagi mentawhidkan Tuhan adalah seperkara yang amat berat tetapi tersangat penting kerana apabila diserukan supaya tidak mensyirikkan Allah Taala itu dengan segala makhlukNya, tentulah sukar untuk mereka mempcercayainya tetapi jika diserukan supaya mensyirikkan Allah bersegeralah mereka itu mempercayainya sebagaimana diterangkan di dalam al-Quran. Firman Allah Taala pada surah Al-Mu’min سورة المؤمن  ayat 12:
"ذَلِكُمْ بِأَنَّهُ اِذَا دُعِيَ اللهُ وَحْدَهُ كَفَرْتُمْ وَاِنْ يُشْرَكْ بِهِ تُؤْمِنُوْا فَالحُكْمُ لِلَّهِ العَلِيِّ  الْكَـبِيْرِ"
                       Maksudnya :
"Itulah kamu apabila diserukan kepada keesaan Allah sahaja, kamu ingkar, dan apabila dipersekutukan dengan-Nya, lalu kamu sekalian mengimani maka hukuman itu (sekarang) adalah milik Allah Yang Maha Tinggi Yang Maha Besar."
Daripada ayat ini fahamlah kita bahawa orang yang beriman itu sangat sedikit bilangannya.  Sementara orang-orang yang kafir itu sangat ramai jumlah bilangannya.

Oleh itu, Allah Subhanahu Wa Taala telah melarang supaya tidak mengikuti orang yang ramai bilangannya di muka bumi ini agar tidak disesatkan. Firman Allah Taala pada surah Al-An’am سورة الأنعام  ayat 116:
" وَاِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ اِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُوْنَ"
                 Maksudnya : 
Dan apabila kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu dari jalan (agama) Allah, tidak mereka mengikuti kecuali (hanya) persangkaan, dan mereka tidak lain kecuali (hanya) berbohong/berdusta (terhadap Allah).
Sementara itu, tidak boleh kita kesali dan berdukacita terhadap mereka yang bersegera kembali semula kepada agama kufur yang sesat kerana dahulunya, mereka hanya beriman dengan lidah-lidah mereka pada hal, hati-hati mereka tidak pun beriman.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah سورة المائدة ayat 41:
"يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَاْ يَحْزُنكَ الذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الكُفْرِ مِنَ الذِيَنَ قَالَوْا آمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُـلُـوبُهُمْ" الاية.
                      Maksudnya:
Wahai Rasul, janganlah engkau berdukacita, kerana orang-orang yang bersegera masuk kekafiran iaitu di antara orang-orang yang berkata (dengan mulut mereka): Kami telah beriman, sedang hati mereka tiada beriman."
Maka selain dari itu, adalah tidak menghairankan juga apabila mereka itu sangat kuat mempersendakan kita, disebabkan ketinggalan kita dari segi mengambil kesenagan dan kemewahan hidup di dunia. Orang-orang kafir itu tentulah akan berbuat yang demikian itu manakala mereka itu telah diberi suatu kedudukan yang mendorong mereka itu mengambil segala kesenangan hidup dunia setelah mereka menyimpan ingatan mengingkari ada hari yang kemudian daripada mati.

Ingatan buruk ini berperanan menyekat hati mereka itu dari berfikfir kepada perkara yang kemudian daripada mati.

Mereka memperejek-ejekkan orang-orang yang beriman, orang-orang yang mengikuti batasan-batasan hukuman Allah serta berjaga diri dari terjatuh ke dalam syirik dan kufur.

Bagi orang yang beriman, Allah Taala mengurniakan balasan baik, memelihara mereka yang taat kepada hukuman-hukuman Allah itu pada Hari Kiamat kelak di mana mereka ini akan mengatasi mereka itu. Allah Taala akan mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakki-Nya tanpa terkira lagi akan keluasan rezeki yang diberinya itu.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah  سورة البقرة ayat 212:
زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ 
                      Maksudnya: 
" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang yang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Pada hal orang-orang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka pada Hari Kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
Sungguhpun harta-benda yang banyak dan anak yang ramai menyeronokkan hati dan menyenangkan hidup di dunia tetapi itulah juga yang menyusahkan hidupnya di dalam dunia ini. Bagi mendapatkan harta yang banyak adalah suatu kesusahan yang mesti ditanggungi akan tetapi untuk memelihara harta yang banyak itu juga adalah suatu kesusahan yang lain.
Oleh itu tidaklah boleh dihairankan banyak harta dan ramainya anak mereka yang berupa kesenangan hidup di dunia ini tetapi sebetulnya itulah juga yang mengazabkan mereka semasa di dunia ini lagi dan ketika roh-roh mereka itu dikeluarkan sedang mereka itu di dalam kekafiran.

Firman Allah Taala dalam surah سورة التوبة At Taubah ayat 55 dan 85:
" فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَاأَوْلَادُهُمْ إِنَّمَا يُرِيْدُ اللهُ لِيُعَذَّبَهُمْ بِهَا فِي  الحَيوةِ الدُّنْيَا وَتَـزْهَـقَ أَنْفُسُهُمْ وَهُمْ كَـــفـِرُوْنَ"
                       Maksudnya
“Janganlah harta dan anak-anak mereka itu menakjubkan engkau. Sesungguhnya Allah mengkehendaki untuk mengazabkan mereka dengannya dalam kehidupan dunia dan keluar roh mereka, sedang mereka dalam kekufuran.”
Maka selamanya seseorang itu menjadi kafir, dia bukan lagi seorang mukmin. Maka harta miliknya itu, walau sebanyak mana sekalipun dan seramai mana anak-anaknya, tidak sesekali memberi apa-apa faedaah kepadanya di akhirat kelak, tiada apa-apa harganya di sisi Allah Taala, selain dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Firman Allah Taala dalam surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 10:
إِنَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللهِ شَيْئًا وَاُولــئِكَ هُمْ وَقُوْدُ النَّـارِ
                         Maksudnya:
 " Sesunguhnya orang-orang yang kafir, harta benda dan anak-anak mereka sedikitpun tidak dapat menolak (seksa) Allah dari mereka. Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka."
Firman-Nya lagi dalam surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 91 :
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ الأرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَى بِهِ أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا  لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ 
                   Maksudnya:
“Bahawa orang-orang yang telah kufur dan mereka mati dalam keadaan kekafiran maka tidak akan diterima (tebusan) dari seseorang pun di antara mereka sepenuh bumi emas walaupun dia menebus diri dengannya, bagi mereka itu seksaan yang pedih dan mereka tidak memperoleh penolong."
Apa yang  dikehendakki pada mencari harta itu ialah kehalalannya pada timbangan hukuman Allah. Jika banyak, banyaklah perkara kebajikan bagi faedah agama dan akhirat itu dibelanjakan. Maka di atas keadaan ini sangatlah berguna harta yang banyak itu pada masa hidup dan kemudian daripada matinya.

Oleh itu bukanlah maknanya mencari harta-benda dunia ini ditegah semata-mata. Akan tetapi mencarinya itu hendaklah mengikut batasan-batasan yang diluluskan oleh syarak walau pun sangat sukarnya mencari rezeki yang halal itu. Syarak telah pun mewajibkan kita mencari nafkah yang halal, diberikan pahala yang besar pula bagi menunaikan tuntutan pekerjaan ini.
Berpeluk tubuh, berdiam diri, berhenti dari mencari nafkah yang halal untuk menanggung sara hidup bagi diri, ahli keluarga dan sekalian mereka yang di bawah tanggungannya itu adalah suatu perbuatan yang sangat merbahaya, membinasakan diri sendiri dan berlawanan sama-sekali dengan kehendak tuntutan agama Islam.

Terdapat banyak fahaman agama di muka bumi sekarang ini. Jika ditapisi kehendaknya maka perkara pokoknya kembali kepada mencari segala keseronokan hidup dunia yang diingini sangat oleh kemahuan hawa-nafsu  jahat itu.

Kesimpulan kehendaknya ialah supaya jangan mempercayai adanya azab dan kesenangannya selepas mati, jangan mempercayai adanya Hari Kiamat besar kelak, adanya balasan seksa ke atas diri mereka yang berbuat jahat, selain dari dunia ini.

Begitu juga dengan balasan baik yang sehabis-habis baik balasannya di tempat lain selain dari dunia ini. Kemuncaknya bermula dengan tuduhan/kepercayaan /tanggapan bahawa Tuhan itu ada rupa, ada tempat dan ada benda. Penyudahnya tuduhan itu berakhir dengan mengingkari adanya Tuhan.

Oleh itu, bersungguh-sungguhlah kita melawan segala keinginan hawa-nafsu jahat itu, pilihlah agama Islam itu sebagai agama yang wajib kita peluki, taatilah segala ajarannya dan sentiasalah berdoa kepada Allah Taala supaya dapat ketetapan hati di dalam iman beragamakan Islam serta mendapat keampunan dari Allah Taala dan menerima segala keluasan rahmatNya yang berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat.

Firman Allah Taala dalam surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 85: 
وَمَنْ يَبْتَـغِ غَـيْرَ الِاسْلاَمِ دِيْـنًا فَلَنْ يُّـقّْــبَلُ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الخَــسِرِيْنَ
                          Maksudnya : 
"Dan siapa dia (yang) menginginkan selain Islam (sebagai) agama maka tidak akan diterima darinya dan dia di akhirat termasuk dari orang-orang yang rugi.”

PENAMAT KATA

Firman Allah Taala dalam surah Ali 'Imran سورة آل عمران ayat 196-198:
لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ  (196) مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ  (197) لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلأبْرَارِ (198
                  Maksudnya :
“Jangan engkau terpadaya oleh kerana bolak-baliknya (kebebasan ) orang-orang kafir dalam negeri. 
(Itu hanyalah) kesenangan sementara yang sedikit, kemudian tempat tinggal mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat (tinggal). 
Tetapi orang-orang yang bertaqwa (takut) kepada Tuhannya, untuk mereka itu syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, serta mendapat hidangan dari sisi Allah dan apa yang ada di sisi Allah, lebih baik bagi orang-orang yang baik.”
وبِالخِتامِ بَعْدَ اَنْ اَحْمَدُ اللهَ وَأُصَلِّى وَأُسَلِّمُ عَلَى رَسُولِهِ محمدٍ وَآلِهِ وَأصْحَابِهِ اَدْعُوْ  اللهَ أَنْ يَجْعَلَنَا مِمَّنْ آَمَنُوا وَلَا نَكْفُرُ فِي مُقَابَلَةِ اِجَابَةِ دَعْوَةِ مَا وَصَفَهُ القُرْآنُ فِي قَولِهِ تَعَالَى :
"يَا اَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم الرَّسُولُ بِالْحَقِّ مِنْ رَبِّكُمْ فَآمِنُوا خَيْرٌ لَكُمْ وَاِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاءِ وَالاَرْضِ وَكَانَ اللهُ عَلِيْمًا حَكِيمًا"
اللهم زِدْنَا عِلْمًا وَفَهْمًا وَتَوَاضُعًا وَفَقِّهْنَا فِي الدِّينِ وَارْزُقْنَا قُوَّةَ التَّمَسُّكِ بِالدِّينِ وَبِالْاَعْمَالِ الصَّالِحَةِ وَاجْعَلْنَا مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ اللهم اغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِديْنَا وَلِجَمِيْعِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَات وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَات أَلْاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْوَات بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمدٍ وَآلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ . يَا رَبَّ العَالَمِينَ وَالحَمْدُ لِلهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .

[ Lihat sambungan kitab ini dalam : Bhg 1 : Kitab Tarbiyatu-Fikrit-Li Fahmi Ulumuddin- ]















BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...