Selasa, 5 November 2013

Bhg 1: Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin (تربية فكر الطفل لفهم علوم الدين)






[ Lihat : Pembinaan Iktiqad Ahli As-Sunnah ]
      





كتاب

تربية فكر الطفل لفهم علوم الدين

(منتربية فيكيرن كانق-كانق ممهمي اڬام اسلام)

KITAB

Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin

(MENTARBIAH FIKIRAN KANAK-KANAK MEMAHAMI AGAMA ISLAM)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وآله وأصحابه أجمعين

خطبة الكتاب

Amma ba’du: Sesungguhnya adalah dengan ini telah masuklah Kitab :


 تربية فكر الطفل لفهم علوم الدين 
(MENDIDIK PEMIKIRAN KANAK-KANAK MEMAHAMI USULUDDIN) 

Melalui beberapa pelajaran lalu yang telah dibentangkan pada juzu`k pertama dan yang kedua, dapatlah difahami oleh kanak-kanak bahawa kehidupan kita sekalian bukanlah setakat di dunia ini sahaja, tetapi akan bersambung hidup pula di negeri akhirat buat selama-lamanya, tiada lagi akan merasai mati, sama ada dalam keadaan sehabis-habis senang atau sebaliknya.

Keadaan kita di dunia ini adalah sementara sahaja, hanya sekadar menunggu masa perpindahan ke negeri akhirat yang berkekalan. Semasa di dunia inilah sahaja masanya kita diperintahkan Allah Taala supaya berlumba-lumba membuat segala amal kebajikan untuk bekalan hidup di akhirat. Balasan pahala bagi tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan akan kita terima nanti di akhirat. Bagaimana cantik, indah dan nikmatnya di syurga yang disediakan bagi orang-orang mukmin yang taat telah pun kita ketahui sedikit sebanyaknya.

Sekiranya kita gunakan kesempatan hidup sementara ini untuk bersuka-suka dan keseronokan dengan mengerjakan segala perkara maksiat dan meninggalkan segala ibadat yang difar'dukan oleh Allah Taala, kita akan dibalasi azab yang sangat dahsyat di akhirat kelak kerana melanggar hukuman-hukuman Allah Taala. Ketika itu, tiada jalannya lagi bagi kita melepaskan diri dari segala azab seksa yang  sangat kuat itu.

Kepedihan azab yang sangat dahsyat itu sudah tiada lagi tempoh habisnya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"لو قيل لأهل النارأنكم ماكثون في النار عدد كل حصاة في الدنيا لفرحوا ولو قيل لأهل الجنة أنكم ماكثون عدد كل حصاة لحزنوا ولكن جعل لهم الأبد". رواه الطبراني عن ابن مسعود.
                         Maksudnya :
“Andainya dikatakan kepada ahli neraka bahawa engkau kalian akan tinggal di dalam api neraka sebilangan pasir di dunia nescaya bersukacitalah mereka [kerana ada had tempoh masa habisnya]. Dan jika dikatakan kepada ahli syurga bahawa engkau kalian akan tinggal di dalam syurga sebilangan pasir di dunia nescaya berdukacitalah mereka [kerana segala nikmat kesenangannya ada had tempoh masa habisnya], akan tetapinya dijadikan bagi mereka [ahli syurga dan ahli neraka] berkekalan.”
          [ Hadis diriwayatkan oleh At’-T’abrani daripada Ibni Maso’ud.]

Apa yang dimaksudkan dengan bekalan akhirat ialah segala amalan kebajikan dan pekerjaan yang baik sahaja, sama ada yang diusahakan oleh hati, lidah atau anggota-anggota badan yang  lain.

Jika bersangkutan dengan ik’tiqad di hati, belajarlah bersungguh-sungguh bahagian Ilmu At-Tauhid atau Ilmu Al-Us’ul atas jalan mazhab Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah. Jika bersangkutan dengan membaiki kelakuan hati dari segala sifat ma`zmumah yang sepuluh perkara itu supaya digantikan pula dengan segala sifat mah’mudah, belajarlah bersungguh-sungguh bahagian Ilmu At-Tasawwuf.

Jika bersangkutan dengan ilmu ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan seumpamanya, belajarlah bersungguh-sungguh bahagian Ilmu Fiqih kerana tiap-tiap bahagian ilmu yang disebutkan itu bolehlah didapati keterangannya dalam kitab-kitab agama.

Mengenai soal wang ringgit dan harta-benda dunia, maka amatlah besar faedahnya jika tidak disalahgunakan. Syarak’ telahpun mewajibkan ke atas kita mencari rezeki yang halal bagi diri sendiri, ahli keluarga dan sekalian mereka yang di bawah tanggungan kita. Jika diperolehi secara haram, atau dibelanjakan pada tempat yang haram atau secara membazir maka syarak’ telah melarang keras akan yang demikian itu dan akan dikenakan balasan seksa di akhirat kelak di dalam api neraka.

Firman Allah Taala (al-Quran surah سورة المؤمنون Al-Mukminun, ayat 51:
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ 
                      Maksudnya :
" Hai Rasul-rasul, makanlah dari maknan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
 Oleh kerana itulah, Allah Taala telah menyamakan baiknya memakan barang yang halal dengan segala ibadat yang di fard’ukan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
   "طلب الحلال فريضة على كل مسلم بعد الفريضة"
                       Maksudnya :
“Mencari rezeki yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap muslim selepas ibadat yang difard’ukan”. (yakni selepas dari fard’u iman dan sembahyang).
Sabda Nabi s.a.w:
"إن لله ملكا على بيت المقدس ينادي كل ليلة من أكل حراما لم يقبل منه صرف ولا عدل"
( فالصرف النافلة والعدل الفريضة )
                        Maksudnya : 
“Bahawa ada bagi Allah malaikat di Baitul Maqdis, (yang) melaung tiap-tiap malam (bahawa) barangsiapa memakan (barang yang) haram tidaklah diterima darinya itu sharfun (صرف) mahu pun a’dlun.  [Sharfun: ibadat yang sunat-sunat. A’dlun: ibadat yang fard’u.]
 Sabdanya lagi:
" من اشترى ثوبا بعشر دراهم وفي ثمنـه درهم حرام لم يقبل الله صلاتهما دام عليه منه شئ".
                           Maksudnya :
“Barangsiapa membeli satu pakaian dengan sepuluh darham dan pada harganya itu (ada) satu darham (yang) haram tidaklah diterima oleh Allah akan sembahyangnya itu selagi ada padanya itu sesuatu yang haram.” 
Oleh kerana itulah, sesetengah sahabat Rasulullah s.a.w. apabila mereka  berhak menerima seratus darham, mereka hanya akan berpada menerima sebanyak 99 darham sahaja dan meninggalkan satu darham untuk dijadikan pendinding di antaranya dengan api neraka kerana ditakuti terlebih.
Sesetengah mereka mengambil kurang satu biji dan melebihkan satu biji apabila memberi. Dengan sebab inilah U’mar Bin A’bdul A’ziz Rahimahullah menjaga hidungnya supaya tidak tercium bau kasturi milik Baitul-Mal ketika ditimbang di hadapannya sebagai berjaga diri, lalu ia pun berkata:
“Tidak diambil manfaa’tnya melainkan dengan baunya.”
Itulah sebabnya mereka berjaga diri dari mengambil barang-barang perhiasan dan makanan-makanan yang enak-enak kerana takut terjadinya punca tarikan keinginan nafsu melampaui batasan hukuman syarak’. Bersandarkan kepada hakikat itulah mereka mengalihkan pandangan mata dari segala perhiasan ahli dunia yang boleh membawa kepada “cintakan  dunia” yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada agama dan akhirat.

Allah Taala berfirman dalam al-Quran surah سورة طه‎‎ Taha, ayat 131:
وَلا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَى 
                        Maksudnya :
“Dan janganlah engkau tujukan kedua matamu itu kepada apa yang telah Kami berikan kesukaan dengannya itu kepada golongan-golongan dari mereka (isteri-isteri mereka) (sebagai) keindahan perhiasan hidup dunia; untuk Kami uji mereka itu padanya, sedangkan limpah kurni Tuhanmu (di akhirat) adalah jauh lebih baik dan lebih kekal.”
Demikianlah kadar takut dan warak’nya orang-orang yang terdahulu dari menyentuh sebarang perkara yang dilarang oleh Allah Taala kerana ketakutan terkena azab api neraka.
Dalam perkara mencari rezeki yang halal, menurut timbangan hukuman syarak, sangatlah halus kira bicaranya kerana tiap-tiap satu perkaranya itu memerlukan penelitian yang sepatutnya. Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w:

"ليأتين على الناس زمان لا يبالي المرء بما أخذ المال أمن حلال أو من حرام".
(رواه البخاري عن أبي هريرة.)
                                  Maksudnya :
“Sesungguhnya akan datang kepada manusia satu zaman (masa) di mana seseorang itu tidak pedulikan dengan (cara) apa ia mendapatkan harta sama ada halal atau haram”.  
     [Hadis diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah  r.a..]
Nabi bersabda:
"سيأتي عليكم زمان لا يكون فيه شئ أعز من ثلاثة درهم حلال أو أخ يستأنس به أو سنة يعمل بها".
(رواه الطبراني عن حذيفة.)
                         Maksudnya :
“Akan datang kepada kamu kalian suatu masa (di mana) tiada sesuatu yang lebih mulia (bagi dirinya) dari tiga (perkara), (iaitu) darham yang halal atau saudara (mukmin) yang boleh bermesra dengannya atau suatu sunnah (amalan baik dari sunnah Rasulullah s.a.w.) yang boleh ia beramal dengannya”. 
         [Hadis  diriwayatkan oleh At’-T’abrani daripada Huzaifah]
 Nabi bersabda:
" ستكون عليكم أئمة يمكلون أرزاقكم يحدثونكم فيكذبونكم ويعملون فيسبون العمل  لا يرضون منكم حتى تحسنوا قبيحهم  وتصدقوا كذبهم  فاعطوهم الحق ما رضوا  به  فاذا تجاوزوا فمن قتل عن ذلك فهو شهيد"
(رواه الطبراني عن أبي سلالة)

                                 Maksudnya :
Akan ada ke atas kamu kalian (di mana) para pemimpin memiliki rezeki-rezeki kamu kalian; mereka menceritakan kepada kamu kalian lalu mereka membohongi kamu, mereka bekerja  lalu mereka memakai pekerjaan itu, mereka tidak (akan) merestui (sesuatu) dari kamu sehinggalah kamu kalian memuji keburukan mereka dan membenarkan pembohongan mereka, (ketikaitu maka engkau kalian berilah mereka hak itu (iaitu) apa yang boleh meredai mereka; maka jika mereka melampaui (batas) maka orang yang mati dibunuh kerananya, maka ia adalah seorang yang syahid (matinya). 
        [ Hadis diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abu Sulalah.]
                                
                                     Mencari rezeki yang halal adalah ibadat yang difardhukan.


Berlakunya hal-hal yang demikian itu adalah disebabkan banyaknya fitnah dalam agama di samping berbagai-bagi fitnah dunia lainnya.
Memandangkan terlalu kurang orang yang mengambil berat tentang agama, sehinggalah membawa ke tahap yang sehabis dagangnya (asing) maka kedagangannya itu tidaklah menghairankan kerana telah tiba masanya. Akan tetapi kita adalah dikehendaki menyambut dan menerima masa dagangnya itu dengan usaha yang gigih supaya tidak menjadi lebih dagang. Jika tidak, bermakna diri kita ini telah membantu kedagangannya.


Persoalannya, apakah ada lagi yang lebih buruk dari itu?


Sewajarnya, orang yang mengaku dirinya mukmin, sepatutnya, menghormati dan memuliakan agamanya, sebaliknya tuntutan itu diambil mudah dan dicuaikan.  

Tercapainya sesuatu usaha yang kuat sudah tentu memerlukan daya usaha yang gigih, bukan hanya dengan ingatan hati sahaja melainkan terlebih dahulunya seseorang itu mengetahui kadar mana tinggi kemuliaan agama Islam dan kepentingannya kerana kesemuanya itu memberi keselamatan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Mulianya seseorang itu bukanlah kerana elok rupa, elok bentuk badannya atau banyak harta-benda yang dimiliki tetapi adalah dengan sebab penerimaannya akan ajaran-ajaran yang dibawakan oleh agama Islam itu sendiri. 

Justeru, tiadalah ada yang lebih penting untuk diketahui selain dari ajaran-ajaran baik yang ditunjukkan oleh agama Islam.

Di bawah ini, diterangkan segala ajaran baik sebagai tambahan kepada perkara-perkara yang telah lalu dengan didahulukan perkara Nasab Keturunan Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan diiringi beberapa perkara.

NASAB KETURUNAN NABI  KITA  MUHAMMAD S.A.W.


Berikut adalah nasab keturunan penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan yang sangat mulia:

MUH’AMMAD BIN A’BDULLAH
Dari isterinya: Amnah Binti Wahab Az-Zahriyah Al-Qurasyiyah (أمنة بنت وهب الزهرية القرشية)

IBNI A’BDUL-MUT’T’ALIB
Dari isterinya: Fatimah Binti A’mru Al-Makhzumiyah Alqurasyiyah فاطمة بنت عمرو المخزومية القرشية

IBNI HASYIM
Dari isterinya: Salma Binti A’mru An-Najariyah Al-Khazrajiyah

IBNU A’BDU MANAF 
Dari isterinya: A’atikah Binti Murrah As-Sulamiyah

IBNU QUSAI 
Dari isterinya: H’ubai Binti Halil Al-Khazae’iyah

IBNU KILAB
Dari isterinya: Fatimah Binti Saa’d Yamaniyah daripada Azad Syanu`Ah  (ازد شنوؤة)  

IBNU MURRAH
Dari isterinya: Hindun Binti Sarir (     هند بنت سرير   )  dari Bani  Fihir (بني فهر) Bin Malik

IBNU KAA’B 
Dari isterinya: Wahsyiyah Binti Syaiban (  وحشية بنت شيبان     )  dari Bani Fihir juga 

IBNU LU`AI  (ابن لؤي
Dari isterinya: Um Kaa’b Mariah Binti Kaa’b dari Qadhaa’h (قضاعة)

IBNU GHALIB 
Dari isterinya: Um Lu`Ai  Salma Binti U’mar Al-Khazaie’i ام لؤي سلمى بنت عمر الخزاعي  

IBNU FIHIR
Dari isterinya: Um Ghalib Laili Binti Saa’d ام غالب ليلي بنت سعد   daripada Hu`zail (هذيل) .

IBNI MALIK 
Dari isterinya: Jandalah Binti Al-Harth  جندلة بنت الحر   daripada Jarham (جرهم

IBNU AN-NADHAR  ابن النضر
Dari isterinya: A’atikah Binti A’Dawan  (عاتكة بنت عدوان) daripada Qais E’ilan (قيس عيلان)  

IBNU KANANAH  ابن كنانة
Dari Iserinya: Murrah Binti Mur Bin Id  مرة بنت مر بن إد  

IBNU  KHUZAIMAH  ابن خزيمة 
Dari isterinya: A’wanah Binti Saa’d  عوانة بنت سعد  dari Qais E’ilan

IBNU “MUDRIKAH” ابن مدركة
Dari isterinya: Salma Binti Aslam   سلمى بنت أسلم   dari Qadhaa’h

IBNU ILIAS ابن الياس
Dari isterinya: Khandaf خندف 

IBNU MADHAR  ابن مضر
Dari isterinya: Ar-Rabab Binti Jundah Binti Maa’d  الرباب بنت معد    

IBNU “NIZAR” ابن نزار 
Dari isterinya: Saudah Binti A’k  سودة بنت عك 

IBNU “MAA’D”  ابن معد 
Dari isterinya: Ma’anah Binti Jausyim  معانة بنت جوشم   daripada Jarham (جرهم

IBNU A’DNAN ابن عدنان  

dan hinggalah nasab keturunan Nabi kita Muhammad s.a.w. itu kepada Nabi Ismail Bin Ibrahim Alaihimassalam  اسماعيل بن ابراهيم عليهما السلام 


Bangsa Qurisy itu sendiri terbahagi kepada 12 puak iaitu :

1.    Anak-anak A’bdu Manaf
2.    Anak-Anak A’bdud-Dar Bin Qus’ai عبد الدار بن قصي  
3.    Anak-Anak Asad Bin Abdul U’zza Bin Qus’ai اسد بن عبد العزى بن قصي   
4.    Anak Zahrah Bin Kilab زهرة بن كلاب   
5.    Anak-Anak Makhzum Bin Yaqaz’ah Bin Murrah مخزوم بن بقظة بن مرة  
6.    Anak-Anak Tim Bin Murrah  تيم بن مرة 
7.    Anak-Anak U’dai عدى  Bin Kaa’b عدى بن كعب
8.    Anak Saham Bin Has’is’ Ibnu A’mru Bin Kaa’b سهم بن هصيص ابن عمرو بن كعب 
9.    Anak-Anak A’amir Bin Lu`Ai عامر بن لؤي  
10.  Anak-Anak Tim Bin Ghalib
11.  Anak-Anak Al-Harith Bin Fihir
12.  Anak-Anak  Mah’arib Bin Fihir   محارب بن فهر

Kesemua nasab keturunan Nabi MUHAMMAD s.a.w. yang mulia ini adalah dari sebaik-baik keturunan bangsa Arab, tiada didapati dari nasab keturunan ini seorang pun yang hina bahkan kesemua mereka itu mulia belaka, sama ada dari sebelah pihak bapa mahupun dari sebelah pihak ibu.

Kesemua perkahwinan antara kedua-dua belah pihak bapa dan ibu adalah mengikut hukuman syarak yang ada pada masa itu. Tidak ada sebarang perkara kejahatan jahiliyah yang menyentuh nasab keturunannya itu, bahkan dipeliharai Allah Taa’la daripada yang demikian itu.

Demikianlah nasab Nabi kita Muhammad s.a.w itu yang hanya lahir dari nasab keturunan yang teramat mulia sahaja.
Perlu diingatkan bahawa kemuliaan nasab keturunan dan kesucian anak yang diperanakkan adalah sebahagian daripada syarat-syarat kenabian.

PERKAHWINAN ABDULLAH DENGAN AMINAH DAN KEHAMILANNYA

A’bdullah Bin A’bdul Mut'talib adalah anak yang paling dikasihi oleh bapanya. Ia dikahwinkan dengan Aminah Binti Wahab Bin A’bdu Manaf Bin Zahrah Bin Kilab امينه بنت وهاب بن ا'بدو مناف بن زهرح بن كيلب yang berusia 18 tahun.

Aminah pula adalah seafd’al-afd’al perempuan Quraisy dari segi nasab keturunan dan martabat. Setelah dua bulan menghamilkan Rasulullah s.a.w, bapanya wafat dan dikebumikan di Madinah di sisi bapa-bapa saudaranya Bani U’dai Bin Najjar بني عدي بن نجار   iaitu semasa pergi berniaga ke Negeri Syam. Dalam perjalanan pulang, dia telah jatuh sakit dan meninggal dunia di Madinah.

Apabila cukup masa kehamilan, bersalinlah Aminah dengan keputeraan anak yang sangat mulia itu. Menurut Al-Marhum Mahmud Pasya Al-Falaki bahawa  berlakunya yang demikian itu ialah pada pagi hari Isnin, 9 Rabiu’l Awal, bersamaan 20 haribulan April tahun 571 iaitu bersamaan Tahun Gajah Yang Pertama.

Rasulullah s.a.w diputerakan di rumah Abu T’alib di Syaa’b Bani Hasyim (شعب بني هاشم ) dan bidannya ialah Asy-Syifaa` الشفاء  ibu kepada A’bdur-Rah’man Bin A’uf.

Selepas dilahirkan, dia dibawa oleh ibunya kepada datuknya untuk menggembirakannya. Maka dengan sukacitanya diterima oleh datuknya lalu ia menamakan dengan nama: “MUHAMMAD” محمد .  Nama itu tidak masyhur di kalangan orang-orang Arab dahulunya tetapi Allah Taa’la mengkehendaki bagi mentahqiqkan barang apa yang Ia telah takdirkan, kerana sebutannya telah pun ada di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi yang terdahulu seperti At-Taurat dan Al-Injil.

Maka diilhamkanlah oleh Allah Taa’la kepada datuknya itu untuk diberikan nama tersebut bagi menyempurnakan tugasan itu.

UM AIMAN BARAKAH AL-H’ABASYIYAH  أم أيمن بركة الحبشية  hamba perempuan kepada bapanya A’bdullah adalah orang yang dipertanggung-jawabkan untuk memeliharainya. Sementara Thaubiyah adalah orang pertama yang menyusukannya iaitu hamba perempuan kepada bapa saudaranya Abu T’alib.

Setelah itu ia diserahkan kepada ibu susunya H’alimah Binti Abi `Zu`aib As-Saa’diyahحليمة بنت ابي ذؤيب السعدية   suaminya Abu Kabsyah كبشةابو

Adalah menjadi a’dat (kebiasaan) orang-orang Arab mencari wanita-wanita yang boleh menyusukan anak-anak mereka yang baru lahir di tempat-tempat yang berjauhan dari bandar-bandar untuk menjadikan akal fikiran kanak-kanak itu pintar lagi bijaksana.

Menurut mereka, kanak-kanak yang dipelihara di bandar adalah tumpul fahamannya dan lemah hemahnya pada perkara-perkara kebaikan.

Oleh itu datanglah wanita-wanita dari Bani Saa’d Bin Bakar yang  duduk berjauhan dari bandar Makkah, mencari-cari kanak-kanak untuk disusukan. Maka dapatlah H’alimah Binti Abi Zu`aib seorang kanak-kanak yang terpuji lagi sangat mulia untuk disusu dan dipelihara dengan sebaik-baik peliharaan oleh ibu susunya itu sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w itu tinggal di bawah jagaannya selama empat tahun. Banyaklah keberkatan yang telah diperolehi oleh ahli rumah yang memberi penyusuannya selama bersama dengan mereka itu.



KEJADIAN PEMBELAHAN DADA

Semasa berada bersama dengan mereka itu, suatu kejadian penting telah berlaku iaitu pembelahan dadanya bagi mengeluarkan bahagian syaitan.
Dia menceritakan hal yang demikian itu kepada H’alimah dalam ketakutan.

Berikutan peristiwa itu, ibu susuannya pun menyerahkan semula kepada ibunya Aminah selepas diceritakan kejadian tersebut kepada ibunya, katanya :
بينما هو وإخوته في بهم لنا خلف بيوتنا إذ أتى أخوه يعدو فقال لي ولأبيه ذاك أخي القرشي قد أخذه رجلان عليهما ثياب بيض فأضجعاه فشقا بطنه فهما يسوطانه فخرجت أنا وأبوه نحوه فوجدناه منتقعا لونه فالتزمته والتزمه أبوه فقلنا له مالك يا بني؟ فقال جاءني رجلان عليهما ثياب بيض فقال لأحدهما لصاحبه أهو هو؟ قال نعم فأقبلا يبتدراني فشقا بطني فالتمسا فيه شيئا فأخذاه ولا أدري ما هو.         
                Maksudnya :
"Pada ketika dia dan saudara-saudaranya berada  pada binatang-binatang ternakan kami, di belakang rumah-rumah kami, tiba-tiba saudaranya datang berlari. Katanya kepada saya dan bapanya: Itu, saudara Qurasyi saya, telah diambil oleh dua orang lelaki, keduanya berpakaian putih lalu mereka membaringkannya, kemudian membelah perutnya; kedua-dua mereka menggerak-gerakkannya dengan cemeti. Maka saya pun dan bapanya keluarlah mendapatkannya; kami dapati rupanya pucat dan kami pun tiada berenggang lagi dengannya. Maka kami menanyakan apakah yang telah terjadi kepada engkau wahai anakku? Katanya: Telah datang kepadaku dua orang lelaki, kedua-duanya berpakaian putih; salah seorangnya berkata kepada taulannya: 'adakah  dia itu dia? ' Jawabnya:  'Ya'. Lalu kedua-duanya mengadap saya kemudian membelah perut saya, mencari-cari sesuatu di dalamnya lalu mereka mengambil dan membuangnya, tidaklah saya tahu apa dia itu."
                        Perkuburan bonda Rasulullah s.a.w , Aminah binti Wahab di al-Abwaa'

Selepas kejadian itu, ibunya Aminah pun mengambilnya semula dan membawanya ke Madinah kerana hendak menziarahi bapa-bapa saudara Bani Udai Bin An-Najjar. Dalam perjalanan pulang, ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia di Al-Abwaa` الابواء , satu tempat  di antara Makkah dan Madinah, lebih dekat dari Madinah. Maka Rasulullah s.a.w. itu pun dipeliharailah oleh Um Aiman di bawah jagaan dan tanggungan datuknya Abdul Mut’t’alib. 

Datuknya itu sangatlah menyayanginya, tidak pernah merasakan kasih sayang sepertinya itu walaupun dengan anaknya sendiri iaitu tatkala zahirnya perkara-perkara yang menunjukkan sesuatu perkara yang sangat besar akan berlaku di masa yang akan datang.  

Datuknya itu amat memuliakannya. Tidak berapa lama datuknya A’bul Mut’t’alib itu pun meninggal dunia, setelah lapan tahun dari umur Rasulullah s.a.w. Kemudian, tinggallah Rasulullah s.a.w di bawah jagaan dan tanggungan bapa saudaranya Abu T’alib. Bapa saudaranya itu pun sangat menyayanginya, ia tidak suka sesiapa pun yang menyakitinya. 

Walau pun Abu Talib bukanlah seorang yang berharta tetapi Allah Taala membarkati hartanya yang sedikit itu. Semasa di bawah peliharaan bapa saudaranya, ia memberi percontohan “berpada-memadai” iaitu sekadar mana yang ada sahaja. Terjauh sekali dari kelakuan buruk makan, sebagaimana biasanya dilakukan oleh mana-mana budak lain. Perihal yang demikian itu telah diriwayatkan oleh pengasuhnya Um Aiman.

Apabila tiba waktu makan, datanglah budak-budak dalam keadaan berebut-rebut makanan sedangkan ia hanya berpada dengan apa yang dipermudahkan oleh Allah Taala untuknya. 


PENGAMBARAAN KE SYAM

Tatkala umur Rasulullah s.a.w sampai dua belas tahun, bapa saudaranya dan bapa saudara yang memeliharanya itu mahu mengembara ke Syam kerana berniaga. Maka Rasulullah s.a.w mengirakan masa perpisahannya itu adalah sesuatu yang besar.

Oleh itu, bapa saudaranya menaruh belas kasihan kepadanya lalu membawanya pergi bersama-sama mengembara ke Syam. Inilah pengembaraan kali pertama baginya. Mereka tidak tinggal lama di sana dan hanya berada sedikit masa sahaja.

Dalam pengembaraan itu, semasa kafilah itu tiba menghampiri  BASRI iaitu sempadan di antara Syam dan negeri Arab itu, datanglah kepada ahli kafilah itu seorang ahli ibadat bertanyakan perkara-perkara yang ada tersebut dalam kitab-kitab suci mereka itu mengenai kebangkitan Nabi dari kalangan bangsa Arab pada masa ini!

Ahli kafilah ini mengatakan bahawasanya itu belum lagi zahir sekarang ini. Kata-kata seperti itu banyak dituturkan oleh  ahli-ahli kitab  di kalangan orang-orang Yahudi dan Nasara tentang kebangkitan Rasulullah Nabi kita Muhammad s.a.w. Akan tetapi manakala datang kepada mereka (ahli-ahli kitab) apa yang mereka telah ketahui, lalu ingkar, tidak mahu mempercayainya. Maka kelaknatan Allah Taala ke atas orang-orang yang kafir itu. Firman Allah Taala dalam al-Quran surah سورة البقرة al-Baqarah, ayat 89:
وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَمَّا جَاءَهُمْ مَا عَرَفُوا كَفَرُوا بِهِ فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ.
                           Maksudnya :  
“Maka ketika telah datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (al-Quran) yang membenarkan apa yang ada pada mereka (Kitab At-Taurat) sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu) maka setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui (iaitu kenabian Muhammad) lalu mereka mengingkarinya maka laknatlah (dari) Allah ke atas orang-orang yang kafir.”

 

PENGAMBARAAN KALI KEDUA KE SYAM 

Apabila Rasulullah s.a.w mencapai usia 25 tahun, pergilah ia mengembara ke Negeri Syam buat kali keduanya.

Ada pun Khadijah Binti Khuailid Al-Asadiyah adalah seorang saudagar besar yang mempunyai kemuliaan dan kekayaan pada harta-benda yang banyak. Ia menjalankan urusan perniagaannya melalui orang-orang yang diupah dan yang digajinya. Manakala ia mendengar tentang “Nabi Muhammad s.a.w”, seorang yang sangat mulia, baik, amanah dengan tutur katanya benar, tidak pernah diketahuinya ada orang lain seumpamanya sehinggalah dinamakan oleh kaumnya sendiri sebagai  “Al-Amin”,  yak’ni  “orang yang sangat dipercayai dan sangat amanah”, ia pun menawarkan upahan dengan memberikan kepadanya barang dagangan yang terbaik jika dibandingkan dengan barangan yang ia beri kepada orang-orang lain. Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w mengembara ke Negeri Syam bersama dengan hamba Khadijah bernama Maisarah yang hasil urusan jual belinya telah  memberi keuntungan besar. 
Dalam pengembaraan itu, banyak perkara keberkatan bagi Rasulullah s.a.w telah muncul yang menarik perhatian Maisarah, hamba lelaki kepada Khadijah.



PERKAHWINAN DENGAN KHADIJAH


Sekembalinya ke Makkah dengan beroleh kelabaan yang sangat besar, amatlah menggembirakan Khadijah oleh seorang yang sangat amanah ini. Ia pun menghantar orang utusannya untuk meminang bagi dirinya sendiri. Ketika itu Khadijah berusia kira-kira empat puluh tahun dan merupakan sebaik-baik wanita bangsa Quraisy dari segi kemuliaan, kenamaan dan kekayaan  pada harta-benda.

Oleh kerana pinangannya itu, Nabi Muhammad s.a.w telah pergi bersama bapa-bapa saudaranya menemui bapa saudara Khadijah bernama A’mru Bin Asad عمرو بن أسد . Maka ia pun meminangnya melalui Abu Talib, bapa saudaranya.  Upacara perkahwinan Khadijah itu  telah dijalankan oleh bapa saudaranya, manakala khutbahnya dibacakan oleh Abu Talib pada hari itu. Demikian bunyinya:
الحمد لله الذي جعلنا من ذرية إبراهيم وزرع اسماعيل وضئضئ معد وعنصر مضر وجعلنا حضنة بيته وسواس حرمه وجعله لنا بيتا محجوبا وحرما آمنا وجعلنا حكام الناس ثم أن ابن أخي هذا محمد بن عبد الله لا يوازن به رجل شرفا ونبلا وفضلا وإن كان في المال قل فإن المال ظل زائل وأمر حائل وعارية مستردة وهو وافي المال وهو والله بعد هذا له نبأ عظيم وخطر جليل وقد خطب اليكم رغبة في كريمتكم خديجة وقد بذل لها الصداق "كذا" وعلى هذا تم الأمر.
Sebelumnya, Khadijah telah berkahwin dengan Abu Halah( (ابي هالة. Selepas kematiannya, dia telah meninggalkan seorang anak lelaki bernama Halah (هالة) yang menjadi anak tiri kepada Nabi Muhammad s.a.w.


KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W 
SEBELUM DIBANGKITKAN MENJADI RASULULLAH


Nabi kita Muhammad s.a.w tidak mempusakai daripada bapanya sesuatu bahkan ia diputerakan sebagai anak yatim atas kadar yang berkecukupan sahaja dan diserahkan kepada Bani Saa’d untuk disusukan. Tatkala mencapai usia yang membolehkan ia bekerja, ia pun bekerja memelihara kambing bersama saudara-sauadara susunya di tempat-tempat memelihara kambing.

Demikian itu jugalah tatkala ia kembali ke Makkah. Begitulah hal para anbia`k yang lain  juga dalam keadaan tidak berharta di dunia.

Maka dengan kerana inilah didapati  kesemua syaria’t yang diturunkan oleh Allah Taala kepada sekalian Rasul-Nya adalah selari sahaja dari segi kehendaknya iaitu memperelokkan perkara berzuhud di dalam dunia ini dan menyuruh dijauhkan diri dari berlumba-lumba mendapatkan harta dunia. Segala hal ehwal sekalian anbiak  yang terdahulu  adalah sebesar-besar saksi dan dalil  bagi menunjukkan di atas hal yang demikian itu.

Nabi Allah Isa a.s adalah manusia yang sangat zuhud dalam dunia ini, begitu jugalah Nabi Allah Musa a.s dan Nabi Allah Ibrahim a.s., jauh sekali dari berada dalam kemewahan dan merupakan suatu hikmah yang sangat besar yang Allah Taala letakkan ke atas para anbia`k-Nya supaya mereka itu menjadi contoh terbaik kepada pengikut-pengikut mereka untuk tidak bersikap tamak-haluba kepada harta-benda dunia. Sebaliknya mereka memelihara kambing.

Tidak seorang pun di kalangan Nabi-nabi melainkan ada memelihara kambing sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari. Pengajaran ini adalah suatu h’ikmah yang sangat besar kerana apabila manusia itu memelihara kambing, binatang ternakan yang paling d’a’if, maka akan berkelapanganlah hatinya dengan menaruh belas kasihan dan bertimbang rasa.

Old Testament Lesson 43: The Shepherds of Israel – Brother Brock's ...

Oleh itu apabila beralih daripada memelihara binatang yang sangat d’aif kepada manusia nescaya tidaklah terlatih dengan kelakuan pemarah dan tabia’t suka melakukan kezaliman. Dengan itu jadilah ia insan manusia yang berkelakuan terbaik dan terpuji dalam segala hal.

[**Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا بَعَثَ اللَّهُ نَبِيًّا إِلاَّ رَعَى الْغَنَمَ » . فَقَالَ أَصْحَابُهُ وَأَنْتَ فَقَالَ « نَعَمْ كُنْتُ أَرْعَاهَا عَلَى قَرَارِيطَ لأَهْلِ مَكَّةَ »
                  Maksudnya : 
Tidak ada Nabi kecuali pernah menjadi penggembala kambing.” Mereka para sahabat bertanya: 'Apakah engkau juga wahai Rasulullah?'. Beliau berkata: 'Ya, aku telah menggembala dengan imbalan beberapa qirath (mata wang dinar) dari penduduk Mekah.” (HR. Bukhari )
Firman Allah dalam surah  سورة طه Thaahaa ayat 18 ada menyebut :
قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَى غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَى
                       Maksudnya : 
" Berkata Musa: 'Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya, dan aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku, dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya'."]
Ketika mudanya, Nabi kita Muhammad s.a.w berniaga dan orang perkongsiannya itu ialah As-Saib Bin Abi Saib السائب بن أبي سائب  . Dia pergi mengembara dengan perniagaannya itu bagi pihak KHADIJAH r.a. ke Negeri Syam atas upahan yang diambilnya.  Setelah berkahwin dengan Khadijah, Nabi kita Muhammad s.a.w bekerja menjalankan urusan hartanya dan ia hanya makan dari hasil usaha pekerjaannya itu sahaja dengan bersungguh-sungguh dalam barang apa yang telah dikurniakan oleh Allah Taala kepadanya, sebagaimana yang tersebut pada surah سورة الضحى Adh Dhuha, ayat 6-8 dengan Firman-Nya:
 أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآَوَى (6) وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى (7) وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَى (8
                    Maksudnya :
Bukankah Dia  mendapati engkau (sebagai) seorang anak yatim lalu (Dia) melindungi (engkau). (6) 
Dan Dia mendapati engkau dhallan (ضالا) (yakni ketiadaan syaria’t) lalu Dia memberi petunjuk (mendapat syaria’t). (7)
Dan Dia mendapati engkau (sebagai) seorang miskin lalu Dia memberi kecukupan.” (8)
(Adapun mendapat perlindungan dan kecukupan ialah sebelum dibangkitkan menjadi Rasul dan mendapat petunjuk ialah selepas dibangkitkan menjadi Rasul).

KELAKUAN NABI MUHAMMAD S.A.W 
SEBELUM DIBANGKITKAN  MENJADI RASUL

Sebelum dibangkitkan menjadi Rasul, Nabi kita Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik orang di kalangan semua kaumnya, dari segi akhlak, tingkah-laku, kebenaran tutur kata, amanah dan berpegang kepada janji, terpelihara dari sebarang perkara keji dan daripada segala kelakuan buruk yang boleh mencemar nama baik seorang lelaki. 

Oleh itu ia adalah seafd’al-afd’alnya di kalangan kaumnya dari segi menjaga kehormatan, maruah dan berakhlak mulia dalam pergaulan dan sebaik orang yang berjiran, penuh dengan kesabaran dan tidak segera marah. Dengan sebab itulah dinamakan dia oleh kaumnya sebagai  “Al-Amin.”

Segala perkara kebaikan yang terpuji, segala akhlaknya yang mulia dari segi lemah-lembutnya, kesabarannya, kesyukurannya, keadilannya, merendah dirinya, berjauh diri dari sesuatu yang haram, pemurahnya, beraninya dan malunya adalah diakui sehinggalah oleh orang yang sangat bermusuh dengannya seperti An-Nadhar Bin Al-H’arith (النضر بن الحارث)  dari Bani Abdud-Dar عبدالدار  yang berkata :
" قد كان محمد فيكم غلاما حدثا أرضاكم فيكم وأصدقكم حديثا وأعظمكم أمانة حتى إذا رأيتم في صدغيه الشيب وجاءكم بما جاءكم قلتم ساحر! لا والله ما هو بساحر".
                    Maksudnya :
“Sesungguhnya Muhammad itu pada engkau sekalian adalah seorang lelaki yang yang  paling engkau kalian mered’ainya. Dia itu orang yang paling engkau kalian percayai kebenaran pertuturannya dan dia itu adalah orang yang paling hebat amanahnya daripada engkau kalian, sehinggalah apabila engkau kalian telah melihat pada dua pelipisannya itu uban, dan membawa dengan barang apa yang telah dibawanya kepada engkau kalian lalu engkau kalian katakan (bahawa) ia adalah seorang ahli sihir! Tidak, demi Allah bukan dia itu seorang ahli sihir."
Peristiwa itu berlaku pada musim perhimpunan orang-orang Arab yang mereka itu mengakui kebenarannya dan bersetuju menerima kata-katanya itu.

Apabila Hirqil هرقل  Raja Rom bertanya kepada Abu Sufian:
"هل كنتم تتهمونه بالكذب قبل ان يقول ما قال" ؟  قال لا. "فقال هرقل ما كان ليدع الكذب على الناس ويكذب على الله".
              Maksudnya :
“Adakah engkau kalian menuduhnya berdusta sebelum ia  kata apa yang telah ia katakan? (yakni sebelum ia dapat wahyu dari Allah)." 
(Abu Sufian) mejawab: "Tidak."
Kata Hirqil: "Dia  tidak akan meninggalkan dusta kepada manusia dan berdusta pula kepada Allah (yakni selamanya ia tidak pernah berbuat dusta ke atas manusia apatah lagi untuk berbuat dusta ke atas Allah)."
Sesungguhnya Allah Taala telah memelihara Nabi kita Muhammad s.a.w itu sejak kecilnya lagi dari segala perbuatan yang biasanya dilakukan oleh orang-orang jahiliyah, sedangkan syaria’t yang dibawanya itu amatlah berlawanan sama sekali dengan segala perbuatan orang-orang jahiliah dan sangat dibenci oleh penyembah-penyembah berhala. Nabi tidak pernah hadir pada sebarang perhimpunan atau hari perayaan yang diadakan untuk berhala oleh penyembah-penyembahnya itu.

Mengenai sembelihan, Nabi kita Muhammad s.a.w tidak memakan sembelihan mereka yang dilakukan di atas batu. Dia mengharamkan dirinya dari  meminum arak. Adapun akhlak yang sedemikian itu, semuanya adalah dari akhlak dan adab baik yang Allah Taala perhiaskan dengannya kepada para anbia`k-Nya supaya mereka berada dalam persediaan yang sempurna untuk menerima kedatangan wahyu dari Allah.

Kesemua anbia`k adalah terpelihara dari segala rupa kelakuan buruk sama ada sebelum dibangkitkan menjadi Rasul atau sesudahnya mereka itu dibangkitkan menjadi Rasul, supaya mereka itu berkelayakan menerima suatu tugasan yang sangat besar yang akan disandarkan ke atas mereka untuk menjadi ikutan kepada umat-umat mereka.


KEMULIAAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEBELUM 
DIBANGKITKAN MENJADI RASUL

Pengurniaan dari Allah Taa’la kepada Nabi kita Muhammad s.a.w bermula dari keberakatan ke atas keluarga Halimah, di tempat ia disusukan semasa dilanda kemarau. Dengan adanya Nabi kita Muhammad di kalangan mereka, maka kembalilah semula kambing-kambing ternakan mereka itu mengeluarkan susu. Kemudian, diikuti pula pembedahan dada Nabi kita Muhammad s.a.w untuk dikeluarkan bahagian syaitan daripadanya. Pembedahan itu bukanlah seperkara yang pelik bagi  kekuasaan Allah.

Di antara kemuliaan-kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Taa’la ialah sekelumpuk awan yang hanya memayungi Rasulullah s.a.w di sepanjang perjalanannya mengembara ke Negeri Syam pada musim panas semasa bersama-sama dalam kafilah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Maisarah, hamba kepada Khadijah yang turut serta bersamannya mengembara ke Negeri Syam. Inilah yang mendatangkan kegemaran kepada Khadijah sehinggalah ia meminang untuk dirinya sendiri.

Beliau berbuat demikian semata-mata kerana keyakinannya bahawa ada bagi Nabi Muhammad s.a.w itu sesuatu yang besar akan berlaku pada masa akan datang. Dengan sebab itulah manakala dibangkitkan oleh Allah Taa’la menjadi Rasul maka Khadijah adalah orang yang paling segera menerima seruan beriman kepada Rasulullah, tanpa tunggu dan lihat tanda-tanda yang lainnya, tambahan kepada apa yang ia telah ketahui tentang adab dan akhlaknya yang amat mulia dan tentang barang apa yang ia dengari daripada perkara-perkara ajaib yang menyalahi adat. Di antaranya ialah pemberian salam ke atasnya dari batu-batan dan kayu-kayan

Apabila Nabi Muhammad s.a.w keluar kerana qada hajatnya, dia akan pergi jauh dari pandangan iaitu di tempat-tempat binaan, bukit-bukau dan di perut-perut tanah lembahan. Maka tidak ia melalui sesuatu batu atau pokok melainkan ia mendengar (ucapan):

"الصلاة والسلام عليك يا رسول الله"

                    Maksudnya : 
“Salawat dan salam ke atas engkau wahai Rasulullah.” 
Lalu baginda berpaling ke kanan, ke kiri dan ke belakang. Perkara  sebegini bukanlah sesuatu yang dimusykilkan kerana Allah Taala telah pun mempermudahkan akan segala  jamadat, seperti  kayu, batu dan lain-lainnya bagi sekalian anbia' terdahulu.

Related image
Bagaimanakah cara batu dan pokok memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda mendengar serta memahaminya?

Tongkat Nabi Musa a.s. telah menelan segala yang diperbuat oleh tukang-tukang sihir Fira’un sesudah bertukar menjadi ular yang hidup berjalan, kemudian ia kembali semula sebagaimana mulanya. Apabila dia memukul batu dengan tongkatnya  itu, memancarlah dua belas (12) mata air;  bagi setiap kafilah Bani Israel itu satu mata air. 

Demikian juga yang lainnya bagi anbia`k-anbia`k, dipermudahkan oleh Allah Taala sebagai bukti dan tanda yang menunjukkan betapa besarnya kadar martabat dan kadar tingginya urusan pekerjaan mereka bagi orang-orang yang mempunyai akal.


PERKHABARAN  DARI KITAB  AT-TAURAT 
TENTANG KEBANGKITAN NABI MUHAMMAD S.A.W.


Dalam kitab At-Taurat yang diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. ada mengandungi hukum-hukum syarak’ untuk umatnya pada masa itu. Terdapat di dalamnya sebutan-sebutan mengenai hal ehwal anbia`k-anbia`k yang akan dibangkitkan menjadi Rasul-Rasul-Nya. Sebahagian daripada apa yang ada disebutkan di dalam kitab At-Taurat adalah mengenai kebangkitan Rasul kita yang mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi kita Muhammad s.a.w telah tinggal di kalangan seteru-seterunya yang sangat bermusuhan dengannya di kalangan orang-orang Musyrikin dan Yahudi, selama dua puluh tiga tahun, menyeru mereka supaya beri’badatkan kepada Allah. Dalam begitupun Allah Taa’la memeliharakan dia daripada segala kemudaratan yang akan didatangkan oleh seteru-seterunya itu. Bagi memperkukuhkan hatinya itu, turunlah ayat al-Quran dalam surah سورة المائدة  Al-Ma'idah, ayat 67. Firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ 
                        Maksudnya :
Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Dan Allah memelihara kamu dari (gangguan/kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orng yang kafir." 
Sebelumnya, Nabi Muhammad s.a.w dijaga sehinggalah turunnya ayat tersebut. Setelah itu  baginda tidak lagi dijaga.

Dalam kitab At-Taurat, telah pun ada disebutkan  tanda-tanda untuk dibezakan antara Nabi yang sebenar dengan Nabi yang dusta (palsu), bersangkutan dengan perkara-perakara yang akan datang. Nabi kita Muhammad s.a.w telah pun mengkhabarkan beberapa banyak perkara yang akan datang. Kesemuanya berlaku sebagaimana yang baginda khabarkan. Ini menunjukkan tanda kebenaran Nabi kita Muhammad s.a.w, semata-mata adalah pengurniaan Allah Taala kepadanya, tidak sesekali berlakunya secara agakan, tekaan atau angan-angan dan lintasan di hati.

Al-Qadhi A’yyadh meriwayatkan di dalam Asy-Syifa (الشفاء) bahawa A’t’aa`Bin Yassar telah menanyakan  A’bdullah  Bin  A’mru Bin AL-A’as’ tentang keadaan Rasulullah s.a.w., maka katanya:
" أجل والله أنه لموصوف في التوراة ببعض صفاته في القرءان".
                          Maksudnya :
“Bahkan, demi Allah bahawa telah ada disebutkan keadaannya di dalam kitab At-Taurat yang sebahagiannya ada di dalam Al-Quran:
"يا أيها النبي إنا أرسلناك شاهدا ومبشرا ونذيرا وحرزا للأميين أنت عبدي ورسولي سميتك المتوكل ليس بفظ ولا غليظ ولا سخاب في الأسواق ولا يدفع السيئة بالسيئة ولكن يعفو ويغفر ولن يقبضه الله حتى يقيم به الملة العوجاء بأن يقول لا إله إلا الله ويفتح أعينا وآذانا صما وقلوبا غلفا".
                  Maksudnya :
Wahai Nabi, bahawasanya Kami mengutuskan engkau menjadi saksi dan memberi perkhabaran gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan syurga) dan memberi perkhabaran duka (kepada orang-orang yang kafir dengan neraka) dan pemeliharaan bagi kalian orang-orang awam; engkau itu hamba-Ku dan persuruh-Ku; telah Aku namakan engkau (sebagai) almutawakil, tidak buruk laku,  tidak berkelakuan kasar, tidak meninggikan suara dalam pasar-pasar dan tidak menolak kejahatan dengan kejahatan akan tetapi memaa’fi dan mengampuni dan tidak Allah mengambilnya (rohnya) sehingga ia menegakkan dengannya itu agama yang bengkok dengan berkata: 
لا إله إلا اله
 dan ia membukakan dengannya mata yang buta, telinga yang pekak dan hati yang tertutup.
Sesungguhnya telah diriwayatkan seumpama itu daripada A’bdullah Bin Salam r.a., bahawa beliau adalah seorang ketua Yahudi, maka tidaklah ia meninggalkan agama Islam kerana pangkat kepemimpinannya. Begitu jugalah dengan Kaa’b Al-Ah’bar.

Setengah dari jalan-jalan Hadis ada menyebutkan yang kira-kira ertinya: 
Dan tidak kuat bersuara dalam pasar-pasar, tidak menuturkan kata-kata keji; Aku berikan dia segala perkara yang baik-baik; dan Aku kurniakan dia segala akhlak yang mulia; dan Aku jadikan dia beradab, kesopanan itu pakaiannya; berbuat kebajikan tanda kemuliaannya; takutkan Allah tersimpan di hatinya; ilmu yang memberi manfaa’t itulah yang dituturkannya; berbuat benar dan menunaikan segala janji tabia’tnya; memaa’f dan berbuat segala barang suruhan Allah itu perangainya; berlaku adil itu perjalanannya; yang hak itu syaria’tnya; petunjuk hidayah itu ikutannya; Islam itu agamanya; Ahmad itu namanya.
Aku berikan dia petunjuk dengan syaria’tnya itu (kemudin daripada tidak adanya syaria’t itu); dan Aku kurniakan dia ilmu kemudian daripada ia tidak berilmu; dan Aku angkatkan dia kemudian dariapada tidak masyhur sebutannya; dan Aku berikan namanya kemudian daripada tidak terkenal namanya itu; dan Aku perbanyakkan dia kemudian daripada sedikit; dan Aku memperkayakan dia kemudian daripada kefakiran dan Aku himpunkan dia kemudian daripada berpecah-pecahan dan aku perkasihkan dia antara hati-hati yang berlainan dan kemahuan-kemahuan hati yang berbagai-bagai dan bangsa-bangsa yang berpecah-pecahan, dan Aku jadikan umatnya sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia.
Nabi Muhammad s.a.w telah pun memberitahu bagaimana keadaan dirinya yang ada tersebut dalam kitab At-Taurat  maka katanya:
 Dan ia itu orang yang benar lagi sangat amanah, hamba-Ku Ahmad yang terpilih, tempat diputerakannya adalah di Makkah dan perpindahannya di Madinah atau katanya T’ayibah (طيبة)  dan umatnya memuji Allah pada tiap-tiap hal."

 

PERKHABARAN DARI KITAB AL-INJIL TENTANG KEBANGKITAN NABI MUHAMMAD S.A.W.


Nabi Isa a.s. telah mengkhabarkan kaumnya di dalam kitab Al-Injil dengan nama Al-Faraqlid (الفارقليط ) yang maknanya itu hampir kepada Muhammad atau Ahmad dan membenarkan apa yang ada di dalam al-Quran di dalam surah Ash’-Shaff سورة الصف ayat 6:  
"وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ".
                Maksudnya :
Dan ketika berkata (Nabi Allah) Isa Bin Maryam: Wahai Bani Israel sesungguhnya aku adalah Rasulullah kepada kamu sekalian, membenarkan bagi apa yang ada di hadapanku (yakni terdahulu daripada aku) dari kitab At-Taurat yang memberi perkhabaran yang menggembirakan (iaitu) dengan seorang Rasul (yang) dia datang dari setelahku namanya AHMAD maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!."
فقال أنه يوبخ العالم على خطيئته وأنه يعلمهم جميع الحق لأنه ليس ينطق من عندهبل يتكلم بكل ما يسمع.
                        Maksudnya:
Maka katanya :Bahawasanya itu menegur orang yang a’lim di atas kesalahannya; dan mengajari mereka semua perkara yang hak kerana ia tidak bertutur kata dari kemahuan dirinya sendiri bahkan ia berkata dengan tiap-tiap suatu yang ia dengar.
Perkhabaran  ini  ada juga disebut  di dalam al-Quran al-Karim dalam surah An-Najmu, سورة النجم‎‎ ayat 3-4: 
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4)
                       Maksudnya :
“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu berhubung dengan agama Islam) dari hawa-nafsunya. (3) 
Tidak (lain) ia (al-Quran) kecuali wahyu yang diwahyukan. ” (4)

 

 PERGERAKAN  FIKIRAN SEBELUM DIBANGKITKAN MENJADI RASUL


Adalah dahulunya, hanya sedikit sahaja diketahui dari hal kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w itu menjadi Rasul. Pemimpin-pemimpin, ketua agama Yahudi dan ahli ibadat mereka, kerap kali mengatakan mereka akan menakluki orang-orang Arab Madinah bersama dengan Rasul yang sedang mereka nantikan. Perkara ini telah pun dikhabarkan oleh A’s’im Bin A’mru Qatadah   dari hal seorang laki-laki di kalangan kaumnya.

Kata mereka (yakni orang-orang lelaki dari kaum A’s ):
Sesungguhnya ia telah menyeru kami kepada agama Islam dengan rahmat pertolongan Allah Taa’la kepada kami; tak pernah ada kami dengar dari ulamak orang-orang Yahudi bahawa kami adalah ahli syirik dan penyembah berhala (sedangkan) mereka adalah ahli kitab, mereka ada ilmu pengetahuan yang tidak ada pada kami. Dan antara kami  dengan mereka sentiasa berlaku pergisiran dan ketegangan kerana sesuatu kejahatan. Apabila kami memperolehi dari mereka sesuatu barang yang membuatkan mereka benci, berkatalah mereka kepada kami bahawa Nabi yang akan dibangkitkan itu telah hampir tiba masanya sekarang ini;kami akan memerangi engkau sekalian bersama-samanya sebagaimana memerangi kaum A'ad dan Iram yang kerap kali  kami mendengarnya daripada mereka
Apabila Allah bangkitkan Rasul-Nya maka kami pun terus menerima seruannya ketika ia menyerukan kami kepada agama Allah. Sesungguhnya mengetahuilah kami apa yang mereka ugutkan kami dengannya. Maka bersergeralah kami mendahului mereka lalu beriman kepadanya dan kafirlah mereka.
Ada pun sebab-sebab orang-orang Yahudi berkata: Bahawa kami akan memerangi engkau sekalian bersamanya sebagai kaum “A’ad dan Iram” adalah kerana sifatnya Nabi Muhammad s.a.w yang disebut di dalam kita-kitab mereka bahawa Nabi ini akan mengalahkan sama-sekali orang-orang musyrikin dengan kekuatan, tidaklah mereka menyangka kedengkian mereka itu akan menguasai hati-hati mereka sendiri lalu mereka membuang agama yang benar. Maka berhaklah ke atas mereka azab di dunia dan akhirat.”
Umayyah Bin Abi As-Salt Al-Mutanas’s’ir Al-A’rabi telah banyak berkata: Bahawasanya aku dapati di dalam kitab-kitab itu perkara-perkara mengenai Nabi yang akan dibangkitkan di negeri kami. Lalu Salman al-Farisi r.a. memberi tahu yang dirinya sendiri telah bersahabat dengan seorang Padri Nasrani yang berkata: 
"Wahai Salman bahawasanya Allah Taala akan membangkitkan seorang Rasul, namanya AHMAD yang akan keluar dari Bukit Tuhamah; tanda-tandanya (yang ada pada Nabi itu) bahawa ia memakan barang yang dihadiahkan dan tidak memakan barang yang disedekahkan. Dan perkhabaran ini adalah salah satu sebabnya keislaman Salman."
Maka manakala dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul, baginda menghantar orang-orang utusannya kepada Raja-raja besar dunia menyeru mereka itu kepada agama Islam. Mereka tidak menghina surat-suratnya itu selain dari Kisra Raja Besar Parsi yang tidak ada di sisinya pengetahuan mengenai ilmu-ilmu yang terdapat dalam kitab-kitab (Al-Injil dan At-Taurat).

Adapun sekalian Raja-raja Nasara seperti An-Najasyi, Raja Al-Habsyah, Al-Muqaiqis (المقوقس) (Raja Mesir) dan Qaisar (Raja Rom) maka kesemua mereka memuliakan kedatangan orang-orang suruhannya itu. Sesetengah mereka itu beriman seperti An-Najasyi dan menyahut dengan sahutan yang lemah-lembut; dan ada yang hampir kepada memeluki agama Islam seperti Qaisar dan  ada yang menghulurkan hadiah seperti Al-Muqaiqis. 

Pada hal, tidaklah ada bagi Nabi Muhammad s.a.w itu sesuatu apa pun kekuatan untuk menakutkan mereka kerana Raja-raja yang besar itu telah pun mengetahuinya melalui Nabi Allah Isa a.s. mengenai kebangkitan seorang Rasul selepasnya yang menepati segala adab dan akhlak  mulia dan lain-lainnya yang ada pada Rasul, selari dengan apa yang telah mereka ketahui. Oleh sebab itulah seruannya diterima oleh mereka dengan sebaik-baik penerimaan.

Adapun barang yang didengari daripada orang-orang ahli tekaan, tenungan dan tukang-tukang tilik dan yang seumpamanya sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w itu maka adalah tidak termasuk di bawah kiraan.


PERMULAAN  WAHYU DARIPADA  ALLAH  TAA’LA KEPADA  NABI MUHAMMAD S.A.W.

Manakala genapnya umur Nabi Muhammad s.a.w 40 tahun, maka ia pun dibangkitkan oleh Allah Taa’la menjadi Rasul kepada sekalian alam, memberi perkhabaran yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman dengan syurga) dan memberi perkhabaran yang mendukacitakan (bagi orang-orang yang ingkar dengan neraka) untuk mengeluarkan mereka daripada kejahilan kepada ilmu pengetahuan agama Islam.

Berlakunya yang demikian itu adalah pada 17 Ramadan tahun ke-13 sebelum Hijrah  bersamaan dengan bulan Julai tahun 610 Masehi.

Sebelum turunnya wahyu, baginda telah mendapat mimpi-mimpi yang benar, tidak ia melihat sesuatu perkara dalam mimpinya itu melainkan berlakulah sebagaimana yang dimimpikan. Perkara sebegini telah menjadi sesuatu kebiasaan yang Allah Taa’la letakkan pada sekalian hamba-Nya secara beransur-ansur dalam semua perkara sehinggalah meningkatnya kepada peringkat kesempurnaan.

Adalah amat sukar dan susahnya bagi manusia untuk menerima kedatangan wahyu yang diturunkan pertama kali daripada malaikat. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w diberikan kegemaran mengasingkan diri ke Gua Bukit Hira`k untuk beribadat kepada Allah Taala supaya terhindar dari segala kegelapan maksiat alam ini.

Pengasingan diri ini ialah bagi membersihkan hati.  Maka baginda beribadat di dalamnya beberapa malam yang tertentu, ada kalanya sepuluh malam dan ada kalanya sehingga satu bulan. Baginda melakukan ibadat mengikut syariat agama datuknya, Nabi Ibrahim a.s.. Selama berada di situ baginda membawa bekalan makanan. Apabila kehabisan bekalan, baliklah baginda kepada Khadijah dan membawa seumpamanya sehingga datang kepadanya Malaikat Jibrail AS semasa di dalam Gua Hira`k.

                                                            Gua Hira' di Jabal Nuur
                                            


Semasa ia sedang berdiri di atas Bukit Hira`k, tiba-tiba ternampak seseorang, lalu berkata:
ابشر يا محمد أنا جبريل وأنت رسول الله الى هذه الأمة .
                  Maksudnya :
“Gembiralah (dengan khabaran yang menggembirakan)  wahai Muhammad, aku (adalah) Jibrail dan engkau (adalah) Rasulullah kepada ummah ini."
Kemudian ia berkata kepadanya:"إقرأ"  
Ertinya: Bacalah (wahai Muhammad).

Jawabnya: "ما انا بقارئ"  
Ertinya: 
"Aku ini bukan seorang (yang boleh) membaca.' (kerana Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang Ummiy iaitu seorang yang tidak pernah belajar membaca sebelumnya)
Maka iapun (Malaikat Jibrail AS) memegang dan menutupnya dengan kain pakaian yang ia tidur di atasnya sehinggalah kepada suatu keadaan yang mencemaskan dirinya, hampir kehabisan tenaganya, kemudian dilepaskannya. 

Maka Jibrael: 

"Bacalah (wahai Muhammad)." 
Katanya: 
"Aku ini bukan seorang (yang boleh) membaca." 
Maka Malaikat Jibrael pun mengambilnya dan mengenakannya seperti itu tadi pada kali keduanya. Kemudian dia dilepaskan. 

Maka ia katakan kepadanya: 
"Baca." 
Maka katanya: 
"Aku ini bukan seorang (yang boleh) membaca." 
Maka iapun mengambil dan mengenakan dia seperti itu tadi pada kali yang ketiganya, kemudian dilepaskannya. Maka Malaikat Jibrael a.s. berkata:        
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5
Maksud Firman Allah Taala yang disampaikan oleh Jibrael a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w itu:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah mengadakan (segala makhluk).(1) 
Ia telah mengadakan manusia dari a’laq (segumpal darah beku).(2)
Bacalah dan Tuhanmu (adalah) Yang Maha Mulia (yang tiada menyamai-Nya sekalian yang mulia).(3)
Yang Dia telah mengajar (menulis) dengan **qalam.(4) 
Dia mengajar manusia apa yang tidak ia ketahui.”(5)
[** Peringatan: Orang yang mula-mula menulis menggunakan kalam ialah Nabi Allah Idris Alaihisalam].

Maka baliklah Nabi Muhammad s.a.w dengan ayat al-Quran yang diturunkan itu dalam keadaan menggeletar ketakutan dari apa yang  telah dialaminya tatkala berjumpa Malaikat Jibrael AS buat kali pertamanya.  Maka iapun masuk ke rumah Khadijah, katanya:
"Selimutkan daku, selimutkan daku",(supaya hilang getaran ketakutannya itu)
Lalu baginda pun diselimuti sehingga hilang ketakutannya. Setelah itu iapun meceritakan kepada Khadijah tentang apa yang telah berlaku pada dirinya, katanya:
                               "لقد خشيت على نفسي  "
                      Maksudnya :
"Sesungguhnya aku takutlah ke atas diriku ( dari keadaan yang mencemaskan oleh Malaikat Jibrail AS).
 Maka kata Khadijah kepadanya:
كلا والله ما يخزيك الله أبدا إنك لتصل الرحم وتحمل الكل وتكسب المعدوم وتقري الضيف وتعين على نوائب الحق فلا يسلط الله عليك الشياطين أو الأوهام ولا مراء أن الله أختارك لهداية قومك.  
                Maksudnya:
“Tidak sesekali, demi Allah, Allah tidak (akan) sesekali mengecewakan engkau ; sesungguhnya engkau adalah seorang yang menghubung s’ilatur-rahim, engkau menanggung orang yang lemah, melabakan orang yang kepapaan, merai’kan kedatangan d’aif dan menolong terhadap pembelaan yang hak. Maka Allah tidak (akan) menjadikan engkau dikerasi/dikuasai oleh syaitan-syaitan atau auham-auham (sangkaan-sangkaan hati) dan pastinya (tidak syak) Allah telah memilih engkau untuk memberi petunjuk kepada kaum engkau."
Beriktutan peristiwa itu, Khadijah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan orang-orang yang telah membaca kitab-kitab lama dan mengetahui tentang Rasul-rasul sebelumnya. Untuk itu, dia pergi membawa Nabi bersamanya berjumpa dengan Waraqah Bin Naufal, anak bapa saudara Khadijah.

Pada zaman jahiliah Waraqah adalah seorang  penganut  agama Nasara.  Dia adalah seorang yang amat mahir menulis dalam bahasa I’brani dan berkeupayaan menulis daripada Kitab Al-Injil dalam Bahasa I’brani. Dia adalah seorang  seorang syaikh yang  besar yang telah menjadi buta.
Kata Khadijah:
" يا ابن عم إسمع من أخيك فقال يا ابن أخي ماذا ترى فأخبره عليه السلام خبر ما رأى فقال له ورقة هذا هو الناموس الذي نزل الله على موسى لأنه يعرف أن رسول الله الى انبيائه هو جبريل ثم قال يا ليتني فيها جذعا (شابا جلدا) اذ يخرجك قومك من بلادك التي نشأت بها لمعاداتهم اياك وكراهيتهم لك حينما تطالبهم بتغيير اعتقادات وجدوا عليها آباءهم فاستغرب عليه السلام ما نسب لقومه مع ما  يعلمه من حبهم له لاتصافه بمكارم الأخلاق وصدق القول حتى سموه الامين وقال أو مخرجي هم قال لم يأت رجل قط بمثل ما جئت به إلا عودي.
                      Maksudnya :
"Wahai anak bapa saudara, engkau dengarlah dari anak saudara engkau."
 Maka kata Waraqah: 
 “Wahai anak saudaraku, apakah yang engkau lihat?" 
Maka Nabi Muhammad s.a.w itupun menceritakan tentang apa yang telah ia lihat. 

Kata Waraqah kepadanya: 
 "Inilah NAMUS ( الناموس)yang telah diturunkan oleh Allah Taala ke atas Nabi Musa kerana Waraqah telah mengetahui bahawa yang menjadi Pesuruh Allah kepada sekalian Anbia`k-Nya ialah Malaikat Jibrael."  
 Kemudian kata Waraqah:
"Wahai moga-moganya aku pada ketikanya itu, seorang muda, keras hati, ketika engkau dikeluarkan oleh kaum engkau dari negeri tempat engkau membesar, disebabkan permusuhan dan kebencian mereka kepada engkau apabila engkau menyuruh mereka mengubah segala iktiqad yang mereka dapati dari datuk-datuk nenek mereka." 
Maka hairanlah Nabi Muhammad s.a.w. mengenai apa yang dikatakan terhadap kaumnya itu kerana ia tahu sejauh mana kasihnya mereka kepadanya oleh sebab kebaikan adab-adab dan kebenaran pertuturannya sehinggalah dia dinamakan oleh kaumnya sebagai “Al-Amin.” 
Lalu bertanya:
"Adakah aku akan dikeluarkan oleh mereka?"
Kata Waraqah: 
"Tidak ada seorang lelaki membawa dengan apa yang engkau datangkan dengannya itu melainkan dimusuhi."
Sebagai bukti kepercayaan penuhnya bahawa Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul (Pesuruh Allah) berkatalah Waraqah: 
"Andainya aku sempat sampai pada hari engkau itu, nescaya aku akan menolong engkau dan memberi pertolongan yang kuat." 
 Tidak lama selepas itu maka wafatlah Waraqah.

Sesungguhnya yang demikian itu telah ada disebutkan al-Quran al-Karim, sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah سورة إبراهيم‎‎ Ibrahim, ayat 13:
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِرُسُلِهِمْ لَنُخْرِجَنَّكُمْ مِنْ أَرْضِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ
                     Maksudnya :
“Dan telah berkata orang-orang yang ingkar kepada Rasul-rasul mereka, demi sesungguhnya kami akan mengeluarkan kamu kalian dari bumi kami atau kamu kalian kembali kepada agama kami, lalu Tuhan wahyukan kepada mereka (Rasul-rasul-Nya): Demi sesungguhnya, Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.” 

 

   
TERPUTUSNYA WAHYU

Ahli sejarah berselisihan pendapat pada menentukan masa mula-mula terputusnya wahyu, tetapi mereka lebih berat mengatakan masanya itu adalah empat puluh (40) hari.
Dengan terputusnya wahyu, terasa sangatlah keinginan Rasulullah s.a.w di samping ketakutan yang amat sangat kerana terputusnya wahyu daripada Allah Taala, selepas diperlihatkan oleh Allah Taala nikmat-Nya yang sangat besar iaitu terpilihnya ia menjadi perantaraan di antaranya dengan sekalian makhluk-Nya.

Maka Malaikat Jibrael a.s. itupun memulai dengan kata:
انت رسول الله حقا
                          Maksudnya: 
“Engkau adalah Pesuruh Allah yang sebenar.”  
Maka berketetapanlah hatinya dan kembali balik dari apa yang dicitainya itu hinggalah Allah Taala mengkehendaki menz’ahirkan bagi alam ini dengan sinaran cahaya  agama Islam maka kembalilah balik kepadanya turunnya wahyu.


TURUNNYA KEMBALI  WAHYU
Dalam ia sedang berjalan, tiba-tiba ia mendengar suara dari langit lalu iapun mengangkatkan pandangan ke arahnya. Tiba-tiba itulah malaikat yang datang kepadanya di Gua H’ira`k, sedang duduk di antara langit dan bumi.  Adalah amat menakutkannya kerana mengingatkan apa yang telah terjadi padanya pada kali pertama sebelumnya itu. Iapun balik dan berkata:
                                   "دثروني دثروني" 
 Yang kira-kira bermaksud:

                        “Selimutkan daku, selimutkan daku.”

Maka Allah Taala turunkan kepadanya dengan wasitah malaikat Jibrael AS itu dengan Firman-Nya dalam al-Quran surah 
سورة المدشّر Al-Muddaththir, ayat 1-7:
  يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7) 
                   Maksudnya :
"Wahai orang yang berselimut (Muhammad). (1) 
Bangkitlah maka engkau berilah peringatan (kepada manusia tentang azab Allah Taa’la jika mereka tidak kembali dari kesesatan mereka dan dari apa yang disembah oleh datuk-datuk nenek mereka). (2)
Dan (kepada) Tuhan engkau maka engkau perbesarkanlah (jangan engkau mempersekutukan-Nya). (3)
Dan pakaianmu maka (hendaklah) engkau bersihkan. (4)
Dan (segala) kejahatan (dosa) maka hendaklah engkau tinggalkan (yakni segala sebab yang mendatangkan azab dengan mentaati Allah Taala dengan menyempurnakan suruahan-Nya). (5)
Dan janganlah engkau mengurnia (seseorang dengan sesuatu) lalu engkau mengharapkan imbalan yang lebih besar (maka ini bukanlah daripada pekerjaan orang yang mulia). (6)
Dan kerana (menjalankan perintah) Tuhanmu maka engkau bersabarlah (di atas apa yang akan engkau hadapi dari perbuatan kaum engkau yang menyakiti engkau ketikanya engkau menyeru mereka kepada beribadatkan Allah).” (7)
Maka Nabi Muhammad s.a.w pun bangun menyeru sekalian kaumnya supaya beribadatkan kepada Allah. Kaumnya itu bertabia’t  kasar, tidak ada bagi mereka agama, melainkan sujud kepada berhala-berhala yang tidak memberi apa-apa manfaa’t atau mud’arat, tiada suatu apa alasan pun bagi mereka selain dari mengikuti apa yang disembah oleh datuk nenek mereka, tidak ada di sisi mereka akhlak yang mulia, melainkan bergantung kepada kemegahan dan kesombongan. Dengan sebab itulah banyak berlaku kezaliman, perlanggaran, peperangan dan pertumpahan darah. Oleh itu maka diserukan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada sekalian manusia akan segala perkara yang tiada mereka itu mengetahuinya.

Bagi orang-orang yang ada mempunyai a’kal fikiran yang baik, bersegeralah mereka itu mempercayainya, mengakui kebenaran seruan itu dan bersegera meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Akan tetapi mana-mana orang yang telah digelapkan mata hatinya oleh pangkat kebesaran dunia berundurlah ia dari menerima seruan itu kerana perasaan sombong dan takut terhapusnya pangkat kebesaran.

PERMULAAN MENERIMA SERUAN ISLAM

Orang yang pertama sekali menerima seruan Islam ialah isterinya Khadijah Binti Khuwailid dan juga A’li Bin Abu Talib, anak saudaranya yang tinggal bersamanya dan di bawah jagaannya dari segi makan minum dan perkara-perkara lainnya. Semasa berlakunya kelaparan yang dialami Quraisy pada satu ketika, ketika itu  Abu Talib mempunyai ramai anak sedangkan ia berada dalam keadaan kekurangan. 
Maka kata Nabi Muhammad s.a.w kepada bapa saudaranya Abbas Bin Abu Talib:
"إن أخاك كثير العيال والناس فيما ترى من الشدة فانطلق بنا اليه لنخفف من عياله تأخذ واحدا وأنا واحدا فانطلقا وعرضا عليه الأمر فأخذ العباس جعفر بن أبي طالب وأخذ عليه السلام عليا فكان في كفالته كأحد أولاده الى أن جاءت النبوة وقد ناهز الاحتلام فكان تابعا للنبي في كل أعماله ولم يتدنس بدنس الجاهلية من عبادة الاوثان واتباع الهوى".
                     Maksudnya :
“Bahawasanya saudara engkau Abu T’alib itu mempunyai ramai anak sedangkan kebanyakan orang sepertimana yang engkau lihat, berada dalam kesusahan. Marilah kita pergi kepadanya supaya kita dapat meringankan tanggungan anak-anaknya; engkau ambil seorang dan aku seorang. Maka pergilah kedua-duanya untuk dikemukakan kepadanya perkara itu. Maka A’bbas pun mengambil Jaafar Bin Abu Talib. Dan Nabi Muhammad s.a.w mengambil A’li, di bawah jagaannya sebagai salah seorang anaknya hinggalah dibangkitkan menjadi Rasulullah yang ketika itu usianya A’li hampir cukup umur. Ia mengikuti Nabi Muhammad s.a.w pada semua pekerjaannya, tidak terkena sebarang kecemaran orang-orang yang menyembah berhala atau yang mengikuti keinginan hawa-nafsu."
Selain dari Khadijah dan A’li yang mula-mula menerima seruan Islam itu ialah Zaid Bin Harithah Bin Syarah’bil Al-Kilabi  dan  Uum Ayman.
Zaid  dikatakan orang sebagai Zaid Bin Muhammad kerana ia dibeli oleh Nabi Muhammad s.a.w  dan terus dimerdeka dan dijadikan anak angkat.

Orang yang mula-mula menerima seruan Islam yang bukan ahli keluarganya ialah Abu Bakar Bin Abi Qah’afah Bin A’amir Bin Kaa’b Bin Saa’d Bin Tim Bin Murrah At-Timi Al-Quraisyi.  Beliau telah bersahabat baik dengan Nabi Muhammad s.a.w sebelum  dibangkitkan lagi menjadi Rasul. 

Beliau amat mengetahui semua adab baik lagi mulia Nabi Muhammad s.a.w sebelumnya, tidak pernah ada suatu dusta pun semenjak ia bersahabat dengannya. Dengan sebab itulah apabila sahaja dikhabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepadanya tentang kebangkitannya menjadi Rasulullah maka Abu Bakar pun segera mempercayainya dan pada ketika itu jugalah ia mengucapkan dua Kalimah Syahadah At-Tauhid Dan Syahadah Ar-Rasul di hadapan Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar r.a. adalah seorang pembesar yang dihormati dalam kaum Quraisy. Dia juga adalah seorang hartawan, berakhlak mulia, sangat-sangat berjaga diri dari perkara-perkara yang haram, sangat pemurah membelanjakan harta-hartanya, dikasihi oleh  kaumnya dan amat baik pergaulannya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang diri Abu Bakar:
" ما دعوت أحدا إلى الاسلام إلا كانت له كبوة غير أبي بكر".
                      Maksudnya :
“Tiada aku menyeru seseorang kepada Islam melainkan ada tersandung jatuhnya melainkan Abu Bakar.”

 

SERUAN ISLAM

Pada peringkat awalnya, seruan Islam dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada orang-orang yang menaruh kepercayaan kepadanya sahaja, kerana memelihara dari kejutan orang-orang Arab dengan perkara seperti ini yang terlalu  rumit  dan sukar bagi mereka menerima agama Islam. Maka pergilah Abu Bakar menyeru sekalian mereka yang menaruh kepercayaan kepadanya (Abu Bakar) di kalangan orang-orang lelaki Quraisy. Maka diterimalah seruannya itu oleh satu perhimpunan.

Di antara mereka ialah :
  • U’thman Bin A’ffan  Bin Abi Al-A’as’ Bin Umayyah Bin A’bdu Syams Bin A’bdu Manaf Al-Amawi Al-Qurasyi. 
Apabila diketahui oleh bapa saudaranya Al-H’akam tentang keislamannya itu iapun mengikat tangan U’thman kebelakang serta berkata:
"Engkau  lebih sukakan agama yang baru  daripada agama datuk nenek engkau! Demi Allah, tidak aku merombakkan engkau sehinggalah engkau tinggalkan apa yang engkau ada di atasnya itu." 
 Maka kata U’thman: 
"Demi Allah, tidak aku meninggalkannya dan tidak aku menceraikannya." 
Apabila Al-H’akam  melihat kekerasan hatinya dalam perkara yang hak (benar) itu, iapun meninggalkannya. Ketika itu usianya hampir 30 tahun.
  •        Az-Zubair Bin Al-A’wam Bin Khuailid Bin Asad Bin Abul-U’zza Bin Qusai Al-Qurasyi.
Bapa saudara Az-Zubair  menghalakan (memasukkan) asap kepadanya dalam keadaan terikat supaya kembali kepada agama datuk neneknya. Maka Allah Taala perkuatkan hatinya dengan ketetapan dan ianya adalah seorang pemuda yang tiada melampaui daripada tahun cukup umur.  Ibunya: S’afiyah Binti A’bdul Mut’t’alib menuruti langkah pengislaman Az-Zubair.
  •      A’bdur-Rah’man Bin A’uf Bin Al-H’arith Bin Zahrah Bin Kilab Az-ZahariI Al-Quraisy.
Namanya semasa Jahiliyah ilalah A’bdu A’mru, dan ditukarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada A’bdur-Rah’man.
  •         Saa’d Bin Abi Waqqas’  Malik Bin Ahib Bin A’bdu Manaf Bin Zahrah Bin Kilab Az-Zahri Al-Quraisyi.
Apabila diketahui oleh ibunya H’amnah حمنة Binti Abi Sufian Bin Umayyah tentang keislamannya, berkatalah ibunya yang kira-kira ertinya:
"Wahai Saa’d, telah sampai khabarannya kepada aku bahawasanya engkau telah menukar agama. Maka demi Allah, tidak akan diteduhkan daku oleh atap rumah dari kepanasan atau kesejukan dan bahawasanya barang makanan dan minuman itu adalah haram ke atasku hinggalah engkau mengingkari Muhammad." 
 Justeru tinggallah ibunya sedemikian halnya selama 3 hari. Maka  Saa’d menemui Nabi Muhammad s.a.w, mengadukan perkara ibunya. Dalam perkara ini diturunkan Allah Taala menurunkan wahyu Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة العنكبوت  Al-A’nkabut ayat 8 : 
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا وَإِنْ جَاهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌفَلَا تُطِعْهُمَا إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
             Maksudnya :
“Dan Kami telah wasiatkan manusia terhadap kedua ibu-bapanya berbuat baik dan jika mereka berdua memaksa kamu mensyirikkan Aku dengan apa yang tiada bagimu dengannya itu pengetahuan maka jangan kamu taati keduanya. Kepada Akulah tempat kembali kamu kalian maka Aku akan terangkan kepada kamu kalian dengan apa yang kamu telah lakukan.”        
 Sebahagian lagi dari mereka itu ialah:
  •    T’alha Bin A’bdullah Bin U’thman Bin A’mru Bin Kaa’b Bin Saa’d Bin Tim Bin Murrah At-Timi Al-Quraisyi.  
Dia telah lebih awal mengetahui daripada ahli-ahli ibadat bangsa Nasara dan Yahudi iaitu dari sebutan nama Nabi Muhammad s.a.w dan bagaimana keadaannya. Maka manakala diserukan dia oleh Abu Bakar kepada agama Islam dan mendengar persabdaan Rasulullah s.a.w perihal perkara-perkara yang diberi oleh Allah Taala manfaat dengannya, nampaklah ia bahawa agama Islam itu sangat teguh, jauh dari segala apa yang dilakukan oleh orang-orang Arab dari segala rupa kekejian dan keaiban. Oleh itu bersegeralah ia menerima seruan Islam.

Di antara keluarga  yang memeluk Islam ialah:
  •         S’uhaib Ar-Rumi  صهيب الرومي  dan
  •         A’mmar Bin Yasir Al-A’nsi  العنسي  
  •       Yasir (bapa A'mmar) dan ibunya SUMAYYAH   
  •         A’BDULLAH BIN MAS-U’D.
Mereka bekerja memelihara kambing kepunyaan setengah dari orang-orang kafir Quraisy. Tatkala melihat ternyatanya segala tanda dan pekara yang diserukan oleh Rasulullah s.a.w terbit dari segala akhlaknya yang mulia maka mereka meninggalkan menyembah berhala dan pergi mendampingi Rasulullah s.a.w dan berkhidmat bagi memulia dan menghormati Rasulullah s.a.w itu.
  •         Abu `Zarrin Al-Ghifari
Dia adalah dari golongan orang Arab Badwi yang pintar bercakap dan manis pertuturannya. Manakala sampai perkhabaran mengenai kebangkitan Rasulullah berkatalah ia kepada saudaranya: 
"Pergilah engkau ke tanah lembahan itu. Berilah tahu aku ilmu pengetahuan lelaki ini yang dirinya itu Nabi yang datang kepadanya khabaran dari langit, dengarlah kata-katanya itu, kemudian engkau ceritakan kepada aku."
Maka berjalanlah saudaranya itu hingga sampai ke Makkah dan mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.. Kemudian ia balik kepada Abi `Zarrin lalu berkata: 
"Aku sudah lihat, ia menyuruh kepada segala adab yang mulia dan kata-katanya itu bukan suatu syai’r (شعر)."
Jawabnya: 
"Tidak memuaskan daku barang apa yang aku mahukan."
Maka ia pun membawa bekalan dan menanggung  geria/geriba berisi air hinggalah ia sampai ke Makkah. Ia pergi ke Masjid Al-Haram, mencari-cari Nabi Muhammad s.a.w yang ia tidak dikenalinya. Tidak pula ia berkenan bertanya perihal Nabi kerana ia tahu kebencian Quraisy terhadap sesiapa juga yang bercakap dengan Rasulullah s.a.w. Bila hari malam, ternampaklah Ali. 

Ali mengetahui bahawa ia adalah seorang yang berdagang diri (musafir), lalu ia mempersilakannya menjadi d’aifnya (tetamunya) tanpa menanyakan sesuatu apa pun kerana adalah menjadi peraturan orang tandangan dari jauh di sisi orang-orang Arab itu untuk tidak bertanya tentang sebab kedatangannya melainkan selepas tiga hari.
Bila pagi, ia pun menanggung bekas airnya dan barang bekalannya itu pergi ke Masjid Al-H’aram dan berteduh di situ sepanjang hari. Tidak kelihatan Rasulullah s.a.w. hingga petangnya. Maka baliklah ia ke tempat perbaringannya. Bila melaluinya ia (Ali) pun berkata: 
"Adakah tidak masanya bagi lelaki itu mengetahui tempat persinggahannya di mana ia dijadikan ahli d’aifnya semalam?"
Maka iapun bangun dan pergi bersamanya. Tidak menanya seseorang akan tolannya sesuatu apa pun sehinggalah apabila pada hari yang ketiga, kembali ia kepada seumpama yang demikian itu juga. Kemudiannya kata Ali kepadanya: 
"Mahukah engkau ceritakan kepada aku apakah yang menyebabkan engkau datang?"  
Jawabnya: 
"Jika engkau berikan daku janjian supaya engkau memberi tunjuk kepada aku nescaya aku lakukan."  
Maka  Ali pun melakukannya. Iapun menceritakan kepadanya. Kata Ali :
"Sebenarnya itu ialah Rasulullah s.a.w.; apabila engkau di waktu pagi, engkau ikutilah aku. Bila aku ternampak sesuatu yang ditakuti ke atas diri engkau maka aku akan berdiri seolah-olah hendak membuang air. Jika aku berjalan, ikutilah aku hingga engkau masuk ke tempat aku masuk itu."
Maka iapun perbuat dan pergi berjalan mengikuti jejaknya hingga masuklah Ali menemui Nabi Muhammad s.a.w  dan ia pun masuk bersamanya. Di situlah dia mendengar persabdaan Nabi Muhammad s.a.w dan terus memeluki agama Islam seketika itu juga. Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w kepadanya:
" ارجع الى قومك فأخبرهم حتى يأتيك أمري"
Yang kira-kira ertinya:
“Baliklah engkau kepada kaum engkau maka beritahu mereka hinggalah datangnya kepada engkau arahanku.” 
Katanya
Demi yang diriku di bawah kuasa-Nya, sesungguhnya akan aku jeritkan (laungkan) dengannya itu di tengah-tengah mereka.”
Maka keluarlah ia hingga sampai ke Masjid Al-Haram lalu ia melaungkan dengan sekuat-kuat suaranya melafazkan kalimah:

اشهد ان لا اله الا الله وان محمدا رسول الله

Akibatnya, bangkitlah kaum kufar Quraish memukulnya hingga terbaring maka datanglah A’bbas lalu ia meniarapi ke atasnya. Katanya:
"Binasalah engkau kalian. Apakah tidak engkau kalian tahu bahawa dia ini adalah dari GHIFAR (غفار) ? Dan bahawasanya jalan perniagaan engkau kalian ke Negeri Syam adalah melaluinya.
Maka iapun dilepaskan dari mereka itu. Kemudian ia mengulangi balik pada keesokan harinya perkara yang sama. Mereka pun memukul dan merangsang kejahatan ke atasnya tetapi dihalang oleh A’bbas .

               [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari.]

Abu Zarrin Al-Ghifari r.a. adalah seorang yang sangat benar pertuturannya dan sangat zuhudnya di dalam dunia.

Di antara orang-orang yang memeluki agama Islam di peringkat awal ialah:
  •     Sai’d Bin Zaid Al-A’Dawi Al-Qurasyi dan isterinya:
  •        Fatimah Binti Al-Khattab (saudara perempuan U’mar)  
  •      Ummul-Fsd’Li Lubabah Binti Al-Harith Al-Hilaiyah (Isteri Abbas  Bin Abdul Muttalib)
  •     U’baidah Bin A-Harit B A’bdul Mut’t’alib Bin Hasym (anak  bapa saudara Rasulullah s.a.w)
  •       Ab Salaah Bin A’bdullah Bin A’bdu-Asad  Al-Makhzumi Al-Quraisyi(anak ibu saudara Rasulullah s.a.w) dan isterinya:
  •        Um Salamah,
  •   U’thman Bn Maz’ounمظعون  Al-Jamhi Al-Quraisyi dan dua orang saudaranya:
  •         Qudaimah dan A’bdllah 
  •         Al-Araqam Bn Al-Arqam Al-Makhzumi Al-Quraisyi
  •        Khalid Bin Sai’d Bin Al-A’as’  Bin Umayah Bin A’du Syams A-Amawi Al-Quraisyi.
Bapa Khalid Bin Sai'd adalah seorang pembesar Quraisy. Apabila ia memakai sarban maka tidaklah orang Quraisy memakai serban kerana menghormati dan memuliakannya. Sebelum memeluk Islam Khalid Bin Sai’d telah mendapat mimpi  melihat dirinya hendak terjatuh ke dalam satu lubang yang besar dan dalam. Maka datanglah Rasulullah s.a.w. (dalam mimpinya itu) mendapatkannya lalu menyelamatnya. Dengan sebab mimpinya itu, dia datang menemui Rasulullah, katanya:
"الام تدعو يا محمد"   
                       Maksudnya : 
"Kepada apakah engkau serukan wahai Muhammad?."
Sabdanya:
"ادعوك إلى عبادة الله وحده لا شريك له وأن تخلع ما أنت عليه من عبادة حجر لا يسمع ولا يبصر ولا يضر ولا ينفع  والاحسان الى والديك وأن لا تقتل ولدك خشية الفقر وأن  لا تقرب الفاحشة ما ظهر منها وما بطن وأن لا تقتل نفسا حرم الله قتلها إلا بالحق وأن لا تقرب مال اليتيم إلا بالتي هي أحسن حتى يبلغ أشده وأن توفي الكيل والميزان بالقسط  وأن تعدل في قولك ولو حكمت على ذوي قرباك وأن توفي لمن عاهدت فأسلم رضي الله عنه"
               Maksudnya:  
“Aku serukan engkau kepada beri’badat kepada Allah  Yang Esa, Yang tiada bagi-Nya itu sekutu (Yang tiada sesuatu apa pun yang menyamai-Nya) dan hendaklah engkau tinggalkan apa yang engkau berada di atasnya dari menyembah batu yang tidak mendengar dan tidak melihat dan tidak memberi mudarat dan tidak memberi manfaa’t; dan berbuat ikhsan (baik) kepada kedua ibu bapa engkau; dan janganlah engkau membunuh anak engkau kerana takutkan kepapaan; dan janganlah engkau mendekati perkara keji barang apa yang nyata darinya dan apa yang tersembunyi.
Dan janganlah engkau membunuh seseorang yang Allah haramkan membunuhnya melainkan dengan jalan yang hak; dan janganlah engkau menghampiri harta anak yatim melainkan dengan jalan yang lebih baik sehinggalah cukup umurnya; dan hendaklah engkau sempurnakan sukatan dan timbangan dengan adil; dan engkau berlaku adil pada kata-kata engkau walapun engkau menghakimi ke atas kaum kerabat engkau; dan hendaklah engkau tunaikan janji kepada orang yang engkau telah berjanji.”
Maka iapun memeluki agama Islam Rad’iallahu A’nhu (رضي الله عنه).

Apabila bapanya mengetahui keislamannya marahlah bapanya lalu menyakitinya sehingga disekat barang makanan. Maka iapun berpaling mendapatkan Rasulullah s.a.w dan mendampinginya hidup bersama. Ekoran dari apa yang berlaku ia pun berenggang dari bapanya dengan berada di sekitar Makkah. Seterusnya tindakan beliau diikuti pula oleh saudaranya Amru Bin Sai’d memeluk agama Islam.

Demikianlah adanya serba sedikit kisah sekalian orang-orang yang mulia ke dalam agama Islam di peringkat awal dahulu. Rasulullah s.a.w. tidak menggunakan pedang untuk menetak tengkuk-tengkuk mereka hingga dengan penuh reda tunduk hina mentaatinya malahan tiada sesuatu yang diingini oleh hawa nafsu sehingga membuat mereka itu meninggalkan ibu bapa dan meninggalkan segala harta kekayaan untuk mengikuti Rasulullah s.a.w. Mereka itu hanya memakan apa yang ada berlebihan dari harta Rasulullah s.a.w, walaupun, kebanyakan mereka itu adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang senang dari segi harta benda.

Dalam begitu pun, ABU BAKAR, U’THMAN, KHALID BIN SAI’D dan juga sekalian mereka yang telah mengikuti Rasulullah s.a.w di samping hamba-hamba yang telah dimerdekakan, kesemuanya  reda memilih kelaparan dan segala kesusahan sekalipun hingga disakiti, asalkan mereka dapat berdamping mengikuti Rasulullah s.a.w. Andainya mereka itu mengikuti pembesar-pembesar mereka yang sedang di dalam kesesatan, nescaya senanglah hati dan mewahlah hidup di dalam dunia ini. 


Namun demikian kesemuanya itu tidaklah menjadi pilihan hidup mereka. Begitulah pertolongan Allah Taala dan taufiq hidayat-Nya dengan terbukanya hati-hati mereka kepada kefahaman dan menghayati sepenuhnya agama Islam.



PENYAMPAIAN SERUAN ISLAM SECARA BERTERANG-TERANGAN

Ketika menyampaikan seruan agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w tidak menzahirkan seruannya di tempat-tempat di mana perhimpunan orang-orang Quraisy itu diadakan. Dalam usahanya memberi petunjuk ke jalan yang benar untuk mengajar mereka, kebiasaannya  Rasulullah s.a.w berkumpul di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam sehinggalah bilangan orang yang memeluk Islam melebihi 30 orang apabila turun wahyu Firman Allah Taala dalam surah سورة الحجر  Al-Hijrr, ayat 94:
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
                            Maksudnya : 
"Maka serukanlah secara terbuka dengan apa yang engkau diperintahkan dan berpalinglah engkau dari orang-orang musyrikin.”
Turunnya ayat ini adalah sebelum dari ayat suruhan berjihad. Maka Nabi Muhammad s.a.w pun menggantikan seruannya kepada seruan terbuka kepada orang ramai (umum).


## PERINGATAN : "الدعوة بالسر والدعوة بالجهر"

Maksud seruan agama secara “ASSIR” (السر)  dan seruan agama secara “al jahru” (الجهر)  di sini bukanlah kalimah assir السر  itu dengan makna agama Islam itu ada rahsia yang disembunyikan tetapi dengan makna bahawa seruan Islam itu di peringkat awalnya adalah tidak dikemukakan kepada perhimpunan orang ramai. 

Contohnya, apabila orang-orang Muslimin di peringkat awalnya, mereka melakukan ibadat sembahyang di tempat-tempat yang berjauhan dari Makkah, bersembunyi. Tujuannya adalah  supaya tidak dilihat oleh kuffar Quraisy akan perbuatan ibadat yang menyalahi perbuatan ibadat mereka kerana kuffar Quraisy tiada mahu mengakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah dan tiada mahu mengakui adanya Tuhan selain dari apa yang disembah oleh mereka iaitu berhala.
Apabila kuffar Quraisy mendengar sesiapa jua yang menyebutkan DUA KALIMAH SYAHADAH AT-TAUHID dan SYAHADAHAR-RASUL  dengan makna:
 "Menaik saksi memberi pengakuan yang teguh dengan lidah dan berkeyakinan penuh di hati, mengakui bahawa tiada yang sah dii’badatkan dengan sebenarnya melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu Pesuruh Allah," 
maka fahamlah orang-orang kuffar Quraisy itu bahawa sebutan dua kalimah syahadah itu akan membatalkan sama sekali segala apa yang disembah, seterusnya menyeru dihapuskan sama sekali segala berhala dan supaya segera menerima seruan Rasulullah s.a.w. dan mengakui kebenaran seruannya itu pada segenap perkaranya. 

Kalimah-kalimah pengakuan ini menampakkan kesesatan datuk-nenek mereka.  Andainya diikuti nescaya hilanglah segala pangkat dan darjat kebesaran yang telah mereka pusakai beberapa lamanya. Perihal ini juga akan memperbodoh-bodohkan datuk-nenek mereka.
Oleh itu apabila mereka mendengar dua kalimah syadadat iaitu:
bangkitlah mereka melawan atas nama hendak membela agama datuk-datuk nenek mereka dengan tujuan mahu mengekalkan pangkat kebesaran yang telah dipusakai dari dirobohkan oleh kebenaran seruan Rasulullah itu. Perkara sebegini telah pun berlaku ke atas Abu `Zarrin Al-Ghifari r.a.  tatakala ia menuturkan dua kalimah syahadat dengan sekuat-kuat suaranya di hadapan kuffar Quraisy di Masjid Al-h’aram. Mereka bangun memukul dan bercadang hendak membunuhnya.

Pada mulanya, seruan agama Islam terz’ahir di tempat perhimpunan yang hanya sedikit sahaja bilangannya iaitu orang-orang yang telah menaruh kepercayaan kepada Rasullah s.a.w dan sesiapa yang menaruh kepercayaan
kepada sahabat-sahabatnya sahaja. Ini juga dinamakan: "الدعوة بالسر" supaya terperlihara dari  perbuatan jahat kuffar Quraisy. Apabila sahaja turun ayat Quran surah Al-Hijr ayat 94:

       فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ 

maka bertukarlah seruan itu kepada seruan terbuka di perhimpunan orang ramai tanpa diambil kira sebarang bahaya yang akan didatangkan oleh kuffar Quraisy itu. Walaupun mereka sangat benci mendengarnya dan bercadang pula hendak menghapuskan agama Islam sama-sekali. Maka ini adalah dinamakan: 

الدعوة بالجهر 

Itulah perbezaannya di antara dua seruan itu. Jika diperhatikan segala perkara yang telah berlaku dan segala perkara yang akan datang yang akan disebutkan nanti di sini, nampaklah kita betapa seruan agama Islam itu dilakukan secara beransur-ansur dari satu tangga ke satu tangga yang lebih tinggi, hinggalah sempurnanya seruan itu. Tidak ada sebarang rahsia pun disimpan atau disembunyikan oleh sesiapa dalam ajaran agama Islam melainkan diterang dan dijelaskan belaka.

Sungguhpun banyak kalimah yang memakai perkataan:
    السـر         الاسرار        سر الله
ataupun:
        اسرار الدين
tetapi bukanlah maknanya itu menunjukkan kepada sebarang rahsia bahkan ada kalanya makna "السر"   (assiru)  itu dengan makna seperti yang tersebut sebelumnya. Ada kalanya juga dengan makna lain selainnya seperti perkataan "sirrullah” (سرالله) dengan makna “hikmatullah” (حكمة الله)  dan "asraruddin”   (اسرار الدين) dengan makna segala hikmah  pengajaran agama Islam.

Maka Nabi kita s.a.w pun naiklah ke S’AFA (صفا) dan mula menyeru 'anak-anak Fihir' dan 'anak-anak  U’dai' bagi puak-puak Quraisy.
Apabila seseorang lelaki itu tidak berupaya datang, dia akan menghantar seseorang untuk mendengar perkhabaran itu. Maka datanglah Abu Lahab Bin Abdul  Muttalib dan puak-puak Quraisy yang  lain.
Maka bersabdalah Rasullah s.a.w :
" أرأيتم لو أخبركم أن خيلا بالوادي تريد أن تغير عليكم أكنتم مصدقي".
                           Maksudnya :
"Apakah engkau kalian fikirkan jikalau sekiranya aku memberitahu engkau kalian bahawa ada satu angkatan di wadi (tanah lembah) ini hendak melanggari ke atas engkau kalian, adakah engkau kalian mempercayai akan daku?." 
Jawab mereka:
"نعم ما جربنا عليك كذبا"
Ertinya: 
“Bahkan, tiada pernah kami dapati berlaku di atas engkau itu sebarang dusta.” 
 Sabdanya:
" فإني نذير لكم بين يدي عذاب شديد"
Ertinya: 
“Bahawasanya aku ini memberi ingatan kepada engkau sekalian, (iaitu) di hadapanku ada azab yang sangat kuat."
Maka kata Abu Lahab:
       " تبا لك ألهذا جمعتنا"  
Ertinya: 
“Kebinasaanlah bagi engkau, adakah kerana ini (sahaja) engkau himpunkan kami ?"
Maka Allah Taala menurunkan wahyu  ayat al-Quran terhadap kejelekan, penghinaan dan perkara besar yang dilakukan oleh Abu Lahab.  Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة اللهب Al-Lahab:
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (1) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (2) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (3) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ4) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (5
                          Maksudnya :
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab (yakni segala perbuatan yang diusahakan oleh Abu Lahab) dan binasalah ia bersama.(1)
Tiada mengkayakan (yakni tiada memberi guna) baginya hartanya dan apa yang dia usahakan (di dunia).(2)
Dia akan menderita kebakaran api neraka yang marak menjulang.(3) 
Dan perempuannya (Um Jamil) pembawa kayu bakar.(4) 
Pada tengkuknya  tali dari sabut.”(5)
Turunnya ayat 2 surah tersebut:  مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ   ialah apabila Abu Lahab diberi peringatan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengenai azab, lalu ia berkata: 
"Jika ada apa yang dikatakan oleh anak saudaraku itu benar maka aku akan menebusinya dengan hartaku dan anakku." 
Apa yang dimaksudkan dengan “pembawa kayu” ialah pembuat fitnah dan umpat keji yang dilakukan oleh perempuannya Um Jamil dengan mencerca Rasulullah s.a.w di tempat-tempat perhimpunan perempuan.


[Lihat sambungannya : Bhg 2 : Tarbiyatu Fikrit-Tifli Li-Fahmi Ulumuddin 

[Lihat : Kitab Pendahuluan Kata]




  ******************************************************
 قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 
             Maksudnya : 
" Katakanlah : ' Hai manusia sesungguhnya aku adalah Utusan Allah kepadamu semua, iaitu Allah yang memiliki kerjaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk."
                                     [Surah   سورة الأعراف   Al-A'Raaf : 158

                **************************************
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah Shallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda:
يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُوْنَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُوْنَ لِلنَّاسِ جُلُوْدَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ، أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ، وَقُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الذِّئَابِ، يَقُوْلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَبِي يَغْتَرُّوْنَ، أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُوْنَ؟ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الحَلِيْمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا
                  Maksudnya : 
Akan keluar pada akhir zaman kelak beberapa orang yang mencari dunia dengan amalan ad-din, mereka mengenakan pakaian di tengah-tengah manusia dengan kulit kambing yang lembut, lisan mereka lebih manis dari pada gula, tetapi hati mereka adalah hati serigala. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman: 'Apakah terhadap-Ku mereka berani menipu ataukah mereka berani melawan Aku? Maka dengan Kebesaran-Ku, Aku bersumpah, Aku benar-benar akan mengirim kepada mereka fitnah yang mengakibatkan ulama yang teguh hati pun menjadi bingung'.” [HR.At-Tirmidzi], 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH 'ISTIWA' DI ATAS AL 'ARASY الْعَرْشِ ?

  Sambugan daripada : UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUK AKULAH AGAMAKU                      بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم    ال...