Isnin, 14 Mac 2022

APABILA ROH ORANG MUKMIN SOLEH BERADA DI DALAM KUBUR ALAM BARZAKH (برزخ )



Sambungan daripada : AL-BURAQ HAIWAN SYURGA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لا يُفَرِّطُونَ      

               Maksudnya :

"   Dan Dia-lah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat itu tidak melalaikan kewajipannya.                        

                     Al-Quran surah  سورة الأنعام Al-An'am : 61

                            ******************************************

وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (170
               Maksudnya: 
"Dan jangan kamu sekalian menyangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah ( fisabilillah ) mereka mati bahkan 'mereka itu hidup di sisi' Tuhan mereka, diberikan rezeki.(169)   

Mereka bergembira dengan apa yang Allah datangkan kepada mereka dari kurniaan-Nya dan mereka bergembira dengan orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusuli mereka dari belakang (belum mati); bahawa tidak ada rasa takut atas mereka dan tidak (pula) mereka besedih hati."(170)

                         [ Al-Quran سورة آل عمران surah  Ali 'Imran : 169-170 ]   

                    **************************************

 يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29) وَادْخُلِي جَنَّتِي (30

                  Maksudnya :

" Wahai jiwa (roh ) yang tenang ( mutmainnah). 
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu,
dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

                      [ Al-Quran surah سورة الفجر  Al-Fajr : 27-30

*******************************************************************

Apakah Yang Berlaku Kepada Roh Orang Mukmin Soleh Apabila Berada Di Dalam Kubur Alam Barzakh برزخ ?

Maqam para syuhada Perang Uhud

Allah SWT menjanjikan golongan hamba-hambaNya dari golongan mukmin soleh dengan memberikan perkhabran gembira melalui para malaikat rahmat yang diutuskan pada ketika mereka berhadapan dengan saat-saat paling kritikal dan kesukaran Sakaratul-maut sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة النحل‎‎ An-Nahl ayat 32 :

الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلاَئِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلاَمٌ عَلَيْكُمُ 
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 
                                  Maksudnya :
"(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): 'Salamun 'alaikum سَلاَمٌ عَلَيْكُمُ (keselamatan sejahtera bagimu)', masuklah ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan."  

 Hadis Rasullullah s.a.w. ada menerangkan sebagaimana berikut: 

وَرُوِىَ فِي الحَدِيثِ عَنِ النَّبِيِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أّنَّهُ قَالَ: إِنَّ اللهَ اَذّا رَضِيَ عَنْ عَبْدٍ قَالَ يَا مَلَكَ المَوْتِ اِذْهَبْ اِلَى فُلاَنٍ فَأْتِنِي بِرُوحِهِ لِأُرِيحَهُ حَسْبِي مِنْ عَمَلِهِ قَدْ بَلَوْتُهُ فَوَجَدْتُهُ حَيْثُ اُحِبُّ فَيَنْزِلُ مَلَكَ المَوْتِ وَمَعَهُ خَمْسَمِائَةٍ مِنَ المَلاَئِكَةِ مَعَهُمْ قَضْبَا الرَّيْحَانِ وَاُصَولَ الزَّعْفَرَانِ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ يُبَشِّرُهُ بِبَشَارَةٍ سِوَى بَشَارَةِ صَاحِبِهِ وَتَقُومُ المَلاَئِكَةُ صَفَّيْنِ لِخُرُوجِ رُوْحِهِ مَعَهُمْ الرَّيْحَان فَاِذَا نَظَرَ اِلَيهِمْ اِبْلِيسُ وَضَعَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِهِ ثُمَّ صَرَخَ قَالَ فَيَقُولُ لَهُ جُنودُهُ مَالَكَ يَا سَيِّدَنا فَيَقُولُ أَمَا تَرَوْنَ مَا أُعْطِىَ هَذَا العَبْدُ مِنَ الكَرَامَةِ أَيْنَ كُنْتُمْ مِنْ هَذَا قَالُوا قَدْ جَهَدْنَا بِهِ فَكَانَ مَعْصُومًا".
                         Maksudnya :
"Bahawasanya apabila Allah SWT meredai seseorang hamba Ia berfirman:  'Wahai Malaikat Maut pergilah oleh mu kepada si polan, engkau bawakanlah kepada Ku dengan rohnya supaya Aku memberi kerehatan kepadanya, memadai Aku daripada amalan itu. Sesungguhnya Aku telah datangkan ujian kepadanya maka Aku dapati akan dia barang apa yang Aku kasihi.' 
Maka turun Malaikat Maut dan bersertanya 500 orang daripada malaikat dan berserta mereka dahan-dahan pokok 'Raihan' yang wangi dan pangkal-pangkal 'Za'faran', tiap-tiap seorang daripada mereka memberi khabaran sukacita kepadanya dengan khabaran yang berlainan daripada taulan-taulan yang lain. Berdiri malaikat-malaikat itu dua barisan kerana keluaran rohnya berserta mereka dahan-dahan pokok 'Raihan'.
Apabila dilihati oleh Iblis ia pun meletakkan tangannya ke atas kepalanya kemudian dia mengeluh dukacita. Sabdanya (Rasulullah s.a.w.) : Maka berkata tentera-tenteranya kepadanya : 'Kenapakah engkau wahai tuan penghulu kami?' Maka ia (Iblis) berkata : 'Adakah engkau sekalian tidak lihati barang apa yang diberikan kepada hamba ini dengan kemuliaannya, di manakah engkau sekalian daripada orang ini?' Kata mereka : 'Sesungguhnya telah bersungguh-sungguh kami dengannya[menggoda dan menipu daya terhadapnya], maka dia ini termaksum (terpelihara)'. "

Dalam maksud Hadis yang lain terkandung juga  penjelasan :

Berkata Abu Hurairah r.a. : Sabda Rasullullah s.a.w. :
"Bahawasanya orang mukmin itu apabila hampir ajal matinya datang kepadanya malaikat-malaikat dengan membawakan kain sutera yang mempunyai bau harum kasturi dan dahan-dahan pokok 'Raihan' (dari syurga). Maka ditarikkan rohnya itu sebagaimana ditarik satu helai rambut daripada tepung beruli dan diperkatakan : 'Wahai diri yang Mutmainnah (bertetap dalam iman dan taat), keluarlah olehmu yang sedang meredai lagi yang diredakan ke atas engkau kepada tempat rahmat Allah dan kemuliaan-Nya'. Apabila dikeluarkan rohnya diletakkan ke atas sedemikian itu kasturi dan Raihan dan dilipatkan ke atasnya sutera itu dibawa ke tempat yang tinggi. [ hingga akhir hadis ]
Pegangan aqidah keimanan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah menegaskan
وأنه لا يتقبل ايمان عبد حتى يؤمن بما أخبر به بعد الموت ، وأوله : سؤال منكر ونكير وهما شخصان مهيبان هائلان يقعدان العبد في قبره سويا ذا روح وجسد فيسألانه عن التوحيد والرسالة ويقولان له: من ربك وما دينك ومن نبيك؟ وهما فتانا القبر وسؤالهما أول فـتـنة بعد الموت. وأن يؤمن بعذاب القبر وأنه حق وحكمه عدل على الجسم والروح على من يشاء
                      Maksudnya :
".....bahawasanya tidaklah diterima oleh Allah Taala akan iman seseorang hamba Allah itu melainkan hingga ia beriman dengan semua perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. bersangkutan dengan perkara yang kemudian daripada mati dan adalah awal perkaranya itu soal Munkar wa Nakir. Kedua-duanya adalah dua orang malaikat yang sangat besar dan menggerunkan hamba Allah itu di dalam kuburnya sesudahnya dikembalikan balik roh itu kepada badan, maka kedua-duanya menanyakan dia bersangkutan dengan perkara Tawhid dan Rasul. Kata mereka kedua kepadanya: 'Siapa Tuhan engkau, apa agama engkau dan siapa Nabi engkau.' Dan kedua-duanya itu dua orang Fitnah Kubur dan pertanyaan mereka kedua itu ialah awal-awal fitnah kemudian daripada mati..."
Di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbentuk do'a ada menyebut 'Fitnah Kubur' seperti berikut:
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَنْزِلُ بِكَ حَاجَتِي وَاِنْ ضَعُفَ رَأْيِي وَقَلَّتْ حِيلَتِي وَقَصُرَ عَمَلِي وَافْتَقَرْتُ اِلَى رَحْمَتِكَ فَأَسْأَلُكَ يَا كَافِيَ الاُموْرِ وَيَا شَافِيَ الصُّدُورِ كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ
                   Maksudnya :
".........Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekali pun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatan ku dan singkat amalan ku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada fitnah kubur................Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hatiku, cahaya pada kubur ku...."

Jannat al-Baqi' (جنة البقيع) yang terletak berhampiran Masjid Nabawi di Madinah. Di sini bersemadinya kira-kira 10,000 jenazah para sahabat Rasulullah s.a.w dan keluarga mereka, keluarga Rasulullah s.a.w, beberapa ulama' tabi'ein yang termasyhur dan insan mukmin soleh yang tidak dikenali.

Apabila seseorang mukmin soleh itu meninggal dunia dan rohnya berada di dalam kubur Alam Barzakh untuk berhadapan dengan "Fitnah Kubur" cahaya pahala amalan soleh kurniaan Allah tersebut bertukar pula menjadi makhluk yang sama jenis dengan malaikat yang dinamakan "Roh Amalan Soleh" untuk menjaga, menemani di samping membantu tuannya seperti yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
"Dan berkata Ka'ab : Apabila dihantarkan hamba yang soleh itu di dalam kubur nescaya mengelilinginya oleh segala amalannya yang soleh ; iaitu sembahyang, puasa, haji, jihad dan sedekah. Katanya: Maka datang malaikat azab daripada pihak dua kakinya, maka kata SEMBAHYANG: Berundurlah olehmu daripadanya, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya (mengazabnya), sesungguhnya ia telah memanjangkan denganku masa berdiri bagi Allah ke atas keduanya. Maka datang mereka kepadanya daripada pihak kepalanya, maka berkata PUASA : Tiada jalan bagi kamu ke atasnya, sesugguhnya ia telah memanjangkan masa kedahagaannya bagi Allah dalam negeri dunia, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.
Maka datang mereka kepadanya daripada pihak jasadnya (badannya), maka berkata HAJI dan JIHAD : Berundurlah kamu daripadanya, sesungguhnya ia telah memenatkan diri dan badannya dan ia telah Haji dan Berjihad kerana Allah, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya. Katanya: Maka datang mereka kepadanya daripada pihak dua tangannya, maka kata SEDEKAH: Berundurlah olehmu daripada tolanku, maka berapalah banyak daripada sedekah telah keluar daripada kedua-dua tangan ini hingga "jatuh" pada "tangan" Allah (hingga "diterima" Allah ibadat sedekahnya) kerana semata-mata menuntut keredaan-Nya sahaja, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.
Katanya: maka dikatakan kepadanya: Berkeluasan bagi engkau telah baiklah engkau semasa hidup dan telah baiklah engkau semasa waktu mati.
Katanya: Dan datang kepadanya Malaikat-malaikat Rahmat, maka dibentangkan baginya hamparan daripada syurga dan diluaskan baginya dalam kuburnya sejauh pemandangan matanya dan didatangkan dengan kendil (lampu ) daripada syurga, maka ia mendapati cerahan dengan cahayanya hingga hari dibangkitkan dia oleh Allah SWT daripada kuburnya."
Di dalam Hadis yang lain ada juga menyatakan maksud yang hampir sama:

فَأَفْرِشُوْهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوْهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوْا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ. فَيَأْتِيْهِ مِنْ رَوْحِهَا، وَطِيْبِهَا، وَيُفْسَحُ لَهُ فِيْ قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ . وَيَأْتِيْهِ رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ، حَسَنُ الثِّيَابِ، طَيِّبُ الرِّيْحِ، فَيَقُوْلُ: أَبْشِرْ بِالَّذِيْ يَسُرُّكَ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِيْ كُنْتَ تُوْعَدُ، فَيَقُوْلُ لَهُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيْءُ بِالْخَيْرِ، فَيَقُولُ: أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ، فَيَقُولُ: رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي وَمَالِي
Maksudnya :

" 'Hamparkanlah untuknya (permadani) dari syurga, pakaikanlah untuknya (pakaian) dari syurga, dan bukakanlah baginya pintu yang menuju syurga.' Maka sampailah kepadanya bau yang harum wangi dan keindahan syurga itu, dan kubur pun dilapangkan baginya sejauh mata memandang. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang berwajah tampan, pakaiannya cantik dan baunya wangi dan berkata: 'Bergembiralah dengan sesuatu yang telah menyenangkanmu, ini adalah hari yang dahulu kamu dijanjikan.' Ia (orang mukmin)itu pun bertanya: 'Siapakah kamu, wajahmu adalah wajah yang membawa kebaikan?' Ia menjawab: 'Aku adalah amal solehmu.' Akhirnya ia (orang mukmin) berkata: 'Wahai Tuhanku, tegakkanlah kiamat agar aku boleh kembali kepada keluargaku dan hartaku'." [HR. Ahmad]

Terdapat juga Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan "Fitnah Kubur":

i. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَنَّ العَبْــدَ اِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ ، وَتَوَلَّىْ عَنْهُ أَصْحَابُهَ حَتَّى اَنَّهُ يَسْمَعُ قُرْعَ نِعَالِهِمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيَقْعُدَانَهُ فَيَقُوْلَان لَهُ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ (محمد)؟ فَاَمَّا المُؤْمِنُ فَيَقُولُ : أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ. فَيُقَالُ أُنْظُرْ اِلَى مَقْعَدِكَ مِنْ النَّـار قَدْ اَبْدَلَكَ اللهُ بِهْ مَقْعَدًا مِنَ الجَنَّةِ فَيَرَاهُمَا جَمِيْعًا وَيُفْسَحُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُوْنَ ذِرَاعًا وَيمْلَأُ عَلَيْهِ خَضِرًا اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ وَاَمَّا الكَافِرُ اَو المُنَافِقُ فَيُقَالُ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلُ لَاْ أَدْرِيْ وَكُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ . فَيُقَالُ لَهُ لَادَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَاقٍ مِنْ حَدِيْدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيْحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيْهِ غَيْرُ الثَّـقَـلَيْنَ وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفُ اَضلَاعُهُ
( رَوَاهُ البُخَارِي وَمُسْلِمُ )
                      Maksudnya : 
"Bahawa seseorang hamba Allah, apabila dihantar ke dalam kuburnya hingga ia mendengar jejak-jejak langkah kasut sekalian sahabat-sahabatnya yang pulang, datanglah dua malaikat mendudukkan dia dan menanya:Apa engkau kata pada lelaki ini (Nabi Muhammad s.a.w.)?  Orang mukmin akan jawab: Aku menaik saksi bahawasanya ia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya (Pesuruh-Nya), kemudiannya diperkatakan: Lihatlah tempat kedudukan engkau daripada api neraka, sesungguhnya Allah Taala telah tukarkan tempat engkau itu dengan suatu tempat daripada syurga. Maka ia melihat kedua-dua tempat itu, diluaskan baginya di dalam kuburnya itu tujuh puluh hasta, dipenuhi di atasnya tanaman-tanaman yang menghijau hingga hari dibangkitkan sekalian ahli isi kubur daripada kubur mereka.......[ Hingga akhir hadis  ]  

                   [HR Al-Bukhari dan Muslim]

  ii.  Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ

         Maksudnya

" Apabila mayat ( atau seseorang daripada kamu ) telah dikuburkan, maka datanglah kepadanya dua orang malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata : 'Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?'.

Dia berkata : ' Dia adalah hamba Allah dan Utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan Utusan-Nya. Keduanya ( malaikat) berkata : ' Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan yang demikian itu'. 

Kemudian dilapangklan baginya di dalam kuburnya seluas 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya  baginya di dalamnya, lalu dikatakan kepdanya: ' Tidurlah engkau'."

                [ HR  At-Tirmizi dan Ibn Hibban ]

أخبرنا عبيد الله بن عبد الكريم وقال حدثنا محمد بن عبيد الله أبو ثابت المدني قال حدثنا بن أبي حازم عن سهيل بن أبي صالح عن عرفجة بن عبد الواحد عن عاصم بن أبي النجود عن زر عن عبد الله بن مسعود قال : من قرأ { تبارك الذي بيده الملك } كل ليلة منعه الله بها من عذاب القبر وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم نسميها المانعة وإنها في كتاب الله سورة من قرأ بها في كل ليلة فقد أكثر وأطاب

                   Maksudnya : 

iii."Telah menceritakan pada kami ‘Ubaidullah bin ‘Abdil Karim, dia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Ubaidillah Abu Tsabit Al Madini, ia berkata, telah menceritakan pada kami Ibnu Abi Hazim, dari Suhail bin Abi Soleh, dari ‘Arfajah bin ‘Abdul Wahid, dari ‘Ashim bin Abin Nujud, dari Zarr, dari ‘Abdullah bin Mas’ud, dia berkata: 'Barangsiapa membaca “Tabarakalladzi bi yadihil Mulk...تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (surah al-Mulk:1) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Kami di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menamakan surat tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari seksa kubur).  Dia adalah salah satu surat di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan'.” [HR. An Nasai dalam Al Kabir 6/179 dan Al Hakim. Hakim mengatakan bahawa sanad hadis tersebut sahih].

               Perkuburan Jannatul Mualla (   جنة المعلى  ) di Mekah. Di sini bersemadinya jenazah ramai ketua kaum Qurasy dan  keluarga Rasulullah s.a.w termasuk isteri baginda Khadijah r.a.


Semasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. sakit yang membawa kepada kewafatannya beliau berpesan kepada para sahabat yang menziarahinya dengan kata-kata yang bermaksud:
".........Barangsiapa berkata-kata (berdo'a) dengan kalimah-kalimah ini kemudian dia mati nescaya dijadikan oleh Allah Taala rohnya itu pada al- Ufukil Mubin. Mereka (sahabat-sahabat) berkata/bertanya  : Apa dia al- Ufukil Mubin itu? 
Katanya : Ialah suatu tempat di hadapan al-'Arasy, ada padanya taman-taman, sungai-sungai dan pokok-pokok yang disediakan Allah, turun padanya tiap-tiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa berkata (berdo'a) dengan perkataan-perkataan ini nescaya dijadikan oleh Allah akan rohnya (badan batin) itu pada tempat ini.........."

Hanya gambar hiasan menunjukkan sebuah taman bunga di dunia

Sesungguhnya apa yang berlaku di dalam kubur Alam Barzakah adalah termasuk hal alam akhirat yang ghaib yang tidak sesekali diketahui oleh hamba-hambaNya kecuali Rasul Allah pilihan yang dibangkitkan sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah Al-Jin ayat 26-28 :

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27) لِيَعْلَمَ أَنْ قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا (28)

Maksudnya :

" (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.

Kecuali kepada Rasul yang diredai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di depan dan di belakangnya.

Supaya dia mengetahui, bahawa sesungguhnya Rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya ) Ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu."

[Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w ini. Amin]
    ********************************************************** 
                 Tugu Peringatan para syuhada dalam Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan Tahun ke 02 Hijrah ( 17 Mac, 624 Masehi ).
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ (171) الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ (172)
               Maksudnya :
"  Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah   (fisabillah) itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki,

mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang dilimpahkan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula ) mereka bersedih hati. 

Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah, dan bahawa Allah tidak mensensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.

( Iaitu) orang-orang yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan yang bertaqwa ada pahala yang besar. "
                [ Al-Quran surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 169-172 ]








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...