Isnin, 14 Mac 2022

APABILA ROH ORANG MUKMIN SOLEH BERADA DI DALAM KUBUR ALAM BARZAKH (برزخ )


Sambungan daripada : AL-BURAQ HAIWAN SYURGA


                                        بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ 

 اَلْحَمْدُ ِللهِ الْمَلِكِ الْحَقِّ الْمُبِيْنِ، الَّذِي حَبَانَا بِالْإِيْمَانِ واليقينِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ  عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد،ٍ خَاتَمِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِين، وَعَلَى آلِهِ   الطَّيِّبِيِن، وَأَصْحَابِهِ الأَخْيَارِ أَجْمَعِين، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 

أَمَّا بَعْدُ                                     


وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لا يُفَرِّطُونَ      

                  Maksudnya :

" Dan Dia-lah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat itu tidak melalaikan kewajipannya.                        

                     Al-Quran surah  سورة الأنعام Al-An'am : 61

                            ******************************************

وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (170
               Maksudnya: 
"Dan jangan kamu sekalian menyangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah ( fisabilillah ) mereka mati, bahkan 'mereka itu hidup di sisi' Tuhan mereka, diberikan rezeki.(169)   

Mereka bergembira dengan apa yang Allah datangkan kepada mereka dari kurniaan-Nya dan mereka bergembira dengan orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusuli mereka dari belakang (belum mati); bahawa tidak ada rasa takut atas mereka dan tidak (pula) mereka besedih hati."(170)

                         [ Al-Quran سورة آل عمران surah  Ali 'Imran : 169-170 ]   

                    ********************************************

 يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28) فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29) وَادْخُلِي جَنَّتِي (30

                  Maksudnya :
" Wahai jiwa (roh ) yang tenang ( mutmainnah). 
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu,
dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

                      [ Al-Quran surah سورة الفجر  Al-Fajr : 27-30

*****************************************************************

Apakah Yang Berlaku Kepada Roh Orang Mukmin Soleh Apabila Berada Di Dalam Kubur Alam Barzakh برزخ ?

Maqam para syuhada Perang Uhud

Allah SWT menjanjikan golongan hamba-hambaNya dari golongan mukmin soleh dengan memberikan perkhabran gembira melalui para malaikat rahmat yang diutuskan pada ketika mereka berhadapan dengan saat-saat paling kritikal dan kesukaran Sakaratul-maut sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة النحل‎‎ An-Nahl ayat 32 :
الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلاَئِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلاَمٌ عَلَيْكُمُ 
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 
                                  Maksudnya :
"(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): 'Salamun 'alaikum سَلاَمٌ عَلَيْكُمُ (keselamatan sejahtera bagimu)', masuklah ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan." 

 Hadis Rasullullah s.a.w. ada menerangkan sebagaimana berikut: 

وَرُوِىَ فِي الحَدِيثِ عَنِ النَّبِيِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أّنَّهُ قَالَ: إِنَّ اللهَ اَذّا رَضِيَ عَنْ عَبْدٍ قَالَ يَا مَلَكَ المَوْتِ اِذْهَبْ اِلَى فُلاَنٍ فَأْتِنِي بِرُوحِهِ لِأُرِيحَهُ حَسْبِي مِنْ عَمَلِهِ قَدْ بَلَوْتُهُ فَوَجَدْتُهُ حَيْثُ اُحِبُّ فَيَنْزِلُ مَلَكَ المَوْتِ وَمَعَهُ خَمْسَمِائَةٍ مِنَ المَلاَئِكَةِ مَعَهُمْ قَضْبَا الرَّيْحَانِ وَاُصَولَ الزَّعْفَرَانِ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ يُبَشِّرُهُ بِبَشَارَةٍ سِوَى بَشَارَةِ صَاحِبِهِ وَتَقُومُ المَلاَئِكَةُ صَفَّيْنِ لِخُرُوجِ رُوْحِهِ مَعَهُمْ الرَّيْحَان فَاِذَا نَظَرَ اِلَيهِمْ اِبْلِيسُ وَضَعَ يَدَهُ عَلَى رَأْسِهِ ثُمَّ صَرَخَ قَالَ فَيَقُولُ لَهُ جُنودُهُ مَالَكَ يَا سَيِّدَنا فَيَقُولُ أَمَا تَرَوْنَ مَا أُعْطِىَ هَذَا العَبْدُ مِنَ الكَرَامَةِ أَيْنَ كُنْتُمْ مِنْ هَذَا قَالُوا قَدْ جَهَدْنَا بِهِ فَكَانَ مَعْصُومًا".
                         Maksudnya :
i."Bahawasanya apabila Allah SWT meredai seseorang hamba Ia berfirman:  'Wahai Malaikat Maut pergilah oleh mu kepada si polan, engkau bawakanlah kepada-Ku dengan rohnya supaya Aku memberi kerehatan kepadanya, memadai Aku daripada amalan itu. Sesungguhnya Aku telah datangkan ujian kepadanya maka Aku dapati akan dia barang apa yang Aku kasihi'. 
Maka turun Malaikat Maut dan bersertanya 500 orang daripada malaikat dan berserta mereka dahan-dahan pokok 'Raihan' yang wangi dan pangkal-pangkal 'Za'faran', tiap-tiap seorang daripada mereka memberi khabaran sukacita kepadanya dengan khabaran yang berlainan daripada taulan-taulan yang lain. Berdiri malaikat-malaikat itu dua barisan kerana keluaran rohnya berserta mereka dahan-dahan pokok 'Raihan'.
Apabila dilihati oleh Iblis ia pun meletakkan tangannya ke atas kepalanya kemudian dia mengeluh dukacita. Sabdanya (Rasulullah s.a.w.) : Maka berkata tentera-tenteranya kepadanya : 'Kenapakah engkau wahai tuan penghulu kami?' Maka ia (Iblis) berkata : 'Adakah engkau sekalian tidak lihati barang apa yang diberikan kepada hamba ini dengan kemuliaannya, di manakah engkau sekalian daripada orang ini?' Kata mereka : 'Sesungguhnya kami telah bersungguh-sungguh dengannya[menggoda dan menipu daya terhadapnya], maka dia ini termaksum (terpelihara)'. "
                 Berkata Abu Hurairah r.a. : Sabda Rasullullah s.a.w. :
ii."Bahawasanya orang mukmin itu apabila hampir ajal matinya datang kepadanya malaikat-malaikat dengan membawakan kain sutera yang mempunyai bau harum kesturi dan dahan-dahan pokok 'Raihan' (dari syurga). Maka ditarikkan rohnya itu sebagaimana ditarik satu helai rambut daripada tepung beruli dan diperkatakan : 'Wahai diri yang Mutmainnah (bertetap dalam iman dan taat), keluarlah olehmu yang sedang meredai lagi yang diredakan ke atas engkau kepada tempat rahmat Allah dan kemuliaan-Nya'. Apabila dikeluarkan rohnya diletakkan ke atas sedemikian itu kesturi dan Raihan dan dilipatkan ke atasnya sutera itu dibawa ke tempat yang tinggi......"
[ hingga akhir hadis ]
إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضُ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَاْلعَشِيِّ. إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ . يُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ورواه البخاري ومسلم
                     Maksudnya :

iii."Sesungguhnya apabila seseorang di antara kamu meninggal dunia, ditampakkan kepadanya tempat tinggalnya (nanti) di waktu pagi dan petang. Apabila (yang ditampakkan) ahli syurga, ia termasuk ahli syurga. Sebaliknya, apabila (yang ditampakkan) ahli neraka, ia termasuk ahli neraka. Ketika itu dikatakan kepadanya: 'Inilah tempatmu sampai tiba saatnya Allah membangkitkan kamu di hari kiamat'." [HR. Bukhari dan Muslim].
Pegangan aqidah keimanan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah menegaskan
وأنه لا يتقبل ايمان عبد حتى يؤمن بما أخبر به بعد الموت ، وأوله : سؤال منكر ونكير وهما شخصان مهيبان هائلان يقعدان العبد في قبره سويا ذا روح وجسد فيسألانه عن التوحيد والرسالة ويقولان له: من ربك وما دينك ومن نبيك؟ وهما فتانا القبر وسؤالهما أول فـتـنة بعد الموت. وأن يؤمن بعذاب القبر وأنه حق وحكمه عدل على الجسم والروح على من يشاء
                      Maksudnya :
".....bahawasanya tidaklah diterima oleh Allah Taala akan iman seseorang hamba Allah itu melainkan hingga ia beriman dengan semua perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. bersangkutan dengan perkara yang kemudian daripada mati dan adalah awal perkaranya itu soal Munkar wa Nakir. Kedua-duanya adalah dua orang malaikat yang sangat besar dan menggerunkan hamba Allah itu di dalam kuburnya sesudahnya dikembalikan balik roh itu kepada badan, maka kedua-duanya menanyakan dia bersangkutan dengan perkara Tawhid dan Rasul. Kata mereka kedua kepadanya: 'Siapa Tuhan engkau, apa agama engkau dan siapa Nabi engkau.' Dan kedua-duanya itu dua orang Fitnah Kubur dan pertanyaan mereka kedua itu ialah awal-awal fitnah kemudian daripada mati..."
"Tidak ada seorang lelaki muslim yang meninggal dunia, kemudian terdapat empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun mendirikan solat jenazah ke atasnya, melainkan Allah akan memberikan syafaat dari mereka buat dirinya (jenazah tersebut)." [Riwayat Muslim]

Di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbentuk do'a ada menyebut 'Fitnah Kubur' seperti berikut:
 اللَّهُمَّ اِنِّي اَنْزِلُ بِكَ حَاجَتِي وَاِنْ ضَعُفَ رَأْيِي وَقَلَّتْ حِيلَتِي وَقَصُرَ عَمَلِي وَافْتَقَرْتُ اِلَى رَحْمَتِكَ فَأَسْأَلُكَ يَا كَافِيَ الاُموْرِ وَيَا شَافِيَ الصُّدُورِ كَمَا تُجِيرُ بَيْنَ البُحُورِ أَنْ تُجِيرَنِي مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ وَمِنْ دَعْوَةِ الثُّبُورِ وَمِنْ فِتْنَةِ القُبُورِ
                          Maksudnya :
"......Ya Allah!, bahawasanya aku memohon kepada Engkau hajat ku dan jikalau sekalipun lemah fikiran ku dan sedikit upaya kekuatanku dan singkat amalanku dan aku sangat berhajatkan kepada rahmat Engkau. Maka aku memohonkan kepada Engkau wahai Yang Amat Mencukupkan segala perkara dan wahai Yang Amat Menyembuhkan segala dada sebagaimana Engkau melepaskan di antara lautan-lautan bahawa Engkau lepaskanlah akan daku daripada azab api neraka dan daripada seruan kebinasaan dan daripada fitnah kubur................Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hatiku, cahaya pada kubur ku...."

Jannat al-Baqi' (جنة البقيع) yang terletak berhampiran Masjid Nabawi di Madinah. Di sini bersemadinya kira-kira 10,000 jenazah para sahabat Rasulullah s.a.w dan keluarga mereka, keluarga Rasulullah s.a.w, beberapa ulama' tabi'ein yang termasyhur dan insan mukmin soleh yang tidak dikenali.

Apabila seseorang mukmin soleh itu meninggal dunia dan rohnya berada di dalam kubur Alam Barzakh untuk berhadapan dengan "Fitnah Kubur" cahaya pahala amalan soleh yang diterima dan diredai Allah tersebut bertukar pula menjadi makhluk yang sama jenis dengan malaikat yang dinamakan "Roh Amalan Soleh". Makhluk tersebut diperintahkan Allah untuk menjaga, menemani di samping membantu tuannya seperti yang dikhabarkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Dan berkata Ka'ab : Apabila dihantarkan hamba yang soleh itu di dalam kubur nescaya mengelilinginya oleh segala amalannya yang soleh ; iaitu sembahyang, puasa, haji, jihad dan sedekah. Katanya: Maka datang malaikat azab daripada pihak dua kakinya, maka kata SEMBAHYANG: Berundurlah olehmu daripadanya, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya (mengazabnya), sesungguhnya ia telah memanjangkan denganku masa berdiri bagi Allah ke atas keduanya. Maka datang mereka kepadanya daripada pihak kepalanya, maka berkata PUASA : Tiada jalan bagi kamu ke atasnya, sesugguhnya ia telah memanjangkan masa kedahagaannya bagi Allah dalam negeri dunia, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.
Maka datang mereka kepadanya daripada pihak jasadnya (badannya), maka berkata HAJI dan JIHAD : Berundurlah kamu daripadanya, sesungguhnya ia telah memenatkan diri dan badannya dan ia telah Haji dan Berjihad kerana Allah, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya. Katanya: Maka datang mereka kepadanya daripada pihak dua tangannya, maka kata SEDEKAH: Berundurlah olehmu daripada tolanku, maka berapalah banyak daripada sedekah telah keluar daripada kedua-dua tangan ini hingga "jatuh" pada "tangan" Allah (hingga "diterima" Allah ibadat sedekahnya) kerana semata-mata menuntut keredaan-Nya sahaja, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.
Katanya: maka dikatakan kepadanya: Berkeluasan bagi engkau telah baiklah engkau semasa hidup dan telah baiklah engkau semasa waktu mati.
Katanya: Dan datang kepadanya Malaikat-malaikat Rahmat, maka dibentangkan baginya hamparan daripada syurga dan diluaskan baginya dalam kuburnya sejauh pemandangan matanya dan didatangkan dengan kendil (lampu ) daripada syurga, maka ia mendapati cerahan dengan cahayanya hingga hari dibangkitkan dia oleh Allah SWT daripada kuburnya."
Di dalam Hadis yang lain ada juga menyatakan :

فَأَفْرِشُوْهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوْهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوْا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ. فَيَأْتِيْهِ مِنْ رَوْحِهَا، وَطِيْبِهَا، وَيُفْسَحُ لَهُ فِيْ قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ . وَيَأْتِيْهِ رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ، حَسَنُ الثِّيَابِ، طَيِّبُ الرِّيْحِ، فَيَقُوْلُ: أَبْشِرْ بِالَّذِيْ يَسُرُّكَ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِيْ كُنْتَ تُوْعَدُ، فَيَقُوْلُ لَهُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيْءُ بِالْخَيْرِ، فَيَقُولُ: أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ، فَيَقُولُ: رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي وَمَالِي
Maksudnya :
" 'Hamparkanlah untuknya (permadani) dari syurga, pakaikanlah untuknya (pakaian) dari syurga, dan bukakanlah baginya pintu yang menuju syurga.' Maka sampailah kepadanya bau yang harum wangi dan keindahan syurga itu, dan kubur pun dilapangkan baginya sejauh mata memandang. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang berwajah tampan, pakaiannya cantik dan baunya wangi dan berkata: 'Bergembiralah dengan sesuatu yang telah menyenangkanmu, ini adalah hari yang dahulu kamu dijanjikan.' Ia (orang mukmin)itu pun bertanya: 'Siapakah kamu, wajahmu adalah wajah yang membawa kebaikan?' Ia menjawab: 'Aku adalah amal solehmu.' Akhirnya ia (orang mukmin) berkata: 'Wahai Tuhanku, tegakkanlah kiamat agar aku boleh kembali kepada keluargaku dan hartaku'." [HR. Ahmad]


Terdapat juga Hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan "Fitnah Kubur":

i. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَنَّ العَبْــدَ اِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ ، وَتَوَلَّىْ عَنْهُ أَصْحَابُهَ حَتَّى اَنَّهُ يَسْمَعُ قُرْعَ نِعَالِهِمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيَقْعُدَانَهُ فَيَقُوْلَان لَهُ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ (محمد)؟ فَاَمَّا المُؤْمِنُ فَيَقُولُ : أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ. فَيُقَالُ أُنْظُرْ اِلَى مَقْعَدِكَ مِنْ النَّـار قَدْ اَبْدَلَكَ اللهُ بِهْ مَقْعَدًا مِنَ الجَنَّةِ فَيَرَاهُمَا جَمِيْعًا وَيُفْسَحُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُوْنَ ذِرَاعًا وَيمْلَأُ عَلَيْهِ خَضِرًا اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ وَاَمَّا الكَافِرُ اَو المُنَافِقُ فَيُقَالُ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلُ لَاْ أَدْرِيْ وَكُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ . فَيُقَالُ لَهُ لَادَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَاقٍ مِنْ حَدِيْدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيْحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيْهِ غَيْرُ الثَّـقَـلَيْنَ وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفُ اَضلَاعُهُ
( رَوَاهُ البُخَارِي وَمُسْلِمُ )
                      Maksudnya : 
"Bahawa seseorang hamba Allah, apabila dihantar ke dalam kuburnya hingga ia mendengar jejak-jejak langkah kasut sekalian sahabat-sahabatnya yang pulang, datanglah dua malaikat mendudukkan dia dan menanya:Apa engkau kata pada lelaki ini (Nabi Muhammad s.a.w.)?  Orang mukmin akan jawab: Aku menaik saksi bahawasanya ia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya (Pesuruh-Nya), kemudian diperkatakan: Lihatlah tempat kedudukan engkau daripada api neraka, sesungguhnya Allah Taala telah tukarkan tempat engkau itu dengan suatu tempat daripada syurga. Maka ia melihat kedua-dua tempat itu, diluaskan baginya di dalam kuburnya itu tujuh puluh hasta, dipenuhi di atasnya tanaman-tanaman yang menghijau hingga hari dibangkitkan sekalian ahli isi kubur daripada kubur mereka.......[ Hingga akhir hadis  ] [HR Al-Bukhari dan Muslim]

  ii.  Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ ، أَوْ قَالَ : أَحَدُكُمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ ، يُقَالُ لأَحَدِهِمَا : الْمُنْكَرُ ، وَالآخَرُ : النَّكِيرُ ، فَيَقُولَانِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ ؟ فَيَقُولُ مَا كَانَ يَقُولُ : هُوَ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ . فَيَقُولانِ : قَدْ كُنَّا نَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُولُ هَذَا ، ثُمَّ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا فِي سَبْعِينَ ، ثُمَّ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ ، ثُمَّ يُقَالُ لَهُ : نَمْ

         Maksudnya

" Apabila mayat ( atau seseorang daripada kamu ) telah dikuburkan, maka datanglah kepadanya dua orang malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata : 'Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?'.

Dia berkata : ' Dia adalah hamba Allah dan Utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan Utusan-Nya. Keduanya ( malaikat) berkata : ' Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan yang demikian itu'. 

Kemudian dilapangklan baginya di dalam kuburnya seluas 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya  baginya di dalamnya, lalu dikatakan kepdanya: ' Tidurlah engkau'."

                [ HR  At-Tirmizi dan Ibn Hibban ]

أخبرنا عبيد الله بن عبد الكريم وقال حدثنا محمد بن عبيد الله أبو ثابت المدني قال حدثنا بن أبي حازم عن سهيل بن أبي صالح عن عرفجة بن عبد الواحد عن عاصم بن أبي النجود عن زر عن عبد الله بن مسعود قال : من قرأ { تبارك الذي بيده الملك } كل ليلة منعه الله بها من عذاب القبر وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم نسميها المانعة وإنها في كتاب الله سورة من قرأ بها في كل ليلة فقد أكثر وأطاب

                   Maksudnya : 

iii."Telah menceritakan pada kami ‘Ubaidullah bin ‘Abdil Karim, dia berkata, telah menceritakan pada kami Muhammad bin ‘Ubaidillah Abu Tsabit Al Madini, ia berkata, telah menceritakan pada kami Ibnu Abi Hazim, dari Suhail bin Abi Soleh, dari ‘Arfajah bin ‘Abdul Wahid, dari ‘Ashim bin Abin Nujud, dari Zarr, dari ‘Abdullah bin Mas’ud, dia berkata: 'Barangsiapa membaca “Tabarakalladzi bi yadihil Mulk...تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (surah al-Mulk:1) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Kami di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menamakan surat tersebut “al Mani’ah” (penghalang dari seksa kubur).  Dia adalah salah satu surat di dalam Kitabullah. Barangsiapa membacanya setiap malam, maka ia telah memperbanyak dan telah berbuat kebaikan'.” [HR. An Nasai dalam Al Kabir 6/179 dan Al Hakim. Hakim mengatakan bahawa sanad hadis tersebut sahih].

       ivDaripada Abdullah Bin ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضُ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَاْلعَشِيِّ. إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ . يُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ورواه البخاري ومسلم

             Maksudnya :

"Sesungguhnya apabila seseorang di antara kamu meninggal dunia, ditampakkan kepadanya tempat tinggalnya (nanti) di waktu pagi dan petang. Apabila (yang ditampakkan) ahli syurga, ia termasuk ahli syurga. Sebaliknya, apabila (yang ditampakkan) ahli neraka, ia termasuk ahli neraka. Ketika itu dikatakan kepadanya: 'Inilah tempatmu sampai nanti saatnya Allah membangkitkan kamu di hari kiamat'." [HR. Bukhari dan Muslim].
       v. Di dalam hadis yang sahih daripada Abu Hurairah r.a. ada menjelaskan: 

  أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا حُضِرَ الْمُؤْمِنُ أَتَتْهُ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ بِحَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ ، فَيَقُولُونَ : اخْرُجِي رَاضِيَةً مَرْضِيًّا عَنْكِ إِلَى رَوْحِ اللهِ ، وَرَيْحَانٍ ، وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَانَ فَتَخْرُجُ كَأَطْيَبِ رِيحِ مِسْكٍ حَتَّى إِنَّهُ لَيُنَاوِلُهُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا حَتَّى يَأْتُوا بِهِ بَابَ يَعْنِي السَّمَاءِ فَيَقُولُونَ : مَا أَطْيَبَ هَذِهِ الرِّيحَ الَّتِي جَاءَتْكُمْ مِنَ الأَرْضِ فَيَأْتُونَ بِهِ أَرْوَاحَ الْمُؤْمِنِينَ فَلَهُمْ أَشَدُّ فَرَحًا بِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ بِغَائِبِهِ يَقْدَمُ عَلَيْهِ فَيَسْأَلُونَهُ مَا فَعَلَ فُلاَنٌ مَا فَعَلَ فُلاَنٌ ؟ فَيَقُولُونَ : دَعُوهُ فَإِنَّهُ كَانَ فِي غَمِّ الدُّنْيَا فَإِذَا قَالَ أَمَا أَتَاكُمْ ؟ قَالُوا : ذُهِبَ بِهِ إِلَى أُمِّهِ الْهَاوِيَةِ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ أَتَتْهُ مَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ بِمِسْحٍ فَيَقُولُونَ : اخْرُجِي سَاخِطَةً مَسْخُوطًا عَلَيْكِ إِلَى عَذَابِ اللهِ فَتَخْرُجُ كَأَنْتَنِ رِيحِ جِيفَةٍ حَتَّى يَأْتُونَ بِهِ بَابَ الأَرْضِ فَيَقُولُونَ : مَا أَنْتَنَ هَذِهِ الرِّيحَ حَتَّى يَأْتُوا بِهِ أَرْوَاحَ الْكُفَّارِ.

                 Maksudnya:

vi.Bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: 'Apabila seorang Mukmin berada dalam keadaan nazak,datang kepadanya malaikat rahmat dengan membawa sutera putih.Para Malaikat berkata:'Keluarlah wahai roh dalam keadaan reda lagi diredai kepada Allah,penuh rahmat serta tidak dimurkai Tuhan.' Maka roh tersebut keluar seperti bau misk(wangian) yang terbaik sehingga bau tersebut sampai ke pintu langit.Para malaikat(di langit) berkata: 'wanginya bau yang kamu bawa dari dunia!.' Mereka membawa roh tersebut menemui roh-roh orang yang beriman.(Pada ketika itu) mereka(roh orang mukmin) terlalu gembira dengan kedatangan roh tadi.Mereka bertanya kepadanya apa yang dilakukan oleh fulan ini,apa yang dilakukan oleh fulan ini?.Para malaikat berkata:'Tinggalkan dia.Sesungguhnya dia pernah berada di dalam kesedihan dunia.' Lalu roh itu berkata:'Apa yang menyebabkan kamu ke sini?'Mereka menjawab:'Dia telah dibawa dari ibunya.'

Ketika orang kafir nazak,datang kepadanya malaikat azab dengan membawa guni.Lalu para malaikat berkata:'Keluarkan wahai roh dalam keadaan murka lagi dimurkai serta (rasalah) azab Allah.' Maka roh itu keluar seperti bau nanah(yang keluar dari bangkai mereput) sehingga bau tersebut sampai ke pintu (langit) dunia maka para malaikat berkata:'Busuknya bau nanah ini sehingga mereka membawa roh-roh orang kafir'."

[Riwayat al-Nasaie (1972) di dalam Sunan al-Kubra & Ibn Hibban ]

قَالَ الْبُخَارِيُّ: حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، أَخْبَرَنِي عَلْقَمَةُ بْنُ مَرْثَد قَالَ: سَمِعْتُ سَعْدَ بْنَ عُبَيْدَةَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "اَلْمُسْلِمُ إِذَا سُئِلَ فِي الْقَبْرِ، شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، فَذَلِكَ قَوْلُهُ:
يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ

           Maksudnya : 

vii."Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Walid, telah menceritakan kepada kami Syu'bah, telah menceritakan kepadaku Alqamah ibnu Marsad; ia pernah mendengar Sa'd ibnu Ubaidah menceritakan hadis dari Al-Barra ibnu Azib r.a., bahwa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: 'Orang muslim apabila ditanya di dalam kuburnya, ia mengemukakan persaksian bahwa tidak ada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya selain Allah, dan bahwa Muhammad itu adalah utusan Allah.' Yang demikian itu adalah Firman-Nya:

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ

" Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki." [ Surah Ibrahim : 27]

viiiSesungguhnya kehidupan di Alam Barzakh itu sesuatu yang pasti. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. beliau berkata:

أن اليهودية دخلت عليها فذكرت عذاب القبر، فقالت لها: أعاذك الله من عذاب القبر، فسألت عائشة الرسول صلى الله عليه وسلم عن عذاب القبر، فقال: نعم، عذاب القبر. قالت عائشة رضي الله عنها: فما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم بعد صلى إلا تعوذ من عذاب القبر. زاد غندر: عذاب القبر حق.

           Maksudnya: 

"Seorang wanita Yahudi masuk berjumpa Saidatina Aisyah r.a. dan menyebutkan tentang azab kubur. Maka beliau berdo'a untuknya: 'Semoga Allah SWT menyelamatkan kamu daripada azab kubur'. Kemudian Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang azab kubur lalu baginda s.a.w bersabda: 'Ya, (ada) azab kubur'. Kemudian beliau berkata: 'Aku melihat apabila Rasulullah s.a.w selesai mendirikan solat, beliau sentiasa berdo'a supaya diselamatkan daripada azab kubur. Ghundar(perawi) menambah (bahawa Rasulullah s.a.w bersabda): 'Sesungguhnya azab kubur itu benar'. [ HR Al-Bukhari]

        xi.Dalam sebuah hadis daripada Salman al-Farsi katanya :

سمعت رسول الله (ص) يقول : أرقبو الميت عند موته ثلاثا, إن رشحت جبينه وذرفت عيناه وانتشر منخراه فهى رحمة من الله تعالى قد نزلت به , وإن غط غطيط البكر المخنوق , وخمد لونه وأزبد شدقاه , فهو عذاب من الله تعالى قد حل به
               Maksudnya : 

"Aku dengar Nabi saw bersabda : Perhatikanlah oleh kamu seseorang yang menghadapi kematian mengenai tiga perkara, pertama jika dahinya berpeluh, kedua jika matanya mengeluarkan air mata dan ketiga jika hidungnya membengkak, yang demikian itu menunjukkan rahmat daripada Allah turun kepadanya. Jika dia mati mendengkur seperti dengkuran anak unta yang terjerut lehernya, wajahnya hitam kelam dan mengeluarkan buih di tepi mulutnya, yang demikian itu menujukkan azab daripada Allah (telah turun) menimpanya."

        Perkuburan Jannatul Mualla (   جنة المعلى  ) di Mekah. Di sini bersemadinya jenazah ramai ketua kaum Quraisy dan  keluarga Rasulullah s.a.w termasuk isteri baginda Khadijah r.a.


Semasa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. sakit yang membawa kepada kewafatannya beliau berpesan kepada para sahabat yang menziarahinya dengan kata-kata yang bermaksud:
".........Barangsiapa berkata-kata (berdo'a) dengan kalimah-kalimah ini kemudian dia mati nescaya dijadikan oleh Allah Taala rohnya itu pada al- Ufukil Mubin. Mereka (sahabat-sahabat) berkata/bertanya  : Apa dia al- Ufukil Mubin itu? 
Katanya : Ialah suatu tempat di hadapan al-'Arasy, ada padanya taman-taman, sungai-sungai dan pokok-pokok yang disediakan Allah, turun padanya tiap-tiap hari seratus (100) rahmat. Maka barangsiapa berkata (berdo'a) dengan perkataan-perkataan ini nescaya dijadikan oleh Allah akan rohnya (badan batin) itu pada tempat ini.........."


Hanya gambar hiasan menunjukkan kebun/taman bunga yang indah di dunia

Sesungguhnya apa yang berlaku di dalam kubur Alam Barzakah adalah termasuk hal alam akhirat yang ghaib yang tidak sesekali dapat dilihat dan diketahui oleh hamba-hambaNya kecuali Rasul Allah pilihan yang dibangkitkan sebagaimana Firman-Nya dalam al-Quran surah سورة الجن Al-Jinn ayat 26-28 :

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا (26) إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا (27) لِيَعْلَمَ أَنْ قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا (28)

Maksudnya :

" (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. (26)

Kecuali kepada Rasul yang diredai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di depan dan di belakangnya. (27)

Supaya dia mengetahui, bahawa sesungguhnya Rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya ) Ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu." (28)

Terdapat juga beberapa Firman Allah dalam al-Quran yang menjelaskan hal kematian dan hal keadaan roh manusia ketika sudah berada di dalam kubur Alam Barzakh :

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100)

           Maksudnya :

i. ( Demikianlah keadaan orang-orang yang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata : ' Ya Tuhanku kembalikanlah aku ( ke dunia), (99)

agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Tidak sesekali. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding( Barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan." (100)

             [Surah سورة المؤمنون Al Mu'minun : 99-100 ]

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ (55) وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالإيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (56) فَيَوْمَئِذٍ لَا يَنْفَعُ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَعْذِرَتُهُمْ وَلا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ (57)

             Maksudnya :

ii. " Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa, : 'mereka tidak berdiam ( dalam kubur) melainkan sesa'at (sahaja)'. Seperti demikianlah mereka selalu dipalingkan ( dari kebenaran). (55)

Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): ' Sesungguhnya kamu telah berdiam ( dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak meyakini (nya ). (56)

Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) bagi orang-orang yang zalim permintaan uzur mereka, dan tidak pula mereka diberi kesempatan bertaubat lagi." (57)

       [   Surah سورة الروم Ar Ruum : 55-57 ]

Dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang menyampaikan perkhabaran mengenainya seperti berikut:

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., katanya:

إِنَّ هَذِهِ الأُمَّةَ تُبْتَلَى فِى قُبُورِهَا فَلَوْلاَ أَنْ لاَ تَدَافَنُوا لَدَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُسْمِعَكُمْ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ الَّذِى أَسْمَعُ مِنْه. ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ فَقَالَ: تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ. قَالُوا: نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ، فَقَالَ: تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْر. قَالُوا: نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

             Maksudnya:

Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam kubur-kubur mereka. Kalaulah bukan kerana kamu akan takut di kubur, tentulah aku memohon kepada Allah agar diperdengarkan pada kamu daripada seksa kubur seperti yang aku dengar'. Kemudian Rasulullah s.a.w. menghadap kami seraya bersabda: 'Mintalah perlindungan kepada Allah daripada azab api neraka'. Para sahabat pun mengucapkan: 'Kami berlindung kepada Allah daripada azab api neraka'. Baginda bersabda lagi: 'Mintalah perlindungan kepada Allah daripada azab kubur'. Mereka pun mengucapkan: 'Kami berlindung kepada Allah daripada azab kubur'.” [Hadis Riwayat Muslim ]

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga menyuruh kita untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada empat perkara ketika kita dalam keadaan duduk tasyahhud dalam solat. Salah satunya adalah perlindungan daripada azab kubur. Doa yang dianjurkan untuk dibaca tersebut ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

           Maksudnya: 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur, daripada azab neraka, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada fitnah al-Masih al-Dajjal.” [Riwayat al-Bukhari  dan Muslim ] 

[Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan insan mukmin soleh seperti yang dimaksudkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w ini. Amin]
    ********************************************************** 
  

Tugu Peringatan para syuhada dalam Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan Tahun ke 02 Hijrah ( 17 Mac, 624 Masehi ).
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ (171) الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ (172)
               Maksudnya :
"  Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah   (fisabillah) itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki,

mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang dilimpahkan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula ) mereka bersedih hati. 

Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah, dan bahawa Allah tidak sesekali mensensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.

( Iaitu) orang-orang yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan yang bertaqwa ada pahala yang besar. "
                [ Al-Quran surah سورة آل عمران Ali 'Imran : 169-172 ]



“Dahulu ‘Utsman bin ‘Affan رضي الله عنه apabila berhenti di sebuah kuburan, ia menangis sampai sampai air matanya membasahi janggut.”
Ia pun ditanya:
“Engkau tidak menangis saat mengingati al-Jannah (syurga) dan an-Nar (neraka), mengapa engkau menangis dengan sebab ini?”
‘Utsman menjawab:
Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda:
إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الآخِرَةِ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَـمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ، وَإِنْ لَـمْ يَنْجُ مِنْهُ فَـمَابَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ

:Maksudnya  

“Sesungguhnya kubur adalah tempat pertama di antara sekian tempat di akhirat. Jika selamat dari azab kubur, maka pada tempat selanjutnya akan lebih mudah. Jika tidak selamat dari azab kubur, maka pada tempat selanjutnya akan lebih dahsyat.”
‘Usman melanjutkan:
Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:
Aku tidak pernah melihat suatu pemandangan pun yang mengerikan, daripada pemandangan kubur.” [ HR. at-Tirmizi dan Ibnu Majah]

           
 Maqam Khalifah Uthman bin Affan r.a. di Janatul Baqi', Madina. 

"Sesungguhnya apabila seseorang di antara kamu meninggal dunia, ditampakkan kepadanya tempat tinggalnya (nanti) di waktu pagi dan petang. Apabila (yang ditampakkan) ahli syurga, ia termasuk ahli syurga. Sebaliknya, apabila (yang ditampakkan) ahli neraka, ia termasuk ahli neraka. Ketika itu dikatakan kepadanya: 'Inilah tempatmu sampai tiba saatnya Allah membangkitkan kamu di hari kiamat'." [HR. Bukhari dan Muslim].






Sabtu, 12 Mac 2022

AL-BURAQ البراق HAIWAN SYURGA


[ Sambungan daripada : POLEMIK ALLAH ISTIWA' DI ATAS ARASY ]


                          بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  
           

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

 أَمَّا بَعْـدُ 

 وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (16 

           Maksudnya : 

" Dan sesungguhnya Myhammad telah melihat Jibril itu ( dalam keadaan rupanya yang asli) pada waktu yang lain, ( 13)

( iaitu ) di Sidratil Muntaha. ( 14)

Di dekatnya ada syurga tempat tinggal, ( 15 )

( Muhammad melihat Jibril ) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya ." ( 16)

         ***************************************************

Dalam riwayat Muslim, daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ

                Maksudnya: 

"Aku telah didatangi al-Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih tinggi daripada keldai tetapi lebih kecil daripada baghal. Satu langkah kakinya berada di hujung pandangannya. Baginda bersabda lagi: ‘Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitul Maqdis.’ Baginda bersabda lagi: ‘Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi'.[Riwayat Muslim dan Ahmad ]

******************************************************



AL-BURAQ البراق HAIWAN SYURGA

Pada setiap 27 Rejab, umat Islam mengadakan majlis khas bagi memperingati peristiwa mukjizat besar berlakunya peristiwa malam Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dan Mikraj ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh dan balik semula ke bumi pada malam yang sama.

Malaikat Jibril AS telah diutuskan Allah bagi mengiringi Rasulullah s.a.w. melakukan peristiwa Isra' dan Mikraj dengan menaiki kenderaan binatang yang didatangkan khas daripada syurga bernama Al-Buraq pada masa dan ketika yang telah ditakdirkan Allah berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali.
Manusia biasa yang mempunyai tahap pemikiran dan tingkatan otak yang tidak disinari cahaya keimanan dan hanya bersandar kepada pancaindera yang lima dan kebijaksanaan akal logik yang menerbitkan pemikiran khayalan sudah pasti menolak sama sekali dan amat sukar untuk mempercayai bahawa Rasulullah s.a.w. dibawa melakukan Isra' dan Mikraj dengan menaiki seekor binatang dinamakan Al-Buraq yang disebut di dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Dalam riwayat Muslim, daripada Anas bin Malik r.s., Rasulullah s.a.w bersabda:

أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ

                Maksudnya: 

Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih tinggi daripada keldai tetapi lebih kecil daripada baghal. Satu langkah kakinya berada di hujung pandangannya. Baginda bersabda lagi: ‘Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitul Maqdis.’ Baginda bersabda lagi: ‘Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.’[Riwayat Muslim  dan Ahmad ]

Dalam hadis yang lain ada juga menjelaskan:

 Dalam riwayat at-Tirmizi, daripada Anas bin Malik r.a., katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِالْبُرَاقِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ مُلْجَمًا مُسْرَجًا فَاسْتَصْعَبَ عَلَيْهِ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَبِمُحَمَّدٍ تَفْعَلُ هَذَا فَمَا رَكِبَكَ أَحَدٌ أَكْرَمُ عَلَى اللَّهِ مِنْهُ قَالَ فَارْفَضَّ عَرَقًا

     Maksudnya:  
Nabi s.a.w diberikan al-Buraq pada malam Baginda diisra’kan, lengkap dengan tali (kendali) dan pelana, tetapi Buraq itu memayahkan Baginda (iaitu tidak mahu ditunggangi), lalu Jibril berkata kepadanya: ‘Patutkah kamu lakukan ini pada Muhammad, padahal belum ada yang menunggangimu yang paling mulia di sisi Allah selain Muhammad?’. Baginda bersabda: ‘Lantas mengalirlah keringat Buraq itu dek kerana malu'.
Bagi tahap pemikiran manusia biasa hampir pasti beranggapan bahawa walau sepantas mana sekalipun perjalanan/pergerakan binatang yang terdapat di dunia ini adalah mustahil atau tidak mungkin dapat mengatasi kelajuan dan kepantasan perjalanan bunyi/suara dan cahaya. Malahan, sekiranya bersandarkan kepada kajian saintifik atau sains dan teknologi tercanggih yang berteraskan pemikiran logik akal manusia biasa adalah sesuatu yang sukar diterima akal logik dan mustahil sama sekali bagi apa juga jenis binatang yang wujud di dunia ini dapat menandingi atau mengatasi kelajuan dan kepantasan kenderaan berteknologi tinggi seperti pesawat terbang, kapal angkasa atau roket hasil ciptaan manusia yang serba canggih dan termaju pada kurun ke 20/21 Masehi dan seterusnya pada kurun-kurun mendatang.

Adalah tidak menghairankan sekiranya wujud di kalangan orang-orang Islam sendiri yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya pun yang mempunyai persepsi dan beranggapan demikian. Mereka membuat berbagai-bagai andaian atau tafsiran hipotesis bermaksud untuk menafikan perjalanan Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Isra' dan Mikraj ini menaiki seekor haiwan yang pada penilaian logik akal mereka 'amat' kolot, tidak saintifik, 'memalukan' dan berbagai tanggapan sinis dan negatif lagi yang pada tanggapan mereka boleh memberi gambaran seolah-olah pengajaran Islam itu ketinggalan zaman, mundur, kolot dan peristiwa Isra' dan Mikraj ini seolah-olah sama seperti kisah khayalan dongeng alam fantasi agama sahaja.

Lalu terbitlah pelbagai andaian, persepsi atau pentafsiran yang mungkin amat mudah diterima umum dengan mengatakan bahawa oleh sebab kenaikan pada zaman Rasulullah s.a.w adalah binatang maka Allah menghantarkan binatang sebagai kenderaan. Andaian ini memberi pengertian sekiranya kenderaan yang digunakan pada zaman Rasullah s.a.w. adalah seperti kenderaan manusia zaman sekarang maka Allah akan menghantar kenderaan yang serba canggih berteknologi tinggi bersesuaian dengan manusia sezaman.

Mungkin terdapat juga andaian atau pemahaman di kalangan umat Islam dari golongan 'ulamak' atau agamawan yang mengatakan bahawa 'Mikraj itu diertikan seumpama menaiki tangga' ke atas langit seperti menggunakan lif dalam bangunan tinggi. Ada juga gologan juga yang mentafsirkan bahawa Al-Buraq itu ialah sejenis cahaya dan Rasulullah s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dengan menggunakan sejenis cahaya juga. Tanggapan dan andaian ini kononnya selaras dan amat bersesuain dengan kecanggihan dunia sains dan teknologi terkini dan menepati konsep 'ad-din' atau 'Islam is a way of live' dan bersesuaian pada setiap zaman. Ada juga yang membuat andaian bahawa perjalanan Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w itu seperti ikan yang berada di dalam satu balang kaca khas dan dibawa oleh Malaikat Jibril AS dari satu tempat ke satu tempat yang dimaksudkan.
Ada kemungkinan juga pada satu masa kelak akan wujud pula golongan umat Islam yang membuat andaian mentafsirkan bahawa Al-Buraq bukan binatang tetapi sebagai 'kiasan sahaja' atau metafora untuk memberi peringatan bahawa akan tiba masanya kelak manusia mempunyai keupayaan mencipta peralatan jentera pesawat terbang berteknologi tinggi tercanggih untuk menguasai angkasa lepas. Ataupun Al-Buraq adalah sejenis pesawat angkasa lepas berteknologi tertinggi dan tercanggih yang belum atau tidak mampu dicipta oleh manusia atau apa yang disebut hari ini sebagai pesawat UFO.
Persepsi ini atau fahaman-fahaman lain yang seumpama dengannya menenggelamkan atau melenyapkan langsung peranan dan kepentingan binatang Al-Buraq yang didatangkan khas daripada syurga dalam peristiwa Isra' dan Mikraj ini serta mengetepikan Qadrat dan Kehendak Allah yang Qadim lagi Azali yang tidak mempunyai had batasan dan tidak langsung menyamai kuasa/kudrat mengikut ketetapan hukum tabi'ie sekalian makhluk-Nya.

Bagi mencerahkan kefahaman mengenai hal binatang Al-Buraq kita sewajarnya memahami bahawa segala hal yang berkaitan dengan keindahan dan kenikmatan yang tersedia di dalam syurga alam akhirat sana adalah kesemuanya di luar tabi'ie dan tidak setitik pun menyamai dengan segala keindahan, kehidupan dan kenikmatan yang terdapat di dunia ini. Dalam hal ini sebuah Hadis Qudsi menjelaskan :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ اقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ { فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ }

        :     Maksudnya          

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah  bersabda: Allah tabaraka wa ta'ala berfirman'Aku telah menyiapkan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, dan tidak pernah terlintas dibenak manusia.' Abu Hurairah berkata: ‘Jika kalian mahu, bacalah ayat al-Quran yang intipatinya bermaksud:  ' Tidak seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ( bermacam-macam nekmat) yang amat menyedapkan pemandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan'. (Al-Quran Surat As-Sajdah: 17).” [Hadis Riwayat Al-Bukhari  dan Muslim ]

Walaupun terdapat juga nama-nama sesuatu benda di syurga yang menyamai dengan apa yang ada di dunia tetapi ianya hanya menyamai pada sebutan nama sahaja tetapi hakikat keadaannya yang sebenar adalah tersangat jauh perbezaannya yang tidak mungkin dapat digambar dan difikirkan oleh otak manusia yang masih hidup di dunia.

Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa di dalam syurga terdapat kuda terbang berwarna yaqut merah yang digunakan sebagai kenaikan ahli-ahli syurga yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dihajati kerana syurga itu tersangat besar dan luas mengatasi segala lapisan langit dan bumi:

Dari Abu Ayub radhiyallahu 'anhu berkata,
Datang seorang Badui kepada Rasulullah s.a.w lalu dia berkata:
يا رسول الله ! إني أحب الخيل، أ في الجنة خيل؟
Maksudnya :
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kuda, apakah di syurga ada kuda ?"
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:
إن دخلت الجنة أتيت بفرس من ياقوتة، له جناحان، فحملت عليه ثم طار بك حيث شئت.

:Maksudnya  

"Jika kamu masuk syurga, akan didatangkan kepadamu seekor kuda dari Yakut yang memiliki 2 sayap.
Lalu kamu akan naik di atasnya, dan kuda itu akan membawamu terbang kemana saja yang kamu suka."

( Hanya ilustrasi grafik pelukis sebagai hiasan sahaja. Ia bukanlah gambaran kuda terbang yang menjadi tunggangan ahli syurga seperti yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. )


Keluasan syurga yang dimiliki seseorang ahli syurga itu adalah bergantung kepada darjat dan martabat masing-masing. Ahli syurga yang paling rendah martabatnya pun dikurniakan pemilikan keluasan syurga sejauh 1000 tahun pemandangan mata seperti yang tersebut di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Dan kata Mujahid bahawasanya sekurang-kurangnya ahli syurga itu martabatnya ialah bagi orang yang berjalan pada pemilikannya seribu tahun ia melihat yang lebih jauhnya, dan yang lebih tinggi martabat mereka ialah orang yang melihat kepada [Zat] Tuhannya pada pagi dan petang."
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة الحديد Al-Hadid ayat 21 pun ada menjelaskan keluasan syurga :
سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ 
Maksudnya :
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) keampunan dari Tuhan mu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurniaan yang amat besar."
Al-Buraq binatang syurga yang didatangkan khas untuk dijadikan kenaikan Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Isra' dan Mikraj. Ini bererti Al-Buraq tidak sesekali menyamai binatang atau apa juga kenderaan dan kenaikan tercanggih hasil ciptaan manusia yang sedia ada dan akan wujud di dunia dalam segala aspek seperti kepantasan, kenikmatan menaikinya, naluri dan apa jua hal yang dapat difikirkan manusia.
Ketentuan untuk menggunakan binatang Al-Buraq ini adalah daripada perintah dan kehendak Allah sendiri yang lebih mengetahui segala rahsia alam yang dijadikan-Nya dengan penuh hikmah yang tidak mungkin dapat diketahui sama sekali dan terjangkau otak pemikiran manusia di dunia.

Sekiranya dikehendaki, Allah Maha Berkuasa untuk membawa terus Rasulullah s.a.w tanpa menggunakan apa juga kenaikan tetapi terdapat rahsia serta hikmah dan sebab-sebab tertentu di sebaliknya. Antara rahsia dan hikmah yang dapat difahami ialah didatangkan khas binatang Al-Buraq dari syurga ini adalah untuk mengesah dan meyakinkan lagi kepada umat manusia bahawa syurga itu sudah wujud berdasarkan bukti kehadiran Al-Buraq yang membawa Rasulullah s.a.w. ke tempat-tempat yang ditentukan Allah SWT dan syurga adalah salah satu destinasi penting yang diziarahi Rasulullah s.a.w. semasa Mikraj.

Sunguhpun di dalam Hadis ada menyebutkan serba sedikit mengenai rupa bentuk binatang Al-Buraq tetapi hakikat sebenarnya hanya Rasulullah s.a.w. sendiri yang lebih mengetahui. Adalah satu bida'ah sesat bagi sesiapa juga yang melukiskan rupa bentuk Al-Buraq seperti imaginasi khayalan pelukis-pelukis pada zaman-zaman terkemudian.
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة الأنبياء Al-Anbiyaa' ayat 81 ada menceritakan perihal Nabi Allah Sulaiman a.s. dibawa terbang oleh angin :
 وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الأرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ 
Maksudnya
" Dan [telah Kami tundukkan] untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang menghembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah membarkatinya. Dan Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."
Dalam surah سورة النّمل An-Naml ayat 40 pula Allah berfirman menceritakan bagaimana seorang ilmuan mukmin soleh dari golongan ahli al-kitab dikurniakan 'karamah' boleh mengatasi kelebihan Jin 'Ifrit yang mendakwa dirinya gagah perkasa dan mempunyai keupayaan hingga boleh membawa singgahsana (al-'arasy) Ratu Balqish dengan pantas sebelum Nabi Sulaiman a.s. berdiri dari tempat duduknya. Namun insan mukmin soleh ahli al-kitab tersebut boleh membawa singgahsana bersama Balqish dengan sekelip mata sahaja seperti Firman-Nya :
 قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ 

Maksudnya :
"Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab : 'Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip'. Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata: 'Ini termasuk kurnia Tuhan ku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhan ku Maha Kaya lagi Maha Mulia'."
Kedua-dua ayat al-Quran ini dapat memberikan sedikit pencerahan dan pengertian bahawa Qudrat Allah yang Qadim itu tidak mempunyai had batasan tanpa misal, ibarat dan umpama. Ia boleh berlaku mengikut ketentuan takdir-Nya berbentulan dengan Iradah (Kehendak) dan Ilmu-Nya yang Qadim lagi Azali yang tidak mengenai masa dan di luar kemampuan akal fikiran manusia untuk memikirkannya.
Sesungguhnya Allah mentadbirkan segala sesuatu dan semua perkara itu bukan dengan susunan fikir dan tidak sesekali mengenai masa kerana yang demikian itu tidak membimbangkan Allah oleh satu pekerjaan daripada sesuatu pekerjaan.
Maka begitulah juga Allah mengurniakan mukjizat kepada Rasulullah s.a.w. dengan menaiki haiwan dari syurga bernama Al-Buraq pada malam Isra' dan Mikraj yang tidak dapat diumpamakan dan dibandingkan dengan hukum alam tabi'ie yang dialami manusia biasa dan sekalian hamba makhluk-Nya.

Pegang iktiqad akidah keimanan Ahli Sunnah ada menjelaskan tentang "AL-AFA'AL" iaitu Perbuatan Allah :
" Dan bahawasanya Allah Taala itu selain daripada semua yang ada itu maka semuanya itu adlah barang yang baharu atau makhluk Allah Taala belaka. Iaitu Allah Taala jualah yang mengadakan semua barang itu dengan perbuatan-Nya dan limpah murah daripada keadilannya. Maka semua barang perbuatan Allah itu adalah atas keadaan yang sehabis elok perbuatannya, berbetulan sangat pada tempat letaknya, susunannya dan timbangannya..."

Wallahu'alam.

Terdapat berbagai lukisan gerafik mengikut persepsi/prasangka khayalan pelukis yang mereka andaikan konon inilah rupa Al-Buraq. Yang pasti ia hanya khayalan fantasi sahaja yang jangan sesekali dipercayai dan diyakini kesahiannya.






KEUTAMAAN dan HIKMAH ZIKIR dan DO'A

[ Lihat : NAMA-NAMA HAIWAN DALAM AL-QURAN ]                بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْم...