Kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) adalah antara kalimah at-tauhid yang sentiasa diucapkan atau dilafazkan secara zahir lagi nyata dengan lidah dan diiktiqadkan di dalam hati ketika mendirikan ibadat solat atau di luar ibadat solat. Bahkan kalimah ini menjadi salah satu Rukun Solat sebagaimana termaklum.
Biasanya selain daripada dilafazkan ketika melakukan ibadat solat kalimah ini juga kerap dilafazkan di luar iabadat solat seperti :
Takbir ketika azan
Takbir ketika iqamah
Takbir selepas solat sebagai wirid
Takbir dalam perjalanan ke tempat solat hari raya
Takbir sewaktu hari-hari Tasyriq
Takbir ketika Sai’e antara Safa dan Marwah
Takbir sewaktu Wuquf di ‘Arafah
Takbir sewaktu melontar Jamrah
Takbir ketika melihat anak bulan Ramadan
Takbir ketika menyembelih dan memburu haiwan
Tawaf di sisi Hajar al-Aswad
Kalimah ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ ) juga dilafazkan bertujuan bagi memuji keagungan, kebesaran dan kemuliaan Allah ketika melakukan ibadat-ibadat lain yang berkaitan termasuk juga untuk memberi kekuatan semangat kepada seseorang yang berhadapan dengan sesuatu cabaran yang besar seperti dalam medan peperangan fisabillah sebagaimana yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Anas r.a., katanya:
صَبَّحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْبَرَ وَقَدْ خَرَجُوا بِالْمَسَاحِي عَلَى أَعْنَاقِهِمْ فَلَمَّا رَأَوْهُ قَالُوا هَذَا مُحَمَّدٌ وَالْخَمِيسُ مُحَمَّدٌ وَالْخَمِيسُ فَلَجَئُوا إِلَى الْحِصْنِ فَرَفَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ وَقَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ خَرِبَتْ خَيْبَرُ إِنَّا إِذَا نَزَلْنَا بِسَاحَةِ قَوْمٍ {فَسَاءَ صَبَاحُ الْمُنْذَرِينَ} وَأَصَبْنَا حُمُرًا فَطَبَخْنَاهَا فَنَادَى مُنَادِي النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يَنْهَيَانِكُمْ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ فَأُكْفِئَتْ الْقُدُورُ بِمَا فِيهَا
:Maksudnya
"Nabi s.a.w berada di Khaibar pada waktu pagi ketika penduduk Khaibar sedang keluar dengan membawa alat pertanian yang dipikul di bahu mereka. Tatkala mereka melihat Baginda s.a.w, mereka berkata: 'Muhammad dan tenteranya, Muhammad dan tenteranya'. Lalu mereka berlindung di sebalik tembok. Lantas Nabi s.a.w mengangkat kedua belah tangan Baginda dan berkata: 'Allahu Akbar, hancurlah Khaibar. Sesungguhnya kami apabila datang ke perkampungan suatu kaum, maka buruklah akibatnya pagi hari yang dialami orang-orang yang diberi peringatan'. Kemudian kami mengambil keledai-keledai (sebagai harta rampasan perang) lalu kami memasaknya. Kemudian seorang wakil pihak Nabi s.a.w melaungkan: 'Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang kamu memakan daging-daging keldai'. Kemudian semua kuali masakan dan isinya ditumpahkan." [ Riwayat al-Bukhari ]
Selain itu, terdapat juga beberapa keadaan yang disunatkan kita bertakbir iaitu tatkala berada di tempat yang tinggi, atau dalam suasana yang penuh dengan kemuliaan. Kata Abdullah bin Jabir r.a.:
كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا وَإِذَا تَصَوَّبْنَا سَبَّحْنَا
:Maksudnya
“Apabila kami mendaki kami bertakbir, apabila turun kami bertasbih.”
[Sahih al-Bukhari ]
" Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan ( musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung." [ Maksud Surah al-Anfaal : 45 ] Dalam riwayat lain, Abdullah Bin Umar r.a. menyatakan :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَفَلَ مِنْ الْحَجِّ أَوْ الْعُمْرَةِ وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ الْغَزْوِ يَقُولُ كُلَّمَا أَوْفَى عَلَى ثَنِيَّةٍ أَوْ فَدْفَدٍ كَبَّرَ ثَلاَثًا ثُمَّ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ سَاجِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ صَدَقَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
Maksudnya:
" Apabila Nabi s.a.w pulang daripada haji atau umrah. Kata perawi: tidak aku ketahui melainkan Ibnu Umar berkata peperangan. Ibnu Umar berkata lagi : Setiap kali Baginda melalui lereng bukit atau naik ke tempat tinggi, Baginda akan bertakbir tiga kali kemudian berkata (yang bermaksud) tiada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenarnya selain Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Pemilik segalanya. Bagi-Nya pujian dan Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Kami pulang dalam keadaan kami bertaubat, kami menyerahkan diri dan kami bersujud. Kepada Tuhan kami memuji. Benarlah janji Allah. Dia akan menolong hamba-Nya dan mengalahkan pakatan dengan keesaan-Nya." [Riwayat al-Bukhari]
Firman Allah dalam al-Quran ada menyatakan secara umum agar hamba-Nya sentiasa bersyukur atas limpahan nikmat yang tidak terhingga banyaknya serta petunjuk hidayah yang dikurniakan-Nya dengan mentaati segala suruhan-Nya secara perbuatan dan melafazkan secara lisan dan hati dengan memuji, mengagungkan dan menyebut-Nya :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya :
i." ( Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza ( antara yang hak dan yang batil). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (musafir, lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang dikurniakan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
[ Surah سورة البقرة Al Baqarah : 185]
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5)
Maksudnya:
ii. " Hai orang yang berkumul (berselimut), (1)
bangunlah, dan berilah peringatan! (2)
dan Tuhanmu agungkanlah, (3)
dan pakaianmu bersihkanlah, (4)
dan perbuatan dosa tinggalkanlah,..." (5)
[ Surah سورة المدّثر Al Muddatstsir : 1-5 ]
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Maksudnya :
iii." Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
[Surah سورة الأعراف Al A'raaf: 205 ]
وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
Maksudnya :
iv." Dan katakanlah : 'Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan tidak mempunyai penolong (untuk menjaga-Nya) dari kehinaan dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya'."
[ Surah سورة الإسرا Al Israa' : 111 ]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42)
Maksudnya :
v." Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama ) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (41)
Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang." (42)
[ Surah سورة الأحزاب Al-Ahzab : 41-42 ]
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya :
vi." Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.
[ Surah سورة الأحزاب Al Ahzab : 35 ]
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3)
Maksudnya :
vii." Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, (1) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan ramai berbondong-bondong, (2) maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (3)
[ Surah سورة النصر* An-Nashr : 1-3 ]
[ * Peringatan : Menurut riwayat surah An-Nashr adalah antara wahyu al-Quran terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Mujahid, Abul Aliyah, Ad-Dahhak, dan lain-lainnya mengatakan bahwa hal ini memberi 'isyarat' bahawa kewafatan Rasulullah s.a.w sudah semakin hampir:
قَالَ ابْنُ جَرِيرٍ: حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ عِيسَى الْحَنَفِيُّ عَنْ مَعْمَر، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَدِينَةِ إِذْ قَالَ: "اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ! جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ، جَاءَ أَهْلُ الْيَمَنِ". قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا أَهْلُ الْيَمَنِ؟ قَالَ: "قَوْمٌ رَقِيقَةٌ قُلُوبُهُمْ، لَيِّنَةٌ طِبَاعُهُمْ، الْإِيمَانُ يَمَانٍ، وَالْفِقْهُ يَمَانٍ، وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَةٌ"
Maksudnya :
"Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Ismail ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Al-Hasan ibnu Isa Al-Hanafi, dari Ma'mar, dari Az-Zuhri, dari Abu Hazim, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa ketika Rasulullah s.a.w. berada di Madinah, tiba-tiba beliau s.a.w. bersabda: اللَّهُ أَكْبَرُ Allah Maha Besar, اللَّهُ أَكْبَرُ Allah Maha Besar, telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, telah datang penduduk Yaman.” Ditanyakan: "Wahai Rasulullah, siapakah penduduk Yaman itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: "Kaum yang lembut hatinya dan lunak wataknya. Iman adalah Yaman dan fiqih adalah Yaman, dan hikmah adalah Yaman.” ]

Biasanya pemahaman orang awam mengenai kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) hanya sekadar " ALLAH YANG MAHA BESAR" sahaja.
Sekiranya pengertian ini tidak diberikan penjelasan yang lebih lanjut boleh memberi erti kepada seseorang awam dan juga anak-anak bahawa Allah seperti makhluk juga yang mempunyai juzu', saiz dan ukuran yang melazimkan bagi makhluk atau benda/jisim yang semuanya berjuzuk.
[Mudah-mudahan penjelasan ringkas ini dapat difahami, dihadam, dihayati dan dimanfaatkan bersama . Amin]
Azan terakhir Saidina Bilal bin Rabah بِلَال بْن رَبَاح selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.:
*******************************************************************
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya :
" Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak ( menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit! Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
[ Al-Quran surah سورة البقرة Al Baqarah : 29 ]
***************************************************
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Maksudnya :
" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."
[ Al-Quran surah سورة النّور An Nuur : 41 ]
بِسْمِ اللهِ، اَللهُ أَكْبَرُ، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِهِ ***************************************************
Abdullah Bin Umar r.a. menyatakan :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَفَلَ مِنْ الْحَجِّ أَوْ الْعُمْرَةِ وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ الْغَزْوِ يَقُولُ كُلَّمَا أَوْفَى عَلَى ثَنِيَّةٍ أَوْ فَدْفَدٍ كَبَّرَ ثَلاَثًا ثُمَّ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ سَاجِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ صَدَقَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
Maksudnya:
“Nabi s.a.w. apabila pulang daripada Haji atau Umrah. Kata perawi: 'Tidak aku ketahui melainkan Ibnu Umar berkata peperangan'. Ibnu Umar berkata lagi : 'Setiap kali Baginda melalui lereng bukit atau naik ke tempat tinggi, Baginda akan bertakbir tiga ( 3) kali kemudian berkata [yang bermaksud]: Tiada Tuhan lain yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Pemilik segalanya. Bagi-Nya pujian dan Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Kami pulang dalam keadaan kami bertaubat, kami menyerahkan diri dan kami bersujud. Kepada Tuhan kami memuji. Benarlah janji Allah. Dia akan menolong hamba-Nya dan mengalahkan pakatan dengan keesaan-Nya'.” [Hadis Riwayat al-Bukhari ]
***************************************
عن عمران بن الحصين, ما يستطيعُ أحدُكُم أن يعملَ كلَّ يومٍ مثلَ أُحُدٍ عملًا؟ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ومَن يستطيعُ أن يعملَ كلَّ يومٍ عملًا مثلَ أُحُدٍ؟ قال: كلُّكُم يستطيعُهُ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ماذا قال: سبحانَ اللهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، ولا إلهَ إلّا اللهُ أعظمُ مِن أُحُدٍ، والحمدُ للهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، واللهُ أكبرُ أعظمُ مِن أُحُدٍ
Maksudnya :
"Dari Imran bin Hussain r.a., Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
'Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud '?. Para sahabat menjawab : 'Ya Rasulullah siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud "?. Baginda bersabda : ' Kamu semua mampu'. Mereka bertanya : 'Bagaimana caranya?'. Baginda bersabda: ' Ucapan kalimah Subhanallah (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ ) lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La Illa ha Illallah ( لا اله الا الله ) lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan kalimah Alhamdulillah ( ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ ) lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) lebih besar daripada Gunung Uhud." [ HR at-Thabarani][ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ ]
******************************************************