Khamis, 28 Julai 2022

PENGERTIAN KALIMAH ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ )


[ Sambungan daripada : WASIAT IMAM AS-SYAFI'IE ] 

               بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ 
وَبَعْدَ الْمَمَاتِ  
 أَمَّا بَعْـدُ
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 

            Maksudnya :

" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." 

                          [ Al Quran surah سورة الإسرا  Al Israa' : 44 ] 

                               **************************************

رَفِيعُ الدَّرَجَاتِ ذُو الْعَرْشِ يُلْقِي الرُّوحَ مِنْ أَمْرِهِ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ لِيُنْذِرَ يَوْمَ التَّلاقِ 

                  Maksudnya :

" ( Dia-lah) Yang Maha Tinggi darjat-Nya, Yang Memiliki 'Arasy, Yang Mengutus Jibril dengan (membawa) perintah-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya, supaya dia memperingatkan ( manusia) tentang hari pertemuan ( Hari Kiamat )."

                             [ Al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min : 15

              ******************************************

           وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

                  Maksudnya :

".....dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur."

                   [Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 185 ]

*******************************************************************



PENGERTIAN  KALIMAH ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ )

Sekerap Manakah Kita Melafazkan Kalimah ALLAHU AKHBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ)
Pada Setiap Hari? Apakah Yang Kita Fahami Maksud Kalimah Agung Ini?


Kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) adalah antara kalimah at-tauhid yang sentiasa diucapkan atau dilafazkan secara zahir lagi nyata dengan lidah dan diiktiqadkan di dalam hati ketika mendirikan ibadat solat, antara kalimah yang lafazkan ketika menyampaikan seruan azan dan iqamah, zikirullah bagi memuji keagungan dan kebesaran Allah serta ibadat-ibadat lain yang berkaitan termasuk juga untuk memberi semangat kepada seseorang yang berhadapan dengan sesuatu cabaran yang besar seperti dalam medan peperangan fisabillah. Malah bacaan kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) juga menjadi salah satu Rukun Solat sebagaimana termaklum.


Biasanya pemahaman orang awam biasa terhadap kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) hanya sekadar " ALLAH YANG MAHA BESAR" sahaja.

Sekiranya pengertian ini tidak diberikan penjelasan yang lebih lanjut boleh memberi erti kepada seseorang awam biasa dan juga anak-anak bahawa Allah seperti makhluk juga yang mempunyai juzu', saiz dan ukuran yang melazimkan bagi makhluk atau benda/jisim yang berjuzuk.

Sesungguhnya Allah Subhanahu Watalla itu BUKAN makhluk, bukan Jisim, bukan Jirim, bukan Jauhar Muraqab , bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh. Dia tidak sesekali menyamai makhluk-Nya dan segala sesuatu yang baharu dalam apa jua hal, cara dan jalan sekalipun, tanpa misal, tanpa ibarat, tanpa umpama, tanpa bandingan dan tidak sesekali ada bagi-Nya hal keadaan yang berlawanan dan sentiaslah Allah Taala itu mempunyai Kemuliaan dan Kesempurnaan.

Sebelum memahami pengertian kalimah ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ ), kita hendaklah memahami terlebih dahulu makna ALLAH ( اَللّهُ ) yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna sebagaimana berikut :

ALLAH اللَّهِ

هو أعظم الأسماء لدلالته على الذات العلية الجامعة لكل صفات الألوهية

             Maksudnya: 
"Lafaz 'ALLAH' اللَّهِialah sebesar-besar nama (Allah) bagi menunjukkan Zat-Nya Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan yang terhimpunnya segala sifat ketuhanan."

Adapun maksud kalimah ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ ) adalah seperti penjelesannya seperti berikut :

Pengertian AKBAR ( اَكْبَرُ ) di sini bukanlah dengan makna mengikut kadar sukatan, KECIL lawannya BESAR, tetapi adalah dengan makna yang berkaitan dengan Sifat dan Zat (Diri) Allah yang Qadim sebagaimana berikut :

i. اكبر من أن ينال بالحواس
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat dikenali dengan segala pancaindera."

ii. أكبر من أن يدرك كنه جلاله
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat kemuliaan-Nya."
iii. اكبر من أي يعرفه غيره فإنه لا يعرف الله تبارك وتعالىإلا الله
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat Zat-Nya itu oleh yang lain-Nya, sesungguhnya tiada yang mengetahui hakikat Zat Allah Tabaraka Wa Taala, melainkan Allah."

Berpandukan penjelasan tersebut dapatlah dimantap, dipadu dan dirumuskan pengertian ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) seperti berikut :
" Yang Maha Besar Allah daripada dapat dikenali dengan segala pancaindera yang lima. Yang Maha Besar Allah daripada dapat diketahui akan hakikat kemuliaan-Nya. Yang Maha Besar Allah daripada dapat mengetahui akan hakikat Zat-Nya (Diri-Nya). Bahawasanya tiada dapat mengetahui akan hakikat Zat (Diri) Allah SWT itu melainkan Allah."
Sungguhpun kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) ini tidak terkandung secara khusus di dalam Asma' Ul-Husna tetapi ia dikaitkan atau termaklum maksudnya dengan kalimah Al-'Azim (العظيم )yang diertikan :

 الذِي لَا يَتَصَوَّرُهُ عَقْلٌ وَلَا تُحِيطُ بِهِ بَصِيرَةٌ.
العظيم
               Maksudnya :
 " Yang Amat Mempunyai Kebesaran yang tiada dapat diketahui oleh akal akan hakikat kemuliaan Zat-Nya dan tiada diketahui  akan hakikat Zat-Nya oleh mata hati."
Ia juga boleh dikaitkan dengan kalimah Al-Kabir ( اَلْكَبِيْرُ )yang bererti :

الَّذِي فَاقَ مَدْحَ المَادِحِيْنَ وَوَصْفَ الوَاصِفِينَ (اَوْ) ذُو الكِبْرِيَاءِ.
     الكبير
"Yang mengatasi pujian orang-orang yang memuji dan mengatasi kesifatan orang-orang yang mensifati (atau) Yang Amat Mempunyai Kebesaran."

Muazin Masjid Nabawi Madinah sedang melafazkan seruan azan untuk melakukan solat fardhu

[Mudah-mudahan penjelasan ringkas ini dapat difahami, dihayati dan dimanfaatkan bersama . Amin]

*******************************************************************
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya :
" Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak ( menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit! Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

                   [ Al-Quran surah سورة البقرة  Al Baqarah : 29


*********************************************

 Abdullah Bin Umar r.a. menyatakan :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَفَلَ مِنْ الْحَجِّ أَوْ الْعُمْرَةِ وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ الْغَزْوِ يَقُولُ كُلَّمَا أَوْفَى عَلَى ثَنِيَّةٍ أَوْ فَدْفَدٍ كَبَّرَ ثَلاَثًا ثُمَّ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ سَاجِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ صَدَقَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

              Maksudnya

“Nabi s.a.w. apabila pulang daripada Haji atau Umrah. Kata perawi: 'Tidak aku ketahui melainkan Ibnu Umar berkata peperangan'. Ibnu Umar berkata lagi : 'Setiap kali Baginda melalui lereng bukit atau naik ke tempat tinggi, Baginda akan bertakbir tiga ( 3) kali kemudian berkata [yang bermaksud]: Tiada Tuhan lain yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Pemilik segalanya. Bagi-Nya pujian dan Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Kami pulang dalam keadaan kami bertaubat, kami menyerahkan diri dan kami bersujud. Kepada Tuhan kami memuji. Benarlah janji Allah. Dia akan menolong hamba-Nya dan mengalahkan pakatan dengan keesaan-Nya'.”

           [Hadis Riwayat al-Bukhari ]


***************************************


Gunung Uhud

عن عمران بن الحصين, ما يستطيعُ أحدُكُم أن يعملَ كلَّ يومٍ مثلَ أُحُدٍ عملًا؟ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ومَن يستطيعُ أن يعملَ كلَّ يومٍ عملًا مثلَ أُحُدٍ؟ قال: كلُّكُم يستطيعُهُ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ماذا قال: سبحانَ اللهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، ولا إلهَ إلّا اللهُ أعظمُ مِن أُحُدٍ، والحمدُ للهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، واللهُ أكبرُ أعظمُ مِن أُحُدٍ

Maksudnya :
"Dari Imran bin Hussain r.a., Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 
'Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud '?. Para sahabat menjawab : 'Ya Rasulullah siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud "?. Baginda bersabda : ' Kamu semua mampu'. Mereka bertanya : 'Bagaimana caranya?'. Baginda bersabda: ' Ucapan kalimah Subhanallah
 (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ ) lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La Illa ha Illallah ( لا اله الا الله ) lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan kalimah Alhamdulillah ( ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ ) lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) lebih besar daripada Gunung Uhud." [ HR at-Thabarani][ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ ]










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...