Jumaat, 12 Ogos 2022

APA ITU BID'AH بدعة ?



[ Sambungan daripada : PENGERTIAN KALIMAH ALLAHU AKBAR ]

 

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

 أَمَّا بَعْـدُ 

  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

           Maksudnya :

" Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu : 'Berlapang-lapanglah dalam majlis', maka berlapanglah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan : 'Berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

                 [ Al-Quran surah سورة المجادلة  Al Mujaadalah : 11 ]

               ******************************************

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya :
" Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu , kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."

[ Al-Quran surah سورة النحل An Nahl : 43

***********************************************************




APA ITU BID’AH بدعة ?

Pada ingatan sesetengah orang, perkataan BID'AH itu adalah sesuatu yang buruk seperti perkataan bohong, dusta, fitnah dan yang seumpama dengannya. Oleh kerana itulah bila disebut sahaja BID’AH maka terus terbayang di hati dan minda mereka sesuatu yang negatif lagi boleh mendatangkan keburukan/kejahatan dan fitnah.

Dari segi bahasa, perkataan BID’AH, bererti apa jua ciptaan baru yang tidak ada atau belum wujud yang seumpama atau semisal dengannya. Dari segi istilah syaraknya: Apa jua perkara baru dalam agama yang tidak ada/tidak wujud pada zaman Nabi.

Pastinya ramai yang terkeliru tentang mafhum bid’ah. Ada yang mengatakan bid’ah itu kesemuanya sesat. Ada pula yang mengatakan bid’ah itu terbahagi dua iaitu bid’ah hasanah (بدعة حسنة) dan bid’ah sayi’ah (بدعة سيئة). Di samping itu terdapat juga yang mengatakan bid’ah itu terbahagi lima iaitu bid’ah wajib (واجبة), mubah/harus (مباحة), makruh (مكروهة), sunat (سنة) dan haram (محرمة).

Dalam isu bid’ah, terdapat dua golongan utama yang bercanggah fahaman sehingga berlakunya khilaf yang keras dalam bentuk tuduh-menuduh di antara satu sama lain iaitu:
i. Golongan yang mengatakan bahawa yang ada hanyalah BID’AH sesat, tanpa ada yang lainnya.

ii. Golongan yang mengatakn BID’AH itu terbahagi dua iaitu Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Sayi’ah.
Golongan pertama(i) berpegang kepada hadis Nabi s.a.w yang berbunyi:

"...كل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار".

Maksudnya:

“… setiap bid’ah itu sesat dan setiap sesat itu masuk neraka.”

Bid’ah dalam hadis tersebut menunjukkan kepada bid’ah sesat yang melibatkan kerosakan akidah keimanan dan ini dapat difahami bila disebut pada akhir hadis:

“… dan setiap sesat itu masuk neraka”.


Oleh kerana golongan pertama (i) itu tadi berpegang kepada hanyalah bid’ah sesat (بدعة ضلالة) sahaja yang terdapat dalam ajaran Islam, lalu mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh orang-orang yang melakukan apa jua bid’ah sebagai sesat dan setiap yang sesat itu akan dilaknat masuk neraka.

Contoh yg paling mudah:

Golongan mengatakan bahawa lafaz 'usalli' (اصلي) sebelum melafaz dan melakukan takbiratul-ihram dalam solat itu adalah bid’dah, kerana niat itu letaknya di hati, bukan pada lidah. Perkara semudah ini pun susah untuk difahami oleh mereka. Kalau nak dikira, berjuta-juta orang umat Islam mengamalkan lafaz 'usalli' ketika takbiratul-ihram kerana kebanyakan kita bermazhab syafie, sedangkan mereka itu, sudahlah tak bermazhab, menolak pula empat imam muktabar yang diperakui dan disahkan oleh jumhur ulamak ahli sunnah di seluruh dunia.

Justeru kita tidak perlu merasa risau, ragu-ragu atau musykil kerana apa yang kita lakukan adalah selari dengan kehendak hukum syarak. Sebenarnya lafaz 'usalli' itu adalah cara menyampaikan niat ke dalam hati untuk solat, samalah juga seperti seorang yang pergi ke masjid dengan kenderaan berbagai kenderaan seperti kereta,bas, keretra api, motorsikal, basikal atau apa jua jenis kenderaan yang tidak terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. Berbagai jenis kenderaan itu hanyalah utk menyampaikan seseorang itu ke masjid untuk melakukan ibadat solat. Andainya lafaz itu bid’ah maka kenderaan itu juga termasuk dalam kategori bid’ah juga kerana Nabi tidak ke masjid menaiki kereta, motosikal dan apa jua jenis kederaan yang tidak terdapat/wujud pada zaman baginda.

Jika ditanya golongan yang tidak berpegang kepada mana-mana bermazhab ahli sunnah ini, mereka ini tidak pula mengatakan ke masjid dengan menaiki kenderaan itu bid’ah dan setiap bid'ah itu sesat dan akan masuk neraka. Kalau berhibur di kelab malam tidak termasuk dalam kategori bid’ah, kerana kononnya tidak berkait dengan agama tetapi apabila makmum mengaminkan doa yang dibaca oleh imam dikatakan bid’ah sesat. Demikian juga menziarahi kubur bukan setakat bid’ah tetapi dikatakan menyembah kubur, lebih teruk dari kuffar quraisy menyembah berahala di hadapan ka'bah.
Fahaman yang dibawa oleh golongan pertama ini ditentang pula oleh satu pihak lain dengan mengatakan bahawa: Tidak semua bid’ah itu sesat, kerana perkataan “SETIAP” sesat itu dalam hadis: كل بدعة ضلالة bukan bererti: “KESEMUANYA”, tetapi dengan maksud: “hanya sebahagian besarnya” sahaja. Mereka memberikan contoh, petikan dari Al-Quran, surah al-Kahfi, ayat 79 disebut:

"وكان وراءهم ملك يأخذ كل سفينة غصبا"

yang bermaksud :
" ...kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas 'setiap' perahu..."

Perkataan 'SETIAP' perahu dalam ayat al-Quran ini bukan bermaksud: 'keseluruhan/kesemua perahu' tetapi hanya bermaksud kepada sebahagian besarnya sahaja yang berada dalam keadaan baik … kerana raja yang zalim itu hanya mengambil perahu yang elok lagi baik sahaja. Maka begitu juga bila disebut 'setiap' bid’ah itu sesat … ertinya bukanlah pada keseluruhannya, bid’ah itu sesat, tetapi ada yang 'hasanah' dan ada yang 'sayi’ah'.
Memang betul perkataan "كل" ertinya “setiap” dan tidak semestinya bererti “kesemua atau keseluruhannya” akan tetapi bukan dalam hadis:
كل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار
Kerana dalam hadis tersebut, bid’ah yg dimaksudkan itu ialah bid’ah yang melibatkan AKIDAH. Bid’ah yg melibatkan akidah, kesemuanya sesat tanpa kecuali dan kesemuanya membawa ke neraka dan tidak sesekali boleh ditafsirkan perkataan "كل" (setiap) itu kepada sebahagian besarnya.
Bagi golongan Ahli As Sunnah Wal Jamaah, bid’ah itu terbahagi kepada dua iaitu BID’AH HASANAH dan BID’AH SAYI’AH, berpandukan kepada hadis riwayat Muslim yang berbunyi:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَام سُنَّةً حَسَنَــةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَام سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ.

Mafhumnya:
Barangsiapa mencontohkan sesuatu perbuatan terpuji (yakni sunnah hasanah/سنة حسنة) dalam Islam maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengamalkan setelahnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa mencontohkan sesuatu perbuatan tercela (sunnah sayi’ah/سنة سيئة) dalam Islam maka ia mendapat dosanya dan dosa orang yang mengamalkan setelahnya tanpa mengurangkn dosa-dosa mereka”.
Daripada hadis inilah terbitnya/bermulanya BID’AH HASANAH dan BID’AH SAYI’AH, bukannya dari hadis: “… setiap bid’ah itu sesat dan setiap sesat itu masuk neraka”, dan ini selari dengan kata-kata Imam Syafie:
البدعة بدعتان محمودة ومذمومة
"Bid'ah itu (terbahagi) dua iaitu bid'ah terpuji (hasanah) dan bid'ah terkeji (sayi’ah)." والله اعلم

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

            Maksudnya:

“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa."






Khamis, 28 Julai 2022

PENGERTIAN KALIMAH ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ )


[ Sambungan daripada : WASIAT IMAM AS-SYAFI'IE ] 

               بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ 
وَبَعْدَ الْمَمَاتِ  
 أَمَّا بَعْـدُ

   كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ (151) فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ (152) 

                   Maksudnya : 

" Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.(151) 
Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku."(152)
             [Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 151-152 ]

                   ****************************************** 

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 

            Maksudnya :

" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." 

                               [ Al Quran surah سورة الإسرا  Al Israa' : 44 ] 

                             ******************************************

رَفِيعُ الدَّرَجَاتِ ذُو الْعَرْشِ يُلْقِي الرُّوحَ مِنْ أَمْرِهِ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ لِيُنْذِرَ يَوْمَ التَّلاقِ 

                  Maksudnya :

"( Dia-lah) Yang Maha Tinggi darjat-Nya, Yang Memiliki 'Arasy, Yang Mengutus Jibril dengan (membawa) perintah-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan ( Hari Kiamat )."

                               [ Al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min : 15         

*******************************************************************


PENGERTIAN  KALIMAH ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ )

Sekerap Manakah Kita Melafazkan Kalimah ALLAHU AKHBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ)
Pada Setiap Hari? Apakah Yang Kita Fahami Maksud Kalimah Agung Ini?

Kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) adalah antara kalimah at-tauhid yang sentiasa diucapkan atau dilafazkan secara zahir lagi nyata dengan lidah dan diiktiqadkan di dalam hati ketika mendirikan ibadat solat atau di luar ibadat solat. Bahkan kalimah ini menjadi salah satu Rukun Solat sebagaimana termaklum.

Biasanya selain daripada dilafazkan ketika melakukan ibadat solat kalimah ini juga kerap dilafazkan di luar iabadat solat seperti :

Takbir ketika azan
Takbir ketika iqamah
Takbir selepas solat sebagai wirid
Takbir dalam perjalanan ke tempat solat hari raya
Takbir sewaktu hari-hari Tasyriq
Takbir ketika Sai’e antara Safa dan Marwah
Takbir sewaktu Wuquf di ‘Arafah
Takbir sewaktu melontar Jamrah
Takbir ketika melihat anak bulan Ramadan
Takbir ketika menyembelih dan memburu haiwan 
Tawaf di sisi Hajar al-Aswad





Kalimah ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ ) juga dilafazkan bertujuan bagi memuji keagungan, kebesaran dan kemuliaan Allah ketika melakukan ibadat-ibadat lain yang berkaitan termasuk juga untuk memberi kekuatan semangat kepada seseorang yang berhadapan dengan sesuatu cabaran yang besar seperti dalam medan peperangan fisabillah sebagaimana yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Anas r.a., katanya:

صَبَّحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْبَرَ وَقَدْ خَرَجُوا بِالْمَسَاحِي عَلَى أَعْنَاقِهِمْ فَلَمَّا رَأَوْهُ قَالُوا هَذَا مُحَمَّدٌ وَالْخَمِيسُ مُحَمَّدٌ وَالْخَمِيسُ فَلَجَئُوا إِلَى الْحِصْنِ فَرَفَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ وَقَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ خَرِبَتْ خَيْبَرُ إِنَّا إِذَا نَزَلْنَا بِسَاحَةِ قَوْمٍ {فَسَاءَ صَبَاحُ الْمُنْذَرِينَ} وَأَصَبْنَا حُمُرًا فَطَبَخْنَاهَا فَنَادَى مُنَادِي النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يَنْهَيَانِكُمْ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ فَأُكْفِئَتْ الْقُدُورُ بِمَا فِيهَا

:Maksudnya    

"Nabi s.a.w berada di Khaibar pada waktu pagi ketika penduduk Khaibar sedang keluar dengan membawa alat pertanian yang dipikul di bahu mereka. Tatkala mereka melihat Baginda s.a.w, mereka berkata: 'Muhammad dan tenteranya, Muhammad dan tenteranya'. Lalu mereka berlindung di sebalik tembok. Lantas Nabi s.a.w mengangkat kedua belah tangan Baginda dan berkata: 'Allahu Akbar, hancurlah Khaibar. Sesungguhnya kami apabila datang ke perkampungan suatu kaum, maka buruklah akibatnya pagi hari yang dialami orang-orang yang diberi peringatan'. Kemudian kami mengambil keledai-keledai (sebagai harta rampasan perang) lalu kami memasaknya. Kemudian seorang wakil pihak Nabi s.a.w melaungkan: 'Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang kamu memakan daging-daging keldai'. Kemudian semua kuali masakan dan isinya ditumpahkan." [ Riwayat al-Bukhari ]

Selain itu, terdapat juga beberapa keadaan yang disunatkan kita bertakbir iaitu tatkala  berada di tempat yang tinggi, atau dalam suasana yang penuh dengan kemuliaan. Kata Abdullah bin Jabir r.a.:

كُنَّا إِذَا صَعِدْنَا كَبَّرْنَا وَإِذَا تَصَوَّبْنَا سَبَّحْنَا

:Maksudnya         

 “Apabila kami mendaki kami bertakbir, apabila turun kami bertasbih.”

                            [Sahih al-Bukhari ]


" Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan ( musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung." [ Maksud Surah al-Anfaal : 45 ]

Dalam riwayat lain, Abdullah Bin Umar r.a. menyatakan :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَفَلَ مِنْ الْحَجِّ أَوْ الْعُمْرَةِ وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ الْغَزْوِ يَقُولُ كُلَّمَا أَوْفَى عَلَى ثَنِيَّةٍ أَوْ فَدْفَدٍ كَبَّرَ ثَلاَثًا ثُمَّ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ سَاجِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ صَدَقَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

          Maksudnya:

" Apabila Nabi s.a.w pulang daripada haji atau umrah. Kata perawi: tidak aku ketahui melainkan Ibnu Umar berkata peperangan. Ibnu Umar berkata lagi : Setiap kali Baginda melalui lereng bukit atau naik ke tempat tinggi, Baginda akan bertakbir tiga kali kemudian berkata (yang bermaksud) tiada Tuhan yang sah diibadatkan dengan sebenarnya  selain Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Pemilik segalanya. Bagi-Nya pujian dan Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Kami pulang dalam keadaan kami bertaubat, kami menyerahkan diri dan kami bersujud. Kepada Tuhan kami memuji. Benarlah janji Allah. Dia akan menolong hamba-Nya dan mengalahkan pakatan dengan keesaan-Nya." [Riwayat al-Bukhari]


Firman Allah dalam al-Quran ada menyatakan secara umum agar hamba-Nya sentiasa bersyukur atas limpahan nikmat yang tidak terhingga banyaknya serta petunjuk hidayah yang dikurniakan-Nya dengan mentaati segala suruhan-Nya secara perbuatan dan melafazkan secara lisan dan hati dengan memuji, mengagungkan dan menyebut-Nya :
 شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ  

Maksudnya :
i." ( Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza ( antara yang hak dan yang batil). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (musafir, lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang dikurniakan kepadamu, supaya kamu bersyukur." 
[ Surah سورة البقرة‎ Al Baqarah : 185] 
 يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5)

  Maksudnya:

ii. " Hai orang yang berkumul (berselimut), (1)

bangunlah, dan berilah peringatan! (2)

dan Tuhanmu agungkanlah, (3)

dan pakaianmu bersihkanlah, (4)

dan perbuatan dosa tinggalkanlah,..." (5)

[ Surah سورة المدّثر Al Muddatstsir : 1-5 ]

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ 

Maksudnya :

iii." Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."

[Surah سورة الأعراف Al A'raaf: 205 ]

وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

Maksudnya :

iv." Dan katakanlah : 'Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan tidak mempunyai penolong (untuk menjaga-Nya) dari kehinaan dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya'."

[ Surah سورة الإسرا Al Israa' : 111 ] 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42)

Maksudnya :

v." Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama ) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (41)

Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang." (42)

[ Surah سورة الأحزاب Al-Ahzab : 41-42

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 

Maksudnya :  

vi." Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.

[ Surah سورة الأحزاب Al Ahzab : 35

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3)

Maksudnya :

vii." Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, (1) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan ramai berbondong-bondong, (2) maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (3)

[ Surah سورة النصر* An-Nashr : 1-3 ]

[ * Peringatan : Menurut riwayat surah An-Nashr adalah antara wahyu al-Quran terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. Mujahid, Abul Aliyah, Ad-Dahhak, dan lain-lainnya mengatakan bahwa hal ini memberi 'isyarat' bahawa kewafatan Rasulullah s.a.w sudah semakin hampir: 

قَالَ ابْنُ جَرِيرٍ: حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ عِيسَى الْحَنَفِيُّ عَنْ مَعْمَر، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَدِينَةِ إِذْ قَالَ: "اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ! جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ، جَاءَ أَهْلُ الْيَمَنِ". قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا أَهْلُ الْيَمَنِ؟ قَالَ: "قَوْمٌ رَقِيقَةٌ قُلُوبُهُمْ، لَيِّنَةٌ طِبَاعُهُمْ، الْإِيمَانُ يَمَانٍ، وَالْفِقْهُ يَمَانٍ، وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَةٌ"
               Maksudnya :
"Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Ismail ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Al-Hasan ibnu Isa Al-Hanafi, dari Ma'mar, dari Az-Zuhri, dari Abu Hazim, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa ketika Rasulullah s.a.w. berada di Madinah, tiba-tiba beliau s.a.w. bersabda: اللَّهُ أَكْبَرُ  Allah Maha Besar, اللَّهُ أَكْبَرُ Allah Maha Besar, telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, telah datang penduduk Yaman.” Ditanyakan: "Wahai Rasulullah, siapakah penduduk Yaman itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: "Kaum yang lembut hatinya dan lunak wataknya. Iman adalah Yaman dan fiqih adalah Yaman, dan hikmah adalah Yaman.” ]


Biasanya pemahaman orang awam mengenai kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) hanya sekadar " ALLAH YANG MAHA BESAR" sahaja.

Sekiranya pengertian ini tidak diberikan penjelasan yang lebih lanjut boleh memberi erti kepada seseorang awam dan juga anak-anak bahawa Allah seperti makhluk juga yang mempunyai juzu', saiz dan ukuran yang melazimkan bagi makhluk atau benda/jisim yang semuanya berjuzuk.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Watalla itu BUKAN makhluk, bukan Jisim, bukan Jirim, bukan Jauhar Muraqab , bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh. Dia tidak sesekali menyamai makhluk-Nya dan segala sesuatu yang baharu dalam apa jua hal, cara dan jalan sekalipun, tanpa misal, tanpa ibarat, tanpa umpama, tanpa bandingan dan tidak sesekali ada bagi-Nya hal keadaan yang berlawanan dan sentiaslah Allah Taala itu mempunyai Kemuliaan dan Kesempurnaan.
Sebelum memahami pengertian kalimah ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ ), kita seharusnya memahami terlebih dahulu makna ALLAH ( اَللّهُ ) yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna sebagaimana berikut :

ALLAH اللَّهِ

هو أعظم الأسماء لدلالته على الذات العلية الجامعة لكل صفات الألوهية

             Maksudnya: 
"Lafaz 'ALLAH' اللَّهِialah sebesar-besar nama (Allah) bagi menunjukkan Zat-Nya Yang Maha Tinggi dari segala kekurangan yang terhimpunnya segala sifat ketuhanan."

Adapun maksud kalimah ALLAHU AKBAR ( اَللّهُ اَكْبَرُ ) adalah seperti penjelesannya seperti berikut :

Pengertian AKBAR ( اَكْبَرُ ) di sini bukanlah dengan makna mengikut kadar sukatan, KECIL lawannya BESAR, tetapi adalah dengan makna yang berkaitan dengan Sifat dan Zat (Diri) Allah yang Qadim sebagaimana berikut :

i. اكبر من أن ينال بالحواس
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat dikenali dengan segala pancaindera."
ii. أكبر من أن يدرك كنه جلاله
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat kemuliaan-Nya."
iii. اكبر من أي يعرفه غيره فإنه لا يعرف الله تبارك وتعالىإلا الله
Maksudnya :
"Yang Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat Zat-Nya itu oleh yang lain-Nya, sesungguhnya tiada yang mengetahui hakikat Zat Allah Tabaraka Wa Taala, melainkan Allah."

Berpandukan penjelasan tersebut dapatlah dimantap, dipadu dan dirumuskan pengertian ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) seperti berikut :
" Yang Maha Besar Allah daripada dapat dikenali dengan segala pancaindera yang lima. Yang Maha Besar Allah daripada dapat diketahui akan hakikat kemuliaan-Nya. Yang Maha Besar Allah daripada dapat mengetahui akan hakikat Zat-Nya (Diri-Nya). Bahawasanya tiada dapat mengetahui akan hakikat Zat (Diri) Allah SWT itu melainkan Allah."
Sungguhpun kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) ini tidak terkandung secara khusus di dalam Asma' Ul-Husna tetapi ia dikaitkan atau termaklum maksudnya dengan kalimah Al-'Azim (العظيم )yang diertikan :

 الذِي لَا يَتَصَوَّرُهُ عَقْلٌ وَلَا تُحِيطُ بِهِ بَصِيرَةٌ.
العظيم
               Maksudnya :
 " Yang Amat Mempunyai Kebesaran yang tiada dapat diketahui oleh akal akan hakikat kemuliaan Zat-Nya dan tiada diketahui  akan hakikat Zat-Nya oleh mata hati."

Ia juga boleh dikaitkan dengan kalimah DZULJALALI WAL IKRAM( ذو الجلال والإكرام   ) yang bererti : 

 الَّذِي لَا شَرَفَ وَلَا جَلَالَ وَلَا كَمَالَ إِلَّا لَهُ تَعَالَى وَلَا كَرَامَةَ إِلَّا مِنْهُ تَعَالَى

"Mempunyai Kemuliaan dan Kebesaran yang hanya bagi Allah Taala sahajalah Kemuliaan, Kebesaran dan Kesempurnaan dan tiada kemuliaan (الكرامة) melainkan daripada-Nya jua."

Demikian juga boleh dikaitkan dengan kalimah Al-Kabir ( اَلْكَبِيْرُ )yang bererti :

الَّذِي فَاقَ مَدْحَ المَادِحِيْنَ وَوَصْفَ الوَاصِفِينَ (اَوْ) ذُو الكِبْرِيَاءِ.
     الكبير
 :  Maksudnya                 
"Yang mengatasi pujian orang-orang yang memuji dan mengatasi kesifatan orang-orang yang mensifati (atau) Yang Amat Mempunyai Kebesaran."

Muazin Masjid Nabawi Madinah sedang melafazkan seruan azan menandakan masuk waktu solat fardhu

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ 

                            Maksudnya : 

" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?'.".[Surah Fushshilat:33

             Nabi Muhammad s.a.w  bersabda :

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا

              Maksudnya:

"Kalaulah orang ramai tahu tentang kelebihan azan, dan berada di saf pertama kemudian tiada ruang bagi mereka kecuali melalui mengundi nescaya mereka sanggup mengundi."  [HR al-Bukhari ]

[Mudah-mudahan penjelasan ringkas ini dapat difahami, dihadam, dihayati dan dimanfaatkan bersama . Amin]

Azan terakhir Saidina Bilal bin Rabah بِلَال بْن رَبَاح selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.:


*******************************************************************
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya :
" Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak ( menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit! Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

                   [ Al-Quran surah سورة البقرة  Al Baqarah : 29

         ***************************************************

        أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ 

         Maksudnya :

" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."

                 [ Al-Quran surah سورة النّور An Nuur : 41 ]



                           
بِسْمِ اللهِ، اَللهُ أَكْبَرُ، رَجْمًا لِلشَّيْطَانِ وَحِزْبِهِ

***************************************************

 Abdullah Bin Umar r.a. menyatakan :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَفَلَ مِنْ الْحَجِّ أَوْ الْعُمْرَةِ وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ الْغَزْوِ يَقُولُ كُلَّمَا أَوْفَى عَلَى ثَنِيَّةٍ أَوْ فَدْفَدٍ كَبَّرَ ثَلاَثًا ثُمَّ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ سَاجِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ صَدَقَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

              Maksudnya

“Nabi s.a.w. apabila pulang daripada Haji atau Umrah. Kata perawi: 'Tidak aku ketahui melainkan Ibnu Umar berkata peperangan'. Ibnu Umar berkata lagi : 'Setiap kali Baginda melalui lereng bukit atau naik ke tempat tinggi, Baginda akan bertakbir tiga ( 3) kali kemudian berkata [yang bermaksud]: Tiada Tuhan lain yang sah diibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Pemilik segalanya. Bagi-Nya pujian dan Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Kami pulang dalam keadaan kami bertaubat, kami menyerahkan diri dan kami bersujud. Kepada Tuhan kami memuji. Benarlah janji Allah. Dia akan menolong hamba-Nya dan mengalahkan pakatan dengan keesaan-Nya'.” [Hadis Riwayat al-Bukhari ]


***************************************


Gunung Uhud

عن عمران بن الحصين, ما يستطيعُ أحدُكُم أن يعملَ كلَّ يومٍ مثلَ أُحُدٍ عملًا؟ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ومَن يستطيعُ أن يعملَ كلَّ يومٍ عملًا مثلَ أُحُدٍ؟ قال: كلُّكُم يستطيعُهُ قالوا: يا رسولَ اللهِ ! ماذا قال: سبحانَ اللهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، ولا إلهَ إلّا اللهُ أعظمُ مِن أُحُدٍ، والحمدُ للهِ أعظمُ مِن أُحُدٍ، واللهُ أكبرُ أعظمُ مِن أُحُدٍ

Maksudnya :
"Dari Imran bin Hussain r.a., Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 
'Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud '?. Para sahabat menjawab : 'Ya Rasulullah siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud "?. Baginda bersabda : ' Kamu semua mampu'. Mereka bertanya : 'Bagaimana caranya?'. Baginda bersabda: ' Ucapan kalimah Subhanallah (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ ) lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La Illa ha Illallah ( لا اله الا الله ) lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan kalimah Alhamdulillah ( ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ ) lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan kalimah ALLAHU AKBAR (اَللّهُ اَكْبَرُ ) lebih besar daripada Gunung Uhud." [ HR at-Thabarani][ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ ]

                   ******************************************************













KEUTAMAAN dan HIKMAH ZIKIR dan DO'A

[ Lihat : NAMA-NAMA HAIWAN DALAM AL-QURAN ]                بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْم...