Sabtu, 9 Julai 2022

WASIAT DAN NASIHAT AL IMAM AS-SYAFI'E RAHIMAULLAH ( الإمام الشافعي رحمه الله)


[ Sambungan daripada : KEMURAHAN HATI HAMBA MUKMIN YANG LUAR BIASA ]

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
 أَمَّا بَعْـدُ

 

 يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ 

                  Maksudnya :

" Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal."

                     [ Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 269 ]

                   *******************************************

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ 

              Maksudnya :

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanykan mereka adalah orang yang fasik ."

                 [ Al- Quran surah سورۃ آل عمرن Ali 'Imran : 110  ] 

                    ******************************************* 

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا 

               Maksudnya :

" Sesunguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

                      [ Al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' : 58 ] 

*******************************************************************

BIOGRAFI RINGKAS AL-IMAM AL-SYAFI'E RAHIMAULLAH ( الإمام الشافعي رحمه الله)


Nama penuh Imam al-Syafi’e ialah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Syafie bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin al-Muttalib bin Abdi Manaf al-Quraisy. Beliau dilahirkan  pada tahun 150 H/767 M di suatu tempat bernama Ghazzah di kota Ashqelon pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah kedua, Abu Jaafar Al-Mansur (101 H-158 H/714 -775M).  Nasab beliau bertemu dengan nasab Rasulullah s.a.w pada moyang mereka berdua iaitu Abd Manaf.

Ketika berusia dua tahun, beliau dibawa oleh ibunya ke Hijaz dan apabila umurnya mencecah 10 tahun, ibunya membawa dia hijrah ke Mekah kerana khuatir nasabnya yang mulia akan lenyap. (Rujuk Manaqib al-Syafi’e oleh Imam al-Baihaqi, 1/472 dan Tawali al-Ta'sis li Ma'ali Muhammad ibn Idris, hlm. 51)

Di Mekah, beliau menuntut ilmu dengan beberapa orang ulama terkenal, antaranya Imam Khalid bin Muslim al-Zanji iaitu Mufti Mekah pada waktu itu, Fudhail bin ‘Iyadh dan Sufyan bin ‘Uyainah.

Kitab Al-Muwathta', Karya Imam Malik bin Anas

Kemudian beliau berpindah ke Madinah ketika berusia 12 tahun, dan telah menghafal kitab Al-Muwatthth hasil karya Imam Malik bin Anas ( 93H/713M- 179H/796M) hanya dalam tempoh masa 9 hari sahaja. Kecerdasan dan kebijaksanaan beliau membolehkannya berguru dengan Imam Malik bin Anas.  Ternyata beliau telah menjadi anak murid Imam Malik yang paling alim lagi bijaksana. Beliau turut belajar daripada beberapa orang ulama Madinah yang lain. Kebijaksanaan dan kealiman beliau berkemampuan tinggi memberikan fatwa ketika umurnya baru berusia 15 tahun.

                     Maqam Imam Malik bin Anas Di Perkuburan Jannatul Baqi', Madinah. 

Seterusnya Imam al-Syafi'e berhijrah ke Yaman dan menuntut ilmu daripada beberapa orang ulama ternama seperti Mutorrif bin Mazin, Hisyam bin Yusuf, ‘Amru bin Abi Salamah dan Yahya bin Hassan. Selepas itu beliau berhijrah dan menetap di Iraq dan berguru dengan beberapa orang ulama lagi seperti  Waki’ bin Jarrah, Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani, Hammad bin Usamah, Ayyub bin Suwaid al-Ramli dan Ismail bin ‘Ulayyah. Ketika berada di Iraq, beliau telah menghasilkan karya kitab al-Hujjah yang menghimpunkan pandangan beliau yang lama (qaul qadim).

Apabila beliau berpindah dan berada di Mesir, beliau memperbaharui banyak fatwa beliau yang terdahulu dan mengasaskan mazhab baru yang menghimpunkan qaul jadid, yang dimuatkan di dalam kitab Al-Umm. Beliau turut mengarang kitab Al-Risalah mengenai ilmu Usul Fiqh, yang juga menjadi pengasas  ilmu tersebut.

                                           Kitab Al-Umm Karya Imam Al Syafi'e

Antara ujian getir lagi amat mencabar yang ditanggung oleh Imam as-Syafie ialah berhadapan dengan fitnah hingga beliau ditengkap dan terpaksa merengkuk dalam penjara dan dibicarakan sendiri oleh Khalifah Harun al-Rasyid ( 766-809M ) di Baghdad. Beliau dituduh/ditohmah sebagai seorang penganut fahaman Syiah kerana kecintaannya kepada keluarga Rasulullah s.a.w ( Ahlul Bait) yang dianggap sebagai ancaman kepada kewibawaan pemerintah Abbasyiah yang pada zaman tersebut berpegang teguh kepada Ahli Sunnah wal Jemaah. Justeru beliau dirantai kaki dan berhadapan dengan penyiksaan.
Namun setelah dibicarakan oleh Amirul Mukminan Khalifah Harun al-Rasyid beliau dibebaskan setelah Khlaifah berpuas hati dan akur kepada hujah pembelannya bahawa kecintaannya yang amat mendalam kepada Rasulullah s.a.w. dan keluarga baginda menyebabkan beliau amat mengutamakan sunnah dalam berbagai urusan duniawi dan agama.

Imam As-Syafie  diiktiraf dan diperakukan sebagai mujaddid (pembaharu/islah) agama Islam bagi kurun yang kedua hijrah atas sumbangan besar beliau menghimpunkan antara dua manhaj, iaitu Manhaj Ahlu Ra’yi yang diasaskan oleh Imam Abu Hanifah dan Manhaj Ahlu al-Hadith yang dilazimi oleh Imam Malik bin Anas. Imam al-Syafi’e telah kembali ke rahmatullah pada tahun 204H/820 M di Kaherah ketika berusia 54 tahun. Kembara ilmu Imam al Syafi'e di sepanjang hayat untuk membimbang umat adalah satu sumbangan jihad beliau yang teramat besar yang terus bercahaya menyenari umat Islam di sepanjang zaman. Selain daripada menghsilkan karya tersohor beliau Al-Umm, Imam al Syafi'e juga menghasilkan atau menyusun karya-karya lain seperti : 

  • Jami’ al-Mizan al-Saghir.
  • Al-Amali.
  • Mukhtasar al-Rabi’.
  • Mukhtasar al-Buwaiti.
  • Al-Imla’.
  • Ikhtilaf al-Hadith.
  • Al-Musnad.
  • Mukhtasar al-Kabir dan lain-lain.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati roh beliau hingga hari dibangkitkan. Amin.(Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masa’il al-Mufidah hlm. 31-32)

Dalam riwayat yang lain ada menceritakan: 

KEWAFATAN IMAM AS-SYAFIE  

"Sifat Imam al-Syafi’e yang begitu tekun dengan ilmu pengetahuan menjadikan dirinya kurang rehat dan ditakdirkan mengidap penyakit yang berat. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam menceritakan keadaan Imam al-Syafie yang menderita kesakitan: 

“Al-Syafie menderita penyakit buasir yang sangat berat dan membimbangkan. Dia menyedari, sakitnya itu kerana kurang penjagaan dan tidak mempedulikan pantang-larang.”

Imam al-Muzani berkata, pada suatu hari beliau masuk menemui Imam al-Syafie Rahimahullah di kediamannya ketika sakit yang membawa kematiannya seraya bertanya: 

“Bagaimana keadaanmu tuan guru?”

Lantas beliau menjawab:

أصبحت من الدنيا راحلاً، وللإخوان مفارقا، وعلى الله وَارِداً، وبكأس المنية شاربا، ولسوء أعمالي ملاقيا، فلا أدري نفسي إلى الجنة تصير فأهنّيها، أو إلى النار فأعزيها

             Maksudnya

"Keadaanku pada pagi ini dari dunia akan berkelana, dari sahabat-sahabat akan berpisah, kepada Allah aku akan menemui, segelas kematian akan kuhirup dan buruk amalanku akan ku tempuhi. Aku tidak tahu adakah diriku menuju ke syurga, maka aku ucapkan tahniahnya atau ke neraka maka aku ucapkan takziahnya...."

Kemudian, Imam al-Syafi’e menangis dan mengalunkan bait-bait sya’ir seperti berikut:

وَلَمّا قَسا قَلبي وَضاقَت مَذاهِبي          جَعَلتُ الرَجا مِنّي لِعَفوِكَ سُلَّما

تَعاظَمَني ذَنبي فَلَمّا قَرَنتُهُ                بِعَفوِكَ رَبّي كانَ عَفوُكَ أَعظَما

فَما زِلتَ ذا عَفوٍ عَنِ الذَنبِ            لَم تَزَل تَجودُ وَتَعفو مِنَّةً وَتَكَرُّما

      Maksudnya :

"Tatkala kerasnya hatiku dan sempitnya jalan-jalanku

          Aku jadikan harapanku untuk Ampun-Mu sebagai tangga

Maka besarlah dosaku tapi tatkala aku bandingkannya

          Dengan ampun-Mu Tuhanku, adalah Ampun-Mu itu lebih besar

Maka sentiasalah Kamu ampunkan dosa

          Dan sentiasalah-Mu Pemurah, Pengampun, Kurniaan dan Kemuliaan."

Imam al-Syafie Rahimahullah kembali ke rahmatullah di Mesir pada hari Khamis, awal bulan Sya’ban tahun 204 H dalam usia sekitar 54 tahun. "


                   Pemandangan salah satu lokasi di Gaza pada kurun ke 19. 

SEPULUH (10 ) NASIHAT IMAM AS-SYAFI'E RAHIMAULLAH YANG DIWASIATKAN KEPADA MURID-MURIDNYA SEBELUM DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH :

Imam As-Syafi'e kembali ke rahmatullahpada malam Jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (820 Masehi). Sebelum mengakhiri hayatnya, beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut adalah terjemahan kandungan wasiat tersebut yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berhajat meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara:
PERTAMA : HAK PADA DIRI SENDIRI 
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT 
Iaitu: Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa kasihkan Allah sahaja. 
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR 
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, mengadu domba, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.  
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR 
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) 
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA JAHANAM PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.  
KETUJUH : HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT dan berbuat baik kepada ibu bapa.  
KELAPAN : HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) 
Iaitu : Berasa reda dengan Qadha' Allah, bersabar menerima ujian bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. 
Iaitu : Bersalawat ke atas baginda, berpegang teguh dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat baginda, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.  
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT 
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."

Menurut riwayat selain daripada wasiat tersebut, Imam As-Syafi'e kerap beramal dengan zikir dan do'a berikut khususnya apabila beliau berada dalam kesusahan apabila berhadapan dengan masalah yang besar: 

  Do'a Imam Syafi'ie Rahimaullah apabila dia dalam kesusahan :


        اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا 
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا  
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ  خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي  
 اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا  
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ
   Maksudnya:  
"Ya Allah, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada ku dan tiada dapat aku memelihara melainkan barang apa yang telah Engkau pelihara akan aku. Ya Allah, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redai daripada perbuatan dan amalan dalam 'afiat."
#Syair Imam as-Syafie:

شكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى

         Maksudnya : 

"Aku telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,

Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,

Beliau memberi tahu kepadaku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,

Dan sesungguhnya cahaya ( ilmu petunjuk) Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat."

                                  Maqam Imam As-Syafi'e di Kaherah, Mesir 


Ceramah : Saat Kewafatan Imam As-Syafie :https://www.youtube.com/watch?v=qvDbIfsFyNY


Masjid Agung Al Omari di Ghaza. Pada asalnya kompleks bangunan ini adalah sebuah kuil. Pada zaman pemerintahan Kerajaan Bizantine ia bertukar menjadi sebuah Gereja Bizantine oleh Ratu Bizantium Ratu Aelia Eudocia pada tahun 406 M. Pada tahun 634 M gereja ini bertukar fungsinya  menjadi Masjid yang dinamakan Masjid  Agung Al-Omari apabila seluruh bumi Sham berada di bawah pemerintahan Kerajan Khalifah Umar Al-Khatab. Apabila berlaku Perang Salib pada tahun 1149 gereja ini bertukar nama dan fungsi menjadi  gereja Katedral St. John The Baptist. Pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamluk Katedral ini dikembalikan semula fugsinya sebagai sebuah masjid dengan nama Masjid Agung Al Omari yang berkekalan hingga kini.

   Kemusnahan Masjid Agung Al-Omari yang dibom oleh tentera Israel pada 07 Oktober, 2023.

*******************************************************************

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيْمَ بَنِيْهِ وَيَعْقُوْبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدَّينَ فَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ (132) أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوْبَ اْلمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيْهِ مَا تَعْبُدُوْنَ مِنْ بَعْدِي قَالُ نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيْمَ وَإِسْمَاعِيْلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهَا وَاحِدًا وَنَحنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ

             Maksudnya :
" Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berata): ' Hai anak-anakku! Sesunguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam'. (132)

Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya : ' Apakah yang kamu sembah/ibadatkan sepeninggalanku?'. Mereka menjawab : 'Kami akan menyembah/beribadat kepada Tuhanmu dan Tuhan nenek moyang mu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, ( iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya'. (133 )

                    [ Al Quran surah سورة البقرة  Al-Baqarah : 132-133 ]     

            *********************************************

Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا، وَأَوْرَثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
                 Maksudnya : 
“Sungguhnya ulama' itu pewaris segala Nabi a.s. Bahawasanya Nabi-Nabi a.s. itu tidak mewariskan wang emas dan wang perak dan mereka mewariskan akan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya nescaya dia telah mengambil akan bahagian yang cukup.”

                 ********************************************

Di dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a., sabda Nabi Muhammad s.a.w:


Daripada Abi Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

 إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلَّ مِئَةٍ سَنَةٍ مَنْ يُجَدَدَ لَهَا دِينَهَا

                       Maksudnya:

Sesungguhnya Allah membangkitkan untuk ini (umat Islam) pada setiap 100 tahun akan seorang (alim atau sekumpulan ulama, mujadid yang membaharui baginya akan agamanya (daripada penyimpangan).”

[Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, Hakim di dalam Mustadrak dan al-Baihaqi di dalam al-Ma'rifah].

                              *********************************

عَنْ أَبِيْ عَمْرٍو، وَقِيْلَ، أَبِيْ عَمْرَةَ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ


 قَالَ: قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِيْ فِي الإِسْلامِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدَاً


 غَيْرَكَ؟ قَالَ: “قُلْ آمَنْتُ باللهِ ثُمَّ استَقِمْ” رَوَاهُ مُسْلِمٌ

          Maksudnya:

"Dari Abu ‘Amr—ada yang menyebut pula Abu ‘Amrah—Sufyan bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: 'Aku berkata: Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku suatu perkataan dalam Islam yang aku tidak perlu bertanya tentangnya kepada seorang pun selainmu.' Baginda bersabda: 'Katakanlah: aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah'.” [HR. Muslim] 

                **********************************************

اغْتَنِمْ خَمْساً قبْلَ خَمْسٍ حَياتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وفَراغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ وشَبابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وغِناكَ قَبْلَ فَقْرِكَ

                 Maksudnya :
“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Hidup sebelum mati. Sihat sebelum sakit. Waktu lapang sebelum waktu sempit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin.”

[Hadis Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dalam al-Zuhd, Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra]

 **************************************************************
"Melalui sebuah hadis panjang yang diriwayatkan daripada Kathir bin Qais, kita dapat mengetahui gambaran kemuliaan manusia berilmu yang dilukiskan oleh Rasulullah s.a.w. Kathir bin Qais berkata: 
“Aku duduk di sisi Abu Darda’ dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, dan dia berkata, ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, kerana sebuah hadis yang sampai kepadaku bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Barangsiapa berjalan pada suatu jalan kerana ianya mencari ilmu, justeru Allah mudahkan baginya jalan menuju syurga. Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya dan suka pada orang yang menuntut ilmu. 
Dan, sesungguhnya bagi penuntut ilmu, maka akan memintakan ampun baginya makhluk di langit (malaikat) dan bumi (manusia), bahkan ikan-ikan di dalam air pun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu atas hamba Allah ialah seumpama cahaya bulan yang mengalahkan cahaya bintang-bintang di langit. Sesungguhnya orang berilmu (ulama) adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mencari ilmu, ia telah mengambil dan menjaga kesempurnaan (agamanya).” (Riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)
 


Jumaat, 1 Julai 2022

KEMURAHAN HATI SEORANG HAMBA SAHAYA YANG LUAR BIASA


[ Sambungan daripada  : SYAITAN MENGAJAR AYAT AL-KURSI KEPADA ABU HURAIRAH RA]

                                                   بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ
أَمَّا بَعْدُ
إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا  

                  Maksudnya :

" Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. "

                           [ Al-Quran surah سورة الإسرا Al-Israa' : 30

                           ******************************************

وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَى مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ 

                    Maksudnya :

" Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan  (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki agar mereka sama  (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?."

                              [ Al-Quran surah سورة النحل An Nahl : 71

**********************************************************


"Ayat 1000 Dinar" berikut yang terkandung dalam surah سورة الطلاق At-Thalaaq ayat 3 amat masyhur dan sudah sekian lama menjadi amalan umat Islam di seluruh dunia. Dipercayai ramai di kalangan mereka yang telah mendapat limpahan rahmat kurniaan Allah apabila mereka beramal dengan membaca serta menghayati dengan tulus ikhlas sifat-sifat taqwa dan bertawakal kepda Allah apabila berhadapan dengan berbagai ujian yang amat mencabar :
.... وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3 )
Maksudnya :
“.....Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ( 2)
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” ( 3 ) 

 Firman Allah di dalam al-Quran berulang-ulang kali menyatakan bahawa Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana mengurniakan rezeki yang tidak terhingga banyaknya kepada sesiapa juga yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hambaNya. Antaranya ialah :

زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ 

            Maksudnya :  

i. " Kehidupan di dunia dijadikan indah pada pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Pada hal orang-orang yang bertaqwa itu itu lebih mulia daripada mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. "

               [ Surah سورة البقرة‎ Al-Baqarah : 212 ] 

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأرْضِ إِلا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

              Maksudnya :

ii." Dan tidak ada suatu binatang melatapun di bumi melainkan Allah jua yang memberi rezekinya, dan Dia Maha Mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya."

                  [ Surah سورة هود Huud : 6 

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ          
Maksudnya :  

 iii." Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

              [ Surah سورة الشورى Asy-Syuura : 19 ]

اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ 

        Maksudnya :

iv." Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

         [ Surah سورة العنكبوت Al-Ankabut : 62 ]

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ (125) وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ قَالَ وَمَنْ كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلا ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ (126) 

         Maksudnya :

v. " Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu ( Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian 'Maqam Ibrahim', tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: 'Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, dan yang sujud. (125)

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdo'a: 'Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini sebagai sebuah negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian (akhirat)'. Allah berfirman : ' Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani seksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali'." (126)

[ Surah سورة البقرة‎ Al-Baqarah : 125-126]

Firman Allah dalam al-Quran terdapat kalimah-kalimah Asma'-Ul Husna yang menjelaskan nama dan Sifat Allah yang amat indah lagi mulia yang melimpahkan rahmat-Nya kepada sekalian  hamba-Nya dengan nikmat dan rezeki yang tidak terhingga banyaknya.  Antaranya ialah Sifat : 

i. AL-QABIDH القابض : Yang Menyempitkan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.

ii.AL-BASITH الباسط : Yang Meluaskan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.
iii. AL-WAHHABالوهاب Yang Amat Banyak Pemberian dan Pengurniaan lagi Yang Amat Banyak Memberi nikmat dan limpah murah pengurniaan lagi Yang Amat Besar pemberian taufik dan hidayah dengan tidak payah diminta, tidak memutuskan pemberian-Nya daripada hamba-hamba-Nya sama sekali.
iv. AL-RAZAK الرزاق : Yang Memerintahi Mengadakan (المتوالي خلق الرزق rezeki, Yang Amat Murah pengurniaan-Nya dengan menyampaikannya kepada hamba.
v. AL-LATIFF اللطيفYang Amat Mempunyai kasih sayang dan Yang Amat Latiff (mempunyai kelembutan dan amat halus) dan elok (pada) segala perbuatan-Nya(الذي لطفت أفعاله وحسنت) (atau) Yang Amat Mengetahui, dengan segala perkara yang tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.
vi. AL-WADUD  الودود: Yang Amat Kasih kepada orang-orang yang berbuat taat di kalangan hamba-hamba-Nya, Yang Sangat Kasih kepada mereka itu dengan melimpahkan nikmat-nikmatNya.
KISAH BERIKUT AMAT MENARIK YANG MUDAH-MUDAHAN MENJADI PERINGATAN DAN TAULADAN KEPADA KITA, INSYA-ALLAH :

Abdullah bin Jaafar amat terkenal di kalangan masyaraktnya sebagai seorang alim yang zuhud, kaya dan amat pemurah. Pada suatu hari dia berjalan melintasi sebuah kebun kurma yang luas. Dia berhenti seketika melihat seorang anak muda hamba sahaya sedang bekerja di kebun tersebut memetik buah kurma. Selepas itu dia melihat seorang anak lelaki pemilik kebun dan tuan kepada hamba sahaya tersebut datang dan memberi kepadanya dua buku roti. Hamba sahaya itu berehat seketika untuk memakan roti yang diterima dari tuannya. Tiba-tiba muncul seekor anjing menuju kepada hamba sahaya tersebut sambil menggoyang-goyangkan ekornya tanda kelaparan.

Lalu hamba sahaya tersebut memberikan kepadanya sebuku rotinya kepada anjing itu, lalu dimakannya. Namun anjing tersebut masih lagi menggoyang-goyangkan ekornya menandakan dia belum kenyang dan masih kelaparan. Lantas si anak muda hamba sahaya itu memberikan anjing tersebut baki sebuku lagi roti yang ada padanya. Selepas itu dia pun meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

Abdullah bin Jaafar amat hairan dan takjub memerhatikan watak dan tindak tanduk anak muda si hamba sahaya tersebut, lalu pergi menemuinya dan bertanya :
"Wahai anak muda, berapa banyak bekalan makanan yang tuan engkau berikan pada setiap hari?"
Dengan sepontan si hamba sahaya muda itu menjawab :
"Hanya sebanyak itulah sahaja seperti yang tuan saksikan tadi."

Dengan kehairanan Abdullah bin Jaafar terus bertanya :

" Jadi kenapakah kamu berikan kesemuanya kepada anjing itu tadi?"

Si hamba muda itu menjelaskan dengan tenang :
" Tuan, kami tidak tinggal di satu kawasan yang mempunyai anjing, jadi saya amat faham kenapa anjing itu datang kepada saya hanya semata-mata kerana dia amat kelaparan. Atas kehendak Allah juga anjing itu datang ke sini menemui saya. Jadi saya lebih mengutamakannya dari diri saya yang setiap hari, alhamdulillah, mendapat bekalan makanan."
Abdullah bin Jaafar amat terpegun dan terkedu seketika apabila mendengar jawapan tersebut dan meneruskan pertanyaan:
" Jadi apakah rezeki yang akan kamu makan malam ini?"
Si-hamba itu menjawab :
" Saya akan kelaparan sepanjang malam ini."
Abdullah bin Jaafar termenung kagum seketika seolah-olah berkata kepada dirinya sendiri :
" Orang ramai beranggapan dan mengatakan yang aku ini amat pemurah, tetapi ternyata si hamba sahaya muda ini jauh lebih pemurah dari aku rupanya...."

Justeru dia pun pergi menemui tuan pemilik hamba sahaya tersebut bertujuan untuk membelinya. Tuan hamba sahaya itu bertanya, :
" Kenapa tuan berhajat untuk membelinya?"
Maka Abdullah pun menceritakan perihal yang berlaku tadi dan berhajat untuk membeli dan memerdekakannya. Dia juga berhajat untuk membeli kebun kurma miliknya untuk dihadiahkan kepada si hamba sahaya tersebut.

Tuan pemilik kebun dan hamba muda tersebut berkata :
".....Tuan berhajat melakukan kesemua ini semata-mata dengan menyaksikan hanya satu perkara sahaja daripada hamba sahaya tersebut? Ketahuilah, bahawa kami sekeluarga menyaksikan keajaiban luar biasa si hamba muda ini pada setiap hari! Sesungguhnya saya memberi kesaksian kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang bahawa kebun kurma ini adalah hadiah saya kepadanya..."

Kisah ini mungkin tidak memberi apa-apa pengertian atau implikasi besar kepada kebanyakan manusia (termasuk orang Islam) pada hari ini yang menganggapkannya hanya sebagai secebis kisah masyarakat silam yang tidak memberikan apa-apa pengertian kepada masyarakat manusia hari ini. Atau mungkin juga ada yang menganggapkannya hanya sebagai penglipur lara golongan fakir miskin supaya sentiasa bersabar dengan kemiskinan mereka.

Apabila tuan kebun kurma dan pemilik hamba muda tersebut mengatakan yang dia bersama keluarga dapat menyaksikan setiap hari 'keajaiban' yang dimiliki hamba muda tersebut, maka kenyataan ini dapat memberi kefahaman bahawa hamba muda itu adalah seorang mukmin soleh yang luar biasa kesabaran, ketaqwaan dan keteguhan imannya. Maka Allah melimpahkan rahmat-Nya yang luar biasa sebagai ganjaran akhlak dan keperibadiannya yang dipandang mulia oleh sesiapa juga yang melihatnya. Lantas pemilik kebun kurma yang juga memiliki hamba muda ini tidak merasa sebarang kerugian dan berlapang dada menghadiahkan keseluruhan kebun kurma itu kepadanya.

Paparan secebis kisah silam ini dapat memberi peringatan bahawa Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih amat berkuasa memberikan balasan selayaknya kepada hamba-Nya dari golongan mukmin soleh dengan cara di luar jangka yang berlipat-lipat kali ganda banyaknya atas keimanan, ketaqwaan dan kesabaran mereka berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang dikenakan ke atas mereka berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. Namun balasan yang disediakan Allah di akhirat adalah sebagaimana yang dijanjikan yang tidak sesekali dapat digambarkan oleh pemikiran manusia yang masih hidup di dunia. Sesungguhnya Allah tidak sesekali menzalimi hamba-Nya walau sebesar debu zarrah pun.

Kisah ini juga amat bersesuaian dan menepati Firman Allah dalam "AYAT 1,000 DINAR" di atas dan surah سورة سبأ Saba' ayat 36

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ

Maksudnya :

" Katakanlah : ' Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan ( bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'. " 

Sifat pemurah yang dipaparkan dalam kisah ini juga amat bertepatan dengan Firman Allah dalam al-Quran yang antaranya menyebut:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

Maksudnya:

i." Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh bulir (tangkai bijirin ), pada setiap bulir: seratus (100) biji. Allah melipatkan gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."

[Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 261

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya :

ii." Kamu tidak sesekali sampai kepada kebaktian ( yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."

  [ Surah  سورة آل عمران Ali 'Imran : 92 ]

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلا يُجْزَى إِلا مِثْلَهَا وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ  

Maksudnya :

iii." Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka tidak sedikitpun dianiaya (dirugikan)."

[ Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 160 ] 

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ 

Maksudnya :

iv." Katakanlah : ' Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)'. Dan bagaragsiapa yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya."

[ Surah سورة سبأ Saba' : 39

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang antaranya menjelaskan :

Nabi s.a.w  bersabda:

مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

          Maksudnya :

i.“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba-Nya selagi hamba-Nya membantu saudaranya.” [ HR Muslim]
حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا الْجَعْدُ أَبُو عُثْمَانَ، عَنْ أَبِي رَجَاءٍ العُطاردي، عن ابن عباس، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ، عَزَّ وَجَلَّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلم: "أن رَبَّكُمْ [عَزَّ وَجَلَّ] رَحِيمٌ، مَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتبت لَهُ حَسَنَةً، فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ، إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ. وَمَنْ هُمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً، فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ وَاحِدَةً، أَوْ يَمْحُوهَا اللَّهُ، عَزَّ وَجَلَّ، وَلَا يَهْلَكُ عَلَى اللَّهِ إِلَّا هَالَكٌ".

            Maksudnya :

ii."Disebutkan bahwa telah menceritakan kepada kami Affan, telah menceritakan kepada kami Ja'far ibnu Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Al-Ja'd Abu Usman, dari Abu Rajai Al-Utaridi, dari Ibnu Abbas r.a., bahwa Rasulullah s.a.w.. telah bersabda dalam riwayat yang dikemukakannya dari Tuhannya, iaitu: 'Sesungguhnya Tuhan kalian adalah Maha Penyayang. Barangsiapa berniat melakukan suatu kebaikan, lalu ia tidak mengerjakannya, dicatatkan baginya pahala satu kebaikan; dan jika ia mengerjakannya, maka dicatatkan baginya sepuluh pahala kebaikan sampai tujuh ratus pahala kebaikan hingga berlipat ganda yang sangat banyak. Barangsiapa berniat hendak mengerjakan suatu kejahatan, lalu ia tidak melakukannya, maka dicatatkan baginya pahala satu kebaikan. Jika ia melakukannya, maka dicatatkan baginya dosa satu kejahatan atau Allah menghapuskan­nya. Dan tidak ada seorangpun yang binasa kerana Allah melain­kan hanyalah orang yang (ditakdirkan) binasa."

Sebuah Hadis yang  diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim, disebutkan bahwa:

حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَرْوَانَ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ، عَنِ الْخَلِيلِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: "من أَرْسَلَ بِنَفَقَةٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَقَامَ فِي بَيْتِهِ فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمِ سَبْعُمِائَةِ دِرْهَمٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ غَزَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَنْفَقَ فِي جِهَةِ ذَلِكَ فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمِ سَبْعُمِائَةِ أَلْفِ دِرْهَمٍ". ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ: {وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ}

              Maksudnya :

iii."Telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Harun ibnu Abdullah ibnu Marwan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik, dari Al-Khalil ibnu Abdullah ibnul Hasan, dari Imran ibnu Husain, dari Rasulullah Saw. yang telah bersabda: 'Barangsiapa yang mengeluarkan nafkah (perbelanjaan) di jalan Allah, lalu ia tinggal di dalam rumahnya, maka baginya dari setiap dirham (yang telah dibelanjakannya) menjadi tujuh ratus dirham di hari kiamat. Dan barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu ia membelanjakan hartanya untuk tujuan itu, maka baginya dari setiap dirham (yang telah dibelanjakannya menjadi) tujuh ratus ribu dirham. Kemudian Rasulullah s.a.w membacakan Firman-Nya: 'Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki....' ( Surah Al-Baqarah: 261)."

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

        Maksudnya : 

iv.“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada bentuk rupa dan harta kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kalian.” [HR. Muslim]

إِن مِنْ أَحَبِّكُم إِليَّ، وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجلساً يَومَ القِيَامَةِ، أَحَاسِنَكُم أَخلاقاً. وإِنَّ أَبَغَضَكُم إِليَّ وَأَبْعَدكُم مِنِّي يومَ الْقِيامةِ، الثَّرْثَارُونَ والمُتَشَدِّقُونَ وَالمُتَفَيْهِقُونَ

          Maksudnya :

v.“Sesungguhnya orang yang paling dekat tempatnya di antara kalian kepada-Ku pada hari kiamat nanti, yang paling baik akhlaknya di antara kalian. Dan orang yang paling jauh tempatnya dari-Ku kelak pada hari kiamat, orang yang banyak bicara dan difasih-fasihkan dan terlihat kehebatannya dengan sombongnya.” [HR. At- Tirmizi]

Kesemua wacana dan nas yang dibicarakan ini terkandung maksudnya di dalam Firman Allah Surah سورة الحجرات  Al-Hujuraat ayat 13 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

           Maksudnya : 

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”        

Semoga secebis kisah silam yang dipaparkan di sini menjadi peringatan dan tauladan kepada kita bersama, insya-Allah.

**********************************************************

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ 

Maksudnya :

" Katakanlah : 'Hai hamba-hambaKu yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu'. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

[ Al-Quran surah سورة الزمر Az-Zumar : 10

***********************************************

Bilal bin Rabah r.a. termasuk di antara para sahabat Rasulullah s.a.w  yang mendapat jaminan masuk syurga. Hal ini terkandung dalam sebuah hadis yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w mendengar suara sepasang sandalnya (Bilal) di syurga. Hadis tersebut diriwayatkan daripada Buraidah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w memanggil Bilal, lalu Baginda bersabda kepadanya:

يَا بِلَالُ، بِمَ سَبَقْتَنِي إِلَى الْجَنَّةِ؟ إِنِّي دَخَلْتُ الْجَنَّةَ الْبَارِحَةَ، فَسَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِي، فَأَتَيْتُ عَلَى قَصْرٍ مِنْ ذَهَبٍ مُرَبَّعٍ، فَقُلْتُ: لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ؟ قَالُوا: لِرَجُلٍ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ، قُلْتُ: فَأَنَا مُحَمَّدٌ، لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ؟ قَالُو: لِرَجُلٍ مِنَ الْعَرَبِ، قُلْتُ: أَنَا عَرَبِيٌّ، لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ؟ قَالُوا: لِرَجُلٍ مِنْ قُرَيْشٍ، قُلْتُ: فَأَنَا قُرَشِيٌّ، لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ؟ قَالُوا: لَعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ بِلَالٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا أَذَّنْتُ قَطُّ إِلَّا صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ، وَمَا أَصَابَنِي حَدَثٌ قَطُّ إِلَّا تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بِهَذَا

               Maksudnya:

Wahai Bilal! Dengan apa engkau mendahuluiku ke syurga? Sesungguhnya aku masuk syurga malam tadi, lalu aku mendengar bunyi sandalmu di depanku. Lalu aku datang ke sebuah istana daripada emas yang berbentuk persegi. Aku bertanya: ‘Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Untuk seorang lelaki daripada umat Muhammad.’ Aku bertanya lagi: ‘Aku Muhammad. Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Milik seorang lelaki daripada bangsa Arab.’ Aku bertanya lagi: ‘Aku orang Arab. Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Milik seorang lelaki daripada Quraisy.’ Aku bertanya lagi: ‘Aku daripada Quraisy. Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Milik Umar bin al-Khattab.’ Maka Bilal berkata: ‘Wahai Rasulullah, aku tidak melaungkan seruan azan sekalipun kecuali aku berwuduk pada saat itu.’ Maka Rasululah s.a.w bersabda: ‘Dengan itu (engkau mendahuluiku)'.  [   Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad ]


Telaga Wakaf Uthman bin Affan di Madinah yang dibeli daripada orang Yahudi pada tahun pertama Hijrah untuk diwakafkan airnya kepada umat yang masih berkekalan hingga kini.



KEUTAMAAN dan HIKMAH ZIKIR dan DO'A

[ Lihat : NAMA-NAMA HAIWAN DALAM AL-QURAN ]                بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْم...