Isnin, 20 Jun 2022

SYAITAN MENGAJAR AYAT AL-KURSI KEPADA ABU HURAIRAH R.A.أبو هريرة


[ Sambungan daripada : INSAN MUKMIN SOLEH YANG TIDAK DIKENALI ]

 

 بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

 أَمَّا بَعْـدُ 

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ    
                    Maksudnya :
" Hai anak Adam, janganlah sesekali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu ( Adam dan Hawa ) dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperhatikan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. "

             [ Al-Quran surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 27


                *************************************
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ 
                         Maksudnya : 
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh mu, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

                         [ Al-Quran سورة فاطر  Faathir : 6

                   ***************************************

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنْ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً

          Maksudnya :

" Dan ( ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat : ' Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin', maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin sekalian daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti ( Allah) bagi orang-orang yang zalim."

            [ Al-Quran surah  سورة الكهف  Al-Kahfi : 50 ]

************************************************************


Sebagaimana yang diperingatkan Allah berulang kali melalui Firman-Nya dalam al-Quran dan huraian lebih luas melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w syaitan laknatullah adalah musuh sebenar manusia yang dikurniakan Allah dengan kebijksanaan luar biasa untuk menipu dan memperdayakan manusia. Dia tidak pernah berputus asa untuk melaksanakan janjinya kepada Allah dalam misi utamanya menghalang manusia beriman dan mentaati Allah dengan membimbing mereka ke jalan kesesatan agar masuk neraka bersamanya.

Di dalam suatu riwayat terdapat satu kisah menarik yang mempunyai hikmah yang sewajarnya menjadi ingatan dan pengajaran kepada kita agar dilindungi Allah daripada godaan dan tipu daya syaitan yang amat halus lagi licik memperdayakan manusia. Kisah nyata ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w di Madinah yang menimpa sahabat baginda Abdul al Rahman bin Sakhr al-Azdi 

عبدالرحمن بن صخر الأذدي atau lebih masyhur dengan panggilan nama Abu Hurairah r.a. أبو هريرة sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis berikut :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ
      Maksdnya :
"Dari Abi Hurairah رضى الله عنه berkata: Rasulullah  صلى الله عليه وسلم mewakili aku untuk menjaga zakat Ramadhan, lalu datanglah seseorang dan mencuri sebahagian dari makanan tersebut, maka aku menahankannya, lalu aku berkata akan membawanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ….” dan di akhir hadis tersebut syaitan tersebut berkata: 'Apabila engkau menuju ke tempat tidurmu (mahu tidur) maka bacalah ayat Kursi, kerana (dengan membacanya) akan sentiasa bersamamu malaikat dari Allah yang menjagamu, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi, Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:   صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوْبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ Ertinya: 'Syaitan itu, jujur kepadamu (Abi Hurairah) padahal ia (syaitan) adalah penipu'."
                      [ Hadis sahih riwayat Bukhari ] 


Menurut riwayat, pada suatu hari Abu Hurairah r.a. yang selalu bersama Rasulullah s.a.w walau di mana baginda berada telah diamanahkan dengan tugasan menjaga gudang tempat menyimpan barang-barang makaan pemberian zakat daripada umat Islam Madinah. Tidak berapa lama berjaga tiba-tiba muncul seorang yang mencurigakan dan tidak dikenali. Kelihatan orang tersebut mencuri makanan yang terdapat di dalam gudang. Abu Hurairah segera bertindak pantas dan dengan kebijaksanan dan kecekapannya berjaya memberkas 'pencuri' tersebut. Dengan tegas lagi keras Abu Hurairah mengherdik  'pencuri' tersebut : 
 '.....Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah!!...' 
Mendengar ancaman Abu Hurairah, 'pencuri' tersebut merayu mohon belas ikhsan dengan kesantunan bahasa yang lembut yang mengandungi kalimah-kalimah rayuan yang melembutkan hati Abu Hurairah : 
'....Wahai tuan,saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai, kami sudah kehabisan makanan, hanya dengan cari ini sahaja yang saya termampu untuk menanggung keperluan makanan keluarga saya...' 
Dengan hati yang lembut lagi pemurah maka Abu Hurairah melepaskan 'pencuri' tersebut walaupun dia amat memahami bahawa perbuatan mencuri makanan dari gedung zakat itu adalah perbuatan yang salah dan berdosa yang tidak seharusnya dimaafkan bahkan hukum syarak sudah menetapkan fakir miskin sebagai asnaf mempunyai hak ke atas zakat mengikut kelayakan masing-masing.  

Pada keesokan harinya, Abu Hurairah segera menemui Rasulullah s.a.w dan melaporkan kepada baginda terhadap yang berlaku pada waktu malam tadi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya apa yang dilakukan ke atas 'pencuri' tersebut.  Abu Hurairah  menjelaskan :
 'Ya Rasulullah, saya terpaksa melepaskan 'pencuri' itu kerana dia dengan penuh hiba bermohon belas ikhsan merayu kepada saya yang dia kehabisan makanan untuk menanggung keluarganya yang ramai dan dia dalam kelaparan dan amat memerlukan makanan...Saya merasa hiba dan amat kasihan kepada 'pencuri' itu yang dalam kesusahan dan kelaparan..'
Tanpa diduga Rasululllah s.a.w. membalas jawapan Abu Hurairah dan mengatakan :
'Dia berbohong, dia akan datang lagi pada malam ini..'
Apabila mendengar sabda amaran daripada Rasulullah s.a.w  itu, Abu Hurairah pun lebih berwaspada memperketatkan lagi kawalannya pada malam tersebut. Namun, memang benar apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w kerana ternyata 'pencuri' itu datang lagi pada malam tersebut seperti malam sebelumnya. Sekali lagi Abu Hurairah berjaya memberkasnya dan dengan tegas memberi amaran kepadanya yang dia akan dibawa kepada Rasulullah dan diadukan apa yang dia lakukan di gudang makanan zakat .

Sekali lagi 'pencuri' itu dengan cara dan gayanya tersendiri yang amat luar biasa bermohon belas ikhsan daripada Abu Hurairah dengan kata-kata rayuan: 
'Wahai tuan, tolonglah saya, saya orang miskin, tanggungan saya ramai... Saya berjanji  tidak akan kembali lagi melakukan kerja yang terkutuk  ini..'
Mendengar keluhan hiba dan rayuan 'si pencuri' yang tidak dikenali itu, Abu Hurairah merasa kasihan dan ia pun melepaskannya seperti malam sebelumnya. Pada keesokan hari Abu  Hurairah menemui Rasullah s.a.w dan menceritakan apa yang berlaku pada malam tadi.


Rasulullah s.a.w memberikan reaksi sepontan dengan mengatakan kepada Abu Hurairah bahawa 'pencuri' itu berdusta, dan pada malam  ini  ia akan datang lagi.

Apabila tiba waktu malam Abu Hurairah berjaga-jaga lagi dengan lebih berwaspada bagi mempastikan kisah yang berlaku pada dua malam sebelumnya tidak akan berulang lagi. Dia bertekad dan berazam penuh jika 'pencuri' itu datang lagi dia akan dikenakan tindakan yang lebih tegas kerana kedegilannya dan suka berbohong.  

Abu Hurairah bertekad dengan penuh keazaman yang dia tidak akan melepaskannya lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu kemunculan 'pencuri' tersebut. Ia berasa kesal juga kerana sudah dua kali melepaskannya dan dibohongi oleh 'pencuri' yang tak dikenali itu. Dia bertekad tidak akan memaafkannya lagi jika pada malam ini dia datang lagi.

Tatkala malam semakin larut, suasana dalam kesepian, tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri gedung makanan yang dikawalnya. Abu Hurairah berkata-kata di dalam hatinya:  

         'Memang benar apa yang dikatakan  Rasulullah. Dia datang lagi..!'

Sekali lagi Abu Hurairah berjaya menangkapnya. Dalam keadaan gementar dan ketakutan 'pencuri' itu melutut di hadapan Abu Hurairah dengan wajahnya yang kelihatan yang amat hiba dan kesedihan. Namun dalam hati Abu Hurairah berkata-kata bahawa ada yang tidak kena dengan pencuri ini. Lantas dia membentak dengan kata-kata gertak dan ancaman :
'Kali ini aku tidak akan memafkan kamu lagi. Aku pasti akan bawa dan adukan kamu kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi kemari, tapi ternyata kau berbohong dan kembali juga...'. Gertak Abu Hurairah.
Sebagaimana yang berlaku pada dua malam sebelumnya, 'pencuri' itu merayu lagi dengan mohon belas ikhsan dari Abu Hurairah dengan penuh kesopanan dan kelembutan. Namun, tangan Abu Hurairah menggenggam erat 'pencuri' itu dan bertekad kali ini tidak akan melepaskannya lagi. 

Maka dengan rasa putus asa akhirnya 'si pencuri budiman' itu berkata dengan penuh kelembutan dan harapan :
'Wahai tuan yang mulia dan baik hati, lepaskanlah saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna...'

Abu Hurairah terdiam seketika dan bertanya sepontan: 
"Kalimat-kalimat apakah yang kamu maksudkan itu?" 

'Si pencuri' itu memberikan  penjelasan : 
'Bila tuan hendak tidur, bacalah Ayat al-Kursi**Allahu Laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuum… dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan sentiasa dipelihara Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.'
Apabila mendengar kata-kata berbentuk keilmuan itu tiba-tiba terbit rasa kasihan di hati Abu Hurairah dan perasaannya menjadi lebut, lantas 'pencuri' itu dilepaskannya.  

Pada keesokan harinya, Abu Hurairah menemui Rasulullah s.a.w untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa dengan 'si pencuri' tersebut  malam tadi. Sebelum Abu Hurairah memberikan penjelasan, Rasulullah s.a.w terus bertanya:
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" 
Abu Hurairah menceritakan : 
"Ia mengajari saya dengan beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan dia."
"Kalimat apakah itu?." Tanya Nabi Muhammad s.a.w.

Abu Hurairah menjelaskan: 
'Katanya: '...Kalau kamu tidur, bacalah Ayat al-Kursi: Allahu laa Ilaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuum….. dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula: 'Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari'.
Mendengar penjelasan Abu Hurairah itu, Rasulullah s.a.w berkata:
"Pencuri itu telah berkata benar ( menganai ayat al-Kursi), sekalipun sebenarnya ia tetap seorang PENDUSTA."

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Hurairah: 

"Tahukah kamu, siapa sebenarnya 'pencuri' yang bertemu denganmu tiap malam itu?'
"Tidak." Jawab Abu Hurairah.

 Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berkata: "Dia adalah SYAITAN."


Banyak pengajaran yang boleh dijadikan ingatan dan iktibar daripada secebis kisah kecil tetapi menarik ini. Antara perkara penting yang harus kita fahami dan mengambil iktibar serta peringatan ialah :

i.  Syaitan tidak sesekali mempunyai sebarang keperluan untuk 'mencuri'/mengambil barang makanan yang tersimpan dalam gedung zakat Baitulmal yang juga adalah hasil kutipan zakat daripada umat Islam untuk dibahagikan kepada para asnaf yang layak. Dia berbuat demikian adalah dengan izin Allah untuk menguji keimanan dan ketaqwaan Abu Hurairah r.a. terhadap tugas yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadanya.

ii. Syaitan boleh berbicara dengan tutur kata dan kefasihan bahasa yang luar biasa. Dia juga amat arif mengenai hal hukum-hakam agama dan amat bijak menipu manusia.  Setiap perkara yang diajar/disampaikan oleh syaitan seolah-olah mempunyai kebaikan, namun pada hakikatnya mengandungi rahsia kejahatan di sebaliknya yang Allah sahaja lebih mengetahui rahsia dan hikmahnya.

iii.  Syaitan amat mengenali dan amat takut kepada Rasulullah s.a.w        yang pastinya mengenali dia sebagai syaitan laknatullah. Dia akan            menerima padah jika Abu Hurairah membawanya kepada                          Rasulullah s.a.w. 

iv.  Abu Hurairah r.a. tidak sesekali mengenali syaitan yang menjelma sebagai manusia menjadi pencuri harta ibadat zakat daripada umat Islam. Dengan izin Allah dia dapat memberkas jelmaan syaitan yang asal kejadiannya amat jauh berbeza dari manusia dan dikurniakan Allah dengan zat sifat-sifatnya sebagaimana termaklum. Kejayaan beliau memberkas syaitan adalah kerana keimanan, ketaqwaan dan KEIKHLASAAN melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadanya. Adalah sesuatu yang teramat luar biasa syaitan tidak terdaya melepaskan diri dari tangkapan Abu Hurairah r.a. hinggalah dia dilepaskan.  

Hadis mengenai kelebihan dan keutamaan ayat al Kursi :

Daripada Ubai bin Ka’ab r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku:

يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَىُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ‏ ‏.‏ قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَىُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ‏ ‏.‏ قَالَ قُلْتُ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ ‏.‏ قَالَ فَضَرَبَ فِي صَدْرِي وَقَالَ ‏:‏ وَاللَّهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ‏.‏

Maksudnya: 

“Wahai Abu al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, yang paling agung?' Aku (Ubai) menjawab: 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.' Sabda Baginda: 'Wahai Abu al-Munzir, adakah kamu tahu, apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, yang paling agung?' Aku berkata: ‘اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ’. Lalu Baginda menepuk dadaku, dan bersabda: 'Semoga dipermudahkan ilmu bagimu, Abu al-Munzir'.”

Riwayat Muslim (810), Abu Dawud (1460), Ahmad (20588)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ayat Kursi itu adalah penghulu ayat-ayat al-Quran dan sesiapa yang mengamalkannya akan terpeliharalah dia daripada bala bencana dan daripada gangguan syaitan serta mendapat pahala yang besar."
                       [Riwayat Muslim dan Bukhari]

Wallahu'alam.

************************************************************

            **Ayat al-Kursi :

 اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

          Maksudnya :

" Allah, tidak ada Tuhan yang sah dibadatkan dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus ( makhluk dan segala sesuatu milik-Nya); tiada mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah amat mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari Ilmu Allah melainkan yang dikehendaki-Nya sahaja. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." 

                       [Al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah : 255 ]

          ************************************************

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ (36)وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ (37)

          Maksudnya :

" Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah ( Al-Quran), kami adakan baginya syaitan ( yang menyesatkan) , maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (36 )

dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (37)

       [ Al-Quran surah سورة الزخرف Az Zukhruf : 36-37 ]

                 ***********************************************


 Maksudnya :

"Telah menceritakan kepada kami Abdul Razzaq, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Sa'id Al-Jariri dari Abus Salil dari Abdullah Ibnu Rabah dari Ubay ibnu Ka'b bahwa Nabi s.a.w. pernah bertanya kepadanya: Ayat Kitabullah manakah yang paling agung? Ubay menjawab: 'Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui'. Nabi s.a.w. mengulangi pertanyaannya, maka Ubay menjawab: 'Ayat al-Kursi'. Lalu Nabi s.a.w bersabda: 'Selamatlah dengan ilmu yang kamu miliki, hai Abdul Munzir. Demi Tuhan yang diriku berada di dalam 'genggaman' kekusaan-Nya, sesungguhnya Ayat al-Kursi itu mempunyai lisan dan sepanjang bibir yang selalu mensucikan Tuhan Yang Maha Kuasa di dekat 'tiang' 'Arasy'." [HR Muslim].


                                  Wadi al-Jin di Madinah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

  بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَ...