Jumaat, 1 Julai 2022

KEMURAHAN HATI HAMBA MUKMIN YANG LUAR BIASA


[ Sambungan daripada  : SYAITAN MENGAJAR AYAT AL-KURSI KEPADA ABU HURAIRAH ]



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ 
وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ


إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا  

              Maksudnya :

" Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. "

                [ Al-Quran surah سورة الإسرا Al-Israa' : 30

                           ******************************************

وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَى مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ 

             Maksudnya :

" Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan  (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki agar mereka sama  (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?."

                [ Al-Quran surah سورة النحل An Nahl : 71

**********************************************************

"Ayat 1000 Dinar" berikut amat masyhur dan sudah sekian lama menjadi amalan umat Islam di seluruh dunia dan dipercayai ramai di kalangan mereka yang telah mendapat limpahan rahmat kurniaan Allah apabila mereka beramal dengan membaca serta menghayati dengan penuh ikhlas sifat-sifat taqwa dan bertawakal kepda Allah apabila berhadapan dengan berbagai ujian yang amat mencabar :
.... وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3 )
Maksudnya :
“.....Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ( 2)
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” ( 3 )

Firman Allah di dalam al-Quran berulang-ulang kali menyatakan bahawa Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana mengurniakan rezeki yang tidak terhingga banyaknya kepada sesiapa juga yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hambaNya. Antaranya ialah :

زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ 

            Maksudnya :  

i. " Kehidupan di dunia dijadikan indah pada pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Pada hal orang-orang yang bertaqwa itu itu lebih mulia daripada mereka pada hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. "

               [ Surah سورة البقرة‎ al-Baqarah : 212 ] 

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ 

              Maksudnya :

ii." Dan jika kamu menghitung-hintung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

                 [ Surah سورة النحل An-Nahl : 18 

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ          
Maksudnya :  

 iii." Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

              [ Surah سورة الشورى Asy Syuura : 19 ] 

Firman Allah dalam al-Quran terdapat kalimah-kalimah  Asma'-Ul Husna yang menjelaskan nama dan Sifat Allah yang amat indah lagi mulia yang melimpahkan rahmat-Nya kepada sekalian  hamba-Nya dengan nikmat dan rezeki yang tidak terhingga banyaknya.  Antaranya ialah sifat : 

i. AL-QABIDH القابض : Yang Menyempitkan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.

ii.AL-BASITH الباسط : Yang Meluaskan rezeki ke atas sesiapa yang Ia kehendaki.
iii. AL-WAHHABالوهاب Yang Amat Banyak Pemberian dan Pengurniaan lagi Yang Amat Banyak Memberi nikmat dan limpah murah pengurniaan lagi Yang Amat Besar pemberian taufik dan hidayah dengan tidak payah diminta, tidak memutuskan pemberian-Nya daripada hamba-hamba-Nya sama sekali.
iv. AL-RAZAK الرزاق : Yang Memerintahi Mengadakan (المتوالي خلق الرزق rezeki, Yang Amat Murah pengurniaan-Nya dengan menyampaikannya kepada hamba.

v. AL-LATIFF اللطيفYang Amat Mempunyai kasih sayang dan Yang Amat Latiff (mempunyai kelembutan dan amat halus) dan elok (pada) segala perbuatan-Nya(الذي لطفت أفعاله وحسنت) (atau) Yang Amat Mengetahui, dengan segala perkara yang tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.

vi. AL-WADUD  الودود: Yang Amat Kasih kepada orang-orang yang berbuat taat di kalangan hamba-hamba-Nya, Yang Sangat Kasih kepada mereka itu dengan melimpahkan nikmat-nikmatNya.
KISAH BERIKUT AMAT MENARIK YANG MUDAH-MUDAHAN MENJADI PERINGATAN DAN TAULADAN KEPADA KITA, INSYA-ALLAH :

Abdullah bin Jaafar amat terkenal di kalangan masyaraktnya sebagai seorang alim yang zuhud, kaya dan amat pemurah. Pada suatu hari dia berjalan melintasi sebuah kebun kurma yang luas. Dia berhenti seketika melihat seorang anak muda hamba sahaya sedang bekerja di kebun tersebut memetik buah kurma. Selepas itu dia melihat seorang anak lelaki pemilik kebun dan tuan kepada hamba sahaya tersebut datang dan memberi kepadanya dua buku roti. Hamba sahaya itu berehat seketika untuk memakan roti yang diterima dari tuannya. Tiba-tiba muncul seekor anjing menuju kepada hamba sahaya tersebut sambil menggoyang-goyangkan ekornya tanda kelaparan.

Lalu hamba tersebut memberikan kepadanya sebuku rotinya kepada anjing itu, lalu dimakannya. Namun anjing tersebut masih lagi menggoyang-goyangkan ekornya menandakan dia belum kenyang dan masih kelaparan. Lantas si anak muda hamba sahaya itu memberikan anjing tersebut baki sebuku lagi roti yang ada padanya. Selepas itu dia pun meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

Abdullah bin Jaafar amat hairan dan takjub memerhatikan watak dan tindak tanduk si hamba sahaya tersebut, lalu pergi menemuinya dan bertanya :
"Wahai anak muda, berapa banyak bekalan makanan yang tuan engkau berikan pada setiap hari?".
Dengan sepontan si hamba muda itu menjawab :
"Hanya sebanyak itulah sahaja seperti yang tuan saksikan tadi."

Dengan kehairanan Abdullah bin Jaafar terus bertanya :

" Jadi kenapakah kamu berikan kesemuanya kepada anjing itu tadi?"

Si hamba muda itu menjelaskan dengan tenang :
" Tuan, kami tidak tinggal di satu kawasan yang mempunyai anjing, jadi saya amat faham kenapa anjing itu datang kepada saya hanya semata-mata kerana dia amat kelaparan. Atas kehendak Allah juga anjing itu datang ke sini menemui saya. Jadi saya lebih mengutamakannya dari diri saya yang setiap hari, alhamdulillah, mendapat bekalan makanan."
Abdullah bin Jaafar amat terpegun dan terkedu seketika apabila mendengar jawapan tersebut dan meneruskan pertanyaan:
" Jadi apakah rezeki yang akan kamu makan malam ini?"
Si hamba itu menjawab :
" Saya akan kelaparan sepanjang malam ini."
Abdullah bin Jaafar termenung kagum seketika seolah-olah berkata kepada dirinya sendiri :
" Orang ramai beranggapan dan mengatakan yang aku ini amat pemurah, tetapi ternyata si hamba muda ini jauh lebih pemurah dari aku rupanya...."

Justeru dia pun pergi menemui tuan pemilik hamba sahaya tersebut bertujuan untuk membelinya. Tuan hamba sahaya itu bertanya, :
" Kenapa tuan berhajat untuk membelinya?"
Maka Abdullah pun menceritakan perihal yang berlaku tadi dan berhajat untuk membeli dan memerdekakannya. Dia juga berhajat untuk membeli kebun kurma miliknya untuk dihadiahkan kepada si hamba sahaya tersebut.

Tuan pemilik kebun dan hamba muda tersebut berkata :
" Tuan berhajat melakukan kesemua ini semata-mata dengan menyaksikan hanya satu perkara sahaja daripada hamba tersebut? Ketahuilah, bahawa kami sekeluarga menyaksikan keajaiban luar biasa si hamba muda ini pada setiap hari! Sesungguhnya saya memberi kesaksian kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang bahawa kebun kurma ini adalah hadiah saya kepadanya."

Kisah ini mungkin tidak memberi apa-apa pengertian kepada kebanyakan manusia ( termasuk orang Islam) pada hari ini yang menganggapkannya hanya sebagai secebis kisah masyarakat silam yang tidak memberikan apa-apa pengertian kepada masyarakat manusia hari ini. Atau mungkin juga ada yang menganggapkannya hanya sebagai penglipur lara golongan fakir miskii.in supaya sentiasa bersabar dengan kemiskinan mereka.

Apabila tuan kebun kurma dan pemilik hamba muda tersebut mengatakan yang dia bersama keluarga dapat menyaksikan setiap hari 'keajaiban' yang dimiliki hamba muda tersebut, maka kenyataan ini dapat memberi kefahaman bahawa hamba muda itu adalah seorang mukmin soleh yang luar biasa kesabaran, ketaqwaan dan keteguhan imannya. Maka Allah melimpahkan rahmat-Nya yang luar biasa sebagai ganjaran akhlak dan keperibadiannya yang dipandang mulia oleh sesiapa juga yang melihatnya. Lantas pemilik kebun kurma yang juga memiliki hamba muda ini tidak merasa sebarang kerugian dan berlapang dada menghadiahkan keseluruhan kebun kurma itu kepadanya.

Paparan secebis kisah silam ini dapat memberi peringatan bahawa Allah yang Maha Pemurah amat berkuasa memberikan balasan selayaknya kepada hamba-Nya dari golongan mukmin soleh dengan cara di luar jangka yang berlipat-lipat kali ganda atas keimanan, ketaqwaan dan kesabaran mereka berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang dikenakan ke atas mereka berbetulan dengan Ilmu dan Kehendak-Nya yang Qadim lagi Azali. Namun balasan yang disediakan Allah di akhirat adalah sebagaimana yang dijanjikan yang tidak sesekali dapat digambarkan oleh pemikiran manusia yang masih hidup di dunia. Sesungguhnya Allah tidak sesekali menzalimi hamba-Nya walau sebesar debu zarrah pun.

Kisah ini juga amat bersesuaian dan menepati Firman Allah dalam "AYAT 1,000 DINAR" dan surah سورة سبأ Saba' ayat 36

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ

Maksudnya :

" Katakanlah : ' Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan ( bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'. " 

Sifat pemurah yang dipaparkan dalam kisah ini juga amat bertepatan dengan Firman Allah dalam al-Quran yang antaranya menyebut:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

Maksudnya:

i." Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir: seratus (100) biji. Allah melipatkan gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."

[Surah سورة البقرة Al-Baqarah : 261

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya :

ii." Kamu tidak sesekali sampai kepada kebaktian ( yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."

  [ Surah  سورة آل عمران Ali 'Imran : 92 ]

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلا يُجْزَى إِلا مِثْلَهَا وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ  

Maksudnya :

iii." Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka tidak sedikitpun dianiaya (dirugikan)."

[ Surah سورة الأنعام  Al-An'aam : 160 ] 

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang antaranya menjelaskan :

Nabi s.a.w  bersabda:

مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

          Maksudnya :

i.“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba-Nya selagi hamba-Nya membantu saudaranya.” [ HR Muslim]
حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا الْجَعْدُ أَبُو عُثْمَانَ، عَنْ أَبِي رَجَاءٍ العُطاردي، عن ابن عباس، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ، عَزَّ وَجَلَّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلم: "أن رَبَّكُمْ [عَزَّ وَجَلَّ] رَحِيمٌ، مَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتبت لَهُ حَسَنَةً، فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ، إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ. وَمَنْ هُمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً، فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ وَاحِدَةً، أَوْ يَمْحُوهَا اللَّهُ، عَزَّ وَجَلَّ، وَلَا يَهْلَكُ عَلَى اللَّهِ إِلَّا هَالَكٌ".

         Maksudnya :

ii."Disebutkan bahwa telah menceritakan kepada kami Affan, telah menceritakan kepada kami Ja'far ibnu Sulaiman, telah menceritakan kepada kami Al-Ja'd Abu Usman, dari Abu Raja Al-Utaridi, dari Ibnu Abbas r.a., bahwa Rasulullah s.a.w.. telah bersabda dalam riwayat yang dikemukakannya dari Tuhannya, iaitu: 'Sesungguhnya Tuhan kalian adalah Maha Penyayang. Barangsiapa berniat melakukan suatu kebaikan, lalu ia tidak mengerjakannya, dicatatkan baginya pahala satu kebaikan; dan jika ia mengerjakannya, maka dicatatkan baginya sepuluh pahala kebaikan sampai tujuh ratus pahala kebaikan hingga berlipat ganda yang sangat banyak.Barangsiapa berniat hendak mengerjakan suatu kejahatan, lalu ia tidak melakukannya, maka dicatatkan baginya pahala satu kebaikan. Jika ia melakukannya, maka dicatatkan baginya dosa satu kejahatan atau Allah menghapuskan­nya. Dan tidak ada seorangpun yang binasa kerana Allah melain­kan hanyalah orang yang (ditakdirkan) binasa."

Sebuah Hadis yang  diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim, disebutkan bahwa:

حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَرْوَانَ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ، عَنِ الْخَلِيلِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: "من أَرْسَلَ بِنَفَقَةٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَقَامَ فِي بَيْتِهِ فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمِ سَبْعُمِائَةِ دِرْهَمٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ غَزَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَنْفَقَ فِي جِهَةِ ذَلِكَ فَلَهُ بِكُلِّ دِرْهَمِ سَبْعُمِائَةِ أَلْفِ دِرْهَمٍ". ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ: {وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ}

              Maksudnya :

iii."Telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Harun ibnu Abdullah ibnu Marwan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Fudaik, dari Al-Khalil ibnu Abdullah ibnul Hasan, dari Imran ibnu Husain, dari Rasulullah Saw. yang telah bersabda: 'Barangsiapa yang mengeluarkan nafkah (perbelanjaan) di jalan Allah, lalu ia tinggal di dalam rumahnya, maka baginya dari setiap dirham (yang telah dibelanjakannya) menjadi tujuh ratus dirham di hari kiamat. Dan barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu ia membelanjakan hartanya untuk tujuan itu, maka baginya dari setiap dirham (yang telah dibelanjakannya menjadi) tujuh ratus ribu dirham. Kemudian Rasulullah s.a.w membacakan Firman-Nya: 'Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki....' (Al-Baqarah: 261)"

Semoga secebis kisah silam yang dipaparkan di sini menjadi peringatan dan tauladan kepada kita bersama, insya-Allah.

**********************************************************

Bilal bin Rabah r.a. termasuk di antara para sahabat Rasulullah s.a.w  yang mendapat jaminan syurga. Hal ini kerana terdapat sebuah hadis yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w  mendengar suara sepasang sandalnya di syurga. Hadis tersebut diriwayatkan daripada Buraidah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w memanggil Bilal, lalu Baginda bersabda kepadanya:

يَا بِلَالُ، بِمَ سَبَقْتَنِي إِلَى الْجَنَّةِ؟ إِنِّي دَخَلْتُ الْجَنَّةَ الْبَارِحَةَ، فَسَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِي، فَأَتَيْتُ عَلَى قَصْرٍ مِنْ ذَهَبٍ مُرَبَّعٍ، فَقُلْتُ: لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ؟ قَالُوا: لِرَجُلٍ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ، قُلْتُ: فَأَنَا مُحَمَّدٌ، لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ؟ قَالُو: لِرَجُلٍ مِنَ الْعَرَبِ، قُلْتُ: أَنَا عَرَبِيٌّ، لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ؟ قَالُوا: لِرَجُلٍ مِنْ قُرَيْشٍ، قُلْتُ: فَأَنَا قُرَشِيٌّ، لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ؟ قَالُوا: لَعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ بِلَالٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا أَذَّنْتُ قَطُّ إِلَّا صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ، وَمَا أَصَابَنِي حَدَثٌ قَطُّ إِلَّا تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بِهَذَا

               Maksudnya:

Wahai Bilal! Dengan apa engkau mendahuluiku ke syurga? Sesungguhnya aku masuk syurga malam tadi, lalu aku mendengar bunyi sandalmu di depanku. Lalu aku datang ke sebuah istana daripada emas yang berbentuk persegi. Aku bertanya: ‘Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Untuk seorang lelaki daripada umat Muhammad.’ Aku bertanya lagi: ‘Aku Muhammad. Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Milik seorang lelaki daripada bangsa Arab.’ Aku bertanya lagi: ‘Aku orang Arab. Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Milik seorang lelaki daripada Quraisy.’ Aku bertanya lagi: ‘Aku daripada Quraisy. Milik siapakah istana ini?’ Mereka menjawab: ‘Milik Umar bin al-Khattab.’ Maka Bilal berkata: ‘Wahai Rasulullah, aku tidak melaungkan seruan azan sekalipun kecuali aku berwuduk pada saat itu.’ Maka Rasululah s.a.w bersabda: ‘Dengan itu (engkau mendahuluiku)'.  [   Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad ]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BILAKAH KIAMAT DUNIA AKAN BERLAKU ?

[Sambungan daripada :  Untukmu Agamamu, dan Untuk Akulah Agamaku. ]   بِسْمِ  ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَ...