Ahad, 16 Mei 2021

Polemik Allah Istiwa' Di Atas 'Arasy.



[ Sambungan daripada : WIRID DAN ZIKIR AL-MUSBA'AT AL 'ASYARAH]



                            بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
          

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
 أَمَّا بَعْـدُ 

 وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 

                   Maksudnya :

" Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya : ' Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar'."                      

                     [Al-Quran surah  سورة لقمان Luqman : 12 ] 

                     ********************************************

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلا لَهُ الْخَلْقُ وَالأمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ 

                     Maksudnya :

" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah mengadakan langit dan bumi dalam enam hari., lalu Dia Istiwa' di atas 'Arasy. Dia menutup malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (dijadikan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing ) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, mengadakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.

                          [Al-Quran surah سورة الأعراف Al-A'raaf : 54 ]

  ****************************************************************


POLEMIK ALLAH ISTIWA' ATAS 'ARASY

Salah satu permasalahan pemahaman ilmu yang sudah sekian lama menjadi 'FITNAH AGAMA' hingga mencetuskan perdebatan berpanjangan di kalangan para agamawan dan ilmuan agama hingga menerbitkan berbagai-bagai aliran pemahaman agama di kalangan umat Islam sejagat ialah berkaitan dengan pentafsiran ayat al-Quran :

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى             
      
Pada maksud zahir ayatnya ialah :
(Iaitu) Tuhan Ar-Rahman Yang Maha Pemurah, Yang "ISTIWA' " di atas 'Arasy.
[Surah
سورة طه Thaahaa : 5]

Ayat-ayat lain yang mempunyai maksud yang hampir sama terkndung juga di dalam Surah-surah :
" Al-A'raaf : 54, Yunus : 3, Ar-Ra'd :2 , Al-Furqan : 59, As-Sajadah: 4 dan Al-Hadid : 4. "
Berbagai-bagai tafsiran/pengertian, pendapat dan juga telahan terhadap istilah/kosa kata/kalimah "ISTIWA' ATAS 'ARASY". Ramai juga yang mengatakan "ALLAH 'BERSEMAYAM' ATAS SINGGAHSANA seperti 'raja berada atas takhta pemerintahan' dengan mengandaikan 'Arasy itu ialah seperti 'Singgahsana'. Terdapat golongan yang memberi pengertian 'Arasy (عَرْش) di sini dengan merujuk pada kalimah 'arasy (singgahsana) Ratu Balqis yang memerintah kerajaan Saba' pada zaman Nabi Sulaiman a.s. (Surah An-Naml : 23) dan 'arasy Nabi Yusof ( Surah Yusof : 100). Ada juga golongan yang mentakrifkan "ALLAH ISTIWA' DI ATAS 'ARASY" itu sebagai : mengikut kehendak yang layak dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya.

Ada juga yang mengekalkan kalimah "ISTIWA" tanpa memberi terjemahan khusus dengan andaian bahawa kalimah tersebut tidak sesekali boleh diberikan takwil atau kefahaman-kefahaman lain kerana ia adalah kalimah al-Quran Kalam Allah.

Dalam pada itu terdapat juga golongan yang memberikan pengertian/tafsiran yang bermaksud : "ALLAH YANG MEMILIKI DAN MEMERINTAH 'ARASY", dengan hujah bahawasanya 'Arasy itu adalah TEMPAT yang paling mulia di sisi Allah yang dijadikan Allah daripada semata-mata TIDAK ADA kepada ADA dengan Qadrat-Nya berbetulan dengan Ilmu dan Kehendaknya yang Qadim lagi Azali.

Kepada golongan yang memahami dan berpendirian kepada pemahaman kalimah "ISTIWA' DI ATAS ARASY" itu sebagai "BERSEMAYAM/BERTAKHTA" terpaksa mengakui bahawa mereka menggunakan akal fikiran yang berpandukan pancaindera yang lima sahaja untuk memahami kalimah tersebut dengan mengandaikan bahawa "ZAT (Diri) DAN SIFAT ALLAH ITU SAMA SEPERTI MAKHLUK JUGA" yang boleh dikenali dan fahami menggunakan pancaindera yang lima. Apabila manusia menggunakan pancaindera yang lima untuk memahami dengan menterjemahkan/mentakrifkan kalimah dan ayat tersebut maka akan terbitlah andaian, prasangka atau pemahaman bahawa Allah itu seperti makhluk juga yang mempunyai juzuk, menerima/mempunyai bahagian-bahagian, ukuran dan sukatan dan memerlukan TEMPAT untuk wujud/ada.
Mungkin tidak terlintas langsung di hati dan fikiran mereka bahwa ALLAH ITU BUKAN MAKHLUK dan tidak sesekali menyamai makhluk dan segala sesuatu yang diadakan-Nya walau dalam apa jua hal, jalan dan cara sekalipun tanpa misal, ibarat, umpama atau kaifiat. Besar kemungkinan mereka tidak mengetahui bahawa untuk mengenali Allah hendaklah menggunakan "pancaindera ke enam" yang dikenali sebagai Al-H’assu Assadisu (الحس السادس)  atau dikenali juga sebagai "AL-BASIRAH, 'AINUL QALBI atau MATA HATI". Inilah yang dimaksudkan sebagai 'AKAL SYARAK' yang akan menerbitkan kefahaman "memahami" mengikut hukum syarak bahawasanya Zat (Diri) dan Sifat Allah itu Qadim yang tidak sesekali menyamai segala sesuatu yang diadakan-Nya tanpa misal, tanpa umpama, tanpa bandingan, tanpa ibarat dan tanpa kaifiat.

Maksud "memahami" mengikut "akal syarak" boleh dikiaskan sebagaimana seseorang itu dapat memahami jika dikatakan kepadanya bahawa ilmu Nabi Muhammad s.a.w itu : sangat tinggi, sangat luas, sangat dalam dan sangat cantik. Ertinya dia cukup "memahami" bahawa ilmu Nabi Muhammad s.a.w itu tidak mempunyai sebarang ukuran dan rupa tertentu seperti sesuatu objek yang mempunyai ukuran bermeter-meter jauh ke atas ketinggiannya, kedalamannya, keluasannya dan ada rupa dan warna tertentu. Jika dia 'memahami' hal keadaan makhluk ilmu bermaksud demikian, maka dia juga cukup 'memahami' juga apabila dikatakan kepadanya bahawa Allah itu bukan makhluk. Oleh itu Zat (Diri) dan Sifat Allah itu Qadim lagi Azali yang tidak sesekali menyamai zat dan sifat sekalian makhluk-Nya walau dalam apa jua hal, cara dan jalan sekalipun.

Bagi memahami ayat-ayat al-Quran yang menerbitkan fitnah agama ini kita hendaklah memahami maksud "ALAM" dalam kontaks Ilmu At-Tauhid ialah :

                   "كُلُّ مَوْجُودٍ سِوَى اللهُ يُسَمَّى عَالَمًا"

Yang bermaksud:
"SEMUA BARANG/SESUATU YANG ADA (SELAIN DARIPADA ALLAH) DINAMAKAN ALAM."

Alam ini pula dibahagikan kepada dua katogeri iaitu :

i. ALAM AL-'AMMAR ii. ALAM AL-KHALIQ

i. ALAM AL-'AMMAR adalah merujuk kepada makhluk Allah yang zatnya (dirinya) ada berjuzuk tetapi tidak boleh dibahagi-bahagi dan ianya boleh ada dengan tidak perlu adanya tempat. Makhluk ini dinamakan ALAM AL-'AMMAR. Dalam konteks ini ALAM yang dimaksudkan di sini bukanlah tempat bagi sesuatu itu berada tetapi adalah nama bagi sesuatu barang atau makhluk Allah atau boleh ditakrifkan juga sebagai tiap-tiap barang sesuatu yang ada. Roh malaikat yang pada hakikatnya mempunyai juzuk yang tidak menerima bahagi-bahagi dan tidak memerlukan tempat ia boleh ada adalah termasuk dalam kategori Alam Al-'Ammar.

ii. ALAM AL-KHALIQ adalah merujuk kepada setiap sesuatu yang berjuzuk yang menerima bahagi-bahagi dan hanya boleh wujud/ada setelah diadakan tempat. Maka Al-'Arasy, Al-Kursi, syurga, neraka, tujuh lapisan langit dan bumi serta setiap benda/segala sesuatu yang terdapat di dalamnya daripada yang paling halus sebesar debu zarrah hingga kepada yang paling besar dan segala sesuatu yang boleh didapati/difahami melalui pancaindera yang lima dinamkan/dikategorikan sebagai Alam Al-Khaliq.

Segala sesuatu/makhluk Allah yang terkandung di bawah takrif ALAM AL-'AMMAR dan ALAM AL-KHALIQ adalah terhimpun di bawah maksud JIRIM, JISIM, JAUHAR MURAQAB dan JAUHAR FIRID yang kesemuanya mempunyai sifat yang disebut sebagai 'ARADH.
Kesemua benda dan segala sesuatu yang terkandung dalam pengertian ALAM AL-'AMMAR dan ALAM AL-KHALIQ tersebut adalah baharu belaka yang diadakan oleh Allah daripada semata-mata tidak ada kepada ada. Sebelum diadakan kesemua benda tersebut HANYA ALLAH SAHAJA YANG ADA dengan kebesaran, ketinggian martabat dan kemuliaan-Nya. Setelah diadakan benda-benda (alam) tersebut segala kemuliaan, kebesaran dan ketinggaian martabat Allah masih tetap tidak berubah, tidak bertambah dan tidak berkurangan sebagaimana yang terkandung di dalam Asma' Ul Husna.

Justeru jika setiap sesuatu itu baru diadakan Allah, atau belum ada, tidak ada atau rosak binasa sekalipun ia tidak sesekali mengenai Allah kerana hanya Allah sahaja yang ada pada Azal.
Dalam hal ini, nescaya akan terbit di dalam minda, hati atau dengan nyata yang bertanyakan jika Allah tidak berhajat atau mengambil faedah daripada setiap sesuatu yang diadakan-Nya maka mengapakah Dia mengadakan barang sesuatu itu?

Jika terbit persoalan atau pertanyaan seperti ini hendaklah diperjelaskan bahawa Allah Taala mengadakan segala makhluk-Nya dan setiap sesuatu benda yang ada dan akan ada daripada semata-mata tidak ada kepada ada adalah untuk menzahirkan bagi kuasa-Nya dan mentahkikkan lagi bagi barang apa yang telah terdahulu daripada kehendak-Nya dan kerana kebenaran-Nya bagi barang apa yang ada pada Azal-Nya daripada Kalam-Nya dan bukan kerana mengambil faedah daripadanya atau berhajat kepadanya. Bahkan Allah Taala itu amat terkaya daripada yang demikian itu dan bahawasanya Allah Taala itu mempunyai kelebihan dan kemurahan dan sentiasa memberi berbagai-bagai rahmat yang tiada terhingga.

Setelah memahami pejelasan perkara pokok ini barulah kita tanya pada diri kita sendiri dengan persoalan berikut:

i. Apakah Allah berhajat dan mengambil faedah apabila menjadikan sekalian alam termasuk Al-'Arasy dan Al-Kursi?
ii. Sebelum Allah menjadikan alam tersebut dan sebelum diadakan apa jua segala sesuatu yang dinamakan TEMPAT adakah Allah bertempat dan beristiwa' di mana-mana tempat?
iii. Setiap sesuatu yang berjuzuk itu memerlukan tempat untuk ada. Adakah Zat (Diri) Allah itu berjuzuk dan memerlukan tempat untuk ada?

iv. Adakah al-'Arasy, al-Kursi , langit dan bumi itu tidak atau bukan dinamakan tempat?

v. Setiap sesuatu objek/benda yang berjuzuk itu mengenai gerak dan diam. Adakah Zat (Diri) yang tidak berjuzuk itu mengenai gerak dan diam?.

Jika kesemua jawapan yang kita berikan adalah "TIDAK" sesekali mengenai dan menyamai Allah, maka dengan sendiri ternafilah/terbatallah sebarang rumusan/hukuman /pendapat/andaian/prasangka yang mengatakan bahawasanya Allah itu bertakhta/bersemayam/berada di atas 'Arasy dan apa jua pendapat yang bercanggah dengannya.

Oleh itu apakah jawapan kita mengenai hal ini?
Sebagai insan mukmin yang berpegang kepada pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jemaah kita hendaklah berpegang teguh dengan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kitab Ihya' Ulumuddin, nukilan ulama mujtahid tersohor Ahli Sunnah wal Jemmah, Hujatul Islam Imam Al-Ghazali (meninggal dunia pada 1111 M) dalam bab Terjemah Aqidah Ahli Al-Sunnah Pada Kalimah Syahdat At-Tauhid yang berterang-terangan menegaskan yang antara lain menyebut yang bermaksud :
" ...dan tidak Tuhan itu mengenai TEMPAT dan tidak mengenai MASA , tidak mengenai pihak, tidak mengenai sukatan dan bilangan. ..Dan tidak Tuhan itu di atas sesuatu, dan tidak di bawah sesuatu dan mafhum makana bahawa Tuhan itu ATAS 'ARASY ialah dengan makna Tuhan itu MEMERINTAH dan MEMILIKI 'ARASY, dan bukan makna atas itu pihak dan tempat, maka tidak sesekali Tuhan itu menerimai pihak dan tempat, dan tidak Tuhan itu di luar tujuh lapis langit dan bumi, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya...dan tidak Tuhan itu di luar syurga, tidak di dalamnya, tidak meliputinya dan tidak bercampur dengannya, bahkan Allah Taala Tuhan kita Jalla Waazaa itu lain dan segala barang dan setiap sesuatu yang diadakan Allah itu lain, maka Allah sangat-sangat berlainan yang sehabis-habis berlainan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai-Nya dalam apa jua cara, jalan dan hal sekalipun.."
Jika kita masih tidak 'memahami' hal ini bererti kita masih tidak mempunyai Al-H’assu Assadisu (الحس السادس)  atau dikenali juga sebagai "AL-BASIRAH, 'AINUL QALBI atau MATA HATI" yang disebut juga sebagai 'AKAL SYARAK'.

Semoga kita dapat memahami pengertian yang terkandung di dalam al-Quran surah سورة طه Thaahaa ayat 5:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى                       

dan tidak tersalah faham hingga boleh membawa maksud kepada mensyirikkan /menyamakan /menyekutukan Allah dengan makhluk/segala sesuatu yang baharu. Sesungguhnya pemahaman dan perbuatan mensyirikkan/menyekutukan Allah adalah sebesar-besar dosa kezaliman yang tidak sesekali mendapat keampunan daripada Allah. Firman Allah di dalam al-Quran :
 إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا 
Maksudnya :
i." Sesungguhnya Allah tidak akan mengampun dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."

  [ Surah سورة النساء An-Nisaa' : 48 ]

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ 

Maksudnya :

ii. Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam', pada hal Al-Masih sendiri berkata : ' Hai Bani Israil, sembahlah (beribadatlah) kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu'. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong."

[ Surah سورة المائدة Al-Maa idah : 72  ] 

ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maksudnya :

iii. " Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan (kebaikan/kebajikan) yang telah mereka kerjakan."

[ Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 88 ]

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

            Maksudnya:

“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang yang bertaqwa."

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Mudah-mudahan dengan penjelasan ringkas dalam ruang yang terbatas ini pemikiran kita tidak lagi berlegar-legar mencari jawapan yang pasti lagi sahih kebenarannya tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka dan keraguan. Bacalah berulang kali dan manfaatkan bersama dengan keluarga, anak-anak, sahabat, rakan tolan dan sesiapa jua yang berhajatkannya. Semoga Allah melimpahkan kebarkatan dan rahmat-Nya kepada kita di sepanjang hayat. Amin.

اللهم أسعد أمة حبيبك صلى الله عليه وآله وسلم 

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


*******************************************************************

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
                    Maksudnya :
" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah : Kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."            

                       [ Al-Quran surah سورة النّور An-Nuur : 41






Jumaat, 1 Mei 2020

WIRID DAN ZIKIR AL MUSABBA-'AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ).


[Sambungan daripada : 

PENGERTIAN ZIKIR NAFI ITHBAT LA ILLAHAILLALLAH (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله )


                            بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   
          

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

 

 أَمَّا بَعْـدُ 

 تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا  
                           Maksudnya : 
" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
                              [ Al-Quran surah سورة الإسراء  Al-Israa' : 44 ] 
                          **********************************          
الَّذِينَ يَحۡمِلُونَ الۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٍ رَّحۡمَةً وَعِلۡمًا فَاغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ الۡجَحِيمِ 
                          Maksudnya :
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta meminta ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : 'Ya Tuhan kami, rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah keampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan api neraka yang bernyala-nyala'."

                         [Al-Quran surah سورة المؤمن Al-Mu'min : 7]

                          **********************************

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى
 :Maksudnya                    
"Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang terbaik, dan yang paling suci di sisi 'Raja' kalian (Allah Subhaanahu wa Ta’aala), paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: 'Iya'. Beliau berkata: 'Zikirullah (mengingat) Allah Ta’ala'. [HR Tirmidzi – Shahih]
***********************************************************

                   

                        المسبعات العشر لسيدنا للخضر عليه السلام

Kisah di sebalik terbitnya amalan zikir dan wirid yang dinamakan : AL MUSABBA-AT AL-'ASYARAH المسبعات العشر  ( 10 perkara/zikir , 7 kali) Nabi Khadzir Alaihisalam (Balya bin Malkan bin Faligh bin 'Amir bin Syaligh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s.

Adalah diriwayatkan seorang ahli ibadat (abdal) bernama Karaz bin Wabarah mengkhabarkan kepada seorang sahabatnya bahawa seorang sahabatnya dari Syam datang menemuinya memberikan hadiah kepadanya seraya berkata:
"Saudaraku Karaz, terimalah hadiah ku ini!. Ini adalah hadiah yang paling terbaik." 
 Aku menjawab :
" Hai saudara ku! siapakah yang 'menghadiahkan' barang yang sangat berharga ini kepada mu dulu?

Dia menjawab:
"Yang memberikannya kepada ku dulu adalah Ibrahim At-Taimi."
Aku bertnya lagi :
" Tidakah kamu tanyakan kepadanya dari siapa ia menerimanya?"
Jawabnya :
"Ada! Ibrahim At-Taimi menceritakan kepada ku begini:
"Pada suatu hari aku duduk di serambi Ka'abah dan melakukan tahlil, tasbih dan bertahmid serta bertamjid, tiba-tiba datang seorang pemuda tampan lalu memberi salam kepada ku dan terus duduk di sebelah kanan ku. Belum pernah seumur hidupku melihat seorang yang begitu tampan rupa parasnya, kulitnya putih berseri, sangat harum semerbak baunya dan elok pakaiannya. Lalu aku berkata kepadanya :
'Wahai Abdullah (Hamba Allah) siapakah gerangan tuan hamba ini, kenapa datang dan dari manakah tuan datang?'
Lalu ia menjawab : 
'Aku ialah Al-Khadzir الخضر !' 
Kataku lagi : 
'Apakah hajat tuan datang ini?' 
Jawabnya : 
'Aku datang ini untuk mengucapkan salam kepada kamu dan kasihkan kamu kerana Allah. Di samping itu aku ada membawa satu 'hadiah' yang akan aku serahkan kepada mu'.
Lalu aku berkata kepadanya (Al-Khadzir):
'Apakah 'hadianya' itu?'
Jawabnya:
'Hendaklah kamu amalkan (ucapkan) setiap hari sebelum matahari terbit (menyinari) cahayanya ke atas bumi dan di waktu petang sebelum matahari jatuh (terbenam)'.
Lalu dia pun terus membacanya sebagaimana berikut :

1. سوره الفاتحة (tujuh kali).

2. قل أعوذ برب الناس (tujuh kali).

3. قل اعوذ برب الفلق (tujuh kali).

4. قل هو الله أحد (tujuh kali).

5. قل يا أيها الكافرون (tujuh kali).

6. آية الكرسي - Surah al-Baqarah : 255 (tujuh kali).

7.  سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر (tujuh kali).

8. اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبي الامي وعلى آله وصحبه وسلم (tujuh kali).

9. اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا ولجميع المسلمين والمسلماتوالمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات برحمتك يا أرحم الراحمين (tujuh kali).

10اَللَّهُمَّ افْعَلْ بِيْ وَبِهِمْ عَاجِلًا وَآجِلًا فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مَا أَنْتَ لَهُ أَهْلٌ وَلَا تَفْعَلْ بِنَا يَا مَوْلَانَا مَا نَحْنُ لَهُ أَهْلٌ إِنَّكَ غَفُوْرٌ حَلِيْمٌ جَوَادٌ كَرِيْمٌ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ (tujuh kali):

              Maksudnya:

["Wahai Allah Tuhanku, buatlah bagiku dan bagi mereka, dengan cepat atau lambat, mengenai agama, dunia dan akhirat, akan apa yang Engkau ahli untuk hal itu.

Dan janganlah Engkau buat kepada kami,wahai junjungan kami, akan apa yang kami ahli untuk hal itu.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun - Maha Penyantun, Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."]

Seterusnya Al-Khadzir berpesan :
'Amalkanlah dan jagalah baik-baik wirid ini dan jangan sesekali ditinggalkan. Amalkanlah pada setiap hari pada waktu pagi dan petang selepas solat Subuh dan solat Asar, walaupun sekali sehari.'
Maka aku pun berkata kepadanya lagi :
'Siapakah yang telah memberi 'hadiah' yang amat berharga ini kepada tuan?'
Lalu al-Khadzir menjawab :
' Yang memberikannya kepada ku ialah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم .'
Aku bertanya lagi:
'Terangkanlah kepada ku pahala (fadilat) mengamalkan wirid dan zikir ini.'
Jawabnya :
'Nanti bila kamu berjumpa (dalam mimpi) dengan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم  tanyalah kepadanya mengenai fadhilatnya. Beliau akan menerangkannya kepada mu!.'
Setelah Ibrahim At-Taimi mengamalkan wirid-wirid ini beberapa lama, dia telah bermimpi didatangi oleh beberapa orang malaikat yang membawanya ke syurga. Dia dapat melihat keindahan-keindahan di dalam taman syurga yang teramat mengagumkan dan teramat luar biasa. 
Beliau bertanya kepada para malaikat yang ada bersamanya:
'Untuk siapakah semuanya ini?'
Malaikat menjawab:
' Khusus untuk orang yang beramal seperti amalanmu'.
Ibrahim At-Taimi memetik dan menikmati buah-buahan di dalam taman syurga itu dan meneguk air mimumannya. Seterusnya Ibrahim At-Taimi menjelaskan lagi:
' Ketika itu datanglah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم bersama tujuh puluh (70) orang Nabi yang lain diapit oleh tujuh puluh (70) barisan para Malaikat, panjang setiap barisan laksana jarak antara timur dan barat.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم memberi salam kepadaku seraya memegang tanganku. Maka aku berkata kepadanya:
'Wahai Rasulullah! Al-Khidzir menerangkan kepada saya bahawa dia mendengar Hadis ini dari tuan! 
Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم menjawab:
'Ya benarkanlah Al-Khadzir! Benarkanlah Al-Khadzir!. Semua yang diceritakan kepada mu itu benar belaka. Dia adalah penduduk bumi yang sangat alim lagi zuhud. Dia adalah kepala (ketua) jamaah para abdal (ahli-ahli ibadat ). Dia adalah ketua Wali-wali Allah di bumi.'
Seterusnya aku bertanya lagi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم.
'Wahai Rasulullah', jika orang-orang yang menetapi (istiqamah) amalan wirid-wirid ini, wal hal dia tidak dapat bertemu dengan Rasulullah (dalam mimpi), adakah dia akan beroleh pula apa-apa yang telah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  صلى الله عليه وسلم beri kepada ku?'
Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam صلى الله عليه وسلم  menjawab :
'Demi Tuhan yang mengutus aku menjadi Nabi dengan benar, sesungguhnya Tuhan akan memberinya kepada setiap orang yang beramal seperti ni, walaupun dia tidak pernah bermimpi berjumpa dengan ku dan tidak pernah bermimpi pergi melawat ke syurga. 
Tuhan akan mengampuni dosa-dosa besar yang telah dibuatnya dan akan menghilangkan kemurkaan seksaannya dan memerintahkan kepada Malaikat pencatat amalan kejahatan di sebelah kiri agar jangan mencatatkan kesalahan-kesalahan yang dibuatnya hingga setahun. Demi Tuhan yang telah mengutusku menjadi Nabi dengan sebenarnya bahawa orang-orang yang mengerjakan dan mengamalkan wirid-wirid ini adalah orang-orang yang ditakdirkan Allah kebahagiannya dan orang-orang yang meninggalkannya adalah orang-orang yang ditakdirkan-Nya kecelakaan!."
Diriwayatkan Ibrahim At-Taimi pernah tidak makan dan tidak minum selama empat bulan. Dikatakan ini adalah salah satu fadilah mengamalkan wirid-wirid ni dan rohnya dapat melihat keindahan di dalam syurga dan menikmati kelazatan buah-buahan dan minuman dalam syurga serta dapat bertemu dan berkata-kata dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam mimpi tersebut.
Sebelum disempurnakan dengan do'a adalah lebih afdhal jika dilafazkan juga zikirullah Lailaha Illallah (لا إله إلا الله ) sebanyak mungkin yang disertakan di dalam hati kandungan Ilmu At-Tauhid yang terdapat pada maksud kalimah Lailaha Illallah (لا إله إلا الله ) yang sangat luas lgi mendalam tafsil ilmu serta beriman dengannya. Fadilat dan hikmahnya amat besar kerana kalimah Syahadah At-Tawhid ini adalah teras pegangan iktiqad akidah keimanan seseorang Muslim.

Dalam Hadis Rasullullah s.a.w. ada menyebutkan:
وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَيضًا لِأَبِي هُرَيْرَةَ: "يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوزَنُ يَومَ القِيَامَةِ اِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لاَ تُوضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّموَاتُ السَّبْعُ وَالاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ اَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ".
                     Maksudnya : 
" .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan  itu ditimbang pada Hari Kiamat melainkan syahadat Lailaha Illallah (لا إله إلا الله )Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar [benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ] dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah Lailaha Illallah(لا إله إلا الله ) lebih berat daripada demikian itu' ."
Selesai sahaja membaca zikir dan wirid di atas adalah lebih afdhal jika dapat disusuli pula dengan doa penutup Nabi Allah Khadzir Alaihisalam الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم sebagaimana berikut yang mengandungi inti pati ilmu yang amat mendalam lagi amat indah susunan kalimah-kalimahnya. Mudah-mudahan Allah sentiasa  melimpahkan nikmat, rahmat dan hidayah-Nya kepada sesiapa juga insan mukmin yang beristiqamah menghayati serta mengamalkan amalan wirid, zikir dan doa ini di sepanjang hayat. Bunyi kandungan dan maksud "Doa Nabi Allah Khadzir Alaihissalam" ini adalah sebagaimana berikut :

دُ عَاء الفرَج لِسَيِّدِنَا الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم
     
اَللَّهُمَّ كَمَا لَطَفْتَ فِى عَظَمَتِكَ دُونَ الَلُّطَفَاءِ وَعَلوْتَ بِعَظَمَتِكَ عَلَى الْعُظَمَاءِ، وَعَلِمْتَ مَاتَحْتَ أَرضِكَ كَعِلْمِكَ بِمَا فَوْقَ عَرْشِكَ، وَكَانَت وَسَاوسُ الصُّدُورِ كَاْلعَلاَ نِيَّة عِنْدَكَ ، وَعَلاَ نَّيِةُ اْلقَوْلِ كَالسِّر فِى عِلْمِكَ، وَانْقَادَ كُلُّ شَىْءٍ لِعَظَمَتِكَ، وَخَضَعَ كُلُّ ذِى سُلْطَانٍ لسُلْطَا نِكَ ، وَصَارَ أَمْرُ الدُّ نْيَا والاَخِرَةِ كُلُّه بِيَدِكَ. اِجْعَلْ لِى مِنْ كُلِ هَمٍ أَمْسَيْتُ فِيهِ فَرَجاً وَمَخرَ جاً

 اللَّهُمَّ إِنَّ عَفَوَكَ عَنْ ذُنُوبِى،  وَتَجَاوزَكَ عَنْ خَطِيئتىِ، وَسِتْرِكَ عَلَى قَبِيحِ عَمَلِى، أَطْمَعي أَنْ أَسْأ لَكَ مَالاَ أَسْتَوْ جِبُهُ مِمَّا قَصَّرْتُ فِيهِ، أَدْعُوكَ اَمِنَاً وَأَسْأَ لُكَ مُسْتَأ نِسَاً. وَإِنَّكَ الْمُحْسِنُ إِليَّ، وَأَنَا الْمُسِئُ إلَى نَفْسِي فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكَ، تَتَوَدَدُ إِليَّ بِنِعْمَتِكَ وَأَتَبَغَّضُ إلَيْكَ بِالْمَعَاصِيِ وَلَكِنَّ الثِّقَةَ بِكَ حَمَلَتْنِي علَى الْجرَاءَةِ عَلَيْكَ فَعُدْ بِفَضْلِكَ وَإحْسِانِكَ عَلَي إِنَّكَ أَنْتَ التَّوابُ الَّرَحِيمُ. وَصَلى الله ُعَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّدٍ و اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلمْ
                 Maksud kandungan Do'a ini ialah :
"Ya Allah! , sebagaimana Engkau Amat Mengasihani kepada kebesaran Engkau tanpa ada bandingannya kasih sayang Engkau dan Engkau mengatasi dengan kebesaran Engkau ke atas kebesaran ( makhluk ) Engkau dan Engkau Amat Mengetahui barang apa yang di bawah bumi Engkau sebagaimana Engkau Amat Mengetahui dengan barang apa di atas 'Arasy Engkau, dan segala waswas dalam dada adalah seperti terdedah di sisi Engkau dan apa yang terdedah daripada kata-kata tidak tersembunyi pada Ilmu Engkau dan patuh setiap sesuatu kepada kebesaran Engkau dan tunduk setiap yang mempunyai kuasa kepada kekuasaan Engkau dan jadilah perkara dunia dan akhirat semuanya dalam kekuasaan Engkau, jadikanlah bagi ku daripada setiap dukacita yang aku berpetang-petang di dalamnya kelepasan. 
Ya Allah! , bahawasanya kemaafan Engkau daripada dosa-dosa ku dan keampunan Engkau akan kesilapan ku dan penutupan Engkau akan amalan buruk ku, Engkau kurniakan akan daku ketamakan untuk memohon kepada Engkau barang apa yang aku tidak layak mendapatkannya daripada barang apa yang aku cuaikan padanya. Aku berdo'a kepada Engkau dalam keadaan aman dan aku pohon  kepada Engkau dalam keadaan (kemesraan),  dan 
Engkaulah yang membuat kebaikan kepada ku dan akulah yang membuat keburukan kepada diri ku sendiri pada barang yang di antara aku dan Engkau. Engkau mengasihani aku dengan nikmat-nikmat Engkau, dan aku yang menyebabkan kemurkaan Engkau dengan segala maksiat ku tetapi kepercayaan dan keyakinan aku kepada Engkau membuatkan aku berani melakukan (maksiat) ke atas Engkau. Maka Engkau berikanlah dengan kelebihan belas ikhsan Engkau ke atas ku. Sesungguhnya Engkau Amat Menerima taubat dan Amat Mengasihani. Salawat serta salam ke atas Sayyidina Muhammad serta keluarga dan limpahan salam."
[  Sila Lihat: 


[#* Ada pendapat yang menjelaskan bahawa nama Nabi Khidzir a.s. ialah :  ABUL ABBAS (BALYA bin MALKAN bin Falikh bin Anbar bin Salakh bin Arfakhsyadz bin Sam bin NUH a.s. bin Lumakh bin Mutawasylikh bin IDRIS a.s. bin Yard bin Mahlail bin Qainan bin Yanasy bin SYITH a.s.  bin ADAM a.s.).]

Berikut adalah petikan daripada kitab Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali mengenai zikir AL MUSABBA-AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ) Nabi Khadzir Alaihisalam  الخِضِرْ عَلَيْهِ السَّلاَم di atas  :


المسبعات العشر للخضر عليه السلام. فيها سعادة الدنيا ويوم الزحام
ــــــــــــــــــ
 عن كرز بن وبرة رحمه الله وكان من الأبدال قال ‏"‏ أتاني أخ لي من أهل الشام فأهدى لي هدية وقال‏:‏ يا كرز اقبل مني هذه الهدية فإنها نعمت الهدية ‏"‏ فقلت‏:‏ يا أخي ومن أهدى لك هذه الهدية قال‏:‏ أعطانيها إبراهيم التيمي قلت أفلم تسأل إبراهيم من أعطاه إياها قال‏:‏ كنت جالساً في فناء الكعبة وأنا في التهليل والتسبيح والتحميد والتمجيد فجاءني رجل فسلم علي وجلس عن يميني فلم أر في زماني أحسن منه وجهاً ولا أحسن منه ثياباً ولا أشد بياضاً ولا أطيب ريحاً منه فقلت يا عبد الله من أنت ومن أين جئت فقال‏:‏ أنا الخضر فقلت‏:‏ في أي شيء جئتني فقال‏:‏ جئتك للسلام عليك وحباً لك في الله وعندي هدية أريد أن أهديها لك فقلت‏:‏ ما هي قال‏:‏ أن تقول قبل طلوع الشمس وقبل انبساطها على الأرض وقبل الغروب سورة الحمد وقل أعوذ برب الناس وقل أعوذ برب الفلق وقل هو الله أحد وقل يا أيها الكافرون وآية الكرسي كل واحدة سبع مرات وتقول‏:‏ سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر سبعاً وتصلي على النبي صلى الله عليه وسلم سبعاً وتستغفر لنفسك ولوالديك وللمؤمنين والمؤمنات سبعاً وتقول‏:‏ اللهم افعل بي وبهم عاجلاً وآجلاً في الدين والدنيا والآخرة ما أنت له أهل ولا تفعل بنا يا مولانا ما نحن له أهل إنك غفور حليم جواد كريم رءوف رحيم سبع مرات وانظر أن لا تدع ذلك غدوة وعشية فقلت‏:‏ أحب أن تخبرني من أعطاك هذه العطية العظيمة فقال‏:‏ أعطانيها محمد صلى الله عليه وسلم فقلت‏:‏ أخبرني بثواب ذلك فقال‏:‏ إذا لقيت محمداً صلى الله عليه وسلم فاسأله عن ثوابه فإنه يخبرك بذلك فذكر إبراهيم التيمي‏:‏ أنه رأى ذات يوم في منامه كأن الملائكة جاءته فاحتملته حتى أدخلوه الجنة فرأى ما فيها ووصف أموراً عظيمة مما رآه في الجنة قال‏.‏ فسألت الملائكة فقلت‏:‏ لمن هذا فقالوا‏:‏ الذي يعمل مثل عملك وذكر أنه أكل من ثمرها وسقوه من شرابها قال‏:‏ فأتاني النبي صلى الله عليه وسلم ومعه سبعون نبياً وسبعون صفاً من الملائكة كل صف مثل ما بين المشرق و المغرب فسلم علي وأخذ بيدي فقلت‏:‏ يا رسول الله الخضر أخبرني أنه سمع منك هذا الحديث فقال‏:‏ صدق الخضر صدق الخضر وكل ما يحكيه فهو حق وهو عالم أهل الأرض وهو رئيس الأبدال وهو من جنود الله تعالى في الأرض فقلت يا رسول الله فمن فعل هذا أو عمله ولم ير مثل الذي رأيت في منامي هل يعطى شيئاً مما أعطيته فقال والذي بعثني بالحق نبياً إنه ليعطى العامل بهذا وإن لم يرني ولم ير الجنة إنه ليغفر له جميع الكبائر التي عملها ويرفع الله تعالى عنه غضبه ومقته ويأمر صاحب الشمال أن لا يكتب عليه خطيئة من السيئات إلى سنة والذي بعثني بالحق نبياً ما يعمل بهذا إلا من خلقه الله سعيداً ولا يتركه إلا من خلقه الله شقياً ‏"‏ وكان إبراهيم التيمي يمكث أربعة أشهر لم يطعم ولم يشرب فلعله كان بعد هذه الرؤيا‏.‏ فهذه وظيفة القراءة فإن أضاف إليها شيئاً مما انتهى إليه ورده من القرآن أو اقتصر عليه فهو حسن فإن القرآن جامع لفضل الذكر والفكر والدعاء مهما كان بتدبر كما ذكرنا فضله وآدابه في باب التلاوة‏
أورده الغزالي
نقرأ – كل من الآتي سبع مرات صباح ومساء والأفضل قبل 
الشروق وقبل الغروب

1
- الفاتحة
2-
قل أعوذ برب الناس
3-
قل أعوذ برب الفلق
4-
قل هو الله احد
5 -
قل يا أيها الكافرون
6-
آية الكرسي
7-
سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
8-
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين انك حميد مجيد
9-
اللهم اغفر لي ولوالدي وللمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات
10-
اللهم افعل بي وبهم عاجلا وآجلا في الدين والدنيا والآخرة ما أنت له أهل , ولا تفعل بنا يا مولانا ما نحن له أهل , إنك غفور حليم جواد كريم رءوف رحيم 
ــــــ
اللهم أسعد أمة حبيبك صلى الله عليه وآله وسلم

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lihat :
 i.   المسبعات العشر لسيدنا للخضر عليه السلام

*******************************************************************




 

فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا (65) قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (66) قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (67) وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (68) قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (69) قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلا تَسْأَلْنِي عَنْ شَيْءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا (70 

       Maksudnya :

" Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. (65)

Musa berkata (kepada Khadzir) : 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?'.(66)

Dia menjawab : 'Sesungguhnya kamu tidak sesekali akan sanggup sabar bersamaku. (67)

Dan bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' (68)

Musa berkata : 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun'. (69) 
Dia berkata : 'Jika kamu mengikutku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepada mu'." (70)

                        [Al-Quran surah سورة الكهف al-Kahfi : 65-70 ]

                **********************************************

 إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالإشْرَاقِ (18) وَالطَّيْرَ مَحْشُورَةً كُلٌّ لَهُ أَوَّابٌ (19)

Maksudnya :
" Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-ganang untuk bertasbih bersama dia ( Daud) pada waktu petang dan pagi."
                                [ Al-Quran surah سورة ص Shaad : 18 ]

                      ****************************************

 فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ (142) فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ (143) لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (144)  

                   Maksudnya :

Maka ia ( Yunus) ditelan oleh IKAN besar dalam keadaan 'tercela'. (142 )
Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, ( 143)
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. ( 144)

                  [ Al-Quran surah سورة الصافات Ash-Shaffat : 142-144 ]

                       ***************************************

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43) تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلامٌ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا (44) 

             Maksudnya :

" Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah ( dengan menyebut nama-nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang(41)

Dia-lah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengelurkan kamu dari kegelapan kepada cahaya ( yang terang)(42)

Dan Dia adalah Yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. (43)

Salam penghormatan kepada mereka ( orang-orang mu'min itu) pada hari mereka 'menemui-Nya' ialah : 'Salam', dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka." (44)

                      [Al-Quran surah  سورة الأحزاب  Al-Ahzab : 41-44

                 ************************************************

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ (41) وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ (42)

             Maksudnya :

" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah, kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung-burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masingnya telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (41)

Dan kepunyaan Allah jua kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah kembalinya ( semua makhluk). (42)"

                   [  Al-Quran surah سورة النور An-Nuur : 41 ]

               *****************************************************

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ

      Maksudnya:  
"Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian." [HR al-Bukhari] 


KEUTAMAAN dan HIKMAH ZIKIR dan DO'A

[ Lihat : NAMA-NAMA HAIWAN DALAM AL-QURAN ]                بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْم...