[ Sambungan daripada : PENGERTIAN AL-MURAQABAH DAN GOLONGN AHLI AL-MUQARABIN ]
PENGERTIAN ZIKIR NAFI ITHBAT LA ILLAHAILLALLAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ اْلاَحْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَامِنْ جَمِيعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ.وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاتِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
أَفَمَنْ هُوَ قَائِمٌ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَجَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ قُلْ سَمُّوهُمْ أَمْ تُنَبِّئُونَهُ بِمَا لا يَعْلَمُ فِي الأرْضِ أَمْ بِظَاهِرٍ مِنَ الْقَوْلِ بَلْ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مَكْرُهُمْ وَصُدُّوا عَنِ السَّبِيلِ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
"Maka apakah Tuhan yang menjaga setiap diri terhadap apa yang diperbuatnya (sama dengan yang tidak demikian sifatnya)?. Mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah. Katakanlah : 'Sebutkanlah sifat-sifat mereka itu'. Apakah kamu hendak memberitakan kepada Allah yang diketahui-Nya di bumi, atau kamu mengatakan (tentang hal itu) sekadar perkataan pada lahirnya sahaja. Sebenarnya orang-orang kafir itu dijadikan (oleh syaitan) memandang baik tipu-daya mereka dan dihalangnya dari jalan (yang benar). Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka baginya tidak ada seorangpun yang akan memberi petunjuk."
**********************************
Rasulullah s.a.w. bersabda :
وَقِيلَ يَا رَسُولَ الله : اَيُّ الاَعْمَالِ اَفْضَل. فَقَالَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَقِيلَ اَيُّ الْعِلْمِ تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَمَ: اَلْعِلْمُ بِاللهِ سُبْحَانَهُ. فَقِيلَ لَهُ نَسْأَلُ عَنِ الْعَمَلِ وَتُجِيبُ عَنِ الْعِلْمِ . فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ: اِنَّ قَلِيلَ الْعَمَلِ يَنْفَعُ مَعَ الْعِلْمِ بِاللهِ وَاِنَّ كَثِيرَ العَمَلِ لَا يَنْفَعُ مَعَ الجَهْلِ بِاللهِ.
" Sesungguhnya telah dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: 'Apakah amalan-amalan yang lebih afdhal?'. Maka sabdanya : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah Azawajalla.' Maka ditanya : 'Apakah dia ilmu yang engkau kehendaki itu?.' Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : 'Ialah ilmu dengan pengenalan kepada Allah SWT.' Maka ditanya kepadanya: 'Kami menanya daripada amalan dan engkau menjawab daripada ilmu.' Maka sabda Nabi Muhammad s.a.w.: 'Bahawasanya sedikit amalan itu memberi manfaat berserta adanya ilmu pengenalan kepada Allah SWT dan bahawasanya banyak amalan itu tiada memberi manfaat berserta kejahilan ilmu pengenalan kepada Allah Subhanahuwatalla'."
1. MURAQABAH ( مراقبة) Muraqabah mempunyai pengertian dan maksud yang seerti dengan kalimah-kalimah Basirah( بصيرة), Musyahadah, (مشاهدة) Mu-aayanah ( معاينة ) dan Mukasyafah ( مكاشفة) yang membawa maksud orang yang hati dan jiwa raganya sentiasa mengingati Allah.Mereka yang terjumlah dalam golongan ini teramat malu dan takut kepada Allah apabila membaca, memahami dan beriman dengan segala kandungan ilmu yang terdapat dalam Asma' Ul Husna khususnya terhadap kandungan maksud berikut:
i. ALLAH اللَّهِ: Ertinya :
Ialah sebesar-besar nama bagi Allah untuk menunjukkan ke atas Zat yang Maha Tinggi Martabat yang berhimpun kesemua sifat ketuhanan.
Yang Amat Mempunyai kasih sayang dan Yang Amat Latiff (halus) lagi sangat elok (pada) segala perbuatan-Nya.(الذي لطفت أفعاله وحسنت) (atau) Yang Amat Mengetahui, dengan segala perkara yang paling tersembunyi dan perkara-perkara yang sehalus-halusnya.
Yang Amat Mengetahui, bagi segala perkara yang paling tersembunyi di sebalik daripada segala perkara yang terzahir.iv. AS-SYAHID الشهيد : Ertinya :
Yang Sehabis-habis Mengetahui, pada Ilmu-Nya berserta tidak ada yang tersembunyi.v. ASSAMA'U WALBASARU ( السمع والبصر )Ertinya :
Bahawasanya Allah SWT itu Amat Mendengar dan Amat Melihat, maka tiadalah apa-apa pun yang tidak didengari oleh Allah SWT melainkan didengari belaka walaupun perkara itu sangat tersembunyi. Tidak ada sesuatu apa pun yang tidak dilihati oleh Allah SWT melainkan dilihati-Nya belaka walaupun perkara dan barang itu tersangat halus. Maka tidak terdinding daripada pendengaran Allah itu dengan sebab kejauhan dan tidak terdinding daripada penglihatan Allah itu dengan sebab kegelapan.Sesungguhnya Allah Melihat tidak seperti sekalian makhluk melihat, bahkan Allah Melihat tidak dengan mata, Dia Mendengar tidak dengan telinga yang sebagaimana juga dia mengetahui tidak dengan hati, berbuat sesuatu tidak dengan anggota dan mengadakan sesuatu tidak dengan alat kerana keadaan Allah SWT itu tidaklah sama sekali menyamai dengan segala keadaan makhluk atas jalan mana pun. Begitu juga Zat Allah SWT itu tidak sesekali menyamai dengan segala zat makhluk yang baharu.
2. ZIKIR NAFI ITHBAT LA ILLAHA ILLALLAH (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)
Bagi golongan ahli sufi yang sudah mencapai ke tahap yang tinggi amalan zikirullah adalah makanan kerohanian mereka pada setiap detik hayatnya sama ada secara lisan atau di dalam hatinya (qalbu). Hati dan fikirannya karam mengingati dan memuliakan kebesaran Allah SWT sahaja hingga dia melupakan hal-hal yang lain daripada Allah. Maka terbitlah amalan zikir yang dinamakan Zikir Nafi Ithbat La Illahaillallah (ذکر نفی اثبات لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) yang sering disalah faham atau disalah ertikan oleh golongan yang tidak memahami Ilmu At-Tauhid Ahli Sunnah Wal Jammah hingga membawa kepada maksud menyatukan Zat(Diri) Allah yang Qadim dengan zat makhluk yang baharu yang akhirnya memberi erti kepada pegangan dan fahaman "mensyrikkan/menyekutukan" Allah.
وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ اَيضًا لِأَبِي هُرَيْرَةَ: "يَا أَبَا هُرَيْرَةَ إِنَّ كُلَّ حَسَنَةٍ تَعْمَلُهَا تُوزَنُ يَومَ القِيَامَةِ اِلاَّ شَهَادَةُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَإِنَّهَا لاَ تُوضَعُ فِي مِيزَانٍ لِأَنَّهَا لَوْ وُضِعَتْ فِي مِيزَانٍ مَنْ قَالَهَا صَادِقًا وَوُضِعَتْ السَّموَاتُ السَّبْعُ وَالاَرْضُونَ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ كَانَ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ اَرْجَحُ مِنْ ذَلِكَ".
" .....dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula kepada Abu Hurairah r.a. : 'Wahai Abu Hurairah, bahawasanya tiap-tiap kebajikan yang kau amalkan itu ditimbang pada Hari Kiamat melainkan syahadat La Illahaillallah (لا إله إلا الله ). Bahawasanya jika sekiranya diletakkan pada tempat penimbangan orang yang menuturkannya yang ia benar [benar pada kata lidahnya dan benar pada iktiqad di hatinya ] dan diletakkan segala langit yang tujuh lapis dan segala bumi yang tujuh lapis dan segala barang apa yang ada padanya adalah La Illahaillallah(لا إله إلا الله ) lebih berat daripada demikian itu' ."
3. MAQAM AL-FANA' U-BILLAH ( مقام الفناء بالله) dan AL-BAQA' U-FILLAH (البقاء في الله )
Terdapat satu lagi pemahaman yang dikaitkan dengan ketiggian martabat seseorang ahli sufi iaitu Maqam Al-Fana' U-Billah ( مقام الفناء بالله) dan Maqam Al-Baqa' U-Fillah (البقاء في الله ). Istilah ini merujuk kepada tingkatan amalan dan yang dikhususkan kepada tingkatan amalan dan kefahaman golongan ahli sufi yang telah mencapai ke tahap martabat Muraqabah ( مراقبة) yang terjumlah sebagai golongan martabat tertinggi ahli "AL-MUQARRABUN"( المقربون ).Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu golongan:
i. As-Siddiqin (الصديقين)ii. Ashabulyamin (اصحاب اليمين)
أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11) فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (12
Maksudnya :
i." Mereka itulah orang "Al-Muqarrabun" yang 'didekatkan' (kepada Allah). (11 )
Berada dalam syurga-syurga kenikmatan."(12)
[ Surah سورة الواقعةAl-Waaqi'ah : 11-12 ]
وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ (27) فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ (28) وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ (29) وَظِلٍّ مَمْدُودٍ (30) وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ (31) وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ(32) لا مَقْطُوعَةٍ وَلا مَمْنُوعَةٍ (33) وَفُرُشٍ مَرْفُوعَةٍ (34)
Maksudnya :
ii."Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.(27)
Berada di antara pohon bidadara yang tidak berduri, (28)
dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), (29)
dan naungan yang terbentang luas, (30)
dan air yang tercurah, (31)
dan buah-buahan yang banyak, (32)
yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, (33)
dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk. (34)
[Surah سورة الواقعة Al-Waqi'aah : 27-34 ]
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا
iii."Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerhi nikmat Allah, iaitu Nabi-nabi, para Siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."
[ Surah سورة النساء An-Nisaa': 69 ]
" Pada suatu hari Umar al-Khatab r.a. mendatangi Mu'az Ibn Jabal r.a. yang kebetulan ketika itu ia sedang menangis. Maka Umar berkata kepadanya : ' Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Mu'az?'. Kata Mu'az : ' Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
'Orang yang dikasihi Allah adalah mereka yang bertaqwa dan lebih suka hidup 'menyendiri' (uzlah), jika mereka tiada maka tidak ada sesiapa yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak diketahui/dipeduli, mereka adalah imam petunjuk dan menjadi 'PELITA ILMU'."
Dalam satu hadis yang lain ada juga menyebut:
قال رجلٌ : أيُّ الناسِ أفضلُ ؟ يا رسولَ اللهِ ! قال ( مؤمنٌ يجاهد بنفسِه ومالِه في سبيلِ اللهِ ) قال : ثم من ؟ قال ( ثم رجلٌ مُعتزلٌ في شِعبٍ من الشِّعابِ . يعبد ربَّه ويدَعُ الناسَ من شرِّه
Maksudnya :
“Seseorang bertanya kepada Nabi: ‘Siapakan manusia yang paling utama wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: ‘Orang yang berjihad dengan jiwanya dan hartanya di jalan Allah’. Lelaki tadi bertanya lagi: ‘Lalu siapa?’. Nabi menjawab: ‘Lalu orang yang mengasingkan diri di lembah-lembah demi untuk menyembah Rabb-nya dan menjauhkan diri dari kebobrokan masyarakat'.” [HR. Al Bukhari dan Muslim ].Orang-orang mukminin/mukminat soleh/soleha yang terjumlah dalam golongan ahli sufi Ahli Sunnah wal Jamaah ini mempunyai kefahaman yang luas lagi mendalam terhadap Ilmu At-Tawhid dan cukup memahami pengertian ADA ALLAH mengikut pegangan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang terkandung di dalam Asma' Ullah Al-Husna, maksud Hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan Allah Memuji Diri-Nya Sendiri Pada Setiap Hari dan memahami bab 'At-Tanzihu' yang terdapat dalam kandungan kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahadah At-Tawhid dan Syahadah Ar-Rasul.
[ Lihat sambungannya :
WIRID DAN ZIKIR AL MUSABBA-AT AL-'ASYARAH (المسبعات العشر ). ]
Sila lihat :i. JIRIM, JISIM, JAUHAR dan 'ARADH
ii.ALLAH DIKATAKAN BERJUZUK 'MEMPUNYAI TANGAN' DAN BERISTIWA' ATAS 'ARSY?
iii. SOAL JAWAB MENGENAI 'ADA' ALLAH SWT
iv. AJARAN TASAWWUF MENYESAT DAN MEMUDARATKAN UMAT?
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi) yang sebelummu : 'Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi'."
**************************
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْـلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
[Surah سورة الشورى Asy-Syuura : 11 ]" (Dia) yang mengadakan langit dan bumi. Dia menjadikan kamu sendiri berpasang-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Allah SWT itu tiada seperti seumpama 'SESUATU' apa pun dan Ia Amat Mendengar lagi Amat Melihat."
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43
" Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama ) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (41)
Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. (42)
Dia-lah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia megeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." (43)
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا بَلَى قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى قَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَا شَيْءٌ أَنْجَى مِنْ عَذَابِ اللَّهِ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ
"Dari Abu Ad Darda` radliallahu ‘anhu ia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 'Mahukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang terbaik, dan yang paling suci di sisi Allah kalian, paling tinggi darajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?'. Mereka berkata: Ya. Beliau berkata: 'Berzikir kepada Allah Ta’ala.' Mu’az bin Jabal radliallahu ‘anhu berkata: 'Tidak ada sesuatu yang lebih dapat menyelamatkan dari azab Allah daripada zikir kepada Allah'." [HR At-Tarmidzi ]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan