[ Sambungan daripada : KEMURAHAN HATI HAMBA MUKMIN YANG LUAR BIASA ]
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِاَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم
أَمَّا بَعْـدُ
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya :
" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanykan mereka adalah orang yang fasik ."
[ Al- Quran surah سورۃ آل عمرن Ali 'Imran : 110 ]
*******************************************
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Maksudnya :
" Sesunguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan ( menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
[ Al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' : 58 ]
****************************************
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
Maksudnya :
" Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah ( al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama ( bagimu) dan lebih baik akibatnya."
[ Al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' : 59 ]
Al-Imam As-Syafi'e adalah salah seorang daripada ulama' mujtahid Ahli Sunnah tersohor di dunia yang ilmu peninggalannya terus diwarisi umat Islam sejagat yang berpegang teguh kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat.
Nama penuh dan jurai keturunan Imam As-Syafi'e ialah : Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafi'e bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abd Manaf Al-Qurasy. Dia dilahirkan pada tahun 150 H/767 M di wilayah Gaza, Palestin pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah kedua , Abu Jaafar Al-Mansur dan kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Rejab 204 H/820 M di Mesir ketika berusia 54 tahun.
Pemandangan salah satu lokasi di Gaza pada kurun ke 19.
SEPULUH (10 ) NASIHAT IMAM AS-SYAFI'E RAHIMAULLAH YANG DIWASIATKAN KEPADA MURID-MURIDNYA SEBELUM DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH :Sebelum Imam As-Syafi'e kembali ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah terjemahan kandungan wasiat tersebut yang bermaksud:"Barangsiapa yang berhajat meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara:
PERTAMA : HAK PADA DIRI SENDIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa kasihkan Allah sahaja.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA JAHANAM PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT dan berbuat baik kepada ibu bapa.
KELAPAN : HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa reda dengan Qadha' Allah, bersabar menerima ujian bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Iaitu : Bersalawat ke atas baginda, berpegang teguh dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat baginda, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."
Menurut riwayat selain daripada wasiat tersebut, Imam As-Syafi'e kerap beramal dengan zikir dan doa berikut khususnya apabila beliau berada dalam kesusahan apabila berhadapan dengan masalah yang besar:
Do'a Imam Syafi'i Rahimullah ketika dia dalam kesusahan :
اَللَّهُمَّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا وَلَا مَوْتًا
وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا وَلَا
أَسْتَطِيْعُ أَنْ آ خُذَ إِلَّا مَا أَعْطَيْتَنِي وَلَا أَتَّقِي إِلَّا مَا وَقَّيْتَنِي
اَللَّهُمَّ فَوَفِّقْنِي لِمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَى مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِي عَافِيَةٍ
Maksudnya:
"Ya Allah, bahawasanya aku tiada memiliki bagi diriku kemanfaatan, tiada memiliki kemudaratan, tiada memiliki kematian, tiada memiliki kehidupan, tiada memiliki hidup kemudian daripada mati, tiada aku berupaya mengambil melainkan barang apa yang Engkau berikan kepada ku dan tiada dapat aku memelihara melainkan barang apa yang telah Engkau pelihara akan aku. Ya Allah, Engkau berilah taufik kepada aku bagi barang apa yang Engkau kasihi dan Engkau redai daripada perbuatan dan amalan dalam 'afiat."
Maksudnya : "Aku telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberi tahu kepadaku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya ( ilmu petunjuk) Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat."
***********************************************************
إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا، وَأَوْرَثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sungguhnya ulama' itu pewaris segala Nabi a.s. Bahawasanya Nabi-Nabi a.s. itu tidak mewariskan wang emas dan wang perak dan mereka mewariskan akan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya nescaya dia telah mengambil akan bahagian yang cukup.”
***********************************
Di dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a., sabda Nabi Muhammad s.a.w:
إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah akan menurunkan (orang) setiap permulaan 100 tahun seseorang kepada umat yang akan (Tajdid) mengembalikan kegemilangan agama mereka"
[Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, Hakim di dalam Mustadrak dan al-Baihaqi di dalam al-Ma'rifah].
*********************************
عَنْ أَبِيْ عَمْرٍو، وَقِيْلَ، أَبِيْ عَمْرَةَ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
قَالَ: قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِيْ فِي الإِسْلامِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدَاً
غَيْرَكَ؟ قَالَ: “قُلْ آمَنْتُ باللهِ ثُمَّ استَقِمْ” رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Maksudnya:
"Dari Abu ‘Amr—ada yang menyebut pula Abu ‘Amrah—Sufyan bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: 'Aku berkata: Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku suatu perkataan dalam Islam yang aku tidak perlu bertanya tentangnya kepada seorang pun selainmu.' Baginda bersabda: 'Katakanlah: aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah'.” [HR. Muslim]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan